Thursday, March 25, 2010

Muhasabah Diri Setiap Hari.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Syadad bin Aus r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Orang yang pandai adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah s.w.t.)
(HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadis hasan’)
 
Gambaran Umum Hadis.
Hadis di atas menggambakan hidup di dunia merupakan rangkaian dari sebuah perancangan dan tujuan besar seorang hamba, iaitu mencari keredhaan Rabbnya. Dan dalam menjalankan tujuan tersebut, seseorang tentunya harus memiliki matlamat (ghayah), perencanaan (ahdaf), strategi (takhtith), pelaksanaan (tatbiq) dan penilaian (muhasabah).

Perkara terakhir merupakan pembahasan utama yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini. Bahkan dengan jelas, Rasulullah s.a.w. mengaitkan muhasabah dengan kejayaan, sedangkan kegagalan akan berlaku apabila mengikuti hawa nafsu dan banyak angan-angan.
 
Sahabat yang dimuliakan,
Hadis di atas dimulakan oleh Rasulullah dengan sabdanya, "Orang yang pandai (berjaya) adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan setelah kematian." Ungkapan sederhana ini sungguh menggambarkan sebuah pandangan jauh yang harus dimiliki seorang Muslim.
Seorang Muslim tidak seharusnya hanya berwawasan sempit dan terbatas, sekedar pemenuhan keinginan untuk jangka waktu terdekat sahaja. Namun lebih dari itu, seorang Muslim harus memiliki pandangan dan perancangan untuk kehidupannya yang lebih kekal abadi. Kerana orang yang berjaya adalah yang mampu mengatur keinginan yang sementara demi keinginan jangka panjangnya.
 
Orang bertakwa adalah yang ‘rela’ mengorbankan keinginan duniawinya, demi tujuan yang lebih mulia, ‘kebahagian kehidupan ukhrawi.’
Dalam Al-Qur’an, Allah s.w.t. seringkali mengingatkan hamba-hamba-Nya mengenai matlamat besar ini, di antaranya adalah dalam al-Qur'an Surah Al-Hasyr ayat 18–19.
 
Muhasabah inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai kunci pertama dari kejayaan. Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan kunci kejayaan yang kedua, iaitu tindakkan selepas muhasabah. Maknanya setelah muhasabah harus ada tindakan untuk memperbaikinya.
 
Dalam hal ini diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya dalam hadis di atas dengan 'dan beramal untuk kehidupan sesudah kematian.’ Potongan hadis yang terakhir ini diungkapkan Rasulullah s.a.w. adalah penjelasan tentang muhasabah. Kerana muhasabah juga tidak akan memberi makna jika kita tidak memperbaikinya.
Terdapat hal menarik yang tersirat dari hadis di atas, khususnya dalam penjelasan Rasulullah s.a.w. mengenai kejayaan. Orang yang pandai senantiasa menilai terhadap amalnya, serta beramal untuk kehidupan jangka panjangnya iaitu kehidupan akhirat. Dan penilaian tersebut dilakukan untuk kepentingan dirinya, dalam rangka peningkatan kepribadiannya sendiri.
 
Sementara itu orang yang gagal disebut sebagai orang yang lemah kerana mengikuti hawa nafsunya, membiarkan hidupnya tidak memiliki matlamat, tidak memiliki perancangan, tidak ada tindakan dari perancangan.
 
Sedangkan orang yang lemah juga  memiliki banyak angan-angan dan khayalan, 'berangan-angan terhadap Allah.’ Maksudnya, adalah sebagaimana dikemukakan oleh Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwadzi, sebagai berikut:" Dia (orang yang lemah), bersamaan dengan lemahnya ketaatannya kepada Allah dan selalu mengikuti hawa nafsunya, tidak pernah meminta ampun kepada Allah, bahkan selalu berangan-angan bahwa Allah akan mengampuni dosa-dosanya."
 
Kepentingan Muhasabah:
Imam Turmudzi setelah meriwayatkan hadits di atas, juga meriwayatkan ungkapan Umar bin Khattab dan juga ungkapan Maimun bin Mihran mengenai keperluan dari muhasabah.
 
1. Mengenai muhasabah, Umar r.a. mengemukakan:
"Hisablah (periksalah) diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) kalian untuk hari akhirat (yaumul hisab). Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari qiamat bagi orang yang menghisab dirinya di dunia."
 
Sebagai sahabat yang dikenal yang berpandangan jauh, Umar memahami benar kepentingan dari muhasabah ini. Pada kalimat terakhir pada ungkapan di atas, Umar mengatakan bahwa orang yang biasa menghisab dirinya akan meringankan hisabnya dihari akhirat kelak. Umar faham bahwa setiap insan akan dihisab, maka iapun memerintahkan agar kita menghisab diri kita sebelum mendapatkan hisab dari Allah s.w.t.
 
2. Sementara Maimun bin Mihran r.a. mengatakan:
"Seorang hamba tidak dikatakan bertakwa hingga ia menghisab dirinya sebagaimana dihisab pengikutnya dari mana makanan dan pakaiannya".
 
Maimun bin Mihran merupakan seorang tabiin yang cukup masyhur. Beliau wafat pada tahun 117 H. Beliau pun sangat memahami kepentingan muhasabah, sehingga beliau mengaitkan muhasabah dengan ketakwaan. Seseorang tidak dikatakan bertakwa, hingga menghisab dirinya sendiri. Kerena beliau melihat salah satu ciri orang yang bertakwa adalah orang yang senantiasa memereksa amal-amalnya. Dan orang yang bertakwa, pastilah memiliki matlamat, iaitu untuk mendapatkan redha Ilahi.
 
3. Keperluan lain dari muhasabah adalah kerena setiap orang kelak pada hari akhirat akan datang menghadap Allah s.w.t. secara sendiri-sendiri untuk mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya. Allah s.w.t. menjelaskan dalam Al-Qur’an yang maksdunya :  “Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari qiamat dengan sendiri-sendiri.”
(Surah Maryam ayat 95).
Aspek-Aspek Yang Perlu Kita Bermuhasabah :
Terdapat beberapa aspek yang perlu di muhasabah oleh setiap Muslim, agar ia menjadi orang yang pandai dan berjaya :
1.Aspek Ibadah
Pertama kali yang harus dinilai oleh setiap Muslim adalah aspek ibadah. Karena ibadah merupakan tujuan utama diciptakannya manusia di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56, maksudnya, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

 2. Aspek Pekerjaan dan Rezeki.
Aspek kedua ini sering kali diambil ringan, atau bahkan ditinggalkan dan tidak dipedulikan oleh kebanyakan kaum muslimin. Kerena sebagian mereka menganggap bahwa aspek ini adalah urusan duniawi yang tidak memberikan pengaruh pada aspek ukhrawinya.
 
Sementara dalam sebuah hadis, "Dari Ibnu Mas’ud r.a dari Nabi Muhammad saw. bahawa beginda bersabda : ‘Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang lima perkara; umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya dari mana ia memperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, dan ilmunya sejauh mana diamalkannya ."
(Hadis Riwayat  Turmudzi).
 
3.Aspek Kehidupan Masyarakat Islam .
Aspek yang tidak kurang penting untuk dinilai adalah aspek kehidupan sosial, dalam hubungan muamalah, akhlak dan adab dengan sesama manusia. Kerena kenyataannya aspek ini juga sangat penting, sebagaimana yang digambarkan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Kita perlu berhati-hati supaya tidak menjadi orang yang muflis sebagaimana digambarkan Rasulullah s.a.w. dalam hadits di atas. Datang ke akhirat dengan membawa pahala amal ibadah yang begitu banyak, namun bersamaan dengan itu, ia juga datang ke akhirat dengan membawa dosa yang bersangkut paut dengan orang lain secara negatif ; mencaci, mencela, menuduh, memfitnah, memakan harta tetangganya, mengadu domba dsb. Sehingga pahala kebaikannya habis untuk menutupi keburukannya. Bahkan kerena kebaikannya tidak cukup untuk menutupi keburukannya tersebut, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut diberikan pada dirinya. Hingga jadilah ia tidak memiliki apa-apa, selain hanya dosa dan dosa, akibatnya ia dicampakkan ke dalam api Neraka. Na’udzubillah min zalik.
 
4. Aspek Dakwah
Aspek ini sesungguhnya sangat luas untuk dibicarakan. Kerena menyangkut dakwah dalam segala aspek; sosial, politik, ekonomi, dan juga yang bersangkut paut dari da’wah itu sendiri mengajak orang pada kebersihan jiwa, akhlak yang mulia, memakmurkan masjid, menyempurnakan ibadah, melahirkan budi pekerti yang luhur, taat pada Allah, banyak istighfar dan taubat dsb.
 
Tetapi yang cukup penting dan perlu di ambil perhatian adakah kita telah bermuhasabah  aspek dakwah in, adakah kita telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar ini iaitu amal maaruf dan nahi mungkar. Segala kekurangan dan kesilapan dalam kita menjalankan tugas ini perlulah dibaiki segera supaya kita dapat melaksanakan amanah ini. Allah s.w.t akan perhatikan adakah kita benar-benar telah menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur.

Tuesday, March 23, 2010

Perasaan Buruk Sangka (Su'u zan) Dengan Allah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah."
(Surah Ali-Imran ayat 154)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa."
(Surah al-Hujurat ayat 12)

Apa itu buruk sangka? Dalam bahasa yang mudah di fahami, buruk sangka membawa erti 'negative thinking'.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : " Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran."
(Surah Yunus ayat 36)

Biasanya sangka buruk lahir daripada bukti yang tidak kukuh. Belum lagi disiasat dan mengetahui lebih lanjut, pelbagai spekulasi telah terbit.

Punca Buruk Sangka Kepada Allah :
1. Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

2. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji.

3. Ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau tidak.

Leburkan Buruk Sangka :
1. Berusaha menambah ilmu.

2. Jangan sekali-kali berprasangka buruk tanpa asas.

3. Pandang sisi baik dan lupakan sisi jahat.

4. Sekiranya tiada sisi baik pada seseorang, maka jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian negatif.

5. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan.

6. Sembunyi keburukan Muslim.

7. Mohon kepada Allah diberikan sangkaan yang baik.

Do'a Sa'id bin Jabir, "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dan sebaik-baik sangkaan dengan-Mu."

(Sumber diambil dari Majalah Solusi  isu no. 17)

Perasaan Baik Sangka (Husnu zan) Dengan Allah.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik? Dengan Allah lebih utama dan sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Muslim.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdo'a dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan do'anya.

3. Apabila dia berdosa , segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain.
1. Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif.

2. Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain.

3. Nasihat menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut.

4. Saling mendo'akan kesejahteraan.

5. Mudah memaafkan.

Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.

(Sumber dari Majalah Solusi isu No. 17)

Wasiat Kesepuluh Nabi s.a.w. (Keutamaan Puasa)

Dari Abu Ummah r.a. beliau berkata : Saya berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku  untuk melakukan suatu perbuatan". Baginda bersabda : 'Kerjakanlah puasa kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada suatu amalan pun yang dapat menyamainya'." (Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)

Dari Abu Sa'id r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Tidaklan seorang hamba berpuasa sehari dimana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari, At-Tarmidzi dan An-Nasai)

Monday, March 22, 2010

Hati Yang Sakit

Hati yang sakit mengakibatkan pandangan dan tanggapan hati terhadap sesuatu tidak betul. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran.
 
Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya. Hati yang sakit menyukai kebatilan sedangkan kebatilan itu akan memudaratkannya. Hati yang sakit juga tidak tahu memilih antara kebenaran dan kebatilan, akhir cenderung kepada kebatilan kerana mengikut hati dan perasaan.

Justeru orang yang hatinya sakit sukar untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Apabila melihat sesuatu dia akan melihat manusia yang melakukan atau kejadian semulajadi, lupa bahawa Allah s.w.t yang sebenarnya menjadikan tiap sesuatu. Apabila ditimpa bala dan bencana, mereka melihat manusia yang menyebabkan bala bencana tetapi mereka tidak nampak ia merupakan qada' dan qadar dari Ilahi.

Berbeza dengan orang yang hatinya sihat dengan cahaya keimana, mereka melihat semua perkara ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah s.w.t, pasrah dan redha menjadi hiasan hati, kehidupan yang bahagia sentiasi dimiliki.

Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčۏۚۧ Ù„ŰŁÙ…Ű± Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù† Ű„Ù† ŰŁÙ…Ű±Ù‡ كله ŰźÙŠŰ± Ű„Ù† ۣ۔ۧۚŰȘه ۳۱ۧۥ ŰŽÙƒŰ± ÙÙƒŰ§Ù† ŰźÙŠŰ±Ű§ له ÙˆŰ„Ù† ۣ۔ۧۚŰȘه ۶۱ۧۥ ۔ۚ۱ ÙˆÙƒŰ§Ù† ŰźÙŠŰ±Ű§ له ÙˆÙ„ÙŠŰł Ű°Ù„Ùƒ Ù„ŰŁŰ­ŰŻ Ű„Ù„Ű§ Ù„Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†

Maksudnya;" Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusannya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman."

Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.

Sebab-sebab hati sakit :

1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.

2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.

3.Lupakan hari qiamat, tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, Syurga dan Neraka

Apabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah

Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati :

1.Jahil agama.

2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.

3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.

4.Bergantung dengan selain daripada Allah s.w.t.

5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.

6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemala.

(Sumber dari usrahrasahati.blogspot.com)

Sunday, March 21, 2010

Dimana Hendak diperolehi Teman Sejati?

ANTARA kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.

Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka "
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatupadukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana"
 
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan ajaiban. Mereka hapuskan dalam diari hidup perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah.” Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Sama ada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagi-Nya, iaitu Allah s.w.t.

Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan – ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu.”
 
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku.” 
 
Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). 

Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.

Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini. Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredaan-Nya. Mereka menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa- apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang- orang yang beruntung. Adapun orang- orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang'."
(Surah al-Hasyar 8-10). 

Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan berasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat. Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas-menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredaan itu dicapai dengan sering tolong- menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?” Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.” Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) 'Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita'." 
(Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)

Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mi’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut:" Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah"
(Hadis riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.

Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama Tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti sama ada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan Tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
 
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar dicari. Bukan perniagaan atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan Rasul-Nya maka akan menjadi sangat rakus, biadab, penuh kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh kemunafikan. Kepentingan diri masing-masing kadangkala bagai Tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh Tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.

Firman Allah dalam surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): "Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuan-Nya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?."

Betapa ramai orang politik yang dikelilingi para pengikutnya, lalu mereka hilang apabila kuasa tiada lagi. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu bersalaman. Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.

Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda. Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta. Jika anda hidup dalam iklim sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.

Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.

Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) "Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa."
(Surah al-Zukhruf: 67). 

Ya, seperti di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman sejati.

(Sumber dipetik dari tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.)

Thursday, March 18, 2010

10 Kriteria Insan Soleh dan Rabbani.

Al-Imam as-Syahid Hassan Al-Banna dalam tarbiyah dan pembinaan insan telah menggariskan ciri-ciri insan soleh, iaitu insan yang menjadikan dirinya baik (berkualiti) dan mampu juga mengajak orang lain menjadi baik (soleh wa musleh). Menurut beliau, ada sepuluh kriteria insan soleh dan rabbani:


1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang soleh
3. Akhlak yang mantap
4. Ilmu pengetahuan yang luas lagi berhikmah
5. Tubuh badan yang sihat dan kuat
6. Kemampuan mengurus kehidupan
7. Pengurusan yang sistematik
8. Keupayaan berjuang melawan hawa nafsu
9. Pengurusan waktu yang berkualiti
10. Kebaikan yang boleh dimanfaatkan orang lain

Wednesday, March 17, 2010

Wasiat Allah Untuk Hamba-Nya.

"Wahai hambaKu telah Kuharamkan kezaliman keatas diriKu, dan Aku jadikan ia haram diantara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi. Wahai hambaKu, setiap dari kamu adalah orang yang sesat , kecuali orang yang telah ku berikan petunjuk. Maka mintalah petunjuk daripadaKu, nescaya Aku akan memberikan kamu hidayah.

"Wahai hambaKu, setiap dari kamu adalah orang yang lapar, kecuali orang yang telah Aku berikan makan. Maka mintalah makan daripadaKu , nescaya Aku akan memberikan engkau makan. Wahai hambaKu, setiap dari kamu adalah dari orang yang telanjang, kecuali orang yang telah Aku berikan pakaian,maka mintalah pakaian daripada Ku nescaya Aku akan memberikan kau pakaian.
 "Wahai hambaKu setiap darimu membuat kesalahan waktu siang dan malam, maka Akulah yang menghapuskan dosa keseluruhannya. Maka mintalah ampun kepada Ku nescaya Aku akan memberi keampunan kepadamu. Wahai hambaKu kamu tidak dapat dan tidak pula dapat berbuat sesuatu yang dapat merugikanKu dan tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkanKu.

"Wahai hambaKu seandainya orang yang pertama dan terakhir dari kamu dan dari kalangan manusia ataupun jin, hati mereka bertakwa seperti seseorang yang paling bertakwa diantara kamu, tidaklah akan menambah KerajaanKu sedikit pun.

"Wahai hambaKu seandainya ada di antara kamu atau pun dikalangan manusia dan jin, hati mereka jahat seperti seorang yang paling jahat antara kamu tidaklah akan mengurangkan KerajaanKu sedikit pun.

'Wahai hambaKu jika orang -orang terdahulu dan terakhir diantara kamu, manusia dan jin, mereka berada dibumi yang satu kemudian mereka meminta kepadaKu lalu Aku penuhi setiap permintaan setiap orang, hal itu tidak akan mengurangkan sesuatu yang Aku miliki, melainkan sebagaimana sebatang jarum dimasukkan kedalam lautan.

"Wahai hambaKu, sesungguhnya semua itu adalah amal perbuatanmu, Aku mencatat semuanya, kemudian Aku membalasnya. Siapa saja yang mendapatkan kebaikan, hendaklah bersyukur kepada Allah dan siapa saja yang mendapatkan selain daripada itu,j anganlah dia menyalahkan melainkan menyalahkan diri sendiri."


Tuesday, March 16, 2010

Kriteria-kriteria Lelaki Soleh Seperti Yang di Maksudkan Oleh Al-Qur'an dan Al-Hadis.

1. Sentiasa taat kepada Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat manjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah s.w.t. dan tidak mengeluh kecuali kepada-Nya.
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama Mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar ma'aruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah s.w.t.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan- insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t. setelah para Nabi dan Rasul dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan lelaki soleh adalah :
1. Mencari nafkah ( belanja hidup) dengan jalan yang halal.
2. Berjihad Fisabilillah dengan harta dan jiwa-raga.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri dan anak-anak.

Saturday, March 13, 2010

Wasiat Kesembilan Nabi s.a.w. (Mohon Keampunan dan Kesihatan daripada Allah)

Dari Abu Fadil Abbas bin Abdul Mutalib r.a. beliau berkata : Saya berkata : "Wahai Rasulullah, ajarkan kepada saya tentang apa yang mesti aku minta daripada Allah. Baginda bersabda yang bermaksud : "Mintalah kesihatan daripada Allah." Maka saya tinggal di suatu tempat untuk beberapa hari kemudian saya datang lagi dan bertanya : "Wahai Rasulullah, ajarkan saya tentang apa yang mesti aku minta daripada Allah s.w.t. Rasulullah bersabda kepadaku : "Wahai Abbas, mintalah kesihatan dunia dan akhirat kepada Allah."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Dari Ibnu Umar r.a. beliau berkata : Jarang sekali Rasulullah berdiam diri dalam suatu majlis sehingga baginda berdo'a untuk sahabat-sahabatnya dengan do'a-do'a ini :
"Ya Allah berikanlah kepada kami perasaan takut kepada Engkau yang dapat menghantar kami ke dalam Syurga-Mu. Berikanlah kepada kami keyakinan yang dapat meringankan musibah-musibah dunia yang menimpa kami. Ya Allah berikanlah kemanfaatan kepada pendengaran, penglihatan dan kekuatan kepada kami selama Engkau menghidupkan kami. Berilah pembalasan kepada orang-orang yang menganiaya kami. Tolonglah kami atas orang-orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita yang paling besar dan tujuan akhir dari ilmu kami. Janganlah Engkau jadikan orang-orang yang tidak sayang kepada kami sebagai penguasa kami"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, dia berkata hadis ini hasan)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w berdo'a :
"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang akan menjaga urusanku. Baikkanlah duniaku yang menjadi sumber penghidupanku. Baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah tambahan kebaikan dalam kehidupanku. Dan jadikanlah mati sebagai erhatku dari setiap kesusuhan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, March 12, 2010

Bersahabat Dengan Orang-orang Soleh

Allah menyatakan dalam Al Qur'an bahwa salah satu sebab utama yang membantu menguatkan iman para shahabat Nabis.a.w adalah kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa berada di tengah-tengah mereka.

Allah s.w.t. berfirman,
وَكَيْفَ ŰȘَكْفُ۱ُونَ وَŰŁَنْŰȘُمْ ŰȘُŰȘْلَى Űčَلَيْكُمْ ŰąَيَۧŰȘُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَفِيكُمْ ۱َŰłُولُهُ وَمَنْ يَŰčْŰȘَŰ”ِمْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰŻْ هُŰŻِيَ Ű„ِلَى Ű”ِ۱َۧ۷ٍ مُŰłْŰȘَقِيمٍ
"Bagaimana mungkin (tidak mungkin) kalian menjadi kafir, sedangkan ayat-ayat Allah dibacakan kepada kalian, dan Rasul-Nyapun berada ditengah-tengah kalian? Dan barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Surah Ali 'Imran ayat101).

Allah juga memerintahkan agar selalu bersama dengan orang-orang yang baik. Allah s.w.t.berfirman,
يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّ۰ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَكُونُÙˆŰ§ مَŰčَ Ű§Ù„Ű”َّۧۯِقِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar(jujur)."
(Surah At- Taubah ayat 119).

Nabi s.a.w juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.
مَŰ«َلُ Ű§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِ وَŰ§Ù„ْŰŹَلِÙŠŰłِ Ű§Ù„ŰłَّوْŰĄِ كَمَŰ«َلِ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ ، وَكِÙŠŰ±ِ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ ، Ù„Ű§َ يَŰčْŰŻَمُكَ مِنْ Ű”َِۭۧŰšِ Ű§Ù„ْمِŰłْكِ Ű„ِمَّۧ ŰȘَŰŽْŰȘَ۱ِيهِ ، ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ ۱ِÙŠŰ­َهُ ، وَكِÙŠŰ±ُ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻَّۧۯِ يُŰ­ْ۱ِقُ ŰšَŰŻَنَكَ ŰŁَوْ Ű«َوْŰšَكَ ŰŁَوْ ŰȘَŰŹِŰŻُ مِنْهُ ۱ِÙŠŰ­ًۧ ŰźَŰšِÙŠŰ«َŰ©ً

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."
(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379)

Para ulama pun memiliki nasehat agar kita selalu dekat dengan orang solih.
Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata,
نَŰžْ۱ُ Ű§Ù„Ù…ُŰ€ْمِنِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù…ُŰ€ْمِنِ يَŰŹْلُو Ű§Ù„Ù‚َلْŰšَ

“Pandangan seorang mukmin kepada mukmin yang lain akan mengilapkan hati.”
(Siyar A’lam An Nubala’, 8/435, Mawqi’ Ya’sub).
Maksud beliau adalah dengan hanya memandang orang solih, hati seseorang boleh kembali segar. Oleh kerananya, jika orang-orang solih dahulu kurang semangat dan tidak segar dalam ibadah, mereka pun mendatangi orang-orang solih lainnya.

‘Abdullah bin Al Mubarok mengatakan, “Jika kami memandang Fudhail bin ‘Iyadh, kami akan semakin sedih dan merasa diri penuh kekurangan.”

Ja’far bin Sulaiman mengatakan, “Jika hati ini ternoda, maka kami segera pergi menuju Muhammad bin Waasi’."
(Ta’thirul Anfas min Haditsil Ikhlas, Sayyid bin Husain Al ‘Afani, hal. 466, Darul ‘Affani, cetakan pertama, tahun 1421 H)

Ibnul Qayyim mengisahkan, “Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan sempit dalam menjalani hidup, kami segera mendatangi Ibnu Taimiyah untuk meminta nasehat. Maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasehat beliau serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, segar, yakin dan tenang".
(Lihat Shahih Al Wabilush Shoyyib, antara hal. 91-96, Dar Ibnul Jauziy)

Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang yang solih. Oleh kerana itu, sangat penting sekali mencari persekitaran yang baik dan mencari sahabat atau teman dekat yang semangat dalam menjalankan agama sehingga kita pun boleh mendapat aroma kebaikannya. Jika persekitaran atau teman kita adalah baik, maka ketika kita lemah, ada yang selalu menasehati dan mengingati kita kepada kebaikan.

Setiap masa kita dituntut untuk mencari sahabat yang baik, apalagi dengan mencari pasangan hidup yaitu suami atau istri. Pasangan suami istri tentu saja akan menjalani hubungan bukan hanya sesaat. Bahkan suami atau istri akan menjadi teman ketika tidur. Sudah sepatutnya, kita berusaha mencari pasangan yang solih atau solihah. Dengan ini akan membuat kita semakin teguh dalam menjalani agama.

Sumber daripada : Muhammad Abduh Tuasikal

Thursday, March 11, 2010

Wasiat Kelapan Nabi s.a.w. (Kelebihan Solat Tasbih)

Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni  kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.
Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.
Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila  tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Sunday, March 7, 2010

Nasihat Luqmanul Hakim


1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Thursday, March 4, 2010

Wasiat Ketujuh Nabi s.a.w. (Keutamaan Solat Dhuha dan Puasa Tiga Hari Pada Setiap Bulan)

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah s.a.w) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".
(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Dari Jabir r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Shaum (berpuasa) tiga hari setiap bulan menyamai shaum (puasa) setahun, iaitu hari-hari putih, yakni pada hari bulan 13, 14 dan 15 (dalam hitungan qamariah).
(Hadis Riwayat An-Nasai dengan sanad yang baik begitu pula menurut Al-Baihaqi)

Doa yang dibaca selepas mengerjakan solat Duha :

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 

Wednesday, March 3, 2010

Hati Yang Mati

Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah s.w.t. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah s.w.t daripada menerima iman dan hidayah Allah s.w.t. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.

Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati. Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
 " Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat  besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur."

Ciri-ciri hati yang mati.
Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah s.w.t. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah s.w.t. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta perkara-perkara yang wajib di imani sebagai orang Islam.

2. Menyekutukan Allah s.w.t .

3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.

4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.

5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.

6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.

7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.

8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.

9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.

"Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenali-Mu ya Allah, hati yang jauh dari hidayah-Mu ya Allah."

(Sumber dari http://www.usrahrasahati.blogspot.com/)

Tuesday, March 2, 2010

Wasiat Keenam Nabi s.a.w. (Keutamaan Bersedekah)

Dari Ka'ab bin Ujrah r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Wahai Ka'ab bin Ujrah. Sesungguhnya tidak akan masuk Syurga daging dan darah yang tumbuh dari usaha yang haram, Nerakalah yang lebih berhak atasnya. Wahai Ka'ab bin Ujrah. Manusia dibolehkan kenyang dalam dua perkara iaitu kenyang yang dapat melepaskan dirinya dari sifat perbudakan (perhambaan) dan kenyang yang dapat menguatkan jiwanya. Wahai Ka'ab bin Ujrah, solat itu mendekatkan diri kepada Allah, shaum (puasa) itu perisai, sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sepertimana cairnya ais di atas gunung Shafa."
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya)

Dari Muadz bin Jabal r.a., beliau berkata : Saya bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan di mana baginda menyebutkan hadis di atas kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Maukah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Saya menjawab : Ya, mahu wahai Rasulullah. Baginda bersabda : Shaum itu perisai, sedekah itu menghapuskan kesalahan sepertimana air memadamkan api."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan beliau mengatakan hadis ini hasan sahih)

Muadz bin Jabal ada menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan panasnya kubur bagi yang mengerjakannya. Sesungguhnya orang Mukmin akan mencari perlindungan pada hari Qiyamat nanti di bawah perlindungan sedekah"
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Dari Maimunah binti Sa'ad r.a beliau berkata : Wahai Rasulullah berfatwalah kepada kami tentang sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya sedekah itu penghalang dari api Neraka bagi orang yang melakukannya hanya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.."
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Monday, March 1, 2010

Kalau Benar Cintakan Allah

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, membesarkan-Nya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."
(Surah al-Fath ayat 9).

Bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan  menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah 'lupakan' kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya ; dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang Muslim sahaja (buka muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada-Nya. Siapakah kita, muttaqin atau Muslim?

Muslim, lebih-lebih lagi Muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakan-Nya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Bimbang Dosa.
Sayyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.

Bila Allah menjadi 'kawan', siapa pula musuh kita?
Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? Raja Richard berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinnya, tidak terbatas. Merentas sempadan bangsa, negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan perasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut nama-Nya, mengingati-Nya dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintalah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangilah pergaulan bebas, racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

(Sumber di ambil daripada tulisan Muhammad Jihad dalam majalah Solusi Isu no.16)

Sunday, February 28, 2010

Wasiat Kelima Nabi s.a.w. (Keutamaan Sujud Kepada Allah)

Dari Ma'dan bin Abi Talhah, beliau berkata : "Saya bertemu dengan Tsauban, hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w. dan saya berkata :'Khabarkan kepada saya tentang amal yang dapat saya lakukan sehingga Allah akan memasukkan saya ke Syurga atau khabarkan kepadaku tentang amal yang paling disukai Allah. Maka dia (Tsauban) diam, kemudian saya bertanya lagi, dia pun tetap berdiam diri. Saya bertanya lagi untuk kali ketiga, maka dia berkata :
'Saya telah bertanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda bersabda yang bermaksud :
"Tetaplah kamu memperbanyak sujud. Ini kerana tidaklah engkau sujud sekali kepada Allah melainkan Allah akan mengangkatmu satu darjat dan akan menghapuskan satu kesalahan."
(Hadis Riwayat Muslim, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Tidak ada sesuatu perbuatan hamba yang lebih disukai Allah daripada tatkala Allah melihatnya sedang sujud sambil membenamkan wajahnya ke dalam tanah (debu)"
(Hadis Riwayat At-Tabrani di dalam Al-Ausat)

Friday, February 26, 2010

Memperingati Hari Kelahiran Nabi s.a.w. Membawa Cinta dan Kasih Kepada baginda.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah s.w.t. yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad  s.a.w. penutup sekalian para Nabi dan Rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Setiap 12Rabiul Awal kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah  s.a.w. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah dan kekufuran.

Kedatangan dan pengutusan baginda membawa agama Islam ini merupakan satu nikmat agung kepada umat Islam. Ini kerana dengan agama Islam mereka terselamat daripada menjalani kehidupan dalam alam kekufuran dan kejahilan, seperti menyembah berhala, roh nenek moyang dan sebagainya. Islam menyelamatkan kita dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diterima akal yang sejahtera itu. Alangkah beruntungnya kita dengan nikmat Islam ini, sehinggakan jika tiada nikmat di atas dunia ini selain Islam, maka yang demikian itu pun sudah mencukupi melayakkan umat Islam berada di atas memimpin bangsa-bangsa lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran Nabi s.a.w., namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda s.a.w.di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah s.a.w. semakin jauh dari kita., namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda s.a.w. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Justeru ketibaan bulan Rabiul Awal ini semestinya memberikan kita kesedaran betapa mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, masyarakat dan bernegara merupakan tuntutan yang amat mendesak ke atas umat Islam. Usaha ini perlu dimulakan dengan teladan daripada mereka yang bergelar pendakwah. Sesungguhnya dakwah yang paling berkesan ialah dengan tindakan dan contoh teladan. Kesan yang ditinggalkan oleh tindakan dan teladan ke dalam hati berkali ganda lebih hebat daripada kesan yang ditinggalkan oleh kata-kata nasihat.

Marilah sama-sama kita kembali menghayati akhlak Islam dalam segenap lapangan kehidupan. Akhlak Islam adalah berasaskan akidah yang sejahtera. Tanpa aqidah tauhid, sebarang perbuatan yang dipandang baik, sama ada dalam soal peribadi atau kepimpinan, merupakan akhlak yang pincang, kerana mengetepikan ketuhanan Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui perkara yang baik dan buruk bagi hamba-Nya. 

Seterusnya mantapkanlah akhlak itu dengan ibadah yang betul dan berterusan. Dirikanlah solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikanlah zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketakwaan. Ibadah-ibadah sunat mampu memantapkan lagi akhlak seseorang hamba.Teruskanlah dan amalkanlah sunnah Nabi s.a.w. dalam kehidupan kita, tanda kita cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Tujuh amalan sunnah Nabi s.a.w. yang tidak pernah baginda tinggalkan iaitu solat malam, solat berjemaah, membaca al-Qur'an, solat duha, beristighfar, berwudhu' dan bersedekah.

Sahabat yang dihormati,
Akhir sekali renungilah perumpamaan berikut, yang diberikan oleh Allah s.a.w. kepada generasi para sahabat, menggambarkan kedudukan yang mereka capai pada masa itu di hadapan kaum-kaum yang bukan Islam.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka, dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan mereka, keampunan dan pahala yang besar.” 
(Surah al-Fath: 29)