Wednesday, January 27, 2016

Rujuk Dalam Islam.

Tidak ada seorang muslim pun yang ingin kehidupan rumah tangganya pecah. Segala cara dan kiat dicari untuk mempertahankan bahtera rumah tangga. Apabila tidak mungkin berbaikan kecuali dengan berpisah, maka apa boleh buat, langkah yang sulit dan getir itu pun harus diambil. Islam memberikan aturan yang indah dalam perkara ini dengan mensyariatkan talak (perceraian), rujuk (damai kembali bersatu), dan masa iddah menjadi tiga: dua dengan rujuk, yaitu talak satu dan dua serta satu tanpa rujuk, yaitu talak tiga atau talak ba’in, sebagaimana firman Allah,

Ű§Ù„Ű·َّÙ„Ű§َقُ مَ۱َّŰȘَŰ§Ù†ِ فَŰ„ِمْŰłَŰ§Ùƒٌ ŰšِمَŰčْ۱ُوفٍ ŰŁَوْ ŰȘَŰłْ۱ِÙŠŰ­ٌ ŰšِŰ„ِŰ­ْŰłَŰ§Ù†ٍ

“Talak (yang dapat dirujuk) itu sebanyak dua kali. Setelah itu, boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” (Surah Al-Baqarah ayat 229)

Para ulama sepakat bahawa wujud saksi tidak disyariatkannya dalam perceraian, sebagaimana dijelaskan Imam Asy-Syaukani dalam kitab Nail Al-Authar, 6:267. Namun, para ulama masih berselisih tentang kewajiban adanya saksi dalam rujuk. Pendapat yang rajih dalam hal ini adalah yang berpendapat bahawa saksi tidak wajib ada, namun bila ada saksi maka itu yang lebih baik.

Para ulama, yang tidak mewajibkan saksi dalam rujuk, berselisih pendapat dalam cara rujuk yang diakui syariat. Ada yang menyatakan bahawa cukup dengan berhubungan suami-isteri, ada yang menyatakan bahwa harus dengan niat rujuk, dan ada yang menyatakan bahwa harus dengan ucapan. Pendapat yang rajih adalah bahwa rujuk dikatakan sah dengan adanya perbuatan atau perkataan yang menunjukan rujuknya disertakan dengan niat untuk rujuk kedua keadaan tersebut, baik dengan hubungan suami-isteri atau perkataan.

Islam mensyariatkan iddah (masa menunggu) agar si suami dapat meralat kembali talaknya, setelah hilang rasa marah dan tidak sukanya lalu muncul perasaan ingin memperbaiki bahteranya. Oleh kerana itu, si suami dilarang mengusir isterinya dari rumah, dan isteri yang dicerai dengan talak satu atau dua tersebut juga tidak boleh pergi untuk tinggal di luar rumahnya. Hal ini jelas ditegaskan Allah dalam firman-Nya,

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű„ِ۰َۧ Ű·َلَّقْŰȘُمُ Ű§Ù„Ù†ِّŰłَۧۥ فَŰ·َلِّقُوهُنَّ لِŰčِŰŻَّŰȘِهِنَّ وَŰŁَŰ­ْŰ”ُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْŰčِŰŻَّŰ©َ وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ ۱َŰšَّكُمْ لَۧ ŰȘُŰźْ۱ِŰŹُوهُنَّ مِن ŰšُيُوŰȘِهِنَّ وَلَۧ يَŰźْ۱ُŰŹْنَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَن يَŰŁْŰȘِينَ ŰšِفَِۭۧŰŽَŰ©ٍ مُّŰšَيِّنَŰ©ٍ وَŰȘِلْكَ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَمَن يَŰȘَŰčَŰŻَّ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰŻْ Űžَلَمَ نَفْŰłَهُ لَۧ ŰȘَŰŻْ۱ِي لَŰčَلَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يُŰ­ْŰŻِŰ«ُ ŰšَŰčْŰŻَ ۰َلِكَ ŰŁَمْ۱ًۧ

“Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar), hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah, Rabbmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) keluar, kecuali kalau mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah batasan-batasan dari Allah. Barang siapa yang melanggar batasan-batasan Allah, sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui bahawa barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (Surah Ath-Thalaq ayat 1)

Apabila Allah berikan rasa ingin rujuk pada hati si suami dalam masa iddah tersebut maka istri wajib menerimanya walaupun ia tidak suka. Namun, bila tidak ada rujuk sampai habis masa iddah-nya maka si wanita menjadi bebas dan tidak ada keterikatan dengan suaminya terdahulu itu.

Jika keduanya sepakat untuk kembali bersatu setelah itu maka pernikahan yang baru wajib untuk dilakukan . Hal ini merupakan kesepakatan para ulama, sebagaimana pernyataan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, “Para ulama telah bersepakat bahawa bila lelaki yang merdeka mencerai wanita yang merdeka setelah berhubungan suami isteri, baik talak satu atau dua, maka suami tersebut lebih berhak untuk rujuk kepadanya walaupun si wanita tidak suka. Apabila tidak rujuk sampai selesai masa iddahnya maka si wanita menjadi orang asing (ajnabiyah), sehingga tidak halal baginya, kecuali melalui pernikahan baru.”

Sunday, January 24, 2016

Batas-batas Pergaulan Di Antara Lelaki Dan Wanita Dalam Islam

Pengertian Pergaulan.

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.[Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121.]

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Hukum Pergaulan Di Antara Lelaki Dan Wanita.

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

1. Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram

Perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan lelaki ajnabi (sah kawin dengannya).

Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada hadis-hadis berikut:

i. Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.”[Al- `Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Jilid 4, hlm. 72, 77.]

ii. Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.”[Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, Jilid 9, hlm. 109.]

Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’[ Abd al-Karim Zaydan (Dr.), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, jilid 3, hlm. 423.] Sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.

Walau apapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas menyatakan demikian.

Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram. Dengan kata lain, oleh kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram.

Begitu juga, oleh kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.

Begitu juga hukum sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki mahram kerana darurat,[Al-Nawawai, op.cit., hlm. 109.] maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.

2. Hukum Perempuan solat Jemaah di Masjid

Rujukan kedua bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita melakukan solat jemaah di masjid. Solat jemaah di masjid digalakkan bagi kaum lelaki, tidak bagi kaum wanita. Malah sebaliknya solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal bagi mereka.

Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak mutlak. Ia diikat dengan berbagai syarat; keizinan suami atau wali, tidak memakai bau-bauan tidak berhias dan tidak bercampur gaul dengan lelaki semasa solat jemaah di dalam masjid. Syarak menentukan saf bagi wanita dalam solat jemaah mestilah di belakang saf lelaki. Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang dinyatakan oleh Abdullah bin `Abbas yang beliau mendirikan solat di sebelah Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a mendirikan solat bersama di belakang mereka. Beliau berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Mereka menunaikan solat bersama.[Abd al-Razzaq al-San`ani, al-Musannaf, Jilid 2, hlm. 407.]

Pensyaratan-pensyaratan yang dikenakan dalam kes wanita solat berjemaah dengan lelaki ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Lebih-lebih lagi jika dihalusi persoalan kedudukan saf bagi wanita; di belakang saf lelaki. Ertinya wanita tidak boleh berada dalam satu saf dengan lelaki. Kalau dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, sudah tentu tegahan bergaul dalam keadaan itu lebih ditegah. Kesimpulannya, pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan adalah dirujukkan kepada nas yang melarang wanita bergaul dalam satu saf sewaktu melakukan solat jemaah bersama lelaki di samping pensyaratan-pensyaratan lain. Ini bererti kebolehan berlaku pergaulan dengan wanita dan lelaki ajnabi adalah bergantung kepada pensyaratan boleh berlakunya solat jemaah wanita bersama lelaki. Dengan kata lain pergaulan wanita dan lelaki ajnabi bukan boleh secara mutlak, tetapi boleh dengan syarat-syarat yang ditentukan.

3. Hukum Wanita Turut Serta Dalam Perang Jihad

Rujukan ketiga bagi pergaulan wanita denga lelaki ajnabi ialah hukum wanita turut serta dalam perang jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta berjihad, tetapi Rasulullah SAW menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjan haji.

Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki.

Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan.

4. Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat

Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa wanita tidak wajib menunaikan solat jumaat.[13] Mazhab Hanafi berpendapat sebab wanita tidak wajib solat jumaat ialah kerana wanita sibuk dengan urusan rumah tangga di samping mereka ditegah keluar bersama kaum lelaki dlam keadaan yang boleh membawa fitnah.[14] Alasan ini membawa erti bahawa hukum pergaulan antara wnaita dan lelaki ajnabi adalah haram.

Di awal perbincangan telah dinyatakan, tiada nas sarih yang secara langsung mengharamkan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Namun demikian, dalam konteks ini kaedah al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah, tidak dapat digunakan untuk menyatakan bahawa hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi adalah harus, kerana nas-nas yang dikemukakan di atas secara tidak langsung telah mengandungi unsur-unsur larangan dari pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, keharusan yang mutlak dalam kes ini sudah tidak ada lagi.

Batas-batas Pergaulan Lelaki dan Wanita Yang Di Benarkan.

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat Syar’ie dan kebiasaan adat setempat.

1. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.

Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

2. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan

Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:

a. Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.[16]

b. Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.[17] Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.

c. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.

d. Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam

Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.

Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.

3. Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

4. Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar

Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.

Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi SAW .menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.

Bagaimanapun, setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah SAW atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah SAW menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.

Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”

Tata Cara Wuduk Menurut Al-Qur’an & As-Sunnah


Kita mulai dari kajian pertama ini yaitu Tata Cara Wuduk
 

1. Apabila seorang muslim mau berwuduk maka hendaknya ia berniat di dalam hatinya kemudian membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebab Rasulullah SAW bersabda “Tidak sah wuduk orang yg tidak menyebut nama Allah” . Dan apabila ia lupa maka tidaklah mengapa. Jika hanya mengucapkan “Bismillah” saja maka dianggap cukup.
 

2. Kemudian disunnahkan mencuci kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali sebelum memulai wuduk. 

3. Kemudian berkumur-kumur .
 

4. Lalu menghirup air dgn hidung lalu mengeluarkannya.
 

Disunnahkan ketika menghirup air di lakukan dgn kuat kecuali jika dalam keadaan berpuasa maka ia tidak mengeraskannya krn dikhawatirkan air masuk ke dalam tenggorokan. Rasulullah bersabda “Keraskanlah di dalam menghirup air dgn hidung kecuali jika kamu sedang berpuasa.”
 

5. Lalu mencuci muka. Batas muka adl dari batas tumbuhnya rambut kepala bagian atas sampai dagu dan mulai dari batas telinga kanan hingga telinga kiri. Dan jika rambut yg ada pada muka tipis maka wajib dicuci hingga pada kulit dasarnya. Tetapi jika tebal maka wajib mencuci bagian atasnya saja namun disunnahkan mencelah-celahi rambut yg tebal tersebut. Kerana Rasulullah selalu mencelah-celahi jenggotnya di saat berwuduk.
 

6. Kemudian mencuci kedua tangan sampai siku krn Allah berfirman “dan kedua tanganmu hingga siku.” .
 

7. Kemudian mengusap kepala beserta kedua telinga satu kali dimulai dari bagian depan kepala lalu diusapkan ke belakang kepala lalu mengembalikannya ke depan kepala. Setelah itu langsung mengusap kedua telinga dgn air yg tersisa pada tangannya.
 

8. Lalu mencuci kedua kaki sampai kedua mata kaki krn Allah berfirman “dan kedua kakimu hingga dua mata kaki.” . Yang dimaksud mata kaki adalah benjolan yg ada di sebelah bawah betis. Kedua mata kaki tersebut wajib dicuci berbarengan dgn kaki. Orang yg tangan atau kakinya terpotong maka ia mencuci bagian yg tersisa yg wajib dicuci. Dan apabila tangan atau kakinya itu terpotong semua maka cukup mencuci bagian ujungnya saja.
 

Setelah selesai berwuduk mengucapkan :Sabda Rasullullah SAW maksudnya;

“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin

(maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

(Hadis riwayat ImamTarmizi( 50) ; Sahih: Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))


Ketika berwuduk wajib mencuci anggota-anggota wuduknya secara berurutan tidak menunda pencucian salah satunya hingga yg sebelumnya kering. Hal ini berdasar hadits yg diriwayatkan Ibn Umar Zaid bin Sabit dan Abu Hurairah bahwa Nabi senantiasa berwudu secara berurutan kemudian beliau bersabda “Inilah cara berwudu di mana Allah tidak akan menerima shalat seseorang kecuali dgn wudu seperti ini.” .
 

Boleh mengelap anggota-anggota wudhu seusai berwuduk

Sunnah Wuduk
 

Disunnatkan bagi tiap muslim menggosok gigi sebelum memulai wudhunya krn Rasulullah bersabda “Sekiranya aku tidak memberatkan umatku niscaya aku perintah mere-ka bersiwak tiap kali akan berwudhu.” (Riwayat Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’).
 

Disunnatkan pula mencuci kedua telapak tangan tiga kali sebelum berwudhu sebagaimana disebutkan di atas kecuali jika setelah bangun tidur maka hukumnya wajib mencucinya tiga kali sebelum berwudhu. Sebab boleh jadi kedua tangannya telah menyentuh kotoran di waktu tidurnya sedangkan ia tidak merasakannya. Rasulullah bersabda “Apabila seorang di antara kamu bangun tidur maka hendaknya tidak mencelupkan kedua tangannya di dalam bejana air sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali krn sesungguhnya ia tidak mengetahui di mana tangannya berada .” .
 

Disunnatkan keras di dalam meng-hirup air dgn hidung sebagaimana dijelaskan di atas.
 

Disunnatkan bagi orang muslim mencelah-celahi jenggot jika tebal ketika membasuh muka .
 

Disunnatkan bagi orang muslim mencelah-celahi jari-jari tangan dan kaki di saat mencucinya krn Rasulullah bersabda “Celah-celahilah jari-jemari kamu.” .
 

Mencuci anggota wuduk yg kanan terlebih dahulu sebelum mencuci anggota wuduk yg kiri. Mencuci tangan kanan terlebih dahulu kemudian tangan kiri dan begitu pula mencuci kaki kanan sebelum mencuci kaki kiri.
 

Mencuci anggota-anggota wudhu dua atau tiga kali namun kepala cukup diusap satu kali usapan saja.
 

Tidak berlebih-lebihan dalam pemakaian air krn Rasulullah berwudhu dgn mencuci tiga kali lalu bersabda “Barangsiapa mencuci lbh maka ia telah berbuat kesalahan dan kezhaliman.” Hal-hal Yang Membatalkan Wudhu Wudhu seorang muslim batal krn hal-hal berikut ini
 

Keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur baik berupa air kecil atau- pun air besar.
 

Keluar angin dari dubur .
 

Hilang akalnya baik krn gila pingsan mabuk atau krn tidur yg nyenyak hingga tidak menya-dari apa yg keluar darinya. Adapun tidur ringan yg tidak menghilangkan perasaan maka tidak membatalkan wudhu.
 

Menyentuh kemaluan dgn tangan dgn syhwt (**) apakah yg disentuh tersebut kemaluannya sendiri atau milik orang lain krn Rasulullah bersabda “Barangsiapa yg menyentuh kemaluannya hendaklah ia berwuduk.”.
 

Memakan daging unta krn ketika Rasulullah ditanya “Apakah kami harus berwudhu krn makan daging unta? Nabi menjawab Ya.” . Begitu pula memakan usus hati babat atau sumsumnya adl membatalkan wudhu krn hal tersebut sama dgn dagingnya. Adapun air susu unta tidak membatalkan wudhu krn Rasulullah SAW pernah menyuruh suatu kaum minum air susu unta dan tidak menyuruh mereka berwudlu sesudahnya . Untuk lbh berhati-hati maka sebaiknya berwuduk sesudah minum atau makan kuah daging unta.
 

Hal-hal yg haram dilakukan oleh yg tidak berwuduk.  Apabila seorang muslim berhadats kecil maka haram melakukan hal-hal berikut ini
 

Menyentuh mushaf Al-Qur’an krn Rasulullah mengatakan di dalam suratnya yg beliau kirimkan kepada penduduk negeri Yaman “Tidak boleh menyentuh Al-Qur’an selain orang yg suci.” . Adapun membaca Al-Qur’an dgn tidak menyentuhnya maka hal itu boleh dilakukan oleh orang yg berhadats kecil.
 

Mengerjakan solat. Orang yg berhadats tidak boleh melakukan solat kecuali setelah berwuduk terlebih dahulu krn Rasulullah bersabda “Allah tidak menerima solat yg dilakukan tanpa wuduk.” . Boleh bagi orang yg tidak berwuduk melakukan sujud tilawah atau sujud syukur krn keduanya bukan merupakan solat sekalipun lbh afdhalnya adl berwuduk sebelum melakukan sujud.
 

Melakukan thawaf. Orang yg berhadats kecil tidak boleh melakukan thawaf di Ka`bah sebelum berwuduk krn Rasulullah telah bersabda “Thawaf di Baitullah itu adl solat.” . Dan juga krn Nabi berwuduk terlebih dahulu sebelaum melakukan thawaf . Catatan Penting Untuk berwuduk tidak disyaratkan mencuci qubul atau dubur terlebih dahulu krn pencucian keduanya dilakukan sehabis buaang air dan hal tersebut tidak ada hubungannya dgn wuduk. Wallahu a’lam wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi washahbihi wa sallam. 

Rujukan :

1. Al-Qur’an Al-Karim dan Al-Hadits Kutubus-Sittah.

2. Diadaptasi dari “Tuntunan Shalat Menurut Al-Qur’an & As-Sunnah” Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin.

3. Al-Adzkaarun Nawawiyyah Muhyiddin Abi Zakaria bin Syaraf An-Nawawi.

4. Fiqhus-Sunnah Sayyid Sabiq.

5. Slat Empat Mazhab ‘Abdul Qadir Ar-Rahbawi.

Saturday, January 23, 2016

Nama Yang Baik Untuk Anak-anak Dalam Islam.

Jika kita nak letakkan nama untuk anak-anak carilah nama yg baik maksudnya, ringkas dan tidak terlalu panjang. Dua perkataan sudah memadai tak perlu nama anak-anak 3 perkataan atau 4 perkataan.Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam ..

Dalam satu majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”

Sebab itu setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut.
.
Kekal Sehingga Akhirat.

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut..

Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Ű„Ù†َّكُمْ ŰȘُŰŻْŰčَوْنَ يَوْمَ Ű§Ù„Ù‚ِÙŠŰ§Ù…َŰ©ِ ۣۚ۳ْÙ…Ű§ŰŠÙƒُمْ ÙˆŰŁŰłÙ…Ű§ŰĄِ ۹ۚۧۊِكُمْ ÙŰŁŰ­ْŰłِنُÙˆŰ§ ŰŁŰłْÙ…Ű§ŰĄَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
Hari Memberi Nama

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW;
كُلُّ ŰșُÙ„Ű§َمٍ ۱َهِينٌ ŰšِŰčَقِيقَŰ©ٍ ŰȘُ۰ْŰšَŰ­ُ Űčَنْهُ يَوْمَ ŰłَِۧۚŰčِهِ، وَيُŰ­ْلَقُ وَيُŰłَمَّى

“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.).

Rasulullah SAW juga pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;
وُلِŰŻَ لِي ŰșُÙ„Ű§َمٌ، فَŰŁَŰȘَيْŰȘُ Űšِهِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ -Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ- فَŰłَمَّŰ§Ù‡ُ: Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيمَ، وَŰ­َنَّكَهُ ŰšِŰȘَمْ۱َŰ©ٍ وَŰŻَŰčَۧ لَهُ ŰšِŰ§Ù„ْŰšَ۱َكَŰ©ِ

“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW, maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Maka, adalah menjadi sunnah, menamakan bayi pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Imam Nawawi dalam al-Azkar menegaskan; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”. Manakala Imam Bukhari menjelaskan; “Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh, maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya.”
.
Menamakan Bayi Yang Meninggal

Jika ditakdirkan bayi mati di dalam perut, gugur atau pun meninggal sewaktu dilahirkan, adalah disunatkan diberikan juga nama kepada mereka. Bersyukur dan terimalah dengan redha atas kematian ini kerana anak-anak yang meninggal sebelum umur baligh adalah mati syahid dan akan menjadi syafaat kepada ibubapanya di akhirat kelak..

Allah Ta’ala berfirman kepada Jibril, Alaihis Salaam: “Pergilah dan ambillah ayah-ayah mereka dan ibu-ibu mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah mereka kepada anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah mereka bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “
.
Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;.

a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;
Ű„Ù†َّكُمْ ŰȘُŰŻْŰčَوْنَ يَوْمَ Ű§Ù„Ù‚ِÙŠŰ§Ù…َŰ©ِ ۣۚ۳ْÙ…Ű§ŰŠÙƒُمْ ÙˆŰŁŰłÙ…Ű§ŰĄِ ۹ۚۧۊِكُمْ ÙŰŁŰ­ْŰłِنُÙˆŰ§ ŰŁŰłْÙ…Ű§ŰĄَكُمْ

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.).

b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW;
Ű„Ù†َّ ŰŁŰ­َŰšَّ ŰŁŰłْÙ…Ű§ŰŠÙƒُمْ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„ّه ŰčَŰČَّ وَŰŹَلَّ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„ّه، وَŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).

c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

i) Sabda Baginda SAW;
ŰȘَŰłَمَّÙˆŰ§ ۣۚ۳ْÙ…Ű§ŰĄِ Ű§Ù„ŰŁÙ†ْŰšِÙŠŰ§ŰĄِ، وَŰŁŰ­َŰšُّ Ű§Ù„ŰŁŰłْÙ…Ű§ŰĄِ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„ّه ŰȘَŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„ّه وَŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَن، ÙˆŰŁŰ”ْŰŻَقُÙ‡Ű§: Ű­َۧ۱ِŰ«ٌ وَهمَّŰ§Ù…ٌ، ÙˆŰŁÙ‚ْŰšَŰ­ُÙ‡Ű§: Ű­َ۱ْŰšٌ وَمُ۱َّŰ©ُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.).

ii) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;
ŰȘَŰłَمَّوْۧ Űšِۧ۳ْمِي، وَÙ„Ű§َ ŰȘَكْŰȘَنُÙˆŰ§ ŰšِكُنْيَŰȘِي، فَŰ„ِنَّمَۧ ŰŁَنَۧ قَۧ۳ِمٌ، ŰŁَقْŰłِمُ Űšَيْنَكُمْ

“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Friday, January 15, 2016

Terdapat 10 Dalil Sahih Kenapa Lelaki Di Perintahkan Solat Berjemaah Di Masjid ?


1. Allah SWT yang langsung memerintahkan dalam al-Quran agar solat berjemaah.

Allah SWT berfirman,

وَŰŁَقِيمُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©َ وَŰĄَۧŰȘُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰČَّكَۧ۩َ وَۧ۱ْكَŰčُÙˆŰ§ مَŰčَ Ű§Ù„Ű±َّŰ§ÙƒِŰčِينَ

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.” (Surah Al-Baqarah ayat 43)

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata,

، ÙÙ„Ű§ ۚۯ لقوله { مŰč Ű§Ù„Ű±Ű§ÙƒŰčين } من ÙŰ§ŰŠŰŻŰ© ŰŁŰźŰ±Ù‰ ÙˆÙ„ÙŠŰłŰȘ Ű„Ù„Ű§ فŰčÙ„Ù‡Ű§ مŰč ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© Ű§Ù„Ù…Ű”Ù„ÙŠÙ† ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰčÙŠŰ© ŰȘÙÙŠŰŻ Ű°Ù„Ùƒ

“Makna firman Allah “Rukuklah beserta orang-orang yang rukuk, faedahnya iaitu tidaklah dilakukan kecuali bersama jemaah yang solat dan bersama-sama.”[Ash-Shalatu wa hukmu tarikiha hal. 139-141]

2. Ketika perang berkecamuk, tetap diperintahkan solat berjemaah. Maka apalagi suasana aman dan tenteram. Dan ini perintah langsung dari Allah SWT dalam al-Quran

Allah SWT berfirman,

وَŰ„ِ۰َۧ كُنŰȘَ فِيهِمْ فَŰŁَقَمْŰȘَ لَهُمُ Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©َ فَلْŰȘَقُمْ Ű·َ۹ۊِفَŰ©ُُ مِّنْهُم مَّŰčَكَ وَلِيَŰŁْŰźُ۰ُÙˆŰ§ ŰŁَŰłْلِŰ­َŰȘَهُمْ فَŰ„ِ۰َۧ ŰłَŰŹَŰŻُÙˆŰ§ فَلْيَكُونُÙˆŰ§ مِن وَ۱َ۹ۊِكُمْ وَلْŰȘَŰŁْŰȘِ Ű·َ۹ۊِفَŰ©ٌ ŰŁُŰźْ۱َى لَمْ يُŰ”َلُّÙˆŰ§ فَلْيُŰ”َلُّÙˆŰ§ مَŰčَكَ وَلْيَŰŁْŰźُ۰ُÙˆŰ§ Ű­ِ۰ْ۱َهُمْ وَŰŁَŰłْلِŰ­َŰȘَهُمْ وَŰŻَّ Ű§Ù„َّ۰ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ لَوْ ŰȘَŰșْفُلُونَ Űčَنْ ŰŁَŰłْلِŰ­َŰȘِكُمْ وَŰŁَمْŰȘِŰčَŰȘِكُمْ فَيَمِيلُونَ Űčَلَيْكُم مَّيْلَŰ©ً وَِۭۧŰŻَŰ©ً وَÙ„Ű§َ ŰŹُنََۭۧ Űčَلَيْكُمْ Ű„ِن كَŰ§Ù†َ Űšِكُمْ ŰŁَ۰ًى مِّن مَّŰ·َ۱ٍ ŰŁَوْ كُنŰȘُم مَّ۱ْ۶َى ŰŁَن ŰȘَ۶َŰčُÙˆŰ§ ŰŁَŰłْلِŰ­َŰȘَكُمْ وَŰźُ۰ُÙˆŰ§ Ű­ِ۰ْ۱َكُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ ŰŁَŰčَŰŻَّ لِلْكَŰ§Ùِ۱ِينَ Űčَ۰ًَۧۚۧ مُّهِينًۧ

“Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu.” (Surah An-Nisa’ ayat 102)

Ibnu Mundzir rahimahullah berkata,

ففي ŰŁÙ…Ű± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšŰ„Ù‚Ű§Ù…Ű© Ű§Ù„ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© في Ű­Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰźÙˆÙ : ŰŻÙ„ÙŠÙ„ Űčلى ŰŁÙ† Ű°Ù„Ùƒ في Ű­Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰŁÙ…Ù† ŰŁÙˆŰŹŰš .

“Pada perintah Allah SWT untuk tetap menegakkan solat jemaah ketika takut (perang) adalah dalil bahawa solat berjemaah ketika keadaan aman lebih wajib lagi.”[Al- Ausath 4/135]

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah menjelaskan,

وفي Ù‡Ű°Ű§ ŰŻÙ„ÙŠÙ„ Űčلى ŰŁÙ† Ű§Ù„ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© ÙŰ±Ű¶ Űčلى Ű§Ù„ŰŁŰčÙŠŰ§Ù† ۄ۰ لم ÙŠŰłÙ‚Ű·Ù‡Ű§ ŰłŰšŰ­Ű§Ù†Ù‡ Űčن Ű§Ù„Ű·Ű§ŰŠÙŰ© Ű§Ù„Ű«Ű§Ù†ÙŠŰ© ŰšÙŰčل Ű§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ù‰، ولو ÙƒŰ§Ù†ŰȘ Ű§Ù„ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© ŰłÙ†Ű© Ù„ÙƒŰ§Ù† ŰŁÙˆÙ„Ù‰ Ű§Ù„ŰŁŰč۰ۧ۱ ŰšŰłÙ‚ÙˆŰ·Ù‡Ű§ Űč۰۱ Ű§Ù„ŰźÙˆÙ، ولو ÙƒŰ§Ù†ŰȘ ÙŰ±Ű¶ ÙƒÙŰ§ÙŠŰ© Ù„ŰłÙ‚Ű·ŰȘ ŰšÙŰčل Ű§Ù„Ű·Ű§ŰŠÙŰ© Ű§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ù‰ …ÙˆŰŁÙ†Ù‡ لم ÙŠŰ±ŰźŰ” لهم في ŰȘŰ±ÙƒÙ‡Ű§ Ű­Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰźÙˆÙ

“Ayat ini merupakan dalil yang sangat jelas bahawa solat berjemaah hukumnya fardhu ain bukan hanya sunat atau fardhu kifayah, Seandainya hukumnya sunat tentu keadaan takut dari musuh adalah uzur yang utama. Juga bukan fardhu kifayah kerana Allah menggugurkan kewajiban berjemaah atas rombongan kedua dengan telah berjemaahnya rombongan pertama… dan Allah tidak memberi keringanan bagi mereka untuk meninggalkan solat berjemaah dalam keadaan ketakutan (perang).“[Kitab Solah hal. 138, Ibnu Qayyim]

3.Orang buta yang tidak ada penuntut ke masjid tetap di perintahkan solat berjemaah ke masjid jika mendengar azan, maka bagaimana yang matanya sihat?

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata,

ŰŁَŰȘَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ۱َŰŹُلٌ ŰŁَŰčْمَى فَقَŰ§Ù„َ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّهُ لَيْŰłَ لِي قَۧۊِŰŻٌ يَقُÙˆŰŻُنِي Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻِ فَŰłَŰŁَلَ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَنْ يُ۱َŰźِّŰ”َ لَهُ فَيُŰ”َلِّيَ فِي ŰšَيْŰȘِهِ فَ۱َŰźَّŰ”َ لَهُ فَلَمَّۧ وَلَّى ŰŻَŰčَŰ§Ù‡ُ فَقَŰ§Ù„َ هَلْ ŰȘَŰłْمَŰčُ Ű§Ù„Ù†ِّŰŻَۧۥَ ŰšِŰ§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ قَŰ§Ù„َ نَŰčَمْ قَŰ§Ù„َ فَŰŁَŰŹِŰšْ

“Seorang buta pernah menemui Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berujar, “Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang akan menuntunku ke masjid.” Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk solat di rumah, maka baginda pun memberikan keringanan kepadanya. Ketika orang itu beranjak pulang, baginda kembali bertanya, “Apakah engkau mendengar panggilan solat (azan)?” Laki-laki itu menjawab, “Ia.” Baginda bersabda, “Penuhilah seruan tersebut (hadiri jemaah solat).”
[HR. Muslim no. 653]

Dalam hadis yang lain iaitu, Ibnu Ummi Maktum (ia buta matanya). Dia berkata,

يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمَŰŻِينَŰ©َ كَŰ«ِÙŠŰ±َŰ©ُ Ű§Ù„ْهَوَŰ§Ù…ِّ وَŰ§Ù„ŰłِّŰšَۧŰčِ. فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِىُّ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- « ŰŁَŰȘَŰłْمَŰčُ Ű­َىَّ Űčَلَى Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ Ű­َىَّ Űčَلَى Ű§Ù„ْفَÙ„Ű§َŰ­ِ فَŰ­َىَّ هَÙ„Ű§َ ».

“Wahai Rasulullah, di Madinah banyak sekali tanaman dan binatang buas. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Apakah kamu mendengar seruan azan hayya ‘alash solah, hayya ‘alal falah? Jika iya, penuhilah seruan azan tersebut”.”[HR. Abu Daud, Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih]

4.Wajib solat berjemaah di masjid jika mendengar azan

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam,

مَنْ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù†ِّŰŻَۧۥَ فَلَمْ يَŰŁْŰȘِهِ فَلَۧ Ű”َلَۧ۩َ لَهُ Ű„ِلَّۧ مِنْ Űčُ۰ْ۱ٍ

“Barangsiapa yang mendengar azan lalu tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya, kecuali bila ada uzur.” [HR. Abu Daud dan Ibnu Majah. disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Misykat al-Mashabih: 1077 dan Irwa’ al-Ghalil no. 551]

5.Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memberikan ancaman kepada laki-laki yang tidak solat berjemaah di masjid dengan membakar rumah mereka.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ű„ِنَّ ŰŁَŰ«ْقَلَ Ű”َلَۧ۩ٍ Űčَلَى Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِينَ Ű”َلَۧ۩ُ Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥِ وَŰ”َلَۧ۩ُ Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ِ وَلَوْ يَŰčْلَمُونَ مَۧ فِيهِمَۧ لَŰŁَŰȘَوْهُمَۧ وَلَوْ Ű­َŰšْوًۧ وَلَقَŰŻْ هَمَمْŰȘُ ŰŁَنْ ŰąÙ…ُ۱َ ŰšِŰ§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ فَŰȘُقَŰ§Ù…َ Ű«ُمَّ ŰąÙ…ُ۱َ ۱َŰŹُلًۧ فَيُŰ”َلِّيَ ŰšِŰ§Ù„Ù†َّۧ۳ِ Ű«ُمَّ ŰŁَنْŰ·َلِقَ مَŰčِي Űšِ۱ِŰŹَŰ§Ù„ٍ مَŰčَهُمْ Ű­ُŰČَمٌ مِنْ Ű­َŰ·َŰšٍ Ű„ِلَى قَوْمٍ لَۧ يَŰŽْهَŰŻُونَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ فَŰŁُŰ­َ۱ِّقَ Űčَلَيْهِمْ ŰšُيُوŰȘَهُمْ ŰšِŰ§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

“Solat yang dirasakan paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga solat didirikan, kemudian ku suruh seseorang mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat, lantas aku bakar rumah-rumah mereka.”[HR. Al-Bukhari no. 141 dan Muslim no. 651]

Ibnu Mundzir rahimahullah berkata,

وفي Ű§Ù‡ŰȘÙ…Ű§Ù…Ù‡ ŰšŰŁÙ† ÙŠŰ­Ű±Ù‚ Űčلى قوم ŰȘŰźÙ„ÙÙˆŰ§ Űčن Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ŰšÙŠÙˆŰȘهم ŰŁŰšÙŠÙ† Ű§Ù„ŰšÙŠŰ§Ù† Űčلى ÙˆŰŹÙˆŰš ÙŰ±Ű¶ Ű§Ù„ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ©

“Keinginan baginda (membakar rumah) orang yang tidak ikut solat berjemaah di masjid merupakan dalil yang sangat jelas akan wajib ainnya solat berjemaah di masjid”[Al-Ausath 4/134]

6.Tidak solat berjemaah di masjid di anggap “munafik” oleh para sahabat.

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu dia berkata:

وَلَقَŰŻْ ۱َŰŁَيْŰȘُنَۧ وَمَۧ يَŰȘَŰźَلَّفُ Űčَنْهَۧ Ű„ِلَّۧ مُنَŰ§Ùِقٌ مَŰčْلُومُ Ű§Ù„Ù†ِّفَŰ§Ù‚ِ وَلَقَŰŻْ كَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ يُŰ€ْŰȘَى Űšِهِ يُهَۧۯَى Űšَيْنَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلَيْنِ Ű­َŰȘَّى يُقَŰ§Ù…َ فِي Ű§Ù„Ű”َّفِّ

“Menurut pendapat kami (para sahabat), tidaklah seseorang itu tidak hadir solat jemaah, melainkan dia seorang munafik yang sudah jelas kemunafikannya. Sungguh dahulu seseorang dari kami harus dipapah di antara dua orang hingga diberdirikan si saff (barisan) solat yang ada.”[HR. Muslim no. 654]

7.Solat berjemaah mendapat pahala lebih banyak.

Dalam satu riwayat 27 kali lebih banyak daripada solat bersendirian.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ű”َلَۧ۩ُ Ű§Ù„ْŰŹَمَۧŰčَŰ©ِ ŰŁَفْ۶َلُ مِنْ Ű”َلَۧ۩ِ Ű§Ù„ْفَ۰ِّ ŰšِŰłَŰšْŰčٍ وَŰčِŰŽْ۱ِينَ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©ً

“Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian dengan 27 derajat.”[HR. Bukhari]

8.Keutamaan solat berjemaah yang banyak.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ Ű”َلَّى Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ فِي ŰŹَمَۧŰčَŰ©ٍ كَŰ§Ù†َ كَقِيَŰ§Ù…ِ نِŰ”ْفِ لَيْلَŰ©ٍ وَمَنْ Ű”َلَّى Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ وَŰ§Ù„ْفَŰŹْ۱َ فِي ŰŹَمَۧŰčَŰ©ٍ كَŰ§Ù†َ كَقِيَŰ§Ù…ِ لَيْلَŰ©ٍ

“Barang siapa solat Isya dengan berjemaah, pahalanya seperti solat setengah malam. Barang siapa solat Isya dan Subuh dengan berjemaah, pahalanya seperti solat semalam penuh.”[Fathul Bari 2/154—157]

9. Tidak solat berjemaah akan dikuasai oleh syaitan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَۧ مِنْ Ű«َلََۧ۫Ű©ٍ فِي قَ۱ْيَŰ©ٍ وَلَۧ ŰšَŰŻْوٍ لَۧ ŰȘُقَŰ§Ù…ُ فِيهِمْ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ُ Ű„ِلَّۧ قَŰŻْ ۧ۳ْŰȘَŰ­ْوَ۰َ Űčَلَيْهِمْ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ فَŰčَلَيْكَ ŰšِŰ§Ù„ْŰŹَمَۧŰčَŰ©ِ فَŰ„ِنَّمَۧ يَŰŁْكُلُ Ű§Ù„Ű°ِّŰŠْŰšُ Ű§Ù„ْقَۧ۔ِيَŰ©َ

“Tidaklah tiga orang di suatu desa atau lembah yang tidak didirikan solat berjemaah di lingkungan mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Kerana itu tetaplah kalian (solat) berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu hanya akan menerkam kambing yang sendirian (jauh dari kawan-kawannya).”[HR. Abu Daud no. 547, An-Nasai no. 838, dan sanadnya dinyatakan hasan oleh An-Nawawi]

10. Amal yang pertama kali dihisab adalah solat, jika baik maka seluruh amal baik dan sebaliknya, apakah kita pilih solat yang sekadarnya saja atau meraih pahala tinggi dengan solat berjemaah?

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ű„ِنَّ ŰŁَوَّلَ مَۧ يُŰ­َۧ۳َŰšُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ Űšِهِ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ مِنْ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„ِهِمْ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ُ قَŰ§Ù„َ يَقُولُ ۱َŰšُّنَۧ ŰŹَلَّ وَŰčَŰČَّ لِمَلَۧۊِكَŰȘِهِ وَهُوَ ŰŁَŰčْلَمُ Ű§Ù†ْŰžُ۱ُÙˆŰ§ فِي Ű”َلَۧ۩ِ ŰčَŰšْŰŻِي ŰŁَŰȘَمَّهَۧ ŰŁَمْ نَقَŰ”َهَۧ فَŰ„ِنْ كَŰ§Ù†َŰȘْ ŰȘَŰ§Ù…َّŰ©ً كُŰȘِŰšَŰȘْ لَهُ ŰȘَŰ§Ù…َّŰ©ً وَŰ„ِنْ كَŰ§Ù†َ Ű§Ù†ْŰȘَقَŰ”َ مِنْهَۧ ŰŽَيْŰŠًۧ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù†ْŰžُ۱ُÙˆŰ§ هَلْ لِŰčَŰšْŰŻِي مِنْ ŰȘَŰ·َوُّŰčٍ فَŰ„ِنْ كَŰ§Ù†َ لَهُ ŰȘَŰ·َوُّŰčٌ قَŰ§Ù„َ ŰŁَŰȘِمُّÙˆŰ§ لِŰčَŰšْŰŻِي فَ۱ِÙŠŰ¶َŰȘَهُ مِنْ ŰȘَŰ·َوُّŰčِهِ Ű«ُمَّ ŰȘُŰ€ْŰźَ۰ُ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْمَŰ§Ù„ُ Űčَلَى ۰َŰ§Ùƒُمْ

“Sesungguhnya yang pertama kali akan dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solatnya. Rabb kita Jalla Wa ‘Azza berfirman kepada para malaikat-Nya -padahal Dia lebih mengetahui, “Periksalah solat hamba-Ku, sempurnakah atau justru kurang?” Sekiranya sempurna, maka akan dituliskan baginya dengan sempurna, dan jika terdapat kekurangan maka Allah berfirman, “Periksalah lagi, apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunat?” Jikalau terdapat solat sunatnya, Allah berfirman, “Sempurnakanlah kekurangan yang ada pada solat wajib hamba-Ku itu dengan solat sunatnya.” Selanjutnya semua amal manusia akan dihisab dengan cara demikian.”[HR. Abu Daud no. 964, At-Tirmizi no. 413 dishahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2571]

Khusus bagi yang mengaku mazhab Syafi’i (majoriti di Malaysia , Indonesia, Singapura dan Brunei), maka Imam Syafi’i mewajibkan solat berjemaah dan tidak memberi keringanan (rukshah).

Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata,

ÙˆŰŁÙ…Ű§ Ű§Ù„ŰŹÙ…Ű§ŰčŰ© ÙÙ„Ű§ ۧ۱۟۔ في ŰȘŰ±ÙƒÙ‡Ű§ Ű„Ù„Ű§ من Űč۰۱

“Adapun solat jemaah, aku tidaklah memberi keringanan bagi seorang pun untuk meninggalkannya kecuali bila ada uzur.”[Ash Shalah wa Hukmu Tarikiha hal. 107]

Sunday, January 3, 2016

Hukum Mendoakan Orang Bukan Islam.

Mendoakan orang bukan Islam boleh di huraikan kepada menjadi empat keadaan :

PERTAMA: Mendoakan agar mereka mendapatkan hidayah.

Para Ulama telah sepakat (Ijma’) akan bolehnya hal ini, diantara dalilnya adalah hadits berikut:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، قَŰ§Ù„َ: قَŰŻِمَ Ű§Ù„Ű·ُّفَيْلُ وَŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚهُ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، Ű„ِنَّ ŰŻَوْŰłًۧ قَŰŻْ كَفَ۱َŰȘْ وَŰŁَŰšَŰȘْ، فَۧۯْŰčُ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلَيْهَۧ! فَقِيلَ: هَلَكَŰȘْ ŰŻَوْŰłٌ! فَقَŰ§Ù„َ: Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű§Ù‡ْŰŻِ ŰŻَوْŰłًۧ وَۧۊْŰȘِ Űšِهِمْ!ـ

Abu Hurairah -radliallahu anhu- mengatakan: (Suatu hari) At-Thufail dan para sahabatnya datang, mereka mengatakan: “ya Rasulullah, Kabilah Daus benar-benar telah kufur dan menolak (dakwah Islam), maka doakanlah keburukan untuk mereka! Maka ada yg mengatakan: “Mampuslah kabilah Daus”. Lalu baginda mengatakan: “Ya Allah, berikanlah hidayah kepada Kabilah Daus, dan datangkanlah mereka (kepadaku). (HR. Bukhari 2937 dan Muslim 2524, dg redaksi dari Imam Muslim)

Hadits berikut juga menunjukkan bolehnya mendoakan agar mereka mendapatkan hidayah:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي مُÙˆŰłَى Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه، قَŰ§Ù„َ: كَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ْيَهُÙˆŰŻُ يَŰȘَŰčَۧ۷َŰłُونَ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَ۱ْŰŹُونَ ŰŁَنْ يَقُولَ لَهُمْ يَ۱ْŰ­َمُكُم Ű§Ù„Ù„َّهُ، فَيَقُولُ: يَهْŰŻِيكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَيُŰ”ْلِŰ­ُ ŰšَŰ§Ù„َكُمْ

Abu Musa -radliallahu anhu- mengatakan: “Dahulu Kaum Yahudi biasa berpura-pura bersin di dekat Nabi -Shallallahu Alaihi Wasallam-, mereka berharap baginda mahu mengucapkan doa untuk mereka “yarhamukallah (semoga Allah merahmati kalian)”, maka baginda mengatakan doa: “yahdikumullah wa yushlihabalakum (semoga Allah memberi hidayah kepada kalian, dan memperbaiki keadaan kalian)” (HR. Tirmidzi 2739 , dan yg lainnya, dishohihkan oleh Syeikh Albani)

KEDUA: Mendoakan kebaikan dalam perkara dunia.

Hal ini dibolehkan kerana adanya contoh dari Rasulullah -Shallallahu Alaihi Wasallam-… lihatlah dalam hadis di atas, baginda mendoakan kepada Kaum Yahudi:

يَهْŰŻِيكُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَيُŰ”ْلِŰ­ُ ŰšَŰ§Ù„َكُمْ

“Semoga Allah memberi kalian hidayah, dan memperbaiki keadaan kalian”

Ada juga ikrar (persetujuan) Rasulullah –Shallallahu Alaihi Wasallam– dalam hal ini:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي ŰłَŰčِÙŠŰŻٍ Ű§Ù„ŰźُŰŻْ۱ِيِّ قَŰ§Ù„َ: ŰšَŰčَŰ«َنَۧ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ فِي Űłَ۱ِيَّŰ©ٍ فَنَŰČَلْنَۧ Űšِقَوْمٍ، فَŰłَŰŁَلْنَŰ§Ù‡ُمُ Ű§Ù„Ù‚ِ۱َى فَلَمْ يَقْ۱ُونَۧ، فَلُŰŻِŰșَ ŰłَيِّŰŻُهُمْ فَŰŁَŰȘَوْنَۧ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§: هَلْ فِيكُمْ مَنْ يَ۱ْقِي مِنَ Ű§Ù„Űčَقْ۱َŰšِ؟ قُلْŰȘُ: نَŰčَمْ ŰŁَنَۧ، وَلَكِنْ Ù„Ű§َ ŰŁَ۱ْقِيهِ Ű­َŰȘَّى ŰȘُŰčْŰ·ُونَۧ Űșَنَمًۧ، قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§: فَŰ„ِنَّۧ نُŰčْŰ·ِيكُمْ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ِينَ ŰŽَۧ۩ً، فَقَŰšِلْنَۧ فَقَ۱َŰŁْŰȘُ Űčَلَيْهِ: Ű§Ù„Ű­َمْŰŻُ لِلَّهِ ŰłَŰšْŰčَ مَ۱َّۧŰȘٍ، فَŰšَ۱َŰŁَ وَقَŰšَ۶ْنَۧ Ű§Ù„Űșَنَمَ، قَŰ§Ù„َ: فَŰčَ۱َ۶َ فِي ŰŁَنْفُŰłِنَۧ مِنْهَۧ ŰŽَيْŰĄٌ فَقُلْنَۧ: Ù„Ű§َ ŰȘَŰčْŰŹَلُÙˆŰ§ Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰŁْŰȘُÙˆŰ§ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: فَلَمَّۧ قَŰŻِمْنَۧ Űčَلَيْهِ ۰َكَ۱ْŰȘُ لَهُ Ű§Ù„َّ۰ِي Ű”َنَŰčْŰȘُ، قَŰ§Ù„َ: وَمَۧ ŰčَلِمْŰȘَ ŰŁَنَّهَۧ ۱ُقْيَŰ©ٌ؟ Ű§Ù‚ْŰšِ۶ُÙˆŰ§ Ű§Ù„Űșَنَمَ وَۧ۶ْ۱ِŰšُÙˆŰ§ لِي مَŰčَكُمْ ŰšِŰłَهْمٍ

Abu Said al-Khudri mengatakan: (Suatu saat) Rasulullah -Shallallahu Alaihi Wasallam- menugaskan kami dalam Sariyyah (pasukan kecil), lalu kami singgah di suatu kaum, dan kami meminta mereka agar menjamu kami tapi mereka menolaknya. Lalu pemimpin mereka terkena sengatan haiwan, maka mereka mendatangi kami, dan mengatakan: “Adakah diantara kalian yg boleh meruqyah sakit kerana sengatan Kalajengking?”. Maka ku jawab: “Ya, aku boleh, tapi aku tidak akan meruqyahnya kecuali kalian memberi kami kambing”. Mereka mengatakan: “Kami akan memberikan 30 kambing kepada kalian”. Maka kami menerima tawaran itu, dan aku bacakan kepada (pemimpin)nya surat Alhamdulilah sebanyak 7 kali, maka ia pun sembuh, dan kami terima imbalan (30) kambing.

Abu Sa’id mengatakan: Lalu ada sesuatu yg mengganjal di hati kami (dari langkah ini), maka kami mengatakan: “Jangan tergesa-gesa (dengan upah kambing ini), sampai kalian mendatangi Rasulullah -Shallallahu Alaihi Wasallam-.

Abu sa’id mengatakan: Maka ketika kami mendatangi baginda, aku menyebutkan apa yg telah kulakukan. Baginda mengatakan: “Dari mana kau tahu, bahawa (Alfatihah) itu Ruqyah?, ambillah kambingnya dan berilah aku bagian darinya”. (HR. Tirmidzi [2063] dengan redaksi ini, kisah ini juga diriwayatkan di dalam shahih Bukhari [2276] dan shahih Muslim [2201]).

Hadits ini menjelaskan bolehnya kita me-ruqyah orang kafir agar sakitnya sembuh, dan ini merupakan bentuk dari tindakan mendoakan kebaikan untuk mereka dalam urusan dunia. Tidak salah kita mendoakan kesembuhan mereka jika mereka sakit.

Diantara dalil dalam masalah ini adalah dibolehkannya kita menjawab salamnya orang kafir, walaupun bolehnya hanya seringkas “wa’alaikum“, sebagaimana sabda Nabi –Shallallahu Alaihi Wasallam-:

Ű„ِ۰َۧ Űłَلَّمَ Űčَلَيْكُمْ ŰŁَهْلُ Ű§Ù„ÙƒِŰȘَِۧۚ فَقُولُÙˆŰ§: وَŰčَلَيْكُمْ

“Jika seorang Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) mengucapkan salam kepada kalian, maka jawablah dengan ucapan: “Wa’alaikum“. (HR. Bukhari [5788], dan Muslim [4024]).

Ada juga contoh dari salah seorang Sahabat Nabi dalam masalah ini:

Űčَنْ ŰčُقْŰšَŰ©َ Űšْنِ ŰčَŰ§Ù…ِ۱ٍ Ű§Ù„ْŰŹُهَنِيِّ: ŰŁَنَّهُ مَ۱َّ Űšِ۱َŰŹُلٍ هَيْŰŠَŰȘُهُ هَيْŰŠَŰ©ُ مُŰłْلِمٍ، فَŰłَلَّمَ فَ۱َŰŻَّ Űčَلَيْهِ: وَŰčَلَيْكَ وَ۱َŰ­ْمَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰšَ۱َكَۧŰȘُهُ. فَقَŰ§Ù„َ لَهُ Ű§Ù„ْŰșُلَŰ§Ù…ُ: Ű„ِنَّهُ نَŰ”ْ۱َŰ§Ù†ِيٌّ! فَقَŰ§Ù…َ ŰčُقْŰšَŰ©ُ فَŰȘَŰšِŰčَهُ Ű­َŰȘَّى ŰŁَŰŻْ۱َكَهُ. فَقَŰ§Ù„َ: Ű„ِنَّ ۱َŰ­ْمَŰ©َ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰšَ۱َكَۧŰȘَهُ Űčَلَى Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ، لَكِنْ ŰŁَŰ·َŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű­َيَۧŰȘَكَ، وَŰŁَكْŰ«َ۱َ Ù…Ű§Ù„Ùƒ، ÙˆÙˆÙ„ŰŻÙƒ

Uqbah bin Amir al-Juhani -radhiallahu anhu- menceritakan: bahawa dia pernah berpapasan dengan seseorang yang gayanya seperti muslim, lalu orang tersebut memberi salam kepadanya, maka ia pun menjawabnya dengan ucapan: “wa’alaika wa rahmatullah wabarakatuh”… Maka pelayannya mengatakan padanya: Dia itu seorang Nasrani!… Lalu Uqbah pun beranjak dan mengikutinya hingga ia mendapatkannya, maka ia mengatakan: “Sesungguhnya rahmat dan berkah Allah itu untuk Kaum Mukminin, akan tetapi semoga Allah memanjangkan umurmu, dan memperbanyak harta dan anakmu” (HR. Bukhori dalam kitabnya Adabul Mufrod 1/430, dan dihasankan oleh Syeikh Albani)

Banyak ulama yg memberi batasan: bahwa orang kafir yg didoakan kebaikan, harus bukan dalam kategori kafir harbi (yakni kafir yg memerangi Kaum Muslimin)… Dan ini sangatlah tepat… Syeikh Albani -rahimahullah- mengatakan:

ولكن Ù„Ű§ ۚۯ ŰŁÙ† ÙŠÙ„Ű§Ű­Űž Ű§Ù„ŰŻŰ§Űčي ŰŁÙ† Ù„Ű§ يكون Ű§Ù„ÙƒŰ§ÙŰ± ŰčŰŻÙˆŰ§ً Ù„Ù„Ù…ŰłÙ„Ù…ÙŠÙ†

Akan tetapi, orang yg mendoakan kebaikan harus memperhatikan, bahawa orang kafir tersebut bukanlah musuh (perang) bagi Kaum Muslimin. (Ta’liq Kitab Adab Mufrod 1/430).

KETIGA: Mendoakan agar dosa mereka diampuni, setelah mereka mati dalam keadaan kafir.

Para ulama telah sepakat (Ijma’) bahawa hal ini diharamkan:

Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„Ù†ÙˆÙˆÙŠ Ű±Ű­Ù…Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ : ÙˆŰŁÙ…Ű§ Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Űčلى Ű§Ù„ÙƒŰ§ÙŰ± ÙˆŰ§Ù„ŰŻŰčۧۥ له ŰšŰ§Ù„Ù…ŰșÙŰ±Ű© ÙŰ­Ű±Ű§Ù… ŰšÙ†Ű” Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† ÙˆŰ§Ù„Ű„ŰŹÙ…Ű§Űč

Imam Nawawi -rahimahullah- mengatakan: “Adapun menyolati orang kafir, dan mendoakan agar diampuni dosanya, maka ini merupakan perbuatan haram, berdasarkan nas al-Quran dan Ijma’. (al-Majmu’ 5/120).

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ Ű§ŰšÙ† ŰȘÙŠÙ…ÙŠŰ© Ű±Ű­Ù…Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡: Ű„Ù† Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± Ù„Ù„ÙƒÙŰ§Ű± Ù„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ ŰšŰ§Ù„ÙƒŰȘۧۚ ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ†َّŰ© ÙˆŰ§Ù„Ű„ŰŹÙ…Ű§Űč

Ibnu Taimiyah -rahimahullah- juga mengatakan: Sesungguhnya memintakan maghfiroh untuk orang-orang kafir tidak dibolehkan, berdasarkan Al-Qur’an, Hadits, dan Ijma’. (Majmu’ul Fatawa 12/489)

Dan dalil paling tegas dalam masalah ini adalah firman Allah Ta’ala:

مَۧ كَŰ§Ù†َ لِلنَّŰšِيِّ وَŰ§Ù„َّ۰ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ŰŁَنْ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ لِلْمُŰŽْ۱ِكِينَ وَلَوْ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ ŰŁُولِي قُ۱ْŰšَى مِنْ ŰšَŰčْŰŻِ مَۧ ŰȘَŰšَيَّنَ لَهُمْ ŰŁَنَّهُمْ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَŰ­ِيمِ

Maksudnya, "Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) Jahim." (Surah at-Taubah ayat 113)

KEEMPAT: Mendoakan agar diampuni dosanya ketika mereka masih hidup.

Hal ini dibolehkan dengan Dalil hadits berikut:

قَŰ§Ù„َ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰšÙ† Ù…ŰłŰčÙˆŰŻ: كَŰŁَنِّي ŰŁَنْŰžُ۱ُ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَŰ­ْكِي نَŰšِيًّۧ مِنْ Ű§Ù„ْŰŁَنْŰšِيَۧۥِ ۶َ۱َŰšَهُ قَوْمُهُ فَŰŁَŰŻْمَوْهُ وَهُوَ يَمْŰłَŰ­ُ Ű§Ù„ŰŻَّمَ Űčَنْ وَŰŹْهِهِ وَيَقُولُ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِقَوْمِي فَŰ„ِنَّهُمْ لَۧ يَŰčْلَمُونَ

Abdullah bin Mas’ud mengatakan: “Seakan-akan aku sekarang melihat Nabi -Shallallahu Alaihi Wasallam- bercerita tentang seorang Nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga bercucur darah, dan ia mengusap darah tersebut dari wajahnya, tetapi ia tetap mengatakan: “Ya Allah, ampunilah kaumku, karena sesungguhnya mereka itu tidak tahu”. (HR. Bukhori 3477).

Memang Hadis ini tidak tegas mengatakan bahawa Nabi yang mendoakan ampunan tersebut adalah Nabi Muhammad –Shallallahu Alaihi Wasallam-… Namun ada riwayat lain yg tegas mengatakan bahawa doa tersebut juga diucapkan oleh Nabi kita Muhammad –Shallallahu Alaihi Wasallam– kepada kaumnya yg masih kafir:

Űčن ŰłÙ‡Ù„ ŰšÙ† ŰłŰčŰŻ Ù‚Ű§Ù„: ŰŽÙ‡ŰŻŰȘ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – Ű­ÙŠÙ† كُŰłِ۱ŰȘ ۱ۚۧŰčِيŰȘُهُ ÙˆŰŹُ۱ۭ ÙˆŰŹÙ‡Ù‡ وهُŰŽÙ…ŰȘ Ű§Ù„ŰšÙŠŰ¶Ű© Űčلى Ű±ŰŁŰłÙ‡، ÙˆŰ„Ù†ÙŠ Ù„ŰŁŰčŰ±Ù من يŰșŰłÙ„ Ű§Ù„ŰŻÙ… Űčن ÙˆŰŹÙ‡Ù‡، ومن ينقل Űčليه Ű§Ù„Ù…Ű§ŰĄ، ÙˆÙ…Ű§Ű°Ű§ ŰŹŰčل Űčلى ŰŹŰ±Ű­Ù‡ Ű­ŰȘى Ű±Ù‚ŰŁ Ű§Ù„ŰŻÙ…؛ ÙƒŰ§Ù†ŰȘ ÙŰ§Ű·Ù…Ű© ŰšÙ†ŰȘ Ù…Ű­Ù…ŰŻ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – له ŰȘŰșŰłÙ„ Ű§Ù„ŰŻÙ… Űčن ÙˆŰŹÙ‡Ù‡، وŰčلي- Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه- ينقل Ű§Ù„Ù…Ű§ŰĄ Ű„Ù„ÙŠÙ‡Ű§ في مِŰŹÙ†َّŰ©ٍ، ÙÙ„Ù…Ű§ ŰșŰłÙ„ŰȘ Ű§Ù„ŰŻÙ… Űčن ÙˆŰŹÙ‡ ŰŁŰšÙŠÙ‡Ű§ ŰŁŰ­Ű±Ù‚ŰȘ Ű­Ű”ÙŠŰ±Ű§ً، Ű­ŰȘى ۄ۰ۧ ۔ۧ۱ŰȘ Ű±Ù…Ű§ŰŻŰ§ً ۣ۟۰ŰȘ من Ű°Ù„Ùƒ Ű§Ù„Ű±Ù…Ű§ŰŻ، ÙÙˆŰ¶ŰčŰȘه Űčلى ÙˆŰŹÙ‡Ù‡ Ű­ŰȘى Ű±Ù‚ŰŁ Ű§Ù„ŰŻÙ…، Ű«Ù… Ù‚Ű§Ù„ ÙŠÙˆÙ…ŰŠŰ°: ۧێŰȘŰŻ Űș۶ۚ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčلى قوم ÙƒÙ„Ù…ÙˆŰ§ ÙˆŰŹÙ‡ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…. Ű«Ù… Ù…ÙƒŰ« ۳ۧŰčŰ©، Ű«Ù… Ù‚Ű§Ù„: Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù…! ۧŰșÙŰ± لقومي؛ ÙŰ„Ù†Ù‡Ù… Ù„Ű§ يŰčلمون

Sahal bin sa’ad mengatakan: Aku telah menyaksikan Nabi -Shallallahu Alaihi Wasallam- saat gigi serinya patah, wajahnya terluka, dan helm perang di kepalanya pecah… sungguh aku juga tahu siapa yg mencuci darah dari wajahnya, siapa yang mendatangkan air kepadanya, dan apa yang ditempatkan dilukanya hingga darahnya mampet… Adalah Fatimah puteri Muhammad utusan Allah yang mencuci darah dari wajah, dan Ali -radliallahu anhu- yang mendatangkan air dalam perisai… maka ketika Fatimah mencuci darah dari wajah ayahnya, dia membakar tikar, sehingga ketika telah menjadi abu, ia mengambil abu itu, lalu menaruhnya di wajah baginda, hingga darahnya mampet… ketika itu baginda mengatakan: “Telah memuncak kemurkaan Allah atas kaum yang melukai wajah Rasulullah”… lalu baginda diam sebentar, dan mengatakan: “Ya Allah ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka itu tidak tahu”. (HR. Tobaroni, dan Syeikh Albani dalam Silsilah Shohihah [7/531] mengatakan: Sanadnya Hasan atau Shohih).

Diantara dalil dalam masalah ini adalah Mafhum Mukholafah dari firman Allah berikut:

مَۧ كَŰ§Ù†َ لِلنَّŰšِيِّ وَŰ§Ù„َّ۰ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ŰŁَنْ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ لِلْمُŰŽْ۱ِكِينَ وَلَوْ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ ŰŁُولِي قُ۱ْŰšَى مِنْ ŰšَŰčْŰŻِ مَۧ ŰȘَŰšَيَّنَ لَهُمْ ŰŁَنَّهُمْ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَŰ­ِيمِ (*) وَمَۧ كَŰ§Ù†َ ۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱ُ Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيمَ لِŰŁَŰšِيهِ Ű„ِلَّۧ Űčَنْ مَوْŰčِŰŻَŰ©ٍ وَŰčَŰŻَهَۧ Ű„ِيَّŰ§Ù‡ُ فَلَمَّۧ ŰȘَŰšَيَّنَ لَهُ ŰŁَنَّهُ ŰčَŰŻُوٌّ لِلَّهِ ŰȘَŰšَ۱َّŰŁَ مِنْهُ Ű„ِنَّ Ű„ِŰšْ۱َŰ§Ù‡ِيمَ لَŰŁَوَّŰ§Ù‡ٌ Ű­َلِيمٌ

Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) jahim. Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. (Surah at-Taubah ayat 113-114)

Ayat ini mengaitkan “larangan memintakan ampun untuk Kaum Musyrikin”, dengan keadaan “sesudah jelas bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka”. Sehingga sebelum jelas menjadi penghuni neraka, boleh di mintakan ampun… Dan telah shohih dari Ibnu Abbas, bahawa maksud dari firman Allah yg ertinya: “Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah” adalah “setelah mati dalam keadaan kufur”. Sehingga sebelum kematiannya, masih boleh dimintakan ampun.

Berikut Atsar dari Ibnu Abbas tersebut:

Űčن ŰłŰčÙŠŰŻ ŰšÙ† ŰŹŰšÙŠŰ± Ù‚Ű§Ù„ : ŰȘوفى ŰŁŰšÙˆ Ű±ŰŹÙ„ ، ÙˆÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ‡ÙˆŰŻÙŠŰ§ ، فلم يŰȘŰšŰčه Ű§ŰšÙ†Ù‡ ، ÙŰ°ÙƒŰ± Ű°Ù„Ùƒ Ù„Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ ، ÙÙ‚Ű§Ù„ Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ : ÙˆÙ…Ű§ Űčليه، لو ŰșŰłÙ„Ù‡ ، ÙˆŰ§ŰȘŰšŰčه ، ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ± له Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† Ű­ÙŠŰ§… Ű«Ù… Ù‚Ű±ŰŁ Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ (ÙÙ„Ù…Ű§ ŰȘŰšÙŠÙ† له ŰŁÙ†Ù‡ ŰčŰŻÙˆ لله ŰȘۚ۱ۣ منه) * يقول : Ù„Ù…Ű§ Ù…Ű§ŰȘ Űčلى ÙƒÙŰ±Ù‡

Sa’id bin Jubair mengatakan: Ada salah seorang ayah meninggal, dan dia seorang Yahudi, sehingga putranya (yang muslim) tidak mengikuti (jenazah)nya, lalu hal itu diceritakan kepada Ibnu Abbas, maka beliau mengatakan: “Tidak sepatutnya ia melakukannya, (alangkah baiknya) apabila ia memandikannya, mengikuti (jenazah)nya, dan memintakan ampun baginya ketika masih hidup… kemudian Ibnu Abbas membaca ayat (yg artinya): “Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah, ia pun berlepas diri darinya”, maksudnya: “ketika ia mati dalam keadaan kafir”. (Mushonnaf Abdurrozzaq 6/39).

Dan kesimpulan bolehnya memintakan ampun bagi orang-orang kafir selama masih hidup ini, juga banyak dinyatakan oleh para ulama, diantaranya:

Imam At-Thobari –rohimahulloh-, beliau mengatakan dalam tafsirnya:

ÙˆÙ‚ŰŻ ŰȘŰŁÙˆÙ„ قوم قول Ű§Ù„Ù„Ù‡: {Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† Ù„Ù„Ù†ŰšÙŠ ÙˆŰ§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰąÙ…Ù†ÙˆŰ§ ŰŁÙ† ÙŠŰłŰȘŰșÙŰ±ÙˆŰ§ Ù„Ù„Ù…ŰŽŰ±ÙƒÙŠÙ† ولو ÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ ŰŁÙˆÙ„Ù‰ Ù‚Ű±ŰšÙ‰}… Ű§Ù„ŰąÙŠŰ©، ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù†Ù‡ÙŠ من Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčن Ű§Ù„Ű§ŰłŰȘŰșÙŰ§Ű± Ù„Ù„Ù…ŰŽŰ±ÙƒÙŠÙ† ŰšŰčŰŻ Ù…Ù…Ű§ŰȘهم، لقوله: {من ŰšŰčŰŻ Ù…Ű§ ŰȘŰšÙŠÙ† لهم ŰŁÙ†Ù‡Ù… ۣ۔ۭۧۚ Ű§Ù„ŰŹŰ­ÙŠÙ…} ÙˆÙ‚Ű§Ù„ÙˆŰ§: Ű°Ù„Ùƒ Ù„Ű§ يŰȘŰšÙŠÙ†Ù‡ ŰŁŰ­ŰŻ Ű„Ù„Ű§ ŰšŰŁÙ† يموŰȘ Űčلى ÙƒÙŰ±Ù‡، ÙˆŰŁÙ…Ű§ هو Ű­ÙŠ ÙÙ„Ű§ ŰłŰšÙŠÙ„ Ű„Ù„Ù‰ Űčلم Ű°Ù„Ùƒ، ÙÙ„Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†ÙŠÙ† ŰŁÙ† ÙŠŰłŰȘŰșÙŰ±ÙˆŰ§ لهم

Sekelompok ulama’ telah menafsiri firman Allah (yg ertinya): Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya)… -hingga akhir ayat-; bahawa larangan dari Allah untuk memintakan ampun bagi kaum musyrikin adalah setelah matinya mereka (dalam keadaan kafir), kerana firman-Nya (yg ertinya): “sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) jahim”. Mereka mengatakan: “alasannya, kerana tidak ada yg boleh memastikan (bahawa dia ahli neraka), kecuali setelah ia mati dalam kekafirannya, adapun saat ia masih hidup, maka tidak ada yang boleh mengetahui hal itu, sehingga dibolehkan bagi Kaum Mukminin untuk memintakan ampun bagi mereka. (Tafsir Thobari 12/26)

Dan inilah pendapat yg dipilih oleh beliau dalam tafsirnya. (lihat Tafsir Thobari 12/28)

Imam Al-Qurtubi juga mengatakan dalam tafsirnya:

وَقَŰŻْ قَŰ§Ù„َ كَŰ«ِÙŠŰ±ٌ مِنَ Ű§Ù„ْŰčُلَمَۧۥِ: لَۧ ŰšَŰŁْŰłَ ŰŁَنْ يَŰŻْŰčُوَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ لِŰŁَŰšَوَيْهِ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱َيْنِ وَيَŰłْŰȘَŰșْفِ۱َ لَهُمَۧ مَۧ ŰŻَŰ§Ù…َۧ Ű­َيَّيْنِ. فَŰŁَمَّۧ مَنْ مَۧŰȘَ فَقَŰŻِ Ű§Ù†ْقَŰ·َŰčَ Űčَنْهُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹَۧۥُ فَلَۧ يُŰŻْŰčَى لَهُ. قَŰ§Ù„َ ْۧۚنُ ŰčَŰšَّۧ۳ٍ: كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُونَ لِمَوْŰȘَŰ§Ù‡ُمْ فَنَŰČَلَŰȘْ فَŰŁَمْŰłَكُÙˆŰ§ Űčَنِ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱ِ وَلَمْ يَنْهَهُمْ ŰŁَنْ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ لِلْŰŁَŰ­ْيَۧۥِ Ű­َŰȘَّى يَمُوŰȘُÙˆŰ§

Banyak ulama mengatakan: "Tidak mengapa bagi seorang (muslim) mendoakan kedua orang tuanya yg kafir, dan memintakan ampun bagi keduanya selama mereka masih hidup. Adapun orang yg sudah meninggal, maka telah terputus harapan (untuk diampuni dosanya). Ibnu Abbas mengatakan: “Dahulu orang-orang memintakan ampun untuk orang-orang mati mereka, lalu turunlah ayat, maka mereka berhenti dari memintakan ampun. Namun mereka tidak dilarang untuk memintakan ampun bagi orang-orang yg masih hidup hingga mereka meninggal”. (Tafsir Qurtubi 10/400)

Inilah pendapat paling kuat dalam masalah ini, kerana bersandarkan dalil dari Al-Qur’an, Hadits, dan Perkataan Shahabat… Kerana banyak dari kalangan ulama, memilih pendapat ini… Namun ada dua hal yg perlu digaris bawahi di sini:

– Bahwa yg lebih afdhol adalah mendoakan orang yg kafir agar diberikan hidayah masuk Islam… Kerana inilah yang sering dilakukan oleh Nabi –Shallallahu Alaihi Wasallam-, dan inilah yg telah disepakati bolehnya oleh para ulama.

– Ampunan yg sempurna tidak akan diberikan kepada orang kafir, selama dia masih kafir… Sehingga erti dari doa meminta ampunan untuk mereka adalah: ampunan dari sebagian dosa selain kesyirikan dan kekafirannya, atau ampunan untuk semua dosanya dengan jalan diberi hidayah dahulu untuk masuk Islam.

Sekian… wallahu Ta’ala a’lam…

Monday, December 28, 2015

Halalkah Gaji Pekerja Islam Yang Menghidang Arak?

Soalan:

Adakah halal gaji pekerja hotel yang menghidangkan arak, daging yang haram, membenarkan permainan judi dan sebagainya? Apakah yang sepatutnya dilakukan?

Jawapan:

Saya memetik jawapan Sheikh Abdul Munsif Mahmud seorang ulama Universiti Al-Azhar apabila diajukan soalan yang sama, beliau menyatakan:

Wajib bagi orang tersebut meninggalkan pekerjaan itu sehinggalah dia tidak bertemu lagi dengan perkara-perkara mungkar yang boleh menyebabkan dirinya terjebak. Sekiranya tidak boleh berhenti maka ketika itu hendaklah dia menjaga agamanya dengan menjauhkan diri dari suasana begitu disamping mencuba mencari pekerjaan lain.

Berdasarkan hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, :

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya ada perkara yang meragukan (syubhat) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang berjaga-jaga dari yang syubhat maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya dan barangsiapa yang mengambil yang syubhat maka sesungguhnya (ia mungkin) telah melakukan yang haram…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)

Oleh yang demikian pekerja tersebut perlulah mencari kerja yang lain yang munasabah dengan kepakarannya dan yang sesuai dengannya. Firman Allah SWT (yang bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membuka baginya jalan keluar dan melimpahkan rezkinya dengan iada disangka-sangka”. (Surah al-Talaq 2 - 3)

Demikian juga saranan kepada pekerja yang terhalang bagi melakukan solat fardhu dan solat Jumaat untuk mengambil tindakan yang serupa.

Kenapa Timbulnya Hadis-hadis Palsu ?

Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.

Terdapat banyak buku yang menceritakan dengan panjang lebar tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu. Buku ini dikarang oleh para ulama sejak dahulu hingga kini. Namun saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sebuah buku yang ditulis oleh Abd. Fattah Abu Ghuddah yang bertajuk Lamahat Fi Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith. Sebahagian besar maklumat yang saya akan sebutkan seterusnya di sini diambil daripada buku ini.

Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan Hadis Palsu.

Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini adalah merupakan satu tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim:

Maksudnya: "Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah. (Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).

Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis?

Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak. (Lamahat Min Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith – Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 45 – cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah, Halab, Syria.)

Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta.

Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebab-sebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya saya sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadis al Maudhu’. Ianya adalah seperti berikut :

1- Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.

2- Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan.

3- Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu. (Golongan pertama, kedua dan ketiga ini memang wujud dari dulu hingga hari ini. Orang-orang yang soleh dan baik akhlaknya tidak semestinya alim dan berpengetahuan dalam bidang hadis. Begitu juga dengan orang-orang alim yang kurang mengingati hadis-hadis yang pernah dihafalnya satu ketika dahulu. Berhati-hati adalah satu kewajipan.)

4- Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka.

5- Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.

6- Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.

7- Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.

8- Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.

9- Golongan pengampu yang mencipta hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.

10-Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.

Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.

Sunday, December 27, 2015

Kisah Ukasyah Palsu.

Status Kisah Ukasyah Yang Ingin Memukul Nabi Sallallah Alaih Wasallam Sebelum Baginda Wafat

Saya sering kali ditanya tentang kisah Ukasyah yang kononnya ingin memukul Nabi sallallah alaih wasallam sebagai membalas balik (qisas) perbuatan Nabi sallallah alaih wasallam yang memukulnya. Saya lampirkan ceritanya seperti yang disebarkn dalam salah satu blog (walaupun kisahnya dalam hadis lebih panjang):

ABDULLAH bin Abbas bercerita: “Menjelang wafatnya Nabi saw, diperintahkannya Bilal unruk mengumandangkan azan. Para sahabat datang berduyun-duyun ke Masjid Nabawi memenuhi seruan azan itu, meskipun waktu solat belum tiba.

Nabi masuk ke dalam masjid dan melakukan solat sunat dua rakaat. Kemudian Baginda naik ke atas mimbar dan memulakan khutbahnya yang panjang. Baginda ucapkan puji-pujian kepada Allah Yang Maha Agung sehingga meniis air mata orang yang mengikutinya.

Kemudian, Baginda bersabda: “Ayyuhal Muslimun, aku adalah Nabi utusan Allah, pemberi nasihat dan pembawa kebenaran kepada kalian. Kedudukan aku diantara kalian bagaikan seorang saudara atau seorang ayah yang sangat kasih kepada anak-anaknya. Apabila ada diantara kalian yang merasa pernah dizalimi, ku harap dia mahu menuntutnya dariku di dunia ini sebelum datangnya tuntutan yang amat dasyat pada hari akhirat kelak.”

Berulang kali Nabi mengucapkan kata-katanya itu, tetapi tidak ada suara yang mahu menyahutnya. Siapa gerangan pengikut Nabi Muhammad yang merasa rela  menuntut Nabi saw. Semua sahabat diam termangu. Ada yang terisak-isak menangis menyaksikan ketulusan dan keadilan seorang pemimpin agung ini. Mereka tak dapat membayangkan betapa seorang pemimpin yang agung dan sudah berkorban segala-galanya demi umatnya, tiba-tiba pada akhir hayatnya dan dalam keadaan badan yang sudah lemah masih menegakkan keadilan seadil-adilnya meskipun terhadap dirinya sendiri.

Dalam suasana yang hening dan mencengkam seperti itu, tiba-tiba Akasyah bin Muhshin berdiri dan memecahkan kesunyian, “Aku ya Rasulullah yang akan mengajukan tuntutan padamu.”

Mendengar kata-kata Akasyah seperti itu, para sahabat yang duduk di sekitar Nabi merasa seakan-akan disambar petir yang maha dasyat. Mereka hairan. Kerongkong mereka tersumbat tidak dapat berbicara. Jantung mereka berdebar keras seperti ingin pecah. Suara tangis mereka saling bersahut-sahutan dengan suara tangis dinding-dinding Masjid Nabawi yang ikut menyaksikan peristiwa yang amat mendebarkan itu.

“Biarkan Akaasyah mengajukan tuntutannya padaku, “ kata Nabi menenangkannya hadirin. “Aku lebih bahagia apabila aku boleh menunaikannya di dunia ini sebelum tibanya hari Qiamat kelak. Wahai Akasyah, katakanlah apa yang pernah kulakukan terhadap dirimu sehingga engkau berhak membalas terhadap diriku.”

“Ya Rasulullah, peristiwa ini terjadi pada saat ghazwah Badar.” Kata Akasyah. “Waktu itu untaku berada di samping untamu. Aku turun dari untaku kerana ingin menghapirimu. Tiba-tiba Baginda angkat kayu penyebat unta Baginda dan kayu itu mengenai bahagian belakangku. Aku tidak tahu apakah Baginda lakukan itu dengan sengaja atau kerana ingin menyebat unta itu.”

“Wahai Akasyah, Rasul Allah tidak akan mungkin melakukan perbuatan seperti itu dengan sengaja. Tetapi bagaimanapun engkau mempunyai hak untuk membalasnya.” Jawab Rasulullah saw.

“Wahai Bilal, pergilah ke rumahFathimah puteriku dan ambil kayu itu di sana,” kata Rasulullah saw.

Bilal keluar dari masjid sambil menarik nafasnya panjang-panjang. Dia tidak tahu apa yang akan dikatakannya kepada puteri kesayangan Nabi saw. Fathimah pasti akan merasa terkejut sekali apabila diketahuinya bahawa ayah kesayangannya dituntut oleh salah seorang sahabatnya. Bukan menuntut harta, melainkan menuntut qisas denganmembalas sebatan nabi pada belakangnya. Itupun di saat-saat akhir hayatnya dan dalam keadaan badan Nabi yang sering sakit.

“Wahai Fathimah puteri Penghulu alam semesta,” kata Bilal setelah mengetuk pintu dan memberi salam kepada Fathimah. “Nabi meminta sebatang kayu yang dahulunya sering digunakannya untuk menyebat untanya.”

“Untuk apa wahai Bilal?” Tanya Fathimah ingin tahu.

“Nabi hendak memberikan kayu itu kepada seseorang yang mahu mengqisasnya (membalasnya),” jawab Bilal

“Wahai Bilal, apakah ada orang yang sanggup memukul Nabi dengan kayu itu?”

Tanpa menjawab, Bilal meninggaklkan rumah Fathimah sambil membawa kayu itu. Sesampainya di masjid, Bilal memberikan kayu itu kepada Rasulullah saw yang kemudiannya diberikan kepada Akasyah. Abu Bakar dan Umar menyaksikan kejadian itu dengan penuh keharuan. Mereka berkata: “Wahai Akasyah, kami mahu menjadi tebusan Nabi saw. Balaslah kami asal jangan engkau balas jasad Nabi saw.”

“Biarkanlah Akasyah wahai Abu Bakar dan Umar. Sungguh Allah Maha Tahu apa akan kedudukan kalian,” kata Nabi meyakinkan dua sahabat ini.

“Wahai Akasyah, jiwa ini tebusan untuk Nabi saw. Hatiku tidak dapat menerima apa yang akan engkau lakukan terhadap Nabi yang mulia ini. Ini belakangku dan tubuhku. Pukulllah aku dengan tanganmu dan sebatlah aku dengan segala kekuatannu,” kata Ali penuh kepiluan.

“Tidak Hai Ali,” kata Nabi. “Sungguh Allah Maha Tahu akan niat dan kedudukanmu.”

Hasan dan Husin, dua cucu Nabi yang sangat disayanginya kemudian berdiri dan berkata dengan suara pilu: “Wahai Akasyah, bukankah engkau tahu bahawa kami adalah cucu Rasulullah saw, darah dagingnya dan cahaya matanya. Mengambil qisas dari kami adalah sama dengan mengambil qisas dari Rasulullah saw.”

“Tidak hai Hasan dan Husin. Kalian adalah cahaya mata hatiku. Biarkanlah Akasyah melakukan apa yang ingin dilakukannya,” kata Nabi.

“Wahai Akasyah, pukullah aku apabila benar bahawa aku pernah memukulmu,” pinta Nabi kepada Akasyah.

Nabi membuka bajunya dan menelungkup bersiap sedia untuk diqisas oleh Akasyah. Para sahabat menangis penuh kesyahduan menyaksikan peristiwa itu. Tiba-tiba Akasyah membuang kayu yang digenggamnya, lalu memeluk dan meletakkan tubuhnya pada tubuh Rasulullah saw. Katanya: “Wahai junjunganku Rasulullah, jiwa ini adalah tebusanmu, hati siapa yang akan tergamak mengambil qisas darimu. Aku lakukan ini semata-mata berharap badan ini dapat bersentuhan dengan badanmu yang mulia. Dengannya kuharap Allah akan boleh memeliharaku dari sentuhan api neraka.”

Nabi kemudian bersabda: ‘Ketahuilah bahawa siapa yang ingin melihat penghuni syurga maka lihatlah Akasyah.”


Begitulah kisah yang disearkan di alam maya. Cerita ini sangat menyayat hati kita. Cuma kita perlu bertanya adakah ia sahih? Saya rasa biarlah ulama hadis yang menjawab tentang status hadis ini. Berikut ulasan ulama hadis terhadap kesahihan cerita ini:

1. Kata Ibn al-Jauzi (al-Mudhu'at, jld. 1, hlm. 301):

Ù‡Ű°Ű§ Ű­ŰŻÙŠŰ« Ù…ÙˆŰ¶ÙˆŰč Ù…Ű­Ű§Ù„ ÙƒŰ§ÙŰŁ Ű§Ù„Ù„Ù‡ من ÙˆŰ¶Űčه ÙˆÙ‚ŰšŰ­ من ÙŠŰŽÙŠÙ† Ű§Ù„ŰŽŰ±ÙŠŰčŰ© ŰšÙ…Ű«Ù„ Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„ŰȘŰźÙ„ÙŠŰ· Ű§Ù„ŰšŰ§Ű±ŰŻ ÙˆŰ§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… Ű§Ù„Ű°Ù‰ Ù„Ű§ يليق ŰšŰ§Ù„Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆÙ„Ű§ ŰšŰ§Ù„Ű”Ű­Ű§ŰšŰ©، ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰȘهم ŰšÙ‡ Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…Ù†Űčم ŰšÙ† Ű„ŰŻŰ±ÙŠŰł.

Hadis ini PALSU yang mustahil (berlaku). Moga Allah membalas kepada sesiapa yang mereka-rekanya dan (moga Allah) memburukkan sesiapa yang merosakkan Syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi sallallah alaih wasallam dan tidak layak bagi sahabat. Yang dituduh (memalsukan hadis ini) ialah Abdul Mun'im bin Idris.

2. Kata  al-Suyuti (al-Laali al-Masnu'ah, jld. 1, hlm. 257):
Ù…ÙˆŰ¶ÙˆŰč ŰąÙŰȘه Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…Ù†Űčم

Maksudnya: Hadis PALSU. Penyakitnya (pereka hadis ini) ialah Abdul Mun'im bin Idris.

3. Kata al-Haithami (Majma' al-Zawaid, jld. 8, hlm. 323):
Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„Ű·ŰšŰ±Ű§Ù†ÙŠ وفيه Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…Ù†Űčم ŰšÙ† Ű„ŰŻŰ±ÙŠŰł وهو ÙƒŰ°Ű§Űš ÙˆŰ¶Ű§Űč

Maksudnya: (Hadis ini) riwayat al-Tabarani dan padanya (sanadnya) terdapat Abdul Mun'im bin Idris. Beliau pendusta dan pereka hadis.

Justeru, berhentilah menyebarkan cerita palsu ini. Cintakan Nabi sallallah alaih wasallam menyebabkan kita menjaga nama baginda dan hadis baginda dari pembohongan. Wallahua'lam.

Abu Muaz Rozaimi Ramle