Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi
SAW bersabda yang bermaksud : “Orang mukmin bukan seorang pencela,
bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang
berkata kotor.” (Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud)
Dalam hadis yang
lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukankah manusia terjerumus ke dalam
neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya?”. (Hadis Riwayat
Tirmidzi)
Seorang mukmin akan sentiasa menjaga akhlak dan adab
sopan dan kehidupannya. Akhlak dan kesopanan adalah pakaian seorang
mukmin sejati. Justeru, dalam kempen pilihan raya bukannya masa untuk
kita menanggalkan akhlak dan adab sopan.
Antara anggota badan
yang paling banyak digunakan dalam kempen pilihan raya adalah lidah
untuk tutur bicara. Calon dan penyokong parti akan menggunakan lidah
untuk berkempen dan menarik sokongan dan kepercayaan pengundi dengan
manifesto dan janji-janji yang akan ditunaikan sekiranya diberi peluang
untuk memenangi pilihanraya.
Menjanjikan sesuatu yang lebih
baik kepada rakyat tidak salah, malah itulah yang sewajarnya, tetapi
bukan janji-janji kosong yang tidak akan mampu ditunaikan. Ia juga bukan
medan untuk menghamburkan tutur bicara sesuka hati tanpa kawalan
sehingga menimbulkan bibit perpecahan serta kebencian sesama rakyat.
Lidah adalah nikmat kurniaan Allah dan sebaik-baik fungsi lidah ialah
digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT atau melakukan kerja dakwah
iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan kebenaran seperti firman Allah
bermaksud: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah (agama-Nya) serta beramal soleh serta berkata,
"saya salah seorang muslim." (Sural al-Fushilat, ayat 33)
Di
sebalik kebaikannya, lidah juga boleh membawa kebinasaan kepada
pemiliknya juga manusia lain. Medan pertuturan lidah tidak ada sempadan.
Jika baik penggunaannya, maka baiklah natijahnya, tetapi jika buruk
penggunaannya, maka buruklah natijahnya.
Justeru, keghairahan
berkempen tanpa mengawal tutur bicara boleh menyebabkan pelbagai
implikasi bukan saja kepada pemilik lidah, malah anggota masyarakat.
Disebabkan lidah yang tidak terkawal boleh membawa perpecahan, benci
membenci, permusuhan, fitnah memfitnah dan api perkauman.
Ketika berkempen (berceramah) lidah perlulah dikawal dengan
sebaik-baiknya kerana peribadi seorang mukmin tidak akan berkata perkara
dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang
tidak ada pada dirinya.
Paling buruk yang mungkin berlaku dalam
tempoh berkempen ialah kegagalan mengawal lidah daripada mengeluarkan
fitnah dan hasutan. Lidah kedua-dua pihak (parti) yang cabar mencabar
boleh menjadi panas dan akhirnya mencetuskan pertelingkahan atau
pergaduhan.
Ketika berceramah atau berkempen ramai calon atau
penyokong parti gagal mengawal perasaan lalu terhamburlah caci-maki dan
tuduh-menuduh.
Sebaiknya, mereka yang dicaci atau difitnah
mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: "Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang
melakukannya." (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)
Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah baiknya jika tempoh berkempen pilihan raya dihiasi dengan
akhlak mulia, tutur bicara beradab dan bersopan. Sentiasalah ingat pesan
Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mengawal lidahnya daripada
memperkata kehormatan orang lain, maka Allah akan menutup kecelaannya."
Fitnah adalah perbuatan melempar tuduhan keburukan terhadap seseorang
tanpa bukti dan asas kukuh. Fitnah dan mengadu domba (namimah) biasanya
seiringan. Justeru, ia wajib dijauhi kerana kesannya amat buruk sekali.
Rasulullah SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah
menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat
menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan
ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara
sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang
tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)
Oleh itu, jangan jadikan
kempen pilihan raya medan atau kesempatan untuk menabur fitnah. Semua
lisan keji itu dilarang dan dicela oleh agama. Kata-kata keji tidak
seharusnya keluar daripada lidah orang-orang mukmin. Berjanjilah kepada
rakyat sesuatu yang baik dan mampu dikotakan . Banyak tawaran yang boleh
diberikan iaitu menghapuskan rasuah , memansuhkan undang-undang zalim
(tangkapan tanpa bicara), kebebasan mahasiswa untuk menyuarakan
pandangan, kebebasan berdemontrasi cara aman, pendidkan percuma dan
rawatan perubatan secara percuma, menghapuskan tol dan memberi royalti
bagi negeri-negeri yang mempunyai sumber minyak dan lain-lain lagi dan
lebih baik daripada pemerentah sebelumnya.
Perlu diingat akhlak
seorang pemimpin Islam tidaklah sama dengan golongan lain kerana mereka
berkempen dengan menggunakan berbagai cara, fitnah dan mengaibkan musuh
politiknya dengan berpegang kepada kaedah "matlamat menghalalkan cara"
maksudnya biar pun cara itu haram bagi mereka itu masih boleh dilakukan
asalkan matlamat mereka tercapai.
Islam melarang kita menjadi
agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan
fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan
keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan
sesuatu perkara.
Sebagai peyokong dan pendokong parti yang
memperjuangkan Islam dan memperjuangkan keadilan dan menentang rasuah,
jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan
dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang.
Dekati pengundi
dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama
lain dan memahami kehendak satu sama lain.
Jentera parti mesti
memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak
masyarakat ke arah kebaikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah
semata-mata.Kempen yang bersih dan tidak mengandungi caci-maki dan kutuk
mengutuk kepada calun lawan adalah akhlak yang terpuji dan merupakan
sifat orang mukmin yang bertanggungjawab dan mengajak rakyat untuk
melakukan kebaikan.
Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam
pilihan raya umum ini merupakan peluang yang paling baik untuk kalian
melakukan perubahan dalam masyarakat dan mengubah pentadbiran negeri dan
seterusnya pusat yang sejak sekian lama menafikan keadilan dan hak-hak
rakyat yang patut diberikan.
Sahabat yang dikasihi,
Satu
peringatan yang perlu kalian pegang bahawa apabila kalian memulakan
sahaja kempen berceramah, ziarah rumah ke rumah dan menyebarkan risalah
manifesto kalian sedang berjihad dijalan Allah SWT untuk mendaulatkan
Islam dan keadilan yang dituntut Islam.
Ingatlah kalian sedang
diperhatikan oleh Allah SWT dan malaiakat pencatat amal sedia menulis
apa yg kalian lakukan. Kejayaan sesuatu perjuangan berhadapan musuh
adalah dengan izin dan pertolongan Allah SWT kerana akhlak dan tawakal
kalian kepada-Nya . Jika kalian berjuang dijalan Allah SWT tetapi kalian
melakukan maksiat dengan menyerang peribadi pihak lawan dengan
mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba, mengaibkan orang lain dan
maki-hamun maka kalian akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Tetapi jika
kalian menyerang dasar parti pihak lawan yang menyeleweng, rasuah,
zalim, mementingkan kroni , tidak mendaulatkan hukum Allah SWT yang
mereka lakukan secara umum maka ianya diharuskan.
Khalifah Umar
al-Khattab pernah menasihatkan tentera Islam bahawa yang lebih beliau
takut adalah maksiat tentera Islam daripada kekuatan musuh. Kekalahan
musuh adalah kerana maksiat mereka kepada Allah SWT. Jika tentera Islam
melakukan maksiat maka mereka tidak akan mendapat pertolongan Allah SWT.
Biar rakyat yang menilai dengan adil akan kerosakkan yang pernah
dilakukan oleh pihak lawan , Allah SWT sahaja yang akan membuka pintu
hati-hati mereka untuk memilih calun dan parti yang berwibawa, adil dan
sentiasa konsisten memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Tonjolkan peribadi yang baik untuk kalian mengajak mereka ke arah
kebaikan. Sekali lagi di ingatkan, jangan menggunakan fitnah kerana
salah satu unsur yang menafikan kemenangan ialah apabila maksiat
dilakukan termasuklah melakukan fitnah.
Akhirkata marilah
sama-sama kita berdoa dan memohon rahmat dan pertolongan Allah SWT di
atas perjuangan yang mulia ini untuk meletakkan Islam ditempatnya yang
sebenarnya. Yakinlah jika kita ikhlas berjuang dengan niat semata-mata
mencari reda Allah SWT, insya Allah kemenangan akan berpihak kepada kita
biarpun mereka merancang dengan rancangan yang hebat kerana
sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih baik dan lebih sempurna.
Friday, April 12, 2013
Thursday, April 11, 2013
Tafsir Surah Ali -Imran Ayat 26
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26)
Maksudnya : "Katakanlah: `Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".(Surah Ali-Imran (3) ayat 26)
Huraiannya :
Dalam ayat ini Allah SWT menyuruh Nabi-Nya untuk menyatakan bahawa Allah lah Yang Maha Suci yang mempunyai kekuasaan tertinggi dan Maha Bijaksana dengan tindakan-Nya yang sempurna di dalam menyusun, mengurus, dan mentakbirkan segala perkara dan yang menegakkan neraca undang-undang umum di alam ini. Maka Allah lah yang memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya.
Ada kalanya Allah SWT memberikan itu bersamaan dengan pangkat kenabian seperti keluarga Nabi Ibrahim a.s., keluarga Nabi Daud a.s.dan ada kalanya hanya memberikan pemerintahan saja menurut hukum kemasyarakatan iaitu dengan menyusun kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa. Dan Allah juga yang mencabut pemerintahan dari orang-orang yang Dia kehendaki disebabkan mereka berpaling dari jalan yang lurus, jalan yang dapat memelihara pemerintahan, kerana meninggalkan keadilan, berlaku curang dalam pemerintahan. Demikianlah hal itu telah berlaku pula terhadap Bani Israil dan lain-lain bangsa disebabkan kezaliman dan kerosakan yang telah mereka lakukan dimuka bumi.
Allah SWT jualah yang memberi kekuasaan kepada orang yang Dia kehendaki, dan menghinakan orang yang Dia kehendaki. Orang yang diberi kekuasaan ialah orang yang didengar tutur katanya, banyak penolongnya menguasai jiwa manusia dengan menunjukkn contoh yang baik dan ilmunya yang berguna bagi manusia. serta mempunyai keluasan rezeki serta berbuat baik kepada segenap manusia.
Adapun orang yang mendapat kehinaan ialah orang yang rendah jiwanya dan merasa lemah membela kehormatan lagi tidak mampu menentang musuhnya yang menyerbu dan tidak bersatu padu padahal tidak ada satu kemuliaanpun dapat dicapai tanpa persatuan untuk menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.
Apabila masyarakat telah bersatu dan berjalan menurut sunatullah, bererti mereka telah menyiapkan segala sesuatu untuk menghadapi segala kemungkinan. Banyak sedikitnya bilangan sesuatu umat tidaklah menjamin untuk mewujudkan kekuasaan dan menghimpun kekuatan. Orang-orang musyrik Mekah, orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik Arab telah tertipu oleh banyaknya pengikut dibanding dengan pengikut Rasulullah SAW, padahal yang demikian itu tidak mendatangkan faedah bagi mereka sedikitpun. Sebagaimana firman Allah SWT :
يقولون لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل ولله العزة ولرسوله وللمؤمنين ولكن المنافقين لا يعلمون
Maksudnya : "Mereka berkata "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, pastilah orang-orang yang kuat mengusir orang-orang yang lemah dari padanya. Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin. Tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui". (Surah Al-Munafiqun ayat 8)
Fakta-fakta sejarah menjadi bukti bahawa jumlah yang banyak saja tidaklah menunjukkan kekuatan. Lihatlah bangsa-bangsa timur, mereka berjumlah banyak tetapi dapat dikuasai oleh bangsa-bangsa barat yang berjumlah lebih sedikit disebabkan kelemaham mereka menguasai ilmu sains dan teknologi , perpecahan dan permusuhan yang terjadi di antara sesama mereka.
Dalam ayat ini Allah menerangkan pula bahwa segala kebajikan terletak ditangan-Nya baik kenabian, kekuasaan ataupun kekayaan. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT sendirilah yang memberikannya menurut kemauan-Nya. Tidak ada seorangpun yang memiliki kebajikan itu selain Allah SWT. Dalam ayat ini hanya disebutkan kebajikan saja sebenarnya segala yang buruk dan jahat juga ada di bawah kekuasaan Allah SWT. Hal ini difahami dari Allah SWT sendiri di dalam al-Quran bahawa Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dalam ayat ini disebutkan kebajikan saja kerana disesuaikan dengan keadaan. Keadaan yang mendorong orang-orang kafir menentang dan meremehkan dakwah Nabi Muhammad SAW ialah kemiskinan baginda, kelemahan pengikut-pengikutnya serta kecilnya bilangan mereka. Maka oleh sebab itu Allah SWT menyuruh Nabi untuk berlindung kepada Yang memiliki segala kerajaan. Yang di tangan-Nya segala kekuasaan dan kemuliaan, Allah mengingatkan Rasulullah SAW bahawa seluruh kebaikan dan kekayaan ada di tangan-Nya. Maka tidak ada yang dapat menghalangi-Nya apabila Dia memberikan kemiskinan dan kekayaan kepada Nabi Nya atau kepada orang-orang yang mukmin yang dikehendaki Nya. Sebagaimana diterangkan oleh Allah dalam firman Nya:
ونريد أن نمن على الذين استضعفوا في الأرض ونجعلهم أئمة ونجعلهم الوارثين
Maksudnya : "Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi) (Surah Al-Qasas ayat 5)
Sahabat yang dimuliakan,
Sesungguhnya Allah lah yang memiliki pemerintahan yang Dia berikan kepada orang-orang yang telah dikehendaki-Nya. Allah SWT telah mengeluarkan seorang anak yatim dari bangsa Arab yang buta huruf. iaitu Muhammad SAW yang mampu mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada kemulian Islam dengan izin Allah SWT, menyiapkan mereka dengan kekuatan kemahuan untuk menjadi umat yang terkuat, yang dapat menghancurkan benteng masyarakat jahiliah Sementara itu orang-orang Yahudi (Bani Israil) bergelimang di dalam taqild. buta dan penindasan raja-raja atau para penguasa.
Allah SWT memberikan kekuasaan kepada orang-orang yang Dia kehendaki atau mencabut pemberian Nya itu dari orang-orang yang Dia kehendaki hanyalah berdasarkan sunah-sunah dan hukum-hukum Nya.
Segala urusan ada di tangan Allah. Tidak ada seorangpun yang dapat menilai dan memperkirakan perhitungannya. Dialah yang berkuasa mencabut kekuasan dari siapa yang dikehendaki Nya serta menghinakan Nya. Dan hanya Dia pulalah yang kuasa memberikan kekuasaan itu kepada suatu bangsa serta memuliakannya. Yang demikian ini, amat mudah bagi Allah.
Sahabat yang dikasihi,
Perlu diingatkan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh mendakwah bahawa mereka akan tetap berkuasa walaupun telah memerentah negara setengah abad. Walau pun mereka menggunakan berbagai cara untuk menghalalkan tindakkannya iaitu dengan kaedah " matlamat menghalalkan cara". Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap pemerentah zalim yang merampas hak rakyat , mengutamakan kroni atau ahli keluarga daripada rakyat jelata. Hidup bermewah-mewah dengan mengambil rasuah, pilih kasih dan berlaku ketirisan wang negara, maka golongan ini tidak mustahil akan digantikan dengan golongan yang lebih baik, telus dan amanah.
Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dan Dia mampu merubah sistem kehidupan di muka bumi. Bagaimana kekuasan Raja Nambrut dan Firaun yang menindas rakyatnya sendiri dan menentang para Rasul utusan Allah SWT akhirnya mereka tewas dan dihinakan oleh Allah SWT. Begitu juga pemerentah zalim abat ke 21 telah jatuh satu demi satu seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan akan tiba masanya di Syria kerana kezaliman yang amat dahsyat membunuh rakyatnya sendiri tanpa peri kemanusiaan.
Oleh itu perlulah kita insaf dan sedar bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara dan kehidupan yang sebenarnya adalah di kampung akhirat maka berwaspadalah jangan sampai kalian tertipu dengan pujuk rayu dunia yang mempersonakan dan berhati-hatilah semasa memilih pemimpin kerana kalian akan disoal nanti di akhirat jika tersalah membuat pilihan . Wallahualam.

Sunday, April 7, 2013
Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 201 -202 (Kebahagiaan Dunia dan Akhirat)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201)
Maksudnya : "Dan di antara mereka ada orang yang mendoa: `Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka".
(Surah al-Baqarah ayat 201)
Di dalam ayat ini Allah menyebutkan manusia yang memperoleh keuntungan dunia dan akhirat, adalah orang-orang yang di dalam doanya selalu minta supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, dan di jauhi dari seksaan api neraka.
Untuk mencapai hidup bahagia di dunia perlulah melalui beberapa syarat, di antaranya sentiasa bersabar dalam berusaha, patuh kepada peraturan dan disiplin yang di tetapkan oleh Allah SWT, pandai bergaul dan dipercaya serta mempunyai niat yang baik dalam usahanya.
Untuk mencapai hidup bahagia di akhirat haruslah mempunyai iman yang murni dan kuat, serta mengerjakan amal yang soleh dan mempunyai akhlak yang mulia. Maka untuk terlepas dari seksa hendaklah sentiasa meninggalkan pekerjaan-pekerjaan maksiat, menjauhkan diri dari sifat keji serta memelihara diri jangan sampai melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pengaruh syahwat dan hawa nafsu.
Firman Allah SWT :
أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (202)
Maksudnya : "Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya".(Surah al-Baqarah ayat 202)
Mereka yang meminta kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat itulah yang akan mendapat nasib yang baik dan beruntung kerana kesungguhannya dalam berusaha dan beramal. Maksudnya mereka memohon kepada Allah SWT dengan hatinya, yang diucapkan oleh lidahnya dengan kesungguhan jasmaninya dalam berusaha dan beramal. Hasilnya ialah keuntungan dan kebahagiaan. Ayat ini diakhiri dengan peringatan bahawa Allah SWT sangat cepat perhitungan-Nya.
Maksudnya ialah supaya setiap manusia tidak boleh ragu-ragu dalam berusaha dan beramal, sebab seluruhnya itu akan diperhitungkan oleh Allah SWT dan tidak akan dirugikan-Nya seorang pun juga. Perhitungan Allah sangat cepat dan tepat sehingga dalam waktu sekejap mata saja, setiap manusia itu sudah dapat melihat hasil usaha dan amalnya dan sekaligus akan dapat menerima balasan dari usaha dan amalnya itu dari Allah SWT.
Asbabun Nuzul ayat 201-202 Surah al-Baqarah.
Ibnu Abbas r.a. berkata : "Kedua ayat ini diturunkan Allah agar kaum muslimin memanjatkan doa dengan memohon kebaikan di dunia dan akhirat, tidak hanya kebaikan di dunia, tetapi melupakan akhirat, sebagaimana yang telah terjadi pada kaum Badui, yang berdoa tanpa menyebutkan urusan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Ibnu Katsir : 332/333 dan al-Hadis al-Mukhratah :4/116)
Sahabat yang dimuliakan,
Amalkanlah doa di atas setiap kali lepas solat atau ketika kita berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT dan berhajat di dalam sesuatu permohonan. Jangan pisahkan permohonan urusan dunia dengan urusan akhirat.
Doa
adalah senjata orang mukmin. Dalam kehidupan seorang mukmin, hidupnya
penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi
mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup
yang sukar dan perlu pengorbanan maka lidahnya sentiasa berzikir, berdoa
dan bermunajat kepada Allah S.W.T. tanda pengharapannya yang mutlak
kepada Allah SWT.
Nabi
S.A.W. mengajarkan agar sentiasa berdoa tanda pengharapan dan
pergantungan kita kepada Allah S.W.T. salah satu doa yang sering baginda
ucapkan yang maksudnya : "Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ia
merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan
penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat
kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap
kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap
kejahatan." (Hadis Riwayat Muslim)
Di samping kita berdoa jangan lupa pula untuk mengerjakan amal-amal soleh dan beribadah yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Bersegeralah
kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah
seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang
paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya
kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat
Muslim)
Rasulullah
memperingatkan umatnya agar tidak malas dalam beribadat dan beramal
soleh, sebaliknya harus memperbanyakkan kedua-duanya. Setiap hari ketika
anak Adam menemui pagi, maka saat itu ada kesempatan baginya yang harus
ia manfaatkan dengan memperbanyakkan ketaatan, ibadat dan amal soleh.
Dengan begitu, ia akan sentiasa taat kepada Tuhannya dan menjauhi segala
larangan-Nya, sehingga akan bertambah kebaikannya, semakin berat
timbangan amal kebajikannya dan terhapus dosa-dosanya.
Marilah sama-sama kita perbaiki amalan-amalan kita di dunia sebagai bekalan di hari akhirat dan sentiasa berdoa agar Allah SWT permudahkan urusan dunia dan akhirat kita. Di dunia mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT dan di akhirat pula mendapat syafaat dan rahmat daripada Allah SWT dengan di ampunkan dosa-dosa kita dan di benarkan untuk memasuki syurga seluas langit dan bumi, in syaa Allah.