Tuesday, April 23, 2013

Soal Jawab Agama Siri 2 (Bab Aqiqah dan Kedudukan Wanita Dalam Islam)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 2 adalah menjelaskan persoalan mengenai ibadah aqiqah dan kedudukan wanita dalam Islam.

21.Soalan: Apakah pengertian ibadah Aqiqah?.  

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. 


Aqiqah adalah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah SWT  sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Hadis Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

22.Soalan: Apakah hukumnya melakukan ibadah aqiqah kerana saya baru sahaja dikurniakan seorang anak lelaki.

Hukum Aqiqah itu adalah sama dengan ibadah kurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali di nazarkan menjadi wajib.Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Hadis Riwayat al-Tirmizi).

23. Soalan: Apakah yang perlu saya lakukan dengan daging aqiqah? Perlukah disedekahkan atau menjamu kepada tetamu?
 

Daging Aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti  anak yang diaqiqahkan. 

Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

24.Soalan: Apakah tertib semasa proses daging aqiqah dibahagi-bahagikan?

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu ‘anha katanya yang bermaksud : "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)

25.Soalan: Apakah syarat-syarat sah dan perkara sunat aqiqah yang perlu saya patuhi?

Syarat sah aqiqah ialah berniat aqiqah ketika menyembelih. Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

Memenuhi syarat-syarat sembelihan. Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran.

Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan aqiqah adalah umur Biri-biri/ 1 tahun atau lebih, atau kambing 2 tahun atau lebih, atau lembu/kerbau 2 tahun atau lebih, atau unta 5 tahun atau lebih.

Kita hendaklah mengetahui juga sunat-sunat aqiqah iaitu hendaklah dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran, menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi). mencukur rambut bayi selepas penyembelihan, memberi nama yang baik kepada bayi, berdoa ketika hendak menyembelih, daging dimasak manis. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak dan yang terakhir daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri .

26.Soalan: Apakah hikmah yang kita perolehi daripada melakukan ibadah aqiqah ini?
 

Terdapat beberapa hikmah yang boleh kita perolehi daripada melakukan ibadah ini antaranya ialah tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah SWT. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak dan menggalakkan amalan sedekah. Bukan itu sahaja malah dapat melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka. Ibadah ini adalah sebagai mengikuti salah satu  sunnah Rasulullah SAW selain dapat mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.

Ibadah ini juga boleh membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri dan sekaligus dapat memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik membiasakan berkorban bagi orang tua .

27.Soalan: Dari manakah batas aurat seorang wanita muslim dan kepada siapakah aurat ini boleh dihalalkan?

Batas aurat untuk wanita muslim adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ( 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak anak mereka, anak anak tiri mereka, saudara saudara mereka, anak bagi saudara saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara saudara mereka yang perempuan, perempuan perempuan islam atau hamba hamba mereka, orang gaji dari orang orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, kanak kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah an-Nur ayat 31)

Berdasar ayat diatas wanita muslim hanya boleh membuka aurat kepada 11 golongan sahaja  sedangkan 5 golongan dibawah tidak boleh dibuka auratnya (walaupun terdiri daripada saudara maranya) iaitu suami kepada ibu saudara, sepupu lelaki, abang ipar (suami kepada kakaknya),  adik ipar (suami kepada adiknya) dan semua lelaki yang bukan mahramnya.

28.Soalan: Jika saya seorang wanita muslim, siapakah golongan yang bukan mahram saya?

Wanita muslim perlu juga mengambil perhatian mereka tidak boleh bersalaman dengan 5 golongan tersebut di atas (kerana mereka bukan mahramnya iaitu suami kepada ibu saudara, sepupu lelaki, abang ipar (suami kepada kakaknya),  adik ipar (suami kepada adiknya) dan semua lelaki yang bukan mahramnya.

Hanya dengan mahram sahaja boleh bersalaman. Kebanyakkan wanita muslim tidak menjaga aurat mereka dirumah kepada kaum keluarga yang bukan mahram dan suka bersalaman dengan mereka dengan tujuan menjaga hati mereka sedangkan bersalaman dengan bukan mahram haram hukumnya.

29.Soalan: Bilakah hukum wajib menutup aurat bagi wanita?

Wanita muslim diwajibkan menutup aurat adalah ketika mencapai usia akil baligh.Untuk wanita usia akil baligh adalah wanita yang berakal dan cukup umur dan telah datang haid. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun dan sudah wajib menunaikan perintah Allah SWT. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan.

30.Soalan: Apakah hukumnya jika saya memakai tudung tetapi memakai pakaian yang nipis dan tidak menutupi dada?

Setiap wanita muslim perlulah  memahami batas-batas aurat yang wajib ditutup kerana jika mereka tidak faham batas-batas tersebut maka mereka tidak menutup aurat walau pun nampak seolah-olah mereka sedang menutup aurat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Jenis-jenis pakaian wanita yang dikira tidak menutup aurat seperti kehendak agama adalah seperti berikut :
 

1. Pakaian yang dipakai terlalu nipis hingga menampakkan bayangan warna kulit.

2. Tudung yang dipakai terlalu nipis dan tidak menutup dada-dada mereka.

3. Baju dan seluar yang dipakai terlalu ketat hingga menampakkan bentuk badan dan peha mereka.

4. Tudung yang dipakai hanya membelit leher mereka dan tidak dilabukkan ke dada mereka.

5. Memakai tudung tetapi memakai baju kemeja T lengan pendik, hingga menampakkan lengan tangan mereka dan memakai seluar yang ketat. 


Perhatian : Pakaian yang sempurna adalah tudung yang labuh hingga menutup dada wanita kerana terdapat perhiasan yang perlu ditutup. Kedua-dua pergelangan tangan baju perlulah di butangkan atau dipinkan supaya tidak menampakkan kulit tangan. Elok memakai sarung lengan bila memakai baju kurung. Baju yang dipakai perlulah di labuhkan sedikit samaada jubah, maxi atau baju kurung. Jika hendak berseluar mestilah seluar yang longgar tidak menampakkan bentuk peha dan betis.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka (memakai baju yang labuh dan longgar)'. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59).

31.Soalan: Apakah kebaikan menjaga pergaulan dalam konteks Islam?
 

Jika semua wanita muslim yang telah sampai usia akhil baligh menutup auratnya, menjaga pergaulan dengan lelaki yang bukan mahram, tidak mendekati zina dan sentiasa menjaga adab-adab dan akhlak Islam maka masyarakat akan mempunyai suasana yang baik dan tidak mungkin berlaku gejala sosial dan melahirkan ramai anak-anak tidak sah taraf. Islam amat tegas dalam menjaga aurat dan kehormatan kaum wanita kerana wanita adalah aset penting untuk melahirkan keluarga muslim dan masyarakat Islam yang mampu mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT.  Tanpa ada wanita sebagai ibu dan isteri solehah tidak mungkin keluarga muslim, masyarakat Islam dan daulah Islamiah dapat dilahirkan dalam negara kita.

Oleh itu setiap lelaki mukmin  bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kaum wanita yang berada didalam tanggungannya (isteri-isteri, anak-anak perempuan, adik dan kakak dan ibu) sentiasa menutup auratnya dan berakhlak dengan akhlak Islam. Gunakan cara hikmah dan perkataan yang baik untuk menasihati mereka supaya mereka sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

32.Soalan: Apakah hukum seorang wanita muslimah mencukur kening,lebih lebih lagi apabila menjelang majlis perkahwinan?

Jumhur ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

33.Soalan: Apakah hukum seorang wanita yang memakai minyak wangi apabila keluar rumah?

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya .

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

34.Soalan: Apakah hukum seorang wanita bersolek untuk kelihatan cantik ke tempat kerja ataupun keluar berjalan? 


Kebanyakkan wanita sukar untuk meninggalkan bersolek (berbedak yang tebal), bergincu bibir dan bercelak apabila keluar rumah kerana sudah kebiasaan mengikut tren masyarakat. Sebenarnya wanita solehah tidak perlu terikut-ikut dengan amalan orang bukan Islam yang 'mewajibkan' bersolek dan bermake-up dengan tujuan supaya dipandang cantik, hakikat sebenarnya kecantikan seperti ini tidak perlu mengikut pandangan Islam. Memadailah dengan bedak yang tipis untuk menghilangkan kesan minyak dimuka. Jika wanita sentiasa berwuduk maka wajahnya akan nampak berseri tidak memerlukan "make up" yang berlebih-lebihan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Hendaklah kaum wanita tetap di rumah, dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah dahulu".(Surah al-Ahzab (59) ayat 33)

35.Soalan: Fesyen bertudung sekarang banyak yang menghasilkan selendang untuk menutup aurat. Apakah hukum memakai pakaian atau tudung yang nipis?

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW  berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW  lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

36.Soalan: Adakah suara wanita aurat dan apakah hukum seorang wanita bercakap dengan nada yang berlenggok-lenggok atau manja?

Mendengar wanita berbicara atau bersuara, tidaklah termasuk hal yang terlarang dalam Islam. Kecuali bila suara wanita itu dalam bentuk suara yang mendayu-dayu, mendesah atau dibuat sedemikian rupa sehingga membangkitkan nafsu berahi lelaki yang mendengarnya (seperti menyanyi ). Tentu saja para ulama sepakat untuk mengharamkannya. Namun bila dalam bentuk pembicaraan biasa wanitasaja di mana hal itu jauh dari fitnah dan urusan berahi, para ulama sepakat mengatakan bahawa mendengar suaranya tidak diharamkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah al-Ahzab ayat 32)

Walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi SAW tetapi pengajaran di dalam perintah Allah SWT ini boleh di amalkan untuk semua wanita-wanita yang beriman yang berhati-hati di dalam menjaga akhlak dan keperibadiannya.

37.Soalan: Apakah balasan seorang wanita memakai pakaian yang ketat dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuhnya?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibnu Majah.)

38.Soalan: Adakah kaki wanita (dari tapak kaki hingga buku lali) di kira aurat. ?
Di zaman moden kini tidak ramai wanita yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup oleh wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”,(Surah Al-Ahzaab ,ayat 59)

39. Apakah amalan-amalan wanita yang boleh melayakkan mereka masuk syurga?
 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”  (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja iaitu sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dirinya dan mentaati perintah suaminya.


Sedangkan seorang lelaki yang beriman dia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah SWT. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki syurga Allah SWT melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah SWT.

40. Jika wanita solehah memasuki syurga bagaimana kedudukannya berbanding dengan bidadari bermata jeli?
 

Jika wanita di dunia layak untuk memasuki syurga maka dia akan menjadi ketua kepada bidadari bermata jeli dan mempunyai kedudukan yang mulia dan berwajah lebih jelita daripada para bidadari.

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"

Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabrani)


 Bersambung....

Soal Jawab Agama Siri 1


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah sepanjang penglibatan saya di dalam penulisan tazkirah samaada di dalam blog atau facebook saya banyak menerima soalan-soalan mengenai agama dan persoalan masalah kehidupan yang dikemukakan oleh rakan-rakan blog dan facebook. Maka di sini saya cuba himpunkan sebahagian soalan-soalan tersebut berserta jawapannya untuk perkongsian kita semua. Saya akan cuba kemukakan soalan-soalan dan jawapan secara bersiri in syaa Allah.

1. Soalan: Apakah amalan yang perlu saya lakukan sebelum saya tidur?


* Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya sebanyak tiga kali. (Hadis Riwayat Bukhari).

*Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi  SAW maksudnya : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu”, (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 

*Dan lebih elok memulakan tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan sebagaimana dalam hadis di atas.


* Jangan tidur dengan tengkurap, berdasarkan sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”. (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang shahih)

2.Soalan: Apakah surah yang boleh kita amalkan supaya boleh dijadikan pelindung semasa tidur?

Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah, seperti membaca doa “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3.Soalan: Apakah yang perlu dilakukan apabila saya terjaga daripada tidur di tengah malam akibat termimpikan sesuatu perkara?

 
Apabila tiba-tiba terbangun di tengah malam, maka dianjurkan meminta kepada Allah SWT
kerana saat itu adalah saat yang mustajab doa, sebagaimana sabda Nabi SAW maksudnya “Tidaklah seorang muslim yang tidur dalam keadaan suci dan berzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudian mohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya”, (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dan jika terjaga daripada tidur akibat mimpi buruk, Nabi SAW bersabda maksudnya,  "Ketika bermimpi buruk hendaknya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk dan dari keburukan yang dilihat dalam mimpi”, (Hadis Riwayat Muslim).

4.Soalan: Apakah cara penyelesaian yang terbaik apabila saya dan rakan sekerja sering berselisihan pendapat mengenai sesuatu perkara?

 
Di dalam Islam terdapat kaedah untuk menyelesaikan sesuatau perbezaan pendapat iaitu dengan berbincang dan bermuzakarah secara baik dan sopan mengikut lunas-lunas ajaran Islam.

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya-jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” 
(Surah an-Nisa', ayat 59).

5.Soalan: Saya dan jiran berselisihan faham dan dia membuka aib dan memfitnah saya kepada jiran yang lain. Apakah akibat perbuatan tersebut?

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang suka membuat fitnah sebenarnya dia juga telah memutuskan silaturahim.
Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim). 

Kita perlu buangkan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kita iaitu sifat suka membuat fitnah, mengumpat, mendedahkan aib, menghina dan menjatuhkan maruah seseorang. Sayangkanlah segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang kita telah lakukan sejak akil baligh hingga sekarang supaya ianya tidak terhapus begitu saja  disebabkan kita melayan suasana masyarakat yang suka buat fitnah dan mendedahkan aib seseorang dan kita berada bersama-sama kumpulan tersebut.


6.Soalan: Apakah kesan dan akibat seseorang yang suka membuat fitnah dan mendedahkan aib seseorang melalui laman sosial?

 
Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat  (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)


Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Muslim (orang Islam) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat. “ (Hadis Riwayat Muslim)

Fitnah adalah dosa besar yang tidak di ampunkan oleh Allah SWT sekiranya orang yang membuat fitnah tidak memohon maaf daripada orang yang difitnahkan. Sekirannya fitnah tersebut disebarkan melalui internet dan berjuta-juta manusia membaca dan melayarinya maka setiap seorang yang mendapat berita tersebut maka orang yang membuatnya akan mendapat dosa. Jika selama 20 tahun berita fitnah itu masih ada di internet selagi ada orang membacanya maka dosa itu akan mengalir terus kepada pembuat fitnah seperti air sungai yang mengalir. Sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kesalahan orang yang membuat fitnah, dosa tersebut tidak mudah terhapus kerana berita fitnah tersebut sukar untuk di hapuskan kerana ramai orang yang menyimpan video atau tulisan tersebut atau mereka masih mempercayainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sesiapa yang menyebarkan fitnah di laman sosial sebenarnya dia telah mengumpul dosa yang banyak dan sukar dihapuskan, Selagi berita fitnah itu di simpan dan dipercayai selagi itulah dosa yang akan ditanggung berterusan, perbuatan ini amat memudahkan seseorang menjadi muflis di hari akhirat nanti.

7.Soalan : Apakah perkara terbaik yang perlu dilakukan apabila diri sedang diuji oleh Allah SWT?

 
Pertama, kita perlu bersabar dan redha dengan ujian Allah SWT, kerana kita terdiri dari orang-orang yang beriman. Orang beriman akan tenang menghadapai segala dugaan dan ujian.

Firman Allah SWT maksudnya : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3).

8.Soalan: bagaimanakah cara yang terbaik untuk menghadapi situasi yang mana saya tidak dapat apa yang saya hajatkan?


Allah SWT mengetahui apa yang terbaik untuk diri manusia. Kita hanyalah insan kerdil yang tidak mampu mengaturkan apa yang terbaik dalam kehidupan dan juga masa hadapan. Kadangkala kita sudah fikir perancangan kita adalah baik namun bukanlah yang terbaik disisi Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu  menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

9.Soalan: Bagaimana untuk kita persiapkan diri bagi menghadapi ujian dan dugaan yang diberi?


Kita perlu persiapkan diri untuk bagaimana harus menghadapi dugaan ini iaitu dengan meminta pertolongan daripada Allah SWT melalui sabar, berdoa dan solat. Mengadulah kepada Allah SWT semoga Dia permudahkanlah ujian yang sedang kita hadapi. 


Sesungguhnya orang orang yang bersabar dan mengerjakan solat adalah salah satu golongan yang dikasihi oleh Allah SWT. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah,ayat 45)

10.Soalan: Apakah balasan untuk orang orang yang sabar dalm menghadapi dugaan tersebut?

 
Balasan untuk orang yang sabar adalah pahala yang besar sebagaimana  firman Allah SWT yang bermaksud : "Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl,ayat 96)

Kesan daripada sabar ini hati akan menjadi tenang dan bahagia ini adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Hati yang sejahtera ini tidak akan putus asa dan rasa kecewa walaupun dia dikecewakan oleh insan lain kerana pertalian yang kukuh di antara hatinya dengan kecintaan kepada Allah SWT.

11.Soalan: Islam menggalakkan kita untuk berwangi-wangian. Adakah hukum jika kita sembahyang dengan memakai minyak wangi beralkohol?


Minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.


12.Soalan: Apakah amalan yang boleh dilakukan untuk ibu bapa kita yang telah meninggal dunia?

Amalan-amalan anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia :

1. Mohon keampunan untuk mereka.
Doakan kepada mereka.supaya diampunkan dosa-dosa mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadis Riwayat Muslim).

"Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang soleh di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?”
Di jawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.” (Hadis Sanad Hasan Riwayat Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.)

Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan daripada al-Quran seperti mana doa berikut :

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Surah Nuh (71) ayat 28)

Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang soleh secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana berikut:

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24)

Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh al-Qu’an dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibu bapa.

2. Menunaskan hutang mereka.

Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal dunia sehinggalah ia dilunaskan.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal radhiallahu 'anh yang baru kematian saudaranya: "Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau melunasinya." (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2433 .Kitab al-Ahkam, Bab membayar hutang orang yang meninggal dunia).

3.  Laksanakan wasiat ibadah yang mereka tinggalkan. 

Jika ibu bapa memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan:

Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”

Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi." (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 1852 (Kitab al-Hajj, Bab menunaikan nazar haji untuk yang meninggal dunia).

4.  Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibu bapa.
Jika ibu bapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibu bapa dan juga kita. Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:

Nabi SAW pernah bersabda : “Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.”

Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi SAW wafat.

Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu 'anh) memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang memiliki janji atau hutang dengan Nabi SAW datanglah kepada kami.”

Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya, ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.” (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2296 (Kitab al-Kafalah, Bab orang yang bertanggungjawab untuk menunaikan hutang si-mati…).

Dalam hadis di atas, janji Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar radhiallahu 'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibu bapa, janji atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.

5. Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun". (Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)

6. Berhubung Dengan Orang Yang Dicintai Oleh Ibu bapa.
Kebaikan yang terakhir adalah setinggi-tinggi kebaikan yang dapat dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya yang telah meninggal.

Hadisnya adalah seperti berikut: Dalam satu perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menemui seorang Arab Badui. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya. Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar) berkata kepadanya:

“Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu yang sedikit.”

Maka Ibn ‘Umar menjawab: “Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) ‘Umar bin al-Khaththab. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya bakti terbaik seorang anak ialah menghubung silaturahim dengan orang yang dicintai ayahnya.”

(Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2552 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab keutamaan berbuat baik kepada rakan ayah dan ibu).

Berdasarkan hadis di atas, hendaklah kita berbuat baik kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia dengan menjalinkan hubungan silaturahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib ibu bapa semasa mereka masih hidup.

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah : Terutama pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam dan niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran dan buku-buku Islam : Untuk sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan ayat-ayat al-Quran seperti : Surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.. Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

4. Beramal dengan amalan Islam. 


Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

 13. Soalan : Adakah sumber pendapatan yang haram seperti judi, rasuah dan riba boleh digunakan untuk sedekah dan mengerjakan haji?

 
Dilarang umat Islam memiliki sumber yang haram.Memiliki sumber wang haram contoh daripada sumber judi, rasuah atau riba akan membawa kemurkaan Allah SWT. Sekiranya orang yang memiliki wang haram digunakan untuk menyara keluarga, membeli rumah, tanah dan dilaburkan dalam perniagaan semuanya menjadi haram dan tidak akan mendapat keberkatan. Sekiranya pemilik asal  harta haram ini telah meninggal dunia tetapi warisnya tetap menggunakan harta tersebut untuk perniagaan, membeli harta dan mengembangkan harta tersebut , ahli waris tidak berdosa kerana mereka tidak mengetahuinya tetapi pemilik asalnya akan menanggung dosa di atas perbuatan mereka ketika di dunia.  Maka dosa-dosa yang akan diperolehi bertali arus masuk ke alam barzakh, dan azab di alam barzakh akan diterima berterusan hingga ke hari kiamat.

Harta yang haram tidak sah jika digunakan untuk bersedekah, bayar zakat , mengerjakan haji dan sebagainya. Di akhirat nanti semua hasil sumbangan daripada harta haram akan dilemparkan dimuka memiliknya.



Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun". (Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya “( Hadis riwayat at-Tirmizi.)

Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya makan makanan yang halal lagi baik dan sumber pendapatan juga dari sumber yang halal kerana banyak hikmah tersendiri di sebalik perintah tersebut. Makanan merupakan ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap pemilihan makanan halal, suci dan bersih dalam pemakanan sehariannya pasti akan lahir dalam dirinya keimanan dan nur yang dapat memandu jiwanya ke arah ketakwaan dan peningkatan ibadahnya kepada Allah S.W.T.

14. Soalan: Apakah hukum kita mengamalkan ilmu sihir dan mempelajarinya?


Mempelajari dan mengamalkan ilmu sihir adalah berdosa besar kerana ilmu sihir adalah amalan jin kafir dan syaitan.


Dalam kitab-kitab muktabar oleh ulama yang menulis dan menjelaskan tentang pengertian sihir, kesimpulannya diertikan sebagai suatu jampi mentera (biasanya berasusiasi) berurusan dengan makhluk halus (jahat) melalui proses amalan atau perbuatan halus untuk menganggu rohani dan jasmani mangsa dengan tujuan jahat menganggu dan menyakiti orang-orang tertentu.

Ditujukan kepada fikiran atau tubuh badannya bagi memaksa mengasihi sesuatu atau menyimpan kebencian yang boleh berlaku porak peranda dalam hubungan insan yang sedang berkasih atau suami isteri sehingga menyebabkan perceraian atau menganggu fizikal sehingga boleh menjadi penyebab kepada kematian dan sebagainya.

Itulah pengertian umum, bahawa sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan bagi suatu tujuan yang biasanya untuk mendatangkan berbagai-bagai kemudaratan

Pengertian atau pengenalan istilah sihir sudah menjadi sebutan umum, penyakit yang berpunca dari perbuatan orang atau suatu amalan halus yang dinamakan ilmu hitam atau black magic yang rata-ratanya ada hubung kait dengan amalan syaitan, yang membantu manusia bagi mengenakan sesuatu tujuan jahat untuk memuaskan kehendak nafsu bagi tujuan jahat.

Dalam hadis 2766, al-Bukhari dan hadis 89 al-Muslim, Nabi SAW menggesa umatnya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan dan salah satu daripada tujuh itu adalah perbuatan sihir.


Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), "Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T."

Mengamalkan ilmu sihir dan mengajarkan ilmu tersebut atau mencipta satu kaedah untuk membuat maksiat (contoh satu cara permainan judi dan sebagainya) adalah dosa besar.

Satu lagi dosa yang berterusan akan ditanggung oleh seseorang itu adalah apabila dia mengajarkan ilmu yang batil seperti ilmu sihir, ilmu perbomohan yang syirik atau kaedah-kaedah untuk membuat maksiat sedangkan ilmu itu diikuti , dipelajari dan diperturunkan kepada orang lain maka dosa-dosa besarnya akan ditanggungnya selagimana perkara tersebut di amalkan oleh orang lain.

15.Soalan: Apakah antara amalan yang dapat membantu kita bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi hari akhirat?


Antara  amalan yang dapat membantu kita adalah dengan memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah. Seperti firman Allah SWT yang  bermaksud : “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.” (Surah al-Munafiqqun ,ayat 10)

Orang mukmin akan mengambil kesempatan semasa hidup di dunia untuk membuat pelaburan untuk hari akhirat. Harta yang dimiliki untuk jihad fisabilillah, bersedekah, amal jariah dan membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Allah SWT akan menggandakan sedekah kita sehingga 700 kali ganda atau lebih.

16.Soalan: Bagaimanakah cara untuk saya memohon keampunan dari Allah SWT?


Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa. 


Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Dari Anas bin Malik ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Allah berfirman maksudnya : “Wahai anak Adam ( manusia ), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengaharap kepadaKu, Aku memberi keampunan kepadamu terhadap apa (dosa ) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampun kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adaml, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi”. (Hadits Riwayat Tirmidzi).

17.Soalan: Apakah hukum orang yang menggantung gambar keluarga atau pun gambar sendiri dirumah mereka?


Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada gambar, patung,anjing dan orang yang berjunub. Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat Rahmat. Gambar yang dimaksudkan adalah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.Haram bagi orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah-rumah mereka, seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. 


Untuk patung permainan kanak-kanak di bolehkan untuk permainan bukan untuk perhiasan. Sebagaimana hadis riwayat Aisyah r.ha.

Saidatina Aisyah r.ha berkata, "Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah SAW dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah SAW., tetapi Rasulullah SAW malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

18.Soalan: Bagaimana pula jika digantung gambar seperti gambar bunga dan pemandangan?


Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk bunga, pohon pokok, kapal, rumah, ayat Al-Quran, kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

19.Soalan: Bagaimana pula hukum orang yang menjadikan patung manusia ataupun patung haiwan sebagai perhiasan rumah?


Patung manusia atau patung haiwan diharamkan dijadikan barang perhiasan diletakkan di dalam atau atas almari. Malaikat rahmat tidak akan masuk rumah di dalamnya terdapat patung makhluk bernyawa. Tetapi patung mainan kanak-kanak diharuskan (patung mainan tersebut setelah digunakan kanak-kanak hendaklah disimpan dikotak permaian bukannya dipamerkan) berdasarkan hadis riwayat Aisyah.

20.Soalan : Kenapa membela anjing di larang?

 
Sesiapa yang membela anjing berdasarkan hadis Nabi SAW malaikat rahmat tidak akan datang kerumah tersebut.

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)


‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah SAW untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian dan Perhiasan (24), no. 5246)


Menurut Dr. Yusuf Al­Qaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelas­kannya begin; Memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan, terma­suk perkara yang dilarang oleh Nabi SAW. Alasannya, dengan membenar­kan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pada bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut.


Sebahagian ulama berpendapat, hik­mah dilarang memelihara anjing di rumah adalah; kalau anjing itu menya­lak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang.



Bersambung...

Sunday, April 21, 2013

Kenapa Umat Islam Harus Terlibat Dalam Pilihan Raya?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ramai dikalangan ulama haraki kontemporari mengatakan bahawa terlibat di dalam pilihan raya adalah harus. Antara ulama yang mengatakan harus  ialah : Muhammad Rasyid Redha, Hassan Al-Banna, Abu ‘Ala Al-Maududi, Abdul Qadir ‘Audah, Abdul Karim Zaidan, Dr Yusof AlQaradawi, dan selainnya .

Di antara dalili-dalil yang mengatakan harus adalah seperti berikut :

1). Asal bagi sesuatu perkara adalah harus.

2). Pilihan raya merupakan satu adat dalam masyarakat dan tidak mengapa jika membuat satu perubahan dan satu ciptaan yang baru padanya.

3). Proses pilihan raya merupakan satu ba'iah (aku janji rakyat) merupakan aku janji rakyat yang menunjukkan mereka reda dengan calon yang di bai’ah dan calon yang mereka pilih.

4). Umat Islam meniru kebanyakan daripada sistem, cara, wasilah yang tidak melanggar syariat dan ulama sepakat.


5). Proses pemilihan adalah mengikut ijtihad manusia ; mengikut zaman masa selagi mana tidak menyalahi nas .

6). Sistem pilihan raya telah di persetujui diperingkat kuliah syariat, universiti-universiti, persidangan ulama feqah, bagaimana mungkin diterima  disesetengah tempat, tapi tidak diterima ditempat lain ?


7) Proses pilihan raya termasuk dalam tolong menolong yang disyariatkan oleh Allah SWT.


Firman-Nya :

وَŰȘَŰčَŰ§ÙˆَنُÙˆŰ§ْ Űčَلَى Ű§Ù„ْۚ۱ِّ وَŰ§Ù„ŰȘَّقْوَى وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰčَŰ§ÙˆَنُÙˆŰ§ْ Űčَلَى Ű§Ù„Ű„ِŰ«ْمِ وَŰ§Ù„ْŰčُŰŻْوَŰ§Ù†ِ وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ْ Ű§Ù„Ù„ّهَ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„ّهَ ŰŽَŰŻِÙŠŰŻُ Ű§Ù„ْŰčِقَِۧۚ
 

Maksudnya :“ Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya” (Surah al-Maaidah ayat 2)

8) Melalui pilihan raya membolehkan untuk mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan, dan syariat Islam berusaha untuk mencapai kemaslahatan rakyat.

9). Proses pilihan raya merupakan salah satu cabang untuk melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar.


Firman ALLAH SWT :


وَلۡŰȘَكُن مِّنكُمۡ ŰŁُمَّŰ©ٌ۬ يَŰŻۡŰčُونَ Ű„ِلَى ٱلۡŰźَيۡ۱ِ وَيَŰŁۡمُ۱ُونَ ŰšِٱلۡمَŰčۡ۱ُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ Űčَنِ ٱلۡمُنكَ۱ِ‌ۚ وَŰŁُوْلَـٰٓÙźِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِŰ­ُونَ

Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ”(Surah Ali-Imran ayat 104)

Dan ianya sebab manusia dijadikan sebaik-baik ummat.

Firman ALLAH SWT :


كُنŰȘُمۡ Űźَيۡ۱َ ŰŁُمَّŰ©ٍ ŰŁُŰźۡ۱ِŰŹَŰȘۡ لِلنَّۧ۳ِ ŰȘَŰŁۡمُ۱ُونَ ŰšِٱلۡمَŰčۡ۱ُوفِ وَŰȘَنۡهَوۡنَ Űčَنِ ٱلۡمُنÚȘَ۱ِ وَŰȘُŰ€ۡمِنُونَ Űšِٱللَّهِ‌ۗ
 

Maksudnya : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang buruk (mungkar dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). ”(Surah Ali-Imran ayat 110)

10) Proses pilihan raya merupakan agen pengubah yang di gesa oleh syariat . Sabda Rasulullah SAW :


((من Ű±ŰŁÙ‰ منكم Ù…Ù†ÙƒŰ±Ű§ فليŰșيِّŰ±Ù‡ ŰšÙŠŰŻÙ‡ ، ÙŰ„Ù† لم ÙŠŰłŰȘŰ·ÙŠŰč ÙŰšÙ„ŰłÙ†Ù‡ ، ÙŰ„Ù† لم ÙŠŰłŰȘŰ·ÙŠŰč ÙŰšÙ‚Ù„ŰšÙ‡ ÙˆŰ°Ù„Ùƒ ۣ۶Űčف Ű§Ù„Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù† ))
 

Maksudnya : “ Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tanganya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya , dan sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya ,dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis Riwayat Muslim)

(Parlimen adalah salah saatu tempat untuk perbincangan mengurangkan kadar jenayah , kerosakan dan kemugkaran. Ianya adalah  tempat untuk mengubah kearah kebaikan dan melaksanakan perkara –perkara yang boleh menagatasi masalah jenayah maka, mereka mengharuskan untuk menghantar calon dalam pilihanraya Parlimen.) .

Sahabat yang dimuliakan,
Walaupun pilihanraya merupakan satu perkara baru dan datangnya dari negara barat , namun ia merupakan peluang yang harus dimanfaatkan oleh ummat Islam dalam memastikan tonggak negara di bawah pemerintahan yang adil ,memahami undang-undang perlembagaan mengikut cara Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-sunah.Di dalam kaedah fiqh berbunyi :

[Ù…Ű§ Ù„Ű§ يŰȘم Ű§Ù„ÙˆŰ§ŰŹŰš Ű„Ù„Ű§ ŰšÙ‡ فهو Ű§Ù„ÙˆŰ§ŰŹŰš]

Maksudnya “ Apa yang tidak dapat sempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia dianggap satu perkara yang wajib” .


Pilihan raya juga dianggap satu kewajpan.Juga dapat diqiaskan dalam masalah berwuduk dimana tidak sah solat seseorang melainkan dengan berwuduk ,maka berwuduk  dianggap wajib

Oleh itu kalian perlulah teliti, berhati-hati, fokus kepada kebenaran apabila di beri peluang untuk memilih pemimpin semasa pembuangan undi nanti. Memilih pemimpin yang adil dan saksama merupakan satu kewajipan dan semua pemilihan dan keputusan yang kalian lakukan akan di catat oleh dua malaikat yang berada di kanan dan kiri .  ,

Semoga Allah SWT merahmati usaha dan perjuangan yang dilakukan .Sama-samalah kita berjuang memenangkan Islam di muka bumi ini,usah terpedaya dengan janji-janji duniawi kerana kebanyakan harta dunia yang dijanjikan adalah tidak kekal, ianya  akan hancur musnah ditelan zaman.Tetapi apabila kalian kejar akhirat dan mencari keredhaan Allah SWT dalam apa saja aktiviti yang dilakukan termasuk mengundi di dalam pilihan raya dan memilih pemimpin yang adil dan baik akhlaknya maka kalian akan menjadi hamba Allah SWT yang di kasihi dan dirahmati-Nya.

Kemuliaan Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Sesungguhnya terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Sesiapa yang cinta dan kasihnya kerana Allah SWT maka  kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam syurga-Nya.
 
Hadis yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh AllahSWT di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah SWT sahaja.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:"Aku takut kepada Allah!",  orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." 

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah )

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan seseorang sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah SWT di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ?


Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.


Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud: "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz r.a. dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim)


Dalam hadis Qudsi yang lain firman Allah SWT yang bermaksud : "Berhak mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, berhak mendapat cinta-Ku orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang saling memberi kerana Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, di-sahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib, 3019)


Nabi SAW bersabda maksudnya :  "Barangsiapa ingin merasakan nikmatnya iman, hendaklah dia mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dan dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 2300)

Sabda baginda lagi yang bermaksud : "Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara keduanya adalah yang paling besar kecintaannya kepada saudaranya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad, dan di-shahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib 3014).


"Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah Nabi dan Syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."


Seseorang Badui berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami."

Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki Badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Hadis Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya di syurga terdapa pilar-pilar dari yakut, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seumpama mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya?" Baginda menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, orang-orang yang duduk bersama kerana Allah dan orang-orang yang bersua kerana Allah." (Hadis Riwayat Al-Bazzar, dilemahkan oleh Al-Albani dalam At-Targhib dan di-hasan-kan oleh para pen-tahqiq At-Targhib).


Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah. Sesungguhnya cinta kerana Allah SWT bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. 


Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredaan Allah SWT.

Tidak hairanlah kalau Allah SWT telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Memang orang sifatnya demikian sangat sukar didapati pada zaman ini, meskipun tidak dapat dinafikan mereka itu ada dalam masyarakat kita masa ini, tetapi terlalu sedikit sekali bilangannya. Mereka tidak semestinya datang dari kalangan saudara-mara, atau kaum kerabat sendiri. Tetapi kalau ada memang itulah yang paling baik sekali, supaya hubungan keluargaan itu menjadi lebih erat dan berpanjangan. Memang itu merupakan suatu nikmat, apabila ada seorang saudara sedarah sedaging mengambil berat terhadap saudaranya, masing-masing memberikan perhatian kepada yang lain dalam serba-serbinya di kehidupan 

 
Yang anehnya, bila orang-orang seperti ini datangnya dari luar kaum kerabat, seperti teman rakan dan sahabat yang tiada hubungan darah di antara kita dengannya, tetapi hubungannya dengan kita dan pengambil-beratannya dengan diri kita justeru lebih teguh dan erat dari kaum kerabat sendiri. Itulah tandanya persaudaraannya kerana Allah Ta'ala, yang kerana ikhlasnya dalam persahabatannya itu, dia malah memandang kepada kita. Orang-orang yang semacam inilah yang sangat dikasihi oleh Allah Ta'ala, yang disebutkan dalam sabdanya di atas, bahawa 'Aku akan menaunginya nanti di hari kiamat di bawah naunganKu!'.

 
Bertuahlah siapa yang sudah mendapat taufiq daripada Allah SWT untuk bersifat dengan sifat ini. Ini adalah kurnia luar biasa, sebab itulah balasannya juga adalah luar biasa. Kalau sudah dijanji Allah SWT akan mendapat lindungan-Nya di hari kiamat, tentulah hidupnya di dunia ini akan dilindungi Allah SWTpula, supaya dia berjalan di atas jalan yang diredai-Nya, tiada menyelewang dari jalan-Nya yang lurus. Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah SWT mencintai dan meredainya. Berbahagialah orang ini, dan mudah-mudahan kita juga akan diberi Allah taufiqNya untuk menjadi orang yang seperti ini, Insya Allah Ta'ala.


Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Nabi SAW di bawah ini :

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Nabi SAW : "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah."

(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam." (Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita hidupkan sunah dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW iaitu sentiasa berkasih sayang dikalangan orang-orang mukmin. Sama-sama berjuang dilandasan yang benar dan hak, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Bertemu, berdakwah dan berkempen semata-mata kerana Allah SWT. Bila berjauhan saling doa mendoakan mencari keberkataan dan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya doa sahabat kepada sahabatnya yang lain berjauhan adalah mustajab di sisi Allah SWT.




Saturday, April 20, 2013

Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Suasana sekarang ini rakyat Malaysia sedang demam pilihanraya, para pemimpin parti berada di dalam kesibukan untuk bertanding di dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) . Semua parti politik telah pun bersedia menyenaraikan calun-calun mereka untuk di daftarkan sebagai calun di hari penamaan calun nanti iaitu pada Sabtu 20 April 2013 . Ada calun yang terpilih dan ada calun yang digugurkan dan ada pula calun-calun muka baru yang akan mencuba nasib untuk di ketengahkan menjadi pemimpin rakyat. Samaada layak atau tidak , terpilih atau tidak bergantung kepada penilaian rakyat sendiri yang akan menilai dan memilih semasa hari pembuangan undi pada 5 Mei 2013. 

Terdapat parti politik yang diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana terdapat pertikaian di dalam Masyuarat Agongnya. Di sana-sini kedengaran suara bantahan daripada penyokong pemimpin kawasan yang tidak puas hati calun pilihan mereka tidak disenaraikan untuk bertanding di PRU 13 samaada sebagai ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Islam adalah agama yang cukup prihatin terhadap pemilihan pemimpin, kerana pemimpin yang jujur, amanah dan berpandangan jauh adalah pemimpin yang di kehendaki dalam Islam. Sebaliknya pula apabila seorang pemimpin itu suka menipu, berdusta, tidak amanah dan mementingkan diri sendiri adalah ciri-ciri pemimpin yang di benci dan dimurkai oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di pimpinnya. Seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggung jawab atas mereka, seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia bertanggung jawab atasnya. (Hadis Riwayat Bukhari)


Terdapat beberapa garis panduan umum sebagai perkongsian untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam untuk memilih pemimpin berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam.

Pertama : Menggunakan hukum Allah SWT. di dalam pentakbirannya.
 
Dalam berbagai aspek dan lingkup kepemimpinan, ia senantiasa menggunakan hukum yang telah di tetapkan oleh Allah SWT, perkara ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (Surah an-Nisaa' ayat 59)

Melalui ayat di atas taat kepada pemimpin adalah satu hal yang wajib dipenuhi, tetapi dengan syarat para pemimpin yang di taati itu adalah pemimpin yang  menggunakan hukum-hukum Allah SWT di dalam pemerentahannya. Dalam hal ini sebagaimana di nyatakan dalam ayat-Nya yang lain yang bermaksud :

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya . Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)". (Surah al-A'raf ayat 3)

Dalam ayat yang lain firman Allah SWT maksudnya :


1. "..Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir..." (Surah al-Maaidah ayat 44)
 
"..Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim..." (Surah al-Maaidah ayat 45)

 
"..Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.." (Surah al-Maaidah ayat 47)

 
" Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Surah al-Maaidah ayat 50)

Dan bagi kaum muslimin Allah SWT telah dengan jelas melarang untuk mengambil pemimpin sebagaimana ayat;

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Surah al-Maaidah ayat 51)

Dari beberapa ayat diatas, boleh disimpulkan, bahawa pemimpin dalam Islam adalah mereka yang senantiasa mengambil dan menempatkan hukum Allah dalam seluruh aspek kepemimpinannya. Jika mereka belum melaksanakan hukum Allah SWT di dalam masyarakat umat Islam tetapi sedang berusaha ke arah perlaksanaan hukum-hukum Allah SWT adalah dikira sebagai pemimpin yang memenuhi ciri-ciri pertama.

 
Kedua :Tidak meminta-minta jawatan.


Tidak terlalu mengharap atau menginginkan jawatan tertentu. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kami tidak akan memberikan jawatan ini kepada seseorang yang memintanya, tidak pula kepada orang yang sangat berminat untuk mendapatkannya" (Hadis Riwayat Muslim).
 
Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau ini lemah (ketika Abu Zar meminta jawatan di jawab demikian oleh Rasulullah), sementara jawatan adalah amanah, di hari kiamat dia akan mendatangkan penyesalan dan kerugian, kecuali bagi mereka yang menunaikannya dengan baik dan melaksanakan apa yang menjadi kewajiban atas dirinya". (Hadis Riwayat Muslim).

Kecuali, jika tidak ada lagi pemimpin yang layak dan tugas kepemimpinan akan jatuh pada orang yang tidak amanah dan akan lebih banyak membawa mudharat daripada manfaat, perkara ini dijelaskan dalam ayat al-Quran :

Firman Allah SWT maksudnya : "Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir), kerana sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan". (Surah Yusuf ayat 55)

Dengan catatan bahawa amanah kepemimpinan dilakukan dengan ;
1. Ikhlas.
2. Amanah.
3. Memiliki keunggulan daripada pemimpin yang lain.
4. Menyebabkan terjadinya kerosakan jika dibiarkan jawatan itu diserahkan kepada orang lain.

 
Ketiga : Fizikal sihat dan kuat dan amanah.

 
Firman Allah SWT maksudnya : "Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya." (Surah al-Qasas ayat 26).

 
Keempat : Tekun dan bersungguh-sungguh (profesional).

 
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Sesungguhnya Allah sangat senang pada pekerjaan salah seorang di antara kalian jika dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh (profesional)" (Hadis Riwayat Baihaqi) 

Kelima : Tidak mengutamakan ahli keluarga dan rakan terdekat (kroni).
 
Rasulullah SAW, "Barang siapa yang menempatkan seseorang kerana hubungan kerabat, sedangkan masih ada orang yang lebih Allah redhai, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang mukmin". (Hadis Riwayat al-Hakim).

Saidina Umar bin al-Khattab berkata : "Siapa yang menempatkan seseorang pada jawatan tertentu, kerana rasa cinta atau kerana hubungan kekerabatan, dia melakukannya hanya atas pertimbangan itu, maka seseungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin".

 
Keenam : Menempatkan orang yang paling sesuai dan layak.

 
"Rasulullah bersabda maksudnya, : "Jika suatu perkara telah diberikan kepada orang yang tidak semestinya (bukan ahlinya), maka tunggulah kiamat (kehancurannya)". (Hadis Riwayat Bukhari).

 
Dalam konteks hadis ini, setidaknya ada beberapa perkara yang perlu kita teliti :

1. Seorang pemimpin mampu melihat potensi seseorang.

 
Setiap manusia tentunya diberikan kelebihan dan kekurangan.Kesalahan terbesar bagi seorang pemimpin adalah ketika dirinya tidak boleh melihat potensi seseorang dan menempatkannya pada tempat yang semestinya. Begitu pentingnya perhatian bagi seorang pemimpin terhadap perkara ini, maka Rasulullah SAW bersabda sebagaiman hadis ke5 di atas.

Ketidakmampuan pemimpin dalam hal ini hanya akan membuat jamaah, parti atau organisasi yang di pimpinnya menjadi tidak efektif dan efisien, bahkan tidak sedikit kesalahan pemimpin dalam hal ini menimbulkan kekacauan yang membawa kepada kehancuran.

2. Mampu mengasah (meningkatkan) potensi seseorang.

 
Selain ia boleh melihat potensi pada diri seseorang, seorang pemimpin dengan caranya yang paling baik, ia boleh mengasah potensi mereka yang berada dalam kepemimpinannya. Mengasah potensi seseorang bukanlah suatu yang mudah ianya perlu kepada kesabaran dan istiqamah

3. Meletakkan seseorang sesuai dengan potensi yang ia miliki.


Seorang pemimpin akan berusaha menempatkan seseorang itu di tempat yang paling tepat bagi orang tersebut serta sesuai dengan bidang tugas yang diberikan.

4. Mengatur setiap potensi dari mereka yang di pimpinnya menjadi satu kekuatan yang kokoh.

 
Bangunan yang baik, kokoh dan indah tentunya tidak hanya terdiri dari satu elemen, tetapi terdiri dari berbagai elemen yang ada di dalamnya. Tentunya, penempatan dan penggunaan masing-masing elemen itulah yang sangat mempengaruhi bagaimana sebuah bangunan itu. Perumpamaan sederhana ini boleh kita gunakan untuk memahami tugas seorang pemimpin dalam menempatkan, menggunakan mereka yang berada dalam kepemimpinannya.


Sahabat yang dimuliakan,
Dalam susana politik di Malaysia terdapat juga pemimpin yang bukan Islam akan bertanding pada piliharaya kerana amalan demokrasi. Adakah boleh kita memilih pemimpin yang bukan Islam di suatu kawasan yang majoritinya orang bukan Islam?

Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du’at, Dr Zaharuddin Abdul Rahman baru-baru ini yang menyatakan boleh mengundi calon bukan Islam untuk dijadikan pemimpin.

Dr Zaharuddin berhujah bahawa orang bukan Islam boleh diundi atas kapasiti MOU yang dibuat, bukan diundi atas kapasiti peribadi.Selain itu, katanya orang bukan muslim yang diundi tidak semestinya akan dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Di dalam amalan sisitem demokrasi di Malaysia, hanya parti yang mempunyai majoriti 2/3 ahli di Parlimen saja boleh mengubah perlembagaan negara dan menentukan dasar dan polisi negara. Jumlah calun bukan Islam yang mengadakan MOU tidak sampai 50% ianya tidak akan mendominasikan majoriti 2/3 ahli Parlimen, tetapi iannya membantu calun-calun Islam untuk mendapat majoriti 2/3 atau pun majoriti mudah.

Jika parti politik mendapat majoriti mudah saja di Parlimen , perubahan perlembagaan negara tidak boleh dibuat. Saya setuju pendapat Dr Zaharuddin bahawa mengundi calun bukan Islam yamg mempunyai MOU atau perjanjian dengan organisasi Islam adalah mengikut kaedah "tahaluf siyasi" yang dibenarkan Islam. Pendapat yang mengatakan tidak boleh langsung berkompromi adalah pendapat yang tidak memahami kaedah syarak untuk di sesuaikan dengan perkembangan semasa. Umat Islam perlu membuka minda dan tidak rijid dan jumud dengan pendapat sendiri yang akan merugikan Islam. Wallahualam.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita membuka minda dan berfikir dengan tenang, pilihlah pemimpin Islam yang akan membawa agenda umat dan mereka yang bersetuju atas dasar keadilan ketelusan dan kebajikan bersama. Kesilapan kalian memilih pemimpin hingga hak rakyat terabai akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat nanti.Tangan kalian yang memangkah akan menjadi saksi dan pencil yang kalian gunakan juga akan menjadi saksi di hadapan mahkamah Allah SWT.