Saturday, October 19, 2013

Sekufu Dalam Islam

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya."

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir." Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.

Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali. 

Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.

Jelas di sini,  bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan

Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah SAW. bersabda: "Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu". (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Sahabat yang dimuliakan,
Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". 

Pada zaman Rasulullah SAW. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. 

Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah SWT. berfirman maksudnya:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (Surah an-Nur ayat 26)

Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah SAW. berpesan kepada Saidina Ali bin Abi Talib k.wj, "Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya". (Hadis Riwayat Tirmizi) .

Menyedari kepentingan sekufu ini, adalah di sarankan kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.

Rasulullah SAW. pernah bersabda (maksudnya) : "Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi."

Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah SAW. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.

Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah SAW mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Saidina Ali bin Abi Talib, "Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah." Lalu Ali menemui Rasulullah SAW. untuk meminang puterinya, Fatimah. 

Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah SAW.: "Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, "Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah SAW". Rasul menjawab: "Marhaban Wa Ahlan". dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban."

Sahabat yang dikasihi,
Daripada peristiwa dan huraian-huraian di atas jelaslah bahawa  sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh. Sekufu yang paling penting di utamakan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat sebelum berkahwin adalah sekufu darisegi agama (akhlak yang baik). Seorang lelaki yang beriman dan bertakwa dan sentiasa solat berjemaah di masjid walaupun bergaji sederhana adalah lebih baik daripada seorang ahli perniagaan yang hidup bermandikan kemewahan tetapi tidak solat dan jarang pergi ke masjid. Kemewahan harta yang di cari akhirnya akan menjadi fitnah apabila niatnya bukan mencari keredaan Allah SWT.


Soal Jawab Agama Siri 101 (Hukum Arak, Air Mustakmal, Pinjaman Bank Untuk Majlis Perkahwinan, Solat Jamak Dan Ukhwah Islamiah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 101 adalah membicarakan persoalan hukum terlibat dengan arak, air mustakmal boleh digunakan untuk berwuduk, pinjaman dengan bank untuk belanja perkahwinan, solat jamak ketika bukan musafir dan ciri-ciri untuk melahirkan ukhwan Islamiah.

786. Soalan :  Saya sering di tugaskn membuat pengiring rapat kepada vip . Apabila di tugaskn membawa vip yang non muslim mereka ini kadang kala memesan dan meminum minuman keras . Apa kah hukum saya yang menjalankn mengiringi vip seperti ini ? Setahu saya mereka yang menjual, membawa, menuang dan lain-lain lagi semuanya dapat 'saham' yang sama . Adakah saya turut termasuk dalam golongan tersebut ? Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan :

Berkerja mengiring VIP tak salah tetapi bersyubahat dengan perkara haram tidak dibenarkan kerana memang terdapat hadis yg sahih mereka yg termasuk 10 golongan bersangkut paut dengan arak akan mendapat dosa yg sama. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)

Allah SWT Melaknat Sepuluh Golongan Yang Terlibat Dengan Arak :

” Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

1. orang yang memerah arak

2. orang yang diminta arak diperah untuknya

3. orang yang meminumnya

4. orang yang membawanya

5. orang yang meminta dibawa arak kepadanya

6. orang yang memberi minum arak kepada orang lain

7. orang yang menjual arak

8. orang yang mendapat hasil daripada arak

9. orang yang membeli arak

10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya “

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Huraian Hadis :

i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

ii) Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat

 Jika saudara tidak boleh elakkan dalam melakukan perkara yg haram maka lebih baik mencari bidang kerja yg lain kerana rezeki Allah SWT ada dimana-mana dan yakin dan bertawakallah bahawa Dia akan menolong para hamba-Nya yg berusaha mencari rezeki yg halal. Rezeki daripada sumber yg haram atau syubahat tidak akan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan . Muka bumi ini luas dan carilah kurniaan Allah di mana-mana saja kerana kehidupan kita bukan saja di dunia tetapi kehidupan kita yang kekal abadi adalah di akhirat.

787. Soalan : Adakah air mustakmal boleh digunakan untuk mengambil wuduk? Adakah air titisan daripada tangan kita apabil terjatuh ke dalam air mutlak dalam satu baldi (tidak sampai dua kolah) boleh menjadikan air tersebut air mustakmal? 

Jawapan :


Nabi SAW tidak mengharamkan penggunaan air mustakmal untuk berwuduk.

Terdapat beberapa riwayat yang sabit daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa air mustakmal itu adalah suci dan boleh digunakan untuk berwuduk.

Telah diriwayatkan dari Humran (hamba abdi ‘Uthman), bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan minta dibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air dari bejana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihat Rasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…” 
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari no: 164.)

Dari hadis ini jelas kita melihat bahawa ‘Uthman al-Affan radhiallahu 'anh telah mencelup tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air dan terus menggunakan air tersebut untuk membasuh anggota wuduk yang lain. Sekiranya air mustakmal itu tidak suci untuk berwuduk pasti dia akan menyuruh Humran untuk menggantikan air di dalam bejana tersebut kerana ianya tidak sah lagi untuk digunakan untuk berwuduk. Lantas ‘Uthman radhiallahu 'anh mensabitkan perbuatannya kepada ajaran Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Rubaiyi’ binti Mu’awwidz mengkhabarkan bahawa dia melihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berwuduk. Katanya: “Baginda menyapukan kepalanya dengan air yang tersisa dari kedua belah tangannya.” (Hadis Riwayat Imam Abu Dawud no: 110).

Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam membasuh kepalanya dengan lebihan air yang ada ditangannya tanpa mengambil sumber air yang baru. Jika air mustakmal itu tidak menyucikan tentu baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan mengambil air yang baru untuk menyapu kepalanya.

Dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: "Aku pernah mandi janabah bersama Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari satu bejana dan tangan kami bergiliran memasuki bejana itu. - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari no: 261).

Ukuran jumlah air dalam bejana ini diterangkan oleh ‘Aisyah radhiallahu 'anha melalui sebuah riwayat lagi.

Daripada ‘Aisyah dia berkata: Aku mandi bersama Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari satu bejana dari sebuah bejana yang disebut al-Faraq. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari no: 250).

Ulama berbeza pendapat tentang ukuran al-Faraq. Ada yang menyatakan ianya 16 rithil atau 3 sha’ (lebih kurang 6.5kg atau 8.25 liter) air dan lain-lain. Apa pun jua ukuran tersebut ianya tetap kurang dari ukuran dua kolah. Apa yang jelas bagi kita Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mandi wajib bersama ‘Aisyah dan mereka berdua telah mencelupkan tangan mereka ke dalam bejana atau al-Faraq tersebut tanpa menggantikannya dengan air yang baru. Ini menunjukkan air mustakmal tetap suci untuk digunakan untuk bersuci.

Apa yang dapat kita simpulkan dari riwayat-riwayat di atas adalah air mustakmal itu suci lagi menyucikan tanpa timbulnya keraguan. Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

"Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikan sebagaimana halnya air mutlak tanpa berbeza sedikitpun. Hal itu adalah disebabkan asalnya yang suci, sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yang mengeluarkannya dari kesucian itu. - Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Jilid 1, ms. 36"

788. Soalan : Apakah hukumnya menggunakan wang pinjaman bank untuk di gunakan dalam majlis perkahwinan kerana wang hantaran dan belanja jamuan perkahwinan terlalu mahal sekarang ini.Minta penjelasan ustaz.

Jawapan :

Pasangan yang ingin berkahwin dengan membuat pinjaman bank untuk perbelanjaan perkahwinan mereka kurang keberkatannya, kerana duit dari hasil hutang, sedikit sebanyak akan tersangkut dengan riba bank, apabila wang perkahwinan bukan dari sumber titik peluh sendiri, maka kurang rasa kesusahan dan kenikmatannya apabila memiliki seorang isteri. Biar susah mengumpulkan duit untuk berkahwin, apabila dapat isteri dengan titik peluh empat kederat sendiri, kita akan rasa satu kepuasa dan kenikmatannya, kerana isteri yang diidamkan selama ini dapat dengan penat lelah sendiri.

Sebenarnya boleh buat pinjaman bank untuk perbelanjaan kahwin tetapi pastikan pinjaman tersebut dibuat cara Islam bukannya pinjaman secara konvesional (riba) jika tidak berkemampuan setelah berusaha, memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi juga, kerana gaji bulanan sangat kecil. Maka bolehlah untuk buat pinjaman perbelanjaan kahwinnya. Elakkan tunggakkan hutang kahwin tidak berbayar, kerana dikuatiri perkahwinannya tidak berkat dan menghadapi masalah dihari akan datang nanti. Perbelanjaan kahwin ini biarlah dari sumber rezeki yang halal dan berkat, kerana hal ini mempengaruhi perkahwinan dan zuriatnya. Apabila rezeki yang halal digunakan sebagai perbelanjaan kahwinnya, maka Allah akan menurunkan keberkatan kepadanya dan keluarganya, Allah SWT akan sentiasa memelihara keluarganya dari perkara-perkara maksiat dan dosa.

Kenduri kahwin yang berlebihan akan berlakunya pembaziran dan kelalaian dan jauh dari apa yang dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat sekarang berbangga dengan dirinya apabila melaksanakan kenduri besar, kenduri yang hebat, ada lagu, ada DJ, ada persandingan, ada persembahan silat dan banyak lagi. Cuba fikir, sebenarnya kenduri kahwin ini hendak mencari keberkatan atau hendak mencari kemegahan? Jika hendak mencari keberkatan, biarlah kenduri itu dihiasi dengan perkara-perkara yang berlandaskan dengan syarak Islam. Jangan adakan persandingan, jika adapun biarlah bersanding dihadapan keluarga sahaja atau ditempat yang tertutup, bukan untuk ditunjukkan kepada tetamu yang datang. Pakaian penganting mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan bukan muhrim, kerana perkara yang haram tetap haram dan perkara yang halal tetap halal. Jangan memasang lagu-lagu yang laqa (lalai) atau berunsurkan cinta dunia, lagu Hindustan, lagu melayu dan sebagainya, kerana malaikat tidak datang ke kenduri yang memasang lagu-lagu lalai untuk memberikan rahmat. Boleh untuk berlagu, tetapi biarlah lagu-lagu nasyid, selawat dan bacaan Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).

Carilah keberkatan dalam perkahwinan kita semua, kerana keberkatan itulah yang akan membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia, biarlah perkahwinan berlandaskan kepada syariat Islam, alam berumahtangga memerlukan orang yang menghayati Islam untuk membimbing keluarganya kearah yang dikehendaki oleh Islam. Keluarga bahagia ini mestilah berlandaskan Islam dalam semua amalan rumahtangga mereka.

789. Soalan : Saya pernah terbaca satu artikel..boleh di jamak solat Zuhur dan Asar walaupun bukan musafir...tapi dalam keadaan yang merumitkan kita untuk solat pada waktu..( jem di highway ). tapi tidak boleh di qasar kecuali musafir. Mohon ustaz beri pencerahan masalah ini.

Jawapan :

Nabi SAW pernah solat jamak bukan kerana musafir, tetapi baginda tidak kerap melakukannya hanya sekali sekali sekala saja, menunaikan solat Jamak ia didasarkan kepada hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas r.a,

Ű”َلَّى ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű§Ù„Űžُّهْ۱َ وَŰ§Ù„ْŰčَŰ”ْ۱َ ŰŹَمِيŰčًۧ وَŰ§Ù„ْمَŰșْ۱ِŰšَ وَŰ§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥَ ŰŹَمِيŰčًۧ فِي Űșَيْ۱ِ Űźَوْفٍ وَلَۧ Űłَفَ۱ٍ


Maksudnya: Rasulullah SAW telah menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak bukan dalam situasi takut (di medan perang dan lain-lain) dan tidak juga di dalam musafir.

Tatkala Ibnu Abbas ditanya alasan Rasulullah SAW melakukan demikian, Ibnu Abbas menjawab, “Dia tidak mahu ada seorang pun dari kalangan ummatnya yang merasa susah”.

Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Ibn Mas’ud menambah dalam laporannya,
Aku (Rasulullah) berbuat demikian supaya umatku tidak berada didalam kesulitan.

Zahir hadis di atas menunjukkan Rasulullah SAW pernah melakukan solat jamak selain dalam musafir dan keadaan takut. Zahir hadis juga menunjukkan solat dijamak sahaja tanpa diqasarkan. 

Jika solat boleh dijamakkan walaupun mempunyai sebab yang kecil, maka keharusan menjamakkan solat semasa sakit kuat adalah lebih utama.

Ibnu Qudamah al-Hanbali menjelaskan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

“Maksudnya: Kami telah sepakat bahawa jamak dua solat tidak dibolehkan tanpa ada suatu halangan.”
Pendapat Ibnu Qudamah adalah relevan dikaitkan dengan keharusan solat jamak bagi pesakit sebagaimana yang dijelaskan dibawah ini. Situasi yang dihadapi oleh pesakit merupakan halangan yang diiktiraf syarak. Oleh sebab itu mereka juga diharuskan menjamakkan dua solat bila mengalami sakit berat. 

Ulama yang mengharuskan pesakit solat jamak ialah mazhab Maliki dan mazhab Hanbali.

Imam Ahmad menafsirkan hadis Ibnu Abbas sebagai rukhsah bagi pesakit . Imam Ahmad juga memberi alasan lojik yakni jika musafir dibenarkan solat jamak, maka keadaan pesakit adalah lebih berat dari musafir. Oleh sebab itu keperluan mereka kepada solat jamak adalah lebih besar. Apa yang berbeza ialah pesakit hanya boleh menjamakkan dua waktu solat tanpa memendekkannya.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah fikah yang berbunyi,

َۧلْمُŰŽَقَّŰ©ُ ŰȘَŰŹْلِŰšُ Ű§Ù„ŰȘَّيْŰłِيْ۱ُ

Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan.

Maksudnya dalam konteks pesakit berusaha menunaikan solat, kesukaran yang dihadapi mengharuskan mereka menunaikan solat jamak. Tambahan pula Nabi SAW pernah menunaikan solat jamak selain waktu musafir dan selain dalam keadaan takut. Pengertian yang terkandung dalam hadis tersebut agak umum serta tidak diperincikan kepada masalah tertentu sahaja, maka harus beramal dengan hadis tersebut dalam masalah ini.

Contoh situasi pesakit yang dibenarkan solat jamak ialah;

1. Pesakit yang merasa sukar untuk bangun membersihkan diri serta bersuci setiap kali masuk waktu solat.

2. Pesakit yang bimbang tidak sedarkan diri sebelum masuk waktu solat berikutnya.

3. Pesakit yang mengetahui akan dibedah dalam tempoh dua waktu solat yang boleh dijamakkan, maka hendaklah ditunaikan solat Jamak Taqdim. Solat tidak boleh dilewatkan sehingga habis waktunya. Ini berlaku bagi pembedahan pada waktu Zohor dan Asar. 

4. Jika waktu pembedahan berlanjutan hingga Magrhrib dan Isyak, pesakit diharuskan melakukan solat Jamak Takhir bagi waktu Maghrib dan Isyak.

5. Pesakit yang tidak mampu membersihkan diri dan bersuci serta terpaksa dibantu oleh orang lain. Contoh pesakit angin ahmar.

Melalui keterangan di atas, boleh difahami jika seseorang itu hanya demam selsema, sakit bisul, pening kepala dan lain-lain sakit yang ringan, mereka tidak layak mengambil rukhsah solat Jamak. Selain daripada sakit ulama menyatakan jika kita terperangkap dengan jam dijalan raya dibolehkan atau ada pepereksaan yg tak boleh keluar untuk solat.

Solat jamak yg di bolehkan selain daripada musafir adalah kita lihat keperluan yg terdesak ianya tidak boleh dijadikan sebagai kebiasan kerana setiap waktu solat yg 5 waktu ada waktu-waktu yg ditetapkan waktunya.

790. Soalan : Islam menggalakkan umatnya saling berkasih sayanag dan membina ukhwah Islamiah. Bolehkan ustaz jelaskan apakah ciri-ciri yang boleh melahirkan kasih sayang dan membina ukhwah Islamiah?

Jawapan :

Terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah, dan sekiranya umat Islam berpegang dengannya dan melaksanakan di dalam kehidupan mereka nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama kita.

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

1. Nyatakan rasa kasihmu pada saudaramu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

2. Minta supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, "Saya minta izin kepada baginda SAW  untuk mengerjakan umrah." Baginda SAW membenarkan dan berpesan, "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa kesemasa (satu tempuh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang).

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di syurga."

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkan kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakan, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."

7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)

8.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).


Friday, October 18, 2013

Tafsir Surah Yasin Ayat 14-20

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

Ű„ِŰ°ْ ŰŁَ۱ْŰłَلْنَۧ Ű„ِلَيْهِمُ ْۧ۫نَيْنِ فَكَŰ°َّŰšُوهُمَۧ فَŰčَŰČَّŰČْنَۧ ŰšِŰ«َŰ§Ù„ِŰ«ٍ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű„ِنَّۧ Ű„ِلَيْكُمْ مُ۱ْŰłَلُونَ (14) 

Maksudnya : "(iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata:` Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu". (QS. 36:14)

Oleh kerana kedua utusan itu tidak berhasil melaksanakan misinya, dikirim lagi seorang yang bernama Syam'un dengan tugas yang sama. Risalah yang mereka bawa adalah supaya penduduk Antakiyah (di zama Nabi Isa a.s) itu mahu membersihkan dirinya dari perbuatan syirik, supaya mereka melepaskan (membuang) segala bentuk sesembahannya, dan kemudian kembali kepada ajaran tauhid. 

Tafsir  Jalalain dalam Surah Yasin ayat 14  :

Ű„ِŰ°ْ ŰŁَ۱ْŰłَلْنَۧ Ű„ِلَيْهِمُ ْۧ۫نَيْنِ فَكَŰ°َّŰšُوهُمَۧ فَŰčَŰČَّŰČْنَۧ ŰšِŰ«َŰ§Ù„ِŰ«ٍ فَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű„ِنَّۧ Ű„ِلَيْكُمْ مُ۱ْŰłَلُونَ (14) 

(Yaitu ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya) ayat ini seluruhnya berkedudukan sebagai Badal dari lafal Idz yang pertama (kemudian Kami kuatkan) kedua utusan itu; lafal ayat ini dapat dibaca Takhfif sehingga bunyinya menjadi Fa'azaznaa dapat pula dibaca Tasydid, sehingga bunyinya menjadi Fa'azzaznaa (dengan -utusan- yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata, "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepada kalian.")

قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ مَۧ ŰŁَنْŰȘُمْ Ű„ِلَّۧ ŰšَŰŽَ۱ٌ مِŰ«ْلُنَۧ وَمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنُ مِنْ ŰŽَيْŰĄٍ Ű„ِنْ ŰŁَنْŰȘُمْ Ű„ِلَّۧ ŰȘَكْŰ°ِŰšُونَ (15) 

Maksudnya : "Mereka menjawab:` Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka `.(QS. 36:15)

Kemudian disebutkan alasan pokok kaumnya tidak mahu beriman kebanyakan orang-orang yang mendustakan ketiga orang utusan itu, kerana mereka berkeyakinan ketiga utusan itu (Yuhana, Bulis dan Syam'un) itu adalah manusia biasa saja seperti mereka juga, tanpa ada keistimewaan yang menonjol. Waktu itu (mungkin juga sekarang), seseorang tiada akan dihargai kalau tidak mempunyai kepandaian atau keahlian yang istimewa luar biasa. 

Alasan kedua, kerana mereka yakin bahwa Tuhan Yang Maha Pengasih tidaklah menunaikan risalah ataupun kitab yang berisi wahyu dan Dia tidak pula memerintahkan untuk beriman dengan ketiga utusan itu. Oleh kerana itu mereka menyimpulkan ketiga utusan itu bohong belaka. Lafal "ma anzalar rahmanu", menunjukkan bahawa penduduk Antakiyah itu telah lama mengenal Tuhan, cuma mereka mengingkarinya dan digantinya dengan berhala. Sebab itulah segala Rasul-rasul mereka tolak. 

Tafsir  Jalalain Surah Yasin ayat  15 

قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ مَۧ ŰŁَنْŰȘُمْ Ű„ِلَّۧ ŰšَŰŽَ۱ٌ مِŰ«ْلُنَۧ وَمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنُ مِنْ ŰŽَيْŰĄٍ Ű„ِنْ ŰŁَنْŰȘُمْ Ű„ِلَّۧ ŰȘَكْŰ°ِŰšُونَ (15) 

(Mereka menjawab, "Kalian tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun. Tidak lain) (kalian hanyalah pendusta belaka.")

قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ۱َŰšُّنَۧ يَŰčْلَمُ Ű„ِنَّۧ Ű„ِلَيْكُمْ لَمُ۱ْŰłَلُونَ (16) 

Maksudnya : "Mereka berkata:` Tuhan kami mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu."(QS. 36:16)

Pandangan demikian dibantah oleh utusan-utusan itu. Hanya Allah yang mengetahui bahawa kami ini sungguh-sungguh adalah orang yang diutus kepada kamu. Bilamana kami bohong azab yang hebatlah yang akan menimpa kami", jawab mereka dengan tegas. Tugas kami ini akan dibantu oleh Tuhan, dan pasti akan diketahui kelak siapa yang bersalah dan harus menanggung resiko atas kesalahan itu. Dalam ayat lain jawaban seperti itu memang boleh diucapkan oleh seorang Rasul misalnya: 

ÙˆÙŠŰłŰȘŰčŰŹÙ„ÙˆÙ†Ùƒ ŰšŰ§Ù„Űč۰ۧۚ ÙˆÙ„ÙˆÙ„Ű§ ŰŁŰŹÙ„ Ù…ŰłÙ…Ù‰ Ù„ŰŹŰ§ŰĄÙ‡Ù… Ű§Ù„Űč۰ۧۚ ÙˆÙ„ÙŠŰŁŰȘينهم ŰšŰșŰȘŰ© وهم Ù„Ű§ ÙŠŰŽŰčŰ±ÙˆÙ† 

Maksudnya : "Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba sedang mereka tidak menyadarinya". (Surah Al-Ankabut ayat 53)

وَمَۧ Űčَلَيْنَۧ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„ْŰšَلَۧŰșُ Ű§Ù„ْمُŰšِينُ (17) 

Maksudnya : "Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas".(QS. 36:17)

Kemudian dijelaskan misi yang mereka bawa, yakni bahwa Rasul-rasul itu hanyalah sekadar menyampaikan risalah Allah. Terserahlah pada manusia apakah akan beriman (percaya) kepada risalah tersebut atau tidak Andai kata mereka beriman, faedah keimanan itu adalah untuk kebahagiaan mereka jua, di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau orang-orang kafir itu tidak mahu melaksanakan seruan Rasul-rasul itu tunggu akibatnya akan menimpa diri mereka sendiri.

قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű„ِنَّۧ ŰȘَŰ·َيَّ۱ْنَۧ Űšِكُمْ لَŰŠِنْ لَمْ ŰȘَنْŰȘَهُÙˆŰ§ لَنَ۱ْŰŹُمَنَّكُمْ وَلَيَمَŰłَّنَّكُمْ مِنَّۧ ŰčَŰ°ٌَۧۚ ŰŁَلِيمٌ (18)

Maksudnya : "Mereka menjawab:` Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami ".(QS. 36:18)

Mereka (penduduk Antakiyah) itu terpojok, tidak boleh lagi mematahkan alasan-alasan Rasul itu. Sebab itu mereka mengancam "Kalau kesengsaraan menimpa kami kelak, maka hal ini disebabkan perbuatan ini". Sebab itu kalau kamu tidak mahu menghentikan dakwah yang sia-sia ini, terpaksa kami harus merajam (melempar) kamu dengan batu atau kami jatuhkan padamu siksaan yang amat pedih. 

Ketiga utusan itu menangkis: "Kalau kamu terpaksa mengalami siksaan kelak itu adalah akibat perbuatanmu sendiri, bukan kerana kami. Bukankah Anda sekalian yang mempersekutukan Allah, mengerjakan pekerjaan maksiat, melakukan kesalahan-kesalahan? Sedang kami hanya sekadar mengajak kamu untuk mentauhidkan Allah, mengikhlaskan diri dalam beribadah dan tobat (dari segala kesalahan) kepada-Nya. Apakah kerana kami memperingatkan kamu dengan azab Allah yang sangat pedih dan mengajak kamu mentauhidkan-Nya, lalu kamu seksa kami? Itukah balasan yang pantas buat kami? Hal itu menunjukkan bahawa kamulah bangsa yang melampaui batas (keterlaluan). Keterlaluan dengan cara berfikir dan menetapkan putusan untuk menyiksa dan merajam kami. Kerana kamu menganggap buruk orang-orang yang semestinya kamu mengambil petunjuk dari padanya, demikian juga faktor yang membawa kepada kebahagiaan kamu jadikan kecelakaan. Ayat yang serupa ini mirip pengertiannya dengan ayat: 

ÙŰ„Ű°Ű§ ۏۧۥŰȘهم Ű§Ù„Ű­ŰłÙ†Ű© Ù‚Ű§Ù„ÙˆŰ§ Ù„Ù†Ű§ Ù‡Ű°Ù‡ ÙˆŰ„Ù† ŰȘŰ”ŰšÙ‡Ù… ŰłÙŠŰŠŰ© ÙŠŰ·ÙŠŰ±ÙˆŰ§ ŰšÙ…ÙˆŰłÙ‰ ومن مŰčه ŰŁÙ„Ű§ Ű„Ù†Ù…Ű§ Ű·Ű§ŰŠŰ±Ù‡Ù… ŰčÙ†ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ولكن ŰŁÙƒŰ«Ű±Ù‡Ù… Ù„Ű§ يŰčلمون 

Maksudnya : "Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: "ini adalah karena (usaha) kami". Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Surah Al-A'raf ayat 131)

 Ù‚َŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű·َۧۊِ۱ُكُمْ مَŰčَكُمْ ŰŁَŰŠِنْ Ű°ُكِّ۱ْŰȘُمْ Űšَلْ ŰŁَنْŰȘُمْ قَوْمٌ مُŰłْ۱ِفُونَ (19) 

Maksudnya : "Utusan-utusan itu berkata:` Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas `.(QS. 36:19)

Tafsir Jalalain Surah Yasin ayat 19 

قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Ű·َۧۊِ۱ُكُمْ مَŰčَكُمْ ŰŁَŰŠِنْ Ű°ُكِّ۱ْŰȘُمْ Űšَلْ ŰŁَنْŰȘُمْ قَوْمٌ مُŰłْ۱ِفُونَ (19) 

(Utusan-utusan itu berkata, "Kemalangan kalian) yakni kesialan kalian itu (adalah kerana kalian sendiri") disebabkan ulah kalian sendiri kerana kafir. (Apakah jika) Hamzah Istifham digabungkan dengan In Syarthiyah, keduanya dapat dibaca Tahqiq, dan dapat pula dibaca Tas-hil (kalian diberi peringatan) yakni diberi nasihat dan peringatan; jawab Syarath tidak disebutkan. Lengkapnya ialah apakah jika kalian diberi peringatan lalu kalian bernasib sial kerananya lalu kalian kafir? Pengertian terakhir inilah objek daripada Istifham atau kata tanya. Makna yang dimaksud adalah sebagai cemuhan terhadap mereka. (Sebenarnya kalian adalah kaum yang melampaui batas) kerana kemusyrikan kalian.

وَŰŹَۧۥَ مِنْ ŰŁَقْŰ”َى Ű§Ù„ْمَŰŻِينَŰ©ِ ۱َŰŹُلٌ يَŰłْŰčَى قَŰ§Ù„َ يَۧ قَوْمِ ۧŰȘَّŰšِŰčُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْمُ۱ْŰłَلِينَ (20) 


Maksudnya : "Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata:` Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu."(QS. 36:20)

Sunatullah berlaku bahawa setiap Rasul yang bertugas menyampaikan kebenaran bila mereka terdesak pasti akan datang bantuan Tuhan untuk membelanya. Datanglah seorang laki-laki bernama Habib an-Najjar sebagaimana diceritakan di atas. Yang jelas dia ini bukan orang yang berpengaruh ataupun mempunyai kekuasaan yang menentukan, juga bukan keluarga atau orang yang berpengaruh terhadap raja negeri itu. Hanya dengan  kekuatan imannya sajalah dia datang dari pelosok negeri guna membela utusan Nabi Isa dengan memperingati orang-orang yang hendak menjatuhkan seksaan terhadap para utusan Nabi Isa, seraya ia menyerukan agar mereka mengikuti Rasul-rasul Tuhan yang datang hanya menyampaikan petunjuk Allah.


Wednesday, October 16, 2013

Cara Agihan yang Betul Terhadap Daging Korban

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Semasa berlaku penyembelihan haiwan untuk di laksanakan ibadah korban terdapat banyak kekeliruan di dalam masyarakat terutama agihan dan upah kepada penyembelih dan proses memotong dan melepar daging tersebut.  Dalam hadis yang sahih Rasulullah SAW melarang daging dan bahagian yang lain binatang yang dikorban diberikan kepada tukang sembelih. Perlu disediakan wang yang lain untuk dibayar sebagai upah pengurusan penyembelihan dan juga proses memotong dan melepar.


Cara pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban itu adalah korban wajib (yakni korban nazar), tidak harus orang yang melakukan korban dan juga keluarganya (yakni orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan ke semuanya kepada fakir miskin. Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging yang dimakannya atau dengan daging seumpamanya. Tidak dituntut ia menyembelih lagi binatang korban kerana ia telahpun melakukannya.

Jika korban itu adalah korban sunat, maka harus ia dan ahli keluarganya untuk makan sebanyak mana yang ia kehendaki dengan syarat sebahagian darinya hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin. Mensedekahkan daging korban kepada fakir atau miskin daripada kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Dan disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehnya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang fakir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya.

Disunatkan pengagihan daging binatang korban merangkumi tiga bahagian;

1.Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya
2.Satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
3.Satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.

Pemberian sebagai hadiah tidaklah wajib. Oleh itu, harus pengagihan daging korban berlegar antara dua sahaja iaitu untuk dimakan dan untuk disedekahkan. Lebih banyak bahagian yang disedekahkan adalah lebih afdhal (umpamanya separuh atau dua pertiga (2/3) darinya). Paling afdhal ialah mensedekahkan ke semua daging korban kepada fakir miskin kecuali sedikit darinya yang sunat diambil untuk dimakan bagi mendapat berkat dan beramal dengan sunnah Nabi SAW. 


Terdapat hadis menceritakan; "Adalah Nabi SAW memakan dari hati binatang korbannya." (Hadis Riwayat Imam al-Baihaqi)

Baginda juga bersabda; "Apabila seseorang kamu melakukan korban, maka makanlah dari daging korbannya." (Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a./al-Jami' al-Saghir, no. 737)

Tidak harus orang yang melakukan korban menjual apapun dari binatang korban sama ada daging, kulit, tanduk, bulu, lemak atau sebagainya. Begitu juga, tidak harus menyewanya kerana sewaan termasuk dalam pengertian menjual (yakni menjual manfaat). 


Ketidakharusan menjual dan menyewa ini merangkumi korban wajib dan juga korban sunat. 

Sabda Nabi SAW maksudnya :  "Sesiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tiada (pahala) korban baginya". (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)

Begitu juga, tidak harus menjadikan kulit, bulu dan sebagainya sebagai upah kepada tukang sembelih. Upah hendaklah datang dari sumber lain, bukan dari binatang korban. 


Diriwayatkan daripada Saidina Ali(k.w) yang menceritakan; "Rasulullah SAW memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata 'Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami". (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Namun jika ia telah memberi upah kepada tukang sembelih dengan wang darinya, kemudian setelah itu ia memberi pula daging korban kepadanya atas dasar sedekah jika ia miskin (yakni bukan sebagai upah) atau memberinya sebagai hadiah (jika ia kaya), maka itu adalah harus.

Harus bagi orang yang melakukan korban mengambil manfaat dari kulit dan tanduk binatang korbannya dengan segala bentuk manfaat seperti menjadikannya kasut, timba dan sebagainya sekiranya korbannya itu adalah korban sunat. Walau bagaimanapun, jika ia mensedekahkannya kepada fakir miskin adalah lebih baik. Adapun korban wajib, tidak harus orang yang melakukan korban memanfaatkan kulit binatang korbannya. Ia wajib disedekahkan kepada fakir miskin sebagaimana daging.

Tidak harus sama sekali daging korban dimusnahkan walaupun sedikit. Dinyatakan di dalam Raudhah; "Tidak harus bagi orang yang melakukan korban untuk merosak/memusnahkan sebarang apapun dari korbannya, sebaliknya ia memakannnya dan ia memberi makan (kepada orang lain)….". Walaahu a'lam.


Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita mengamalkan cara sunah di dalam proses ibadah korban yang kita lakukan dan tinggalkanlah mana-mana cara yang kita amalkan sebelum ini yang bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW , semoga ibadah korban yang kita lakukan di berkati dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT.




Tuesday, October 15, 2013

Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ulama telah membahaskan samaada bacaan al-Quran yang dihadiahkan kepada simati sampai atau tidak? Ada yang berpendapat pahala bacaan al-Quran tersebut sampai dan ada yang berpendapat tidak sampai. 

Majoriti ulama berpendapat bacaan tersebut akan sampai apabila di niatkan untuk individu tertentu yang telah meninggal dunia. 

Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir menghuraikan permasaalahan tersebut  seperti dibawah ini :

Kitab : Ű§Ù„ŰšÙŠŰ§Ù† Ù„Ù…Ű§ ÙŠŰŽŰșل Ű§Ù„ŰŁŰ°Ù‡Ű§Ù†

Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):

من ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„Ù…Ù‚Ű§ŰšŰ±ÙÙ‚Ű±ŰŁ ÙÙŠÙ‡Ű§ (ÙŠŰł) ŰźÙÙ Űčنهم ÙŠÙˆÙ…ŰŠŰ°، و ÙƒÙ„Ű§Ù† له ŰšŰčŰŻŰŻÙ‡Ù… Ű­ŰłÙ†Ű§ŰȘ

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”1

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :

“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.2

Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :

“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah”.3

Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :

“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’. Mereka ( para ulama’ yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4

Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :

“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat”.5

Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).

Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧۏْŰčَلْ مِŰ«ْلَ Ű«َوَِۧۚ مَۧ قَ۱َŰŁْŰȘُ لِفُÙ„Ű§Ù†

Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata-mata dengan amalan tersebut sahaja.

Perselisihan yang berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.

Penterjemah :

Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif.

Nota kaki :

1. Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

2. Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

3. Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)

4. Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)

5. Rohmatal Ummah Fi Ikhtila’fil A’Immah (Syeikh Uthmani)

Sahabat yang dimuliakan,
JAKIM juga telah memberikan pendapatnya dalam persoalan ini :

Para ulama telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas r.a. ( hadis marfu’ ):

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah
Al-Baqarah”.

(Rujukan: Jakim – http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28365)

Monday, October 14, 2013

Soal Jawab Agama Siri 100 (Ibu Dan Anak Susuan, Anak Angkat, Hubungan Bekas Suami Dan Isteri Dan Lain-lain Lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 100 adalah membicarakan persoalan ibu dan anak susuan, kedudukan anak angkat, perhubungan di antara bekas suami dan isteri, tanggungjawab anak lelaki setelah berkahwin dan ciri-ciri untuk menjadi isteri yang solehah.

781. Soalan :  Saya mempunyai tiga soalan mengenai ibu susuan.

1. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut. Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?

2. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya? Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar, apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?

3. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada anak susuan?

Jawapan

1. Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara suami susu dan anaknya.

Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram melalui susuan itu adalah susu  ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk  Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104). 

Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul Mujtahid, 2/33):-

i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.
ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.
iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.

Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.

Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah SWT maksudnya : "(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (Surah An-Nisa ayat  23).

Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga Nabi SAW bersabda maksudnya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"

2. Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat menurut Islam.

Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh Islam kepada lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

3. Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.

782. Soalan : Jika seseorang itu mempunyai anak angkat yg diambil dan berdaftar atau anak angkat daripada anak kawan atau anak orang lain. Persoalannya,,dijaga dan dipelihara sejak kecil sehingga ibu atau bapa angkat meninggal dunia.. Soalan saya adakah doa anak angkatnya sampai kepada simati sebagai doa anak yg soleh..? Minta penjelasan saya kurang arif.

Jawapan : 

Anak angkat kedudukannya di dalam Islam : 

1. Bapa angkat tidak boleh bin atau bintikan anak angkat tersebut atas namanya. 

2. Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya. 

3. Anak angkat bukan mahram terhadap anak-anak kandung si bapa angkat. Apabila anak angkat sudah baligh jika dia perempuan auratnya perlu di jaga supaya tidak dilihat oleh bapa angkat atau anak-anak lelaki bapa angkat tersebut.

4. Bapa angkat tidak boleh menjadi wali nikah terhadap anak angkat yang perempuan semasa hendak diijab kabulkan, ketika ini perlu cari wali sebenar anak angkat tersebut, jika tidak bertemu maka dia akan di nikahkan dengan wali hakim.

Walau pun anak angkat tidak ada hak waris tetapi bapa angkat yg berharta boleh membuat wasiat terhadap anak angkatnya tetapi tak boleh melebihi 1/3 jumlah harta keseluruhan simati. 

Doa anak angkat yg soleh terhadap ibu bapa angkatnya yang telah meniggal dunia juga mustajab di sisi Allah SWT walau pun darjatnya tidak sama seperti anak kandung simati. Kedudukan anak angkat dengan ibu bapa kandung yang sebenar tetap berjalan seperti biasa walau pun dia dibela oleh orang lain. Dia masih boleh mendoakan ibu bapa kandungnya yang telah meninggal dunia.

Ibu dan bapa angkat tetap mendapat pahala apabila anak angkatnya menjadi anak yg soleh kerana jasa ibu dan bapa angkat membelanya, memberikan ilmu yg bermanfaat dan memberi nafkah kepadanya sehingga dia menjadi insan beriman dan bertakwa.

783. Soalan : Apabila telah berlaku perceraian di antara suami dan isteri. Mereka mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Hak penjagaan kanak-kanak tersebut telah diberikan oleh mahkamah kepada pihak ibu kanak-kanak tersebut. Tetapi bekas suami boleh menziarahi atau membawa kanak-kanak tersebut di hujung minggu. Saya ingin tahu bagaimana batas perhubungan bekas suami dan isteri tersebut semasa mereka menguruskan anak-anak mereka dan adakah bapa kanak-kanak tersebut wajib memberikan nafkah kepada anak-anak mereka?

Jawapan :

Perlu diingat apabila telah berlaku perceraian dan telah habis iddah maka mereka telah hilang hak sebagai suami dan isteri. Jika mereka hendak kembali setelah habis iddah maka mereka perlu bernikah semula. Oleh itu mereka perlu jaga batas-batas pergaulan dan tidak boleh berjumpa berdua-duaan tanpa ada mahram. Bekas suami tidak boleh masuk kerumah bekas isterinya walau pun dengan niat mereka hendak jumpa anak-anaknya. 

Sebaik-baiknya jika bekas suami telah berkahwin maka semasa datang perlu bawa isterinya bersama supaya tidak timbul fitnah atau jika bekas isteri telah bersuami maka perlu ada suami wanita tersebut jika hendak berjumpa dengan anak-anaknya. Atau boleh di lakukan oleh bekas suami membawa ibunya atau adik perempuannya semasa kunjungan untuk mengambil atau menzaiarhi anak-anaknya.

Akhlak dan adab sopan perlu dijaga dan bekas suami tidak boleh bebas bergurau senda dengan bekas isterinya. Bekas suami wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya sehingga anak-anak tersebut dewasa dan telah hidup berdikari dan boleh mencari nafkah untuk dirinya sendiri.

784. Soalan : Apakah tanggungjawab anak lelaki setelah berkahwin terhadap kedua ibu bapanya dan begitu juga tanggungjawab anak perempuan setelah dia berkahwin? Boleh ustaz huraikan sedikit.

Jawapan :

Ramai dikalangan anak lelaki yang telah berkahwin mengabaikan tanggungjawabnya kepada kedua ibu bapanya. Mereka menyerahkan kepada kakak atau adik perempuan untuk menguruskan ibu bapa mereka yang sudah uzur. 

Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perlu difahami bahawa perhubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Sebaliknya anak perempuan apabila mereka berkahwin sahaja maka tanggungjawabnya dibawah jagaan suaminya. Darisegi tanggungjawab untuk menjaga dan memberi nafkah kepada ibu bapa untuk anak perempuan terputus. Melainkan dengan izin dan reda suami anak-anak perempuan atas kerelaannya boleh berkhidmat kepada kedua ibu bapanya.

Anak-anak lelaki tidak boleh lepas tangan kerana mereka tetap akan berdosa jika mereka mengabaikan kebajikan kedua ibu bapa mereka jika kedua ibu bapa mereka miskin dan perlu kepada bantuan dan penjagaan.

Disini kami kemukakan sebuah hadis yang agak panjang tentang sikap seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian Malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.

Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.

Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.

Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.

Diriku takut jika engkau binasa. Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.

Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Berdasarkan riwayat di atas jelaslah tanggungjawab anak lelaki masih di bebankan amanah untuk membantu dan menguruskan keperluan kedua ibu bapanya dan tidak boleh bersikap sombong dan angkuh terhadap kedua ibu bapanya. Anak perempuan pula jika ibu bapanya memerlukan khidmatnya kerana sesuatu keperluan jika mendapat keizinan suami boleh membantu keperluan kedua ibubapanya kerana besar pahala yang akan diperolehi oleh suaminya kerana simpati dan prihatin terhadap kedua mertuanya,

785. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan apakah ciri-ciri untuk menjadi isteri yang solehah?

Jawapan :

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.?

Rasululullah SAW pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW. dari Ibnu Abbas r.a maksudnya : "Maukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu  wanita yang solehah. Apabila suaminya melihat kepadanya, gembiralah dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari hadis di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bahagi asalkan yang diredai Allah SWT dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika tidak ada di rumah.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.?

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya  adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya."(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita reda atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban) 

Isteri yang sengaja enggan melayan hajat suami di tempat tidur tanpa alasan yang menasabah akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi."(Hadis Riwayat  Bukhari)  

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman dan ketaatan adalah senjata untuk memikat hati suami dan menjamin kebahagiaan rumah tangga yang sedang dibena.

Walaupun kalian belum sempurna dengan ciri-ciri isteri solehah, kalian perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kriteria ini dengan berdoa dan berazam untuk mencapai tahap solehah yang akan meletakkan kalian menjadi perhiasan terbaik di dunia seperti  hadis Nabi SAW  yang menyatakan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.