Saturday, June 29, 2013

Titian Sirat Adalah Jambatan Merentasi Neraka Jahanam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Mariam ayat 71)

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang memimpin umat lain.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah SWT”

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah SWT dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar.” (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi SAW yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra’ yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,“Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya.” Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah SWT

Sekatan Keenam : Mengenai wuduk dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wuduknya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wuduknya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.

Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah SWT maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah SWT.

Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.

* Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
* Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
* Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk
* Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:

Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti diatas Sirat. Setiap kali, Nabi Muhammad SAW. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; “Wahai Muhammad!”, dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata; “Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!”

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki Syurga Allah SWT. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?

Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan Nabi SAW tetapi dalam keadaan yang amat azab.

Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah ruginya kita bila bertemu Allah SWT nanti tidak ada amalan yang dapat membantu dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.

Hanya jiwa yang beriman dan bertakwa sahaja akan terselamat daripada azab yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.

Soal Jawab Agama Siri 41 (Tafsir Ayat 7 Surah al-Fatihah, Ahli Syurga, Memberi Makan Orang Miskin Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 41 adalah menjawab persoalan tafsir ayat 7 surah al-Fatihah, ahli syurga, memberi makan orang miskin  dan memberi salam, Padang Mahsyar dan tanda-tanda hati yang hidup.

491. Soalan : Di dalam al-Quran surah al-Fatihah ayat ke tujuh , firman Allah SWT maksudnya." (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." Bolehkah ustaz jelaskan siapakan orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT di dalam ayat ini?

Ulama tafsir dalam menafsirkan ayat ketujuh ini menyatakan bahawa orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT adalah dijelaskan di dalam surah an-Nisa' ayat 69-70.

Firman-Nya yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para siddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (Surah An-Nisa': 69 -- 70).

Allah S.W.T telah memilih dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa, dalam hidupnya sentiasa mentaati Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Kedudukan mereka adalah sama dengan kekasih Allah S.W.T. yang telah dimuliakan dan diberi nikmat di dunia dan akhirat,iaitu para nabi, para siddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh.

492. Soalan : Bagaimana keadaan ahli neraka yang dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa-dosa besar yang mereka lakukan di dunia tetapi mempunyai sedikit saja iman di dalam hatinya?
Seorang ahli neraka yang dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa-dosa besar yang mereka lakukan di dunia masih berpeluang untuk memasuki syurga apabila di dalam hatinya ada sedikit iman walau pun sebesar biji sawi.

Dari Humaid, ia berkata : Aku mendengar Anas r.a. berkata : Saya mendengar Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Apabila hari kiamat tiba, aku diberi syafaat, kemudian aku berkata : “Wahai Tuhan, masukkanlah ke syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi”. Maka mereka masuk, kemudian aku berkata : “Masukkanlah ke syurga orang yang didalam hatinya ada sedikit- dikitnya sesuatu”. Maka Anas r.a. berkata seolah-olah saya melihat jari-jari Rasulullah SAW (Hadis Riwayat Bukhari).
 

Dari Abu Said Al Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah memasukkan penghuni syurga ke syurga, Dia memasukkan orang yang di kehendakiNya dengan rahmat-Nya dan memasukkan penghuni neraka ke neraka, kemudian Dia berfirman maksudnya : “Lihatlah orang yang kamu sekalian dapati di dalam hatinya iman seberat biji sawi, maka keluarkanlah ia”.  Kemudian mereka dikeluarkan dari neraka seperti arang, mereka telah terbakar maka mereka dilemparkan di sungai hidup (nahrul hayat), lalu mereka tumbuh di dalamnya, sebagaimana biji-bijian itu tumbuh di tanah yang dibawa banjir, tidaklah kamu melihatnya, bagaimana ia tumbuh dengan kuning emas”.
(Hadis Riwayat Muslim).

493. Soalan : Adakah amalan bersedekah dengan memberi makan orang miskin dan memberi salam satu amalan yang paling baik di sisi Islam? Bagiamankah adab memberi salam yang di anjurkan dalam ajaran Islam?

Benar amalan memberikan sedekah makanan atau wang ringit kepada fakir miskin yang memerlukan adalah amalan yang mulia di sisi Allah SWT. Begitu juga amalan memberi salam kepada sesama muslim samaada dikenali atau tidak adalah amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW.

Terdapat hadis Nabi SAW : Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash radhiallahu’anhuma bahwa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam, “Ajaran Islam yang manakah yang paling baik”? Baginda menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang memerlukannya), dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (Hadis Riwayat Bukhari 4684 dan Muslim 993).

Terdapat 5 adab-adab memberi salam seperti berikut :

1. Orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki

2. Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk

3. Orang yang sedikit kepada yang banyak

4. Orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.

Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.

Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: Ù„ÙŠŰłÙ„Ù… Ű§Ù„Ű”ŰșÙŠŰ± Űčلى Ű§Ù„ÙƒŰšÙŠŰ±، ÙˆŰ§Ù„Ù…Ű§Ű± Űčلى Ű§Ù„Ù‚Ű§ŰčŰŻ, ÙˆŰ§Ù„Ù‚Ù„ÙŠÙ„ Űčلى Ű§Ù„ÙƒŰ«ÙŠŰ±. وفي Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ©: ÙˆŰ§Ù„Ű±Ű§ÙƒŰš Űčلى Ű§Ù„Ù…Ű§ŰŽÙŠ. مŰȘفق Űčليه.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk  dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (Hadis Riwayat Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).

5. Apabila memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur.

Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.

494. Soalan : Semasa berhimpun diPadang Mahsyar semua manusia akan merasai gelisah kerana masa di sana terlalu lama sementara menanti proses pengadilan daripada Allah SWT. Minta ustaz huraikan sedikit suasan kehidupan di Padang Mahsyar berdasarkan hadis-hadis sahih?

Diriwayatkan dari ‘Abdullah ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

    يَŰŹْمَŰčُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„ŰŁَوَّلِيْنَ وَŰ§Ù„ŰąŰźِ۱ِيْنَ لِمِيْقَۧŰȘِ يَوْمٍ مَŰčْلُوْمٍ قِيَŰ§Ù…ًۧ ŰŁَ۱ْŰšَŰčِيْنَ ŰłَنَŰ©ً ŰŽَِۧ۟Ű”َŰ©ً ŰŁَŰšْŰ”َۧ۱ُهُمْ يَنْŰȘَŰžِ۱ُوْنَ فَŰ”ْلَ Ű§Ù„ْقَ۶َۧۥِ

Maksudnya :“Allah mengumpulkan semua manusia dari yang pertama sampai yang terakhir, pada waktu hari tertentu dalam keadaan berdiri selama empat puluh tahun. Pandangan-pandangan mereka menatap (ke langit), menanti pengadilan Allah.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya dan ath-Thabrani. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat-Tarhib, no.3591).

Syafaat Al-Kubra :
Peristiwa di Padang Mahsyar sangatlah dahsyat. Di hari itu, Allah Ta’ala mengumpulkan seluruh makhluk-Nya, yang pertama sampai terakhir di satu tanah luas yang datar. Matahari didekatkan dengan jarak satu batu sehingga manusia benar-benar mengalami kesusahan dan kesedihan.

Ketika kesusahan yang mereka rasakan semakin memuncak, akhirnya mereka mencari orang yang dapat memberikan syafaat, agar Allah Ta’ala segera mempercepat keputusan-Nya. Mereka pun akhirnya berusaha mendatangi Nabi Adam, kemudian Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa bin Maryam untuk meminta syafaat darinya, namun mereka semua menolaknya. Pada akhirnya mereka datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, untuk meminta syafaat dari baginda. Dengan izin Allah Ta’ala, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam memberikan syafaat kepada umat manusia, agar mereka diberi keputusan. (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari, no. 4712 dan Muslim, no. 194 dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Yaumul Hisab

Yaumul hisab atau hari perhitungan amal adalah hari dimana Allah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya tentang amal mereka. Allah Ta’ala berfirman:

    Ű„ِنَّ Ű„ِلَيْنَۧ Ű„ِيََۧۚهُمْ (25) Ű«ُمَّ Ű„ِنَّ Űčَلَيْنَۧ Ű­ِŰłََۧۚهُمْ (26)

Maksudnya : “Sungguh, kepada Kami-lah mereka kembali. kemudian sesungguhnya (kewajiban) Kami-lah membuat perhitungan atas mereka.”  (Surah al-Ghasyiyah ayat 25 – 26).

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam sering berdoa di dalam solat dengan mengucapkan:

    َۧللَّهُمَّ Ű­َۧ۳ِŰšْنِيْ Ű­ِŰłًَۧۚۧ يَŰłِيْ۱َۧ

 "Allohumma haasibni hisaaban yasiiro (Ya Allah, hisablah diriku dengan hisab yang mudah.”

Kemudian ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya tentang apa itu hisab yang mudah? Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam menjawab: “Allah memperlihatkan kitab (hamba)-Nya kemudian Allah memaafkannya begitu saja. Barangsiapa yang dipersulit hisabnya, nescaya ia akan binasa.” (Hadis Riwayat Ahmad, VI/48, 185, al-Hakim, I/255, dan Ibnu Abi ‘Ashim dalam Kitaabus Sunnah, no. 885. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim dan adz-Dzahabi).

495. Soalan : Hati manusia adalah sangat penting kerana jika ia rosak maka rosaklah  manusia  tetapi jika dia sihat maka eloklah manusia. Bolehkah ustaz terangkan apakah tanda-tanda hati yang hidup (sihat)?

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati perlu di bentuk supaya sihat dan mulia dengan Islam.Hati yang rabbani adalah hati yang setiap ketika dan saatnya berhubung dengan Allah SWT  dan mematuhi segala titah perintahNya.


 Di antara tanda-tanda hati yang hidup :


1.Sentiasa mengingati dan berzikir kepada Allah SWT.


2.Kuat berpegang pada ajaran Islam.


3.Menjauhi larangan Allah SWT dan meninggalkan perkara yang sia-sia.


4.Bersih dari hasad dengki, cepat marah dan menipu.


5.Reda dengan sistem hidup Islam.








Friday, June 28, 2013

Soal Jawab Agama Siri 40 (Doa Malaikat, Hukum Faraid, Adab Melamar Dan Kelebihan Zikir)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 40 adalah menjawab persoalan doa malaikat kepada mereka yang bersuci dan duduk menunggu solat, saf pertama dan menyambung saf, hukum faraid, adab melamar dan kelebihan zikir.
 

481. Soalan : Apakah kebaikan jika seseorang sentiasa berwuduk dan berada di dalam keadaan bersuci?

Jika seorang mukmin itu sentiasa berwuduk dan bersuci samaada ketika hendak tidur atau berada di dalam masjid untuk menunggu solat maka malaikat akan sentiasa berada bersama-sama dengannya dan mendoakannya.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat  Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'." (Hadis Riwayat Muslim  dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

482. Soalan : Apakah hikmah yang akan kita perolehi jika kita solat  pada saf pertama (terhadapan) dan yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan dalam saf)?

Malaikat sentiasa berselawat (berdoa) kepada sesiapa sahaja yang berada di saf pertama (terhadapan)  dan tidak memutuskan saf ketika solat berjemaah.

Rasulullah SAW.  bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"(Hadis Riwayat Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

483. Soalan : Seorang lelaki mati meninggalkan seorang isteri dan seorang seorang anak lelaki. Harta yang ditinggalkan ialah: sebuah rumah banglo dan sebuah kereta. Bagaimanakah cara untuk dibuat pembahagian secara hukum faraid?

Penyelesaian: isteri mendapat 1/8, dan

Anak lelaki mendapat lebihan harta iaitu 7/8.

Maka, pemilikan isteri terhadap banglo ialah 1/8, dan pemilikannya terhadap kereta ialah 1/8.

Manakala anak lelaki mendapat pemilikan 7/8 daripada banglo, dan 7/8 daripada kereta.

Ertinya, apabila mereka (isteri dan anak lelaki simati) menyewakan rumah banglo dan kereta itu, keuntungannya hendaklah dibahagi berdasarkan nisbah 1:7. Begitu juga jika mereka menjual aset-aset itu, harganya dibahagi antara mereka berdua dengan nisbah 1:7 (isteri: 1. anak lelaki: 7).

Tetapi selama harta-harta itu tidak dijual, maka selagi itulah pemilikan mereka adalah secara isytirak. Cara ini dinamakan dalam ilmu faraidh sebagai cara nisbah.

484. Soalan : Bagaimanakah sikap ibu bapa jika ada lelaki baik datang untuk merisik dan melamar anak perempuaan mereka untuk dijadikan sebagai isteri? Apakah ciri-ciri yang perlu diutamakan oleh mereka berdua?

Pihak lelaki apabila ingin mencari calun isteri perlulah mengutamakan yang beragama kerana dengan beragama akan memudahkan kehidupan dan akan membawa kebahagiaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain daripada mengutamakan agama satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah sekufu (persamaan). Perkahwinan sekufu adalah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Adakah Islam mengaku suami isteri itu bertaraf-taraf? Jawapannya ia. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentunya tidak sama orang berilmu dengan yang tidak berilmu, orang yang bertakwa tidak sama dengan orang yang tidak bertakwa, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama.

Pihak ibu bapa pula perlulah melihat akhlak dan keperibadia bakal suami anaknya yang soleh dan memahami agama walau pun mungkin dia bukanlah orang yang kaya-raya atau berketurunan bangsawan.

Sabdanya lagi yang bermaksud : "Apabila datang seorang lelaki yang elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dengan dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yang besar akan berlaku."(Hadis Riwayat Tirmidzi-hasan sahih)

485. Soalan : Apakah kelebihan mengucapkan kalimah  "Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar, Walahaulawala Quwatailla Billah"

 

Kelebihan banyak membaca zikir di atas adalah dosa-dosa kecil kita akan diampunkan oleh Allah SWT, kerana dosa-dosa besar hanya akan diampunkan dengan taubat nasuha.

Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar, Walahaulawala Quwatailla Billah" Sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga."(Hadis riwayat Tabrani)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Selalulah kamu mengucapkan : Laa Illaaha Illallah dan beristighfar kepada Allah dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu, kerana Iblis berkata : Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan Laa Ilaaha Illallah dan istighfar." (Hadis Riwayat Abu Ya'laa r.a)



Wednesday, June 26, 2013

Soal Jawab Agama Siri 39 (Kisah Bertaubat Para Rasul, Mati Di Bunuh, Mati Syahid dan Nasihat Saidina Ali)


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 39 adalah menjawab persoalan kisah taubat para Rasul, mati di bunuh, kelebihan mati syahid dan nasihat Saidina Ali.

486. Soalan : Di dalam al-Quran terdapat kisah para Rasul bertaubat kepada Allah SWT .Boleh ustaz terangkan sebahagian ayat-ayat tersebut?

Doa Nabi Musa a.s kepada Allah SWT maksudnya : "Musa berdoa: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan sauadaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang." (Surah al A'raaf ayat 151)

Al Quran ketika bercerita dengan ringkas tentang Yunus ini: "Dan (ingatlah) kisah Dzun Nun (Yunus) ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya atau menyulitkannya, maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: Bahawa tidak ada tuhan (yang berhak di sembah) selain Engkau. "Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim". Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al Anbiyaa ayat 87-88)

"Dan Daud mengetahui bahawa Kami mengujinya, maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat. Maka Kami ampuni baginya kesalahannya itu. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik." (Surah Shaad: 24-25)

 Doa Nabi Nuh a.s. "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang yang rugi." (Surah Hud ayat 47).


Jika para Rasul yang bersifat maksum juga meminta ampun kepada Allah SWT maka lebih-lebih lagi kita sebagai manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa kepada Allah SWT sangat-sangat perlu untuk sentiasa bertaubat dan mohon ampun kepada Allah SWT.

487. Soalan : Kita sering mendengar di dalam akhbar kes orang dibunuh ketika dirompak kerana mempertahankan diri. Adakah orang yang mati dibunuh kerana mempertahankan diri dan hartanya dikira sebagai mati syahid?

Sesiapa yang mati dibunuh ketika dirompak kerana mempertahankan hartanya maka dia termasuk orang yang mati syahid.

Daripada Said bin Zaid r.a. Nabi SAW. bersabda: "Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yg dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid." (Hadis Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i.)

488. Soalan : Apakah kelebihan orang-orang yang mati syahid? 


Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:

1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar(pada hari kiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan."


Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:


1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar 
2. melihat tempatnya didalam syurga. 
3. dilindungi dari azab kubur - dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar 
4. merasakan kemanisan iman, 
5. dikahwinkan dengan bidadari, dan 
6. diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya" 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

489. Soalan : Jika seorang mukmin itu bercita-cita untuk mati syahid adakah adakah dia akan mendapat mati syahid walau pun dia mati di atas katilnya?
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang meminta mati syahid dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid, walaupun dia meninggal di tempat tidur-nya." (Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56).


Hadis tersebut mempengaruhi orang Islam supaya bercita-cita mati syahid, iaitu kematian yang termulia dalam Islam, dengan menjanjikannya akan mendapat kedudukan yang dimintanya itu, walaupun dia hanya meninggal di rumah.. Sesiapa yang tidak bercita-cita mahu mati syahid dan di dalam hatinya tidak ada niat langsung maka matinya dalam kehinaan kerana tidak mendapat ganjaran mati syahid sedangkan semulia-mulia kematian adalah mati syahid, setiap amalan bergantung pada niatnya.


490. Soalan : Saidina Ali k.wj. pernah berkata yang bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” . Minta huraiakan kata-kata hikhmat tersebut.

Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.
 

Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat. Ketika inilah tidak berguna lagi penyesalan kerana semuanya telah terlambat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).”


Apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali k.wj dengan ‘terjaga’ (tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’.



Tuesday, June 25, 2013

Soal Jawab Agama Siri 38 (Sifat Riyak, Sum'ah, Sombong, Takbur, Hasad Dengki, Iri Hati, Ujub dan Bakhil)

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 38 adalah menjawab persoalan sifat-sifat riyak, sum'ah, sombong, takbur, hasad dengki, iri hati, ujub dan bakhil.

481. Soalan : Apakah dia sifat riyak dan sum'ah? Bagaimana sifat ini boleh merosakkan amal seseorang?

Riyak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riyak." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
 

Riyak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?" Kami katakan: "Tentu". Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan kemudian menceritakan perbuatannya (sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya mengharapkan pujian yang sifatnya duniawi).
 

Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan).Contoh : Malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa malam tadi dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim.

Perbedaan riyak dan sum’ah ialah: Riyak adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan kepada orang lain.

Riyak berkaitan dengan indra mata, sedangkan sum’ah berkaitan dengan indra telinga.

Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat  riyak dan sum'ah ini:


يََۣۧيُّهَۧ Ű§Ù„َّ۰ِيْنَ  ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ْ Ù„Ű§َ ŰȘُŰšْŰ·ِلُوْۧ Ű”َŰŻَقَۧŰȘِكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْمَنِّ وَŰ§Ù„َْۧ۰َى كَŰ§Ù„َّ۰ِىْ يُنْفِقُ مَŰ§Ù„َهُ ۱ِŰŠَۧۥَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ …

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia…” (Surah al-Baqarah ayat 264).

482. Soalan : Sifat sombong dan takbur adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT, minta ustaz huraikan ciri-ciri seseorang boleh termasuk dikalangan orang yang sombong.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."


Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."


Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)


Sombong adalah penyakit berbahaya, dimana jika penyakit ini bersarang di hati, nescaya akan mendorong pelakunya untuk berbuat dosa yang akan menjauhkannya dari Syurga dan mendekatkan ke Neraka.
 

Sombong adalah sebuah penyakit yang akan menjadi penghalang bagi pelakunya dari syurga dan keselamatan. Sombong ibarat racun yang berada di dalam hati, jiwa dan perasaan. Di mana racun itu akan menyerap dalam jiwa, harta, kedudukan, kekuatan, kemampuan dan ilmu seseorang. Racun dalam jiwa manusia yang tidak akan boleh lepas dari was-was syaitan dan beranggapan bahawa ia adalah orang yang paling penting atau mempunyai kedudukan tinggi.

Sombong adalah sifat mazmumah (buruk), manusia yang sombong adalah mereka yang menolak kebenaran dan tidak menghargai kebolehan atau kelebihan orang lain. Lazimnya orang yang sombong suka berdusta dan bercakap bohong.

483. Soalan : Salah satu sifat mazmumah adalah sifat hasad dengki dan iri hati.Bagaimana sifat ini boleh menghapuskan amala-amal kebaikan yang kita lakukan?

Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki sentiasa berada dalam keadaan resah serta gelisah. Antaranya disebabkan tidak senang dengan kejayaan orang lain yang maju terus kehadapan. Penyakit ini umpama satu virus bahaya yang telah merebak ke seluruh hati-hati sehingga sukar diubati.

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW: "“Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Hasad dengki hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.

Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. (Surah Ali-‘Imran ayat 120).

Lantaran sifat hasad dengki ini kesannya sangat buruk maka Allah memerintahkan kita berlindung daripada keburukannya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki. (Surah al-Falaq ayat 5).

Rasulullah SAW  memperingatkan dalam hadisnya yang bermaksud: “"Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering”. (Hadis Riwayat Imam Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga melarang sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Janganlah kalian saling dengki" (Hadis Riwayat Muslim)

484. Soalan : Apakah ciri-ciri seseorang itu mempunyai sifat ujub ?

Ujub terjadi apabila seseorang itu merasa kagum akan kelebihan dan kebolehan yang diberikan llahi kepada dirinya, di mana kebiasaaanya kelebihan dan kebolehan itu menjadikan dia kelihatan istimewa jika dibandingkan dengan orang lain. Dirinya merasa hebat dengan apa yang diberikan Allah lantas terpesona dengan kelebihan dan kebolehannya itu sendiri.

Samaada kelebihan tersebut dibidang agama atau duniawi. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kelulusan akademik, kedudukan dalam masyarakat,  keturunan, kekayaan dan lain-lain.

Penyakit ujub ini merupakan penyakit yang merbahaya kepada manusia dan bertindak menghapuskan kebaikkan (silent killer) yang telah dilaksanakan oleh seseorang hamba.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri)," (Hadis Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis diatas bahawa salah satu hal yang membinasakan adalah sifat ujub. Kerana ujub adalah umpama api dalam sekam yang akan membakar dan menghapuskan amal soleh seorang manusia. 


485. Soalan : Salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah sifat bakhil atau kedekut. Minta ustaz huraikan balasan yang akan diterima oleh seseorang yang bersifat bakhil atau kedekut.

Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa salah satu sifat tercela yang menyebabkan seseorang tidak dapat masuk ke syurga adalah sifat bakhil.

Sifat bakhil muncul diakibatkan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia, tidak adanya keyakinan tentang kemuliaan yang ada di sisi Allah, tamak dan kagum kepada diri sendiri serta sebab-sebab lainnya.

Sudah sepatutnya bagi hamba-hamba yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menjauhi sifat yang tercela ini, agar tidak menyesal kelak di kemudian hari.

Bakhil adalah sifat yang tercela kerana sifat ini terlahir dari godaan syaitan. Bakhil dijadikan oleh syaitan sebagai jalan untuk menuju jalan ke neraka. Definisi bakhil adalah perbuatan seorang hamba untuk menahan harta yang ada pada kepemilikannya tanpa menunaikan hak dan kewajiban yang sepatutnya di tunaikan dengan harta tersebut. Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: «Ű§ŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčَ Ű§Ù„ْمُÙˆŰšِقَۧŰȘِ» قِيلَ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، مَۧ هِيَ؟ قَŰ§Ù„َ: «Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ، وَŰ§Ù„ŰŽُّŰ­ُّ، وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ Ű§Ù„َّŰȘِي Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ، وَŰŁَكْلُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ، وَŰŁَكْلُ مَŰ§Ù„ِ Ű§Ù„ْيَŰȘِيمِ، وَŰ§Ù„ŰȘَّوَلِّي يَوْمَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ، وَقَ۰ْفُ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰșَŰ§ÙِلَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ»

Maksudnya : “Dari sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu  beliau berkata, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wa salam telah bersabda, ‘Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian.’ Lalu (shahabat) bertanya, ‘Apakah itu wahai Rasulullah?’ Lalu baginda menjawab, ‘Menyekutukan Allah, kikir (bakhil), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis Riwayat an-Nasai)





Sunday, June 23, 2013

Soal Jawab Agama Siri 37 (Syarat dan Rukun Puasa, Membatakkan Pahala Puasa, Doa Malaikat dan Lain-lain lagi)


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 37 adalah menjawab persoalan syarat dan rukun puasa, membatalkan pahala puasa, doa malaikat dan kelebihan bulan Ramadan.

476. Soalan : Minta ustaz terangkan mengenai puasa iaitu hukum, syarat wajib, rukun , syarat sah , sunat, makruh dan membatalkan puasa secara ringkas?

Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Pertama : Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :    

1. Wajib  – Puasa pada bulan Ramadan.
2. Sunat  – Puasa pada hari-hari tertentu.  
3. Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

Kedua : Syarat Wajib Puasa    

1. Beragama Islam.
2. Baligh (telah mencapai umur dewasa)
3. Berakal  
4. Berupaya untuk mengerjakannya.  
5. Sihat  
6. Tidak musafir

Rukun Puasa :

1. Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadan(puasa wajib) / niat pada malam pertama untuk niat selama sebulan. Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar. Untuk puasa sunat boleh berniat waktu malam atau pagi hari sebelum makan atau minum sekiranya hendak  berpuasa pada hari tersebut.

2. Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat Sah Puasa :

1. Beragama Islam
2. Berakal  
3. Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
4. Hari yang sah berpuasa.

Sunat Berpuasa :

1. Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
2. Melambatkan bersahur  
3. Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji  
4. Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka  
5. Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib  
6. Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air  
7. Membaca doa berbuka puasa

Perkara Makruh Ketika Berpuasa :

1. Selalu berkumur-kumur
2. Merasa makanan dengan lidah  
3. Berbekam kecuali perlu  
4. Mengulum sesuatu

Hal yang membatalkan Puasa :

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
4. Kedatangan haid atau nifas  
5. Melahirkan anak atau keguguran  
6. Gila walaupun sekejap  
7. Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari  
8. Murtad atau keluar daripada agama Islam.

477. Soalan : Apakah yang membatalkan pahala puasa Ramadan?

Untuk puasa Ramadan kita diterima oleh Allah SWT maka perlulah diiringi dengan melakukan amalan-amalan soleh dan meninggalkan perbuatan dan perkataan buruk (mazmumah) yang boleh mendatangkan dosa dan membatalkan pahala puasa . Kita tidak mahu puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Boleh jadi seorang yang berpuasa, bagiannya dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga" (Hadis Sahaih Riwayat Ibnu Hibban)


Para ulama ada menyatakan terdapat 12 amalan buruk yang boleh membatalkan pahala puasa.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1: Berdusta
2: Suka mengumpat
3: Suka memfitnah
4: Mengadu domba
5: Memberikan sumpah palsu
6: Berkata kasar, menghina atau merendahkan orang lain
7: Melihat dengan syahwat
8: Menyentuh wanita bukan mahramnya
9: Marah tanpa alasan yang jelas
10: Berkelahi
11: Menampakan aurat
12. Makan rezeki haram, baik barang itu daripada barang yang diharamkan atau cara mencarinya (mendapatkan rezeki).

478. Soalan :  Saya pernah mendengar seorang penceramah membaca sepotong hadis mengatakan Nabi SAW pernah mengaminkan doa Malaikat Jibril terhadap 3 golongan manusia yang mendapat kecelakaan kerana kesalahan tidak melaksanakan amal soleh ketika di dunia. Minta ustaz jelaskan terjemahan hadis tersebut? 


"Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar kemudian pada langkah pertama mengatakan : "amin", pada langkah kedua mengatakan :"amin" sampai pada langkah ketiga mengatakan : "amin".

Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, sedangkan kami tidak melihat seorang pun wahai Rasulullah?"

Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:"Telah datang malaikat Jibril yang naik mimbar didepanku dan berkata : ' Wahai Muhammad. aku berkata :' Labbaika wasa'daik. dan ia berkata' : 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, ‘Amin’ ".Kemudian pada langkah kedua Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal tidak diampuni dosanya dan masuk neraka dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian pada langkah ketiga Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’." (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis tersebut menjelaskan bahawa tiga golongan yang akan mendapat kecelakaan (kerugian) di sebabkan kesalahannya tidak melakukan suruhan agama :

1. Seseorang yang tidak dapat masuk syurga kerana tidak berbakti kepada kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya semasa mereka masih hidup di dunia.

2. Seseorang yang hidup dan berpuasa dibulan Ramadan tetapi Allah SWT tidak ampunkan dosa-dosanya hingga dia masuk ke neraka.

3. Seorang yang mendengar nama Nabi SAW di sebut tetapi tidak berselawat keatas baginda SAW.

479. Soalan : Apakah kelebihan ibadah puasa berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain di sisi Allah SWT?

Puasa adalah ibadah paling istimewa. Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah dalam hadis qudsi-Nya yang bermaksud : “Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ganjaran besar akan diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT sehinggakan malaikat pencatat amal manusia tidak dapat memberikan jumlah pahala seperi amal-amal soleh yang lain. Dan malaikat menyerahkan kepada Allah SWT untuk memberi ganjaran pahala kepada mereka yang berpuasa.

480. Soalan : Boleh ustaz jelaskan salah satu kebaikan bulan Ramadan adalah pintu syurga di buka dan pintu neraka di tutup dan syaitan diikat?

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Kalau datang bulan Ramadan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu.“(Hadis Riwayat Muslim).

Di dalam hadis sahih riwayat Muslim menyatakan bahawa dengan kehadiran bulan Ramadan pintu-pintu syurga akan terbuka dan pintu-pintu neraka akan tertutup dan syaitan-syiatan akan diikat. Ini adalah rahmat Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Allah SWT adalah pemilik syurga dan neraka.

Dia akan membuka pintu syurga maksudnya keampunan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa dan memohon ampun kepada-Nya dan dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Jaminan Allah SWT bahawa sesiapa yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT akan di ampunkan semua dosa-dosanya yang telah lalu dan akan dimasukkan ke dalam syurga.

Allah SWT menutup pintu neraka kerana neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali dan tidak akan masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling rugi di sisi Allah SWT. Di bulan Ramadanlah peluang mereka yang melakuakan banyak dosa dan maksiat agar kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat dan memohon kepada-Nya agar di jauhi daripada seksaan api neraka.

Syaitan di belenggu adalah kerana kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang sedang berpuasa dan beribadaah supaya dapat menumpukan sepenuh masa tanpa gangguan daripada makhluk ghaib yang jahat yang penuh tipu daya. Jika masih ada manusia yang melakukan maksiat di bulan Ramadan itu adalah kerana nafsu manusia yang telah sebati dengan sifat syaitan dan sukar untuk di ubati.



Malam Nisfu Syaaban Adalah Malam Mustajab Doa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) adalah salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan pada malam Nisfu Syaaban banyakkan berdoa dan memohon keampunan disisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadis Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Hadis di atas merupakan hadis yang sahih dari Rasulullah SAW berkenaan fadhilat Nisfu Syaaban. Berdasarkan hadis di atas hanya dua golongan manusia sahaja yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT iaitu :

Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT.

Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim.

Huraiannya :

Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT.

Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Allah SWT. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah SAW keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rasulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?".

Maka, baginda menjawab, "Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Syirik besar (akbar) adalah menyekutukan Allah dengan yang lain. Misalnya dalam agama Kristian ada tuhan anak, tuhan emak dan tuhan bapa. Semua agama penyembah berhala, yang menjadikan patung-patung berhala sebagai perantaraan dengan Allah SWT. dan menganggap dewa-dewa mempunyai kuasa seperti Tuhan.

Mempercayai dan meyakini bahawa jin-jin dan syaitan mempunyai kuasa yang boleh mudaratkan manusia dan meminta pertolongan kepadanya. Termasuk syirik besar (akbar) juga meyakini undang-undang ciptaan manusia lebih baik dan lebih adil daripada undang-undang ciptaan Allah SWT dan menganggap undang-undang ciptaan Allah SWT sudah ketingalan zaman.

Sekiranya seseorang telah melakukan syirik maka perlulah dia kembali mengucapkan dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah SWT barulah dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim.

Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat.

Begitulah juga dalam menghubungkan silaturahim ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyuruh seorang sahabat untuk tidak memutuskan hubungan silaturahim walaupun ia dizalimi atau disakiti oleh saudaranya itu, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim : Bahawa seorang sahabat bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : "Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya dan saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya dan saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat?" Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : "Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian".

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad ayat 22-23 yang maksudnya : "Kalau kamu tidak mematuhi perintah maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya".

Oleh itu sesiapa sahaja yang memutuskan silaturahim di malam Nisfu Syaaban doa-doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Dari itu mana-mana perselisihan dan pergaduhan yang telah berlaku maka perlulah dipulihkan semula dan hubungkanlah balik silaturahim yang terputus tanda kita mengharapkan reda dan pertolongan Allah SWT.

Sahabat yang di muliakan,
Marilah sama-sama kita pergunakan kesempatan dimalam Nisfu Syaaban ini untuk kita bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT semoga Dia mengkabulkan doa dan hajat kita untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Menyedut pendapat Imam asy-Syafiie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: 'Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.” Mintalah kepada Allah SWT sebanyak-banyak-nya samaada yang bersangkutan perkara duniawi dan ukhrawi kerana Dia sahaja akan mengkabulkan doa-doa kita.

Thursday, June 20, 2013

Soal Jawab Agama Siri 36 (Hikmah Berpuasa, Membayar Fidyah, Sakit Tidak Berpuasa Dan Lain-lain lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 36 adalah menjawab persoalan hikmah berpuasa, membayar fidyah, sakit tidak berpuasa, bersugi semasa puasa dan masukkan air kehidung ketika berwuduk.

471. Soalan :  Bulan Ramadan al-Mubarak telah hampir tiba umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah dengan berpuasa selama sebulan. Bolehkan ustaz terangkan apakah hikmah dan kebaikan berpuasa?


Terdapat banyak hikmah dan kebaikan ibadah puasa yang kita kerjakan di bulan Ramadan yang difardukan oleh Allah SWT,  semoga dengan memahami hikmah dan kebaikan ibadah puasa ini akan menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah SWT, di antaranya ialah:

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai Al Rayyan. Pintu syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa ( puasa zahir dan batin).

Nabi SAW bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud : " Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tidak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad SAW  sebagai benteng yang kokoh dari seksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi).

Nabi SAW. menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat. (Hadis Riwayat  Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada orang yang puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Nabi SAW bersabda maksudnya "Maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi orang yang puasa iaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam menikmati juadah berbuka puasa dengan melahirkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)  


Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesihatan dan kesembuhan dari berbagai  penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Sayyid Muhammad  menegaskan bahawa rahsia kesihatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan bahan-bahan kotor lainnya dari dalam tubuh.
Menurut pandangan beliau puasa ialah cara mendapatkan kesihatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketakwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. 

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah  Al Baqarah ayat 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang AllahSWT  berikan kepada orang yang puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tidak akan sampai melihat seksaan api neraka dalam bentuk apapun juga. Nabi SAW. bersabda maksudnya :  “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya : “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”
(Surah At Taubah ayat 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (as-saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) kepada  Allah SWT. Makna lawatan, tegas beliau, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) boleh sampai kepada Allah SWT. Lawatan kepada Allah SWT ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilaksanakan  (contoh makan, minum, mendatangi isteri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sayyid Muhammad cuba mentafsirkan ayat 10 dalam Surah Az Zumar : “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” 

Orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tidak terhitung banyaknya dari Zat Yang Maha Pemberi, Allah SWT.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah SWT memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerana  orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. 

Dalam satu hadis  riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, Nabi SAW bersabda maksudnya : “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah SWT kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah SWT menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama seperti dengan orang yang berpuasa itu sendiri walaupun dengan sepotong roti atau seteguk air. 

Dalam satu riwayat Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad dan An-Nasa’i)   

Malaikat meminta ampun kepada Allah SWT untuk orang yang menjamu makanan dan minuman untuk orang yang berpuasa. Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadan meski pun hanya seteguk air. (Hadis Riwayat  Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjemaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.

472. Soalan : Sesiapa yang tidak mampu berpuasa kerana sakit yang kritikal perlu membayar fidyah puasa. Bolehkan ustaz terangkan apakah dia fidyah dan syarat-syarat yang dikenakan fidyah?

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu :

1. Meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia.

2. Sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. 

3. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada' puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.

Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqada'nya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:

1. Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada' puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.

2. Seseorang yang menangguhkan qada' puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada' puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.

3. Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada' puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.

4. Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada' puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada' bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.

5. Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada' puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.

Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.

6. Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.

7. Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.

8. Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.

9. Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.

10. Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada' puasa mengikut jumhur ulama.

11. Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada' puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.

Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain. Wallahu 'alam.

473. Soalan : Saya ada kemusykilan mengenai bab puasa, ibu sahabat saya telah meninggal 3 tahun lepas, tetapi telah sakit dan uzur 2 tahun sebelumnya dan tidak larat untuk puasa. Persoalannya ialah:

1. Jika anak-anak mahu menggantikannya, bolehkah dibahagi-bahagikan contohnya 60 hari dibahagi kepada 6 orang anak, yakni setiap seorang ganti 10 hari?

2. Jika kita bayar fidyah? Adakah anak-anak masih kena puasa juga? Yakni bayar fidyah+ganti puasa? Atau hanya perlu membayar fidyah dan tidak perlu ganti puasa.
Diharapkan ustaz dapat memberikan sedikit pencerahan.

Qada’ puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia ini ada 2 keadaan :-

1. Seseorang yang belum sempat mengganti puasanya oleh kerana dia berada di dalam keuzuran ketika itu seperti sakit, atau musafir, maka jumhur ulama’ mengatakan, dia tidak memikul apa-apa tanggungan dan tidak dikira berdosa. Dengan kata lain, tidak perlu qada' puasa, kerana baginya, puasa adalah sesuatu kefarduan yang belum sempat ditunaikannya.

2. Jika dia mati dalam keadaan dia boleh mengerjakan puasa ganti, Menurut Mazhab Hanbali, hukum menggantikan puasa bagi waris adalah sunat ataupun mustahab (digalakkan). Menurut Mazhab Syafie (Qaul Jadid) dan Mazhab Hanbali, Wali wajib memberi makan bagi setiap puasa yang ditinggalkannya dengan secupak makanan [al-Fiqh al-Islami, cet ke 3, 2/681]. (Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.)

Soalan 1 : Hadis dari ‘Aisyah ra :-
“Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya” -[Hadis Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pewaris hanyalah sunat atau mustahab mengqada’kan bagi pihak ibu atau bapa yang telah meninggal. Waris itu termasuklah anak-anak yang bersedia berpuasa bagi pihak ibu-bapanya. 

Sebagaimana yang dinyatakan, jika dibahagi-bahagikan puasa yang terhutang sebanyak 60 hari dengan 6 orang anak, maka setiap anak bolehlah melakukan 10 hari puasa qada’ bagi pihak ibunya.

Soalan 2 : Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, maka bolehlah membayar fidyah keatas hari-hari yang ditinggalkannya. 

Berkata Syiekh al-Qaradawi :-

“Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan”. [Fiqh al-Shiyaam, ms 76].

Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tiada berupaya berpuasa didalam bulan Ramadan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :

“Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa’ gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga.” – [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161].

Kesimpulannya, hendaklah membayar fidyah sebanyak hari yang ditinggalkan, dan tidak perlu lagi mengqadha’kan puasa tersebut. Wallahu 'alam

474. Soalan :  Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
 

Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari
dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut. 


475. Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.? 


Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
 

Wednesday, June 19, 2013

Soal Jawab Agama Siri 35 (Bermusafir di Bulan Ramadan, Larangan Berpuasa Sebelum Ramadan Dan Lain-lain lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 35 adalah menyelesaikan persoalan bermusafir di bulan Ramadan, larangan berpuasa sebelum Ramadan, cara-cara menghayati Ramadan, Solat Terawih dan darjat-darjat puasa.


471. Soalan : Saya terlibat dengan tugasan kerja yang boleh dikatakan kebanyakan hari saya ‘out station’ yang membabitkan perjalanan yang jauh. Kadang-kadang keluar negara. Oleh kerana saya musafir, saya solat jamak dan qasar. Saya baca al-Quran (terjemahan) menyatakan orang musafir pun boleh buka puasa. Saya rasa kadang-kadang amat letih dalam tugas, memang rasa nak buka puasa. Cuma ada orang beritahu saya bahawa orang yang kebanyakan hari musafir seperti pilot kapalterbang atau driver bas tidak boleh buka puasa. Ada pula kata tak boleh buka melainkan jika betul ‘dah teruk’. Lepas itu jika buka pun sekali makan sahaja, lepas itu tidak boleh makan lagi kerana menghormati bulan puasa. Betulkah ustaz apa yang saya nyatakan ini sila huraikan masalah ini?

Saudara, Islam adalah agama Allah yang memberikan kemudahan kepada penganutnya. Ia bukan syariat yang membebankan, bahkan ia satu syariat yang penuh rahmah untuk membolehkan penganutnya taatkan Allah dalam kadar yang mereka mampu. Solat jamak dan qasar, begitu juga iftar (berbuka puasa) semasa musafir adalah antara ‘rukhsah’ (kelonggaran) yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya. Berhubung dengan hukum berbuka puasa semasa bermusafir maka saya jawab seperti berikut; 


1. Keizinan iftar (berbuka puasa) apabila seseorang itu bermusafir adalah dari nas al-Quran dan as-Sunah, bukan pendapat mana-mana pihak. Maka, tiada siapa yang boleh membatalkan keizinan yang tertinggi ini. 

Firman Allah (maksudnya) : “..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah ayat 185).

Ayat ini memberikan keizanan untuk mereka yang bermusafir berbuka puasa. Maka ia merangkumi setiap yang bermusafir, samada dia sering bermusafir, atau jarang bermusafir, tidak menjadi persoalan. Keizinan diberikan kepada sesiapa yang bergelar musafir. Ertinya, apabila dia boleh mengqasarkan solat kerana musafir, dia juga mendapat kelonggaran berbuka puasa pada bulan Ramadan.

2. Samada dia merasa beban dalam musafirnya ataupun tidak, dia tetap mendapat kelonggaran berbuka. Ini kerana ‘illah (paksi) hukum dalam hal ini adalah safar (permusafiran). Sekalipun mungkin di zaman kini bagi yang menaiki kapalterbang mewah tidak merasai apa-apa beban, namun dia tetap dikira sebagai seorang musafir, maka dia mendapat kelonggaran ini. Apa yang penting, dia wajib menggantikannya pada hari-hari lain.

3. Pada asalnya, kelonggaran bererti dia mempunyai pilihan. Jika dia mahu dia boleh mengambil kelonggaran tersebut dan digantikan puasa pada hari yang lain. Jika dia enggan dia boleh terus berpuasa. 

Daripada Anas bin Malik r.a, katanya: “Aku bermusafir bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan. Orang yang berpuasa tidak mempertikaikan yang berbuka, dan yang berbuka pula tidak mempertikaikan yang berpuasa” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, bagi seseorang yang bermusafir semasa Ramadan dia boleh membuat pilihan yang paling baik untuk dirinya. 

Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah SAW : “Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi SAW “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Hadis Riwayat Muslim)

4. Para ulama berbeza pendapat tentang manakah lebih afdal ketika bermusafir; puasa atau berbuka. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa jika puasa tidak menjadi bebanan, maka berpuasa lebih baik. Ini kerana dalam hadis Jabir r.a:

“Bahawa Rasulullah SAW keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghanim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya” (Hadis Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini menunjukkan, jika tidak kerana bebanan ke atas para sahabah, tentu baginda terus berpuasa. Dalam riwayat Muslim juga menyebut dalam peristiwa di atas baginda memarahi mereka yang enggan berbuka setelah baginda berbuka. Baginda menyebut: “Mereka itu menderhaka! Mereka itu menderhaka!”.

5. Adapun jika puasa menjadi beban sehingga boleh membawa mudarat, maka seseorang wajib membuka puasanya. Nabi SAW melarang para sahabah berpuasa sehingga memudaratkan diri. Ini seperti hadis di atas yang mana Nabi SAW menyatakan bahawa mereka yang enggan berbuka puasa sekalipun telah menjadi bebanan kesusahan kepada diri itu sebagai menderhakai arahan atau teladan baginda SAW. 

Dalam riwayat al-Bukhari: “Rasulullah SAW. dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa?. Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir!”.

Maka hendaklah sesiapa yang merasakan dirinya terbeban sehingga memudaratkan kesihatan atau keadaannya, maka dia wajib membuka puasa.

6. Jika Nabi SAW menyuruh membuka puasa apabila bimbang mudarat atau bebanan yang terlalu berat untuk dirinya secara individu, sudah pasti dia lebih patut membuka puasa jika memudarat pihak-pihak lain. Ini seperti pemandu kenderaan awam yang jika mereka berpuasa boleh menghilangkan tumpuan mereka dalam perjalanan seterusnya boleh mengundang kemalangan, maka mereka hendaklah berbuka puasa. Jika ia tidak mengganggu tugas dan mengancam keselamatan awam, maka mereka tidak diwajibkan berbuka, namun mempunyai pilihan.

7. Dikiaskan dalam hal ini, mereka yang sakit yang mungkin akan menjadi mudarat jika terus berpuasa, maka mereka wajib berbuka. Jangan ada yang membahayakan diri dengan meninggalkan rawatan dan ubat semata-mata kerana ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Allah yang mewajibkan puasa Ramadan itu, Allah itu juga telah mewajibkan berbuka bagi hamba-hambaNya yang dalam mudarat. Maka taatilah Allah dalam kedua arahan tersebut. Apa yang penting, wajib menggantinya apabila mampu, atau membayar fidyah bagi yang terus tidak berkemampuan.

8. Para ulama seterusnya berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian. Kata Abdullah bin Masud r.a: “Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.

9. Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.

10. Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.

472. Soalan : Saya ada mendengar tazkirah daripada seorang penceramah, beliau mengatakan bahawa terdapat larangan berpuasa  sehari atau dua hari sebelum Ramadan. Minta ustaz huraikan maksud larangan tersebut?

Memang benar terdapat hadis Nabi SAW yang melarang umat Islam berpuasa satu atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW : 
Ù„Ű§َ ŰȘَقَŰŻَّمُÙˆŰ§ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ ŰšِŰ”َوْمِ يَوْمٍ وَÙ„Ű§َ يَوْمَيْنِ


Maksudnya : “Janganlah mendahulukan Ramadan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (Hadia Riwayat Muslim no. 1082)
 
Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Syaaban ada tiga bentuk:

Pertama : Jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.

Kedua : Jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqada' puasa Ramadan yang belum dikerjakan, atau membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.

Ketiga : Jika berniat berpuasa sunat semata-mata maka ulama yang mengatakan harus ada pemisah antara puasa Syaaban dan Ramadan melarang hal ini walaupun itu sesuai kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Imam Hasan al-Basri.

Namun yang lebih jelas dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak. Ini berdasarkan maksud hadis di atas.  Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadan adalah kebiasaan dia berpuasa –seperti puasa Isnin-Khamis, maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 257-258)

Kenapa ada larangan mendahululan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadan?

1.  Jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadan.

2. Semoga memisahkan antara puasa wajib dan puasa sunat. Memisahkan antara amalan yang wajib dan sunat adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagaimana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang menyambungkan solat wajib dengan solat sunat tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu.(Lihat Lathoif Al Ma’arif, 258-259)

473. Soalan :  Apakah cara terbaik untuk saya menghayati bulan Ramadan dan menambah amalan di dalamnya?

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan diturunkan padanya Al Quran, sebagai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil).”


Sesuai dengan bulan Al-Quran ini, maka penghayatannya melibatkan tiga cara:


1. Berusaha membanyakkan amal baik dengan tujuan mengukuhkan keimanan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.


2. Mempertingkatkan ilmu, melalui pembacaan dan pengkajian Al-Quran, serta mempelajari sejarah baginda Rasulullah S.A.W.


3. Menghayati nilai murni yang ditunjukkan dalam Al-Quran, terutama dari sudut akhlak. Tingkah laku kita sebagai orang yang beriman harus mencerminkan akhlak mulia yang diajar dalam kitab tersebut.


Penghayatan bulan Ramadan dan Al-Quran tidak terbatas dalam lingkungan solat dan puasa secara ritual sahaja. Malah, lebih dari itu, kita mesti menghayatinya dalam setiap aspek kehidupan seharian dan melahirkannya dalam tingkah laku, pertuturan dan gerak hati kita.


 474. Soalan : Saya ingin menunaikan solat terawih di bulan Ramadan. Bagaimana caranya?

Solat terawih adalah sangat digalakkan pada malam-malam Ramadan. Ia adalah ibadat khusus di dalam bulan Ramadan, dan tidak dilakukan pada bulan-bulan lain.


Masanya adalah setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Namun, boleh dikerjakan bersendirian juga.


Solat terawih boleh dilaksanakan sebanyak 8 rakaar, 20 rakaat atau 36 rakaat, setiap 2 rakaat dengan satu salam. 


Cara menunaikannya adalah sama seperti solat sunat biasa (seperti sunat qabliyah (sebelum) atau ba’diyah (selepas) bagi solat fardu lima waktu).

Menurut hadis Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal dimalam-malam bulan Ramadan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah S.W.T, nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu.” 


475. Soalan : Menurut Imam al-Ghazali terdapat tiga darjat puasa yang dilakukan oleh umat Islam iaitu Puasa Umum, Puasa Khusus dan Puasa Khususul Khusus. Saya minta dihuraikan maksud ketiga-tiga darjat puasa tersebut?


Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa Umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa Khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa Khususul Khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.