Wednesday, April 23, 2014

Hukum Menziharkan Isteri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Zihar pada segi istilah syarak, ertinya suami yang menziharkan juzuk tubuh badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya. Namun demikian tidaklah sampai jatuh talak sehingga menyebabkan pasangan suami isteri itu mesti bercerai tetapi hukuman tetap dikenakan bersabit dengan kesalahan tersebut. Allah SWT telah berfirman :

"Orang-orang yang menziharkan isterinya di  antara kamu, (menganggap isterinya sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan seseungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

"Allah sekali-kali tidak menjadikan di dalam rongganya, dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Di tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri,"

Jatuhnya hukum zihar itu apabila telah memenuhi empat rukun :

    Suami yang sah.
    Isteri yang sah (belum bertalak atau isteri yang sudah tertalak tetapi masih dalam talak raj'I iaitu isteri yang masih di dalam iddah)
    Orang yang diziharkan dengan isterinya itu (adalah mahram suami).
    Lafaz zihar sama ada secara terang-terangan atau sindiran, melalui tulisan atau bahasa isyart kepada orang bisu dengan syarat isyarat itu boleh difahami.

Siapakah mahram suami itu? Ada empat peringkat yang mana boleh berlaku muhram dengan suami yang melibatkan jatuhnya hukum zihar iaitu :

a. Secara nasab atau keturunan

    Ibu kandung suami.
    Nenek (opah) kandung suami.
    Anak saudara perempuan suami termasuk anak saudara kakak atau abang suami.
    Anak saudara perempuan dari pihak isteri. Ia juga tidak boleh disamakan dengan isterinya walaupun pada zahirnya suami tiada pertalian darah dengannya tetapi dalam hal ini anak saudara tersebut telah menjadi muhrm sementara kepada suami sebabnya suami tidak boleh mengahwininya yakni memadukannya dengan isterinya selagi hayat isterinya masih ada. Hubungan muhram ini kan terputus sebaik sahaja suami itu bercerai hidup atau bercerai mati dengan isteri tersebut, setelah itu barulah suami itu boleh berkahwin dengan anak saudara perempuan iseri.
    Cucu saudara perempuan suami.
    Adik beradik perempuan suami, ini termasuklah adik beradik kandung dan adik beradik tirinya sama ada sebelah ibu atau bapa sahaja.
    Ibu saudara suami.
    Anak kandung suami isteri.
    Anak suami (anak tiri isteri).
    Anak isteri (anak tiri suami).

b. Muhram berambil-ambilan.

Muhram boleh berlaku melalui perkahwinan bapa dengan seorang perempuan. Perempuan yang dimaksudkan itu ialah ibu tiri. Mana-mana perempuan yang menjadi ibu tiri kita, dia adalah muhram dan haram dinikahi serta ditegah menyerupakan isteri dengannya.

Tapi mesti dengan satu syarat, seorang suami itu mestilah telah mempunyai ibu tiri sebeum dia dilahirkan ke dunia lagi. Hanya ibu tiri yang ini saja tidak boleh disamakan dengan isterinya.

c. Muhram secara ridha' (susuan)

Berlakunya hukum zihar apabila suami menyamakan anggota lahir isteri dengan nenek susuan (ibu susu kepada ayah atau ibu suami), kerana semasa ayah atau ibu suami menyusu kepada ibu susunya, ia belum lahir ke dunia.

Tidak berlaku zihar jika suami menyamakan anggota isteri dengan ibu susuan suami kerana semasa suami menyusu dengan ibu susuannya, suami itu sudah lahir ke dunia. Begitu juga tidak jatuh zihar sekiranya menyamakan isteri dengan adik beradik perempuan sesusuan, anak saudara sesusuan, ibu saudara sesusuan sama ada keluarga dari sebelah ibu susu ataupun ayah susu.

d. Ibu Mertua

Muhram juga boleh berlaku memalui nikah. Di mana apabila seseorang lelaki itu menikahi seorang wanita, ibu isterinya telah menjadi ibu mertua suami. Kedudukan ibu mertua kepada suami adalah seperti ibunya juga.

Kalau seorang suami itu memiliki 2. 3 atau 4 orang isteri, maka dia telah mempunyai 2, 3 atau 4 orang ibu mertua. Katakanlah pada suatu hari, suami telah menceraikan isteri keduanya. Walaupun dia telah bercerai dengan isterinya tetapi hubungan suami dengan ibu mertua keduanya tetap kekal selagi hayat masih ada. Dia telah menjadi muhram kekal. Kedudukan ini samalah dengan cerai mati.

Perlu diingat.. 2, 3 atau 4 orang isteri itu jangan sekali-kali kita samakan dengan mana-mana ibu mertua kita yang lainnya kerana ia boleh menjatuhkan zihar kepada isteri.

PENJELASAN TENTANG LAFAZ ZIHAR.
Lafaz zihar beraku kerana berapa ramai manusia yang menanggung dosa zihar berkaitan dengan kecuaian ketika melafazkan kata-kata kepada isteri.

Adapun lafaz zihar yang membawa kepada zihar ke atas isteri amat mudah berlaku. Sealunya di awal perkahwinan suami suka mentap wajah isterinya, maklumlah baru berkenalan. Ketika itu semuanya dipandang indah. Tanpa disedari terkeluarlah kata-kata, "Muka Ayang ni saling tak tumpah macam muka ibu abang, " . Isteri yang jahil tersenyum bangga menerima pujian suami.

Kadang-kadang tu, bila saja anak perempuannya lahir tak habis-habislah orang memuji kecantikannya Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak dipuji demikian.

Untuk lebih meyakinkan lagi isteri pun sibuklah bertanya kepada suami, "Abang, betulkah rupa saya ini macam rupa anak kita?" "Ya," jawab suami ringkas. Sepatah perkataan "Ya" sudah cukup menjatuhkan hukum zihar ke atas isteri kerana suami telah menyerupakan isteri dengan anak kandungnya.

Begitu juga perumpamaan antara isteri dan ibu atau muhram suami, sedarkah kita bahawa dengan kata-kata pujian ini boleh menyebabkan dosa besar terhadap suami kerana menyamakan wajah isteri dengan wajah ibu atau muhamnya.

Punca berlakunya itu kadangkala bermula dari kesalahan isteri sendiri. Mulut terlalu peramah tanya itu ini sehinggalah tidak disedari terlafaznya kata-kata zihar dari suami.

Katakanlah, seorang anak perempuan yang baru lahir ada saja mewarisi baka ibu dan ayah atau datuk neneknya. Boleh jadi bibirnya serupa dengan bibir ibunya atau muanya seiras dengan muka ibunya. Akibat dari itu kadang-kadang bila seorang suami melihat isterinya tercetuslah di hatinya kata-kata ; hidung isteri aku ini macam hidung anaknya,"

Belum jatuh zihar itu kalau baru terdetik di hti kerana syarat zihar itu dengan berlafaz. Jadi sebagai suami kenalah berhati-hati bila melihat tubuh usteri. Sekiranya ada yang serua dengan ibunya atau ibu saudaranya atau dengan anak perempuannya mahupun lain-lain mahram suami, jangan sekali-kali dilafazkan dengan mulut.

Kalau hati membenarkannya biarkan ia tersimpan di hati. Kalau dilafazkan maka akan berlakulah zihar ke atas isterinya dan lafaz yang sperti ini adalah lafaz yang nyata.

Erti Zihar itu ialaj kata-kata yang menyerupakan seluruh anggota badan isteri dengan anggota badan orang-orang yang muhram suami, seperti mulut, mata, kepala, hidung, bibir, muka, tangan, perut, pusat, kaki, dan sebagainya.

Anggota-anggota yang menjadi perhiasan seperti rambut, bulu ketiak dan sebagainya termasuk anggota batin seperti jantung, hati, akal, air mata, air liur, peluh dan sebagainya, kalau disebut, ia tidak termasuk dalam lafaz zihar.

Demikianlah perkara-perkara yang menjadi syarat-syarat atau rukun dalam menjatuhkan hukum zihar ke atas seorang isteri. Oleh itu, suami hendaklah berhati sungguh-sungguh dalam hal ini kerana apabila isteri telah terzihar, perbuatan itu adalah satu kesalahan, satu dosa dan kemungkaran.

Kalau tidak disedari, akan membawa kepada kerosakan dan kecelakaan rumahtangga. Dari dosa yang satu itu, ia akan membabitkan lain-lain dosa hinggakan apabila dosa-dosa itu berpanjangan, rumahtangga boleh porak-peranda. Tidak ada keberkatan dan tidak ada rahmat daripada Allah swt. Akibatnya, kalau sampai mati tidak kita sedari, masuk nerakalah kita.

Suami yang telah menziharkan isteri itu disamping melakukan dosa dan kemungkaran, suami adalah dialarang oleh Allah swt mencampuri gauli isterinya, Kalau sekiranya suami tidak menyedari tentang telah berlakunya zihar, suami pun menggauli atau mensetubuhi isterinya, sumai telah melakukan satu dosa kerana melanggar larangan Allah swt. Ini lah yang dikatakan dosa yang bersambung-sambung.

Kerana itu, apakah yang mesti dibuat oleh seseorang itu sekiranya dia telah menziharkan isterinya? Apakah caranya hendak rujuk kembali daripada perbuatan itu. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah Maha Mengetahui aoayang kamu kerjakan,"

Dan di dalam firman yang berikutnya, Allah berkata lagi :

"Barangsiapa yang tidak mendapat budak (hamba) untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Mala siapa yang tidak kuasa, wajiblah atasnya memberi makan 60 orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya. Dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya siksaan-siksaan yang amat pedih. "

Melalui ayat di atas dapatlah difahami turutan denda yang dikenakan. Untuk membayar denda tersebut, suami itu tidak boleh memilih mana-mana dia suka.

Katalah dirasakan mudah untuk membeli beras mengikut kadar yang telah ditetapkan. Cara ini adalah salah, sebaliknya setiap yang bersalah mestilah mengikut susunan denda yang telah ditetapkan oleh Allah.

Syarat yang pertama sekali, memerdekakan seorang budak atau hamba. Syarat ini sudah tentulah tidak boleh dilakukan pada hari ini kerana perbudakan atau perhambaan sudah tidak ada lagi. Dengan sendirinya syarat pertama ini menjadi mansuh. Mala seorang suami itu mestilah menjalani syarat yang kedua.

Syarat yang kedua pula iaitu dia mestilah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sebelum dia menghabiskan puasa dua bulan berturut-turut ini, dia belum boleh menggauli atau mensetubuhi isterinya.

Tidak boleh puasa itu tertinggal walau satu haripun dalam turutan 60 hari itu. Misalnya kalau di hari yang ke 57 iaitu si suami diserang sakit, lalu tidak berpuasa, dia wajib mengulangi kembali puasanya dari awalnya. Puasa yang sebelum itu dikira batal dan dia mesti mengulang kembali puasa itu bertolak dari mula.

Kalau dia berpuasa juga hingga memudaratkan kesihatan diri (termasuk juga memudaratkan diri dengan menanggung bersangatan nafsu syahwat) maka bolehlah dia beralih kepada syarat ketiga.

Syarat yang ketiga pula iaitu membayar 60 cupak beras kepada 60 fakir miskin yang layak menerima zakat fitrah. Jika tidak mampu memberi sekali gus, bolehlah diansur-ansurkan. Misalnya, hari ini dia keluarkan 5 cupak beras untuk 5 orang fakir miskin. Hari akan datang dia beri lagi 10 cupak kepada 10 orang fakir miskin lain. Begitulah keadaannya sehingga selesai tuntutan tersebut. Setelah tamat segala pembayaran maka barulah boleh digauli isteri seperti biasa.

Nanti ada pula orang akan berkatam kalau hukuman sudah terlalu berat hingga tidak dapat hendak dilaksanakan, maka lebih baiklah ceraikan saja isteri itu. Allah amat murka kalau suami menceraikan isterinya sebagai mengambil jalan singkat untuk menggantikan hukuman denda yang mesti dibayar itu.

Allah tidak sekali-kali tidak membenarkan demikian, kerana penceraian yang Allah galakkan atau yang Allah redhakan ialah penceraian yang wajib atau sunat. Sudahlah dosa pertama tidak ditebus, ditambah pula dengan dosa menceraikan isteri.

Tidak gugur hukum kifarah walaupun suami menceraikan isterinya dengan talak satu (dengan harapan agar dapat rujuk kembali). Kalau dirujuk kembali setelah tamat iddahnya maka jadilah pergaulan keduanya sebagai zina. Berlipat kali gandalah dosa yang dilakukan selagi denda yang pertama belum dijelaskan.

Hukum zihar tidak akan berlaku, sekiranya isteri yang menziharkan suami. Misalnya, isteri yang melafazkan, muka abang macam muka ibu atau lain-lain lafaz yang menyerupakan suami dengan lain-lain yang menjadi muhramnya.

Maka, di dalam membina rumahtangga bahagia, suami isteri mestilah berhati-hati di dalam mengeluarkan kata-kata. Isteri jangan suka bertanya itu ini mengenai peribadinya jikalau ada persamaan dengan ahli keluarga suami atau muhram suami. Bimbang kalau suami terlepas cakap mengakibatkan jatuhnya hukuman zihar. Kadang-kadang kerana kelancaran mulut isteri, suami pula yang menjadi mangsanya.