Friday, October 25, 2013

Soal Jawab Agama Siri 105 (Hukum Orang Murtad, Perniagaan Di Hospital, Kaffarah Sumpah, Amalan Anak-anak Dan Dosa-dosa Besar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Soal Jawab Agama Siri 105 adalah membicarakan persoalan hukum orang murtad yang kembali semula kepada Islam, hukum perniagaan hospital swasta, kaffarah sumpah, amalan anak kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia dan dosa-dosa besar.

806. Soalan :  Jika seseorang muslim murtad dari agamanya dalam tempoh beberapa tahun, kemudian dia kembali kepada Islam. Apakah dia perlu qada puasa, sembahyang yang ditinggalkannya?

Jawapan:

Jika seorang muslim murtad daripada Islam – na’uzubillahi min zalik – kemudian dia bertaubat, maka dia tidak perlu qada sembahyang dan puasa yang ditinggalkannya berdasarkan firman ALlah S.W.T.


قُل لِلَّŰ°ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ْ Ű„ِن يَنŰȘَهُÙˆŰ§ْ يُŰșَفَ۱ْ لَهُم مَّۧ قَŰŻْ Űłَلَفَ


Maksudnya: “Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, jika kamu semua berhenti (daripada kekafiran), akan diampunkan untuk kamu apa yang telah lalu.” (Surah al-Anfal ayat 38)

Sabda Nabi S.A.W.


Ű§Ù„Ű„ŰłÙ„Ű§Ù… ÙŠÙ‡ŰŻÙ… Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† Ù‚ŰšÙ„Ù‡ ÙˆŰ§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ© ŰȘÙ‡ŰŻÙ… Ù…Ű§ ÙƒŰ§Ù† Ù‚ŰšÙ„Ù‡Ű§


Maksudnya: “Islam itu menghapuskan (kesalahan-kesalahan) sebelumnya (sebelum memeluk Islam), dan taubat itu menghapuskan (dosa-dosa) yang lalu.”

Inilah pandangan ulama yang benar terhadap ayat dan hadis di atas. Selain itu juga para sahabat Nabi S.A.W. tidak menyuruh mereka yang kembali kepada Islam setelah murtad di zaman Saidina Abu Bakar r.a. untuk mengqada solat dan puasa sedangkan mereka (yakni para sahabat) adalah orang yang paling mengetahui tentang agama selepas Nabi S.A.W.

Jika kita meletakkan syarat (orang-orang yang memeluk Islam selepas murtad) qada sembahyang dan puasa yang mereka tinggalkan, di khuatiri mereka tidak mahu kembali kepada Islam. Samalah halnya dengan zakat, kerana semua perkara ini hanya sah dilakukan oleh orang Islam, dan ianya tidak dituntut melakukannya selain daripada orang Islam. Wallahu a’lam.

807. Soalan : Saya pernah membuat rawatan di Pusat Perubatan Swasta kerana sakit tulang belakang. Sebelum berjumpa doktor saya telah dipinta membayar wang pendaftaran. Ujian air kencing dan darah di jalankan dahulu baru ujian X-ray di jalankan. Doktor pakar tulang telah membuat pemereksaan terdapat sedikit keretaakan tidak perlu menjalani pembedahan hanya makan beberapa ubat untuk memulihkan keretakan tersebut. Ubat-ubatan yang berbagai jenis dan terpaksa diambil di farmasi hospital tersebut. 

Soalan saya adakah cara hospital tersebut mengenakan cas dan kos yang tinggi di setiap rawatan yang dijalankan adakah halal darisegi syarak kerana saya tidak diberitahu kos setiap rawatan, perundingan kesihatan , X-Ray dan ubat-ubatan? 

Adakah terdapat gharar dalam perniagaan tersebut?

Jawapan :

Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan. 

Definisi Gharar menurut istilah Shariah ialah:
 
Ù…Ű§ يكون Ù…ŰłŰȘÙˆŰ± Ű§Ù„ŰčŰ§Ù‚ŰšŰ© ŰŁÙˆ Ű§Ù„ŰźŰ·Ű± Ű§Ù„Ű°ÙŠ ÙŠŰłŰȘوي Ű·Ű±ÙŰ§Ù‡ , ŰŁÙŠ Ű§Ù„ÙˆŰŹÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„ŰčŰŻÙ…
 
Ertinya: Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak. (Bada’i As-Sonai’e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)

Nabi Muhammad SAW menegaskan:

نهى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčن ŰšÙŠŰč Ű§Ù„Űș۱۱
 
Ertinya: “Nabi  melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar”  (Hadis Riwayat Muslim, 5/3 )

Jahalah pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, soalan saudara  di atas termasuk dalam kategori ‘jahalah’ dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar’ atau ketidaktentuan.

Para doktor perlu sedar, pendapatan mereka yang dihasilkan dengan cara ini adalah ‘syubhah’ manakala sebahagiannya boleh dianggap tidak sah menurut Shariah.  
 
Cara perniagaan seperti ini tidaklah haram, tetapi cara ini kurang baik, syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada gharar fashiyh atau gharar besar yang merosakkan aqad. Barangkali orang ramai telah biasa dan rela dengan cara ini, maka isu gharar dan kezaliman cara pengiraan ini tidak begitu ketara. Cuma adalah terlebih baik jika ia dapat diperbaiki.

Ini kerana disebutkan oleh ulama Islam ketika menerangkan tentang gharar bahawa :-

 ŰšŰ§Űč Ù…Ű§ لم ÙŠŰ± ولم ÙŠÙˆŰ”Ù له فلم ÙŠŰ”Ű­

Ertinya : "Kerana ia adalah jualan barang yang tidak dilihat dan tidak disifatkan, maka ia tidak sah"( Al-Mughni , 4/15 ) 

Apabila tidak diberitahu harga dan juga tidak ada dimaklumkan cara kiraan yang dikenakan keatas pesakait ianya boleh menjadi gharar yang besar.

Apa yang perlu dilakukan adalah mereka PERLU mendedahkan dengan jelas sebarang kos rundingan atau rawatan sebelum ianya dilakukan. Jika perlu di letak dan di gantung di depan pintu atau di papan kenyataan senarai harga untuk rundingan atau rawatan.
 
Cara ini dapat mengelakkan dari Jahalah (ketidaktahuan) dan Gharar (ketidaktentuan) yang besar (Gharar Fashisyh) dari berlaku dalam pendapatan mereka. 

Selain kos perundingan, kos ubat-ubatan yang diberikan juga menjadi ‘jahalah’ dan ‘gharar’ kedua. 

Isunya adalah ubat-ubatan tersebut mempunyai harga yang pelbagai. Adakalanya kita tidak boleh memilih, sedangkan mungkin wujud ubat yang sama fungsinya tetapi lebih murah. Malangnya, doktor telah menulis kepada farmasi untuk diberikan ubat tertentu, maka pesakit tiada kuasa melihat harga, berbincang harga dan fungsi ubat. Jika boleh berbincang, maka masalah ‘jahalah’ dapat dielakkan.

Pesakit sememangnya jarang bertanya, semuanya seolah-olah redha dengan apa juga harga yang diletakkan tanpa banyak soal. Itu bagi yang berkemampuan, bagaimana jika tidak berkemampuan.? Reda begini adalah tidak begitu menepati kehendak Shariah.

Ringkasnya, bagi mengelakkan jahalah dan gharar :-

1) Harga rundingan doktor perlu di nyatakan sebelum rundingan bermula.

2) Jenis ubat dan harga setiap ubat yang ingin dicadangkan kepada pesakit perlulah diberitahu. 

3) Semua harga rawatan, pembedahan dan yang berkaitan perlu dimaklumkan sebelum ianya dilakukan. 

Sesetengah hospital swasta telah mensyaratkan atau seolah mensyaratkan perkhidmatan ini dengan ubat ditempatnya sahaja. Ini sekali lagi membawa masalah Shariah di dalam industri perubatan apabila pesakit seolah dipaksa secara pakej untuk berubat dan membeli semua ubat yang dicadangkan tanpa sebarang soal. Biasanya pesakit memang tidak menyoal kerana mereka sakit dan hanya ingin sembuh secepat mungkin. Oleh kerana bimbang hasrat ingin sembuh ini menyebabkan mereka dinafikan hak untuk mengetahui harga ubat dan hak memilih.

808. Soalan :  Saya ada musykil dengan satu perkara. Tiga tahun yang lalu saya ada selisih faham dengan ibu mertua sehingga menyebabkan saya bersumpah dengan nama Allah yang saya tidak akan jejakkan kaki ke rumah keluarga mertua saya lagi sehingga akhir hayat. Tapi kini ibu mertua telah menyedari salahnya dan memohon maaf dengan saya serta mahu berbaik semula dengan saya. Sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah SAW saya ingin hubungan kekeluargaan itu disambung semula.

Jadi bolehkah saya menjejakkan diri semula ke rumah mertua sedangkan saya pernah bersumpah tiga tahun dahulu. Bagaimana cara untuk saya selesaikan masalah ini.?

Jawapan :

Sumpah semacam itu adalah wajib dilanggar kerana tidak boleh bersumpah dalam urusan maksiat. Maksiat dalam kes ini ialah memutuskan silaturrahim, kerana ia adalah sesuatu yang dilarang agama. 

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat  Muslim)

Maka hendaklah melanggarnya dan wajib membayar kifarat sumpah.

Kifarat sumpah ialah memberi makanan 10 orang miskin, atau memberi pakaian 10 orang miskin atau merdekakan hamba atau berpuasa 3 hari. Dalilnya Surah al-Maidah ayat 89)


Firman Allah SWT maksudnya, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah),tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar).Dan jagalah sumpahmu.Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya)." (Surah al-Maidah ayat 89)

Tafsiran ayat 89 :

Dalam ayat ini dijelaskan bahawa Allah SWT tidak akan menimpakan hukuman kepada seseorang yang melanggar sumpah yang telah di ucapkannya tidak dengan sungguh-sungguh atau tidak didahului oleh niat bersumpah. Akan tetapi, bila seseorang bersumpah dengan sepenuh hati dan niat yang sungguh-sungguh, kemudian dia melanggar sumpah tersebut, maka ia dikenakan kafarat (denda), iaitu salah satu dari perkara-perkara berikut ini adalah :

1. Memberi makan sepuluh orang miskin, masing-masing satu kali makan. Makanan tersebut haruslah sama mutunya dengan makanan yang dimakan sehari-hari oleh pembayar kafarat dan keluarganya.
 
2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, yang sama mutunya dengan pakaian yang dipakai sehari-hari.

3. Memerdekakan seorang hamba sahaya yang diperoleh dengan jalan membeli atau menawannya dalam peperangan. Disini tidak diisyaratkan agar hamba-hamba sahaya harus beriman. Oleh kerana itu, boleh memerdekakan hamba sahaya yang kafir sekalipun sebagai kaffarah pelanggar sumpah ( pendapat Imam Abu Hanifah. sedang Imam Syafi’I, Maliki dan Ahmad mensyaratkan agar hamba itu sudah beriman).

4. Berpuasa selama tiga hari. Ini berlaku bagi pelanggar sumpah yang tidak mampu membayar kaffarah sumpahnya dengan salah satu dari tiga macam kafarat itu, maka diharapkan ampunan Allah SWT untuknya, bila benar-benar mempuyai niat yang sungguh-sungguh untuk melaksanakannya walaupun belum tercapai.

Apabila sumpah sudah diucapkan dengan niat sungguh-sungguh maka isi sumpah itu harus ditepati, kecuali bila sumpah itu menyalahi peraturan agama, misalnya : Untuk mengharamkan perkara yang telah dihalalkan Allah SWT dan Rasul-Nya. Hanya dalam keadaan semacam itu sajalah sumpah harus dilanggar, tetapi harus ditebus dengan kaffarah sumpah.


809. Soalan : Ayah saya baru meninggal dunia kerana di serang sakit jantung. Sebagai seorang anak apakah amalan-amalan yang boleh saya lakukan untuk membantu ayah saya yang sedang berada di alam barzakh?

Jawapan :

Seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


Amalan anak-anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah :

1. Doa anak yang soleh.

Mendoakan untuk kedua ibu bapanya setiap lepas solat. Supaya diampunkan dosa-dosa mereka dan dibebaskan daripada seksa kubur.

2. Banyakkan sedekah jariah.

Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

3. Banyakkan sedekah berbentuk al-Quran dan buku-buku agama.

Sedekahkan al-Quran dan buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

4. Sedekahkan ayat-ayat al-Quran.

Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.

Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama Ahli Sunah Wal Jamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

5. Selesaikan semua hutang-hutang si mati.

Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. 

Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

6. Menunaikan haji ibu bapa :

Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

7. Beramal dengan amalan Islam. 

Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. 

Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

810. Soalan : Bolehkan ustaz terangkan apakah jenis-jenis amalan yang boleh menjadi  dosa-dosa besar? 

Jawapan :

Terdapat 6 amalan-amalan yang boleh menyebabkan seorang mendapat dosa besar
di sisi Allah SWT : Amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Dosa kecil yang dilakukan terus menerus. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. Allah juga berfirman: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali- Imran (3) ayat 135) 

2. Menganggap remeh akan dosa. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat dihidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim) 

3. Bergembira dengan dosanya. 

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah (2) ayat 206) 

4. Merasa aman dari azab Allah SWT. 

Allah SWT berfirman maksudnya : “Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadilah (58) ayat  7) 

5. Terang-terangan dalam berbuat maksiat. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Semua ummatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah: Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia buka tutup Allah tersebut.” (Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslim) 

6. Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi teladan. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya setelah dia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.” (Hadis Riwayat Muslim)
 

Orang-orang Yang beriman Tidak Akan Mempertikaikan Hukum-hukum Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT negara jiran kita Brunei Darus Salam telah mengorak langkah untuk mendaulatkan hukum hudud. Sekian lama umat islam di Malaysia sentiasa di beri gambaran negatif mengenai hukum hudud dan sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk.

Di harapkan dengan terlaksananya hukum hudud di negara Brunei akan terhakis sikap negatif umat Islam dan orang bukan Islam terhadap hukum-hukum Allah SWT.

Setiap hari kita akan mendapat berita daripada akhbar arus perdana, pendapat demi pendapat yang diutarakan mengenai hukum hudud. Samaada daripada pemimpin masyarakat, artis-artis hinggakan ulama-ulama semuanya memberikan pandangan ada yang menyokong dan ada yang menentang.

Mereka yang pertikaikan hukum hudud tidak layak dilaksanakan kerana tak sesuai dengan masyarakat majmuk dan mereka membayangkan bahawa hukum hudud ini zalim kerana nantinya ramai umat Islam akan dipotong tangan dan sebagainya. Kekeliruan ini berpunca kerana tidak ada usaha-usaha yang positif dilakukan oleh pihak pemerentah dan wartawan akbar arus perdana untuk meyakinkan masyarakat Islam bahawa hukum hudud ini adalah hukum-hukum Allah SWT. Beriman kepada hukum hudud bermakna kita beriman kepada kitab suci al-Quran nul karim dan hadis-hadis sahih daripada Rasulullah SAW kerana jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW menjelaskan hukum hudud dan hukum-hukum yang lain dalam Islam. 

Kenapa umat Islam boleh percaya kewajipan untuk menunaikan solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadan, zakat dan haji tetapi tidak percaya dan yakin terhadap hukum-hukum Allah SWT?

Satu perkara yang menghairankan orang Islam sendiri mempetikaikan hukum hudud yang diturunkan oleh Allah SWT samaada dia seorang pemimpin, wartawan , artis dan ulama. Kita akan katakan jahil kepada pemimpin, wartawan dan artis jika mereka mempertikaikannya kerana kejahilan tentang al-Quran dan hukum-hakam dalam Islam. Tetapi bagaimana jika yang mempertikaikan itu seorang ulama berstatus Profesior? Jika ini berlaku maka ianya akan mendatangkan banyak kekeliruan dan boleh menyebabkan akidah umat Islam akan terjejas.

Dalam Islam apabila sesuatu perkara hendak diputuskan (hukuman hendak dijalankan) perlu dirujuk kepada hukum yang jelas dinyatakan oleh Allah SWT terlebih dahulu (qisas, hudud dan diyat), kemudian jika tidak ada atau tidak cukup syarat barulah hukum takzir dijalankan, bukannya semua hukum diputuskan mengunakan hukum takzir dan membelakangkan hukum asal (qisas, hudud dan diyat)

Sebagai seorang muslim kita wajib percaya dan yakin bahawa hukum-hukum Allah SWT samaada qisas, hudud dan diyat adalah hukum Islam yang tidak boleh diragu-ragukan lagi. Dan hukum takzir akan diputuskan khalifah atau hakim berdasarkan keadaan semasa. Jelas di dalam al-Quran terdapat 3 katagori manusia yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah SWT samaada kafir, zalim atau fasik.

Pertama : Berhukum dengan Hukum Allah ta’ala Merupakan Fardu ‘Ain Bagi Setiap Muslim.

Ada beberapa hal yang boleh diturunkan dari kaedah ini :
Pertama, wajib berhukum dengan syari’at Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :

وَŰŁَنِ ْۭۧكُمْ Űšَيْنَهُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَّŰšِŰčْ ŰŁَهْوَۧۥَهُمْ وَْۭۧŰ°َ۱ْهُمْ ŰŁَنْ يَفْŰȘِنُوكَ Űčَنْ ŰšَŰčْ۶ِ مَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَيْكَ فَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَۧŰčْلَمْ ŰŁَنَّمَۧ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنْ يُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ ŰšِŰšَŰčْ۶ِ Ű°ُنُÙˆŰšِهِمْ وَŰ„ِنَّ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ لَفَۧ۳ِقُونَ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 49].

Kedua : Wajibnya berhukum kepada syari’at Allah ta’ala dengan reda dan tasliim terhadap syari’at-Nya itu. Allah ta’ala berfirman :

فَÙ„Ű§ وَ۱َŰšِّكَ Ù„Ű§ يُŰ€ْمِنُونَ Ű­َŰȘَّى يُŰ­َكِّمُوكَ فِيمَۧ ŰŽَŰŹَ۱َ Űšَيْنَهُمْ Ű«ُمَّ Ù„Ű§ يَŰŹِŰŻُÙˆŰ§ فِي ŰŁَنْفُŰłِهِمْ Ű­َ۱َŰŹًۧ مِمَّۧ قَ۶َيْŰȘَ وَيُŰłَلِّمُÙˆŰ§ ŰȘَŰłْلِيمًۧ

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [QS. An-Nisaa’ : 65].

Ketiga : Terdapat ancaman bagi siapa saja yang tidak berhukum dengan syari’at Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [QS. Al-Maaidah : 44].

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمُونَ

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [QS. Al-Maaidah : 45].

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْفَۧ۳ِقُونَ

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 47].

Inilah tiga keadaan yang difirmankan Allah ta’ala tentang orang yang tidak berhukum dengan syari’at yang diturunkan-Nya (kafir, zalim, dan fasik).

Keempat : Terdapat peringatan bagi siapa saja yang menyelisihi perintah Allah dan Rasul-Nya Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam. Allah ta’ala berfirman :

فَلْيَŰ­ْŰ°َ۱ِ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يُŰźَŰ§Ù„ِفُونَ Űčَنْ ŰŁَمْ۱ِهِ ŰŁَنْ ŰȘُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ فِŰȘْنَŰ©ٌ ŰŁَوْ يُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ ŰčَŰ°ٌَۧۚ ŰŁَلِيمٌ

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih” [QS. An-Nuur : 63].

Kelima : Hukum Allah ta’ala adalah yang paling baik dan bijaksana/adil. Allah ta’ala berfirman :
ŰŁَفَŰ­ُكْمَ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ يَŰšْŰșُونَ وَمَنْ ŰŁَŰ­ْŰłَنُ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű­ُكْمًۧ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [QS. Al-Maaidah : 50].

Keenam : Hukum Allah merupakan roh dan cahaya. Allah ta’ala berfirman :

وَكَŰ°َلِكَ ŰŁَوْŰ­َيْنَۧ Ű„ِلَيْكَ ۱ُÙˆŰ­ًۧ مِنْ ŰŁَمْ۱ِنَۧ مَۧ كُنْŰȘَ ŰȘَŰŻْ۱ِي مَۧ Ű§Ù„ْكِŰȘَُۧۚ وَÙ„Ű§ Ű§Ù„Ű„ÙŠÙ…َŰ§Ù†ُ وَلَكِنْ ŰŹَŰčَلْنَŰ§Ù‡ُ نُÙˆŰ±ًۧ نَهْŰŻِي Űšِهِ مَنْ نَŰŽَۧۥُ مِنْ ŰčِŰšَۧۯِنَۧ وَŰ„ِنَّكَ لَŰȘَهْŰŻِي Ű„ِلَى Ű”ِ۱َۧ۷ٍ مُŰłْŰȘَقِيمٍ

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” [QS. Asy-Syuuraa : 52].

Sahabat yang dimuliakan,
Berhati-hatilah dengan ulama su' (jahat/buruk) kerana fatwa mereka boleh mengelirukan umat Islam dan menjauhkan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka berhujah berdasarkan nafsu dan fikiran semata-mata tanpa melihat dalil dan hujah yang jelas daripada ulama-ulama muktabar. Oleh itu kita jangan mudah dikelirukan oleh mereka kerana ada agenda tersembunyi setiap fatwa yang mereka utarakan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita kembali kepada hukum-hukum Allah SWT dan yakinlah semua hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah adalah benar dan sesuai dilaksanakan dimuka bumi ini tanpa ragu-ragu samaada masyarakat majmuk atau masyarakat bukan majmuk. 

Kerana tidak ada negara di dunia ini masyaraktnya hanyalah satu bangsa sahaja pasti terdapat berbilang bangsa dan agama. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa Islam adalah agama yang sesuai disepanjang zaman hingga kehari kiamat dan wajib setiap orang yang beriman dan bertakwa melaksanakan hukum-hukum Allah SWT. Cara perlaksanaannya perlu berperingkat-peringkat kita bersetuju bukannya terus menentang hukum-hukum Allah SWT tanpa memberi ruang untuk Islam direalisasikan dalam kehidupan bernegara. 

Sekali lagi di ucapkan tahniah kepada Sulatan Brunei dan rakyat Brunei kerana mereka bersatu hati untuk melaksanakan hukum hudud dan mengagongkan hukum-hukum Allah SWT di dalam kehidupan bernegara. Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada mana-mana negara di dunia ini akan memperkasakan undang-undang Allah SWT sehingga boleh ditegakkan di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Thursday, October 24, 2013

Soal Jawab Agama Siri 104 (Bertaubat, Berdoa Sambil Menangis, Hukum Berubat Dengan Bomoh Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 104 adalah membicarakan persoalan bertaubat, berdoa sambil menangis, hukum berubat dengan bomoh, kedudukan kanak-kanak kaum musyrikin yang mati sebelum baligh dan pemilih pasangan perlu utamakan agamanya.

801. Soalan : Apabila seseorang telah melakukan zina dan dia telah menyesal di atas perbuatannya dahulu. Bagaimanakah caranya jika dia hendak bertaubat kepada Allah SWT? Adakah taubatnya diterima oleh Allah SWT?

Jawapan :

Apabila seorang hamba Allah SWT telah melakukan dosa besar seperti berzina maka jalan untuk membersihkan diri adalah dengan melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenar-benar taubat. Terdapat enam syarat taubat itu akan diterima oleh Allah SWT iaitu :

1. Ikhlas ingin bertaubat;

2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;

3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;

4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; 

5. Dikerjakan sebelum ajal tiba dan

6. Perlu mencari suasana yg baik dan rakan-rakan yang soleh supaya perbuatan dosa tersebut tidak di ulanginya lagi dan meninggalkan rakan-rakan yang lama yang telah menjerumuskan dia kelembah maksiat.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidak sempurna. 

Firman Allah SWT maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(Surah At-Tahrim ayat lapan (8)

Daripada Anas bin Malik r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman : 'Wahai anak Adam! Sesungguhnya sebagaimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.' 'Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.' 'Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepada-Ku dengan kesalahan sepadat isi bumi. Kemudian kamu menemui Aku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyengutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula'." (Hadis Riwayat Tarmizi)


Tentang dorongan dan anjuran untuk bertaubat, al-Quran berbicara yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah al- Baqarah ayat 222).

802. Soalan :   Airmata orang yang benar-benar bertakwa dan airmata orang biasa ada bezanya bila mereka menangis dalam doa. Sejauh mana benarnya ustaz. Kenapa berbeza? Apakah hikmah yang akan kita perolehi di akhirat apabila kita berdoa dengan mengalirkan air mata?

Jawapan :

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)

Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :

1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.

2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.

3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.

Orang mukmin yang bertakwa akan banyak menangis kerana hatinya lembut dan cukup sensitif dan rasa takut kepada Allah. Dia rasa sedih mengenangkan dosa-dosanya yang telah dia lakukan ketika orang sedang tidur atau ketika dia berseorangan.Dari Saidina Khalid bin Al-Walid radiallahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW. yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda SAW telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."

Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"

Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata : "Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut"

803. Soalan : Apakah hukum seseorang berubat melalui bomoh dengan menggunakan jampi-serapah, tangkal dan ilmu sihir (ilmu hitam)?

Jawapan :

Hukum berubat melalui bomoh yang mengamalkan ilmu sihir adalah haram. Rasulullah SAW melarang umatnya berjumpa bomoh untuk mengubati penyakit yang dihadapi terutama apabila bomoh tersebut melakukan amalan-amalan syirik. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).

Secara umumnya, jampi-jampian adalah syirik berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: "Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan sihir adalah syirik. (Hadis Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3530) 

Marilah kita membaca keseluruhan hadis ini, di dalamnya ada beberapa pengajaran yang menarik.

Zainab (isteri kepada Abdullah ibn Mas’ud, seorang sahabat Nabi yang berilmu) menceritakan: Seorang wanita tua menemui kami hendak menjampi (kami) dari penyakit demam. Kami memiliki kerusi (bangku) yang panjang kakinya (dan wanita tua itu menjampiku sambil aku duduk atau baring di atasnya). 

Lazimnya apabila Abdullah hendak masuk (ke dalam rumah) maka dia akan (terlebih dahulu) berdehem dan bersuara (yakni memberi salam). Satu hari dia masuk dan ketika wanita tua itu mendengar suaranya, maka dia bersembunyi. Kemudian Abdullah datang dan duduk di sampingku serta membelaiku. Ternyata dia menyentuh suatu jahitan benang, maka dia bertanya: “Apa ini?” Aku menjawab: “Tangkal yang di dalamnya terdapat jampi-jampiku untuk mengubati penyakit demam.” 

Abdullah lalu menariknya dengan keras, memutuskannya dan membuangnya seraya berkata: “Sungguh keluarga Abdullah tidak memerlukan lagi serba mencukupi daripada amalan syirik. Saya mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan sihir adalah syirik.”

Aku (Zainab) seterusnya berkata: “Pada satu hari aku keluar lalu seorang lelaki memandangku sehingga mataku selalu berair. Jika mataku di jampi maka air mata akan berhenti, namun jika tidak di jampi maka ia akan selalu berair.”

Abdullah berkata: “Itu adalah (tipu daya) syaitan, jika kamu mentaati syaitan (dengan mengamalkan jampi-jampian) maka syaitan akan meninggalkanmu (yakni tidak lagi mengganggu dengan mata yang berair). Akan tetapi jika kamu mengingkari syaitan (dengan mengingkari jampi-jampian) maka ia akan menusuk matamu dengan jari-jarinya (sehingga selalu berair. Demikianlah tipu daya syaitan agar kamu sentiasa mengamalkan jampi-jampian). 

Sekiranya kamu melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maka itu tentu lebih baik bagimu dan lebih layak mendapatkan kesembuhan. Iaitu kamu membasuh kedua matamu dengan air sambil membaca doa:

"Hilangkanlah (penyakit ini), wahai Rabb manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.” (Hadis Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3521/3530)

Perhatikan bagaimana kelembutan Abdullah ibn Mas’ud sebagai seorang suami yang apabila balik ke rumah, akan duduk bersama isterinya dan membelai-belainya. Akan tetapi apabila mendapati isterinya melakukan satu amalan syirik, beliau serta merta bertegas dan memusnahkannya. Tidak ada kelapangan atau toleransi dalam urusan tauhid dan syirik. Abdullah kemudian menerangkan hukum jampi-jampian, tangkal dan syirik berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Zainab cuba membela dirinya dengan menerangkan bahawa jampi-jampian itu sebenarnya ada memberi manfaat. Pembelaan Zainab menunjukkan dalam Islam, suami dan isteri boleh berbicara dan bertukar-tukar pandangan. Abdullah membetulkan bahawa semua itu sebenarnya hanyalah tipu daya syaitan. Kemudian Abdullah mengajar doa kesembuhan yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

804. Soalan : Ustaz saya ingin bertanya : Bagaimana kedudukan kanak-kanak kaum musyrikin yang meninggal dunia sebelum baligh?

Jawapan :

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menerangkan kepada para sahabat mimpi yang baginda alami di mana dua orang malaikat membawanya melalui pelbagai suasana dan keadaan manusia. Salah satu suasana tersebut ialah sebuah taman yang amat indah (syurga), di dalamnya terdapat Nabi Ibrahim ‘alaihis salam yang dikelilingi oleh sangat ramai kanak-kanak yang meninggal dunia dalam keadaan fitrah (Islam). 

Lalu salah seorang daripada para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana kanak-kanak kaum musyrikin?” Rasulullah menjawab: “Dan juga kanak-kanak kaum musyrikin (berada dalam taman tersebut bersama Nabi Ibrahim).” [Ringkasan hadis yang panjang, Shahih al-Bukhari, no: 6525/7047]


Berdasarkan hadis sahih di atas, jelas bahawa kanak-kanak kaum musyrikin (bukan Islam) yang meninggal dunia sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga bersama kanak-kanak kaum muslimin. Ini kerana kanak-kanak yang belum baligh tidak menanggung apa-apa tanggungjawab agama, maka mereka dikecualikan daripada sebarang dosa atau azab neraka. Demikianlah salah satu daripada sekian banyak kemurahan Allah Subhanahu WaTa'ala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada para hamba-Nya.

805. Soalan : Dalam rangka memilih calon pasangan hidup, adakah Islam hanya menekankan faktor agama? Bagaimana dengan faktor kecantikan dan paras rupa? 

Jawapan:


Faktor kecantikan dan paras rupa memang turut ditekankan oleh Islam. Ini terbukti melalui beberapa hadis di mana Rasulullah SAW menyuruh seseorang itu melihat terlebih dahulu perempuan yang akan dilamarnya, sama ada menepati citarasa hatinya atau tidak. Salah satu hadis yang dimaksudkan ialah: “Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.” (Hadis Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082)

Hanya, faktor agama adalah lebih utama kerana seseorang yang memiliki ilmu dan penghayatan agama yang baik, ia akan terserlah melalui akhlak dan pembawaan dirinya. Inilah akhirnya yang akan membawa kecantikan yang sejati.

Betapa banyak orang yang wajahnya cantik tetapi akhlak serta pembawaan dirinya amat tidak cantik. Betapa banyak orang yang wajahnya cantik pada saat muda, tetapi mulai pudar dengan bertambahnya umur. Berbeza dengan orang yang memiliki akhlak dan pembawaan diri yang baik, ia menghiasi dan terus menghiasi tuan punya diri tanpa mengenal warna kulit dan peredaran umur.

Kesimpulannya, faktor agama dan kecantikan memang diberi perhatian oleh Islam. Namun faktor agama terletak di atas faktor kecantikan.



Tuesday, October 22, 2013

Soal Jawab Agama Siri 103 (Jual Beli di Pasar Malam, Alam Barzakh, Solat Duha dan Solat Witir, Solat-solat Sunat Dan Amal Soleh Ketika Hisab)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 103 adalah membicarakan persoalan jual beli dipasar malam, kedudukan ibu bapa di alam barzakh apabila anak-anaknya melakukan maksiat, kelebihan Solat Duha dan Solat Witir, solat-solat sunat dan amal-amal soleh yang akan membantu ketika hisab di Mizan.

796. Soalan : Pertanyaan saya adalah berkaitan jual beli di pasar-pasar malam. Kebanyakkan harga makanan penjual tidak meletakkan harga. Setelah memilih lauk-lauk/makanan dan sebagainya barulah kita membayarnya. Dan kita mengetahui harga makanan tersebut setelah kita membayarnya Jika kita bertanya harga setiap satu lauk-lauk/makanan tadi adakah kita terlibat dengan gharar?

Jawapan :

Sebelum persoalan ini dapat dirungkaikan, elok jika kita dapat sama-sama melihat definisi Gharar (ketidaktentuan) menurut istilah Shariah iaitu:

Ù…Ű§ يكون Ù…ŰłŰȘÙˆŰ± Ű§Ù„ŰčŰ§Ù‚ŰšŰ© ŰŁÙˆ Ű§Ù„ŰźŰ·Ű± Ű§Ù„Ű°ÙŠ ÙŠŰłŰȘوي Ű·Ű±ÙŰ§Ù‡ , ŰŁÙŠ Ű§Ù„ÙˆŰŹÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„ŰčŰŻÙ…

Maksudnya: "Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak." (Bada'i As-Sonai'e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)

Nabi Muhammad SAW menegaskan:

نهى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčن ŰšÙŠŰč Ű§Ù„Űș۱۱

Maksudnya : "Nabi  melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar"  (Hadis Riwayat Muslim, 5/3 )

"Jahalah" pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, semua kategori diatas adalah termasuk dalam kategori "jahalah" dan boleh juga dikategorikan sebagai "gharar" atau ketidaktentuan.

Memang benar tidak meletakkan harga adalah satu cara yang kurang baik, boleh membawa syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada "gharar fashiyh" atau KETIDAPASTIAN YANG BESAR yang merosakkan aqad.

Dalam konteks membeli di pasar atau bazaar Ramadan, tahap gharar ini telah menjadi berkurangan disebabkan pembeli berpeluang bertanya harga sebelum bayar dan seterusnya boleh membatalkan pembelian atau mengurangkan item yang dibeli jika merasakan harga tidak sebagaimana yang dijangkakan.

Selain itu, nilai harga pembelian makanan di pasar-pasar malam adalah kecil dan biasanya  disekitar bawah RM 100 sahaja. Jika makanan pula, biasanya sekitar RM 30 ke bawah purata nilai pembelian. 

Oleh kerana nilai harga sebegitu telah diketahui biasanya oleh pembeli, ketidaktahuan mereka disaat itu tidak menjadikan gharar dalam kontrak begitu serius sehingga membatalkan aqad, ia digelar "gharar yasir" atau gharar yang kecil.

Ini berbeza dengan situasi jika pesakit bertemu doktor pakar perubatan atau pemilik kereta bertemu mekanik kereta. Dimana biasanya gharar dalam harga dalam kedua contoh ini lebih bahaya kerana ia melibatkan nilai yang besar, sukar ditarik semula, dibatalkan dan pelanggan seolah-olah TERPAKSA MEMBAYAR walau tidak bersetuju dengan harganya.

Oleh kerana itu, elok semua mekanik dan para doktor atau pihak hospital yang beragama Islam kembali menyemak cara mereka mengenakan bayaran, sama ada bebas dari gharar atau tidak. Dan perlu menjelaskan harganya sebelum membaiki kereta yang rosak atau memberikan rawatan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Wallahu a'lam.

797. Soalan : Adakah ibu bapa yang telah meninggal dunia akan mendapat saham dosa yang berterusan jika anak-anak mereka yang hidup di dunia melakukan maksiat atau dosa?

Jawapan :

Di dalam Islam seseorang tidak akan tanggung dosa orang lain sebagaimana di nyatakan di dalam al-Quran  firman Allah SWT :

 (ŰłÙˆŰ±Ű© Ű§Ù„Ű„ŰłŰ±Ű§ŰĄ)
وَكُلَّ Ű„ِÙ†ŰłَŰ§Ù†ٍ ŰŁَلْŰČَمْنَŰ§Ù‡ُ Ű·َ۹ۊِ۱َهُ فِي Űčُنُقِهِ وَنُŰźْ۱ِŰŹُ لَهُ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ كِŰȘًَۧۚۧ يَلْقَŰ§Ù‡ُ مَÙ†ŰŽُÙˆŰ±ًۧ (ÙĄÙŁ) Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ كَŰȘََۧۚكَ كَفَى ŰšِنَفْŰłِكَ Ű§Ù„ْيَوْمَ Űčَلَيْكَ Ű­َŰłِÙŠŰšًۧ (ÙĄÙ€) مَّنِ Ű§Ù‡ْŰȘَŰŻَى فَŰ„ِنَّمَۧ يَهْŰȘَŰŻÙŠ لِنَفْŰłِهِ وَمَن ۶َلَّ فَŰ„ِنَّمَۧ يَ۶ِلُّ Űčَلَيْهَۧ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰČِ۱ُ وَۧŰČِ۱َŰ©ٌ وِŰČْ۱َ ŰŁُŰźْ۱َى وَمَۧ كُنَّۧ مُŰčَŰ°ِّŰšِينَ Ű­َŰȘَّى نَŰšْŰčَŰ«َ ۱َŰłُÙˆÙ„Ű§ً (ÙĄÙ„)

Terjemahannya :

(13) Tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.

(14) “Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu”.

(15) Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berbuat dosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul."

(Surah Al-Israa (17) ayat 13-15) . 

Tafsir Ayat:

Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya:

Maksudnya: Dalam ayat ini Allah SWT ingin menyatakan betapa sempurnanya keadilan-Nya, bahawa setiap manusia mesti bertanggungjawab terhadap amalnya. Apakah amalnya baik atau jahat. Setiap insan akan dihisab berdasarkan amalnya sendiri.

Orang Arab selalu menggunakan kiasan tentang sesuatu yang menjadi kemestian dengan meletakkan suatu barang pada lehernya. Umpamanya: “Aku letakkan kerja ini pada lehermu”. Maknanya: Pekerjaan itu mesti dia lakukan dengan sempurna.
  
Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.

Maksudnya: Pada hari perhitungan (hisab) nanti setiap manusia akan mendapat buku catitan masing-masing terbuka dihadapannya. Di dalamnya tertera segala amal perbuatan yang pernah dia lakukan ketika hidup di dunia, apakah amalnya yang baik ataupun amalnya yang buruk.
  
Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.

Maksudnya: Ini juga menyatakan betapa adilnya Allah SWT kerana kepada manusia pada hari hisab itu akan dikatakan:

“Hitunglah sendiri apa yang tertera dalam buku catitanmu itu”, sehingga dengan demikian mereka sendiri tahu dan sadar tentang kadar azab yang layak mereka terima daripada Allah SWT.
  
Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri;

Maksudnya: Barangsiapa yang beramal dengan berpandukan ajaran yang benar iaitu sebagaimana ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasalam) maka pada hakikatnya dia telah menyelamatkan dirinya sendiri. Amalnya itu bukan sahaja sekedar diterima oleh Allah SWT tetapi juga sangat tinggi mutu dan kualitinya.
  
Dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri.

Maksudnya: Sebaliknya barangsiapa yang beramal tetapi menyimpang dari panduan yang pernah diberikan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam maka pada hakikatnya dia tidak menyesatkan dan merugikan siapapun kecuali dirinya sendiri. Hal ini disebabkan kerana dia telah melakukan sesuatu yang sememangnya sangat layak mendapat murka dan kutukan serta azab-Nya yang pedih.
  
Dan seorang yang berbuat dosa tidak dapat memikul dosa orang lain

Maksudnya: Allah SWT membantah dakwaan seseorang yang kononnya dia sanggup memikul dosa yang dilakukan oleh orang lain. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) bahwa ayat ini diturunkan kerana peristiwa Al-Walid Bin Al-Mughirah yang pernah berkata:

ÙˆŰ§Ùƒْفُ۱ُÙˆŰ§ ŰšِمُŰ­َمَّŰŻٍ وَŰčَلَىَّ ŰŁÙˆŰČَۧ۱ُكُمْ

Ertinya: “Kufurlah kamu terhadap ajaran Muhammad, dan aku akan tanggung semua dosa kamu”.

Dan ayat ini juga telah mengecewakan harapan orang-orang kafir Quraisy yang mendakwa kononnya: Sekiranya mereka tidak berada di atas kebenaran, maka mereka hanya sekedar pengikut orang-orang silam yang lebih awal dari mereka. Dengan dakwaan ini seolah-olah mereka ingin menimpakan kesalahan yang mereka lakukan (menolah kebenaran) ke atas bahu nenek moyang mereka.

Dosa seorang anak akan di tanggung oleh diri mereka sendiri sekiranya ibu bapa semasa di dunia telah memberi pendidikan, ilmu agama dan mengajar solat kepada anak-anaknya. Tetapi apabila ibu bapa tidak pernah memberikan pendidikan Islam dan tidak mengajar anak-anak mereka solat dan tidak menyuruh mereka solat sehingga mereka hidup liar tak beragama maka ibu bapa akan mendapat saham dosa jika anak-anak mereka tidak solat dan melakukan maksiat.

798. Soalan : Apakah kelebihan solat Duha dan solat Witir?

Jawapan :

Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat Duha dan solat Witir. Kedua solat ini merupakan sunah Rasulullah SAW.

1. Soat Duha :

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat duha." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur". (Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Dari Jabir r.a. berkata Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Shaum (berpuasa) tiga hari setiap bulan menyamai shaum (puasa) setahun, iaitu hari-hari putih, yakni pada hari bulan 13, 14 dan 15 (dalam hitungan qamariah). (Hadis Riwayat An-Nasai dengan sanad yang baik begitu pula menurut Al-Baihaqi)

Doa yang dibaca selepas mengerjakan solat Duha :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

2. Solat Witir :

Solat Witir dikerjakan samaada 5, 3 atau 1 rekaat :

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah."

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qada'). (Hadis Riwayat Baihaqi dan al-Hakim)

Ada dua jenis solat Witir Nabi SAW  iaitu sejurus selepas Isyak dan tengah malam lepas solat Tahajjud.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Hadis Riwayat Muslim).

 Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isyak.

799. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan solat-solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardu kerana ramai dikalangan kita yang kurang faham untuk melaksanakan solat-solat sunat tersebut.?

Jawapan :

Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW. Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu.

Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat Sunat Rawatib adalah sebagai sunat tambahan yang bertujuan menyempurnakan apa-apa kecelaan ataupun kekurangan yang terdapat dalam solat fardu pengamal. Solat sunat Rawatib ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri dan apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T. dan jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.

Solat sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. Solat sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Solat sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid),dan tidak didirikan secara berjemaah.

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)

Saidatinah 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi SAW. melebihi dua rakaat fajar."
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis, iaitu Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah.

Solat Sunat Rawatib Qabliyyah adalah solat sunat yang didirikan sebelum kita mendirikan solat fardu. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah pula didirikan selepas kita menunaikan solat fardu.

Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, 
Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad.

Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya.

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.

Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :

1. Dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Subuh
2. Dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
3. Dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur
4. Dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib
5. Dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini.

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada

 1. Dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
 2. Dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Ba’diyyah Setelah Zuhur
 3. Empat rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar
 4. Dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib
 5. Dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Isyak

800. Soalan : Apakah amalan-amalan seorang mukmin yang akan membantunya ketika Hisab di hari akhirat?

Jawapan :

Terdapat empat amalan ( amal soleh) yang akan membantu seorang mukmin ketika amalan-amalannya di timbang di Mahkamah Allah SWT di hari akhirat . 

Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Ketiga : Akhlak yang baik. 

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Huraiannya : 

Pertama : Puasa yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Taalah.

Puasa yang dikerjakan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar (dengan rahmatNya), hanya Allah Subhanahu Wa Taalah yang mengetahuinya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKu, dan Akulah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNya). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada kasturi." (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dalam al Kabir dari Ibnu Mas'ud dan lain-lain)

Di dalam satu lagi Hadis Qudsi Allah Subhanahu Wa Taalah berfirman maksudnya: "Puasa itu dinding atau perisai dari api neraka dan ia adalah untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (yang berpuasa) meninggalkan nafsu syahwat, meninggalkan makan dan minum kerana Aku. Sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi". (Hadis Qudsi Riwayat Baghawi, Tabrani dan 'Abdan bin Basyir dari Ibnu Khasasiah).

Dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud : "Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu bernama Ar-Royyaan. Tidak diperkenankan masuk melaluinya kecuali orang-orang yang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dari Sahl bin Sa'd).

Kedua : Perbanyakkan zikir “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

كَلِمَŰȘَŰ§Ù†ِ ŰźَفِيفَŰȘَŰ§Ù†ِ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„ِّŰłَŰ§Ù†ِ ، Ű«َقِيلَŰȘَŰ§Ù†ِ فِى Ű§Ù„ْمِيŰČَŰ§Ù†ِ ، Ű­َŰšِÙŠŰšَŰȘَŰ§Ù†ِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰšِŰ­َمْŰŻِهِ ، ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمِ

"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (Hadis Riwayat Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Ketiga : Akhlak yang baik.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

ŰłُŰŠِلَ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Űčَنْ ŰŁَكْŰ«َ۱ِ مَۧ يُŰŻْŰźِلُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ فَقَŰ§Ù„َ ŰȘَقْوَى Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ­ُŰłْنُ Ű§Ù„ْŰźُلُقِ وَŰłُŰŠِلَ Űčَنْ ŰŁَكْŰ«َ۱ِ مَۧ يُŰŻْŰźِلُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱َ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ْفَمُ وَŰ§Ù„ْفَ۱ْŰŹُ

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Dan baginda juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, maka baginda menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat. At-Tirmizi no. 2004)

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَ لَيُŰŻْ۱ِكُ ŰšِŰ­ُŰłْنِ Űźُلُقِهِ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©َ Ű§Ù„Ű”َّۧۊِمِ Ű§Ù„ْقَۧۊِمِ

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin betul-betul akan mendapatkan kedudukan ahli puasa dan solat dengan akhlak baiknya.” (Hadis Riwayat. Abu Daud no. 4798 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Shahih Al-Jami’ no. 1932)

Keempat : Perbanyakkan niat-niat yang baik walaupun masih belum berkemampuan melaksanakannya.

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "