Saturday, June 16, 2012

Kemanakah Roh Pergi Selepas Kematian?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila sampai saat kematian, roh manusia akan keluar daripada jasad manusia. Setelah jenazah disemadikan di kubur, semua yang mengiringi simati akan pulang kerumah masing-masing tinggalkan simati keseorangan di dalam kubur. Alam baru yang dialami sekarang ini dipanggil sebagai alam barzakh.

Apakah alam barzakh itu? Alam barzakh adalah alam pertengahan di antara dua alam iaitu alam dunia dengan alam akhirat (Padang Mahsyar).

Adapun pendapat yang menyatakan demikian adalah diriwayatkan oleh Salman al-Farisi. Al-Barzakh ialah suatu tempat yang terdinding antara dua alam, Salman bermaksud Barzakh berada di antara dunia dan akhirat yang bebas untuk roh bergerak kemana sahaja dikehendakinya, pandangan ini kuat, kerana roh telah terpisah dari dunia dan belum lagi masuk kealam akhirat.

Roh orang yang beriman berada di alam barzakh yang luas sedang menerima berbagai nikmat dan kesenangan. Manakala roh orang kafir pula berada di alam barzakh yang sempit dalam keadaan susah dan azab.

Dalili al-Quran yang menyatakan bahawa roh yang berada di alam barzakh tidak boleh kembali ke dunia kerana di anatara dunia dan alam barzakh terdapat dinding yang memisahkannya.

Firman Allah SWT maksudnya: “(Demikian keadaan orang-orang kafir itu) hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Surah al-Mukminun ayat 99-100 )

Imam Mujahid (tabien dan anak murid Ibnu Abbas radiallahuanhu) dan Ibnu Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Roh, Ibn Qayyim, ms 20)

Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya : "Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. (Hadis Riwayat Tirmizi).

Tafsir hadis ini jelas menunjukkan mereka masih di dunia tetapi dalam keadaan sama ada bersenang-lenang ataupun sengsara. Mereka cuma terhalang oleh satu dinding sebagaimana manusia terhalang melihat jin.

Sahabat yang dimuliakan,
Roh para syuhada mendapat rezeki dan nikmat disisi Allah SWT .

Firman Allah SWT yang bermaksud : "dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Surah Ali-Imran ayat 169)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadis Nabi SAW maksudnya : “Roh yang mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Sahih menurut Ibnu Hibban, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Dalam riwayat yang lain Ibnu Abbas r.a. menjelaskan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda,"Allah telah menjadikan roh saudara-saudaramu yang gugur di medan Uhud berada di dalam rongga burung berwarna hijau yang berada dipinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah-buahan syurga kemudian bertengger di atas lampu-lampu yang terbuat dari emas yang tergantung di bawah Arasy. Saat mereka telah mendapat makanan, minuman, dan tempat tidur yang menyenangkan, mereka berkata, 'Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa-apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang." Lalu turunlah ketiga-tiga ayat ini. (Surah Ali-Imran ayat 169-171)  (Hadis sahih riwayat Hakim diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Tirmidzi)

Terdapat hadis daripada Nabi SAW menyatakan bahawa apabila seorang mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berfirman Allah Subhanahu Wa Taala:

“Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin’ (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat … (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala roh si jahat dan kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan ayat 40 dari Surah al-A’raf. Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dituliskan namanya di dalam ‘Sijjin’ (neraka) kemudian di campakkan rohnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan firman Allah:

“Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh” (Surah al-A’raf ayat 31)

Kemudian dikembalikan kepada jasadnya,.. kemudian di datangi Malaikat.. lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Roh manusia selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah, dicatatkan sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal, tidak dikembalikan kesana lagi. Roh orang yang beriman ditempatkan  ditaman-taman syurga berdasarkan pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di taman-taman neraka berdasarkan amalan dosa mereka.

Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Hadis Riwayat Tarmizi).

Oleh itu, waris si mati hendaklah segera melunaskan hutang piutang simati dengan menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan sebelum difaraidkan. Sekiranya simati tiada meninggalkan harta atau tidak mencukupi maka waris hendaklah berusaha mencari jalan melangsaikan hutang itu seberapa segara.

Sahabat yang dikasihi,
Semua orang mukmin berdoa semoga saat kematiannya beroleh husnul khatimah (kematian yang baik) dan berhajat agar rohnya nanti  dicatat di Illiyin dan menduduki di alam barzakh seperi tamna-taman syurga. Tetapi tidak ramai yang berfikir dan membuat persediaan supaya mendapat apa yang dihajatkan.

Jika kita inginkan kemuliaan di alam barzakh dan hari akhirat dengan mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT ketika disana maka perlulah JASAD dan ROH kita ketika di dunia ini melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya.

JASAD perlulah melakukan amal ibadah, amal soleh, amal makruf nahi mungkar,berjihad dijalan Allah SWT dan berakhlak mulia (menjaga lidah, mata dan anggota lain).Jauhkan diri daripada memfitnah, mengumpat, berdedahkan aib orang lain dan jangan memutuskan silaturahim.

ROH pula dibersihkan daripada syirik dengan beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, sentiasa dihidupkan dengan berzikir, membaca al-Quran, berdoa, bertawakal , menjauhkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan melakukan amalan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT .Jauhkan daripada hasad dengki, sombong, bongkak, takbur, bakhil dan cinta dunia.

Jika persiapan ini dapat kita lakukan insya Allah , kita akan kembali kepada Allah SWT dalam keadaan reda meredai.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! kembalilah kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..." (Surah al-Fajr ayat 27-30)






Friday, June 15, 2012

Setiap Manusia Telah di Jamin Rezekinya Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT  telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah SWT dimuka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermsksud :"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah SWT.  Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah SWT.

Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT, malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah SWT supaya ianya menjadi ibadah.

Allah SWT. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT.akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.

Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri, "Kenapa rezekiku  sempit?  Buat berbagai usaha tetapi masih gagal mencapai matlamatnya?Berniaga merosot, puas aku berdoa dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya?"

Perlu di ingat bahawa Allah SWT. Maha Mengetahui apa akan berlaku kepada para hamba-Nya dilambatkan permohonannya adalah untuk kebaikan hambanya sendiri. Kerana takwanya belum mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak ia berusaha, berdoa dan bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah SWT dan Dia ingin memberikan pahala yang besar kepadanya.

Oleh itu kita kena berbaik sangka dengan Allah SWT  berdoa dan terus berdoa jangan putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah SWT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Allah SWT  berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah SAW  bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakin seseungguhnya apa yang berlaku dibumi dan diri sendiri mengandungi hikamh dan kebaikan di sisi Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah SWT. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah SWT. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah SWT. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah SWT dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini.

Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat! Ianya tidak akan dapat mengatasi takdir Allah SWT.

Thursday, June 14, 2012

Berbaik Sangka (Husnuzzan) Sesama Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu sifat orang mukmin adalah sentiasa berbaik sangka (husnuzzan) sesama mukmin. Tetapi sebaliknya sifat orang fasik dan munafik, hati dan jiwanya penuh dengan prasangka buruk, hasad dengki dan mudah melebalkan seseorang dengan gelaran yang buruk. Apa sahaja yang dilihatnya pasti akan ditafsirkannya dengan pandangan yang negatif.

Seharusnya sebagai hamba Allah SWT  kita patut berlumba-lumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.(Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89)

Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan silaturahim dan ukhwah Islamiah, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis. Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang lain, pegangan dan perkataan mereka.

Jika diperhatikan di dalam masyarakat kita hubungan sesama mukmin tidak seperti yang di suruh oleh agama, kita akan dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.


Kadangkala seseorang boleh memutuskan silaturahim hanya kerana rebutan harta pusaka peninggalan ibu bapa. Permusuhan dan petelingakan berlaku hanya kerana berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai perkara furuk dalam hukum fiqh. Tidak kurang hebat juga perpecahan dalam jemaah berlaku disebabkan merebut jawatan dan pangkat dan mudah tersinggung apabila ditegur.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada tempatnya.

Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’ uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat. Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan silaturahim, ini merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat. Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturahim).” (Hadis riwayat Muslim)

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya. Sebenarnya syaitan dan hawa nafsunya sedang menguasai diri seseorang sehinggakan dia merasakan sagkaannya itu adalah benar.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. (Surah Al-Hujurat ayat 12).

Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin, menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam masyarakat yang bersih dari prasangka.



Sahabat yang dimuliakan,
Hati yang mulia dan bersih daripada kotoran dosa akan suka kepada kasih sayang , bersangka baik dan bertolak ansur sedangkan hati yang sakit dan berpenyakit suka kepada sangkaan dan perkara negatif.

Berkata sebahagian ulama : “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara terang-terangan”.

Ini kerana kebanyakan ulama berpendapat: “Tidak boleh berprasangka buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik”. Maksudnya jika seorang pemimpin masyarakat jelas akhlak dan peribadinya buruk, ada bukti mengambil rasuah dan tidak amanah dan mungkir janji maka prasangka seperti dibenarkan . Tidak dikira mengumpat menceritakan keaiban pemimpin seperti ini supaya rakyat tidak terpedaya dengan dakwaannya.

Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: ‘Telah menulis kepada saya beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah SAW: "Hendaklah engkau meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.

Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah! Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam diri orang lain?.

Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah SWT Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.

Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab ra berkata: “Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah SAW  diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu, sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya, walaupun dia berkata niatnya baik”. 


Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya, sentiasalah mengingati firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. 
(Surah Al-Isra’ ayat 36).

Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar.

Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: ‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, 


Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. (Surah Al-Ahzab ayat 58).


Sahabat yang dikasihi,
Setelah jelas kepada kita bahawa buruk sangka adalah satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.

Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia, jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan atau hukuman. Sekiranya kalian tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka. Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.

Firman Allah Taala SWT yang bermaksud : “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. (Surah An-Najmi ayat 28)

Tuesday, June 12, 2012

Sediakan Amal Soleh Yang Berterusan Ketika di Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap mukmin akan bercita-cita apabila kembali menemui Allah S.W.T. untuk menempah tempat duduknya di syurga di hari akhirat nanti. Cita-cita yang murni ini tidak akan berjaya diperolehi apabila tidak ada apa-apa pelaburan yang dibuatnya ketika di dunia. Dunia adalah tempat berusaha dan membuat pelaburan sebanyak mungkin untuk mendapat kedudukan yang tinggi di akhirat nanti.

Jika kita bercadang untuk memperolehi keuntungan yang besar dalam perniagaan ketika di dunia ini maka kita akan berusaha, merancang dan menyediakan modal yang besar dan mengawasi setiap perjalanan perniagaan kita tanpa dibuat sambil lewa sahaja. Begitu juga hasil pelaburan yang akan kita perolehi di akhirat nanti maka kita kena jalankan amalan dan kerja-kerja luar biasa untuk mendapat ganjaran pahala besar yang berlipatkali ganda.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Terdapat 9 golongan yang akan mendapat ganjaran yang besar di hari akhirat kerana kerja-kerja cemerlang yang telah disumbangkannya ketika di dunia.

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

1. Pemimpin yang adil.

2. Ulama yang menulis kitab (ilmu yang bermanfaat)

3. Pengasas Jemaah Islamiah

4. Ahli Sains yang menciptaan alat yang bermanfaat.

5. Dermawan sentiasa menyumbang untuk amal jariah

6. Pendakwah Islam (mengislamkan ramai orang bukan Islam dan laksanakan amar makruf nahi mungkar)

7. Para mujahidin (berjihad dijalan Allah)

8. Penulis Islam yang mengajak kepada kebaikan menulis dan menyampaikannya ilmu yang bermanfaat.

9. Pengasas rumah anak yatim, maahad tahfiz dan sekolah agama.

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Pemimpin yang adil.

Pemimpin yang adil akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti.

Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Tujuh Golongan yang akan dinaungi oleh Allah dibawah Naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa rajin beribadah kepada Allah SAW, laki-laki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah hanya kerana Allah. Laki-laki yang diajak berzina oleh perempuan yang berkedudukan tinggi lagi berparas cantik lantas ia berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT”, Laki-laki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan laki-laki yang senantiasa berzikir kepada Allah hingga mengalir deras airmatanya”. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pemimpin yang adil adalah pemimpin umat Islam yang menjadikan undang-undang Allah SWT sebagai peraturan hidup dalam pemerentahannya. Adil dalam pembahagiaan kekayaan negara kepada rakyat yang berhak mendapatkannya. Tidak rasuah dan mengutamakan kroni dan ahli keluarganya tetapi mendahulukan keperluan rakyat. Segala pembangunan dan perancangannya yang dibuat untuk kemaslahatan rakyat jelata dan kebaikan itu berterusan maka dia akan mendapat pahala yang besar walaupun dia sudah meninggal dunia. Dia akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi. Tetapi bila dia mengabaikan amanah dan berlaku zalim maka dia tak akan mencium bau syurga.

Kedua : Ulama yang menulis kitab (ilmu yang bermanfaat)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Termasuk juga ulama-ulama yang mampu memberikan fatwa dan ijtihad dalam urusan agama dan bila di amalkan oleh umat Islam maka mereka akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT.

Ketiga : Pengasas Jemaah Islamiah

Ketika umat Islam berpecah belah dan mereka membawa diri masing-masing maka Allah S.W.T. memberi hidayah dan datangkan pemimpin umat Islam yang menyatukan balik mereka supaya kembali kepada al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. dan mencontohi manhaj tarbiah yang dibawa oleh Nabi S.A.W. maka pengasas ini mempunyai saham yang cukup besar.

Contohnya seperti Jemaah Islam Ikhwan Muslimin yang di asasakan oleh Imam As-Syahid Hassan al-Banna.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Keempat : Ahli sains yang menciptaan alat yang bermanfaat.

Para ahli sains yang mencipta alat-alat yang bermanfaat untuk kegunaan manusia seperti letrik, telefon, komputer, kenderaan, alat untuk orang buta membaca (tulisan braille), mesin basuh baju, peti sejuk dal lain-lain lagi akan mendapat saham pahala yang berterusan jika penciptanya adalah orang Islam yang beriman. Termasuk juga kajian saintifik untuk sesuatu ilmu seperti ilmu falak, sains, matematik, geografi, sejarah dan lain-lain lagi. Jika hasil kajian itu dimanfaatkan oleh manusia lain hingga kehari kiamat pengkajinya akan mendapat pahala yang berterusan. 


Para saintis Islam dahulu sebenarnya adalah pengasa kepada ilmu sains sekarang ini maka mereka yang memulakan penemuan baru hingga digunakan oleh ahli sains terkemudian adalah mendapat saham yang besar.

Kelima : Dermawan sentiasa menyumbang untuk amal jariah.

Islam mengalakkan umat Islam mencari harta yang halal supaya harta tersebut boleh di keluarkan sebagai zakat dan juga boleh disumbangkan untuk kemaslahatan umat Islam dan jihad fisabilillah. Kedudukan seorang hartawan yang dermawan sungguh mulia di sisi Allah S.W.T.

Sedekah jariah yang disumbangkan untuk sekolah agama, masjid, maahad tahfiz, wakaf tanah perkuburan dan lain-lain lagi akan mendapat pahala yang berterusan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat pula dengan manusia dan dekat dengan syurga, jauh dari neraka. Sesungguhnya orang yang kikir (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh pula dari manusia dan jauh dari syurga tetapi dekat dengan neraka. Seseorang yang bodoh tetapi dermawan itu lebih dicintai Allah daripada seorang alim yang pandai tetapi kikir. Penyakit yang paling parah adalah kikir." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Dar al-Quthni)

Keenam : Pendakwah Islam (mengislamkan orang bukan Islam dan laksanakan amar makruf nahi mungkar)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Menyampaikan seruan kepada perkara yang makruf dan menjauhi perkara mungkar itulah yang dinamakan dakwah kepada Allah SWT. Dengan adanya umat Islam yang berdakwah, agama akan terus hidup dan berkembang di atas muka bumi Allah ini. Berdakwah yang paling utama adalah mengajak orang bukan Islam kepada agama Tauhid iaitu agama Islam dan pada masa yang sama menyeru kepada orang Islam yang lemah imannya supaya menghayati Islam dalam kehidupan.

Jika kita berdakwah kepada orang bukan Islam , dengan izin Allah mereka beriman di atas usaha-usaha kita , maka pahala yang besar dan berterusan akan kita perolehi daripada orang tersebut hingga kepada keturunannya sehingga ke hari kiamat.

Ketujuh : Para mujahidin (berjihad dijalan Allah)

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَۧŰȘِلْ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„َّ۰ِينَ يَŰŽْ۱ُونَ Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩َ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ ŰšِŰ§Ù„ŰąŰźِ۱َŰ©ِ وَمَن يُقَۧŰȘِلْ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ فَيُقْŰȘَلْ ŰŁَو يَŰșْلِŰšْ فَŰłَوْفَ نُŰ€ْŰȘِيهِ ŰŁَŰŹْ۱ًۧ ŰčَŰžِيمًۧ

Maksudnya : "Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar"

Kesungguhan dan kecekalan Nabi Muhammad SAW dan pejuang Islam dalam menjaga dan mengembangkan dakwah Islam sehingga sanggup gugur syahid di medan perjuangan wajib diteruskan barulah kita dianugerahkan dengan kemuliaan di dunia dan akhirat. Tugas menyebarkan Islam bukan dijanjikan dengan kejayaan yang mudah sebaliknya menuntut kepada penat dan lelah, tidak dihamparkan dengan permaidani merah.

Kelapan : Penulis Islam yang mengajak kepada kebaikan menulis dan menyampaikannya ilmu yang bermanfaat.

Kemajuan sains dan teknologi , internet dan ICT jika digunakan dengan baik akan memberi banyak manfaatnya. Ilmu-ilmu Islam yang banyak terdapat dibuku-buku ilmiah, penulisan ulama-ulama terdahulu yang merangkumi berbagai bidang ilmu pengetahuan telah dipermudahkan . llmu-ilmu Islam yang bermanfaat telah di catatkan dalam blog-blog, facebook, web site, E-Mail dengan mudah boleh dibaca, di kongsikan bersama dan difahami untuk dimanfaatkan oleh umat Islam dan para pendakwah Islam.

Para penulis Islam perlulah berhati-hati dalam setiap penulisan, perlulah merujuk kepada bahan-bahan yang sahih iaitu daripada al-Quran sendiri, tafsir al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW, penulisan ualam-ulama muktabar yang dahulu dan terkini dan merujuk fatwa dan ijtihad ulama yang tersohor masa kini . Setiap bahan yang disampaikan jika di ambil menfaat oleh umat Islam seluruh dunia maka saham pahala yang berterusan tidak putus-putusa akan diperolehinya, insya Allah.

Kesembilan : Pengasas rumah anak yatim, maahad tahfiz dan sekolah agama dan lain-lain.

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi SAW. Cukup dengan hadis berikut sebagai pembakar semangat:

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (Hadis Riwayat at-Tabhrani)

Sungguh mulia bagi yang menjadi pembela anak-anak yatim. Membena rumah untuk anak-anak yatim, memberi kasih sayang, menyara kehidupan mereka dan memberi pendidikan yang sempurna maka ganjaran besar akan mereka perolehi. Mereka akan mendampingi Nabi SAW pada hari akhirat nanti dengan dampingan yang sangat rapat.

Begitu juga pengasas kepada maahad tahfiz, sekolah agama, sekolah pondok, pusat pengajian Islam dan madrasah yang menganjurkan pengajian ilmu-ilmu Islam akan mendapat saham di atas bangunan yang dibena dan juga ilmu yang bermanfaat yang akan diterima oleh para penuntutnya.

Sahabat yang dikasihi,
Jika kita bergantung sepenuhnya amal soleh dan amal ibadah yang kita kerjakan ditakuti ianya tidak mampu hendak menampung dengan dosa-dosa yang banyak telah kita kerjakan setiap hari tanpa kita sedari. Dosa mengumpat, dosa fitnah dan dosa tidak laksanakan amanah adalah merupakan dosa-dosa yang akan menghapuskan amalan-amalan kita tanpa disedari. Bukan itu saja malahan ibadah kita pula tidak khusyuk, mungkin kita membuat sesuatau kerana riak atau ujub dan tidak melakukan dengan ikhlas.

Oleh itu untuk mendapat pahala yang luar biasa dan kebaikan yang berpanjangan perlulah kita melaksanakan perkara-perkara diatas yang telah dinyatakan. Marilah sama-sama kita beramal dan meyediakan prasarana berupa bangunan fizikal, buku-buku yang bermanfaat, bahan-bahan tarbiah, penulisan-penulisan yang mendatangkan kebaikan dan ilmu Islam, mengajak manusia kembali mentauhidkan Allah SWT, menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada kemunkaran adalah merupakan pakej-pakej pahala yang besar dan berterusan insya Allah akan dapat membantu kita ketika berada di hari akhirat nanti.

Jauhi Membuat Tuduhan Zina Kepada Orang Mukmin Tanpa Ada Empat Orang Saksi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu dosa besar dalam Islam adalah menuduh seorang mukmin berzina tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil.

Rasulullah SAW bersabda :

ِۧŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčَ Ű§Ù„ْمُوْ ŰšِقَۧŰȘِ َۧÙ„ŰŽِّ۱ْكُ ŰšِŰ§Ù„Ù„Ù‡ِ وَŰ§Ù„ŰłِّŰ­ْ۱ُ وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ Ű§Ù„َّŰȘِىْ Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ِۧÙ„Ű§َّ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ وَٰۧكِلُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ وَٰۧكِلُ مَŰ§Ù„ِ Ű§Ù„ْيَŰȘِيْمِ وَŰ§Ù„ŰȘَّوَ لِّى يَوْمَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ وَقَ۰ْ فَ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧ ŰȘِ Ű§Ù„ْŰșَۧ فِÙ„Ű§َ ŰȘِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْ مِنَۧ ŰȘِ. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű± ى و Ù…ŰłÙ„Ù….

Maksudnya : "Jauhilah tujuh macam dosa yang bertingkat – tingkat (besar), diantaranya ialah :

1. Mempersekutukan Allah

2. Sihir

3. Membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan hak.

4. Makan harta riba

5. Makan harta anak yatim

6. Lari dari peperangan

7. Menuduh wanita yang beriman yang tidah tahu menahu dengna perbuatan buruk dengan apa yang difitnahkan kepadanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Betapa beratnya tuduhan tanpa membawa saksi sehingga turun ayat al-Quran dalam surah an-Nur ayat 4-5 yang bermaksud : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.”

Ulama memberi tafsiran bahawa mereka yang membuat tuduhan tanpa empat orang saksi walaupun mereka telah bertaubat selepas membuat tuduhan maka hukuman tetap dijalankan keatas mereka (80 kali sebatan) dan persaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya, hanya sifat fasik akan terhapus apabila mereka bertaubat.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah benar berlaku dizaman Imam Malik rahmatullah alaih bahawa seorang wanita (Jurumandi Jenazah) telah terlintas dihatinya menuduh wanita ini (mayat tersebut) berzina maka tangannya telah melekat dikemaluan mayat wanita tersebut.

Seorang telah meninggal dunia. Ketika Jurumandi Jenazah mencuci kemaluan mayat, tangan Jurumandi telah melekat di kemaluan mayat. walaupun telah dicuba berkali-kali untuk menarik tangannya, tetapi masih tetap terlekat di kemaluan mayat.

Setelah beberapa lama masa berlalu, dan masih tiada jalan penyelesaian, maka masalah ini telah ditanya kepada ulama yang ada. Sebahagian pendapat ada yang berkata supaya menyiat kulit tangan Jurumandi supaya tangannya dapat dipisahkan dan ada yang membangkang kerana kasihan kepada Jurumandi.

Sebahagian berkata supaya dipotong kemaluan mayat ada yang membangkang kerana ia adalah menyeksa jenazah. Mereka saling bantah-membantah dan tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Kemudian mereka teringat bahawa ada ulama yang lebih faqih daripada mereka iaitu Imam Malik rahmatullah alaih, lalu mereka pergi dan bertanya kepada Imam Malik rahmatullah alaih akan masalah ini.

Ketika mereka sampai berjumpa Imam Malik, beliau sedang mengajar ilmu kepada orang ramai lantas Imam Malik rahmatullah alaih menyarankan supaya disebat Jurumandi itu dengan 80 sebatan.

Maka mereka pun menyebat Jurumandi tersebut. sebaik sahaja sebatan yang ke-80 selesai, maka terlepaslah tangan Jurumandi daripada kemaluan jenazah.

Setelah selesai jenazah tersebut dikebumikan maka Imam Malik pun bertanya kepada Jurumandi apa sebenarnya yang telah berlaku.?

Berkata Jurumandi : "Ketika aku mencuci kemaluan jenazah, terdetik di dalam hatiku bahawa mungkin jenazah ini telah berzina. Secara tiba-tiba tanganku melekat dan tidak boleh ditarik keluar."

Semua perkara berlaku dengan izin Allah SWT, bahawasanya Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan-Nya bahawa tidak boleh seseorang mukmin itu prasangka buruk kepada saudaranya yang lain.

Di dalam kisah di atas, Jurumandi hanya membuat tuduhan di dalam hatinya sahaja, tiada siapa (manusia) pun yang mendengarnya. itupun telah dianggap bersalah dan perlu dibersihkan melalui 80 sebatan.

Sahabat yang dimuliakan,
Bersangka buruk dan mencari-cari keburukan adalah dilarang oleh Allah SWT seperti mana firman-Nya yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan Allah) dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Pada hari ini kita hidup di dalam dunia siber tanpa sempadan tuduhan zina dan liwath telah menjadi perkara biasa dan menjadi senda gurauan. Terlalu mudah manusia mereka cipta tuduhan fitnah dengan membuat vedio seks, melalui you tube, gambar-gambar superimpose dan mudah dihantar untuk di 'share', 'link' dan 'like' dan menuduh seseorang berzina (memuat turun adigan palsu) adalah suatu tuduhan yang berat, dan perlu mengemukakan empat orang saksi yang adil, jika tidak, maka penuduh layak dikenakan 80 sebatan.

Kalian perlulah berhati-hati amat berbeza daripada segi hukum jika menuduh seseorang rasuah tanpa bukti dengan menuduh seseorang berzina tanpa empat orang saksi. Walaupun kedua-duanya dosa besar tetapi jika sabit kesalahan seseorang yang menuduh seseorang rasuah tanpa bukti akan dikenakan hukum takzir sedangkan menuduh seseorang berzina kena hukum had iaitu disebat 80 kali sebatan.

Jika wanita dalam kisah diatas tangannya melekat dikemaluan mayat setelah disebat 80 kali baru terlepas maka adakah lelaki dan wanita dalam masyarakat kita yang menuduh dan bersetuju dengan tuduhan fitnah zina tersebut boleh terlepas? Tidak! semua mereka tidak akan terlepas diakhirat nanti tetap akan mendapat balasan yang dahsyat jika tidak bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang dituduh. Ketika di mahkamah Allah SWT nanti pahala yang dibawa akan menjadi 'penebus' dan 'pertukaran' dengan dosa-dosa yang dibuat dahulu ketika di dunia.

Sahabat yang dikasihi,
Sering kali kita dipesan, jika terdapat 99 kebaikan dalam diri kita, dan ada hanya satu keburukan dalam diri kita, hendaklah kita memerhatikan akan satu keburukan tersebut, sebaliknya jika terdapat 99 keburukan pada diri saudara kita, dan terdapat hanya satu kebaikannya, maka hendaklah kita memandang kepada satu kebaikan tersebut. Oleh itu jauhilah sifat hasad dengki, buruk sangka, cepat membuat tuduhan dan amat mudah percaya berita-berita akhbar yang banyak membuat pemalsuan untuk melariskan jualan. Sesuatu berita buruk itu lebih baik kita tidak percaya daripada mudah percaya kerana tidak rugi kita meninggalkan berita negatif kerana ianya boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka nauzubillahiminzalik.

Monday, June 11, 2012

Iman, Takwa , Ibadah dan Mendirikan Sistem Allah SWT adalah Empat Perkara Pokok Tidak Boleh di Pisahkan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sistem Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengikatkan antara individu dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan sekukuh-kukuh ikatan dengan cara mendirikan syi’arnya. Semua amalan fardu yang dilaksanakan akan memperbaharui janji dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya manusia sentiasa berada di dalam sistem-Nya secara sempurna. Melaksanakan yang sunat pula tanda cinta manusia kepada Allah SWT. Segala urusan adalah untuk mengtakrirkan (memperakukan) kemuliaan sistem Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mengagungkan kekuasaan-Nya sahaja.

Di dalam sistem Allah Subhanahu Wa Ta’ala wujud keselarasan antara iman, ibadah, takwa dan mendirikan sistem-Nya, empat perkara pokok ini tidak boleh dipisahkan. Selaras antara kerja-kerja meningkatkan pengeluaran dan menjalankan tugas sebagai khalifah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di muka bumi.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam akidah, keimanan, ibadah dan takwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala bukanlah menyisihkan seseorang daripada realiti hidup. Malah iman dan takwa melayakkan seseorang untuk mencapai keberkatan dari langit dan mendapat reda-Nya.

Hal ini telah termaktub dalam janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud: “Dan jika penduduk sebuah kota beriman dan bertakwa, pastilah kami limpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka akibat perbuatan mereka.” (Surah al-’Araf ayat 96)

Apa yang perlu diingatkan bahawa iman, takwa, ibadah, hubungan dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menegakkan syariatNya dalam kehidupan, semuanya itu untuk kepentingan hidup manusia sendiri, bukan untuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Dia memiliki sifat Maha Kaya terhadap semua alam dan penghuninya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengetahui bahawa tiada penyelesaian, kebaikan dan kejayaan, kecuali dengan berada di bawah sistemNya.Sistem hidup ciptaan manusia cukup lemah dan tidak mampu meyelesaikan persoalan hidup manusia.

Sahabat yang dikasihi.
Orang-orang yang beriman menerima janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala tanpa sebarang keraguan dan tanpa mempersoalkan arahan yang ditanzilkan di dalam kitab-Nya. Orang-orang yang beriman juga memperhambakan diri dengan penuh ketaatan. Dengan iman dan takwa, Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan membuka pintu keberkatanNya. Keberkatan pada harta benda, jiwa dan perasaan. Keberkatan di dalam kehidupan yang baik dan mulia. Bukan keberkatan yang dipandang dari sudut kebendaan semata-mata yang terputus daripada iman, sedangkan bersamanya penderitaan dan kehancuran yang amat ditakuti.

Oleh itu marilah kita kembali memperkasakan dan melaksanakan sistem hidup Allah SWT dimuka bumi dengan melaksanakan terlebih dahulu kepada diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat semuanya. Bila kita mengaku beriman kepada Allah SWT maka tidak boleh dipisahkan iman, takwa, ibadah, amal soleh, menegakkan undang-undang Islam dan mendirikan daulah Islamiah kerana semuanya perlu bersepadu dan tidak boleh dipisah-pisahkan.




Friday, June 8, 2012

Jauhi Hasutan dan Godaan Iblis Dengan Membaca Al-Quran dan Amalan Yang Ikhlas Kerana Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur (hanya untuk tidur sahaja). Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila iblis berjanji kepada Allah untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka, iblis dengan sendirinya mengakui bahawa ia tidak dapat melaksanakan janji tersebut kepada satu golongan orang, iaitu mereka yang ikhlas. Perhatikan ayat-ayat berikut:

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian,

berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”

Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari - masa yang termaklum.”  Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”(Surah al-Hijr ayat 36-40)

Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain: “Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”

Dalam dua ayat di atas, syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang. Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama.

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Ia adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Saya yakin para pembaca sekalian sebelum ini telah mengetahui tentang ikhlas dalam solat, ikhlas dalam berpuasa dan ikhlas dalam berzikir. Ia bererti mendirikan solat kerana Allah dan bukannya kerana emak mertua yang datang melawat. Ia bererti berpuasa kerana Allah dan bukannya kerana mengelak dari disindir oleh pelajar-pelajar di kolej. Ia bererti berzikir kerana Allah dan bukannya kerana ingin menunjukkan sifat wara’ kepada rakan-rakan di pejabat.

Ada pun ikhlas yang dikecualikan oleh syaitan, maka ia adalah keikhlasan yang berlaku dalam konteks yang lebih besar. Ia adalah keikhlasan yang melibatkan keseluruhan agama dan bukan sekadar amalan-amalan tertentu di dalam agama. Ertinya, kita beragama, memperjuangkan agama, membela agama dan melakukan kerja agama semuanya kerana Allah.

Pada masa kini keikhlasan kerana agama amat sukar untuk ditemui. Di sana-sini, kita tidak akan menemui orang yang memiliki penghayatan agama melainkan dia melakukannya kerana untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada amalan yang disukai oleh iblis dan syaitan, dan jadikanlah diri kita beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan sentiasa membaca al-Quran dan berzikir untuk menjauhkan daripada bisikan dan hasutan iblis dan syaitan.

Thursday, June 7, 2012

Segerakan Bertaubat Kepada Allah SWT Jangan di Tangguh-tangguh


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang... beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (Surah At-Tahrim ayat 8 )

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan suatu penangguhan kepada hambanya dari ditulis dosa yang telah dibuatnya oleh Malaikat Kiramul Kaatibiin supaya dia sempat bertaubat kepada Tuhanya,maka telah berkatanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam :

Ű„Ù† ۔ۭۧۚ Ű§Ù„ŰŽÙ…Ű§Ù„ Ù„ÙŠŰ±ÙŰč Ű§Ù„Ù‚Ù„Ù… ŰłŰȘ ۳ۧŰčۧŰȘ Űčن Ű§Ù„Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù… Ű§Ù„Ù…ŰźŰ·ŰŠ، ÙŰ„Ù† Ù†ŰŻÙ… ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù…Ù†Ù‡Ű§ ŰŁÙ„Ù‚Ű§Ù‡Ű§، ÙˆŰ„Ù„Ű§ كŰȘŰšŰȘ ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ©

Maksudnya : "Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat kesalahan, jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut maka akan dilemparkan sahaja dosa tersebut, jika dia tidak berbuat demikian,maka akan ditulis sebagai satu dosa." (Hadis riwayat Imam At-Thobrani dari Abu Umamah di dalam Al-Kabir)

Janganlah kalian menganggap setiap perbuatan yang berdosa itu sebagai perkara remeh temeh, ataupun cuba mempersoalkan berapakah berat dosa yang kalian telah lakukan itu samaada kecil atau besar sambil melakukan perlakuan dosa tersebut dengan bersahaja tanpa rasa bersalah..

Ű„Ù† Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù† ÙŠŰ±Ù‰ Ű°Ù†ÙˆŰšÙ‡ ÙƒŰŁÙ†Ù‡ Ù‚Ű§ŰčŰŻ ŰȘŰ­ŰȘ ŰŹŰšÙ„ ÙŠŰźŰ§Ù ŰŁÙ† يقŰč Űčليه، ÙˆŰ„Ù† Ű§Ù„ÙŰ§ŰŹŰ± ÙŠŰ±Ù‰ Ű°Ù†ÙˆŰšÙ‡ ÙƒŰ°ŰšŰ§Űš Ù…Ű± Űčلى ŰŁÙ†ÙÙ‡، ÙÙ‚Ű§Ù„ ŰšÙ‡ Ù‡ÙƒŰ°Ű§ – ŰŁÙŠ ŰšÙŠŰŻÙ‡ -ÙŰ°Ù‡Űš Űčنه

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : "Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang ." (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Sesiapa sahaja yang masih lagi terperangkap di dalam jerangkap dosa ciptaanya sendiri agar berusaha memandang berat setiap dosa yang dilakukanya kerana janganlah kalian melihat akan kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa dosa itu dilakukan.

Terdapat empat syarat-syarat taubat dan pelengkap kepada taubat :

Di antara syarat-syarat taubat yang di perkatakan oleh para ulama berdasarkan hadis dan ayat-ayat al-Quran ialah :

1. Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu.

2. Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu.

3. Berazam tidak akan melakukan kembali dosa-dosa terdahulu.

4. Jika dosa yang melibatkan hak insan lain hendaklah dipulangkan semula hak insan tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.

Dan terdapat sepuluh (10) syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat utama di dalam bertaubat ialah :

1. Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah SWT

Tidaklah dikira bertaubat jika meninggalkan dosa tersebut disebabkan tiada lagi kemampuan untuk melakukan dosa tersebut,atau kerana takutkan cercaan manusia kepadanya atau kerana ingin memuaskan hati manusia lainya.

Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana takutkan dosa tersebut akan terkesan ke atas jawatan yang dipeganginya atau takutkan bakal dibuang kerja.

Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana ingin menjaga kesihatan dan kekuatan badanya,seperti seseorang yang meninggalkan perlakuan zina kerana takutkan penyakit yang bakal menimpanya nanti, atau takutkan dijangkiti penyakit kelamain atau HIV dan sebagainya.

2. Hendaklah mewujudkan rasa benci terhadap dosa-dosa lalu yang telah dilakukan.

Ini kerana orang yang telah bertaubat dengan taubat yang sahih itu tidaklah boleh dia merasa suka bahkan berbangga pula dengan dosa-dosa yang dilakukanya dahulu ketika mana dia teringat kembali dosa-dosanya atau menceritakanya kepada orang lain (atas niat memberi pengajaran), ataupun ada terselit suatu niat ingin kembali melakukan dosa-dosa terdahulu itu.

3. Hendaklah seorang hamba Allah yang melakukan dosa itu bercepat-cepatan melakukan taubat kepada Allah,kerana walaupun dia melambat-lambatkan taubat sekalipun, dia tetap perlu bertaubat juga suatu hari nanti, itu pun jikalau dia masih diberikan peluang hidup oleh Allah.

4. Hendaklah dia mewujudkan rasa tidak cukup atau merasa adanya kekurangan terhadap taubatnya supaya dia dapat memperbanyakkan taubatnya kepada Allah dan janganlah dia mewujudkan rasa yakin bahawa taubatnya diterima,kerana nanti akan menyebabkan perasaan merasa selamat daripada kemarahan Allah SWT apabila melakukan dosa.

5. Hendaklah dia memenuhi kembali hak-hak Allah yang telah dia terlepas melakukanya dahulu sebanyak yang boleh,seperti mengeluarkan zakat yang terhalang untuk dikeluarkanya dahulu ataupun hak-hak orang fakir miskin.

6. Hendaklah dia cuba menjauhkan dirinya daripada tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah kerana dikhuatiri dia akan kembali melakukan dosa itu demi kerana pintunya yang terbuka luas di hadapanya.

7. Hendaklah dia menjauhkan dirinya daripada kawan-kawan lama yang suka kepada maksiat dan insan-insan lain yang boleh menjuruskanya kembali melakukan maksiat kepada Allah.

8. Hendaklah dia menghapuskan segala perkara-perkara haram yang masih wujud lagi didalam simpananya seperti benda-benda yang memabukkan, gambar-gambar lucah serta video-video lucah, pakaian-pakaian yang menjolok mata,yang mana semestinya dia menghapuskanya atau membakar kesemuanya, kerana kebanyakkan manusia-manusia yang telah bertaubat tidak dapat beristiqamah di dalam bertaubat kepada Allah adalah kerana masih ada lagi perkara-perkara haram ini di dalam simpananya, semoga Allah memberikan jalan istiqamah kepada setiap insan yang bertaubat.

9. Hendaklah dia memilih rakan-rakan yang soleh dan baik akhlaknya yang boleh menolongnya mencari jalan keredaan Allah sebagai mengganti rakan-rakanya yang lama yang boleh mengajaknya kembali kepada dosa-dosa lamanya.

Begitu juga hendaklah dia cuba menghadiri majlis-majlis zikir kepada Allah ataupun majlis-majlis ilmu yang bermanfaat agar dapat mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah supaya tidaklah dapat syaitan itu mencari peluang membisikkan kepadanya agar teringat kembali dosa-dosa lamanya.

10. Dan yang paling penting…Hendaklah dia cepat-cepat bertaubat sebelum al-Ghargharah dan juga sebelum terbitnya matahari dari sebelah Barat.

Apakah al-Ghargharah itu ?? : iaitu suatu suara yang terkeluar daripada kerongkong di saat roh ditarik keluar daripada jasad yang bermaksud hendaklah dia bertaubat sebelum datangnya kiamat kecil (kematian) dan kiamat besar berdasarkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wasalam :

من ŰȘۧۚ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙ† يŰș۱Űș۱ Ù‚ŰšÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ منه

Maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya al-Ghargharah maka akan diterima Allah akan taubatnya."(Hadis riwayat Imam Al-Haakim di dalam Al-Mustadraak yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)

من ŰȘۧۚ Ù‚ŰšÙ„ ŰŁÙ† ŰȘŰ·Ù„Űč Ű§Ù„ŰŽÙ…Űł من مŰșŰ±ŰšÙ‡Ű§ ŰȘۧۚ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه

Maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah Baratnya,maka akan diterima Allah akan taubatnya." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)

Sahabat yang dimuliakan,
Memperbanyakkan membuat amal kebaikkan, antaranya ialah membuat solat taubat alam usaha untuk sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Dari Abu Bakar radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : "Tidaklah seorang lelaki itu yang melakukan dosa kemudianya bangun dan membersihkan diri (berwuduk) kemudian bersolat (solat taubat dua rakaat) kemudianya meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan akan diampunkan Allah baginya ,kemudian beliau membaca ayat ini :

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah ,lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui”(Surah Ali-Imran ayat 135) (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Imam Abu Daud)

Dan perbanyakkanlah beristighfar (meminta keampunan kepada Allah) sepertimana yang dilakukan oleh baginda :

Ù‚Ű§Ù„ ŰŁŰšÙˆ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© : ŰłÙ…ŰčŰȘ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… يقول: ÙˆŰ§Ù„Ù„Ù‡ Ű„Ù†ÙŠ Ù„ŰŁŰłŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŁŰȘÙˆŰš Ű„Ù„ÙŠÙ‡ في Ű§Ù„ÙŠÙˆÙ… ŰŁÙƒŰ«Ű± من ۳ۚŰčين Ù…Ű±Ű©

Bermaksud : Demi Allah! Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih daripada 70 kali (Hadis riwayat Imam Bukhari bernombor : 6307)

Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙŠŰ§ ŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł! ŰȘÙˆŰšÙˆŰ§ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡. ÙŰ„Ù†ÙŠ ŰŁŰȘÙˆŰš، في Ű§Ù„ÙŠÙˆÙ…، Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ù…Ű§ŰŠŰ© Ù…Ű±Ű©

Bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali "(Hadis riwayat Imam Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbanyakkanlah membuat amalan kebajikkan dan amalan-amalan ketaatan, sesungguhnya Umar radiallahu anhu ketika mana beliau telah berasa salah dengan kesalahanya ketika berbincang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam di dalam perjanjian Hudaibiyah, beliau berkata : “Aku telah membuat berbagai amalan soleh sebagai menghapuskan kesalahanku tersebut “

Sekarang perhatikanlah hadis ini pula :

Ű„Ù† Ù…Ű«Ù„ Ű§Ù„Ű°ÙŠ يŰčمل Ű§Ù„ŰłÙŠŰŠŰ§ŰȘ Ű«Ù… يŰčمل Ű§Ù„Ű­ŰłÙ†Ű§ŰȘ ÙƒÙ…Ű«Ù„ Ű±ŰŹÙ„ ÙƒŰ§Ù†ŰȘ Űčليه ۯ۱Űč Ű¶ÙŠÙ‚Ű© Ù‚ŰŻ ŰźÙ†Ù‚ŰȘه Ű«Ù… Űčمل Ű­ŰłÙ†Ű© ÙŰ§Ù†ÙÙƒŰȘ Ű­Ù„Ù‚Ű©، Ű«Ù… Űčمل ŰŁŰźŰ±Ù‰ ÙŰ§Ù†ÙÙƒŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰźŰ±Ù‰ Ű­ŰȘى ŰȘ۟۱ۏ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶

Maksudnya : “Sesungguhnya perumpamaan orang yang melakukan kejahatan-kejahatan kemudianya melakukan kebaikkan-kebaikkan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit, sehingga mencekiknya, kemudianya apabila dia membuat amalan kebaikkan maka terbukalah suatu lubang,kemudian dia melakukan kebaikkan yang lain dan terbukalah lubang yang lain sehinggalah terbuka kesemuanya dan jatuh ke atas tanah” (Hadis riwayat Imam at-Thobrani di dalam Al-Kabir )

Wednesday, June 6, 2012

Sifat Orang Mukmin Merasai Bimbang Ketika Bertemu Allah SWT Di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap mukmin perlulah merasa bimbang dan risau apakah kesudahan hidupnya samaada mendapat keredaan daripada Allah SWT atau pun tidak dihari akhirat nanti. Daripada jiwa yang bimbang inilah akan melahirkan pengharapan dan doa disertakan dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan Rabbul 'alamin.

Saidina Umar al-Khattab r.a telah dijamin untuk masuk syurga oleh Rasulullah SAW tetapi beliau masih mengharapkan belas kasihan daripada Allah SWT untuk terselamat daripada azab neraka. Pada  suatu ketika, beliau telah melafazkan satu doa  ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Para Nabi-nabi yang telah dipilih menjadi kekasih Allah SWT tidak pernah lupa untuk berdoa agar mereka tidak ditimpakan kehinaan pada hari kiamat. 

Nabi Ibrahim a.s berdoa (maksudnya) : “Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” (Surah al-Syu'ara, ayat 87-89)

Berdasarkan doa diucapkan Nabi Ibrahim a.s. di dalam ayat di atas, terdapat tiga perkara yang menarik diberikan perhatian untuk menjadi panduan kita bersama.

Pertama : Kebimbangan Nabi Ibrahim mengenai azab yang pedih pada hari akhirat. 

Sebagai seorang Nabi, bahkan bapa segala nabi dan rasul, juga bergelar Khalil Allah yang bermaksud kekasih Allah, Nabi Ibrahim a.s masih bimbang serta takut jika ditimpakan kehinaan oleh Allah SWT pada hari kiamat. Inilah sifat mulia Nabi Ibrahim a.s yang sewajarnya dicontohi.

Kedua : Tiadanya nilai harta kekayaan, pangkat kedudukan, pengikut dan waris keturunan di sisi Allah SWT pada hari kiamat. 

Untuk neraca piawaian duniawi, harta dan anak termasuk pengikut adalah petunjuk utama menentukan status serta darjat sosial manusia.

Akan tetapi pada hari akhirat nanti, kesemua itu tidak menjadi perkara penting dan tidak ada harganya kerana kenikmatan di syurga tidak dapat dijual beli, apatah lagi malaikat sebagai barisan pelaksana perintah Allah SWT tidak mungkin dapat diminta kasihan untuk melepaskan diri daripada azab dan kesengsaraan.

Ketiga : Kebersihan hati adalah sumber keselamatan dan kebahagiaan pada hari akhirat. 

Jaminan keselamatan dan kebahagiaan hanya diberikan kepada orang yang datang menghadap Allah dengan hati bersih dan sihat atau 'qalbun salim'.

Dalam kata lain, hati memainkan peranan penting mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seseorang. Malah, hati juga dianggap sebagai ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia.

Anggota tubuh badan manusia tidak berfungsi secara keseluruhannya kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq serta sifat mazmumah.

Perlu ditegaskan, ada banyak pendapat daripada ulama tafsir berkaitan asal usul kalimah 'qalbun salim' ini yang asasnya berkisar kepada tiga makna. 

1. Ibnu Katsir dan al-Alusi memberi tafsiran bahawa 'qalbun salim'  bermaksud sejahteranya hati daripada penyakit syirik atau kepercayaan sesat. Hati sihat bererti memiliki akidah yang benar, lurus, bebas daripada segala bentuk kemusyrikan dan kesesatan.
2. 'Qalbun salim' bererti bersih daripada penyakit hati iaitu sifat mazmumah seperti riak, hasad dengki, sum’ah, sombong dan sebagainya. Di dalam surah al-Baqarah terdapat tiga golongan manusia iaitu orang yang bertakwa (al-muttaqun), orang kafir (al-kafirun) dan orang munafik (al-munafiqun).

Golongan yang disebut sebagai al-munafiqun ini adalah orang yang hatinya berpenyakit seperti ditegaskan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:  “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) ada penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” 
(Surah al-Baqarah, ayat 10)

Hati yang bersih dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah SWT. Justeru, hati adalah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah yang lain.
3. 'Qalbun salim' adalah bermaksud hati yang mengenal Allah SWT iaitu iman dan takwa.
Memiliki kesempurnaan dan kekuatan melakukan tugas sesuai dengan maksud penciptaannya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Takwa itu di sini, dan baginda SAW menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sahabat yang dikasihi,
Satu perkara tidak dapat disangkal adalah hati yang sihat sumber segala kebaikan dan pendorong amal soleh. Di sini, hanya hati yang disebut sebagai sumber keselamatan dan kebahagiaan pada hari akhirat, bukannya anggota tubuh badan lain.

Hal ini, menurut Imam al-Razi, beliau berkata : "Apabila hati sihat, seluruh anggota badan yang lain ikut sihat. Jika baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. "

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu perlulah kita banyak bermuhasabah dan bermurajaah akan amalan-amalan kita setiap hari dan melihatnya kembali adakah ianya cukup untuk berhadapan dengan Allah SWT di hari akhirat nanti. Perasaan bimbang, takut dan mengharap rahmat dan kasih sayang Allah SWT adalah sifat dan peribadi orang mukmin yang menguasai kehidupnnya dan cukup berhati-hati ketika meniti kehidupan setiap hari.

Monday, June 4, 2012

Mayat Para Syuhada Tidak Hancur di Dalam Bumi

Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahun

Posted on the June 2nd, 2012 under Luar Negara by admin
Palestin – Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.

Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu. Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Semasa berlakunya banjir besar di Madinah, kuburan 70 orang keluarga Perang Uhud itu kena banjir, mayatnya timbul keluar, masih sempurna semua jenazah para syuhada kerana dikubur dipasir. Apabila banjir surut, darah jenazah para syuhada masih mengalir keluar dan baunya harum. Jenazah tersebut semuanya dikebumikan semula tapi tidak dikenali kecual dua jenazah iaitu Saidina Hamzah dan Saidina Abdullah bin Jaz.

Saidina Hamzah r.a dikenali dapat dikenali kerana dadanya berlubang dan jantungnya tidak ada kerana telah dimakan oleh Hindun, badannya tinggi besar. Jasadnya masih berdarah, dan harum, bahkan tangannya masih menutup lukanya dilambung yang terkena tombak, yang masih keluar darah, walaupun sudah beberapa ribu tahun. 

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz dapat dikenali kerana telinga dan hidungnya terpotong-potong kerana diikat benang. 

Kedua-dua sahabat ini sahaja sekarang ini nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Bukit Uhud, hanya ada 2 nisan saja. Jelas disini jasad mereka yg syahid tak hancur dimakan tanah. Itu sebab kenapa jenazah pengebom berani mari Palestin masih tidak hancur dan berbau busuk walaupun sudah tersimpan 19 tahun yang lalu.

Sunday, June 3, 2012

Manusia Yang Paling Baik Adalah Memiliki Umur Panjang Dan Baik Amalannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW. kepada Saidina Ali k.w yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Sebaik-baik manusia di sisi Allah SWT. adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya."

"Wahai Ali ! Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang berumur panjang serta baik amal perbuatannya."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang mukmin itu ada tiga :
1.Tidak suka kepada harta dunia.
2.Tidak suka kepada wanita (maksudnya tidak suka melakukan maksiat dan mengikut hawa nafsu syahwat)
3.Tidak suka mengumpat ‘aib orang lain."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang ‘alim itu ada tiga :
1.Jujur dalam berbicara.
2.Menjauhi yang haram
3.Tawaduk (rendah hati)"

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang yang bertakwa itu ada tiga :
1.Takut berdusta dan berbuat keji.
2.Menjauhi kejahatan.
3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang benar itu ada tiga :
1.Merahsiakan ibadah.
2.Merahsiakan sedekah.
3.Merahsiakan dugaan yang menimpa dirinya."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda ahli ibadah itu ada tiga :
1.Selalu membatasi diri.
2.Selalu menghisab (menghitung-hitung) dirinya.
3.Selalu memperbanyakkan ibadah"

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang soleh itu ada tiga :
1.Selalu memperbaiki hubungan dengan Allah s.w.t. melalui amal soleh.
2.Selalu memperbaiki agamanya dengan beramal soleh.
3.Selalu redha terhadap manusia dari apa yang diredai dirinya."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang bahagia itu ada tiga :
1.Makanannya halal.
2.Duduk bersama para ulama’
3.Solat lima waktu bersama imam (berjemaah)"

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang dermawan itu ada tiga :
1.Memberi maaf ketika berkuasa (membalas).
2.Mengeluarkan zakat dengan benar.
3.Senang mengeluarkan sedekah."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang tasamuh (toleransi) itu tiga :
1.Menyambung silaturahim pada orang yang memutuskannya.
2.Memberi kepada orang yang menghalang-halanginya
3.Memaafkan orang yang menganiayanya."

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang sabar itu ada tiga :
1.Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT
2.Sabar atas dugaan (musibah) yang dideritainya.
3.Sabar atas qadak (ketetapan) Allah SWT"

"Wahai Ali ! Tanda-tanda orang taubat itu tiga :
1.Menjauhi segala yang haram.
2.Senang menuntut ilmu untuk ibadahnya kepada Allah.
3.Tidak kembali berbuat dosa, sebagaimana tidak kembalinya susu yang sudah diperas kedalamnya."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adalah kita termasuk dikalangan orang mukmin yang memiliki umur berkualiti iaitu semakin meningkat maka semakin baik amalan dan ibadah kita kepada Allah SWT. Adakah kita juga memiliki sifat-sifat orang mukmin, alim, takwa, benar , soleh, bahagia, dermawan dan tasamuh seperti ciri-ciri di atas.? Jika belum ada lagi maka perlulah kita meningkatkan amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan dan meningkatkan ilmu yang bermenfaat setiap hari.

Berpolitik Cara Islam Satu Tuntutan Agama


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menjadi pemimpin dalam sebuah parti atau masyarakat adalah satu bidang kerjaya yang sangat dikejar dan dicari oleh manusia sekarang ini tidak kira samaada dia seorang muslim atau pun bukan muslim. 
Jika terpilih menjadi pemimpin ianya boleh menjanjikan banyak keistimewaan seperti pengaruh, kekayaan , dihormati dan dipuji oleh masyarakat. Jika sekirannya mendapat sesuatu jawatan dengan cara yang betul dan tidak lobi melobi cara mungkar tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi jika mengejar jawatan dengan menggunakan cara fitnah, mengadu domba dan menjatuhkan saingannya maka itu yang haram dan berdosa.

Dalam satu riwayat seorang sahabat berkata : "Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi . Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Huraiannya :

Ketika mengucapkan hadis ini, Nabi SAW adalah pemimpin dalam politik. Dalam menentukan pemilihan calon kepimpinan, baginda memaklumkan bahawa dasar baginda adalah tidak memilih individu yang mempunyai ‘keinginan politik’. Ini kerana mereka yang mengharap akan jawatan itu kurang atau tidak ada keinsafan terhadap amanah kepimpinan. Dasar seperti ini wajar diberikan perhatian oleh kepimpinan setiap negeri dan negara. Dalam hadis yang lain baginda menyebut: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya (Hadis Riwayat Bukhari).

Orang yang terlalu berkeinginan untuk memegang jawatan biasanya dia adalah jenis individu yang tipis ingatan terhadap akhirat, maka rengganglah hubungannya dengan Allah SWT. Oleh itu dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, baginda Nabi SAW menasihati sahabatnya Abd. ar-Rahman bin Samurah: "Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu."

Banyak lagi nas Islam menunjukkan seorang yang terlalu mengejar jawatan dan ingin mendapatkan kuasa politik tidak layak untuk diberikan kepadanya jawatan. Hal ini mesti disedari oleh kepimpinan Islam dan rakyat jelata.

Buktinya jika ditolak permohonannya bertanding untuk sesuatu jawatan maka dia akan menjadi marah dan mula membuat fitnah dan menyalahkan semua orang kerana yang betul adalah dia seorang. Dia sanggup berdusta atau mengaibkan orang lain.

Berpolitik itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ia adalah fardu kifayah. Rasulullah SAW dan para sahabat pun berpolitik demi amanah Islam. Apa yang dikeji ialah berpolitik cara Mechiavelli (matlamat menghalalkan cara) atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasar- dasar agama.

Maka bukan semua hasrat dan keinginan mendapatkan kerusi politik itu buruk di sisi Islam. Jika niat seseorang menyertai politik itu untuk menyelamatkan keadaan seperti mengelakkan kezaliman, penyelewengan atau demi keselamatan umat Islam seperti keadaan sesetengah negara, maka hasrat politik seperti itu patut dipuji. Contoh Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan lain-lain lagi.

Nabi Yusuf a.s, pun pernah meminta jawatan dalam negara Mesir. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 55-56: (maksudnya): "Yusuf berkata: Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan."

Jelas, Nabi Yusuf meminta jawatan, bahkan menyatakan ciri-ciri kelayakan yang dimiliki olehnya demi membolehkan dia mendapatkan jawatan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap salah kerana tuntutan keadaan atau keperluan semasa zamannya.

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H): “Sesungguhnya Nabi Yusuf a.s.hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran (keadilan dan dapat memulihkan ekonomi dari berlakunya ketirisan) dan dapat menegakkan kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) juga menyebut bahawa meminta jawatan atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh syarak (lihat: Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan).

Bahkan seseorang itu mendapat pahala jika dia inginkan jawatan itu kerana sedar akan kelayakan dirinya yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk umat dan menyelamatkan mereka dari kerosakan atau kezaliman, atau bimbang jawatan tersebut akan dikuasai oleh seseorang yang tidak layak atau zalim.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai seorang muslim niat adalah perkara terpenting. Adakah kita bekerja untuk mendapatkan kepimpinan negara untuk kepentingan peribadi atau kepentingan umat? Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta untuk mendapatkan kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu semata-mata tanpa memikirkan dakwah dan tarbiah.

Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim dan memberi keadilan semua manusia (termasuk yang bukan Islam) mengeluarkan manusia – dengan izin Allah – dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Dari pemerentahan atau pemimpin yang tidak adil kepada sistem keadilan Islam .

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab untuk melaksanakan rukun Islam, juga ibadah-ibadah yang lain.

Prof Yusuf Qarsawi berkata : "Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Justeru itu, apabila kita berkempin mestilah mengikut nilai-nilai dan akhlak Islam bukannya membuat fitnah, menuduh tanpa bukti yang sahih, sumpah seranah atau maki hamun.

Islam melarang sama sekali kita dedahkan aib seseorang dengan mengedit gambar-gambar lama seseorang tokoh politik sedangkan ketika itu dia tidak terlibat langsung dalam politik (zaman mudanya) , Allah SWT melarang jika kita dedahkan aib seseorang sedangkan Allah SWT telah menutupnya (aib yang lama). Kita dilarang melanggar batasan syarak, memutuskan silaturahim, bermusuhan sesama muslim, mengkhianati agama dan negara, pulau-memulau bahkan ke peringkat menumpah maruah dan darah hanya semata kerana ingin mendapatkan kerusi politik. Boleh berkempen tetapi ikutlah cara-cara yang Islam benarkan.

Jika amalan ini tidak dikawal ia akan menjadi sesuatu yang negatif yang akhirnya membawa kepada masyarakat disibukkan dengan desus-desas yang berbagai-bagai, umpat- mengumpat, tuduh-menuduh, surat dan e-mel layang (palsu) bertebaran dan berbagai-bagai sensasi akan menggugat ketenteraman masyarakat. Ketika orang lain sibuk membina kekuatan ekonomi dan pendidikan mereka, umat Islam pula tidak habis-habis menyibukkan diri dengan gosip dan keresahan politik.

Dalam usaha membina modal insan yang cemerlang dan negara yang bahagia, kepimpinan Islam dan rakyat hendak bergerak menghapuskan yang boleh membawa kepada keruntuhan nilai-nilai akhlak yang amat di tekankan Islam . Kembali kepada firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. (Surah an-Nisa’ayat 58).

Sahabat yang dikasihi,
Dari segi teorinya, demikianlah. Namun apabila kita sampai ke pelaksanaan hari ini, hampir semua akan mendakwa niat dan tujuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, mengelakkan kezaliman atau memastikan orang yang tidak layak tidak mendudukinya. Namun niat hakiki mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Walau bagaimana pun umat Islam perlulah memberikan kepercayaan dalam mengundi mereka yang jelas matlamat Islam yang ingin di bawa dan menolak kepimpinan yang terang-terang mempromosi banyak jalan-jalan yang tidak syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam.