Wednesday, November 17, 2010

Ciri-ciri Budi Pekerti dan Amalan Perbuatan Yang Terpuji

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal, bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik terpuji."

Para ulama telah menyenaraikan ciri budi pekerti dan amal perbuatan terpuji Rasulullah s.a.w. itu antaranya :

1. Memberi salam kepada sesama Islam.
2. Pergaulan yang baik dalam hidup bermasyarakat
3. Menghormati orang Iain.
4. Berbudi bahasa dan bersopan santun.
5. Berbuat kebajikan kepada sesama manusia.
6. Selalu memberi sedekah makanan dan minuman
7. Menziarahi orang yang sakit.
8. Menziarah dan mengiring jenazah ke perkuburan
9. Berbuat baik dan kebajikan dengan semua jiran tetangga, tanpa
mengira agama atau bangsa.
10. Menghormati orang yang lebih tua.
11. Mengasihani kanak-kanak.
12. Menerirna jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya.
13. Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati
terbuka atau berlapang dada.
14. Mendamaikan orang yang bertelingkah.
15. Tabiat bermurah hati - sentiasa memberi.
16. Meninggalkan segala larangan agama.
17. Meninggalkan cacian atau menghina orang.
18. Tidak bercakap atau bersumpah bohong.
19. Tidak bakhil, lokek atau kikir.
20. Tidak boros atau membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya.
21. Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau
bantuan sama ada dengan akal fikiran atau harta benda.
22. Tidak menipu orang.
23. Tidak mengumpat atau mengata orang di belakang.
24. Tidak mengadu-domba atau melaga-lagakan seorang ada-dengan yang lain
atau sekumpulan dengan kumpulan yang lain.
25. Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan atau silaturrahim,
sama ada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau umat Islam.
26. Tidak berkelakuan jahat dan maksiat.
27. Tidak sombong atau meninggi diri tetapi hendaklah merendah diri.
28. Tidak bermegah-megah atau memuji diri sendiri.
29. Tidak ujub (menghairani) kebaikan diri sendiri.
30. Tidak banyak bercakap, terutama yang sia-sia.
31. Tidak bercakap perkara-perkara yang kotor, lucah dan seumpamanya.
32. Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, maksiat dan
kemungkaran.
33. Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain.
34. Tidak melakukan hasad atau dengki khianat.
35. Tidak mengkhianati orang lain.
36. Tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
37. Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain.
38. Hendaklah menepati janji.
39. Hendaklah menunaikan amanat.
40. Belas kasihan terhadap anak yatim.
41. Berkata-kata dengan lunak, jangan meninggikan suara.
42. Baik dan bertekun dalam kerjaya.
43. Hendaklah sedikitkan angan-angan.
44. Hendaklah mempelajari serta mendalami al-Quran.
45. Hendaklah mencintai hari akhirat.
46. Hendaklah merasa gentar dan takut akan ketibaan hari kiamat.
47. Tidak memarahi atau memaki orang yang bijaksana.
48. Tidak mendustakan orang yang benar.
49. Tidak menuruti kemahuan atau perbuatan orang yang berdosa.
50. Tidak menderhakai pemerintah yang adil.
51. Tidak merosakkan tanah.
52. Hendaklah bertaubat pada setiap dosa yang dilakukan.
53. Hendaklah berusaha meneguhkan keimanan dalam jiwa dengan amalan
yang salih.

Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah s.a.w.  dalam usaha mendidik umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar. Daripada senarai ciri budi pekerti yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w . seperti di atas, sudah mencukupi untuk menjadi
manusia yang baik akhlaknya sekiranya diamalkan.

Tuesday, November 16, 2010

Kelebihan Menjadi Wanita Mukmin

Sesungguhnya wanita itu terlalu unik ciptaannya. Wanita telah diberi kedudukan yang begitu tinggi dalam Islam. Terlalu banyak kelebihan yang khusus Allah berikan kepada wanita sebagai tanda penghormatan dan belas kasihan.

Allah beri wanita mukmin peluang untuk meraih syurga Allah tetapi dengan jalan yang paling mudah, tidak seperti orang lelaki yang semestinya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin amatlah berat dan besar. Wanita tidak diberi tugas dan peranan yang berat seperti mana kaum lelaki, tetapi wanita juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sama besar dan sama penting dengan orang lelaki.

Wanita mukmin tidak seharusnya merasa ‘rugi’ menjadi wanita kerana tidak setanding dengan kaum lelaki dari segi hak dan terkurung dengan batas-batas syariat. Asma binti Yazid Ansari pernah menemui Rasulullah SAW untuk bertanyakan mengenai isu ini. Beliau berkata: “Kami kaum wanita wanita telah menghabiskan kebanyakan masa kami di antara empat dinding rumah kami. Kami tinggal secara terikat dengan tugas-tugas kami dengan memenuhi keinginan kaum lelaki di mana kami melahirkan bayi untuk mereka dan menguruskan urusan rumahtangga mereka.

Namun, pada keseluruhannya, kaum lelaki telah mengatasi kami untuk mendapat ganjaran di dalam perkara-perkara yang tidak terdaya kami lakukan. Mereka dapat mengerjakan solat harian dan Jumaat di masjid, menziarahi orang sakit, menghadiri upacara jenazah dan yang paling besar sekali dapat berjuang di jalan Allah. Apabila mereka pergi untuk mengerjakan haji atau berjihad, kamilah yang memelihara harta dan anak-anak mereka. Tidakkah ganjaran itu dibahagi-bahagikan antara kami dan mereka?”

Baginda bersabda kepada Asma: “Apabila seseorang wanita menyukakan hati suaminya dan melaksanakan tugas-tugas rumahtangga mengikut kepuasan hati suaminya dia akan memperolehi ganjaran yang sama sepertimana kaum lelaki perolehi dari semua tugas mereka kepada Allah.” Sesungguhnya jawapan Rasulullah SAW ini menunjukkan betapa wanita mukmin memang sangat beruntung kerana mereka tidak perlu mengubah peranan dan tanggungjawab bagi memperolehi hak sepertimana kaum lelaki. Demikian juga dengan darjat kemuliaan manusia di sisi Allah. Yang membezakan manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa sebagaimana mafhumnya dalam surah Al-Hujurat ayat 13,

 “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” Hakikatnya, tiada beza antara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT :

 “Sesiapa yang mengerjakan amal-amalsoleh, baik lelaki mahupun wanita, sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah An-Nisa’:124).

 Ayat ini jelas menunjukkan Allah tidak mengira jantina lelaki atau perempuan kerana masing-masing mempunyai peluang dan ruang untuk merebut darjat mulia ini. Rahmat dan nikmat Allah tidak membezakan antara jantina begitu juga dengan bala bencana dan kemurkaanNya.

Andainya kaum wanita sedar akan keistimewaan yang telah Allah kurniakan kepada mereka ini, pasti mereka merasa beruntung menjadi seorang wanita. Walaupun dianggap lemah, tetapi Allah telah jadikan kelembutan yang dimilikinya sebagi satu kelebihan. Allah kayakan wanita itu itu dengan sifat lemah lembut, sabar, penyantun dan jiwa yang kental. Betapa beruntungnya menjadi wanita mukmin ( sumber : sakinah ). 
 
(Di petik daripada tulisan : Persatuan Penduduk Islam Taman Sri Serdang.)

Fadhilat-fadhilat Puasa-puasa Sunnat Sepanjang Tahun


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,  
Terdapat beberapa puasa-puasa sunat yang dituntut untuk dilakukan sepanjang tahun. Puasa-puasa tersebut adalah seperti berikut :

1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal                        

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Hadis Riwayat Muslim)                        

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)                        

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah SAW. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Hadis Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)                        

Menerusi hadis daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Hadis Riwayat Muslim)

3.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)                        

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

4    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)                        

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

5.    Puasa bulan Sya'aban                        

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)                        

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

6.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis                        

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)                        

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

7.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)                        

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

8.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)                        

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                        

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

    *

      TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
    *

      10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
    *

      HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
    *

      SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
    *

      PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

    *

      PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
    *

      PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
    *

      PUASA WANITA YANG HAMIL
    *

      PUASA ORANG YANG MUSAFIR
    *

      PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
    *

      PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
    *

      PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
    *

      PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
    *

      PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELALUI NIAT DI DALAM HATI UNTUK MELAKUKAN SESUATU IBADAH KEPADA ALLAH.

Monday, November 15, 2010

Sepuluh Perkara Mendatangkan Cinta Allah

Saudara-saudariku,
Sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta ALLAH. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau MADARIJUS SALIKIN , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada ALLAH adalah seperti berikut:--

1) MEMBACA AL-QURAN DGN MERENUNG & MEMAHAMI KANDUNGAN MAKNANYA SESUAI DGN MAKSUDNYA YG BENAR.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba ALLAH yang hafal & mampu menjelaskan AL-QURAN agar
difahami maksudnya sesuai dengan kehendak ALLAH SWT. AL QURAN merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun.
Ibnu Sholah mengatakan :

“Membaca AL QURAN merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu ALLAHingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

2) MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DGN MENGERJAKAN IBADAH-IBADAH SUNAT, SETELAH MENGERJAKAN IBADAH-IBADAH WAJIB.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai ALLAH. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai ALLAH. Ibadah-ibadah
sunat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3) TERUS-MENERUS MENGINGATI ALLAH (ZIKIR) DLM SETIAP KEADAAN, BAIK DGN HATI & LISAN ATAU DGN AMALAN & KEADAAN DIRINYA.

Kadar kecintaan seseorang terhadap ALLAH bergantung kepada kadar zikirnya kepadaNYA. Zikir kepada ALLAH merupakan syiar bagi mereka yang mencintai ALLAH dan orang yang dicintai ALLAH.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT berfirman :”Aku bersama hambaKU selama ia mengingatKU & kedua
bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKU”.

Ingatlah, kecintaan pada ALLAH akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepadaNYA.

4) CINTA KEPADA ALLAH MELEBIHI CINTA KEPADA DIRI SENDIRI WALAUPUN DIKUASAI HAWA NAFSUNYA.

Melebihkan cinta kepada ALLAH daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai ALLAH meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para
Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad SAW sebab baginda mampu melawan kehendak
dunia seisinya demi cintanya kepada ALLAH.

5) MERENUNGI, MEMPERHATIKAN & MENGENAL KEBESARAN NAMA & SIFAT ALLAH.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulangkali. Barangsiapa mengenal ALLAH dengan benar melalui nama, sifat dan
perbuatanNYA, maka dia pasti mencintai ALLAH. Oleh krn itu, mu’athilah,fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat
ALLAH), jalan mereka dalam mengenal ALLAH telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6) MEMERHATIKAN KEBAIKAN, NIKMAT & KURNIA ALLAH YG TELAH DIA BERIKAN KEPADA KITA, BAIK NIKMAT LAHIR MAHUPUN BATIN AKAN MENGANTARKAN KITA KPD CINTA HAKIKI KPDNYA.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain ALLAH. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun
kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali ALLAH SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran ALLAH secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNYA.

7) MENGHADIRKAN HATI SECARA KESELURUHAN (TOTAL) SEMASA MELAKUKAN KETAATAN KPD ALLAH DGN MERENUNG MAKNA YG TERKANDUNG DI DLMNYA INILAH YG DISEBUT KHUSYUK.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta ALLAH yang hakiki.

8) MENYENDIRI DGN ALLAH DI SAAT ALLAH TURUN KE LANGIT DUNIA PADA SEPERTIGA MALAM TERAKHIR.

Di saat itulah ALLAH SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba
untuk mendekatkan diri kepadaNYA dengan beribadah dan bermunajat kepadaNYA serta membaca kalamNYA (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta
ALLAH. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepadaNYA.

9) BERGAUL BERSAMA ORG-ORG YG MENCINTAI ALLAH & BERSAMA PARA SIDDIQIN.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas masalahnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10) MENJAUHI SEGALA SBB YG DPT MENGHALANG KOMUNIKASI ANTARA DIRINYA DGN ALLAH SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta ALLAH, itulah yangseharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk
mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

(Di petik daripada tulisan Nur Jihan Mat Basir)

Balasan Syurga Untuk Pendakwah di Jalan Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w adalah kekasih dan hamba Allah yang paling mulia, penutup para  Nabi dan Nabi pertama akan memasuki Syurga  sebelum di masuki oleh Nabi-nabi yang lain. Selepas Nabi s.a.w dikalangan sahabatnya orang yang paling mulia dan mendapat jaminan Syurga adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.

Nabi s.a.w memberi kemulian yang cukup tinggi kepada beliau dengan sabda baginda yang bermaksud : “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”
(Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu’abul Iman, dari Umar bin al-Khattab)

Rasulullah s.a.w sendiri juga pernah memuji keIslaman Abu Bakar, seperti dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wal al-Nihayah:

 “Tidak aku mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, hanyalah Abu Bakar. Ketika aku menyampaikan ajakan itu, dia langsung menerimanya tanpa ragu-ragu sedikitpun. Puncaknya adalah pada peristiwa Israk dan Mikraj, di mana semua manusia mendustai Rasulullah s.a.w., namun Abu Bakar yang membenarkan kejadian itu.”

Apabila ditanya kepada Sayyidina Abu Bakar apakah yang beliau tinggalkan untuk ahli keluarganya, beliau mengatakan dia meninggalkan Allah dan Rasul, kesemua hartanya di infak di jalan Allah s.w.t.

Kenapa Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq mendapat kemuliaan ini?

Ini adalah kerana beliau menjalankan kerja-kerja dakwah mengajak orang musyrikin untuk memasuki Islam. Bermula beberapa orang sahabatnya yang terdekat di Makkah memasuki Islam dari sinilah Islam tersebar di Mekkah, Madinah dan seluruh dunia. Bayangkanlah betapa besarnya pahala Sayyidina Abu Bakar bermulanya daripada zaman Nabi s.a.w hingga sekarang dan berterusan hingga kehari kiamat setiap orang beriman dan masuk Islam Sayyidina Abu Bakar mendapat sahamnya, tidak hairanlah Nabi s.a.w menyatakan iman seluruh umat bila ditimbang tidak dapat menyamai iman Sayyidina Abu Bakar.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita bergantung amal ibadah , sedekah , kebajikan dan amal soleh yang kita buat sebenarnya tidak cukup untuk meraih Syurga Allah s.w.t sebab harga Syurga adalah cukup mahal dan  perlu kepada amalan yang berkualiti , ikhlas dan khusyuk. Kita beribadah tidak khusyuk dan jarang-jarang bertahajjud, kurang berzikir dan baca al-Qur'an, sedekah kadang-kadang, amal soleh yang lain pun boleh dikira dengan jari. Kuantiti sedikit dan kualiti pula tidak memenuhi taraf yang sepatutnya.

Dosa pula kita lakukan berterusan samaada kita sedar atau pun tidak. Yang paling ditakuti adalah dosa-dosa kering yang kita buat tetapi kita tidak merasi bahawa perkara itu mendatangkan dosa.Belum dikira perasaan riak dan ujub yang timbul dihati kita yang akan menghapuskan amal-amala soleh kita.

Dari itu kita perlu berfikir apakah satu perniagaan yang amat menguntungkan dan dapat menyelamatkan kita daripada azab Allah dan mendapat balasan Syurga?

Sebenarnya pelaburan pahala yang cukup besar tidak dapat menandingi pahala seseorang adalah ia berdakwah kepada orang bukan Islam hingga dia beriman dan memeluk agama Islam. Apabila seseorang masuk Islam disebabkan usaha-usaha kita maka pahala orang tersebut dan pahala ahli keluarganya dan cucu cicitnya yang beriman hingga ke hari kiamat kita akan mendapat sahamnya. Malahan ada hadis menyatakan pahala yang akan diberi Allah kepada seseorang yang berdakwah hingga seseorang itu masuk Islam lebih baik daripada dunia dan isi-isinya.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka."  (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Apakah maksud diri dan harta orang Mukmin telah dibeli Allah s.w.t. dengan Syurga?

Perlu kita berkeyakinan bahawa harta, nyawa, masa bukan milik kita tapi milik Allah, dan Allah telah membeli jiwa orang yang berjihad dan berdakwah di jalan Allah dengan SyurgaNya. Untuk melaksanakan matlamat ini kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah dan tarbiyah mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t. dan menarik orang-orang bukan Islam untuk beriman kepada kalimah syahadah.

Ramai para pendakwah hanya menumpukan berdakwah kepada orang Islam sahaja sedangkan mereka melupakan orang-orang yang bukan Islam, sedangkan usaha-usha dakwah perlu diberikan tumpuan kepada mereka ini kerana kita akan ditanya nanti adakah kita pernah sampaikan dakwah kepada mereka? Urusan hidayah itu adalah urusan Allah sedangkan kita diminta hanya untuk memenuhi tugas dakwah dan mengajak kepada kebenaran.

Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu Syurga."

Allah s.w.t. telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka Syurga. Allah s.w.t. ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja-kerja dakwah dan tarbiyah.  Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda menghabiskan seluruh masa, tenaga dan harta untuk memenuhi tuntutan dakwah ini. Sahabat-sahabat berjihad dijalan Allah s.w.t keluar daripada Madinah pergi ke Mesir, Iran, Iraq, India, China dan Afrika semata-mata menyebarkan dakwah Islam, untuk membebaskan manusia daripada menyembah sesama manusia untuk diberikan penyembahan hanya sanya kepada Allah s.w.t.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:“Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: “Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa – semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). (Surah Ali-Imran ayat 157)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah ayat 20-22)

Dan apabila sebut berkenaan kerja dakwah ini, dia bukan  sekadar dalam masjid sahaja, ataupun bukannya  terhenti pada musim-musim hari kebesaran Islam sahaja; malah ianya adalah sepanjang masa. Tidak ada batasan waktu dalam kerja dakwah ni. Asalkan kita boleh ajak masyarakat kepada petunjuk hidayah Islam yang betul dan kita mengajak orang bukan Islam untuk memahami Islam.

Sama-samalah kita berperanan sebagai pendakwah untuk mengaut hasil yang cukup lumayan di hari akhirat nanti. Hasil yang besar itu disebut pada ayat 111  dalam Surah At-Taubah iaitu balasan Syurga. Ini yang kita kena faham dulu, sebab apa terasa kemanisan dalam berdakwah akan diberikan oleh Allah s.w.t walaupun terasa penat dan letih.

Sahabat yang dikasihi,
Selain mendapatkan keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah, golongan yang berjihad dijalan Allah ini  akan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah di akhirat. Mereka akan disatukan bersama Nabi, siddiqin, orang syahid serta salihin.

Firman Allah bermaksud: “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu Nabi, golongan siddiqin, syuhada dan salihin, mereka itulah teman sebaik-baiknya.” (Surah al-Imran ayat 69).

Oleh itu marilah sama-sama kita berjihad dan berdakwah mengikut kemampuan kita kepada rakan-rakan atau jiran yang bukan Islam supaya mereka faham kebenaran Islam dan bersetuju untuk mendekatkan diri kepada Islam. Kita juga berkewajipan memberi bantuan berupa wang ringgit, masa dan tenaga yang diperlukan oleh Jemaah Islam, Perkim, Persatuan Cina Islam, Jabatan Agama dan pendakwah bebas yang bertugas menyebarkan dakwah Islam kepada bukan Islam daripada bangsa Cina, India, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Serawak.

Akhirkata hayatilah hadis Nabi s.a.w. dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi  s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t. menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah s.w.t. akan memasukkannya ke dalam Syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, November 14, 2010

Nikmat Bersin dan Bahaya Menguap Tidak Menutup Mulut


 Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu hak Muslim kepada Muslim yang lain adalah menjawab bersin seseorang apabila dia berkata 'almamdulillah' maka jawapannya adalah dengan mengucapkan do'a 'yarhamukallah'  (semoga Allah merahmatimu).

Anas bin Malik r.a. bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad s.a.w. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendo'akan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak dido'akan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan ruang rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan.  Dalam Syarah Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah `alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan `yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa `yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Bacaan hamdalah adalah do'a paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) do'a, iaitu menyanjung dan mengingat Allah s.w.t.(zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.

Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta.

Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”

Apakah dia menguap (tatha’ub)? Menguap bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi s.a.w  bersabda yang maksudnya : “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap `ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit. Ulama' menganjurkan kita bila sahaja menguap tahan jangan membuka mulut dan terus membaca membaca 'auzubillahiminasyaitanirrajim bismillahirahmanirrahim' supaya syaitan yang datang menganggu dapat dijauhi daripada mentertawakan kita.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi s.a.w  pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi s.a.w. apabila bersin baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian baginda merendahkan suaranya.”

Abu Hurairah berkata: “Do'akan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang selesema.”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: `yahdikumullah wa yuslihu balakum.’”

Berdasarkan hadis ini boleh mendo'akan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan do'a hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendo'akan mereka dengan rahmat.

dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendo'akannya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka do'a yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendo'akan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.

Dari al-Barra’ bin ‘Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan : 1. menjenguk orang sakit 2. mengikuti jenazah 3. mendoakan orang bersin 4. membalas salam 5. menolong orang yang dizalimi 6. memenuhi jemputan, dan 7. memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,
Semoga kita semua dapat amalkan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika bersin dan menguap dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t  dan terhindar daripada penyakit dan gangguan syaitan.

Syafaat Nabi s.a.w dan Keadaan Peghuni Syurga Dari Ahli Neraka

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketika berada di Padang Mahsyar  semua manusia  berada didalam kegelisahan yang amat sangat kerana lamanya masa berada disini sebelum berlakunya timbangan amalan masing-masing. Nabi s.a.w menceritakan di dalam hadisnya seperti berikut :

Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Allah mengumpulkan manusia pada hari kiamat, maka mereka berkata : “Seandainya kita mohon syafa’at kepada Tuhan kita, sehingg Tuhan memberikan kelonggaran kepada kita ditempat kita”

lalu mereka datang kepada Adam dan berkata : “Engkaulah yang telah diciptakan Allah dengan tanganNya, Dia meniupkan ruh Nya padamu, dan Allah telah memerintahkan Malaikat, sehingga mereka sujud kepadamu, maka mohonlah syafa’at untuk kami di sisi Tuhan kami”.

Ia menyebutkan kesalahan-kesalahannya dan berkata : “Datanglah kepada Nuh, seorang Rasul pertama yang diutus oleh Allah”.

Lalu mereka datang kepada Nuh, maka Nuh menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu -dan ia menyebutkan kesalahannya itu- datangilah Ibrahim yang mana Allah menjadikannya sebagai kekasih !”,

lalu mereka datang kepadanya, maka ia menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu -dan ia menyebutkan kesalahan- datangilah Musa yang telah diajak bicara oleh Allah !”.

Lalu mereka datang kepadanya, maka Musa menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu -ia menyebutkan kesalahannya- datangilah Isa”,

lalu mereka datang kepadanya, maka ia menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu, datangilah Muhammad saw. yang telah diampuni dosa-dosanya yang telah terdahulu dan yang terkemudian !”.

Lalu mereka datang kepadaku, dan aku minta izin kepada Tuhanku. Ketika aku melihat Nya aku sujud dan Tuhan meninggalkan aku sesuai dengan apa yang dikehendakiNya, kemudian diserukan : “Angkatlah kepalamu, mintalah perantara maka kamu akan diberi dan berkatalah maka akan didengar, mohonlah syafa’at maka akan diberi svafa’at,”

Kemudian aku mengangkat kepala dan memuji Tuhan dengan pujian yang telah diajarkan kepadaku, lalu aku mohon syafa’at, maka Aku membatasinya kepadaku,

lalu aku mengeluarkan mereka dari Neraka dan aku memasukkan mereka ke Syurga, kemudian aku kembali dan sujud seperti itu, pada yang ketiga atau keempat kalinya, sehingga yang ada di Neraka itu hanyalah orang-orang yang telah dicegah oleh Al Qur’an.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

Dari Humaid, ia berkata : Aku mendengar Anas r.a. berkata : Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila hari kiamat tiba, Aku diberi syafa’at, kemudian aku berkata : “Wahai Tuhan, masukkanlah ke Syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi”. Maka mereka masuk, kemudian aku berkata : “Masukkanlah ke Syurga orang yang didalam hatinya ada sedikit- dikitnya sesuatu”.
Maka Anas r.a. berkata seolah-olah saya melihat jari-jari Rasulullah s.a.w.
(Hadis Riwayat Bukhari).

Dari Abu Said Al Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Allah memasukkan penghuni Syurga ke Syurga, Dia memasukkan orang yang di kehendakiNya dengan rahmat-Nya dan memasukkan penghuni Neraka ke Neraka, kemudian Dia berfirman maksudnya : “Lihatlah orang yang kamu sekalian dapati di dalam hatinya iman seberat biji sawi, maka keluarkanlah ia”.
Kemudian mereka dikeluarkan dari Neraka seperti arang, mereka telah terbakar maka mereka dilemparkan di sungai hidup (Nahrul hayat), lalu mereka tumbuh di dalamnya, sebagaimana biji-bijian itu tumbuh di tanah yang dibawa banjir, tidaklah kamu melihatnya, bagaimana ia tumbuh dengan kuning emas”.
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Abu Sa’id r.a., ia berkata : Rasulullah s.a.w.  bersabda maksudnya : “Adapun penghuni Neraka yang memang jadi penghuninya, mereka itu tidak mati dan tidak hidup, akan tetapi orang-­orang yang masuk Neraka, kerana dosa-dosa mereka,” atau baginda bersabda : “Kerana kesalahan-kesalahan mereka, maka Allah mematikan mereka dengan benar-benar mati, sehingga mereka menjadi arang, ia diberi izin untuk diberi syafa’at, mereka didatangi dengan berkelompok-kelompok kemudian mereka di sebarkan di sungai Syurga. Lalu dikatakan : “Wahai penghuni Syurga berangkatlah bersama mereka, kemudian mereka tumbuh seperti tumbuhnya biji-bijian di tanah yang dibawa banjir. Seseorang berkata : “Seolah-­olah Rasulullah s.a.w. ada di perkampungan”.
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Abdullah bin Mas’ud ra., ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sungguh aku mengetahui penghuni Neraka yang paling akhir keluar dari Neraka dan penghuni Syurga yang paling akhir masuk Syurga. Yaitu orang laki-laki yang keluar dari Neraka dengan merangkak, kemudian Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi berfirman kepadaNya : “Pergilah, dan masuklah ke Syurga”.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya  : “Maka ia datang ke Syurga dan terbayang olehnya bahwa Syurga itu sudah penuh, lalu ia kembali dan berkata : “Wahai Tuhan, saya mendapati Syurga itu penuh”. Kemudian Tuhan berfirman kepadanya : “Pergilah, dan masuklah ke Syurga. “

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Maka ia datang ke Syurga dan terbayang olehnya bahwa Syurga itu sudah penuh, lalu ia kembali dan berkata : “Wahai Tuhan, saya mendapati Syurga itu penuh”.

Kemudian Tuhan berfirman kepadanya : “Maka ia datang ke Syurga”, dan di bayangkan olehnya bahwasanya Syurga itu penuh. Lalu ia kembali dan berkata : “Wahai Tuhan, saya mendapati Syurga itu penuh”.

Kemudian Tuhan berfirman kepadanya : “Pergilah dan masuklah ke Syurga”.

Sesungguhnya bagimu seperti dunia dan sepuluh kalinya”, atau bagimu sepuluh kali dunia”.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Maka ia berkata : “Apakah Engkau mentertawakan aku, sedangkan Engkau Raja”. Ibnu Mas’ud berkata : “Sungguh aku melihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampaklah gigi taringnya”. Baginda bersabda : “Maka dikatakan : “Itulah penghuni Syurga yang tempatnya paling bawah”.
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Abu Sa’id Al Khudri ra., ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila Allah menyelamatkan orang-orang Mukmin dari Neraka, dan mereka beriman, maka seseorang diantaramu tidak mendebatkan hak sahabatnya di dunia lebih keras dari pada perdebatan orang-orang Mukmin dengan Tuhan mereka bagi saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke Neraka”.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Mereka berkata : “Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami solat bersama kami, berpuasa bersama kami dan haji bersama kami, namun Engkau memasukkan mereka ke Neraka”. Lalu Tuhan berfirman : “Pergilah kalian dan keluarkanlah orang-orang yang kamu kenal diantara mereka”, maka orang-orang Mukmin datang kepada mereka, lalu mengetahui rupa-rupa mereka kerana Neraka tidak memakan rupa-rupa mereka. Diantara mereka ada orang yang telah dibenamkan di Neraka sampai pertengahan betisnya dan diantara mereka ada yang dibenamkan sampai kedua mata kakinya. Lalu orang-orang Mukmin mengeluarkan mereka, kemudian mereka itu berkata : “Tuhan kami, kami telah mengeluarkan orang-orang yang telah Engkau perintahkan kepada kami”, Lalu Allah berfirman : “Keluarkanlah orang-orang yang didalam hatinya ada iman seberat dinar, kemudian orang-­orang yang di dalam hatinya ada iman seberat setengah dinar, kemudian orang yang didalam hatinya ada iman seberat biji sawi”.

Abu Sa’id berkata : “Barang siapa yang tidak membenarkan hal ini maka bacalah ayat ini :

“INNALLAAHA LAA YAZHLIMU MITSQAALA DZARRATIN WA INTAKU HASANATAN YUDLAA­’IFHAA WAYU’TI MILLADUNHU AJRAN ‘AZHIIMAA “
Maksudnya :"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya, barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar"
(Surah An Nisa’ ayat 48).

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa kemuliaan yang diberikan Allah s.w.t kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. sebagai kekasih-Nya akan memberikan syafaat dan pertolongan kepada semua umat manusia ketika di Padang Mahsyar untuk dipercepatkan proses timbangan amal dan Nabi s.a.w dengan syafaatnya juga  boleh mengeluarkan penghunu Neraka untuk masuk ke Syurga (untuk mereka yang ada iman walaupun sebesar biji sawi).

Di dalam hadis di atas ada menceritakkan bagaimana orang Mukmin ahli Syurga boleh membantu sahabatnya yang memasuki Neraka dengan diberikan syafaat oleh Allah s.w.t. Oleh itu perbanyakkanlah bersahabat dengan orang alim, orang berilmu dan soleh supaya ia akan teringatkan kita dan memberi pertolongan di saat genting di hari akhirat nanti.

Saturday, November 13, 2010

Dosa dan Kermukaan Allah


Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…


Apa yang dimaksud dengan dosa? Dosa adalah melakukan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak dan keridhaan Allah, dan melanggar petunjuk-petunjuk yang telah dia berikan melalui para rasul-Nya, khususnya Rasulullah saw, serta dengan berani melawan petunjuk-petunjuk tersebut, itulah dosa.

Apabila kepada seorang hamba manusia diberikan pengetahuan dan diajarkan tentang petunjuk-petunjuk Allah taala kemudian dia melanggar petunjuk-petunjuk itu secara durhaka dan jahat dia melakukan dosa, maka Allah taala akan marah sekali. Dan akibat dari kemarahan itu tidak hanya setelah mati saja dia peroleh, justru di dunia ini juga dia akan mengalami berbagai macam azab serta kehinaan.

Begitu jugalah keadaan para pemerintah duniawi. Yakni permerintah memberlakukan suatu hukum, kemudian jika ada yang melanggar hukum tersebut dan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan itu maka orang tersebut akan ditangkap dan dijatuhi hukuman. Sering kita lihat bahawa ada juga orang yang akan selamat terhindar dari jeratan hukum duniawi terrsebut atau terluput dengan melarikan diri sejauh-jaauhnya. Dia akan saja melarikan diri keluar daerah luar kawasan.

Namun kemana manusia dapat melarikan diri setelah melakukan hal-hal yang menentang hukum-hukum serta petunjuk Allah taala? Sebab bumi dan langit yang tampak ini adalah milik-Nya. Tidak ada bahagian bumi dan langit ini yang dimiliki oleh pihak lain, yang kiranya dapat menjadi tempat pelarian bagi kita.

Hal ini sangat penting dan selalu kita perhatikan, supaya manusa sentiasa takut kepada Allah taala. Jangan kita berani melanggar petunjuk-petunjuknya dan melakukakn dosa-dosa. Sebab dosa adalah sesuatu yang sangat buruk. Dan tatkala manusia tidak lagi takut terhadap Allah taala dan dia menjadi berani melakukan dosa, maka kebiasaan Allah ini akan berlaku atas dirinya. Yakni kemurkaan Allah akan melindas orang yang berani melanggar itu, di dunia ini juga dan di akhirat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA

· terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
· ingin hidup bebas tanpa batasan agama
· sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

TANDA-TANDA YANG TERCATIT DALAM AL QURAN

Di antara bencana-bencana yang dicatatkan di dalam Al Quran adalah sebagai peringatan untuk manusia atas kemurkaan Allah kepada mereka yang melampaui batas kederhakaan dan kekafirannya:

*  Banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. yang tingginya melampaui puncak-puncak bukit dan gunung. Tiada seorang pun manusia yang selamat, melainkan mereka yang berserta Nabi Nuh yakni hanya seramai 80 orang di dalam sebuah bahtera. ( Surah Nuh: 1-28 & Surah Al Mukminun:23-30 )

*  Bencana besar Allah timpakan ke atas bangsa Tsamud, suatu bangsa yang makmur kehidupan-nya tetapi menyanggah ajaran Allah dan berpakat membunuh Nabi Salleh a.s. Letusan gunung berapi yang hebat menjadikan mereka hancur-lebur, lenyap menjadi abu dalam waktu sedetik. ( Surah Al Haqqah: 4-5, An Naml: 45-54)

*  Gempa bumi yang dahsyat sehingga bumi pecah, retak dan terbalik diiringi dengan hujan batu dan lumpur yang panas ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang melakukan kekafiran dan perbuatan homoseksual. ( Surah Al A’raf:80-84, An Naml:54-59)

*  Bom batu berapi yang digugurkan oleh burung-burung, ditimpakan ke atas tentera Abrahah yang cuba menyerang dan menghancurkan Kaabah. Kesannya lebih mengerikan daripada bom atom dan nuklear, diibaratkan hancurnya sebagai daun-daun yang dimakan ulat. ( Surah Al Fiil:1-4)

Begitulah hebatnya gambaran murka Allah terhadap kaum-kaum yang terlalu menderhakai-Nya. Adakah sesuatu kekuatan saintifik ataupun teknik canggih yang dapat menghalang bencana Allah?

Jawapannya tiada. Cara menghalang dan menghindarkan berlakunya bencana tersebut hanyalah dengan menghentikan segala kejahatan dan kekufuran serta bertaubat kepada Allah SWT.

Imam Al Ghazali berkata,
" Tidaklah orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya, tetapi adalah orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat kemurkaan dan siksaan Allah akibat perbuatan itu."

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhairi Abd Hadi)

Kelebihan-kelebihan surah-surah dalam al-Qur'an :


SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

al-quran al kahfi 

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:”Adalah Nabi s.a.w. tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah s.w.t yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)

Daripada abi Hurairah r.a. berkata : Nabi s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
 
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”
alquran1

Fadhilat dan Kebaikan Surah al-Ikhlas

Sahabat yang dirahmati Allah,
Surah Al-Ikhlas adalah surah Makkiyyah mengandungi 4 ayat . Turunnya ayat ini apabila kafir Musyrikin Mekkah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai sifat Allah s.w.t.

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab bahawa orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!” Maka Allah menurunkan surah al-Ikhlas.

 Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: “Beberapa orang Yahudi datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Sifatkan kepada kami Tuhan engkau (wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat-sifatnya di dalam Taurat. Ceritakan kepada kami, Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas atau tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa". Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini dengan menjelaskan tentang sifat-sifat Allah secara khusus.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa

2. Allah tempat berharap

3. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.

4. Dan tiada yang setara dengan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Surah al-Ikhlas ini banyak kelebihannya, jika kita beramal bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.

Kelebihan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Membacanya sekali menyamai 1/3 al-Qur'an.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya…Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Sayyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah s.a.w.menjawab dengan mengatakan bahawa Sayyidina Ali betul.

(Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Qur'an. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Qur'an kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Qur'an.)

Dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya :“Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca satu per tiga al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut satu pertiga al-Qur'an.”(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Nasa’i meriwayatkan dari Abi Ayub al-Ansari)

Kedua :  Terselamat daripada azab kubur.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke Syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Ketiga : Mendapat pahala daripada bacaan surah al-Ikhlas para malaikat.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah s.a.w.) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

Keempat : Membaca surah ini menyebabkan syaitan lari daipada tubuh kita kerana kepanasan.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Kelima : Menghalau syaiatan daripada rumah kita.

Sebelum anda masuk rumah memberi salam kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.Dan masuk kerumah dengan kaki kanan.

Tafsir dan Ulasan Surah al-Ikhlas (1-4)

BismillĂąh ir-RahmĂąn ir-RahĂźm(Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.)

Bismillah ( Dengan nama ALLAH )

Dengan nama Allah. Susunan kalimat yang demikian ini dalam bahasa Arab berarti ada susunan kata-kata yang mendahuluinya yaitu: Aku mulai perbuatan ini dengan nama Allah, atau: Permulaan dalam perbuatanku ini dengan nama Allah; untuk mendapat berkat dan pertolongan rahmat Allah sehingga dapat selesai dengan sempurna dan baik. Juga untuk menyedari kembali sebagai makhluk Allah, bahawa segalanya bergantung kepada rahmat kurnia Allah. Hidup, mati dan daya upaya semata-semata terserah kepada rahmat kurnia Allah Azza wa Jalla.

Ar-Rahman Ar-Rahim (Yang Maha Murah Yang Maha Penyayang)

Ar-Rahman (Yang Pemurah) yakni yang penuh rahmatNya kepada semua makhluk di dunia hingga di akhirat, kepada yang mukmin maupun yang kafir. Adapun Ar-Rahim (Yang Penyayang) khusus rahimNya buat kaum Mukmin sahaja.

1. Qul huwa AllĂąhu ahad

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa” (Surah al-Ikhlas ayat 1).

Maksudnya : Katakanlah wahai Rasulullah kepada mereka yang bertanya tentang sifat-sifat Tuhanmu: Dialah Allah yang satu, ertinya Esa pada zatNya dan sifatNya. Tiada sekutu bagiNya. Tiada bandingan dan gandingan untukNya. Ini adalah sifat wahdaniyah dan penafian wujudnya sekutu-sekutu. Dialah Allah yang kalian kenali dan akui sebagai pencipta langit dan bumi serta pencipta kamu. Dia satu dan tunggal dengan sifat ketuhanan. Dia tidak mempunyai sekutu. Ayat ini sebenarnya merupakan penafian tentang banyak Tuhan atau zat Tuhan.

2. AllĂąhu samad(Allah tempat berharap)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Allah tempat berharap” (Surah al-Ikhlas ayat 2).

Maksudnya : Allah tempat bergantung dan memohon hajat keperluan. Justeru Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk memenuhinya. Allah tempat makhluk mengadu. Tiada seorang pun yang tidak memerlukan Allah. Namun Dia tidak pula memerlukan mereka. Ini menyanggah keyakinan orang-orang musyrikin Arab tentang kewujudan perantaraan atau orang tengah dan para pemberi syafaat (dalam hubungan antara Khaliq dan makhluk).

Ibn Abbas berkata ketika mentafsirkan makna “as-samad” ertinya yang menjadi tempat menggantungkan harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dia Penguasa yang amat sempurna PenguasaanNya. Dialah Allah Maha Mulia yang amat sempurna kemulianNya. Dia juga yang Maha Hebat yang amat sempurna kehebatanNya. Dia Maha Penyantun yang paling sempurna kesantunanNya. Dia Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya serta sempurna. Allah Maha Bijaksana dan amat sempurna kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Sempurna dalam segala jenis kemuliaan, kejituan dan kekuasaan. Segala kemuliaan dan keunggulan adalah miliknya. Tiada yang dapat menandingi Allah dan tiada pula yang menyamaiNya. Maha Suci Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa. Ibn Jarir dan al-Tirmizi dalam riwayat lain menambah bahawa as-Samad ialah “yang tidak beranak atau tidak diperanakkan” kerana setiap yang dilahirkan pasti akan mati. Manakala setiap yang mati pasti akan meninggalkan waris, sedangkan Allah tidak mati dan tidak pula meninggalkan waris.

3. Lam yalid wa lam yûlad(Tidak beranak dan tidak diperanakkan)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Tidak beranak dan tidak diperanakkan” (Surah al-Ikhlas ayat 3).

Maksudnya : Tidak akan lahir dariNya anak. Tiada suatu pun yang lahir dari Allah kerana Dia tidak sejenis dengan sesuatu yang lain. Kerana Dia Maha Sedia Ada dan bukan sesuatu yang baru. Tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah. Allah tidak berjisim. Ini menafikan kewujudan persamaan. Dia disifatkan sebagai sedia ada dan yang awal serta manafikan sifat baru.

Ayat pertama menafikan kewujudan anak bagi Allah dan menyanggah orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para Malaikat merupakan anak-anak perempuan Allah. Ayat tersebut juga menyaggah pandangan orang-orang Yahudi yang menyangka Uzair sebagai anak Allah. Ia juga menyanggah pandangan orang Nasrani yang menyangka Isa adalah anak Tuhan dan berfahaman Trinity (konsep tiga tuhan). Ia juga menyanggah pandangan al-Sobi’ah yang menyembah bintang. Setiap penafian pula merupakan sanggahan terhadap pengikut akidah batil seperti Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan dua tuhan bagi ala mini iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Ayat yang kedua pula menafikan kewujudan bapa (bagi Allah) dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan bapa.

4. Wa lam yaku llahĂ» kufuwan ahad(Dan tiada yang setara dengan-Nya)

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan tidak ada yang setara denganNya” (Surah al-Ikhlas ayat 4).

Maksudnya : Tiada siapa yang menyamai Allah, menyerupainya dan berkongsi denganNya. Ini menafikan kewujudan teman dan membatalkan iktiqad orang musyrikin Arab bahawa Allah mempunyai gandingan dalam setiap perlakuanNya., di mana mereka menjadikan para malaikat sebagai sekutu-sekutu bagi Allah dan patung berhala sebagai gandingan Allah. Surah ini mempunyai makna yang hampir sama dalam beberapa ayat yang lain:

“Pencipta langit dan bumi. Bagaimana mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman. Pencipta segala sesuatu” (Surah al-An’am ayat 101)

“Tidaklah wajar bagi al-Rahman (Allah) untuk (mempunyai) anak. Pada hal segala sesuatu yang di langit dan di bumi semuanya datang ke hadrat Allah sebagai hamba. Dia telah mengira, menghitung dan Maha Tahu bilangan mereka. Setiap makhluk berkenaan akan tampil menemuiNya bersendirian” (Surah Maryam ayat 92-95).

Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulan daripada tafsiran Surah al-Ikhlas adalah seperti berikut :

1) Surah ini mengandungi rukun-rukun aqidah dan syariat Islam yang terpenting iaitu mentauhidkan Allah dan mensucikanNya, memperakukanNya dengan sifat-sifat kesempurnaan dan menafikan kewujudan sebarang sekutu bagiNya. Ini secara tidak langsung menolak pandangan orang-orang Nasrani yang menyatakan Isa adalah anak Tuhan dan menganut fahaman Trinity (konsep tiga Tuhan). Surah ini menyanggah perbuatan orang-orang musyrikin yang mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan yang lain di samping pengabdian diri kepada Allah dan menyatakan bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah. Ini turut menafikan pandangan Yahudi yang menyatakan Uzair adalah anak Allah.

2) Para ulama’ berkata: Surah ini menjelaskan hak-hak Allah.  Manakala celaan terhadap Allah yang dijawab dalam surah al-Ikhlas ini adalah kerana dakwaan mereka bahawa Allah mempunyai anak. Kalau ketiadaan anak merupakan satu perkara yang mengaibkan bagi manusia, maka kewujudan anak bagi Allah pula adalah kekurangan atau ke’aiban bagi Allah. Justeru itu, Allah menyatakan di sini, “Katakanlah wahai Muhammad,” bagi menolak pandangan serong terhadap Allah ini.

3) Konsep aqidah dan tauhid yang benar inilah yang perlu diikuti oleh seluruh umat manusia. Konsep inilah yang berjaya menyatukan kaum Aus dan Khazraj dan mempersatukan Muhajirin dan Ansar. Aqidah yang bersih inilah yang akan menjamin akhlak yang baik, ibadah yang benar serta keutuhan politik dan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Jika kita kembali kepada sirah Rasulullah, penyatuan yang berlandaskan tauhid yang Esa dan benar adalah penyatuan yang cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Ternyata konsep penyatuan yang dicanang oleh manusia masih terdapat banyak kelemahan seperti timbul syak wasangka dan sikap menuding jari andai tidak berdasarkan kepada ajaran Islam.

Friday, November 12, 2010

Bacaan al-Qur'an Akan Memberi Syafaat di Hari Akhirat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kitab suci al-Qur'an yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan kitab suci yang sempurna dan lengkap, dan menjadi peduman hidup manusia di dunia. Al-Qur'anul karim perlu dibaca, difahami, diyakini dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata, "Pesanku kepadamu wahai saudara-saudara...hendaklah sentiasa menghubungkan diri dengan al-Qur'an pada setiap detik dan masa. Andaikata saudara melakukan sedemikian, nescaya saudara akan merasa betapa agungnya Pencipta yang Maha Tinggi itu. Sebenarnya siapa yang berbuat demikian tidak dapat tidak akan bertambah keimanan terhadap keagungan Pencipta lalu bertambah lagi ketundukannya kepada kekuasaan-Nya...." Al-Qur'an adalah  mukjizat aqaliah iaitu mukjizat yang berfungsi dan mempunyai kelebihan luar biasa hingga ke hari kiamat. Membaca al-Qur'an akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. digandakan hingga 10 kali ganda.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Qur'an, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Qur'an adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah s.w.t. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke Syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.”

“Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari Syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah s.w.t. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Qur'an sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Terdapat beberapa kebaikan-kebaikan al-Qur'an iaitu :

Pertama : Al-Qur'an merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kedua : Membaca al-Qur'an merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah s.w.t.. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur'an, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Ketiga : Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Qur'an adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan Mukmin yang tidak membaca al-Qur'an pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Keempat : Membaca al-Qur'an hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Kelima : Pembacaan al-Qur'an yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar. Jika tak faham bahasa Arab cuba lihat terjemahannya.

Sahabat yang dikasihi,
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab Neraka.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Sahabat,
Marilah sama-sama kita hayati al-Qur'an dan teruskan menjadi teman setia kita, jangan lupa membacanya bersungguh-sungguh dan fahami maknanya. Semoga ia akan membantu kita di alam barzakh dan hari akhirat.

Makanan Haram Gelabkan Hati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh  


Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh di jadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan. 


Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah. 


Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia. 


Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia. 


Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam. Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang. 


Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabiRasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”.
(Hadis riwayat Bukhari)  


Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. 


Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang. 


Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.  


Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya. 


Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama. 


Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.


 Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya.Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”  


Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita. 


Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. 


Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?  


Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani. 


Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. 


Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab. 


Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan. 


Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan”. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan. 


Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian. 


Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.  


Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit. 


Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.   


Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan. 


Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.  


Wallahu a'lamu bi al-shawab......


(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhair bin Abd Hadi)