Saturday, March 19, 2011

Fadilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat baginda.
 
Surah Al-Mulk

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang fadilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud,At-Tirmizi,An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
 "Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk."

Daripada Ibnu Abas r.a, seseorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.beliau lalu menemui baginda dan berkata : "Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui,saya mendengar seorang sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam." Maka Nabi SAW bersabda: "Itu yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari Seksa Kubur."  (HR At-Tirmizi).

Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga Baginda membaca surah Alif Laam Miim Al-Sajadah dan surah Al-Mulk. (HR At-Tirmizi).

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga." (HR At-Tabrani).

An-Nasai juga meriwayatkan dari ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam maka Allah SWT mencegahnya daripada azab kubur."

Terdapat satu surah  di dalam kitab Allah (Al-Quran) yang mana mengandungi tiga puluh ayat,yang kelak memberi syafaat kepada orang yang membacanya,mengeluarkannya daripada neraka pada hari Kiamat lalu memasukkanya ke dalam Syurga iaitu surah Al-Mulk.

Anas r.a pula meriwayatkan, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk dan As-sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.

azita_idris79@yahoo.com

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Aku melihat maut,
dan banyak orang yang sedih kerananya,
Padahal maut itu boleh jadi lebih baik baginya..

Ketika malam telah gelap,dia mendengar suara berbunyi:
Ingatlah orang yang sakit hati kerana kegelisahan
Aku telah melafazkan sebuah bait yg mudah dihafal
Apabila kesukaran semakin berat menimpamu
Maka renungkanlah surah "Alam Nasyrah'
Jika kesukaran itu berada diantara dua kemudahan
maka bergembiralah dan tinggalkan lah kesedihan.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Ayat-ayat al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia adalah sebagai petunjuk dan hidayah untuk dibaca, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan kita. Al-Quran merupakan kalamuallh, yang mengandungi mukjizat akan digunakan oleh orang mukmin untuk menyelesaikan semua permasaalahan hidup di dunia ini.

Salah satu masaalah yang dihadapi adalah kita terpaksa berhadapan dengan sikap manusia yang mempunyai  keras hati, cepat marah dan sukar untuk menerima nasihat. Oleh itu cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.



ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ (1)


Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِينَ (2)


Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ (3)


مَŰ§Ù„ِكِ يَوْمِ Ű§Ù„ŰŻِّينِ (4)


Ű„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰčْŰšُŰŻُ وَŰ„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰłْŰȘَŰčِينُ (5)


Ű§Ù‡ْŰŻِنَۧ Ű§Ù„Ű”ِّ۱َۧ۷َ Ű§Ù„ْمُŰłْŰȘَقِيمَ (6)



Ű”ِ۱َۧ۷َ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَنْŰčَمْŰȘَ Űčَلَيْهِمْ Űșَيْ۱ِ Ű§Ù„ْمَŰșْ۶ُÙˆŰšِ Űčَلَيْهِمْ وَلَۧ Ű§Ù„Ű¶َّŰ§Ù„ِّينَ (7)

Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21



Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Ű·Ù‡ (1) 

مَۧ ŰŁَنْŰČَلْنَۧ Űčَلَيْكَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ لِŰȘَŰŽْقَى (2) 

Ű„ِلَّۧ ŰȘَŰ°ْكِ۱َŰ©ً لِمَنْ يَŰźْŰŽَى (3) 

ŰȘَنْŰČِيلًۧ مِمَّنْ Űźَلَقَ Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶َ وَŰ§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰčُلَۧ (4) 


Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنُ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰčَ۱ْŰŽِ ۧ۳ْŰȘَوَى (5) 


Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


 KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

KAEDAH KE LAPAN : AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA SUPAYA SUAMI SENTIASA MENCINTAI ISTERINYA.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita.








Friday, March 18, 2011

Nasihat Menasihati di Perlukan Walaupun Amalan Kalian Masih Belum Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah S.A.W yang tercinta wafat.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair: “Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”.

Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad S.A.W ”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Abu Ruqayah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Agama adalah nasihat". Kami berkata: "Kepada siapa?". Baginda bersabda maksudnya : "Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kandungan Hadis:

1. Agama Islam berdiri tegak di atas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati di antara masing-masing individu muslim.
2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuan.

Kedudukan Hadis
Hadis ini sangat penting, kerana mengandung seluruh agama. Iaitu mengandung hak Allah, hak Rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajiban penunaian hak-hak tersebut terkandung pada kata nasihat.

1. Nasihat untuk Allah.
Adalah menunaikan hak Allah S.W.T. seperti telah tersebut pada pembahasan iman kepada Allah.

2. Nasihat untuk kitab-Nya.
Adalah menunaikan hak kitab-Nya Al-Quran, seperti yang diyakini bahawa Al-Quran adalah kalamullah, mukjizat terbesar diantara mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada para rasul, sebagai petunjuk dan cahaya. Selain itu juga membenarkan beritanya dan melaksanakan hukumnya.

3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
Adalah menunaikan hak Rasulullah S.A.W. apabila dilaksanakan semua sunah dan amalan Nabi S.A.W, seperti telah tersebut pada makna syahadat Muhammad Rasulullah.

4. Nasihat untuk para imam.
Kata imam jika disebutkan secara mutlak maka berarti penguasa, dan adakalanya kata imam berarti ulama. Nasihat untuk para imam, meliputi imam dengan kedua maksud tersebut.

Nasihat untuk penguasa adalah menunaikan haknya, seperti, taat dalam hal yang makruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.

Nasihat untuk ulama adalah mencintai mereka kerana kebaikannya dan jasanya pada umat berkat ilmunya, dan dakwahnya, menjaga kehormatan dan kewibawaannya serta menyebarkan fatwa- fatwanya.

5. Nasihat untuk kaum muslimin
Memberi nasihat dan mengajak kepada makuf dan mencegah kemugkaran adalah tanggungjawab kita semua. Jangan diabaikan dan ditinggalkan tugas ini. Kita mengajak kepada kaum muslimin dimana saja mereka berada. Adalah memberikan semua yang menjadi hak mereka demi terwujudnya maslahat dunia dan akhirat mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita teruskan tugas mulia dan menjadi amalan dan sunah Nabi S.A.W. iaitu nasihat menasihati dan berdakwah kepada sesiapa saja untuk mentaati Allah S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya walupun kita masih serba kekurangan dan masih banyak belum sempurna. Jangan rasa kecewa apabila nasihat kita tidak di dengari dan di ikuti kerana hidayah dan petunjuk itu hak Allah S.W.T. sedangkan hak memberi nasihat adalah tugas kita sebagai hamba-Nya. Allah S.W.T. akan memberi balasannya di hari akhirat apabila kita memenuhi tugas yang diamanahkan-Nya di dunia.

Thursday, March 17, 2011

Bersabar dan Syukur Sifat Orang Mukmin

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati Allah S.W.T
Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat baginda.
 
Sabar
Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya. Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Para ulama dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah S.W.T. masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?                                                                                  
 
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang. Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.
 
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan Mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, firaun menjadi sombong dan lupa diri. Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.

Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah di zalimi tadi. Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh firaun itu dengan menenggelamkan dia di laut merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.

Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan firaun. Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan firaun laknatullah.
 
Kisah Raja Namrud
Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah S.W.T. ke atas kaum mereka. Namun dengan sifat kasih sayang Allah S.W.T, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan oleh Allah S.W.T. dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.
 
Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub a.s. dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila Dia menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub a.s.. Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, baginda masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya. Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah  S.W.T, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa dirinya.
 
Bersabar dan Bersyukurlah
sahabat yang dimuliakan sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri. Moga Allah S.W.T. memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan. Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, sesungguhnya Allah mengetahui tahap kesanggupan setiap hamba-hambanya.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
                                                                                                                                                azita_idris79@yahoo.com

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Berdoa Kepada Allah Supaya di Jauhi Daripada Bala dan Kehinaan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdoa adalah senjata orang mukmin. Dalam kehidupan seorang mukmin, hidupnya penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup di dunia ICT dan kemajuan teknologi, disana sini berlaku maksiat dan kemugkaran, kita perlulah meminta perlindungan Allah S.W.T. daripada bala dan musibah yang akan diturunkan oleh Allah S.W.T. kerana kerosakkan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia di muka bumi ini. Berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T. tanda pengharapan kita yang mutlak kepada-Nya.

Doa memohon selamat daripada bala dan kehinaan ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi S.A.W. ada mengajarkan kepada kita untuk berdoa : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)."

Terdapat 4 perkara intisari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W untuk berlidung kepada Allah S.W.T. :

1. Kesusahan bala
2. Hinanya kesengsaraan
3. Keburukan qadak
4. Kegembiraan musuh

Huraiannya :

Pertama : Kesusahan bala.

Bala  adalah suatu kententuan Allah S.W.T keatas hamba-hamba-Nya. Bala  adalah satu peringatan daripada Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya samaada untuk menghapuskan dosa atau sebagai peringatan Allah S.W.T. semoga manusia kembali kepada Allah S.W.T. dengan meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan suruhan-Nya.

Bala yang datang dalam berbagai bentuk seperti kemalangan jalan raya, kebakaran rumah, mendapat penyakit, kehilangan harta benda, kematian insan yang dikasihi, kerugiaan dalam perniagaan, hilang jawatan, dirompak, diragut dan pergaduhan dan perselisihan di kalangan ahli keluarga dan kematian yang buruk (su'ul khatimah). Bala yang paling besar adalah apabila seseorang itu suka kepada maksiat dan melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama dan tidak merasa berdosa.

Sedekah mampu memberikan pengaruh yang luar biasa kepada orang yang menunaikannya. Salah satu manfaat sedekah adalah ia memelihara seseorang dari segala macam bahaya , bala dan musibah.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Oleh itu banyakkanlah memberi sedekah setiap hari walaupun hanya seringgit semoga terlindung daripada bala dan musibah. Seorang yang bersedekah mendapat doa malaikat rahmat.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Selain daripada doa di atas terdapat satu lagi doa yang diajarkan Nabi S.A.W. semoga kita dijauhi daripada bala (kemalangan).
"Ya Allah, tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukkan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah S.W.T." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kedua : Hinanya kesengsaraan.

Apabila seseorang ditimpa kesengsaraan dalam hidupnya seperti kefakiran dan penyakit yang berpanjangan maka masyarakat akan memandang hina kepadanya. Hidup terpaksa meminta-minta dan sentiasa meminta belas ihsan orang ramai. Kesengsaraan boleh juga datang dalam bentuk fitnah yang yang dilemparkan kepada seseorang sedangkan perbuatan tersebut tidak dilakukan. Penyakit yang didatangkan melalui sihir juga menyebabkan seseorang menderita menghadapi penyakit yang misteri daripada angkara jin dan syaitan.

Maka kita diminta berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T. supaya dijauhi mendapat musibah dengan mengalami kesengsaraan.

Salah satu doa yang baik diamalkan supaya dijauhi daripada kesengsaraan :

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, dan daripada sifat kedekut, aku mohon perlindungan-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk, serta aku mohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesengsaraan yang besar adalah apabila kita segsara di alam barzakh dan hari akhirat, maka
Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. 
Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)
 
Ketiga : Keburukan qadak.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan kebaikan dan keburukkannya di dalam qadak dan qadar-Nya.

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya : Aku ada mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar takdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)
 
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Tidak boleh menolak qadak kecuali dengan doa".

Qadak dan qadar adalah rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya.Tugas kita buat ibadah dan amal soleh sebaik mungkin dan tingkatkan ketakwaan dan keimanan pada Allah S.W.T. dan yakin dengan janji-Nya, maka Dia akan membalasi hamba-Nya yang beriman dengan syurga.

Oleh itu kita diminta perbanyakkan doa semoga keburukan qadak yang ditetapkan Allah S.W.T dapat Dia mengasihani kita dengan di gantikannya denga qadak yang baik.

Sayyidina Umar Al-Khattab r.a pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf : “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah S.W.T berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah S.A.W.  bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berbaik sangka dengan-Nya bahawa Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita dan mengasihi kita di dunia dan akhirat insya Allah dengan sangkaan kita yang positif maka Allah S.W.T. akan berperasangka seperti sangkaan kita terhadap-Nya. Maka kita akan mendapat rahmat dan pengampunan-Nya.

Keempat : Kegembiraan musuh.

Kiat berdoa meminta Allah S.W.T jauhi kita daripada musuh. Samaada musuh yang nampak atau musuh yang tidak nampak. Musuh yang nampak adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana Allah S.W.T. mengatakan mereka tidak akan senang kepada kita selagi kita tidak mengikut agama mereka. Orang-orang kafir yang lain juga adalah musuh kita kerana mereka benci kepada akidah Islam yang kita percaya dan yakini. Musuh-musuh yang lain pula adalah musuh dikalangan orang Islam yang fasiq yang benci pada hukum Allah dan tidak suka kepada akhlak dan ajaran Islam yang kita hayati dan hendak kita amalkan. Musuh yang tidak nampak pula adalah iblis, syaitan dan jin yang sentiasa menggoda siang dan malam untuk menyesatkan kita.
 
Nabi S.A.W mengajarkan kita semoga dijauhi daripada pelbagai kejahatan.

"Ya Allah! Sesungguhnya akau berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas. sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran dan orang yang menindasku (musuhku)"
(Hadis Riwayat Bukhari)

"Ya Allah! Sesungguhnya akau berlindung kepada-Mu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, kawan yang buruk dan jiran yang jahat ditempat tinggalku."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita sentiasa berdoa dan meminta perlindungan daripada Allah S.W.T. dalam segala bentuk bala dan kehinaan samaada hidup di dunia dan hari akhirat. Lakukanlah setiap hari dan setiap masa kerana Allah S.W.T Maha Mendengar permohonan dan permintaan kita. Mukmin yang baik dan lebih dikasihi Allah adalah mukmin yang kuat dan banyak berdoa daripada mukmin yang lemah dan kurang berdoa.

Wednesday, March 16, 2011

Hikmah dan Kebaikan Poligami Dalam Islam (Bahagian ke2)

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T.  memerintahkan kepada semua manusia untuk selalu bersikap adil dalam semua keadaan, baik yang berhubungan dengan hak-Nya maupun hak-hak sesama manusia, iaitu dengan mengikuti ketentuan syariat Allah S.W.T.  dalam semua itu, kerana Dia mensyariatkan agamanya di atas keadilan yang sempurna.

Allah S.W.T. berfirman,

{Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŁْمُ۱ُ ŰšِŰ§Ù„ْŰčَŰŻْلِ وَŰ§Ù„ْŰ„ِŰ­ْŰłَŰ§Ù†ِ وَŰ„ِيŰȘَۧۥِ Ű°ِي Ű§Ù„ْقُ۱ْŰšَى وَيَنْهَى Űčَنِ Ű§Ù„ْفَŰ­ْŰŽَۧۥِ وَŰ§Ù„ْمُنْكَ۱ِ وَŰ§Ù„ْŰšَŰșْيِ يَŰčِŰžُكُمْ لَŰčَلَّكُمْ ŰȘَŰ°َكَّ۱ُونَ}

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
(Surah an-Nahl ayat 90).

Termasuk dalam hal ini, sikap adil di dalam berpoligami, iaitu tidak berat sebelah dalam mencukupi keperluan para isteri dalam hal makanan, pakaian, tempat tinggal dan bermalam bersama mereka. Dan ini tidak bererti harus adil dalam segala sesuatu, sampai dalam hal yang sekecil-kecilnya, yang ini jelas di luar kemampuan manusia.

Sebab timbulnya kesalahpahaman dalam masalah ini, di antaranya karena hawa nafsu dan ketidakpahaman terhadap agama, termasuk kerancuan dalam memahami firman Allah S.W.T.

{وَلَنْ ŰȘَŰłْŰȘَŰ·ِيŰčُÙˆŰ§ ŰŁَنْ ŰȘَŰčْŰŻِلُÙˆŰ§ Űšَيْنَ Ű§Ù„Ù†ِّŰłَۧۥِ وَلَوْ Ű­َ۱َŰ”ْŰȘُمْ فَÙ„Ű§ ŰȘَمِيلُÙˆŰ§ كُلَّ Ű§Ù„ْمَيْلِ فَŰȘَŰ°َ۱ُوهَۧ كَŰ§Ù„ْمُŰčَلَّقَŰ©ِ}

Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan kamu biarkan yang lain terkatung-katung” (Surah an-Nisa’ ayat 129).

Marilah kita lihat bagaimana para ulama Ahlus sunnah memahami firman Allah yang mulia ini.

Imam asy-Syafi’i berkata, “Sebagian dari para ulama ahli tafsir (menjelaskan makna firman Allah Ta’ala): “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu)…”, (ertinya: berlaku adil) dalam perasaan yang ada dalam hati (rasa cinta dan kecenderungan hati), kerana  Allah S.W.T.  mengampuni bagi hamba-hamaba-Nya terhadap apa yang terdapat dalam hati mereka. “…kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)…” ertinya: janganlah kamu memperturutkan keinginan hawa nafsumu dengan melakukan perbuatan (yang menyimpang dari syariat). Dan penafsiran ini sangat sesuai dan tepat. Wallahu a’lam”

Dalam hadis Rasulullah S.A.W.  (yang shahih) menunjukkan bahawa yang dimaksud dengan adil dalam poligami adalah menyamakan semua isteri dalam keperluan mereka dengan pemberian yang layak bagi masing-masing dari mereka. Jika seorang suami telah menunaikan bagi masing-masing dari para isterinya keperluan mereka yang berupa pakaian, nafkah  dan bermalam dengannya secara layak dan bergilir-gilir, maka dia tidak berdosa dengan apa yang melebihi semua itu, berupa kecenderungan dalam hati, atau memberi hadiah kepada salah satu dari mereka

Oleh kerana itulah, Rasulullah S.A.W. berkata (dalam doa baginda), “Ya Allah, inilah pembagianku (terhadap istri-istriku) yang aku mampu (lakukan), maka janganlah Engkau mencelakanku dalam perkara yang Engkau miliki dan tidak aku miliki” Kemudian Allah melarang “kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai)”,

Imam Mujahid berkata, “ Janganlah kamu sengaja berbuat buruk (aniaya terhadap istri-istrimu), akan tetapi tetaplah berlaku adil dalam pembagian (giliran) dan memberi nafkah (keperluan hidup) kerana ini termsuk perkara yang mampu dilakukan manusia”

Imam Ibnu Katsir berkata, “maksud ayat di atas : "Wahai manusia, kamu sekali-kali tidak akan dapat bersikap adil (menyamakan) di antara para istrimu dalam semua segi, karena meskipun kamu membagi giliran mereka secara lahir semalam-semalam, (akan tetapi) mesti ada perbedaan dalam kecintaan (dalam hati), keinginan syahwat dan hubungan intim."

Sahabat yang dimuliakan,
Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Kerana cemburu yang melampaui batas boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, iaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan.

Allah S.W.T.  berfirman,

{Ű°َلِكَ ŰšِŰŁَنَّهُمْ كَ۱ِهُÙˆŰ§ مَۧ ŰŁَنŰČلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁَŰ­ْŰšَŰ·َ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„َهُمْ}

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka” (Surah  Muhammad ayat 9).

Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum lelaki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, kerana hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, iaitu para isetri Rasulullah S.A.W. Dan baginda menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela.

Terdapar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Atik al-Anshari radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesunguhnya di antara sifat cemburu ada yang dicintai oleh Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun kecemburuan yang dicintai-Nya adalah al-ghirah (kecemburuan) terhadap keburukan. Sedangkan kecemburuan yang dibenci-Nya adalah kecemburuan terhadap (perkara) yang bukan keburukan”

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (kerana melampaui batas) adalah:

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

4. Ketidak-adilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari isteri-isterinya.

5. Isteri hanya ikut emosi dan tidak berpandukan akal yang waras.

6. Suami suka menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain.

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.

3. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

4. Bersangka baik kepada suami dan madunya yang lain

5. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

6. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

7. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

Nasihat untuk suami dan isteri-isteri yang berpoligami.

1. Nasehat untuk suami yang berpoligami

- Bersikap adillah terhadap isteri-isterimu dan hendaklah selalu bersikap adil dalam semua masalah, sampai pun dalam masalah yang tidak wajib hukumnya. Janganlah kamu bersikap berat sebelah terhadap salah satu dari isteri-isterimu.

- Berlaku adillah terhadap semua anakmu dari semua isterimu. Usahakanlah untuk selalu mendekatkan hati mereka, misalnya dengan menganjurkan isteri untuk menyusui anak dari isteri yang lain. Jelaskanlah kepada mereka bahawa mereka semua adalah saudara. Jangan biarkan ada peluang bagi syaitan untuk merusak hubungan mereka.

- Sering-seringlah memuji dan menyebutkan kelebihan semua isteri, dan tanamkanlah kepada mereka keyakinan bahawa tidak ada kecintaan dan kasih sayang yang abadi  kecuali dengan mentaati Allah S.W.T. dan mencari keredaan suami.

- Janganlah menceritakan ucapan salah seorang dari mereka kepada yang lain. Janganlah menceritakan sesuatu yang bersifat rahsia, kerana rahsia itu akan cepat tersebar dan disampaikannya kepada isteri yang lain, atau dia akan membanggakan diri bahawa dia mengetahui rahsia suami yang tidak diketahui isteri-isteri yang lain.

- Janganlah kamu memuji salah seorang dari mereka, baik dalam hal kecantikan, kepandaian memasak, atau akhlak, di hadapan isteri yang lain. Kerana ini semua akan merusak suasana dan menambah permusuhan serta kebencian di antara mereka, kecuali jika ada pertimbangan masaalah atau kebaikan yang diharapkan.

- Janganlah kamu mendengarkan ucapan salah seorang dari mereka tentang isteri yang lain, dan tegurlah dan laranglah perbuatan tersebut, supaya mereka tidak terbiasa saling memburuk-burukkan di antara satu sama yang lain.

2. Nasihat untuk isteri pertama :

- Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, dan ketahuilah bahawa sikap menentang dan tidak menerima akan membahayakan bagi agama dan kehidupanmu.

- Terimalah semua kekuranganmu yang diingatkan oleh suamimu. Kerana boleh jadi itu merupakan sebab dia berpoligami. Kalau kekurangan-kekurangan tersebut berhasil kamu atasi maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. atas petunjuk-Nya.

- Berikanlah perhatian besar kepada suamimu dan sering-seringlah memujinya, baik di hadapan atau di belakangnya, terutama di hadapan keluargamu atau teman-temanmu, kerana ini termasuk hal yang boleh memperbaiki hati dan lisanmu, serta menyebabkan keredaan suami padamu. Dengan itu kamu akan menjadi contoh tauladan yang baik bagi para wanita yang menentang dan mengingkari syariat poligami, atau mereka yang merasa disakiti ketika suaminya berpoligami.

- Janganlah kamu mendengarkan ucapan orang jahil yang punya niat buruk dan ingin menimbulkan permusuhan antara kamu dengan suamimu, atau dengan madumu. Janganlah kamu mudah menyimpulkan sesuatu yang kamu dengar sebelum kamu meneliti kebenaran berita tersebut.

- Janganlah kamu menanamkan kebencian dan permusuhan di hati anak-anakmu kepada isteri-isteri suamimu dan anak-anak mereka, kerana mereka adalah saudara  anak-anakmu. Ingatlah bahawa tipu daya yang buruk hanya akan menimpa pelakunya.

- Jangalah kamu merubah sikap dan perlakuanmu terhadap suamimu. Janganlah biarkan dirimu menjadi bahan permainan syaitan, serta mintalah pertolongan dan berdolah kepada Allah S.W.T.  agar Dia menguatkan keimanan dan kecintaan dalam hatimu.

3. Nasihat untuk isteri yang baru dikahwini :

- Ketahuilah bahwa kerelaanmu di kawini oleh seorang yang telah beristeri adalah kebaikan yang besar dan menunjukkan kuatnya iman dan takwa dalam hatimu, insya Allah. Fahamilah ini semua dan harapkanlah ganjaran pahala dari Allah S.W.T. atas semua itu.

- Gunakanlah waktu luangmu ketika suamimu berada di rumah isterinya yang lain dengan membaca al-Quran, mendengarkan ceramah-ceramah agama yang bermanfaat, dan membaca buku-buku yang berfaedah, atau gunakanlah untuk membersihkan rumah dan merawat diri.

- Jadilah engkau sebagai daie (penyeru) manusia ke jalan Allah S.W.T.  dalam hukum-Nya yang mulia ini. Fahamkanlah mereka tentang hikmah-Nya yang agung dalam syariat poligami ini. Janganlah engkau menjadi penghalang bagi para wanita untuk menerima syariat poligami ini.

- Janganlah bersikap enggan untuk membantu atau mengasuh isteri-isteri suami dan anak-anak mereka jika mereka memerlukankan pertolonganmu. Kerana perbuatan baikmu kepada mereka bernilai pahala yang agung di sisi Allah dan menjadikan suami reda kepadamu, serta akan menumbuhkan kasih sayang di antara kamu dan mereka.

- Janganlah kamu ceritakan kekurangan dan keburukan suami dan madu yang lain. Jangan  menceritakan kepada orang lain bahwa suami berpoligami kerana tidak menyukai isterinya yang pertama, kerana ini semua termasuk perangkap syaitan.

- Jangan kamu berusaha menimbulkan permusuhan antara suami dengan isterinya yang lain, agar dia semakin sayang padamu. Kerana ini adalah perbuatan namiimah (mengadu domba) yang merupakan dosa besar. Berusahalah untuk selalu mengalah kepadanya, kerana ini akan mendatangkan kebaikan yang besar bagi dirimu.

Sahabat yang dikasihi,
Demikianlah keterangan tentang poligami yang menunjukkan sempurnanya keadilan dan hikmah dari hukum-hukum Allah S.W.T. Semoga ini semua menjadikan kita semakin yakin akan keindahan dan kebaikan agama Islam, kerana ditetapkan oleh Allah S.W.T. yang Maha Sempurna semua sifat-sifat-Nya. Oleh itu marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk sentiasa taat kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala larangan-Nya. Berpoligami boleh mendatangkan kebaikan dan pahala yang besar disisi Allah S.W.T. tetapi poligami boleh juga boleh menjerat suami kepada dosa dan boleh mengheret isteri kepada derhaka kepada suami. Justeru itu tepuk dada dan tanya iman kita dimana kedudukan kita semua?


Tuesday, March 15, 2011

Hikmah dan Kebaikan Poligami Dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila membicarakan hukum berpoligami terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)

Firman Allah S.W.T. :

{وَŰ„ِنْ ŰźِفْŰȘُمْ ŰŁَلَّۧ ŰȘُقْŰłِŰ·ُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„ْيَŰȘَŰ§Ù…َى فَŰ§Ù†ْكِŰ­ُÙˆŰ§ مَۧ Ű·ََۧۚ لَكُمْ مِنَ Ű§Ù„Ù†ِّŰłَۧۥِ مَŰ«ْنَى وَŰ«ُلََۧ۫ وَ۱ُŰšَۧŰčَ}

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

{فَŰ„ِنْ ŰźِفْŰȘُمْ ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčْŰŻِلُÙˆŰ§ فَوَِۭۧŰŻَŰ©ً ŰŁَوْ مَۧ مَلَكَŰȘْ ŰŁَيْمَŰ§Ù†ُكُمْ Ű°َلِكَ ŰŁَŰŻْنَى ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčُولُÙˆŰ§}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

{وَقُلِ Ű§Ù„ْŰ­َقُّ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ فَمَنْ ŰŽَۧۥَ فَلْيُŰ€ْمِنْ وَمَنْ ŰŽَۧۥَ فَلْيَكْفُ۱ْ}

Maksudnya : “Dan katakanlah:'Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir” 
(Surah al-Kahfi:29). 

Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?” 

Beliau menjawab :  “Poligami hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyebutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat yang besar bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

Adapun selain daripada Nabi S.A.W.  boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan memudahkan bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan. 

Adapun bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil, maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala berfirman,

{فَŰ„ِنْ ŰźِفْŰȘُمْ ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčْŰŻِلُÙˆŰ§ فَوَِۭۧŰŻَŰ©ً ŰŁَوْ مَۧ مَلَكَŰȘْ ŰŁَيْمَŰ§Ù†ُكُمْ Ű°َلِكَ ŰŁَŰŻْنَى ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčُولُÙˆŰ§}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Semoga Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh  memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya  maka itu lebih utama. 

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)

Hikmah dan kebaikan poligami :

Hukum poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

Terdapat 12  hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :

Pertama: Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi ramai anak dan cucu, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan  kecuali dengan poligami, insya Allah.

Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

{وَهُوَ Ű§Ù„َّŰ°ِي Űźَلَقَ مِنَ Ű§Ù„ْمَۧۥِ ŰšَŰŽَ۱ًۧ فَŰŹَŰčَلَهُ نَŰłَŰšًۧ وَŰ”ِهْ۱ًۧ وَكَŰ§Ù†َ ۱َŰšُّكَ قَŰŻِÙŠŰ±ًۧ}

“Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

Maka poligami adalah sebab terjalinnya hubungan dan mendekatkan antara banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketiga: Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang ramai, dan ini merupakan tuntutan syariat.

Keempat: Di antara kaum lelaki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal  . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami  sesuai dengan syariat-Nya.

Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kelapan: Kadangkala  seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian  suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi  dengan poligami dan tidak membataskan jumlah keturunan.

Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.

Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan  poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka  suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula  isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya poligami.

Sahabat yang dimuliakan,
Masih terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit daripadanya.

Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.

Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan dianatara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.

Monday, March 14, 2011

Membuat Tuduhan Zina atau Liwat Tanpa Saksi Adalah Ciri-ciri Orang Fasiq

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabt yang dirahmati Allah,
Umat Islam hari ini telah berada didalam keadaan yang amat parah sekali. Mereka meninggalkan hukum dan ajaran Islam. Mereka sanggup berceramah kesana kemari semata-mata untuk membuat tuduhan dan membuat fitnah dengan mengatakan seseorang itu berzina dan meliwat tanpa membawa bukti dan 4 orang saksi lelaki yang adil. Umat Islam yang lain menyokong dan bersorak seronok kerana mereka menjadi jaguh untuk mengumpat, memfitnah dan mengadu domba! Demi pangkat, nama, wang manusia sanggup mengadaikan maruah diri mereka sendiri dan mereka sedang menyediakan diri mereka untuk menjadi muflis di hari akhirat jika tidak bertaubat.

Setiap tuturkata kita, dan dakwaan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T. Jika menurut hukum Islam, seseorang yang membuat tuduhan  wajib sediakan empat orang saksi lelaki yang adil. Jika beliau gagal menyediakan 4 orang lelaki saksi yang adil, maka dia akan dikenakan hukuman Qazaf.

Apa itu Hukum Qazaf?

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq.

Firman Allah S.W.T.  yang bermaksud : "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." (Surah an-Nur ayat 4)

Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil ; Allah S.W.T.  telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.

i) Sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan.
ii) Jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya.
iii) Allah memanggil  mereka ini sebagai orang yang fasiq.

Sahabat yang dimuliakan,
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain .

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita yang dibawa oleh orang fasiq berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata : "Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya dan menyokong dengan membuat demontrasi boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada seorang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazaf mempunyai beberapa syarat :-

1)  Syarat kepada penuduh :

 a. Beraqal

 b.  Sudah baligh

2)  Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

a. Beraqal
b. Baligh
c. Islam
d. Merdeka diri
e. BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, kalian semua dinasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah S.W.T. :-


Ű«ُمَّ لَمْ يَŰŁْŰȘُÙˆŰ§ ŰšِŰŁَ۱ْŰšَŰčَŰ©ِ ŰŽُهَŰŻَۧۥ

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Sahabat yang dikasihi,
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersabda yang maksudnya, " Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari hadis yang lain Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah s.a.w. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah S.A.W. ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah s.a.w " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

Buhtan adalah perbuatan paling keji kerana membuat kepalsuan untuk memburukkan orang lain, jika mengumpat saja boleh menjuruskan seseorang kedalam kemurkaan Allah S.W.T. maka lebih-lebih lagi fitnah akan mendatangkan dosa besar dan mendapat laknat daripada Allah S.W.T.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi orang muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.

Oleh itu ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah orang muflis , semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu .“  Suka mengumpat, suka menuduh, suka memfitnah, suka mempercayai berita fitnah, suka menyokong berita dari orang fasiq, maka diri sendiri yang akan menanggung azab di hari akhirat.

Apabila manusia dengan mudah menuduh seseorang yang baik melakukan zina atau liwat, dan mendapat sokongan orang ramai dan mereka mempercayainya, darisegi hukum Islam yang menuduh dan yang menyokong mendapat saham yang sama dan tidak dikurangkan walaupun sedikit inilah ciri-ciri orang muflis dihari akhirat. Jangalah kita mengadaikan masa depan kita dengan membuat dosa besar dengan menyokong, mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak benar kepada orang lain.