Wednesday, March 18, 2015

Laksanakan Amal Kebajikan Dan Tinggalkan Amal Kejahatan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abul Abbas, Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib r.a. dari Rasulullah SAW. sebagaimana yang beliau riwayatkan dari Allah SWT. Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berkeinginan dengan satu kebaikan, Allah mencatatnya satu kebaikan penuh. Dan barangsiapa berkeinginan dengan satu kebaikan kemudian ia laksanakan kebaikan itu, Allah mencatatnya sepuluh kebaikan sampai tujuhratus kali lipat, atau sampai berlipat ganda. Dan jika seseorang berkeinginan dengan satu kejahatan, namun belum melaksanakannya, Allah mencatatnya dengan satu kebaikan penuh. Dan barangsiapa berkeinginan dengan satu kejahatan, kemudian melaksanakannya, Allah mencatatnya (dosa dari) satu kejahatan sahaja."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Huraiannya :

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada para hamba-Nya. Sekiranya seseorang baru berniat untuk melakukan kebaikan maka Allah SWT telah memberikan kebaikan penuh walaupun dia belum melaksanakannya, kemudian apabila niat tadi dilaksanakan pula maka ganjaran yang akan diperolehi adalah 10 kebaikan dan boleh digandakan sehingga 700 kebaikan atau lebih.

Sabaliknya pula apabila seseorang berniat untuk membuat kejahatan selagi niat tadi belum dilaksanakan maka dia tidak mendapat apa-apa dosa malahan dikurniakan satu kebaikan penuh. Apabila sesorang berniat untuk membuat kejahatan kemudian dia melaksanakannya maka dia hanya mendapat satu kejahatan sahaja.

Betapa besarnya rahmat Allah SWT sehinggakan seseorang yang berniat hendak melakukan satu kejahatan dan belum melaksanakan hasrat tersebut ianya dibalas dan diberinya kebaikan dan pahala oleh Allah SWT.

Dalam keadaan yang menguntungkan ini pun di hari akhirat nanti majoriti manusia masih mempunyai berat timbangan kejahatan melebihi daripada kebaikannya dan dimasukkan ke dalam neraka. Apakah sebabnya ramai manusia akan memasuki neraka sedangkan peluang untuk dia melakukan kebaikan terbentang luas dan diganjari pahala yang berlipat kali ganda?

Jika diperhatikan terdapat empat amalan kejahatan yang dlakukan manusia dosanya bertimbun-timbun tanpa disedari yang menyebabkan kejahatan dan dosanya  melebihi daripada kebaikan yang dilakukannya.

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Membuat  fitnah.

Fitnah adalah dosa besar yang tidak di ampunkan oleh Allah SWT sekiranya orang yang membuat fitnah tidak memohon maaf daripada orang yang difitnahkan. Sekirannya fitnah tersebut disebarkan melalui internet dan berjuta-juta manusia membaca dan melayarinya maka setiap seorang yang mendapat berita tersebut maka orang yang membuatnya akan mendapat dosa. Jika selama 20 tahun berita fitnah itu masih ada di internet selagi ada orang membacanya maka dosa itu akan mengalir terus kepada pembuat fitnah seperti air sungai yang mengalir. Sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kesalahan orang yang membuat fitnah, dosa tersebut tidak akan terhapus kerana berita fitnah tersebut sukar untuk di hapuskan kerana ramai orang yang menyimpan vedio atau tulisan tersebut atau mereka masih mempercayainya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua : Memiliki sumber wang haram contoh daripada sumber judi, rasuah atau perniagaan yang haram.

Orang yang memiliki wang haram akan menggunakannya untuk menyara keluarga, membeli rumah, tanah dan dilaburkan dalam perniagaan. Sekiranya pemilik asal  harta haram ini telah meninggal dunia tetapi warisnya tetap menggunakan harta tersebut untuk perniagaan, membeli harta dan mengembangkan harta tersebut. Apabila ianya bermula haram maka pengunaannya terus menerus akan menjadi haram dan dosanya tetap ditanggung oleh pemilih asalnya. Anak, cucu dan cicitnya tidak mengetahuinya asal harta tersebut mereka tidak berdosa yang tanggung dosa adalah pemilik asal. Maka dosa-dosa yang akan diperolehi bertali arus masuk ke alam barzakh, dan azab di alam barzakh akan diterima berterusan hingga ke hari kiamat, na'uzubillahiminzalik.

Harta yang haram tidak sah jika digunakan untuk bersedekah, bayar zakat , mengerjakan haji dan sebagainya. Di akhirat nanti semua hasil sumbangan daripada harta haram akan dilemparkan dimuka memiliknya.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13)

Ketiga : Membuat bid'ah dan mengubah undang-undang Allah SWT kepada undang-undang ciptaan mausia.

Salah satu dosa besar yang tidak diampunkan Allah SWT adalah membuat bid'ah dalam agama dan mengubah undang-undang ciptaan Allah SWT (Islam) kepada undang-undang ciptaan manusia.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud : "Sesungguhnya setepat tepat perkataan adalah al-Quran, dan sebaik baik pertunjuk adalah pertunjuk Rasulullah SAW, dan seburuk buruk perkara adalah perkara "MUHDASAT" Tiap tiap perkara MUHDASAT merupakan BID'AH.Tiap tiap perkara BID'AH adalah sesat,dan tiap tiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka." (Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lain-lain).

Jika seseorang membuat satu bid'ah dalam agama (bid'ah yang sesat contoh ajaran sesat dan lain-lain) atau mengubal satu undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam. Kemudian undang-undang itu diikuti oleh negara dan manusia maka dosa kerana meninggalkan undang-undang Islam dan mengikut undang-undang ciptaan manusia ini ditanggung oleh mereka yang mengubalnya , meluluskannya dan yang menyokong supaya dijadikan satu akta untuk dilaksanakan. Walaupun mengubalnya sudah meninggal dunia tetapi undang-undang itu dilaksanakannya di dunia dia tetap mendapat dosa besar yang  akan berterusan masuk ke alam barzakh.

Keempat : Mengamalkan ilmu sihir dan mengajarkan ilmu tersebut atau mencipta satu kaedah untuk membuat maksiat (contoh satu cara permainan judi dan sebagainya)

Satu lagi dosa yang berterusan akan ditanggung oleh seseorang itu adalah apabila dia mengajarkan ilmu yang batil seperti ilmu sihir, ilmu perbomohan yang syirik atau kaedah-kaedah untuk membuat maksiat sedangkan ilmu itu diikuti , dipelajari dan diperturunkan kepada orang lain maka dosa-dosa besarnya akan ditanggungnya selain perkara tersebut di amalkan oleh orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Jelaslah kepada kita bahawa empat kaedah yang dinyatakan di atas adalah jenis-jenis amalan yang akan menghimpunkan dosa-dosa besar yang berterusan sehinggakan amal soleh seseorang tidak akan mampu nak menutup dosa-dosa tersebut. Bertaubat saja tidak mencukupi kerana betapa besar dan banyakkan dosa-dosa yang akan menuruti seseorang itu akibat daripada perbuatannya di dunia.


Oleh itu marilah sama-sama kita pertingkatkan amal-amal soleh kita. Banyakkan niat-niat yang baik walaupun belum mampu untuk melaksanakannya dan bila berkemampuan teruskan melaksanakan kebaikan dan amalan soleh tersebut.

Firman Allah SWT maksudnya : "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya."
(Surah al- Zalzalah ayat 7)

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman maksudnya : “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”
(Surah Ali-Imran ayat 92.)

Insaflah kita semua di atas dosa-dosa kita dan mohon ampun kepada Allah SWT dan tingkatkan amal soleh kita, laksanakanlah sebanyak-banyaknya setakat kemampuan kita untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Monday, March 16, 2015

Rezeki Untuk Orang Bertakwa

Bismillahirahmanirrahim.

Firman Allah SWT yang bermsksud : "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah SWT. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah SWT. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT.,malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.

Allah SWT. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT. akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.

Rezeki yang dikurniakan ini datang dalam berbagai bentuk iaitu :

1.Berbentuk Taufik dan Hidayah (nikmat iman)

2.Berbentuk kesihatan (di jauhi penyakit hati dan fizikal)

3.Berbentuk keuntungan dalam perniagaan.(bermuamalah cara Islam)

4.Berbentuk kebahagiaan rumah tangga (mendapat isteri solehah dan anak-anak yang soleh dan solehah)

5.Berbentuk kasih sayang (ukuwah Islamiyyah dalam jemaah)

6.Berbentuk buah-buahan (yang Allah kurniakan kepada Maryam {ibu Nabi Isa a.s.} )

7.Berbentuk makanan (yang Allah kurniakan kepada Siti Fatimah r.h puteri Nabi SAW)

8.Berbentuk wang ringgit dan sebagainya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh." (Hadis Riwayat Tarmidzi)

Orang-orang yang tidak bertawakal ialah mereka yang tidak yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT. dan mereka akan mendapat balasan yang buruk di akhirat nanti.

Diceritakan bahawa ada seorang pencuri kain kafan yang ingin bertaubat. Ia datang ke hadapan Abu Yazid Al-Bustami. Maka Abu Yazid bertanya kepada orang itu :
"Syukur engkau telah bertaubat, tetapi apakah sebabnya engkau ingin bertaubat?"

Ia menjawab, "Lebih kurang seribu kuburan telah aku gali, semua muka mereka itu berpaling dari arah kiblat, hanya ada dua mayat yang tetap mukanya menghadap kiblat."

Maka Abu Yazid berkata, " Kasihan mereka! Kerana ragu-ragu tentang rezeki sehingga menyebabkan muka mereka berpaling dari arah kiblat."

Oleh itu, sebagai orang yang beriman, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya. Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Tawakal atau berserah diri dalam perkara rezeki, bukanlah bererti penyerahan diri secara lahiriah dengan hanya duduk berpangku tangan tanpa bekerja. Yang dimaksudkan disini ialah kita harus yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah telah menjamin rezeki bagi segala makhluk yang telah diciptakan-Nya. Untuk mendapat jaminan tersebut, manusia mestilah berusha dan berikhtiar untuk mendapatkannya, melainkan orang-orang tertentu diberi kelebihan oleh Allah SWT.

Dalam persoalan tawakal ini, kita juga harus beringat agar tidak melakukan syirik kepada Allah. Contohnya, apabila kita memperolehi sesuatu setelah berusaha dan bertawakkal, kita melihat ia diperolehi kerana usaha atau kebijaksanaan diri kita , merasa bangga diri dan sombong. Yakinilah bahawa dengan izin Allahlah berlakunya sesuatu perkara.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah SWT. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah SWT dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini.

Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.

Kekeliruan antara Sunah dan Sunat .

Ramai umat Islam tidak sedar perbezaan antara Sunah dan Sunat. Ramai umat Islam berfikir bahawa dua perkataan ini adalah sama maksudnya. Ramai umat Islam mengetahui perkataan Sunat tetapi terlalu sedikit yang mengetahui dan memahami perkataan Sunah. Ramai umat Islam berfikir bahawa perkataan Sunah juga bermaksud Sunat. 

Apabila sesuatu yang di nyatakan Sunah, ramai umat Islam berfikir bahawa Sunah adalah Sunat untuk di amalkan. Apabila satu amalan Sunat maka ini bermaksud bahawa amalan tidak wajib atau tidak fardu untuk di amalkan oleh setiap umat Islam. Satu amalan yang Sunat boleh jadi amalan tersebut adalah di galakkan atau sangat di galakkan untuk di amalkan. 

Ramai orang Islam yang lelaki mempunyai janggut kerana mereka percaya amalan berjanggut adalah Sunah Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum menyimpan janggut adalah hanya Sunat Muakkad atau sangat di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. 

Menurut masyarakat Islam di Negara India yang majoriti mengikut mazhab Imam Hanafi bahawa amalan berjanggut adalah wajib. Walaubagaimanapun, Hukum Wajib di dalam Mazhab Imam Hanafi adalah sama seperti Sunat Muakkad atau sangat di galakkan di dalam Mazhab Shafie. Sesetengah umat Islam memakai serban atau jubah kerana mereka percaya amalan adalah Sunah Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimana pun ramai umat Islam yang tidak mengetahui apakah hukum memakai serban dan jubah. Hukum memakai serban dan jubah adalah hanya Sunat yang tidak muakkad atau tidak di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Terdapat sesetengah umat Islam yang sangat mementingkan dalam memakai serban dan jubah tetapi mereka tidak mementingkan dalam mematuhi Sunah yang Fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam.

Pada pendapat saya, umat Islam yang tidak mengambil berat di dalam melaksanakan Sunah yang wajib untuk di amalkan oleh umat Islam sepatutnya tidak perlu bersusah-payah untuk mengamalkan Sunah yang Sunat samaada Sunnah Sunat Muakkad atau tidak Muakkad. Sebahagian umat Islam  sangat mementingkan dalam mengamalkan Sunah yang hanya Sunat tetapi tidak mementingkan untuk mengamalkan Sunah yang Fardu atau wajib. 

Ramai umat Islam berfikir bahawa perintah Allah yang fardu untuk di laksanakan oleh setiap umat Islam adalah bukan Sunah. Sebagai contoh, ramai umat Islam berfikir bahawa mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah bukan Sunah Nabi Muhammad SAW. 

Apakah hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Saya berfikir terdapat ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. 

Di dalam Quran, Allah SWT berfirman maksudnya ; "Katakanlah ( Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, mengajak manusia kepada Allah dengan basirah, Inilah jalanku dan orang yang mengikutiku. Maha suci Allah dan aku bukan orang yang musyrik” (Surah Yusuf ayat 108)

Jalan yang di nyatakan dalam ayat Quran ini bukan bermaksud jalanraya atau jalan yang ada di dunia ini. Jalan yang di maksudkan dalam ayat Quran ini adalah amalan yang akan membawa manusia kepada Allah SWT. Apakah amalan yang akan membawa manusia kepada Allah SWT? Amalan yang akan membawa manusia kepada Allah SWT adalah amalan Nabi Muhammad SAW yang di kenali sebagai Sunah. 

Amalan mengajak manusia kepada Allah adalah sama seperti amalan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran dan ini adalah Sunah Nabi Muhammad SAW yang paling besar.

Pada pendapat saya, Sunah yang fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam seharusnya di sebut sebagai Sunah Besar manakala Sunah yang hanya Sunat untuk di amalkan oleh umat Islam seharusnya di sebut sebagai sunah kecil. 

Ramai umat Islam  sangat mementingkan dalam mengamalkan Sunah kecil Nabi Muhammad SAW seperti Sunah serban dan jubah tetapi tidak mementingkan untuk mengamalkan Sunah yang besar daripada Nabi Muhammad SAW. 

Di dalam ayat Quran ini, telah di nyatakan Sunah besar Nabi Muhammad SAW iaitu mengajak manusia kepada Allah SWT yang sama seperti mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. 

Apakah hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Apakah hukum Sunah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Hukumnya adalah Fardu Ain dan Fardu Kifayah. 

Semua amalan Nabi Muhammad SAWC di sebut sebagai Sunah. Sunah tidak sama dengan sunat kerana Sunah Nabi Muhammad SAW  boleh jadi fardu ataupun Sunat. Segala amalan yang tidak di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang melibatkan akidah, ibadah dan syariah adalah bidaah. Amalan bidaah adalah amalan bukan Sunah. Amalan bidaah boleh jadi samaada makruh ataupun haram. 

Allah perintahkan umat Islam untuk menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW  dan bukan bidaah. Apabila sunah Nabi Muhammad SAW dapat di hidupkan maka Islam akan dapat di hidupkan. Bagaimana hendak menghidupkan Islam? Dalam usaha untuk menghidupkan Islam maka umat Islam perlu menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW dan mula menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW paling besar. 

Sunnah Nabi Muhammad SAW yang paling besar adalah juga perintah pertama daripada Allah SWT. Perintah pertama daripada Allah adalah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan ini adalah sama dengan kerja mengajak manusia kepada Allah SWT. Kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran juga kerja menunaikan hak Kalimah Mulia, "Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad adalah Pesuruh Allah."

Apabila sunah yang besar dapat di hidupkan maka sunah-sunah yang lain juga akan dapat di hidupkan. Saya percaya Sunah Nabi Muhammad SAW tidak akan dapat di hidupkan dengan amalan bidaah. Tiada Sunah Nabi Muhammad SAW dapat di hidupkan dengan memperolehi kuasa dan kekayaan. Hanya satu cara untuk menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW  iaitu dengan menghidupkan Sunah Nabi Muhammad SAW yang paling besar.

Apabila kita katakan bahawa mengajak kepada kebaikan (amar makruf) dan mencegah kemugkaran (nahi mugkar) adalah sunah Rasulullah SAW maka kita perlu lihat cara dan manhaj di dalam dakwah dan tarbiyah yang di jalankan oleh baginda SAW. Nabi Muhammad SAW memulakan tabiyah dengan menekankan asas yang paling penting iaitu akidah dan keimanan kepada Allah SWT dan rukun iman yang enam. Akidah dan keimanan yang kuat inilah sebagai tapak asas yang kukuh untuk bersedia melaksanaakan perintah-perintah Allah SWT dan meningalkan larangan-larangan Allah SWT. Ini adalah sunah yang besar yang perlu di fahami dan di hayati.

Kemuskilan Agama : Cinta dan Memakmurkan Masjid Adalah Sifat Orang Mukmin.

Soalan Ke Tujuh Puluh Tiga : 

Bolehkan ustaz tafsirkan ayat al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 18. Firman Allah SWT. "Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mengerjakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain dari Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah ayat 18)

Jawapan : 

Firman Allah SWT :


Ű„ِنَّمَۧ يَŰčْمُ۱ُ مَŰłَۧۏِŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مَنْ ŰąÙ…َنَ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„ْيَوْمِ Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱ِ وَŰŁَقَŰ§Ù…َ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ وَŰąŰȘَى Ű§Ù„ŰČَّكَۧ۩َ وَلَمْ يَŰźْŰŽَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهَ فَŰčَŰłَى ŰŁُولَŰŠِكَ ŰŁَنْ يَكُونُÙˆŰ§ مِنَ Ű§Ù„ْمُهْŰȘَŰŻِينَ (18) 

Maksudnya, "Hanya yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".(Surah at-Taubah (9( ayat 18)

Huraiannya :

Pada ayat ini Allah menerangkan bahwa yang patut memakmurkan mesjid-mesjid Allah hanyalah orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan berserah diri kepada-Nya, dan amal ibadahnya ikhlas kerana Allah Tuhan Yang Maha Esa, dan tidak ada sekutu bagi-Nya, serta percaya akan datangnya hari akhirat tempat pembalasan segala amal perbuatan, rajin mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada siapa pun selain Allah SWT. Orang-orang inilah yang diharapkan termasuk golongan yang mendapat petunjuk dari Allah SWT dan yang diredhai-Nya untuk memakmurkan mesjid-mesjid-Nya di dalam dunia ini, baik memakmurkan dengan membangun dan memeliharanya mahupun memakmurkan peribadatan dan lain-lainnya. 

Banyak hadis-hadis yang diriwayatkan tentang fadilah memakmurkan mesjid-mesjid Allah antara lain sabda Rasulullah SAW.: 

من ŰšÙ†Ù‰ لله Ù…ŰłŰŹŰŻŰ§ ÙŠŰšŰȘŰșي ŰšÙ‡ ÙˆŰŹÙ‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ†Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ له ŰšÙŠŰȘۧ في Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© 

Maksudnya, "Barang siapa membangun atau memakmurkan mesjid bagi Allah untuk mendapatkan keredhaan-Nya, nescaya Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah dalam syurga." (H.R. Bukhari, Muslim, dan Tirmizi dari Usman bin Affan) 

Sabda Rasulullah SAW: 

ۄ۰ۧ Ű±ŰŁÙŠŰȘم Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ يŰčŰȘۧۯ Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ ÙŰ§ŰŽÙ‡ŰŻÙˆŰ§ له ŰšŰ§Ù„Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù† 

Maksudnya, "Apabila kamu melihat seorang laki-laki membiasakan diri (beribadah) di mesjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman. 
(H.R. Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim dari Abu Said Al-Khudri) 

Dan sabdanya lagi : 

ŰŁÙ† Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ÙƒŰ§Ù†ŰȘ ŰȘقم Ű§Ù„Ù…ŰłŰŹŰŻ ŰŁÙŠ ŰȘÙƒÙ†ŰłÙ‡ ÙÙ…Ű§ŰȘŰȘ ÙŰłŰŁÙ„ ŰčÙ†Ù‡Ű§ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… فقيل له: Ù…Ű§ŰȘŰȘ، ŰŁÙÙ„Ű§ كنŰȘم ŰąŰ°Ù†ŰȘموني ŰšÙ‡Ű§ Ù„ŰŁŰ”Ù„ÙŠ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§؟ ŰŻÙ„ÙˆÙ†ÙŠ Űčلى Ù‚ŰšŰ±Ù‡Ű§، ÙŰŁŰȘى Ù‚ŰšŰ±Ù‡Ű§ ÙŰ”Ù„Ù‰ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ 

Maksudnya, "Sesungguhnya ada seorang perempuan yang biasa menyapu mesjid lalu meninggal dunia, Rasulullah SAW. menanyakannya dan tatkala dikatakan kepadanya bahawa perempuan itu sudah meninggal, Rasulullah berkata: "Mengapa kamu tidak memberitahukan kepada saya agar saya solatkan ia. Tunjukkanlah kepadaku di mana kuburnya." Maka Rasulullah mendatangi kuburan itu lalu beliau salat atasnya." (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Ibnu Majah) 

Dan sabda Rasulullah SAW.: 

Ù…Ù‡ÙˆŰ± Ű§Ù„Ű­ÙˆŰ± Ű§Ù„Űčين ÙƒÙ†Űł Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ وŰčÙ…Ű§Ű±ŰȘÙ‡Ű§ 

Maksudnya, "Membersihkan mesjid dan meramaikannya adalah mahar (maskawin) bidadari. " (H.R. Abu Bakar Asy Syafi'i dari Abu Qursafah) 

Dan sabda Rasulullah SAW  lagi: 

من ۣ۳۱ۏ ۳۱ۧۏۧ في Ù…ŰłŰŹŰŻ لم ŰȘŰČل Ű§Ù„Ù…Ù„Ű§ŰŠÙƒŰ© ÙˆŰ­Ù…Ù„Ű© Ű§Ù„Űč۱ێ ÙŠŰłŰȘŰșÙŰ±ÙˆÙ† له Ù…Ű§ ŰŻŰ§Ù… في Ű°Ù„Ùƒ Ű§Ù„Ù…ŰłŰŹŰŻ Ű¶ÙˆŰĄÙ‡ 

Maksudnya, "Barang siapa yang menyalakan penerangan dalam mesjid, nescaya para malaikat dan pemikul-pemikul Arasy senantiasa memohon ampun kepada Allah agar diampuni dosanya selama lampu itu bercahaya dalam mesjid." 
(H.R. Salim Ar Razi dari Anas ra.)

Masjid ialah jantung umat Islam. Ia bukan sahaja menyediakan tempat kepada umat untuk solat malah ia mengerakkan umat untuk cergas dan melakukan semua perubahan hari demi hari. Sesiapa sahaja di kalangan orang Islam secara ikhlas datang ke masjid akan menjadi tetamu Allah. Ia akan mendapat kedamaian hati daripada keberkatan masjid. Jika ia duduk dalam masjid membaca Al-Quran, berzikir, mengikuti majlis ilmu dan menunaikan solat sunat maka tingkah laku dan sikapnya akan terpimpin. Perhubungan hati dan jiwanya dengan Allah SWT. semakin hampir dan akan memperolehi ketenangan dalam jiwanya.

Menurut satu hadis dari Nabi SAW. bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah SWT. di hari kiamat nanti adalah insan yang hati dan jiwanya terpaut dengan masjid.

Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan dan meninggikan darjat?" Mereka menjawab, " Ya, wahai Rasulullah!" Baginda bersabda, " Menyempurnakan wuduk di saat-saat sulit, banyaknya langkah ke masjid dan menunggu solat (berikutnya) setelah (melakukan solat). Maka itu merupakan pengikat.. itu merupakan pengikat." (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masjid juga ia berpeluang berkomunikasi dan bergaul mesra dengan ulama selepas majlis ilmu dan ia akan menjadi proaktif. Jika ia berpegang kepada pengajaran yang di ajar di dalam masjid ahli keluarganya juga akan terselamat dari kesesatan aqidah dan kesesatan cara hidup asing. Dari iktikaf hingga ke majlis ilmu dan khutbah, umat Islam sentiasa digerakkan supaya aktif membaiki iman, akhlak, jatidiri dan gaya hidup. Masjid menyiar dan melaungkan keagungan Allah SWT dan Deen Islam. Selagi Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW terpelihara, selagi itu pengajaran-pengajaran di dalam masjid akan berjaya mendekatkan manusia kepada Allah SWT dan memimpin ke jalan kebenaran.

Kunjungan lima kali sehari ke masjid diibaratkan sebagai mandi lima kali sehari di dalam sungai yang jernih dan tenang. Oleh itu untuk memulihkan penyakit sosial dalam masyarakat wajib bermula dari masjid.

Betapa ramai bukan Islam mendapat kesedaran awal ketika berkunjung ke masjid atau mendengar laungan azan yang penuh makna. Melihat kepada tatacara solat berjemaah dilakukan dengan saf yang lurus dan bergerak mematuhi seorang imam. Seorang yang bijak boleh memahami bahawa Islam menyuruh umatnya berdisplin dan mentaati pemimpin yang bertakwa.

Masjid hendaklah diberikan peranan asalnya sebagai pusat pendidikan, komunikasi dan penyebaran Islam. Sebab itulah Rasulullah SAW membina masjid sejurus sampai di Madinah dalam hijrah yang agong. Daripada masjid itulah terbentuknya tamadun pertama yang adil dan tepat dalam sejarah manusia hingga tempiasnya kita rasa pada hari ini. Oleh itu, untuk mengembalikan kekuatan dan kegemilangan umat Islam hendaklah kembali kepada formula Rasulullah SAW membina umat, antaranya yang utama ialah peranan masjid yang berkesan dalam masyarakat.


Sunday, March 15, 2015

Solat Tahajjud Mengikut Sunah.

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

ŰŁَفْ۶َلُ Ű§Ù„Ű”ِّيَŰ§Ù…ِ ŰšَŰčْŰŻَ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ ŰŽَهْ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„ْمُŰ­َ۱َّمُ. وَŰŁَفْ۶َلُ Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ ŰšَŰčْŰŻَ Ű§Ù„ْفَ۱ِÙŠŰ¶َŰ©ِ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ.

Maksudnya: Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163.)

Tahajjud terbentuk dari kata dasar hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Maka kata tahajjadtu bermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani rahimahullah:

Imam al-Thabari berkata: “Tahajjud adalah berjaga setelah tidur terlebih dahulu.”… Ibnu Faris berkata: “Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat di malam hari.” Sedangkan al-Kurra’ menyatakan: “Tahajjud adalah solat malam secara khusus.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203.

Oleh itu solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling utama untuk dilaksanakan solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir (iaitu dari pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat Tahajjud ini kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat Witir sebagai penutupnya.

Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini adalah sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمِنَ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ فَŰȘَهَŰŹَّŰŻْ Űšِهِ نَŰ§ÙِلَŰ©ً لَكَ ŰčَŰłَىٰ ŰŁَنْ يَŰšْŰčَŰ«َكَ ۱َŰšُّكَ مَقَŰ§Ù…ًۧ مَŰ­ْمُÙˆŰŻًۧ

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - (Surah al-Israa’ (17) ayat 79)

Di dalam kitab al-Majaz oleh Abu Ubaidah disebutkan: “Firman-Nya “kerjakanlah solat Tahajjud padanya” bermaksud berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202.

Dalil solat Tahajjud lebih utama dilakukan pada sepertiga malam terakhir disandarkan kepada sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

يَنْŰČِلُ ۱َŰšُّنَۧ ŰȘَŰšَۧ۱َكَ وَŰȘَŰčَŰ§Ù„َى كُلَّ لَيْلَŰ©ٍ Ű„ِلَى Ű§Ù„Űłَّمَۧۥِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ Ű­ِينَ يَŰšْقَى Ű«ُلُŰ«ُ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ Ű§Ù„ŰąŰźِ۱ُ.

يَقُولُ: مَنْ يَŰŻْŰčُونِي فَŰŁَŰłْŰȘَŰŹِÙŠŰšَ لَهُ مَنْ يَŰłْŰŁَلُنِي فَŰŁُŰčْŰ·ِيَهُ مَنْ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُنِي فَŰŁَŰșْفِ۱َ لَهُ.

Maksudnya: Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).

Selanjutnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga bersabda:

ŰŁَقْ۱َŰšُ مَۧ يَكُونُ Ű§Ù„Ű±َّŰšُّ مِنْ Ű§Ù„ْŰčَŰšْŰŻِ فِي ŰŹَوْفِ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ Ű§Ù„ŰąŰźِ۱ِ فَŰ„ِنْ ۧ۳ْŰȘَŰ·َŰčْŰȘَ

ŰŁَنْ ŰȘَكُونَ مِمَّنْ يَ۰ْكُ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ فِي ŰȘِلْكَ Ű§Ù„ŰłَّۧŰčَŰ©ِ فَكُنْ.

Maksudnya: Saat yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3503.)

Ternyata ibadah yang di dalamnya terdapat doa-doa, zikir-zikir, permintaan-permintaan dan permohonan ampun adalah solat. Maka selayaknya solat yang paling utama setelah solat fardu ini dilaksanakan pada sepertiga malam yang akhir.


JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD

Secara umumnya solat Tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:

Ű„ِنَّ ۱َŰŹُÙ„Ű§ً قَŰ§Ù„َ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ كَيْفَ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ.

قَŰ§Ù„َ: مَŰ«ْنَى مَŰ«ْنَى فَŰ„ِ۰َۧ ŰźِفْŰȘَ Ű§Ù„Ű”ُّŰšْŰ­َ فَŰŁَوْŰȘِ۱ْ ŰšِوَِۭۧŰŻَŰ©ٍ.

Maksudnya: :Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.)

Namun begitu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak melebihkannya dari sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini adalah sebagaimana yang kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:

ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ يُŰ”َلِّي ŰšِŰ§Ù„Ù„َّيْلِ Ű„ِŰ­ْŰŻَى ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ۱َكْŰčَŰ©ً يُوŰȘِ۱ُ مِنْهَۧ ŰšِوَِۭۧŰŻَŰ©ٍ.

Maksudnya: Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam solat malam pada waktu setelah selesai Isyak sampai terbit fajar sebanyak sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua rakaat, lalu berwitir dengan satu rakaat." - (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.)

Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:

كَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يُŰ”َلِّي مِنْ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ۱َكْŰčَŰ©ً مِنْهَۧ Ű§Ù„ْوِŰȘْ۱ُ وَ۱َكْŰčَŰȘَۧ Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ِ.

Maksudnya: Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam biasa solat pada malam hari tiga belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat Qabliyah Subuh). - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1140).

 Abu Salamah radhiallahu’ anh pernah bertanya kepada ‘Aishah radhiallahu’ anha tentang solat malam Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada bulan Ramadan. Maka ‘Aishah menjawab:

مَۧ كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَŰČِÙŠŰŻُ فِي ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ وَÙ„Ű§َ فِي Űșَيْ۱ِهِ Űčَلَى Ű„ِŰ­ْŰŻَى ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ ۱َكْŰčَŰ©ً

يُŰ”َلِّي ŰŁَ۱ْŰšَŰčًۧ فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰłَلْ Űčَنْ Ű­ُŰłْنِهِنَّ وَŰ·ُولِهِنَّ. Ű«ُمَّ يُŰ”َلِّي ŰŁَ۱ْŰšَŰčًۧ فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰłَلْ Űčَنْ Ű­ُŰłْنِهِنَّ وَŰ·ُولِهِنَّ.

Ű«ُمَّ يُŰ”َلِّي Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ.

Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.)

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa solat Tahajjud ini juga boleh dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta satu salam

Sekiranya Nab SAW  mengerjakan solat Tahajjud dengan tidak melebihkannya dari sebelas atau tiga belas rakaat, adakah diperbolehkan bagi kita semua mengerjakannya dengan jumlah rakaat yang mengatasi jumlah rakaat yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam? Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:

Majoriti ulamak –baik daripada kalangan salaf mahupun khalaf- justeru berpendapat diperbolehkan untuk menambah bilangan rakaat Qiyam al-Lail melebihi sebelas rakaat walaupun mereka tetap menyatakan bilangan sebelas rakaat adalah bilangan yang disunnahkan. Al-Qadhi Iyadh berkata:

Tidak ada perbezaan di kalangan para ulamak bahawa tidak ada batasan yang dilarang, baik untuk menambah atau mengurangkan dalam masalah ini (jumlah bilangan rakaat Qiyam al-lail). Solat adalah satu bentuk ketaatan yang setiap kali bertambah jumlah bilangannya, maka pahalanya pun bertambah. Isu yang menjadi perselisihan adalah hal yang berkenaan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan apa yang telah baginda pilih untuk dirinya. Wallahu a’lam.
Ibnu ‘Abdul Barr dalam kitab al-Tamhid berkata:

Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam bahawa tidak ada batasan tertentu untuk solat malam. Solat ini adalah salah satu perbuatan sunnah dan kebajikan, sesiapapun boleh melakukannya sedikit dan boleh memperbanyakannya.
Aku (iaitu Syaikh Kamal) katakan: Hal ini menunjukkan bahawa pendapat inilah yang kuat. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 653.


TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Saturday, March 14, 2015

Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah SAW.

Sayidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia hendak mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang jatuh?

Dapat iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi SAW melangkah masuk, cahaya dari tubuh Nabi SAW menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah SWT. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada baginda.

"Subhanallah! Adakah di kalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini wahai Rasulullah?" tanya Sayidatina Aisyah r.ha.

"Ada" jawab Nabi SAW. "Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Sabda Nabi SAW. bermaksud : " "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

Kata-kata Nabi itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi SAW

Kata Malaikat Jibril, "Celakalah orang yang apabila namamu (Nabi) disebut dia tidak berselawat keatasmu."

Jadi apabila kita mendengar orang menyebut 'Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam' di hujung sebutan nama Nabi, hendaklah kita menyebut 'Sallallahu 'Alaihi Wasallam'.

Tanda kita kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah kita melaksanakan semua perintah yang diarahkan oleh baginda dan kita menjauhi semua larangannya. Kerana semua perintah dan larangannya adalah datangnya daripada Allah SWT. Selain daripada itu kita hendaklah mengikuti amalan dan sunah Nabi SAW setiap hari yang dilaksanakan baginda dalam kehidupan . 

Jalan untuk melahirkan kecintaan kita kepada Nabi SAW adalah dengan kita banyakkan berselawat. Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah al-Ahzab ayat 56)

Berselawat ke atas Rasulullah SAW bermakna berdoa memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad SAW

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu do'a terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdo'a berselawat kepada Nabi SAW. " (Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Rasulullah SAW adalah kekasih Allah SWT Dia sendiri memerintahkan para hamba-Nya berselawat kepada baginda sebagai tanda melahirkan cinta dan kasih sayang kepada kekasih-Nya. Di hari akhirat nanti selawat itu menjadi satu kelompok cahaya yang menerangi di Siraat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)"
(Hadis Riwayat Abu Sa'id)

Terdapat beberapa fadilat dan kebaikan besar yang akan kita perolehi apabila kita sentiasa berselawat kepada Nabi SAW 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memperolehi keredhaan Allah SWT.

Dari Ali bin Abi Talib k.w memberitakan bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya ; "Jibril a.s. pernah berkata : 'Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta'aala telah berfirman :'Sesiapa berselawat keatas tuan 10 kali, pastilah dia memperoleh keamanan daripada kemurkaan-Nya." (Hadis Riwayat Ibnu Bisykuwaal)

Kedua : Di permudahkan jalan menuju ke Syurga. dan memasuki Syurga.

Abu Hurairah r.a pernah berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : "Siapa lupa dari berselawat ke atasku, maka dia akan lupa jalan ke Syurga." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini sesiapa yang lupa atau tidak mahu berselawat maka di hari akhirat nanti dia akan terlupa jalan menuju ke Syurga dan sesiapa yang banyak berselawat dia tak akan lupa dan akan dipermudahkan untuk jalan menuju ke Syurga. dan dapat memasuki Syurga.

Ketiga : Mendapat syafaat dan pembelaan dari Rasulullah SAW di hari akhirat.

Orang-orang Mukmin percaya bahawa di hari akhirat nanti akan berlaku huru hara yang amat dahsyat di mana manusia akan terkena pancaran mata hari yang amat panas yang mendorong mereka mencari syafaat (pertolongan). Orang yang mendapat syafaat akan terhindar dari bahaya ini dan dari bahaya tengelam di dalam banjir peluh manusia. Mereka juga memperolehi segala kemudahan untuk segera memasuki Syurga.

Ketika ini syafaat Nabi SAW sangat-sangat diperlukan. Sesiapa yang banyak berselawat kepada Nabi SAW akan mendapat syafaat baginda dan terlepas daripada kegawatan di Padang Mahsyar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Keempat : Memperolehi kedudukan yang dekat dengan Nabi SAW. di hari akhirat.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

Kelima : Berfungsi menghapuskan kejahatan (dosa) dan menaikkan darjat di sisi Allah SWT

Sabda Nabi SAW maksudnya : " Dan sesiapa berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan selawat ke atasnya 10 selawat, menghapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa) dan mengangkatkannya 10 darjat." (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)

Keenam : Di sampaikan keperluannya (hajat) oleh Allah SWT

Sabda Nabi SWT maksudnya ; " Siapa berselawat kepadaku 100 kali pada setiap hari, nescaya Allah akan menyampaikan 100 keperluannya : 70 bagi keperluan akhirat dan 30 bagi keperluan dunia." (Hadis Riwayat Ibnu Mandah)

Tuesday, March 10, 2015

Kemuskilan Agama : Tanggungjawab Anak Lelaki Dan Perempuan Setelah Berkahwin.

Soalan Ke Tujuh Puluh Dua : 

Saya ingin meminta ustaz berikan pencerahan mengenai tanggungjawab anak lelaki setelah berkahwin. Adakah anak lelaki setelah berkahwin tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya terputus maksudnya dia tak perlu lagi memberikan bantuan kepada keduannya.? Atau kewajipannya berterusan walau pun dia telah berkahwin? Bagaimana pula tanggungjawab anak perempuan setelah berkahwin.? Sekian terima kasih.

Jawapan : 

Tanggungjawab anak lelaki setelah berkahwin terhadap kedua ibu bapanya tetap berterusan walaubagimana pun dia perlu utamakan keperluan dan nafkah isteri dan anak-anaknya kemudian baru dia memberikan bantuan kepada kedua ibu bapanya. 

Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW. maksudnya : “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Kedua-duanya (suami dan isteri)  wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak)  selagi ada hayatnya di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. 

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 2 bahagian  berbanding dengan anak perempuan mendapat 1 bahagian di dalam pembahagian harta pusaka secara hukum faraid, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Oleh itu semua anak lelaki samaada yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tanggungjawab kalian tidak terlepas untuk membantu kedua ibu bapa kalian yang masih hidup, jika mereka sudah meninggal dunia doa dan sedekah kalian pula sangat mereka perlukan untuk membentu mereka di alam barzakh. Wallahu a'lam.

Monday, March 9, 2015

Kemuskilan Agama : Waktu-waktu Mustajab Doa.

Soalan Ke Tujuh Puluh Satu : Berdoa adalah senjata orang mukmin, oleh itu bolehkan ustaz jelaskan waktu-waktu mustajab doa supaya doa kita di makbulkan oleh Allah SWT.

Jawapan : 

Apabila kita ingin berdoa maka carilah waktu-waktu mustajab doa kerana waktu tersebut paling hampir dengan Allah SWT dan pintu rezeki dari langit terbuka luas.

Terdapat beberapa waktu-waktu mustajabnya doa.

Pertama : Satu pertiga malam

Waktu satu pertiga malam adalah di antara jam 3.30 pagi atau jam 5.00 pagi sehingga ke waktu sebelum Subuh. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya berfirman kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Sewaktu hujan turun, 

Ketika hujan turun pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

Ketiga : Waktu pasukan tentera bertempur. 

Keempat : Waktu mendirikan solat.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :  "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".(Hadis Riwayat Abu Daud).

Kelima : Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud) 

Keenam : Sepanjang hari Jumaat juga terdapat waktu mustajab doa.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya".(Hadis Riwayat Bukhari).
  
Ketujuh :.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu."  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Kesembilan : Setiap sujud di dalam setiap waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu perbuatan hamba yang lebih disukai Allah daripada tatkala Allah melihatnya sedang sujud sambil membenamkan wajahnya ke dalam tanah (debu)" (Hadis Riwayat At-Tabrani di dalam Al-Ausat)

Kesepuluh : Waktu Dhuha.

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (28 minit selepas waktu syuruk). Solat Duha adalah solat memohon dimurahkan rezeki. 

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. 

Doa selepas solat dhuha  : "Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Kesebelas : Selesai solat fardu. 

Ditanya kepada Rasulullah SAW., 'Doa manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Kedua belas : Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Marilah sama-sama kita perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tanda kita reda dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua. Mereka yang sombong tidak suka berdoa dan mengharap belas kasihan daripada Allah SWT, tetapi seorang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidahnya berzikir dan berdoa mengharap pertolongan , rahmat dan kasih sayang-Nya.

Sunday, March 8, 2015

Hukum Berjabat Tangan Dengan Perempuan :

Perempuan dalam konteks laki-laki ada dua macam yaitu wanita mahram yang memiliki hubungan sangat dekat atau perempuan bukan mahram. Wanita bukan mahram ada tiga macam: dewasa, anak kecil dan usia lanjut. 

Dalam syariah Islam, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram hukumnya haram (dilarang). Kecuali apabila wanita bukan mahram tersebut sudah tua. Sedangkan bersalaman atau bersentuhan dengan wanita yang mahram, maka hukumnya harus. 

Hukum Jabat Tangan (Bersalaman) :

1. Hukum Jabat Tangan dengan Perempuan Mahram
2. Hukum Jabat Tangan dengan Wanita Bukan Mahram
2.a. Hukum Jabatan Tangan dengan Wanita Tua Anak Kecil Bukan Mahram
2.b. Hukum Jabatan Tangan dengan Wanita Muda Bukan Mahram
3. Pendapat Yusuf Qardhawi seputar Jabat Tangan dengan Wanita
4. Hukum Jabat Tangan dengan Wanita Bukan Muhrim Menurut 4 (Empat) Madzhab

1. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN PEREMPUAN MAHRAM

Berjabatan tangan/bersalaman, bersentuhan dengan perempuan yang mahram hukumnya harus. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, bahwa Nabi Muhammad pernah mencium putrinya Fatimah dan Fatimah juga pernah mencium Nabi apabila Nabi datang ke rumahnya..

Hadis ini menjadi dalil ulama untuk menetapkan bolehnya berjabatan tangan antara lelaki dengan wanita mahram. Kerana, kalau bersentuhan boleh, maka bersalaman juga boleh kerana jatab tangan menjadi bagian dari bersentuhan.

Hal lain yang boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan yang mahram adalah memandang anggota tubuh wanita selain antara pusar dan lutut, di haruskan bermusafir bersama. bersama, 

2. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM

Wanita yang bukan mahram ada dua macam. Perempuan tua dan perempuan muda. Kedunya memiliki kedudukan hukum yang berbeza dalam berjabatan tangan.

2.a. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA TUA BUKAN MAHRAM

Bersalaman dengan wanita tua  hukumnya harus dengan syarat 

(a) perempuan itu sudah tidak menarik dan tidak tertarik lawan jenis; 

(b) kedua belah pihaktidak terasa syahwat (nafsu). Berjabat tangan dengan anak erempuan kecil hukumnya sama dengan perempuan tua. 

Abu Bakar--khalifah pertama--biasa bersalaman dengan perempuan tua.

Namun, menurut madzhab Syafi'i, hukumnya tetap haram. ٍ

2.b. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA MUDA BUKAN MAHRAM

Bersalaman dengan perempuan bukan mahram yang masih muda haram secara mutlak dan disepakati oleh madzhab yang empat (Syafi'i, Maliki, Hanafi, Hanbali). 

Menurut madzhab Hanbali: 

Haram berjabatan tangan dengan wanita bukan mahram yang masih muda, walaupun memakai kain penghalang (ha'il). Berdasarkan sebuh hadis sahih riwayat Tabrani dan Baihaqi Nabi bersabda: "Memasukkan tangan ke besi yang panas itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal (bukan mahram atau isteri)" Bersalaman merupakan bagian dari bersentuhan. 

Sebuah hadis dari Aisyah menyatakan bahawa tidak telapak tangan Nabi tidak pernah menyentuh tangan perempuan lain sama sekali. Nabi berkata pada para perempuan apabila hendak membaiat mereka, "Aku akan membaiat kalian dengan kata-kata."

Dalam Sahih Bukhari hadis no. 6674 Aisyah berkata bahwa Nabi tidak pernah menyentuh tangan perempuan selain isterinya.

Menurut Madzhab Syafi'i:

Imam Nawawi berkata: perempuan yang haram dilihat, maka haram disentuh. Boleh memandang perempuan hanya apabila hendak melamarnya. Tapi tetap tidak boleh menyentuhnya.

Nabi SAW  tidak pernah menyentuh tangan wanita saat membaiat

Ada hadis riwayat Ummu Athiyah yang terkesan seakan-akan Nabi pernah memegang tangan perempuan saat membaiat mereka. Anggapan itu tidak betul. Hadits riwayat Ummu Athiyah tersebut menceritakan bahwa Nabi mengutus Umat bin Khatab membaiat sekelompok perempuan Anshar. Umar kemudian membaiat mereka dari luar pintu atau luar rumah sedang perempuan itu berada dalam rumah. Di situ tidak disebut secara jelas apakah tangan Umar menyentuh atau tidak. Di samping itu, Ibnu Hajar pensyarah Sahih Bukhari menyatakan bahwa kesaksian Ummu Athiyah tersebut tertolak dengan hadits Aisyah.[Fathul Bari VIII/4888].

Sebagian ulama menafsiri hadis Ummu Athiyah itu dengan sahnya baiat dengan bersalaman yang memakai penghalang.

3. PENDAPAT YUSUF QARDHAWI MENGENAI JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM

Dr. Yusuf Qaradawi mempunyai pandangan yang agak berbeza dalam soal jabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Menurut Qardhawi, hukum bersalaman dengan perempuan bukan mahram adalah makruh @ tidak haram dengan syarat: 

(a) Tidak ada syahwat; 

(b) Aman dari atau tidak ada fitnah. Apabila dikuatirkan terjadi fitnah dari salah satu pihak atau bangkitnya syahwat, maka hukumnya haram. Bahkan, bersalaman dengan perempuan mahram pun, kalau membangkitkan syahwat, hukumnya haram. Seperti bersalaman dengan ibu mertua, ibu saudara, isteri ayah, dan lain-lain yang termasuk dari perempuan mahram.

(c) Hendaknya bersalaman dengan singkat.[Yusuf Al Qaradawi, Fatawa Mu'ashirah, hlm. 291-302.]

Yusuf Qardhawi membahas aspek hukum secara mendalam sebelum sampai pada kesimpulan di atas. Termasuk dalam menganalisa dasar-dasar dari Quran dan hadis. .

4. HUKUM JABAT TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM MENURUT MADZHAB 4 (EMPAT)

Berikut pendapat para ulama 4 (empat) madzhab atau madzahib al-arba'ah mengenai hukum berjatan tangan atau salaman antara laki-laki dan wanita bukan mahram (muhrim)

1. Madzhab Hanafi berdasarkan pendapat Ibnu Najim yang mengatakan bahwa tidak boleh menyentuh wajah dan telapak tangan perempuan walaupun aman dari syahwat kerana adanya keharaman dan tidak adanya darurat (keperluan mendesak) (Al Bahr Ar-Raiq VIII/219).

Ù‚Ű§Ù„ Ű§ŰšÙ† Ù†ŰŹÙŠÙ… :
ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù‡ ŰŁÙ† ÙŠÙ…Űł ÙˆŰŹÙ‡Ù‡Ű§ ÙˆÙ„Ű§ ÙƒÙÙ‡Ű§ ÙˆŰ„Ù† ŰŁÙ…Ù† Ű§Ù„ŰŽÙ‡ÙˆŰ© Ù„ÙˆŰŹÙˆŰŻ Ű§Ù„Ù…Ű­Ű±Ù… ÙˆÙ„Ű§Ù†ŰčŰŻŰ§Ù… Ű§Ù„Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© .
" Ű§Ù„ŰšŰ­Ű± Ű§Ù„Ű±Ű§ŰŠÙ‚ " ( 8 / 219 )

2. Madzhab Maliki. Muhammad bin Ahmad berkata tidak boleh menyentuh wajah dan telapak tangan peremuan bukan mahram tanpa (kain) penghalang (Minah al-Jalil ala Syarh Mukhtasar Khalil I/223). 

Ù‚Ű§Ù„ Ù…Ű­Ù…ŰŻ ŰšÙ† ŰŁŰ­Ù…ŰŻ ( ŰčÙ„ÙŠŰŽ ) :
ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠ Ù„Ù…Űł ÙˆŰŹÙ‡ Ű§Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠŰ© ÙˆÙ„Ű§ ÙƒÙÙŠÙ‡Ű§ ، ÙÙ„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù‡Ù…Ű§ ÙˆŰ¶Űč كفه Űčلى ÙƒÙÙ‡Ű§ ŰšÙ„Ű§ Ű­Ű§ŰŠÙ„ ، Ù‚Ű§Ù„ŰȘ Űčۧۊێ۩ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰčÙ†Ù‡Ű§ " Ù…Ű§ ŰšŰ§ÙŠŰč Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰšŰ”ÙŰ­Ű© Ű§Ù„ÙŠŰŻ Ù‚Ű· Ű„Ù†Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù†ŰȘ Ù…ŰšŰ§ÙŠŰčŰȘه Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ ŰšŰ§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… " ، وفي Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ© " Ù…Ű§ Ù…ŰłŰȘ ÙŠŰŻÙ‡ ÙŠŰŻ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ÙˆŰ„Ù†Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰšŰ§ÙŠŰčهن ŰšŰ§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… " .

3. Madzhab Syafi'i. Menurut Imam Nawawi hukumnya haram berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (Al-Majmuk IV/515). Imam Waliuddin Al-Iraqi mengatakan bahawa Nabi tidak pernah menyentuh perempuan yang selain isteri-isterinya baik saat membaiat atau situasi lain. Apabila Nabi yang sudah terpelihara dari berbagai macam keraguan tidak melakukannya, maka yang lain semestinya lebih dari itu (tidak melakukan jabat tangan) (Tarhut Tatsrib VII/45-46).

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ولي Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ† Ű§Ù„ŰčŰ±Ű§Ù‚ÙŠ :
وفيه : ŰŁÙ†Ù‡ Űčليه Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… لم ŰȘÙ…Űł ÙŠŰŻÙ‡ Ù‚Ű· ÙŠŰŻ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰșÙŠŰ± ŰČÙˆŰŹŰ§ŰȘه ÙˆÙ…Ű§ ملكŰȘ يمينه ، Ù„Ű§ في Ù…ŰšŰ§ÙŠŰčŰ© ، ÙˆÙ„Ű§ في ŰșÙŠŰ±Ù‡Ű§ ، ÙˆŰ„Ű°Ű§ لم يفŰčل هو Ű°Ù„Ùƒ مŰč ŰčŰ”Ù…ŰȘه ÙˆŰ§Ù†ŰȘÙŰ§ŰĄ Ű§Ù„Ű±ÙŠŰšŰ© في Ű­Ù‚Ù‡ : فŰșÙŠŰ±Ù‡ ŰŁÙˆÙ„Ù‰ ŰšŰ°Ù„Ùƒ ، ÙˆŰ§Ù„ŰžŰ§Ù‡Ű± ŰŁÙ†Ù‡ ÙƒŰ§Ù† يمŰȘنŰč من Ű°Ù„Ùƒ لŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ…Ù‡ Űčليه ؛ ÙŰ„Ù†Ù‡ لم يُŰčŰŻَّ ŰŹÙˆŰ§ŰČه من ŰźŰ”Ű§ŰŠŰ”Ù‡ ، ÙˆÙ‚ŰŻ Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„ÙÙ‚Ù‡Ű§ŰĄ من ŰŁŰ”Ű­Ű§ŰšÙ†Ű§ وŰșÙŠŰ±Ù‡Ù… : Ű„Ù†Ù‡ ÙŠŰ­Ű±Ù… Ù…Űł Ű§Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠŰ© ولو في ŰșÙŠŰ± ŰčÙˆŰ±ŰȘÙ‡Ű§ ÙƒŰ§Ù„ÙˆŰŹÙ‡ ، ÙˆŰ„Ù† ۧ۟ŰȘÙ„ÙÙˆŰ§ في ŰŹÙˆŰ§ŰČ Ű§Ù„Ù†ŰžŰ± Ű­ÙŠŰ« Ù„Ű§ ŰŽÙ‡ÙˆŰ© ÙˆÙ„Ű§ ŰźÙˆÙ فŰȘÙ†Ű©، فŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ù…Űł ŰąÙƒŰŻ من ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ű§Ù„Ù†ŰžŰ± ، ÙˆÙ…Ű­Ù„ Ű§Ù„ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… Ù…Ű§ ۄ۰ۧ لم ŰȘŰŻŰč Ù„Ű°Ù„Ùƒ Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© ÙŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© كŰȘŰ·ŰšÙŠŰš ÙˆÙŰ”ŰŻ ÙˆŰ­ŰŹŰ§Ù…Ű© وقلŰč ۶۱۳ ÙˆÙƒŰ­Ù„ Űčين ÙˆÙ†Ű­ÙˆÙ‡Ű§ Ù…Ù…Ű§ Ù„Ű§ ÙŠÙˆŰŹŰŻ Ű§Ù…Ű±ŰŁŰ© ŰȘفŰčله ۏۧŰČ Ù„Ù„Ű±ŰŹÙ„ Ű§Ù„ŰŁŰŹÙ†ŰšÙŠ فŰčله Ù„Ù„Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű© .

4. Mdzhab Hanbali. Hukumnya haram berjabat tangan (Al-Adab Asy-Syar'iyyah II/257).

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ Ű§ŰšÙ† Ù…ÙÙ„Ű­ :
ÙˆŰłŰŠÙ„ ŰŁŰšÙˆ Űčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – ŰŁÙŠ Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ù… ŰŁŰ­Ù…ŰŻ – Űčن Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ÙŠŰ”Ű§ÙŰ­ Ű§Ù„Ù…Ű±ŰŁŰ© Ù‚Ű§Ù„ : Ù„Ű§ ÙˆŰŽŰŻŰŻ فيه ۏۯًۧ ، قلŰȘ : ÙÙŠŰ”Ű§ÙŰ­Ù‡Ű§ ŰšŰ«ÙˆŰšÙ‡ ؟ Ù‚Ű§Ù„ : Ù„Ű§ ...
ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ… ۧ۟ŰȘÙŠŰ§Ű± Ű§Ù„ŰŽÙŠŰź ŰȘقي Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ† ، وŰčلل ŰšŰŁÙ† Ű§Ù„Ù…Ù„Ű§Ù…ŰłŰ© ŰŁŰšÙ„Űș من Ű§Ù„Ù†ŰžŰ± )