سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Harta
wakaf berupa sedekah jariah yang dilakukan oleh seorang mukmin akan
berkekalan jika harta atau sedekah tersebut berterusan dimanfaatkan oleh
orang ramai yang menggunakannya dari zaman kezaman. Alangkan
beruntungnya ada dikalangan sahabat Rasulullah SAW sehingga kini harta
wakafnya dimanfaatkan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
Khalifah Usman bin
Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya,
murah hati dan dermawan. Usman bin Affan juga mempunyai akaun di salah
sebuah bank di Saudi? Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama
beliau.
Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi itu?
Diriwayatkan pada zaman
Nabi Sallallahu ' Alaihi Wasallam, kota Madinah pernah mengalami
kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum
muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Mekah. Satu-satunya
sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi,
perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum
muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih
dari Yahudi tersebut.
Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian bersabda: "
Wahai sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya
untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat,
maka akan mendapat surga-Nya Allah Ta'ala" ( Hadis Riwayat Muslim) .
Usman bin Affan radhiyallahu ' anhu yang kemudian segera bertindak untuk membebaskan
perigi Raumah itu. Usman segera mendatangi Yahudi pemilik perigi dan
menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi. Walaupun
sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut
tetap menolak menjualnya, "Seandainya perigi ini saya jual kepadamu
wahai Usman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh
setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .
Usman bin Affan radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa untuk mengatasi penolakan Yahudi
ini .
"Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Usman meneruskan rundingan.
" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.
"Begini, jika engkau
setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi
ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi
milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain.
Bagaimana? " jelas Usman.
Yahudi itupun berfikir, "
... saya mendapat wang banyak dari Usman tanpa perlu kehilangan perigi
milikku ". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Usman tadi
dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Usman bin
Affan radhiyallahu ' anhu.
Usman pun segera
mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi
Raumah, sila mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana
hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar
penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari
kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Usman.
Keesokan hari Yahudi
mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah
masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Usman
dan berkata "Wahai Usman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga
sama seperti engkau membeli setengahnya semalam " . Usman setuju, lalu
Usman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Usman secara sepenuhnya.
Kemudian Usman bin
Affan radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi
Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik
lamanya.
Setelah perigi itu
diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian,
tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus
bertambah. Lalu Daulah Utsmaniyah memeliharanya hingga semakin
berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga
berjumlah 1550 pokok.
Jabatan Pertanian Saudi
telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaran dan separuh daripada
keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.
Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah
sebuah bank atas nama Usman bin Affan di bawah pengawasan jabatan
Pertanian.
![]() |
Begitulah seterusnya
sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah
dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik
berhampiran Masjid Nabawi.
Bangunan hotel itu sudah
hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan
mendapat keuntungan sekitar RS 50 juta setahun. Setengahnya untuk
anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan
ditabung di bank atas nama Usman bin Affan radhiyallahu anhu.
Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi.
Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.
Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda:
إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
"Apabila manusia
meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga
perkara: sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang
mendoakannya". [Hadis Riwayat Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ]
Dan disebutkan pada
hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda .
إن مما يلحق المؤمن من
عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره وولدا صالحا تركه ومصحفا ورثه أو
مسجدا بناه أو بيتا لابن السبيل بناه أو نهرا أجراه أو صدقة أخرجها من ماله
في صحته وحياته يلحقه من بعد موته
Maksudnya : "Sesungguhnya di antara
amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas
kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya,
anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang
dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang
dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya
diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah
dia meninggal dunia ".
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber zilzaal.blogspot.com
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber zilzaal.blogspot.com
No comments:
Post a Comment