Saturday, May 15, 2010

Sifat-sifat Munafiq Menurut Hadis Nabi s.a.w.

 Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafiq yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafiq sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” 
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Huraianya :

Sifat munafiq ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafiq ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang.


Seorang yang munafiq ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafiq:

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafiq yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

(Sumber diambil daripada : nurjeehan in Akhlak dan Adab, Aqidah, Hadis dan Pedoman, Hati, Kehidupan Sosial, Tafakur (Muhasabah).

Friday, May 14, 2010

Tujuh Ciri-ciri Penghuni Syurga Firdaus

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat balasan yang disediakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh. Setiap amal ibadah, amal soleh dan kerja-kerja kebajikan yang kita kerjakan hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. bukanlah mengharapkan ganjarannya. Ganjaran atau pahala memang telah disediakan oleh Allah s.w.t. tetapi sebagai hamba yang merendahkan diri kepada-Nya dengan rasa khusyuk semua amalan yang dilakukan hanya semata-mata mengharapkan redha dan rahmat-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Manusia akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk.

Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya).”
(Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .

Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman dan bertakwa pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.

Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni Syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Firdaus adalah nama Syurga yang pertama (paling atas sekali). Tujuh ciri-ciri dimiliki golongan ini yang di dinyatakan Allah s.w.t.di dalam al-Qur'an Surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11.

Tujuh ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Khusyuk dalam menunaikan solat.
Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Solat yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.

Kedua : Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna.
Seseorang yang benar-benar Mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah. Ia akan menggunakan sepenuh masa yang ada untuk mencari keredhaan Allah. Masa adalah kehidupan tidak berlalu masa itu melainkan telah habis sebahagiaan daripada kehidupannya. Oleh itu setiap saat masa berlalu akan dipenuhi dengan amal soleh dan kebaikan kerana setiap sesuatu itu akan ditanya oleh Allah s.w.t dihari akhirat nanti.

Ketiga : Menunaikan zakat.
Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.

Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

Keempat : Memelihara kehormatan
Orang Mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah sahaja.

Kelima : Melaksanakan amanah.
Seseorang Mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

Keenam : Memenuhi janji.
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.

Ketujuh : Memelihara solat.
Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Sahabat yang dihormati,
Sekirannya kita dapat melaksanakan tujuk ciri-ciri di atas dengan ikhlas, sabar dan istiqamah, insya Allah Syurga Firdaus akan dikurnaikan oleh Allah s.w.t. sebagaimana janji Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11.

Wednesday, May 12, 2010

Sikap Orang Mukmin Tidak Pernah Kecewa Walaupun di Uji

Sahabat yang dikasihi Allah,
Sikap orang Mukmin di dalam hidupnya ia tidak pernah kecewa, kerana segala pergantungan di dalam kehidupan hanyalah kepada Allah s.w.t.
Sebagai hamba Allah, dalam kehidupan di dunia manusia tidak akan luput dari berbagai cubaan, baik kesusahan maupun kesenangan, sebagai sunnatullah yang berlaku bagi setiap insan, yang beriman maupun kafir. Allah s.w.t. berfirman,

وَنَŰšْلُوكُمْ ŰšِŰ§Ù„ŰŽَّ۱ِّ وَŰ§Ù„ْŰźَيْ۱ِ فِŰȘْنَŰ©ً وَŰ„ِلَيْنَۧ ŰȘُ۱ْŰŹَŰčُونَ

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
(Surah Al Anbiya’ ayat 35)

Sahabat yang dimuliakan,
Ibnu Katsir (semoga Allah merahmatinya) berkata, “Makna ayat ini yaitu: Kami menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar, serta siapa yang bersabar dan siapa yang berputus asa.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/342, Cet Daru Thayyibah)

Kebahagiaan hidup dengan bertakwa kepada Allah :
Allah s.w.t. dengan ilmu-Nya yang Maha Tinggi dan Hikmah-Nya yang Maha Sempurna menurunkan syariat-Nya kepada manusia untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup mereka. Oleh kerena itu, hanya dengan berpegang teguh kepada agama-Nyalah seseorang boleh merasakan kebahagiaan hidup yang hakiki di dunia dan akhirat. Allah s.w.t. berfirman,

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ ۧ۳ْŰȘَŰŹِÙŠŰšُÙˆŰ§ لِلَّهِ وَلِÙ„Ű±َّŰłُولِ Ű„ِŰ°َۧ ŰŻَŰčَŰ§Ùƒُمْ لِمَۧ يُŰ­ْيِيكُمْ

“Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya yang mengajak kamu kepada suatu yang memberi (kemaslahatan) hidup bagimu.”
(Surah al-Anfaal ayat 24)

Ibnul Qayyim (semoga Allah merahmatinya) berkata, “Ayat ini menunjukkan bahwa kehidupan yang bermanfaat hanyalah didapatkan dengan memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Maka barangsiapa yang tidak memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya, maka dia tidak akan merasakan kehidupan (yang baik). Meskipun dia memiliki kehidupan (seperti) hewan yang juga dimiliki oleh binatang yang paling hina (sekalipun). Maka kehidupan baik yang hakiki adalah kehidupan seorang yang memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya secara lahir maupun batin.”
(Kitab Al Fawa-id, hal. 121, Cet. Muassasatu Ummil Qura’)

Inilah yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam banyak ayat al-Qur’an, di antaranya firman-Nya,

مَنْ Űčَمِلَ Ű”َŰ§Ù„ًِۭۧ مِنْ Ű°َكَ۱ٍ ŰŁَوْ ŰŁُنْŰ«َى وَهُوَ مُŰ€ْمِنٌ فَلَنُŰ­ْيِيَنَّهُ Ű­َيَۧ۩ً Ű·َيِّŰšَŰ©ً وَلَنَŰŹْŰČِيَنَّهُمْ ŰŁَŰŹْ۱َهُمْ ŰšِŰŁَŰ­ْŰłَنِ مَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْمَلُونَ

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (di dunia), dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka (di akhirat) dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah ِAn Nahl ayat 97)

Dalam ayat lain, Allah s.w.t. berfirman,

وَŰŁَنِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُمَŰȘِّŰčْكُمْ مَŰȘَۧŰčًۧ Ű­َŰłَÙ†Ű§ً Ű„ِلَى ŰŁَŰŹَلٍ مُŰłَمّىً وَيُŰ€ْŰȘِ كُلَّ Ű°ِي فَ۶ْلٍ فَ۶ْلَهُ

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Rabbmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu (di dunia) sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya (di akhirat nanti)” 
(Surah Huud ayat 3)

Dalam menghuraikan maksud ayat-ayat di atas, Ibnul Qayyim mengatakan, “Dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t. menyebutkan bahwa Dia akan memberikan balasan kebaikan bagi orang yang berbuat kebaikan dengan dua balasan: balasan (kebaikan) di dunia dan balasan (kebaikan) di akhirat.”
(Al Waabilush Shayyib, hal. 67, Cet. Darul Kitaabil ‘Arabi)

Oleh karena itulah, Rasulullah s.a.w. menggambarkan ibadah solat, yang dirasakan sangat berat oleh orang-orang munafik, sebagai sumber kesejukan dan kesenangan hati, dalam sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

ÙˆŰŹŰčلŰȘ Ù‚Ű±Ű© Űčيني في Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű©

“Dan Allah menjadikan qurratul ‘ain bagiku pada (waktu aku melaksanakan) solat.” 
(Hadis Riwayat. Ahmad 3/128, An Nasa’i 7/61 dan imam-imam lainnya, dari Anas bin Malik, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jaami’ish Shagiir, hal. 544)

Makna qurratul ‘ain adalah sesuatu yang menyejukkan dan menyenangkan hati. (Lihat Fatul Qadiir, Asy Syaukaani, 4/129)

Sunday, May 9, 2010

Hikmah Cubaan daripada Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Setiap kesusahan dan musibah yang dihadapi oleh manusia adalah sesuatu yang mempunyai hikmah dan kebaikan di sisi Allah s.w.t. Sekiranya seorang Mukmin dalam kehidupan di dunia, yaitu dengan dia merenungkan dan menghayati hikmah-hikmah agung yang Allah s.w.t. jadikan dalam setiap ketentuan yang berlaku keatas hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa.

Kerana dengan merenungkan hikmah-hikmah tersebut dengan seksama, seorang Mukmin akan mengetahui dengan yakin bahwa semua cobaan yang menimpanya pada hakikatnya adalah justru untuk kebaikan bagi dirinya, dalam rangka menyempurnakan keimanannya dan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

Semua ini di samping akan semakin menguatkan kesabarannya, juga akan membuatnya selalu bersikap husnuzh zhann (berbaik sangka) kepada Allah  dalam semua musibah dan cobaan yang menimpanya. Dengan sikap ini Allah  akan semakin melipatgandakan balasan kebaikan baginya, kerena Allah akan memperlakukan seorang hamba sesuai dengan persangkaan hamba tersebut kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam sebuah hadits qudsi:

“Aku (akan memperlakukan hamba-Ku) sesuai dengan persangkaannya kepadaku.”
(Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Makna hadis ini: Allah akan memperlakukan seorang hamba sesuai dengan persangkaan hamba tersebut kepada-Nya, dan Dia akan berbuat pada hamba-Nya sesuai dengan harapan baik atau buruk dari hamba tersebut, maka hendaknya hamba tersebut selalu menjadikan baik persangkaan dan harapannya kepada Allah s.w.t.

Di antara hikmah-hikmah yang agung tersebut adalah:

[Pertama]
Allah s.w.t. menjadikan musibah dan cobaan tersebut sebagai ubat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya, yang kalau seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan celaka (kerena dosa-dosanya), atau paling kurang berkurang pahala dan derajatnya di sisi Allah s.w.t.. Oleh kerena itu, musibah dan cobaanlah yang membersihkan penyakit-penyakit itu, sehingga hamba tersebut akan meraih pahala yang sempurna dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Orang yang paling banyak mendapatkan ujian/cobaan (di jalan Allah) adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan) dan orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan), (setiap) orang akan diuji sesuai dengan (kuat/lemahnya) agama (iman)nya, kalau agamanya kuat maka ujiannya pun akan (makin) besar, kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan (kelemahan) agamanya, dan akan terus-menerus ujian itu (Allah) timpakan kepada seorang hamba sampai (akhirnya) hamba tersebut berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak punya dosa (sedikitpun)”
(Hadis Riwayat At Tirmidzi , Ibnu Majah , Ibnu Hibban , Al Hakim  dan lain-lain, disahihkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Adz Dzahabi dan Syaikh Al Albani dalam Silsilatul Ahaadits Ash Shahihah,)

[Kedua]
Allah s.w.t. menjadikan musibah dan cobaan tersebut sebagai sebab untuk menyempurnakan penghambaan diri dan ketundukan seorang mukmin kepada-Nya, karena Allah s.w.t. mencintai hamba-Nya yang selalu taat beribadah kepada-Nya dalam semua keadaan, susah maupun senang.

Inilah makna sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : “Alangkah mengagumkan keadaan seorang mukmin, karena semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

[Ketiga]
Allah s.w.t. menjadikan musibah dan cobaan di dunia sebagai sebab untuk menyempurnakan keimanan seorang hamba terhadap kenikmatan sempurna yang Allah s.w.t. sediakan bagi hamba-Nya yang bertakwa di Syurga kelak. Inilah keistimewaan Syurga yang menjadikannya sangat jauh berbeda dengan keadaan dunia, kerena Allah menjadikan Syurga-Nya sebagai negeri yang penuh kenikmatan yang kekal abadi, serta tidak ada kesusahan dan penderitaan padanya selamanya. Sehingga kalau seandainya seorang hamba terus-menerus merasakan kesenangan di dunia, maka tidak ada artinya keistimewaan Syurga tersebut, dan dikhawatirkan hamba tersebut hatinya akan terikat kepada dunia, sehingga lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan.” 
(Hadis Sahih Riwayat  Al Bukhari)

Hikmah Musibah dan Bencana

Sahabat yang dimuliakan,
Musibah dan bencana sering berlaku di dunia ini, kadangkala Allah s.w.t mendatangkan musibah secara berturut-turut. Dari tinjauan Islam,musibah apapun yang berupa bencana alam atau akibat kelalaian manusia, segala yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.

Betapa berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Suka atau tidak kehidupan harus terus berjalan. Oleh sebab itu pastilah ada hikmah yang dapat diambil dari berbagai kejadian yang menimpa, karena Dia yang Maha Adil dan Penyayang pasti tidak akan berbuat aniaya.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata :
“Andaikata kita boleh menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusanNya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekedar gambaran ini.”

Diantara beberapa hikmah yang boleh saya kutip diantaranya :
Pertama : Sabar adalah sifat terpuji untuk menghadapi kesulitan dan kesusahan.

 Allah berfirman yang maksudnya :
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar,(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi rojiun (Sesungguhnya semua berasal daripasa Allah dan akan kembali kepada-Nya). Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah .Al-Baqarah ayat 155-157)

Kedua : Menghapuskan dosa dan kesalahan.
Allah berfirman yang maksudnya :
“Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(Surah Asy-Syura ayat 30)

Daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id r.a,  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga : Dicatat sebagai kebaikan dan derajat ditinggikan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Tidaklah seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu,melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”
(Hadis Riwayat .Muslim)

Keempat : Jalan menuju Syurga.
 Daripada  Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan Neraka itu dikelilingi dengan berbagai macam syahwat.”
 (Hadis Riwayat. Bukhari dan Muslim)

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadist qudsi yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu balasan (yang lebih pantas di sisiKu bagi hambaKu yang beriman, jika Aku telah mencabut nyawa kesayangannya dari penduduk dunia kemudian dia bersabar atas kehilangan orang kesayanagnnya itu, melainkan Syurga.”
 (Hadis Riwayat. Bukhari)

Kelima : Membawa keselamatan dari api neraka.
“Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”
(Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Mengembalikan hamba kepada Rabb-nya dan mengingat kelalaiannya.
Allah s.w.t.  berfirman yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.”
 (Surah .Al-An’am ayat 42)

Ketujuh : Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada.
Seorang penyair berkata : "Seseorang tidak mengenali tanda-tanda sehat selagi dia belum tertimpa sakit".

Kelapan : Mengingat keadaan saudara-saudaramu yang ditimpa musibah.
Maka diantara hikmah Allah, Dia menimpakan cobaan berupa penyakit dan penderitaan kepada orang Mukmin pada waktu-waktu tertentu, agar dia mengingat saudara-saudaranya yang ditimpa kesulitan, sehingga tergugah untuk membantunya.

Kesembilan : Mensucikan hati.
Ibnu Qayyim berkata : “Hati dan roh boleh mengambil manfaat dari penderitaan dan penyakit yang merupakan urusan yang tidak boleh dirasakan kecuali jika di dalamnya ada kehidupan. Kebersihan hati dan roh bergantung kepada penderitaan badan dan kesulitannya.”
 (Tuhfatul Mariidh hal 25)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Cobaan dan ujian merupakan nikmat. Krena hikmah dari berbagai cobaan,orang – orang soleh justru gembira sekiranya mendapat cobaan seperti telah mendapat kesenangan. Rasulullah s.a.w  menyebutkan bahwa para Nabi telah ditimpa cobaan berupa penyakit, kemiskinan dan yang lainnya kemudian beliau bersabda:

“…Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira karena mendapat cobaan, sebagaimana salah seorang merasa gembira karena telah mendapatkan kelapangan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Akhirkata perlulah sama-sama kita berbaik sangka kepada Allah dan redha di atas Qada' dan Qadar sekiranya Allah s.w.t. menguji kita jadikanlah sabar dan solat itu penolong kita.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”.
 (Surah Al-Baqarah ayat 45-46)