Sunday, October 21, 2012

Nikmat Yang Paling Besar Di Syurga Adalah Dapat Melihat Zat Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apakah kalian mengetahui nikmat paling besar yang akan diperolehi oleh ahli syurga?

Nikmat ini lebih besar dari pada dicemerlangkan muka. Ia lebih besar pula dari pada segala kenikmatan yang ada di dalam syurga.

Tahukah kalian? Nikmat itu adalah apabila diizinkan oleh Allah SWT melihat  Zatnya sendiri.

Terdapat satu hadis qudsi : Shuhaib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda :  “Jika calon ahli syurga telah masuk kedalam syurga, Allah SWT berfirman, ‘ Hai ahli syurga! Apakah kalian ingin sesuatu yang lebih dari nikmat ini?’

Mereka menjawab, ‘Bukankah Engkau telah mencermelangkan muka kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka?’

Maka, disingkaplah hijab. Maka, tidak ada kenikmatan yang lebih mereka senangi dari pada memandang Tuhan mereka.”

(Hadis ini sahih. Ia dikeluarkan oleh Muslim (181), Ahmad (4/333), At-Tirmidzi (2552), dan Ibnu    Majah (187).)

Jika ahli syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah memberi mereka kemampuan dan kekuatan untuk melihat Zat-Nya. Dapat melihat Zat Allah ini adalah nikmat ahli syurga yang paling besar. Dalil yang membenarkan bahawa ahli syurga akan dapat melihat Zat Allah adalah firman-Nya dalam Al-Quran, maksudnya : "Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat,” (Surah Al-Qiyamah ayat 23-24).

Sahabat yang dimuliakan,
Memang ada keterangan daripada hadis menunjukkan bahawa syurga ada pasar. Akan tetapi pasar syurga itu bukanlah tempat berjual beli. Pasar syurga adalah tempat pertemuan dan perkenalan ahli syurga. Di sana mereka saling bercerita mengenai kehidupan semasa di dunia sehingga memperoleh kenikmatan syurga yang abadi.

Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Said bin Musayyab yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya ia (Ibnu Musayyab) bertemu dengan Abu Hurairah pada suatu hari.

Maka Abu Hurairah berkata kepadanya: "Aku mohon kepada Allah untuk dikumpulkan-Nya antara aku dan engkau di pasar syurga". Maka berkatalah Said: "Apakah di syurga ada pasar?" Jawabnya: "Ya, ada."

Dalam riwayat yang lain pula menyebut (yang bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada pasar yang tidak ada padanya jual beli. Akan tetapi apabila sampai ahli syurga di dalamnya, duduklah mereka bersandar di atas mutiara lembut dan tanah dari kasturi. Ketika itu mereka saling berkenalan dalam syurga seperti mereka di dunia. Mereka saling menyebut mengenai ibadat mereka terhadap Tuhan dan bagaimana keadaan mereka menghidupkan malam dengan sembahyang dan berpuasa pada siang hari. Bagaimana kefakiran di dunia serta kekayaannya dan bagaimana keadaannya mati.

Begitulah keadaan pasar di syurga berbeza dengan pasar di dunia. Ahli syurga bertemu di pasar itu pada Jumaat dan keadaan penghuni syurga semakin hari semakin cantik.

Hadis riwayat Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya di syurga ada pasar yang dikunjungi penghuninya setiap Jumaat, lalu bertiuplah angin dari arah utara yang menerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka semakin tampan (cantik) itu, lalu keluarga mereka berkata: Demi Allah kamu semakin cantik. Mereka menjawab: Demi Allah kamu juga semakin bertambah cantik setelah kami tinggal pergi."

Hakikatnya syurga adalah tempat nikmat yang kekal. Penghuninya memperoleh kemuncak nikmat yang tidak dapat dibayangkan. Untuk memperoleh syurga Allah bukanlah suatu yang mudah sebagaimana yang disangka sebahagian orang dengan hanya semata-mata mengakui beriman seperti yang diwarisi oleh datuk nenek.

Juga semata-mata mengerjakan amal ibadat seperti gerak geri sembahyang, menahan dari makan dan minum pada bulan Ramadan, boleh mendapat balasan baik. Padahal hatinya penuh dengan hasad dengki, perasaan dendam, riak, takbur, mulutnya tidak putus-putus berdusta, maki-hamun, mengumpat dan membuat fitnah, dan sikapnya memperhambakan diri kepada apa saja yang boleh memenuhi kemahuan nafsunya.

Sesiapa yang demikian keadaannya, jauh sekali memperoleh balasan baik untuk orang yang takut melanggar perintah Tuhan dengan iman yang sebenar-benarnya serta amal ibadat yang dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan bersih dari maksiat zahir dan batin.

Sahabat yang dihormati,
Ahli-ahli syurga akan dapat bertemu dengan ahli keluarga dan saudara-maranya yang besar yang sama-sama memasuki syurga. Daripada jalur ke atas dimulai daripada ibu bapa , datok, nenek , moyang ke atas dan juga daripada jalur ke bawah anak-anak, cucu, cicit dan seterusnya generasi ke bawah.

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Thuur ayat 21: Maksudnya : “Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya”

Ayat ini memberikan penjelasan  bahawa agar orang tua dan anak dapat berkumpul dalam kebahagiaan di syurga, maka syaratnya harus memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jika salah satu dari anggota keluarga melakukan dosa-dosa besar dan tidak sempat bertaubat sebelum meninggal dunia, maka tempatnya adalah di neraka dan tidak akan dapat bertemu di syurga.

Di izinkan Allah SWT kita bertemu dengan ahli keluarga  di syurga, merupakan kesempurnaan kenikmatan bagi mereka yang berhak masuk ke syurga. Dalam salah satu riwayat di jelaskan bahawa ketika orang-orang yang berhak masuk syurga meletakkan kakinya di pintu syurga, pertanyaan pertama yang muncul adalah dimanakah ibu bapa, anak-anak, dan isteri-isteri kami?.

Ini menunjukkan bahawa orang yang masuk syurga merasakan ‘kekurangan’ selama mereka belum melihat keluarganya. Ketika anak-anak dan keluarganya tidak bersama di syurga, mereka pun menyampaikan keinginannya kepada Allah SWT . Ahli syurga akan berdoa dan meminta rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ada di antara permohonan (syafaat) ahli-ahli syurga  diterima oleh Allah SWT untuk menyelamatkan ahli keluarganya yang disahkan masuk neraka dan ada pula yang terpaksa melalui seksa neraka dahulu barulah lepas menjalani hukuman akan dimasukkan pula ke syurga dengan rahmat Allah SWT.

Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya : “Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Ghaafir ayat 8)

Sahabat yang dikasihi,
Perkara penting yang perlu di ingatkan bahawa amal ibadah dan amal soleh kita sendirilah yang akan dihiasab dan dinilai oleh Allah SWT samaada kita ikhlas atau pun tidak dan penentuannya adalah di sisi Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT tidak akan menzalimi para hamba-Nya. Janganlah kita harapkan syafaat daripada anak-anak atau ibu bapa kita untuk masuk syurga. Jika kelebihan ini dimiliki oleh ahli keluarga kita alhamdulillah ini adalah satu bonus (kelebihan) jika tidak ada pun kita telah memiliki amal-amal kita sendiri untuk mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Memang benar kita masuk syurga dengan rahmat Allah SWT tetapi untuk mendapat rahmat Allah SWT perlulah dengan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan di dunia, kerana walaupun sebesar zarrah amal kebaikan akan ditimbang dan di nilai oleh Allah SWT di akhirat nanti. Oleh itu teruskan beramal , berjihad dan berdakwah di dunia ini sebagai tanda hamba Allah yang bersyukur dan mengharapkan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.


Perbezaan Di Antara Usul Fiqh Dan Qawaid Fiqh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang mukmin akan cuba mempertingkatkan ilmu agama samaada perkara-perkara yang melibatkan persoalan akidah, ibadah, hukum-hakam yang menjelaskan secara lengkap perkara halal/ haram dan termasuk kaedah-kaedah syarak yang menyentuh perkara Usul Fiqh dan Qawaid Fiqh.

Apakah perbezaan di antara Usul Fiqh dan Qawaid Fiqh?

1. Usul Fiqh merupakan ilmu tentang kaedah mengeluarkan hukum syarak daripada dalil-dalinya seperti al-Quran, al-sunah, ijma, qiyas, istislah, istihsan dan sebagainya.

Qawaid Fiqh pula membincangkan hukum fiqh itu sendiri berdasarkan kepada kaedah yang dikumpulkan daripada hukum-hukumn yang mempunyai persamaan dari sudut yang tertentu. Seperti kaedah tentang niat, syak, mudarat, adat, rukhsah dan sebagainya.

2. Dari segi punca dan tempat ambilan, Usul Fiqh berpunca dari perbahasan lafaz-lafaz dalam Arab, nahu, saraf, balaghah. Kaedah ini diperolehi secra istiqrak atau induktif terhadap teks-teks Arab, syaor dan khutbah. Sedangkan Qawaid Fiqh diperolehi daripada hukum syara yang lima (wajib, haram, sunat, makruh dan harus) , fatwa-fatwa dan masalah-masalah fiqh.

3. Kaedah-kaedah dalam Usul Fiqh lebih khusus kepada ahli ijtihad dan ahli fatwa dalam usahanya untuk menyimpulkan hukum syarak dari dalil-dalinya, begitu juga dalam menyelesaikan hukum masalah yang tidak disebutkan hukumnya dalam dalil-dali muktabar dan permasalahan baru (nawazil).

Qawaid Fiqh pula lebih khusus dengan ahli fiqh atau pelajar yang menjadikannya rujukan untuk mengetahui hukum-hukum furuk sebagai alternative kepada merujuk bab-bab yang berselerakan.

Sifat kaedah Usul Fiqh adalah umum dan menyeluruh manakala Qawaid Fiqh mempunyai juga pengecualian oleh sebab itu ia disebutkan juga sebagai kaedah aghlabiyyah yakni kaedah kebanyakan bukan umum kulli.

Sahabat yang dimulaiakan,
Di bawah ini dijelaskan beberapa kaedah dalam Qawaid Fiqhiyyah untuk makluman dan pengetahun kita semua.

1.0. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan.

ليقين Ù„Ű§ يŰČŰ§Ù„ ŰšŰ§Ù„ŰŽÙƒ

Maksudnya : "Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang datang selepasnya tidak diambil kira."

(Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambil kira.)

Pecahan Kaedah :

1.1. Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya.

* Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci.

* Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam.

1. 2. Asal sesuatu itu tidak ada.

* Menggunakan harta orang lain yang dikatakan telah diizinkan kepadanya, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu.Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta itu tidak diizinkan.

" Seseorang mendakwa ia tidak melakukan persetubuhan, maka pendakwaan itu diterima kerana asalnya tidak ada hubungan seks.

1. 3. Asal seseorang itu bebas dari tanggung jawab.

*Barang yang rosak dalam penjagaan penyimpan minta diganti oleh tuan punyanya, lalu penyimpan menafikannya. Penafian tersebut diterima kerana pada asalnya penyimpan itu bebas dari tanggung jawab.

1. 4. Asal sesuatu perkataan itu dikira maksudnya yang hakiki.

* Seseorang mewakafkan hartanya kepada anak (walad) maka cucunya tidak boleh menerima harta tersebut kerana maksud perkataan sebenar ialah anak(walad). Maka tidak termasuk cucu (Walad al-Walad)

*Sesorang bersumpah tidak akan membeli selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli, maka tidak dikenakan kaffarah.

1. 5. Syak adakah telah dilakukan atau belum maka dikira belum melakukan.

* Syak adakah ia melakukan atau belum sesuatu rukun sewaktu solat, maka hendaklah mengulanginya semula sebab dikira belum melakukannya. (contoh ketika solat terlupa 3 atau 4 rekaat, maka dianggap 3 rekaat dan tambah satu rekaat)

*Syak bewuduk atau belum maka hendaklah berwuduk semula.

1. 6. Asal sesuatu yang berlaku dikira masa yang paling hampir.

* Sembahyang dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, hari berikutnya didapati ada bangkai maka tidak wajib mengganti solatnya kecuali solat yang diyakini dari wuduk dari air yang bernajis.

* Melihat ada mani pada kain sedangkan ia tidak ingat bilakah ia bermimpi, maka wajiblah ia mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang terakhir.

1. 7.Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

*Binatang yang tidak jelas tentang haramnya, maka hukumnya halal dimakan.

* Buah-buahan yang tidak jelas haramnya, halal dimakan.

1. 8. Asalnya kemaluan perempuan itu adalah haram.

*Berkahwin dengan perempuan yang tidak yakin samada mahramnya atau ajnabi maka hukumnya adalah haram kerana berdasarkan pengharaman asalnya.
2.0. Kesukaran itu membawa kemudahan

Ű§Ù„Ù…ŰŽÙ‚Ű© ŰȘŰŹÙ„Űš Ű§Ù„ŰȘÙŠŰłÙŠŰ±

Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah itu maka perintah itu diringankan.

Berdasarkan Dalil :-

ÙŠŰ±ÙŠŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙƒÙ… Ű§Ù„ÙŠŰłŰ± ول ÙŠŰ±ÙŠŰŻ ŰšÙƒÙ… Ű§Ù„Űč۳۱

Firman Allah SWT maksudnya : " Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Surah al-Baqarah ayat 185)

* Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan.

*Tuntutan taklif (tanggungjawab) tidak dikira musyaqqah (kesukaran) kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah satu keperluan.

*Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja.

*Sekiranya semua perkara diberi rukshah sudah tentu hidup tidak akan sempurna.

Sebab-Sebab Rukshah :

* Musafir. Boleh qasar dan jamak solat.

* Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.

* Terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan perkara yang diharamkan.

* Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.

* Kejahilan. Kejahilan dimaafkan.(bukan jahil berterusan- ada usaha untuk menuntut ilmu)

* Umum al-Balwa. (Tidak dapat di elakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan.

* Kekurangan. Kanak-kanak dan perempuan tidak wajib solat Jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.

Pecahan Kaedah :

2.1. Kesulitan harus dihapuskan menurut syarak.

*Mencari arah kiblat tidak perlu yakin ( 100%) tetapi cukup dengan zhan (70%)

2. 2. Apabila sesuatu urusan itu sempit maka lapangkanlah.

*Saksi wanita boleh diterima apabila lelaki tidak mengetahuinya seperti melihat kecacatan pada wanita.

3.0. Adat dijadikan sebagai hakim

Ű§Ù„Űčۧۯ۩ Ù…Ű­ÙƒÙ…Ű©

Bermaksud : "Adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. "

Berdasarkan hadis :

Sabda Rasulullah SAW :

Ù…Ű§ Ű±Ű§Ù‡ Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù…ÙˆÙ† Ű­ŰłÙ†Ű§ فهو ŰčÙ†ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű­ŰłÙ† ,و Ù…Ű§ Ű±Ű§Ù‡ Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù…ÙˆÙ† Ù‚ŰšÙŠŰ­Ű§ فهو ŰčÙ†ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù‚ŰšÙŠŰ­

Maksudnya : "Apa yang dinilai oleh orang kaum muslimin itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan apa yang dinilai oleh kaum muslimin itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah."
(Hadis Riwayat Bukhari dari Ibn Mas'ud r.a)

Adat :

* Bahasa ialah perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.

*Istilah ialah perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang tanpa ada kaitan disegi akal.

*Uruf Perkataan seperti Makanan digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.

*Uruf Perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti mas kahwin dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau ringgit.

* Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.

* Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia menanggal kasut sewaktu masuk rumah.

Kehujahan :

"Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau menjadikan adat itu sebagai hakim dalam pembentukan undang-undang."

Sahabat yang dikasihi,
Semoga dengan huraian di atas secara ringkas kita dapat memahami bagaimana ulama-ulama feqah telah mengambil beberapa kaedah umum itu dijadikan sebagai sumber/ asas untuk menetapkan sesuatu hukum dalam perkara-perkara yang perlu ijtihad berdasarkan kaedah umum. Dengan kefahaman ini dapat menambahkan ilmu kita untuk melakukan ketaatan kepada perintah-perintah Allah SWT.

Wallahualam.



Saturday, October 20, 2012

Sebaik-baik Amalan Adalah Pertengahan Dan Bersungguh-sungguh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bersikaplah pertengahan, bersikaplah pertengahan, nescaya kalian akan sampai (kepada maksud tujuan). (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya agama ini mudah, tidaklah seseorang berlebih-lebihan dalam menjalankan agama kecuali ia akan keberatan sendiri. Tepatilah kebenaran atau apa-apa yang mendekatinya, berilah khabar gembira, dan pergunakanlah waktu pagi, waktu petang dan malam hari untuk memudahkan perjalananmu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sifat bersederhana adalah tuntutan agama kerana sebaik-baik amalan adalah pertengahan. Maksud pertengahan adalah tidak terlalu memberatkan diri sehingga menyusahkan (mendatangkan mudarat) diri sendiri dan tidak meringan-ringankan sehingga meninggalkannya.

Pernah kita dengar kisah Rasulullah SAW dengan tiga orang sahabat baginda yang hanya mahu beribadah kepada Allah SWT. Kisah ini menjadi tauladan hidup kita. Telah termaktub bahawa ada tiga orang sahabat Rasulullah SAW tidak mahu tidur untuk beribadah di malam hari, tidak mahu makan untuk terus berpuasa dan tidak mahu bernikah untuk terus beribadah. Rasulullah sendiri bersabda baginda sendiri tidur, berbuka puasa dan bernikah. Itulah landasan yang dipertunjuki oleh Rasulullah sendiri.

"Anas bin Malik meriwayatkan, terdapat tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW untuk menanyakan ibadat yang dikerjakan baginda.

Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasakan ibadat mereka itu jika dibandingkan dengan ibadat Rasulullah SAW terlalu sedikit. Lalu ketiga-tiga orang sahabat itu berkata sesama mereka: “Bagaimana dengan ibadat kita, padahal baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan akan datang?” Maka salah seorang daripada mereka itu berkata, “Aku akan solat tahajud setiap malam”; seorang yang lain berkata, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka”; dan seorang yang lain berkata, “Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)”

Sebaik Rasulullah SAW datang, lalu baginda bersabda yang bermaksud, “Kenapa kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat takwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Hati-hatilah kalian dari ghuluw (ekstrim) dalam agama kerana sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah ghuluw dalam agama. (Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita kata perlu bersederhana  dalam beribadah dan beramal soleh bukanlah bermakna kita melakukan ibadah sambil lewa (tidak khusyuk) atau beramal soleh seperti "melepaskan batuk ditangga" buat sekadarnya dan tidak bersungguh-sungguh.

Sifat orang mukmin apabila dia melakukan sesuatu urusan dia akan melakukan bersungguh-sungguh hingga keperingkat terbaik. Amal ibadah dan amal solehnya berterusan (istiqamah) dan dipertingkatkannya daripada masa kemasa hingga sampai keperingkat ihsan.

Gerak kerjanya dalam dakwah dan tarbiah tersusun rapi dan tidak mudah dilemahkan dengan masalah-masalah peribadi yang dihadapinya. Hati dan jiwanya sentiasa berazam untuk membantu masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan secara suka rela dan tidak mengharapkan habuan dan kepentingan duniawi.

Orang mukmin juga jika dia terlibat dalam menentukan kepimpinan negara samaada di peringkat pusat atau negeri, sifat dan sikapnya bukanlah seperti "duri dalam daging "atau seperti "gunting dalam lipatan" yang hanya mementingkan dirinya sendiri dan akan menikam rakan-rakannya dibelakang dan  suka lobi-melobi dan membuat fitnah supaya dia terpilih walaupun dengan menggunakan cara yang salah.

Islam tidak boleh dipisahkan dengan akhlak dan adab-adab sopan. Perlulah diingatkan matlamat yang baik tidak boleh membersihkan jalan yang salah (haram) , jika matlamat kita baik untuk membela nasib rakyat maka cara-cara kita mendapatkan kepimpinan perlulah juga dengan cara yang betul dan tidak bertentangan dengan syariah Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati maksud hadis di atas supaya sentiasa bersederhana dalam semua urusan di dunia ini, samaada urusan ibadah dan beramal soleh kepada Allah SWT maupun ketika berurusan dan bermuamalah, berkempen,  dan berinteraksi sesama manusia semata-mata mencari keredaan Allah SWT.




Dalam Islam Tidak Ada Mudarat Dan Tidak Boleh Menimbulkan Mudarat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Sa’id Sa’d bin Malik bin Sinan Al-Khudri ra, Rasulullah SAW  bersabda : “Tidak ada mudarat (dalam Islam) dan tidak boleh menimbulkan mudarat.”

(Hadits Hasan, diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ad-Daruquthni dan lainnya secara musnad. Dan diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Al-Muwathak secara mursal dari ‘Amr bin Yahya, dari bapanya, dari Nabi Muhammad SAW.)

Hadis ini merupakan perkara pokok dan menjadi kaedah atau prinsip Islam yang sangat mulia dan sempurna. Banyak masalah Islam, khususnya hukum, boleh di ambil daripada hadis ini sebagai satu kaedah atau prinsip. Terutama dalam bab muamalah (segala bentuk transaksi) , bab munakahat (hal-hal yang berkenaan dengan perkahwinan) dan juga dalam bab faraid (urusan wasiat yang berkait dengan warisan.)

Banyak kaedah fiqh yang menjadi rujukan dan sandaran untuk berfikir  para ulama feqah, berpangkal dan berpunca pada hadis ini. Bahkan, boleh dikatakan, hadis ini merupakan setengah dari syariat Islam, sebab syariat Islam didatangkan untuk dua perkara :

Pertama : Menolak mudarat.

Kedua : Mendatangkan manfaat.

Oleh kerana hadis ini menjelaskan tentang menolak mudarat, maka boleh dikatakan kedudukan hadis ini adalah separuh atau setengah dari syariat Islam itu sendiri.

Dalam ajaran Islam semua urusan tidak mengandungi perkara-perkara yang membawa mudarat. Bila seorang muslim menemukan dharar (perkara yang membawa madarat) baginya, maka akan ada dalil lain yang menghilangkan dharar tersebut.

Seorang muslim tidak dibenarkan melakukan sesuatu, baik ucapan, perbuatan, atau sikap yang boleh menimbulkan dharar (mudarat ), bagi dirinya maupun orang lain. Jika ada ucapan, perbuatan, atau sikap seorang muslim berakibat pada munculnya dharar (mudarat) bagi dirinya atau orang lain, maka dharar itu harus dihilangkan dengan keputusan dan kekuatan syariat Islam, kecuali jika apa yang dilakukannya itu mempunyai hak dan landasan syarie

Perlu dijelas di sini bahawa tidak ada dharar (mudarat) dalam Islam. Berikut gambaran tentang tidak adanya mudarat dalam syariat Islam pada beberapa perkara, atau dengan perkataan lain, jika terjadi, maka mudarat itu nescaya akan dihilangkan.

Pertama : Ubudiyah ( Ibadah kepada Allah SWT)

Ibadah yang disyariatkan Allah SWT adalah untuk mendatangkan manfaat bagi manusia. Jika ibadah itu mengakibatkan munculnya mudarat, maka syariat Islam memberikan rukhshah (keringanan) untuknya.

Contohnya : Seorang yang junub wajib mandi besar sebelum melakukan ibadah. Tetapi sekiranya ia mempunyai luka serius yang berbahaya (mudarat) jika terkena air. Maka ia tak perlu mandi, cukup dengan tayammum.

Adapun dalil dari Al Quran adalah firman Allah SWT,

وَŰ„ِنْ كُنْŰȘُمْ مَ۱ْ۶َى ŰŁَوْ Űčَلَى Űłَفَ۱ٍ ŰŁَوْ ŰŹَۧۥَ ŰŁَŰ­َŰŻٌ مِنْكُمْ مِنَ Ű§Ù„ْŰșَۧۊِŰ·ِ ŰŁَوْ لَŰ§Ù…َŰłْŰȘُمُ Ű§Ù„Ù†ِّŰłَۧۥَ فَلَمْ ŰȘَŰŹِŰŻُÙˆŰ§ مَۧۥً فَŰȘَيَمَّمُÙˆŰ§ Ű”َŰčِÙŠŰŻًۧ Ű·َيِّŰšًۧ فَŰ§Ù…ْŰłَŰ­ُÙˆŰ§ ŰšِوُŰŹُوهِكُمْ وَŰŁَيْŰŻِيكُمْ مِنْهُ

Maksudnya : “Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau berhubungan badan dengan perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan permukaan bumi yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu”. (Surah al- Maidah (5) ayat  6).

Rukhshah dimaksudkan untuk menafikan mudarat baginya, namun ia tetap dan wajib melakukan ibadah.

Kedua : Muamalah

Di antara prinsip Islam dalam muamalah adalah saling reda meredai.

Allah SWT berfirman :

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّ۰ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ لَۧ ŰȘَŰŁْكُلُÙˆŰ§ ŰŁَمْوَŰ§Ù„َكُمْ Űšَيْنَكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْŰšَۧ۷ِلِ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْ ŰȘَكُونَ ŰȘِŰŹَۧ۱َŰ©ً Űčَنْ ŰȘَ۱َۧ۶ٍ مِنْكُمْ وَلَۧ ŰȘَقْŰȘُلُÙˆŰ§ ŰŁَنْفُŰłَكُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ كَŰ§Ù†َ Űšِكُمْ ۱َŰ­ِيمًۧ (29)
                                                                                                                                                
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memakan harta-harta kalian di antara kalian dengan cara yang batil, kecuali dengan perdagangan yang kalian saling reda. Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian, sesungguhnya Allah itu Maha Kasih Sayang kepada kalian." (Surah an-Nisaa (4) ayat 29)

Sehingga masing-masing pihak akan memperoleh manfaat. Sekiranya bermuamalah boleh mendatangkan mudarat, baik bagi satu pihak maupun keduanya, maka muamalah ini diharamkan dan dilarang oleh Islam.

Oleh sebab itu Islam mengharamkan riba, di sebabkan riba boleh mendatangkan  mudarat  yang luar biasa. Islam juga mengharamkan segala bentuk muamalah yang menimbukan mudarat bagi manusia.

Ketiga : Makanan dan Minuman

Salah satu prinsip Islam dalam makanan dan minuman adalah halal, suci dan bersih dan mengharamkan makanan dan minuman yang kotor , memabukkan dan mendatangkan mudarat.

Firman Allah SWT maksudnya : "(iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka . Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-A'raf (7) ayat 157)

Oleh itu Islam adalah agama yang mengharamkan khamr (minuman keras), sebab ia adalah khabaits (buruk dan mudarat) bahkan ummul khabaits (induk segala keburukan), yang akan mengakibatkan munculnya mudarat bagi akal, jiwa, tubuh badan dan harta.

Keemapat : Munakahat

Salah satu prinsip dalam perkahwinan adalah melahirkan suasana mawaddah wa rahmah dalam hubungan suami isteri

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah ar-Rum (30) ayat 21)

Sekiranya berlaku  kezaliman yang biasa dilakukan oleh lelaki (suami) untuk berbuat sewenang-wenang kepada wanita (isterinya). Salah satu yang di ajarkan Islam adalah talak (cerai) yang boleh  dirujuk hanya dua kali.

Firman Allah SWT maksudnya : "Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang makruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang makruf (pula)." (Surah al-Baqarah ayat 231)

Kelima : Faraid (harta pusaka)

Islam memerintahkan seseorang untuk berwasiat agar orang tertentu boleh mendapatkan bahagian dari hartanya. Namun, agar tidak ada mudarat atas para pewaris, Islam melarang seseorang berwasiat lebih dari sepertiga hartanya kerana harta pusaka perlu dibahagikan menurut sistem faraid (kepada waris-warisnya).

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman sesudah itu kemudian berhijrah serta berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Anfal ayat 75)

Sahabat yang dikasihi,
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna kerana dalam Islam tidak ada mudarat dan tidak boleh menimbulkan mudarat kepada orang lain. Jika kita berpegang pada prinsip Islam maka akan sempurnalah kehidupan kita dan sentiasa mendapat keredaan Allah SWT.

 











Friday, October 19, 2012

Mudarat Yang Lebih Besar Di Hilangkan Dengan Mudarat Yang Lebih Ringan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Islam terdapat beberapa kaedah fiqh yang  digunakan oleh para ulama feqah sebagai panduan dan pedoman untuk menetapkan sesuatu hukum :

Ű§Ù„Ű¶َّ۱َ۱ُ Ű§Ù„ŰŁŰŽَŰŻُّ يُŰČَŰ§Ù„ُ ŰšِŰ§Ù„Ű¶َّ۱َ۱ِ Ű§Ù„ŰŁŰźَفِّ

"Kemudaratan yang lebih berat/besar dihilangkan dengan melaksanakan kemudharatan yang lebih ringan"

Huraiannya :

Apabila bertembung dua kemudaratan serentak dalam satu masa maka hendaklah dihilangkan kemudaratan itu dengan melakukan perkara yang membawa kepada mudarat/ kerosakan yang lebih kecil.

Maksudnya apabila kita bertembung dengan situasi ini, maka kena pilih yang mana satu yang jikalau kita buat maka kerosakan yang timbul lebih kecil berbanding kalau kita buat yang satu lagi.

Contoh:

Rumah dimasuki perompak dan perompak mahukan harta, wang dan barang kemas. Ketika itu salah seorang anggota keluarga berada bersama mereka dengan dengan ugutan mahu membunuh ahli keluarga itu jika tidak menyerahkannya.

Maka disini berlaku pertembungan iaitu:

1. Mudarat= Kehilangan harta dan kerugian yang bakal dialami, anggaran berpuluh ribu ringgit

2. Mudarat= Nyawa ahli keluarga bakal terancam, kemungkinan dibunuh.

Jadi apabila bertembung dua mudarat ini, hendaklah dipilih yang mana yang paling kecil/ sedikit mudaratnya jika kita lakukan. Maka menurut kaedah ini hendaklah kita lakukan mudarat 1 iaitu menyerahkan harta dan mengalami kerugian. Kerana hilang harta mudaratnya lebih kecil dari hilang nyawa. [Al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kuliyyah]

 Satu lagi kaedah fiqh yang hampir sama iaitu :

     ۄ۰َۧ ŰȘَŰčَۧ۱َ۶َ مَفْŰłِŰŻَŰȘَۧنِ ۱ُوْŰčِيَ ŰŁŰčْŰžَمُهُمَۧ Űšِۄ۱ْŰȘِكَِۧۚ ŰŁَŰźَفِّهِمَۧ

"Bila harus memilih antara dua mudarat maka pilih yang paling ringan"

Sahabat yang dimuliakan,
Kaedah fiqh di atas adalah satu kaedah yang penting apabila kita berhadapan dengan situasi yang genting dan terpaksa membuat salah satu pilihan di antara dua. Maka ketika ini Islam membenarkan dipilih salah satu yang mudaratnya lebih kecil berbanding yang satu lagi.

Contoh yang jelas apabila berlaku penyeksaan oleh kafir Quraisy (Umayah bin Khalaf) kepada keluarga Amar bin Yasir (bapanya Yasir dan ibunya Sumayyah). Mereka semua diseksa oleh Umayah bin Khalaf. Apabila Umayah menyuruh mereka kembali kepada agama asal mereka menyembah berhala, Yasir dan Sumayyah tetap berpegang teguh sehingga syahid. Tetapi Amar bin Yasir oleh kerana seksaan yang berat diterimanya dia terpaksa mengaku kembali kepada kekufuran (hakikat sebenarnya beliau tetap kukuh imannya hanya lidahnya sahaja yang melafaskan kekufuran), apabila sahabat yang lain memberitahu Nabi SAW bahawa Amar telah murtad lantas dijawab oleh baginda bahawa iman Amar tetap kukuh dan beliau ucapkan perkataan tersebut adalah kerana terpaksa (darurat).

Dalam sirah tersebut kita boleh mengambil pengajaran bahawa mengucap kalimah kufur (kerana terpaksa) tetapi hati tetap beriman adalah mudarat kecil sedangkan nyawa melayang adalah mudarat besar.

Allah SWT berfirman maksudnya : ."..tetapi jika seseorang terpaksa, sedangkan ia tidak menginginkannya, dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya... "
(Surah al-Baqarah ayat 173).

Dalam kehidupan harian kita sering akan bertembung dengan dua situasi yang mana kedua-duanya adalah boleh mendatangkan mudarat maka Islam membenarkan kita pilih mudarat yang lebih kecil berbanding mudarat yang besar. Atau pun kita berhadapan dengan situasi jika kita buat mendatangkan mudarat kecil sedangkan jika kita tinggalkan akan mendatangkan mudarat yang lebih besar.

Contoh organisasi Islam terlibat dengan pilihanraya demokrasi adalah mudarat yang kecil (terpaksa berkempen dan bertembung dengan umat Islam yang berlainan parti - wujud sedikit pergeseran dan perbalahan) sedangkan meninggalkan / memboikot pilihanraya adalah mudarat yang besar kerana membiarkan negara di kuasai oleh golongan sekular yang akan menyalahgunakan harta negara dan menzalimi rakyat.

Sahabat yang dikasihi,
Umat Islam perlu cerdik dan tidak mudah diperdaya dalam membuat pilihan dalam pengundian pilihraya. Pemilihan kalian untuk memilih pemimpin adalah penting untuk menentukan arah mana negara dan rakyat akan dibawa, samaada menuju kearah kerosakkan yang lebih parah atau kepada cahaya baru yang lebih cerah dan terang benderang!

Perlulah kalian pentingkan agenda Islam untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam mencorak pembangunan umat dan menegakkan syiar-syiar Islam daripada terus malap dibawah pimpinan lama . Pimpinan baru perlu lebih jelas menegakkan amar makruf nahi mungkar kerana ini adalah tugas kita dijadikan oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi. Semua amalan kita akan dihisab dengan teliti oleh Allah SWT jika kalian abaikan tugas yang besar ini.





Thursday, October 18, 2012

Hayati Empat Amalan-amalan Ahli Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalamnya, dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT telah mempersiapkan buat orang yang suka memberi makan orang miskin, lembut dalam berbicara, suka berpuasa, dan mengerjakan solat di malam hari sewaktu manusia sedang tidur. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Berdasarkan hadis di atas Nabi SAW menjelaskan bahawa keindahan syurga itu adalah
"kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalamnya, dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari bahagian luarnya" dalam hadis yang lain ada riwayat  menyatakan :

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰčْŰŻَŰŻْŰȘُ لِŰčِŰšَۧۯِى Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِينَ مَۧ Ù„Ű§َ Űčَيْنَ ۱َŰŁَŰȘْ ، وَÙ„Ű§َ ŰŁُ۰ُنَ ŰłَمِŰčَŰȘْ ، وَÙ„Ű§َ ŰźَŰ·َ۱َ Űčَلَى قَلْŰšِ ŰšَŰŽَ۱ٍ ، فَŰ§Ù‚ْ۱َŰĄُÙˆŰ§ Ű„ِنْ ŰŽِŰŠْŰȘُمْ ( فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰčْلَمُ نَفْŰłٌ مَۧ ŰŁُŰźْفِىَ لَهُمْ مِنْ قُ۱َّŰ©ِ ŰŁَŰčْيُنٍ )

 Maksudnya : “Allah berfirman: Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terbetik dalam hati manusia.” Bacalah firman Allah Ta’ala, “Tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.” (Surah. As Sajdah ayat 17) (Hadis Riwayat. Bukhari no. 3244 dan Muslim no. 2824)

Di dalam hadis di atas di jelaskan bahawa terdapat empat amal soleh yang disukai oleh Allah SWT sehingga Dia mempersiapkan untuk  memasukkan ke dalam syurga-Nya.

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Suka  memberi makan orang miskin

2. Lembut dalam berbicara

3. Suka berpuasa

4. Solat di waktu malam

Huraiannya :

1. Suka  memberi makan orang miskin.

Bersedekah dengan memberi makan orang miskin samaada memberi makanan atau wang ringgit adalah satu tuntuan agama kerana dengan bantuan tersebut kita akan meringankan beban mereka yang hidup dalam kesusahan dan makan minum tidak sempurna.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

2. Lembut dalam berbicara.

Sifat orang mukmin adalah sentiasa berlemah lembut ketika berbicara dan tidak menyombongkan dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”  (Hadis Riwayat Muslim)

Sifat berlemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa) dalam segala urusan.

3. Suka berpuasa.

Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : ”Allah `Azzawajalla berfirman: “Semua amalan umat manusia adalah untuk dirinya, kecuali puasa. Sebab, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nasai`)

Dari Abu Umamah, katanya yang bermaksud : ”Aku datang kepada Rasulullah SAW, lalu aku katakan: “Berilah kepadaku suatu amalan yang membolehkan diriku masuk ke dalam syurga. “Maka Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, kerana ia merupakan amalan yang tidak dapat di tandingi oleh amalan yang lain”. Kemudian aku mendatangi Nabi SAW untuk kali kedua, maka sabdanya: “Hendaklah kamu berpuasa”.(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasa`i dan Al-Hakim yang menyatakan kesahihannya)

4. Solat di waktu malam.

Solat satu ibadah khusus solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang mukmin adalah solat tahajud. Kekuatan solat tahajud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah SWT.

“Tahajud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajud dikerjakan dua rekaat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Zaariyaat ayat 15-18)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah dan amal soleh kita  setiap hari dan beristiqamah dalam beramal. Hayatilah empat amal soleh di atas sebagai amalan tambahan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jika amalan ini kita laksanakan berterusan dengan ikhlas kerana Allah SWT maka tidak ada balasan yang lebih baik melainkan akan mendapat balasan untuk memasuki syurga Allah SWT.








Tuesday, October 16, 2012

Pilihlah Pemimpin Yang Adil Dan Berakhlak Mulia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap negara di dunia ini mempunyai pemimpin masing-masing yang akan menjalankan pemerentahan dan menguruskan negara . Ada pemimpin di pilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan ada pemimpin yang dilantik berdasarkan keturunan seperti kerabat diraja melalui sistem monaki.

Dalam Islam pemilihan pemimpin adalah perkara yang sangat di tuntut dan semua yang terlibat dalam pemilihan akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT di akhirat nanti. Jika berlaku penyelewengan atau kezaliman maka bukan sahaja pemimpin yang melakukan kerosakkan itu akan ditanya tetapi rakyat yang membuat pemilihan dan mandat juga akan ditanya dan disoal siasat hingga ke akar umbi kenapa tugas kepimpinan itu diberikan kepada mereka yang tidak jujur dan amanah..?

Pemimpin yang adil ibarat bayang-bayang Tuhan, sebab pengambilan kata adil sendiri berasal dari salah satu nama Allah SWT, iaitu Al-Adlu (Allah Yang Maha Adil). Adil bermakna menempatkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan tepat.

Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka." (Hadis Riwayat Muslim)

Berlawanan daripada sifat adil adalah zalim, iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang betul dan tepat. Allah SWT telah mengharamkan sifat dan perilaku zalim atas diri-Nya, dan Dia juga mengharamkan diri hamba-hamba-Nya melakukan kezaliman. Perilaku adil akan menciptakan kesejateraan untuk rakyat. Sebagaimana zalim akan mendatangkankan bencana, musibah, dan malapetaka.

Dalam hadis qudsi-Nya Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Aku telah mangharamkan zalim itu atas diri-Ku, dan telah Aku jadikan zalim di antara kalian itu sesuatu yang diharamkan, kerana janganlah kalian saling berlaku zalim.''

Raslullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang di zalimi ." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Mengapa doa pemimpin yang adil itu sangat mustajab di sisi Allah SWT? kerana di bahunya terletak berbagai pengharapan dan hajat hidup rakyat jelata.

Dikisahkan dalam sebuah riwayat yang mashur, ketika Saidina Umar bin Khattab r.a sedang bertugas sebagai khalifah, ketika itu Gubnur Mesir, Amr bin Ash r.a., mengadu tentang musim kemarau yang kering dan berpanjangan yang menimpa kaum muslimin di negeri itu. Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan rakyat sudah tidak mengalirkan air.

Khalifah Umar lalu memanggil Amr bin Ash untuk datang ke Madinah. Khalifah lalu berkata, "Wahai Amr bin Ash bawalah suratku ini lalu lemparkanlah ia ke Sungai Nil!" Isi surat itu berupa doa seorang khalifah yang adil.

Dalam surat itu, Umar yang dikenal sebagai pemimpin yang adil memanjatkan doa dan berinteraksi dengan Sungai Nil, katanya : "Wahai sungai, engkau adalah makhluk Allah yang diciptakan oleh-Nya untuk menolong hamba-Nya yang lain, jika engkau adalah makhluk ciptaan Allah bantulah hamba-hamba Allah dan mengalirlah engkau!" Sejak doa itu diucapkan, Sungai Nil tidak pernah lagi mengalami kekeringan sehingga kehari ini.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasalam) bersabda : "Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia
berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan
 kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
 7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemimpin yang adil adalah golongan yang pertama akan diberikan perlindungan Arasy oleh Allah SWT di Padang Masyar nanti. Dalam sebuah riwayat juga disebutkan bahawa pemimpin yang adil kelak akan bersama para nabi dan rasul, syuhada, dan siddiqin (orang-orang yang membenarkan ajaran agama Islam) dan orang-orang soleh di dalam syurga.

Apa pula akibatnya jika seorang pemimpin melakukan khianat? Sesiapa sahaja yang diangkat oleh Allah untuk memimpin suatu urusan rakyatnya, kemudian ia meninggal dunia, di mana saat ia meninggal dunia ia sedang berkhianat kepada rakyatnya, maka tiada lain kecuali Allah SWT akan haramkan baginya untuk masuk syurga.

Ma'qil bin Yasar r.a berkata :Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditaklifkan (di amanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Islam jawatan dan kedudukan bukanlah semata-mata anugerah, tapi juga ianya adalah amanah yang harus dipertanggung jawabkan, bukan hanya di hadapan rakyat, tapi terutama di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil kelak. Jika seseorang mendapatkan jawatan dan kedudukan bukan dengan cara yang hak (betul) , tapi dengan cara-cara batil, iaitu dengan menghalalkan segala cara, seperti politik wang dan memberi rasuah dengan segala macam bentuknya, dengan menyebar fitnah, dengan menggunakan cara-cara sihir dan sebagainya. Kemudian setelah ia menduduki jawatan dan kedudukan itu ia menipu, ingkar atas janji-janjinya, rasuah, dan zalim , maka jawatan dan kedudukan itu hanya akan menjadi kehinaan dan penyesalan di hari kiamat, dan ia akan diharamkan masuk syurga.

Dari Abu Zar, dia berkata : Saya berkata: “Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya." Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggung jawabnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Abu Zar ketika meminta jawatan, tidak di indahkan oleh Rasulullah SAW. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya jawatan itu adalah amanat, dan pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mendapatkan jawatan itu dengan cara yang hak ( atau ia orang yang paling berhak ) dan ia menunaikan tugas dan kewajiban yang ada pada jawatan itu ( termasuk memenuhi janji-janjinya ) “ (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba yang oleh Allah dipercaya untuk memimpin sebuah umat, lantas ia mati, dan ketika memimpin ia menipu (zalim ) terhadap rakyatnya, pasti Allah mengharamkan baginya masuk syurga . “ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hisyam bin Urwah meriwayatkan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa pemimpin itu ada yang baik, ( takwa, jujur, adil , cerdas dan berakhlak mulia ) dengan segala macam kebaikannya, dan ada pemimpin yang buruk, ( jahat, zalim, dan rasuah ) dengan segala macam keburukannya. Pemimpin bertakwa akan selalu menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan zalim. Pemimpin yang jujur akan membina kan kepercayaan rakyat dan jauh dari mengambil rasuah dan mementingkan diri sendiri dan ahli keluarga.

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin yang adil akan melahirkan ketentraman bagi seluruh rakyat dan mendatangkan berkah dan rahmat Allah. Pemimpin yang cerdas dan berwawasan jauh boleh membawa rakyat ke arah yang lebih baik dan maju. Pemimpin yang berakhlak mulia akan menjadi pautan rakyatnya, dan akan mendahulukan kepentingan rakyat dari pada kepentingan peribadi dan kumpulannya sahaja.

Bagaimana ia boleh berbuat adil, mampu menegakkan keadilan (hukum), memberantas rasuah dan penyelewengan kerana ia naik menjadi pemimpin dahulunya kerana memberi rasuah atau disokong oleh pengikut-pengikutnya yang hanya mempunyai agenda tersendiri dan hanya mengejar pangkat dan kuasa. ? atau ia mendapatkan jawatan dan kuasa secara kotor dan menghalalkan cara.?

Bagaimana boleh kita mengharapkan dia boleh membela agama Allah sedangkan hidupnya tidak membawa akhlak Islam dan dengan jelas nampak kejahilannya memahami tuntutan agama yang di anutinya Pemimpin yang zalim, jahat dan rasuah hanya akan membawa kemurkaan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi, Rasulullah SAW. menyatakan bahawa keadaan pemimpinmu mencerminkan keadaan rakyat yang dipimpinnya. ( Kama Takunu Yuwalla ‘alaikum ).

Dalam kitab An-Nihayah menjelaskan bahawa jika rakyat beriman, beramal soleh, jujur, dan cerdas , maka yang akan tampil sebagai pemimpin mereka adalah orang yang punya peribadi seperti itu. Tapi jika rakyatnya terdiri dari orang-orang yang jahat, suka melakukan maksiat, suka membaut kerosakkan maka akan lahirlah pemimpin yang jahat seperti amalan rakyat tersebut.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi SAW pernah mengingatkan pula bahawa barang siapa yang memilih seseorang sebagai pemimpin hanya atas dasar taksub ( fanatik buta ) tanpa menjadikan petunjuk Alah SWT dan rasulNya sebagai contoh ikutan, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah kalian dalam menentukan pemimpin yang akan kalian pilih. Carilah pemimpin yang akan membuat perubahan dan pembangunan rohani dan jasmani. Janganlah cari pemimpin yang hanya memikirkan pembangunan kebendaan sahaja tanpa menjaga pembangunan akidah dan kerohanian. Pilihlah pemimpin yang akan mendekatkan diri kalian dengan ajaran Islam, sentiasa prihatin dengan masalah rakyat dan memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan bukannya pemimpin yang hanya mementingkan kaum suku sakatnya sahaja.

Jika kalian tersilap membuat pemilihan dan perhitungan, risiko yang akan di terima cukup besar kerana ianya akan disoal dan di siasat secara teliti oleh Allah SWT di akhirat nanti. Berhati-hatilah supaya pemilihan kali ini di buat dengan gerak hati terdorong daripada cetusan iman dan takwa dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT.



Sunday, October 14, 2012

Kaedah Dan Displin Ketika Menggunakan Hadis-hadis Nabi SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah SAW :

4- Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُ ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ ŰȘَ۱َكْŰȘُ فِيكُمْ ŰŁَمْ۱َيْنِ لَنْ ŰȘَ۶ِلُّÙˆŰ§ مَۧ ŰȘَمَŰłَّكْŰȘُمْ Űšِهِمَۧ كِŰȘََۧۚ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰłُنَّŰ©َ نَŰšِيِّهِ. (Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ù… Ù…Ű§Ù„Ùƒ)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunah Rasulullah " (Hadis Riwayat Imam Malik).

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sumber kedua selepas al-Quran adalah sunah Rasulullah SAW. Semua amalan sunah baginda SAW  dijelaskan dalam hadis-hadis Nabawi. Apabila kita membicarakan hadis Rasulullah SAW maka hadis boleh dibahagikan kepada 4  jenis :

1. Hadis Sahih
2. Hadis Hasan
3. Hadis Dha’if
4. Hadis Palsu (Mauduk -bukan hadis)

Ramai di kalangan kita yang suka mengemukakan “hadis Nabi SAW” kemudian di belakang “hadis” tersebut ditulis “AL-HADIS”.. Mungkin bagi sesetengah pihak tidak melihat ini sebagai satu kesalahan, tetapi darisegi ilmu hadis hanya menulis " AL-HADIS" masih belum sempurna kerana tidak ada penjelasan mengenai kedudukan hadis tersebut. Seelok-eloknya perkara sebegini diperbetulkan.. Ini kerana banyak yang didakwa sebagai “AL-HADIS” itu sebenarnya bukanlah hadis Nabi SAW.

Terdapat satu hadis dari Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya, tentang keadaan di akhir zaman, di mana akan ada pendusta (dajjalun kadzdzabun) yang akan membawakan hadis-hadis palsu.. Dalam hadis tersebut, Nabi SAW memberikan isyarat kepada kita supaya berhati-hati dalam dakwaan sesetengah pihak memalsukan hadis, “La yudhillunakum, wa la yaftinunakum – Jangan biarkan mereka menyesatkan kalian, dan jangan biarkan mereka menimpakan fitnah atas kalian.“

Namun sayangnya, tidak ramai antara kita yang sedar tentang perkara ini, dan secara tidak sengaja telah terjerumus ke dalam fitnah tersebut.. Bahkan lebih parah apabila mereka bukan sahaja percaya bahawa “hadis” tersebut adalah hadis, tetapi mereka turut memainkan peranan mereka dalam menyebarkan “hadis” tersebut..

Oleh itu kalian semua perlulah berhati-hati dan menjaga beberapa disiplin apabila hendak menulis atau menyebarkan sesuatu hadis daripada Nabi SAW.

Terdapat dua perkara penting yang perlu diambil perhatian serius iaitu :

Pertama: Apabila kalian ingin memetik mana-mana hadis, alangkah baiknya sekiranya  kalian dapat menyertakan daripada kitab mana hadis tersebut diambil.. Misalnya dengan menulis, “Hadis Riwayat Al-Bukhari”, “Hadits Riwayat Abu Daud”, dll..

Perkara ini penting dalam memastikan tiadanya sebarang unsur penipuan dalam memetik mana-mana hadis Nabawi.. Kalian harus sedar, di sana adanya sekelompok manusia yang berniat buruk terhadap agama ini, lantas mereka mengatakan, “Hadis ini ada dalam kitab itu dan ini,” namun setelah diperiksa kembali, ternyata dakwaan tersebut tidak benar..

Begitu juga ketika sesuatu hadis yang dibacakan itu agak janggal bagi kita.. Sesuatu hadis yang tidak pernah kita dengar, tidak bererti hadis itu tidak wujud atau pun tidak sahih.. Jangan pula atas nama “sikap berhati-hati”, tanpa kita sedari kita telah menolak sebahagian hadis sahih.. Oleh itu, kaedah ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan kita dalam mencari hadis tersebut dalam kitab tertentu..

Kedua: Apabila kalian memetik mana-mana hadis, alangkah baiknya sekiranya kalian boleh membawakan mana-mana pendapat ulama yang muktabar mengenai status hadis tersebut, sama ada sahih, hasan, dha’if, mauduk dll.. Ini bagi menghindarkan kita daripada menjadi agen penyebaran hadis palsu dalam masyarakat Islam hari ini..

Al-Imam Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya (iaitu Shahih Ibnu Hibban), telah meletakkan satu pasal yang beliau namakan: “Pasal Menyebut Ketetapan Memasuki Neraka Bagi Sesiapa yang Menyandarkan Sesuatu kepada Al-Musthafa S.A.W, Sedangkan Dia Tidak Mengetahui Tentang Keshahihannya.”

Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitsami ditanya tentang seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis  tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawab beliau:

“Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Ada pun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis , maka tidak halal (berbuat demikian).

Sesiapa yang melakukannya ditakzirkan dengan keras. Inilah kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis lalu mereka pun  hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadits-hadits tersebut tanpa mengetahui asal usulnya. Maka wajib atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib daripada berbuat demikian.”

Seorang ulama hadis Syam, Badruddin Al-Hasani telah berkata: “Tidak harus menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah SAW kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz yang dikenali (huffaz ialah orang yang begitu luas ilmunya tentang hadis dan seni ilmunya, sehingga apa yang diketahuinya mengenai hadis dan kecacatan hadis lebih banyak daripada apa yang tidak diketahuinya). Sesiapa yang berkata: ‘Rasulullah telah bersada…’ sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis : 

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Cara yang paling mudah untuk memenuhi kedua-dua syarat di atas adalah dengan memetik hadis-hadis yang tertulis dalam Sahih Al-Bukhari dan juga Sahih Muslim, kerana hadis-hadis yang terkandung dalam kedua-dua kitab tersebut telah disepakati kesahihannya oleh para ulama (walau pun ada beberapa hadis yang telah dipertikaikan, namun majoriti ulama mengatakan semua hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim adalah sahih, wallahu a’lam..

Di dalam kitab-kitab lain seperti Sunan At-Tirmidzi, Sunan Abu Dawud, Sunan An-Nasa’i, Sunan Ibnu Majah, dll) didapati terkandung hadis-hadis yang tidak sahih.. Oleh itu, cara yang paling mudah, rujuklah Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim menyebabkan kita tidak akan ragu-ragu akan kesahihan hadis yang kita kemukakan.

Terdapat riwayat dalam Sunan Ad-Darimi, dengan sanad yang sahih, yang menceritakan bagaimana Ibnu Mas’ud r.a. melarang sekelompok manusia yang berzikir kepada Allah dalam keadaan yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi SAW..

Menurut kelompok tersebut, mereka hanya ingin berbuat baik.. Jawab Ibnu Mas’ud kepada mereka: “Wa kam min muridillilkhair lan yushibahu – Dan betapa ramai yang bertujuan baik tetapi tidak menepatinya.”

Selain itu, sekiranya anda membaca Sahih Al-Bukhari mahu pun Sahih Muslim, ada satu riwayat yang menceritakan bahawa ada beberapa sahabat Nabi  SAW  yang ingin berpuasa sepanjang tahun, ada pula yang ingin solat malam tanpa tidur, dan ada juga yang ingin menjauhi wanita untuk menumpukan ibadah kepada Allah.. Ketiga-tiga amalan tersebut tidaklah dilakukan oleh mana-mana manusia, melainkan  sudah pasti niat mereka ingin mendekatkan kepada Allah semata-mata.. Namun, Rasulullah S.A.W melarang ketiga-tiga sahabat tersebut daripada melakukan amalan-amalan tersebut.. Ternyata, niat yang baik, sekiranya tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW, tidak akan diterima oleh Allah..

Sekiranya itu adalah keadaannya, maka menjadi tanggungjawab kalian untuk memastikan bahawa hadis tersebut memenuhi kedua-dua syarat di atas, kemudian katakanlah, “Nabi  SAW  bersabda maksudnya : …”

Ingatlah kata-kata Ibnu Hajar Al-Haitsami di atas: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis.”

Begitu juga dengan kata-kata Badruddin Al-Hasani: “Tidak harus menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah SAW kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz yang dikenali.”  Wallahu a’lam..

(Artikal ini di petik daripada wall Ridzuan Zulkifly  bertajuk "Jagalah displin ini" )

Kenapa Umat Islam Perlu Memahami Tahaluf Siasi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.

Apakah maksud Tahaluf Siasi ?

Tahaluf Siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah Tahaluf Siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.

Tahaluf Siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari musyrikin Quraisy.
 
Setiap para pendokong dakwah samaada yang bergerak dalam harakah Islamiah atau organisasi Islam perlulah memahami Tahaluf Siasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam organisasi Islam dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan organisasi Islam akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.

Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Al- Imam Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam / organisasi Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Persoalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?

Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam / organisasi Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam / organisasi Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. 

Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, Tahaluf Siasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa pandangan ulama haraqi mengenai Tahaluf Siasi, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Hujah-hujah daripada ulama yang bersetuju dengan Tahaluf Siasi lebih kuat dan lebih tepat berbanding golongan ulama yang menentang di gunakan kaedah Tahaluf Siasi.

Di antara ulama yang mengharuskan Tahaluf Siasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Hujah-hujah ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang di zalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَŰŁَيُّمَۧ Ű­ِلْفٍ كَŰ§Ù†َ فِي Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ لَمْ يَŰČِŰŻْهُ Ű§Ù„ْŰ„ِŰłْلَŰ§Ù…ُ Ű„ِلَّۧ ŰŽِŰŻَّŰ©ً

Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan." - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi SAW  telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

Peringkat pertama : Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”

Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam  untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah ke Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Makkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .

Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang di zalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi. 

Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya kepada rakyat dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada  rakyat jelata.

Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.

Umat Islam perlu jelas di antara prinsip dan strategi . Tahaluf Siasi adalah strategi bukan prinsip, strategi boleh berubah-rubah tetapi prinsip Islam tidak boleh berubah. Oleh itu kalian perlulah berhati-hati dengan berita yang dibawa media arus perdana yang cuba membuat banyak kekeliruan yang mencampur adukkan di antara prinsip dengan strategi demi agenda politik pihak-pihak tertentu.





Saturday, October 13, 2012

15 Sifat-sifat Mulia Hamba Allah (Ibadur Rahman) Yang Akan Memasuki Syurga


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Surah al-Furqan ayat 63-77, Allah SWT menyatakan 15 sifat-sifat Ibadur Rahman (hamba Allah)  yang mendapat kemuliaan dan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Ayat 63  Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih (Ibadur Rahman) itu adalah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan "salam". (QS. 25:63)

Ayat 64 Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.,(QS. 25:64)

Ayat 65 Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".(QS. 25:65)

Ayat 66 Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.(QS. 25:66)

Ayat 67 Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.(QS. 25:67)

Ayat 68 Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),(QS. 25:68)

Ayat 69 (Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,(QS. 25:69)

Asbabun Nuzul ayat 68 - 69.

Ibnu Masud r.a berkata, "Kedua-dua ayat ini diturunkan berkenaan denganku yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW tentang dosa yang paling besar. Baginda menjawab,"Menyekutukan Allah, padahal Dialah yang menciptakanmu." Aku bertanya hal yang sama lagi. Rasulullah SAW menjawab, "Membunuh anakmu kerana kamu takut miskin". Aku bertanya lagi. Baginda pun menjawab, "Berzina dengan tetanggamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat 70 kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 25:70)

Ayat 71 Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.(QS. 25:71)

Ayat 72 Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.(QS. 25:72)

Ayat 73 Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.(QS. 25:73)

Ayat 74 Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. 25:74)

Ayat 75  Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(QS. 25:75)

Ayat 76 mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.(QS. 25:76)

Ayat 77 Katakanlah (kepada orang-orang musyrik):` Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya?, Kerana itu kelak (azab) pasti (menimpamu) (QS. 25:77)

Berdasarkan ayat-ayat di atas  terdapat 15 sifat-sifat Ibadur Rahman (hamba Allah) yang dikasihi oleh Allah SWT.

Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Berjalan dimuka bumi dengan rendah hati.

Kedua : Bila disapa oleh orang yang jahil akan dibalas dengan ucapan salam (sejahtera) kepada mereka.

Ketiga : Pada waktu malam sentiasa melaksanakan solat tahajud.

Keempat : Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi seksaan Neraka Jahanam.

Kelima : Sentiasa membelanjakan hartanya dengan berhati-hati tidak membazir dan tidak kikir.

Keenam : Tidak mempersekutukan  Allah SWT dengan makhluk-Nya  iaitu menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Ketujuh : Tidak membunuh manusia melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak.

Kelapan : Tidak melakukan perbuatan berzina.

Kesembilan : Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Kesepuluh : Sentiasa mengerjakan amal soleh.

Kesebelas : Tidak menjadi saksi palsu

Kedua belas : Bila bertemu orang yang suka membuat perbuatan tidak berfaedah, tidak dilayainya untuk menjaga kehormatan diri.

Ketiga belas : Sentiasa menerima peringatan dan arahan Allah SWT dengan hati yang terbuka tanpa ragu-ragu.

Keempat belas : Sentiasa berdoa supaya dikurniakan isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati.

Kelima belas : Sentiasa berdoa supaya menjadi pemimpin untuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Huraian untuk sifat-sifat di atas adalah seperti berikut :

Pertama : Berjalan dimuka bumi dengan rendah hati.

Seorang mukmin peribadinya seimbang dengan menundukkan pandangan bila berjalan dan tidak merasa  sombong dan bangga diri. Sebagaimana Luqman memberi nasihat kepada anaknya seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

Kedua : Bila disapa oleh orang yang jahil akan dibalas dengan ucapan salam (sejahtera) kepada mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami di zalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

Ketiga : Pada waktu malam sentiasa melaksanakan solat tahajud .

Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan sifat orang bertakwa sentiasa melaksanakan solat tahajud , firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”  ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Keempat : Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi seksaan Neraka Jahanam.

Sifat orang mukmin ini digambarkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 16 yang bermaksud : "(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka".

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila seseorang selesai membaca tasyahud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis riwayat Muslim)

Kelima : Sentiasa membelanjakan hartanya dengan berhati-hati tidak membazir dan tidak kikir.

Firman Allah SWT : “Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israk ayat 26 – 27)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Tidak mempersekutukan  Allah SWT dengan makhluk-Nya  iaitu menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisa' ayat 48).

Ketujuh : Tidak membunuh manusia melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisa’ ayat 93)

Dari Ibnu Mas’ud radiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda : "Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Tidak melakukan perbuatan berzina.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al- Israa’ ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Kesembilan : Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kesepuluh: Sentiasa mengerjakan amal soleh.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)

Kesebelas : Tidak menjadi saksi palsu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Dipastikan dua kaki dari orang yang bersaksi palsu itu pada hari kiamat nanti akan melangkah ke neraka"
( Hadis Riwayat Ibn Majah dan Hakim)"

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah ku tunjukan tentang dosa yang paling besar? Iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada orang tua, ingatlah ucapan-ucapan dusta dan ingatlah saksi yang dusta dan Nabi mengulang-ngulangi hingga kami (para sahabat berkata ( dalam hati): ohh, bilakah baginda hendak diam" (Hadis Riwayat Bukhari )

Kedua belas : Bila bertemu orang yang membuat perbuatan tidak berfaedah tidak dilayainya untuk menjaga kehormatan diri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya."  (Hadis Riwayat Tarmizi)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Ketiga belas : Sentiasa menerima peringatan dan arahan Allah SWT dengan hati yang terbuka tanpa ragu-ragu.

Allah SWT berfirman: “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para sidiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”
(Surah an-Nisa' ayat 69)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman" (Hadis riwayat Muslim)

Keempat belas : Sentiasa berdoa supaya dikurniakan isteri  dan anak-anak yang menyenangkan hati.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya serta setia kepada suami yang soleh.

Firman Allah SWT maksudnya : “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Orang mukmin sentiasa berdoa semoga mendapat anak yang soleh sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai Tuhanku , anugerahkanlah kepadaku (seorang anak)  yang termasuk orang yang soleh." (Surah Ash-Shaffat ayat 100)

Kelima belas : Sentiasa berdoa supaya menjadi pemimpin untuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Di dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud: "iaitu orang yang berdoa:' Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfaqkan (ke jalan Allah) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur '." (Surah Ali Imran, ayat 16-17)

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah balasan Allah SWT kepada Ibadur Raman yang memiliki 15 sifat-sifat di atas?

Menerusi ayat 75 Surah al-Furqan, Allah SWT menjanjikan balasan syurga dan memberikan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia semasa hidup di dunia.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud :  "Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.”
(Surah al-Insan ayat 10-12)

Oleh itu marilah sama-sama kita mendidik diri kita supaya melayakkan diri kita menjadi Ibadur Rahman (hamba Allah) yang dimuliakan dan mampu memenuhi 15 sifat-sifat seperti yang tersebut diatas. Sentiasalah kita berdoa dan istiqamah di atas jalan Islam hingga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan akhirat.