Friday, February 13, 2015

Orang Mukmin Akan Menjauhkan Diri Dengan Perkara Bid'ah Dan Beramal Dengan Sunah Nabi SAW

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sering mendengar perkataan bid'ah yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih daripada Nabi SAW. Terdapat banyak tafsiran mengenai erti bid'ah. Ada pendapat yang yang terlalu ekstrim yang menghukumkan semua perkara baru yang tidak dilaksanakan oleh Nabi SAW adalah bid'ah yang sesat tanpa merujuk kepada kaedah usul fiqh yang terdapat dalam ajaran Islam sendiri. Hingga menyebabkan kekeliruan dan timbul perpecahan dan perselisihan pendapat yang menimbulkan ketegangan dikalangan umat Islam.

Ada beberapa pendekatan yang dilakukan oleh para ulama dalam mendefinisikan bid’ah. Perbedaan cara pendekatan para ulama disebabkan, apakah kata bid’ah selalu merujuk dengan kesesatan, atau bergantung kepada sesuatu keadaan  dalam ajaran Islam?

Hal ini disebabkan erti bid’ah secara bahasa adalah : "Sesuatu yang asing, tidak dikenal pada zaman Rasulullah SAW."

Sehingga  pengertian bid’ah yang sesat yang dimaksudkan adalah: "Segala bentuk perbuatan atau keyakinan yang bukan dari ajaran Islam, dikesankan seolah-olah sebahagian dari ajaran Islam, seperti Ajaran Qadiyani, kaum Mu’tazilah, Qodariyah, Syi’ah, Golongan anti hadis, SIS (yang mempertikaikan poligami dan harta pusaka menurut Islam), termasuk pula kumpulan Islam Liberal dan lain-lain."

Imam ‘Izzuddin bin ‘Abdus Salam sebagaimana disebutkan dalam kitab Tuhfatul akhwadzi juz 7 hal 34 menyatakan: “Apabila pengertian bid’ah ditinjau dari segi bahasa, maka terbagi menjadi lima hukum :

Haram, seperti keyakinan kaum Qodariyah, Mu’tazilah, Syi'ah dan Qadiyani dan lain-lain.
Makruh, seperti membuat hiasan-hiasan dalam masjid.
Wajib, seperti belajar ilmu nahu bahasa arab dan tajwid
Sunnah, seperti membangun sekolah agama, maahad tahfiz  atau madrasah.
Harus, seperti bersalaman setelah solat.

Menurut Imam ‘Izzuddin, “Segala kegiatan keagamaan yang tidak terdapat pada zaman Rasulullah SAW, hukumnya bergantung pada  salah satu kaidah hukum Islam iaitu haram, makruh, wajib, sunnah, atau harus. Sebagai contoh, belajar ilmu nahu (bahasa arab)  untuk memahami ilmu syariat Islam yang wajib, maka hukum belajar ilmu nahu (bahasa arab) menjadi wajib.”.(Risalatu Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah hal. 6-8.)

 Sahabat yang dimuliakan,
Penjelasan tentang bid’ah boleh kita ketahui dari dalil-dalil berikut :
Hadis riwayat Sayyidatina Aisyah :

Űčَنْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهَۧ قَŰ§Ù„َŰȘْ ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: مَنْ Űčَمِلَ ŰčَمَÙ„Ű§ً لَيْŰłَ Űčَلَيْهِ ŰŁَمْ۱ُنَۧ فَهُوَ ۱َŰŻٌّ. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…

“Dari ‘Aisyah r.a, dia berkata : "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang tiada perintah kami atasnya, maka amal itu ditolak” (Hadis Sahih Riwayat Muslim).

Hadis ini sering dijadikan dalil untuk melarang semua bentuk perbuatan yang tidak pernah dilaksanakan pada masa Nabi SAW. Padahal maksud yang sebenarnya bukanlah seperti itu. 

Para ulama menyatakan bahawa hadis ini sebagai larangan dalam membuat-buat hukum baru yang tidak pernah dijelaskan dalam al-Quran ataupun hadis, baik secara jelas atau isyarat,  samada dalam bentuk ibadah khusus atau hukum hakam yang mencakupi hukum hudud, qisas dan takzir.

Oleh karena itu, ulama membuat beberapa kriteria dalam permasalahan bid’ah ini, iaitu :

Pertama, jika perbuatan itu memiliki dasar dalil-dalil syar’i yang kuat, baik yang berbentuk juz’i (cabang) atau umum, maka bukan tergolong bid’ah. Namun jika tidak ada dalil yang dapat dibuat sandaran, maka itulah bid’ah yang dilarang.

Kedua, memperhatikan pada ajaran ulama salaf (ulama pada abad l, ll dan lll Hijrah.). Apabila sudah diajarkan oleh mereka, atau memiliki landasan yang kuat mengikut kaedah Islam yang mereka buat, maka perbuatan itu bukan tergolong bid’ah.

Ketiga, dengan jalan qiyas. Yakni, mengukur perbuatan tersebut dengan beberapa amaliyah yang telah ada hukumnya dari nash al-Quran dan hadis. Apabila perbuatan tersebut haram, maka perbuatan baru itu tergolong bid’ah muharromah (bid'ah haram) . Apabila memiliki mirip dengan yang wajib, maka perbuatan baru itu tergolong wajib. Dan begitu seterusnya samaada sunat atau makruh. (Risalatu Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah hal.6-7.)

2. Hadis riwayat Ibn Mas’ud :

Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ْۧۚنِ مَŰłْŰčُوْŰŻٍ, ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: ŰŁَÙ„Ű§َ وَŰ„ِيَّŰ§Ùƒُمْ وَمُŰ­ْŰŻَŰ«َۧŰȘِ Ű§Ù„ŰŁُمُÙˆŰ±ِ فَŰ„ِنَّ ŰŽَ۱َّ Ű§Ù„ŰŁُمُÙˆŰ±ِ مُŰ­ْŰŻَŰ«َۧŰȘُهَۧ وَكُلُّ مُŰ­ْŰŻَŰ«َŰ©ٍ ŰšِŰŻْŰčَŰ©ٌ وَكُلُّ ŰšِŰŻْŰčَŰ©ٍ ۶َÙ„Ű§َلَŰ©ٌ. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡

“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “ Ingatlah, berhati-hatilah kalian, jangan sampai membuat hal-hal baru. Kerana perkara yang paling buruk adalah membuat hal baru . dan setiap perbuatan yang baru itu adalah bid’ah. Dan semua bid’ah itu sesat (dolalah).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) .

Hadits inipun sering dijadikan dasar dalam memvonis bid’ah segala perkara baru yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat atau tabi’in dengan pertimbangan bahwa hadis ini menggunakan kalimat kullu (semua), yang secara lahiriahnya seolah-olah diertikan semuanya atau seluruhnya.

Namun, dalam memahami makna hadis ini, khususnya pada kalimat وَكُلُّ ŰšِŰŻْŰčَŰ©ٍ ۶َÙ„Ű§َلَŰ©ٌ, terdapat perbedaan pandangan pandangan di kalangan ulama.

Pertama, ulama memandang hadis ini adalah kalimat umum namun dikhususkan hanya pada sebagian saja (ŰčŰ§Ù… Ù…ŰźŰ”ÙˆŰ” Ű§Ù„ŰšŰč۶ ), sehingga makna dari hadis ini adalah “bid’ah yang buruk itu sesat” . 

Hal ini didasarkan pada kalimat kullu, kerana pada hakikatnya tidak semua kullu bermaksud seluruh atau semua, adakalanya ianya bermaksud kebanyakan (sebagian besar). Sebagaimana contoh-contoh berikut :

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat 30 :

وَŰŹَŰčَلْنَۧ مِنَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ كُلَّ ŰŽَيْŰĄٍ Ű­َيٍّ ŰŁَفَلَۧ يُŰ€ْمِنُونَ

“Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (Surah al-Anbiya’ ayat 30) .

Meskipun ayat ini menggunakan kalimat kullu, namun tidak berarti semua makhluk hidup diciptakan dari air. Sebagaimana disebutkan dalam ayat al-Qur’an berikut ini:

وَŰźَلَقَ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù†َّ مِنْ مَۧ۱ِŰŹٍ مِنْ نَۧ۱ٍ

“Dan Allah SWT menciptakan Jin dari percikan api yang menyala”.
(Surah ar-Rahman ayat 15.)

Begitu juga para malaikat, tidaklah Allah ciptakan dari air.

Hadits riwayat Imam Ahmad :

Űčَنِ Ű§Ù„ْŰŁَŰŽْŰčَ۱ِيِّ قَŰ§Ù„َ قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كُلُّ Űčَيْنٍ ŰČَŰ§Ù†ِيَŰ©ٌ

Dari al-Asyari berkata: “ Rasulullah SAW bersabda: “ setiap mata berzina” (musnad Imam Ahmad)

Sekalipun hadis di atas menggunakan kata kullu, namun bukan bermakna keseluruhan/semua, akan tetapi bermakna sebagian, iaitu mata yang melihat kepada ajnabiyah (bukan mahram).

Kedua, ulama menetapkan sifat umum dalam kalimat kullu, namun mengarahkan pengertian bid’ah secara syar’iyah iaitu perkara baru yang tidak didapatkan di masa Rasulullah SAW, dan tidak ada sandarannya sama sekali dalam usul hukum syariat. 

Telah kita ketahui bahwa perkara yang bertentangan dengan syariat baik secara umum atau isi yang terkandung di dalamnya, maka haram dan sesat. Dengan demikian, makna hadis di atas adalah setiap perkara baru yang bertentangan dengan syariat adalah sesat, bukan bererti semua perkara baru adalah sesat walaupun tidak bertentangan dengan syai’at.

Oleh karena itu, jelas sekali bahwa bukan semua yang tidak dilakukan di zaman Nabi adalah sesat. Terbukti, para sahabat juga melaksanakan atau mengadakan perbuatan yang tidak ada pada masa Rasulullah SAW. Misalnya, usaha menghimpun dan membukukan al-Quran, menyatukan jama’ah tarawih di masjid, azan Jumaat dua kali dan lain-lain. 

Sehingga, apabila kalimat kullu di atas diertikan keseluruhan, yang bermaksud semua hal-hal yang baru tersebut sesat dan dosa. Ini bermakna para sahabat telah melakukan kesesatan dan perbuatan dosa secara bersama.

Padahal, sejarah telah membuktikan bahawa mereka adalah orang-orang pilihan yang tidak diragukan lagi keimanan dan ketakwaannya. Bahkan diantara mereka sudah dijamin sebagai penghuni syurga. 

Oleh kerana itu, sungguh tidak dapat diterima akal, kalau para sahabat Nabi SAW yang begitu agung dan begitu luas pengetahuannya tentang al-Quran dan hadis  tidak mengetahuinya, apalagi tidak mengindahkan larangan Rasulullah SAW. (Mawsu’ah Yusufiyyah juz ll hal 488.)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa bid'ah yang sesat (dolalah) adalah seperti berikut :

1. Mengambil dan menggantikan hukum-hukum  Allah SWT kepada hukum ciptaan manusia.
(samaada hukum qisas, hudud dan takzir). Salah satu contoh bid'ah sesat adalah membuat tuduhan seseorang berzina dengan tidak membawa 4 orang saksi yang adil dan menggantikan dengan sumpat laknat. Sumpah laknat dalam ajaran Islam (bab tuduhan zina) hanya berlaku diantara suami dan isteri sahaja di panggil sumpah li'an.

Dalil Sumpah Li'an, firman Allah SWT maksudnya :  "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (Surah an-Nuur ayat 6-9)

2. Membawa ajaran sesat yang didakwah daripada ajaran Islam seperti ajaran Qodariyah, Mu’tazilah, Syi'ah dan Qadiyani atau pun kumpulan sesat lain seperti kumpulan anti hadis, kumpulan NGO Wanita menentang poligami dan hukum faraid, kumpulan Islam Liberal dan lain-lain.  Salah satu contoh bid'ah sesat yang dibawa oleh ajaran Sy'iah adalah menghalalkan nikah mut'ah (nikah kontrek) sedangkan nikah ini sudah dimansuhkan hukumnya dan menyeksa diri semasa Hari Asyura.

3. Mengamalkan adat istiadat jahiliah yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti tolak bala dengan mandi safar, mempercayai nombor-nombor tertentu bawa sial atau bawa untung, bersanding dalam majlis perkahwinan (adat hindu), mempercayai amalan-amalan kurafat seperti membina bangunan di kuburan , mempercayai roh orang mati boleh balik kerumah, berdoa dimakam orang alim dan bayar nazar dan lain-lain lagi.

Amalan-amalan berikut tidak termasuk perkara bid'ah sesat (dolalah) :

1. Membukukan kitab suci al-Quran dizaman Sayyidina Othman r.a

2. Solat sunat tarawih Ramadan berjemaah semasa zaman Khalifah Umar al-Khattab sebanyak 20 rekaat.

3. Hukum hudud kerana minum arak di sebab sebanyak 80 kali dizaman Saidina Umar. (40 hukum asal dan 40 lagi hukum takzir)

4. Mengadakan majlis Maal Hijrah dan Maulidur Rasul. (Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dizaman Sallehuddin al-Ayubi)

5. Berzikir dan berdoa secara beramai-ramai selepas solat fardu.

6. Menghadiahkan bacaan al-Quran dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang adakah sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran atau zikir kepadanya ataupun tidak. Majoriti mengatakan sampai pahala tersebut.

Ibnu Hajar Al-Haitami menjelaskan di dalam Fatwa Kubranya (bab wasiat, jilid 4, m/s 20): “ Adapun berdoa untuk disampaikan seumpama pahala kepada orang lain (simati) maka tiada mengapa kerana ianya terdiri daripada perbuatan berdoa bagi saudara muslim tanpa kehadirannya (tanpa pengetahuannya). Banyak hadis-hadis yang menunjukkan di atas dimakbulkan doa ini (doa bagi saudara muslim tanpa pengetahuannya) dan selainnya. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat larangan padanya maka tiada ada satupun alasan untuk menegahannya.”
7. Membaca talkin untuk simati dan membuat kenduri tahlil untuk mendoakan simati
(ulama di Nusantara (Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Berunai) mengatakan perkara tersebut bukan bid'ah sesat walaupun amalan tersebut tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Terdapat perselisihan ulama dalam perkara ini) yang dilarang adalah menetapkan hari ke 7, 40 dan 100 untuk membuat kenduri tahil tersebut.

Oleh itu marilah sama-sama kita beramal denga sunah Rasulullah SAW dan meninggalkan perbuatan dan amalan bid'ah yang sesat  (dolalah). Kerana amalan yang sunnah jelas dan yang haram (bid'ah) juga jelas di antara yang halal dan haram ada amalan-amalan yang syubhah, sesiapa yang meninggalkan amalan yang syubhah bermakna dia menjaga agamanya. Semoga kita dipelihara oleh Allah SWT menjadi hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa.

Enam Kelemahan Jin Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 

“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr (15) AYAT 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah.

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini.

Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim)

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

Tuesday, February 10, 2015

Manusia Terbaik Adalah Panjang Umur Dan Baik Amalnya.

Dalam hadis disebutkan:

Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ ŰšُŰłْ۱ٍ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه ŰŁَنَّ ŰŁَŰčْ۱َِۧۚيًّۧ قَŰ§Ù„َ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مَنْ Űźَيْ۱ُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ قَŰ§Ù„َ «Ù…َنْ Ű·َŰ§Ù„َ Űčُمُ۱ُهُ وَŰ­َŰłُنَ Űčَمَلُهُ» Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°Ù‰ ÙˆŰŁŰ­Ù…ŰŻ

Dari Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu, bahawa ada seorang Arab Badui berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?” baginda menjawab: “Orang yang paling panjang umurnya dan baik amalannya” (Hadis Sahih Riwayat At Tirmidzi, Ahmad, (Shahih Targhib wat Tarhib no. 3363)

Allah SWT  berfirman:

Ű„Ù† للمŰȘقين في ŰŹÙ†Ű§ŰȘ وŰčيون . ŰŁŰźŰ°ÙŠÙ† Ù…Ű§ ŰŁŰȘŰ§Ù‡Ù… Ű±ŰšÙ‡Ù… Ű„Ù†Ù‡Ù… ÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ Ù‚ŰšÙ„ Ű°Ù„Ùƒ Ù…Ű­ŰłÙ†ÙŠÙ† . ÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ Ù‚Ù„ÙŠÙ„Ű§ من Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ Ù…Ű§ ÙŠÙ‡ŰŹŰčون. ÙˆŰšŰ§Ù„ŰŁŰłŰ­Ű§Ű± هم ÙŠŰłŰȘŰșÙŰ±ÙˆÙ†.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang senantiasa BERBUAT BAIK; Mereka juga sedikit sekali tidur di waktu malam; Dan di akhir-akhir malam mereka beristighfar (memohon ampun kepada Allah).“ (Surah Al-Dzaariyat: 15-18)

Ibnu Katsir dalam 'Tafsirnya' menyebutkan penafsiran sebagian ulama terhadap ayat terakhir, “Mereka solat malam dan mengakhirkan (melanjutkannya) istighfar sampai waktu sahur (menjelang subuh).”

Jadi mereka itu adalah orang-orang yang mengisi hidupnya dengan kebaikan. Mereka banyak beramal dengan tenaga dan harta mereka. apabila sampai di penghujung malam, mereka mengerjakan solat malam yang panjang, mereka juga memohon ampun atas dosa dan kesalahan.

Semoga Allah membimbing kita untuk sentiasa beramal soleh selama kita masih di beri kesempatan hidup... Amiin

Keputusan Seorang Hakim Berada Di antara Dua Tempat Samaada Menuju Syurga Atau Neraka.


Setiap manusia akan dipersoalkan di hari akhirat nanti adakah semasa hidup di dunia ini dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT. Jika seorang manusia telah melakukan kezaliman dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara kepada  manusia yang lain maka dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Manusia jangan berbangga dengan kezaliman yang dia lakukan kerana setiap kezaliman akan ada azab yang akan menantinya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)

Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil.

Menjadi seorang hakim wajib berlaku adil dan tdak boleh langsung berat sebelah atau bias untuk memutuskan seseorang bersalah atau tidak. Kerana semua bukti-bukti perlu di ambil kira samaada daripada pihak pendakwa atau pembela , kerana kegagalan seorang hakim berlaku adil sebenarnya dia menyedikan tempat duduknya di dalam neraka Jahanam.

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)

Sabda Nabi SAW maksudnya : " Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (Hadis Riwayat  Abu Na’im dan Ad-Dailami)

Seorang hakim tidak boleh membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi keputusannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah hendaknya seorang hakim mengadili antara dua orang dalam keadaan marah." (Hadis Riwayat Muslim)

Seorang hakim tidak akan berlaku adil jika dia condong untuk menjaga kepentingan suatu pihak terutama yang mempunyai pengaruh dan kedudukan di dalam masyarakat. 

Nabi SAW sungguh murka apabila ada sahabat yang cuba menggunakan pengaruh peribadinya yang baik dengan Rasulullah SAW untuk menyelamatkan seseorang wanita bangsawan yang telah sabit kesalahan mencuri.

Seorang wanita di zaman Rasulullah SAW sesudah pembukaan kota Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah SAW untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah SAW  langsung berubah. Baginda lalu bersabda maksudnya : “Apakah kamu akan minta pertolongan untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?”

Usamah lalu menjawab, “Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah.” 

Pada petang harinya Nabi SAW berkutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya yang bermaksud : “Amma ba’du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tidak dihukum), tetapi jika yang mencuri seorang yang miskin maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya. Apabila Fatimah anak Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya.” Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Begitulah sabda Nabi Muhammad. Hukum harus ditegakkan tidak kira orang itu kaya atau miskin. Hukum harus dijalankan tidak kira dia orang asing atau anak kita sendiri.

Hakim mesti menununjukkan kewibawaan dan bertindak secara profesional  dan resional, jika tidak keharmonian masyarakat akan hancur dengan keputusan yang tidak adil.

Para hakim kena ingat malaikat pencatat amal manusia ada dikiri dan kanan, CCTV Allah SWT sentiasa merakamkan keputusan mereka dengan semua makhluk Allah akan menjadi saksi, termasuk hari, masa, dan anggota para hakim sendiri.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW  membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:"

Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."

Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Rasuah adalah satu penyakit yang besar yang merosakkan keadilan di dalam masyarakat. Rasuah bukan setakat dijanjikan wang ringgit tetapi rasuah juga boleh diterima dengan janji-janji mendapat kenaikan pangkat dengan melakukan ketidak adilan demi kemaslahatan pihak atasan. Sehinggakan Allah SWT melarangnya di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT.  dalam surah al-Baqarah ayat 188: Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Orang-orang fasik akan menggunakan berbagai cara untuk mengaibkan seseorang dan menimbulkan berbagi fitnah demi untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci samaada menggunakan cara-cara bid'ah yang tidak ada dalam ajaran Islam. Orang fasik juga akan menggunakan semua cara samaada pengaruh, kedudukan dan kuasa untuk bertindak melakukan kezaliman kepada musuhnya atau sesiapa saja yang dia benci dengan berlindung di balik undang-undang.

Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila dua orang yang bersengketa menghadap kamu, janganlah kamu berbicara sampai kamu mendengarkan seluruh keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarkan keterangan dari orang pertama. (Hadis Riwayat Ahmad)

Nabi SAW bersabda maksudnya  : "Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan syaitanlah yg selalu mendampinginya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Saksi Palsu atau berbohong adalah dosa besar. Bahkan Nabi SAW sampai menyamakannya dengan dosa syirik. Oleh itu hakim perlu meneliti semua persaksian jika ada keraguan persaksian tersebut daripada mana-mana pihak perlulah ditolak tidaklah dengan  mudah menerimanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Salah satu dosa paling besar ialah kesaksian palsu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Baginda bersabda maksudnya : : “Disejajarkan kesaksian palsu dengan bersyirik kepada Allah.” Baginda mengulang-ulang sabdanya itu sampai tiga kali. (Hadis Riwayat Mashabih Assunnah)

Perlulah diingat doa orang yang dizalimi adalah makbul di sisi Allah SWT. Jika seseorang teranyanya dengan keputusan hakim yang tidak adil. Sekiranya orang yang teranyanya berdoa kepada Allah SWT maka hakim dan orang yang membuat tuduhan palsu atau orang yang melaksanakan konsperasi jahat menzaliminya akan mendapat kesan daripada doa tersebut di dunia ini lagi.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT tidak menimpakan bala kepada kita semua disebabkan kezaliman seorang Islam kepada saudara seagama. Walaupun hanya satu kejahatan manusia (melakukan kezaliman)  apabila ianya menyebabkan Allah SWT murka maka diturunkannya bala dan musibah. Berlaku adillah kepada siapa saja yang kita berurusan samaada terhadap anak, isteri, jiran tetangga, sahabat-sahabat dan terhadap diri kita sendiri. Kerana sifat adil adalah paling hampir dengan sifat takwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam (negeri) itu maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). (Surah al-Isra' ayat 16)

Tiga Perkara Akan Mengirigi Jenazah Ke Kubur.


Alangkah ramainya orang mengiringi jenazah, sekiranya yang mati itu orang kenamaan. (VIP ATAU VVIP?). Apakah motif atau tujuan mereka mengiringi jenazah; sama ada ke kubur atau hanya datang berziarah.

Adakah menjadi satu kemegahan kepada keluarga si mati, kalau ramai orang datang menjenguk kali terakhir itu?

Adakah keluarga si mati merasa sedih kalau tidak berapa orang yang datang berziarah, kerana si mati bukan orang popular?

Adakah ramai orang datang berziarah itu boleh memberi apa-apa manfaat kepada si mati?

Atau adakah sedikit orang yang datang itu boleh meringankan dosa atau pembalasan kepada si mati?

Ada tiga jenis yang mengiringi jenazah ke kubur.

Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda,"Tiga yang akan mengiringi orang mati hingga ke kuburnya. Dua daripadanya akan balik dan yang tinggal bersama mayat hanyalah satu. Dia diiringi keluarganya, hartanya dan amalannya. Keluarga dan hartanya akan pulang. Tinggallah amalannya bersama-samanya." (Hadis  Riwayat Bukhari Muslim, Tirmzi dan An Nassai.)

Hadis ini menjelaskan keadaan apabila seseorang meninggal dunia. Menurut kelazimannya, selepas jenazah dimandikan , di kapankan dan disembahyangkan, ia akan diusung ke tanah perkuburan.

Dia diikuti oleh tiga perkara: Pertama kaum keluarga, sahabat handai dan rakan sekerjanya. 

Kedua, diikuti oleh hartanya. Mungkin kereta dan lain-lain kelengkapannya semasa hidup (Termasuk segala bintang darjah kebesarannya).

Ketiga, dia diikuti juga oleh segala amalannya semasa hayatnya.

Dua terdahulu itu akan kembali selepas selesai urusan pengkebumian mayat tersebut. Yang tinggal bersamanya di dalam kubur ialah amalannya. Kiranya amalan yang dibawanya berupa kebajikan, maka berbahagialah dia. Jika sebaliknya, maka akan disiksalah dia.

Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah SAW. ada bersabda maksudnya,
"Bila mati seorang anak Adam, putuslah amalannya, kecuali tiga perkara.
1. Sedekah jariahnya
2. Ilmu yang memberi manfaat yang diajarkannya
3. Anak soleh yang mendoakannya.
(Hadis Riwayat Muslim.)

Tiga perkara inilah yang boleh menolongnya diakhirat kelak.maka beramallah sebanyak-banyaknya semoga urusan kita di alam barzakh akan di permudahkan Allah SWT.

Apakah Tujuan Dan Tugas Manusia Hidup Di Dunia Ini.?


Terdapat tiga persoalan yang perlu kita faham, hayati dan menjawab supaya kita tahu apakah fungsi dan tujuan sebenar kita di ciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini.

Tiga persoalan tersebut adalah seperti berikut : 

1. Dari mana kita datang?

2. Apakah tujuan kita diciptakan di dunia?

3. Kemana kita akan pergi setelah kematian?

Huraiannya :

1. Dari mana kita datang?

Kita diciptakan oleh Allah SWT dari roh di alam arwah. Ketika ini apabila ditanya oleh Allah SWT siapakahTuhan mereka,  maka semua roh menjawab Allah SWT sebagai Tuhan mereka.

Fitrah manusia pada asalnya adalah suka kepada kebaikan dan telah mengaku kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'alah di alam arwah lagi bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa.

Allah Subhanahu Wa Taa'la berfirman yang bermaksud : "(Allah bertanya pada roh) "Bukankah Aku Tuhanmu?". Roh menjawab: 'Ya', kami akui Engkaulah Tuhan kami." (Surah al ‘Araaf ayat 172)

Sebelum masuk ke badan kita roh sudah mengenal Allah SWT, bahkan sudah menyaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi ketika dilahirkan ke dunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan.

Manusia barasal daripada tanah (ciptaan Nabi Adam a.s) , selepas ciptaan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa, manusia diciptakan daripada air mani lelaki dan wanita selepas berlaku persenyawaan maka akan terbentuk  janin di dalam kandungan perut ibunya. Apabila dilahirkan sahaja maka manusia telah memasuki alam dunia. Ketika inilah manusia diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalfah Allah dimuka bumi.

2. Apakah tujuan kita diciptakan di dunia?

Selama ini kita sering mendengar dari ulama yang menjelaskan bahwa tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT sebagaimana ayat surah az-Dzaariat ayat 56 menjelaskannya “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”

Beribadah (menyembah) kepada Allah SWT dimaksud ialah menyembah(solat) kepada Allah, berpuasa, naik haji, berbuat kebaikan-kebaikan dan lain-lain lagi.

Kalau sudah menjalankan rukun Islam ini ramai menyangka bahawa mereka sudah merasa beragama dengan benar. Sesungguhnya bukanlah demikian menurut perintah Allah SWT. Penjelasan seperti diatas itu belumlah sempurna, sehingga hasilnya pun juga tidak sempurna. Seperti kita lihat masarakat Islam sekarang ini yang masih terbelakang.

Beribadah kepada Allah SWT bukanlah menyembah Allah SWT sahaja bukan menjalankan rukun Islam yang lima saja, dan berbuat kebajikan saja, tetapi maknanya jauh dari itu.

Beribadah kepada Allah SWT bermaksud melaksanakan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya dengan bersungguh-sungguh. Allah SWT adalah Raja  di bumi dan di langit ini. Sebagai para hamba kepada Allah SWT maka manusia seharusnya patuh dan taat mengikuti semua peraturan-peraturan Allah SWT bagaimana cara hidup dan bagaimana cara berkerja di dunia ini.

Selain daripada menjadi hamba Allah SWT di dunia ini, kita juga telah dipilih oleh Allah SWT menjadi khalifah Allah SWT iaitu memakmurkan muka bumi ini dengan Islam dan undang-undang Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : " Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi" (Surah al-Baqarah  ayat 30).

Khalifah bermaksud menjadi wakil Tuhan untuk mengurus tadbir bumi dengan baik berpandukan peraturan dan ketetapan yang termaktub dalam AlQuran dan Sunnah Nabi SAW untuk kesejahteraan umat manusia sejagat sebagai "rahmatan lil 'alamin" . Tanggungjawab khalifah tidak diberi kepada makhluk lain kerana mereka tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

3. Kemana kita akan pergi setelah kematian?

Apabila manusia meninggal dunia maka rohnya akan kembali ke alam barzakh . Alam barzakh adalah alam di antara dua alam iaitu alam dunia dan hari akhirat. Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiya' ayat 35)

Apabila mayat dikebumikan dikubur, maka dia akan tinggal keseorangan melainkan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Jika banyak amal solehnya maka dia akan merasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan berdukacita , sedih dan merasai amat takut untuk berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir.

Malaikat yang menanyakan persoalan di amal barzakh adalah Malaikat Munkar Dan Nakir. Malaikat Munkar dan Nakir bertugas menanyai mayat dalam alam kubur tentang siapa Tuhannya, apa agamanya dan siapa nabinya.  Sedangkan dalam suatu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah menjelaskan bahwa al-Qaulu as-Tsabit dalam al-Quran Surah Ibrahim ayat  27 adalah jawaban orang Islam terhadap pertanyaan Malaikat di dalam alam kubur.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (al-Qaulu as-Tsabit) (dalam kehidupan ) di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim, dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki" (Surah Ibrahim ayat 27)

Asbabun Nuzaul ayat 27 :

Al-Barra' r.a menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan tentang azab kubur dan keadaan yang terjadi di alam kubur. (Hadis Sahih Riwayat Nasai).

Selepas berlakunya hari kiamat maka semua makhluk Allah SWT samaada jin atau manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar. Ketika inilah proses keadilan bermula dan setiap manusia akan di adili seadil-adilnya di mahkamah Allah SWT dan dijalankan timbangan amal (Mizan). Selepas Mizan akan ada pula titian yang perlu dilalui untuk ke syurga iaitu Siratul Mustakim. Ada manusia yang berjaya melalui titian ini dan ramai yang kecundang hingga terjatuh ke gaung dibawahnya iaitu  tempat terletaknya Neraka Jahanam dengan api yang menyala-nyala.

Amalan Bacaan Al-Quran Untuk Wanita Mengandung

Para ulama menganjurkan membaca ayat-ayat al-Quran seeloknya dibaca sejak usia kandungan di awal-awal lagi...Walaupun surah-surah ini dijadikan amalan tapi jangan pula surah-surah yang lain tak dibaca..Sebaiknya bacalah al-Quran dan Tafsirannya sekali...Semoga anak yang bakal dilahirkan fasih lidahnya membacanya al-Quran dan menjadi penghafaz al-Quran...Semoga menjadi amalan kita semua dan semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..amiin ya rabb..

Beberapa surah yang boleh dijadikan amalam ketika mengandung..Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak. Membaca ayat-ayat al-Quran di sertai dengan berdoa kepada Allah SWT.

1. Surah Yusuf: Berdoa semoga di kurniakan anak yang comel/cantik 
2. Surah Luqman: Berdoa semoga mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 
3. Surah Maryam: Berdoa semoga mendapatkan anak yang soleh 
4. Surah An-Nahl ayat 78: Berdoa semoga memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 
5. Surah Al-Fatihah .
6. Surah Yaasin 
7. Surah Ayatul Kursi 
8. Surah Al-Araaf ayat 189 
9. Surah Al-Imran ayat 38: Berdoa dan  memohon anak yang baik 
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Berdoa memohon rahmat Allah SWT.
11. Surah Ibrahim ayat 40: Berdoa semoga anak tetap mengerjakan solat 
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Berdoa semoga  anak patuh kepada Allah SWT 
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Berdoa semoga anak menjadi orang yang soleh dan baik 
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Berdoa semoga  dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. 

Sunday, February 8, 2015

Tugas Malaikat Hafazah - Membawa Amalan Manusia Ke langit.

Kisah Rasulullah SAW Bersama Muaz r.a 

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

"Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!"

Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin."

Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak."

"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."

"Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

"Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat".

"Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain."

"Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, "Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong."

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,

"Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,
"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

"Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,"Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu  jangan melintasi langit ini."

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata,

"Saya ini penjaga sum'ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya'. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang  riya'."

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat melewati  langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan,

"Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik  hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."

"Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?" "Laknat-Ku tetap padanya."

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka." Dan semua yang di langit turut berkata, "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat."

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,

"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?"

Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."

Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?"

Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain."

"Jangan riya' dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam."

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia."

Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"

Jawab Rasulullah SAW,

"Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka."

Thursday, February 5, 2015

Internet Baik Buruknya Kita di Golongan Yang Mana?

Bismilahirrahmanirrahim.

Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari kita.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet:

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun." (Hadis Riwayat Muslim).

Perlu diingat bahawa sekiranya seseorang memasuki Islam dan beriman kepada Allah SWT kerana usaha-usahanya, maka pahala orang tersebut dan pahala keturunannya yang beriman sehingga kehari kiamat akan diperoleh oleh orang yang berdakwah tadi tanpa dikurangkan walaupun sedikit. Umpama air sungai yang mengalir tanpa henti-henti.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, dan kebaikan itu diikuti oleh orang lain maka ia dapat ganjaran terhadap apa yang dia lakukan dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa ada sebarang kekurangan. Manakala sesiapa yang melakukan keburukan dan keburukan itu diikuti oleh orang lain maka ia mendapat ganjaran terhadap apa yang dia buat dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa sebarang kekurangan. " (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain 'game', mendengar lagu, bersembang kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, membuka web site yang kurang bermanfaat untuk menambahkan ilmu pengetahuan seperti membaca kehidupan artis-artis atau ahli-ahli sukan dan sebagainya tanpa tujuan yang jelas.. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. bukan semata-mata memenuhi hawa nafsu semata-mata. Masa inilah kita pergunakan untuk menghadiri pengajian-pengajian ilmu, ceramah-ceramah agama, khidmat masyarakat dan menyediakan dan menghantar nota-nota tazkirah dalam fb dan blog kepada masyarakat.

Nabi SAW bersabda maksudnya, ‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (Hadis Riwayat Bukhari)

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk ...apa." (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman lucah, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, bersembang dengan menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT. 

Lebih dahsyat lagi jika terlibat dengan aktiviti tidak bermoral membuat fitnah dan menyebarkannya pula dengan menggunakan teknologi 'super impose'

Golongan ini amat mudah menjadi muflis di akhirat kerana terlalu banyak menghimpun dosa-dosa "kering" menyebarkan fitnah dan tidak mudah untuk meminta maaf pada orang yang di fitnahkannya. Bertaubat kepada Allah SWT tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa fitnah kerana dosa tersebut adalah masaalah di antara manusia sesama manusia.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita. Sekarang ini kita berada digolongan mana? Jika berada di golongan yang pertama, alhamdulillah semoga kita sentiasa dirahmati Allah. Masa yang kita peruntukkan menghadap komputer berjam-jam dikira sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T. Teruskan kerja-kerja yang murni ini.

Sekiranya kita golongan yang kedua, kita adalah golongan yang akan rugi kerana masa kita dipergunakan dengan banyak tanpa berfaedah . Kita akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan dengan sia-sia.

Jika termasuk golongan yang ketiga kita akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat . Oleh itu hendaklah kita jangan menjadi golongan ketiga ini dan minta di hentikan tabiat buruk itu. Secara sedar atau tidak golongan ketiga ini telah membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik sesiapa yang terlibat dengan perbuatan fitnah tadi. Seseorang akan menjadi golongan muflis di hari akhirat nanti jika tidak bertaubat .

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh mendatangkan persengkitaan di antara agama dan bangsa jika tidak ditangani dengan baik.

Kebaikan internet juga banyak menfaatnya jika digunakan sebaik-baiknya untuk mencari keredaan Allah SWT.

Akhirkata berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Kemuskilan Agama : Khasiat Berbekam dan Makanan Sunah.

Soalan Ke Lima Puluh Sembilan : Berbekam adalah salah satu rawatan perubatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bolehkah ustaz nyatakan hadis-hadis yang menceritakan tentang kebaikan berbekam? Dan apakah makanan-makanan sunah yang baik untuk kesihatan?

Jawapan :

Amalkanlah berbekam kerana berbekam banyak menfaatnya untuk membuangkan darah kotor dalam badan kita. 
  
Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah: 

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri" 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) 

2. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah) 

3. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran" (Hadis Riwayat Imam Ahmad) 

4. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Hadis Sahih Riwayat Sunan Abu Daud) 

5. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah SAW. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu" (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dan Jaami'ul Ushuul) 

6. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad SAW. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit" 

7. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: "Rasulullah SAW. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".(Hadis Riwayat Tarmizi) 

8. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  "Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu" (Hadis Sahih Riwayat Sunan Ibni Majah) 

9. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah SAW. bersabda: "Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya" (Hadis Riwayat al-Hakim). 

10. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah SAW. bersabda: "Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan." (Hadis Riwayat Ibni Majah)

11. Dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi menyatakan ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan,” katanya.

Makanan Sunah :

Makanan kesihatan (makanan sunah) yang sentiasa digunakan oleh Rasulullah SAW adalah madu, habbatus sauda', buah delima dan kurma. 

Hasiat Madu : 

Firman Allah SWT naksudnya : “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 69)

Rasulullaah SAW bersabda maksudnya : “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

“Sungguh seorang datang pada Nabi SAW dan berkata saudaraku sakit perut, maka bersabda Rasul SAW : Beri ia madu. Lalu ia datang lagi mengadukan saudaranya masih sakit, Rasul SAW bersabda : beri ia madu. Lalu ia datang ketiga kalinya (saudaranya masih sakit) dan Rasul SAW bersabda : beri ia madu. Orang itu berkata : sudah kuperbuat (dua kali) namun tidak sembuh. Rasul SAW bersabda : beri ia madu, sungguh Maha Benar Allah dan jangan kau didustakan oleh perut saudaramu. Maka orang itu memberi saudaranya madu (yg ketiga kali) dan ia sembuh.” (Hadis Shahih Riwayat Bukhari)
  
Hasiat Habbatus Sauda' : 

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya. "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut" (Hadis Riwayat  Bukhari.)

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: "Pada Habbatus Sauda' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".(Hadis Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.)

Buah Delima :

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Kurma Ajwa :

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Wednesday, February 4, 2015

Kemuskilan Agama : Sifat Suka Makin Hamun Adalah Sifat Di Benci Oleh Allah SWT.

Soalan Ke Lima Puluh Lapan : Saya bekerja di syarikat swasta, pengurus syarikat yang saya bekerja sifatnya suka marah-marah dan maki hamun pekerja dibawahnya walau pun mereka melakukan kesilapan yang kecil. Minta pandangan ustaz adakah saya boleh membalasnya dengan maki hamun kepadanya atau saya perlu bersabar menghadapai perangai buruk beliau.?

Jawapan :

Peribadi seorang mukmin dia tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan, maki hamun dengan maki hamun tetapi dia tetap bersabar dan tidak meluahkan perasaan marahnya tanpa kawalan.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam satu hadis Nabi SAW melarang seseorang yang membalas maki hamun dengan makin hamun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bertakwalah kepada Allah dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan pakaian kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur, satu sifat yang tidak disukai Allah. Andainya ada orang yang memaki dan mencaci dengan sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat yang ada padanya, biarlah ia yang menanggung padah dan kita mendapat pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain. (Hadis Riwayat At Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman).

Perlu diingat bahawa ucapan negatif yang lahir daripada mulut seseorang sebenarnya ucapan negatif tersebut akan kembali balik kepada orang yang mengucapkannya.

Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang maksudnya  :”Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” ( Muttafaq 'alaih).

Salah satu amalan buruk yang akan di bayar dengan pahalanya adalah seseorang yang suka maki hamun kepada orang lain. Sila baca hadis ini : Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)