Saturday, May 5, 2012

Jauhkan Daripada Lima Maksiat Yang Akan di Segerakan Balasannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah SAW. kepada kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda; "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT., semoga kamu tidak menemui masa itu. 
Perkara­-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :

Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit taun dan penyakit yang belum pernah berlaku menimpa umat-umat yang terdahulu (seperti aids, sifilis, selsema burung, H1N1 dan sebagainya) adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum muslimin (sepeti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum muslimin dikuasai oleh Zionis Israel laknatullah, Afginistan dan Iraq dikuasai oleh Amerika) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah SWT

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum­-hukum Allah SWT. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.


Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita perhatikan maksud hadis diatas kelima-lima bala tersebut secara realitinya  telah berlaku di dalam masyarakat kita . Gejala sosial dan kemungkaran (dosa-dosa besar) yang dilakukan dalam masyarakat telah sampai kepada kemuncaknya. Punca sebenarnya adalah kerana perkara ke lima iaitu apabila mereka meninggalkan hukum-hukum Allah SWT dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Oleh itu marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Semua Permintaan Ahli Syurga di Tunaikan Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Ada seorang lelaki penghuni syurga meminta izin Allah untuk bercocuk tanam, kemudian dikatakan kepadanya, "Bukankah sudah diizinkan kepadamu untuk melakukan apa saja yang kamu mahukan?" Lelaki itu menjawab : "Memang, tetapi kali ini saya ingin bercucuk tanam."

Kemudian lelaki itu menyemai benih. Dan orang pun melihat tanamannya hijau, subur saujana mata memandang. Bahkan dapat umpamakan seperti gunung. Lalu Allah SWT berfirman, "Petiklah tanamanmu wahai manusia, tidak ada sesuatu pun yang dapat mengenyangkanmu."

Pengajarannya :

1. Sesuatu yang diingini oleh seorang hamba di syurga berupa kenikmatan dunia, boleh diperolehi disana.

2. Seseorang itu dapat dikenali daripada kebiasaan yang dilakukannya.

3. Jiwa manusia itu mempunyai keinginan untuk sentiasa menambah kekayaan.

4. Keutamaan berpada-pada dengan apa yang ada dan janganlah bersikap dengan sifat tamak atau rakus dengan harta.

Kata-kata Nasihat Allahyarham al-Fadhil Ustaz Dato' Kaya Bakti Dahlan Mohd Zain.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Marhum Ustaz Dato' Kaya Bakti Dahlan bin Mohd Zain adalah seorang pemimpin, guru, pendidik, murabbi dan seorang tokoh pendakwah yang gigih .

Ustaz Dahlan beroleh ijazah didalam bidang syariah dari Universiti Baghdad, Iraq. Beliau telah mendapat didikan Tarbiah Ikhwan Muslimin di Iraq semasa beliau menuntut di sana dibawah pimpinan Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rashid atau Abu Ammar.

Beliau kembali ke tanahair dan mula aktif dilapangan Dakwah sejak diakhir tahun 1960an khususnya di dalam ABIM (ditubuhkan tahun 1972).

Mengimbau kembali zaman Kebangkitan Islam Haraki yang pertama pada tahun-tahun akhir 70 an dahulu. Manhaj amal Al-Marhum menekankan persoalan dan pembentukan akidah pada diri para pendakwah berupa pembersihan jiwa, penumpuan terhadap aqidah seperti di fasa Makkiyah dan penolakan total terhadap segala bentuk jahiliyah zaman moden ini begitu menonjol terutama pada akhir 70 an.

Al-Marhum adalah pengasas Pusat Pendidikan Maahad Tarbiah Islamiah (MATRI) terletak diTunjung Perlis bersama-sama sahabat seperjuangan Ustaz Omar Hi Salleh, Ustaz Abd Hadi Osman, Cikgu Mohd Abduh dan lain-lain lagi.
Maahad Tarbiyyah Al Islamiyyah atau singkatannya MATRI mula beroperasi pada tahun 1987. MATRI adalah sebuah sekolah agama rakyat, dibangunkan hasil usaha titik peluh dan sumbangan infaq orang ramai bermula dari sebuah bangunan kecil dan kini MATRI  mampu mendidik hampir 1000 orang pelajar yang terdiri dari pelajar Malaysia dan pelajar-pelajar dari luar negara spt. Aceh, Kemboja dan selatan Thailand. MATRI telah mengeluarkan ramai ustaz dan hafiz yang amat diperlukan samada dalam negara dan Negara Luar terutamanya Kemboja yang amat kekurangan ustaz sebagai pendakwah di sana. MATRI telah melahirkan ramai pelajar yang terpilih sebagai pelajar terbaik Malaysia bagi peperiksaan PMR, SPM & STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). 

 

Diakhir hayatnya, Ustaz Dahlan adalah Mudir (Pengetua) Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI).

Al-Marhum juga pengasas kepada Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia.(HALUAN Malaysia). HALUAN adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO Islam) yang aktif menyampaikan dakwah kepada para pelajar di sekolah, IPT dan masyarakat umum.
Al-Marhum Ustaz Dahlan dimasukkan ke hospital pada 8 Ogos 2010 , 2 hari sebelum bermula bulan puasa Ramadan kerana sesak nafas dipercayai kerana paru-paru berair. Al-Marhum sempat menjalani dialisis sebanyak 3 kali sebelum keadaan beliau merosot diikuti kegagalan buah pinggang, paru-paru berair dengan beberapa serangan jantung dan stroke  sebelum pihak keluarga mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah pada pagi Sabtu 18 Sept 2010. Kira-kira jam 9.55 pagi pada hari yang sama, Ustaz Dahlan menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan keluarga dan para pendakwah HALUAN yang giat bekerja demi Islam serta masyarakat yang dibimbing olehnya, khususnya melalui pusat pendidikan Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI), Tunjung, Perlis.

Al-Marhum berpesan katanya : “Kita akan berasa sempit apabila memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata daripada mata-mata rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda.” -- Al-Marhum Ustaz Dato' Kaya Bakti Dahlan bin Mohd Zain 

Bersama Murabbi

Bersama Murabbi

Doa :

"Ya Allah! Bagimu segala puji! Engkau cahaya langit dan bumi beserta isinya. Bagimu segala puji! Engkau Maha Benar; janjiMu benar, firmanMu benar, berjumpa denganMu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, hari kiamat itu benar, para nabi itu benar, dan nabi Muhammad itu benar. Ya Allah! kepadaMu aku berserah diri, bertawakkal, aku beriman, aku kembali, denganMu aku memusuhi (musuhMu) dan kepadaMu aku mengadu. Ampunilah aku dari setiap dosa yang telah aku lakukan dan lalaikan, dari sesuatu aku sembunyi dan nampakkan. Engkaulah Dzat Yang Maha Terdahulu dan Terakhir"
(Hadis Riwayat Bukhari)

“TARBIYAH tanpa DAKWAH, takkan ke mana-mana, DAKWAH tanpa TARBIYAH,
sia-sia .”

Thursday, May 3, 2012

Kenapa Umat Islam Suka Membuat Fitnah Dengan Skandal Seks?

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, sama ada melalui media cetak (akhbar) mahupun media elektronik (internet/ television). Tujuan kemudahan itu dicipta untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, sama ada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri.

Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar dan fitnah, mereka-cipta gambar-gambar skandal seks, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah dan mengaibkan orang lain.

Kita perlu mengetahui bahawa fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak yang dilakukan sama ada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat , gambar-gambar, VCD dan gerak-geri dan sebagainya, sama ada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu apa itu mengumpat?'' "Tidak,'' jawab sahabat. Balas Baginda, "Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.'' Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?'' Jawab Rasulullah SAW, "Itulah maksudnya mengumpat.'' Nabi berkata lagi, "Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).'' (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kenapakan manusia suka membuat fitnah kepada indivudu tertentu? Puncanya adalah kerana orang yang difitnah adalah musuh politiknya (untuk merosakkan kaeria politik seseorang) atau pun saingannya dalam perniagaan atau kedegkian hati kerana kejayaan seseorang di dalam kerjayanya dan kehidupan.

Siapakah yang akan terlibat dengan dosa besar fitnah?

1. Individu yang mula-mula mencipta dan merancangan berita fitnah itu dengan diubah suai gambar-gambar palsu (superimpose) dan dimuatkan dalam internet (facebook, blog atau you-tube)

2. Semua akhbar yang memuatkan dalam akhbar mereka tanpa usul periksa di petik daripada laman sosial dan membenarkan berita-berita atau gambar-gambar berupa fitnah tersebut.

3. Sesiapa sahaja yang 'share' dan 'like' dan mempercayai dan menyebarkan pula berita fitnah tersebut kepada rakan-rakan mereka dalam facebook atau blog.

4. Semua saluran televison yang menyiarkan berita fitnah dan membesar-besarkannya seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa membawa saksi dan bahan bukti yang sahih.

5. Semua NGO , kelab, persatuan, pemimpin parti politik , pemimpin masyarakat, bekas pemimpin negara, pensyarah, wartawan, penulis blog dan artis yang menyokong dan memberi komen negatif tanpa membawa saksi yang adil terhadap berita fitnah terutama yang melibatkan tuduhan zina atau liwath maka mereka semuanya akan mendapat saham DOSA BESAR . Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.

Apakah akibat yang akan mereka terima di dunia dan akhirat jika mereka membuat, menyebarkan, menyokong dan mempercayainya?

Akibat di dunia yang akan diterima :

1. Kehidupannya tidak diberkati oleh Allah SWT.

2. Rezekinya akan sempit dan jiwanya tidak akan tenang.

3. Rumah tangganya akan menjadi porak peranda.

4. Aibnya akan di dedahkan oleh orang lain kerana dia mendedahkan aib orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

5. Hatinya akan menjadi hitam, keras dan mati kerana dosa besar yang dilakukannya menutup pintu hidayah daripada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

6. Membuat dan menyebar fitnah adalah kawan syaitan, syaitan cukup suka berkawan dengan golongan ini. Jika di dunia ini sudah menjadi kawan karib syaitan maka akan hilang dalam jiwa mereka sifat kasih sayang sesama saudara muslim dan akan timbul perasaan hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat. Syaitan akan mendorong mereka kepada perbuatan terkutuk yang lebih dahsyat lagi.

Akibat di akhirat yang akan diterima :

1. Tidak dapat masuk syurga .

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Menjadi seorang muflis.

Nabi SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Di aibkan oleh Allah SWT.

Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda maksudnya :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya)

4. Semasa Israk dan Mikraj Nabi SAW nampak perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang baginda nampak yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

(Walaupun seksaan itu ditujukan kepada kaum wanita yang suka mengadu domba dan memfitnah orang lain tetapi sekiranya lelaki juga suka memfitnah maka seksaan yang serupa juga akan diterimanya di akhirat nanti)

5. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW di nampakkan beberapa seksaan-seksaan yang akan di terima umatnya di hari akhirat nanti kerana dosa-dosa yang pernah mereka lakukan di dunia. Salah satu seksaan yang dahsyat yang akan diterima oleh umatnya adalah mereka yang suka bermusuhan sesama saudara muslim dan suka cari aib orang lain dan didedahkan kepada orang ramai.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "...ada sekelompok lagi kukunya terbuat daripada tembaga api neraka, panjang kukunya lalu mencakar-cakar mukanya.dan mengoyak-ngoyakan mukanya sendiri, hancur muka dan dikembalikan lagi ke bentuk asal begitulah berulang-ulang. Ini balasan untuk mereka yang sentiasa bermusuh-musuhan sesama saudara muslim, suka cari aib orang lain, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri."

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita tinggalkan segala bentuk fitnah dan mengaibkan orang lain, nasihatkanlah mereka-mereka yang seronok memuat-turunkan gambar-gambar lakunan seks oleh para pemimpin masyarakat atau mereka yang dikenali ramai sedangkan belum pasti betul dan biasanya gambar seperti itu adalah palsu.

Dalam Islam jika kita menuduh seseorang itu berzina perlu membawa 4 orang saksi yang adil, jika tidak hukuman qazab boleh dikenakan kepada mereka yang membuat tuduhan tersebut. Sebenarnya perbuatan fitnah dan jahat seperti ini adalah pekerjaan orang-orang fasik, munafik dan zalim yang tak takut dosa dan kemurkaan Allah SWT. Kalian boleh saksikan di dunia ini mereka yang terlibat dengan konspirasi fitnah dan mereka cipta vedio seks fitnah tidak akan bahagia hidup mereka dan sentiasa mendapat musibah kerana dosa-dosa fitnah amat dibenci oleh Allah SWT balasannya akan diterima di dunia lagi sebelum mereka diseksa di hari akhirat nanti.







Tuesday, May 1, 2012

Jauhi Permusuhan dan Perbalahan Sesama Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, Jauhilah perbuatan suka mengadu domba iaitu dipanggil 'An-Namimah' kerana mengadu domba adalah perbuatan yang amat dicela oleh Islam.
Nabi SAW bersabda :
‏Ù„Ű§ ÙŠŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© ‏ ‏Ù†Ù…Ű§Ù…
Maksudnya : "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
 
Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik ‘niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng. 

Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri ‘alim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk kepada  pendapat dan hujjah masing-masing untuk mencari hujjah tambahan. 

Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah orang lain diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain.

Nabi SAW menyebut :
Ű§Ù„ÙƒŰšŰ± ۚ۷۱ Ű§Ù„Ű­Ù‚ وŰșÙ…Ű· Ű§Ù„Ù†Ű§Űł
" Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Hadis Riwayat Muslim) 

Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadis di atas :-
"Rasa ‘ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat (termasuk nikmat ilmu)" 

Sahabat yang dimuliakan,
Perbahasan atau perdebatan ilmu untuk mencari kebenaran tidak dilarang dengan syarat masing-masing mengutamakan ukuwah Islamiah, kasih sayang dan keikhlasan. Bukannya berdasarkan emosi dan rasa ego dengan pendapat sendiri dengan meremehkan pendapat muslim yang lain.

Lihatlah beberapa hadis Nabi SAW  yang melarang pertengkaran, perbalahan dan saling kecam mengecam dan hina menghina sesama mukmin.

1. Menyebarkan fitnah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Membuat fitnah adalah salah satu dosa besar yang amat dibenci oleh Allah SWT. Sekiranya seseorang mempunyai aib sekalipun Islam melarang aib tersebut di dedahkan dan disebarkan, apatah lagi seseorang itu tidak ada aib sedangkan dia dituduh dengan sesuatu aib.

2. Memutuskan silaturahim.

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

"Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)

3. Menyakiti hati orang Islam.

Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian menyeru dengan suara yang keras:
"Hai semua orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan kamu menyelidiki cacat-cacat mereka. Sebab barangsiapa menyelidiki cacat saudara muslim, maka Allah pun akan menyelidiki cacatnya sendiri; dan barangsiapa yang oleh Allah diselidiki cacatnya, maka Ia akan nampakkan kehidupan dalam perjalanan yang jauh." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

4. Menghina orang Islam.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Takwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Hadis Riwayat al-Tirmizi, kata hadis ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

5. Mengadu domba.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Suka maki hamun .

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri.

Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya.

Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang berkata, ‘Celakalah mereka!’ maka orang itulah yang paling celaka.” (Hadis Riwayat Muslim no. 2251)

7. Menuduh kafir, sesat atau bidaah dalalah.

Dari Abu Zar ra, ia mendengar Nabi SAW bersabda, “Seorang lelaki yang menuduh lelaki lain jahat, atau menuduhnya kafir, maka tuduhan itu berbalik kepadanya, jika orang yang dituduhkannya itu tidak seperti itu.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 1709)

Berhati-hatilah jika kalian cuba menuduh pihak lain sesat atau kafir sekiranya golongan yang dituduh tidak sesat disisi Allah maka kesesatan dan kekafiran itu jatuh kepada golongan yang menuduh tadi.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menjauhkan diri daripada perbahasan, pertengkaran dan tuduh menuduh dalam perkara-perkara khilafiah dan furuk (cabang-cabang Islam) dan utamakanlah ukhwah Islamiah dan kasih sayang sesama saudara muslim. 

Perhatikanlah firman Allah SWT yang bermaksud :"Wahai orang yang beriman . Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim."
(Surah al-Hujurat ayat 11)






Doa Minta di Jauhi Daripada Masaalah Hutang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Amalkanlah doa ini setiap pagi dan petang semoga Allah SWT memberi kekuatan jasmani dan rohani dan terhindar daripada kejahatan orang lain kepada kita termasuk dijauhi daripada masaalah hutang-hutang yang membebankan kehidupan.

Doanya adalah seperti berikut :

"Ya Allah, lindungi kami dari perasaan ketakutan dan kesedihan, jauhi kami dari sikap lemah dan malas, lindungi kami dari sifat penakut dan kedekut, bebaskan kami dari bebanan hutang dan penindasan orang"..

(Dari Abu Said al Khudri berkata; Suatu hari Rasulullah SAW bersabda, " Bila kamu membaca apa yang aku ajarkan, nescaya Allah hilangkan rasau risau dari dirimu dan melunaskan hutang-hutangmu..Ketika pagi dan petang, ucapkanlah Allahumma Inni A'uzubika minal Hammi wal Hazan, Wa A'uzubika minal A'zji wal Kasal, Wa A'uzubika minal Jubni wal Bukhli, Wa A'uzubika min Ghalabatiddaini wa Qahrir Rijaal...." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Calun Presiden Mesir Dr Ir Mohd Mursy Dari Ikhwan Muslimin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
 

Pengumuman terakhir 13 calon Pilihanraya Presiden Mesir (23-24 Mei 2012) 

Yang lulus pencalonan adalah seramai 13 orang semuanya. 

(1) Ir Khairat Syatir & Hazim Solah digugurkan, dan 

(2) nama calon Ikhwan Muslimin, Dr. Ir. Mohd Mursy diumumkan sebagai calon terakhir, 
 iaitu calun ke 13.

Dengan pengumuman ini, kemelut pencalonan bagi Presiden Mesir diharapkan telah pun berakhir kecuali akan ada nanti senerio yang lain pula.

Calon Ikhwan Muslimin yang asal, Ir Khairat Syatir sememangnya calon yang paling layak bukan sahaja dari Ikhwan Muslimin untuk rakyat Mesir, bahkan bagi Dunia Islam seluruhnya. Prestasi beliau  ialah beliau berjaya dalam segala lapangan yang diceburi samada pendidikan diri, dakwah yang beliau yakini dan perniagaan yang beliau ceburi. 

Apabila Ikhwan Muslimin dicantas habis-habisan dizaman Presiden Nasir, Sadat dan Mubarak, sejak dizaman mahasiswa lagi, beliau bersama dengan Ikhwan yang lain berjaya setelah berhempas pulas, membangunkan semula organisasi harapan umat ini. Setelah perusahan-perusahan perniagaannya seperti Syarikat Salsabeel disabotaj, ditutup dan dirampas harta bendanya oleh rejim pemerintah Mesir, beliau masih berjaya.membangunkan firma-firmanya semula dan pada hari ini dan masih bergelar jutawan yang berjaya. 

Pencalonan beliau digugurkan atas alasan hukuman Mahkamah Tentera keatasnya dizaman Presiden Mubarak mengharamkannya terlibat dalam politik bagi tempoh tertentu. 

Mendengar hal ini, Ikhwan Muslimin mengemukakan calon Presiden kedua sebagai backup sekiranya usaha mengemukakan rayuan kepada SPR untuk Ir Khairat menemui kegagalan.

Tiga minggu dihadapan ini sehingga hari Pilihanraya Presiden (23-24 Mei) adalah bukan semata-mata kempen antara calon Islamis dan calon sekularis liberalis, akan tetapi ia adalah perang diantara Manhaj Islamiyy yang kita bawa berhadapan dengan Manhaj Barat yang dipaksakan keatas umat Islam berkurun lamanya. 

Dari kalangan 13 calon Presiden Mesir, 3 darinya adalah dianggap calon Islamis yang iaitu :
  1. Dr. Ir. Mohd Mursy.
  2. Dr. Salem Awa
  3. Dr. Abdul Mun’im Abul Futuh.
  4. Ir Khairat Syatir (digugurkan dengan alasan hukuman mahkamah masih berjalan).
  5. Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail (digugurkan dengan alasan ibunya memohon warganegara Amerika).
Yang akan mendapat tentangan dari 2 calon popular dari Regim Mubarak yang lalu iaitu :
  1. Amru Musa, bekas Menteri Luar Mesir dan Setiausaha Liga Arab.
  2. Dr Ahmad Syafiq, bekas Perdana Menteri Mesir.
Bilangan undi bagi calon Islamis juga akan pecah kerana persaingan diantara ketiga-tiga calon diatas.

Sahabat yang dimuliakan,
Ikhwan Muslimin terpaksa mengemukakan calun Presiden kerana perlembagaan Mesir memberi kuasa mutlak kepada Presiden dan dapat mengatasi kuasa ahli parlimen . Presiden Mesir mempunyai kuasa veto untuk membatalkan keputusan parlimen. Oleh itu untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan undang-undang Mesir ke arah perlaksanaan undang-undang Islam maka keharusnya tidak wujud pertembungan di antara keputusan parlimen dengan pendapat presiden maka Ikhwan Muslimin merasakan bahawa seorang ahli Ikhwan Muslimin perlu mengambil bahagian dalam pertandingan Presiden Mesir dan menolak calun Presiden daripada bekas menteri kabinet Mubarak dan golongan sekular yang lain.

Sunday, April 29, 2012

Siapakan Pemimpin Yang Mendapat Rahmat Allah SWT?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap negara di dunia ini perlukan pemimpin yang akan mengetuai dan mentadbir negara tersebut. Berjaya atau mundurnya sesebuah negara adalah bergantung kepada corak kepimpinan ketua kerajaan dan ahli-ahli kabinetnya yang akan melaksanakan pembangunan dan pentadbiran. Jika mereka semua jujur dan beramanah, tidak ambil rasuah dan mengutamakan rakyat yang berada dibawah pemerentahannya maka akan aman dan berbahagialah negara tersebut. Tetapi sekiranya ketua negara dan ahli kabinetnya rasuah dan mengutamakan kroni dan ahli keluarga maka negara tersebut akan mengalami kehancuran.

Pemimpin yang dirahmati Allah SWT adalah pemimpin yang sentiasa mendatangkan pertolongan, rahmat dan keberkahan-Nya. Tapi pemimpin yang jauh dari rahmat Allah SWT adalah pemimpin yang tidak adil, tidak mengambil peraturan dan undang-undang Allah SWT, maka kepemimpinannya itu akan mendatangkan kesulitan, azab yang berujung kepada kemusnahan dan kehancuran, oleh kerana itu sangat penting kita mengetahui kriteria pemimpin yang dirahmati Allah SWT.
 
Terdapat enam kriteria pemimpin yang dirahmati Allah:

Pertama : Pemimpin yang menyedari kesalahannya dan mahu memperbaikinya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dia berkata: 'Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat'.". (Surah an-Naml ayat 46)

Kedua : Pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat’’.(Surah Ali-Imran ayat 132).

Ketiga : Pemimpin yang membawa keredaan, keselamatan, cahaya dan jalan yang lurus.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus’’.(Surah al-Maaidah ayat 16)

Keempat : Pemimpin yang berbuat baik.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah Amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik’’. (Surah al-’Araf ayat 56)

Kelima : Pemimpin yang menunaikan solat, zakat, dan mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat’’. (Surah an-Nur ayat 56)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : ‘‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’’. (Surah at-Taubah ayat 71)

Mendirikan solat merupakan gambaran dari hubungan yang baik dengan Allah SWT, sedangkan menunaikan zakat merupakan gambaran dari keharmonian hubungan dengan sesama manusia. Makruf adalah suatu istilah yang berkaitan dengan segala sesuatu yang dianggap baik oleh agama, akal dan budaya, dan sebaliknya  mungkar pula adalah perbuatan yang berlawanan dengan makruf. Dari gabungan itu semua, seseorang yang diberi kedudukan oleh Allah SWT untuk memerentah satu negara, ia berkewajiban untuk melahirkan suatu masyarakat yang hubungannya dengan Allah baik, kehidupan masyarakatnya harmoni dan agama, akal dan budayanya terpelihara.

Keenam : Pemimpin yang mampu mengatasi konflik dan perselisihan di dalam masyarakat.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat’’.(Surah al-Hujurat ayat 10)

Sahabat yang dimuliakan,
Memimpin rakyat bukan berbuat jasa, tetapi ianya adalah melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Jika ditanya "Siapa mahu jadi pemimpin?" Pasti ramai yang akan bukan setakat menawarkan diri malah menjadi buruan dan rebutan. Di kebanyakan negara perebutan untuk menjadi pemimpin hingga mencetuskan persaingan sengit, persengketaan, permusuhan, perbalahan, berbunuhan malah hingga ke peringkat tercetusnya perang saudara. Saling berdendam, jatuh menjatuh, kutuk mengutuk, tuduh menuduh, guling mengguling, rampas kuasa adalah perkara biasa sahaja.

Realiti ini sedang berlaku di seluruh dunia. Perebutan untuk menjadi pemimpin itu merupakan simbol cinta dunia yang keterlaluan. Masing-masing terlalu gairan dan bercita-cita melihat kepada habuan dan imbuhan yang akan diperolehi. Pihak yang sedia berada di persada kepimpinan pula sedaya upaya mempertahankan kedudukan itu kerana terlalu sayangkan habuan dan keistimewaan yang dikecapi selama ini.

Biarpun banyak seruan dan peringatan dibuat agar tidak menjadikan kepimpinan itu sebagai lubuk kekayaan, namun sukar diterima seruan tersebut kerana terbukti mereka yang memiliki jawatan kepemimpinan itu telah dan sedang tenggelam dalam lautan kekayaan yang melampau. 

Keistimewaan duniawi inilah yang sering menjadi perhitungan dalam mendorong usaha keras untuk berada di tampuk kepimpinan. Tidak kurang juga yang melihat peluang lain di antaranya ialah populariti dan meningkatkan pengaruh dalam masyarakat.

Jika tawaran kepimpinan itu tanpa habuan, kelebihan, kemudahan atau keistimewaan mungkin ramai tidak ghairah, tidak memberi sebarang reaksi atau sekadar diterima dengan tawar dan hambar. Jika dilantik begitu saja mungkin ditolak dengan alasan membuang masa, membebankan tenaga dan menghabiskan harta benda.

Di sinilah kelihatannya sebagai bukti bahawa tiada yang memandang dengan penuh keyakinan bahawa kepimpinan itu satu amanah besar, berat dan penuh tanggungjawab di hadapan Allah SWT. Hampir tiada yang melihat kepimpinan itu adalah soal siapa mahu tetapi siapa mampu. 

Sahabat yang dikasihi,
Oleh kerana pemimpin yang akan kalian pilih adalah perkara besar , kalian akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT jika kalian silap memilihnya, maka kalian perlulah berhati-hati jangan salah pilih pemimpin. Tangan kalian yang akan mengundi dan memangkah calun yang bertanding perlulah dibuat semata-mata kerana Allah SWT. Jangan gadaikan masa depan kalian diakhirat dengan memilih calun yang rasuah, menentang hukum-hukum Allah SWT dan calun yang boleh menarik kalian ke neraka. 

Walaupun tangan kalian cukup ringan memangkah tetapi berat semasa Mizan nanti samaada berat kepada pahala atau berat kepada dosa. Berat kepada pahala apabila kalian memilih pemimpin yang memiliki enam ciri-ciri di atas dan berat kepada dosa apabila calun yang kalian pilih menghina Islam, tidak taat kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, tidak suka kepada hukum hudud, membiarkan dan menggalakkan maksiat bermaharaja lela, munutup pintu rundingan dengan rakyat, rasuah dan menghina ulama dan menyekat dakwah Islam.

Kepimpinan juga sama seperti bidang lain yang mestilah berasaskan kelayakan. Layaknya seseorang menjadi pemimpin itu adalah kerana dirinya memang memiliki bakat semulajadi, dapat pula memenuhi ciri-ciri kewibawaan dan masak dengan selok belok peranan kepimpinan.

Terlalu luas dan banyak aspek yang perlu difahami dan dihayati oleh seseorang yang bergelar pemimpin. Namun dari keseluruhan aspek itu dapat dirumuskan berdasarkan pesanan Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a kepada para pemimpin negeri dan daerah yang hadir dalam pertemuan bulanan. 

Kata Sayidina Umar: "Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertakwa. Kerana tanpa ketakwaan kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat.

Aku juga sangat kecewa terhadap orang yang bertakwa tetapi dungu. Kerana orang itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna."

Bersandarkan kepada intipati pesanan Saidina Umar Ibnu Khattab tersebut bahawa mereka yang berkelayakan menjadi pemimpin itu mesti memiliki dua perkara pokok. Pertama; ketakwaan, kedua; kepintaran.

Jika pemimpin itu bertakwa, segala urusannya dibantu dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Sangat penting para pemimpin dibantu oleh Allah SWT, kerana dengan demikian itu akan terjamin segala urusannya tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya.

Pemimpin bertakwa apabila menjadi pemimpin dia akan tetap teguh pendirian sebagai wakil Allah SWT. Dia tidak mewakili dirinya atau tidak mewakili mana-mana pihak. 

Wakil Allah SWT (khalifah) di atas bumi ini, dia tidak akan memihak kepada sesiapapun. Keadilan akan terjamin di dalam kepimpinannya. Kerana Allah SWT itu Maha Adil maka pemimpin yang mewakili Allah SWT pasti berlaku adil.

Pemimpin bertakwa bukan sahaja perkara haram atau makruh diketepikannya kerana yang haram itu berdosa dan yang makruh itu dibenci oleh Allah SWT. Orang bertakwa, dibenci oleh Allah SWT pun sangat dibimbanginya. Malah perkara halal pun sangat berhati-hati. Kerana yang halal itu kalau berbentuk material, keharusan memilikinya tetap ditakuti kerana hisab yang lama di akhirat nanti.

Pemimpin bertakwa adalah seorang yang sering membuat muhasabah dirinya, sama ada dalam hubungannya dengan Allah SWT dan hubungannya dengan manusia atau urusan manusia. 

Kecacatan, kelalaian lebih-lebih derhaka kepada Allah SWT sangat ditakutinya kerana dengan penuh sedar bahawa dia sedang melakukan kerja kerja Allah SWT. Allah SWT tidak pandang atau dengan kata lain tidak ada nilai bagi orang yang membuat kerja Allah SWT tetapi jauh dari Allah SWT.

Kecacatan dalam urusan manusia di bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi, keperluan kehidupan dan sebagainya akan menjadikan rakyatnya membenci atau memusuhinya. Lebih-lebih lagi ditakuti kalau gagal memimpin dan mendidik hati manusia supaya kenal, taat dan takut kepada Allah SWT.

Penyebab perpecahan adalah sifat mazmumah. Sikap suka disanjung, suka dipuja hingga taksub, suka mempromosi diri adalah mazmumah. Amat penting bagi pemimpin mengenal sifat mazmumahnya. Kerana mazmumah dirinya itu boleh mencacatkan kepimpinannya. Ego, pemarah, tamak, diktator, bakhil membuatkan rakyat benci dan memusuhinya. Hanya pemimpin bertakwa sahaja yang mampu mendidik diri dan mendidik rakyat.

Saturday, April 28, 2012

Pemimpin Yang Zalim Akan Mendapat Balasan Daripada Allah di Dunia dan Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Semua negara di dunia ini samaada di timur, barat, utara atau selatan terdapat dua sistem pemerentahan iaitu pemerentahan berteraskan demokrasi (dipilih oleh rakyat)  atau pun sistem pemerintahan beraja (monaki) yang berkuasa sepenuhnya.

Dalam pemerentahan demokrasi rakyat akan memilih pemimpin menerusi pilihanraya. Mana-mana  parti yang memenangi pilihan raya akan memimpin dan memerintah negara tersebut. Ada pula setengah negara pemilihan presidennya menerusi pilihan raya presiden.

Hakikat sebenarnya dalam Islam pemimpin dan rakyat adalah saling bantu membantu dan saling bekerjasama untuk mentaati Allah SWT. Pemimpin yang zalim dan tidak mahu melihat dan menyelesaikan masaalah rakyat akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Seorang pemimpin itu ialah orang yang bukan sahaja ditugaskan menguruskan diri dan keluarganya, tetapi ia juga bertanggungjawab terhadap orang lain, khususnya orang 
( rakyat ) yang di bawah pimpinannya ( jagaannya ). Sekiranya ia tidak mengurus dengan baik untuk kesejahteraan rakyat sama ada di dunia ataupun di akhirat, maka pemimpin itu akan dipersoalkan tugasnya di akhirat oleh Allah SWT.

Allah SWT. berfirman,

Ű€Ű§ŰźÙŰ¶ ŰŹÙ†Ű§Ű­Ùƒ لمن ۧŰȘّŰšŰčك من Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†ÙŠÙ†

Maksudnya:"Dan rendahlah diri mu ( tawaduklah ) terhadap orang yang mengikuti mu dikalangan mereka yang beriman"
(Surah As-Syu'araa' ayat 215)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang ( pemimpin )yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya, kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ), maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya.
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW  bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya: "Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat, lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu ) orang yang di bawah pimpinannya, maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin perlu mendengar suara rakyat yang inginkan keadilan. Jika rakyat bersuara dan menyatakan suatu penyelewengan yang berlaku dikalangan pemerentah atau parti pemerentah dengan bukti-bukti yang kukuh , rakyat meminta pembetulan dan pembaikan dalam pentadbiran, dalam pendaftar pengundi maka pemerentah yang berkuasa perlu bertindak segera untuk membetulkan keadaan. Kenapa pemerentah berdiam diri ? Walaupun suara-suara bantahan secara aman telah dinyatakan . Kalaulah benar pemerentah jujur dan ikhlas dalam urusan pentadbirannya dan tidak berat sebelah maka hajat dan permintaan rakyat wajib dipenuhi.

Rakyat meminta permit untuk berkumpul secara aman untuk menyatakan bantahannya dan bercadang menghantar memorandum bantahan dengan membawa bahan bukti perlulah disambut dengan baik dan perlu menghormati rakyat yang dahagakan keadilan dan ketelusan. Pemimpin negara tidak boleh menggunakan kekerasan untuk memaksa rakyat supaya berdiam diri dan mengikut arahannya sahaja dengan menggunakan kekuatan anggota keselamatan untuk menghalang kebangkitan rakyat. 

Jika benar selogan "Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”. Kenapa masih ramai rakyat yang bangun membantah dan berdemontrasi secara aman? Pasti ada yang tidak kena dan kesilapan yang dapat dipantau oleh rakyat keatas keputusan pemerentah.

Ingatlah! Rakyat yang dizalimi dan hak-hak mereka untuk bersuara telah dinafikan maka segala dosa dan kesalahan ini akan dituntut oleh rakyat di hari akhirat nanti. Hari akhirat nanti setiap rakyat yang merasaka diri mereka dizalimi dan merasakan hak mereka dirampas akan menuntut bela kepada pemimpin yang bertanggungjawab dan kepada semua anggota kabinet yang bersubahat dan anggota keselamatan yang mendatangkan cedera kepada rakyat yang tidak berdosa.

Doa mereka yang dizalimi sungguh mustajab disisi Allah SWT.  Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap do'a orang dizalimi. Sesungguhnya do'a itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dalam hadis yang lain  dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadis riwayat Baihaqi - sahih)

Sahabat yang dikasihi,
Manusia boleh melepaskan dirinya di dunia ini apabila melakukan kesalahan dan dosa kerana kebijaksanaannya menipu mahkamah dengan mengemukankan saksi palsu. Manusia boleh menganiaya sesama manusia terutama yang lemah dan tidak ada kuasa . Tetapi perlu diingat Allah SWT sentiasa memerhati gelagat dan kelicikan manusia untuk melepaskan dirinya daripada pengetahuan manusia. Dia Maha Berkuasa boleh membalas kekejaman manusia di dunia ini lagi dan akan  disediakan azab yang dahsyat pula dihari akhirat nanti apabila manusia tidak bertaubat dan kembali kepangkal jalan.


 



Petua (Cara Islam) Untuk Menduduki Rumah Baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rumah adalah salah satu keperluan kita untuk berteduh dan tidur dan membina keluarga bahagia di dalamnya iaitu tempat pendidikan ahli keluarga, beramal ibadah dan melepaskan penat lelah setelah bekerja disiang hari. Rumah yang hendak dimiliki perlulah dibeli secara Islam dan jangan menggunakan sistem riba . Perlu diingatkan kerana rumah yang dibeli dengan cara yang halal akan mendatangkan keberkataan dan keredaan Allah SWT.
Islam adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Dalam setiap amalan dan pekerjaan yang hendak kita lakukan terdapat doa dan adab-adab yang dianjurkan Islam untuk kita ikuti dan amalkan. Termasuk juga apabila kita hendak menduduki rumah baru atau rumah lama yang ditinggalkan ada beberapa doa dan amalkan yang perlu kita lakukan supaya terhindar daripada gangguan makhluk halus yang menjadi penghuni rumah tersebut tanpa kita ketahui.

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Solat berjemaah dan azan. Rumah yang baru di beli atau baru di duduki eloklah dilakukan solat berjemaah dikalangan ahli keluarga. Mulakan dengan laungan azan untuk melakukan solat fardu ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW  bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan" (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasai)


3. Banyakkan solat sunat dan membaca al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Baihaqi)


4. Baca Zikir al-Mathurat kubra setiap pagi (lepas subuh) dan petang (selepas asar atau lepas magrib) amalan ini bukan untuk menduduki rumah baru sahaja tetapi amalan harian yang sunat yang dituntut untuk dibacakan setiap hari pagi dan petang. Insya Allah jin kafir dan syaitan akan menjadi lemah untuk menggoda dan mengganggu pengamalnya yang sentiasa membaca zikir al-Mathurat .

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. 

i. Baca surah Yasin sekali dan sediakan air satu bekas kemudian 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Amalan ini adalah amalan masyarakat Islam untuk menghalang daripada gangguan jin. Setiap ayat al-Quran yang dibacakan keatas air akan ada gelumbang yang baik dan laju dan amat dibenci oleh makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.

“... Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth). 
Walaupun hadis di atas dhaif tetapi ulama membenarkan (untuk beramal bukan untuk menjadi sumber hukum) untuk diamalkan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT dan terdapat hadis sahih menyatakan :

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Surah Yasin adalah salah satu daripada surah-surah dalam al-Quran.

ii. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) sekali. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru di dalam rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Wallahu a'lam.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan amalan cara Islam dalam apa keadaan sekali pun samaada semasa kita membeli rumah atau semasa kita hendak menduduki rumah baru. Rumah yang berkat adalah rumah yang sentiasa dilaungkan bacaan al-Quran, berzikir, solat-solat sunat dan mengadakan majlis tazkirah dan tarbiah. Tradisi memanggil jemaah masjid / surau untuk membaca doa selamat dan membaca surah Yasin di rumah baru adalah amalan yang baik.


Friday, April 27, 2012

Berlapang Dada Semasa Menuntut Hutang

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah SWT akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

Huraiannya :

Sifat orang mukmin yang akan mendapat rahmat Allah SWT apabila dia berlapang dada semasa dia berniaga menjual barang kepada pelanggannya. Tidak menipu timbangan dan jelas akad jual beli tidak ada unsur-unsur menipu pelanggannya. Begitu juga ketika dia membeli tidak cerewet dan mudah dan mesra semasa membeli jika dia meminta potongan harga adalah dengan harga yang berpatutan tidak menyakitkan hati penjual. Begitu juga sifat mukmin yang terpuji sentiasa berlapang dada semasa menuntut hutangnya dan masih memberi ruang masa jika orang yang berhutang masih belum mampu. Dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang yang berhutang dan sentiasa menjaga ukhwah dan silaturahim.

Terdapat katu kisah dizaman Bani Israel seorang lelaki yang kurang amal ibadahnya ketika di dunia tetapi cukup berlapang dada semasa menuntut hutangnya apabila ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat tentang amalan kebaikannya. Beliau menjawab semasa menuntut hutang dia berlapang dada dan tidak membebankan orang yang berhutang, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan dia dimasukkan kedalam syurga dengan rahmat Allah SWT.

Menjaga Hak Jiran Satu Tuntutan Islam

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah SWT lalu berkata: 'Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku'." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya :

Tunaikanlah hak-hak jiran kerana besar pahalanya di sisi Allah SWT sesiapa yang membantu dan menolong jirannya yang miskin dan memerlukan bantuan. Jagalah hati jiran dan jangan menyakitinya kerana sesiapa yang suka menyakiti hati jirannya akan masuk neraka. Ajaklah jiran kalian untuk menuntut ilmu dan solat berjemaah di surau atau di masjid dan nasihatlah mereka dengan nasihat yang baik supaya tugas berdakwah kepada jiran telah kalian tunaikan.Nabi Muhammad SAW  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah SWT. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Hadis Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga hak jiran kita dan tunaikanlah tanggungjawab bersama dan jadikan jiran sebagai sahabat atau rakan yang boleh berkongsi masaalah dalam kehidupan harian. Tanggungjawab memberikan hak jiran adalah ciri-ciri orang mukmin.

Zikir Yang Melemahkan Dua Malaikat



Print E-mail
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Alangkah bahagianya jika setiap zikir yang kita baca itu - kita hayati maksudnya dan juga hadis yang menceritakan fadhilatnya. Antara doa yang baik di baca setiap pagi (selepas subuh) dan petang (Asr) doa berikut (dipetik dari Al-Mathurat)

ee
"Wahai Tuhan, untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu."

Fadhilatnya :


Daripada Abdullah bin 'Umar radhyillahu 'anhuma, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bercerita:
"Seorang hamba Allah subhanahu Wa Ta'ala membaca (bacaan di atas) maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana hendak mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah subhanahu wa ta'ala, katanya:
'Ya Allah! Seorang hamba Engkau telah membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana kami hendak mencatitkan ganjarannya.'
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala: '(Yang memang mengetahui) Apa yang dibacanya?'
Maka menjawab malaikat: 'Ia membaca (bacaan di atas)."
Firman Allah: 'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hamba-Ku itu hingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu.'"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan zikir dan doa di atas setiap lepas Subuh dan lepas Asar dan diulang-ulangkan tiga kali. Amalkan setiap hari semoga mendapat rahmat dan ganjaran yang besar daripada Allah SWT dan terhindar daripada syirik dan dijauhi daripada suĂșl khatimah.



Thursday, April 26, 2012

Terdapat 18 Perkara Untuk Merawat Hati Yang Berpenyakit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Wednesday, April 25, 2012

Hikmah dan Kebaikan Bersedekah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)
Berapa banyak kalian telah bersedekahlah setiap hari?

Siapa yang ingin usaha maju mendapat keuntungan yang berlipat-lipat? maka bersedekahlah!

Siapa yang ingin penyakit segera sembuh? maka bersedekahlah!

Siapa yang ingin cepat mendapat jodoh? maka bersedekahlah!

Siapa yang ingin urusannya dimudahkan? maka bersedekahlah!

Siapa yang ingin peperaksaannya lulus? maka bersedekahlah!

Berapakah seharusnya kalian bersedekah?

Inilah rumus matematika sedekah.

Siapa yang menginkan 10, infaqkan saja 1

Siapa menginfaqkan 1, ia akan dapat 10

Jika kalian ada modal bernilai rm100,000.00 dan ingin mendapatkan keuntungan dalam perniagaan sebanyak rm 200,000.00, cukup kalian infaqkan rm 20,000.00 namun jika kalian menginginkan keuntungan rm1 juta, infaqkan saja rm 100,000.00. Perkara ini nampak seperti tidak munasabah tetapi percayalah ianya telah berlaku dalam kehidupan masyarakat kita yang mengamalkan sedekah.

Jika kalian sakit, dan dokter memberikan jumlah kos rawatan yang mesti dikeluarkan selama 1 bulan seribu ringgit, maka untuk mempercepat kesembuhan infaqkan saja rm 100.00

Segera buktikan ayat-ayat Allah SWT bahawa infak atau sedekah akan dilipat gandakan sebanyak 10 kali ganda bahkan boleh lebih dari 700 kali ganda, kalian mesti yakin. 


Jika itu terbukti, kalian mesti menjadi orang yang ketagihan dalam berinfaq. Lihatlah orang-orang yang disekeliling kalian yang lebih memerlukan dari kalian. Kunjungilah orang-orang yang tak mampu.

Alihkan perbelanjaan kalian daripada pasaraya-pasaraya besar kepada peniaga kecil-kecilan , seperti kedai runcit dan warung-warung kecil dengan niat untuk membantu mereka yang susah. Sesungguhnya niat yang mulia untuk membantu saudara-saudara kita yang miskin akan membuka lebih besar lagi pintu-pintu rezeki untuk kalian.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada satu pagi pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.

Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”,

sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhary 5/270)

Dari Abu Hurairah r.a: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. lalu berkata: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?” Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : “Jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sihat, dan sebenarnya engkau merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, kerana takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau menunda-nunda, sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: “Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan.” 

(Hadis Riwayat Muttafaq ‘alaih)

Sahabat yang dimuliakan,
Sedekah tidak perlu menunggu harta cukup nishab atau menunggu banyak harta.

Dianjurkan untuk senantiasa bersedekah dalam keadaan  apa sekalipun. Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud :

"(iaitu) orang-orang yang menafkahkan/menyedekahkan (hartanya), baik di waktu lapang (banyak rezeki) maupun sempit (tidak banyak rezeki), dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran(3) ayat 134)

Saidina Ali bin Abi Thalib k.w. dalam sebuah riwayat ketika memiliki empat dirham. Ia menyedekahkan satu dirham waktu malam, satu dirham semasa siang hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara diam-diam. Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rezeki.


Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah (2) ayat 261)

FirmanNya lagi yang bermaksud : ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah (kejayaan).” 

(Surah al-Lail (92) ayat  5-7)


Sahabat yang dihormati,
Senantiasa terus memperbaiki diri dan memberikan kemanfaatan bagi yang lain. Hendaknya kehadiran kita ada sesuatu manfaat yang boleh dirasakan oleh orang-orang yang ada di sekeliling kita, samaada tenaga, fikiran, kebendaan dan lain-lain lagi. Sentiasalah berlumba-lumba untuk mencari dan mengejar kebaikan dan takwa.


Firman Allah SWT maksudnya : “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan” 

(Surah al-Baqarah ayat 245)

Sahabat yang dikasihi,
Harta tidak akan pernah boleh mempertahankan kehidupan di muka bumi. Sehebat apapun usaha manusia untuk memperpanjang hidupnya, kematian pasti akan tiba pada saat yang telah ditentukan. Sebelum menyesal, masih ada kesempatan untuk membuat harta kita menjadi abadi. Caranya? Pindahkanlah harta kalian ke akhirat. Salurkan kekayaan kalian melalui badan-badan kebajikan yang membantu fakir miskin dan anak yatim, lebih dari itu wakafkan harta kalian untuk sedekah jariah seperti pembinaan masjid, sekolah agama dan dan maahad tahfiz atau hospital. Dari sini harta kalian akan bergerak mencarikan pahala untuk kalian sendiri. Dari sini pengorbanaan yang selama ini kalian lakukan tidak akan menjadi sia-sia. Harta yang kalian infakkan akan menanti kalian di hari akhirat nanti.

Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah, amalk soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Bersihkan harta dengan mengeluarkan zakat, tumbuh suburkan harta kita agar lebih berkah dan semakin berkembang sehingga dapat memberikan manfaat lebih banyak dengan menginfaqkannya di jalan Allah nescaya Allah akan ganti dengan yang lebih baik, jika di dunia belum ada ganti di akhirat kita menyesal, mengapa tidak menginfaqkannya lebih banyak lagi.

Salurkan sebagian rezeki kalian kepada orang-orang yang ada di sekitar kalian dan juga teruskan berinfak iaitu : 1. Zakat 2. Infaq/sedekah, 3. Wakaf 4. Anak Yatim dan 5. Qurban (Hari Raya Haji)