Soalan Ke Lapan Puluh Tujuh : Boleh tak ustaz jelaskan senarai dosa-dosa besar yang di lakukan oleh umat Islam dan mereka tidak menganggap perkara tersebut adalah dosa besar.?
Jawapan :
Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Dalil pembahagian dosa menjadi bear dan kecil adalah firman Allah SWT.:
Firman Allah SWT maksudnya, "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Surah an-Nisa’ (4) ayat 31)
Firman-Nya lagi yang bermaksud, "(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (Surah an-Najm (53) ayat 32)
Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.
Di bawah ini di senaraikan jenis Dosa-dosa Besar.
1.. Syirik - Dosa yang paling besar. (Jika Mati Di Dalam Keadaan Syirik Tidak Akan Di Ampunkan Oleh Allah SWT)
2.. Membunuh Manusia
3.. Sihir
4.. Tinggal Solat 5 Waktu.
5.. Tidak Mengeluarkan Zakat
6.. Tidak Berpuasa
7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9.. Memutuskan Silatulrahim
10.. Berzina
11.. Homosex
12.. Memakan Riba
13.. Memakan Harta Anak Yatim
14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul-Nya.
15.. Lari dari Medan Perang
16.. Sombong
17.. Saksi Palsu
18.. Meminum Arak
19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam Kepada Rakyat.
20.. Berjudi
21.. Menuduh Orang Baik Melakukan Zina
22.. Menipu Harta Rampasan Perang
23.. Mencuri
24.. Merompak
25.. Sumpah Palsu
26.. Berlaku Zalim
27.. Pemungut Cukai Yang Zalim (Rakyat Menjadi Mangsa)
28.. Makan Dari Kekayaan Yang Haram
29.. Bunuh Diri
30.. Berbohong
31.. Hakim Yang Tidak adil
32.. Rasuah
33.. Wanita Yang Menyerupai Lelaki
34.. Lelaki Yang Menyerupai Wanita
35.. Tidak Cemburu (Dayus)
36.. Cina Buta
37.. Tidak Suci Hadas Kecil ( Wuduk Dan Solat Tak Sah)
38.. Riyak Mempamerkan Diri
39.. Ulamak Dunia (Jahat)
40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.. Mangingkari Takdir (Tak Redha Qada' Dan Qadar)
42.. Mencari Kesalahan Orang lain
43.. Menabur Fitnah
44.. Mengutuk Umat Islam Dan Ulama
45.. Mengingkari Janji
46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.. Derhaka kepada Suami
48.. Gambar pada Baju (Gambar Yang Di Larang)
49.. Menamparkan Pipi Dan Meratap Jika Terkena Bala
50.. Mengganggu Orang lain
51.. Berbuat Zalim Terhadap Yang Lemah
52.. Mengganggu Jiran Tetangga
53.. Menyakiti Dan Memaki Orang Islam
54.. Derhaka Kepada Pemimpin Yang Adil
55.. Melabuhkan Pakaian (Kerana Kesombongan)
56.. Lelaki Yang Memakai Sutera dan Emas
57.. Hamba Lari Dari Tuan
58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
59.. Menjadi Pak Sanggup
60.. Berdebat dan Bermusuh
61.. Enggan Memberi Kelebihan Air
62.. Mengurangkan Timbangan
63.. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
64.. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
65.. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (Jika Mendengar Azan Tanpa Uzur)
66.. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.. Mengurangi Wasiat
68.. Menipu
69.. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda
71. Khianat.
72.. Mempertikaikan Hukum-hukum Allah SWT (Hudud, Qisas & Takzir)
Sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar cepat-cepat beristighfar dan bertaubat kepaad Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Allah SWT berfirman, maksudnya, “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)
Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Friday, April 24, 2015
Wednesday, April 22, 2015
Banyakkan Beristighfar Setiap Hari :
1. Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)
اَللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ, خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أََبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَ أَبُوْءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Allahumma anta Rabbiy, laa ilaha illa anta, khalaqtaniy wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri maa shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzambiy, faghfirliy fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta
Ertinya : “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Karena sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau”
[“Barangsiapa membacanya ketika petang hari dan kemudian meninggal pada malam itu, maka ia akan masuk syurga. Dan, barangsiapa membacanya pada pagi hari serta meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk syurga.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dalam Shahihnya No. 5947, 5964, )
2. Beristighfar 100 Kali. Sehari.
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ
Astaghfirullahal ‘Azhim alladzi laa ilaha illa huwa al hayyu al qayyum wa atuubu ilaih
Artinya : “Aku memohon ampunan Allah Yang Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus (makhluk-Nya)”
(“Barang siapa yang berkata: Astaghfirullahal ‘Azhim alladzi laa ilaha illa huwa al hayyu al qayyum wa atuubu ilaih, sebanyak tiga kali, nescaya diampuni dosa-dosanya walaupun dosanya semerbak merata.” (Hadis Sahih Riwayat Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 2550, katanya: shahih sesuai syarat Imam Muslim. Juga diriwayatkan oleh At Tirmidzi No. 3577, katanya: hadits gharib. Syaikh Al Albani menshahihkannya. Lihat Shahih wa Dhaif Sunan At Tirmidzi No. 3577).
Tuesday, April 21, 2015
Fatwa : Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Fatwa Negeri Berkaitan:
Bil | Tajuk | Negeri | Penwartaan | Tarikh Keputusan |
---|---|---|---|---|
1 | Tariqat An Naqsyabandiah Al Aliyyah | Kedah | Diwartakan | 29 Jul, 2000 |
2 | Tariqat Naqsyabandiah Al-'Aliyyah Pimpinan Syeikh Nazim | WP Kuala Lumpur | Diwartakan | 20 Nov, 2002 |
3 | Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Di Bawah Pimpinan Syeikh Nazim Al-Haqqani Di Negeri Melaka | Melaka | Diwartakan | 29 Dec, 2010 |
Ruju' Dalam Islam
Ruju‘ dari segi bahasa bererti kembali
Manakala dari segi syara‘ pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu ‘iddah yang bukan talaq ba’in.
Ruju‘ adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu ‘iddah isteri.
DALIL HARUS RUJU‘
Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:
Maksudnya: “Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.” (Surah Al-Baqarah, (2) ayat 228)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Maka apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddah, ruju‘lah mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik).” (Surah At-Talaq,(65) ayat 2)
Rasulullah SAW telah bersabda kepada ‘Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (‘Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haid maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya.”
RUKUN RUJU‘
Ruju‘ mempunyai tiga rukun iaitu:
1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).
2. Murtaji‘ iaitu suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu.
3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.
SYARAT-SYARAT RUJU‘
1. Suami:
a) Hendaklah seorang yang berakal.
b) Baligh.
c) Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.
d) Tidak murtad.
2. Isteri:
a) Hendaklah yang sudah dicampuri.
b) Mestilah yang diceraikan dengan talaq raj‘iyy. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khul‘ dan juga talaq tiga.
c) Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.
3. Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah ruju‘ dalam masa yang tertentu sahaja.
4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Ruju‘ disyari‘atkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq raj‘iyy meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam ‘iddah. Tetapi perlu diingat bahawa ruju‘ hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.
PROSEDUR RUJU‘
1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.
2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.
3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.
4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.
5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah.
6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.
7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.
8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E).
Kemuskilan Agama : Mengungkit-ungkit Pemberian Menghapuskan Pahala.Dan Akan Mendapat Dosa.
Soalan Ke Lapan Puluh Enam : Apakah hukumnya jika seseorang telah memberikan bantuan kepada seseorang kemudian dia mengungkit-ungkitkan pemberiannya kerana orang tersebut tidak dapat membantunya ketika dia pula susah?
Jawapan :
Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian yang kita telah berikan. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :
Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)
Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil)
Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.
Suka mengungkit-ungkit (pemberiannya) :
Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Surah al-Baqarah ayat 264).
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya. Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.
Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).
Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiananya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.
Jika seseorang menyakiti hati kita sekali pun janganlah kita bertindak menyakiti hati orang tersebut di atas amal atau bantuan yang pernah kita berikan. Bantuan yang pernah kita berikan itu sebenarnya adalah hak Allah SWT dan rezeki orang tersebut melalui tangan kita. Jika kita ungkit mengungkit secara otomatik menghapuskan pahala tersebut dan mendapat dosa kerana menyakiti hati orang yg pernah menerima bantuan kita. Jika orang yang pernah kita tolong dan dia tak dapat nak tolong kita maka jangan sekali-kali mengungkitnya dan banyak bersabar dan bertawakal kepaad Allah SWT.
Jawapan :
Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian yang kita telah berikan. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :
Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)
Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil)
Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.
Suka mengungkit-ungkit (pemberiannya) :
Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Surah al-Baqarah ayat 264).
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya. Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.
Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).
Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiananya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.
Jika seseorang menyakiti hati kita sekali pun janganlah kita bertindak menyakiti hati orang tersebut di atas amal atau bantuan yang pernah kita berikan. Bantuan yang pernah kita berikan itu sebenarnya adalah hak Allah SWT dan rezeki orang tersebut melalui tangan kita. Jika kita ungkit mengungkit secara otomatik menghapuskan pahala tersebut dan mendapat dosa kerana menyakiti hati orang yg pernah menerima bantuan kita. Jika orang yang pernah kita tolong dan dia tak dapat nak tolong kita maka jangan sekali-kali mengungkitnya dan banyak bersabar dan bertawakal kepaad Allah SWT.