Saturday, February 20, 2010

Sifat Tawadhu'

Tawadhu' biasanya di terjemahkan dengan erti merendah diri. Beberapa pandangan ulama' berkaitan sifat tawadhu' ialah;

  • Bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan takabbur (sombong). Tawadhu' adalah satu sifat orang Mukmin yang termasuk siddiq.
  • Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu walau dari sesiapa pun.
  • Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain.
    Orang yang yang tidak pernah membusungkan dada, orang yang bersifat lemah lembut dan hormat pada sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat.
    Sifat yang tegas, hanya 'menerima yang hak dan menolak yang batil'
  • Satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar."
Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:
يقول Ű§Ù„Ù„Ù‡ : من ŰȘÙˆŰ§Ű¶Űč لي Ù‡ÙƒŰ°Ű§ - ÙˆŰŹŰčل ŰšŰ§Ű·Ù† كفه Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ ÙˆŰŁŰŻÙ†Ű§Ù‡Ű§ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ - Ű±ÙŰčŰȘه Ù‡ÙƒŰ°Ű§ - ÙˆŰŹŰčل ŰšŰ§Ű·Ù† كفه Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ ÙˆŰ±ÙŰčÙ‡Ű§ Ù†Ű­Ùˆ Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ
Maksudnya;"Barangsiapa tawadhu'(merendah diri) kerana Aku (Allah) seperti begini: Ia itu Rasulullah menunjukkan dengan menelangkupkan tangannya ke bumi, nescaya Aku angkat seperti ini (ia itu Rasulullah membalikkan tangannya ke arah langit)."
(Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)

Allah berfirman dalam Surah Al- Furqan ayat 63

وَŰčِŰšَۧۯُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„َّ۰ِينَ يَمْŰŽُونَ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ هَوْنًۧ وَŰ„ِ۰َۧ Űźَۧ۷َŰšَهُمُ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلُونَ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ŰłَلَŰ§Ù…ًۧ"
"Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ia lah orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."

Antara perilaku orang yang tawadhu' ialah :


  • Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
  • Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
  • Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
  • Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang ia ada kelas tersendiri.
  • Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
  • Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
  • Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
  • Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
  • Segera minta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
  • Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
  • Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Sumber :www.usrahrasahati.blogspot.com.

Thursday, February 18, 2010

Wasiat Keempat Nabi s.a.w. (Menolong Orang Lain))

Dari Ibnu Umar r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Orang Islam itu saudara orang Islam lainnya.

Tidak boleh menganiaya antara satu dengan yang lain dan tidak boleh membiarkan dianiaya oleh orang lain.

Sesiapa menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya.

Sesiapa melapangkan kesusahan orang Islam maka Allah akan melapangkan dari kesusahan di hari qiyamat nanti."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa menghilangkan satu kesusahan orang Mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan menghilangkan salah satu kesusahan di hari qiyamat.

 Dan sesiapa memudahkan kesulitan orang miskin, Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

 Sesiapa menutup kesalahan orang Islam maka Allah akan menutup (kesalahan)nya di dunia dan di akhirat.

Dan Allah akan selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya.

Sesiapa berjalan di atas jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.

Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam salah satu rumah Allah (masjid) yang mempelajari dan membaca kitab Allah melainkan akan diturunkan ketenangan atas mereka dan rahmat akan meliputi mereka serta para Malaikat akan mengelilingi mereka.

Allah akan membanggakan mereka di hadapan (Malaikat) yang ada di sisi-Nya.

Sesiapa yang lambat amal perbuatannya maka tidak dapat dipercepat oleh nasab keturunannya."

(Hadis Riwayat Muslim).

Wednesday, February 17, 2010

Lima Cara Pilih Sahabat.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

(Dipetik dari mizzMira, Lakaran Sarkawi)

Tuesday, February 16, 2010

Tujuh Faktor Seseorang Menjadi Sombong.

Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseorang menjadi sombong dan takabbur :
1. Ilmu
Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Apabila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.

Űčن ۏۧۚ۱ Ù‚Ű§Ù„ Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: "Ù„Ű§ ŰȘŰčÙ„Ù…ÙˆŰ§ Ű§Ù„Űčلم لŰȘŰšŰ§Ù‡ÙˆŰ§ ŰšÙ‡ Ű§Ù„ŰčÙ„Ù…Ű§ŰĄ ÙˆÙ„Ű§ ŰȘÙ…Ű§Ű±ÙˆŰ§ ŰšÙ‡ Ű§Ù„ŰłÙÙ‡Ű§ŰĄ ÙˆÙ„Ű§ ŰȘŰźÙŠŰ±ÙˆŰ§ŰšÙ‡ Ű§Ù„Ù…ŰŹŰ§Ù„Űł فمن فŰčل Ű°Ù„Ùƒ ÙŰ§Ù„Ù†Ű§Ű± Ű§Ù„Ù†Ű§Ű±"
Maksudnya; Janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk digelar sebagai ulama, dan janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk memperlekehkan orang yang bodoh, dan janganlah mempelajari ilmu dengan tujuan memilih tempat dan kedudukan, sesiapa yang melakukanya dengan tujuan yang sedimikian maka neraka adalah tempatnya.


Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: "من ŰȘŰčلم ŰčÙ„Ù…Ű§ Ù…Ù…Ű§ ÙŠŰšŰȘŰșى ŰšÙ‡ ÙˆŰŹÙ‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù„Ű§ يŰȘŰčلمه Ű„Ù„Ű§ Ù„ÙŠŰ”ÙŠŰš ŰšÙ‡ Űč۱۶ۧ من Ű§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ لم ÙŠŰŹŰŻ ŰčŰ±Ù Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© يوم Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù…Ű©
Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memepelajari ilmu yang dituntut oleh Allah dengan tujuan mendapatkan habuan keduniaan, maka ia tidak mencium bau syurga di hari qiamat.


Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya :
وَْۧ۟فِ۶ْ ŰŹَنََۭۧكَ لِمَنِ ۧŰȘَّŰšَŰčَكَ مِنَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ
Maksudnya : “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” 
(Surah al-Syu‘ara: 215).

Selain itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya. Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia:

Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه : ŰŁÙ† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… Ù‚Ű§Ù„ : Ű„Ù† ŰŁŰŽŰŻ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł Űč۰ۧۚۧ يوم Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù…Ű© ŰčŰ§Ù„Ù… لم ينفŰčه Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšŰčلمه
Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang berilmu yang tidak menggunakan ilmu.

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama..

2. Amal Ibadat
Terkadang orang yang banyak melakukan amal ibadat bersifat sombong dan takabbur kerana merasakan merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat rahmat Allah. Ilmu yang dimiliki tidak dapat membentuk sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur. 

Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa. 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “
ۄ۰ۧ ŰłÙ…ŰčŰȘم Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ يقول هلك Ű§Ù„Ù†Ű§Űł فهو ŰŁÙ‡Ù„ÙƒÙ‡Ù…
Maksudnya ;Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.

Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
Ù„Ű§َ يَŰŻْŰźُلُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ مَنْ كَŰ§Ù†َ فِي قَلْŰšِهِ Ű­َŰšَّŰ©ُ Űźَ۱ْŰŻَلٍ مِنْ كِŰšْ۱ٍ
“Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.” .

3. Nasab Keturunan
Ramai manusia menjadi sombong kerana ketuurnannya dan memandang rendah orang lain yang tidak mempunyai nasab keturunan sepertinya. Mereka berasa keturunannya yang terdiri daripada salihin, ‘amilin, hartawan, bangsawan dan sebagainya menyebabkan mereka menjadi manusia yang mulia. 
Dari Abu Dhar r.a. katanya:
Ű±ÙˆÙŠ ŰŁÙ† ۣۚۧ ۰۱ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„ Ù‚Ű§ÙˆÙ„ŰȘ Ű±ŰŹÙ„Ű§ Űčن Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… فقلŰȘ له ÙŠŰ§ Ű§ŰšÙ† Ű§Ù„ŰłÙˆŰŻŰ§ŰĄ فŰș۶ۚ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ÙŠŰ§ ۣۚۧ ۰۱ Ù„ÙŠŰł Ù„Ű§ŰšÙ† Ű§Ù„ŰšÙŠŰ¶Ű§ŰĄ Űčلى Ű§ŰšÙ† Ű§Ù„ŰłÙˆŰŻŰ§ŰĄ ÙŰ¶Ù„
Maksudnya;“Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan seorang, Aku berkata: “Wahai anak si hitam.” Rasulullah s.a.w. segera menegur, sabdanya: “Wahai Abu Dhar! Tidak ada kelebihannya bagi anak si putih ke atas anak si hitam

4. Paras Rupa Dan Kehebatan Fizikal
Manusia sering besifat sombong apabila merasakan dirinya cantik dan hebat, lalu timbullah rasa takjub dengan keindahan dan kehebatan rupa parasnya. Wajarlah mereka ini merenung sabda Rasulullah s.a.w.:
Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù„Ű§ ÙŠÙ†ŰžŰ±ُ Ű„Ù„Ù‰ ŰŁŰŹŰłŰ§Ù…ÙƒÙ…، ÙˆÙ„Ű§ Ű„Ù„Ù‰ Ű”ÙˆŰ±ÙƒÙ…، ولكن ÙŠÙ†ŰžŰ±ُ Ű„Ù„Ù‰ Ù‚Ù„ÙˆŰšÙƒÙ… ÙˆŰŁŰčÙ…Ű§Ù„ÙƒÙ…
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.” .

5. Harta Kekayaan
Orang kaya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Ada juga di antara mereka menganggap golongan kaya mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T. Mereka berkata bahawa mereka boleh bersedekah dengan sebanyak-banyak sedekah, sedangkan si fakir miskin itu untuk menyuap sesuap nasi ke mulut sendiri pun masih belum tentu. Mereka lupa sebenarnya Allah telah menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada Allah S.W.T.

Sesetengah golongan kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu. Nabi s.a.w. telah bersabda:
Ù‚ŰŻÙ…ŰȘم من Ű§Ù„ŰŹÙ‡Ű§ŰŻ Ű§Ù„ŰŁŰ”Űș۱ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰŹÙ‡Ű§ŰŻ Ű§Ù„ŰŁÙƒŰšŰ± Ù…ŰŹŰ§Ù‡ŰŻŰ© Ű§Ù„Űčۚۯ Ù‡ÙˆŰ§Ù‡
“Kita kembali daripada perang kecil menuju perang besar iaitu seorang hamba berjuang melawan hawa nafsu.”

Maka tidak sewajarnya si kaya memandang rendah si miskin, kerana seperti yang diterangkan bahawa si miskin yang beriman itu besar nilainya di sisi Allah S.W.T.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù…َّ ŰŁŰ­ÙŠÙŠÙ†ÙŠ مِŰłÙƒÙŠÙ†Ű§ً ÙˆŰŁÙ…ŰȘني مِŰłÙƒÙŠÙ†Ű§ً ÙˆŰ§Ű­ŰŽŰ±Ù†ÙŠ في ŰČÙ…Ű±Ű©ِ Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ÙƒÙŠÙ†
“Ya Allah, hidupkan aku dalam keadaan miskin, dan mati aku miskin, dan himpunkan aku di kalangan orang-orang miskin.” 
 
Maka kata A‘isyah Radhiyallahu ‘anha: “Kerana apa, ya Rasulullah?” Maka sabdanya: “Bahawasanya mereka itu masuk Syurga 40 tahun lebih dahulu daripada orang kaya . Hai A‘isyah, sayangilah orang-orang miskin dan hampirilah mereka itu, nescaya hampir kepada Allah Ta‘ala pada hari kiamat.” 

6. Kekuasaan
Memiliki kuasa,sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu sekiranya tidak mempunyai hati yang baik akan mendorongnya menjadi sombong. 

7. Pengikut dan penyokong.
Manusia yang hatinya tidak sihat akan berasa hebat apabila di belakangnya ramai pengikut atau peminat. Keangkuhannya dan kesombongannya bertambah kuat apabila apa-apa yang diperkatakan dan dilakukan sentiasa mendapat sokongan daripada pengikut tanpa melihat sama ada ia satu kebenaran atau kebatilan.
Justeru, marilah sama-sama kita menjaga hati kita agar sentiasa insaf dan merendah diri biarpun semua perkara di atas menjadi milik kita. Jangan jadikan ia sebab kepada kesombongan dan ketakabburan tetapi jadikanlah ia sebagai sebab untuk kita hampir kepada Allah swt dan menginsafi semua perkara tersebut merupakan ujian daripada Allah swt. Semoga kita berjaya dengan ujian ini dan mendapat keredhaan Allah swt.

Sumber : http://usrahrasahati.blogspot.com/

Saturday, February 13, 2010

Sifat Takwa Kepada Allah.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud : "Bertakwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik."
(Hadis Riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,ia adalah Hadis Hasan Sohih).

Berdasarkan hadis di atas Nabi s.a.w. mengingatkan umatnya bahawa hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah s.w.t. Takwa di sini bermaksud melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar faham apa itu takwa dan bagaimana hubungan takwa dengan iman.

Sebenarnya untuk mencapai takwa yang hakiki, bukan sekadar menghendaki kita melaksanakan  perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Takwa memerlukan kita melakukan lebih daripada itu kerana ia membabitkan amalan roh dan jiwa.

Takwa membawa maksud berwaspada, berjaga-jaga dan takut kepada-Nya dengan menjauhi segala larangan-Nya. Asal dari perkataan 'ittaqa' itu juga membawa maksud menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara.

Jelas takwa bukan sahaja membawa maksud takut kepada Allah malah sebagai pelindung dan pemelihara daripada sebarang perkara buruk, lebih-lebih lagi perkara yang boleh membawa kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang rugi di akhirat nanti.

Ketinggian tahap takwa apabila ia dijadikan kayu ukur kepada pemilihan hamba Allah yang dipandang mulia di sisi-Nya. Semakin tinggi takwa seseorang maka semakin mulia ia di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ; "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat ayat 13)


Pokok Perbincangan Hadis :
1) Nabi s.a.w. memulakan khutbahnya dengan wasiat ini, iaitu mengajak manusia bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.

2) Takwa adalah sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya. Termasuk juga dalam takwa ini dengan melakukan perkara wajib, tinggalkan yang haram dan meninggalkan yang subhat.

3) Kelebihan sifat ini :
Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi Syurga. Takwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya. Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi. Janji Allah dan pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertakwa. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

4) Takwa yang dikehendaki adalah ketika sunyi dan juga terang-terangan dan merasakan diperhatikan oleh Allah.

5) Akhlak yang baik sebahagian dari takwa dan tidak sempurna iman jika masih ada sifat-sifat mazmumah.Cara kita memperelokkan akhlak adalah mengambil qudwah dari Nabi s.a.w. Mempelajari sirahnya dan melaksanakan  proses tarbiyah seperti mana yang di jalankan oleh baginda untuk melahirkan jiwa-jiwa yang bertakwa kepada Allah.

Pengajaran hadis:
1.Takwa dituntut walaupun di mana seorang Mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan takwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

2.Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.

3.Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.

Friday, February 12, 2010

Ujian Allah Dengan Nikmat

Hakikat kehidupan ini adalah ujian dari Allah s.w.t. Kesenangan dan kesusahan yang dialami oleh seseorang bukanlah pada hakikat yang sebenarnya. Firman Allah s.w.t;

Ű§Ù„Ù… * ŰŁَŰ­َŰłِŰšَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ ŰŁَنْ يُŰȘْ۱َكُÙˆŰ§ ŰŁَنْ يَقُولُÙˆŰ§ ŰąÙ…َنَّۧ وَهُمْ Ù„Ű§ يُفْŰȘَنُونَ * وَلَقَŰŻْ فَŰȘَنَّۧ Ű§Ù„َّ۰ِينَ مِنْ قَŰšْلِهِمْ فَلَيَŰčْلَمَنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„َّ۰ِينَ Ű”َŰŻَقُÙˆŰ§ وَلَيَŰčْلَمَنَّ Ű§Ù„ْكَۧ۰ِŰšِينَ

Maksudnya; "Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami Telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 1-3).

Nabi Sulaiman a.s. tatkala diberikan berbagai kelebihan, berkata;

قَŰ§Ù„َ هَ۰َۧ مِنْ فَ۶ْلِ ۱َŰšِّي لِيَŰšْلُوَنِي ŰŁَŰŁَŰŽْكُ۱ُ ŰŁَمْ ŰŁَكْفُ۱ُ وَمَنْ ŰŽَكَ۱َ فَŰ„ِنَّمَۧ يَŰŽْكُ۱ُ لِنَفْŰłِهِ وَمَنْ كَفَ۱َ فَŰ„ِنَّ ۱َŰšِّي Űșَنِيٌّ كَ۱ِيمٌ

Maksudnya; "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia".

Menjadi kewajipan kepada setiap manusia untuk bersyukur atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kepada mereka. Manusia akan merasa gembira apabila menerima nikmat daripada Allah s.w.t dan merasakan mereka disayangi dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t;
فَŰŁَمَّۧ Ű§Ù„ْŰ„ِÙ†ŰłَŰ§Ù†ُ Ű„ِ۰َۧ مَۧ ْۧۚŰȘَلَŰ§Ù‡ُ ۱َŰšُّهُ فَŰŁَكْ۱َمَهُ وَنَŰčَّمَهُ فَيَقُولُ ۱َŰšِّي ŰŁَكْ۱َمَنِ

Maksudnya; "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku".(Surah Al-Fajr ayat 15)

Namun umat Islam yang beriman harus berhati-hati dan waspada, perlu menyedari dan merasakan bahawa nikmat kesenangan didunia ini bukan nikmat yang sebenarnya tetapi ia merupakan satu ujian dari berbagai ujian yang Allah berikan kepada manusia samada mereka ingat kepada Allah lalu bersyukur dengan nikmat tersebut dan Allah akan tambahkan lagi nikmatnya, atau sebaliknya mereka lupa lalu menjadi manusia yang sombong dan kufur kepada Allah s.w.t dan mereka akan diberikan azab yang sangat berat. Firman Allah s.w.t;

فَŰ„ِ۰َۧ مَŰłَّ Ű§Ù„ْŰ„ِÙ†ŰłَŰ§Ù†َ ۶ُ۱ٌّ ŰŻَŰčَŰ§Ù†َۧ Ű«ُمَّ Ű„ِ۰َۧ ŰźَوَّلْنَŰ§Ù‡ُ نِŰčْمَŰ©ً مِّنَّۧ قَŰ§Ù„َ Ű„ِنَّمَۧ ŰŁُوŰȘِيŰȘُهُ Űčَلَى Űčِلْمٍ Űšَلْ هِيَ فِŰȘْنَŰ©ٌ وَلَكِنَّ ŰŁَكْŰ«َ۱َهُمْ لَۧ يَŰčْلَمُونَ

Maksudnya; "Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku'. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak Mengetahui.' (Surah Al-Zumar ayat 49).

Manusia biasanya apabila diuji dengan kepayahan dan kesusahan, mereka akan mudah ingat kepada Allah, lalu mereka bersabar, kembali kepadaNya dan meminta pertolongan kepadaNya. Sebaliknya apabila diuji dengan kesenangan dan kenikmatan, mereka mudah lupakan Allah. Firman Allah s.w.t;

وَلَŰŠِنْ ŰŁَ۰َقْنَۧ Ű§Ù„ْŰŁِنْŰłَŰ§Ù†َ مِنَّۧ ۱َŰ­ْمَŰ©ً Ű«ُمَّ نَŰČَŰčْنَŰ§Ù‡َۧ مِنْهُ Ű„ِنَّهُ لَيَŰ€ُÙˆŰłٌ كَفُÙˆŰ±ٌوَلَŰŠِنْ ŰŁَ۰َقْنَŰ§Ù‡ُ نَŰčْمَۧۥَ ŰšَŰčْŰŻَ ۶َ۱َّۧۥَ مَŰłَّŰȘْهُ لَيَقُولَنَّ ۰َهَŰšَ Ű§Ù„ŰłَّيِّŰŠَۧŰȘُ Űčَنِّي Ű„ِنَّهُ لَفَ۱ِŰ­ٌ فَŰźُÙˆŰ±ٌ
Maksudnya; " Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, Pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: 'Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku'; Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga." (Surah Hud ayat 9-11)
Firman Allah swt;
وَŰ„ِ۰َۧ ŰŁَنْŰčَمْنَۧ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŁِنْŰłَŰ§Ù†ِ ŰŁَŰčْ۱َ۶َ وَنَŰŁَى ŰšِŰŹَŰ§Ù†ِŰšِهِ وَŰ„ِ۰َۧ مَŰłَّهُ Ű§Ù„ŰŽَّ۱ُّ فَ۰ُو ŰŻُŰčَۧۥٍ Űčَ۱ِÙŠŰ¶ٍ

Maksudnya; "Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, Maka ia banyak berdo'a." (Surah Fussilat ayat 51).

Orang yang diuji dengan diberikan kenikmatan, sekiranya mereka bersyukur, mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t. Tetapi sebaliknya sekiranya merek kufur terhadap nikmat Allah mereka akan disiksa oleh Allah s.w.t dengan azab yang sangat berat. Oleh itu janganlah kita terlalu seronok atau terlalu gembira apabila dianugerahkan nikmat kerana sebenarnya ia merupakan ujian dari Allah s.w.t, janganlah sombong, janganlah lupa diri, janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya sentiasalah bermuhasabah dan ingatlah Alllah supaya kita berjaya dengan ujian nikmat yang diberikan dan menjadi hamba yang bersyukur.


Ibnu Qayyim al-Juzi berkata; sesiapa yang bersabar dalam keadaan senang dan mewah dari melakukan maksiat, sesungguhnya ia telah selamat dari fitnah harta, sedangkan ia boleh melakukan maksiat dengan kesenangan yang dimiliki, maka ia mendapat pahala yang besar atas kesabaran tersebut.

(Dipetik dari usrahrasahati.blogspot.com)

Thursday, February 11, 2010

Sifat Tawakal Berlawanan Dengan Putus Asa.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatan-Nya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan-Nya pada saat menghadapi kesusahan.

Putus asa pula adalah habis atau hilang harapan di dalam sesuatu perkara. Sifat putus asa adalah satu sifat mazmumah yang amat negatif kesannya terhadap individu dan kehidupan seseorang. Sifat putus asa akan membawa seseorang itu menghentikan sesuatu perbuatan. Contohnya, seorang peniaga yang mendapati hasil jualannya kurang memberangsangkan mungkin akan menghentikan perniagaannya.

Sahabat yang dihormati,
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq ayat 3).

Jangan keliru dengan memisahkan usaha dengan tawakal. Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah s.a.w menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Sifat putus asa hanya layak bagi orang kafir. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusof ayat 87).

Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah al-Ra'd ayat 11).

Sahabat yang dimuliakan,
Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut :

1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran.

2.Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3.Sumber kekuatan, antara nya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa Malaikat mampu menanggung Arasy dengan membaca lafaz : 'Lahaulaquwataillah billah.'

4.Membentuk sifat optimis tentang segala-galanya.

5.Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t.

6.Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

Seseorang yang mempunyai sifat putus asa hanya boleh di atasi apabila individu tersebut melawan unsur negatif dalam dirinya  dengan azam yang kuat dan tawakal kepada Allah. Oleh itu terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil perhatian serius untuk mengatasi sifat putus asa ianya adalah seperti berikut :

1.Tawakal dengan sepenuh hati

2. Yakin dengan janji Allah dan redha dengan segala ketentuan-Nya.

3.Semangat juang yang tinggi (strong will).

4.Jangan fikir kesusahan akan berpanjangan kerana ia akan menyuburkan sifat putus asa.

5. Ingatlah bahawa Allah mempunyai sifat-sifat  yang harus iaitu harus melakukan apa saja. Oleh sebab itu, kita sebagai hamba tidak layak merasa putus asa atau apa jua ketetapan Allah untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam setiap perancangan-Nya.

6. Putus asa bukan jalan keluar daripada sebarang masaalah.

Akhir kata marilah sama-sama kita bertawakal kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan membuangkan segala sifat mazmumah terutama sifat putus asa .Kerana sesungguhnya orang yang beriman tidak akan mempersoalkan ketentuan Allah, ingatlah segala apa yang ditetapkan Allah ke atas diri kita adalah sesuatu yang baik dan ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahuinya.

Wednesday, February 10, 2010

Kisah Luqman al-Hakim Dengan Manusia

Kisah Pertama :

Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj’ii: Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. “Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik.

Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging terbaik iaitu hati dan lidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging terkeji.

Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata: “Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji terdapat dalam jasadnya.”

Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan hikmah dari Allah selain mendapat kedudukan dan makam yang amat mulia di sisi Allah.

Kisah Kedua :

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
  Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

 Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

 Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara iaitu  :

Pertama, tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya.

Kedua, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang).

Ketiga, hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya).

Dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."










Tuesday, February 9, 2010

Penyakit-penyakit Hati


Hati yang sihat, tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stres, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, aktif dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.
Firman Allah swt;
Ű§Ù„َّ۰ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ قُلُÙˆŰšُهُمْ Űšِ۰ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَلَۧ Űšِ۰ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ Ű§Ù„ْقُلُÙˆŰšُ
Maksudnya; Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (al-Ra'd:28)

Sabda Rasulullah saw;
Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčۏۚۧ Ù„ŰŁÙ…Ű± Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù† Ű„Ù† ŰŁÙ…Ű±Ù‡ كله ŰźÙŠŰ± Ű„Ù† ۣ۔ۧۚŰȘه ۳۱ۧۥ ŰŽÙƒŰ± ÙÙƒŰ§Ù† ŰźÙŠŰ±Ű§ له ÙˆŰ„Ù† ۣ۔ۧۚŰȘه ۶۱ۧۥ ۔ۚ۱ ÙˆÙƒŰ§Ù† ŰźÙŠŰ±Ű§ له ÙˆÙ„ÙŠŰł Ű°Ù„Ùƒ Ù„ŰŁŰ­ŰŻ Ű„Ù„Ű§ Ù„Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†.
 
Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.
 
Sebaliknya orang yang hatinya sakit, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, hidupnya tidak pernah bahagia bahkan sentiasa stres dan tertekan. Keadaan ini disebabkan penyakit yang ada dalam hati mereka.
 
Penyakit hati ialah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati rohani manusia. Kita mesti bermujahadah untuk melawan sifat-sifat mazmumah, (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit dalam hati Rohani boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
 
1. Penyakit hati terhadap Allah.
2. Penyakit hati terhadap manusia.
 
Antara penyakit hati terhadap Allah :

1. Lalai dalam beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3. Ragu-ragu terhadap dengan Allah
4. Tidak ikhlas dengan Allah
5. Tidak takut pada ancaman Allah
6. Tidak harap pada rahmat Allah
7. Tidak redha akan takdir Allah
8. Tidak puas dengan pemberian Allah
9. Tidak sabar atas ujian Allah
10.Tidak syukur atas nikmat Allah
11.Tidak terasa diawasi Allah
12.Tidak terasa hebatnya Allah
13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14.Tidak tawakal pada Allah
15.Tidak rindu pada Syurga dan tidak takut pada Neraka
16.Cintakan dunia.
17.Penakut (takut pada selain Allah)
18.Ujub
19.Riak
20.Sukakan pujian dan kemasyhuran
 
Antara penyakit hati terhadap manusia :
 
1. Benci membenci
2. Gembira atas kesusahan orang lain.
3. Dukacita atas kejayaan orang lain.
4. Harap keburukan terhadap orang lain.
5. Tidak mau minta maaf dan tidak memaafkan orang lain
6. Hasad dengki
7. Dendam
8. Bakhil
9. Buruk sangka
10.Tidak bertolak ansur
11.Tidak bertimbang rasa
12.Rasa Berat Tulang,Tidak tolong-menolong
13.Tamak
14.Degil dan keras hati
15.Mementingkan diri sendiri
16.Sombong
17.Tidak sabar dengan ragam manusia
18.Memandang hina kepada seseorang
19.Riak
20.Ujub
21.Rasa diri bersih dan suci.
 
(Dipetik dari usrahrasahati.blogspot.com)

Sunday, February 7, 2010

Wasiat Ketiga Nabi s.a.w. (Keutamaan Mencari Ilmu)

Dari Qubaishah bin Mukhariq r.a. beliau berkata : "Saya datang kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda bersabda yang bermaksud :'Wahai Qubaishah, bagaimana keadaanmu?' 

Saya menjawab : 'Umurku sudah tua dan tulang-tulangku sudah lemah, maka saya datang agar tuan mengajarkan apa yang dapat memberi manfaat kepada saya.

Rasulullah pun bersabda : 'Wahai Qubaishah, tidaklah engkau melewati sebuah batu, pokok dan tanah liat melainkan semuanya memintakan ampun bagimu.

Wahai Qubaishah, apabila engkau solat subuh, bacalah tiga kali  subhanallahilazim wabihamdih (Maha suci Allah Yang Maha Agung dan aku memuji-Nya) maka Ia akan menjagamu dari penyakit buta, kusta dan lumpuh. 

Wahai Qubaishah bacalah, 'Ya Allah aku memohon kepada-Mu daripada apa yang ada di sisi-Mu. Dan curahkanlah anugerah-Mu kepadaku. Dan turunkanlah berkah-Mu kepadaku'."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Diriwayatkan juga dalam hadis yang datang daripada Abu Darda', beliau mengatakan :
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 'Sesiapa berjalan di atas jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga. 

Para Malaikat meletakkan sayapnya di atas orang-orang yang mencari ilmu kerana Malaikat menyukai apa yang mereka kerjakan. 

Makhluk yang ada dilangit dan yang ada di bumi semuanya memohonkan ampun bagi orang yang berilmu termasuk ikan yang ada di dalam air. 

Keutamaan orang yang berilmu melebihi orang 'abid (ahli ibadah) bagaikan keutamaan bulan purnama ke atas bintang-bintang.

Dan sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para Nabi. Manakala para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar dan dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka sesiapa mengambilnya dia akan mendapatkan keuntungan yang besar'."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Baihaqi.)

Saturday, February 6, 2010

Perkara-perkara Yang Menyebabkan Solat di Tolak

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Solat adalah ibadah pokok dan ia merupakan tiang atau tunggak kepada seluruh ibadah-ibadah yang lain sesudah iman. Di akhirat kelak solatlah  diantara ibadah yang akan dihisab dan dinilai lebih dahulu daripada ibadah-ibadah lain. Kalau ibadah solat tidak lulus di dalam pepereksaan Allah kerana beberapa kecacatan akibat beberapa amalan kita yang boleh merosakkan pahalanya, maka ibadah-ibadah lain yang kita lakukan walaupun cantik, banyak dan hebat turut tertolak dan tidak dinilai oleh Allah s.w.t

Orang yang mengerjakan ibadah solat adalah sebagai penentu bahawa ia telah beriman. Orang yang meninggalkan solat ia telah derhaka kepada Allah s.w.t dan telah merobohkan tiang agama. Amat berat hukumnya di sisi Islam orang yang meninggalkan solat fardu tanpa uzur yang dibenarkan oleh syarak.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam banyak lagi keterangan hadis dan juga al-Qur'an tentang kepentingan dan kedudukan solat yang diperintahkan oleh Allah kepada setiap orang Islam. Memandangkan betapa besarnya solat ianya begitu penting yang menentukan kedudukan dan nilai seseorang itu samaada  ia dimasukkan ke dalan Syurga atau Neraka serta dimurkai atau dicintai oleh Allah, maka menjadi tanggungjawab kepada setiap kita orang Islam memikirkan serta mengerjakannya secara bersungguh-sungguh dan dengan sempurna.

Disamping itu, kita juga wajib memerhatikan beberapa amalan-amalan kita yang lain yang boleh mencacatkan ibadah solat kita yang kita hendak persembahkan kepada Allah itu agar ia benar-benar cantik, sempurna dan bernilai di sisi Allah s.w.t.

Hakikat solat yang sempurna akan dapat membawa seseorang menolak dan meninggalkan perkara mungkar dan jahat. Kerana kesan daripada solat itu akan membina kekuatan jiwa kepada orang yang bersolat dan berupaya menghindari setiap larangan Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ; "Sesungguhnya solat (yang sebenarnya)  itu dapat menghindari diri kamu daripada perkara-perkara jahat dan mungkar."
(Surah Al-'Ankabut ayat 45).

Bila kita lihat realiti yang berlaku di dalam masyarakat kita kenapa ramai yang mengerjakan solat tetapi mereka masih berterusan melakukan maksiat dan kemungkaran? Contoh yang jelas mereka memakan riba atau masih menerima sistem riba walaupun telah ada pilihan bermuamalah secara Islam. Mereka suka melakukan fitnah menfitnah, adu domba, dengki mendengki, masih menipu, mengambil rasuah, mendedahkan aurat, pergaulan bebas , mengurat dan mengumpat.

Sementara itu dalam masa mereka mengerjakan solat, mereka juga mengabaikan kewajipan yang lain iaitu seperti tidak mencari rezeki dari sumber yang halal, tidak menegakkan rumah tangga Islam, tidak mendidik anak-anak kepada akhlak Islam, tidak menjalankan kerja-kerja dakwah mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran, tidak berminat menuntut ilmu fardu 'ain, tidak berdakwah kepada jiran tetangga dan sahabat handai kepada ajaran Islam yang sebenar, tidak bergaulan dan berkasih sayang sesama Mukmin, tidak memenuhi hak-hak umat Islam yang lain dan sebagainya.

Kenapa berlaku demikian? Kenapa ibadah solat masih belum mampu mendidik dan membentuk orang yang melakukan solat itu menjadi insan yang sempurna? Berkemungkinan kerana solat yang dilakukannya itu tidak diterima dan tidak dinilai oleh Allah s.w.t.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam kitab 'Majmuk Salasi Risaa'il' bahawa ada sepuluh perkara yang kalau dilakukan oleh orang yang melakukan solat menyebabkan solatnya tidak diterima dan ditolak oleh Allah s.w.t. iaitu :

1.Makan minum dan pakaian mestilah daripada sumber yang halal.

2.Hendaklah mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Hati tidak mengingat perkara lain selain daripada menumpukan kepada Allah.

3.Jangan ada rasa di dalam hati perasaan riak, yaini melakukan solat itu kerana selain daripada kerana Allah.

4.Jangan ada sifat takbur kepada makhluk.

5.Jangan melakukan umpatan kepada orang lain.

6.Jangan ada perasaan 'ujub di dalam hati ('ujub ialah merasai diri mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain mempunyai kekurangan. Diri sendiri seharusnya diberi keutamaan bukan orang lain).

7.Jangan ada perasaan suma'ah di dalam hati (suma'ah ialah ingin supaya memperdengarkan atau agar orang lain tahu akan kebajikan dan kebaikan yang ia lakukan dan merasa senang hati kalau ada orang lain tahu).

8.Melakukan amalan kebajikan kerana takut dengan Allah bukan kerana takut kepada Neraka Allah atau harapkan balasan Syurga.

9.Jangan kerana malu kepada makhluk, tapi hendaklah kerana malu dengan Allah yang mendorong kita melakukan ibadah itu.

10.Jangan lakukan ibadah itu kerana mengikut hawa nafsu, yakni melakukan dengan gopoh-gapah, kerana hendaklah cepat selesai atau hendaklah banyak jumlah ibadah, tapi melakukannya secara tidak berakhlak (tidak berhalusi).

Akhirkata, sekiranya kita melakukan solat atau ibadah yang lain, dalam masa yang sama melakukan (mencampurkan) perkara mungkar, lebih-lebih lagi mungkar batin sepertimana yang dijelaskan di atas, maka yang demikian layaklah ia dihina dan dimurkai oleh Allah kerana sikap mencampur-adukkan perkara hak (kebajikan) dengan perkara batil (maksiat) dilarang oleh Allah sendiri.

Apabila Allah murka, maka Allah tidak akan memberi pertolongan dan solat kita tidak dapat memberi kesan bagi merubah diri kita daripada baik kepada buruk.

Oleh yang demikian berusahalah menghindari dan meninggalkan 10 perkara yang mencacatkan pahala ibadah yang menjadi punca ibadah solat kita tidak diterima Allah s.w.t.

Friday, February 5, 2010

Wasiat Kedua Nabi s.a.w (Tentang Tauhid)

Dari Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : Suatu hari saya berada dibelakang Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda yang bermaksud : "Wahai budak kecil. Aku akan mengajar engkau beberapa ayat : 

Jagalah Allah maka Dia akan menjagamu. 

Jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan-Nya sebagai penerangmu. 

Jika engkau minta, mintalah kepada Allah. 

Apabila engkau menghendaki pertolongan, mintalah pertolongan-Nya.

Ketahuilah seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu tentang sesuatu, maka tidaklah dapat mereka memberimu manfaat melainkan sesuatu yang telah dipastikan oleh Allah kepadamu.

Jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau tentang sesuatu, maka tidaklah dapat mereka membahayakanmu melainkan sesuatu yang telah dipastikan oleh Allah bagimu kerana telah terangkat dan kertas yang ditulis pun dah kering."

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Didalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Jagalah Allah, maka engkau akan mendapatkan-Nya di depanmu.

Kenalilah Allah pada masa kesenangan maka Allah akan mengenalimu pada masa kesusahan.

Ketahuilah bahawa sesuatu yang terlepas daripadamu tidak akan mengenaimu dan

yang menjadi bahagianmu tidak akan terlepas daripadamu. 

Ketahuilah bahawa kemenangan itu beserta kesabaran.

Kegembiraan itu sesudah kesusahan. 

Setiap ada kesusahan itu pasti ada kelapangan."

Wednesday, February 3, 2010

Asas Pendidikan Luqman di Dalam al-Qur'an.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam al-Qur'an terdapat satu surah yang bernama Surah Luqman. Surah ini memaparkan satu kisah mengenai Luqman yang dikurniakan hikmah kebijaksanaan dan rahsia mengenal Allah s.w.t., membanteras syrik, mendorong supaya berakhlak mulia dan menjauhi daripada akhlak tercela yang merupakan tujuan utama mengapa al- Qur'an diturunkan.

Dalam Surah Luqman didapati lapan ayat berturut-turut secara khusus memperkatakan kisah Luqman, dimana tajuk ayat tersebut merupakan isi pengajaran Luqman kepada anaknya. Dari ayat-ayat tersebut dapat diklasifikasi kepada tiga asas utama iaitu Asas Aqidah, Asas Ibadah dan Asas Akhlak.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk mencapai kejayaan di dalam mempelajari pendidikan Islam berdasarkan sistem pendidikan Luqman, ketiga-tiga asaas tersebut perlulah difahami dan menghayat ketiga-tiga asas pendidikan tersebut :

Pertama :  Asas Aqidah,
Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan Muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.

Dewasa ini didapati beberapa bentuk penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran, percakapan lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap asas aqidah Islam  secara mendalam, sedangkan kefahaman tentang aqidah itu merupakan satu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."
(Surah Luqman ayat 13)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana jiwa yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.

Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah ditanya, yang manakah dosa yang paling besar? Baginda menjawab : "Bahawa engkau jadikan bagi Allah penyerupaan, saingan atau persamaan sedangkan Dia menjadikan engkau."

Kedua : Asas Ibadah,
Konsep ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada soal-soal ta'abbudi yang dikenali seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ibadah mempunyai erti yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian sepenuhnya dan berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah. Hubungan ini sebenarnya yang menjadi asas utama pendidikan Islam pada keseluruhannya.

Ibadah dalam Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam dan makhluk Allah yang lain. Setiap perkara yang kita lakukan dan tinggalkan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaan-Nya akan dikira sebagai beribadah kepada Allah s.w.t.

Solat adalah saluran utama hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Ia merupakan pancaran yang menghidupkan dan menyuburkan keimanan dalam hati, kerana dengan bersolat seorang akan mengingati Allah melalui segala bacaan yang dibaca sepanjang solat. Dalam solat seseorang akan mengingati hari akhirat, ingat kepada Rasul, Malaikat, seterusnya kepada kitab yang diturunkan kepada Rasul iaitu al-Qur'an. Solat juga dapat mencegah seseorang daripada mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa solat adalah manisfetasi daripada keimanan kepada perkara-perkara ghaib.

Daripada aspek kejiwaan, solat mendidik seseorang agar mencapai ketenangan jiwa, memberi kekuatan dalaman kepada seseorang untuk menempuh penderitaan hidup di dunia ini. Daripada aspek kesihatan, solat mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan, melatih badan supaya cergas dan aktif. Daripada aspek akhlak, solat dapat menyedarkan seseorang terhadap kesalahannya, dapat menghapuskan dosa, dapat mencegah seseorang daripada kemungkaran dan mendidik seseorang supaya berdisplin dengan waktu. Dan yang terakhir daripada aspek kemasyarakatan, solat melahirkan individu yang memiliki kemerdekaan jiwa, kemerdekaan dalam memberi teguran dan pandangan, memupuk persaudaraan dan melahirkan persamaan tanpa mengira pangkat kedudukan, harta kekayaan, mulia dan hina, tua dan muda. Semuanya sama dihadapan Allah.

Ketiga : Asas Akhlak.
Misi Islam sebenarnya ialah pengarahan manusia supaya mencapai nilai-nilai kemanusiaan yang luhur, yang sesuai dengan kemuliaan manusia. Islam sangat mementingkan budi pekerti untuk mewujudkan unsur-unsur kekuatan dan peribadi yang baik, yang akan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan di dunia serta keredhaan Allah di sebalik kehidupan sekarang ini. Dalam pendidikan Luqman asas ini ditekankan kepada beberapa perkara pokok iaitu :

1.Berbakti kepada kedua ibu bapa :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan Kami wajibkan berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) "(Surah Luqman ayat 14)

2.Bersifat sabar :
Firaman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang sangat-sangat di ambil berat untuk melakukannya." (Surah Luqman ayat 17)

3.Tidak takbur dan sombong :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang sombong, takbur lagi membanggakan diri." (Surah Luqman ayat 18)

Takbur ialah sikap jiwa yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, samaada orang itu manusia atau jin. Sikap takbur inilah menyebabkan Iblis telah dilaknat oleh Allah s.w.t. dan akan dihumbankan kedalan api Neraka.

4.Kesederhanaan dalam semua perkara :
Kesederhanaan ini berlaku kepada keseluruhan sistem termasuk urusan ibadah. Seseorang Islam tidak digalakkan beribadah sehingga menyeksa diri sendiri kerana setiap diri itu ada hak yang mesti diberikan, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesungguh bagi tubuh badan ada haknya yang mesti kamu berikan kepadanya."

Begitu juga dalam urusan membelanjakan harta, Islam tidak menggalakkan umatnya supaya berbelanja secara berlebih-lebihan atau sebaliknya (kikir).

Dalam konteks pendidikan Luqman didapati dua aspek ditekankan iaitu:
Pertama : Sederhana sewaktu berjalan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan." (Surah Luqman ayat 19).

Kedua : Sederhana waktu bercakap., firman Allah s.w.t yang bermaksud :  "Lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara itu suara keldai." (Surah Luqman ayat 19).

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila dilihat daripada aspek pengajaran, didapati bahawa Luqman al-Hakim mempunyai pendekatan tertentu tentang pendidikan anaknya. Dan darisegi metodnya pendidikan Luqman mempunyai dua sifat utama iaitu pertama, pendidikan yang bersifat melengkapi dan menyeluruh dan keduanya, pendidikan yang bersifat pemeringkatan dan menurut susunannya tersendiri.

Oleh itu sebagai individu Muslim Mukmin mempunyai tanggung jawab mendidik anak-anak  dan juga generasi umat Islam hari ini maka ambillah contoh dan cara-cara yang dilaksanakan oleh Luqman yang diceritakan kisah beliau dalam al-Qur'an.


                       

Monday, February 1, 2010

Wasiat Pertama Nabi s.a.w. (Keutamaan Kalimah La llaha Illallah)


Dari Abu Hurairah r.a  beliau berkata : Saya bertanya : "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling bahagia mendapatkan syafaatmu pada hari qiyamat nanti?" Rasulullah s.a.w. menjawab : "Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis. Manusia yang paling berbahagia mendapatkan syafaatku pada hari qiyamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Ubadah bin Shamit r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesiapa naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah, Tiada Sekutu bagi- Nya dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan Isa a.s. adalah hamba, utusan dan kalimat-Nya serta roh yang diletakkan Allah ke dalam diri Maryam. Dan sesungguhnya Syurga itu haq (benar adanya), Neraka haq, maka Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga ekoran amal yang telah diperbuatnya."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)

Sunday, January 31, 2010

Mengumpat Merupakan Sifat Mazmumah

Sahabat yabg dirahmati Allah,
Lidah merupakan di antara nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada manusia. Kerana dengan adanya lidah, dapatlah manusia berhubung di antara satu sama lain. Dan kalau kita perhatikan benar-benar, lidah banyak sekali mendatangkan manfaat kepada manusia. Ia atau tidak, dapat kita mengkaji sendiri.

Di samping berbagai-bagai kebaikan yang diperolehi daripada lidah, banyak juga perkara-perkara yang buruk timbul daripadanya. Ini adalah kerana apabila lidah tidak dipelihara dengan bersungguh-sungguh, maka berbagai-bagai kejahatan akan timbul daripadanya.

Sahabat yang dimulaikan,
Abu Said al-Khudri r.a menceritakan, "Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi maka bersegeralah segala anggota kepada lidah. Dan mereka semuanya berkata : 'Kami menuntut kepada engkau dengan nama Allah bahawa engkau benar atas petunjuk, kerana bahawasanya jika engkau lurus, kami akan lurus dan jika engkau bengkok nescaya kami akan bengkok.'."

Salah satu di antara kebinasaan lidah yang jarang disedari ialah sikap suka mengumpat. Mengapakah dosa atau kesilapan ini jarang disedari? Ini adalah kerana perbuatan itu dilakukan pada setiap hari malah setiap waktu di mana-mana sahaja. Sedangkan, sebagaimana yang kita ketahui mengumpat adalah termasuk perbuatan dosa serta dilarang oleh Allah s.w.t. dan juga Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya sikap suka mengumpat timbul daripada perasaan hasad dengki seseorang terhadap orang lain. Ini mungkin disebabkan orang lain itu mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada padanya. Atupun sikap ini timbul kerana merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Mungkin juga sikap ini timbul kerana ia melihat berbagai kekurangan terdapat pada orang lain. Samaada kekurangan itu di segi harta, ilmu, pengaruh dan sebagainya.

Sahabat yang dihormati,
Mengumpat atau menyebut kejelekan orang lain atau ghaibah adalah dilarang oleh Allah s.w.t. Begitu juga mengumpat adalah termasuk di antara bencana-bencana lidah yang sangat bahaya selain dari perbuatan dusta. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hujarat ayat 12)

Imam Ghazali mengatakan bahawa mengumpat atau ghaibah adalah menyebut sesuatu yang tidak baik terhadap saudara sesama Muslim, yang jika ia dengar ia merasa marah. Samaada ia menyebut tentang kekurangan di dalam agamanya atau kecacatan tubuhnya, anak isterinya, gerak gerinya dan pakaiannya dari segala sesuatu yang berkaitan dengan dirinya samaada disebut dengan lidah, dengan tulisan atau menunjuk dengan jari.

Mengumpat adalah dosa yang amat berat di sisi Allah s.w.t.. Orang yang melakukan perbuatan itu diumpamakan oleh Allah s.w.t. sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. Ini jelas menunjukkan betapa hina dan buruknya perbuatan tersebut. Dan ia dianggap hina kerana menyinggung kehormatan orang lain yang sewajarnya dipelihara.

Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah s.w.t. menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat."
(Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Jelaslah pada hadis yang tersebut di atas bahawa Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa manusia yang berkaitan dengan diri manusia yang lain. Dia (tukang umpat) sendirilah yang terpaksa menyelesaikan atau meminta dihalalkan dosa mengumpat yang telah dilakukannya terhadap orang yang diumpat. Kalau sekiranya orang yang diumpat itu tidak dapat memaafkan kesalahannya itu, maka hal ini akan dibawa sehingga ke negeri akhirat.

Dari hadis yang lain Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah s.a.w. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah s.a.w ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah s.a.w " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

Sahabat,
Bila kita memperkatakan sesuatu yang benar ada pada diri seseorang juga dilarang. Kerana perbuatan itu boleh menyinggung perasaan orang yang diumpat jika didengarinya. Dan sudah menjadi fitrah manusia ia akan mudah tersinggung jika sesuatu keburukan atau kekurangannya disebut oleh orang lain.

Dari Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Empat perkara yang dapt membatalkan wudhu dan boleh menghapuskan amal iaitu ghaibah, dusta, mengadu domba dan memperhatikan kecantikan yang haram dilihat. Dan semua itu dapat  menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air  menyuburkan tanaman, dan minum arak itu mengatasi semua dosa-dosa."

Jika seseorang mengumpat orang yang berbuat fasik secara terang-terangan atau ahli bid'ah, maka hal itu mendapat pahala sebab orang lain yang mendengarnya akan menjauhkan diri daripadanya. Ini bertepatan sekali dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Sebutan kejahatan orang yang melacur supaya orang lain berhati-hati daripadanya."

Dalam realiti kehidupan kita masa kini, budaya mengumpat sudah menjadi amalan kebiasaan, seseorang yang mengumpat ke atas saudaranya sudah tidak merasai satu kesalahan. Malahan keadaan yang lebih teruk daripada ini juga berlaku iaitu suasana fitnah memfitnah. Media masa dan internet telah menjadi alat untuk seseorang menabur fitnah dan mendedahkan keaifan orang lain tanpa merasa takut atas kemurkaan Allah s.w.t. Seolah-olah mereka yang membuat perbuatan dosa ini bahawa mereka tidak akan mati dan di hisab oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti. Kadangkala kita yang mendengar dan membaca berita mengumpat dan fitnah ini turut terlibat sama kerana mempercayainya dan menyampaikan pula kepada orang lain.

Apbaila seseorang itu telah terlanjur melakukan perbuatan mengumpat saudaranya sesama Muslim, maka ia hendaklah segera bertaubat dan meminta maaf kepada saudaranya sebelum ia mati atau sebelum orang yang diumpat itu mati.

Akhirkata, marilah sama-sama kita perbaiki akhlak kita, meningkatkan iman dan takwa dan meninggalkan segala sifat mazmumah termasuk mengumpat. Kita bina dan menyambungkan silaturahim dan ukhuwah Islamiyah sesama Muslim dalam rangka kita mencari keredhaan Allah s.w.t. Aqidah dan iman yang kuat sahajalah yang dapat menghapuskan sifat buruk ini dari jiwa kita. Untuk mendapatkan aqidah dan iman yang kuat, kita hendaklah sentiasa mengikuti pengajian-pengajian agama dan majlis-majlis ilmu serta bercampur dengan masyarakat yang berpegang dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan bersahabat dengan orang-orang soleh.