ŰšِŰłْÙ ِ Ù±ÙÙَّÙِ Ù±Ù۱َّŰْÙ َÙٰÙِ Ù±Ù۱َّŰِÙÙ
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
1. Solat shubuh memelihara setiap muslim
ŰčÙ ŰŁŰšÙ Ű°Ű± Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ ÙۧÙ: ÙŰ§Ù Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ :Ù Ù Ű”ÙÙ Ű§ÙŰ”ŰšŰ ÙÙÙ ÙÙ Ű°Ù Ű© ۧÙÙÙ Ű±ÙŰ§Ù Ù ŰłÙÙ .
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan
2. Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail
Ù Ù ŰŽÙŰŻ ۧÙŰčێۧۥ ÙÙŰŁÙÙ Ű§ ÙŰ§Ù ÙŰ”Ù ÙÙÙŰ©, ÙÙ Ù ŰŽÙŰŻ ۧÙŰ”ŰšŰ ÙÙŰŁÙÙ Ű§ ÙŰ§Ù ÙÙÙŰ© ۱ÙŰ§Ù Ù ŰłÙÙ .
Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat subuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawal mengatasi solat sunat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
3. Solat Subuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka
ÙŰ§Ù Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ : ÙÙ ÙÙŰŹ ۧÙÙۧ۱ ŰŁŰŰŻ Ű”ÙÙ ÙŰšÙ Ű·ÙÙŰč ۧÙŰŽÙ Űł ÙÙŰšÙ Űș۱ÙŰšÙۧ ۱ÙŰ§Ù Ù ŰłÙÙ
Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
4. Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga
Ù Ù Ű”ÙÙ Ű§Ùۚ۱ۯÙÙ ŰŻŰźÙ Ű§ÙŰŹÙŰ©
"Orang yang melakukan shalat baradain (solat Asar dan Subuh) masuk syurga"
5. Solat Subuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
۱ÙŰčŰȘۧ ۧÙÙۏ۱ ŰźÙ۱ Ù Ù Ű§ÙŰŻÙÙۧ ÙÙ Ű§ÙÙÙۧ ۱ÙŰ§Ù Ù ŰłÙÙ
"Dua rakaat solat Fajar (subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya" (HR Muslim)
6. Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang
۱َÙَÙ Ű§ÙŰȘِّ۱ْÙ ِ۰ِÙّ ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ© ŰčَÙْ ۧÙÙَّŰšِÙّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ َ ÙِÙ ÙَÙْÙÙ, ” ÙَÙُ۱ْŰąÙ Ű§ÙْÙَŰŹْ۱ Ű„ِÙَّ Ùُ۱ْŰąÙۧÙْÙَŰŹْ۱ ÙَۧÙَ Ù َŰŽْÙُÙŰŻًۧ ” ÙَۧÙَ: ŰȘَŰŽْÙَŰŻÙُ Ù َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙْÙ ÙَÙ َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙَۧ۱ Ùَ۰َۧ ŰَŰŻِÙŰ« ŰَŰłَÙ Ű”َŰِÙŰ.
Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari Nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)
At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.
Ùَ۱َÙَÙ Ű§ÙْŰšُŰźَۧ۱ِÙّ ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ© ŰčَÙْ ۧÙÙَّŰšِÙّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ َ ÙَۧÙَ: Ùَ۶ْÙ Ű”َÙَۧ۩ ۧÙْŰŹَÙ ِÙŰč ŰčَÙَÙ Ű”َÙَۧ۩ ۧÙْÙَۧŰِŰŻ ŰźَÙ ْŰł ÙَŰčِŰŽْ۱ُÙÙَ ŰŻَ۱َŰŹَŰ© ÙَŰȘَŰŹْŰȘَÙ ِŰč Ù َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙْÙ ÙَÙ َÙَۧۊِÙَŰ© ۧÙÙَّÙَۧ۱ ÙِÙ Ű”َÙَۧ۩ ۧÙŰ”ُّŰšْŰ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh (HR Bukhari)
7. Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat
ÙŰ§Ù Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ : ۚێ۱ ۧÙÙ ŰŽŰ§ŰŠÙÙ ÙÙ Ű§ÙŰžÙÙ Ű„ÙÙ Ű§ÙÙ ŰłŰ§ŰŹŰŻ ۚۧÙÙÙ۱ ۧÙŰȘŰ§Ù ÙÙÙ Ű§ÙÙÙŰ§Ù Ű© ۱ÙŰ§Ù Ű§ÙŰȘŰ±Ù Ű°Ù Ùۧ ŰšÙ Ù Ű§ŰŹÙ
Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)
8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Solat Subuh
Ùۄ۰ۧ ÙŰ§Ù Ùۧ Ű„ÙÙ Ű§ÙŰ”Ùۧ۩ ÙŰ§Ù Ùۧ Ù۳ۧÙÙ ÙŰ±Ű§Ű€Ù Ű§ÙÙۧ۳ ÙÙۧ Ù۰Ù۱ÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű„Ùۧ ÙÙÙÙۧ
(Orang-orang munafik itu) bila melakukan solat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.
ŰčÙ ŰŁŰšÙ Ù۱Ù۱۩ ÙŰ§Ù ÙŰ§Ù Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ : ÙÙŰł Ű”Ùۧ۩ ŰŁŰ«ÙÙ ŰčÙÙ Ű§ÙÙ ÙۧÙÙÙÙ Ù Ù Ű”Ùۧ۩ ۧÙŰčێۧۥ ÙۧÙÙۏ۱ ÙÙÙ ÙŰčÙÙ ÙÙ Ù Ű§ ÙÙÙÙ Ű§ ÙŰŁŰȘÙÙÙ Ű§ ÙÙÙ ŰŰšÙًۧ ۱Ùۧ۩ ۧÙŰŽÙ۟ۧÙ.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(HR Bukhari dan Muslim)
ÙÙۧ ÙÙ Ű§ŰšÙ Ù ŰłŰčÙŰŻ ÙÙÙÙ: ÙÙŰŻ ۱ۧÙŰȘÙۧ ÙÙ Ű§ ÙŰȘŰźÙÙ ŰčÙ Ű”Ùۧ۩ ۧÙÙۏ۱ Ű„Ùۧ Ù ÙۧÙÙ Ù ŰčÙÙÙ Ű§ÙÙÙۧÙ
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang solat subuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.
Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Subuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.
9. Akan diberkati oleh Allah SWT.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)
