Friday, April 8, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman ra katanya :"Rasulullah SAW pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah SAW memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah SAW menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu baginda bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gilingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Di ketika Rasulullah SAW menceritakan hadis ini baginda mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kaki baginda.

"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekalipun hanya seberat timbangan biji sawi".


"Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermuhaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksud agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau dia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan/pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya). Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangannya :

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dari kalangan kaum muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun telah khianat juga.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang. Contohnya kita pernah di dedahkan di akhbar bahawa seorang penurus wang zakat Majlis Agama Islam di sebuah negeri dituduh pecah amanah wang zakat jutaan ringgit dan juga bagaimana seorang pegawai pencegah maksiat boleh terlibat ditangkap kerana sedang melakukan maksiat.

Thursday, April 7, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (Hadis Riwayat Thabrani)

Diantara tanda-tanda awal kiamat ialah : -

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

4. Orang yang berbuat baik sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh baginda.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

Hadis Tanda Akhir Zaman - Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (Hadis Riwayat Muslim)


Keterangannya :

Kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini dapat kita lihat dari realiti mayarakat yng ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, hendak kata bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Tafsir Surah An-Nas

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Surah An-Nas adalah surah ke 114, surah Makkiyyah, terdiri daripada enam ayat dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dimana bahagian yang pertama terdiri daripada ayat 1-3 bahagian kedua pula merupakan ayat 4-6

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„ّلهِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

( ُق ْ ل َŰŁŰčُوُŰ° Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 1

1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan

yang memelihara manusia.

( مَلِكِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 2

2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.

( Ű„َِلهِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 3

3. Tuhan yang disembah manusia.

( مِن ŰŽَ۱ِّ ْۧلوَŰłْوَۧ۳ِ Ű§Ù„ْŰźَنَّۧ۳ِ ( 4

4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.

( Ű§Ù„َّŰ°ِي يُوَŰłْوِŰłُ فِي Ű”ُŰŻُÙˆŰ±ِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 5

5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.

( مِنَ Ű§Ù„ْŰŹِنَّŰ©ِ وَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 6

6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.


BAHAGIAN 1 : Memperkenalkan Allah.


ُق ْ ل َŰŁŰčُوُŰ° Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 1

1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan

yang memelihara manusia.

( مَلِكِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 2

2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.

( Ű„َِلهِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 3

3. Tuhan yang disembah manusia.


Dalam 3 ayat diatas Allah diperkenalkan melalui 3 identiti utama iaitu Rabb, Malik dan Illah...

Jika diteliti dari ayat pertama hingga ketiga fokus utama diberi kepada makhluk bernama manusia...betapa jelasnya kasih sayang dan istimewanya manusia yang diciptakanNya


Allah sebagai Rabb bermaksud Dia sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa.

Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai Tuhan yang menciptakan.


Perkataan Malik bermakna Allah sebagai Raja yang Memimpin, Menjaga, Menguasai  dan Hakim (pengubal undang-undang) untuk manusia.


Sedangkan kata Ilah  mengandungi erti bahawa Allahlah yang Paling dicintai, yang Paling ditakuti dan sebagai sumber pengharapan.

Huraiannya :

Allah memulakan surah ini dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya, Tuhan yang memelihara, membimbing dan menjaga manusia. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yg luas termasuk Allah  sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa.

Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada mencipta alam, mengurus dan mentadbirkannya, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan seterusnya, di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan qadar.

FirmanNya di dalam Surah Yunus ayat 10 maksudnya :

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”

Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai Tuhan yang menciptakan, yang Mengarah, Menjaga, Membimbing, Memelihara dan Melindung. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita, Tuhan yang mengenali diri kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri.

Pengakuan Allah selaku Raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mampu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan bahawa rahmat-Nya tiada terbatas.

Dialah Allah sebagai Raja yang Memimpin, Menjaga, Menguasai  dan Hakim (pengubal undang-undang) untuk manusia. Manusia tidak boleh mengambil undang-undang lain selain daripada undang-undang ciptaan-Nya.


Allah sebagai Pemimpin , kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya seperti Raja dan rakyat, maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah Allah, kerajaan Allah bukan milik sesiapa. Negara ini (tanah yang kita duduki)  bukan milik kita tapi milik Allah, Allah telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya sudahkah kita penuhi apa yang Allah amanahkan kepada kita?


Tuhan (Ilah) sembahan manusia mengandungi erti bahawa Allahlah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan sebagai sumber pengharapan. Tidak ada pergantungan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.”(Surah at-Taubah ayat 31)

Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah iaitu ialah, seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata-mata.

BAHAGIAN 2 : Hakikat Syaitan

( مِن ŰŽَ۱ِّ ْۧلوَŰłْوَۧ۳ِ Ű§Ù„ْŰźَنَّۧ۳ِ ( 4 
4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.

( Ű§Ù„َّŰ°ِي يُوَŰłْوِŰłُ فِي Ű”ُŰŻُÙˆŰ±ِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 5

5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.

( مِنَ Ű§Ù„ْŰŹِنَّŰ©ِ وَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ( 6

6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.

Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yg tidak mengenal “Rabb”nya.

Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan kalimah-kalimah busuk serta melemparkan hasutan-hasutan berbau kejahatan pada hati manusia yg mudah alpa. Manusia sendiri yang seterusnya terpengaruh lalu melakukan kerosakan pada dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati kepunyaan mereka yg tidak teguh imannya, yg merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan. Hari di mana tiada ibu yang sanggup melindungi walau anak yang baru dilahirkannya.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW maksudnya :”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan mempunyai ‘qarin’ dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya:”Tuan juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia Islam (menyerah). Kerana itu dia tidak berani menyuruhku  melainkan untuk kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim:2814).


Firman Allah S.W.T.

وَكَŰ°َلِكَ ŰŹَŰčَلْنَۧ
لِكُلِّ نَŰšِيٍّ ŰčَŰŻُوًّۧ ŰŽَيَۧ۷ِينَ Ű§Ù„Ű„Ù†ْŰłِ وَŰ§Ù„ْŰŹِنِّ يُÙˆŰ­ِي ŰšَŰčْ۶ُهُمْ Ű„ِلَى
ŰšَŰčْ۶ٍ ŰČُŰźْ۱ُفَ Ű§Ù„ْقَوْلِ Űșُ۱ُÙˆŰ±ًۧ وَلَوْ ŰŽَۧۥَ ۱َŰšُّكَ مَۧ فَŰčَلُوهُ فَŰ°َ۱ْهُمْ
وَمَۧ يَفْŰȘَ۱ُونَ


Maksudnya : "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (daripada jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." (Surah al-An'am ayat 112)


Firman Allah S.W.T. maksudnya :

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§
يُقَۧŰȘِلُونَ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ يُقَۧŰȘِلُونَ فِي ŰłَŰšِيلِ
Ű§Ù„Ű·َّۧŰșُوŰȘِ فَقَۧŰȘِلُÙˆŰ§ ŰŁَوْلِيَۧۥَ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ِ Ű„ِنَّ كَيْŰŻَ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ِ كَŰ§Ù†َ
۶َŰčِيفًۧ

Maksudnya : "Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah." (Surah an-Nisa ayat 76)


Ayat di atas menerangkan bahawa  syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah S.W.T. menyebutkan kalimah thaghut. Berdasarkan ayat atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.


Seterusnya, Allah mengingatkan kita tentang adanya syaitan di kalangan manusia. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah

Fadilat Surah An-Nas :

Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Daripada Aisyah r.ha. katanya : "Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap
malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan
lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda
menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda
memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda
melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari)


Wednesday, April 6, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangannya :
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namum akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. 

Kezaliman dan kebiadapan kaum Yahudi tidak ada tolok bandingnya di dunia. Mereka sanggup membunuh umat Islam tidak kira orang tua, wanita dan kanak-kanak. Mereka adalah bangsa yang tidak boleh dipercayai kerana sering menipu, mungkir janji dan hasad dengki yang menebal dalam sanubari mereka. Akan sampai satu masa nanti umat Yahudi akan dikalahkan oleh orang-orang Islam dalam keadaan paling hina.

Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka. 

Hadis ini sahih dan datangnya daripada Rasulullah S.A.W , yakinlah pasti peristiwa ini akan berlaku dan tunggulah janji Allah bahawa umat Islam akan berjaya dan menguasai muka bumi ini dan menewaskan Yahudi laknatullah.

Kisah dan Perjuangan Hidup Imam al-Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Imam al-Ghazali, nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad al-Ghazali, digelar Hujjatul Islam kerana jasanya yang besar didalam menjaga kesucian Islam dari pengaruh ajaran bidaah dan aliran rasionaliame Yunani. Beliau lahir pada tahun 450 H/1058 M di Ghazzalah yang terletak di pinggir Bandar Tus dalam wilayah Khurasan
di Parsi/Iran.

Ilmu pengetahuan Imam al-Ghazali dalam bidang fiqh, usuluddin dan falsafah begitu dikagumi oleh Sultan Nizam al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor usuluddin di Universiti Nizamiyah (diasaskan pada tahun 458 -460 H/1065 - 1067 M) di Baghdad pada tahun 484 H/1091 M, sewaktu berusia 34 tahun.

Namun ketinggian kedudukan dan tahap penguasaan ilmunya tidak mampu melepaskan jiwanya dari cengkaman  rasa kekosongan  sehingga niat untuk mencari kebenaran dan kebahagiaan hakiki tidak pernah lekang darinya.

Saat beliau membaca khutbah Saiyyidina Ali Karamullah wajhah, "Hidup ini seperti bayang-bayang, janganlah kamu selalu terperangkap dengan kehidupan yang sifatnya seperti bayang-bayang ini dan ingatlah tentang kebahagiaan yang sebenarnya, itulah yang penting dalam hidup ini." Tulisan itu membuatkan gejolak jiwanya untuk mencari makna hakikat hidup tidak lagi dapat ditahan-tahan. Beliau melepaskan jawatannya sebagai professor lalu meninggalkan kota Baghdad pada bulan Zulkaedah 488 H/November 1095 M.

Beliau bermusafir dan beruzlah, beriadah dan bermujahadah menurut amalan tradisi para ulama sufi demi mencapai kesejahteraan fikiran dan keselamatan jiwanya. harta miliknya disedekahkan dan sebahagiannya diamanahkan untuk perbelanjaan keluarganya. Beliau menuju Syria dan beruzalah di salah sebuah daripada menara-menara Masjid Umayyah di Damsyik selama dua tahun, kemudian beliau ke Jerusalem beruzlah di Masjid Umar dan Qubbat al-Sakhr (The Dome of the Rock).

Selepas daripada melawat makam Nabi Ibrahim di Hebron, Imam Ghazali menunaikan haji di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah S.A.W. di Madinah. Itu diikuti dengan amalan beruzlah di tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid serta mengembara di padang-padang pasir. Setelah bermusafir selama sebelas tahun, beliau kembali ke kota kelahirannya Tus pada tahun 499 H/1105 M.

Perjalanan hidup Imam al-Ghazali sering dihinggap tohmahan, fitnah dan disalah tafsir oleh segeintir umat Islam sendiri. Kononnya, beliaulah punca umat Islam terperosok dan kejumudan tasawwuf, bersikap anti falsafah dan anti pemikiran saintifik. Hal ini berlaku kerana Imam al-Ghazali berjaya mendedahkan kesilapan-kesilapan beberapa tokoh besar falsafah Islam yang begitu dipengaruhi oleh filsafat Yunani. Beliau juga difitnah meninggalkan urusan masyarakat Islam semasa beruzlah, malah tidak menulis apa pun tentang peperangan Salib yang berlaku pada zamannya itu. Disebalik semua itu, Imam al-Ghazali kembali kepada masyarakat, mengajar ilmu dan akhlak dengan penekanan terhadap mencari kebenaran dan kebahagiaan abadi.

Namun sejarah menjadi hakim yang adil, Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menakluk Jerusalem pada tahun 1148 M dididik secara langsung oleh Syeikh Abdul Kadir Jailani yang merupakan anak murid kepada Imam al-Ghazali dan penasihat Sultan yang juga merupakan anak murid Imam al-Ghazali. Persiapan akliah dan rohaniah ini telah ditanam selama empat puluh tahun lebih awal melalui kurikulum pendidikan Imam al-Ghazali.

Maka apabila Salahuddin al-Ayyubi menyerukan kesatuan dan perpaduan, umat Islam tanpa bertangguh bersedia menyahut seruannya sekali pun berbeda aliran dan mazhab. Jelas terlihat betapa kejayaan fizikal, material dan ekonomi bersifat sementara tetapi kejayaan yang dicetuskan oleh para anbiya dan ulama pewaris nabi, bersifat selamat dan kekal abadi.

Walaupun umat barangkali berada dalam keadaan miskin, kalah, berpecah belah dan minoriti tetapi masih mampu mempertahankan iman dan syariat Islam sehingga membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar. Demikianlah seorang pemimpin yang berguru dengan ulama tulen, mampu untuk membangunkan tamadun agung tetapi jika pemimpin itu berguru dengan orang berjiwa kerdil maka dia mungkin memusnahkan tamadun yang agung.

Sekembalinya dari uzlah selama sebelas tahun itu, beliau ditawarkan Sultan untuk kembali berkhidmat di Baghdad namun beliau menolak dengan hormat kerana beliau menanggung amanah yang lebih besar. Dibebaskan dirinya daripada sebarang belengu yang menghalangnya dari memberi nasihat kepada sultan, teguran terhadap ulama-ulama duniawi dan mengkritik penyelewengan ahli falsafah. Keikhlasan beliau terlihat melalui kitabnya yang menukilkan pengalamannya sendiri dalam mencari kebenaran. Beliau menceritakan bagaimana beliau sendiri pernah terkeliru dalam mencari makna kebahagiaan hakiki dalam kitabnya Penyelamat Daripada Kesesatan.

Ibn al-Jawzi meriwayatkan dalam kitab al-Thabat 'Inda al-Mamat kisah yang didapatinya daripada Ahmad saudara Imam al-Ghazali bahawa "Pada hari Isnin (14 Jamadil Akhir) menjelang subuh, saudaraku Abu Hamid mengambil wuduknya dan mendirikan solat Subuh. Selepas  solat, dia kemudian berkata, "Bawa kepadaku kain kafanku." beliau mengambil kain itu lantas menciumnya dan meletakkannya pada matanya, sambil berkata, "Kami mendengar  dan taat dengan penuh persediaan untuk hadir ke hadrat Allah. Raja Yang Maha Berkuasa." kemudian beliau melunjurkan kakinya mengadap kiblat dan meninggal dunia sebelum matahari naik pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 H/ 19 Disember 1111 M dan dimakamkan  di Zhahir al Tabiran, ibu kota Thus.

Imam al-Ghazali terus dikenang sebagai mujaddid dan ilmuan yang besar pengaruhnya, tinggi akhlak dan budinya dan berani dalam perjuangannya.  Tanpa kehadiran tokoh-tokoh besar seperti Imam al-Ghazali, keagungan al-Quran dan hadis Nabi itu bagaikan mutiara yang terpendam di dalam lumpur zaman. Melalui para ulama pewaris Nabi sahajalah ajaran agung itu digilap dan diangkat  semula sebagai mutiara untuk menjadi panduan kepada umat Islam di sepanjang zaman.

(Dari Buku 'Jalan Pintas Meraih Hidayah, 40 Prinsip Agama')

 (Di petik daripada tulisan Riduan Basri)



Jauhkan Diri Dari Suka Memfitnah dan Jadilah Mukmin yang di Cintai Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab!

Kenapa manusia tidak takut laknat dan kemurkaan Allah?

Kenapa manusia tidal takut azab dan neraka Allah?

Kenapa manusia suka buat fitnah dan aibkan orang lain?

Kenapa manusia suka buat dosa -dosa besar dan merasa bangga pula?

Kenapa manusia suka muat-turunkan gambar lucah dan menyebarkannya?

Adakah manusia yakin dia boleh terselamat dari azab kubur dan seksa api neraka?

Manusia tanpa iman manusia yang suka buat fitnah dan aibkan orang lain.

Manusia tanpa iman suka melakukan dosa-dosa besar.

Manusia tanpa iman suka buat zalim dan sebarkan perkara mungkar.

Manusia tanpa iman suka menentang hukum-hukum Allah dan

suka menghina ulama dan orang-orang mukmin.

Ingatlah bahawa setiap dosa dan kemungkaran yang dibuat oleh manusia di dunia ini akan mendapat balasannya daripada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya .Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya." (Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).

Sahabat yang dimulikan.
Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. Maka sia-sialah segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikannya seperti solat, puasa. zakat, haji dan sedekahnya dan lain-lain lagi.

Rasulullah bersabda lanjut maksudnya : “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah S.W.T.seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Justeru, setiap muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia yang suka membuat fitnah dan menjatuhkan orang lain.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada golongan fasiq dan zalim yang suka membuat fitnah supaya kita tidak mendapat sahamnya dan jadikanlah diri kita menjadi manusia yang di cintai oleh Allah S.W.T.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T. telah berfirman maksudnya :

"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya: :

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah.

Aku cintakan orang yang rendah hati /diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri.

Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat."

Huraian ringkas:

Orang miskin tidak mempunyai wang yang cukup untuk bersedekah. Tetapi di dalam keadaan ia kekurangan ia masih mampu mengambil sebahagian daripada keperluannya untuk menghulurkan bantuan dan bersedekah, maka dengan perbuatan ini Allah S.W.T. lebih mencintainya daripada orang kaya yang bersifat pemurah.

Orang kaya biasanya bersikap sombong dan bermegah dengan kekayaannya. Tetapi apabila orang kaya sanggup merendahkan hati dan dirinya terutama kepada orang miskin maka Allah S.W.T. lebih mencintainya berbanding orang miskin yang merendahkan hati dan dirinya.

Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh. Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian kerana sudah dekat dengan kematian.

Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepada-Nya yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita.

Tuesday, April 5, 2011

Jauhi Rawatan Cara Menggunakan Bomoh Untuk Mengelakkan Syirik Kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam Islam setiap rawatan yang ingin dilaksanakan mestilah berdasarkan hukum Islam iaitu berdasarkan sumber al-Quran, Hadis Nabi S.A.W, Ijmak ulama dan qiyas.
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak laporan akhbar mendedahkan penyelewengan dan penipuan dalam amalan bomoh tradisional. Lebih mengejutkan lagi, bomoh berkenaan mengubati pesakit dengan kaedah pelik yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan ajaran Islam.

Malangnya, masih ramai orang Islam percaya kepada amalan bomoh yang bercanggah dengan hukum syarak seperti memanggil roh, jin dan sebagainya. Segala amalan yang tidak berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias adalah dilarang sama sekali.

Di dalam sejarah Islam, memang ada kaedah perubatan tertentu yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan sahabat bagi menyembuhkan penyakit. Selain cara perubatan biasa, mereka juga menggunakan doa ma’thur khusus untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti yang dijelaskan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawiyy dan Imam Muwaffiq al-Din Abdul Latif dalam kitabnya al-Tibb min al-Kitab wa al-Sunnah.

Amalan rawatan yang dibenarkan syarak perlu disertai dengan doa ma’thur daripada Rasulullah S.A.W. Baginda pernah membenarkan seorang sahabat untuk menjampi dengan membaca doa kepada sahabatnya yang terkena sengatan kala jengking.

Dalam satu hadis Imam Muslim, Abu Zubair berkata, “Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata ada seorang lelaki daripada kalangan kami terkena sengatan kala jengking. Ketika itu, kami duduk bersama Rasulullah. Lalu seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkah aku jampi? Jawab Baginda, “Sesiapa daripada kamu yang berupaya memberi manfaat terhadap saudaranya, maka hendaklah dia lakukannya”.

Perlu ditegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan persoalan akidah, syariah dan akhlak dalam kehidupan muslim seharian. Oleh itu, apa saja amalan, perkataan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di atas adalah ditolak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Dawud)

Menurut perspektif akidah Islam, persoalan perubatan terhadap pesakit adalah satu persoalan yang sewajarnya difahami setiap muslim. Ini kerana dalam Islam, hanya Allah S.W.T. saja yang berkuasa. Setiap manusia dikehendaki berikhtiar merawati penyakit dan kesakitan yang dihadapinya berdasarkan garis panduan ditetapkan syarak.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus ayat 106)

Ayat di atas jelas melarang umatnya meminta pertolongan selain daripada Allah S.W.T. seperti bomoh, jin, roh datuk nenek, roh wali, syeikh, amalan syirik yang terkutuk. Oleh yang demikian, setiap muslim dituntut meminta pertolongan dan berdoa secara langsung ke hadrat Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Selain itu, Islam juga melarang umatnya daripada menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, “Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, ” Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam konteks ini, kita harus berwaspada terhadap amalan perbomohan terutama yang mengandungi unsur syirik dan juga amalan sihir kerana ia boleh membatalkan iman seseorang. Sehubungan itu, seseorang pesakit hendaklah memastikan tabib atau bomoh yang hendak ditemuinya itu seorang Islam yang tidak meninggalkan ibadat wajib seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain, berakal waras, tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada syirik sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan.

Seorang bomoh juga hendaklah seorang yang adil iaitu tidak melakukan maksiat dan jenayah yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama jauhi perbuatan dan amalan perubatan secara menggunakan khidmat bomoh atau dukun, kerana dikhuatiri terdapat unsur-undur syirik dan pemujaan. Jika kita terjebak dalam amalan syirik ianya akan menjejaskan akidah. Yang penting di sini, setiap muslim diwajibkan berusaha dan berikhtiar serta seterusnya bertawakal kepada-Nya kerana Allah saja yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.

Ilmu Tauhid Mengenal Sifat-sifat Allah S.W.T.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ilmu tauhid adalah satu ilmu yang amat penting untuk kita fahami dan yakini, kerana dengan ilmu ini kita akan dapat mengenal sifat-sifat Allah S.W.T. Hukum mengenal Allah S.W.T. adalah fardu Ain.

1. Mengenal ALLAH S.W.T adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNYA dan sifat-sifatNYA yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama ALLAH S.W.T (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama ALLAH S.W.T yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNYA ialah ALLAH, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Mengetahui sifat-sifat ALLAH S.W.T dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi ALLAH S.W.T bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan keTuhanan dan mustahil atasNYA bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat ALLAH S.W.T dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas ALLAH S.W.T bersifat dengan segala lawan sifat yang wajib tersebut.

4. Mengenal ALLAH S.W.T wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal ALLAH S.W.T.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para Ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan Ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Menjadi Insan Rabbani akan Berbahagia di Dunia dan di Hari Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya iman itu diciptakan di dalam jiwa seseorang kamu sebagaimana diciptakan pakaian, pohonlah kamu kepada Allah agar diperbaharui iman di dalam hati kamu." (Hadis Riwayat al-Hakim at-Tobarani di dalam mukjam hadisnya dengan sandaran sahih)

Iman dalam hati kita umpama pakaian yang sentiasa terdedah dengan kotoran dan lusuh, maka jika pakaian perlu dibasuh dan jaga dengan elok maka iman dalam hati juga perlu dijaga dan dibersihkan selalu.

Kadangkala hati mukmin itu diselubungi oleh awan maksiat. Gambaran ini pernah diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Tidak ada satu hatipun dikalangan hati-hati manusia melainkan ada padanya selubungan awan seumpama selubungan awan terhadap bulan, apabila tinggi awannya maka ia akan gelap dan apabila ia beredar, terang akan kembali meneranginya." (Hadis Riwayat Tobarani dan ditashihkan oleh Albani).

Begitu juga kadangkala hati mukmin ini diselubungi oleh awan hitam yang langsung menutupi cahayanya. Apabila mukmin itu berusaha menambah kekuatan imannya dan berdoa kepada Allah S.W.T, awan hitam itu akan beransur pergi sehingga sinar hati kembali menerangi. Oleh kerana itu setengah salaf pernah mengungkapkan kata-kata, "Hendaklah tahu godaan-godaan syaitan agar ia tidak mendatanginya."

Seorang ulama sufi bernama Sufian at-Thauri berkata : " Iman itu bukan dengan angan-angan dan cita-cita tetapi ia adalah sesuatu yang terpacak kukuh di dalam hati dan dibenarkan oleh amal."

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seseorang ingin mengetahui dimanakah kedudukannya disisi Allah dan dimanakah kedudukannya dengan perintah dan larangan Allah maka lihatlah dirinya. Apakah yang telah menyibukkan dirinya. Jika dia sibuk dengan kerja-kerja Islam, dakwah, tarbiah dan segala urusannya, sibuk menyelamatkan manusia dari apa neraka, sibuk bekerja demi untuk merai syurga, sibuk membantu orang-orang dhaif, fakr-miskin, anak-anak yatim yang memerlukan bantuan, sibuk berbuat baik kepada ibu bapa, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya Allah S.W.T. tidak merestui kebaikan itu melainkan kepada orang-orang  yang dikasihi-Nya.

Jika seseorang itu berpaling dengan dakwah, tidak suka kerja-kerja amar makruf nahi mungkar, memarahi pendakwah, sibuk dengan dunia dan segala penghasilannya, cakap banyak dengan amal yang sedikit, mengikut syahwat dan nafsunya dan seumpamanya, maka ketahuilah bahawa peribadi seperti ini adalah jauh dari Allah. Sesungguhnya Allah mengharamkannya dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri ke syurga.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" “(Surah al-Isra’ ayat 18).

Sekiranya kalian ingin meraih martabat terkehadapan di dalam segala bentuk kebaikan, termasuk menjadi hamba yang rabbani (dekat dengan Tuhan), buatlah kebaikan kepada kedua ibu bapa dan kepada mereka yang soleh dan bertakwa. Laksankanlah beberapa perkara  penting.

1. Hidupkan dan suburkan iman.

Iman yang hidup dalam diri seorang mukmin adalah penghubung terbaik kepada apa yang diharapkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Iman adalah kunci kebaikan di dunia dan penutup segala kejahatan dan ianya menjadi anak kunci untuk memasuki syurga Allah S.W.T.
Jalan untuk menghidupkan iman dan menyuburkannya adalah dengan kerja-kerja taat dan amalan-amalan soleh.

2. Menjadikan matlamat kehidupan mencari keredaan Allah S.W.T. semata-mata.

Menerima Allah S.W.T dengan penuh kejujuran dan memperhambakan diri sepenuhnya kepada-Nya.

 Dalam sebuah athar maksudnya : "Apabila hamba-Ku menghadap-Ku dengan hati dan anggotanya, maka Aku menghadap kepadanya denga hati-hati hamba-Ku yang penuh mawaddah dan rahmah."

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah (mengabdikan diri) kepada-Ku." (Surah Az-Zariat ayat 56)

Hendaklah sentiasa mengejar kedudukan tertinggi dan menjadikan objektif kehidupan adalah keredaan Allah . Beramal agar dapat merai syurga . Berusaha bersungguh-sungguh sekemampuan yang ada untuk mencapai matlamat suci ini.

3. Bersahabat dengan orang soleh.

Berusaha mencontohi kehidupan para sahabat Rasulullah S.A.W. di dalam sejarah Islam, para tabien dan juga salafus soleh. Merebut setiap detik dan masa untuk menambah nilai keimanan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

4. Perbanyakkan amal soleh .

Perbanyakkan solat sunat, qiyamulail dan berdoa diwaktu sahur. Berzikir dan membaca al-Quran yang berterusan dan mentadabbut rahsia-rahsia al-Quran

Sungguh Nabi S.A.W. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi S.A.W.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah S.A.W. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. untung nasib belum dipastikan samada syurga atau neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah S.A.W.?

Firman Allah s.w.t maksudnya :
“Dan pada sebahagian malam, lakukanlan solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji."
(Surah al-Isr a’ ayat 79)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita jadikan diri kita sebagai insan rabbani (dekat dengan Tuhan) maka perlulah jadikan seluruh kehidupan kita adalah untuk Allah, Rabb sekelian alam. Menjadikan solat kita, hidup, mati, ibadah dan gerak dan diam kita adalah untuk Allah. Kita bercakap dan beramal hanya apa yang diredai Allah, dan juga niat-niat kita semuanya adalah semata-mata mardatillah. Maka ketika inilah kita akan menjadi kekasih Allah di dunia dan kekasih Allah dihari akhirat. Tidak ada balasan yang paling baik untuk kekasih-Nya melainkan syurga seluas langit dan bumi  yang telah disediakan-Nya.


Monday, April 4, 2011

Makrifatullah (Mengenal Allah) Akan Mendatangkan Kebahagiaan dan Ketenangan Dalam Hidup

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Makrifatulla atau mengenal Allah adalah perkara pertama yang harus disempurnakan oleh seorang muslim. Harus tertanam dalam hati dan sanubari kita bahawa Allah adalah 'Rabb' sekelian alam. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "..dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Rabbmu (Tuhanmu)?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Surah al-A'raf ayat 172)  dan hadis nabi yang menyatakan bahawa jiwa manusia adalah fitrah.

Kayakinan ini harus bersandarkan kepada pelbagai dalil dan bukti yang kuat agar menghasilkan peningkatan iman dan takwa. Pengenalan kepada Allah S.W.T telah dikuatkan dengan banyak dalil. Beberapa dalil yang menguatkan kewujudan Allah S.W.T. tersebar di dalam dalil naqli. dalil aqli dan dalil fitri. Dalil-dalil ini akan menambah keyakinan kepada Allah S.W.T. dan keyakinan ini lahir dari pengenalan yang mantap terhadap Allah S.W.T.

Mengapa kita perlu mengenal Allah S.W.T? Kerana dengan mengenal Allah kita akan mendapatkan banyak kebaikan di antaranya adalah peningkatan iman dan takwa. Di samping dengan mengenal Allah akan melahirkan ketenangan, keberkatan dan kehidupan yang baik, serta di akhirat di balas dengan syurga Allah. Semua ini berakhir dengan keredaan Allah S.W.T.

Dengan mengenal Allah kita akan mengenal diri sendiri. Siapakan kita? Bagaimana kedudukan kita berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain? Apakah sama misi hidup kita dengan binatang? Apakah tanggungjawab kita dan kemana akhir hidup kita? Semua pertanyaan ini akan terjawab secara tepat  setelah kita mengenal Allah sebagai Rabb dan Ilah Yang Mencipta, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan dan seterusnya.

Dengan mengenal Allah, kita akan mendapat banyak keuntungan di dunia dan akhirat. Oleh itu sangatlah perlu kita mengenal Allah. Apabila al-Quran menggunakan ayat perintah (sighah amar) maka wajib bagi kita menyambut perintah tersebut.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Maka ketahuilah, bahawa tidak ada Tuhan (yang patut disembah) selain Allah, dan mohonlah ampunan atas dosamu  dan atas (dosa) orang-orang mukmin lelaki dan wanita. " (Surah Muhammad ayat 19)

Kata Rabb dalam al-Quran bererti bahawa Allah S.W.T sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa. Sedangkan kata Ilah  mengandungi erti bahawa Allahlah yang Paling dicinati, yang Paling ditakuti dan sebagai sumber pengharapan

Tiga dalil menjelaskan kewujudan Allah S.W.T. adalah seperti berikit :

Pertama Dalil Naqli. (Dalil dalam al-Quran)

Begitu banyak dalili-dalil yang berada di dalam al-Quran menguatkan keberadaan Allah S.W.T sebagai Tuhan Pencipta, Pemelihara, Penguasa dan Pengatur alam semesta. Dalil naqli bererti rujukan yang berasal di dalam al-Quran. Allah S.W.T menjadikan Rasul Muhammad S.A.W. sebagai teladan dalam mengamalkan nilai-nilai al-Quran.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Dapatkah kamu benar-benar bersaksi bahawa ada tuhan-tuhan lain bersama Allah?" Katakanlah, "Aku tidak dapat bersaksi." Katakanlah, "Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)." (Surah al-An'am ayat 19)

Kedua Dalil Aqli (Bukti Rasional)

Selain dikuatkan oleh dalil naqli yang berasal dari al-Quran maka wujud Allah dapat dibuktikan melalui pendekatan akal atau rasional. Kejadian langit, bumi dan pertukaran siang dan malam menjadi bukti bagi orang yang berakal. Al-Quran juga menjelaskan ciptaan-ciptaan Allah di bumi dan di langit serta kehebatan -kehebatan yang Allah miliki. Semuanya dapat diterima secara rasional.

Firman Allah S.W.T maksudnya ; "Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali-Imran ayat 190)
Ketiga Dalil Fitri (Dalil Fitrah)

Kewujudan Allah S.W.T juga di akui secara fitrah oleh setiap manusia khususnya pengakuan Allah sebagai Rabb Pencipta alam semester. Hati nurani manusia yang cenderung kepada kebaikan dan kebenaran dapat mengarahkan individu untuk mengaku kewujudan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "..dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Rabbmu (Tuhanmu)?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Surah al-A'raf ayat 172)

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita mengenal Allah dengan dalili-dalil yang kuat, maka hubungan kita dengan Allah menjadi lebih akrab. Apabila kita dekat dengan Allah, Allah akan dekat dengan kita. Setiap ayat Allah akan menjadi bahan berfikir dan penambahan keimanan dan ketakwaan. Di sini akan menghasilkan hamba yang merdeka, tenang, penuh keberkatan dan kehidupan yang baik. Syurga adalah tempat abadi yang telah dijanjikan oleh Allah bagi yang telah diredai-Nya.
Hasil dari pengenalan kepada Allah adalah bertambahnya iman dan takwa sehinggakan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Di antara kebahagiaan dunia adalah dapat memberikan ketenangan, memberi keamanan, mendapatkan kebebasan, memperolehi keberkatan, menjadi pemimpin dunia, mendapat kehidupan yang baik. Manakala kebaikan akhirat kita akan dimasukkan ke dalam syurga dan mendapatkan keredaan dari Allah.
Mengenal Allah S.W.T bererti menyerahkan dirinya dan semua urusannya kepada Allah. Dengan mengenal Allah akan timbul keyakinan kepada takdir dan menjadikan diri kita hanya bergantung kepada Tuhan semester alam. Dengan demikian kita menjadi bebas dari segala tuntutan hawa nafsu yang dapat membelenggu diri kita dan juga lepas dari segala ikatan yang membuat kita sangat bergantung dan menjadi tidak aman.

Mengenal Allah menjadikan diri kita aman kerana hanya kepada Allah saja kita bergantung. Keimanan tanpa mencampuradukkan keyakinan dengan yang lain membuat diri kita bebas dari belenggu keduniaan sehingga merasakan bebas dari segala sesuatu yang tidak perlu dipertuhankan dan mempertuhankan hanya kepada Allah S.W.T saja.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Orang-orang yang beriman tidak mencampur adukkan iman mereka denga kezaliman (syrik), mereka itulah orang-orang yang akan mendapat keamanana dan mereka itu adalah orang-orang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'am ayat 82)

Mengenal Allah akan menuntut kita untuk ingat kepada-Nya melalui zikir dan mengerjakan ibadah. Ketenangan kita diperolehi  dengan mengingati-Nya. 

Firman Allah S.W.T maksudnya : Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram  dengan mengingati Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd ayat 28)

Allah S.W.T akan melimpahkan keberkatan kepada sesiapa saja yang beriman dan bertakwa
. Ini merupakan janji Allah. Iman dan takwa hanya diperolehi apabila kita cinta, kasih dan sentiasa mengingati Allah S.W.T , melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mengenal Allah S.W.T dalam ertikata yang sebenarnya. Mengenali sifat-sifat kesempurnaan Allah S.W.T. Jika hati dan jiwa kita sentiasa merasai bahawa Allah S.W.T. sentiasa memerhatikan dan megawasi seluruh kehidupan kita maka kita akan takut untuk melakukan dosa dan maksiat. Kerana janji Allah kepada mereka yang berdosa jika tidak bertaubat akan dimasukkan ke dalam neraka yang amat azab sekali, begitu juga janji Allah S.W.T akan mengurnikan balasan syurga kepada sesiapa yang beramal soleh dan sentiasa mentaat-Nya ketika hidup di dunia yang fana ini.

Hadis Tanda Akhir Zaman - Al-Quran Sebagai Alat Propaganda

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sayyidina Ali bin Talib k.wj. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W.  bersabda maksudnya : "Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangannya :

Nabi S.A.W. telah menjelaskan bahawa di akhir zaman nanti terdapat dikalangan umatnya mereka membaca al-Quran tetapi tidak sama seperti al-Quran yang dibaca oleh sahabat-sahabat baginda. Para sahabat bukan setakat membaca al-Quran tetapi kitab suci ini menjadi amalan dalam perbuatan dan kehidupan mereka sehinggakan mereka diberi gelaran 'Generasi al-Quran yang unik' sedangkan umat Islam diakhir zaman membaca al-Quran setakat dikerongkong saja iaitu setakat bacaan saja sedangkan amalan kehidupan harian lari jauh daripada tuntutan al-Quran. Lebih malang lagi al-Quran hanya dipertandingkan saja sedangkan hukum-hakam al-Quran tidak dihayati dalam pentadbiran negara. Mereka mengambil sebahagian hukum al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain yang bersesuai dengan matlamat politik mereka, al-Quran hanya dijadikan propaganda untuk mencapai tujuan tertentu saja bukannya untuk dihayati sepenuhnya.

Begitu juga ibadah sembahyang yang dikerjakan oleh umat akhir zaman nanti amat berbeza dengan amalan sembahyang yang dikerjakan oleh sahabat-sahabat baginda. Para sahabat bersembahyang adalah sama seperti sembahyang Rasulullah S.A.W. kerana mereka boleh melihat dengan jelas cara-cara sembahyang baginda. Kesan daripada sembahyang yang dikerjakan oleh para sahabat akan dapat mencegah mereka daripada perbuatan fasak dan mungkar. Sedangkan umat akhir zaman sembahyang tidak sempurna rukun dan syarat yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam, mereka sembahyang seperti patuk ayam tidak ada tamakninah, mereka sembahyang secara ikut-ikutan dan tidak mempunyai kualiti iaitu tak khusyuk dan tidak mengikut sunah. Oleh sebab itu sembahyang mereka tidak mampu membawa mereka untuk meninggalkan perbuatan fasak dan mungkar.

Mereka yang hidup tidak mengamalkan al-Quran dan sembahyangnya pula tak sempurna maka Nabi S.A.W. menjelaskan mereka boleh terkeluar daripada Islam dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. Jika dizaman Nabi S.A.W. masih terdapat golongan munafik maka lebih-lebih lagi dizaman siber ini ramai orang munafik yang dibela dan disanjung untuk menentang di atas kebangkitan Islam . Golongan ini akan mereka-cipta fitnah kepada orang Islam sendiri semata-mata untuk menjaga kepentingan segelintir para pemimpin mereka yang fasik.

Oleh itu berhati-hatilah supaya hidup kita tidak menjadikan al-Quran sebagai alat propaganda tetapi sebaliknya menjadikan al-Quran sebagai satu cara hidup yang sempurna yang mendidik hati kita samaada siang dan malam.

Sunday, April 3, 2011

Kisah Luqman Al-Hakim dan Kata-kata Nasihatnya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Luqman al-Hakim adalah seorang hamba Allah  yang soleh, bertakwa dan ahli hikmah yang diceritakkan sendiri oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran surah Luqman.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan hikmah (kebijaksanaan) kepada Luqman (Kami katakan) : Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang syukur, sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan siapa yang kufur (ingkar) sesungguhnya Allah itu Terkaya lagi Terpuji.” 
(Surah Luqman, Ayat 12)

Di sini Allah mengisahkan tentang Luqman al-Hakim (yakni Luqman yang bijaksana). Dalam tafsir-tafsir ‘al-Khazin’ dan ‘ Hasyiatul Jamal ‘Ala Jalalain’ ada di sebutkan ciri-cirinya,
antara lainnya seperti berikut:-
Bahawasanya Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga
Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s. Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israil.

Para ulama semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang ahli hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara hikmah (kebijaksanaan) dengan nubuwwah (kenabian), dipilihnya hikmah.

Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pula jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih
dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu. Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa
Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi:

“Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bistari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Rabah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja
Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad S.A.W..)

Luqman Al-Hakim ada memberi nasihat panjang kepada anaknya yang diriwayatkan oleh Al-Muharbi,daripada Sufyan Ats-Thaury.Antara kata-kata hikmahnya adalah:

1. “Hai anakku!Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya.Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala.Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”

2. “Hai anakku!Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.”

3. “Hai anakku!Jadilah engkau orang kaya, niscaya engkau menjadi orang yang dipercayai.”

4. “Hai anakku!Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan.Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”

5. “Hai anakku!Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit, engkau akan peroleh faedah yang banyak.”

6. “Hai anakku!Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya,niscaya engkau akan rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.”

7. “Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros.Juga janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan boros”

8. “Hai anakku!Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”

9. Luqman berkata lagi: “Hai anakku!Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu.Dia akan mengumpat sahabatnya apabila sahabatnya tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”

10. Beliau juga berpesan: “Hai anakku!Barang siapa yang memikul sesuatu yang dia tidak terdaya, dia akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa. Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina”

11. Seterusnya katanya: “Hai anakku!Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh.Walaupun dia memiliki rupa yang indah, namun dia seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”

12. “Hai anakku!Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya).Pandangannya mengagumkanmu sedangkan kesannya amat buruk.”

13. Dalam kitab Bahjatul Majalis, Luqman berkata kepada anaknya: “Hai anakku!Merendah dirilah engaku dengan kebenaran,niscaya engkau menjadi manusia yang paling berakal.”
14. “Hai anakku!Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya, dia telah berdosa.Maka berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”

15. “Hai anakku!Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap. Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.”

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama hayati setiap kata-kata nasihat Luqman Al-Hakim yang penuh hikmah dan bijaksana. Kata-kata beliau berupa mutiara berharga yang tidak pernah rosak walaupun zaman telah berlalu ribuan tahun. Kata-kata tersebut masih relevan dan boleh digunakan sehingga sekarang.