Monday, February 20, 2012

Neraka di Sediakan Oleh Allah Untuk Mereka yang Kufur dan Melakukan Dosa.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Neraka adalah tempat balasan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berdosa dan melakukan perbuatan maksiat dan tidak mahu mentaati perintah-Nya ketika di dunia.

Pakaian ahli neraka adalah daripada api. Dituangkan ke kepala mereka dengan air yang sedang mendidih. Dengan tuangan itu hancur luluh segala isi perutnya serta kulit-kulitnya. Setelah itu mereka dipukul dengan cambuk daripada besi. Apabila mereka hendak keluar dari neraka; mereka dicampakkan kembali ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka; "Rasakan seksaan yang membakar ini!"

Firman Allah SWT maksudnya : "Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,." (Surah al-Hajj (22) ayat 19)

Firman Allah SWT maksudnya : "Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" (Surah al-Hajj (22) ayat 20-22)

Semoga dijauhkan Allah daripada terjadi seperti ini kepada kita. Diberikan pakaian daripada api hinggakan melolong, meraung, merintih,lalu  ingin lari tetapi setiap kali ingin keluar ditarik kembali dan dicambuk.

Apa kata malaikat penjaga neraka? "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"
Ada pula seksaan ahli neraka iaitu dahi, lambung (rusuk) dan ponggong (belakang) mereka dipanggang dengan api neraka. Kita di dunia ini tertusuk pakupun; untuk berjalan bukan main pedihnya. Tertusuk duripun sudah bukan main pedihnya inikan pula dahi, lambung dan ponggong disalai atau dipanggang.

Firman Allah SWT maksudnya : "(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu." (Surah at-Taubah (9) ayat 35)

Kita mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab neraka yang menyeksakan. 

Ada lagi di kalangan penduduk neraka leher diikat dengan rantai dan diseret dengan sekeras-kerasnya dan dilemparkan ke dalam lautan air yang sedang mendidih, kemudian mereka dibakar dalam api yang menjulang dan bernyala-nyala. Ini dinyatakan dalam surah Ghaafir seperti di bawah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret. Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka." (Surah Ghaafir (40) ayat 71-72)

Ada lagi penduduk neraka yang dipegang jambulnya lalu diseret ke tengah-tengah neraka kemudian kepala mereka dituang dengan air yang mendidih seperti yang dijelaskan dalam surah ad-Dukhaan ayat 47 dan 49.

Firman Allah SWT maksudnya : "(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. (Surah ad-Dukhaan (44) ayat 47)

Firman Allah SWT maksudnya : "(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)" (Surah ad-Dukhaan (44) ayat 49)

Pendeknya azab dan seksa neraka itu sesuai dengan amalan dosa manusia ketika mereka berada di dunia.

Dalam Israk dan mikraj Rasulullah SAW ditunjukkan pelbagai penglihatan sebagai contoh dan tamsil daripada kehidupan di dunia ini.  Rasulullah SAW diperlihatkan pelbagai perkara mula dari awal perjalanan hinggalah ke syurga dan neraka dan seluruh azabnya.

Sebagai contoh semasa Nabi diberikan sebelum mikraj dengan dua gelas minuman, satu berisi arak  dan satu lagi berisi susu, Nabi tanpa ragu-ragu mengambil minuman yang berisi susu dan minum. Selepas baginda minum malaikat Jibril berkata; " Engkau telah benar wahai Muhammad, pilihanmu tepat."

"Kenapa ya Jibril?"tanya baginda,

lalu Jibril berkata; "Untung susu yang kamu minum kalau arak yang kamu ambil pasti umatmu akan jadi umat yang tidak baik."

Ini harus dijadikan contoh bahawa dalam kehidupan kita, jika kita berhadapan dengan hak dan batil maka hati-hati jangan tersalah membuat pilihan.

Banyak perkara yang berlaku di neraka ditunjukkan kepada baginda, baginda melihat sekelompok manusia yang dilontari kepalanya dengan batu daripada api neraka, tiap-tiap kali dilontar kepala itu hancur berkeping-keping, otak berantakan lalu dikembalikan kepala itu ke bentuk asal, setelah kembali ke bentuk asal dilontarkan pula api neraka hingga berkecai kembali. Menjerit, meraung, merintih kesakitan, terus menerus tidak pernah berhenti.

Bila ditanya kenapa begitu keadaannya, Jibril menjawab ya Muhammad itulah contoh daripada umatmu yang berat untuk sujud kepada Allah SWT. Tidak pernah mendirikan solat ertinya sombong kepada Allah SWT.

Selompok lain pula perutnya besar sebesar rumah dililit dengan kala dan ular daripada api neraka diseret-seret dijurang neraka, Dipatuk oleh ular hancur perutnya, lalu dikembalikan ke bentuk asal dan diseret lagi, begitulah berulang-ulang. Ini adalah balasan untuk orang yang suka makan riba dan harta anak yatim.

Ada sekelompok lagi kukunya terbuat daripada tembaga api neraka, panjang kukunya lalu mencakar-cakar mukanya.dan mengoyak-ngoyakan mukanya sendiri, hancur muka dan dikembalikan lagi ke bentuk asal begitulah berulang-ulang. Ini balasan untuk mereka yang sentiasa bermusuh-musuhan sesama saudara muslim, suka cari aib orang lain, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.w. : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Wahai Ali ! Ketika Allah mencipta Syurga, maka Syurga bertanya kepada Allah :
'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bermurah hati dan orang-orang yang bertakwa,' jawab Allah s.w.t.

'Kalau begitu saya senang sekali.' ucap Syurga.

Kemudian Neraka pun bertanya kepada Allah ketika ia diciptakan :
'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bakhil (kedekut) dan sombong.'

'Ooh.....,baiklah saya untuk mereka,' ucap Neraka.

Wahai Ali ! Barangsiapa menentang hawa nafsunya, Syurgalah tempat ia kembali. Dan barangsiapa yang menuruti hawa nafsunya, Neraka Jahannamlah tempatnya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita memohon perlindungan Allah SWT daripada azab neraka Jahanam


۱َŰšَّنَۧ مَۧ ŰźَلَقْŰȘَ هَ۰َۧ Űšَۧ۷ِÙ„Ű§ً ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َكَ فَقِنَۧ Űčَ۰ََۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ ، ۱َŰšَّنَۧ Ű„ِنَّكَ مَنْ ŰȘُŰŻْŰźِلِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱َ فَقَŰŻْ ŰŁَŰźْŰČَيْŰȘَهُ وَمَۧ لِÙ„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ مِنْ ŰŁَنْŰ”َۧ۱ٍ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" "Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun" (Surah Ali-Imran ayat 191-192)

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada azab seksaan-Nya dihari akhirat dan memasukkan kita semua kedalam syurganya dengan rahmat-Nya.

Sunday, February 19, 2012

Sembilan Mimpi Rasulullah SAW Untuk Pengajaran dan Kesedaran.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap mimpi para Nabi dan Rasul adalah mimpi yang benar yang datangnya daripada Allah SWT. Mimpi para Rasul adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah SWT. contoh mimpi Nabi Ibrahim a.s. baginda melihat baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :  "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat hadis daripada Nabi SAW, bahawa baginda telah bermimpi terhadap sembilan peristiwa sebelum baginda di Israkkan oleh Allah SWT.

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israkkan ... ... .."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka Jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita kerjakan kita tidak tahu mana satu di antaranya yang boleh membantu kita ketika saat genting samaada ketika kita berada di alam barzakh atau di hari akhirat.  Oleh itu kita jangan berkira-kira untuk melakukan sebanyak mungkin amal-amal kebaikan ketika di dunia ini.

Dalam banyak hadis kita jumpa Nabi SAW menceritakan bagaimana sesuatu amal walaupun nampak kecil tetapi ianya besar disisi Allah SWT. Contoh seorang lelaki memberi minum air kepada anjing yang kehausan telah diampunkan dosanya, seorang ahli ibadah yang telah beribadah selama 60 tahun dan dia melakukan zina tetapi sedekahnya berupa beberapa keping roti  kepada seorang miskin yang kelaparan telah  dapat memberatkan timbangan amal kebaikannya, bagaimana seorang lelaki yang melapangkan dadanya ketika menuntut hutang dan tidak memaksa orang yang belum mampu membayar hutangnya telah diampunkan semua dosa-dosanya oleh Allah SWT. Semua amal soleh ini membantu pengamalnya untuk mendapat pengampunan dan rahmat Allah SWT hingga melayakkan mereka memasuki syurga Allah SWT.

Bagaimana sembilan mimpi baginda di atas mengambarkan amalan-amalan tertentu yang dikerjakan oleh umatnya akan dapat menjadi syafaat ketika saat genting datangnya azab Allah SWT.

Oleh itu marilah sama-sama kita nasihat menasihati di antara kita sebagimana bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka, berusaha la untuk menyampaikan atau mengingatkan sahabat-sahabat kita tentang pesanan Rasulullah SAW walau hanya sepotong ayat. Nescaya kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan InsyaAllah keredhaan Allah SWT.

 
 
 
 
 
 

Keseronokan Dunia dan Leka Punca Manusia Lalai Mengingati Mati


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan mati samaada orang tua, dewasa, orang muda atau kanak-kanak  . Kematian seorang manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT dan telah tertulis di Loh Mahfuz dan semasa dalam kandungan seorang ibu ajak maut seseorang telah pun ditetapkan.





 


Inilah saat dinanti-nantikan setiap manusia, tidak kira agama apa yang dianuti, pastinya mati akan datang menjemput kita. Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati wajib dilalui semua manusia.

Bagaimana sihat seseorang, kuasa dan kekayaan, manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah, Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan, bahkan yang menjadi kekasih Allah pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di Padang Mahsyar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78)

Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur dan roh keluar dari badan manusia.

Kubur atau alam barzakh adalah tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Sebaik saja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan berjalan pulang, maka suasana gelap, dua malaikat Munkar dan Nakir datang menghampiri serta mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah, alam barzakh adalah episod ngeri hingga datangnya hari kiamat.

Mereka berkeadaan seperti orang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan. Ingatlah wahai sekalian umat Islam bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang yang bercakap mengenai kematian, alam barzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kelazatan kehidupan dunia.

Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang mencabut nyawa.

Saidina Ali pernah berkata: “Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”

Kesibukan mencari keseronokan dunia adalah penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Contohnya, penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan.

Perbuatan ini seolah-olah menggali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung seksaan hidup dengan penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ada ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadangkala lebih hebat daripada Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar ketika berdepan kewafatan Nabi SAW. Beliau memujuk Umar al-Khattab yang masih terkejut seraya berkata: “Ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad , maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.”

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita membuat persiapan sebelum saat kematiaan datang menjemput kita. Ketika saat itu datang sedangkan kita masih terleka dengan keseronokan dunia dan masih tidak menyediakan bekalan yang cukup untuk satu perjalanan yang jauh maka kitalah yang akan rugi dan menyesal. Ketika berada di alam barzakh ketika itu tidak berguna lagi peneyesalan dan tidak ada taubat lagi ketika itu, apa yang berguna adalah amal soleh yang kita kerjakan semasa di dunia. Oleh itu perbanyakkanlah amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan dan sedekahlah sebanyak yang mampu kerena sedekah yang ikhlas akan meringankan azab di alam barzakh dan hari akhirat. Sedekah jariah yang berterusan akan mendapat perlindungan Arasy di Padang Mahsyar dan membatu ketika timbangan amal (Mizan) , terdapat pintu khusus di syurga untuk mereka yang banyak bersedekah ketika di dunia. Mereka yang banyak bersedekah dengan rahmat Allah SWT akan diizinkan masuk kepintu tersebut dengan hati yang tenang dan gembira.

Saturday, February 18, 2012

Rahsia Khusyuk Dalam Solat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Khusyuk dalam solat adalah satu perkara penting kerana dengan mendapat khusyuk barulah solat kita akan bernilai disisi Allah SWT, Jika kita solat tetapi tidak khusyuk maka kita akan termasuk dikalangan orang yang lalai. Terdapat enam perkara jika kita hayati sebenar-benarnya maka kita akan mendapat khusyuk.

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Perasaan takut kepada kebesaran Allah SWT. sebagai Tuhan pencipta seluruh alam membuat diri terasa kerdil, takut dan gentar berhadapan dengan Allah SWT.

2. Keyakinan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT menguatkan lagi ketetapan hati dan keimanan kepada-Nya.

3. Menyerahakan seluruh pergantungan kepada Allah SWT. atas segala sesuatu disamping meletakkan segala pengharapan kepada-Nya dan yakin dengan sepenuhnya janji-janji Allah SWT.

4. Menganggap segala nikmat dan musibah adalah ujian dari Allah SWT. untuk menguji keimanan dan ketakwaan hamba-Nya. Dalam setiap kesusahan akan ada kegembiraan. Manusia hendaklah redha dengan segala ujian dan musibah yang menimpa dan yakin semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.

5. Hendaklah bersikap ikhlas dalam solat dan melakukannya sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. serta tidak mengharapkan sebarang ganjaran dari-Nya.

6. Sentiasa ingat mati.

(Di petik daripada tulisan Riduan Basri Riduan Basri)


Para Pendakwah Islam Perlu Memahami Fiqh Awlawiyat (Keutamaan)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang pendakwah yang berada di dalam Jemaah Islam perlulah memahami  kaedah syarak dalam apa sahaja tindakkan dan amalan kita di dalam masyarakat. Jika kita bergerak tanpa ada matlamat yang jelas, kaedah yang betul, bertindak mengikut emosi dan kefahaman yang sempit maka ianya akan merugikan Islam dan umat Islam.

Nabi SAW mengajarkan kita supaya bertindak mengikut kaedah dan ulub yang betul supaya proses dakwah dan tarbiah yang kita jalankan kepada masyarakat akan mendatangkan hasil yang baik dan terhindar jauh fitnah terhadap Islam dan ajarannya.

Salah satu perkara yang perlu difahami oleh pendakwah Islam dan pemimpin Islam adalah memahai Fiqh Awlawiyat.

Fiqh Awlawiyat atau fiqh keutamaan (priority) adalah dua perkataan yang di ambil dari ‘fiqh’ dan ‘awlawiyat’. Fiqh bermaksud ‘faham’. Fiqh disini bukan bermaksud pengertian fiqh disegi istilah para ahli fekah tetapi ialah satu kefahaman yang dikurniakan Allah SWT sebagai satu syarat untuk mencapai tahap kesempurnaan kebaikan dan petunjuk sesuai dengan hadis Nabi SAW : “ Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan ke atasnya, maka diberinya kefahaman terhadap ad-deen (agama)”. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Awlawiyat’ pula adalah kata jamak dari ‘awla’ iaitu yang paling baik, paling sesuai, paling utama seperti yang disebut di dalam kamus-kamus bahasa ( Mukhtar as-Sihah).

Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan. Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti  didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.

Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’ yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan para ulama) di dalam masalah atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan.

Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat seperti berikut :

“Menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.

Kedua : Kesan Pengabaian Fiqh Awlawiyat

1. Realiti  masakini seperti pembunuhan dan serangan terhadap terhadap umat Islam, gejala Islam liberal, ancaman murtad dan sebagainya maka yang paling utama ialah membina kesatuan umat Islam dari berselisih di dalam masalah ijtihad yang bersifat furuk (cabang). Begitu juga berusaha memelihara penampilan Islam dari memelihara penampilan tanzim (organisasi/jemaah). Bukan sibuk menonjolkan pendapat siapa yang paling benar, ijtihad siapa yang paling betul yang mengakibatkan kesatuan umat terabai dan terbengkalai dan memudahkan para musuh merobek-robek kekuatan saf ummah. Keutamaan sekarang ialah menzahirkan kekuatan sof umat dan menyatukan suara umat menjadi satu suara yang kuat, digeruni, berwibawa dan mampu menggugah kekuatan musuh-musuh Islam.

2. Tidak mengambil peduli terhadap perkara ini akan membawa penzahiran kekuatan musuh Islam terhadap umat Islam, memecahbelahkan perpaduan umat Islam bahkan membawa kepada pertumpahan darah sesama Islam, perkelahian, sikap taksub membuta tuli kepada kumpulan masing-masing.

3. Dari sudut yang lain sepatutnya ‘wala’ hanya kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman , tetapi telah bertukar ‘wala sepenuhnya’ kepada tanzim dan menganggap mereka yang diluar tanzim bukan dari kalangan ahli wala. Ini akan memecah kesatuan umat Islam dan akan membawa kegagalan, kekalahan dan kerugian.

Satu kaedah syarak mengatakan : “ Wa la tanaza’uu fatafsyalu watazhaba reehukum" maksudnya : Janganlah kamu berselisih maka kamu akan memperolehi kegagalan dan hilang segala kekuatan.

4. Begitu juga dalam masalah akidah. Sepatutnya mengutamakan usul (pokok) dari masalah furuk (cabang). Ini sebagai menjaga sebab berlaku khilaf yang membawa kepada fenomena takfir (mengkafirkan), menyesatkan orang dan kumpulan lain atau memporak perandakan kesatuan umat Islam. Akidah Islam tegak atas prinsip ‘Syahadatain’. Selama mana ia bersyahadah, maka dia diiktiraf sebagai  muslim dan perselisihan tidak merosakkan kasih sayang sesama muslim. Bermaaf-maafan di dalam perkara yang diperselisihkan.

Ketiga : Bidang Awlawiyat (Keutamaan)

1. Bidang Ilmu

Penguasaan dalam pelbagai cabang ilmu merupakan satu fardhu kifayah. Antara yang dituntut di dalam fiqh awlawiyat (keutamaan) ialah :

a. Memahami keperluan semasa umat kemudian melahirkan pakar-pakar di dalam pelbagai bidang ilmu. Antara bidang-bidang strategik yang diperlukan umat ialah bidang ekonomi, perubatan, ketenteraan, pembuatan polisi, teknologi, ict, kejuruteraan genetik, aeronatik, disamping menguasai bidang syarak.

Contohnya meramaikan doktor pakar sakit puan dari kalangan wanita Islam bagi memenuhi kadar peranakan yang tinggi wanita Islam. Statistik menunjukkan bilangan doktor sakit puan muslimah masih berkurangan dengan nisbah keperluan tersebut.

b. Setiap era menuntut penguasaan luas dalam beberapa disiplin ilmu yang tidak diperlukan pada era sebelumnya. Contohnya pada satu masa perlu menguasai ilmu logik dan falsafah bagi menghadapi aliran falsafah Yunani dan Greek. Begitu juga , ada zaman yang menuntut kepada memahami disiplin ilmu khilaf bagi menangani kejumudan pemikiran dan sebagainya lagi.

2.Bidang Hisbah

Inilah sikap terpuji, penuh hikmah dan memahami fiqh awlawiyat seperti yang dilakukan oleh Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah kepada anak-anak muridnya yang ingin menghalang tentera Tartar dari meminum arak. Beliau menggesa agar dibiarkan mereka minum arak supaya ia tidak membunuh nyawa umat Islam yang lain. Kaedah menyatakan “yunkiru ‘ala muttafaq ‘alaihi wa la yunkiru al mukhtalaf fihi..”. Ini bertujuan tidak menimbulkan kemudaratan yang lebih besar.

3. Bidang Tasyri’

Nabi Yusuf a.s memohon diberi tanggungjawab memimpin jabatan kewangan negara agar tidak berlaku penyelewengan, salah urus tadbir , korupsi di dalam pengurusan kewangan negara.

 4. Bidang Dakwah

Nabi SAW  menjauhi dari meruntuhkan berhala-berhala disekeliling Kaabah sekalipun beliau berkemampuan melakukannya. Begitu juga larangan Nabi SAW  kepada para sahabat r.a dari memerangi kaum musyrikin walaupun baginda dan para sahabat r.a mampu. Kaedah mengatakan : “manista’jala qabla awanihi ‘uqiba bihirmanihi” (barangsiapa tergesa-gesa mencapai sesuatu sebelum masanya, maka ia dihukum haram mendapatkannya).

 5. Bidang Tarbiyah

Allah membetulkan urutan keutamaan di dalam proses tarbiyah . Firman Allah SWT maksudnya : "Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membecakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab (al-Quran) dan Hikmah (sunah) , serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 151)

Di mana proses tarbiyah itu menurut urutannya yang sebenar  ialah tilawah (membacakan ayat-ayat Kami), tazkiyah (menyucikan kamu) dan taklim (mengajarkan kamu al-Quran dan sunah). Kecacatan dalam menentukan urutan keutamaan tersebut boleh membawa kepada kegagalan di dalam proses tarbiyah dan manhaj tarbiyah.

Keempat : Awlawiyat “membina agenda masyruk (projek) Islam” di dalam Manhaj al-Banna

Membina dan menyediakan satu projek Islam yang merangkumi keperluan umat, membina kesatuan umat, memperkasa identiti umat adalah perkara utama di dalam manhaj dakwah dan tarbiyah Imam Hasan al-Bana. Projek Islami dapat memenuhi maslahah ummah jika dibandingkan penumpuan kepada organisasi semata-mata tanpa ada agenda untuk umat.

Hasan al-Banna mengasaskan projek agenda membina peradaban umat (masruk li nahdatil ummah) dan menjadikan organisasi wahana  untuk mencapai agenda tersebut . Sikap inilah yang menyebabkan Imam Hasan al-Bana dikagumi wawasan pemikirannya oleh para tokoh-tokoh politik dan pemimpin pelbagai pertubuhan. Ada yang datang untuk berbaiah dan tertarik untuk bersama dengan gerakan Ikhwan.Beliau menyeru mereka agar mengutamakan maslahah terbesar umat, beramal untuk Islam melalui agenda projek islam.

Bukti yang jelas ialah pendirian beliau mendekati Ustaz Hasan al-Hudhaibi dan mempelawanya memimpin Ikhwan Muslimin sebagai Mursyid al- Am walaupun beliau tidak melalui urutan tarbiyah organisasi secara sempurna. ( halaqah-usrah-jenjang keanggotaan-katibah-pengurusan  dll – hanya melalui hubungan fardi)

Kelima : Awlawiyat adabiyat syari’yyah mendahului adabiyat tanzimiyyah (Keutamaan adabiyat syariah mendahului tatasusila dalam tanzim/organisasi)

Perkara yang penting dan sewajarnya diberi perhatian dan penelitian ialah kembali meletakkan keutamaan adabiyat syarak dari tatasusila tanzim /organisasi. Ketidak seimbangan ini akan membawa kecacatan pada tanzim dan akan meletakkan setiap perkara mengutamakan organisasi dari tuntutan syarak. Ini akan membawa kecelakaan dalam amal Islami.

Sebagai contoh, kadang-kadang organisasi berlembut atau memandang remeh pada anggotanya dalam perkara yang bercanggah dengan syariat ( budaya adu domba, fitnah, dusta, mengumpat, sumber rezeki yang bukan masyruk, riak,penipuan..). Pada ketika yang sama organisasi berkeras dalam hal yang berkaitan dengan  tanzim yang kadang-kadang bertentangan dengan hukum syarak. Sepatutnya adabiyat tanzim (tatsusila organisasi) adalah untuk khidmat kepada adabiyat syarak dan bukan sebaliknya.

Semoga dalam kerja-kerja dakwah, kita mengukur dan mengutamakan keperluan syarak lebih daripada  kepentingan organisasi agar maslahah dakwah tercapai.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memahami fiqh awlawiyat iaitu kita utamakan apa yang perlu diutamakan dalam amal Islami , mana yang perlu di kemudiankan maka di kemudiankan. Dengan ini keindahan Islam akan dapat dirasai dan dinikmati dan ini adalah satu cara dakwah yang berkesan untuk mengajak kembali umat Islam yang telah lama meninggalkan cara hidup Islam dan untuk kita mengajak orang bukan Islam menerima ajaran Islam atau setidak-tidaknya mereka menghormati Islam dan tidaklah memandang negatif kepada Islam .








Terdapat Tiga Tanda-tanda Hamba Kesayangan Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Jika seorang isteri mengharapkan kasih sayang suami kepada dirinya dan seorang anak akan mengharapkan kasih sayang ibu bapa maka lebih-lebih lagi seorang hamba mengharapkan kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada dirinya. Tidak ada kasih sayang yang cukup mulia dan tinggi kedudukannya melainkan kasih sayang Allah SWT kepada para hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Setiap sesuatu kebaikan yang dikehendaki oleh Allah SWT ada tanda-tandanya . Terdapat tiga tanda-tanda seorang hamba itu di kasihi dan disayangi oleh Allah SWT di dunia ini.  

Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Kedua : Allah SWT  membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Huraiannya :

Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya, ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Tabrani )

Sebahagian dari tanda kesayangan Allah kepada hambaNya ialah Ia mempercepatkan balasanNya di dunia lagi agar manusia itu insaf dan dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar.Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini.

Setiap mukmin sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan redha yang mungkin ianya sebagai hukuman yang diturunkan Allah kerana kesalahan dirinya, atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah. Adalah lebih baik jika kita

menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar kita insaf dan berkesempatan untuk bertaubat kerana balasan di akhirat adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat.

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Melihat firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya. Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.

Oleh itu banyakkan bersabar dan elakkanlah dari mengeluh dan berdukacita bila Allah SWT timpakan kesusahan dan kepayahan di dunia ini.

Kedua : Allah SWT  membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat." (Hadis Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr)

Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah, kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh.Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,riak, ujub, membalas dendam, marah dan sebagainya. Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja. Seterusnya ia akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah; telinga yang cintakan nasihat yang benar.

Adakah ciri-ciri ini kita miliki? Jika ada maka itu adalah tanda-tanda kita disayangi oleh Allah SWT.

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 1, hlm. 39, no. hadis : 71.)

Apabila Allah SWT hendak memberikan kebaikan kepada seorang hamba-Nya dan menyayanginya maka Dia akan memberi kefahaman untuk memahami agama Islam dan mampu pula dihayati agama Islam itu di dalam kehidupannya. Agama Islam bukan agama teori semata-mata tetapi ianya adalah agama untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan.

Orang mukmin yang diberikan kefahaman agama tidak akan sanggup mengadaikan akidah semata-mata untuk mendapat habuan dunia, tidak akan mencintai dunia hingga melupakan kehidupan dihari akhirat. Dia akan sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Maidah ayat 3)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Jika tiga tanda-tanda di atas ada kita miliki ini bermakna Allah SWT sedang menyayangi kita, tetapi jika tidak ada dikhuatiri kita sedang dimurkai-Nya. Oleh itu bertaubatlah dan terus berdoa semoga kita di pelihara oleh-Nya dan di sayangi-Nya dan kita terpelihara daripada rosak dan binasa. Dia sentiasa bersedia menerima taubat hamba-hamba-Nya.

 

Kenapa Para Pendakwah Perlu Memahami Tahaluf Siyasi ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap para pendakwah perlulah memahami Tahaluf Siyasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam Harakah Islamiah dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan Harakah Islamiah akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.

Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?

Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.


Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah .

Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :

1. Firman Allah SWT :

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّ۰ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ لَۧ ŰȘَŰȘَّŰźِ۰ُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْيَهُÙˆŰŻَ وَŰ§Ù„Ù†َّŰ”َۧ۱َى ŰŁَوْلِيَۧۥَ ŰšَŰčْ۶ُهُمْ ŰŁَوْلِيَۧۥُ ŰšَŰčْ۶ٍ وَمَنْ يَŰȘَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَŰ„ِنَّهُ مِنْهُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَۧ يَهْŰŻِي Ű§Ù„ْقَوْمَ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ (51) فَŰȘَ۱َى Ű§Ù„َّ۰ِينَ فِي قُلُÙˆŰšِهِمْ مَ۱َ۶ٌ يُŰłَۧ۱ِŰčُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَŰźْŰŽَى ŰŁَنْ ŰȘُŰ”ِÙŠŰšَنَۧ ŰŻَۧۊِ۱َŰ©ٌ فَŰčَŰłَى Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنْ يَŰŁْŰȘِيَ ŰšِŰ§Ù„ْفَŰȘْŰ­ِ ŰŁَوْ ŰŁَمْ۱ٍ مِنْ ŰčِنْŰŻِهِ فَيُŰ”ْŰšِŰ­ُÙˆŰ§ Űčَلَى مَۧ ŰŁَŰłَ۱ُّÙˆŰ§ فِي ŰŁَنْفُŰłِهِمْ نَۧۯِمِينَ (52)

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka."

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

2. Firman Allah SWT :

فِيهِمَۧ Ű„ِŰ«ْمٌ كَŰšِÙŠŰ±ٌ وَمَنَŰ§ÙِŰčُ لِلنَّۧ۳ِ وَŰ„ِŰ«ْمُهُمَۧ ŰŁَكْŰšَ۱ُ مِنْ نَفْŰčِهِمَۧ

Yang bermaksud : "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.

Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَŰŁَيُّمَۧ Ű­ِلْفٍ كَŰ§Ù†َ فِي Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ لَمْ يَŰČِŰŻْهُ Ű§Ù„ْŰ„ِŰłْلَŰ§Ù…ُ Ű„ِلَّۧ ŰŽِŰŻَّŰ©ً

Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”

Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .

Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :

1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepada keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.

Maklumat Penulis:
Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah

(Di petik daripada tulisan Al-Biruni Khalid)

Cinta Yang Hakiki

‎
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Cinta dan mencintai adalah fitrah yang lahir dari sanubari setiap insan yang bergelar manusia. Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudnya adalah cinta yang Allah redha...

Cinta yang Allah redha ialah cinta yang boleh membawa pasangan kita ke Syurga. Tidak inginkah membawa si dia ke Syurga? Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan yang tiada  tolok bandingnya… Jika benar kita ingin membawa si dia ke Syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha...

“Ya Allah, aku memohon cintaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMu dan cinta kepada semua amalan yang boleh membawa kepada cinta dan sayang kepadaMu...”

Tidak mungkin Syurga di akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia adalah ladang akhirat, apa yang kita semai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian kita di akhirat kelak...

“Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan sedang bercinta…”

CINTA HAKIKI ialah cinta kepada Pemilik Cinta...

CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA... bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama...

CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG... ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG...

CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT... manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT...

CINTA kerana ALLAH, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI... bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI...

(Di petik daripada tulisan Syahmi Siti Nur)

Kata-kata Nasihat Saidina Umar al-Khattab


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Umar al-Khattab berpesan kepada lapan perkara :

Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga mana yang dia suka.

Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Friday, February 17, 2012

Akhlak Seorang Mukmin Tidak Suka Mencaci Sesama Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bertakwalah kepada Allah dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan pakaian kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur, satu sifat yang tidak disukai Allah. Andainya ada orang yang memaki dan mencaci dengan sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat yang ada padanya, biarlah ia yang menanggung padah dan kita mendapat pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain. (Hadis Riwayat At Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman)

Dari hadis ini dapat dipetik beberapa akhlak mukmin yang lahir dari ketakwaannya ialah:

Tidak memandang rendah atau kecil kerja kebajikan yang walaupun mudah kerana ia sentiasa mengintai untuk melakukan kebajikan.Bandingan yang dibuat adalah seperti menuangkan air dalam timba orang lain. atau memandang orang lain dengan senyuman juga menjadi amal kebajikan. Tidak berpakaian yang melambangkan rasa takabbur. Mestilah bersikap berlapang dada dan bersabar atas maki hamun dan cercaan serta umpatan orang lain .

Lima Kunci Perkara Ghaib

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasullulah SAW bersabda maksudnya : “Kunci perkara ghaib ada lima yang tidak mengetahuinya melainkan Allah 
1. Tidak seorang pun akan tahu apa yang berlaku untuk hari esok.
2. Tidak seorang akan tahu di dalam rahim 
3. Tidak seorang pun tahu apa yang diusahakannya esok 
4. Tidak seorang pun tahu di tempat mana dia mati 
5. Tidak seorang pun tahu dari mana datang arah hujan” 
(Hadis Riwayat Bukhari di dalam Kitab al-Jemaah)

Huraiannya :

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui lima perkara-perkara yang ghaib. Semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz dan ada disisi ilmu Allah SWT. iaitu apa akan terjadi pada esok hari, kandungan di dalam rahim seorang ibu, apa yang akan diusahakan esok hari, dimana tempat seseorang akan meninggal dunia dan dari mana arah hujan akan turun. Manusia mungkin boleh merancang untuk hari esok tetapi ianya belum pasti akan terjadi seperti yang dirancangkan. Qadak dan qadar Allah SWT akan menentukan segala-galanya.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

Thursday, February 16, 2012

Tiga Tamu Misteri - Kebesaran Kasih Sayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata,“Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?”

Salah seorang daripada mereka berkata,“Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar.”

Sejurus si suami dan anaknya pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

“Saya KEJAYAAN,” kata lelaki pertama.

“Saya KEKAYAAN,” kata lelaki kedua.

“Dan saya KASIH SAYANG,” ujar lelaki tua yang terakhir.

Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, “Hanya seorang daripada kami yang boleh masuk.”

“Jadi kami terpaksa terpilih antara kamu bertiga?”

“Ya,” jawab mereka.

“Tunggu, kami berunding dahulu,” pinta tuan rumah.

“Kita pilih kekayaan,” cadang si isteri. “Semoga rumah kita dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan, kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini.”

“Tidak,” kata si ayah. “Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya, pasti kita akan dapat apa harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi.”

“Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang,” kata si anak. “Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup bersederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan merasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya…”

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.

“Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita,” kata si ayah.

“Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan kejayaan kerana itu jua yang tuan-tuan minta.”

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke dalam rumah.

“Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk? Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?”

“Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kekayaan dan kejayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya.”

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

PENGAJARAN: Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali – karya harta, karya jiwa!

(Di petik daripada tulisan Mazura Ali)

Qanaah Kunci Kekayaan Yang Hakiki...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sebagai manusia akan kehilangan kebijaksanaan ketika terjerumus ke dalam ketamakan, keserakahan, sehingga tidak lagi boleh mengendalikan hawa nafsu.

Sedangkan manusia yang bijak dalam pandangan ALLAH, tiada lain adalah mereka yang mampu mengendalikan hawa nafsunya untuk diarahkan ke jalan yang benar dan diredai ALLAH. Seperti sabda Rasulullah SAW : "Orang yang bijak adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dan beraktiviti (beramal) untuk akhirat nanti." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Dalam kehidupan ini, kita akan mampu mencapai darjat yang terpuji; dalam keadaan kita menerima kepuasan dan kerelaan terhadap hasil yang kita usahakan siang ataupun malam. Inilah maksud qanaah. Kita tidak tamak apa yang dimiliki orang lain, tidak melihat apa yang ada di tangan mereka, hingga membuatkan kita rakus mencari kekayaan wang dan harta dengan cara apa pun. Yang demikian itu tidak akan terjadi kecuali bila kita merasa puas dengan apa yang sekadar diperlukan, seperti dalam hal makanan dan pakaian. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w seperti berikut : "Beruntunglah orang yang memasrahkan diri, dilimpahi rezeki yang sekadar mencukupi dan diberi kepuasan oleh ALLAH terhadap apa yang diberikan kepadanya." (Hadis riwayat Muslim)

Qanaah itu merupakan 'harta' yang tidak akan habis. Kalau kita selalu mengikuti apa yang kita inginkan, tanpa mengikuti kemampuan secara peribadi, tentu akan menemui kegagalan bahkan kehancuran dalam hidup. Perlu kita teliti apa akan terjadi di muka bumi ini kalau setiap manusia itu tamak, rakus, serakah pada harta, jawatan dan kekuasaan. Ada beberapa penyelesaian sebagai penawar bagi yang bersikap rakus dan tamak.

1. Berjimat dalam kehidupan dan bijak dalam membelanjakan harta.

Siapa yang menginginkan qanaah, perlu mampu memakai, mengeluarkan sesuatu sesuai dengan keadaannya. Mengatur itu sama dengan separuh kehidupan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang menyelamatkan; iaitu, takut kepada ALLAH secara sembunyi-bunyi, bersikap sederhana tatkala kaya dan miskin, dan adil tatkala reda dan marah-marah." (Hadis riwayat Bazzar)

2. Jika sebuah pintu ditutup di hadapannya, sesungguhnya rezeki tetap menunggu dirinya, kerana itu hati mereka tidak perlu gusar.

"Sesungguhnya Ruhul-Qudus menghembuskan dalam hatiku, bahawa tidak ada jiwa yang meninggal sebelum rezeki dan ajalnya menjadi sempurna. Maka betakwalah kepada ALLAH dan carilah kekayaan harta dengan cara yang bagus."

"Jangan sekali-kali merasa bahawa rezeki itu datang terlalu lambat sehingga kalian mencarinya dengan menderhakai ALLAH. Sesungguhnya tidak ada yang dikenal di sisi ALLAH kecuali dengan mentaati-Nya."  (Hadis riwayat Hakim dan Syafie)

3. Hendaklah kita tahu bahawa dalam qanaah itu ada kemuliaan dan dalam kerakusan dan tamak itu ada kehinaan.

Wahai sahabat FB semua, apakah kita ingin memilih untuk merasa cukup demi kemuliaan di sisi ALLAH atau memilih merasa tidak cukup demi untuk kehinaan?

4. Memikir dan mengambil pelajaran dari sikap orang-orang Yahudi dan Nasrani, orang-orang yang jahil, yang tenggelam dalam kenikmatan dan kemewahan. Setelah itu hendaklah kita mengambil iktibar akan keadaan hidup para Nabi dan orang-orang soleh, menyemak perkataan mereka lalu menyuruh akal kita untuk memilih antara kesucian makhluk di sisi ALLAH atau menyerupai penghuni dunia yang hina.

Sahabat, tentunya banyak lagi kaedah untuk mencapai qanaah, yang penting usaha kita untuk mengaplikasikannya sehar-hari...Wallaahu a'lam, Salam hormat :-)

(Di petik daripada tulisan Ag Junaidi)
 
 
 
 
 

Umat Nabi Musa a.s. Rela di Masukkan Ke Dalam Neraka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi Musa a.s. suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa a.s. melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s. kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa a.s :

"Wahai Musa aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di syurgaNya? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah SWT."


Nabi Musa a.s. mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa a.s. kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman maksudnya : " Wahai Musa , sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar nerakaKu yang paling dalam."

Nabi Musa a.s. kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s. 


Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat?. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s. kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s. :

"Wahai Musa , aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam nerakaNya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya."

Nabi Musa a.s. menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. maka Allah SWT berfirman maksudnya :

"Wahai Musa , sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di syurgaku yang paling tinggi."


Pengajarannya :

1. Kita tidak boleh merasakan bahawa amalan kita akan masukkan kita kedalam syurga kerana masuknya seseorang itu ke dalam syurga adalah kerana rahmat Allah SWT bukannya dengan amalan yang kita dilakukan. 

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah." (Hadis Riwayat Muslim) 

2. Sifat mementingkan orang lain dan mendoakan orang lain kepada kebaikan adalah satu sifat mahmudah yang mulia disisi Allah SWT , ganjaran pahala yang besar akan di berikan oleh Allah SWT kepadanya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim). 

(Di petik daripada tulisan Are Ril)