Punca Tiada Ketetapan Pada Hati.
1. Hati merupakan raja dalam struktur badan manusia. (Hadis Riwayat al-Bukhari no, 52,Bab Iman. Muslim no.1599, Bab Jual Beli).
Imam
al-Qurtubi menceritakan kisah seorang Muazzin di Mesir yang telah murtad
kerana ternoda dengan seorang gadis beragama Kristian, kemudian mereka
berkahwin. Akibat dalam suatu kemalangan, lelaki itu mengakhiri hayatnya
dalam keadaan hina, dalam agama Kristian.(Lihat Kitab al-Tazkirah: Bab Su'al-Katimah.)
Oleh itu, amatlah penting memohon kepada ketetapan hati agar sentiasa berada dalam rahmat-Nya, ketika hidup atau mati.
2. Daripada Anas berkata; Maka kami (Para Sahabat) berkata;
Wahai Rasulullah..! Kami telah beriman kepadamu dan kepada Wahyu yang engkau bawa, maka apakah engkau masih khuwatirkan kami?
Baginda Nabi SAW menjawab:
ÙَŰčَÙ
ْ Ű„ِÙَّ ۧÙْÙُÙُÙŰšَ ŰšَÙْÙَ ŰŁُŰ”ْŰšُŰčَÙْÙِ Ù
ِÙْ ŰŁَŰ”َِۧۚŰčِ ۧÙÙَّÙِ ŰčَŰČَّ ÙَŰŹَÙَّ ÙُÙَÙِّŰšُÙَۧ
"Ya, sesungguhnya hati itu berada di antara jari-jari Allah ‘azza wajalla, Dialah yang membolak-balikkannya."
(HR. Ahmad; Ibnu ‘Adi berkata di dalamnya terdapat perawi yang bernama Abu Sufyan dan dia tidak mengapa.)
3. Dalam riwayat lain, Ummu Salamah r.ha berkata, doa ini merupakan DOA yang paling banyak dibaca oleh Nabi SAW.
ۧÙÙَّÙُÙ
َّ Ù
ُÙَÙِّŰšَ ۧÙْÙُÙُÙŰšِ Ű«َŰšِّŰȘْ ÙَÙْŰšِÙ ŰčَÙَÙ ŰŻِÙÙِÙَ
"Ya Allah, yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu".
(Bacalah doa ini setiap kali solat Fardu dan solat-solat Sunat yang kita kerjakan)
(HR. Ahmad; dalam sanadnya terdapat “Syahar bin Hawsyab” dan dia didhaifkan para ulama)
4. Apkah punca hati itu berbolak-balik?
i. Memakan dari sumber haram dan subhah.
ii. Rendahnya keimanan kepada Allah dan jauh dari Allah.
iii. Sombong, riak dan takabur
iv. Dekatnya diri dengan maksiat.
Oleh kerana hati itu sentiasa dalam bolak-balik, "maka setiap ibadah
yang dilakukan seperti solat, amalan-amalan sunat, puasa kita akan
bermusim." Apatah lagi, untuk istiqamah dalam semuah ibadah yang
dilakukan, umpama "Lalang Ditiup Angin).