Monday, March 31, 2014

Empat Sifat Orang Mukmin Sidiq, Amanah , Tabilq dan Fatanah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap orang mukmin yang ingin menjadi para daie yang istiqamah perlulah mewarisi sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa kita tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat yang mulia ini kerana para Nabi dan Rasul bersifat maksum, tetapi sebagai asas akhlak yang mulia perlulah empat sifat ini menjadi pakaian dan perhiasan untuk para daie yang mukmin, yang berhasrat menjadi pewaris para nabi untuk menegakkan risalah Allah S.W.T.

Perwatakan seorang mukmin mestilah dihiasi dengan sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggi dan sederhana juga diharumi dengan sifat mengasihi dan menyayangi serta sentiasa mengalirkan kegembiraan dalam perhubungan, menjadikan akhlaknya sentiasa menjadi ikutan masyarakat.

Dalam dirinya tercantum segala sifat-sifat mahmudah yang sejati. Pada waktu siangnya bekerja keras untuk mencari nafkah untuk keluarga dan pada masa yang sama menyampaikan mesej dakwah dan tarbiah kepada masyarakat. Di waktu malamnya solat tahajud, berdoa dan bermunajat sehingga menitiskan air mata penyesalan mengadap Tuhan Rabbul Jalil.

Sahabat yang dikasihi,
Di sini akan difokuskan kepada empat sifat dasar yang merupakan sifat yang perlu ada pada setiap orang mukmin yang menjadi pemimpin umat. Sifat-sifat tersebut adalah siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Apabila sifat sifat ini lahir dalam kehidupan maka ianya akan menjadi contoh kepada umat Islam lain yang mengharapkan keredaan Allah S.W.T.

Sifat-sifat tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Siddiq (Benar)

Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain.

Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as -Siddiq.
DariAbdullah bin Masud, Nabi S.A.W. bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)Allah, Allah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar."(Surahal-Ahzab ayat 35).

Kedua : Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "
(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : ”Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”

Walaupun ayat ini arahan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. sebagai Rasul pilihan-Nya untuk menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T., tetapi sebagai hamba Allah S.W.T. dan umat Nabi S.A.W. kita juga berkawajipan untuk menyambung perjuangan Nabi S.A.W. iaitu berdakwah dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. yang dilaksanakan oleh baginda kepada umat manusia seluruhnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran ayat Ayat 104)

Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)
Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas)

Sifat keempat ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama mendidik diri kita menjadi seorang mukmin yang memiliki sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatanah. Sifat yang mulia ini adalah sifat yang wajib dimiliki oleh para Nabi dan Rasul. Jika kita mempunyai sifat-sifat yang mulia ini barulah kita layak mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan termasuk dikalangan hamba yang dirahmati Allah S.W.T. dan akan layak memasuki syurga-Nya.

Wednesday, March 26, 2014

Tafsir Surah Al-Mumtahanah Ayat 4.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

قَŰŻْ كَŰ§Ù†َŰȘْ لَكُمْ ŰŁُŰłْوَŰ©ٌ Ű­َŰłَنَŰ©ٌ فِي Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيمَ وَŰ§Ù„َّ۰ِينَ مَŰčَهُ Ű„ِ۰ْ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ لِقَوْمِهِمْ Ű„ِنَّۧ Űšُ۱َ۹ۥُ مِنْكُمْ وَمِمَّۧ ŰȘَŰčْŰšُŰŻُونَ مِنْ ŰŻُونِ Ű§Ù„Ù„َّهِ كَفَ۱ْنَۧ Űšِكُمْ وَŰšَŰŻَۧ Űšَيْنَنَۧ وَŰšَيْنَكُمُ Ű§Ù„ْŰčَŰŻَŰ§ÙˆَŰ©ُ وَŰ§Ù„ْŰšَŰșْ۶َۧۥُ ŰŁَŰšَŰŻًۧ Ű­َŰȘَّى ŰȘُŰ€ْمِنُÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَŰ­ْŰŻَهُ Ű„ِلَّۧ قَوْلَ Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيمَ لِŰŁَŰšِيهِ لَŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱َنَّ لَكَ وَمَۧ ŰŁَمْلِكُ لَكَ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مِنْ ŰŽَيْŰĄٍ ۱َŰšَّنَۧ Űčَلَيْكَ ŰȘَوَكَّلْنَۧ وَŰ„ِلَيْكَ ŰŁَنَŰšْنَۧ وَŰ„ِلَيْكَ Ű§Ù„ْمَŰ”ِÙŠŰ±ُ (4) 

Maksudnya, "Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka:` Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapanya: `Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah`. (Ibrahim berkata): `Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali,(Surah al-Mumtahanah (60) ayat 4)

Tafsirannya :

Allah SWT memerintahkan kepada kaum muslimin mencontoh Nabi Ibrahim a.s. dan orang-orang yang beriman besertanya, ketika ia berkata kepada kaumnya yang kafir kepada Allah dan menyembah berhala: "Hai kaumku, sesungguhnya kami berlepas diri daripada, dan dari apa yang kamu sembah selain Allah". 

Kemudian diterangkan bahawa yang dimaksud Ibrahim dengan berlepas diri itu, iaitu: 
1. Nabi Ibrahim a.s. mengingkari kaumnya, tidak mengacuhkan tuhan-tuhan mereka dan tidak membenarkan perbuatan mereka yang menyembah patung-patung yang tidak dapat memberi manfaat dan mudarat kepada siapa pun, sebagaimana yang diterangkan Allah SWT dalam firman-Nya: 

ÙŠŰ§ŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ۶۱ۚ Ù…Ű«Ù„ ÙŰ§ŰłŰȘمŰčÙˆŰ§ له Ű„Ù† Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰȘŰŻŰčون من ŰŻÙˆÙ† Ű§Ù„Ù„Ù‡ لن ÙŠŰźÙ„Ù‚ÙˆŰ§ ۰ۚۧۚۧ ولو ۧۏŰȘمŰčÙˆŰ§ له ÙˆŰ„Ù† ÙŠŰłÙ„ŰšÙ‡Ù… Ű§Ù„Ű°ŰšŰ§Űš ŰŽÙŠŰŠŰ§ Ù„Ű§ ÙŠŰłŰȘÙ†Ù‚Ű°ÙˆÙ‡ منه ۶Űčف Ű§Ù„Ű·Ű§Ù„Űš ÙˆŰ§Ù„Ù…Ű·Ù„ÙˆŰš 

Maksudnya, "Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amal lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah". (Surah Al Hajj ayat 73) 

2. Nabi Ibrahim a.s.. mengatakan bahawa antaranya dan kaumnya yang ingkar itu telah terjadi permusuhan dan saling benci-membenci selama-lamanya. Ibrahim menyatakan akan tetap menantang kaumnya itu sampai mereka meninggalkan perbuatan syirik itu. Jika mereka telah beriman barulah hilang permusuhan itu. 

Terhadap ayahnya yang masih kafir ia tidak mengambil sikap yang tegas seperti sikapnya terhadap kaumnya. Ia berjanji akan mendoakan kepada Allah SWT agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa ayahnya itu. Dalam hal ini Allah SWT melarang kaum muslimin mencontoh Ibrahim, sekalipun Ibrahim akhirnya berlepas diri pula terhadap ayahnya, setelah nyata bagi baginda keingkaran bapaknya itu. 

Benar ada di antara orang-orang yang beriman mendoakan ayah-ayah mereka yang meninggal dalam keadaan musyrik. Mereka beralasan dengan perbuatan Ibrahim itu. Maka Allah SWT membantah perbuatan mereka itu dengan menurunkan ayat: 

Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† Ù„Ù„Ù†ŰšÙŠ ÙˆŰ§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰĄŰ§Ù…Ù†ÙˆŰ§ ŰŁÙ† ÙŠŰłŰȘŰșÙŰ±ÙˆŰ§ Ù„Ù„Ù…ŰŽŰ±ÙƒÙŠÙ† ولو ÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„ÙŠ Ù‚Ű±ŰšÙ‰ من ŰšŰčŰŻ Ù…Ű§ ŰȘŰšÙŠÙ† لهم ŰŁÙ†Ù‡Ù… ۣ۔ۭۧۚ Ű§Ù„ŰŹŰ­ÙŠÙ… ÙˆÙ…Ű§ ÙƒŰ§Ù† ۧ۳ŰȘŰșÙŰ§Ű± Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… Ù„ŰŁŰšÙŠÙ‡ Ű„Ù„Ű§ Űčن موŰčŰŻŰ© وŰčŰŻÙ‡Ű§ Ű„ÙŠŰ§Ù‡ ÙÙ„Ù…Ű§ ŰȘŰšÙŠÙ† له ŰŁÙ†Ù‡ ŰčŰŻÙˆ لله ŰȘۚ۱ۣ منه Ű„Ù† Ű„ŰšŰ±Ű§Ù‡ÙŠÙ… Ù„ŰŁÙˆŰ§Ù‡ Ű­Ù„ÙŠÙ… 

Maksudnya, "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. (Surah At Taubah ayat 113-114) 

Selanjutnya Nabi Ibrahim a.s. berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku aku tidak mempunyai kesanggupan sedikit pun menolong engkau, selain berdoa kepada Allah agar engkau diberi-Nya taufik, sehingga engkau beriman. Tidaklah aku sanggup melakukan lebih dari itu. Jika Allah SWT berkehendak mengazab kerana kekafiran engkau itu tidaklah aku sanggup melepaskan engkau dari azab itu. 

Sebelum Nabi Ibrahim a.s.. berpisah dengan kaumnya yang tidak mahu menerima seruannya itu, ia berdoa kepada Allah SWT dengan hati yang tunduk dan menyerah diri kepada-Nya, "Wahai Tuhan kami, kami telah berusaha melaksanakan tugas yang Engkau bebankan kepada kami, tetapi kaumku bertambah ingkar kepadaku, kerana itu segala sesuatu yang berhubungan dengan tugasku itu aku serahkan kepada Engkau memberikan penilaiannya, hanya kepada Engkaulah kembali kami dan kepada Engkau kami bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat . Pada hari Engkau membangkitkan kami dari kubur, kemudian Engkau kumpulkan kami untuk berhisab, hanya kepada Engkaulah waktu itu kami mohon pertolongan, kerana kepada Engkaulah kembali semua makhluk."

"`Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."

Monday, March 24, 2014

Senyum Adalah Sedekah Dan Amalan Nabi SAW.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah,

1. Dari Abu Dzar ra, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

2. Dari Jarir bin Abdillah ra dia berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menolak aku untuk duduk bersama baginda. Dan tidaklah baginda melihatku kecuali baginda tersenyum kepadaku.” (HR. Bukhari dan Muslim).

3. Dari Abdullah bin Al Harits bin Jaz`i ra dia berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” (HR. Tirmidzi)

4. Jabir bin Samurah ra berkata, ia menceritakan tentang kebiasaan Rasulullah SAW, “Baginda biasanya tidak berdiri dari tempat solat di mana baginda solat subuh padanya kecuali setelah terbit matahari. Apabila matahari telah terbit barulah baginda berdiri. Sementara itu para sahabat bercakap-cakap membicarakan kejadian di masa jahiliyah, lalu mereka tertawa, sedangkan baginda hanya tersenyum.” (HR. Muslim).

5. Dari Abu Dzarr ra dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang makruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” (HR. Tirmidzi)

6. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

"Oleh itu kurangkan manis dalam minuman dan banyakkan manis dalam senyuman" Wassalam.

Siratul Mustakim -Jalan Menuju Ke Syurga

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat


Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis yang panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia."

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan."

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah SAW. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : "Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya."

Jadi di sini, disertakan cara-cara dan pantang larat sirat.

Rasulullah SAW. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1. Banyakkan bersedekah

2. Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Sahabat yang dikasihi,

Betapa dahsyatnya perbicaraan di hari akhirat , semua amalan akan dihisab dengan teliti dan halus dan tidak ada satu amalan pun yang tertinggal tidak dihisab melainkan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Terdapat 7 sekatan di titian sirat dan pemereksaan terhadap amal-amal manusia. Salah satu tersangkut maka perjalanan tak akan dapat diteruskan menuju syurga Allah SWT. Oleh itu beramalah dengan amalan-amalan yang ikhlas untuk mendapat rahmat dan kasih sayanag Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya.

Doa Untuk Orang Sakit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat


1. Dari Tsabit, ia berkata: Wahai Abu hamzah (Anas), aku mengeluh (padamu tentang sakit). Lalu Anas berkata: Maukah kalian saya bacakan doa (ruqyah) Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam? Ia menjawab: Ya. Lanjut Anas: (Doanya adalah)

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۱َŰšَّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ، مُ۰ْهِŰšَ Ű§Ù„ْŰšَۧ۳ِ، ۧێْفِ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰŽَّŰ§Ùِى Ù„Ű§ ŰŽَŰ§Ùِىَ Ű„ِÙ„Ű§ ŰŁَنْŰȘَ، ŰŽِفَۧۥً Ù„Ű§ يُŰșَۧۯِ۱ُ Űłَقَمًۧ

“Ya Allah, Tuhan manusia, Penyembuh sakit, sembuhkanlah! Engkaulah Zat Yang Menyembuhkan. Tidak ada yang dapat menyembuhkan kecuali Engkau. Kesembuhan yang tidak menyisakan sakit.” (HR. Bukhari)

2. Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah SAW pernah memohonkan perlindungan (pada Allah) dengan mengusapkan tangan kanannya (pada bagian yang sakit) sambil berdoa:

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۱َŰšَّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ، ŰŁَ۰ْهِŰšِ Ű§Ù„ْŰšَۧ۳َ، ۧێْفِهِ وَŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰŽَّŰ§Ùِى Ù„Ű§ ŰŽِفَۧۥَ Ű„ِÙ„Ű§ ŰŽِفَۧۀُكَ، ŰŽِفَۧۥً Ù„Ű§ يُŰșَۧۯِ۱ُ Űłَقَمًۧ

“Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah sakit (ini), sembuhkanlah ia, engkau adalah Zat Yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)Mu, kesembuhan yang tidak menyisakan sakit.” (HR. Bukhari)

3. Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah membacakan doa ruqyah untuk orang sakit (dengan doa berikut):

ِۧمْŰłَŰ­ِ Ű§Ù„ْŰšَۧ۳َ ۱َŰšَّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ŰšِيَŰŻِكَ Ű§Ù„ŰŽِّفَۧۥُ لَۧ كَۧێِفَ لَهُ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

“Hapuskanlah petaka (sakit)nya wahai Tuhan manusia, di tangan-Mulah kesembuhan. Tidak ada yang menyembuhkannya kecuali Engkau.”

4. Dari Aisyah, bahwasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengatakan (doa) untuk orang sakit (dengan doa berikut):

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّه، ŰȘُ۱ْŰšَŰ©ُ ŰŁَ۱ْ۶ِنَۧ، Űšِ۱ِيقَŰ©ِ ŰšَŰčْ۶ِنَۧ، يُŰŽْفَى Űłَقِيمُنَۧ، ŰšِŰ„ِ۰ْنِ ۱َŰšِّنَۧ

“Bismillah, tanah bumi kami dengan air ludah sebagian kami, semoga disembuhkan orang sakit kami, dengan izin Tuhan kami.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah menjenguk seorang badui (arab kampung), sebelumnya Rasulullah jika menjenguk orang sakit, baginda mengatakan doa ini:

Ù„Ű§ ŰšَŰŁْŰłَ Ű·َهُÙˆŰ±ٌ Ű„ِنْ ŰŽَۧۥَ Ű§Ù„Ù„َّه

“Tidak apa-apa, bersih/suci insya Allah” (HR. Bukhari)

Keterangan: maksud dari bersih/suci adalah semoga sakitnya dapat membersihakan (menghapuskan) dosa-dosanya.

6. Dari Ibnu Abbas dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam beliau bersabda: Barangsiapa yang menjenguk orang sakit yang sakitnya bukan kedatangan ajal, lalu ia berdoa di sisinya sebanyak tujuh kali, dengan doa berikut:

ŰŁَŰłْŰŁَلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمَ ۱َŰšَّ Ű§Ù„ْŰčَ۱ْŰŽِ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمِ ŰŁَنْ يَŰŽْفِيَكَ

Aku memohon kepada Allah Yang Agung, Tuhan Arsy yang agung, agar menyembuhkanmu, maka Allah akan menyembuhkan dari sakit yang dideritanya (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Al-Albani)

7.Dari Utsman bin Abil ‘Ash bahwasanya ia pernah mendatangi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sedangkan ketika itu ia sedang sakit yang hampir mematikannya. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata letakkanlah/usapkanlah tangan kananmu (pada bagian yang sakit) sebanyak tujuh kali sambil berdoa (berikut):

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ ŰšِŰčِŰČَّŰ©ِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ وَقُŰŻْ۱َŰȘِهِ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰŁَŰŹِŰŻُ وَŰŁُŰ­َۧ۰ِ۱ُ

“Bismillah bismillah bismillah, aku berlindung kepada Allah dari kejahatan (sakit) yang aku dapati dan aku khawatirkan.”

Lalu Utsman berdoa dengan doa tersebut dan dihilangkan sakitnya oleh Allah. Ia senantiasa menganjurkan keluarga dan orang-orang untuk senantiasa berdoa dengan doa tersebut (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah, dishahihkan Al-Albani)

Beristighfar Menyelesaikan Berbagai Masaah Kehidupan.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Terdapat banyak musibah melanda negara kita satu demi satu datang bertali arus. Mugkin ini berpunca daripada terlalu banyak dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa di sedari.

1. Kes pembunuhan berlaku setiap hari. Bukan kerana pergaduhan atau rompakan saja tetapi pembunuhan berlaku juga ke atas seorang yang dihormati guru sekolah dan pegawai agama yang menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.

2. Kes kemalangan jalan raya yang ngeri melbatkan puluhan nyawa terkorban apabila bas penumpang jatuh gaung dan kemalangan ngeri lain yang berlaku setiap hari.

3. Banjir besar berlaku melibatkan negeri-negeri di Semenanjung yang mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit dan kerosakkan harta benda.

4. Berlaku kemarau panjang dan tidak hujan, panas terik dan berjerebu hingga sampai ketahap bahaya dan penutupan sekolah-sekolah yang terlibat jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

5. Kehilangan pesawat MAS MH 370 membawa penumpang dan anak kapal seramai 239 orang. Sudah hampir seminggu mencarinya tetapi masih tidak dapat di kesan kedudukan pesawat tersebut.

6. Deman denggi yang teruk melanda negara.

Mungkin ramai tidak menyangka bahawa dengan istighfar dan taubat mampu menjadi sebab terbukanya pintu-pintu rezeki dan dapat dijauhi segala bentuk musibah. Ramai manusia yang bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuap rezeki, tetapi terlupa untuk berdoa dan beristighfar kepada Allah Ta’ala lantaran kesibukan.

Oleh kerana itu, segeralah kita mengingat seraya berlumba-lumba dan bersegeralah kepada pintu-pintu taubat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Ali ‘Imran:

وَŰłَۧ۱ِŰčُÙˆŰ§ Ű„ِلَى مَŰșْفِ۱َŰ©ٍ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ

Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 133)

Dalam al-Quran terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْŰȘُ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űșَفَّۧ۱ًۧ (ÙĄÙ ) يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ (ÙĄÙĄ) وَيُمْŰŻِŰŻْكُمْ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ٍ وَŰšَنِينَ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŁَنْهَۧ۱ًۧ

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

ŰŁÙŠ: ۄ۰ۧ ŰȘŰšŰȘم Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ±ŰȘموه ÙˆŰŁŰ·ŰčŰȘموه، ÙƒŰ«Ű± Ű§Ù„Ű±ŰČق Űčليكم، ÙˆŰŁŰłÙ‚Ű§ÙƒÙ… من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم Ű§Ù„ŰČ۱Űč، وَŰŁَŰŻَ۱َّ لكم Ű§Ù„Ű¶Ű±Űč، ÙˆŰŁÙ…ŰŻÙƒÙ… ŰšŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰšÙ†ÙŠÙ†، ŰŁÙŠ: ŰŁŰčŰ·Ű§ÙƒÙ… Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰ§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻ، ÙˆŰŹŰčل لكم ŰŹÙ†Ű§ŰȘ ÙÙŠÙ‡Ű§ ŰŁÙ†ÙˆŰ§Űč Ű§Ù„Ű«Ù…Ű§Ű±، ÙˆŰźÙ„Ù„Ù‡Ű§ ŰšŰ§Ù„ŰŁÙ†Ù‡Ű§Ű± Ű§Ù„ŰŹŰ§Ű±ÙŠŰ© ŰšÙŠÙ†Ù‡Ű§

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:

Ű§Ù† Ű±ŰŹÙ„Ű§ ŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű§Ù„ŰŹŰŻŰš ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ Ű§Ù„ÙÙ‚Ű± ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰŹÙŰ§Ù ۚ۳ŰȘŰ§Ù†Ù‡ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰčŰŻÙ… Ű§Ù„ÙˆÙ„ŰŻ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű«Ù… ŰȘÙ„Ű§ Űčليهم Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ©

Maksudnya : “Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian al-Hasan al-Basri pun membacakan surah ini (Surah Nuh (71) ayat 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَيَقَوْمِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ وَيَŰČِŰŻْكُمْ قُوَّŰ©ً Ű„ِلَى قُوَّŰȘِكُمْ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَوَلَّوْۧ مُŰŹْ۱ِمِينَ

“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud (11) ayat 52)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan:

Ű«Ù… ŰŁÙ…Ű±Ù‡Ù… ŰšŰ§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± Ű§Ù„Ű°ÙŠ فيه ŰȘÙƒÙÙŠŰ± Ű§Ù„Ű°Ù†ÙˆŰš Ű§Ù„ŰłŰ§Ù„ÙŰ©، ÙˆŰšŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰčÙ…Ű§ ÙŠŰłŰȘÙ‚ŰšÙ„ÙˆÙ† ومن ۧŰȘŰ”Ù ŰšÙ‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„Ű”ÙŰ© ÙŠŰłŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ۱ŰČقه، ÙˆŰłÙ‡Ù„ Űčليه ŰŁÙ…Ű±Ù‡ ÙˆŰ­ÙŰž ŰŽŰŁÙ†Ù‡؛ ÙˆÙ„Ù‡Ű°Ű§ Ù‚Ű§Ù„: يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ

“Kemudian dia (Hud) menyuruh mereka beristighfar yang dengannya dapat menghapuskan dosa yang telah lalu, juga dengan bertaubat dari apa yang sedang mereka hadapi. Dan sesiapa yang memiliki sifat ini, Allah memudahkan rezeki ke atasnya dan memudahkan ke atasnya urusannya dan memelihara keadaannya. Dan untuk itulah Allah berfirman: “…nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu.”Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَŰČِمَ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱َ، ŰŹَŰčَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ۶ِيقٍ مَŰźْ۱َŰŹًۧ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَ۱َŰŹًۧ، وَ۱َŰČَقَهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. )

(Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَŰŁَنِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُمَŰȘِّŰčْكُمْ مَŰȘَۧŰčًۧ Ű­َŰłَنًۧ Ű„ِلَى ŰŁَŰŹَلٍ مُŰłَمًّى وَيُŰ€ْŰȘِ كُلَّ ۰ِي فَ۶ْلٍ فَ۶ْلَهُ وَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَŰ„ِنِّي ŰŁَŰźَŰ§Ùُ Űčَلَيْكُمْ Űčَ۰ََۧۚ يَوْمٍ كَŰšِÙŠŰ±ٍ

Maksudnya : “Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (kiamat).” (Surah Huud (11) ayat 3)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menjelaskan:

هَ۰ِهِ Ű«َمَ۱َŰ©ُ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱ِ وَŰ§Ù„ŰȘَّوْŰšَŰ©ِ، ŰŁَيْ يُمَŰȘِّŰčُكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْمَنَŰ§ÙِŰčِ من ŰłَŰčَŰ©ِ Ű§Ù„Ű±ِّŰČْقِ وَ۱َŰșَŰŻِ Ű§Ù„ْŰčَيْŰŽِ، وَلَۧ يَŰłْŰȘَŰŁْŰ”ِلُكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْŰčَ۰َِۧۚ كَمَۧ فَŰčَلَ Űšِمَنْ ŰŁَهْلَكَ قَŰšْلَكُمْ

“Inilah buah hasil istighfar dan taubat. Iaitu Allah memberi kenikmatan kepada kamu dengan manfaat-manfaat berupa rezeki yang banyak dan hidup yang sejahtera, serta Dia tidak akan mengazab kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya ke atas orang-orang sebelum kamu.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/3)

Demikian juga sebagaimana ditegaskan oleh Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah (Wafat: 1393H):

Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© Ű§Ù„ÙƒŰ±ÙŠÙ…Ű© ŰȘŰŻÙ„ Űčلى ŰŁÙ† Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ من Ű§Ù„Ű°Ù†ÙˆŰš ۳ۚۚ Ù„ŰŁÙ† يمŰȘŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ من فŰčل Ű°Ù„Ùƒ مŰȘۧŰčًۧ Ű­ŰłÙ†Ű§ً Ű„Ù„Ù‰ ŰŁŰŹÙ„ Ù…ŰłÙ…Ù‰؛ Ù„ŰŁÙ†Ù‡ ۱ŰȘŰš Ű°Ù„Ùƒ Űčلى Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰȘ۱ŰȘÙŠŰš Ű§Ù„ŰŹŰČۧۥ Űčلى ŰŽŰ±Ű·Ù‡

“Ayat yang mulia ini adalah dalil yang menunjukkan istighfar dan taubat kepada Allah dari dosa-dosa adalah termasuk sebab yang dengannya Allah memberikan kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan kepada orang-orang yang melakukannya. Allah memberikan balasan kebaikan atas istighfar dan taubat tersebut berdasarkan syaratnya.” (Adhwa’ul Bayan, 2/169-170)

Sahabat yang dimuliakan,

Apabila kita perbanyakkan beristighfar Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan, pada masa yang sama urusan kehidupan kita akan di permudahkan-Nya. Allah SWT akan selesaikan masaalah kehilangan pesawat MH 370, mengurniakan rezeki yang lumayan dan berkat, perniagaan akan menguntungkan, di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, diturunkan hujan untuk menyuburkan tanaman dan air sungai atau empangan air untuk bekalan air untuk rakyat tidak kering dan di hilangkan jerebu yang melanda negara dan kadar jenayah di tahap yang paling minima.

Manusia yang sombong dan angkuh adalah mereka yang banyak bergantung kepada ilmu dan kepakarannya sendiri tetapi tidak mahu berdoa dan meminta ampun kepada Allah SWT dan bertawakal kepada-Nya. Perlu diingat ilmu manusia cukup terbatas dan manusia tidak mampu menghadapai musibah yang akan datang tanpa dijangkakan jika manusia tidak mahu bertaubat dan beristigfar kepada Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Bijaksana. Wallahu a'lam

Pujian Sesama Manusia Berpada-pada


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam Islam, sesungguhnya pujian semata-mata kerana Allah, dan untuk Allah jua. Pujian untuk manusia lakukan sekadarnya jangan berlebih-lebihan.

Islam melarang kita memberi pujian yang melampau kepada manusia kerana bimbang akan timbulnya perasaan riak dan takbur. Bahayanya memberi pujian ada dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya:
"Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: "Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya:
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)

Ini menunjukkan sekiranya kita mahu memberi pujian kepada seseorang, kita kena dahulukan dengan pujian kepada Allah. Kerana segala pujian itu, kita tujukan kepada Allah dan sesungguhnya segala kelebihan yang ada pada seseorang itu diberi oleh Allah SWT.

Hidup Di Dunia Hanyalah Sementara Akhiratlah Tempat Yang Kekal Abadi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja dan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Nabi SAW menganggap bahawa jarak dunia ini dengan hari akhirat adalah seperti memejamkan mata.

Jabir bin Abdullah berkata : "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW. maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah SAW. dengan berkata : "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?

Maka Rasulullah SAW. pun berkata : " Dunia itu adalah impian orang yang tidur"

Bertanya orang itu lagi : "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW.?"

Berkata Rasulullah SAW. : " Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa'ir"

Orang itu bertanya lagi : "Apakah Syurga itu?"

Berkata Rasulullah SAW. : "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini"

Bertanya orang itu lagi ; "Apakah Jahannam itu?"

Maka berkata Rasulullah SAW : "Jahannam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka-mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lagi : "Siapakah sebaik-baik umat ini?"

Berkata Rasulullah SAW : "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT".

Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Berkata Rasulullah SAW : "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

Orang itu bertanya lagi : "Seberapakah ketentuan taat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah"

Bertanya orang itu lagi : "Berapa jarak jauhnya Dunia dengan akhirat itu?"

Berkata Rasulullah SAW : "Hanya sekadar memejamkan mata saja."

Jabir melanjutkan cerita : "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu seperti itu."

Rasulullah SAW bersabda maksudnya ; "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril a.s., dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."

Berkata Rasulullah SAW lagi : "Sesungguhnya Allah SWT. tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya".

Dunia ini adalah alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal. Orang yang mengejar dunia iaitu mencari harta dunia dan mencari pangkat dan kedudukan sekiranya ia melupakan akhirat semasa ia mencarinya dan tidak peduli halal atau haram atau merampas hak orang lain sebenarnya ia sedang di kuasai oleh dunia dan akan hanyut dibawa arus kebinasaan. Tetapi sekiranya seseorang mencari harta di dunia ini dengan mengikut peraturan Allah SWT , tidak melupakan kewajipan terhadap-Nya, tidak menipu, menindas, mengambil rasuah dan tidak mengambil hak orang lain maka harta itu akan membawa keberkatan dan disalurkan pula harta itu untuk membayar zakat, memberi sedekah jariah, infak di jalan Allah dan membantu fakir miskin maka harta itu sebagai alat yang akan membantunya mendapat keredhaan Allah dan akan menjadi saham akhirat.

Sunday, March 23, 2014

Senyum Adalah Sedekah Dan Amalan Nabi SAW.


1. Dari Abu Dzar ra, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

2. Dari Jarir bin Abdillah ra dia berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menolak aku untuk duduk bersama baginda. Dan tidaklah baginda melihatku kecuali baginda tersenyum kepadaku.” (HR. Bukhari dan Muslim).

3. Dari Abdullah bin Al Harits bin Jaz`i ra dia berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” (HR. Tirmidzi)

4. Jabir bin Samurah ra berkata, ia menceritakan tentang kebiasaan Rasulullah SAW, “Baginda biasanya tidak berdiri dari tempat solat di mana baginda solat subuh padanya kecuali setelah terbit matahari. Apabila matahari telah terbit barulah baginda berdiri. Sementara itu para sahabat bercakap-cakap membicarakan kejadian di masa jahiliyah, lalu mereka tertawa, sedangkan baginda hanya tersenyum.” (HR. Muslim).

5. Dari Abu Dzarr ra dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang makruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” (HR. Tirmidzi)

6. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

"Oleh itu kurangkan manis dalam minuman dan banyakkan manis dalam senyuman" Wassalam.

Sunday, March 16, 2014

Cara-cara Untuk Melepasi Titian Sirat Di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis yang panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia."

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan."

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah SAW. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : "Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya."

Jadi di sini, disertakan cara-cara dan pantang larat sirat.

Rasulullah SAW. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1. Banyakkan bersedekah

2. Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Sahabat yang dikasihi,
Betapa dahsyatnya perbicaraan di hari akhirat , semua amalan akan dihisab dengan teliti dan halus dan tidak ada satu amalan pun yang tertinggal tidak dihisab melainkan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Terdapat 7 sekatan dan pemereksaan terhadap amal-amal manusia. Salah satu tersangkut maka perjalanan tak akan dapat diteruskan menuju syurga Allah SWT. Oleh itu beramalah dengan amalan-amalan yang ikhlas untuk mendapat rahmat dan kasih sayanag Allah SWT untuk memasuki syurga-Ny

Saturday, March 15, 2014

Banyakkan Beristighfar Kepada Allah SWT Akan Di Ampunkan Dosa Dan Di Jauhi Musibah Dan Bencana Alam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat banyak musibah melanda negara kita satu demi satu datang bertali arus. Mugkin ini berpunca daripada terlalu banyak dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa di sedari.

1. Kes pembunuhan berlaku setiap hari. Bukan kerana pergaduhan atau rompakan saja tetapi pembunuhan berlaku juga ke atas seorang yang dihormati guru sekolah dan pegawai agama yang menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.

2. Kes kemalangan jalan raya yang ngeri melbatkan puluhan nyawa terkorban apabila bas penumpang jatuh gaung dan kemalangan ngeri lain yang berlaku setiap hari.

3. Banjir besar berlaku melibatkan negeri-negeri di Semenanjung yang mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit dan kerosakkan harta benda.

4. Berlaku kemarau panjang dan tidak hujan, panas terik dan berjerebu hingga sampai ketahap bahaya dan penutupan sekolah-sekolah yang terlibat jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan. 

5. Kehilangan pesawat MAS MH 370 membawa penumpang dan anak kapal seramai 239 orang. Sudah hampir seminggu mencarinya tetapi masih tidak dapat di kesan kedudukan pesawat tersebut.

6. Deman denggi yang teruk melanda negara.

Mungkin ramai tidak menyangka bahawa dengan beristighfar dan taubat mampu menjadi sebab terbukanya pintu-pintu rezeki dan dapat dijauhi segala bentuk musibah. Ramai manusia yang bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuap rezeki, tetapi terlupa untuk berdoa dan beristighfar kepada Allah Ta’ala lantaran kesibukan.

Oleh kerana itu, segeralah kita mengingat seraya berlumba-lumba dan bersegeralah kepada pintu-pintu taubat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Ali ‘Imran:

وَŰłَۧ۱ِŰčُÙˆŰ§ Ű„ِلَى مَŰșْفِ۱َŰ©ٍ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ

Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 133)

Dalam al-Quran terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْŰȘُ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űșَفَّۧ۱ًۧ (ÙĄÙ ) يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ (ÙĄÙĄ) وَيُمْŰŻِŰŻْكُمْ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ٍ وَŰšَنِينَ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŁَنْهَۧ۱ًۧ

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

ŰŁÙŠ: ۄ۰ۧ ŰȘŰšŰȘم Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ±ŰȘموه ÙˆŰŁŰ·ŰčŰȘموه، ÙƒŰ«Ű± Ű§Ù„Ű±ŰČق Űčليكم، ÙˆŰŁŰłÙ‚Ű§ÙƒÙ… من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم Ű§Ù„ŰČ۱Űč، وَŰŁَŰŻَ۱َّ لكم Ű§Ù„Ű¶Ű±Űč، ÙˆŰŁÙ…ŰŻÙƒÙ… ŰšŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰšÙ†ÙŠÙ†، ŰŁÙŠ: ŰŁŰčŰ·Ű§ÙƒÙ… Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰ§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻ، ÙˆŰŹŰčل لكم ŰŹÙ†Ű§ŰȘ ÙÙŠÙ‡Ű§ ŰŁÙ†ÙˆŰ§Űč Ű§Ù„Ű«Ù…Ű§Ű±، ÙˆŰźÙ„Ù„Ù‡Ű§ ŰšŰ§Ù„ŰŁÙ†Ù‡Ű§Ű± Ű§Ù„ŰŹŰ§Ű±ÙŠŰ© ŰšÙŠÙ†Ù‡Ű§

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:

Ű§Ù† Ű±ŰŹÙ„Ű§ ŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű§Ù„ŰŹŰŻŰš ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ Ű§Ù„ÙÙ‚Ű± ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰŹÙŰ§Ù ۚ۳ŰȘŰ§Ù†Ù‡ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰčŰŻÙ… Ű§Ù„ÙˆÙ„ŰŻ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű«Ù… ŰȘÙ„Ű§ Űčليهم Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ©

Maksudnya : “Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian al-Hasan al-Basri pun membacakan surah ini (Surah Nuh (71) ayat 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَيَقَوْمِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ وَيَŰČِŰŻْكُمْ قُوَّŰ©ً Ű„ِلَى قُوَّŰȘِكُمْ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَوَلَّوْۧ مُŰŹْ۱ِمِينَ

“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud (11) ayat 52)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan:

Ű«Ù… ŰŁÙ…Ű±Ù‡Ù… ŰšŰ§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± Ű§Ù„Ű°ÙŠ فيه ŰȘÙƒÙÙŠŰ± Ű§Ù„Ű°Ù†ÙˆŰš Ű§Ù„ŰłŰ§Ù„ÙŰ©، ÙˆŰšŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰčÙ…Ű§ ÙŠŰłŰȘÙ‚ŰšÙ„ÙˆÙ† ومن ۧŰȘŰ”Ù ŰšÙ‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„Ű”ÙŰ© ÙŠŰłŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ۱ŰČقه، ÙˆŰłÙ‡Ù„ Űčليه ŰŁÙ…Ű±Ù‡ ÙˆŰ­ÙŰž ŰŽŰŁÙ†Ù‡؛ ÙˆÙ„Ù‡Ű°Ű§ Ù‚Ű§Ù„: يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ

“Kemudian dia (Hud) menyuruh mereka beristighfar yang dengannya dapat menghapuskan dosa yang telah lalu, juga dengan bertaubat dari apa yang sedang mereka hadapi. Dan sesiapa yang memiliki sifat ini, Allah memudahkan rezeki ke atasnya dan memudahkan ke atasnya urusannya dan memelihara keadaannya. Dan untuk itulah Allah berfirman: “…nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu.”
Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَŰČِمَ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱َ، ŰŹَŰčَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ۶ِيقٍ مَŰźْ۱َŰŹًۧ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَ۱َŰŹًۧ، وَ۱َŰČَقَهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَŰŁَنِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُمَŰȘِّŰčْكُمْ مَŰȘَۧŰčًۧ Ű­َŰłَنًۧ Ű„ِلَى ŰŁَŰŹَلٍ مُŰłَمًّى وَيُŰ€ْŰȘِ كُلَّ ۰ِي فَ۶ْلٍ فَ۶ْلَهُ وَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَŰ„ِنِّي ŰŁَŰźَŰ§Ùُ Űčَلَيْكُمْ Űčَ۰ََۧۚ يَوْمٍ كَŰšِÙŠŰ±ٍ

Maksudnya : “Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (kiamat).” (Surah Huud (11) ayat 3)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menjelaskan:

هَ۰ِهِ Ű«َمَ۱َŰ©ُ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱ِ وَŰ§Ù„ŰȘَّوْŰšَŰ©ِ، ŰŁَيْ يُمَŰȘِّŰčُكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْمَنَŰ§ÙِŰčِ من ŰłَŰčَŰ©ِ Ű§Ù„Ű±ِّŰČْقِ وَ۱َŰșَŰŻِ Ű§Ù„ْŰčَيْŰŽِ، وَلَۧ يَŰłْŰȘَŰŁْŰ”ِلُكُمْ ŰšِŰ§Ù„ْŰčَ۰َِۧۚ كَمَۧ فَŰčَلَ Űšِمَنْ ŰŁَهْلَكَ قَŰšْلَكُمْ

“Inilah buah hasil istighfar dan taubat. Iaitu Allah memberi kenikmatan kepada kamu dengan manfaat-manfaat berupa rezeki yang banyak dan hidup yang sejahtera, serta Dia tidak akan mengazab kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya ke atas orang-orang sebelum kamu.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/3)

Demikian juga sebagaimana ditegaskan oleh Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah (Wafat: 1393H):

Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© Ű§Ù„ÙƒŰ±ÙŠÙ…Ű© ŰȘŰŻÙ„ Űčلى ŰŁÙ† Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ من Ű§Ù„Ű°Ù†ÙˆŰš ۳ۚۚ Ù„ŰŁÙ† يمŰȘŰč Ű§Ù„Ù„Ù‡ من فŰčل Ű°Ù„Ùƒ مŰȘۧŰčًۧ Ű­ŰłÙ†Ű§ً Ű„Ù„Ù‰ ŰŁŰŹÙ„ Ù…ŰłÙ…Ù‰؛ Ù„ŰŁÙ†Ù‡ ۱ŰȘŰš Ű°Ù„Ùƒ Űčلى Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰȘ۱ŰȘÙŠŰš Ű§Ù„ŰŹŰČۧۥ Űčلى ŰŽŰ±Ű·Ù‡

“Ayat yang mulia ini adalah dalil yang menunjukkan istighfar dan taubat kepada Allah dari dosa-dosa adalah termasuk sebab yang dengannya Allah memberikan kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan kepada orang-orang yang melakukannya. Allah memberikan balasan kebaikan atas istighfar dan taubat tersebut berdasarkan syaratnya.” (Adhwa’ul Bayan, 2/169-170)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita perbanyakkan beristighfar Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan, pada masa yang sama urusan kehidupan kita akan di permudahkan-Nya. Allah SWT akan selesaikan masaalah kehilangan pesawat MH 370, mengurniakan rezeki yang lumayan dan berkat, perniagaan akan menguntungkan, di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, diturunkan hujan untuk menyuburkan tanaman dan air sungai atau empangan air untuk bekalan air untuk rakyat tidak kering dan di hilangkan jerebu yang melanda negara dan kadar jenayah di tahap yang paling minima.

Manusia yang sombong dan angkuh adalah mereka yang banyak bergantung kepada ilmu dan kepakarannya sendiri tetapi tidak mahu berdoa dan meminta ampun kepada Allah SWT dan bertawakal kepada-Nya. Perlu diingat ilmu manusia cukup terbatas dan manusia tidak mampu menghadapai musibah yang akan datang tanpa dijangkakan jika manusia tidak mahu bertaubat dan beristigfar kepada Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Bijaksana. Wallahu a'lam

Sunday, March 9, 2014

Cara Makan dan Beberapa Jenis Makanan Yang Mendapat Keberkatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Di sini akan saya nukilkan beberapa dalil tentang makanan dan minuman yang mendapat keberkatan menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga nota ini dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca. Diharap ilmu yang kita perolehi dapat kita amalkan dan dapat disebarkan. Insyaallah. 

1. Keberkatan mulai makan dan minum dengan (Bismillah) 

Kita seharusnya memulai makan makanan dengan menyebut nama Allah (Bismillah). 
Ulama-ulama hadis tiada perbezaan dalam menyebut Bismillah ketika makan. Tetapi yang berbeza pendapat disini adalah Bismillahirahmanirrahim. Mengikut hadis-hadis yang soheh, kita hendaklah mengucapkan bismillah sahaja tanpa tambahan Arrahmanirrahim. Semoga pembaca dapat memahami persoalan ini. Kita ikuti hadis-hadis di bawah. 

Diriwayatkan dari Umar bin Abi Salamah r.a bahawa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda kepadaku: 

“Sebutlah nama Allah (Bismillah)! Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari yang dekat denganmu”. (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah }

Diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Apabila seseorang masuk ke rumahnya lalu berzikir kepada Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya: “Tidak ada tempat menginap dan makan malam untuk kamu”. Adapun apabila seseorang yang masuk ke rumahnya dan tidak berzikir kepada Allah, maka syaitan berkata kepada kawannya: “Kamu memperolehi tempat menginap”. Dan ketika seseorang makan, sedang ia tidak berzikir kepada Allah, maka syaitan berkata pada kawannya: “Kamu memperolehi tempat menginap dan makan malam”. 
(Hadis Riwayat Muslim) 

Diriwayatkan dari Huzaifah bahawa ia berkata:  “Dulu bila kami menghadiri jamuan makan, tangan kami tidak berani menyentuhnya sebelum Rasulullah SAW meletakkan tangannya terlebih dahulu. Satu saat, kami mendatangi jamuan makan lalu datanglah seorang wanita tergesa-gesa, seakan-akan ada sesuatu yang mendorongnya. Ia langsung menyentuhkan tangannya ke makanan itu, tetapi Rasulullah SAW menahan tangannya. Lalu datang pula seorang Badui terburu-buru, sepertinya ada sesuatu yang mendorongnya. Ia langsung menyentuh ke makanan itu, tetapi Rasulullah menahan tangannya. Lalu beliau bersabda: 

“Sesungguhnya syaitan itu merebut makanan yang tidak disebut nama Allah (Bismillah) padanya. Sesungguhnya syaitan menyertai orang Badui itu untuk merebut makanan, maka aku pegang tangannya. Kemudian ia datang bersama wanita ini untuk merebut makanan, maka aku tahan tangannya. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sunguh syaitan itu aku pegang bersama-sama dengan kedua tangan orang ini”. 
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i) 

Apabila seseorang itu terlupa menyebut nama Allah SWT apabila ingin makan, akan tetapi dia teringat apabila sudah makan, maka disunnahkan menyebut doa di bawah ini berdasarkan sebuah hadis yang berikut ini. 

“Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Siapa sahaja yang lupa menyebut nama Allah Azza Wa Jalla sebelum makan, maka hendaklah ia mengucapkan: 

“Bismillahi awwalahu wa akhirahu” (Dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhirnya) 

"Kerana sesungguhnya ia seperti orang yang menghadapi makanan baru atau keburukan yang menimpa makanan itu akan tercegah” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Sunni dan Thabrani) 

Perlu diingatkan kepada semua kaum muslimin bahawa makanan Iblis adalah makanan manusia yang makan tidak menyebut nama Allah (Bismillah). Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

“Iblis bertanya kepada Allah: “Setiap makhlukMu telah engkau jelaskan rezekinya, lantas di manakah rezekiku?” Dia (Allah) berfirman: “Pada makanan yang tidak disebut namaKu apabila memakannya”. (Lihat Silsilah Al-Hadis As Sohehah hadis no 708) 

Di antara petunjuk Nabi SAW ialah memuji Allah ketika ingin makan dan minum dan selepasnya. 

Diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya Allah bernar-benar redha kepada seorang hamba yang memakan suatu makanan atau meminum suatu minuman, setelah itu memujiNya”. 
(Hadis Riwayat  Ahmad dan Ibnu Sunni) 

Disunnahkan kita menyebut nama Allah (Bismillah) sekiranya kita tidak tahu sesuatu makanan atau sembelihan yang tidak disebut nama Allah (Bismillah) di dalamnya. Ini berdasarkan riwayat dari ‘Aisyah yang menyebutkan: 

“Suatu kaum pernah berkata kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, ada suatu kaum membawakan kepada kami masakan daging. Kami tidak tahu apakah mereka menyebut nama Allah (Bismillah) atau tidak (ketika menyembelihnya). Rasulullah SAW bersabda: “Sebutlah nama Allah (Bismillah), lalu makanlah”. (Hadis Riwayat Bukhari, Ibnu Majah dan Nasa’i) 

2. Setelah selesai dari makan dan minum, disunnahkan membaca doa yang akan disebutkan pada hadis di bawah. 

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Barangsiapa memakan satu makanan, lalu berdoa: 

“Alhamdulillahillazi At ‘amani hazatto ‘ama warazaqanihi min ngaiharihaulim minna wala quwwat”  (Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku makanan ini dan telah menjadikan sebahagian rezekiku, tanpa daya dan kekuatan dari diriku sendiri) 
Niscaya diampuni dosanya yang telah lalu” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi )

3. Keberkatan makan beramai-ramai (Berjama’ah) 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makan beramai-ramai (bersama-sama) adalah satu cara atau amalan yang mendapat keberkatan dari Allah SWT. Apabila keluarga itu hanya dua orang (suami dan isteri) maka makanlah bersama setiap kali ingin makan. Jika tiga orang makanlah bersama. Sekiranya sepuluh orang sekali pun hendaklah makan bersama-sama kerana ia akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Mari kita lihat dalil-dalilnya. 

Diriwayatkan dari Wahsyi bin Harb dari bapanya dari atuknya bahawa ia berkata: 

“Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami kalau makan tidak merasa kenyang. Baginda bersabda: “Barangkali kamu makan sendiri-sendiri”. Mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama Allah Ta’ala (Bismillah)! Nescaya Dia akan memberkati makanan kamu”. 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Majah dan Hakim )

Dari Umar bin Khattab r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: 

“Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri-sendiri! Makanan satu orang cukup untuk dua orang,makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang. Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri sendiri! Kerana berkat itu ada dalam Jama’ah. 
(Lihat Soheh Al Jame’ hadis no 1687 )

Rasulullah saw bersabda:  “Makanan yang paling disukai Allah adalah makanan yang dijamah banyak tangan”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la, Ibnu Hibban, Baihaqi dan Adh Dhiya)

Hadis hadis di atas juga mengisyaratkan bahawa apabila perasaan untuk menghiburkan perasaan orang lain itu hadir, maka akan muncullah keberkatan yang menyeluruh kepada orang-orang yang hadir. Juga sebaiknya, seseorang janganlah meremehkan makanan miliknya, sehingga merasa berat untuk memberikannya. Sesungguhnya yang sedikit kadang-kadang memberikan kecukupan iaitu boleh menutup hajat dan meluruskan niat, bukan merasa kenyang sendirian. (Lihat: Fathul Bari. Ibn Hajar Al Asqalani)

4. Keberkatan memulai makan makanan yang berdekatan.

Kita disunnahkan makan makanan yang berdekatan terlebih dahulu. Contohnya apabila ingin memakan makanan yang berada di dalam pinggan, hendaklah memakan di bahagian depan terlebih dahulu supaya mendapat keberkatan oleh Allah swt. 

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda: “Berkat itu turun di tengah-tengah makanan, Maka, makanlah mulai tepi dan jangan mulai makan dari tengah” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi dan Abu Daud )

Diriwayatkan dari Umar bin Abi Salamah r.a bahawa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Sebutlah nama Allah(Bismillah)! Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari yang dekat denganmu”. (Hadis Riwayat  Muslim dan Ibnu Majah) 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Busr bahawa ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 
“Makanlah mulai dari tepi-tepinya dan biarkanlah dahulu tengahnya! Niscaya akan diberkati”. 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi )

5. Keberkatan jangan makan terlampau banyak seperti orang kafir 

Janganlah kita menyerupai orang kafir dalam cara memakan makanan. Kerana nafsu orang kafir melampau batas kerana didorongi oleh nafsu semata. Kita lihat hadis di bawah. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah SAW bersabda: 

“Orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”. 
(Hadis Riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya )

Dalam riwayat Bukhari disebutkan dengan lafal: “Ada seorang lelaki kafir yang makannya banyak sekali, lalu ia pun masuk Islam. Setelah itu, makannya menjadi sikit. Hal itu diberitahukan kepada Rasulullah saw. Maka beliau bersabda: ““Sesungguhnya orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”. (Hadis Riwayat Bukhari )

6. Keberkatan menjilat (mengulum) jari jemari tangan (kanan) setelah selesai makan 

Ramai yang meremehkan dan mencerca orang yang menjilat (mengulum) jari tangan selepas makan. Ini adalah sunnah yang besar dari Rasulullah saw. Ia membuatkan seseorang mendapat berkat dari perbuatan tersebut. Ini berdasarkan hadis-hadis Rasulullah saw. di bawah. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu selesai makan, hendaklah ia menjilati (mengulum) jari jemarinya! Sesungguhnya seseorang tidak tahu bahagian mana makanan itu mengandungi keberkatan. (Hadis Riwayat  Ahmad dan Tirmizi )

Dari Ibnu ‘Abbas bahawa ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:  “Apabila salah seorang dari kamu makan, janganlah ia mengusap telapak tangannya dengan sapu tangan sebelum dirinya atau orang lain menjilati sisa makanan yang melekat”. (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Baihaqi )

Abu Zubair berkata: “Aku mendengar Jabir bin Abdullah mengatakan: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Janganlah seseorang mengangkat pinggannya (sesudah makan), sebelum ia menjilati atau menjlatkan kepada orang lain sisa-sisa yang masih melekat pada piring tersebut! Sebab, pada akhir makanan itu ada berkatnya”. (Lihat Silsilah Al-Hadis As Sohehah hadis no 311 )

7. Keberkatan mengutip semula makanan yang jatuh, dibersihkan dan dimakan semula 

Disunnahkan apabila makanan yang jatuh dan diyakini makanan tersebut boleh dibersihkan dan tidak terlalu kotor, dikutip lalu dibersihkan dan dimakan semula. Ini kerana kita tidak tahu kemungkinan makanan yang jatuh itulah yang mendapat keberkatan dari Allah swt. Dan makanan yang terjatuh jika tidak dikutip semula adalah makanan syaitan. Jangan meremehkan walaupun kita mampu membeli makanan yang lain tetapi yang lebih baik ialah makanan yang diberkati Allah dari makanan yang baru tidak diberkati Allah. 

Dari Anas r.a bahawa ia berkata: 

“Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi keberkatan”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

8. Keberkatan jangan memakan makanan yang sangat panas 

Kita seharusnya apabila ingin memakan makanan yang baru lepas dimasak, hendaklah dibiarkan terlebih dahulu asap panasnya keluar dan biarkan ia sejuk sedikit. Ini kerana keberkatan tidak diperolehi pada makanan yang panas. Keberkatan yang banyak diperolehi ketika makanan telah hilang asap panasnya dan tidak berapa panas (suam) 
Kita teliti hadis-hadis yang berkaitan. 

Diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa: “Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilanglah asap panasnya. Ia menuturkan, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Hal itu merupakan berkat yang paling besar, iaitu makan yang hilang rasa panasnya”. (Hadis Riwayat Ad Darimi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi )

Rasulullah saw bersabda: “Janganlah makan makanan, kecuali hingga hilang asap panasnya”. 
(Hadis Riwayat Baihaqi) 

9. Keberkatan jangan Mencela Makanan Dan Sunnahnya Memuji Makanan 

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan - tanpa mengucapkan celaan padanya." 
(Muttafaq 'alaih) 

Dari Jabir r.a.: Bahwasanya Nabi SAW. meminta lauk pauk kepada keluarganya, 
lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau SAW. lalu 
memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik lauk pauk ialah cuka." (Hadis Riwayat Muslim) 

10. Makruhnya Makan Sambil Bersandar 

Dari Abu Juhaifah yaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.bersabda: "Saya tidak akan makan sambil bersandar." (Hadis Riwayat Bukhari) 

Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah SAW makan kurma sambil duduk berjongkok." (Hadis Riwayat Muslim) 

JENIS-JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG BESAR KEBERKATANNYA 

1. Tsarid (Bubur Daging) 

Tsarid (bubur daging) memiliki keutamaan dibandingkan makanan yang lain, di antara banyaknya hadis soheh menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagamana disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Nabi saw bahawa beliau bersabda: 

“Keutamaan ‘Aisyah dibandingkan semua wanita, bagaikan keutamaan tsarid (bubur daging) atas semua makanan”. (Hadis Riwayat Muslim) 

Diriwayatkan dari Salman Al-Farisi secara marfu’ bahawa Nabi saw bersabda: 
“Keberkatan itu terdapat di dalam tiga perkara: berjamaah, tsarid (bubur daging) dan makan sahur”. (Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1045 )

Diriwayatkan dari Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa: Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilang asapnya. Ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda”: “Sesungguhnya Tsarid (bubur daging) merupakan berkat yang paling besar”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Ad Darimi )

Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata: “Meskipun tsarid(bubur daging) merupakan makanan campuran. Tetapi ia campuran dari roti dan daging. Roti adalah makanan terbaik dan daging adalah lauk yang terlazat. Bila keduanya bercampur, maka tidak ada lagi yang menyamainya”. 
(Lihat: Zadul Ma’ad jilid 4 halaman 265) 

2. Susu 

Berkenaan dengan keberkatan susu, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Ummu Salim Ar-Rasin bahawa ia berkata: “Aku mendengar ‘Aisyah r.a mengatakan: 

“Apabila dihidangkan susu kepada Rasulullah saw, beliau bersabda: “Keberkatan atau dua keberkatan”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Dari ‘Aisyah r.a bahawa ia mengatakan: “Apabila Rasulullah SAW diberi susu, beliau bersabda: “Betapa banyak rumah yang di dalamnya terdapat satu keberkatan atau dua keberkatan”. (Hadis Riwayat Ahmad) 

3. Kurma 

Berkenaan dengan keberkatan kurma, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik baik kurma adalah al-barniy. Ia boleh menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit”. (Hadis Riwayat Ibnu Adi, Baihaqi dan Ad Dhiya) 

Rasulullah SAW juga bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau laparlah penghuninya”.  (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi )

Diriwayatkan dari Ubaidillah bin Rafi’ dari neneknya, Salma r.a bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, bagaikan rumah yang tidak ada makanannya” (Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1776) 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi )

3. Keberkatan kurma ‘Ajwah Madinah 

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersaba: 

“Pada kurma ‘ajwah ‘aliyah dipermulaan pagi sebelum sarapan adalah penyembuh dari setiap sihir dan racun”. (Hadis Riwayat Ahmad) 

Juga dikeluarkan muslim dengan lafal yang tidak disebutkan kata “’Alariq”: 

“Di dalam kurma ‘ajwah’aliyah terdapat penyembuh atau ubat penawar racun di pagi hari” 
(Hadis Riwayat Muslim) 

Sheikh Al-Albani mengatakan “Hadis ini memiliki penguat dari hadis Sa’d bin Abi Waqqash yang marfu’ dengan lafal: “Siapa saja makan tujuh kurma ‘ajwah tanah Madinah sebelum sarapan, tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya pada hari itu hingga pagi”. Perawi berkata:  “Aku menduga beliau bersabda: “Dan jika memakannya ketika petang, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan hingga pagi”. 

4. Madu 

Adapun madu lebah, maka berkatnya besar sekali. Cukuplah kita mendapatkan penjelasan mengenai keberkatan ini dari firman Allah Ta’ala: 

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia!. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)! Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan. (Surah An-Nahl ayat 68-69 )

Allah SWT telah mamuliakan madu dengan menjadikannya minuman untuk penduduk syurga sebagaimana firmannya: 

“…Dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Dan mereka memperolehinya didalam segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka…. (Surah Muhammad ayat 15 )

Keutamaan madu juga disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah SAW Kita teliti hadis-hadis berikut. 

“Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada. Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan Hakim )

“Diriwayatkan juga dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh, Madu dan Al-Quran”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Mardawaih dan Hakim )

Madu benar-benar adalah ubat yang hebat sebagaimana yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri r.a bahawa ia berkata: 

“Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah, saudaraku sakit perut”. Rasulullah bersabda kepadanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu melakukannya, lalu datang kembali kepada beliau dan berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi malah bertambah sakit”, Orang itu mengulangi sampai tiga kali. Ketika ia datang ke empat kalinya, Rasulullah saw bersabda padanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi bertambah sakit”. Rasulullah saw bersabda: “Maha benar Allah dan berdustalah perut saudaramu, minumkan madu padanya!” Orang tu melakukannya dan sembuhlah sakit saudaranya itu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

5. Air Zam-Zam 

Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi dan yang paling bermanfaat adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat penyembuh dari segala penyakit, pengenyang dari setiap rasa lapar dan penyegar dari rasa haus. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit r.a bahawa ia berkata: 

Abu Dzar menuturkan dalam hadis yang panjang, lalu ia menyebutkan pertanyaan Nabi saw kepadanya, Sejak bila kamu di sini? Aku (Abu Dzar) menjawab, Kami di sini sejak 30 hari, siang dan malam”. Beliau saw bertanya: “Siapa yang memberikan kamu makan? Aku menjawab: “Tidak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Aku menjadi gemuk sampai perutku buncit, dan tidak aku dapati rasa lapar dalam perutku. Lantas beliau saw bersabda: “Sesungguhnya itu air yang diberkati, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim dan At Thayalisi )

“Rasulullah SAW juga bersabda:  “Sesungguhnya itu air yang diberkati. Ia makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”. (Hadis Riwayat Abu Daud an At Thayalisi )

Dari Abu Dzarr bahawa ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Al Bazzar )

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat pengenyang dari segala rasa lapar dan penyembuh penyakit. Dan seburuk-buruk air yang ada di bumi adalah air yang ada di lembah Badhut daerah Hadramaut, seperti kaki serangga belalang. Kalau pagi memancar dan petang hari tidak ada airnya” (Hadis Riwayat Thabrani dan Ad Dhiya )

6. Minyak dari Pokok Zaitun 

Cukuplah sebagai dalil untuk kita akan keberkatan pokok zaitun sebagaimana firman Allah SWT : 

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi, Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti satu lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu seakan-akan bintang (bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)." (Surah An Nuur ayat 35) 

Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkati. Berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pokok yang diberkati” (Hadis Riwayat Ahmad, Ad Darimi dan Tirmizi )

Hadis di atas juga tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, iaitu hadis dari Umar, Abu Usaid, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas tentang sabda Nabi SAW: Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia dari pokok yang diberkati”. (Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 379) 

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, telah berjaya saya susunkan untuk pembaca tentang cara mendapat keberkatan pada makanan dan jenis-jenis makanan yang mendapat keberkatan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Semoga artikel ini dapat memberikan Ilmu yang bermanfaat kepada pembaca dan diharap ilmu ini dapat disebarkan. Insyaallah.