Tuesday, December 25, 2012

Amalan Sunah Sebelum, Ketika dan Selepas Tidur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah SAW, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang amalkan sunah sangat besar. 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.

Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur:

Pertama :  Sebelum Tidur.

1. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. 

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Nabi SAW didalam hadis riwayat Ibnu Hibban: "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci."

2. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.

Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata: “Rasulullah tidak akan tidur hingga baginda membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

3. Rasulullah SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering menganggu manusia ketika tidur. Oleh itu, umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan Solat Witir setiap kali sebelum tidur. (Hadis Riwayat Bukhari).

4. Nabi SAW memberi peringatan agar mengibas atau membersih tempat tidur kita sebanyak 3 kali. Ini berdasarkan hadis: 

Nabi SAW bersabda maksudnya , "Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tempat tidurnya, lalu hendak tidur lagi di atasnya, hendaklah ia terlebih dahulu membersihkannya dengan sarungnya tiga kali. Sebab, ia tidak tahu secara pasti apa yang terjadi di atasnya sesudah dia tinggalkan." (Muttafaq alaih)

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda : ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa , "Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.)

Menurut sebuah hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah bagaikan kamu hendak Solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini : "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan." dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu sebelum tidur)."

5. Dianjurkan juga membaca ayat Kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari).

6. Membaca Surah al-Kaafirun sebelum tidur.

Sabda Nabi  SAW didalam hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

"Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaafirun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik."

7. Jangan tidur menghadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. Berbaringlah disisi kanan.

Sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Dan dalam hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah r.a. katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ قِنِى Űčَ۰ََۧۚكَ يَوْمَ ŰȘَŰšْŰčَŰ«ُ ŰčِŰšَۧۯَكَ

Maksudnya: "Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu."

8. Membaca Tasbih Fatimah. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi SAW seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi SAW :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Hadis Riwayat Muslim)

9. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan gangguan jin dan syiatan , sihir dan niat jahat manusia.

Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

10. Niat untuk bangun Tahajjud. 

Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya."

11. Membaca doa sebelum tidur. 

Berdasarkan hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai. 
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

Űšِۧ۳ْمِكَ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰ­ْيَۧ وَŰŁَمُوْŰȘُ

(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

12. Ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah cara tidur yang dibenci oleh Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari -Sahih Adab Al-Mufrad)

Tidak tidur dengan tengkurap, berdasarkan sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”. (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

13. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita . Bersihkan hati daripada hasad dengki, iri hati dan bertaubat kepada Allah SWT sebelum tidur dengan beristighfar.

Kedua : Amalan Ketika Tidur.


1. Terbangun daripada tidur.

Apabila tiba-tiba terbangun di tengah malam, maka dianjurkan meminta kepada Allah SWT kerana saat itu adalah saat yang mustajab, sebagaimana sabda Nabi SAW. “Tidaklah seorang muslim yang tidur dalam keadaan suci dan berdzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudian mohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya” (Hadis Riwayat Abu Daud). 


 2. Mimpi buruk . 

Apabila mendapat mimpi buruk baca doa maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Hadis Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

3.  Mimpi baik.

Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitanir rajiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

Ketiga : Selepas Tidur

1. Bangun daripada tidur.

Terdapat juga suatu Hadis lain dimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang diantara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila ia berwuduk maka akan terbuka ikatan kedua. Apabila ia Solat , maka akan terlepaslah semua ikatannya. Ia akan merasa sesuatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak ia akan merasa malas dan kekusutan hati". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

2. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.

Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.: 

Daripada Ibn ‘Abbas r.a. katanya yang bermaksud , “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

3. Membaca doa sesudah bangun dari tidur:

َۧلْŰ­َمْŰŻُ ِللهِ Ű§Ù„َّ۰ِى ŰŁَŰ­ْيَŰ§Ù†َۧ ŰšَŰčْŰŻَمَۧ ŰŁَمَۧŰȘَنَۧ وَŰ„ِلَيْهِ Ű§Ù„Ù†ُّŰŽُÙˆŰ±ُ

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

Membuka ikatan syaitan pertama.

4. Membersihkan mulut dengan bersiwak (bersugi)

Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Basuh tangan tiga kali.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Masukkan air kehidung.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (Hadis Riwayat. Bukhari dan Muslim)

7. Berwuduk. 

Membuka ikatan syaitan kedua.

8. Solat Tahajud./ Solat Wuduk.

Membuka ikatan syaitan ketiga.

Sahabat yang dikasihi,
Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah SAW dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat semaksima yang termampu. In syaa Allah moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan mampu untuk melaksanakan amalan sunah sebelum, ketika dan selepas tidur.



Sunday, December 23, 2012

10 Sebab Turunnya Rahmat Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezeki kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesehatan kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh. Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui. Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya,  "Sesungguhnya Allah Ta'ala membela orang-orang yang telah beriman." 
(Surah al-Hajj ayat 38).

Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,. Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam syurga. Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari neraka.Segala sesuatu semuanya adalah berkat rahmat Allah Ta'ala. Oleh kerananya seorang muslim perlu mengetahui faktor penyebab, Allah Ta'ala memberikan rahmat kepada makhlukNya, iaitu:

Pertama : Berbuat Ihsan semasa beribadah.

Berbuat Ihsan dalam beribadah kepada Allah Ta'ala dengan menyempurnakan ibadah kepadaNya dan merasa diawasi oleh Allah Ta'ala, bahawasanya kamu beribadah kepada Allah Ta'ala, seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu, dan berbuat baik kepada manusia semaksima mungkin, baik dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Surah al-A'raf ayat 56)

Kedua : Bertakwa dan mentaati perintah-perintah Allah Ta'ala dan menjauhi larangan-Nya.

Dan di antara sebab-sebab yang paling utama untuk mendapatkan rahmat Allah Ta'ala adalah bertakwa kepadaNya dan menaatiNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, seperti mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya (mustahiq), beriman dengan ayat-ayat Allah Ta'ala, dan mengikuti RasulNya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi." (Surah al-A'raf ayat 156-157)

Ketiga : Kasih sayang kepada makhluk-makhluk-Nya.

Kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya baik manusia maupun binatang. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda maksudnya,  "Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta'ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah/ kasihlah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian." 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

Dan hal itu lebih ditekankan lagi kepada orang-orang fakir dan miskin yang sangat memerlukan. Sedangkan balasan (ganjarannya) sesuai dengan perbuatan, sebagaimana kita berbuat baik, maka kita akan mendapatkan balasan dari kebaikan tersebut.

Keempat : Beriman, berhijrah dan berjihad dijalan Allah Ta'ala.

Beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah ayat 218).

Maka orang-orang yang beriman selalu mengharapkan rahmat Allah Ta'ala setelah mereka melaksanakan sebab-sebab mendapatkan rahmat iaitu iman, hijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta'ala. Adapun hijrah meliputi berpindah dari negeri orang bukan Islam ke negeri orang Islam dan meninggalkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan RasulNya Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sebagaimana Rasululullah Sallallahu 'aAlaihi Wasallam bersabda maksudnya, "Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala." (Muttafaq 'alaih).

Sedangkan jihad mencakup jihad melawan hawa nafsu dalam menaati Allah Ta'ala, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, "Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam menaati Allah Ta'ala." 
(Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Sebagaimana jihad meliputi pula jihad melawan syaitan dengan menyelisihinya dan bersungguh-sungguh untuk mendurhakainya dan jihad dalam memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik dan pelaku-pelaku maksiat baik dengan tangan, kemudian (jika tidak mampu) dengan lisan, kemudian (jika tidak mampu juga), maka dengan hati.

Kelima : Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mentaati Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mentaati Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah an-Nur ayat 56).

Keenam : Berdoa kepada Allah Ta'ala untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-namaNya yang Maha Pengasih (ar-Rahman) lagi Maha Penyayang (ar-Rahim) atau yang lainnya dari nama-namaNya yang Agung/ Indah, seperti kamu mengatakan :

"Ya Rahman Wahai Yang Maha Penyayang), sayangilah aku (rahmatilah aku), ya Allah  sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmatMu yang luas yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampuni dosaku dan menyayangiku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Surah al-Kahfi ayat 10).

Dan Allah Ta'ala juga berfirman, maksudnya, "Dan Allah memiliki Asma'ul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma'ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalah-ertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-A'raf ayat 180).

Maka hendaklah seseorang memohon setiap permintaannya dengan nama yang sesuai dengan permintaannya itu untuk mendapatkannya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu'." (Sursh al-Mukmin ayat 60).

Dan firman Allah Ta'ala dalam ayat yang lain bermaksud, "Dan katakanlah, 'Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." 
(Surah al-Mukminun ayat 118).

Sungguh Allah Ta'ala telah menyuruh (kita) berdoa dan menjamin ijabah (mengabulkan doa tersebut) dan Dia Maha Suci yang tidak pernah mengingkari janji.

Ketujuh : Mengikuti al-Quran al-Karim dan mengamalkannya.

Mengikuti al-Quran al-Karim dan mengamalkannya. Allah Ta'ala berfirman, yang bermaksud, "Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat." (Surah al-An'am ayat 155).

Kelapan : Menaati Allah Ta'ala dan RasulNya Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana yang  telah dijelaskan sebelumnya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah Ali 'Imran ayat 132).

Kesembilan : Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Quran al-Karim.


Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Quran al-Karim. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." 
(Surah al-A'raf ayat 204).

Kesepuluh : Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. 


Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat." 
(Surah an-Naml ayat 46). 


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan sepuluh sifat-sifat di atas yang menyebabkan turunnya rahmat Allah Ta'ala Jika rahmat Allah Ta'ala kita perolehi di dunia maka hidup kita akan tenang , bahagia, terhindar daripada musibah dan memudahkan kita beramal ajaran Islam. Begitu pula apabila kita mendapat rahmat Allah Ta'ala di akhirat maka kita akan di masukkan kedalam syurga. Kerana kita masuk syurga dengan rahmat Allah Ta'ala bukan kerana banyaknya amalan kita.

Wallahu a'lam.

Sumber: Diterjemahkan dari Kitab "An-Nuqath al-'Asyarah
adz-Dzahabiyah", Syaikh Abdur Rahman ad-Dusari.
Sumber: Daarut tauhid : daarut-tauhiid@yahoogroups.com

Ustaz Sharir Long " Keikhlasan  Dan  Kesungguhan  & " Mentaati  Perintah  Allah"

Doa Semasa Di Timpa Musibah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan mengadulah kepada Allah SWT. Jika dapat menitiskan air mata maka akan memberikan kelegaan pada jiwa. Allah SWT berfirman maksudnya :

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Innalillahi Wainaailahi Rajiun' (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’)" (Surah Al Baqarah ayat 156)

Di riwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW mengajar umatnya agar beristirja' dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar maupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun di tuntut untuk membaca doa di atas.

Orang-orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila berlaku sesuatu yang menguji keimanan mereka. Mereka tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah SWT sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku.(Tafsir a-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah).

Khasiat dan Kaifiat Beramal :

1. Mendengar berita kematian atau kemalangan.

2. Di timpa musibah sama ada besar atau kecil.

3. Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.

Dalam hadis yang lain :

Dari Ummu Salamah r.ha mengisahkan: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."

Ummu Salamah berkata, "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, "Adakah kaum muslim yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk baginda. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Baginda bersabda, "Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW."

(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah SWT dengan menyerahkan diri kepada-Nya. Setiap musibah, kesusahan dan penderitaan dalam hidup ada hikmah dan kebaikannya. Kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan dan setiap penderitaan akan ada kebahagian. Berdoa, berusaha dan bertawakal adalah senjata dan amalan orang mukmin. Kebaikan itu sentiasa menghiasi peribadi mukmin iaitu bila dikurniakan rezeki dia bersyukur dan jika ditimpa musibah dia bersabar kedua-duannya membawa kebaikan.






Saturday, December 22, 2012

Berdosa Besar Sekiranya Majikan Mengabaikan Pembayaran Gaji (Upah) Pekerjanya



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan seharian kita bekerja mencari nafkah adalah salah satu tuntutan agama. Bekerja untuk menyara dan memberi nafkah kepada ahli keluarga di kira seperti keluar berjihad dijalan Allah SWT. Setiap mukmin perlulah pastikan pekerjaan yang dilakukan adalah pekerjaan yang halal supaya hasil (gaji) yang akan diperolehi nanti menjadi halal.

Haram hukumnya bekerja dikaunter pembayaran (casher) di Pasaraya yang menjual arak, syarikat insuran dan perbankkan yang mengenakan riba kepada pelanggannya, kedai-kedai judi dan kelab-kelab malam yang mengandungi hidangan arak , muzik-muzik black metal dan pergaulan bebas lelaki dan wanita.

Jika bekerja ditempat yang tidak ada perkara-perkara haram , syubahat dan tidak menimbulkan fitnah maka Islam mengharuskannya. Jika bekerja ditempat yang mana majikannya tidak membenarkan solat fardu dilakukan maka seorang muslim dilarang mencari nafkah ditempat tersebut kerana bumi Allah SWT luas dan rezeki Allah SWT ada dimana-mana sahaja tidak tertumpu hanya di satu-satu tempat sahaja.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

« Ù„Ű§ ŰȘŰłŰȘŰšŰ·ŰŠÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű±ŰČق ، ÙŰ„Ù†Ù‡ لم يكن Űčۚۯ ليموŰȘ Ű­ŰȘى ÙŠŰšÙ„Űș ۹۟۱ ۱ŰČق هو له ، ÙŰŁŰŹÙ…Ù„ÙˆŰ§ في Ű§Ù„Ű·Ù„Űš ، ۣ۟۰ Ű§Ù„Ű­Ù„Ű§Ù„ وŰȘŰ±Ùƒ Ű§Ù„Ű­Ű±Ű§Ù… »

Maksudnya : “Janganlah merasa terlambat datangnya rezki , kerana sesungguhnya seseorang sekali-kali tidak akan meninggal dunia sehingga ia sampai pada jatah rezekinya yang terakhir. Maka carilah nafkah dengan cara yang baik, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.”(Hadis Riwayat Al-Hakim II/IV no.2134, dan Ibnu Hibban VIII/33 no.3241, dan dinyatakan Sahih oleh syaikh Al-Albani di dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shohihah VI/108 no.2607, dan Shohih At-Targhib wa At-Tarhib II/143 no.1697).

Sahabat yang dimuliakan, 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Hadis Riwayat Ibn Majah)  

Huraiannya :

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sekiranya kita menjadi majikan dan mengambil seseorang bekerja dengan kita maka jangan diabaikan gaji atau upah yang sepatutnya diberikan kepadanya. Berdosa besar jika majikan menipu dengan tidak memberikan hak  bayaran sepatutnya diberikannya. Nabi SAW menyuruh disegerakan upahnya iaitu sebelum kering peluhnya.

Bayangkan jika sehari saja tidak dibayar upahnya sudah mendapat dosa besar bayangkan jika majikan tidak membayar gaji pekerjanya selama sebulan atau mungkin berbulan-bulan lamanya maka dosa yang akan ditanggung dihari akhirat nanti berlipat kali ganda. Di akhirat nanti ketika itu tidak ada dinar atau harta tetapi bayarannya adalah dengan pahala solat, puasa dan zakat yang dimiliki oleh majikan yang tidak membayar gaji tersebut jika tidak cukup dengan pahala maka seseorang boleh menjadi muflis.

Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad. 

Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup. Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.

Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:

1) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji).

2) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya.

3) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.

Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud: "Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” . 

Dalam riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:“Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang telah memberi kerana Aku lalu berkhianat dan orang yang membeli barang pilihan lalu dia makan lebihan harganya serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan akadnya sedangkan upahnya tidak diberikan” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dihormati,Dalam al-Quran terdapak kisah mengenai dibolehkan mendapat upah kerana bekerja kepada seseorang majikan.

Dalam Surah al-Kahfi ayat 77 menceritakan perihal upah:“ "Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya".

Ayat ini menunjukkan harus mengambil upah di atas pembinaan tembok berkenaan iaitu satu kerja yang telah dibuat. Ulama Islam telah sepakat bahawa upah daripada kerja wujud dalam perundangan Islam. Ini disebabkan manusia diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza.

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, mereka akan saling perlu memerlukan kepada yang lain. Kelebihan dan kepandaian ini dapat diambil manfaat secara baik melalui upah di antara satu pihak dengan yang lain.

Dalam Surah al-Talaq ayat 6, Allah SWT mengingatkan untuk memberi upah kepada wanita penyusu bayi. Jika harus memberi upah dalam penyusuan maka sudah tentu dikiaskan juga kepada perkara yang lain dalam kehidupan manusia.

Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar pernah bersama-sama mengupah sorang kafir daripada Bani al-Dail yang mahir tentang jalan menunjuk arah dalam musafir mereka.

Dalam satu hadis riwayat Imam Bukhari, Rasullulah SAW menegaskan bahawa salah seorang yang menjadi musuh baginda pada hari akhirat kelak ialah orang yang mengupah pekerja dan menggunakan pekerja itu tetapi tidak membayar upahnya.

Hadis ini jelas menunjukkan keharusan mengupah dan satu amaran bahawa adalah melakukan dosa yang besar jika majikan tidak membayar gaji kepada pekerja mereka yang telah disuruh melakukan pekerjaan.

Ijmak ulama sendiri memperakukan keharusan memberi gaji atau upah daripada kalangan para sahabat, tabieen, fuqaha termasuk imam mazhab yang empat Hanafi, Malik, Syafie dan Ahmad.

Secara fitrahnya, pemilikan harta manusia adalah berdasarkan kepada kerja yang mereka lakukan. Keperluan upah atau gaji yang setimpal ini boleh dilihat dari aspek individu, keluarga dan juga masyarakat. Daripada individu, manusia membina sesebuah masyarakat sama ada berjaya atau sebaliknya. Jadi, mereka perlu berdikari mencari kerja agar mendapat upah sebagai bekalan kemajuan diri.

Dalam hadis riwayat al-Baihaqi, Nabi SAW telah menyuruh seorang lelaki yang papa mendapatkan kapak dan keluar bekerja selama beberapa hari. Sebahagian duit upah yang didapati oleh lelaki berkenaan disuruh untuk membeli makanan untuk ahli keluarganya dan baginda SAW menyuruh lelaki berkenaan terus bekerja.

Akhirnya lelaki itu berterima kasih kepada Rasulullah dan baginda SAW bersabda ini adalah lebih baik bagi lelaki itu berbanding nanti beliau datang pada hari kiamat dengan muka yang berkerut dengan masalah papa.

Sunnah Nabi SAW ini memberi pengajaran kepada kita bahawa pemilikan harta oleh individu akan menyebabkan mereka hidup tenang. Mereka dituntut untuk mendapatkan segala kekayaan dan kebajikan di atas muka bumi. Ini tidak dapat dilakukan melainkan dengan bekerja yang akhirnya mendapat ganjaran dalam bentuk upah.

Upah yang baik dapat mendorong individu menjadi lebih kreatif, berfikir dan bersungguh-sungguh bekerja dan akhirnya menambahkan lagi produktiviti mereka. Keperluan yang pelbagai juga mendesak individu untuk mendapatkan upah setimpal yang dapat menguruskan keperluan diri dan menjadi ahli masyarakat yang berdikari.

Tanpa upah yang sepadan, sudah tentu mereka akan membawa masalah dalam masyarakat kerana terpaksa hidup bergantung dengan ihsan orang lain yang sudah tentu akan mewujudkan ketidakstabilan dan penindasan dalam masyarakat.

Dengan upah yang baik pula, individu akan dapat menjauhi tarikan untuk melakukan jenayah seperti mencuri, tipu dan menerima rasuah.Mereka boleh mengelakkan diri daripada berhasad dengki kepada majikan dan akhirnya dapat memenuhi keperluan asas kehidupan iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta.

Memenuhi keperluan ini adalah wajib dan pihak berkenaan khasnya pemerintah perlu memastikan keperluan asas manusia ini dapat dipenuhi dengan baik.Sebagai individu yang berkeluarga, dengan adanya gaji atau upah yang setimpal, maka mereka dapat memenuhi keperluan tempat tinggal, pakaian, pendidikan, makanan ahli keluarga di bawah tanggungan dengan baik termasuk ibu bapa yang tua yang tiada sumber pendapatan lagi. Ini akan memperkasakan lagi tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga.

Apabila wujud kemantapan individu hasil kerja dengan upah yang baik, maka bukan sahaja keluarga menjadi rukun dan damai bahkan masyarakat sendiri akan maju ke hadapan hasil sumbangan setiap individu dengan menjadi komponen masyarakat bekerja yang membawa kepada pemilikan harta melalui gaji yang diterima dan dapat menjauhi daripada bergantungan kepada orang lain.

Sahabat yang dikasihi,
Jika kita sebagai majikan dan mempunyai pekerja yang bekerja untuk kita maka pastikan pekerja tersebut tidak dizalimi dengan kita enggan membayar upah atau gaji yang sepatutnya diberikan. Jika perbuatan ini berlaku maka  hidup kita tidak akan berkat dan akan mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Islam menggalakkan disegerakan bayaran upah atau gaji dan dikira sebagai sedekah jika majikan dengan sukarela memberi tambahan upah kepada pekerjanya yang telah melakukan pekerjaan seperti perjanjian.





Perubatan Islam : Al-Quran Sebagai Sumber Penyembuhan Segala Penyakit Rohani Dan Jasmani


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT : 

وَنُنَŰČِّلُ مِنَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąَنِ مَۧ هُوَ ŰŽِفَۧۥٌ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ٌ لِلْمُŰ€ْمِنِينَ وَلَۧ يَŰČِÙŠŰŻُ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ Ű„ِلَّۧ ŰźَŰłَۧ۱ًۧ

 Maksudnya : "Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah al-Israa ayat 82)

Dan Firman Allah SWT : 

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ قَŰŻْ ŰŹَۧۥŰȘْكُم مَّوْŰčِŰžَŰ©ٌ مِّن ۱َّŰšِّكُمْ وَŰŽِفَۧۥ لِّمَۧ فِي Ű§Ù„Ű”ُّŰŻُÙˆŰ±ِ وَهُŰŻًى وَ۱َŰ­ْمَŰ©ٌ لِّلْمُŰ€ْمِنِينَ

Maksudnya : "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus ayat 57)

Telah berkata Imam Ibn Qayyim: Al-Quran adalah penawar yang lengkap bagi semua jenis penyakit hati dan penyakit badan, penyakit dunia dan penyakit akhirat. Dan bukan semua orang layak dan berjaya untuk berubat dengan al-Quran. Jika orang mengubati itu menggunakan penawar ini dengan keyakinan dan keimanan, penerimaan yang penuh, iktikad yang kuat serta menepati semua syaratnya, maka tiada penyakit yang dapat mengatasinya.

Bagaimana penyakit mampu untuk mengatasi Kalam Tuhan sekalian bumi dan langit yang jika diturunkan kepada gunung akan berkecai atau diturunkan ke atas bumi akan terbelah?! Tidak ada suatu penyakit hati dan badan melainkan terdapat di dalam Al-Quran dalil yang menunjukkan ubat dan sebabnya. (Zadul Maad: 4/322-323)

Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Maad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.

Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:

Diriwayatkan dari Aisyah: Setiap kali Rasulullah SAW  hendak tidur (malam hari) Nabi SAW menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. Dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. nabi SAW melakukannya tiga kali.

Dari Ibnu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua:  Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:

Diriwayatkan dari Abu Sa'id r.a.: Sebagian para sahabat Nabi SAW  melakukan perjalanan hingga malam hari mereka tiba di suatu tempat yang menjadi daerah kekuasaan suatu suku Arab. Para sahabat Nabi SAW meminta para penduduk untuk memperlakukan mereka sebagai tamu, tetapi mereka menolak. 

Kepala suku Arab itu digigit seekor ular berbisa dan orang-orang dari suku itu berusaha mengubatinya tetapi sia-sia. Mereka berkata (satu sama lain), 'Tidak ada yang dapat mengubatinya, pergilah kamu menemui orang-orang yang tinggal di daerah ini malam ini, mungkin mereka memiliki ubat penawar racun." 

Beberapa orang menemui para sahabat nabi SAW  dan berkata,"Wahai Kafilah pemimpin kami digigit ular berbisa. Kami telah berusaha mengubati semampu, tetapi sia-sia. Apakah kalian memiliki ubatnya?"

Salah seorang dari sahabat Nabi SAW  berkata, "Ya, Demi Allah! Aku akan membaca ruqyah untuknya, tetapi kerana kami telah ditolak menjadi tamu kalian aku tidak dapat membacakan ruqyah kecuali apabila kalian memberikan kami upah untuk itu." 

Mereka setuju membayar dengan sejumlah biri-biri. Kemudian salah seorang sahabat Nabi SAW  pergi (Ke tempat mereka) dan membaca (ayat dari surah AlFatihah): Alhamdulillah Rabbal-alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), dan menipu tubuh si kepala suku yang seketika tampak sihat kembali, seakan-akan telah terbebas dari semacam ikatan, lalu bangun dan mulai berjalan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan, Mereka pun membayar dengan upah yang telah disepakati sebelumnya. 

Sebagian dari mereka (Para sahabat Nabi SAW menyarankan agar mereka membagi rata upah itu, tetapi salah seorang dari mereka menolak dan berkata, "jangan dahulu dibagikan sebelum kita bertemu dengan Rasulullah SAW , untuk menceritakan apa yang telah kita alami, dan menunggu perintahnya." 

Maka mereka pun pergi menemui Rasulullah SAW  setelah mendengar seluruh cerita mereka, Rasulullah SAW bersabda, "Bagaimana kamu tahu Surah Al-Fatihah dapat dibacakan sebagai ruqyah?" Kemudian Nabi SAW  menambahkan, "Apa yang telah kalian lakukan benar. bagi rata upah kalian, dan berilah aku bagian." sambil mengatakan hal itu Rasulullah SAW tersenyum jenaka.

Sahabat yang dimuliakan,
'Ubai ibnu Ka'ab pernah berkata: "Ketika aku sedang bersama-sama Nabi SAW  seorang Badwi telah datang menemui baginda sambil berkata "Wahai Nabi Allah, aku mempunyai saudara yang sedang mengidap penyakit". Apa sakitnya tu tanya Rasulullah. "dia terkena penyakit gila", 'bawa dia kemari'.

Mangsa kemudiannya diletakkan dihadapan baginda SAW  lalu baginda menjampi dengan membaca;Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat Al-Baqarah ayat 163 & 164, ayatul Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A'raf (ayat 54), akhir ayat dari surah Al-Mukminun (ayat 115 - 118); satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Soffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyar (ayat 21 - 23); surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Sesudah itu mangsa itu pulih seperti sediakala seolah-olah tidak terjadi apa-apa ke atasnya.

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya 35/106 dan Hakim dalam Mustadrak 4/458)

Firman Allah SWT :

ŰŁَفَŰ­َŰłِŰšْŰȘُمْ ŰŁَنَّمَۧ Űźَلَقْنَۧ۹ُمْ ŰčَŰšَŰ«ًۧ وَŰŁَنَّكُمْ Ű„ِلَيْنَۧ Ù„Ű§ ŰȘُ۱ْŰŹَŰčُونَ ( ÙĄÙĄÙ„ )فَŰȘَŰčَŰ§Ù„َى Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْمَلِكُ Ű§Ù„ْŰ­َقُّ Ù„Ű§ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§ هُوَ ۱َŰšُّ Ű§Ù„ْŰčَ۱ْŰŽِ Ű§Ù„ْكَ۱ِيمِ)وَمَنْ يَŰŻْŰčُ مَŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِلَهًۧ ۹َ۟۱َ Ù„Ű§ Űšُ۱ْهَŰ§Ù†َ لَهُ Űšِهِ فَŰ„ِنَّمَۧ Ű­ِŰłَُۧۚهُ ŰčِنْŰŻَ ۱َŰšِّهِ Ű„ِنَّهُ Ù„Ű§ يُفْلِŰ­ُ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ ( ÙĄÙĄÙ§ )وَقُلْ ۱َŰšِّ ۧŰșْفِ۱ْ وَۧ۱ْŰ­َمْ )وَŰŁَنْŰȘَ Űźَيْ۱ُ Ű§Ù„Ű±َِّۭۧمِينَ( ÙĄÙĄÙš
  
Maksudnya : "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia. Dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!" (Surah al-Mukminun ayat 115-118)

Rasulullah SAW  pergi ke rumah seorang sahabat untuk menziarahinya. Setelah tiba, baginda mendapati sahabat tersebut sedang membacakan ruqyah kepada seorang pesakit. Setelah selesai, baginda bertanya apa yang dibacakan oleh sahabat tadi. Sahabat memberitahu bahawa dia membacakan al-Mukminun 115-118.

Lantas baginda memperakui ruqyah tersebut dan mengatakan bahawa jika seseorang itu yakin dan membacakan ayat tsbt sedangkan dia berada di atas sebuah gunung, nescaya gunung tersebut akan pecah."

(Hadis diriwayatkan oleh:-Abu Nuaim dalam Hilyatul Awliya 1/7-Thabarani dalam kitab al-Dua' m/s 331-Baihaqi dalam kitab al-Da'awat al-kabir 2/311-al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/312-Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 14/40.

Dalam riwayat yang lain Al-Hakim, Abu Ya'la, Ibn Abi Hatim, Ibn Sunni dan al-Tarmizi meriwayatkan dari Ibn Masud bahawa beliau telah membaca ayat al-Quran (Surah al-Mukminun ayat 115-118) ke telinga seorang yang sakit, lalu sembuhlah dia. Nabi SAW telah bertanya kepadanya : "Apakah yang dibacanya itu? Beliau menjawab : "Ayat-ayat terakhir surah al-Mukminun." Nabi SAW bersabda (maksudnya) : "Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu." (Al-Darrul Manthur, tafsir ayat 115-118 surah al-Mukminun)

Berdasarkan hadis diatas ayat-ayat di dalam surah al-Mukminun (ayat 115-118) boleh menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit samaada dibaca terus atau pada air untuk diminum pesakit. Ahli-ahli perubatan Islam juga sering menjadikan ayat ini sebagai benteng apabila berhadapan dengan gangguan jin dan syaitan.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW dalam mengatur kehidupan kita samaada bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Pada masa yang sama jika terdapat penyakit hati, jiwa dan fizikal atau gangguan sihir maka gunakanlah ayat-ayat al-Quran kerana al-Quran adalah penawar segala penyakit. Yakinlah bahawa penyembuhan daripada segala penyakit adalah datangnya daripada Allah SWT bukan datangnya daripada ubat atau kepandaian kita. Kita disuruh berikhtiar dan berusaha dalam rangka ibadah dan perlu disertakan tawakkal dan berdoa kepada Allah SWT.


Apakah Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Islam?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam Islam, menentukan dan memilih pemimpin adalah suatu perkara yang sangat penting dan wajib. Ini dibuktikan dalam sejarah Islam apabila wafatnya junjungan  besar Nabi kita Muhammad  S.A.W, maka seorang khalifah terus dilantik menjadi pemimpin bagi mengantikan baginda sebelum pemakaman baginda  S.A.W dilangsungkan. 

Ijmak sahabat sepakat bahawa haram hukumnya kaum muslimin hidup tanpa adanya seorang khalifah atau pemimpin lebih dari tiga hari tiga malam.

Sabda Nabi S.A.W maksudnya, “Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua”.   (Hadis Riwayat Abu Daud) 

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,“ Tidak halal bagi tiga orang yang berada di satu tempat melainkan dilantik seorang daripada mereka seseorang sebagai ketua.”  (Hadis Riwayat Ahmad)

(Ini bermakna kepentingan melantik pemimpin untuk mengantikan kepimpinan yang telah berlalu untuk mengurus hal ehwal Islam dan melaksanakan kemaslahatannya adalah wajib.  Atas sebab inilah Islam begitu memandang berat soal memilih pemimpin dalam semua peringkat kehidupan.

Persoalannya, bagaimanakah kita  hendak menjadi pemimpin yang baik? Kita harus sedar bahawa  pemimpin yang baik akan memberikan kesan yang amat besar terhadap masa depan Islam dan umatnya. Kita juga hendaklah memahami bahawa soal  kepimpinan
mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak. 

Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38 yang bermaksud : “Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya”.

Sebagai pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya. Jika kita gagal melaksanakan tugas dengan adil dan mengutamakan kebajikan untuk rakyat maka sudah tentulah amat bersalah dan akan diazab oleh Allah di akhirat kelak. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 41 yang bermaksud : “Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat  pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan”.  

Sahabat yang dimuliakan,
Islam telah  menjelaskan kepada kita bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik. 

Terdapat lapan ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik;  

1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’  atau  dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W ‘niabatan ‘anin nabi SAW’ untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41 yang maksudnya : “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar.  (Ingatlah)  bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

2. Seseorang yang memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental. 

Dalam al-Quran  telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi Syu’aib a.s. meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada kalangan yang kuat 
bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu skop menanggung kerjanya yang lebih  luas dan amanahnya sangat besar memerlukan kekuatan semua sudut dan bidang. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang maksudnya : “Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.

3. Seseorang yang memiliki sifat  takwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang pemimpin itu berintegriti dan  takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertakwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu 
adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah ayat 103)

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada  mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin 
kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi. Jauhkan diri daripada pemimpin yang zalim yang tidak memberi keadilan dan hak rakyat untuk  bersuara dan berhimpun secara aman.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil…”.

5.Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil berat  atas sebarang kesusahan yang  menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk
terhadap orang yang beriman”. (Surah at-Taubat ayat 128)

6. Seseorang pemimpin itu hendaklah  tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan. 

Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

7. Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya. 

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) : “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh orang bawahannya, bukan berdusta dan menghampakan orang bawahannya. 

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam alQurtubi  menjelaskan  dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa, “Bagi umat Islam  dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak 
menjadi pemimpin”.

Jika kalian diberi mandat untuk mengundi untuk memilih pemimpin yang baik maka pilihlah pemimpin yang amanah, berakhlak mulia dan bertakwa. Kalian akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti sekiranya  kalian silap memilih pemimpin yang tidak berakhlak dan hanya mementingkan pembangunan duniawi berbanding dengan kehidupan di hari akhirat.

Hadis daripada  Huzaifah r.a. bahawa Rasulullah  S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas 
kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga Rasulullah di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak 
membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya  dan dia akan  menemuiku di haudh”.  (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Marilah kita menjadi pemimpin yang takutkan Allah melebihi daripada segala-galanya. Kerana hanya pemimpin yang benar-benar takutkan Allah sajalah yang mampu 
menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan jujur, amanah dan berdidikasi.


















Thursday, December 20, 2012

Istiqamah Amalan Yang Di Sukai Oleh Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Hadis Riwayatkan Bukhari dan Muslim dari Aisyah)

Huraiannya :

Amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah suatu amalan yang dilakukan walaupun nampak sedikit tetapi ianya dibuat secara berterusan dan konsisten dan ditingkatkan sedikit demi sedikit semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

Orang yang beristiqamah bukan sahaja amalan dan perbuatannya istiqamah tetapi hati, jiwa dan keyakinannya kepada Allah SWT tetap istiqamah yakni tidak ragu-ragu.

Dalam riwayat yang lain daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu mengatakan, (maksudnya): “Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang Islam suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya lagi mengenainya kepada seorang pun selainmu.’ Baginda bersabda: Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah!” (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahawa, “Ini adalah salah satu (Jawami’al-Kalim) ucapan baginda Nabi SAW yang ringkas tetapi padat.

Menurut Saidina Umar ibn al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, sewaktu mendefinisikan maksud istiqamah ialah “Mereka yang beristiqamah, demi Allah dalam ketaatan kepada-Nya dan tidak bersuara dengan suara rubah. Ini bermaksud, mereka yang istiqamah adalah seimbang dari segi kuantiti ketaatan kepada Allah, baik keyakinan, ucapan mahupun perbuatan dan mereka tetap dalam keadaan demikian. Inilah makna pendapat kebanyakan ahli tafsir, dan inilah makna hadis yang dihuraikan tadi.

Sebenarnya istiqamah adalah suatu perkataan yang ringan di lidah namun amat berat untuk diterjemahkan. Ianya juga merupakan amalan yang paling sukar untuk dilakukan.

Hadis ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Hud ayat ke-112 yang bermaksudnya : "Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum- hukum Allah sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."

Menurut Imam Ibn Daqiq al-’EId ketika mensyarahkan hadis ini, beliau mendatangkan kata-kata Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu dengan katanya:

“Tidak pernah turun kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam di semua al-Quran suatu ayat pun yang lebih berat baginya dibandingkan ayat ini. Ini kerana berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘Alahi Wasallam dalam sahih Tirmizi dan al-Hakim (maksudnya): “Surah Hud dan sejawat dengannya telah membuat rambutku menjadi beruban.”

Besarnya persoalan istiqamah ini. Memang ianya sukar dipikul oleh orang yang sebarangan. Manakan tidaknya, sehinggakan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pernah bersabdamaksudnya) : "Beristiqamahlah dan kamu tidak akan sampai pada hakikat istiqamah."

Itulah beratnya perkataan istiqamah. Kita sentiasa merindui gerak lenggok tangan dan seluruh tulang empat kerat kita agar sentiasa beristiqamah dalam ibu segala perbuatan kebaikan iaitu mempertahankan akidah Islam yang bersih sehinggalah kita dipanggil oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Kita juga merindui istiqamah seperti istiqamahnya para sahabat seperti Bilal bin Rabah yang terkenal dalam beristiqamah mempertahankan akidahnya dengan perkataan ‘Ahad’.

Begitu juga istiqamahnya Abu Talhah radhiyallahu ‘anhu dalam berjihad pada jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Seperti mana kisah beliau bersama anak-anaknya yang menghalangnya daripada keluar berperang pada jalan Allah ‘azza wajalla. Sedangkan di dalam hati Abu Talhah radhiyallahu ‘anhu terdapat keinginan dan istiqamah yang tinggi yang dimiliki oleh sahabat besar itu untuk berperang dan mati syahid.

Lalu Abu Talhah keluar berperang. Dan diriwayatkan bahawa beliau tidak sempat berperang dan mati sewaktu belayar. Juga dikhabarkan, bahawa jasad Abu Talhah kekal seperti asal walaupun hampir 9 hari belum disemadikan. Kisah ini dapat kita lihat dalam al-Asas fi Tafsir karangan Syeikh Said Hawwa.

Itulah mahar yang tinggi yang dibayar oleh Abu Talhah dalam membeli nilaian syurga. Istiqamah mereka tercatat dalam sejarah.

Begitu juga istiqamahnya keluarga Yaasir iaitu Sumaiyyah, Ammar dan Yaasir. Istiqamah mereka mempertahankan akidah dijanjikan syurga yang tidak ternilai

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alahi Wasallam, “Shobran aali yaasir fainna mauĂ­dakumul jannah”(maksudnya): “Sabarlah keluarga Yaasir, kerana sesungguhnya telah dijanjikan bagi kamu syurga Allah!”

Sahabat yang dimuliakan,
Orang mukmin yang berilmu sentiasa istiqamah, ikhlas dan berani, ketegasan mereka didorong oleh kesungguhan untuk mempertahankan prinsip kebenaran.

Orang yang berilmu mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Tuhan dan masyarakat. Al-Quran menggelarkan golongan ini dengan pelbagai gelaran mulia dan terhormat yang menggambarkan kemuliaan dan ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah SWT dan makhluk-Nya.
Ia sekaligus menunjukkan bahawa daya usaha untuk memperoleh ilmu melalui pelbagai saluran dan pancaindera yang dikurniakan Allah SWT membimbing seseorang ke arah mengenal dan mengakui ketauhidan Rabbul Jalil.
Ini memberi satu isyarat dan petunjuk yang penting bahawa ilmu mempunyai hubungkait yang amat erat dengan dasar akidah tauhid. Orang yang memiliki ilmu sentiasa istiqamah, tidak terhad kepada ilmu pengajian Islam semata-mata - sepatutnya mengenal dan mengakui keesaan Allah SWT dan keagungan-Nya.

Hasilnya, orang yang berilmu akan gerun, tunduk, kerdil dan hina berhadapan dengan kekuasaan dan keagungan Allah SWT dan sentiasa istiqamah. Ibn Mas’ud pernah berkata “bukanlah dinamakan berilmu dengan hanya banyaknya (meriwayatkan) hadis, tetapi berilmu yang sebenar ialah (melahirkan) banyaknya perasaan gerun (kepada keagungan Allah).
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berpegang teguh dengan prinsip Islam dan beristiqamah dan tidak ragu-ragu berada di jalan yang hak sehingga kita kembali bertemu dengan  Allah SWT. Sesiapa yang sentiasa istiqamah maka dia akan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT dan mendapat keredaan-Nya.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menempatkan kita di kalangan hamba-hamba-Nya yang kekal beristiqamah.


Cara-cara Solat Sunat Tahajjud


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَŰ§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكَمْ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰšَ۱َكَۧŰȘُه

.
(Di petik daripada tulisanshafiqolbu)
.