Tuesday, December 4, 2012

Cara-cara Mengadakan Majlis Perkahwinan Mengikut Sunah Dan Ajaran Islam

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mewujudkan sebuah perkahwinan adalah merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunah yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka.

Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Ini tidaklah seperti mana yang berlaku kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban, dan pertapaan para sami dari agama Budha dan seumpamanya yang melarang perkahwinan. 


Malahan sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan, jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, populasi manusia semakin bertambah disebabkan oleh sebuah ikatan percintaan yang halal lagi sistematik. Sekaligus, ikatan perkahwinan dapat mengawal dari berlakunya pelbagai bentuk gejala sosial yang tidak sihat seperti perzinaan, perbuatan onani dan juga pelacuran sebagaimana yang berlaku di era zaman jahiliyyah sebelum datangnya Islam ke tanah Arab dan kini banyak berlaku di negara-negara barat pula.

Program yang paling terpenting di dalam majlis perkahwinan adalah majlis akad nikah di antara dua mempelai lelaki dan perempuan. Setelah diijab kabulkan maka telah sahlah kedua pasangan tersebut menjadi suami-isteri yang halal. Terpikullah amanah besar ke atas kedua-dua pasangan tersebut, untuk melayari bahtera kehidupan berpandukan syariat Islam.

Biasanya selepas akad nikah kedua-dua pengantin akan mengadakan  majlis perkahwinan  atau disebut sebagai walimatul urus. Pada akhir-akhir ini di mana majlis-majlis perkahwinan rata-ratanya semakin meriah tetapi pelik yang dilengkapi dengan kepelbagaian acara. Malah, ia dijadikan sebagai sebuah kebanggan bagi sesebuah pasangan pengantin baru sekiranya mereka berupaya mengadakan majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran dengan disertai pelbagai juadah makanan dan acara tertentu yang menarik perhatian.

Ini termasuklah pelbagai bentuk makanan yang dihias dengan pelbagai rupa dan dimeriahkan lagi dengan upacara persandingan, muzik, tari-tarian dan nyanyi-nyanyian, upacara potong kek, adat menyarung cincin, dan seumpamanya. Bentuk upacara seperti ini kelihatannya begitu menyukarkan dan memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. 


Apakah ia merupakan sebuah tuntutan di dalam agama atau sebaliknya, atau bagaimana.?

Maka di sini timbullah sebuah persoalan, iaitu sejauh manakah sebenarnya majlis perkahiwnan yang benar-benar dianjurkan oleh syariat sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunah yang sahih? 


Adakah majlis perkahwinan itu perlu diadakan dengan pelbagai aturcara seperti upacara sarung cincin, persandingan, iringan muzik, dan sesi mengambil gambar? Selanjutnya, adakah bentuk-bentuk aturcara walimah seperti ini benar-benar menepati kehendak syariat dan merupakan suatu yang dibenarkan atau sebaliknya?

Di dalam nota ini diperjelaskan amalan sunah semasa dijalankan majlis walimatul urus dan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat yang menjadi amalan kebiasaan ketika mereka menjalankan majlis walimatul urus .
 

Kita rasa sedih apabila majlis yang mulia selepas diijab kabulkan mengharap rahmat dan kasih sayang Allah SWT tiba-tiba terdapat beberapa unsur "maksiat" dan mendapat kemurkaan Allah SWT. kerana di dalam majils tersebut terdapat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa garis panduan bentuk majlis perkahwinan (walimatul urus) yang bertepatan dengan agama kita yang suci lagi murni. Sekaligus melihat sejauh manakah majlis perkahwinan masyarakat kita ini yang sebenarnya telah banyak ditokok tambah dengan pelbagai bentuk perbuatan yang mungkar lagi bercanggah dengan syariat. Lebih parah, ia turut menyusahkan kebanyakan pasangan yang ingin membina mahligai rumahtangga mereka masing-masing kerana diikat dengan perkara-perkara seperti itu.

Dengan mengetahui yang mana yang realiti lagi sahih daripada sunah, maka seterusnya tiada masalah untuk kita membezakan di mana sebenarnya yang mungkar, yang ditokok tambah dan seterusnya kita berupaya menjadikan sebuah majlis perkahwinan itu adalah sebuah majlis yang berhak mendapat keberkahan dan redha dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan memisahkannya dari apa yang tidak disyariatkan (serta yang terlarang).

Definisi Walimatul urus.

Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:

Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis) pernikahan secara khusus. (Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 310, Pustaka Ibnu Katsir)


Walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan (pernikahan).

Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau berkata:

“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi seorang pengantin dengan Zainab bin Jahsy, baginda mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1428)

Juga perkataan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf apabila Nabi mengetahui ‘Abdurrahman baru sahaja bernikah:

“Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam menikahi seorang perempuan, baginda mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3219)

Hukum Mengadakan Walimatul Urus

 
Imam ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan:

“Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut jumhur, walimah itu disunnahkan (mandub).


Jumhur mengatakan hukumnya sunah berdasarkan pendapat Imam Asy-Syafi’i rahimahullah.” (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 726, Darus Sunnah)

Siapa Yang Mengadakan Walimah?

Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menikahi seorang perempuan, baginda mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)

Juga dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan:
 

Abdurrahaman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda: “Semoga Allah memberkahimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah.

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)


Sebagaimana amalan masyarakat kita yang menjadi keutamaan adalah majlis perkahwinan di adakan pihak pengantin perempuan. Tidaklah menjadi kesalahan jika keluarga pengantin perempuan berhasrat untuk mengadakan majlis tersebut meraikan tetamu dan ahli keluarga pihak pengantin lelaki, tetapi perlu difahami bahawa keutamaan walimatul urus adalah dilakukan oleh pihak pengantin lelaki bukannya pengantin perempuan.


Waktu Walimah

 
Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.

Ibnu as-Subki berkata: "Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bahawa walimah itu diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang kaum muslimin.


Perbuatan Nabi ini dijadikan bab oleh al-Baihaqi sebagai “Bab Waktu Walimah”. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 727, Darus Sunnah)

Amalan masyarakat kita selepas akad nikah belum boleh bersama sebagai suami-isteri selagi mana sebelum di adakah majlis walimahtul urus.

Jemputan Tetamu.


Walimatulurus yang diadakan hendaklah dijemput jiran tetangga yang terdekat tanpa mengira mereka itu kaya atau miskin, ada pertalian saudara atau tidak. Jemputan itu selaras dengan tujuan untuk merapatkan hubungan sesama jiran tetangga.

Penglibatan semua jiran dalam majlis walimatul urus diumpamakan seperti satu keluarga besar. Semua orang berhak bersyukur dan bergembira dengan terlaksananya perkahwinan tersebut.

Amalan menjemput hanya mereka dari kelompok yang setaraf yakni golongan kaya hanya menjemput golongan kaya, tidak mencapai matlamat mengapa majlis tersebut digalak diadakan. Majlis demikian akan menyuburkan lagi sikap mementingkan diri dan sombong di dalam masyarakat.

Sesungguhnya majlis walimatul urus yang diadakan golongan kaya yang tidak menjemput sama gologan orang miskin turut serta adalah majlis tidak diberkati.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis bermaksud: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis walimatul urus yang hanya dijemput orang kaya sahaja, orang fakir dan miskin tidak pula dijemput untuk makan bersama." (Hadis riwayat Bukhari).

Memberi sumbangan sampul surat berisi wang daripada tetamu kepada tuan rumah adalah budaya melayu , budaya ini tidak dilarang selagi pihak tuan rumah tidak mengharapkan balasan dan ikhlas menjemput tetamu datang kemajlis yang diadakan. Jika ada orang miskin datang kemajlis yang di adakan tetapi tidak mampu memberi sumbangan janganlah tuan rumah berasa kecil hati.

Mendoakan Pengantin Bila Berjumpa. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“ Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"
(Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib k.wj)

Hiburan Semasa Majlis Walimahtul Urus

Di majlis walimatul urus  biarlah hiburan yang sopan dan tidak melalaikan, umpamanya nanyian nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan lagu-lagu selamat pengantin baru, doa kepada kedua pengantin baru dan bersyukur dengan terbinanya ikatan kedua keluarga  bahagia tidak di larang oleh Islam. 

Islam tidak sekali-kali menghalang umatnya untuk bergembira, selagi mana ia tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan syarak. Yang dilarang adalah mengadakan nyanyian karokea bercampur lelaki dan perempuan  tanpa batas dan diadakan  persembahan tarian dan muzik-muzik yang melalaikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa larangan semasa mengadakan majlis walimatul urus iaitu :
 

PERTAMA

Tidak melakukan persandingan duduk di atas pelamin, dengan di iringi upucara tepung tawar dan sebagainya. Bersamaan dengan adat agama hindu.

Firman Allah S.W.T (maksud): "..Janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur ayat 31)


Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Setiap perempuan itu adalah aurat. Setiap kali ia keluar dari rumahnya maka syaitan akan memperhatikannya dan (syaitan) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan melalui seseorang melainkan akan memperdayakannya".
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
 

KEDUA

Tidak bercampur-aduk diantara lelaki dan perempuan.

Percampuran lelaki dan perempuan terdapat dua kategori , iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan syarak. Kategori yang di haruskan syarak adalah perhimpunan yang tidak berlaku pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan.


Jika boleh mempunyai dua kemah berasingan untuk tetamu lelaki dan wanita.

KETIGA 

 
Tidak Bermegah-megah, Bangga Diri Dan Sebagainya.


Menurut Imam al-Ghazali, seseorang yang terjebak bermegah-megah telah melakukan syirik kahfi terhadap Allah. Tidak akan masuk syurga jika ada sedikit kesombongan atau kemegahan dalam diri anak Adam.

KEEMPAT

Tidak Ada Sebarang Pembaziran (wang ringgit, makanan, masa dan lain-lain)

Pembaziran disini, kita boleh lihat dari pelbagai aspek yang jelas, terumatanya mereka yang mahu bersanding menyewa pakaian pengantin yang melangkaui keperluan, sewa set pelamin yang sememangnya tidak mendatang faedah, makanan yang tidak dihabiskan malah dibuang begitu sahaja, menghabiskan masa dengan sesi bergambar dan lain-lain lagi yang mana akhirnya menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya diutamakan.

Sepatutnya masa-masa ini diisi dan disempurnakan dengan perkara-perkara yang sepatutnya iaitu seperti melayani tetamu yang hadir, solat fardu dan sebagainya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah kamu membazir secara melampau."

(Surah al-Israk ayat 26)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan..." (Surah al-Israk ayat 27)

Dr. Zulkifli Al-Bakri menyebut dalam ceramahnya, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata : “Jinayah yang terbesar bagi umat Islam ialah membazir masa.”


KELIMA
 

Tidak Ada Ucapan-Ucapan atau Kata-Kata Yang Kurang Wajar atau Kurang Sopan Dari Yang Menyaksikan.

Ini termasuklah tidak menyuruh pasangan pengantin baru melakukan adegan-adegan yang tidak wajar dipertontonkan. Juga tiada umpan-umpatan atau membuka aib sesiapa sahaja.

Sabda Rasulullah S.A.W. (maksud) :“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Ibnu Abib Dunya & Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah S.A.W. (maksud) :"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri." (Hadis Riwayat Abu Daud)

KEENAM

Tidak Melakukan Adegan-Adegan Suami Isteri

Kita lihat, zaman ICT sekarang ini pasangan pengantin tidak segan silu melakukan adegan-adegan yang tidak patut dipertontonkan dikhalayak umum seperti bercium (sama ada pipi / dahi), berpelukan ketika bergambar, dukung mendukung dan sebagainya. Sedangkan ini tidak diajar oleh Islam.

Malah tanpa sedari perbuatan ini telah meniru agama Kristian dan Yahudi.. Mereka menganggap remeh akan perkara ini malah mereka berfikiran, mereka bebas melakukan apa pun kerana bergelar Raja Sehari. Inilah perbuatan yang mencemarkan maruah diri sendiri dan juga maruah sebagai muslim.

Perlulah diingat, kemesraan suami isteri bukanlah untuk dipertontonkan malah pasangan suami isteri perlulah menjaga adab-adab dan berkelakuan sopan seperti bersifat malu, menghormati tetamu, ibubapa serta majlis dan sebagainya. Tambahan pula mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga.


Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, "Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya."

KETUJUH

Tidak Tabarruj (Solekan-solekan) dan Tidak Menutup Aurat.

Definisi Tabarruj.

 
i) Memperlihatkan seseorang wanita itu akan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya.

ii) Menampakkan wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Iaitu menampakkan kecantikan dengan membuka dan mempamerkan keelokan bahagian-bahagian yang mengghairahkan seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.

iii) Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.

Sepertimana kata Imam Bukhari, tabarruj adalah mempertontonkan seseorang wanita akan kecantikannya .


Syeikh al-Maududi mengatakan bahawa: Jika kata tabarruj ditujukan kepada wanita,maka ia memiliki tiga pengertian seperti berikut:

i) Tindakan mendedahkan kecantikan wajahnya dan bahagian-bahagian tubuhnya yang mengundang berahi kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.

ii) Mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.

iii) Mendedahkan dirinya melalui cara berjalan, kegenitan dan juga kesombongannya kepada mereka .


Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :“Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang dipukul kepada manusia dan wanita yang berpakaian telanjang berjalan berlenggang-lenggok, sanggulnya seperti bonggol unta yang gila, mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga akan tercium dari jarak perjalanan sejauh sekian-sekian." Di dalam satu riwayat yang lain menyatakan," Bau syurga itu terciumsejauh lima ratus tahun perjalanan.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Libas wa al-Zinah, 3971)

Termasuk di dalam bab ini, pengantin-pengantin perempuan menjauhikan diri dari berhias dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam seperti menyambung rambut, menyambung bulu mata, maskara, mencukur / menipiskan kening, pakaian yang jarang hingga menampakkan bentuk badan, bersanggul rambut dan sebagainya.

Sabda Baginda S.A.W lagi (maksud) :"Rasulullah S.A.W melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya."(Hadis Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari)

KELAPAN
 

Tidak mengabaikan perkara-perkara fardhu seperti Solat 5 waktu dan lain-lain

Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab tidak sempat kerana sibuk dengan urusan keduniaan, malas  dengan kata lain meninggalkannya dengan sengaja sedangkan dia tahu akan kewajiban melaksanakan solat, maka dia telah melakukan dosa besar.


Lihat betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat dengan sengaja ini. Tambahan pula ketika mana kita melakukan Sunah Nabi S.A.W iaitu ketika majlis walimatul urus. Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum melakukan dosa besar.

KESEMBILAN

Tidak melakukan perkara khurafat seperti merenjis beras kunyit atau air mawar yang kononnya membawa simbolik kehidupan dan  murah rezki.

Menepung tawar memang menyerupai amalan perkahwinan agama hindu. Di samping itu ia melibatkan unsur-unsur pembaziran. Menepung tawar memang menyerupai amalan perkahwinan agama hindu.

Penasihat PERKIM Cawangan Ampang juga merupakan Pegawai Dakwah dari Persatuan Islam Cina Malaysia menyatakan :

“Upacara menepung tawar bukanlah budaya orang hindu semata-mata tetapi upacara menepung tawar ini adalah upacara keagamaan hindu dimana mereka meminta, memohon, berdoa kepada tuhan-tuhan hindu iaitu ganeshan, murugan, parvhati untuk memberkati pengantin.”

Sesuai dengan Sabda Baginda Nabi SAW yang (maksud) :"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikalangan mereka."(Hadis Riwayat Abu Dawud)


KESEPULUH

Tidak bersalam-salaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Perlu diingatkan sepupu dengan sepupu bukan mahram, suami kepada ibu saudara kita atau isteri kepada bapa saudara kita bukan mahram. 

Sahabat yang dikasihi,
Sebagai kesimpulan, cuba kita renung kembali sekiranya terdapat perkara-perkara mungkar seperti yang dinyatakan di atas di dalam majlis walimatul urus yang kita jalankan maka tinggalkanlah . Apalah maknanya majlis pernikahan kita, pernikahan yang mana jika dilakukan menyempurnakan sebahagian dari agama akhirnya dicemari dengan dosa-dosa sama ada kita sedari mahupun tidak, malah lebih hebat lagi ianya menyebabkan kita turut juga menanggung dosa-dosa mereka yang menghadirkan diri kerana berbuat mungkar, yang hakikatnya kita sendiri sebagai penganjur majlis tersebut.

Jangan kita salahkan orang lain, kenapa nanti rumahtangga kita porak-peranda, hidup tidak bahagia, isteri tidak mahu mendengar kata, suami  tidak bertoleransi, anak-anak yang degil atau keras kepala, benak hati, lembab fikiran dan sebagainya. Berpunca daripada pelanggaran batas-batas syarak semasa di adakan majlis walimatul urus hingga Allah SWT tidak memberkati dan meredhai majlis tersebut.

Yang paling penting, sedarlah kita bahawa Inilah akibat yang akan berlaku sekiranya tiada keberkatan di dalam kehidupan.

Jadi, Allah Ta’ala kurniakan kita akal yang waras maka pilihlah sama ada mahu pernikahan yang mana akan membentukkan sebuah keluarga yang diberkati ketika sebelumnya, semasa majlis dan sesudah majlis iaitu ketika melayari bahtera rumahtangga atau sebaliknya.. Pernikahan adalah permulaan untuk kita memasuki alam rumahtangga, maka jika permulaan mendapat keberkatan disisi Allah Ta’ala, in syaa Allah perjalanan seterusnya lebih mudah, diberkati serta dirahmati Allah S.W.T.

Ingatlah, untuk melahirkan zuriat yang cemerlang dunia dan akhirat mestilah bermula sebelum majlis pernikahan lagi. Wallahualam.

Wasalamualaikum.

Monday, December 3, 2012

Orang Mukmin Sentiasa Melaksanakan Sebelas Amalan Fitrah (Sunah) Dalam Kehidupannya



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama fitrah yang amat mengutamakan kebersihan diri. Perkara ini telah menjadi sunnah dan amalan Rasulullah SAW. Sebagimana hadis daripada Nabi SAW.

Daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi SAW  bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah SAW. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."(Hadis sahih riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis  di atas dapatlah kita simpulkan bahawa 11 perkara fitrah (sunah) yang dituntut untuk dilaksanakan di dalam kehidupan.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memotong misai.

Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.)

Kedua : Memelihara janggut.

Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. (Hadis Sahih Riwayat Ahmad dan at Tabrani.)

Ketiga : Bersugi (mengosok gigi).Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk ". (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasar hadis di atas Nabi SAW menekankan bahawa bersugi adalah satu amalan yang amat dituntut kerana sekiranya bersugi ini tidak menyusahkan umatnya Nabi SAW akan menyuruh melakukannya ketika berwuduk.

Bersugi merupakan sunnah Rasulullah SAW.  Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. Di riwayatkan dalam sebuah hadis, " Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah:-

1. Membersihkan mulut.

2. Menjadi sebab keredhaan Allah SWT

3. Menyebabkan kemarahan syaitan.

4. Allah SWT dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi.

5. Menguatkan gusi.

6. Menghilangkan gelema.

7. Mewangikan mulut.

8. Menghapuskan safra (sejenis penyakit).

9. Menguatkan pandangan mata.

10. Menghilangkan bau busuk mulut.

Keempat : Memasukkan air kedalam hidung.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya ; "Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu bersihkan lubang hidungmu sebanyak tiga kali kerana syaitan menetap di dalamnya."

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW  telah bersabda maksudnya ; "Jika salah seorang daripada kamu berwuduk maka hendaklah memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula."

Kelima : Memotong kuku.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan mulakan dengan jari kanan dulu baru jari kiri.

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.

Menurut Imam Syafie dan ulamaknya, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang bersaf, kemudian mengerjakan solat sunat, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata apa-apa hinga selesai solat, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya” (Hadis Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi SAW memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Keenam : Membasuh sendi-sendi.

Membasuh sendi-sendi tangan dan kaki merupakan sunnah yang bukan hanya tertumpu kepada wuduk sahaja iaitu tiap-tiap pemisah-pemisah jari kerana ianya tempat berkumpulnya segala kotoran. Termasuk juga kotoran-kotoran di sekeliling telinga dan di dalam lubang telinga, kesemuanya perlu dihilangkan dengan basuhan kerana apabila ianya menjadi banyak akan memudaratkan kepada pendengaran. Begitu juga kotoran-kotoran yang di dalam hidung yang melekat di sisi-sisinya serta kotoran yang ada pada badan disebabkan peluh dan habuk. Dan juga celah-celah kelengkang perlu dibasuh kerana terkumpul peluh-peluh yang boleh menyebabkan berhimpunnya bakteria dan kuman.

Ketujuh : Mencabut bulu ketiak.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah SAW: "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."(Hadis sahih riwayat Muslim)

Mencabut bulu ketiak: iaitu pada bahagian bawah di hujung pangkal tangan, samada lelaki mahupun perempuan sunat mencabutnya dengan menghilangkan bulu-buluannya. Diharuskan juga mencukurnya kerana tujuannya adalah membersihkan sehingga tiada lagi kotoran padanya serta menghilangkan bauan daripadanya. Waktu yang disunatkan bercukur adalah selamamana bulu-buluannya panjang berdasarkan perbezaan situasi seseorang itu. Begitu juga disunatkan bermula dengan tangan kanan.

Kelapan : Mencukur bulu ari-ari.

Mencukur ari-ari di dalam hadis digunakan dengan nama istihdad kiasan bagi mencukur ari-ari, iaitu buluan yang tumbuh di sekeliling zakar lelaki dan qubul perempuan atau di bahagian atas kedua-duanya. Merupakan sunnah sepertimana hadis-hadis yang jelas diterangkan sebelumnya. Diharuskan juga mencabut, menggunting atau menghilangkannya dengan alat-alat seperti kapur dan sebagainya. Tetapi yang paling afdal adalah mencukur. Seseorang itu mestilah mencukur dengan sendirinya. Jangan dibiarkan bulu ari-ari ini selama 40 hari.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi SAW  bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.(Hadis Riwayat Muslim)

Kesembilan : Bersuci dengan air (beristinjak).

Beristinjak  menggunakan air sepertimana yang telah banyak dijelaskan dari hadis-hadis, iaitu beristinjak dengan air. Hukum bagi istinjak adalah wajib samada membuang air kecil atau besar, tetapi penggunaan air padanya merupakan di antara sunah-sunah fitrah.

Hadis Anas bin Malik r.a:Suatu ketika Rasulullah SAW  masuk ke sebuah kebun. Baginda diekori oleh seorang kanak-kanak yang membawa bekas air bersamanya. Dia adalah seorang sahabat yang termuda di kalangan kami. Bekas air tersebut diletakkan berhampiran dengan pokok bidara. Setelah Rasulullah SAW selesai membuang air besar, baginda pun keluar menemui kami setelah beristinjak dengan menggunakan air tersebut.(Hadis Riwayat Muslim)

Kesepuluh : Berkumur-kumur.

Selain daripada berkumur-kumur semasa mengambil wuduk berkumur-kumur juga digalakkan sebelum hendak makan kerana dapat membersihkan mulut sebelum makan  dan selepas makan supaya sisa-sisa makanan yang berada dimulut dapat dibersihkan.

Kesebelas : Berkhatan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah SAW: "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."(Hadis sahih riwayat Muslim)

Hukumnya adalah wajib kepada lelaki dan perempuan berdasarkan sebutan di dalam hadis. Tiada ditegah daripada menyatakan wajib walaupun ianya adalah sunah fitrah. Terdapat padanya persamaan di dalam dua perkara yang berbeza.

Di antara dalil yang mewajibkannya seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda Sayyidina Ibrahim telah berkhatan iaitu ketika umurnya 80 tahun.Firman Allah Ta'ala di dalam Al-Quran (surah An-Nahlu ayat 123) maksudnya :“Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar”

Ini kerana, kalaulah ianya tidak diwajibkan, nescaya baginda tidak akan mendedahkan auratnya. Sekiranya bersunat itu sunah, nescaya tidak akan membuka aurat orang yang diharamkan mendedahkannya. Bahkan syarak memerintah memotong sebahagian anggota yang sempurna, sekiranya ia tidak diwajibkan, nescaya tidak diharuskan.

Imam Syafi’i rahimahullah dan qaul yang diputuskan oleh jumhur berkhatan itu wajib bagi lelaki dan perempuan.

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW.di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalakan 11 amalan fitrah (sunnah) yang disuruh dan di laksanakan sendiri oleh Rasulullah SAW  demi kebaikan dan kesihatan umat Islam. Umat Islam adalah umat terbaik dilahirkan di dunia ini menjadi contoh dan ikutan umat yang lain. Islam memberi penekatan untuk kesihatan zahir dan batin jika umat Islam mematuhi ajaran Islam maka mereka akan dipandang mulia dan menjadi qudwah hasanah di dalam masyarakat.

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Kesembilan



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dialog Muhammad Isa Daud dengan Mustafa (Jin islam)

MID   :   Sekarang mari kita kembali pada persoalan perjanjian antara tukang sihir dengan jin tadi

JI      :  Cuba lihat , apa yang ada padamu itu?

MID   :  Bagaimana pendapatmu tentang perjanjian ini?

[MID menunjukkan surat perjanjian diantara seorang tukan sihir dengan wakil syaitan yang bernama Asmodeus.]

JI     :  Tulisan yang terdapat di sini adalah tulisan manusia , tetapi copnya cop jin.

Jin tersebut mempermainkan manusia. Cop yang tertera di sini bukan cop perwakilan iblis, bahkan juga bukan cop Ifrit, jenis jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik jin jahat biasa yang, kalau  aku boleh bertemu dengannya, in syaa Allah , dengan kurnia-Nya. aku boleh membunuhnya.

David Copperfield Ada Buat Perjanjian Dengan Ifrit

MID   :  Dalam hubungan ini, saudaraku, suatu kali aku pernah melihat seorang tukang sihir Amerika bernama David Copperfield di suatu rancangan televisyen, dan dia boleh melakukan begitu dan begini.

JI      :   Apakah pemuda ini yang engkau lihat di kaca televisyenmu, dan bahawa dia boleh bebas dari berbagai trik dan dapat melayang di udara?

MID   :  Ya, ya, dialah orangnya.

JI      :  Orang ini sangat dikenal dikalangan para jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang Ifrit. Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya, disamping lima yang kuat-kuat seperti yang telah ku sebutkan dahulu.

MID   :  Sepertinya, sekarang menjadi enam, di samping ratusan ribu pasukannya itu.

JI      : Ya, mereka itulah yang mengangkat Copperfield. Agar dia boleh melayang sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya. Sedangkan gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri sebagai seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa luka sedikit pun.

Jenis-jenis Sihir

JI   :  Pertama terdapat sejenis sihir yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri, yang tidak mengikut sertakan jin. Sihir jenis ini sangat berbahaya. Sebab sihir ini mempengaruhi khayalan pada diri seorang lelaki (suami) dan isteri bahawa masing-masing tidak mempunyai organ tubuh, atau wujud, tetap tidak berfungsi sama sekali.

Jenis yang kedua adalah sihir yang melibatkan jin untuk menguasai seorang dengan menimbulkan perkaitan dalam otak manusia yang di sebut "Asosiasi Kelima"

MID   : Bagaimana mengubatinya?

JI      :  Untuk sihir jenis pertama ada ubatnya sendiri, dan untuk jenis kedua ada ubatnya sendiri pula. Untuk pertama, sihir tersebut mesti dicabut dan dibakar. Atau, kalau tidak boleh dicabut, kita memohon kepada Allah agar ia hilang. Sedangkan untuk jenis yang kedua, maka jin yang menyebabkan timbulnya kekacauan itu mesti diusir dengan memperhatikan aspek-aspek khusus yang berkaitan dengan kelamin.

MID   :  Bagaimana kita boleh membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukkan jin?

JI       :  Orang yang tersihir, biasanya, mengeluarkan sesuatu yang tertentu yang datang secara tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal sebelumnya dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau, dia mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh anggota tubuhnya yang datang tiba-tiba. Yang disebut terakhir ini, lazimnya, merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin jenis ini adalah jenis jin yang merbahaya.

Sedangkan orang yang kemasukkan jin ada dua jenis :

1. Kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul ditengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Engkau dapat dengan mudah melihat perubahan wajahnya dari masa kemasa, kadang-kadang merah dan kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. 

Di samping itu, seringkali pula disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan ucapan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.

Tetapi , bagaimanapun egkau boleh mengetahui adanya sihir atau atau kesurupan dengan cara menguji si sakit.

MID  :  Bagaimana caranya?

JI      :  Cara-caranya adalah seperti berikut :

Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :

1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52 

2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118

3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.

4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.

[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau si sakit tidak boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan ditapak tangan kalian dan hulurkan tangan kanan kalian di depan mata si sakit minta dia melihatnya.]

MID    :  Lalu bagaimana mengubati orang yang terkena sihir?

JI        :  Yang paling baik untuk dilakukan adalah mencabut sihir itu, kemudian menghancurkannya dan membakarnya.. Saya pernah lakukan dengan mencabut sihir di Alexandria Mesir yang dilemparkan ke laut 12 tahun lalu, yang dimaksudkan untuk menghalang dua orang gadis untuk berkahwin. Dengan cara itu , alhamdulillah, dengan izin Allah kedua-dua gadis tersebut telah pulih sepenuhnya.

MID   :  Kalau tidak boleh apa pengubatan ayat-ayat Qurannya?

JI       :  Atas anugerah Allah, sangat banyak. Yang paling terkenal dan dapat menghilangkan bahayanya yakni yang berurusan dengan sihir berurusan dengan hubungan suami-isteri :

1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat penghancur letrik - blinder)

2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan mandi seluruh badan.

3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau sebahagian dari ludahmu mengenainya.

5. Bacakan ayat-ayat berikut :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)

b. Bacakan Surah al-Kafirun.

c. Baca Surah al-Ikhlas.

d. Baca Surah al-Falaq.

e. Baca Surah an- Nas.

(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)

f. Baca Surah al-A'raf ayat 117-119.

g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.

h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air itu diminumkan kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.

[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan]

Kenapa Jin Boleh Merasuk Kedalam Diri Manusia?

MID    :  Apa yang menyebabkan jin dapat menguasai manusia?

JI       :  Sebabnya sangat banyak. 

1. Yang paling banyak adalah kerana rosaknya manusia itu sendiri. Seorang muslim yang lalai dari mengingati Allah, atau melakukan hal-hal yang dilarang Allah, bererti mendekatkan diri untuk dikuasai syaitan, jin jahat (kafir) dan Ifrit.

Sebab lainnya, barangkali, adalah kejahatan yang dilakukan oleh seseorang terhadap jin , tentu saja, dia lakukan tanpa sengaja. Misalnya :

2. Menjatuhkan suatu barang yang berat di suatu tempat yang ada jinnya, tanpa menyebut nama Allah atau,

3. Menuangkan air panas, tanpa menyebut nama Allah, yang boleh sahaja menyebabkan kematian anak-anak jin atau syaitan. 

4. Dan begitu terbuka kesempatan, kerana seseorang lalai dari zikir kepada Allah, maka syaitan atau jin menguasai (memasuki) dirinya. 

5. Boleh jadi kerana adanya jin lelaki yang jatuh cinta pada seorang perempuan. Yang ini, biasanya terjadi pada kaum wanita pesolek atau wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya. 

Aku sampaikan kepadamu dua perkara penting iaitu :

Pertama : Tentang wanita yang menggunakan cat kuku (kutek) pada kukunya sehingga menghalang air wuduk. Ketika suaminya menggaulinya, lalu dia mandi wajib, maka mandi wajibnya tidak berguna (tak sah kerana tidak menghilangkan hadas besarnya). Kerana itu , jika dia keluar rumah, sebenarnya dia masih dalam keadaan junub. Syaitan dan jin, senang memasuki orang yang seperti ini, tanpa wanita itu sendiri menyedarinya

Kedua : Ketika wanita berada dalam keadaan yang sangat sedih atau sangat gembira yang merupakan pintu yang sangat mudah dimasuki jin atau syaitan.

[Peringatan untuk wanita yang suka bersolek dan bermake up, kalian cukup berisiko tinggi untuk di masuki jin atau syaitan ketika kalian keluar rumah . Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  “….Seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi) ]

Mengusir Atau Membunuh Jin

MID  :  Bagaimana caranya mengusir jin atau membunuhnya bila dia betul-betul jahat dan membangkang?

JI       :  Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak , haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah SWT, percaya akan pertolongan-Nya, selalu mematuhi ketentuan-Nya, dan selalu dalam keadaan berwuduk. Hendaknya dia menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat dia melakukan pengubatan.

Sebab gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si sakit seorang wanita, maka hendaklah dia memintanya berwuduk, lalu berbaring, dengan kedua kakinya ditutupi semacam selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya dia meletakkan mushaf di atas kepala si sakit tepat ke arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalangi pandangan matanya. Ada baiknya jika diletakkan mushaf di antara pusat dan auratnya (mushaf tersebut dipegang di atas badannya). 

Selanjutnya dia hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung tapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia jin sufi, yang merupakan jenis jin sangat merbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan sedia keluar dari tubuh si sakit kerana tunduk atau perintah Allah

Dari sinilah dimulai usaha pengubatan. Orang yang melakukan pengubatan, hendaknya melatakkan tangan kanannya di atas kepada si sakit, lalu membaca ditelinga kanannya ayat-ayat berikut :

Pertama : Surah al-Fatihah

Kedua : Surah al-Baqarah (Surah al-Baqarah ayat 1-4)

Ketiga : Ayat Kursi . (Surah al-Baqarah ayat 257)

Keempat : Surah al-Baqarah ayat 284-286 (empat ayat di bahagian akhir surah al-Baqarah.

Kelima : Surah Ali-Imran ayat 1-9

Keenam : Surah Ali Imran ayat 18-19

Ketujuh : Surah an-Nisa' ayat 115-121.

Kelapan : Surah al-A'raf ayat 54-55.

Kesembilan : Surah al-Mukminun ayat 115-118

Kesepuluh : Surah Yasin ayat 1-12

Kesebelas  : Surah ash-Shaffat ayat 1-10.

Kedua belas : Surah Ghafir ayat 1-3.

Ketiga belas : Surah ar-Rahman ayat 1-16

Keempat belas  :  Surah al-Hasyr ayat 21-24.

Kelima belas : Surah al-Hadid ayat 1-6.

Keenam belas : Surah al-Jin ayat 1-3.

Ketujuh belas : Surah az-Zalzalah

Kelapan belas : Surah al-Qariah.

Kesembilan belas  : Surah al-Humazah

Kedua puluh : Surah al-Fil.

Kedua puluh satu : Surah al-Kafirun

Kedua puluh dua  : Surah al-Lahhab.

Kedua puluh tiga  : Surah al-Ikhlas.

Kedua puluh empat : Surah al-Falaq

Kedua puluh lima  :  Surah an-Nas.

Di tengah-tengah bacaanmu itu, engkau boleh memohonkan kutukan Allah untuknya, 'Aku mengutukmu (jin yang ada dalam tubuh pesakit) dengan kutukan Allah yang sempurna.' 

Atau mengajaknya berbicara. Kalau jin tersebut kuat maka dia akan mahu berbicara. Tetapi kalau lemah, dia akan berdiam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya. Tetapi kalau dia bertahan dengan kekafirannya, maka diharapkan engkau tidak saja membunuhnya. 

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud, "Tidak ada paksaan dalam memasuki agama Islam." (Surah al-Baqarah ayat 256)

Biasanya jin tersebut akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu katakan kepadanya, " Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri" kemudian ambil minyak wangi, dan urutlah ibu jari kaki sebelah kiri itu sebanyak 3 atau 4 kali, agar dia keluar dari pintu yang engkau bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

MID    :   Kalau ada jin degil dan lemah, sehingga tidak boleh berbicara, bagaimana saya boleh tahu bahawa dia telah keluar, khususnya ketika engkau tidak lagi menyertaiku sesudah menyembuhkan orang yang kesurupan di Zam-zam nanti?

JI    :  Mudah, in syaa Allah. Ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si sakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya tercekik, atau lumpuh pada bahagiaan anggota tubuhnya, atau ketika sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang, atau engkau melihat dia berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya.

Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta. Tiba di situ engkau boleh mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu baca ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si sakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang bercampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si sakit tidak dapat muntah, tapi jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar ketika si sakit buang hajat di tandas.

Bersambung....

(Di petik daripada buku : Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)


   








Sunday, December 2, 2012

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Kelapan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dialog Muhammad Isa Daud dengan Mustafa (Jin islam)

MID   :  Bolehkah aku bertanya kepadamu tentang sesuatu yang sekarang sangat menganjal hatiku?

JI      :  Silakan.

MID   :  Apakah engkau mempunyai jin pendamping seperti kami, ataukah pendampingmu adalah makhluk yang lain. Atau kalian tidak mempunyai pendamping?

JI     :  Subhanallah, tentu saja saya mempunyai pendamping. Setiap jin mempunyai pendamping, seperti manusia. Apa yg berlaku kepada manusia berlaku kepada jin.

MID   :  Subhanallah, apakah engkau sekarang ini boleh melihat Abd Al-Hadi , jin pendampingku, dan apakah engkau juga boleh melihat jin pendampingmu?

JI      :  Sepertinya dirimu yang tidak dapat melihat jin pendampingmu, maka aku pun tidak dapat melihat jin pendampingku.

MID   :  Tetapi engkau jin dan dia pun jin pula?

JI     :  Subhanallah, memang benar, tetapi dia jin dari jenis lain. Pendamping-pendamping kami berasal dari kelompok lain yang disebut dengan Jin Merah, yang bentuknya lebih ringan dari kami. Kami tidak dapat melihatnya kecuali dalam satu keadaan saja. Yakni , ketika salah seorang di antara kami kesurupan atau minum air sihir.

MID   :  Sama seperti manusia?

JI       :  Ya. Kami juga mempunyai tukang-tukang sihir seperti manusia. Bahkan lebih jahat lagi. Pada kami berlaku hukum yang sama yang berlaku pada kamu semua, dengan satu perbezaan saja : Kalian tidak dapat melihat kami, kecuali dalam kondisi-kondisi yang merupakan pengecualian seperti saya sebutkan dulu. 

MID    :  Kalau begitu, jin boleh menampakkan diri dalam bentuk jin lain?

JI        :  Tentu saja, dan dan ia sering terjadi di dunia kami.

MID    :  Pernahkan engkau melihat hal seperti itu?

JI        :  YA, aku pernah mengalami peristiwa seperti yang di alami manusia. Aku cuba mengubatinya. Ternyata jin pendampingnya menampakkan diri dalam bentuk enam jin yang berbeza. Aku mengajak berbicara. Tiba-tiba dia menjawab dalam bahasa Urdu, yang lain dalam bahasa Arab, dan yang lain dalam bahasa yang lain pula. Kerana, penyembuhannya pun berbeza-beza.

MID   : Apakah jin-jin pendamping (Qarin) dapat melihatkan diri dalam bentuk manusia, baik sifat maupun penampilannya?

JI      :  Sebenarnya tidak. Sebab dia adalah jin. Akan tetapi dengan mudah, dan kerana sangat lama bergaul dengan orang itu, maka jin pendamping (Qarin) seperti itu  dapat dihadirkan oleh seseorang, untuk menampakkan diri dalam bentuk dirimu, meniru suaramu, lalu mengaku rohmu yang datang dari alam barzakh untuk memenuhi panggilan orang yang memanggilnya itu, dan menjawab pertanyaan-pertanyaanmu. Bahkan dia juga boleh meniru bentuk tulisanmu.

MID   :  Bagus. Saya yakin bahawa menghadirkan arwah adalah bohong semata-mata. Kelompok-kelompok spritual yang menggeluti persoalan ini, muncul dari pemiliran-pemiliran tentang kebangkitan roh yang sudah ada sejak dulu.

[Alam barzakh adalah alam pendahuluan menuju syurga atau neraka. Tentang itu Rasulullah SAW bersabda maksudnya, " Kubur, boleh jadi merupakan taman dari taman-taman syurga, dan boleh jadi pula merupakan lubang dari lubang-lubang neraka." (Hadis Riwayat Tirmidzi). 

Alam barzakh adalah alam ghaib yang manusia tidak mungkin melihatnya, dan tidak mungkin pula dimasuki kecuali oleh mimpi orang-orang soleh.]

MID   :  Bolehkah ku sampaikan kepadamu beberapa foto yang dimiliki oleh para spritualisme (tukang sihir) moden yang mereka namakan dengan menghadirkan arwah?

JI    :  Silakan

MID   :  Bagaimana pendapatmu tentang foto ini?

JI      :  Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Agung, ini adalah foto sejumlah jin yang menampakkan diri. Jelas jumlah mereka ada lima. Tetapi mereka berada dalam penampakan  diri dalam bentuk lain.

MID   : Yakinlah engkau, bahawa ini adalah jin?

JI      :  Mungkinkah ada jin yang tidak tahu tentang kaumnya sendiri dan tentang kemampuan-kemapuan mereka? Tetapi bagaimana manusia boleh mengambil gambarnya?

MID   :   Dengan kamera yang sangat cangih. Saatnya sudah hampir tiba wahai sahabatku. Manusia mula menguasai bumi, dan menganggap bahawa dengan ilmunya dia sanggup menyelesaikan segala sesuatu. Bagaimana pula dengan foto yang ini?

JI    :  Ini , sungguh foto jin perempuan yang menampakkan dirinya dalam bentuk lain. Sekali lagi saya bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Agung, semua foto ini tak lain adalah foto-foto jin saat mereka menampakkan diri. Terhadap orang yang mendustakan Allah dan mengatakan bahawa foto-foto ini adalah foto beberapa roh, maka saya akan ungkapkan kebohongan mereka.

MID    :  Aku betul-betul yakin bahawa ini adalah jin. Tetapi, yang ku inginkan adalah boleh menyampaikan kepada dunia dalam bentuk pengakuan jin seperti mereka ini, bahawa apa yang mereka katakan itu bohong semata-mata.

JI    :  Semua perbicaraan yang di situ seorang jin mengatakan sebagai roh yang datang dari alam lain adalah bohong sebohong-bohongnya. Sebab kebohongan memang  mengalir dalam tubuh syaitan dan jin jahat sebagaimana oksigen mengalir dalam tubuh manusia. Kalau aku bukan Jin Islam, nescaya aku tidak akan menceritakan hal ini kepadamu. Bahkan syaitan-syaitan mempunyai kemampuan luar biasa untuk meyakinkan tentang kepalsuan agama-agama umat manusia dengan kejujuran mereka.

Orang-orang Kristian Mesir yang meyakini kemunculan Perawan Suci Maria, yang boleh mengubati orang-orang sakit. Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Agung, bahawa yang menampakkan diri sebagai Bunda Maria atau orang-orang suci itu adalah jin atau syaitan yang mengerti tentang ilmu kedoktoran.

MID    :  Tetapi bagaimana dengan pengubatan bedah yang berhasil mereka lakukan?

JI     :  Yang demikian itu, adalah mudah sekali bagi para jin doktor. Kami mempunyai jin-jin doktor yang lebih hebat dari doktor-doktor kalian. Meraka tersebar di seluruh penjuru yang dihuni oleh jin. Meraka berkepentingan dengan penyebaran agama Kristian yang, alhamdulillah, sudah ku tinggalkan, dan Allah memberi petunjuk kepadaku dengan masuk Islam.

[Masyarakat kita sering diperdayakan oleh bomoh-bomoh yang boleh bedah batin, hakikat sebenarnya itu adalah sihir dan permainan jin atau syaitan yang suka memperdayakan manusia]

Bahaya Sihir 

JI   :  Percayalah, bahawa orang yang melakukan sihir itu adalah kafir dan bahawasanya barangsiapa mengerjakannya, maka kafirlah dia. Penyihir, wahai sahabatku, mendatangkan syaitan dan jin dengan ucapan-ucapan yang seluruhnya kufur dan syirik, dan perbuatan yang boleh disebut perbuatan sangat kotor.

Sihir itu dilakukan dengan menggunakan perjanjian antara si tukang (bomoh) sihir dengan jin atau syaitan yang diminta pertolongan. Dalam perjanjian tersebut si tukang sihir (bomoh)  mengaku pemilikan jin atas dirinya. Jin itu boleh memerintahnya sesuka hatinya, dan orang itu harus melaksanakannya. Sebagai imbalannya, si Jin juga akan melakukan apa saja yang dikehendaki si tukang sihir (bomoh)

[Firman Allah SWT maksudnya, " Dan meraka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa , Sulaiman mengerjakan sihir) padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), padahal syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir)....."(Surah al-Baqarah ayat 102)

MID   :  Lantas, kalau si tukang sihir (bomoh) itu bermaksud membatalkan perjanjian itu?

JI       : Si Jin atau syaitan yang melakukan ikatan perjanjian dengannya bakal meyeksa dirinya dengan membuat kedua matanya buta, atau bahkan membunuhnya (dengan izin Allah). Kecuali jika si tukang sihir (bomoh) itu betul-betul bertaubat dan berpegang pada ajaran Allah Yang Maha Agung. Dengan itu, Allah SWT akan memberikan perlindungan kepadanya, jika taubatnya memang diterima.

Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Agung, bahawa terdapat tukang-tukang sihir perempuan yang diberi syarat oleh jin, bahawa jin tersebut mesti menyetubuhinya. Di antara tukang-tukang sihir perempuan seperti itu, ada satu yang kukenal. Syaitan yang membantu sihirnya mensyaratkan kepadanya bahawa wanita itu harus bersedia disetubuhinya setiap empat jam sekali.

Jin itu masuk ke dalam rahimnya, dan menyetubuhinya dari dalam. Kadang-kadang jin tersebut menampakkan diri dalam bentuk seorang laki-laki dan menyetubuhinya berulang kali, seperti manusia. Wanita tukang sihir itu juga merasakan kenikmatan dari hubungan itu, tetapi hubungan itu, sebagiaman yang telah aku katakan dulu , tidak boleh melahirkan anak.

Bersambung....

(Di petik daripada buku : Dialog Dengan Jin Islam - tulisan Muhammad Isa Daud)