Sunday, August 7, 2011

Rashia Kejayaan Umat Islam Berlaku di Bulan Ramadan

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadan adalah bulan yang mulia disisi Allah SWT. Kehadiran Ramadan umat Islam diwajibkan berpuasa dan melaksanakan ibadah dengan penuh kusyuk semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.

Namun begitu dibulan Ramadan ini juga mengandungi rahsia kejayaan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya dan juga para mujahid Islam dalam usaha untuk mempertahankan Islam dan mengembalikan balik kedaulatan Islam . Islam hanya mampu dihayati sepenuhnya apabila wujud Daulah Islamiah dan melaksanakan hukum-hukum Allah SWT di dalamnya.

Perlulah kita faham bahawa kewajipan berpuasa dengan kewajipan berjihad tidak ada bezanya. Malah puasa yang sedang umat Islam lakukan benar-benar menjadi penguat rohiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Semasa berpuasalah semangat jihad dan pengorbanan akan terbentuk didalam hati dan jiwa orang mukmin.

Terdapat beberapa peristiwa dalam sejarah Islam, kejayaan umat Islam berjaya dalam jihad dan peperangan ketika berhadapan dengan tentera kuffar ianya berlaku didalam bulan Ramadan. Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Perang Badar al-Qubra .

Dengan pertolongan Allah SWT Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya telah berjaya mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish.

Perang Badar al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Ramadan. Perang itu berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir musyrikin seramai 1,000 orang.

Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah SWT sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika Jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar al-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah SAW seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janji-Nya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): 'Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut."
(Surah al-Anfal ayat 9)

Kisah ini menggambarkan dengan jelas peranan doa dalam kehidupan muslim. Setiap muslim dituntut berdoa hanya kepada Allah SWT. Ia juga menunjukkan betapa manusia adalah makhluk lemah dan serba dhaif. Oleh itu, manusia berhajatkan kepada pertolongan Allah sebagai Pencipta alam semesta yang Maha Berkuasa. Kepada-Nya setiap muslim bergantung harapan dan memohon bantuan sebagaimana maksud daripada surah al-Fatihah yang diulang-ulang sekurang-kurang 17 kali sehari semalam maksudnya: "Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan."
(Surah al-Fatihah, ayat 5)

Maka tidak hairan baginda sentiasa menggalakkan umat Islam agar tidak putus-putus berdoa kepada Allah SAW  dalam semua keadaan tidak kira pada masa senang atau susah, kaya atau miskin dan seterusnya. Baginda pernah bersabda maksudnya: "Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi."
(Hadis riwayat Abu Ya'la)

Kedua : Perang Khandak .

Pada bulan Ramadan tahun 5H pula, Rasulullah SAW dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling kota Madinah. Taktik yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin setelah Allah SWT menurunkan bantuan-Nya berupa angit ribut menghancurkan kekuatan tentera kafir Quraish.

Ketiga : Pembukaan Kota Mekah .

Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah SAW. keluar dari Madinah pada 10 Ramadan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka menawan¡ kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan diseksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Kisah yang terjadi pada 10 Ramadan tahun ke-8 Hijrah adalah Pembukaan Kota Mekah (Fathul Makkah) di mana umat Islam telah berjaya menakluki Mekah dan ia merupakan kejayaan yang terbesar kepada umat Islam apabila berjaya menguasai Mekah dan Madinah sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai pusat yang penting bagi Daulah Islamiah di bawah kepimpinan Rasulullah SAW.

Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Mekah, bahkan hasil penaklukan kota Mekah itu telah menyebabkan penduduk Mekah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama Allah SWT. Ini terkandung di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah) . Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan padaNya, Sesungguhnya, Dia Maha Penerima Taubat".(Surah an-Nasr ayat 1-3)

Ayat ini jelas menceritakan kisah Fathul Makkah (pembukaan Kota Mekah) dan dalam ayat ini juga, Allah SAW. menyeru agar hamba-hambaNya bertasbih kepadaNya apabila beroleh kemenangan sebagai tanda mensyukuri atas nikmat yang diberikan. Seperti yang kita sedia maklum, kita juga akan bertasbih, bertakbir dan bertahmid meraikan hari kemenangan seperti pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha khususnya.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi telah berkata :  "Ianya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah SWT memuliakan agama-Nya, Rasul-Nya, tentera-Nya dan parti-Nya yang beramanah, dengannya juga Allah SWT telah menyelamatkan negeri-negeri-Nya dan rumah-Nya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agama-Nya, hingga dengan-Nya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar".

Keempat : Tentera Islam mendarat di Pantai Andalusia (Sepanyol).

Pada bulan Ramadan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick.

Kelima : Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera salib di Baitul Maqdis.

Pada Ramadan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat.

Keenam : Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol .

Seterusnya dalam bulan Ramadan 658H, tentera Mongol berjaya dikalahkan di Ain Jalut dan Palestin kembali ke tangan kaum muslimin.

Banyak lagi peperangan lain yang berlaku di masa Rasulullah SAW dan juga para khalifah Islam semasa bulan Ramadan yang tidak dapat diungkapkan di sini. Catatan sejarah membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk menyebarkan agama Allah SAW dan meninggikan syiar Islam.

Beberapa peristiwa yang tercatat juga menunjukkan betapa Rasulullah SAW. dan para khalifah sentiasa berusaha menyebarkan rahmat Allah di muka bumi dengan jalan dakwah dan jihad meskipun mereka dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka tidak rela melihat dan membiarkan umat Islam terus berada di bawah kekuasaan musuh mereka. Mereka sentiasa memerangi kaum kuffar demi menjaga nasib umat Islam dari ditindas dan diancam oleh musuh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu apakah kita sebagai umat Islam saat ini terfikir akan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Khasmir, Selatan Filipina (Philipine) dan Selatan Thailand yang sedang ditindas dan mereka menjalani kehidupan yang sukar dan terpaksa mempertahankan maruah diri untuk mempertahankan negara mereka yang diceroboh oleh tentera kuffar. Penderitaan ini yang datang berpanjangan adalah kerana umat Islam telah kehilangan Khalifah Islamiah sejak jatuhnya Khalifah Islamiyah di Turki pada 3 Mac 1924 hinggalah kini.

Sudah 82 tahun Khilafah Islamiyah (Daulah Islam) dihancurkan oleh musuh-musuh Allah dengan kerjasama oleh para pengkhianat dari pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri. Sekarang ini, muncul pula para pengkhianat lain yang mewarisi dan mempertahankan negara masing-masing yang telah dihadiahkan oleh penjajah kuffar.

Mereka bersungguh-sungguh mempertahankan negara masing-masing walhal apa yang sepatutnya mereka pertahankan ialah Islam dan umatnya. Mereka takutkan musuh Allah, Amerika dan sekutunya, walhal apa yang sepatutnya mereka takutkan ialah Allah SWT dan azabNya. Mereka mencari perlindungan, kemuliaan dan kekuatan dari orang-orang kafir yang jelas-jelas merupakan musuh Allah dan musuh mereka sendiri, walhal sepatutnya mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dari Allah. Mereka menjadi lemah dan pengecut dan tunduk kepada kaum kuffar, walhal Allah SWT. berfirman maksudnya : "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui¡¨
(Surah Al-Munafiqun ayat 8).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita mengambil iktibar di sini bahawa bulan Ramadan bukan sahaja dituntut kita mengerjakan ibadah puasa sahaja tetapi dan melahirkan hubungan iman kita dengan Allah SWT tetapi ibadah puasa juga bertujuan memberi keyakinan kepada kita bahawa perlu dikembalikan balik Daulah Islamiah dan meletakkan Islam sebagai satu kuasa yang dapat memerintah dan Islam pastinya akan beroleh kejayaan sekali lagi seperti zaman kegemilangannya sebelum ini. Hanya Allah SWT yang mengetahui masanya. 

Alangkah indahnya jika kita dapat hidup mengikut syariat Islam di dalam semua kehidupan kita dan Islam dapat dikembalikan ditempatnya yang sebenarnya dan seluruh muka bumi Allah ini dimakmurkan dengan keadilan Islam. 

Muhasabah Diri di Fasa Pertama Ramadan al-Mubarak

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masa berjalan begitu cepat sekali, sekarang ini kita telah berada pada hari ke enam puasa Ramadan. Kita masih di fasa pertama iaitu 'permulaannya rahmat'. Marilah kita bermuhasabah dan menilai ibadah puasa yang dilaksanakan dan adakah segala pengisian Ramadan kali ini dapat kita penuhkan dengan aktiviti ibadah atau masa berlalu begitu saja tanpa kita pergunakannya sebaik mungkin?

Amalan seorang mukmin adalah hari ini lebih baik dari semalam dan amalan hari esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari amalannya meningkat dan lebih berkualiti.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."

Sahabat yang dimuliakan,
Pergunakanlah masa yang Allah SWT berikan pada kita dengan sebaik mungkin. Jika kita terlepas meningkatkan amal ibadah di Ramadan kali ini, tidak ada perubahan dari Ramadan sebelumnya maka kita akan mendapat kerugian. Kita belum pasti samaada Ramadan tahun hadapan kita akan bertemu lagi kerana kematian seorang anak Adam itu akan datang bila-bila masa. Ada dikalangan sahabat-sahabat kita telah kembali menemui Allah SWT  belum sempat menikmati kehadiran Ramadan tahun ini.

Permulaan fasa pertama ini adalah Allah SWT memberi rahmat-Nya  kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa. Rahmat bermaksud kasih sayang Allah. Apabila Allah SWT kasih pada seseorang hamba itu Dia akan memberikan :

1. Kerseonokkan dalam mengerjakan ibadah dan memperbanyakkannya.
2. Meningkat iman dan takwanya kepada AllahSWT
3. Bertambah ilmunya , cinta untuk menuntut ilmu dan diberi kemampuan untuk melaksanakan ilmu tersebut.
4. Bertambah cinta dan kasihnya pada Allah SWT dan Rasul-Nya.
5. Bertambah kasihnya kepada alim ulama  yang memberikannya ilmu.
6. Diberi oleh Allah kefahaman tentang agama.
7. Memiliki kekuatan untuk beristiqamah di jalan Allah SWT.
8.Merasa gelisah apabila hari berjalan tanpa memberi sedekah, tidak membaca al-Quran, meninggalkan qiyamulail dan solat terawih.

Adakah kalian telah memiliki ciri-ciri rahmat dan kasih sayang Allah SWT seperti diatas?

Jika ada alhamdulillah, jika belum ada maka kalian kena muhasabah balik dimana kelemahan dan kekurangan diri kalian hinggakan rahmat Allah SWT belum kalian miliki sedangkan enam hari puasa telah berlalu.

Sahabat yang dimuliakan,
Betapa rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa, dijauhkan oleh Allah SWT dari seksaan api neraka.

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran puasa pula akan diberikan sendiri oleh Allah SWT dan malaikat pencatat amal tidak tahu berapa banyak ganjaran yang hendak diberikan kepada manusia.

Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya : "Semua amal anak Adam a.s. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah SWT dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian"
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w pernah bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah SWT .tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita buat senaraikan beberapa amalan-amalan yang perlu kita laksanakan dibulan Ramadan ini untuk mendapat takwa dan reda Allah :

1. Membaca al-Quran dan melihat terjemahannya.
2. Solat fardu berjemaah dimasjid atau surau.
3. Solat terawih dan witir berjemaah di masjid atau disurau
4. Qiyamulali (solat tahajjud, hajat, taubat, istikharah) setiap malam walaupun hanya 2 rekaat saja setiap solat.
5. Membanyakkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu dan solat duha.
6. Bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim , sekolah agama dan masjid.
7. Sentiasa berwuduk.
8.Menjamu orang berpuasa (walaupun sekadar beberapa biji kurma untuk orang ramai berbuka dimasjid).
9. Berzikir kalimah tayyibah (zikir tahlil)
10. Membaca zikir al-Mathurat lepas subuh dan lepas asar (himpunan zikir-zikir Nabi SAW).

11. Menghadirkan diri di majlis ilmu dan tazkirah (tazkirah iftar atau tazkirah terawih)
12. Berselawat kepada Nabi SAW.
13. Banyakkan berdoa.
14. Segerakan berbuka dan mulakan dengan buah tamar dan
15. Melewatkan makan sahur.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perelokkan ibadah puasa kita dengan memperbanyakkan amal ibadah, amal soleh dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jika kita sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara yang meningkatkan iman dan hubungan hati kita dengan Allah SWT, maka ibadah puasa kita akan menjadikan kita mukmin yang bertakwa. Kita akan rugi jika di dalam fasa pertama ini kita tidak memperolehi rahmat daripada Allah SWT.

Saturday, August 6, 2011

Amalkan Tujuh Sunnah Rasulullah SAW Dalam Kehidupan Kita Setiap Hari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanda kita beriman dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan kita melaksanakan amalan-amalan sunah yang dilakukan oleh baginda dan meninggalkan segala larangannya. Segala perbuatan, percakapan dan diamnya Nabi SAW adalah merupakan wahyu daripada Allah SWT melalui perbuatan atau lisan baginda kerana baginda tidak akan melakukan sesuatu menurut hawa nafsunya.

Terdapat tujuh amalan sunah yang sentiasa dilakukan oleh baginda setiap masa, 

Tujuh amalan sunah Nabi SAW adalah seperti berikut :
Pertama : Solat Tahajjud.

Kedua : Membaca al-Quran

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Keempat : Solat duha.

Kelima : Bersedekah  setiap hari. 

Keenam : Sentiasa berwuduk.

Ketujuh : Beristighfar setiap hari.


Huraiannya :

Pertama : Solat Tahajjud.

Solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang mukmin dan tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah SWT terutama dibulan Ramadan.
 
“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. 
(Surah al-Israa’ ayat 79)
Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”  ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Kedua : Membaca al-Quran

Oleh itu, amat digalakkan dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT  di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi.

Sabda Rasulullah SAW :

مَْۧ ŰȘَقَ۱َّŰšَ Ű§Ù„ْŰčِŰšَْۧŰŻِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰšÙ€ِمِŰ«ْلِ مَۧ Űźَ۱َŰŹَ مِنْهُ يَŰčْنِيْ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ

Maksudnya : “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah SAW. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.

Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah SAW  dalam satu hadis baginda;
مَۧ ۧۏْŰȘَمَŰčَ قَوْمٌ فِيْ ŰšَيْŰȘٍ مِنْ ŰšُيُوْŰȘِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ يَŰȘْلُوْنَ كِŰȘَْۧŰšِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَ يَŰȘَŰŻَْۧ۱َŰłُوْنَهُ فِيْمَْۧ Űšَيْنَهُمْ Ű„ِÙ„Ű§َّ نَŰČَلَŰȘْ Űčَلَيْهِمُ Ű§Ù„ŰłَّكِيْنَŰ©ُ وَ ŰșَŰŽِيَŰȘْهُمُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَŰ©ُ وَ Ű­َفَّŰȘْهُمُ Ű§Ù„ْمَÙ„Ű§َŰŠِكَŰ©ُ وَ ۰َكَ۱َهُمُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ فِيْمَنْ ŰčِنْŰŻَهُ

Maksudnya : “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Solat berjemaah di masjid adalah 27 kali lebih baik daripada solat dirumah seorang diri.

Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah di masjid. Bila musafir sekalipun baginda akan tetapi mengerjakan solat berjemaah di dalam perjalanan.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :“Solat seorang lelaki beserta dengan seorang lelaki lain lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat seorang diri dan solat seorang lelaki beserta dua orang lelaki lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat dengan seorang lelaki sahaja. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah.”

Nabi SAW mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )


Keempat : Solat duha.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".
(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Kelima : Bersedekah  setiap hari. 

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya? 
Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Sentiasa berwuduk.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW  bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Muslim )

Hadis ini berbicara tentang fadilat wuduk dan maqam orang yang berwuduk, serta bagaimana wuduk itu mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia disisi Allah.

Ketujuh : Bertaubat dan beristighfar setiap hari.
 
Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sahabat yang muliakan,
Marilah kita beramal dengan amalan sunah dan berusaha untuk sentiasa istiqamah melaksanakannya. Kita perlu melatih diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mematuhi amalan sunah yang dilakukan oleh baginda semoga amalan ini akan di terima oleh Allah SWT.  Niat ikhlas dan berazam untuk memperbaiki amalan kita akan diredai oleh Allah SWT .


Friday, August 5, 2011

Pintu-pintu Syurga Menanti Untuk Orang Mukmin Memasukinya

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang berinfak dengan sepasang hartanya di jalan Allah maka ia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, ‘Hai hamba Allah, inilah kebaikan.’ Maka orang yang termasuk golongan ahli solat maka ia akan dipanggil dari pintu solat. Orang yang termasuk golongan ahli jihad akan dipanggil dari pintu jihad. Orang yang termasuk golongan ahli puasa akan dipanggil dari pintu Ar-Royyan. Dan orang yang termasuk golongan ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

Ketika mendengar hadis ini Abu Bakar pun bertanya, “Ayah dan ibuku sebagai penebus anda wahai Rasulullah, kesulitan apa lagi yang perlu dikhawatirkan oleh orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu. Mungkinkah ada orang yang dipanggil dari semua pintu tersebut?”.

Maka baginda pun menjawab, “Iya ada. Dan aku berharap kamu termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari [1897 dan 3666] dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu).

 Huraiannya :

Setiap amal soleh dan amal kebaikan yang kita kerjakan di dunai ini semuanya tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT. Segala kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sehinggakan setiap amal soleh yang banyak dikerjakan oleh seseorang itu semasa didunia ini terdapat pintu-pintu khusus untuk dia memasukinya.Ini menunjukkan bagaimana Allah SWT mencintai para hamba-Nya yang beristiqamah dengan amal-amal soleh dan kebaikan dengan melipatgandakan amalan tersebut.

Al-Qadhi menukil ucapan Al-Harawi ketika menerangkan makna ‘sepasang hartanya’ : Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud dengan ‘sepasang harta’ adalah dua ekor kuda, dua orang budak, atau dua ekor unta (Al-Minhaj oleh An-Nawawi, 4/351).

Sedangkan yang dimaksud dengan berinfak di jalan Allah dalam hadis ini mencakup berinfak untuk segala bentuk amal kebaikan, bukan khusus untuk jihad saja (Al-Minhaj, 4/352).

Hadis ini juga menunjukkan bahawa setiap orang yang beramal akan dipanggil dari pintunya masing-masing. Hal ini disokong dengan hadis dari jalan lain juga dari Abu Hurairah yang mengungkapkannya secara tegas, Nabi SAW bersabda,

لِكُلِّ ŰčَŰ§Ù…ِل Űšَۧۚ مِنْ ŰŁَŰšْوَۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ© يُŰŻْŰčَى مِنْهُ Űšِ۰َلِكَ Ű§Ù„ْŰčَمَل

“Bagi setiap orang yang beramal terdapat sebuah pintu khusus di syurga yang dia akan dipanggil melalui pintu tersebut kerana amal yang telah dilakukannya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad sahih, demikian kata Al-Hafizh dalam Fath Al-Bari, 7/30).

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang disebut Ar-Royyan. Orang-orang yang rajin berpuasa (puasa wajib dan sunat) akan masuk syurga melalui pintu tersebut pada hari kiamat nanti.

Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,

Ű„ِنَّ فِي Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ Űšًَۧۚۧ يُقَŰ§Ù„ُ لَهُ Ű§Ù„Ű±َّيَّŰ§Ù†ُ يَŰŻْŰźُلُ مِنْهُ Ű§Ù„Ű”َّۧۊِمُونَ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ لَۧ يَŰŻْŰźُلُ مِنْهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ Űșَيْ۱ُهُمْ يُقَŰ§Ù„ُ ŰŁَيْنَ Ű§Ù„Ű”َّۧۊِمُونَ فَيَقُومُونَ لَۧ يَŰŻْŰźُلُ مِنْهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ Űșَيْ۱ُهُمْ فَŰ„ِ۰َۧ ŰŻَŰźَلُÙˆŰ§ ŰŁُŰșْلِقَ فَلَمْ يَŰŻْŰźُلْ مِنْهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang disebut Ar-Royyan. Orang-orang yang rajin berpuasa akan masuk syurga melewatinya pada hari kiamat nanti. Tidak ada orang yang memasukinya selain mereka. Diserukan kepada mereka, ‘Manakah orang-orang yang rajin berpuasa?’. Maka merekapun bangkit. Tidak ada yang masuk melewati pintu itu selain golongan mereka. Dan kalau mereka semua sudah masuk maka pintu itu dikunci sehingga tidak ada lagi seorangpun yang boleh melaluinya…” (Hadis Riwayat Bukhari [1896] dari Sahl radhiyallahu’anhu).

Yang dimaksud dalam hadis dengan orang yang rajin puasa (puasa wajib dan sunat) , puasanya pula adalah puasa yang berkualiti, bukanlah puasa orang awam. Bukan pula  orang yang hanya mengerjakan puasa dan tidak mengerjakan solat, sebab orang seperti ini tidak akan masuk syurga akibat meninggalkan kewajipan solat . Akan tetapi yang dimaksud adalah kaum muslimin yang banyak-banyak berpuasa maka dia akan dipanggil agar melalui pintu tersebut. Sehingga setiap penghuni syurga akan memasuki syurga melalui pintu-pintunya yang berjumlah lapan pintu (lihat Syarh Riyadhush Shalihin oleh Ibnu Utsaimin, 3/388-389).

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai seorang mukmin yang yakin dengan janji-janji Allah SWT bahawa Dia akan menyedikan syurga untuk orang-orang mukmin yang banyak pengorbanannya termasuk masa, tenaga dan wang ringgitnya semasa hidup di dunia. Hidup di dunia yang bersifat sementara ini janganlah melupakan kita untuk menyediakan bekalan sebanyak-banyak mungkin untuk bekalan dihari akhirat kerana ketika disana nanti tidak adalah harta, pangkat, saudara-mara yang boleh membantu kita melainkan amalan apa yang pernah kita kerjakan dahulu.

Orang mukmin akan mengerjakan semua amal-amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang diperintakkan oleh Allah SWT tanpa halangan dengan hati yang ikhlas semata-mata mencari keredaan-Nya, tetapi pada masa yang sama akan memfokuskan sesuatu-satu amal soleh yang dia mampu mempertingkatkan sehingga dia layak memasuki pintu-pintu tertentu yang disediakan oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Ketika di dunia ini kita akan cuba memilih satu-satu bidang kemahiran untuk menjadikan ianya sebagai kerjaya kita untuk mencari rezeki. Ada yang mahir dibidang perubatan, kewangan, kejuruteraan, perguruan dan sebagainya, mereka akan fokus bersungguh-sungguh hingga berjaya.

Kenapa kita tidak memikirkan pula satu-satu bidang darisegi amal ibadah, amal soleh atau amal kebajikan untuk kita meningkatkan amal dengan kualiti yang tinggi dan dikerjakan berlipat kali ganda.? Contoh jika kita seorang yang suka berpuasa, maka kita akan mengerjakan puasa yang wajib dan perbanyakkan puasa-puasa sunat. Kualiti puasa kita pula berada ditahap yang tinggi. Begitu juga jika kita berharta maka kita perbanyakkan sedekah sehingga tangan kiri kita tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan. Jika kita suka kepada kerja-kerja kebajikan , teruskan kerja-kerja tersebut melaksanakan dengan bersungguh-sungguh sehingga jasa baik kita boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Jika kita seorang hafiz, teruskan membaca al-Quran, mengajarkan kepada orang lain dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh al-Quran. Sekiranya kita berminat berdakwah menerusi tulisan menyebarkan ilmu yang bermanfaat teruskan bekerja setiap hari tanpa jemu dan bosan kerana yang akan menilai usha-usaha kita adalah Allah SWT. Begitu juga bidang-bidang yang lain, setiap kita perlu memilih satu-satu bidang untuk kita memberikan sumbangan kebaikan kepada umat Islam dan manusia seluruhnya.

Berdasarkan hadis diatas orang mukmin yang banyak melakukan sesuatu amal soleh seperti puasa, solat, jihad, sedekah dan lain-lain akan ada pintu-pintu syurga yang menantinya.

Contoh sahabat-sahabat Rasulullah SAW :

1. Abdul Raman bin Auf - banyak bersedekah dan infak dijalan Allah SWT.

2. Khalid bin al-Walid - banyak berjihad dijalan Allah SWT sehingga badannya penuh dengan luka-luka kerana berjihad dijalan Allah SWT.

3. Abu Hurairah - seorang yang pakar ilmu hadis (banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW)

4. Ali bin Zainal Abidin - cucu kepada Saidina Ali k.wj - bersolat sunat lebih 1000 rekaat sehari. Di panggil ‘As-Sajjad’ (orang yang ahli sujud).

5. Ibnu Abbas - seorang yang pakar dibidang tafsir al-Quranul karim


Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah terhadap amalan-amalan kita, adakah amalan-amalan kita memenuhi kualiti dan piawaian untuk melayakkan kita memasuki mana-mana pintu syurga yang disediakan oleh Allah SWT? Mungkin kalian melakukan semua amal-amal soleh dan amal-amal ibadah tetapi semuanya amalan tersebut hanya sedikit -sedikit ianya tidak mengizinkan kalian dipilih memasuki mana-mana pintu syurga. Oleh itu kalain perlu memilik bidang-bidang tertentu dalam Islam dan kalian terus bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga ada seruan nanti .

‘Manakah orang-orang yang rajin berpuasa?’. Maka merekapun bangkit.

‘Manakah orang-orang yang rajin solat?’. Maka merekapun bangkit.

‘Manakah orang-orang yang rajin bersedekah?’. Maka merekapun bangkit.

‘Manakah orang-orang yang rajin berjihad?’. Maka merekapun bangkit.

Di harapkan kita semua terpilih dikalangan orang-orang yang dijemput dengan hormat oleh malaikat yang menjaga pintu syurga untuk memasuki mana-mana pintu tertentu dikhususkan kepada orang-orang mukmin yang melaksanakan amalan-amalan tertentu. Waullahualam.

Thursday, August 4, 2011

Tiga Golongan Manusia Yang Akan Mendapat Kebinasaan.

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, kemudian baginda berkata :
"Amin..amin. .amin..".
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda :
"Wahai Rasulullah, semasa tuan naik ke atas mimbar, tuan sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah sebabnya?)"

Kemudian Rasulullah SAW memberikan keterangan: "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :'Amin' kemudian aku mengaminkannya."

"Dan barangsiapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :'Amin"

"Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan salawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW)
(amin), maka aku katakan "Amin"

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dlm kitab sahihnya 3:118)

Dalam hadis ini Jibril a.s telah memohon tiga doa (kebinasaan) dan Rasulullah SAW pun telah mengaminkan ketiga-tiga doa itu. Jibril adalah malaikat yang begitu hampir dengan Allah SWT dan adalah jelas kepada kita bahawa amin dari Nabi SAW  menjadikan doa itu bertambah makbul. Hanya Allah SWT dengan limpahNya sahaja yang boleh memberi taufik kepada kita untuk menjauhi ketiga-tiga perkara tersebut dan supaya kita terpelihara daripada semua kebinasaan itu.

Terdapat tiga golongan manusia yang akan mendapat kebinasaan :

Golongan Pertama : Seseorang yang didatangi Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan.

Golongan Kedua  :Seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .

Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda .

Huraiannya .

Golongan Pertama : Seseorang yang didatangi Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan.

Apabila  seseorang itu mendatangi  bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka .

Seseorang yang amat rugi  adalah apabila datangnya bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh kebaikan dan keberkatan, tetapi dia tidak mendapat kebaikannya. Dia masih lalai dan bergelumang dengan noda dan dosa. Sedangkan Ramadan adalah bulan rahmat dan keampunan. Di bulan ini rahmat Allah SWT turun bagaikan hujan.

Oleh itu sesiapa yang membiarkan bulan Ramadan berlalu dalam keadaan keburukan dan kecuaian yang begitu teruk sekali sehingga menyebabkan dia terluput daripada keampunan, maka masa mana lagi yang boleh menjamin keampunan untuknya dan apa lagi yang hendak ditunggu untuk kebinasaan?

Sedangkan jalan untuk mendapat keampunan ialah dengan menunaikan amalan-amalan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan berterawih , bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dengan sepenuh-penuh perhatian dan kemudian pada setiap masa memperbanyakkan bertaubat dan beristighfar atas dosa-dosanya.

Golongan Kedua :Seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .

Apabila seseorang yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya.

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Anak-anak perlu menghormati kedua ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka, tidak dibenarkan bersikap biadab, jangan bertemu mereka dalam keadaan takabbur, meninggikan suara lebih dari suara mereka, jangan memanggil mereka dengan nama mereka, jangan mendahului mereka dalam apa-apa urusan pun, berlemah lembut dengan mereka dalam amar makruf nahi mungkar, jika mereka tidak menerima, teruskan berlaku baik terhadap mereka dan sentiasa mendoakan hidayah untuk mereka. Pendek kata mesti memberi penghormatan terhadap mereka dalam setiap perkara.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jika kamu suka jagalah dia atau sia-siakanlah dia". Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW : "Apakah hak-hak kedua ibu bapa?" Baginda bersabda maksudnya : "Mereka adalah syurgamu dan nerakamu." Iaitu keredaan mereka adalah syurga dan kemarahan mereka adalah neraka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Semua dosa selain syirik akan diampunkan sekiranya dikehendaki, tetapi dosa menderhakai ibu bapa akan mendatangkan bala sebelum mati di dalam dunia ini lagi."

Nabi SAW ada bersabda maksudnya : "Sesiapa kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia dalam keadaan dia menderhakai mereka, hendaklah dia memperbanyakkan doa dan istighfar untuk mereka dan dia akan dikira sebagai seorang anak yang taat."

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sebaik-baik kebaikan yang dapat dibuat selepas kematian seseorang bapa ialah berlaku baik terhadap teman-teman bapanya."

Oleh itu janganlah kita menjadi anak yang derhaka yang tidak akan mencium bau syurga, di dunia lagi akan mendapat balasannya , apatah lagi di akhirat akan mendapat azab yang besar bahawa dia akan dibakar di dalam api neraka Jahanam. Berbaktilah sebaik mugkin kepada kedua ibu bapa kita semoga sentiasa mendapat reda mereka dan mendapat reda Allah SWT.

Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda.

Banyak hadis yang lain yang memberi ancaman terhadap orang yang tidak mahu berselawat keatas Nabi SAW apabila mendengar nama Nabi SAW disebut dihadapannya. Orang yang demikian diangap orang yang celaka dan paling bakhil. Terdapat banyak kelebihan-kelebihan berselawat keatas Nabi SAW, seperti Allah SWT akan menurunkan 10 rahmat, malaikat akan berdoakan untuknya, dosa-dosanya akan diampunkan, darjat-darjatnya akan ditinggikan, mendapat pahala sebesar Gunung Uhud, akan mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat dan mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

Oleh itu kita digalakkan supaya  sentiasa berselawat keatas Rasulullah SAW setiap masa terutama janganlah abaikan untuk berselawat keatas Nabi SAW apabila kita mendengan sahaja nama baginda disebutkan supaya tidak termasuk golongan yang akan mendapat kecelakaan.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menginsafi diri kita sendiri dengan bermuhasabah adakah ketiga-tiga doa malaikat yang diaminkan oleh Nabi SAW itu berlaku keatas diri kita? Jika berlaku bertaubatlah segera dan minta ampunlah kepada Allah SWT , minta Allah SWT menjauhkan diri kita daripada tiga kecelakaan tersebut. Oleh itu sempena kita melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadan al-Mubarak maka jadikanlah Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik dan diampunkan segala dosa-dosa kita dan dijauhi daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga-Nya.Taat dan hormatilah kedua ibu bapa kita yang masih hidup sekiranya mereka sudah meninggal dua banyakkan berdoa dan beristighfar untuk mereka. Kemudian banyakkalah membaca selawat dan sentiasa menjawab selawat apabila nama Nabi SAW dibacakan dihadapan kita .

Wednesday, August 3, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Menjaga Nikmat Kesihatan dan Kelapangan

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu pertama kesihatan dan kedua kelapangan." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas manusia umumnya akan mengalami kerugiaan jika dia abaikan dua nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT iaitu nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan. Kedua-dua jenis nikmat diatas sebeanrnya ada kaitan dengan kehidupan manusia kerana daripada kedua-dua nikmat tersebutlah manusia akan mampu melaksanakan amal soleh , amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu 1. masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, 2. masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, 3. masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, 4. masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan 5. masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Huraiannya :

Pertama Kesihatan .

Islam amat menitik beratkan kesihatan tubuh badan, kerana dengan kesihatan yang baik, banyak perkara dapat dilakukan dalam hidup ini. Orang mukmin memanfaatkan kesihatan untuk buat sebanyak mungkin kebaikan sebelum datangnya sakit. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup.

Rasulullah SAW memohon: "Ya Allah, ‘afiatkanlah tubuh badanku dan ‘afiatkanlah pendengaranku." (Hadis Riwayat Ibnu Syaibah)

Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan soleh sebelum sakit.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam segala sesuatu itu baik adanya. Jagalah apa yang bermanfaat bagimu, mintalah tolong kepada Allah dan jangan merasa tidak mampu." (Hadis Riwayat Muslim)

Mukmin yang kuat adalah mukmin yang sihat tubuh badan dan kuat untuk lebih cintanya dan taqarrubnya kepada Allah SWT , Rasul-Nya dan pada pemahaman Kitab-Nya. Kerana ia kuat dalam memahami dan meneliti, kuat dalam berfikir dan menganalisa kebenaran dan kebatilan.

Mukmin yang kuat disini adalah bermakna kuat fizikal dan kuat darisegi kerohanian, jiwa dan daya pemikiran. Ia mampu untuk melihat sesuatu perkara yang bermanfaat dan berbahaya.

Dia tidak akan sia-saikan kesihatan tubuh badannya melainkan digunakan sepenuhnya untuk berdakwah, berjihad dijalan Allah, dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan untuk membantu masyarakat yang memerlukan khidmatnya. Badan yang sihat juga akan mampu meningkatkan amal ibadah, amal soleh, menuntut ilmu dan mencari kurnia Allah dari rezeki yang halal.

Bersukan atau beriadah sering dikaitkan dengan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan "akal yang sihat datang daripada badan yang sihat".

Islam juga menggalakkan umatnya kuat dan sihat . Malah sukan memanah dan berkuda juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan antara akal dan kesihatan jasmani adalah sangat rapat.

Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Mempunyai badan yang sihat adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Manusia adakalanya menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk mencari sesuap nasi, justeru memiliki badan yang kuat dan sihat adalah suatu kemestian baginya.

Bukan itu sahaja, pelajar mahupun pekerja memerlukan badan yang sihat untuk menggalas tanggungjawab masing-masing. Pendakwah juga mesti memiliki badan yang cergas dan minda yang cerdas kerana tanggungjawab mereka juga tidak mengira batasan tempat dan waktu.

Terdapat pandangan bahawa beriadah adalah sangat menyusahkan, mengambil masa serta badan menjadi letih. Pandangan ini harus ditepis kerana kebaikan beriadah dan bersukan adalah amat banyak.

1. Riadah boleh meningkatkan pengaliran darah dalam badan, mengeluarkan peluh dan seterusnya menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Banyak kajian menunjukkan kebaikan beriadah, walaupun setakat berjalan kaki kerana ia membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan lebih baik dan mengawal stamina tubuh.

Malah tekanan juga dikatakan dapat dilepaskan melalui beriadah dan bersukan. Apabila badan sihat, minda menjadi lebih segar, fokus dan perasaan lebih ceria seterusnya dapat dimanfaatkan untuk keluarga, masyarakat, organisasi dan negara.

2. Beriadah dan bersukan boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Kegiatan-kegiatan sukan yang dilakukan bersama-sama dengan orang lain mampu memupuk semangat kekitaan dan toleransi.

Lebih-lebih lagi apabila dilakukan dengan keluarga, hubungan keluarga menjadi lebih erat dan teguh. Aktiviti sukan pada hujung minggu misalnya, dapat melepaskan penat lelah kerana kesibukan sepanjang minggu.

Ketika sihat, kita harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas diri kita dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit. Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara yang bermanfaat.

Pergunakanlah masa sihat ini untuk beribadah dan amal soleh. Perbanyakkan solat tahajjud, membaca al-Quran, berzikir, solat berjemaah dan menuntut ilmu di masjid dan mentelaah bahan-bahan tarbiyah. Buatlah kerja-kerja amal dan kebajikan untuk masyarakat dan berdakwah kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan berakhlak dengan akhlak Islam.

Hal ini juga anjuran agar kita senantiasa waspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar jangkaan manusia, seperti halnya sakit. Sakit disini bukan sahaja sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sihat jasmani-rohani, hendaknya kita senantiasa mempergunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa membuang masa .

Kedua Kelapangan.

Masa lapang adalah penting digunakan sepenuhnya untuk mendatangkan manfaat untuk diri sendiri,  keluarga dan masyarakat. Nabi SAW menyatakan rebutlah masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk.

Sebahagian besar di antara kita hanya suka menggunakan masa menjalankan kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata memenuhi hawa nafsu semata-mata. Masa inilah kita pergunakan untuk menghadiri pengajian-pengajian ilmu, ceramah-ceramah agama, khidmat masyarakat dan menyediakan dan menghantar artikal tazkirah dalam internet kepada masyarakat.

Menganjurkan kursus-kursus motivasi, tamrin, perkelahan dan khidmat nasihat (kaunsling) kepada para remaja dan pelajar untuk lebih menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat.

Disini kita dianjurkan untuk menghargai masa yang lapang, agar dapat diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Contohnya menziarahi saudara yang sedang sakit di hospital, membantu mereka-mereka yang ditimpa musibah, menziarahi sahabat andai dan saudara mara, ketika kita ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk berziarah dan menghubungkan silaturahim.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu marilah kita menjaga kedua-dua nikmat sihat dan kelapangan yang kita miliki dengan sebaik-bainya kerana ini adalah cubaan daripada Allah SWT ke atas diri kita. Lawanlah hawa nafsu dan bisikan syaitan yang suka menangguhkan kerja-kerja apabila badan kita sihat dan mempunyai kelapangan. Orang mukmin sentiasa menghargai nikmat-nikmat Allah SWT dan melaksanakan amanah yang di berikan-Nya  dengan sempurna dan bertanggungjawab..

Tuesday, August 2, 2011

Tiga Jenis Puasa Menurut Imam al-Ghazali.

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.

Keluargaku, KekayaanKu dan Rumahku.

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (Surah at-Taubah, ayat 24).

Yang disebut oleh ayat tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang diharamkan. Akan tetapi, sesuatu tersebut boleh membawa kepada yang haram dan menjadikan pelakunya berpangku tangan, tidak mahu berjihad di jalan Allah. Atau ketika hati cenderung untuk mencintai sesuatu melebihi cintanya kepada Allah, Rasul-Nya dan jihad fisabilillah.

(Di petik daripada tulisan Riduan Basri Riduan Basri)
 

Apakah Syarat-syarat Untuk Mendapat Rahmat Allah?

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Secara umumnya rahmat Allah SWT bermaksud kasih sayang  Allah SWT sebagai Pencipta Yang Maha Agong terhadap hamba-hamba-Nya.

Sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah SWT menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )

Allah SWT yang Maha Pemurah  memberikan rezeki kepada semua makhluknya yang hidup di dunia ini samaada mereka orang beriman atau orang yang tidak beriman dikalangan manusia dan jin . Tetapi Allah SWT memberi dengan penuh kasih sayang dan rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Sesungguhnya rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah SWT perlulah kepada lima syarat.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah SWT.

Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Syirik  besar (akbar) adalah menyakutukan Allah SWT dengan makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (Surah an-Nisa ayat 48)
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau  menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya sentiasa berzikir seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah al-Insan ayat 25- 26)

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(Surah Al A’raf,  Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW  bersabda : Allah SWT  berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)
Allah SWT cinta dan kasih kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa basahkan lidah dengan berzikir dan mengingati-Nya setiap hari.

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Allah SWT  berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Hadis Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah SWT tidak akan menerima amalan yang dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah SWT namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Firman Allah SWT  maksudnya :"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya." (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

 Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah An-Nahl ayat 32)

Firman Allah SWT. yang bermaksud :"Itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah Al-A’raaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas maka barulah kita layak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mereka yang hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa , melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur tidak mungkin akan mendapat reda , kasih sayang dan rahmat Allah SWT. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: 'sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-Ahzab ayat 66-68) 

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (jahanam)." (Surah Ar'd ayat 25). 

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah SWT  dengan melaksanakan lima syarat tersebut di atas iaitu jauhkan daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat,  membuat amal soleh, amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya. Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah SWT maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya terutama difasa pertama bulan Ramadan ini iaitu 'permulaannya rahmat'. Waullahualam.

Monday, August 1, 2011

Fasa Pertama Ramadan Permulaannya Rahmat

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
  
Sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT doa kita kepada Allah SWT untuk sampai kepada Ramadan ditunaikan oleh Allah SWT. Masuk sahaja waktu magrib hari ini kita baru bermula diambang Ramadan al-Mubarak, bulan yang penuh rahmat dan berkat. Segala-galanya tidak sama dengan 11 bulan yang lalu kerana dibulan ini segala amalan sunat kita akan diganjari sebagai pahala fardu dan segala amalan yg difardukan akan digandakan sebanyak 70 kali ganda. Berbanyak-banyak bersyukurlah kepada Allah SWT kerana Allah SWT telah pilih kita hidup di dalam bulan Ramadan sedangkan ramai saudara-saudara kita telah pergi dijemput oleh Allah SWT tanpa dapat bertemu Ramadan untuk tahun ini.

Firman Allah SWT dalam surah al-fath ayat 29 bermaksud :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang (rahmah) sesama mereka".

Sabda Rasulullah SAW. dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah SWT menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW  dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Allah SWT memiliki 100 rahmat. Dari rahmat-rahmat itu dia menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan binatang melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih sayang , berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas menyayangi anak-anaknya. Allah SWT mengakhirkan 99 rahmat-Nya yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti." (Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Sahabat yang dimuliakan,
Sabda Nabi SAW  maksudnya "Dialah (Ramadan) bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari Neraka."

Kita masih berada di awal bulan Ramadhan (1-10 Ramadhan) Iaitu 'permulaannya rahmat'. Ketika inilah Allah SWT  memberikan rahmat-Nya yang tidak putus-putus kepada kita sebagai hamba-hamba-Nya. Kasih sayang Allah meliputi seluruh langit dan bumi.

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini atas rahmat Allah. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapat rahmat Allah SWT kita perlu membuat amal soleh, amal kebaikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan terpilih diantara hamba-Nya yang dirahmati dan dikasihi. Oleh itu  dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT, Dia memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Nabi SAW. menjelaskan bahawa amal ibadah yang kita kerjakan bukanlah pasti bagi Allah SWT. masukkan kita didalam syurga-Nya, kerana betapa ramai orang yang beribadah tetapi apabila ada sahaja sedetik saja rasa ujub atau riak dalam dirinya maka seluruh amalannya tak akan diterima oleh Allah SWT.

Janganlah kita merasa puas dengan sedikitnya amal soleh dan ama libadah yang telah kita laksanakan. Kita perlu berdoa dan memohon supaya Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita seharian.

Bayangkan betapa besarnya kerajaan Allah SWT. rahmat dan kasih sayang-Nya hanya 1 rahmat saja sudah mencakupi keperluaan semua makhluk-Nya terdiri daripada jin, manusia, binatang-binatang,tumbuh-tumbuhan dan makhluk-Nya yang lain. 99 rahmat lagi Allah akan kurniakan dihari akhirat nanti. Oleh itu jadilah kita hamba Allah yang bersyukur dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segalalarangan-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Kadang-kala kita lebih yakin pada diri kita sendiri atau kita lebih suka bergantung kepada sesama makhluk lebih daripada bergantung dan bertawakal kepada Allah SWT. Manusia sanggup bersusah payah berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah SWT sedangkan Dia  senantiasa mendengar rintihan hamba-hamba-Nya dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sabda Nabi SAW  kepada Ibnu 'Abbas ketika itu dia masih kecil:
"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah." (Hadis Riwayat al-Tirmizi hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu dengan tibanya Ramadan kali ini maka inilah masanya kita cuba meningkatkan amal ibadah kita dan perbanyakkan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bersedekah dan amal-amal yang lain. Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah SWT kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah SWT bersama dengannya semua urusannya. Gunakan sepenuhnya dibulan Ramadan ini untuk kita sentiasa berdoa dan bermunajat semoga di fasa pertama ini kita memperolehi rahmat AllahSWT.

Saturday, July 30, 2011

Kebaikan Ibadah Puasa dan Adab-adabnya Mengikut Sunah .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah puasa dibulan Ramadan adalah salah satu daripada Rukun Islam yang wajib dilaksanakan.

Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa :
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan bersandarkan dalil seperti berikut:

Dalili daripada al-Quran:
Firman Allah SWT maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah ayat 183)

Dalil daripada Hadis Nabi :
Sabda Nabi SAW  maksudnya : Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad SAW  bersabda maksudnya ; "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)

Lafaz Niat :
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
(Di niatkan dalam hati bahawa esok hari kita akan berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini
 - waktunya pada malam hari )

Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya (sebulan):
Maksudnya: "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."
(D i niatkan dalam hati bahawa kita akan berpuasa sebulan penuh  pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala - dibuat pada malam pertama Ramadan)

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam . ( tidak diwajibkan kepada orang kafir)
2. Baligh. ( tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa)

3. Berakal . ( tidak diwajibkan puasa bagi orang gila).
4. Berkemampuan. (tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.)

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam. (Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.)

2. Berakal. (Orang Gila tidak sah puasanya)

3. Suci daripada nifas dan haid.

4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam. (Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadan.)

6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa ada tiga :
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Hikmah Puasa
Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya).
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan hari raya dan ketika berjumpa dengan Tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat mazmumah (keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan :
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran :
Firman Allah SWT  maksudnya : "Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia"
(Surah al-Baqarah ayat 185)

2. Bulan penuh berkat :
Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Apabila bulan Ramadan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan."(Hadis Riwayat Muslim)

3. Bulan Penghapusan dosa :
Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Sesiapa berpuasa Ramadan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar :
Firman Allah SAW. maksudnya : "Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"  (Surah al-Qadr ayat 1-5)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam ruang ini, marilah kita memerhatikan beberapa adab-adab berpuasa , semoga kita menjalani ibadah puasa dengan betul sebagaimana generasi awal dahulu berpuasa. Semuga kita melihat dan memahami ibadah puasa ini sebagai satu institusi pendidikan dan latihan.

1.Makan sahur.
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya makan sahur itu berkah"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat subuh lalu beliau bertanya, "Berapa saat jarak antara kedua (waktu sahur dan waktu subuh)?" Nabi SAW bersabda maksudnya, "Selama orang membaca 50 ayat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun bahawa para sahabat Muhammad SAW adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

2.Menyegerakan berbuka :
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Selalulah manusia dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud, "Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW apabila selesai berbuka baginda berdoa. "Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada insya Allah."
(Hadis Riwayat ad-Daaruqthni dan Abu Daud)

3.Berdoa ketika berpuasa dan waktu berbuka :
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada waktu berbuka, tersedia doa yang makbul."

Dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, Imam (ketua) yang adil dan orang yang teraniaya."

4.Menjauhi perkara yang bertentangan dengan puasa :
Puasa adalah ibadah yang utama untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, untuk mendidik jiwa dan melatihnya berbuat kebaikan.

Sesungguhnya puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja, tetapi juga menahan diri dari apa jua yang dilarang oleh Allah SWT., disamping mengikhlaskan niat kerana Allah SWT semata-mata.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah puasa itu dari makan dan minum, tetapi puasa itu adalah dari perbuatan yang sia-sia dan dari perbuatan keji."

Sabda baginda SAW  lagi yang bermaksud, "Berapa ramai yang berpuasa tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar dan dahaga sahaja; dan berapa banyak orang yang bangun bersolat, tetapi yang diterimanya tiada lebih dari letih dan penat sahaja."

5.Menggosok gigi (bersugi)
Disunatkan menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW  biasa bersugi ketika berpuasa.(Jika boleh jangan menggunakan ubat gigi, gunakan berus kosong saja atau gunakan kayu sugi)

6.Lebih bersifat dermawan. (Banyak bersedekah dan menolong orang lain) dan membaca al-Quran.

Kedua perkara ini adalah disunatkan pada setiap ketika, dan lebih utama dalam bulan Ramadan, dimana ganjaran pahalanya digandakan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadan. Jibril menemui Nabi SAW  setiap malam pada bulan Ramadan untuk mentadaruskan al-Quran kepada baginda dan benar-benar Rasulullah lebih dermawan dan cepat melakukan kebajikan (lebih cepat daripada angin yang dikirim)
(Hadis Riwayat Bukhari)

7.Menghidupkan malam dengan solat tarawih secara berjemaah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Jama'ah)

8.Giat beribadat pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.
Syaidatina Aisyah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bila telah masuk puluhan terakhir dari bulan Ramadan, diramaikan waktu malam, dibangunkan keluarganya dan diikat eratkan kain sarungnya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Baginda amat giat (beribadat) pada puluhan terakhir, melebihi kegiatannya pada saat-saat lainnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.h bahawa saya berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui Lailatul qadar, apa yang harus saya baca pada malam itu?' Baginda bersabda, "Bacalah, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.Menjauhi perkara keji dan pertengkaran.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW . bersabda yang bermaksud :
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu berpuasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia berpuasa maka hendaklah ia katakan : 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.'Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya sungguh bau busuk mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia bergembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana puasanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita tingkatkan kefahaman kita mengenai kebaikan ibadah puasa dan adab-adabnya supaya kita berpuasa dengan berilmu dan penuh keinsafan. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi kita berpuasa zahir (semua anggota kita berpuasa) dan berpuasa batin ( hati, jiwa, emosi kita berpuasa) barulah puasa kita mempunyai markah yang tinggi disisi Allah SWT.