Thursday, August 16, 2012

Empat Amalan Dapat Menambahkan Berat Pahala Semasa Mizan Di Hari Akhirat.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Timbanga
n amal (mizan) adalah tempat penentuan seseorang hamba Allah itu samaada akan ditempatkan disyurga atau neraka. Jika berat pahala/ kebaikannya maka syurgalah balasannya begitu juga jika berat dosa/ amalan buruknya maka nerakalah balasan yang akan diterima.

Untuk menyelamatkan kita dengan mendapat berat amal kebaikannya maka perlulah berusaha mencari jenis-jenis amalan yang boleh menjadikan amal kebaikan kita menjadi berat semasa ditimbang.

Terdapat empat amalan yang boleh menambahkan berat timbangan amal seseorang di hari akhirat iaitu :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Ketiga : Akhlak yang baik.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Huraiannya :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Puasa yang dikerjakan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar (dengan rahmatNya), hanya Allah Subhanahu Wa Taalah yang mengetahuinya.

Menurut alim ulamak, di akhirat kelak, jika kita telah ketandusan pahala kerana membayar hutang kepada penuntut-penuntut hutang pahala di atas dosa-dosa yang kita lakukan terhadap seseorang semasa di dunia, pahala puasa tidak akan diberi sebagai membayar hutang. Pahala puasa akan hanya digunakan apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala kelak. Dengan rahmatNya, Allah Subhanahu Wa Taala akan membayarnya dengan pahala puasa kita (hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui nilai tersebut).

Status orang yang berpuasa dengan ikhlas dan taat (berkualiti) begitu istimewa disisi Allah Subhanahu Wa Taalah. Puasa yang ikhlas adalah ibarat perisai, pendinding dan benteng dari kelemahan rohani dan jasmani sekali gus menghindarkan kita dari dosa-dosa besar dan kecil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNya). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada kasturi." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dalam al Kabir dari Ibnu Mas'ud dan lain-lain)

Di dalam satu lagi Hadis Qudsi Allah Subhanahu Wa Taalah berfirman maksudnya: "Puasa itu dinding atau perisai dari api neraka dan ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (yang berpuasa) meninggalkan nafsu syahwat, meninggalkan makan dan minum kerana Aku. Sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi". (Hadis Qudsi Riwayat Baghawi, Tabrani dan 'Abdan bin Basyir dari Ibnu Khasasiah).

Dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud : "Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu bernama Ar-Royyaan. Tidak diperkenankan masuk melaluinya kecuali orang-orang yang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dari Sahl bin Sa'd).

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Nabi SAW ada memberi pesanan bahawa ada terdapat sebuah zikir yang mudah diulangkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan. Zikir tersebut adalah bacaan “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

كَلِمَŰȘَŰ§Ù†ِ ŰźَفِيفَŰȘَŰ§Ù†ِ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„ِّŰłَŰ§Ù†ِ ، Ű«َقِيلَŰȘَŰ§Ù†ِ فِى Ű§Ù„ْمِيŰČَŰ§Ù†ِ ، Ű­َŰšِÙŠŰšَŰȘَŰ§Ù†ِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰšِŰ­َمْŰŻِهِ ، ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمِ

"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (Hadis Riwayat Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Ketiga : Akhlak yang baik.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

ŰłُŰŠِلَ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Űčَنْ ŰŁَكْŰ«َ۱ِ مَۧ يُŰŻْŰźِلُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ فَقَŰ§Ù„َ ŰȘَقْوَى Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ­ُŰłْنُ Ű§Ù„ْŰźُلُقِ وَŰłُŰŠِلَ Űčَنْ ŰŁَكْŰ«َ۱ِ مَۧ يُŰŻْŰźِلُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱َ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ْفَمُ وَŰ§Ù„ْفَ۱ْŰŹُ

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat. At-Tirmizi no. 2004)

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَ لَيُŰŻْ۱ِكُ ŰšِŰ­ُŰłْنِ Űźُلُقِهِ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©َ Ű§Ù„Ű”َّۧۊِمِ Ű§Ù„ْقَۧۊِمِ

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan solat dengan akhlak baiknya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Shahih Al-Jami’ no. 1932)

Apakah yang dimaksudkan akhlak yang baik?

1. Membuangkan semua sifat-sifat mazmumah seperi riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati, hasad dengki, suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan suka memutuskan silaturahim, suka dedahkan aib orang lain dan sebagainya.

2. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar , zuhud, qanaah, syukur, reda dengan takdir Allah dan lain-lain lagi.

3. Istiqamah dengan amal Islam, amal ibadah dan amal-amal soleh seperti suka bersedekah, suka membantu orang lain, berdakwah, amal makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita pertingkatkan amal-amal soleh kita dan lakukanlah semata-mata kerana Allah SWT. Pertingkatkan empat amalan kebaikan seperti di atas sebagai usaha-usaha kita untuk memberatkan timbangan amal pahala kita ketika menghadapi hisab (mizan) di hari akhirat nanti. Jadikanlah puasa Ramadan kita ini sebagai amalan pertama yang akan mendapat kurniaan Allah SWT, berat timbangan amal dan dimasukkan-Nya kita kesyurga dengan rahmat -Nya.

Wauallahualam.


Wednesday, August 15, 2012

Hari Raya Aidilfitri Di Sambut Tanda Syukur Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramadan sudah sampai penghujungnya, bulan yang penuh keberkatan ini akan pergi meninggalkan kita. Bagi hati mukmin, perginya Ramadan membuat hati merasa sayu dan sedih, kerana kehadiran Ramadan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan iaitu mendapat rahmat Allah, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari seksaan api neraka. Kelebihannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain

Hampir sebulan kita telah menahan lapar kerana berpuasa. Ringan badan beribadah. Berlapar menutup pintu hasutan syaitan. Muslimin mengikis penyakit-penyakit hati seperti hasad, ego, ‘ujub, sum’ah, bakhil, buruk makan, cinta dunia dan panjang angan-angan. Membuang sifat malas dan berpoya, berpecah-belah  dan bermusuhan.

Madrasah Ramadan merupakan proses tarbiah dan tazkiyah pada hati, jiwa dan roh kepada pembersihan sebenar yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Natijah dari segala proses di madrasah ini melahirkan hati yang bertakwa kepada Allah SWT. Takwa inilah merupakan pakaian orang mukmin, pakaian inilah yang dipakainya untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.

Sahabat yang dimuliakan,
Adakah Ramadan kali ini, merupakan Ramadan yang terbaik pernah kalian rasai? 
 
Adakah segala amal ibadah, puasa, doa, munajat, tafakur, sedekah, bacaan al-Quran yang kalian laksanakan memberi kesan yang mendalam pada hati , jiwa dan perasaan dan benar-benar dapat merasai kemanisannya? 
 
Meningkat atau tidak meningkatnya tarbiah rohiyah ini, berkesan atau tidak berkesannya proses tamrin ini bergantung pada peribadi masing-masing sejauhmana ia hayati Ramadan.

Berbahagialah sesiapa yang diubah perangainya oleh Ramadan. Ia terlepas dari celaan seperti sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud; “Terjauhlah (dari rahmat) sesiapa yang sempat bertemu dengan Ramadan (tetapi tidak memperdulikannya) maka Allah tidak mengampunkannya.”(Hadis Riwayat al-Hakim dari Kaab bin ‘Ujrah)
 
Kalian boleh muhasabah diri sendiri, kesan yang paling nyata adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita laksanakan semasa Ramadan akan dapat kita teruskan dan istiqamah pada bulan-bulan berikutnya , malah mungkin lebih baik lagi. Jika ini berlaku , ini bermakna ciri-ciri takwa itu dapat kita perolehi. 
 
Takwa sebenar itu ia tidak tersimpan didalam hati sahaja tetapi ia akan dilahirkan dalam berfikir, dalam tindakkan dan membuat keputusan, nampak jelas dalam peribadi, akhlak, tutur kata, pergaulan dan amalan hariannya.

Nabi SAW menyatakan bahawa sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah disepanjang Ramadan dia sebenarnya telah mendapat malam Lailatul Qadar. Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa fadilat solat isyak berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat separuh malam dan fadilat solat subuh berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat sepanjang malam. Kita mohon kehadrat Allah SWT semoga keberkatan malam Lailatu Qadr tahun ini dapat memberi kesan pada hati, jiwa dan kehidupan kita yang lebih baik dan mendapat keredan Allah SWT.

Sahabat yang dihormati, 
Dengan kedatangan Eidul Fitri beberapa hari lagi adalah bermakna hari kemenangan umat Islam, perlu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur diatas kemenangan iman menakluki nafsu dalam bulan Ramadan. Eid bermakna hari kejayaan dan Fitri bermakna fitrah iaitu nurani yang bersih.

Kejayaan disambut pada Eidul Fitri, berkumandang takbir, tahmid dan tasbih. Hati mukmin semakin akrab dan kasih terhadap Allah SWT, pancaran nur ibadah Ramadan. Zakat fitrah dkeluarkan, tanda syukur menghabiskan Ramadan dengan penuh adab. Berlapar sebulan menginsafkan mukmin tentang penderitaan orang miskin dan pelarian perang yang tertindas. 
 
Dengan menunaikan solat sunat Eidul Fitri menyembah Zat Yang Agung, Allah SWT. Hari lebaran membuka ruang untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan, kasih sayang dan berlemah lembut sesama mukmin. Ia berkata didalam takbir, ‘Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa, yang benar pada janji-Nya, yang membantu hamba-Nya, yang memenangkan pejuang (agama-Nya) dan mengalahkan pakatan musuh-Nya, semua dengan sendiri-Nya.’

Sahabat yang dikasihi,
Eidul Fitri disambut dengan sederhana. Sederhana dalam makanan dan perhiasan. Yang meriah ialah hati kerana iman yang diperolehi. Apa yang indah ialah kata-kata dan akhlak mulia yang dibina dalam Ramadan, terdapat tiga ucapan yang dianjurkan ialah :

1.‘Taqabbalallahu minkum ‘ bererti semoga Allah menerima amal kamu.

2.’Kullu ‘ammun wa antum bikhir’ bererti sepanjang tahun kamu dalam kebaikan.

3.’Minal ‘Aidin wal faizin. Bererti kamu tergolong di kalangan yang mulia dan berjaya.

Tidak perlu bermuzik atau menonton filem yang menggiurkan syahwat. Teruskan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
 
Ingatlah Eidul Fitri ialah satu ibadah bukan adat.

Kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat di atas salah dan silap dan diatas terkasar bahasa yang menyenggung perasaan sahabat semua semasa menulis nota-nota tazkirah di sini .
 
"Semoga Allah terima amal kami dan amal kamu."
 
Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda Nabi SAW :
 
مَنْ Ű”َŰ§Ù…َ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ Ű«ٌمَّ ŰŁَŰȘْŰšَŰčَهٌ ŰłِŰȘًّۧ مِنْ ŰŽَوَّŰ§Ù„ كَŰ§Ù†َ كَŰ”ِيَŰ§Ù…ِ Ű§Ù„َّŰŻÙ‡ْ۱ِ          ( Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù… )

Maksudnya  : "Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis Riwayat Muslim)

Wassalam

Tuesday, August 14, 2012

Segerakan Membayar Zakat Fitrah Untuk Membantu Golongan Fakir Miskin


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW. mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Sungguh pun sama dari aspek nama dan amalan; namun kedua-dua amalan fardu ini mempunyai perbezaan. Ia berbeza lantaran mempunyai beberapa syarat yang mendasari hikmah di sebalik perlaksanaannya.

Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya. Ini berbeza dengan zakat harta, kerana tidak dikenakan kepada hamba. Mana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri pun dimiliki oleh orang lain. Bahkan, demi mengangkat taraf seorang hamba maka Islam memberikan hak zakat untuk mereka menebus diri.

Zakat fitrah juga mempunyai nisab yang berbeza dengan zakat harta. Untuk menunaikan zakat fitrah, Islam menetapkan bahawa seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya. Manakala, nisab zakat harta pula mesti disandarkan kepada nilai emas semasa. Apabila harga emas tinggi, maka tinggilah nisabnya.
Sahabat yang dimuliakan,

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah. Manakala, kadar zakat harta pula ialah 2.5 peratus dari keseluruhan harta. Manakala, jika zakat pertanian pula kadarnya sama ada 5.0 peratus atau 10.0 peratus.

Kadar bayaran zakat fitrah untuk setiap muslim yang layak membayarnya berbeza mengikut negeri masing-masing. Contoh zakat fitrah di negeri Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur adalah rm 7.00 , manakala negeri Melaka , Negeri Sembilan dan Serawak pula bayarannya sebanyak rm 6.50.

Zakat harta agihannya kepada lapan asnaf. Manakala, agihan zakat fitrah selalunya difokuskan kepada fakir dan miskin. Inilah pandangan sebahagian ulama. Misalnya dinyatakan oleh Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Sayid Sabiq dan Dr. Abdul Karim Zaidan

Menjelang Aidilfitri, bermakna umat Islam menuju kegembiraan. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW iaitu orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Kegembiraan pertama sewaktu berbuka (berbuka puasa dan berhari raya) dan keduanya ketika menatap wajah Allah SWT. di dalam syurga (mafhum daripada hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad).

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sahabat yang di kasihi,
Pergunakanlah beberapa hari yang tinggal dibulan Ramadan ini dengan penuh keinsafan dan tingkatkan lagi amalan, kerana para sahabat Rasulullah menangisi kerana pemergiaan Ramadan kerana dibulan yang penuh berkah ini terdapat hikmah dan ganjaran yang tidak diperolehi pada sebelas bulan yang akan datang.

Di bulan inilah datangnya rahmat Allah, pengampunan daripada Allah SWT. dari segala dosa dan pembebasan daripada api neraka. . Bersedekah dibulan ini seolah-olah kita memperolehi pahala berzakat kerana betapa besarnya pahala bersedekah. Semua kebaikan-kebaikan yang kita laksanakan, dari yang kecil hingga yang besar akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Bulan Ramadan dipilih sebagai bulan re-charge untuk kita semua menghadapi 11 bulan keseterusnya. Re-charge dari segi ibadat, akhlak, muamalat. Sebab itu, banyak sekali pantang larang yang perlu kita ikuti dan patuhi sepanjang tempoh sebulan tersebut. Ia adalah latihan Allah SWT. kepada kita supaya dapat diamalkan pada bulan-bulan seterusnya.




Monday, August 13, 2012

Beramal Dengan Bersungguh-sungguh Pada 25, 27 Dan 29 Ramadan Untuk Menghayati Lailatul Qadar.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita semua berada ambang akhir Ramadan, hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita.

Kita masih memiliki 3 malam ganjil lagi yang ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagai masa terpenting untuk bertemu Lailatul Qadar iaitu malan 25, 27 dan 29.

Berdasarkan hadis riwayat Bukhari di bawah secara khusus Nabi SAW menjelaskan bahawa Lailatul Qadar kemungkinan besar berada di dalam malam ke 25, 27 dan 29. berbandiang malam ke 21 dan 23.

‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang Lailatul Qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang Lailatul Qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu Lailatul Qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah Lailatul Qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).” (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232)

Oleh itu saya berpesan pada diri saya sendiri dan kepada kalian semua anggaplah malam ini (25 Ramadan) seolah-olah malam Lailatul Qadar dan buatlah persiapan serapi mungkin kerana jika jatuh Lailatul Qadar pada malam ini sungguh besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Segala amal ibadah, solat fardu dan solat terawih, solat tahajjud, berdoa dan munajat, zikir, bacaan al-Quran, sedekah dan amal-amal soleh yang lain fadilatnya lebih baik daripada 1000 bulan. Maksud lebih baik daripada 1000 bulan adalah amalan kita kebaikannya melebihi 1000 bulan.

Imam Nawawi rahimahullah, berkata: "Malam Lailatul Qadar dapat disaksikan oleh orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadan, sebagaimana yang telah diterangkan dengan jelas dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. dan diberitakan juga oleh orang-orang yang soleh ...." (Al-Majmu' 6:403)

Kemudian Imam Nawawi menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi rahimahullah, dalam kitabnya "Al-Hawi": Bahawa orang yang dapat menyaksikan malam Lailatulqadar, elok ia menyembunyikan perkara-perkara yang telah disaksikan (supaya ia terselamat dari perasaannya) dan hendaklah ia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas dan sepenuh-penuhnya yakin, dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya dan biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama dan hari akhirat."

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi :

“Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam al-Qadar Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”

Sahabat yang dimuliakan,
Pernah berlaku Lailatul Qadar di zaman Nabi SAW pada siang harinya matahari diliputi kabus hingga cahayanya tidak menyilaukan.

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila Lailatul Qadar itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” (Hadis Riwayat Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).

Jika amalan kita bertepatan dengan malam al-Qadar, maka amalan tersebut adalah bersamaan 1000 bulan iaitu amal soleh yang kita kerjakan bermula daripada masuk sahaja waktu magrib hinggalah masuk waktu subuh .

Tanda awal malam tersebut adalah Lailatul Qadar hati kita akan tenang, gembira dan apa saja amalan yang kita kerjakan akan melahirkan kekusyukan dan keseronokan. Hati mukmin yang bersih dan sejahtera akan dapat merasai kehadiran malaikat rahmat dan malaikat Jibril kerana malaikat membawa aura atau gelombang/ cahaya putih yang mulia yang akan mengucap salam sejahtera kepada mukmin yang sedang beribadah kepada Allah SWT.

Beruntunglah jika saat kehadiran Lailatul Qadar kita sedang berdoa dan bermunajat kepada Tuhan Rabbul Jalil kerana mustajab doa ketika itu. Mintalah kepada Allah SWT kebahagiaan dunai dan akhirat dan di bebaskan daripada seksaan api neraka. Dan mohon diampunkan Allah SWT segala dosa-dosa kita yang telah lalu, di kekalkan dalam iman dan Islam, dijauhi daripada musibah dan bencana. Di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan isteri yang solehah dan di kurniakan Syurga Firdaus yang tinggi di akhirat nanti.

Sunday, August 12, 2012

Pergunakan Sepenuh Masa Baki di Sepuluh Malam Terakhir Ramadan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Janganlah di persia-siakan masa kita di fasa ke3 ini kerana jika kita terlepas masa yang berharga maka kita sendiri yang akan rugi kerana belum tentu Ramadan akan datang kita akan dapat bertemu. Intai-intailah Lailatul Qadar kerana di dalamnya mengandungi hikmah dan fadilat lebih baik daripada beribadah 1000 bulan.

Terdapat 21 amal-amal soleh perlu praktikkan dan di hayat :

Pertama : Solat Malam-sebolehnya bangun sebahagian dari malam untuk disempurnakan solat-salat sunat, membaca al-Quran, zikir, dan taubat sehingga ke waktu sahur. “Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bangun malam Ramadan beribadat dalam keadaan ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Lewatkan Sahur – Sahur lebih kurang 30 minit sebelum subuh. “Segerakan iftar (berbuka) dan lewatkan sahur” (Hadis Riwayat Tabrani)

Ketiga : Bersiap sedia ke masjid/surau berjamaah solat subuh. Solat sunat sebelum subuh adalah sangat dituntut. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. (Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.)

Keempat : Beriktikaf di masjid sambil berzikir atau membaca al-Quran sesudah solat subuh sehingga terbit matahari (andai mampu). Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna” (Hadis Riwayat Muslim).

Kelima : Lakukan solat Duha 2, 4, 6, 8, atau 12 rakaat. Kekasihku Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (bulan Islam), mengerjakan dua rakaat solat Duha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.)

Keenam : Sempurnakan kerja-kerja rumah sambil berselawat, bertahlil, bertahmit, bertasbih dan berzikir.

Ketujuh : Solat Zohor di masjid. Jangan ditinggalkan sunat rawatib (sebelum dan sesudah Zohor) .Duduk sebentar beriktikaf sambil membaca Quran/ berzikir.

Kelapan : Solat Asar di masjid. Jangan lupa sunat rawatib (sebelum Asar) .Duduk sebentar beriktikaf sambil membaca Quran/ berzikir.

Kesembilan : Membaca al-Quran 30 minit sebelum berbuka dan perbanyakkan berdoa kerana waktu yang mustajab. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “ (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Kesepuluh : Berbuka, di masjid atau di rumah, dengan tamar/kurma/
rutob.Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW. bersabda maksudnya : : “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kesebelas : Solat Magrib dan bersedia ke masjid untuk solat. Jika di bulan Ramadan ini ada tazkirah sebelum iftar di masjid sebaik-baiknya datang ke masjid dan berbuka puasa. Cuba sampai lebih awal, sempurnakan solat sunat tahiyatul masjid. Penuhi masa terluang dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Kedua belas : Solat Isyak berjamaah, bersama sunatnya.

Ketiga belas : Solat terawih 8 atau 20 rakaat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (SWT.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (SWT.)." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Keempat belas : Tadarus / membaca Quran sebelum tidur.

Kelima belas : Sentiasa memperbaharui wuduk.

Keenam belas : Elakkan berbual perkara2 yang sia-sia, lebih-lebih lagi mengumpat atau memfitnah. “Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan perkataan dosa dan dia melakukannya, maka Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makan dan minum.” (Bukhari)

Ketujuh belas : Pelihara pandangan dan pendengaran agar terpelihara pahala puasa.

Kelapan belas : Perbanyakkan bersedekah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim . “Bahawa Rasulullah SAW. merupakan manusia paling dermawan terhadap kebaikan, dan kedermawanannya meningkat saat masuk bulan Ramadan, ketika Jibril mentalaqqi nabi, dan Jibril selalu mentalaqqinya setiap malam bulan Ramadan hingga selesai membaca al-Quran, dan ketika dijumpainya, nabi paling dermawan dalam kebaikan dibanding angin yang bertiup.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesembilan belas : Sentiasa berdoa dan berharap agar puasa yang dikerjakan diterima Allah SWT.

Kedua puluh : Memburu Lailatul Qadar di malam malam ganjil. Dari Aisyah r.ha., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadan". (Hadis Riwayat Bukhari) 


Kedua puluh satu  : Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (Hadis Riwayat Bukhari).


Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita pertingkatkan lagi amalan-amalan kita di peringkat akhir Ramadan. Hanya tinggal 6 atau 7 hari lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Oleh itu berusahlah bersungguh-sungguh dan beruntunglah kita jika kita bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini kerana amalan dimalam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan. Berdoa dan mohon keampunan daripada Allah SWT daripada segala dosa-dosa kita semoga Dia membebaskan kita daripada sekaan api neraka .


Saturday, August 11, 2012

Banyakkan Beristighfar Kepada Allah SWT Akan Di Ampunkan Dosa Dan Di Mudahkan Urusan Kehidupan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mungkin ramai tidak menyangka bahawa dengan istighfar dan taubat mampu menjadi sebab terbukanya pintu-pintu rezeki. Ramai manusia yang bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuap rezeki, tetapi terlupa untuk berdoa dan beristighfar kepada Allah Ta’ala lantaran kesibukan.

Oleh kerana itu, segeralah kita mengingat seraya berlumba-lumba dan bersegeralah kepada pintu-pitun taubat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Ali ‘Imran:

وَŰłَۧ۱ِŰčُÙˆŰ§ Ű„ِلَى مَŰșْفِ۱َŰ©ٍ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ

Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 133)

Dalam al-Quran terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْŰȘُ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űșَفَّۧ۱ًۧ (ÙĄÙ ) يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ (ÙĄÙĄ) وَيُمْŰŻِŰŻْكُمْ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ٍ وَŰšَنِينَ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŁَنْهَۧ۱ًۧ

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

ŰŁÙŠ: ۄ۰ۧ ŰȘŰšŰȘم Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ±ŰȘموه ÙˆŰŁŰ·ŰčŰȘموه، ÙƒŰ«Ű± Ű§Ù„Ű±ŰČق Űčليكم، ÙˆŰŁŰłÙ‚Ű§ÙƒÙ… من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم Ű§Ù„ŰČ۱Űč، وَŰŁَŰŻَ۱َّ لكم Ű§Ù„Ű¶Ű±Űč، ÙˆŰŁÙ…ŰŻÙƒÙ… ŰšŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰšÙ†ÙŠÙ†، ŰŁÙŠ: ŰŁŰčŰ·Ű§ÙƒÙ… Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰ§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻ، ÙˆŰŹŰčل لكم ŰŹÙ†Ű§ŰȘ ÙÙŠÙ‡Ű§ ŰŁÙ†ÙˆŰ§Űč Ű§Ù„Ű«Ù…Ű§Ű±، ÙˆŰźÙ„Ù„Ù‡Ű§ ŰšŰ§Ù„ŰŁÙ†Ù‡Ű§Ű± Ű§Ù„ŰŹŰ§Ű±ÙŠŰ© ŰšÙŠÙ†Ù‡Ű§
“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:

 Ű§Ù† Ű±ŰŹÙ„Ű§ ŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű§Ù„ŰŹŰŻŰš ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ Ű§Ù„ÙÙ‚Ű± ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰŹÙŰ§Ù ۚ۳ŰȘŰ§Ù†Ù‡ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰčŰŻÙ… Ű§Ù„ÙˆÙ„ŰŻ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű«Ù… ŰȘÙ„Ű§ Űčليهم Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ©

Maksudnya : “Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu  kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.” 

Kemudian al-Hasan al-Basri pun membacakan surah ini (Surah Nuh (71) ayat 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَيَقَوْمِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ وَيَŰČِŰŻْكُمْ قُوَّŰ©ً Ű„ِلَى قُوَّŰȘِكُمْ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَوَلَّوْۧ مُŰŹْ۱ِمِينَ

“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud (11) ayat 52)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan:

Ű«Ù… ŰŁÙ…Ű±Ù‡Ù… ŰšŰ§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± Ű§Ù„Ű°ÙŠ فيه ŰȘÙƒÙÙŠŰ± Ű§Ù„Ű°Ù†ÙˆŰš Ű§Ù„ŰłŰ§Ù„ÙŰ©، ÙˆŰšŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰčÙ…Ű§ ÙŠŰłŰȘÙ‚ŰšÙ„ÙˆÙ† ومن ۧŰȘŰ”Ù ŰšÙ‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„Ű”ÙŰ© ÙŠŰłŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ۱ŰČقه، ÙˆŰłÙ‡Ù„ Űčليه ŰŁÙ…Ű±Ù‡ ÙˆŰ­ÙŰž ŰŽŰŁÙ†Ù‡؛ ÙˆÙ„Ù‡Ű°Ű§ Ù‚Ű§Ù„: يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ

“Kemudian dia (Hud) menyuruh mereka beristighfar yang dengannya dapat menghapuskan dosa yang telah lalu, juga dengan bertaubat dari apa yang sedang mereka hadapi.  Dan sesiapa yang memiliki sifat ini, Allah memudahkan rezeki ke atasnya dan memudahkan ke atasnya urusannya dan memelihara keadaannya. Dan untuk itulah Allah berfirman: “…nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu.”

Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَŰČِمَ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱َ، ŰŹَŰčَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ۶ِيقٍ مَŰźْ۱َŰŹًۧ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَ۱َŰŹًۧ، وَ۱َŰČَقَهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. 

(Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَŰŁَنِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُمَŰȘِّŰčْكُمْ مَŰȘَۧŰčًۧ Ű­َŰłَنًۧ Ű„ِلَى ŰŁَŰŹَلٍ مُŰłَمًّى وَيُŰ€ْŰȘِ كُلَّ ۰ِي فَ۶ْلٍ فَ۶ْلَهُ وَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَŰ„ِنِّي ŰŁَŰźَŰ§Ùُ Űčَلَيْكُمْ Űčَ۰ََۧۚ يَوْمٍ كَŰšِÙŠŰ±ٍ
Maksudnya : “Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (kiamat).” (Surah Huud (11) ayat 3)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menjelaskan:

هَ۰ِهِ Ű«َمَ۱َŰ©ُ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱ِ وَŰ§Ù„ŰȘَّوْŰšَŰ©ِ، ŰŁَيْ يُمَŰȘِّŰčُكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْمَنَŰ§ÙِŰčِ من ŰłَŰčَŰ©ِ Ű§Ù„Ű±ِّŰČْقِ وَ۱َŰșَŰŻِ Ű§Ù„ْŰčَيْŰŽِ، وَلَۧ يَŰłْŰȘَŰŁْŰ”ِلُكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْŰčَ۰َِۧۚ كَمَۧ فَŰčَلَ Űšِمَنْ ŰŁَهْلَكَ قَŰšْلَكُمْ

“Inilah buah hasil istighfar dan taubat. Iaitu Allah memberi kenikmatan kepada kamu dengan manfaat-manfaat berupa rezeki yang banyak dan hidup yang sejahtera, serta Dia tidak akan mengazab kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya ke atas orang-orang sebelum kamu.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/3)

Demikian juga sebagaimana ditegaskan oleh Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah (Wafat: 1393H):

Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© Ű§Ù„ÙƒŰ±ÙŠÙ…Ű© ŰȘŰŻÙ„ Űčلى ŰŁÙ† Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ من Ű§Ù„Ű°Ù†ÙˆŰš ۳ۚۚ Ù„ŰŁÙ† يمŰȘŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ من فŰčل Ű°Ù„Ùƒ مŰȘۧŰčًۧ Ű­ŰłÙ†Ű§ً Ű„Ù„Ù‰ ŰŁŰŹÙ„ Ù…ŰłÙ…Ù‰؛ Ù„ŰŁÙ†Ù‡ ۱ŰȘŰš Ű°Ù„Ùƒ Űčلى Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰȘ۱ŰȘÙŠŰš Ű§Ù„ŰŹŰČۧۥ Űčلى ŰŽŰ±Ű·Ù‡
“Ayat yang mulia ini adalah dalil yang menunjukkan istighfar dan taubat kepada Allah dari dosa-dosa adalah termasuk sebab yang dengannya Allah memberikan kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan kepada orang-orang yang melakukannya. Allah memberikan balasan kebaikan atas istighfar dan taubat tersebut berdasarkan syaratnya.” (Adhwa’ul Bayan, 2/169-170)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita perbanyakkan beristighfar Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan, pada masa yang sama urusan kehidupan kita akan di permudahkan-Nya. Allah SWT akan mengurniakan rezeki yang lumayan dan berkat, perniagaan akan menguntungkan, di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, diturunkan hujan untuk menyuburkan tanaman dan air sungai atau empangan air untuk bekalan air untuk rakyat tidak kering.

Manusia yang sombong dan angkuh adalah mereka yang banyak bergantung kepada ilmu dan kepakarannya sendiri tetapi tidak mahu berdoa dan meminta ampun kepada Allah SWT dan bertawakal kepada-Nya.  Perlu diingat ilmu manusia cukup terbatas dan manusia tidak mampu menghadapai musibah yang akan datang tanpa dijangkakan jika manusia tidak mahu bertaubat dan beristigfar kepada Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Bijaksana.





Tafsir Surah Al-Qadr Ayat 1-5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Surah al-Qadr adalah surah Makkiyah mengandungi 5 ayat.

Asy- Syahid Qutb berkata : "Pembicaraan dalam surah ini adalah mengenai malam bersejarah yang dijanjikan Allah dan disambut seluruh alam dengan penuh gembira iaitu malam perhubungan mutlak di antara bumi dan alam al-Mala'ul-A'la, malam permulaan turunnya al-Quran kepada hati Nabi Muhammad SAW, malam peristiwa agung yang belum pernah di saksikan bumi seumpamanya baik darisegi kebesaran dan maknanya maupun dari segi kesan-kesannya dalam kehidupan manusia, iaitu kebesaran yang tidak dapat diliputi oleh fikiran manusia."

Firman Allah SWT maksudnya :

1. Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al Quran) pada malam al Qadr.

2. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr (kemuliaan) itu?

3. Malam al-Qadr (kemuliaan) itu lebih baik daripada seribu bulan.

4. Turun malaikat-malaikat dan roh (malaikat Jibril) padanya (malam al-Qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Sejahteralah ia (malam itu) sehinggalah terbit fajar (subuh).

Tafsirannya :

Ayat 1 :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr ”.

Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”

Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al-Quran dalam jumlah yang satu (sekaligus) daripada Loh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah SAW selama tempoh 23 tahun.

Ayat ke 2.

"Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr (kemuliaan) itu?

Ayat ke 3.

"Malam al-Qadr (kemuliaan) itu lebih baik daripada seribu bulan."

Asbabun Nuzul ayat ke 3

Mujahid r.a. menegaskan bahawa pada zaman Bani Israel, ada seorang lelaki (bernama Syam'un) yang tekun melakukan ibadah di malam hari dan berjuang meluhurkan (menegakkan) agama Allah di siang hari selama seribu bulan. Oleh kerana itu, Allah menurunkan ketiga ayat ini sebagai keutamaan bagi umat Rasulullah SAW, agar mereka dapat beramal soleh seperti lelaki Bani Israel."(Hadis Riwayat Ibnu Jarir )

Sufyan as Thauri berkata, “Telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya) : amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada pada malam-malam yang lain.

Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika saya mengetahui waktu lailatul Qadr, apa yang saya ucapkan di malam itu?” Baginda menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Ayat ke 4

"Turun malaikat-malaikat dan roh (malaikat Jibril) padanya (malam al-Qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan."

Malaikat-malaikat yang dimaksudkan pada ayat 4 ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al-Qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya malaikat kepada orang yang sedang membaca al-Quran atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr.

Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang-orang yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.

Manakala ar-roh pula ialah Malaikat Jibril alaihissalam. Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala takdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh Qatadah.

Ayat ke 5

"Sejahteralah ia (malam itu) sehinggalah terbit fajar (subuh)."

Sejahtera di sini bermaksud syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al-Qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).

Adapun antara tanda malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis-hadis di bawah:

Dari ‘Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Pagi hari malam al-Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” (Hadis Riwayat Muslim 762)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda : "Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” (Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan)

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila Lailatul Qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:

Masa berlalunya separuh malam. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.(waktunya di antara 4.00 pagi -5.30 pagi).

Asy-Syahid Sayyid Qutb memberi tafsirannya di dalam Fi Zilal Quran (Di Bawah Bayangan Al-Quran, katanya :

"Kita umat mukminin adalah diperintah supaya jangan lupa malam yang agung itu. Nabi SAW telah menunjukkan satu cara mudah untuk memperingati malam itu supaya jiwa kita mempunyai hubungan yang abadi dengannya, di samping mempunyai hubungan yang abadi dengan peristiwa universal yang berlaku pada malam itu, iaitu baginda SAW telah menggalakan kita supaya menghidupkan malam itu dengan amal ibadat setiap tahun dan menunggu-nunggu Lailatul Qadr pada malam-malam yang terakhir.

Tersebut di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, sabda Rasulaullah SAW maksudnya : "Carilah Lailatul Qadr itu pada malam-malam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadan."

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa yang berbuat ibadat pada Lailatul-Qadr kerana di dorong keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Islam bukanlah upucara gerak-geri yang lahir, kerana itu Rasulullah SAW menegaskan supaya amal ibadah yang dilakukan pada malam hari itu hendaklah dikerjakan dengan hati yang penuh keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah, agar ibadat itu benar-benar menghidupkan konsep-konsep agung yang di duduki malam itu dan agar benar-benar ikhlas kerana Allah SWT. Dengan ibadat yang seperti ini melahirkan dalam hati hakikat tertentu dari ibadat malam itu yang ada kaitan dengan tujuan yang diturunkannya oleh al-Quran.

Menghubungkan peringatan Lailatul Qadr dengan melakukan ibadat pada malamnya dengan penuh iman dan ikhlas kerana Allah , merupakan sebahagiaan dari methodologi pendidikan Islam yang berjaya, kuat dan teguh."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama mencari Lailatul Qadr pada malam-malam yang ganjil sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : “…Maka carilah ia sungguh-sungguh pada 10 malam yang terakhir dari Ramadan.”

Mohonlah kepada Allah SWT semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat-Nya, di masukkan-Nya kedalam syurga dan dibebaskan daripada seksaan api neraka.



Friday, August 10, 2012

Banyakkan Berdoa Di Fasa Ke 3 Supaya Allah SWT Bebaskan KIta Daripada Seksaan Ap Neraka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Alhamdulillah, kita telah memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadan iaitu pembebasan dari api neraka iaitu disepuluh terakhir. Apa yang kita sangat harapkan bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Di fasa ini kita di tuntut menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari seksaan api neraka!

Teruskanlah ibadahmu dengan bersungguh-sungguh, kurangkan berbicara dan simbang-simbang kosong, tinggalkan rutin harian seperti menonton t.v dan sebagaikan, ikutilah amalan Nabi SAW yang merasa terlalu sibuk lebih dari masa-masa sebelumnya kerana fasa terakhir ini amat penting iaitu mendapat pembebasan dari seksaan api neraka. 
 
Kita amat berharap belas kasihan Allah SWT. semoga Allah memberi pembebasan dan menyelamatkan kita dari seksaan api neraka. Malaikat Jibril mengatakan celaka pada mereka yang berakhir Ramadan tetapi namanya masih tercatat di pintu neraka sebagai ahli neraka.

Allah SWT Maha Mendengar atas rintihan hamba-hamba-Nya yang mengaku atas dosa dan kesalahannya meminta rahmat dan rahim Allah SWT. dimalam yang penuh sahdu hingga menitiskan air mata penyesalan.

Alangkah bahagianya hidup kita apabila Allah SWT. mengampunkan segala dosa-dosa kita dan diredai-Nya dan dipilih untuk memasuki syurga-Nya seluas langit dan bumi.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka syurga itu berkata :'Ya Allah masukkanlah ia ke syurga!' Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari neraka sebanyak tiga kali, maka neraka itu berkata: 'Ya Allah! Selamatkanlah ia dari neraka," (Hadis Riwayat Tirmizi)

Mohonlah doa ini berulang-ulang  di fasa ketiga ini :

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api neraka."
 
 Di waktu malam bacalah  :

َۧللَّهُمَّ ِۧنَّكَ Űčَفُوٌّ كَ۱ِيْمٌ ŰȘُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْŰčَفْوَ، فَۧŰčْفُ Űčَنِّىْ وَۧŰșْفِ۱ْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
 
Sahabat yang dimuliakan, Firman Allah SWT yang bermaksud : ‘’Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’ (Surah Ali-Imran ayat 185)

Neraka Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali. Sesiapa yang dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam maka dia adalah serugi-rugi makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.

Seksaan yang diterima disini adalah sedahsyat-dahsyat seksaan.

Neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali. “Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.” (Surah Furqan ayat 66)

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : " Sesungguhnya seringan-ringan seksa ahli neraka iaitu seorang yang bersandal (selipar) dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat seksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan seksanya dari semua ahli neraka."

Firman Allah SWT maksudnya : “Di hadapannya ada Jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak boleh menelannya” (Surah Ibrahim ayat 16-17).

Diberi air nanah yang amatlah busuk baunya lagi pekat, maka merekapun merasa jijik dan tidak mampu menelannya.

Firman Allah SWT  maksudnya : “Diberi minuman dengan hamiim (air yang mendidih) sehingga memotong ususnya” (Surah Muhammad ayat 47).


Nabi SAW. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah SWT. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)


Kenapakah doa khusus ini baginda minta dibaca semasa dibahagian akhir tasyahhud akhir iaitu semasa kita mengerjakan solat? Kerana betapa pentingnya doa ini perlu dibaca berulang-ulang jika solat fardu sebanyak 5 kali dan jika ditambah solat sunat maka lebih banyak lagi doa ini dibaca dan di ulang-ulangkan. Pasti ianya mengandungi hikmah yang besar dan doa selepas tasyahhud akhir sebelum salam adalah tempat makbulnya doa.

Sahabat yang dikasihi,
Alangkah bahagianya jika di bulan yang mulia ini Ramadan al-Mubarak dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT dan di masukkan kita ke dalam syurga-Nya . Tanda kita hamba yang bersyukur dan bergantung pengharapan kepada Allah SWT maka perlulah ucapkan syukur di atas nikmat yang dikurniakan-Nya pada masa yang sama mengharapkan pengampunanNya, mengharapkan belas kasihanNya dan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya Dia membebaskan kita daripada seksaan ap neraka.

Cari dan Hayatilah Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir Ramadan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita telah berada dipenghujung fasa ke 2 Ramadan iaitu Maghfirah (keampunan daripada Allah SWT). Kita akan masuk fasa ke 3 iaitu Pembebasan Daripada Api Neraka.

Dalam fasa ke 3 ini iaitu bermula 21 Ramadan hingga 30 Ramadan selain daripada fasa pembebasan daripada api neraka dalam fasa ini juga merupakan 10 malam terakhir Ramadan iaitu terdapat satu malam kemuliaan (Lailatul Qadar) di dalamnya. Sesiapa yang bertemu malam tersebut dengan ibadah yang khusyuk, istiqamah dan bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah SWT maka ibadahnya lebih baik daripada 1000 bulan.

Beribadah selama 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) adalah jangka masa yang terlalu lama untuk umat Nabi Muhammad SAW berbanding umat-umat sebelum baginda SAW. Umat terdahulu umur mereka hingga mencecah ratusan tahun dan ada yang hampir 1000 tahun, maka sudah tentu ibadah mereka melebihi 1000 bulan. Secara umumnya kebanyakkan umur umat Nabi Muhammad SAW dapat hidup sekitar 60 an hingga 70 an. Jarang kita temui seseorang itu dapat hidup di antara 80 an hingga 90 an .

Sifat Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mengurniakan satu malam di bulan Ramadan yang dipanggil 'Lailatul Qadar'. Malam yang penuh berkat dan mulia ini adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Maksudnya pada malam tersebut seolah-olah kita sedang beribadah sepenuh masa dengan khusyuk, tawaduk, ikhlas dan di terima pula ibadah tersebut lebih baik masa selama 1000 bulan. Bayangkan jika seseorang hamba Allah itu selepas mendapat sahaja 'Lailatul Qadar' dia dipanggil pulang oleh Allah SWT maka jaminannya adalah syurga insya Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah dia 'Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh berkat. Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam kemuliaan dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah.

Lailatul Qadar juga adalah satu malam berlaku di bulan Ramadan (terutama 10 malam terakhir), malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.(83 tahun 4 bulan)

Ketika berlakunya Lailatul Qadar para Malaikat dan roh diturunkan ke dunia pada malam tersebut. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).

Lailatul Qadar adalah satu malam untuk Allah berikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang meyakini janji Allah. Mereka bersungguh merebut peluang di penghujung Ramadan yang tidak diperoleh pada bulan lain

Nabi SAW bersabda: “Apabila malam akhir Ramadhan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umatku.”

Sahabat bertanya: Apakah musibah itu?

Rasulullah menjawab: “(Musibah) kerana perginya Ramadan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)

Apakah amalan-amalan yang perlu dilakukan pada malam kemuliaan ini (Lailatul Qadar)?

Sebaik-baik amalan adalah :

1. Berikhtikaf di masjid .

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” ( Hadis Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah)

2. Berdoa dan bermunajat.

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:
 Masa berlalunya separuh malam. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

Dalam sebuah hadis riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?

Baginda menjawab: “Bacalah:

َۧللَّهُمَّ ِۧنَّكَ Űčَفُوٌّ كَ۱ِيْمٌ ŰȘُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْŰčَفْوَ، فَۧŰčْفُ Űčَنِّىْ وَۧŰșْفِ۱ْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka." (Surah Al-Baqarah ayat 201).

3. Solat terawih dan solat tahajud.

Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” ( Muttafaqun alaih)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya terdahulu.” (Muttafaqun ‘alaih)

4. Membaca al-Quran dan memahami maksudnya :

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.“

5. Berzikir dengan bertahlil, bertahmid dan bertakbir.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

6. Berselawat kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzab ayat 56)

Berselawat ke atas Rasulullah SAW bermakna kita berdoa memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Siapa berselawat kepada Nabi SAW sekali. nescaya dia akan di selawatkan Allah dan para Malaikat-Nya sebanyak 70 kali." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan amal ibadah kita di sepuluh malam yang terakhir ini kerana ibadah di waktu ini ada dua kebaikan menanti iaitu Pembebasan daripada api neraka dan mendapat Lailatul Qadar.

Berusahalah banyakkan berikhtikaf di masjid kerana suasana di masjid lebih tenang, damai dan tenteram. Perbagaikan beribadah seperti solat tahajud, solat taubat, solat hajat, berzikir, membaca al-Quran, berdoa dan berselawat kepada Nabi SAW. Yakinlah kalian semua akan bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini dan doa-doa kalian semua akan diterima oleh Allah SWT.

Wednesday, August 8, 2012

Terdapat Lima Syarat Untuk Mendapatkan Rahmat Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Secara umumnya rahmat Allah SWT bermaksud kasih sayang  Allah SWT sebagai Pencipta Yang Maha Agong terhadap hamba-hamba-Nya.

Sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah SWT menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Allah SWT yang Maha Pemurah  memberikan rezeki kepada semua makhluknya yang hidup di dunia ini samaada mereka orang beriman atau orang yang tidak beriman dikalangan manusia dan jin . Tetapi Allah SWT memberi dengan penuh kasih sayang dan rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Sesungguhnya rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah SWT perlulah kepada lima syarat.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah SWT.

Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Syirik  besar (akbar) adalah menyakutukan Allah SWT dengan makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (Surah an-Nisa ayat 48)

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau  menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya sentiasa berzikir seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah al-Insan ayat 25- 26)

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(Surah Al A’raf,  Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW  bersabda : Allah SWT  berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Allah SWT cinta dan kasih kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa basahkan lidah dengan berzikir dan mengingati-Nya setiap hari.

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Allah SWT  berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Hadis Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah SWT tidak akan menerima amalan yang dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah SWT namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Firman Allah SWT  maksudnya :"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya." (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

 Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan (amal soleh).”(Surah An-Nahl ayat 32)

Firman Allah SWT. yang bermaksud :"Itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah Al-A’raaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yangdi hormati,
Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas maka barulah kita layak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mereka yang hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa , melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur tidak mungkin akan mendapat reda , kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: 'sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-Ahzab ayat 66-68)

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (Jahanam)." (Surah Ar'd ayat 25).

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah SWT  dengan melaksanakan lima syarat tersebut di atas iaitu jauhkan daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat,  membuat amal soleh, amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya. Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah SWT maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya. Waullahualam.

Monday, August 6, 2012

Kenapa Wanita Muslim Perlu Menutup Aurat Dengan Sempurna?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu perkara wajib yang di perintakkan  oleh Allah SWT kepada  para hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.

Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.

Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.

Jika syarat-syarat tersebut di patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita muslimah menampilkan diri dengan pakaian yang memenuhi cita rasa semasa pada masa yang sama tidak bercangah dengan syariat Islam. 

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk perbincangan lebih lanjut mengenai aurat wanita perlulah di jelaskan di sisi beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat di perbaikinya.

Terdapat beberapa kesilapan wanita  tentang aurat :

Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kedua : Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendik.

Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
 
Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.

Kesemua jenis berpakaian yang disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud 'perhiasan' perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi SAW seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (Surah an-Nur ayat 31)

Sahabat yang dihormati,
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); 2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Hadis Riwayat Muslim)

Dr. Yusof Al-Qardawi menafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini." ( Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Perkataan 'bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik perkara ghaib, seolah-olah Rasulullah SAW  melihat apa yang akan terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Hadis Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadis ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadis di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Perlu diingat bahawa wanita muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT yang bermaksud : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah al-Ahzab ayat 32)


Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita memberi nasihat kepada kaum muslimat semua samaada isteri, ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara , saudara mara perempuan dan rakan-rakan di pejabat agar mereka sentiasa menutup aurat yang sempurna.

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah SWT maksudnya :

" Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." (Surah Al-A'raf ayat 20)

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" (Surah Al-A'raf ayat 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan makhluk lain yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Sesungguhnya salah satu ciri-ciri ahli syurga adalah akhlak, perbuatan, percakapan dan pakaiannya memenuhi kehendak syariat Allah SWT.