Saturday, June 12, 2010

Syurga Orang Kafir dan Penjara Orang Mukmin.


Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya :

Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.

Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan.

Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.

Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat).

Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Friday, June 11, 2010

Palestinku... Ulurkan Tanganmu.

“ Ulurkan tanganmu selagi tangan-tangan mereka masih mampu menyambut uluran tanganmu “

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, pendakwah yang sedar dan mencintai saudara seIslam serta Masjidilal Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan sumbangkan harta benda anda untuk mereka.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui email, facebook,twitter, forum-forum Islami, majalah dan media lain sebagainya sebagai media penyampaian untuk memberi kesadaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia pada umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda juga boleh berusaha untuk memboikot barang atau pengeluaran Israel dan Amerika yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesadaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silakan untuk menulis surat, menulis artikel,. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang benar-benar sayang Islam akan menyampaikan kepada pihak atasan, kerajaan dan lebih dari itu.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin Halaman web/Facebook atau pemilik grup di facebook, Ahli Grafis yang kreatif buatlah gambar pesan ajakan untuk kebebasan Palestina, muatlah itu di halaman /web/blog/grup anda.

7. Jangan lupa untuk selalu mendo'akan Umat Islam Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia yang telah di tindas, juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya Allah.

Firman Allah s.w.t. dalam Surat Al Hujuraat ayat 10 yang maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara….”

Dari Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, "Barangsiapa yang memberikan persiapan - bekal - untuk seseorang yang berperang fi-sabilillah, maka dianggaplah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang - yakni sama pahalanya dengan orang yang ikut berperang itu. Dan barangsiapa yang meninggalkan kepada keluarga orang yang berperang - fi-sabilillah - berupa suatu kebaikan - apa-apa yang diperlukankan untuk kehidupan keluarganya itu, maka dianggap pulalah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang."
(Muttafaq 'alaih)

(Sumber daripada Catatan Catatan Islami)

Thursday, June 10, 2010

Sifat-sifat Roh (Hati)

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya
sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat.
Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita
mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai
dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri
sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak. Sifat-sifat roh
terbahagi kepada dua iaitu:

1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)

Pertama: Sifat-sifat mahmudah, antaranya:
a) jujur
b) ikhlas
c) tawadhuk
d) amanah
e) taubat
f) sangka baik
g) pemaaf
h) pemurah
i) syukur
j) zuhud
k) tolak ansur (timbang rasa)
l) sabar
m) redha
n) berani
o) lapang dada
p) lemah lembut
q) kasih sayang
r) selalu ingat mati
s) tawakal
t) takut Allah

Kedua: Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:
a) riyak
b) ujub
c) sum'ah
d) takabur atau sombong
e) hasad dengki
f) pemarah
g) dendam
h) bakhil
i) penakut
j) cinta dunia
k) gila pangkat
l) gila puji
m) jahat sangka
n) putus asa
o) tamak

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting
kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat
dirinya. Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik
dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka
tindakan yang perlu dilakukan ialah:

1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan,
suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki
dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia
seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.

2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan,
dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui
proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan
terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang
sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah
dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya.

Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan
buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada
benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan
perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah
dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni
benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati,
rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan
lain-lain lagi. Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam.
Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk
(keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah)
di dalam roh (hati).

Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam
roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu
mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat
menjangkau dan merasainya. Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat
mengenali atau mengesan roh.

Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan
pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan
sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik.
Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi.
Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah
mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik.
Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram
air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh
tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Yang baiknya,
perlu ada guru mursyid yang memberi pimpinan atau didikan (yang dapat
memimpin hati kita, asalkan kita sanggup mentaatinya).

Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat)bererti kita
biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu
kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan
kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap
bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan
dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan
perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang
kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

Bagaimanakah kaedah untuk mengesan kelajuan perubahan sifat-sifat roh
yang sentiasa berubah-ubah dan berbolak-balik ini? Cara mengesan
benih-benih sifat-sifat roh (hati) ialah roh melihat roh atau roh
meneropong roh. Diteropong, dikaji dan diselidiki sebaik-baiknya dengan
dibantu oleh ilmunya untuk memastikan di kala mana berlaku sifat-sifat
yang baik dan di waktu mana berlaku sifat-sifat jahat. Bila didapati roh
(hati) bersifat baik maka hendaklah disuburkan. Di waktu roh (hati)
bersifat jahat maka dikekang dan dilawan, serta ditahan.

Menangis Kerana Takutkan Allah

Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka.'

Kata Ibnu Qayyim ada 10 Jenis Tangis :

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta.

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"...dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan, bukankah itu cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya "Ada dua biji mata yang tidak akan tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah s.w.t. dan dua biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah s.w.t. lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a :

"Aku di buat menangis atas tiga perkara  :

1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke Syurga atau Neraka."

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara. 1) Apabila dahinya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat. "
(Hadis Riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara, Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

Wallahu'alam...

Sombong dan Takabbur.

Perjalanan hidup sebagai seorang muslim sebenarnya adalah suatu perjalanan seorang hamba kepada Penciptanya yang mengharapkan keredaan dan keberkatan-Nya. Mengorak langkah perjalanan ini akan menemukan kita dengan pelbagai persoalan dan permasalahan hidup. Persoalan mengenai pengabdian kita terhadap Pencipta dan permasalahan hidup sesama manusia. 
 
Apabila kita berurusan dengan manusia, bermakna kita berhadapan dan berurusan dengan kerenah dan tingkah laku manusia.. Kebiasaannya kita berpendapat bahawa pertimbangan kita dalam menghadapi kerenah manusia atau dalam kita berurusan dengan manusia merupakan suatu pertimbangan yang paling tepat dan terbaik bagi diri kita. Tindak tanduk yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pertimbangan dan budi bicara yang kita rasa amat tepat dan wajar untuk dilakukan. Biarpun dalam keadaan kita bersikap biadap, marah atau acuh tak acuh dan kesannya, ia akan dipertikai oleh orang lain, tetapi pada kita itulah pertimbangan pertama yang paling sesuai dan wajar. 

Antara sikap yang amat tidak digemari oleh manusia untuk dihadapi ialah sikap sombong atau takabbur. Walaupun sikap ini tidak menyebabkan kekurangan kepada diri orang lain secara fizikalnya, tetapi mengucapkan perkataan-perkataan yang berbaur ketakburan atau kesombongan menyebabkan orang yang mendengar merasa meluat, tersinggung dan panas hati.
Apakah tanggapan agama terhadap sikap sombong atau takabbur? Adakah Islam amat memberi perhatian kepada sikap ini yang pada lahirnya tidak memberi kesan yang nyata kepada diri pelaku atau orang di sekeliling? Di dalam ruangan ini kita akan cuba mengupas secara terperinci mengenai sikap sombong atau takabbur ini.
Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.
Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhlukpun di dunia ini yang mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong. Ini kerana, kesombongan atau kebanggaan itu menunjukkan kebesaran atau kehebatan diri seseorang. Sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t., dan tidak ada seorangpun yang boleh memilikinya.

Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina. Pandangan tersebut mungkin suatu pandangan yang secara faktanya benar. Umpamanya jika kita membandingkan pendapatan sebanyak RM7000.00 sebulan dengan pendapatan sebanyak RM3500.00 sebulan, tentulah jumlah pendapatan pertama jauh lebih besar berbanding dengan jumlah pendapatan kedua. Walau bagaimanapun, kesombongan itu berlaku apabila pandangan tersebut beriringan dengan anggapan orang yang dipandangnya itu lebih kecil, serba kekurangan atau kurang berharga berbanding dengan dirinya. Ketakabburan berlaku apabila pandangannya itu tidak disertakan dengan kesyukurannya kepada Allah s.w.t. kerana memberi kelebihan tersebut.

Secara tidak langsung dia menganggap apa yang dimilikinya itu tidak mempunyai kaitan dengan rahmat atau rezeki yang diberikan oleh Allah. Ataupun dia menganggap bahawa dia sememangnya individu istimewa kerana itu Allah memilihnya untuk memiliki kelebihan tersebut. Maka orang yang sombong dan takabbur itu menganggap dirinya lebih mulia dan terhormat berbanding dengan orang lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk."
Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin (tulisan Imam Al-Ghazali) ada tujuh perkara, iaitu ilmu pengetahuan, amalan dan peribadatan, keturunan, keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal, harta kekayaan, kekuatan fizikal dan kuasa atau pengaruh. 

1) Dalam aspek ilmu pengetahuan, lazimnya kesombongan itu berlaku apabila seseorang itu telah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat tentang ilmu yang ada padanya. Mungkin apabila orang memberi 'title' ustaz, orang alim atau sebagainya, pada anggapannya dia benar-benar telah berilmu. Lantas, orang yang sombong inipun menganggap orang lain itu bodoh dan jahil

Sebaliknya, haruslah disedari bahawa menuntut ilmu pengetahuan bagi seorang muslim sebenarnya adalah untuk membawa diri dan jiwanya kepada suatu keinsafan tentang kedudukannya sebagai seorang hamba dan kedudukan Tuhannya sebagai Pencipta. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya seharusnya akan menambahkan lagi nilai ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Seiring dengan firman Allah yang bermaksud;
"Bahawasanya yang dapat merasakan takut kepada Allah dari golongan hamba-hamba-Nya itu ialah alim ulama" 

2) Amalan dan peribadatan. Memang tidak dinafikan, apabila masyarakat mengiktiraf seseorang itu sebagai orang warak dan bertakwa, bagi mereka yang sombong dan takabbur, dia akan mengira-ngira dia telah banyak melakukan amal ibadat. Dia akan mengharapkan agar dia diberi keutamaan dalam majlis-majlis tertentu, diraikan dan diberi puji-pujian oleh masyarakat.

3) Keturunan atau salasilah. Tanpa sedar, manusia lazimnya akan berbangga dengan keturunan mereka seperti daripada kerabat diraja, golongan aristokrat, bangsawan dan sebagainya.

Perasaan ini secara tanpa sedar juga pernah dialami oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w., yakni Abu Dzar. Beliau berkata;
"Pada suatu hari, ketika aku berada di hadapan Rasulullah s.a.w., datanglah seorang yang berkulit hitam. Lantas saya menyapanya, "Hai anak orang hitam" Apabila Rasulullah s.a.w. terdengar sahaja aku menyebut anak orang hitam, baginda menempelakku dengan mengatakan; 'Hai Abu Dzar, tidak ada kelebihan bagi seseorang yang berketurunan kulit putih di atas orang yang berketurunan kulit hitam. 'Alangkah menyesalnya aku apabila telah terlanjur mengucapkannya. Lalu akupun membaringkan tubuhku dan berkata kepada orang tersebut; Nah saudara, pijaklah pipiku ini." 

4) Kecantikan atau ketampanan. Kesombongan atas sebab ini amat mudah untuk diterima oleh sesiapa sahaja. Suatu anugerah yang Allah berikan sejak dari manusia dilahirkan. Orang yang cantik atau tampan mudah sahaja menjadi tumpuan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat, sudah pasti amat mudah merasa bangga dan sombong dengan apa yang ada padanya.

5) Kesombongan amat mudah berlaku di kalangan mereka yang berada dan kaya. Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang perkara ini yang boleh dijadikan sebagai suatu pengajaran; 

Abu Bakar Al-Hazali berkata:
"Suatu hari kami bersama Hassan. Lalu Ibn al-Ahlam datang kepada kami hendak bercukur. Dia memakai jubah sutera tersusun di atas betis, tersingkap pula bahagian luarnya. Dia berjalan berlenggang. Perbuatannya yang sedemikian itu dilihat oleh Hassan, lalu Hassan pun berkata: "Sombongnya, dia memalingkan pipi dan menampakkan kebodohannya. Engkau akan terlihat kebodohanmu dalam nikmat yang tidak disyukuri dan tidak menggunakannya sesuai dengan perintah Allah serta tidak pula memberikan haknya pada setiap yang memerlukan. Nikmat itu hak Allah dan dengannya syaitan sentiasa mencari mangsa. Demi Allah, seseorang yang berjalan dengan wataknya atau bergerak seperti orang gila itu lebih baik daripada ini." Ibn al-Ahlam mendengar lalu dia kembali dan minta maaf kepadanya. Hassan berkata, "Jangan kau minta maaf padaku, tapi bertaubatlah kepada Allah. Tidakkah engkau dengar firman Allah,
(Yang maksudnya berbunyi) :"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembusi bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung." (Al-Isra' :37) 

6) Kekuatan dan keperkasaan tubuh. Manusia amat mudah merasa amat bangga dan sombong apabila memiliki tubuh yang kuat dan perkasa. Kelebihan yang dimilikinya kadang-kadang menjadi bahan untuk mengancam orang lain yang lebih lemah. Atau untuk memaksa orang-orang yang lebih lemah menuruti kemahuannya. 

Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia mampu untuk membalasnya." 

7) Manakala perkara yang terakhir sekali yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali sebagai perkara yang boleh menimbulkan kesombongan ialah pengaruh ataupun kuasa. 
Pemimpin yang tertipu dengan perasaannya, walau di peringkat mana sekalipun kepimpinannya akan merasa bahawa dirinya sudah cukup hebat berbanding orang lain.
Kesombongan atau takabbur merupakan suatu perasaan yang apabila ia timbul dan tidak dikendalikan dengan baik dan penuh keinsafan, akan menjadikan pemiliknya amat kerugian. 

Ini kerana sikap ini mampu menjadi penghalang bagi seseorang untuk ditempatkan di dalam syurga, disebabkan sifat ini menjadi pemisah antara seseorang dengan akhlak dan budi pekerti kaum mukmin keseluruhannya. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, takabbur atau sombong adalah rasa tinggi diri berbanding dengan orang lain. Seseorang yang memiliki sifat ini sudah pasti tidak mempunyai perasaan menyayangi saudara mukminnya yang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.

Orang yang sombong juga tidak akan dapat meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara muslim yang lain secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik.

Sifat sombong atau takabbur juga sebenarnya menyebabkan seseorang itu awal-awal lagi akan disisihkan oleh Allah swt di dunia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;
"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-A'raf: 146)

Selain itu natijah kesombongan juga, menyebabkan pintu hati pengamalnya tertutup dari menerima hidayah dan kebaikan dari Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
"Demikianlah Allah menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat)." (Surah Al-Mukmin : 35)

Apa yang lebih malang, pemilik sifat takabbur yang menafikan hak-hak Allah akan ditempatkan ke dalam neraka seiring dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan." (Surah Al-Mu'min: 60)
Dan ini diperkukuhkan lagi oleh dua buah hadis yang berbunyi yang bermaksud;
"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."

Manakala Hadith kedua bermaksud;
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang bakhil dan berbuat sewenang-wenang (kerana kesombongannya)."

Sebagai suatu kesimpulan, sesungguhnya sifat sombong atau takabbur, selain ia dicela di dunia oleh Allah serta orang-orang mukmin, ia adalah sifat yang amat merugikan seseorang itu di dunia dan di akhirat. Apakah kita sebagai hamba yang penuh kedhaifan dan serba kekurangan ini layak untuk menganggap diri kita hebat? Sebagai manusia, Allah menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan tertentu agar kita menjadi lebih mudah untuk meniti perjalanan hidup ke arah kehidupan yang lebih abadi. Kelebihan yang diberi bukanlah bererti yang kita diberi izin untuk mendabik dada kepada orang lain. Suatu hakikat yang perlu kita sama-sama sedari ialah, tidak ada manusia yang sempurna dari segala segi. Di mana kelebihan manusia, di situlah sebenarnya kelemahan atau kekurangannya berada. 

Maka kita sewajarnya sama-sama menginsafi bahawa keagungan, kehebatan dan sifat sombong itu hanya dimiliki oleh Allah. Dan bagi manusia, sifat sombong atau takabbur sebaik-baiknya dengan dengan sifat tawaddhu'. Sifat tawaddhu' adalah sifat rendah diri dan menginsafi diri bahawa manusia itu perlu sentiasa berada di bawah ketundukan dan ketaat kepada Allah s.w.t. Sifat inilah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t. 

Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."
 
 

Wednesday, June 9, 2010

Keadaan Manusia di Padang Mahsyar

Apabila manusia dibangkitkan daripada kuburan dan dihidupkan semula oleh Allah s.w.t. Mereka semua menuju ke Padang Mashyar. Setiap manusia berbeza-beza keadaan mereka bergantung kepada amalan mereka ketika di dunia. Bagi mereka yang beriman dan beramal soleh mereka sentiasa mendapat perlindungan Allah s.w.t. dan berada di Padang Mashyar dalam keadaan sejahtera dan tidak berlaku kepayahan dan penderitaan. Tetapi bagi mereka-mereka yang berdosa dan tidak sempat bertaubat maka mereka akan menuju kepada Allah dalam keadaan berbagai bentuk dan ragamnya.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
 
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang ( lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Nauzubillahhiminzalaikh...

semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Hakikat Kalimat Laailaha illallah

 


Maksud kalimah Laailaha ilallah ialah ‘Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah’. Hakikat kalimah ini ialah kita membuang segala kebesaran, kekuasaan dan kekaguman terhadap makhluk dari hati kita dan memasukkan ke dalam hati itu hanya kebesaran, keagungan, kekuasaan dan sifat-sifat keagungan Allah sahaja pada hati itu. Kita mahu yakin yang sebenarnya bahawa tiada yg berkuasa melainkan Allah, tiada yg mampu memberi mudarat dan manfaat melainkan Allah, tiada yang menghidup dan mematikan melainkan Allah, tiada ygan memberikan rezeki, memberi sakit dan menyembuhkan melainkan Allah.

Allah Maha Berkuasa, makhluk langsung tak da kuasa. Harta tidak boleh bagi manfaat, kuasa dan pangkat tak boleh bagi manfaat, kesihatan tak boleh bagi manfaat tetapi yang hanya layak dan boleh mendatangkan manfaat ialah Allah s.w.t.. Kezaliman tak boleh bagi kita mudarat, kesakitan tak boleh bagi kita mudarat, penjahat tak boleh bagi kita mudarat, hantu, jin dan jembalang tak boleh bagi mudharat, kerana yg sebenarnya boleh bagi mudharat ialah Allah.

Kalimah Laailaha ilalllah ini begitu penting untuk ada dalam hatui setiap manusia. Kerana hanya mereka yang mati dalam keadaan iman yang benar sahaja akan masuk Syurga. Tak kira iman yang benar itu ada pada ulama, umara, orang awam, pencuri dan penzina, mereka tetap akan memasuki syurga kerana adanya iman yang sebenar dalam hati mereka. Mereka yang berdosa akan dibakar didalam Neraka beratus ribu dan juta tahun sehingga berkali rentung dan kembali asal serta rentung kembali, tetapi hasil wujudnya keimanan yg sebenar kepada Allah dalam diri mereka, maka mereka akan tetap ke Syurga juga.

Syirik itu ada tiga :
1. Syirik besar iaitu menyembah atau meminta secara batinnya bukan kepada Allah melainkan pada suatu yg lain. Syirik ini tidak akan diampunkan Allah

2. Syirik kecil ialah syirik dalam ibadah iaitu riya’. Diakhirat segala amal dilakukan kerana riya, Tuhan akan minta dia mencari orang dia riyakkan untuk diminta pembalasan

3. Syirik tersembunyi di mana meyakini makhluk memberi manfaat dan mudarat seperti yakin ada duit semua jalan, hidup senang dengan harta dan agama dapat berjalan hanya dengan kuasa. Syirik ini cukup dibimbangi Rasullullah kerana diibaratkan seperti semut hitam diatas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita.

 Abu Dzar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya :
” Tiada seorang hamba yg mengucapkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH kemudian dia mati dlm keadaan beriman kecuali dimasukkan dia kedlm Syurga. Aku bertanya : Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku bertanya lg :Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda menjawab lagi :Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku mendesak lagi : Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri. ?( ‘Ala Zakmi – Wahai Abu Zar dia pasti akan memasuki Syurga)  
  (Hadis Riwayat Bukhari)
Iman begitu adalah perkara berharga yang ada pada seluruh seluruh orang Islam. Dan pada setiap perkara yang beharga itu adalah yang ingin mendapatkannya. Dan mereka yang ingin mendapatkannya ini terdiri daripada para syaitan dan golongan kafir serta munafik yang begitu dengki pada iman yang ada di hati seluruh umat Islam. Justeru, sebagai pemilik barang beharga ini, kita tak boleh membiarkan orang atau benda lain merampasnya kerana dengan ketiadaannya beerti kita tiada pasport ke syurga dan akan berada selama-lamanya dalam neraka.
Supaya iman yang sebenar dapat wujud dan kekal dalam hati kita, kita perlulah sentiasa mendakwahkan kalimah ini kepada setiap manusia. Dakwah manusia kepada Allah. Hari-hari mahu beritahu orang terdekat dan orang-orang yg kita jumpa bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada yg berkuasa melainkan Allah, Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tak ada kuasa, tiada menghidup, mematikan, memberi manfaat, mudharat, memberi ilmu, memberi kesenganan, memberi harta dan memberi pangkat kecuali Allah.
Kedua kita perlu belajar tentang iman yang sebenar meliputi rukun, hakikat dan pembatalannya, belajar dari guru mursyid terpilih yang dipercayai. Agar kita mendapat panduan tentang jalan yang benar dan haq.
Ketiga, kita perlu melaksanakan amal-amal soleh, kerana iman itu bukan hanya kepercayaan yg ada di dalam hati dan pada zahir percakapan, tetapi perlu dibuktikan dengan amal-amal yang benar dan sunnah.
Kita perlu do'a lagi dan lagi kepada Allah s.w.t. agar diberikan kita dikurniakan iman yang sempurna dan ikhlas serta jauh dari syirik

(Di ambil daripada web site Zikir Bersulam Cinta)

Tuesday, June 8, 2010

Di Sebalik Dua Mata

ALLAH mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekali gus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara.

Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, terfikir pula 'dua mata' lagi manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan.

Mata melihat masa belakang : Muhasabah

Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya.

Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali."

Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekali gus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai Mata Melihat Masa Belakang. Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya dan kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatannya dan kerendahannya.

Satu lagi kelemahan manusia adalah tidak mempunyai perancangan. Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang, tarbiah anak-anaknya tidak dirancang, pelajarannya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya. Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang?

Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan. Jangan samakan merancang dengan harapan, atau sembang kemas atau cakap omong kosong. Merancang bermakna punya plan, punya strategi.

Apabila kita telah bersedia dan tidak mendapat apa yang dirancang, sekurang-kurangnya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contohnya, seorang lelaki merancang hendak berkahwin dengan si Fulanah binti Fulan. Maka lelaki itu mula mengumpul wang. Sampai pada masanya, si Fulanah tidak mahu berkahwin dengan lelaki tersebut. Apa yang dirancang oleh lelaki tersebut tidak berjaya. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan, bukan penamat pada kehidupan. Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah SWT.

Apakah perancangan kita? Di mana strategi kita hendak menggapai redha-Nya? Apakah jalan yang kita hendak ambil? Pernahkah anda merancang? Allah SWT juga menggalakkan perancangan.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok..." (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

Sedar sebelum terlambat

Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang lalu. Bersama manusia, ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.

Bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya terabur, tunggang-langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Inilah dia kerugian. Sebab itu Allah SWT berfirman : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian." (Surah Al-Asr, ayat 1-2)

Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak kita, pada keturunan kita, pada sahabat-sahabat kita dan manusia di sekeliling kita. Lebih merugikan, kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, pelajaran kita terbengkalai dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan. Na'udzubillah. Inilah kerugian yang nyata. "Katakanlah : Sesunggguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat." (Surah Az-Zumar, ayat 15)

Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?

Semuanya di tangan kita. Tiada paksaan. Namun jelas mana yang akan mencapai kegemilangan, atau mana yang akan menguncup kehancuran.

Sumber : Daripada akhbar I Luv Islam

Kekuatan Itu Ada Pada AL-Qur'an

 “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.”
(Surah Al-Isra’ayat 85)

Terdapat lebih dari 19 ayat yang menyebut kata “roh” dalam Al-Qur’an. Maksud yang terkandung dari istilah ini tidak keluar dari arti Malaikat Jibril yang biasanya ditambah dengan istilah Ruhul Quds atau Ar-Ruhul Amin dan maksud yang kedua adalah Al-Qur’an. Dan hanya satu ayat yang bermaksud roh dalam arti yang sebenarnya, yaitu pada ayat ini. Meskipun demikian terdapat juga ulama tafsir seperti yang dinukil oleh Imam Al-Qurthubi yang memahami roh dalam erti perbandingan yaitu Al-Qur’an. Maka pengertian ayat ini menurut Al-Qurtubi secara perbandingan adalah:

“Dan mereka bertanya, “Darimanakah Al-Qur’an yang di tanganmu ini?”. “Katakanlah: Sesungguhnya ia diturunkan sebagai mukjizat atas perintah Allah swt.”

Perbandingan kedua makna ini sangat jelas. Roh merupakan alat kehidupan manusia secara fisik materil. Manakala Al-Qur’an adalah roh yang boleh memberi kekuatan dan kehidupan manusia secara  kerohanian. Hal ini bertepatan dengan ungkapan Malik bin Dinar tentang roh Al-Qur’an:
“Wahai Ahlul Qur’an!, apa yang telah ditanam oleh Al-Qur’an ke dalam lubuk hatimu?. Sesungguhnya Al-Qur’an adalah penyubur hati sebagaimana hujan yang menyuburkan bumi.”

Dalam konteks roh yang memiliki pengertian Al-Qur’an, terdapat empat ayat membahasnya, yaitu surah An-Nahl: 2, Ghafir: 15, Asy-Syura: 52 dan Surah Al-Isra’: 58 yang dipahami secara perbandingan. Tentunya, penamaan Al-Qur’an dengan roh bukan kebetulan dan tanpa hikmah yang perlu digali oleh hamba-Nya yang merindukan keberkahan dan kekuatan dari Al-Qur’an, seperti juga nama dan sifat lain yang dimiliki oleh Al-Qur’an yang mencerminkan fungsi dan perannya yang komprehensif dan universal. Betapa hanya Al-Qur’an yang boleh diandalkan menyelesaikan masalah kemanusiaan dalam segala bentuknya.

Sayyid Qutb menyatakan pandangannya tentang penamaan Al-Qur’an dengan ruh berdasarkan firman Allah: “(Dialah) Yang Maha Tinggi derajat-Nya, Yang mempunyai ‘Arsy, Yang memberi ruh dengan (membawa) perintahNya kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat).”
(Surah Ghafir ayat 15)
Bahwa ini merupakan kinayah tentang wahyu. Maksudi yang digunakan dalam ayat ini mengisyaratkan dua hal: Pertama, bahwa wahyu (Al-Qur’an) adalah roh dan kehidupan bagi manusia, tanpa roh ini manusia tidak akan boleh hidup dengan baik dan benar.
Kedua, bahwa wahyu itu turun dari tempat yang tinggi kepada siapa yang dipilih dari hamba-hamba-Nya. Maksud ini bertepatan dengan sifat Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Selanjutnya beliau juga menafsirkan roh dalam ayat-ayat ini sebagai sebuah kekuatan yang menggerakkan, mempertahankan kehidupan di dalam hati, bahkan di dalam kehidupan nyata sehari-hari.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Surah Asy-Syura ayat 52)

Kekuatan besar dari sentuhan Al-Qur’an ini dirasakan benar oleh para sahabat Rasulullah kerana memang mereka menerima Al-Qur’an ini dengan segenap hati, pikiran dan kemauan mereka. Seperti yang diriwayatkan oleh Ath-Thobroni dan Al-Baihaqi dari Abdullah bin Amr bin Ash bahwa ia berkata:
“Ketika turun surah Az-Zalzalah, maka serentak Abu Bakar yang sedang duduk waktu itu menangis. Maka Rasulullah s.a.w. pun menghampirinya dan bertanya, “Apa yang membuat engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Surah inilah yang membuat aku menangis”. 
Maka Rasulullah menenangkan dengan sabdanya:
“Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.”

Dalam riwayat lain dari Abdullah bin Hanthob bahwa Rasulullah s.a.w. pernah membacakan surah ini dalam satu majlis di mana seorang Arab Badui ikut serta duduk bersama. Setelah mendengar ini, lelaki itu lantas keluar sambil menyesali dirinya “alangkah buruknya aku”. Maka Rasulullah mengatakan kepada para sahabatnya, “sungguh iman telah masuk ke dalam hati lelaki Badui tadi.”

Maka sangat tepat ungkapan Dr. Yusuf Al-Qaradlawi yang menegaskan bahawa:
“Al-Qur’an adalah “roh Rabbani” kekuatan Rabbani yang akan mampu menghidupkan dan menggerakkan akal fikiran dan hati. Sebagaimana Al-Qur’an juga undang-undang Allah yang mengatur kehidupan manusia sebagai individu dan bangsa secara kolektif.”

Syekh Muhammad Al-Ghazali menyebutkan:
“Al-Qur’an inilah kitab yang membentuk jiwa, membangun umat dan kebudayaan mereka. Inilah sesungguhnya kekuatan Al-Qur’an. Namun yang sangat disayangkan bahwa cahaya ini tidak nampak di depan umat Islam kerana mata-mata mereka sudah tertutup sehingga aib dalam konteks sekarang ini bukan aib Al-Qur’an, tetapi aib pandangan manusia yang lebih mengagungkan kekuatan lain selain Al-Qur’an.
Padahal Allah sudah berfirman maksudnya, “Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan, dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”
(Surah Al-Ma’idah ayat 15-16)

Seluruh perintah dan petunjuk Al-Qur’an adalah dalam rangka memelihara kehidupan manusia, baik secara zahir dan batin. Tanpa panduan dan pedoman ini, kehidupan manusia semakin tidak menentu dan jelas arahnya.

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”
(Surah Al-Anfal ayat 24)

Kekuatan lain yang seharusnya kita sadari dari Al-Qur’an yang mulia ini bahwa Al-Qur’an merupakan sistem hidup yang mengarahkan orang-orang yang beriman untuk mewujudkan kehidupan dalam bingkai keimanan. Sebuah hakikat kehidupan yang meliputi segenap komponen yang ada pada diri manusia; menghidupkan fisik, perasaan, getaran jiwa, kemauan, pikiran dan kehendaknya.

“Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.”
(Surah Yaasin ayat 70)

Ibnu Qutaibah dalam kitab “Tafsir Gharibil Qur’an” memahami kalimat “Hayyan” di dalam ayat ini dengan pengertian seorang mukmin yang hidup karena memperoleh petunjuk Allah swt. demikian juga dengan firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah Al-An’am ayat 122).

Yang dimaksud dengan orang yang hidup dalam ayat ini adalah orang yang beriman dan orang yang mati adalah orang kafir. Makanya Allah membedakan keduanya dengan menggunakan istilah ini juga di dalam firman-Nya yang bermaksud : “Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.” 
(Surah Fathir ayat 22)

Sesungguhnya, berbagai ujian yang mengejutkan bangsa ini semakin membuktikan hakikat yang tidak terbantahkan akan kelemahan manusia dan hajat mereka akan pertolongan Allah s.w.t. bahwa sesungguhnya sumber kekuatan satu-satunya adalah Allah yang menciptakan segalanya dan kita akan meraih kekuatan itu dengan menjadikan Al-Qur’an sebagai satu-satunya sumber kehidupan dan kekuatan kita.

Sekali lagi, Allah s.w.t. mengingatkan kita akan kekuatan Al-Qur’an.

“Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) roh (Al-Qur’an) dengan perintah-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, yaitu: “Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku.” 
(Surah An-Nahl ayat 2)

Memang sudah saatnya bagi kita untuk menerima Al-Qur’an dengan segenap perasaan, pikiran dan kehendak kita dan tidak mengharap atau menggantungkan kekuatan lain di luar dari kekuatan firman-Nya yang bermaksud :
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Surah Al-Hadid ayat 16).

Selama kita masih mengharap datangnya kekuatan lain, maka selama itu pula kita tidak akan meraih kehidupan yang mulia di bawah bimbingan dan naungan Al-Qur’an.

Oleh: Dr. Attabiq Luthfi, MA

Sunday, June 6, 2010

Tiga Jalan Untuk Mendapat Syafa'at Nabi s.a.w.

Hendaklah kita membanyakkan istighfar dan bertaubat memohon keampunan kepada Allah bersungguh-sungguh melalui tiga proses;

1) Takhalli - mesti bersihkan diri sungguh-sungguh dari segala dosa. Berjanji tidak akan mengulangi segala kejahatan yang pernah dilakukan sama ada dosa kecil atau dosa besar.

2) Tahalli - mengisi dalam diri dengan memperkemaskan amal ibadah wajib, memperbanyakkan amalan sunat, banyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w dan solat malam. Semoga terbuka hijab di antara kita dengan Allah. Allah sayang, Nabi pun sayang.
Mengamalkan puasa sunat juga dapat menyucikan batin(hati) kerana hati yang sakit sukar mendapat pertolongan Allah. Jika hati sihat dan bersih, minta apa pun akan mudah dimakbulkan oleh Allah.

3) Tajalli - penghayatan, merasakan Allah berada di mana-man saja, rasa diri diperhatikan-Nya setiap saat dan ketika. Buat apa saja ingat Allah, ingat Rasulullah. Seakan ternampak malaikat Rakib dan Atid yang menjaga diri mencatat setiap perbuatan. Rindu dan kasih pada Allah dan Nabi ibarat orang yang kenal buah; dapat dipegang, dapat dirasa dan terus ingat kepada Penciptanya. Tahap ini buat apa pun asyik ingat Allah. Kasih pada Allah sangat mendalam. Melihat wajah orang yang rindu kasih pada Allah hati jadi tenang. Umpama penawar.

CINTA NABI DAN DAPAT SYAFA'AT.
Kesimpulannya untuk cinta Rasul dan mendapat syafa'at baginda di Padang Mahsyar sebagai jambatan menuju kesejahteraan di negeri abadi, kita hendaklah:

1) Biasakan diri berselawat untuk baginda dalam apa jua keadaan supaya berbekas di hati dan subur dalam ingatan.

2) Fahami sungguh-sungguh bahawa Nabi Muhammad s.a.w insan paling sempurna dan tidak ada seorang manusia pun menyamai baginda. Tidak ada seorang pun boleh meminta syafa'at selepas kewafatan Rasulullah dan hanya Allah sahaja yang akan mengizinkan syafa'at itu berlaku seperti yang tersebut dalam surah al Baqarah, ayat 255. Baginda terlalu akrab hubungannya dengan Allah s.w.t. Kasih pada Nabi bererti kasih kita pada Allah.

3) Berusaha cari jalan berguru dengan guru mursyid yang boleh beri petunjuk dalam membimbing menghidupkan amalan sunnah, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah supaya jadi insan contoh; buat apa saja yang Rasulullah buat.

4) Ibu bapa mesti terlebih dulu jadi contoh dalam rumahtangga untuk menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Kejayaan pendidikan di rumah sangat membantu ke arah membendung gejala sosial yang melanda negara. Ibarat kata pepatah, "Batang yang bengkok tidak akan dapat menghasilkan batang yang lurus."

Semoga peringatan dari Ustaz Hj.Hassan Mahmud Al-Hafiz dapat menjadi panduan kepada kita untuk lebih mencintai Rasulullah s.a.w, insya Allah. 

Sedarkah Kita Cinta Allah?


Apabila rakyat mencintai rajanya, hal itu merupakan perkara lazim yang dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal yang sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih.

Sanggup berdebu dan memijak tanah, memberi apa yang diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat. Begitulah perumpamaannya cinta Allah kepada hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud : "Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku." (Surah al-Baqarah : 186)

Seseorang akan dapat melihat cinta Allah dengan jelas serta merasainya menerusi hati yang bersih. Apabila Allah mencintai hamba-Nya, akan lahir dalam hatinya ilham suci yang membuatkan dia kenal bahawa itulah tanda kecintaan-Nya.

Ada beberapa tanda yang boleh dirasai hati manusia :

1 Individu yang dicintai Allah amat berminat terhadap ibadah. Kadangkala ada orang yang begitu gigih beribadah sampaikan melebihi kapasitinya sebagai insan lemah semata-mata kerana mahu mencintai Allah. Tetapi ibadahnya kosong. Semangat imannya tidak menentu. Akhirnya dia tenggelam dipukul arus dunia.

Ketika beribadah, seseorang mesti yakin bahawa saat itu Allah mencintainya. Pernahkah kita bersujud panjang dan pada masa yang sama hati kita merasai Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang yang dicintai-Nya? Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Jika Allah mencintai seseorang hamba maka Ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia." (Riwayat Imam Ahmad)

Orang yang yakin dicintai Allah tidak akan takbur dan was-was akan ibadahnya diterima atau tidak. Dia yakin Allah akan menolongnya untuk mentaati-Nya serta menuntun dia ke jalan takwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifat mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati antara satu sama lain. Tetapi cinta-Nya kekal.

2 Apabila dicintai Allah, seseorang yang melakukan maksiat akan membuatkan dia bangkit mendekati-Nya. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat tatkala akhirnya ia membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar. Kemudian dia bangkit mengejar Allah dan berusaha mendapatkan semula hatinya yang hilang. Dia tidak berputus asa dengan rahmat-Nya kerana dia ingat janji.

Firman Allah yang bermaksud " "Katakanlah : Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (Surah al-Zumar : 53-54) Usah kerana dosa semalam kita menyangka Allah tidak lagi sudi mendengar rintihan dan doa kita.

Rasulullah s.a.w.bersabda bermaksud : "Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman : Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saat Allah mencintai seseorang, sentuhan pertama cinta-Nya ialah hati manusia. Di situlah Allah lenyapkan rasa putus asa dan sedih kerana dosa lampau. Kemudian digantikan pula dengan harapan dan keinginan untuk berubah.

3 Tatkala dicintai Allah, dadanya berasa lapang bagi membolehkan dia menerima ilmu petunjuk ke jalan benar. Allah tidak akan membiarkan seseorang terkapai-kapai dalam lautan dosa, bahkan dikirimkan-Nya hati manusia petunjuk hidayah supaya dia terselamat daripada gelombang keganasan diri sendiri.

Manusia dibekalkan hati, perasaan, akal dan fikiran untuk membezakan baik dan keji. Tidak cukup dengan itu, Dia mengutuskan juga Rasul, menurunkan al-Qur'an serta melahirkan pejuang agama-Nya yang terpilih bagi menerangi kegelapan seraya berdakwah fisabilillah.

Allah juga menjaga ilmu Islam dan al-Qur'an daripada dicerobohi manusia dan mewariskan sunnah Rasul-Nya supaya menjadi ikutan. Baginda s.a.w. bersabda bermaksud : "Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sumber : Daripada akhbar I Luv Islam

Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah s.a.w.


"CERDASNYA orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah s.w.t.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w. itu adalah:

Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : Membaca al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : Jaga wuduk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba-Nya yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua do'a, diampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti kita kepada Allah. Bila kita bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling diperlukan, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditinggalkan sehingga jauhlah umat manusia daripada sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Sumber : Daripada I Luv Islam

Saturday, June 5, 2010

Hak,Peranan dan Tangungjawab Suami Isteri

Dalam institusi perkahwinan, Allah telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini merupakan ibadat yang mesti di tunaikan oleh pasangan dan perlaksanaan tanggungjawab sepertimana yang dihendaki Allah akan membawa kebahagiaan kepada keluarga.

Oleh itu sebagai umatNya, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam menjalani amanah Allah. Mereka patut mencontohi keluarga Rasulullah s.a.w. ke arah menjadikan rumahtangga sebagai syurga di dunia. Pejalanan hidup berumahtangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

NAFKAH

Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan• Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga. Ini telah dijelaskan dalam hadith Nabi s.a.w yang bermaksud;

“Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah”.
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Pemberian nafkah tersebut mengikut kemampuannya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“ Hendaklah menafkahkan orang-arang kaya itu dari kekayannya dan sesiapapun yang sempit rezekinya maka nafkahkanlah daripada apa yang Allah berikan padanya. Tidaklah Allah membebankan sesuatu jiwa itu kecuali sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Nanti bakal Allah jadikan selepas kesusahan itu kemudahan”.
(Surah al-Talaq: 7)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“ Cukup berdosa ke atas orang yang menahan nafkah ke atas orang yang ditanggungnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

(a) Perbelanjaan Keluarga
Aspek perbelanjaan keluarga ditekankan dalam al-Quran. Di sini disenaraikan beberapa contoh ayat dan hadith yang menekankan kepentingan perbelanjaan ke atas keluarga.

Firman Allah s.w.t. yang maksudnya :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang Ielaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka."
(Surah al-Nisa' ayat 34)


Firman Allah s.w.t yang maksudnya :
“Wajiblah ke atas orang yang berkesanggupan memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang sempit rezekinya itu ketika memberi nafkah menurut apa yang diberikan Allah kepadanya”.
(Surah al-Talaq ayat 7)

Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya :
“Apabila kamu membelanjakan satu dinar atas nama Allah s.w.t. satu dinar untuk memerdekakan hamba, memerlukan dan satu untuk keluargamu, dinar yang kamu belanjakan ke atas keluargamu dianggap satu ibadah dan perbuatan yang mulia, dan kamu akan mendapat ganjaran melimpah daripada Allah s.w.t."
(Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)

(b) Makan Minum dan Pakaian :
Menyediakan keperluan asas keluarga seperti makan, minum dan pakaian adalah tugas bapa. Firman Allah s.w.t yang maksudnya :
“Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan”.
(Surah al-A'raf ayat 31)

Firman Allah s.w.t maksudnya :
“Wahai orang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (halal) Kami berikan kepada kamu”.
(Surah al-Baqarah ayat172)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Bersabda Rasulullah, “hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberikan pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)

iii) Tempat tinggal :
Bapa bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk anak-anak dan isteri. Ini bagi menjamin keselamatan mereka. 

Firman Allah s.w.t. yang maksudnya :
  “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal mengikut kemampuan kamu”.
(Surah al-Talq: 6)

iv) Keselamatan dan Perlindungan
Hadith Nabi s.a.w menceritakan kepentingan mengawal keselamatan dan memberi perlindungan kepada keluarga. Perlindungan dan keselamatan yang diberikan kepada keluarga disamakan seperti seorang yang mati syahid.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan harta bendanya maka dia adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan dirinya maka dia adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahanknn agamanya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya maka dia adalah syahid”.
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Dalam masyarakat sekarang di mana kedua suami isteri berkeria, tanggungjawab memberi nafkah tetap di tangan suami. WaIaubagaimana pun, isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sum6angan isteri kepada keluarga merupakan sedekah yang akan dibalas oleh Allah.

MAS KAHWIN

Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah. Dalam bayaran mas kahwin ini telah tertera dalam beberapa cantoh ayat Quran dan hadith seperti di bawah.

Maksudnya:
“Berikan mas kahwin kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian yang wajib, kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati maka makanlah (ambilah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.

Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:
“Mana-mana lelaki mengahwini perempuan atas sekurang-kurangnya mahar/ sebanyak-banyaknya tetapi tidak ada maksud hendak membayarkan dia kepada perempuan itu sebagai haknya, setelah itu ia mati dan padahal belum lagi ia tunaikan, maka ia bertemu nanti dengan Allah pada hari Qiamat termasuk ia dalam bahagian orang yang berzina.
(Hadis Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim)

LAYANAN YANG BAIK DAN SALING MENGHORMATI
Suami isteri adalah individu asas dalam unit keluarga yang baru terbentuk. Hubungan yang tejalin ini akan membentuk caragaya interaksi dan hidup dalam keluarga. Hubungan rutin dan layanan akan menjadi pola caragaya kehidupan kelak. Oleh itu, suami isteri perlu membentuk hubungan dan memberi layanan yang sempurna.

Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

DIDIKAN

Suami sebagai pemimpin rumahtangga perlu dibekalkan ilmu pengetahuan supaya dapat membimbing keluarga dengan sempuma. Pemimpin berilmu dapat menerajui keluarga ke jalan Allh dan dapat membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Suami perlu menggunakan strategi yang kreatif dan berlemah-lembut semasa mendidik isteri. Oleh kerana keistimewaan kedudukan suami dalam rumahtangga, para suami perlu bersedia menunaikan tanggungjawabnya.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Dengan sebab itu maka wanita soleh ialah yang taat kepada Allah dan memelihara dirinya di belakang suaminya kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah al-Nisa’ ayat 34)

HAK SUAMI/TANGGUNGJAWAB ISTERI
A. TAAT KEPADA SUAMI

Isteri tidak mempunyai banyak tanggungjawab terhadap suaminya. Tanggungjawab utama adalah untuk mentaati suami dalam segala urusan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Suruhan ini tertera dalam Qur'an dan hadis seperti di bawah.

Firman Allah maksudnya:
“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat Allah dan suaminya (dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya."
(Surah al-Nisa ayat 34)

Ketaatan kepada suami adalah terhad kepada perkara kebaikan sahaja. Tidak wajib patuh kepada suami sekiranya isteri disuruh melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w. maksudnya:



“Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.”

(Riwayat al-Bukhori dan Muslim)

B. LAYANAN YANG BAIK DAN DIHORMATI

Isteri bertanggungjawab memberi layanan yang sebaik-baiknyakepada suami. Begitu juga suami sewajamya dihormati. Dengan kata lain segala suruhan suami yang tidak bertentangan dengann bertentangan dengan kehendak Islam mesti dituruti. Layanan baik serta sifat hormat menghormati mampu mewujudkan kebahagiaan rumahtangga.

Firman Allah:

Maksudnya: ”Bukankah tiada balasan bagi amalan yang baik itu melainkan balasan yang baik juga.

(Surah al-Rahman: 60)

TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI
A. KASIH SAYANG

Sifat kasih sayang merupakan faktor utama dalam mewujudkan persekitaran ceria dan bahagia dalam rumahtangga. Perasaan kasih sayang antara suami isteri akan menentukan rumahtangga itu berkekalan dan mewujudkan Kerjasama antara suami isteri. Sebuah rumahtangga tidak akan kekal jika perasaan kasih sayang tidak wujud antara suami isteri. Kasih sayang merupakan pemangkin untuk kebahagiaan rumahtangga.

Maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.

(Surah al-Rum: 21)

Maksudnya:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu sebagai pakaian bagi mereka.”
(Surah al-Baqarah: 187)

Maksudnya:

“Dan bergaullah dengan isterimu dengan baik, jika kamu membenci mereka kerana sesuatu sebab bersabarlah kerana Allah menjadikannya kebaikanyang banyak.”
(Surah al-Nisa': 19)

Hubungan suami isteri perlu berasaskan kepercayaan antara satu sama lain. Kepercayaan ini akan wujud jika suami isteri mempunyai sifat amanah. Amanah dalam ertikata senang untuk berbicara isihati dan kedua pihak dapat menerima satu sama lain dengan redha dan ikhlas. Kepercayaan ini terbentuk melalui saluran komunikasiyang terbuka.

Maksudnya:

“Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar hidup dalam kerugirm,ic~li yang beriman dan mengerjakan amal sal~h dan salitrg nasi~satmenasihati supaya mempertahankan kebenaran dan saling nasihatinenasihah' supaya mengamalkan kebenaran.”
(Surah al-Asr: 1-3)

Maksudnya:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu sebagaipakaian bagi mereka.”
(Surah al-Baqarah: 187)

Maksudnya:

“Dan bergaullah dengan isterimu dengan baik, jika kamu membenci mereka kerana sesuatu sebab bersabarlah kerana Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.
(Sarah al-Isra'; 19)

AMANAH

Hubungan suami isteri perlu berasaskan kepercayaan antara satu sama lain. Kepercayaan ini akan wujud jika suami isteri mempunyai sifat amanah. Amanah dalam ertikata senang untuk berbicara isihati dan kedua pihak dapat menerima satu sama lain dengan redha dan ikhlas. Kepercayaan ini terbentuk melalui saluran komunikasi yang terbuka.

Maksudnya:

“Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar hidup dalam kerugian, kecuali yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling nasihat menasihati supaya mempertahankan kebenaran dan saling nasihat menasihati supaya mengamalkan kebenaran.”
(Surah aI-Asr: 1-3)

WUJUDKAN PERGAULAN YANG BAIK
Pergaulan yang baik antara suami isteri menjadi asas kepadapembentukan keluarga bahagia. Pergaulan yang baik akanmewujudkan suasana harmoni dan tenang dala~n rumahtangga.Persekitaran ini dapat menyuburkan hubungan antara suami isteridan seterusnya mewujudkan keadaan hormat menghormati danmembentuk semangat kekitaan dan paduan dalam keluarga.

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain (suami atau isteri). Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.”

(Surah Ali Imran: 134)

Maksudnya
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah prasangka, dengan sungguh-sungguh, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat antara satu dengan lain.
(Surah al-Hujurat: 12)

HUBUNGAN KELAMIN

Akad nikah menghalalkan seorang lelaki dan perempuan mengadakna hubungan kelamin secara sah. Hubungan ini merupakan satu hubungan yang intim dan personal dan tidak boleh diceritakan kepada orang ramai. Hubungan kelamin merupakan rahsia keluarga. Ia adalah merupakan sebahagian daripada ibadah kehidupan berkeluarga.

Maksudnya:

“Dan gaullah isteri-isteri kamu dengan baik. Kemudian apabila kamu tidakmenyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan adanya kebaikan yang banyak.”
(Surah al-Nisa': 19)

Maksudnya:

“Dan bagi kamu pahala kerana bersetubuh dengan isteri. Bertanya para sahabat: Apakah seseorang dari kami melepaskan syahwatnya mendapat pahala? Apakah: pendapat kamu kalau meletakkannya (syahwat itu) pada yang haram apakah tidak ia berdosa? Maka begitulah bila ia meletakkan pada tempatnya yang halal ia pasti beroleh pahala.”

(Riwayat Muslim)

Dalam hubungan kelamin kerjasama dan sifat bertolak ansur antara pasangan perlu dipupuk. Pasangan perlu saling memahami keperluan masing. Pasangan perlu berterus terang dalam menceritakanan keperluan masing-masing kerana perasaan segan dan malu akan mempengaruhi pencapaian kepuasan masing-masing. Walaupun begitu ada jalan dan mesa tertentu di mana hubungan kelamin tidak digalakkan.

Maksudnya:

“Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi dari orang-orang yang bersyukur.
(Surah aZ-A'rafI 189)

MENGHORMATI PERSEMENDAAN

Pasangan suami isteri adalah individu dari keluarga yang berlainan.Keluarga masing-masing telah membesarkan insan dengan caragaya yang berlainan. Walaupun begitu sebagai pasangan kita perlu memahami dan menghonnati mereka. Dalam masyarakat kita perkahwinan bukan sahaja antara dua individu yang berkasih sayang tetapi melibatkan pertalian hubungan persaudaraan antara dua keluarga.

SAMA-SAMA MEMAHAMI MASALAH PASANGAN

Pasangan suami isteri merupakan dua personaliti yang berlainan. Sebagai manusia biasa pasangan mungkin mempunyai masalah tersendiri. Oleh itu, pasangan mestilah saling memahami kelemahan diri dan bekerjasama untuk mengatasi masalah yang dihadapi supaya hubungan yang baru terbentuk ini dapat berkembang.

Maksudnya:

“Bersabarlah terhadap apa jua yang menimpa kamu sesungguhnya yang demikian itu termasuk hak-hak yang diwajibkan oleh Allah.

(Surah Luqman: 17)

Maksudnya:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelangaran.”

(Surah al-Maidah: 2)

SUAMI ISTERI MEMPUNYAI SIFAT CEMBURU

Perasaan cemburu merupakan fitrah semulajadi manusia. Perasaan cemburu ini timbul atas dasar percintaan antara pasangan. Cemburu terbahagi kepada dua, iaitu berasaskan keimanan dan cemburu berasaskan nafsu. Cemburu berasaskan keimanan akan membawa keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga manakala cemburu atas dasar nafsu akan merosakkan rumahtangga.

“Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci A1lah. Dan di antara buruk sangka itu pun ada yang disukai Allah dan ada yang dibencinya. Cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu terhadap masalah yang patut dicurigai. Cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu terhadap sesuatu yang tidak patut diragui. Buruk sangka yang disukai Allah ialah buruk sangka terhadap dirinya ketika dalam pertempuran. Buruk sangka yang tidak disukai Allah ialah buruk sangka yang bersarang dalam jiwa seseorang.


(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasaei)

Seorang suami juga dituntut mengawal isterinya dari sebarang gejala buruk yang boleh merosakkan kehormatan dan nama baiknya. Lantaran itu dia digalakkan agar bersikap cemburu terhadap isterinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga canburu, dan cemburu Allah itu ketika seseorang hambaNya melakukan sesuatu yang diharamkan ke atasnya.

KETERAMPILAN YANG BAIK

Bagi mewujudkan kebahagiaan hubungan suami isteri pasangan perlu memiliki keterampilan diri yang baik. Keterampilan diri mencerminkan keperibadian seseorang. Justeru itu, setiap pasangan perlu berusaha supaya memiliki sifat tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:

“ Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana ia sesungguhnya berhias untukku. Aku tidak ingin hakku tidak dipenuhi oleh isteriku kerana aku wajib memenuhi haknya yang ada padaku, kerana Allah telah berfirman: “dan mereka (para isteri) mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipan menurut cara yang baik.".

(Riwayat Ibn Abbas)

HARTA BERSAMA

Islam membenarkan individu dan keluarga memiliki harta persendirian. Walau bagaimanapun cara pengumpulan harta hendaklah dilakukan dengan cara yang sah dan halal. Umat Islam dilarang mencari harta hinggakan lupa mengerjakan ibadah yang lain.

Maksudnya:

“Dan carilah pada apa yang dikurniakan oIeh Tuhan kamu untuk perkampungan akhirat dan jangan lupa nasib kamu di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadap kamu dan janganlah melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak menyintai para perosak.”

(Surah al-Qasas: 77)

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jaIan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan hasrat kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)

(Surah al-Baqarah: 188)

KERJASAMA
Kerjasama antara suami isteri perlu dipupuk dari ke semasa kesemasa. Kerjasama tersebut akan mengurangkan beban serta dapat mencapai keharmonian rumahtangga Sifat tolong menolong menjadi intipati kehidupan berkeluarga dan akan membentuk semangat kekitaan dalam keluarga Semangat kekitaan yang timbul daripada kerjasama dengan sendirinya akan meningkat paduan keluarga dan kemungkinan menghindarkan perpecahan keluarga.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya :
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”
(Surah al-Maidah ayat 2)


Keadaan Manusia Semasa Akhir Zaman

Sahabat yang dimuliakan,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia :

*. Di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

*.Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian.

*. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu.

*. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu.

*. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu.

*.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

*.Anak kecil mereka jahil.

*. Pemuda mereka licik.

*.Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar.

*. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan.

*. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

*.Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat.

*.Dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh.

*.Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah,

*. Sedangkan orang fasiq menjadi mulia.

*.Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah,

*. Sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah.

*.Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka.

*.Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita lihat dalam hadis-hadis Nabi menunjukkan tanda-tanda kecil kiamat sebagai pengajaran untuk kita.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w.

1. Penaklukan Baitulmuqaddis:
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - (Hadis Sahih Bukhari)

2. Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -(Hadis Sahih Muslim)

3.Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

4. Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

5. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - (Hadis Sahih Muslim)

6.Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - (Hadis Riwayat Nasai)

7. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

8.Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.

9. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -(Hadis Riwayat Ahmad)

10. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -(Hadis Riwayat Thabrani)

11.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -(Hadis Riwayat Ahmad)

12.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

13.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - (Hadis Sahih Bukhari)

14. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.
"Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" -(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah)

Sahabat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita renungkan hadis-hadis di atas sebagai sebagai muhasabah diri kita bahawa keadaan manusia akhir zaman dan tanda-tanda kecil kiamat adakah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w itu telah berlaku pada masyarakat kita hari ini? Sekiranya telah ada maka dunia kita telah hampir kepada penghujungnya.

Nabi s.a.w berpesan pada kita bahawa hendaklah kita tetap berpegang teguh dengan iman dan Islam. Kita jaga iman kita supaya sentiasa bersih, teguh dan tidak bercampur degan syirik dan kita berpegang teguh dengan Islam dan tidak bercampur dengan amalan dan kehidupan jahiliah.

Sentiasalah kita bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t sentiasa mengampunkan dosa-doas kita dan menerima amal soleh yang kita kerjakan dan sentiasa merahmati hidup kita di dunia dan akhirat.