Saturday, April 14, 2012

Kisah Benar : Mati Terbakar Kerana Mencabar Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat
dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.

Segeralah Bertaubat Kepada Allah SWT Jika Melakukan Kesalahan dan Dosa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang mukmin akan merasakan dosa-dosa yang telah dilakukan walaupun kecil seperti gunung yang akan menghempap dirinya lantas dia terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Tetapi orang fasik dan munafik akan merasakan bahawa dosa-dosa itu umpama lalat yang menghingapi hidungnya hanya dengan menepisnya sahaja dengan tangannya.

Sifat orang mukmin akan cuba tidak mengulagi dosa-dosa yang sama berulang kali setelah dia bertaubat kepada Allah SWT. Jika terlanjur juga dia akan cepat-cepat beristighfar dan menyesali apa yang telah dilakukannya.

Bagaimana cara untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama? Terdapat empat perkara jika diamalkan akan dapat mengelakkan untuk mengulagi  kesalahan yang sama.

Beberapa tindakan yang mampu dilakukan untuk mengelak diri daripada mengulangi kesalahan yang sama untuk kedua kalinya. Antara langkah-langkah itu adalah:
 
Pertama : Segera bertaubat untuk memotong mata rantai dosa dan mengiringi perbuatan dosa dengan kebaikan yang akan menghapuskan dosa.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Seandainya kamu melakukan perbuatan dosa sehingga dosa –dosamu mencapai setinggi langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah akan mengampuninya (menerima taubatmu)”. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersanda maksudnya : “Seorang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan tidak pernah memiliki dosa.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
 
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Apabila kamu berbuat dosa, maka lakukanlah kebaikan (untuk menghapuskannya.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
 
Kedua : Mengukuhkan azam untuk memperbaiki diri.

Penyebab utama seseorang menjadi lemah di hadapan dosa-dosa adalah kerana ketiadaan atau lemah tekad untuk menghidarinya sehingga mudah untuk melakukan dosa secara berulang kali.

Firman Allah dalam Surah Thaha ayat 115 yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya Telah kami perintahkan [*] kepada Adam dahulu, Maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak kami dapati padanya kemauan yang kuat."

[*] perintah Allah Ini tersebut dalam ayat 35 surat Al Baqarah yang bermaksud:

"Dan kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini[**], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."

[**] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.
 
Ketiga : Mencari lingkungan yang kondusif (suasana yang baik) untuk membaiki diri. Apabila berada di kalangan orang yang baik-baik maka orang akan rasa malu untuk melakukan dosa.

Itulah hikmah orang yang membunuh 100 orang dianjurkan untuk berhijrah ke tempat lain yang didiami oleh orang yang baik-baik dan rajin beribadah kepada Allah SWT.

Keempat : Memohon perlindungan daripada Allah SWT dan memperbanyakkan zikir. Seorang perlu memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Surah al-Araf ayat 201)

Diantara sifat orang mukmin yang mendapat kelazatan iman ialah sentiasa menyedari bahawa maksiat adalah cabang kepada kekufuran. Kekufuran akan menyebabkan ia tercampak ke dalam neraka.

Sabda Rasulullah maksudnya :  “Ada tiga sifat, barangsiapa yang pada dirinya terdapat 3 sifat ini, ia akan merasakan kelazatan iman: .... ia membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkan dirinya dari kekafiran sebagaimana ia membenci apbila dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘Alaih).

Hendaklah kita mempelajari segala hal yang berkaitan dengan dosa dan akibat buruk serta negatif daripada perbuatan dosa tersebut agar berwaspada dan menjauhkan diri daripada dosa berkenaan.

Seorang mukmin yang cerdas ialah orang yang mengambil pengajaran daripada kesalahan diri sendiri. Tetapi lebih cerdas lagi jika mengambil pengajaran daripada perbuatan atau kesalahan orang lain agar tidak melakukan kesilapan atau kesalahan yang sama.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memperbaiki diri dan sentiasa bermuhasabah di atas kesalahan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Jangan dilambat-lambatkan bertaubat kerana kita tidak mengetahui bila saatnya kita akan meninggal dunia. Alangkan bahagiannya jika kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan kita telah bertaubat kepada-Nya.

Wednesday, April 11, 2012

Dua Puluh Perkara Yang Boleh Membatalkan Syahadah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Persoalan akidah adalah persoalan asas,... yang mana setiap Muslim mestilah memiliki akidah yang sahih, betul dan tidak ada cacat di dalam akidahnya. Jika akidah seseorang telah cacat atau rosak maka sebenarnya dia telah terkeluar daripada Islam. Untuk kembali balik kepada Islam perlulah bertaubat dan memperbarui semula dua kalimah syahadah iaitu :

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.”

Apabila akidah seseorang sudah sempurna barulah semua amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan yang dikerjakan akan bernilai di sisi Allah S.W.T. dengan diberi-Nya pahala.

Di dalam buku bertajuk " Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain oleh As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi" telah dijelaskan bahawa terdapat 20 perkara yang boleh membatalkan syahadah seorang muslim.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tawakkkal atau bergantung harap kepada sesuatu selain daripada Allah.

2. Mengengkari nikmat Allah samada yang terang atau tersembunyi, sesuatu yang mudah difikir atau yang memerlukan kajian. Bukanlah menjadi bidang kuasa manusia dalam urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi ia merupakan hak Allah.

3. Beribadat khusus, berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana segala yang kita lakukan mestilah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

4. Menggubal undang-undang atau peraturan mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan peraturan manusia.

5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.

6. Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujukkan kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

7. Membenci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau pun membenci agama Islam secara keseluruhannya.

8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat di mana dia menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam kehidupannya.

9. Menghina sesuatu daripada al-Quran atau hadis atau pun kitab orang alim yang menegakkannya atau pun mempersendakan hukum daripada hukum Allah.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah.

11. Tidak beriman kepada semua sumber hukum daripada al-Quran dan Hadis.

12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang yang berakidah Islam dan beriman.

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S.A.W. di mana bagi mereka yang datang selepas kewafatannya mesti beradab dalam percakapan, penulisan dan syarahan.

14. Rasa takut dan gentar dalam menegakkan Islam dan rasa lapang, riang dalam menegakkan perkara syirik.

15. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu dan juga menyatakan bahawa isi yang terkandung dalam ayat al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham. Begitu juga bagi mereka yang menuduh perkara demikian terhadap sunnah nabi.

16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta mengengkari sifat ketuhananNya atau nama-nama Allah.

17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan bahawa adanya sifat yang terpuji yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat kepujian atau tidak beriktikad bahawa baginda adalah sebagai contoh ikutan utama bagi umat manusia.

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.

Suatu kaedah : "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir, sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir. Sesiapa yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir."

19. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadat) bukan kerana Allah seperti sembelih binatang bukan kerana Allah, sujud dan tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

20. Melakukan syirik khafi atau kecil di mana ia tidak membatalkan syahadah dan ia juga boleh boleh diubati dengan doa seperti solat kerana pujian manusia dan sebagainya. Syirik khafi boleh dihapuskan dengan beristighfar kepada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita jaga akidah kita supaya tidak ada sedikit pun unsur-unsur yang boleh mencacatkannya, kerana Allah S.W.T tidak mengampunkan dosa syirik kepada-Nya dan akan mengampunkan dosa selain itu.

Syirik iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Umumnya menyekutukan dalam Uluhiyyah Allah, iaitu hal-hal yang merupakan kekhususan bagi Allah, seperti berdoa kepada selain Allah disamping berdoa kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernazar, berdoa dan 20 perkara yang dijelaskan di atas adalah perkara-perkara yang boleh menjadikan syirik kepada Allah S.W.T.

Kerana itu, barangsiapa menyembah selain Allah bererti ia meletakkan ibadah tidak pada tempatnya dan memberikannya kepada yang tidak berhak, dan itu merupakan kezaliman yang paling besar.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman maksudnya : "Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" (Surah Luqman ayat 13)

Allah tidak akan mengampuni orang yang berbuat syirik kepadaNya, jika ia meninggal dunia dalam kemusyrikannya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".(Surah An-Nisaa' ayat 48)

Syurga pun diharamkan atas orang Musyrik. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman maksudnya : "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun". (Surah al-Maaidah ayat 72).

Syirik menghapuskan pahala segala amal kebaikan. Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya : "Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan". (Surah al-An'am ayat 88)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita jaga akidah kita dan mereka yang dibawah tanggungan kita, jiran tetanga, saudara-mara dan sahabat- handai supaya akidah mereka tidak cacat dan rosak hingga menyebabkan segala amal-amal soleh di tolak oleh Allah S.W.T. Kepentingan akidah ini lebih penting daripada kita jaga makan-minum dan kesihatan fizikal kita kerana di sinilah akan menentukan kebahagiaan kita hidup di hari akhirat nanti.

Berkempen Cara Islam Akan Mendapat Keredaan Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam tidak dapat dipisahkan dengan amalan harian, bekerja, berinteraksi sesama manusia malahan perhubungan dengan haiwan dan alam sekitar juga ada adab-adab yang telah digariskan oleh Islam.
Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan beriman dengan rukun Iman yang lain dan rukun Islam, maka kita perlu berpegang teguh dengan ikatan Islam dan tidak boleh terpisah walaupun sedikit. Oleh itu semua perkataan, perbuatan, amalan, tulisan, arahan, gagasan, perancangan maka tidak boleh lari  dengan ajaran Islam yang ditanzilkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.

BERKEMPEN adalah salah satu aktiviti kehidupan manusia hari ini iaitu ketika manusia sedang berusaha untuk menonjolkan atau menyokong pemimpin, mencari sokongan rakyat, menunjukkan ketokohan diri atau mempromosikan kebaikan parti atau organisasi maka ianya tidak boleh langsung terkeluar daripada adab-adab Islam .

Jika kita ketandas atau ketempat tidur ada doa dan adab-adabnya maka apakah ketika kita hendak berkempen dan memilih pemimpi, kita bebas daripada adab-adab dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam?

Adakah kita boleh menggunakan apa cara sekali pun, termasuk memfitnah, mengumpat , mengutuk, maki hamun , mengupah gengster membuat kacau dalam kita menjalankan kempen dan mengadakan rapat-rapat umum?

Jawabnya pasti tidak boleh kerana dalam Islam kita tidak boleh menggunakan kaedah "Matlamat menghalalkan cara". Jika cara itu haram dan berdosa Islam melarang kita menggunakan walaupun matlamatnya baik .
Seorang mukmin akan sentiasa menjaga akhlak dan adab sopan dan kehidupannya. Akhlak dan kesopanan adalah pakaian seorang mukmin sejati. Justeru, dalam kempen pilihan raya bukannya masa untuk kita menanggalkan akhlak dan adab sopan.

Antara anggota badan yang paling banyak digunakan dalam kempen pilihan raya adalah lidah untuk tutur bicara. Calon dan penyokong parti akan menggunakan lidah untuk berkempen dan menarik sokongan dan kepercayaan pengundi dengan manifesto dan janji-janji yang akan ditunaikan sekiranya diberi peluang untuk memenangi pilihanraya

Sahabat yang dimuliakan,
Majoriti ahli politik dunia termasuk di negara kita menggunakan idealogi dan falsafah politik Nicholo Machiavelli yang terang dan jelas bertentangan dengan roh Islam dan adab-adabnya.
Nicholo Machiavelli merupakan seorang ahli falsafah Itali. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun dengan kerajaan Itali sebagai setiausaha kerajaan. Terkenal dengan bukunya yang masyhur The Prince. Sebuah buku yang membicarakan ideologi dan falsafah politik menurut sisi pandang Nicholo Machiavelli.

Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Dalam bukunya, beliau menggariskan beberapa panduan berpolitik untuk kerajaan.

Antara falsafah beliau, untuk sesebuah kerajaan mengekalkan kuasa, maka para menterinya haruslah mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak pemerintahan.

Machiavelli juga mengatakan kerajaan perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan menyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka. Bagi Machiavelli, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, tidak kira caranya baik atau buruk.

Machiavelli menyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifat kedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Walaubagaimanapun sifat pemurah perlu ditunjukkan kepada rakyat seperti mengadakan ‘rumah terbuka’ dengan menggunakan duit rakyat, demi meraih sokongan dan pujian rakyat.

Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama sifat pemurah, jujur, berperikemanusiaan, baik budi dan alim. Machiavelli berkata seorang pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi ‘seakan-akan memiliki sifat baik’ kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang mereka rasa.

Doktinnya The end justifies the mean. Ertinya , dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin itu hendaklah mengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk. Jika perlu memperolehi kuasa, maka tindakan buruk perlu DIUTAMAKAN. Demi kepentingan kuasa politik, kerajaan diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnya.

Sahabat yang dihormati,
Apakah cara-cara kempen yang beretika dan berakhlak yang dibenarkan oleh Islam?
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh orang mukmin ketika dia berceramah, berkempen dan mencari sokongan rakyat.  

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jauhkan ucapan berbentuk maki hamun, mengutuk dan mendedahkan aib seseorang secara peribadi.

Ketika berkempen (berceramah atau rapat umum) lidah perlulah dikawal dengan sebaik-baiknya kerana peribadi seorang muslim tidak akan berkata perkara dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang tidak ada pada dirinya.

2. Jauhi memfitnah dengan menyebarkan gambar-gambar palsu (super impose), VCD seks palsu, menuduh berzina atau liwath (dalam Islam perlu bawa 4 orang saksi yang adil) dan edaran risalah-risalah berbentuk dakwaan semata-mata. (perlu diingat bahawa setiap satu tuduhan jika tak benar akan bertanggungjawab di hari akhirat ).

Janganlah  menuduh dalam sesuatu yang tak pasti. Hukumnya boleh jatuh dalam kategori dosa fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh.

3. Mendedahkan kesalahan seorang pemimpin yang rasuah dan ada bukti-bukti yang kukuh tidak dilarang kerana orang ramai perlu tahu akhlak seorang pemimpin yang hendak dipilih. Contohnya : ada bukti berbentuk dokumen, transasi kewangan, perjanjian jual beli dan sebagainya. 

4. Sebaik-baiknya mereka yang dicaci atau difitnah perlu mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang melakukannya." (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)

5. Mendedahkan kelemahan pemerentahan lama dan mencadangkan cara pemerentahan baru yang lebih telus dan adil tidak salah dan berikan bukti-bukti kelemahan dan akibat yang ditanggung oleh rakyat kerana salah tadbir dan salah laku pemimpin. Bukti perlu dalam bentuk lapuran audit, lapuran pegawai kewangan dan lapuran pakar luar negara.

6. Tidak salah mewar-warkan kebaikan yang telah dibuat oleh pemimpin kepada rakyat untuk memberi kebajikan kepada rakyat, dengan syarat kebaikan itu telus dan bukan untuk berbangga-bangga. 

7. Mengemukakan menipesto yang lebih baik dan berjanji untuk melaksanakan jika berkuasa tidak dilarang kerana setiap niat dan kebaikan yang dirancang adalah salah satu tuntutan Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.

Jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah semata-mata.Kempen yang bersih dan tidak mengandungi caci-maki dan kutuk mengutuk kepada calun lawan adalah akhlak yang terpuji dan  merupakan sifat orang mukmin yang bertanggungjawab dan mengajak rakyat untuk melakukan kebaikan.

Semua rakyat yang cintakan keadilan dan kehidupan perlulah sentiasa kekal dengan akhlak dan adab-adab Islam. Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam pilihan raya umum ini merupakan peluang yang paling baik untuk kalian melakukan perubahan dalam masyarakat dan memilih pemimpin yang benar-benar bercirikan Islam dalam akhlak dan kehidupannya, bukannya pemimpin yang hanya mabuk kuasa dan tetap mahu berkuasa walaupun menggunakan cara Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara. Waullahualam.


Tertawa di Dunai Dan Menangis di Akhirat

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menghisab diri, kurangkanlah ketawa dan perbanyakkan menangis. Dalam satu hadis, Nabi SAW. bersabda : "Banyak ketawa dan bergelak-gelak itu mematikan hati". 

Banyak tertawa menjadikan hati semakin ...malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak lagi bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad SAW. melarang umatnya dari bergelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadis, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. 

Barangsiapa yang ketawa berdeka-dekah, akan hilang satu pintu dari pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah ? Dalam keadaan suka yag keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir, bagaimana kedudukan kita di sana nanti, samada berbahagia atau menderita sengsara. 

Berbahagia di dunia, bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi azab di akhirat, berterusan dan berkekalan. 

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi SAW. Kita sedia maklum, kuburan yang bakal kita duduki dalam tempuh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman di dalam kubur. 

Kubur adalah samada satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka ketawa terbahak-bahak. Nabi SAW. pernah bersabda : "Barangsiapa tertawa-tawa, nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat". 

Sahabat yang di hormati,
Dalam hadis yang lain, Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka". Maksudnya mudah masuk neraka. Kita tidak dilarang untuk menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma dilarang berterusan bergembira dengan ketawa yang berlebihan. 

Sebaik-baik cara bergembira adalah seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Baginda tidak ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata : "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak"

Nabi SAW melarang seseorang membuat cerita dusta supaya orang lain ketawa.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.  Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti berikut :

1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW .

2.Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita jauhi bergurau senda dan gelak ketawa secara berlebih-lebihan kerana terlalu banyak ketawa dan bergurau senda boleh mematikan hati dan melupakan kehidupan di hari akhirat. Kita masih dibolehkan bergurau senda tetapi secara sederhana dan apa yang diguraukan bukan perkara dusta yang dibuat-buat atau bertujuan mengambil perhatian orang lain.

Tuesday, April 10, 2012

Beramal Dan Berjuang Kerana Untuk Pujian Manusia Tidak Di Terima Oleh Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amalan perlulah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin dipuji dan disanjung oleh manusia. Manusia yang berjuang kerana asyabiah atau kerana kepentingan suku kaum termasuk perjuangannya di kira kerana manusia bukan kerana Allah SWT. Perjuangan seperti ini akan ditolak oleh Allah SWT seperti kisah seorang pejuang Perang Uhud bernama Qazman yang berjuang untuk menaikkan bangsa Arab bukan untuk ISLAM , maka matinya dikira mati jahiliah.

Dalam sirah Nabi SAW menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yg berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yg menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW. agak keberatan menyebut kematiaanya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi SAW. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yg tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah. Kenyatan nabi ini disokong oleh seorang sahabat yg menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yg dialaminya dlam perang Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat bernama Usayrim r.a yg memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi SAW. pernah bersabda yg bermaksud:"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yg mengharapkan kewujudan air di tempat yg amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yg menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi SAW. walaupun belum sempat berbuat apa2 amalan termasuk solat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan segala niat, amalan dan perjuangan kita dimuka bumi ini perlulah berlandaskan ISLAM yang tulin dan murni dan jangan bercampur aduk dengan amalan-amalan jahiliah supaya amalan kita  diterima oleh Allah SWT.


Monday, April 9, 2012

Hawa Nafsu Menarik Manusia Ke Neraka...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa jalan-jalan yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka adalah perkara-perkara menarik hawa nafsu. Sebaliknya pula jalan menuju ke syurga adalah jalan yang sukar dan bertentangan dengan hawa nafsu manusia. 

Ingatlah hawa nafsu sentiasa mendorong manusia kepada keseronokan dan kebahagian yang menipu, melupakan manusia bahawa seksaan dan azab sengsara menanti manusia di hari akhirat akibat maksiat dan dosa yang dilakukan ketika di dunia. Hawa nafsu dan bisikan syaitan seiringan menjadikan manusia lupa diri dan lupa bahawa hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja bukannya tempat yang kekal abdi.

Sedangkan iman, takwa dan akhlak yang baik adalah ciri-ciri ahli syurga yang hanya mampu dimiliki oleh orang-orang mukmin pilihan Allah SWT .

Sahabat yang dimulikan,
Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah SWT bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqamah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga iman , hubungan hati kita kepada Allah SWT dan akhlak Islam yang mulia, untuk menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain. Orang mukmin tidak akan mudah dipengaruhi hawa nafsu amarah sebaliknya  orang fasik dan munafik akan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsunya sendiri di tambah pula dengan bisikan dan godaan syaitan. Oleh itu untuk kita terpilih menjadi penghuni syurga seluas langit dan bumi perlulah bersabar dengan godaan  dan tarikan dunia dan sanggup bersusah payah di dunia ini semata-mata mencari reda dan rahmat Allah SWT.

Saturday, April 7, 2012

Tunaikan Enam Hak Muslim Kepada Muslim Yang Lain.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang muslim kita mempunyai beberapa tanggungjawab dan hak kepada saudara sesama muslim. Tanggungjawab ini kita tidak boleh di abaikan dan memandang ringan sahaja. Apabila kita dengan ikhlas memenuhi tanggungjawab ini maka kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah SWT. Begitu juga sebaliknya apabila kita tinggalkan tanggungjawab dan hak sesama muslim kita akan mendapat dosa dan di akhirat nanti Allah SWT akan murka kepada kita.

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW (maksudnya) : "Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.

3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.

4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.

6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat enam hak yang perlu kita tunaikan terhadap saudara kita sesama muslim dengan kita melaksanakannya kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Apabila Rasulullah SAW bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata : "Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

Salam adalah salah satu bukti keindahan Islam, kerana jika masing-masing muslim yang bertemu dengan rakannya seagama mereka akan saling mendoakan keselematan agar terhindar daripada keburukan dan juga saling mengharapkan agar Allah SWT mencucuri rahmat dan berkat di dalam hidup rakannya. Selain itu juga biasanya salam akan diikuti olih ucapan-ucapan yang sesuai dan muka yang manis sehingga terjalin rasa kasih sayang dan kemesraan antara sesama mereka, dan salam juga dapat menjauhkan dari perasaan kasar, hasad dengki, dendam dan pemutusan hubungan silaturrahmi.

Salam adalah hak muslim ke atas muslim lainnya. Dan ke atas muslim yang mendapat ucapan salam hendaklah membalas ucapan tersebut dengan ucapan yang lebih baik ataupun dengan ucapan yang serupa.

Firman Allah SWT maksudnya : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (Surah An-Nisaa ayat 86)

2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.

Kalau muslim mengundangmu untuk suatu upacara atau jamuan yang munasabah seperti perkahwinan, akikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain maka penuhilah undangannya itu. Dia sebenarnya telah menyatakan penghormatannya terhadapmu dengan undangan tersebut. Oleh sebab itu janganlah kamu hampakan harapannya itu, kecuali jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

Malah, ada ulama mengatakan wajib menghadirinya sekiranya tiada halangan untuk hadir ke majlis tersebut berdasarkan riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Apabila di jemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.

Di dalam hadis yang lain riwayat Bukhari juga daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa tinggalkan jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin itu dihalangnya orang yang mahu datang dan memanggil orang yang enggan datang. Dan barangsiapa yang tidak menghadiri jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya “ (Hadis Riwayat Muslim)

3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.

Kalau dia memohon nasihatmu tentang sesuatu pekerjaan, apakah sebaiknya dia lakukan ataupun tidak? Maka nasihatilah dia sebagaimana kamu mengambil keputusan dan menginginkan untuk dirimu sendiri. Sekiranya menurut pertimbanganmu baik maka doronglah dia melakukannya dan sekiranya bolih mendatangkan mudharat maka ingatkanlah dan cegahlah dia melakukannya.

Tetapi jika perbuatan tersebut mengandungi kedua-duanya (baik dan buruk) maka jelaskanlah kepadanya dan buatlah pertimbangan yang wajar. Ini termasuk nasihat dalam mencari jodoh, rakan kongsi dalam usaha dan lain-lain. Perlakukanlah muslim lain yang memohon nasihatmu sebagaimana kamu memperlakukannya untuk dirimu sendiri. Hindarkanlah segala unsur penipuan di dalamnya.

Nasihat hukumnya wajib secara mutlak tetapi hukumnya akan menjadi lebih wajib jika ia dipinta oleh muslim lain. Imam An-Nawawy berkata: "Pensyaratan memberi nasihat jika dipinta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta."

4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

Bersin adalah nikmat Allah SWT kerana angin yang terperangkap pada bahagian badan dipermudahkan olih Allah SWT untuk keluar sehingga insan merasa lega. Oleh sebab itu disyari’atkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan tahmid َۧلْŰ­َمْŰŻُ للَّه (segala puji milik Allah).

Dan disyaria’atkan pula kepada saudara seagamanya yang mendengar tahmiditu untuk mentasymitkan/mendoakannya

يَ۱ْŰ­َمُكَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ (semoga Allah mencucuri rahmat). Dan selanjutnya muslim yang bersin tadi disuruh olih agama agar menjawab tasymit itu dengan doa يَهْŰŻِيكُمُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ويُŰ”ْلِŰ­ُ ŰšَŰ§Ù„َكُمْ (semoga Allah memberimua petunjuk dan memperbaiki hatimu).

Barangsiapa yang tidsk bertahmid (memuji Allah) ketika bersin maka dia tidak berhak mendapat tasymit dari muslim lainnya.

Dia tidak boleh menyalahkan muslim lain dalam hal ini, tetapi hendaklah dia menyalahkan dirinya sendiri. Dia sebenarnya, dengan tidak bertahmid itu, dia telah luput dari dua nikmat:

Pertama: Nikmat Alhamdulillah

Kedua: Nikmat tasymit dari muslim lain.

5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.

Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan. Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."

Mengunjungi muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan handai tolannya sendiri. Mengunjungi orang sakit tersmasuk salah satu amal soleh yang sangat afdhal. Rahmat Allah senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang mengunjunginya.

Orang yang datang berkunjung sebaiknya mendoakan untuk pesakit agar dia lekas sembuh dan menasihatinya supaya memperbanyak taubat dan berpesan dengan pesan-pesan penting lainnya. Pengunjung janganlah terlalu lama duduk dan berbual dengan pesakit kecuali dalam hal-hal tertentu.

6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.

Barangsiapa yang mengikuti penyempurnaan jenazah hingga solat jenazah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barangsiapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjaran dua qirath. Mengikuti jenazah adalah hak Allah, hak jenazah dan hak kaum kerabatnya yang masih hidup.

“Suatu ketika kami semua berada di Baqi’ Al-Gharqad untuk menghantar jenazah seseorang. Pada saat itu Nabi SAW mendatangi tempat kami, lalu baginda duduk dan kami semua pun duduk mengelilinginya dan bersama baginda ada sebatang tongkat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Pendidikan yang terkandung di dalam hadis ini amatlah sederhana kelihatannya, tetapi bila direnung dengan cermat sebenarnya ia mengandungi pengajaran yang amat mendalam.

Nabi SAW. ingin mendidik dan membentuk peribadi dan sikap kita terhadap muslim lain agar selalu tolong-menolong, saling hormat-menghormati, saling doa-mendoakan agar selamat selalu; bukan saling kutuk mengutuk, hidup nafsi-nafsi dan saling salah-menyalahkan.

Tanamkan pada jiwa kita, sahabat-sahabat yang lain dan anak-anak bahwa kemuliaan dan kesempurnaan seseorang di sisi Allah bukanlah hanya terletak pada penyermpurnaannya terhadap hak Allah saja, tetapi kesempurnaan manusia adalah sangat tergantung sampai di mana dia dapat menyempurnakan semua hak: hak Allah, hak diri, hak keluarga, hak masyarakat, hak sesama insan, hak sesama muslim, hak tetangga, hak jalan, hak makhluk lain selain manusia dan lain-lain.

Wednesday, April 4, 2012

Bingkisan Untuk Muslimah Solehah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bagi muslimah yang masih bujang, mungkin ramai di antara mereka yang  merindukan untuk melengkapkan separuh daripada agama, tapi Allah SWT masih belum mendatangkan jodoh baginya. Insya Allah hampir semuanya mengharapkan pasangan yang baik agamanya. 

Di antaranya ada yang menanti dengan sabar meskipun usia sudah meningkat. Ada yang tidak sabar menanti sehingga akhirnya terima sahaja sesiapa yang datang melamar dan tidak menjadikan faktor agama menjadi pertimbangan utamanya.

Jika yang datang lelaki bujang yang soleh walaupun lebih muda sedikit terimalah kerana umur bukan faktor kebahagiaan. Atau jika yang datang lelaki mukmin yang sudah berumah tangga tetapi berkemampuan berpoligami janganlah cepat-cepat ditolak kerana mungkin bakal suami yang berpengalaman ada nilai-nilai agama dan mempunyai kesabaran yang tinggi tidak dimiliki oleh orang bujang.

Ada yang menunggu sahaja, “ Kalau sudah jodoh, tidak kemana. Tidak perlu susah payah nak cari”. Ada pula yang hanya sekadar ingin, tapi tidak mempersiapkan diri menuju ke alam rumah tangga. Tapi ada pula yang meskipun sudah bersedia dari segi usia, sudah ada rumah dan kereta dan keperluan asas tetapi belum punya keinginan menuju ke alam rumah tangga.

Untuk muslimah yang telah mendapat status ibu tunggal atau ibu tinggal, pasangan hidup perlu dicari yang beriman dan bertakwa dan mendapatkan calun yang lebih baik daripada pasangan sebelumnya. Hidup perlu diteruskan, anggaplah pengalaman yang lama sebagai satu ujian daripada Allah SWT untuk meningkatkan iman dan takwa kepada-Nya.

Walaupun jodoh itu ketentuan Ilahi tetapi ianya perlu diusahakan, dirancang dan boleh di minta bantuan daripada sahabat handai untuk merisik dan mencari.

Jadi walaubagaimanapun situasi kalian janganlah mensia-siakan waktumu dalam masa penantian itu. Jangan sia-siakan dengan angan-angan indah keran  hal itu boleh membawamu kepada zina hati. Jangan pula terlalu bersedih kerana belum dapat jodoh yang sesuai. 

Jangan sekali-kali kalian mencari cara kehidupan jahiliah, bergaul bebas dan bersosial, lari daripada akhlak Islam.

Ingatlah janji Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 26 maksudnya :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Surah an Nuur ayat 26)

Jika kalian ingin mendapatkan pasangan yang soleh maka jadikan diri kalian  solehah dahulu . Masih ada waktu bukan? Jangan sia-siakan pula waktu, fikiran dan tenagamu untuk hal-hal yang tidak bermanfaat apatah lagi maksiat. Kurangkan hal-hal yang mubah seperti menonton TV, jalan-jalan, shopping dan lain-lain yang berlebihan.

Jadi, apa yang diharus kalian lakukan?

Banyak perkara yang boleh kalian lakukan. Kembangkanlah ilmu dan potensi yang kalian miliki, contohnya dengan menyelesaikan pengajian (bagi yang belum lulus) atau melanjutkan pelajaran lagi, ataupun mengikuti kursus-kursus kemahiran. Dalam hal pekerjaan kalian boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang atau minat kalian tapi perlu mempertimbangkan beberapa perkara juga, seperti keselamatan diri kalian sebagai muslimah yang menjaga kehormatan diri dan akhlak yang mulia. Bersyukurlah jika kalian boleh bekerja sekaligus berdakwah dan mengembangkan ilmu  yang bermanfaat.

Sahabat yang dimuliakan,
Terus dan cuba kalian memikirkan tentang masalah-masalah ummat. Jangan terus sibuk berkerja sehingga tidak memikirkan tentang masalah ummat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :  “Barangsiapa ketika bangun tidak memikirkan umatku maka dia tidak termasuk dalam umatku”.

Permasalahan umat sangat banyak kalau kalian mahu perkatakan dan perlihatkan di sekitar kalian. Tidak hanya memerhatikan sahaja  tapi yang penting cari penyelesaiannya. Cuba kalian tanya diri sendiri, kalau kalian menyatakan bangga terhadap Islam, apa yang sudah kalian perbuat untuk Islam? Kalau kalian sudah memberi komitman terhadap dakwah, adakah ianya sudah semaksima yang mungkin? Atau adakah masih banyak ruang perlu kalian berikan lagi?

Ada ramai orang di sekitar kalian yang belum melaksanakan Islam dengan sempurna, ada ramai yang ingin belajar Islam, ada ramai yang minta di didik dengan baik, tetapi kadang-kadang kalian terlepas pandang  dengan membiarkan mereka. Seterusnya apalagi yang boleh di lakukan? Oleh itu siapkan bekal sebanyak-banyaknya mulai sekarang untuk membangun rumah tangga yang Islami dan membangun masyarakat yang Islami pula.

Sahabat yang dikasihi,
Mulakanlah dengan persiapan spiritual, persiapan ilmu, persiapan fizikal, persiapan emosi dan persiapan sosial. Banyak sekali yang boleh dan bahkan ada yang harus kalian lakukan. Menurut Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al Banna, “Sesungguhnya beban yang kita miliki lebih banyak dari waktu yang ada”. 

Banyak yang boleh kalian lakukan, jangan ditunda-tunda segala amal soleh, selagi kalian masih mempunyai masa yang lapang janganlah membuang waktu dengan sia-sia. Selagi belum disibukkan oleh urusan rumah tangga, mengurus suami dan anak, dan sebagainya. 

Seorang ibu bercerita, masa-masa gadisnya dulu adalah masa-masa keemasan dimana dia punya banyak waktu untuk beramal, mengembangkan diri dan memberi sumbangan untuk ummat dan dakwah. Tetapi selepas berumah tangga dia tidak cukup masa untuk berdakwah kerana urusan suami dan anak-anak. Perlu diingat bahawa jika kalian sudah berkeluarga kalian masih boleh memberi sumbangan dakwah dan tarbiah iaitu dengan melahirkan baitul muslim, anak-anak di didik dengan iman dan ilmu Islam di dalam keluarga yang sedang dibina.

Oleh itu persiapkanlah diri kalian dengan iman yang mendalam, ilmu yang bermanfaat dan menggunakan masa sebaik-baik mungkin untuk menjadi muslimah solehah.

Tuesday, April 3, 2012

Orang Mukmin Akan Menjawab Semua Godaan dan Hasutan Syaitan Dengan Ayat-ayat Allah SWT.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syaitan laknatullah sentiasa menggoda dan menghasut anak Adam daripada semua sudut. Tetapi seorang mukmin akan mampu menjawab dengan penuh keimanan kepada Allah SWT segala persolana dan hasutan syaitan. Setiap soalan akan ada jawapannya.

Kenapa aku diuji?

Jawapannya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : 'Kami telah beriman.' sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta'." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa masih tak dapat apa yang aku impikan?

Jawapannya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?

Jawapannya : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Rasa kecewa?

Jawapannya : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran ayat 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?

Jawapannya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Jawapannya : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada siapa aku mengharap?

Jawapannya : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

Aku sudah tak dapat bertahan lagi!

Jawapannya : "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusof ayat 12)

Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah pada Allah SWT selalu apabila kalian sentiasa diuji dengan bala dan musibah. Setiap sesuatu yang di timpakan ujian kepada kalian mengandungi hikmah yang besar, yakinlah terhadap qadak dan qadar-Nya dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Setiap kesusahan dan penderitaan itu terdapat kebaikan dan kebahagiaan.

Monday, April 2, 2012

Kisah Benar : Jangan Putus Asa Dengan Rahmat Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah  amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya (tazkirah sebelum solat Jumaat). Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah Allah kepada makhlukNya yang penyayang.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya sungguh besar pahala si anak kecil yang sanggup meredah hujan semata-mata ingin menyampaikan risalah dan dakwah kepada manusia supaya kembali beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Dengan izin Allah SWT dapat menyelamatkan satu jiwa yang sedang menuju ke neraka (kerana hendak bunuh diri). Walaupun ayahnya seorang berilmu tidak mampu menghadapi halangan yang kecil (hujan). Namun anak kecil yang jiwanya bersih daripada noda dan dosa bersedia untuk memikul amanah yang besar iaitu amar makruf nahi mungkar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di Neraka Jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di Neraka Jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di Neraka Jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” 
(Hadis Riwayat. Muslim, 109)

Bagaimana kita? Adakah kita sanggup untuk menyelamatkan manusia yang sedang tersesat dalam perjalanan menuju distinasi yang abadi? Mereka yang sedang hayal dan leka dengan kehidupan dunia yang mempersonakan perlulah disedarkan bahawa hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah tempat yang kekal abadi.



Thursday, March 29, 2012

Empat Ciri-ciri Orang Bertakwa Yang Akan Memasuki Syurga Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali Imran ayat 133-135)

Dalam ayat diatas, Allah SWT memotivasi umat Islam agar bersegera meraih impian yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka iaitu syurga tempat kesenangan yang diharapkan. Tempat yang dipenuhi dengan segala keindahan. Motivasi agar bersegera menuju syurga Allah SWT berikan agar umat Islam tidak lalai dan leka.

Dalam ayat di atas juga Allah SWT telah menyatakan bahawa Dia telah menyediakan syurga yang luas iatu seluas langit dan bumi kepada orang-orang yang bertakwa . Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa?

Ciri-ciri orang bertakwa adalah seperti berikut :

Pertama : Orang yang menafkahkan hartanya (suka bersedekah)  samaada ketika susah atau senang.

Kedua : Orang-orang yang mampu menahan perasaan marahnya.

Ketiga : Orang-orang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Keempat : Orang yang sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT apabila melakukan kesalahan dan dosa.

Huraiannya :

Pertama : Orang yang menafkahkan hartanya (suka bersedekah)  samaada ketika susah atau senang.

Salah satu amalan yang terbaik bagi setiap orang Mukmin adalah bersedekah. Bersedekah dapat membersihkan hati daripada sifat kikir dan bakhil. Sedangkan bakhil adalah satu sifat yang dicela oleh Allah SWT. Bersedekah bukan hanya terletak pada pemberian berbentuk wang ringgit sahaja tetapi semua kebaikan dan amal soleh adalah dikira juga sebagai sedekah.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :"Tiap anggota badan dari manusia wajib atasnya melakukan sedekah tiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan dua orang (yang berselisih) itu adalah sedekah, menolong orang berkenaan dengan tunggangannya (kenderaannya), engkau mengangkatnya atau mengangkat barang-barangnya keatas tungganganya itu adalah sedekah. Dan kata-kata yang baik itu adalah sedekah, dan setiap langkah kaki untuk solat itu adalah sedekah serta menyingkirkan sesuatu rintangan dari jalan itu adalah sedekah." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”  (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kedua : Orang-orang yang mampu menahan perasaan marahnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A'raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ketiga : Orang-orang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Salah satu di antara ajaran Islam yang sangat agung adalah ajaran untuk saling memaafkan. Memafkan berarti orang lain yang yang mempunyai kesalahan kemudian kita memberi maaf. Sementara kalau kita yang mempunyai kesalahan maka wajib bagi kita untuk meminta maaf.

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Memafkan sesaorang yang kita tidak mampu membalasnya adalah baik dan sedikit wajar, kerana kedudukan kita pada saat itu lemah. Sementara memaafkan seseorang yang kita mampu untuk membalasnya adalah lebih baik dan lebih mulia karena pada saat itu kedudukan kita kuat dan boleh melakukan apa saja. Ketika seseorang berusaha untuk menjadi pemaaf berarti ia telah berusaha untuk meniru sifat Allah S.W.T. iaitu Al-‘Afuwwu yang Maha Pemaaf. Sesaorang yang memaafkan orang lain adalah orang yang cuba menghilangkan luka hatinya akibat kesalahan yang di lakukan orang lain terhadapnya.

Sifat pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu muslim.

Keempat : Orang yang sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT apabila melakukan kesalahan dan dosa.

Setiap manusia ada melakukan kesalahan dan dosa. Sebaik-baik mereka yang bersalah adalah minta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW  sendiri bersifat maksum dan telah di ampunkan dosa baginda yang dahulu dan akan datang oleh Allah SWT tetap beristigfar 100 kali sehari. Sepatutnya kita lebih dari itu kerana betapa banyaknya dosa dan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan terhadapNya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Bukti penyesalan ialah mengaku dosa dan tidak lari dari tanggungjawab untuk menerima akibatnya. Seterusnya, meminta maaf kepada manusia yang dizalimi dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Demikianlah, yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. dan Hawa setelah memakan buah terlarang. Keduanya berkata : "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi."
(Surah Al-A'raf ayat 23)

Diikuti Nabi Nuh a.s. yang memohon keampunan kerana hasrat untuk syafaatkan anaknya ditolak Allah SWT. Nabi Nuh a.s. berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Jika sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi."
(Surah Huud ayat 47).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah SWT dan sentiasa memohon ampun kepada-Nya setiap masa dan ketika kerana sebagai manusia kita sering melakukan dosa dan kesalahan samaada kita ketahui atau tidak. Hayatilah empat sifat orang yang bertakwa seperti di atas iaitu suka bersedekah, dapat mengawal perasaan marah, mudah memaafkan kesalahan orang lain dan sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.


Wednesday, March 28, 2012

Kenapa Umat Islam Sekarang Suka Memfitnah dan Mendedahkan Aib Saudaranya?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perkembangan mukthair ini setiap hari akan ada berita-berita sensasi dalam akhbar arus perdana, umat Islam sesama mereka berlumba-lumba mengaibkan saudaranya seagama, malah berasa bangga apabila pihak lawannya tidak mahu saman ke mahkamah atau membisu tidak mahu melayan cabarannya. Orang yang suka mengaibkan orang lain adalah mereka yang ego, sombong dan takabur.

Amalan songsang ini bertentang sungguh dengan roh Islam, adab-adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan menyalahi dengan sifat orang mukmin iaitu yang bersifat lemah lembut dan bertolak ansur. Budaya melayu juga mengajarkan kita supaya menghormati orang lain dan beradab sopan. Paling mendukacitakan orang yang sanggup mencari aib orang lain adalah berpelajaran tinggi, pakar motivasi, bercakap untuk memperjuangkan Islam dan melayu dan mampu berpidato berapi-rapi mengajak hadirin berakhlak Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika kita melayari blog-blog politik di alam maya samaada yang menyokong parti pemerentah atau pembangkang,  kita akan bertembung dengan perdebatan yang mengaibkan satu sama lain. Perkataan maki hamun, sumpah seranah, hina menghina, fitnah memfitnah, mengadu domba, laknak melaknat dan gambar-gambar superimpose (gambar palsu) berleluasa di mainkan oleh pihak-pihak yang bermusuhan.

Apakah perubahan sikap dan akhlak umat Islam sekarang ini sudah berubah? Daripada sikap berlemah lembut dan adab sopan , kasih mengasihi sesama saudara muslim sudah bertukar menjadi ganas, penuh dendam kesumat, hasad dengki dan kebencian yang memuncak? Di mana letak iman mereka sebenarnya? Nabi SAW ada menjelaskan bahawa tidak ada iman bagi mereka yang tidak mengasihi saudaranya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya” (Hadis riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

Apakah umat Islam yang terlibat itu sudah tidak takut kepada Allah SWT, tidak takut kepada kematian dan seksaan dialam barzakh dan hari akhirat? dan tidak takut kepada seksaan api neraka yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang melakukan fitnah, maki hamun, mengadu domba dan hasad dengki?

Adakah mereka menganggap dengan mengeluarkan perkataan maki hamun, sumpah seranah, menyuburkan fitnah , menjadi penyokong fanatik kepada parti dan pemimpin mereka, mereka akan dikasihi oelh Allah SWT dan akan di masukkan kedalam syurga? Nauzubillahiminzalik,

Hakikat sebenarnya mereka sudah tertipu dengan kerja-kerja iblis laknatullah, mereka sudah dikuasai oleh nafsu amarah sehinggakan tidak ada pertimbangan yang waras dan soal dosa pahala di tolak tepi, yang penting bagi mereka rasa puas apabila kutukan dan sumpah seranah dapat dilepaskan kepada musuh mereka. Soal hendak menjadi muflis atau tidak dihari akhirat itu soal lain yang penting apa yang nafsu mereka hajatkan dapat dipenuhi.

Sahabat yang dimuliakan,
Hidup masa kita sebenarnya untuk istiqamah dengan kebaikan dan bersifat tawaduk amat sukar sekali, kita sering di ajak untuk bersama-sama menyuburkan fitnah dan menjadi pemegang saham dosa besar yang sama bagi mereka-mereka yang menyuburkan fitnah dan dosa-dosa besar. Jika kita share sahaja dalam wall gambar-gambar berupa fitnah atau berita-berita palsu hakikat sebenarnya dosa besar yang orang lain buat sama saja kita akan dapat dan tidak dikurangkan walaupun sedikit. Jika kita komen tanda sokong atau 'like' dalam ruang komen yang berunsur fitnah dan megaibkan orang lain maka kita bersubahat dan bertali arus dosa-dosa besar masuk dalam buku catatan kita. Jika ceramah-ceramah mengaibkan orang lain kita sokong dan bersorak dan tepuk tanggan kita juga dapat saham yang sama seperti penceramah tersebut perolehi.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Hai orang-orang yang beriman! Kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu”  (Surah Al-Hujurat ayat 6)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu kalian perlulah berhati-hati, jangan mudah percaya dan terpedaya dengan berita fitnah, berita palsu, berita mengaibkan orang lain (jika tidak disertai dengan bukti) dan berita-berita tuduhan zina atau liwat yang tidak membawa 4 orang saksi yang adil samaada terdapat dalam akhbar arus perdana, blog, multi media, radio, television, facebook, E-Mail, SMS, MMS, vedio, VCD, risalah-risalah dan  ceramah-ceramah umum. Kesemua medium penyampai maklumat itu jika kita mudah terpengaruh dan mempercayainya akan memudahkan kita menghimpun dosa-dosa besar yang banyak dan tidak mampu kita tanggung di akhirat nanti kerana amal soleh dan amal ibadah kita terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk bayar balik dosa -dosa fitnah kepada orang yang kena fitnah.

 Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda maksudnya :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya)

Bagaimana sikap kita supaya kita terselamat daripada menjadi muflis atau menanggong dosa besar orang lain? Sebagai seorang mukmin kita diminta menjauhkan diri daripada segala bentuk mengumpat , fitnah dan perkara negatif yang cuba dibawa atau ditonjolkan oleh orang lain. Lebih baik dan selamat kita bersanggka baik dengan saudara seagama daripada kita mengiyakan berita negatif tersebut dan kita banyakkan bersahabat dengan orang soleh yang mukmin dan banyakkan masa untuk menuntut ilmu dan sebarkan ilmu yang bermenfaat.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bahaya lidah adalah kerana tersebarnya kebatilan agama yang diakibakan oleh lidah mengucapkan kata-kata yang batil ataupun banyak bicara pada hal-hal yang tidak bermanfaat. Kedua-duanya merosakkan masyarakat dan hubungan baik dengan orang lain.

Biasanya masa pilihanraya yang sudah hampir tiba, pembawa-pembawa fitnah akan menjaja dimerata tempat berita-berita palsu, keaiban musuh politiknya samaada aib yang lama atau baru, gambar-gamabar superimpose tuduhan-tuduhan palsu dan sebagainya, sikap kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri, jangan pula kita menjadi agent penyambung cerita, atau mengambil upah sebagai juru cakap kerja yang tidak betul. Ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan amalan kita tidak supaya tidak terhapus oleh kerana perbuatan kita bersubahat dengan pembawa fitnah tersebut.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri dan mengawal lidah, tangan , telinga dan mata kita supaya semuanya kita gunakan untuk membawa kebaikan dan rahmat kepada sekelian alam. Jika kita menulis , share, sokong atau komen pastikan semuanya mebawa manfaat dan dijauhi daripada dosa fitnah, mengumpat atau mengaibkan orang lain. Inilah yang dikatakan amal soleh yang berterusan , bukan sahaja amal soleh itu berbentuk ibadah tetapi kita bermuamalat dengan saudara seagama dengan cara makruf juga amal soleh maka ganjaran besar menanti kita insya Allah.