Saturday, February 23, 2013

Celik Di Dunia Buta Di Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan lain-lain lagi. 

Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta. 

Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian? 

Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.

Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia. 

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik'?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)

Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.

Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.

Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Surah Taha (20) ayat 126)

Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”

Sahabat yang dimuliakan,
Jika mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Begitu juga mulut, kaki, tangan dan anggota lain perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT barulah beroleh selamat dan kasih sayanag Allah SWT.

Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.

(Di petik daripada blog "Nota Untuk Diri")













Thursday, February 21, 2013

Empat Perkara Boleh Membawa Kebaikan Dunia Dan Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :
“Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada sesaorang sesungguhnya ia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.Iaitu :

Pertama : Hati yang sentiasa bersyukur

Kedua : Lisan yang sentiasa berzikir

Ketiga : Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah, dan

Keempat : Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya.”

Huraiannya :

Sesungguhnya setiap insan dalam menghadapi gelombang kehidupan pasti menjadikan doa sebagai senjata paling ampuh. Apatah lagi kehidupan seorang muslim. Malah salah satu permohonan yang tidak pernah diabaikan adalah permintaan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Permohonan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan terlepas dari bahang api neraka. Doa ini dirakamkan di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al-Baqarah ayat 201)

Merasai dan menikmati kebaikan yang dimaksudkan bukanlah hanya dengan kenikmatan yang bersifat dunia. Seperti dengan melimpahnya harta , kedudukan yang tinggi, isteri yang cantik, anak-anak yang ternama atau yang seumpamanya. Terdapat kebaikan yang lebih bererti dan bermakna sehingga sesaorang benar-benar menikmati kebaikan dunia dan akhirat. Inilah yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. dalam hadisnya di atas. Jelas dari hadis di atas apabila seseorang ingin mencapai kebaikan di dunia dan akhirat maka ada empat perkara yang mesti dimiliki dan dipertahankannya.

Pertama : Hati yang sentiada bersyukur .

Bersyukur kepada Allah SWT bukan sekadar mengungkapkan kalimah hamdalah (alhamdulillah) dan terima kasih kepada Allah SWT. Ia tidak memadai dengan ucapan lisan tetapi mesti dibuktikan dengan amalan dalam bentuk pengabdian kepada- Nya. Bersyukur bukan hanya mengadakan kenduri kesyukuran sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT.

Sesungguhnya syukur itu adalah menumbuhkan rasa syukur di dalam hati. Kemudian apabila hati telah merasakan rasa syukur, maka tingkahlaku yang kita perlihatkan merupakan lambang atau jelmaan dari rasa syukur. Sehingga segala tingkah laku kita tidak ada penyimpangan dan penyelewengan dari jalan Allah. Segalanya menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Sesungguhnya tingkah laku manusia adalah refleksi dari apa yang ada di dalam hatinya.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri terdapat segumpal darah, bila baik segumpal darah ini, maka baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu apabila kita bersyukur dengan apa yang dimiliki, maka segala pemberian Allah pasti terasa nikmat. Dan Allah akan terus menambah rasa nikmat itu. Namun jika kita tidak pandai bersyukur, maka Allah mengingatkan bahawa azab-Nya sangat pedih.

Firman Allah SWT .yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim ayat 7).

Kedua : Lisan yang sentiasa berzikir.

Setiap muslim amat dianjurkan untuk berzikir dengan lisan setiap hari. Apabila lisan telah biasa dengan zikir, insya Allah segala kata-kata yang lahir adalah perkataan yang baik (kalimah tayyibah). Seutama-utama zikir dengan lisan adalah mengucapkan kalimah Laailaahaillallah. Menyebut nama Allah memang mesti sentiasa kita lakukan baik ketika hendak melakukan sesuatu yang baik maupun sesudahnya.

Rasulullah SAW sendiri sentiasa berzikir kepada Allah dalam berbagai situasi dan keadaan. Perintah untuk sentiasa berzikir begitu banyak dirakamkan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT .yang bermaksud :
“Wahai orang-orang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada Allah pada waktu pagi dan petang.”
(Surah al-Ahzab ayat 41-42)

Apabila di dunia kita sentiasa membasahi lidah denga zikir kepada Allah, nescaya kebaikan dunia akan kita raih dan secara tidak langsung akan kita raih juga kebaikankan ukhrawi.
Amalkanlah zikir al-Mathsurat pada waktu pagi dan petang kerana zikir ini adalah amalan yang di buat oleh Rasulullah SAW, amalkanlah insya Allah ianya merapatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Ketiga : Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah.

Ujian dan cubaan bagi manusia yang hidup tentu akan datang silih berganti. Kadangkala ujian itu dalam bentuk perkara duniawi yang menyenangkan seperti harta yang banyak, kedudukan yang tinggi, wajah yang cantik atau tampan, ilmu yang luas dan sebagainya. Namun tidak sedikit ujian itu dalam bentuk yang tidak menyenangkan secara duniawi sehingga perkara ini disebut sebagai musibah, seperti penyakit, kemiskinan ,kedudukan yang rendah, kurang pandai dan sebagainya.Terlepas dari menyenangkan atau tidak ,seorang Muslim mesti tabah dan istiqamah dalam menghadapi berbagai bentuk ujian dari Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan sungguh akan Kami berikan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mengucapkan. ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Orang yang sabar dan istiqamah dalam menghadapi berbagai ujian Allah merupakan orang yang akan mendapat kebahagiaan dalam hidupnya kerana dalam keadaan yang demikian dia tidak tergelincir kejalan yang salah sehingga kebaikan di dunia dan akhirat diraihnya. Dengan sabar, seseorang akan sentiasa sedia menghadapi segala kemungkinan dalam hidupnya sehingga ia tak akan lupa diri dalam kejayaan dan keberhasilan serta tidak putus asa dalam kesengsaraan dan kesulitan.

Keempat : Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami) nya.”

Memilih isteri yang solehah merupakan suatu kewajipan bagi seorang muslim. Bersama isteri yang solehah bermakna terbina rumahtangga yang bahagia dan akan menghasilkan generasi yang soleh. Isteri yang solehah bukanlah diukur dengan kecantikan, kekayaan ,status sosial dan seumpamanya.Lebih penting lagi adalah iman dan aqidah yang mantap, akhlak yang mulia dan sentiasa berfikir serta bertindak ke arah masa depan yang lebih baik sebagaimana yang di kehendaki dalam Islam.Antara kelebihan memilih isteri solehah adalah ia membantu suaminya dalam kepentingan akhirat .

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash . Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud : “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri solehah yang membantu kepentingan akhirat suaminya.”
(Hadis Riwayat Ruzain)

Seorang isteri solehah juga akan mentaati kepimpinan suaminya, Nabi SAW  bersabda yang bermaksud : “Seorang perempuan yang beriman kepada Allah tidak halal mengizinkan orang yang dibenci suaminya memasuki ke rumahnya, tidak boleh keluar jika suaminya tidak menyukainya, tidak boleh mentaati seorang pun di rumah suaminya (kecuali suaminya), tidak boleh meninggalkan tempat tidurnya dan tidak boleh memukul suaminya. Jika suaminya berlaku zalim kepadanya, hendaklah ia tetap di sisi suaminya sehingga ia dapat menjadikan suaminya senang. Jika suaminya mahu menerimanya hal itu sangat menguntungkan dirinya dan Allah pun akan menerima alasannya, memenangkannya dan dia tidak berdosa sedikit pun. Sekiranya suaminya tetap tidak meredhainya, sesungguhnya alasannya di sisi Allah tetaplah kuat.”
(Hadis Riwayat Hakim)

Oleh itu amatlah penting memilih isteri yang solehah, maka seorang pemuda yang akan menamatkan zaman bujangnya mestilah memilih wanita yang demikian sebagai calun isteri. Sementara wanita yang telah menjadi isteri mesti terus membina kesolehannya.Seterusnya apabila ibu bapa yang memiliki anak yang solehah, apabila ada pemuda yang juga soleh datang melamar, maka tiada alasan bagi ibu bapa untuk menolak lamarannya. Apatah lagi bila kedua insan yang soleh bersepakat untuk mewujudkan rumah tangga Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Dari huraian di atas jelas bahawa kehidupan yang hasanah (baik) di dunia tidak hanya di ukur semata-mata dengan melimpahnya kebendaan dan perkara-perkara yang bersifat kesenangan dunia. Namun kehidupan yang hasanah bagi seorang muslim adalah bila dia mampu menjalankan kehidupan sesuai dengan nilai-nilai Islam sehingga amal solehnya lebih banyak berbanding amal-amal yang tidak baik.

Dengan mengerjakan amal soleh seorang muslim mesti secepat mungkin melaksanakannya. Jangan sekali-kali dia menunda-nunda melakukan amal soleh hanya kerana kemalasannya. Disamping itu dalam beramal soleh seorang muslim juga tidak boleh merasa sudah banyak pahala yang di perolehi malah sebaliknya, iaitu merasa masih terlalu sedikit amalannya. Kita mesti rakus dan sentiasa merasa kurang senang dalam beramal soleh. Ini kerana apabila kita merasakan telah banyak amalan kebaikan maka keghairahan untuk memperbanyakkan amal soleh akan hilang dari diri kita.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)

Tuesday, February 19, 2013

Internet Baik Buruknya Kita di Golongan Yang Mana?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari kita.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet:

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat
diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13).

Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain 'game', mendengar lagu, bersembang kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, membuka web site yang kurang bermanfaat untuk menambahkan ilmu pengetahuan seperti membaca kehidupan artis-artis atau ahli-ahli sukan dan sebagainya tanpa tujuan yang jelas.. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. bukan semata-mata memenuhi hawa nafsu semata-mata. Masa inilah kita pergunakan untuk menghadiri pengajian-pengajian ilmu, ceramah-ceramah agama, khidmat masyarakat dan menyediakan dan menghantar nota-nota tazkirah dalam fb dan blog kepada masyarakat.

Pepatah Arab ada menyatakan :
"Masa itu seperti pisau. Jika kamu tidak memotongnya, ia pula memotong kamu!"

Masa adalah kehidupan sesiapa yang mensia-siakannya ini bermakna dia mensia-siakan kehidupannya.

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman lucah, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, bersembang dengan menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT. Lebih dahsyat lagi jika terlibat dengan aktiviti tidak bermoral membuat fitnah dan menyebarkannya pula dengan menggunakan teknologi 'super impose'

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita. Sekarang ini kita berada digolongan mana? Jika berada di golongan yang pertama, alhamdulillah semoga kita sentiasa dirahmati Allah. Masa yang kita peruntukkan menghadap komputer berjam-jam dikira sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T. Teruskan kerja-kerja yang murni ini.

Sekiranya kita golongan yang kedua, kita adalah golongan yang akan rugi kerana masa kita dipergunakan dengan banyak tanpa berfaedah . Kita akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.

Jika termasuk golongan yang ketiga kita akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat . Oleh itu hendaklah kita jangan menjadi golongan ketiga ini dan minta di hentikan tabiat buruk itu. Secara sedar atau tidak golongan ketiga ini telah membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik sesiapa yang terlibat dengan perbuatan fitnah tadi. Seseorang akan menjadi golongan muflis di hari akhirat nanti jika tidak bertaubat .

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Sahabat yang dikasihi,
Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh mendatangkan persengkitaan di antara agama dan bangsa jika tidak ditangani dengan baik.

Kebaikan internet juga banyak menfaatnya jika digunakan sebaik-baiknya untuk mencari keredaan Allah SWT.

Akhirkata berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Monday, February 18, 2013

Pilihlah Pemimpin Berdasarkan Ketakwaan Kepada Allah SWT Dan Berkelayakan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Semakin tinggi kepemimpinan yang disandang, semakin banyaklah tanggungjawab yang mesti dilunaskannya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Allah SWT menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa.” (Surah an-Nur, ayat 55)

Bagi meraih keberkatan Allah SWT, pemimpin perlu faham kehendak rakyat dan berusaha menunaikannya manakala rakyat pula mesti taat dan bekerjasama menjayakan sebarang usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

Semua manusia, baik pemimpin atau rakyat tidak sunyi daripada sifat lupa dan khilaf sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan atau teguran supaya pemimpin dapat membetulkan kesilapan dan segera memohon keampunan daripada Allah SWT. 

Bagaimanapun dalam membuat teguran, nasihat atau kritikan, biarlah yang membina, tidak menjatuhkan aib serta mengikut adab budaya hormat-menghormati. Cara ini dapat memelihara ikatan ukhuwah selain menyedarkan mereka yang melakukan kesilapan supaya bertaubat pada Allah SWT.

Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan persatuan. Namun harus disedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang. Oleh itu, ia memerlukan kecekapan, kelayakan dan aktiviti yang utama untuk memimpin bawahannya.

Melihat ciri-ciri pemimpin, khususnya sebagai seorang muslim, tentu kalian tidak boleh sembarangan memilih pemimpin. Jangan sampai ibarat “memilih kucing dalam karung” yang kemudian hari akan mencalarkan kita semula.

Hubungan pemimpin dengan rakyat hendaklah sentiasa kukuh, saling sokong-menyokong dalam menyusun program dan agenda kerja demi kesejahteraan rakyat serta negara.

Umat Islam hendaklah bersatu padu secara menyeluruh di atas landasan al-Quran dan hadis. Perpaduan berasaskan keimanan akan mengangkat martabat umat Islam di dunia dan di akhirat. Kejayaan kerajaan Islam menjatuhkan dua kuasa besar dunia Rom dan Parsi dicapai kerana semangat persaudaraan ukhwah fillah Islamiah.

Dalam era pasca kemerdekaan ini, umat Islam di Malaysia masih berdepan cabaran getir dari dalam dan luar negara. Maruah diri dan kedaulatan negara tidak dapat dipertahankan jika ada perselisihan dan pertentangan dalam negara.

Cabaran ini menuntut kekuatan daya juang, semangat kental dan ketahanan sehingga titisan darah terakhir. Islam mewajibkan umatnya berjihad mempertahankan agama dan negara daripada sebarang ancaman musuh.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Agama Islam tidak akan kuat kecuali dengan jemaah dan jemaah tidak akan berjalan kecuali ada pemimpinnya, dan pemimpin tidak akan ada gunanya jika tidak ditaati.”

Sebagai umat Islam yang bermaruah, kita hendaklah kasih dan cinta kepada agama dan tanah air. Kita bertanggungjawab mendukung usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati hari ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika dahulu, para sahabat Rasullulah SAW sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Semua mengaku yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!

Sabda Rasulullah SAW ketika baginda menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah: “Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Memilih pemimpin bukanlah perkara remeh, sebab calon yang dipilih itulah yang akan membawa slogan pemimpin rakyat untuk membuat dan menjalankan dasar-dasar yang menentukan nasib ribuan malah jutaan jiwa rakyat. Suka tidak suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis dakwat sejarah di negeri ini.

Walau apapun sejarah itu masih tanda tanya besar, apakah akan menjadi dakwat emas yang sentiasa dikenang atau dakwat hitam yang sentiasa dikenang dengan kenangan hitam. Mampukah dia menjadi pemimpin sejati atau menjadi pemimpin yang mengkhianati amanat rakyat?

Seorang mukmin tidak akan membiarkan pemimpin yang tidak amanah dan banyak membuat kesalahan dan penyelewengan di atas harta negara dibiarkan terus mentadbir negara. Mereka perlu ditukar dan digantikan dengan pemimpin yang lebih telus, amanah dan bermaruah. Harta dan kekayaan negara dan hak rakyat perlu dipelihara demi masa depan umat Islam dan rakyat jelata seluruhnya. Kesilapan memilih pemimpin seolah-olah kalian membenarkan kezaliman terus bermaharajalela dan kerakusan pemimpin dibiarkan terus berkuasa.


Memilih pemimpin negara kelak pada PRU13 adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan berat dan sudah tentunya menjadi pemimpin negara juga merupakan tangungjawab yang lebih berat. Sebagai pemilih pemimpin, kalian perlu melantik dan mengetahui hak kalian untuk memilih pemimpin yang memiliki insaniah yang sangat murni budi pekertinya di samping bertangungjawab dalam beriman kepada Allah SWT.

Yang pastinya pilihan kalian  adalah untuk pemimpin yang sentiasa berlaku adil kepada rakyat dan menerima teguran dan kritikan daripada rakyat secara terbuka dan tiada karenah birokrasi.

Kalian sudah tentunya tidak lupa akan peristiwa reaksi rakyat bangkit melawan pemimpin yang tidak berlaku adik seperti contohnya di Tunisia, Mesir dan Libya baru-baru ini. Kalian dapat lihat bagaimana Zine el Abidine Ben Ali, Hosni Mubarak dan Muaamar Gaddafi yang satu ketika dahulunya disanjung tinggi kemudian dijatuhkan oleh rakyat sendiri kerana telah berpaling tadah kepada Islam.

Sahabat yang dihormati,
Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa memeliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah SWT melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah SWT, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.

Berdasarkan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin, maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. Oleh itu melantik seorang pemimpin (samaada ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri)  yang tidak memiliki kelayakan kepada sesuatu jawatan sedangkan masih ada orang yang lebih layak kepada jawatan tersebut, merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dan sangat bertentangan dengan ajaran syariat Islam kerana akibat dari perbuatan itu, masyarakat dan negara akan musnah dan tergadai serta diangkat keberkatannya.
Sabda Rasulullulah SAW maksudnya : "Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)".

Sabda Rasulullulah SAW lagi; "Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin/pegawai di dalam sebuah kumpulannya sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih layak, orang yang lebih disukai Allah SWT daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah SWT dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang-orang yang beriman".

Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah SAW melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persediaan yang mencukupi. Sabda Rasulullulah SAW yang bermaksud; "Kami demi Allah, tidak akan melantik ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya".

Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentingan dirinya. Adapun orang yang diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedangkan ia tidak mengingin kan jawatan itu, maka Allah SWT akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin yang merupakan amanah daripada Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan sebarang penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana diseksa oleh Allah SWT di dalam Neraka Jahanam nanti.

Sabda Rasulullulah SAW yang bermaksud; ‘Tiadalah seorang hamba Allah SWT yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah swt mengharamkannya dari memasuki syurga’. (Hadis Muttafaq’alaih)


Oleh itu kalian jangan tersilap ketika membuat pemilihan kepada siapakah amanah yang besar ini hendak diserahkan? Jika kalian memilih orang yang tidak berkelayakan maka akibatnya negara akan diwariskan oleh orang-orang zalim dan fasik, yang akan membuat banyak kerosakan dimula bumi ini.









Saturday, February 16, 2013

Protokol Yahudi Boleh Menghancurkan Umat Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita bersyukur di atas nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketakwaan kita  kepada Allah SWT. maka kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT. Jadilah kita di kalangan hambanya yang melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan apabila kita taat kepada Allah dan Rasul-Nya, kita akan tergolong di kalangan hamba-Nya yang mendapat  nikmat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.

Terdapat banyak kisah-kisah yang dinyatakan oleh al-Quran bahawa bangsa Yahudi (Bani Israil) adalah satu bangsa yang jahat dan banyak tipu muslihatnya. Ramai dikalangan para Rasul berasal daripada bangsa Yahudi ini adalah kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang degil, jahat dan engkar, itulah hikmah Dia mengutus ramai para Rasul dikalangan Bani Israil untuk mengajak kaum Yahudi yang jahat dan engkar dan sukar untuk menerima kebenaran daripada Allah SWT.

Masyarakat Yahudi adalah satu golongan yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan Rasulnya serta menzalimi Umat Islam semenjak dahulu sehinggalah kini. Allah SWT amat melarang Umat Islam menjadikan mereka sebagai teman rapat dan rakan taulan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 51:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin kamu, kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim".

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bagi kita bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang zalim dan mereka sentiasa mengadakan propaganda untuk menghancurkan ummat di dunia ini terutamanya kepada Ummat Islam. Kita melihat mereka menjajah, merampas tanah air dan membunuh Umat Islam di Palestin dan di tempat lain pula mereka membunuh semangat, akidah dan menjajah fikiran dengan pelaksanaan ghazwatul fikr iaitu bentuk penjajahan pemikiran melalui protokol Yahudi.

Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya kita merujuk kepada 24 protokol Yahudi, maka yang ke-empatnya adalah ditulis, "Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan kebendaan dan lain-lain yang melalaikan".

Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda  sehinggakan ramai umat Islam telah di cengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 120:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu)".

Di antara perkara yang menggempur pemikiran Umat Islam ialah dengan pelaksanaan‘5S' iaitu screen, smoke, sport, sing & song dan seks.

Huraiannya :

1.   ‘Screen' atau filem. Melalui filem, Yahudi berjaya melakukan propaganda  memburuk-burukkan Islam, menghina Rasulullah SAW, menggalakkan pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, menampilkan fesyen dan budaya songsang, melahirkan fahaman dan akidah sesat dan sebagainya. Filem juga boleh mempegaruhi pemikiran umat Islam dan melemahkan semangat jihad dan lebih suka berehat-rehat.

2.    ‘Smoke' atau rokok. Melalui rokok inilah kita menyumbangkan kira-kira 10 juta dollar U.S sehari membantu ekonomi Yahudi untuk membunuh Umat Islam di Palestin. Malah melalui rokoklah akhirnya boleh melarat kepada penagihan najis dadah. Merokok tidak ada menfaat lansung kerana rokok boleh menjejaskan kesihatan dan mendatangkan banyak penyakit fizikal.

3.   ‘Sport' atau sukan. Pelaksanaan temasya sukan yang ditaja oleh syarikat-syarikat arak dan rokok dalam menjayakannya, pendedahan aurat yang nyata, pergaulan bebas dan terdapat unsur-unsur majusiah iaitu unggun api di dalam pelaksanaannya.

4.   ‘Sing & Song' atau nyanyian. Melalui nyanyian dan hiburan telah banyak memesongkan akidah Umat Islam dengan pemujaan terhadap syaitan dan wanita yang mengakibatkan kelalaian dan lupa kepada Allah dan Rasul.

5.   ‘Seks'. Penerapan budaya songsang di kalangan masyarakat terutamanya belia. Berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga merangsang perlakuan seks yang tidak terkawal. Natijahnya ramai anak zina yang lahir dan ianya sangat mengancam generasi Islam pada masa akan datang.

Sidang yang dihormati,
Bagaimanakah cara dan kaedahnya bagi kita Umat Islam untuk mengawal daripada pengaruh  fenomena protokol Yahudi ini? Antara kaedah dan caranya ialah;

1.   Wajib bagi Umat Islam kembali kepada pegangan akidah yang ampuh pemahaman syariat yang benar dan pengamalan akhlak yang terpuji mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kita.

2.   Tarbiah dan didikan anak-anak kepada asas ilmu dan ibadah yang istiqamah adalah jaminan keselamatan generasi kita yang akan datang dan mampu menjadi benteng serangan pemikiran dan protokol Yahudi. 

3.   Wajib bagi kita mengenali musuh-musuh Islam yang sentiasa memerangi aqidah, syariat dan akhlak-akhlak Islam. 

4.   Wajar bagi Umat Islam mengatur strategi untuk melumpuhkan ekonomi Yahudi dengan memboikot atau memberhentikan urusan perdagangan dengan Yahudi.

5.   Umat Islam mesti berani menguasai medium dakwah alaf baru untuk menarik minat generasi muda dekat dengan Islam melalui wasilah hiburan, sukan, filem, internet dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat.

6.   Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab menjelaskan kepada orang ramai bahayanya protokol Yahudi ini.

Pihak pemerintah, pendakwah bebas, pertubuhan Islam perlulah menganjurkan program pendidikan dan tarbiah bagi menjelaskan bahayanya protokol ‘5S'  Yahudi kepada masyarakat. Gajala sosial yang berlaku di dalam masyarakat adalah kesan daripada kejayaan protokol Yahudi menguasai akhlak dan pemikiran pemuda dan pemudi Islam.

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas".  (Surah al-Maaidah ayar 78)


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dengan melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya. Pilihlah pemimpin dikalangan umat Islam yang jujur dan amanah dan tidak membawa agenda Yahudi laknatullah. 

Jika kalian berhajat untuk menyelamatkan umat daripada dirosakkan oleh pemimpin jahil dan zalim maka kalian perlu berhati-hati ketika membuat pilihan dan mengundi di dalam pilihan raya. Setiap undi yang betul dan tepat mempunyai saham akhirat ia itu berbentuk ganjaran pahala atau pun undi yang salah dan silap akan menjadi bebanan dosa di akhirat nanti. Wallahualam.




Fadilat Bersedekah Semata-mata Kerana Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Amru bin Auf r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)." (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis:  

Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk (su'ul khatimah) di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.


Thursday, February 14, 2013

Tunduk dalam Keadaan Malu dan Hina - Reaksi Orang-orang Yang Berdosa.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT memberi pelbagai gambaran bagaimana reaksi orang-orang yang berdosa ketika berhadapan dengan Allah SWT kelak. Antaranya mereka tunduk dalam keadaan malu dan hina sambil membuat rayuan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".(Surah As-Sajdah (32) ayat 12)

Orang-orang yang berdosa menundukkan kepala kesan daripada kesalahan yang mereka lakukan di dunia. Orang yang angkuh dan sombong semasa berada di dunia akan tunduk malu bila berada di akhirat sebaliknya orang-orang yang tawadhuk serta rendah diri akan terangkat kepalanya di akhirat.

Saidina Umar Ibnul Khattab pernah berkata; "Wahai manusia! hendaklah kamu merendah diri kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkatnya" (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Di akhirat kelak, kepada orang-orang yang berdosa mereka akan diperlakukan sebagaimana tabiat dan kelakuan mereka semasa berada di dunia. Mereka yang Allah tundukkan kepala di akhirat ialah kesan daripada apa yang mereka pernah lakukan di dunia.

Firman Allah SWT maksudnya : "Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.(Surah Hud (11) ayat 5)

Dalam ayat di atas, Allah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa orang-orang yang mendengar apa yang disampaikan nabi itu menundukkan/membongkokkan badan mereka/tidak mahu memandang Rasulullah SAW kerana mereka enggan mendengar apa yang disampaikan oleh nabi. Pada hal Rasulullah menyampaikan perkara-perkara yang boleh membawa mereka ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat.

Di akhirat kelak, azab yang mereka akan terima adalah sesuai dan serupa dengan apa yang mereka lakukan semasa berada di dunia sebagaimana orang-orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak menginfakkan ke jalan Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT berfirman maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah At-Taubah (9) ayat 34)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda/apa yang mereka simpan ) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar / diseterika dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu." (Surah At-Taubah (9) ayat 35)

Perhatikan bahawa gambaran dalam ayat di atas seakan-akan gambaran yang pernah dilakukan oleh seseorang yang susah untuk memberi apabila didatang seseorang yang meminta. Mereka mengerutkan dahi, memasamkan muka dan berpaling meninggalkan peminta tanpa memikirkan perasaan peminta.

Apakah yang akan dilihat oleh golongan yang berdosa ini?

Mereka akan melihat Allah SWT yang tiada sekutu bagiNya dan tidak akan penolong yang akan menolong serta tiada pemberi syafaat selain Allah SWT. Ketika itu segala pengakuan sudah tidak berguna lagi.

Begitu jugalah yang berlaku terhadap Firaun yang membuat pengakuan sebelum dia ditenggelamkan.

"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". Lalu Allah menjawab: "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.(Surah Yunus (10) ayat 90-91)

Sahabat yang dikasihi,
1. Pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran di atas adalah akan berlaku kepada orang-orang yang berdosa apabila datangnya hari Kiamat mereka akan diseksa dengan seksaan yang dahsyat kerana keingkaran mereka kepada Allah SWT dan Rasul yang menjadi utusan Allah SWT.

2. Betapa sukarnya apabila tiada berbekalkan iman dan amal soleh apabila sampai masa bertemu dengan Allah SWT.

3. Setiap kelakuan jahat di dunia akan dibalas setimpal di akhirat nanti. Sambil diseksa, orang-orang yang berdosa itu juga menerima tempelakan daripada malaikat.

Mudah-mudahan menambahkan rasa bimbang kita kepada saat yang akan tiba, tiada berguma lagi harta dan anak pinak kecuali membawa hati yang sejahtera.

Wallahualam.

(Di ambil daripada tulisan Werdah)

Wednesday, February 13, 2013

Haram Menyambut Valentine's Day (Hari Kekasih)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Islam terdapat perayaan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi S.A.W.  pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” 
(Hadis riwayat Nasaai) 

Selepas kurun ke 3 Hijrah, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulidur-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Christmas, Deepavali , Thaipusam, Hari Halloween 
dan juga Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda S.A.W. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hadis Nabi S.A.W yang lain bermaksud : "“Sesiapa yang reda dengan kufur maka diamenjadi kufur"

Sahabat yang dimuliakan,
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Setiap tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  ini namun ianya tidak di hiraukan oleh golongan remaja dan muda-mudi umat Islam, mereka tetap menyambut dan meraikannya.

Oleh itu untuk menyedarkan umat Islam terutama mereka yang sedang bercinta sebenarnya hari tersebut mempunyai kaitan dengan sejarah agama Kristian, sejarah Rom Kuno dan sejarah mereka bergembira kerana kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol . Hari Memperingati Kekasih tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.
Terdapat 3 pendapat kenapa orang Kristian menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's Day) :

Pendapat Pertama : Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat Kedua : Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari.

Pendapat Ketiga :  Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Kristian dan Rom Kuno sebagaimana yang telah penulis paparkan di atas. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine dan menyambut peristiwa yang berlaku semasa Rom Kuno jelas akan menjejaskan akidah Islam, maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam.

Sambutan Hari Memperingati Kekasih juga seolah-oleh kita reda dengan kegembiraan orang Kristian merayakan kemenangan mereka menjatuhkan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol yang mana sejarah terlah menceritakan ratusan ribu umat Islam disembelih, masjid ditukar menjadi gereja dan hukum-hukum Islam telah ditukar dengan hukum-hukum menurut agama meraka. Adalah sesuatu yang amat memalukan jika kita bersekongkol dengan orang kafir  untuk meraikan hari tersebut. Jika ini berlaku maka kita telah mendedahkan diri kita untuk mendapat kemurkaaan Allah S.W.T kerana terang-terang perayaan tersebut menentang hukum-hukum Allah S.W.T.

Sahabat yang dihormati,
Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Memperingati Kelasih (Valentine's day)  sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.

Tambahan pula sambutan ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day) , Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan hari tersebut  ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." ( Surah al-Israa’ ayat 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar arus perdana, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah S.W.T.. Firman-Nya yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". 
(Surah al-Baqarah ayat 120)

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya yang bermaksud : "Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".(Surah al-Hijr ayat 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Memperingati Kekasih (Valentine's day)  adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Memperingati Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita berkempen kepada semua umat Islam agar meninggalkan amalan songsang ini dan jangan sekali-kali merayakannya kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah kita sebagai umat Islam. Jika kita berdiam diri dan tidak memberi nasihat kepada umat Islam, remaja dan muda mudi kitaakan bahaya perayaan tersebut ditakuti bala yang turun nanti bukan saja menimpa kepada orang yang melakukan maksiat tetapi kita juga akan turut mendapat kesannya. Gunakanlah masa terluang kita untuk menambahkan ilmu yang bermanfaat disurau-surau atau di masjid-masjid supaya kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Tuesday, February 12, 2013

Janji-janji Allah SWT Kepada Orang-orang Mukmin


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah SWT menciptakan manusia dimuka bumi adalah semata-mata untuk beribadah kepadanya . Terdapat banyak janji-janji Allah SWT di dalam al-Quran dan juga janji-janji Allah SWT melalui lisan Nabi-Nya (hadis-hadis Nabi SAW) untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia samaada di dunia dan akhirat apabila manusia patuh dan tunduk kepada Allah SWT dan bersyukur dan bersabar di atas ujian dan musibah yang di timpakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa janji-janji Allah SWT untuk kebaikan para hamba-hamba-Nya. Janji-janji tersebut adalah seperti berikut :

1-Mereka yang sakit, Allah SWT akan sembuhkan.

2-Apa yang dikorbankan atau disedekah Allah SWT akan kembalikan.

3-Mereka yang berduka, Allah SWT akan gembirakan.

4-Segala dugaan, Allah SWT akan angkatkan darjat kita.

5- Segala keresahan atau kesempitan, Allah SWT akan lapangkan atau Allah SWT akan hapuskan.

Huraiannya :

1-Mereka yang sakit, Allah SWT akan sembuhkan.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi SAW sabdanya:"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam riwayat yang lain :"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"

2-Apa yang dikorbankan atau disedekah Allah SWT akan kembalikan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."(Surah al-Baqarah ayat 245)

3-Mereka yang berduka, Allah SWT akan gembirakan.

Firman Allah SWT : فَŰ„ِنَّ مَŰčَ Ű§Ù„ْŰčُŰłْ۱ِ يُŰłْ۱ًۧ 
Maksudnya : "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan"
(Surah Alam Nasyrah ayat 5)

Dalam ayat ini Allah mengungkapkan bahwa sesungguhnya di dalam setiap kesempitan di situ terdapat kelapangan dan di dalam setiap kekurangan untuk mencapai suatu keinginan di situ pula terdapat jalan keluar, jika seseorang dalam menuntut sesuatu tetap berpegang pada kesabaran dan tawakal kepada Tuhannya. Ini adalah sifat Nabi SAW. baik sebelum baginda diangkat menjadi Rasul maupun sesudahnya, ketika baginda terdesak menghadapi tantangan kaumnya.

Walaupun demikian, baginda tidak pernah gelisah dan tidak pula mengubah tujuan tetapi baginda bersabar menghadapi kejahatan kaumnya dan terus menjalankan dakwah sambil berserah diri dengan tawakal kepada Allah SWT dan mengharap pahala daripada-Nya. Selepas kesusuahan yang diterima Nabi SAW bersama para sahabat akhirnya Allah SWT kurniakan kejayaan dan kegembiraan. 

Firman Allah SWT maksudnya : “(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjik hidayat-Nya.” (Surah al-Baqarah ayat 156-157)

4-Segala dugaan, Allah SWT akan angkatkan darjat kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani). 

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"(Hadis Riwayat Tarmizi )

5- Segala keresahan atau kesempitan, Allah SWT akan lapangkan atau Allah SWT akan hapuskan.

Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sahabat yang dikasihi,
Allah SWT menjanjikan syurga kepada orang-orang mukmin yang beriman dan bertakwa, ketika di dunia dia bersabar dengan ujian penyakit, ditimpa musibah dan ditimpakan dengan berbagai-bagai dugaan, dia bersyukur di atas nikamat kurniaan Allah SWT dan tidak kikir untuk bersedekah dan infakkan hartanya di jalan Allah SWT.

Inilah Janji-Janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri Janji-janji Nya

Monday, February 11, 2013

Tiga Golongan Manusia Tidak Boleh Di Hina


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Tiga golongan  manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. " (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan manusia yang tidak boleh dihina iaitu :

Pertama : Orang tua muslim

Kedua : Orang yang berilmu.

Ketiga : Imam (pemimpun ) yang adil.

Huraiannya : 

Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang . Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai. 

Sada Nabi SAW. maksudnya : "Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Hadis Riwayat Muslim).

Firman Allah SWT yang bermaksud :|"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
(Surah al Hujurat ayat 11).

Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati. 

Pertama : Orang tua muslim.

Sebagai orang tua  mereka sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Orang muda perlu meghormati orang tua dan ambillah nasihat dan tunjuk ajar yang diberikannya.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya di antara cara memuliakan Allah adalah dengan menghormati orang muslim yang sudah tua, dengan menghormati ahli Al-Quran tanpa berlebihan dan tanpa menghinanya, serta dengan menghormati penguasa yang adil” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam kalimat yang lembut ini, Rasulullah SAW ingin menegaskan kemuliaan orang tua di kalangan kaum muslimin sampai didahulukan daripada ahli Al-Quran dan pemimpin yang adil, dimana kemuliaan mereka begitu besar.

Walapun orang-orang tua sudah ada pengalaman, pelajaran, kebijaksanaan yang lebih dan sudah kukuh status serta kewangannya, orang-orang tua masih tetap memiliki kekurangan. Kelemahan itu jelas nampak pada kesihan dan tubuhnhya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kemudian Kami jadikan setelah masa kuat itu masa lemah (kembali) dan beruban..” (Surah Ar-Rum ayat 54)

Suatu hari ada seorang tua datang kepada Rasulullah SAW. Orang-orang pada waktu itu tidak bersegera memberi jalan kepadanya. Dengan penuh kelembutan dan kasih sayang Rasulullah SAW menyatakan:

“Tidak termasuk bahagian daripada kami orang yang tidak menyintai anak kecil dan tidak menghormati orang tua”, (Hadis riawayat Bukhari)

Baginda ingin menyatakan bahawa siapa yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua, ia tidak termasuk bahagian kaum muslimim; Ia tidak bersifat seperti sifat kami, tidak beramal seperti amalam kami, dan tidak berakhlak dengan akhlak kami. 

Nabi SAW sendiri telah menggambarkan hal ini dalam kehidupannya.

Ketika Fathu Makkah, Abu Bakar datang dengan bapaknya, Abu Quhafah, pada ketika  itu telah berusia lanjut untuk masuk Islam di hadapan Rasulullah SAW di Baitul Haram. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar: “Mengapa engkau tidak membiarkan orang tua ini di rumahnya biar saya mendatanganinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Inilah dia akhlak Nabi SAW. Sementara Abu Quhafah adalah seorang tua yang terlambat masuk Islam sampai dua puluh tahun. Meskipun begitu, Rasulullah SAW tetap menghormatinya dan memandang bahawa bagindalah yang seharusnya datang ke rumah orang tua ini.

Demikianlah orang tua dalam pandangan Rasulullah SAW. Baginda bahkan menolak memanjangkan solat berjemaah (walapun besar kecintaan Rasulullah terhadapat solat jemaah) kerana dapat menyusahkan orang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan. Ini menunjukkan pandangan baginda yang menyeluruh dalam permalasahan kasih sayang. Hal ini menunjukkan keluasan wawasan dan pemahaman baginda terhadap hakikat Islam; bahawa Islam sesungguhnya datang untuk menebar kasih sayang dan bukan untuk menyeksa dan menyusahkan.

Kedua : Orang berilmu.

Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah  yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. Golongan berilmu (ulama) harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada dirinya bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.

Orang yang menghina orang berilmu (ulama) sama artinya dia mengumumkan perang kepada Allah SWT.

Hal ini sebagaimana disebutkan dalam hadis tentang wali Allah yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari -rahimahullah dari Abu Hurairah r.a :

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ قَŰ§Ù„َ : قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… : Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َى قَŰ§Ù„َ : مَنْ Űčَۧۯَى لِي وَلِيًّۧ فَقَŰŻْ ۹۰َنْŰȘُهُ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َ۱ْŰšِ – …Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ

Dari Abu Hurairah”Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman maksudnya : "Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya… " (Hadis Riwayat Bukhari)

Dan para ulama, mereka adalah termasuk wali-wali Allah.

Orang munafik amat suka menghina ulama yang jujur dan ikhlas menyatakan kebenaran dan akan melebalkan ulama sebagai membawa perpecahan dan kesesatan. Golongan munafik ini akan menghina ulama dengan gambar-gambar superimpose, gambar karton dan dengan mengucapkan kata-kata penghinaan dan maki hamun yang menurunkan mertabat sebagai seorang ulama yang dihormati.

Orang yang menaibkan para ulama maka ia akan dijerumuskan kepada apa yang ia tuduhkan kepada ulama itu.

Berkata Ibrahim An-Nakha-i rahimahullah, “Aku mendapati dalam jiwaku keinginan untuk membicarakan aib seseorang; akan tetapi yang mencegahku dari membicarakannya adalah aku khawatir jika aib orang itu ternyata menimpa diriku”

Ketahuilah bahwa ulama itu seperti bintang, dan salah satu fungsi bintang adalah sebagai penunjuk jalan.
Kita menjadikan ulama sebagai penunjuk jalan kita kepada kebenaran dalam memahami al-Quran dan As-Sunah. Jika kebenaran telah jelas dihadapan kita maka tidak boleh kita berpaling dari kebenaran itu dengan beralasan pada perkataan siapapun. 

Ketiga : Imam (pemimpin) yang adil.

Dalam zaman morden ini untuk mendapat imam atau pemimpin yang adil amat sukar. Pemimpin yang adil sebenarnya adalah pemimpin yang meletakkan pemerentahannya mengikut petunjuk Allah SWT. Melaksanakan al-Quran dan as-sunah dan menggunakan seluruh harta negara untuk kemaslahatan rakyat bukan untuk kroni dan ahli keluarga. Contoh pemimpin yang adil adalah khalifah ar-rasyidin dan khaifah Umar bin Abdul Azizi. Jika pemimpin tidak mengambil rasuah dan memerentah dengan adil dan saksama tidak kira bangsa dan agama rakyat dibawah pemerentahannya maka pemimpin seperti ini tidak boleh dihina dan di ceritakan kelemahan dirinya. Tetapi jika seseorang pemimpin itu telah terbukti rasuah dan menggunakan kekayaan negara untuk memuaskan nafsunya maka pemimpin seperti ini wajib ditukar dan digantikan dengan pemimpin yang lebih adil dan telus.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita menghina tiga golongan manusia yang dinyatakan seperti hadis di atas supaya kita tidak termasuk menjadi orang-orang munafik, kerana kerja-kerja orang munafik akan sentiasa membuat fitnah, mengaibkan orang lain, mengadu domba, dan menimbulkan perpecahan dikalangan orang-orang Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan agama lain. Wallahualam.