Saturday, March 26, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah S.A.W. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat." 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangannya :

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah S.A.W. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis ini iaitu:
 
Pertama: Hendaklah ia sentiasa bertakwa kepada Allah S.W.T. dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W. dan sunah-sunah Kulafa ar- Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. 
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunah Nabi S.A.W. dan sunah para Kulafa ar-Rasyidin al- Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T.  iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.  
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bidaah dalalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dalalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (bidaah hasanah).

Hadis Tanda Akhir Zaman - Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang tuan maksudkan?” Nabi S.A.W. menjawab :  “Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangannya :


Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.  
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah S.A.W. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. 
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Enam Perkara Allah Sembunyikan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata :


1-Allah menyembunyikan keredaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan  kepadaNya supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia, sedangkan sebenarnya Allah murka kepada kita. Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan  malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki  hambaNya melakukan ketaatan sepanjang Ramadan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah  atau hambaNya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambaNya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah  banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

(Di petik daripada tulisan Nur Muslimah)


Beruntunglah Siapa Yang Menghayati Islam Semasa Ia Menjadi Dagang

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing".
(Hadis Riwayat Muslim)

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Selepas generasi awal sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. datang pula beberapa generasi, kelemahan di kalangan pemimpin Islam mula berlaku. Sehingga kerajaan Islam gugur satu demi satu dan berakhir dengan kejatuhan Khilafah Islamiyah (Kerajaan Usmaniah ) di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang di taja oleh penjajah Kristian telah menjalar keseluruh negara yang di perintah oleh pemimpin Islam, hingga kini tidak ada lagi yang terkecuali akhirnya Islam menjadi dagang.

Hampit 99% negara-negara Islam hari ini , para pemimpinnya yang memiliki kekuasaan telah mengambil undang-undang dan peraturan hidup yang bukan dari ajaran Islam samaada dari segi muamalat, undang-undang jenayah, ekonomi dan pendidikan.Berbagai-bagai fahaman dan idealogi bercampur –aduk dengan Islam dan akhirnya perbuatan makruf di pandang mungkar dan yang mungkar di pandang makruf. Hukum hudud, qisas dan takzir dipandang sepi.

Rata-rata umat Islam menjadi keliru dan tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil. Umat Islam hari ini amat mudah mempercayai berita fitnah, tuduh menuduh seseorang berzina atau liwat adalah perkara biasa. Melebalkan ulama sebagai menyeleweng dan mempertikaikan fatwa ulama tanpa melihat hujah-hujah yang diberikan telah menjadi suatu budaya baru. Orang-orang jahil dipilih memegang kekuasaan hinggakan perkara asas menutup aurat pun mereka tak mahu patuhi. Lebih malang lagi ada diantara mereka cuba mempromosikan  'busanah muslimah' hakikat sebenarnya ianya adalah 'busanah jahiliah' (pakaian mendedahkan aurat) dan ini satu fitnah kepada Islam!

Terdapat satu hadis yangmenjelaskan akan berlaku nanti di akhir zaman umat Islam akan menganggap perkara mungkar itu baik dan mulia sedangkan orang yang berakhlak Islam akan menjadi suatu yang cukup asing.

Di riwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili, daripada Nabi S.A.W. sabdanya yang bermaksud : “Bagaimana kamu jika durhaka perempuan kamu dan buas (jahat) pemuda-pemuda kamu dan kamu tinggalkan jihad kamu?”

Bertanya sahabat-sahabat : “Sungguh begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “Demi jiwaku dalam genggamanNya, maka lebih dasyat lagi daripada itu akan berlaku.”

“Apakah lebih dasyat daripada itu wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “Bagaimana kamu jika kamu tidak menyeru kepada kebajikan dan tidak mencegah kejahatan?”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “ Ya . Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu.”

“Apakah lebih dasyat daripada itu?”

Jawab baginda : “ Bagaimana kamu jika kamu menghitungkan perkara baik itu jahat dan kejahatan itu baik?”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “ Ya. Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu akan berlaku.”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Apakah yang lebih dasyat daripada itu?”

Jawab baginda : “ Bagaimana kamu jika kamu menyeru kepada kejahatan dan melarang daripada makruf?”

Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”

Jawab baginda : “ Ya. Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu akan berlaku.”

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Aku bersumpah Aku akan datangkan kepada mereka fitnah hingga menjadi seorang penyantun dalam keadaan terpinga-pinga.”

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk mengembalikan balik Islam di tempatnya yang asal perlu kepada pengorbanan yang berterusan, perlu kembali kepada sistem pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W  iaitu kita mesti kembali mentauhidkan Allah S.W.T. dan membetulkan akidah umat Islam. Membetulkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam dan seterusnya Islam dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian.

Terdapat 3 perkara yang perlu di laksanakan untuk mengatasi Islam yang telah asing :

1.Memberi kesedaran Islam kepada masyarakat, seperti fahaman Islam yang di fahami oleh Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda iaitu Islam sebagai ad-deen merupakan satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu”
(Surah Al- Maa-idah ayat 3)

2. Melalui proses tarbiah yang betul, untuk melahirkan mukmin yang serasi dan komited dengan Islam dan bekerja untuk Islam sepanjang hayat. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang berlaku kepada generasi awal yang di proses di madrasah Rasululluh S.A.W. Menjadi pejuang dan pembela yang ikhlas dan melahirkan kasih sayang sesama saudara muslim.

3.Melaksanakan kerja-kerja jihad secara yang berterusan. Jihad adalah satu amalan yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t dan amat di tuntut di dalam Islam. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa di atas kerja-kerja jihad dan pengorbanan para mujahidin inilah yang menyebabkan Islam tersebar di seluruh dunia. Oleh itu roh dan semangat jihad perlu di tanamkan di dalam jiwa umat Islam supaya mereka merasai bahawa jihad adalah salah satu tuntutan agama , kerana gugur syahid di dalam perjuangan Islam mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T. di akhirat nanti. Jihad yang sesuai dilaksanakan masa kini adalah menyampaikan mesej Islam kepada orang-orang Islam dan bukan Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati Islam sebenarnya. Melahirkan akhlak Islam dalam kehidupan kita seharian. Menjaga batas-batas pergaulan dan sentiasa istiqamah dengan tarbiah dan pendidikan Islam. Melahirkan keluaraga-keluarga Islam dan terus menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakat. Peganglah prinsip amar makruf nahi mungkar dan saling nasihat menasihati supaya manusia mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Jauhilah Enam Penyakit Umat-umat Yang Terdahulu

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah medan ujian yang disediakan oleh Allah S.W.T. siapa di antara kita yang mampu istiqamah dengan cara hidup Islam. Ada dikalangan umat Islam yang hidupnya hanyalah memuaskan hawa nafsu, ajaran Islam ditinggalkan dan dia hanyut dibawa arus jahiliah. Ada pula mengambil Islam dalam bentuk ibadah khusus semata-mata semata-mata sedangkan hubungan sesama manusia yang melibatkan pergaulan, cara berpakaian, perniagaan dan muamalah jauh daripada syariat Islam. Tidak kurang ramai yang mengambil Islam semasa pernikahan dan kematian saja sedangkan dalam kehidupannya sehari-hari cara berpolitik, mentadbir negara terlalu jauh dengan akhlak dan hukum-hukum Islam. Akibatnya Islam hanya tinggal nama saja sedangkan syariatnya tidak lahir dalam kehidupan umat Islam.

Terlalu banyak penyakit-penyakit umat Islam hari ini, menyerupai penyakit-penyakit umat terdahulu yang dibinasalkan oleh Allah S.W.T. kerana keingkaran mereka mematuhi ajaran yang di bawa oleh rasul-rasul mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W.. bersabda maksudnya :  "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi S.A.W.  menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah :

1. Terlalu banyak seronok,

2. Terlalu mewah,

3. Menghimpun harta sebanyak mungkin,

4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,

5. Saling memarahi,

6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

(Hadis Riwayat Hakim)

Huraiannya 6 penyakit tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Terlalu banyak berseronok.

Orang yang sedang leka dengan keseronokan dunia adalah orang yang lalai dan tidak pernah terlintas tentang kematian. Baginya mati itu tidak perlu difikirkan kerana dia akan pergunakan sesempatan di dunia ini untuk berhibur , bergaul bebas antara lelaki dan wanita, menyanyi, bergelak ketawa dan memuaskan nafsunya semata-mata.

Sekali Rasulullah S.A.W. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.

Lalu baginda bersabda yang bermaksud :
"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, niscaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."

Keseronokan juga disebabkan mendapat kedudukan dan menjadi pemimpin dalam masyarakat, dia  disanjung dan dipuja, dihormati dan ramai pengikut. Seronok kerana semua kehendaknya dipenuhi dan mampu menjatuhkan orang lain yang tidak disukainya.

Kedua : Terlalu mewah.

Rezeki yang kita miliki hasil usaha kita sebenarnya bukan semua adalah hak kita. Oleh itu Islam mewajibkan zakat dan mengalakkan bersedekah dan membantu orang fakir-miskin. Sikap suka bermewah-mewah dan membazir bukannya lahir daripada akhlak Islam tetapi ianya adalah lahir daripada hasutan syaitan. Islam menyuruh umatnya hidup sederhana, tidak membazir dan banyak memberikan sumbangan harta dijalan Allah S.W.T.

Sikap suka bermewah dengan makanan dan pakaian, perhiasan rumah, kereta mewah dan berbangga dengan harta yang dimiliki akan menimbulkan perasaan riak dan sombong dan sifat ini amat dibenci oleh Allah S.W.T. Contoh yang diceritakan dalam al-Quran adalah kisah Qarun.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Barang siapa bertawaduk kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."

Ketiga : Menghimpun harta sebanyak mungkin

Islam mengalakkan umatnya mencari harta kekayaan dengan cara yang halal supaya dengan harta itu akan menjadikan umat Islam mempunyai kekuatan ekonomi dan umat Islam tidak mudah dipandang hina oleh orang bukan Islam. Tetapi Islam meletakkan harta bukannya sebagai matlamat tetapi ianya hanyalah sebagai alat saja untuk kebaikan Islam. Tetapi sekiranya seorang itu bekerja siang malam, mengumpulkan harta tanpa memperdulikan  ibadah kepada Allah, melupakan menuntut ilmu, tidak ada masa untuk mendidik ahli keluarga, kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat diabaikan, maka Islam melarangnya. Terutama apabila harta yang diperolehi dengan cara haram seperti mengambil rasuah, bermain judi, menipu dalam perniagaan dan sebagainya.

Rasulullah S.A.W  bersabda maksudnya : "Barang siapa yang mendapat harta dengan jalan haram, kemudian ia menyambung silaturahim dengan harta itu, atau bersedekah dengannya, atau menginfakkan di jalan Allah, di hari kiamat nanti ia dan seluruh harta itu akan dikumpulkan dan dilemparkan ke dalam api neraka."

Sungguh hadis itu memberi isyarat bahawa harta haram itu tidak boleh memberikan manfaat apapun bagi yang membelanjakannya. Bahkan ia diancam dengan api neraka.

Keempat : Tipu menipu dalam dalam merebut harta benda dunia.

Islam melarang umatnya menipu dalam perniagaan hinggakan kita mengambil harta orang lain secara tidak sah dan besar dosanya disis Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah ayat 188)  

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah S.W.T. akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Kelima : Saling memarahi.

Islam melarang pergaduhan, maki hamun , permusuhan dan saling memarahi. Sifat suka marah adalah sifat yang disukai oleh syaitan. Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikmi sifat tercela.. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsunya.

Dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya seseorang berkata kepada Nabi S.A.W. "Berilah aku wasiat?."

Nabi S.A.W. bersabda: : "Janganlah engkau marah"

Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi S.A.W. bersabda : " Janganlah engkau marah"

(Hadis Riwayat. Bukhari).

Mengelak rasa marah adalah sepanjang waktu perlu mengawal emosi supaya tidak lekas marah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang cepat marah dan suka marah.

Perlu diingat, marah itu bara api syaitan yang menjunam ke dalam hati manusia dan syaitan itu adalah musuh manusia nombor satu. Jauhkan diri kita daripada sifat marah.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menahan kemarahannya dan dapat melaksanakannya, niscaya Allah akan memanggilnya di hadapan manusia ramai dan menyuruhnya memilih di antara bidadari yang dikehendakinya.”

Keenam : Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:   1. Buruk sangka 2.  Hasad dengki 3. Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi S.A.W: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan tinggalkan)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah S.W.T. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika buruk sangka maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan tinggalkan."

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berazam untuk menjauhi enam penyakit umat-umat yang terdahulu yang mana penyakit tersebut menyebabkan mereka ditimpa bala dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T. Bila kita kembali mengambil al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W dan mengambil contoh akhlak Rasulullah S.A.W. maka kita akan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Friday, March 25, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Golongan Yang Sentiasa Menang

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.  mereka sentiasa berjaya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keterangannya :

Allah S.W.T. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah S.W.T. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.  
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamadun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya  .

Walau pun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini. 
Walau pun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan mempunyi budipekerti yang luhur. Walau pun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. 

Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkala, maka terkejutlah segala yang ada dilangit dan segala yang dibumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadapi-Nya dengan merendahkan diri.”
(Surah an-Naml ayat 87).

Hadis Tanda Akhir Zaman - Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi S.A.W. menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Keterangannya :

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. Manakala  “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T.

Kita berdoa agar Allah S.W.T.  menurunkan rahmat dan pertolongan-Nya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hadis Tanda Akhir Zaman - Islam Kembali Dagang

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing".
(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangannya :

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. 

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.


Hadis Tanda Akhir Zaman - Golongan Anti Hadis

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."
(Hadis Riwayat Abu Daud) 

Keterangannya :

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada al­Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Hadis Tanda Akhir Zaman - Bahaya Kemewahan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah S.A.W. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah S.A.W. melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). 

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

(Hadis Riwayat Termizi)
Keterangannya :

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad S.A.W. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad S.A.W. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah S.W.T, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi .Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Hadis Tanda Akhir Zaman - Umat Islam Musnahkan Orang-orang Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangannya :

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-­orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.

Hadiah Buah Limau Kepada Nabi S.A.W.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah S.A.W seulas demi seulas dengan senyuman.
 
Biasanya Rasulullah S.A.W akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.A.W itu. Lalu mereka bertanya.
 
Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan : "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya". Begitulah akhlak Rasullullah S.A.W.
 
Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biar pun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

Sayidina Ali berkata : "Selemah- lemah manusia ialah orang yg tidak boleh mencari sahabat . Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya".

(Di petik daripada tulisan di blog Pondok Lestari)

Wanita Penghuni Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Siapakah suami bagi wanita penghuni syurga?

Soal Jawab Agama: Jika seorang wanita yang solehah masuk syurga namun suaminya tidak masuk syurga, apakah beliau akan bernikah dengan ‘bidadara’?

Jawapan:
Untuk menjawab pertanyaan di atas, saya akan nukilkan fatwa salah seorang ulama terkemuka di zaman ini, Syeikh al-’UtsaymÄ«n.

Syeikh Muhammad al-’UtsaymÄ«n pernah ditanya, “Jika seorang wanita dari kalangan ahli syurga belum pernah bernikah di dunia, atau beliau sudah bernikah namun suaminya tidak masuk syurga, maka siapakah yang akan bersama wanita itu (di syurga)?”

Beliau menjawab, “Jawapan atas pertanyaan ini dapat diambil dari keumuman firman Allah Taala:

وَلَكُمْ فِيهَۧ مَۧ ŰȘَŰŽْŰȘَهِي ŰŁَنفُŰłُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَۧ مَۧ ŰȘَŰŻَّŰčُونَ نُŰČُÙ„Ű§ً مِّنْ ŰșَفُÙˆŰ±ٍ ۱َّŰ­ِيم

“Dan bagi kamu di dalamnya (akhirat) apa yang kamu inginkan dan bagi kamu (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Fushshilat [41]: 31-32)

Juga dari (keumuman) firman Allah Taala:

وَفِيهَۧ مَۧ ŰȘَŰŽْŰȘَهِيهِ Ű§Ù„ْŰŁَنفُŰłُ وَŰȘَلَŰ°ُّ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْيُنُ وَŰŁَنŰȘُمْ فِيهَۧ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻُون

“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” (QS. Az-Zukhruf [43]: 71)

Jika seorang wanita termasuk ahli syurga dan dia belum pernah bernikah (di dunia), atau ternyata suaminya (di dunia) tidak termasuk ahli syurga, maka apabila wanita itu memasuki syurga nescaya dia akan mendapati bahawa di syurga ada pemuda2 yang juga belum bernikah (di dunia), yang mana pemuda2 tersebut memiliki isteri-isteri dari kalangan bidadari dan wanita-wanita dunia—jika mereka menghendaki dan jiwa mereka menginginkan hal itu. Maka begitu pula yang kita katakan terkait dengan wanita tadi—(iaitu) apabila dia belum memiliki suami (di dunia) atau dia memiliki suami di dunia namun suaminya tidak masuk syurga bersamanya—bahawa apabila ia ingin menikah maka ia pasti akan mendapatkan apa yang ia inginkan tersebut, berdasarkan keumuman ayat-ayat di atas. Pada saat ini saya belum mendapati nas yang khusus dalam permasalahan ini, dan ilmu adalah milik Allah Taala.” [Fatwa al-Aqidah, hal. 312]

Dalam kesempatan lain beliau berkata, “Termasuk hal yang umum diketahui bahawa pernikahan termasuk perkara yang paling diinginkan oleh jiwa, dan hal ini terealisir(Tohirah tafsirkan sbg TERWUJUD)bagi penduduk syurga, baik laki-laki maupun wanita.”

Beliau juga berkata, “Hanyalah disebutkan isteri-isteri bagi para lelaki, sebab lelaki adalah pihak yang mencari dan menginginkan wanita. Kerana itulah hanya disebutkan isteri-isteri bagi para lelaki di syurga dan tidak disebutkan suami-suami bagi para wanita. Namun hal ini bukan bererti para wanita tersebut tidak memiliki suami (di syurga), bahkan wanita-wanita tersebut memiliki suami-suami dari kalangan anak Adam.” [Fatwa al-Aqidah, hal. 313]


(Di petik daripada tulisan Wan NorAsmah)

Doa Orang di Zalimi Mustajab di Sisi Allah S.W.T

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari ini umat Islam digemparkan dengan pengakuan tiga orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan vedio lucah. Berbangga dan merasa 'terhormat' kerana melaksanakan tanggungjawab menjaja dan menayangkan vedio lucah supaya orang ramai tahu bahawa individu tertentu telah melakukannya. Berbangga kerana tugas pendedahan aib seseorang dilaksanakan dengan berjaya.

Manusia sanggup mengadaikan manuah diri mereka sendiri, semata-mata kerana wang, pangkat, ganjaran duniawi dan semata-mata untuk menjatuhkan kerjaya politik seseorang dengan cara tanpa bermoral. Orang bukan Islam akan mentertawakan sikap umat Islam yang menjatuhkan maruah sesama umat Islam dan ini adalah satu fitnah yang besar kepada agama Islam sendiri.

Di akhir zaman nanti Nabi S.A.W.membayangkan keadaan umat Islam. Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat islam di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Umat Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah, sanggup sumpah palsu, sanggup membuat fitnah semata-mata habuan dunia yang akan diterima. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud ( mendedahkan aib seseorang) dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan tanda-tanda akhir zaman telah berlaku yang mana perkara mungkar dipandang makruf dan yang makruf dipandang mungkar! Manusia fasiq akan berbangga dengan kemungkaran yang mereka buat dan disokong ramai oleh penyokong yang sama-sama fasiq. Siapakah golongan yang boleh dipanggil fasiq? Salah satu ciri-ciri fasiq adalah menuduh, menayangkan, menyokong, merancang, perbuatan membuat tuduhan seseorang berzina sedangkan tidak membawa 4 orang saksi lelaki yang adil.

Dalam Islam vedio, cctv, gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti untuk mengantikan 4 orang saksi Islam yang adil. Kerana vedio, cctv dan gambar boleh di ubahsuai dengan kecangihan teknologi. Orang yang membuat tuduhan tanpa syarat yang Islam tetapkan boleh dihukum dengan hukuman qazab iaitu disebat 80 kali dengan rotan dan persaksiannya tidak boleh diterima sampai bila-bila. Jika di dunia hukuman ini tak dijalankan masa bersiap sedialah untuk menerima azab neraka yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk orang yang fasiq.

Taubat orang fasiq tidak akan diterima oleh Allah S.W.T selagi mereka tidak meminta maaf kepada orang yang dibuat tuduhan tadi. Allah S.W.T. Maha Pengampun apabila kesalahan itu di antara manusia dengan Allah, tetapi apabila kesalahan manusia sesama manusia maka ianya tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan terpaksa melalui pengadilan dimahkamah Allah S.W.T. Pengadilan di dunia manusia boleh menipu dan berat sebelah tetapi bukan di mahkamah Allah S.W.T. walaupun sebesar zarrah ianya akan diadili. Manusia seperti ini sebenarnya menempah tiket untuk menjadi muflis di hari akhirat.

Perlu diingat bahawa yang akan menjadi saksi di hari akhirat nanti  di atas kejahatan dan kemugkaran yang dibuat oleh manusia adalah 2 malaikat dikiri dan kanan (yang mencatat amal baik dan buruk), anggota manusia (kaki, tangan, mata dll), bumi yang dipijak , hari dan masa . Mulut manusia yang suka menipu, suka sumpah palsu, suka memfitnah dan suka mendedahkan aib seseorang) akan dikunci rapat. Manusia baru tahu bahawa setiap saat peristiwa kejahatan yang dilakukan akan diulang tayang sama seperti vedio lucah yang mereka lakukan!

 Sahabt yang dimuliakan,
Apabila kita mendengar berita, membaca akhbar, melihat vedio fitnah pastikan kita jangan terpengaruh dan percaya kepada orang-orang fasiq yang membawa berita tersebut kerana jika kita bersubahat dan sambung cerita pula dikhuatiri kita akan mendapat saham dosa besar yang sama,  yang tak sepatutnya kita terima.

 Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
(Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah S.A.W.  bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Allah S.W.T. telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah an-Nisa ayat 148)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendoakan keburukan kepada orang yang dizalimi. "


Dalam hadis yang lain  dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."
(Hadis riwayat Baihaqi - sahih)


Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah S.A.W. adalah hadis berikut:

" Sesungguhnya Nabi S.A.W. mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Dizaman pemerintahan Umar r.a , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas r.a sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata-katanya:

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukum."

 Saad bin Abi Waqas r.a. berdoa :

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riyak dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh Saad r.a berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." Abdul Malik bin Umair r.a perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (Abu Sa'dah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad r.a telah mengambil sebahagian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah S.A.W?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah S.A.W. ?" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah S.W.T. akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwan bin Hakam berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sahabat yang dikasihi,
Dalam masyarakat kita berita fitnah dan membuat tuduhan kepada seseorang itu berzina dan meliwat  ianya telah menjadi perkara biasa oleh media masa. Mereka mementingkan berita sensasi untuk melariskan jualan akhbar mereka, soal dosa pahala itu menjadi perkara kedua dan tidak termasuk dalam kiraan mereka. Mereka menjadi agen golongan tertentu untuk menjatuhkan orang lain walaupun mengunakan kaedah ' matlamat menghalalkan cara'.

Sedangkan Islam mengajar kita supaya menjauhi diri daripada mengumpat, memfitnah dan mendedahkan keaibaan orang lain. Termasuk juga ingin menjatuhkan maruah seseorang. Golongan yang muflis disisi Allah S.W.T. dihari akhirat nanti adalah golongan yang membawa amalan yang banyak tetapi pada masa yang sama membawa dosa mengumpat, memfitnah, mengaibkan orang lain , menyebarkan vedio lucah dan mengambil hak orang lain secara batil dan mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Perlu di ingat mereka yang difitnahkan dan membuat tuduhan kepada seseorang tanpa bukti kukuh adalah orang yang telah dizalimi dan doa insan ini amat mustajab disisi Allah S.W.T.
 
Sekiranya orang yang difitnah berdoa kepada Allah S.W.T. untuk kehancuran mereka yang terlibat dengan sekendal vedio fitnah tersebut doanya akan dimakbulkan Allah S.W.T di dunia lagi, mereka akan mendapat tunai. Wang yang mereka terima dengan menjalankan kerja-kerja 'syaitan' ini tak berbaloi untuk mengubati bala yang akan mereka terima daripada Allah S.W.T. Di dunia mereka akan mendapat azab sengsara dan di akhirat lebih dahsyat lagi yang akan menimpa mereka.

Oleh itu insaflah dan bertaubatlah dan minta maaf secara terbuka kepada mangsa tersebut, jangan sampai 'nyawa sudah sampai dikerongkong' baru nak sedar, ketika ini sudah terlambat kerana ketika itu pintu taubat sudah tertutup dan azab kubur akan menanti mereka dan juga azab Neraka Jahanam, nauzubillahiminzalik.



Thursday, March 24, 2011

Lima Tingkatan Takwa Kedudukan Kita di Peringkat Mana?

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Takwa, terselit di dalamnya makna ketakutan, kerendahan diri, kekerdilan kita sebagai hamba Allah SWT. Sebab itu, timbulnya pengharapan apabila kita bertakwa. Kita rasa sempit, tiada nafas, tiada rezeki, sebab semuanya milik Allah, kita takut Allah tidak menghiraukan kita, maka kita berharap kepada-Nya. Kita takut, Allah lempar kita ke neraka dan memalingkan wajah-Nya daripada kita, maka kita berharap agar Allah memasukkan kita ke dalam syurganya. Kita takut, menyebabkan kita berhati-hati dengan kemarahan-Nya. Itulah makna takwa.

Para ulama telah menjelaskan apa yg dimaksud dengan takwa. Di antaranya Imam ar-Raghib al-Ashfahani mendefinisikan : “Takwa iaitu menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya berdosa dan itu dengan meninggalkan apa yg dilarang menjadi sempurna dengan meninggalkan sebagian yg dihalalkan.”

Imam an-Nawawi mendefinisikan takwa  : “Menaati perintah dan larangan-Nya.” Maksudnya menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah.

Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan : “Maknanya barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yg diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya niscaya Allah akan memberinya jalan keluar serta rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka yakni dari arah yg tidak pernah terlintas dalam benaknya.”

Seorang ulama tafsir yang bernama Al-Kalbi membahagikan takwa kepada lima tingkatan iaitu :

Pertama : Takut kepada kufur, ini merupakan maqam Islam.

Kedua : Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam taubat.

Ketiga : Takut melakukan hal yang syubhah, ini merupakan maqam wara'.

Keempat : Takut melakukan yang harus, ini maqam zuhud.

Kelima : Takut jika terfikir selain Allah. Ini merupakan maqam ihsan orang yang sampai kepada tahap musyahadah (Ihsan yang tertinggi)

Huraian kelima-lima tingkatan ini adalah seperti berikut :

Pertama : Takut kepada kufur, ini merupakan maqam Islam.

Untuk menjadi seorang muslim tahap paling mimima adalah akidahnya mesti bersih daripada syirik kepada Allah S.W.T. Darisegi keyakinan dan iktiqadnya tidak sedikit pun ada kecacatannya. Percaya dan beriman kepada rukun Iman yang enam iaitu beriman kepada Allah S.W.T., beriman kepada malaikat-malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada rasul-rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qadak dan qadar

Dosa yang paling besar adalah dosa syirik. Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah an-Nisa’ ayat 116)

Berdasarkan zahir ayat ini ramai yang berfahaman bahawa Allah tidak mangampunkan dosa orang yang berbuat syirik kepadanya. Ditambah pula dengan tafsiran Ibnu Kathir, beliau mengatakan ,

"Allah Taala mengkhabarkan bahawa dia tidak akan mengampunkan dosa jika disekutukan dengan sesuatu, iaitu jika hamba itu mati dalam keadaan menyengutukannya dan dia boleh ampun dosa selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dia kehendaki, dari kalangan hambanya."

Oleh itu untuk mencapai tahap maqam Islam (maqam yang paling rendah) mestilah kita bebas daripada kufur atau syirik kepada Allah S.W.T.

Kedua : Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam taubat.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Rasulullah S.A.W. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."

Dari hadis yang lain Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Setiap orang mukmin tetap akan mendatangi dosa dari masa ke semasa."

Oleh yang demikian kita perlu selalu dan segera bertaubat. Taubat bererti kita kembali merujuk kepada Allah. Meninggalkan dosa, menyesali yang sudah terlanjur dan berazam untuk tidak mengulangi lagi serta memperbaiki amalan dengan memperbanyakkan kebaikan. Ia adalah proses pembersihan dari kekotoran. Orang yang bertaubat bersih dari segala dosa.

Oleh itu untuk mendapat maqam taubat hati dan jiwa kita perlu benci dan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Ketiga : Takut melakukan hal yang syubhah, ini merupakan maqam wara'.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Sesungguhnya yang halal dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya banyak hal-hal syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari hal-hal yang syubhat maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya."(Hadis Riwayat Bukhari)


Dan barangsiapa yang bertindak berani di tempat-tempat yang diragukan, niscaya bertambahlah keberaniannya terhadap sesuatu yang lebih berat, Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Dan sesungguhnya orang yang bercampur keraguan, hampir-hampir ia berani (kepada yang diharamkan)."(Hadis Riwayat Abu Daud)

Maka wara' yang sebenarnya adalah seperti yang digambarkan oleh Yunus bin 'Ubaid rahimahullah: iaitu keluar dari semua yang syubhat dan muhasabah (koreksi) terhadap diri sendiri di setiap saat dan masa.
(Tahdzib Madarijus Salikin, hal. 290.)

Sesungguhnya orang yang mengenal Rabb-nya dan menempatkan-Nya sebagaimana mestinya, mengagungkan larangan dan syi'ar-syi'ar-Nya, akan melakukan pengagungan sampai kepada sikap hati-hati dari setiap perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. di dunia maupun di akhirat. Mukmin yang bersifat wara' sentiasa takut kepada Allah S.W.T. dan dia akan meninggalkan banyak hal yang dibolehkan, jika hal itu menjadi samar atasnya bersama yang halal agar tidak merugikan agamanya.

Oleh itu untuk mencapai maqam wara' kita perlulah meninggalkan perkara yang makruh, perkara yang meragukan dan syubhah .

Keempat : Takut melakukan yang harus, ini maqam zuhud.

Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-A'laa ayat 16 dan 17 , yang mana Allah S.W.T. menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan dunia semata-mata, kemudian Allah menyebut kehidupan akhriat lebih baik dan kekal.

Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.”
(Surah Al-A’laa ayat 16-17)

Ibnu al-Qayyim mengatakan bahwa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.

Al-Imam Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.

Golongan yang zuhud ini terdapat satu hadis dari Nabi S.A.W. Baginda berkata dalam wasiatnya kepada Abu Hurairah, "Wahai Abu Hurairah! Hendaklah engkau mengikut jalan suatu kaum. Jika manusia lain merasa takut, mereka tidak takut. Jika manusia mencari keselamatan dari api Neraka, mereka tidak takut."

Abu Hurairah bertanya, "Siapakah mereka itu? Terangkan dan jelaskan mereka itu padaku hingga aku dapat mengenalinya."

Baginda  menjawab, "Suatu kaum dari umatku di akhir zaman. Mereka berkumpul pada hari kiamat di tempat berkumpulnya para Nabi. Jika manusia memandang mereka, manusia mengira bahawa mereka adalah para Nabi dari keadaan yang mereka lihat hinggalah aku beritahukan kepada mereka nanti. Aku katakan, "Umatku, umatku." Maka para makhluk mengetahui bahawa mereka bukanlah para Nabi. Mereka berlalu seperti kilat dan angin. Pandangan mata yang hadir kagum dengan cahaya mereka."

Abu Hurairah berkata, "Wahai Rasulullah, kemukakan padaku apakah amalan mereka. Mudah-mudahan aku dapat mengikuti mereka."

Rasulullah S.A.W. menjawab, "Wahai Abu Hurairah, kaum itu menempuh jalan sukar hingga sampai pada tingkatan para Nabi. Mereka memilih lapar setelah Allah memberikan (peluang) kepada mereka untuk (sentiasa) kenyang, memilih pakaian kasar setelah Allah memberi mereka pilihan berbagai pakaian, dan memilih haus setelah Allah memberi mereka rasa puas.

"Mereka meninggalkan itu semua (yang harus) kerana mengharap apa yang ada di sisi Allah (reda dan nikmat syurga). Mereka tinggalkan yang halal kerana takut banyak dihisab. Mereka mempergauli manusia dengan badan-badan (lahir) mereka, tetapi itu tidak menyibukkan (hati) diri mereka (daripada mengingati Tuhan mereka). Para Nabi dan malaikat takjub dengan ketaatan mereka kepada Tuhan. Kebahagiaan bagi mereka! Kebahagiaan bagi mereka! Aku ingin agar Allah mengumpulkan aku bersama mereka."

Kemudian Rasulullah S.A.W. menangis kerana rindu kepada mereka. Lalu baginda berkata, "Jika Allah hendak mengazab penghuni bumi lalu memandang mereka, maka Dia berpaling dan tidak jadi menurunkan azab. Barangsiapa berpaling dari jalan mereka, maka ia akan terbeban kerana kerasnya azab."

Oleh itu untuk mencapai maqam zuhud kita perlulah meninggalkan yang harus untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Kelima : Takut jika terfikir selain Allah. Ini merupakan maqam ihsan orang yang sampai kepada tahap musyahadah (Ihsan yang tertinggi)

Dalam satu hadis yang panjang malaikat Jibril (berupa seorang lelaki) datang berjumpa Nabi S.A.W. Kemudian dia (lelaki itu) bertanya lagi,”Sekarang terangkan padaku, apa itu Iman?” Nabi S.A.W. menjawab,”Iman ialah hendaknya kamu percaya kepada Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya, dan hendaknya kamu mempercayai qadak dan qadar yang baik dan yang buruk dariNya.” Dia berkata,”Kamu benar.”

Kemudian dia bertanya lagi,:Dan terangkan kepadaku, apakah Ihsan?” Nabi menjawab,”Ihsan ialah hendaknya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Dia dan sekiranya kamu merasa tidak melihatNya, maka yakinlah kamu bahwasanya Dia melihat kamu.”

Tahap ihsan adalah tahap yang tinggi iaitu apabila menyembah Allah S.W.T. seolah-olah melihat-Nya. Dalam hatinya tidak ada kebesaran makhluk. Semua yang ada di dunia ini dianggapnya kecil belaka dan dia tidak akan takut sesiapa melainkan takut kepada Allah S.W.T. Dia tidak mengharap pada makhluk dan pergantungannya sepenuhnya kepada Tuhan semesta alam. Hati dan jiwanya merindui untuk bertemu Allah S.W.T.

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia.

Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta ketika makan, minum dan tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil ilham

Oleh itu untuk mencapai maqam ihsan (tertinggi) hingga ketahap musyahadah kita perlu melalui maqam pertama, kedua, ketiga dan keempat. Maqam ini adalah maqam para sahabat, para syuhada , para wali Allah dan mereka yang paling hampir dengan Allah  S.W.T.

Sahabat yang dimuliakan,
Syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T. bertingkat-tingkat. Dalam hadis ada mengatakan syurga mempunyai 100 tingkat.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :  "Syurga terdiri dari 100 tingkat, jarak antara 1 tingkat dan tinggkat berikutnya seperti jarak antara bumi dan langit."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)"

Syurga yang paling tinggi adalah Syurga Firdaus. Tahap dan kedudukan seorang mukmin yang dimasukkan kedalam syurga adalah bergantung di tahap mana takwa mereka ketika di dunia. Jika takwanya berada diperingat paling bawah maka syurga yang dia di benarkan masuk adalah tahap yang paling rendah. Sebaliknya jika tahap takwanya di dunia berada ditahap sederhana atau tinggi maka begitulah nanti tingkat syurga yang akan dia kecapi.

Syurga adalah tempat yang paling baik disediakan oleh Allah S.W.T. untuk hamba-hamba-Nya yang bertakwa ketika di dunia melaksanakan kerja-kerja dakwah, berjihad dan melaksanakan amanah yang di wajibkan kepadanya.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”.
( Surah Ali Imran ayat 133 )

Oleh itu kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan berusaha untuk mencapai tahap takwa yang paling tinggi semoga mendapat menempatkan diri kita di Syurga Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi di hari akhirat.