Friday, January 20, 2012

Kisah Umat Terdahulu Di Ampunkan Dosa Kerana Membantu Seekor Anjing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan, ia berasa dahaga. Lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu minum air di dalamnya. Setelah dia keluar di dapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata : 'Anjing ini merasakan apa yang baru sahaja saya rasakan.'

Kemudian ia kembali turun ke dasar telaga semula untuk mengambil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan mengigit kasutnya itu.

Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu Allah SWT berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah jika kami mengasihi binatang, kami juga mendapat pahala?"

Baginda SAW  bersabda yang bermaksud : "Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti mendapat pahala."

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan kisah di atas jelaslah kepada kita setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh seorang muslim walaupun kepada seekor binatang yang kehausan maka ganjarannya cukup besar disisi Allah SWT sehinggakan Dia mengampunkan dosa lelaki tersebut dan dimasukkan oleh Allah SWT kedalam syurga.

Bayangkanlah jika kita memberi bantuan kepada saudara-saudara kita yang sedang menderita disebabkan berlakunya peperangan, gempa bumi, banjir, tsunami dan kemiskinan maka ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.

Dalam hadis yang lain daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Teruskanlah memberi bantuan dan sedekah kepada saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan dan harta yang kita sedekahkan itu akan menjadi saham akhirat dan akan membantu kita di saat kepanasan di Padang Mahsyar. Salah seorang yang akan mendapat perlindungan  Arasy Allah SWT adalah seorang yang bersedekah hinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran-pengajaran yang dapat di ambil daripada hadis di atas adalah :

1.Kita di anjurkan untuk sentiasa berbuat baik walaupun kepada haiwan.

2.Syurga adalah tempat yang penuh nikmat yang di kurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beramal soleh di dunia ini. Walaupun sesuatu amalan itu nampak kecil tetapi ianya besar dan bernilai di sisi Allah SWT. seperti contoh memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan sehingga Allah SWT. mengampunkan dosa hamba Allah tersebut  dan di masukkan-Nya kedalam syurga.

Thursday, January 19, 2012

Orang Mukmin Sentiasa Menjaga Lidah dan Akhlaknya Semasa Berkempen Dalam Pilihanraya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya?”. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Seorang mukmin akan sentiasa menjaga akhlak dan adab sopan dan kehidupannya. Akhlak dan kesopanan adalah pakaian seorang mukmin sejati. Justeru, dalam kempen pilihan raya bukannya masa untuk kita menanggalkan akhlak dan adab sopan.

Antara anggota badan yang paling banyak digunakan dalam kempen pilihan raya adalah lidah untuk tutur bicara. Calon dan penyokong parti akan menggunakan lidah untuk berkempen dan menarik sokongan dan kepercayaan pengundi dengan manifesto dan janji-janji yang akan ditunaikan sekiranya diberi peluang untuk memenangi pilihanraya.

Menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat tidak salah, malah itulah yang sewajarnya, tetapi bukan janji-janji kosong yang tidak akan mampu ditunaikan. Ia juga bukan medan untuk menghamburkan tutur bicara sesuka hati tanpa kawalan sehingga menimbulkan bibit perpecahan serta kebencian sesama rakyat.

Lidah adalah nikmat kurniaan Allah dan sebaik-baik fungsi lidah ialah digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT atau melakukan kerja dakwah iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan kebenaran seperti firman Allah bermaksud: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (agama-Nya) serta beramal soleh serta berkata, "saya salah seorang muslim." (Sural al-Fushilat, ayat 33)

Di sebalik kebaikannya, lidah juga boleh membawa kebinasaan kepada pemiliknya juga manusia lain. Medan pertuturan lidah tidak ada sempadan. Jika baik penggunaannya, maka baiklah natijahnya, tetapi jika buruk penggunaannya, maka buruklah natijahnya.

Justeru, keghairahan berkempen tanpa mengawal tutur bicara boleh menyebabkan pelbagai implikasi bukan saja kepada pemilik lidah, malah anggota masyarakat. Disebabkan lidah yang tidak terkawal boleh membawa perpecahan, benci membenci, permusuhan, fitnah memfitnah dan api perkauman.

Ketika berkempen (berceramah) lidah perlulah dikawal dengan sebaik-baiknya kerana peribadi seorang mukmin tidak akan berkata perkara dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang tidak ada pada dirinya.

Paling buruk yang mungkin berlaku dalam tempoh berkempen ialah kegagalan mengawal lidah daripada mengeluarkan fitnah dan hasutan. Lidah kedua-dua pihak (parti) yang cabar mencabar boleh menjadi panas dan akhirnya mencetuskan pertelingkahan atau pergaduhan.

Ketika berceramah atau berkempen ramai calon atau penyokong parti gagal mengawal perasaan lalu terhamburlah caci-maki dan tuduh-menuduh.

Sebaiknya, mereka yang dicaci atau difitnah mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang melakukannya." (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)

Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah baiknya jika tempoh berkempen pilihan raya  dihiasi dengan akhlak mulia, tutur bicara beradab dan bersopan. Sentiasalah ingat pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mengawal lidahnya daripada memperkata kehormatan orang lain, maka Allah akan menutup kecelaannya."

Fitnah adalah perbuatan melempar tuduhan keburukan terhadap seseorang tanpa bukti dan asas kukuh. Fitnah dan mengadu domba (namimah) biasanya seiringan. Justeru, ia wajib dijauhi kerana kesannya amat buruk sekali.

Rasulullah SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu, jangan jadikan kempen pilihan raya medan atau kesempatan untuk menabur fitnah. Semua lisan keji itu dilarang dan dicela oleh agama. Kata-kata keji tidak seharusnya keluar daripada lidah orang-orang mukmin. Berjanjilah kepada rakyat sesuatu yang baik dan mampu dikotakan . Banyak tawaran yang boleh diberikan iaitu menghapuskan rasuah , memansuhkan undang-undang zalim (tangkapan tanpa bicara), kebebasan mahasiswa untuk menyuarakan pandangan, kebebasan berdemontrasi cara aman, pendidkan percuma dan rawatan perubatan secara percuma, menghapuskan tol dan memberi royalti bagi negeri-negeri yang mempunyai sumber minyak dan lain-lain lagi dan lebih baik daripada pemerentah sebelumnya.

Perlu diingat akhlak seorang  pemimpin Islam tidaklah sama dengan golongan lain kerana mereka berkempen dengan menggunakan berbagai cara, fitnah dan mengaibkan musuh politiknya dengan berpegang kepada kaedah "matlamat menghalalkan cara" maksudnya biar pun cara itu haram bagi mereka itu masih boleh dilakukan asalkan matlamat mereka tercapai.

Islam melarang  kita menjadi agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan sesuatu perkara.

Sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam dan memperjuangkan keadilan dan menentang rasuah, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.

Jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah semata-mata.Kempen yang bersih dan tidak mengandungi caci-maki dan kutuk mengutuk kepada calun lawan adalah akhlak yang terpuji dan  merupakan sifat orang mukmin yang bertanggungjawab dan mengajak rakyat untuk melakukan kebaikan.

Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam pilihan raya umum ini merupakan peluang yang paling baik untuk kalian melakukan perubahan dalam masyarakat dan mengubah pentadbiran negeri dan seterusnya pusat yang sejak sekian lama menafikan keadilan dan hak-hak rakyat yang patut diberikan.

Sahabat yang dikasihi,
Satu peringatan yang perlu kalian pegang bahawa  apabila kalian memulakan sahaja kempen berceramah, ziarah rumah ke rumah dan menyebarkan risalah manifesto kalian sedang berjihad dijalan Allah SWT untuk mendaulatkan Islam dan keadilan yang dituntut Islam.

Ingatlah kalian sedang diperhatikan oleh Allah SWT dan malaiakat pencatat amal sedia menulis apa yg kalian lakukan. Kejayaan sesuatu perjuangan berhadapan musuh adalah dengan izin dan pertolongan Allah SWT kerana akhlak dan tawakal kalian kepada-Nya . Jika kalian berjuang dijalan Allah SWT tetapi kalian melakukan maksiat dengan menyerang peribadi pihak lawan dengan mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba, mengaibkan orang lain dan maki-hamun maka kalian akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Tetapi jika kalian menyerang dasar parti pihak lawan yang menyeleweng, rasuah, zalim, mementingkan kroni , tidak mendaulatkan hukum Allah SWT yang mereka lakukan secara umum maka ianya diharuskan.

Khalifah Umar al-Khattab pernah menasihatkan tentera Islam bahawa yang lebih beliau takut adalah maksiat tentera Islam daripada kekuatan musuh. Kekalahan musuh adalah kerana maksiat mereka kepada Allah SWT. Jika tentera Islam melakukan maksiat maka mereka tidak akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Biar rakyat yang menilai dengan adil akan kerosakkan yang pernah dilakukan oleh pihak lawan , Allah SWT sahaja yang akan membuka pintu hati-hati mereka untuk memilih calun dan parti yang berwibawa, adil dan sentiasa konsisten memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Tonjolkan peribadi yang baik untuk kalian mengajak mereka ke arah kebaikan. Sekali lagi di ingatkan, jangan menggunakan fitnah kerana salah satu unsur yang menafikan kemenangan ialah apabila  maksiat dilakukan termasuklah melakukan fitnah.

Akhirkata marilah sama-sama kita berdoa dan memohon rahmat dan pertolongan Allah SWT di atas perjuangan yang mulia ini untuk meletakkan Islam ditempatnya yang sebenarnya. Yakinlah jika kita ikhlas berjuang dengan niat semata-mata mencari reda Allah SWT, insya Allah kemenangan akan berpihak kepada kita biarpun mereka merancang dengan rancangan yang hebat kerana sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih baik dan lebih sempurna.

Wednesday, January 18, 2012

Sifat Ikhlas Menjadikan Amalan Kita di Terima Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula kedudukkan mahupun harta kekayaanmu tetapi Allah memandang pada hatimu. Sesiapa memilikki hati yang soleh maka Allah menyukainya., insan yang paling dicintai Allah ialah yang paling takwa dan  ikhlas kepada-Nya.

Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredaa Allah SWT. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas". Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.

Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan reda Allah SWT  semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah SWT  akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

Sahabat yang di muliakan,
Sifat ikhlas adalah sifat mahmudah (sifat terpuji) ia adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Untuk memiliki sifat ikhlas seseorang perlulah memahami kepada tiga perkara :
1. Memiliki ilmu : Dengan ilmu seseorang akan tahu peraka-perkara yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT. Dapat memahami apakah jenis dan kraiteria sifat terpuji yang disukai Allah SWT dan sifat tercelah yang dibenci oleh-Nya. Mempelajari ilmu bab hati dan tasauf memfokuskan ciri-ciri amalan yang ikhlas kepada AllahSWT.

2. Membaca dan mengambil iktibar daripada seerah Nabi SAW , sahabat-sahabat baginda, tabien, tabi-tabien, wali-wali Allah, ahli sufi, alim ulama dan para syuhada mengenai amalan-amalan mereka yang ikhlas.

3. Memahami cara-cara iblis mengoda dan menguasai hawa nafsu manusia supaya dapat terhindar daripada perasaan ujub, riak dan takbur. Sifat-sifat ini akan menghapuskan amalan kita kepada Allah s.w.t.

Terdapat lima tanda-tanda amalan seseorang itu ikhlas kepada AllahSWT :

1. Takut mendapat kemasyuran dan pujian daripada masyarakat terhadap amalan-amalannya.

2. Merasai tidak cukup puas menunaikan hak-hak Allah SWT yang diamanahkan kepadanya.

3. Tidak menceritakan pada orang lain amalan-amalan soleh yang dia kerjakan, kerana amalan-amalan itu adalah rahsia dia dengan Allah SWT.

4. Dia tidak perlukan pujian dan tidak mengharapkan pujian orang lain dia merasakan pujian itu lebih baik  diberikan kepada orang lain yang berhak mendapatkannya.

5. Keadaannya sama saja samaada dia menjadi ketua atau orang bawahan. Tidak ada perasaan bermegah-megah dengan jawatan yang dimilikinya. Apa yang dilakukan semata-mata mencari reda Allah.
Contoh : Sayyidina Khalid al-Walid r.a. dipecat dari jawatan panglima perang dan menjadi tentera biasa. Bila dia ditanya apa perasaannya, dia berkata, "Aku berperang kerana Allah bukan kerana Umar"

Sahabat yang dikasihi,
Sifat ikhlas kepada Allah natijahnya akan menjadikan hati kita tenang, tenteram dan bahagia. Mutu kerja yang dilaksanakan berkualiti dan sempurna.Kerja yang dilaksanakan bukan kerana manusia atau kepentingan peribadi tetapi semata-mata kerana Allah. Seorang yang ikhlas akan meniatkan perkara harus seperti tidur, makan, minum, membeli rumah, kenderaan, pakaian dan lain-lain semata-mata  kerana Allah maka dengan niatnya itu akan menjadi ibadah dan dia akan mendapat pahala di sisi Allah.

Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah SWT yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya. Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.

Seorang yang mati syahid akan ditolak amalannya kerana dia berjuang dan berjihad fisabilillah supaya dia terkenal sebagai seorang pahlawan terbilang. Seorang alim ulama yang tinggi ilmu pengetahuannya yang ramai anak muridnya dan dipandang mulia oleh orang ramai tertolak amalannya kerana dalam hatinya inginkan pujian dan disanjung supaya digelar  sebagai seorang alim ulama yang terkenal. Seorang dermawan juga di tolak sedekah dan zakatnya kerana dia inginkan pujian daripada manusia supaya manusia gelar dia seorang dermawan yang baik hati.

Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW.  “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW. bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.”
(Hadis Riwayat at-Tabarani)

Usahakanlah menanam sifat ikhlas dalam matlamat hidup ialah dengan merenung 'hidup sesudah mati.' kerana ianya boleh menghidupkan hati kita dan tamakkan reda Allah. Apabila hati kita sentiasa mengingati hari akhirat perasaan tamakkan dunia akan hilang dan terhakislah sifat-sifat mazmumah seperti penyakit batin termasuk hasad dengki sesama mukmin kerana berebut pengaruh, meninggalkan perjuangan, merasa jemu dalam berjuang dan fitnah memfitnah.

Oleh itu marilah sama-sama kita perbetulkan niat-niat dihati kita supaya ianya benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.Keikhlasan inilah yang akan membawa nilai kepada setiap amalan kita. Biar pun sedikit amalan tersebut apabila ianya ikhlas dan tidak ada kepentingan duniawi maka ianya akan  menjadi besar disisi Allah SWT.

Tuesday, January 17, 2012

Sifat Berbaik Sangka Sesama Muslim Calun Ahli Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu hari, Rasulullah SAW  sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beginda sedang mengajarkan ayat-ayat al-Quran. Tiba-tiba Rasulullah SAW. berhenti sejenak dan berkata,”Akan hadir diantara kalian seorang calon penghuni syurga”. Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan rasa berdebar-debar mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.

Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki melenggang masuk masjid. Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud Rasulullah? Dia tak lebih dari seorang lelaki dari kaum ansar (orang kebanyakan). Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tidak banyak yang mengenalnya. Pun, sejauh ini tak terdengar keistimewaan dia.

Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjutnya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang calon penghuni syurga, lelaki tersebutlah yang kemudian muncul.

Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahawa memang lelaki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakin kehairanan, amalan istimewa apakah yang dimiliki lelaki ini hingga Rasulullah menjelaskan bahawa dia adalah sebagai calon penghuni syurga?

Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di antara mereka untuk mengamati kehidupan harian lelaki ini. Maka pada suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di rumah lelaki tersebut. Lelaki tersebut iaitu calon penghuni syurga mempersilakannya.

Selama tinggal di rumah lelaki tersebut,  sahabat terus-menerus mengikuti kegiatan lelaki calon penghuni syurga. Saat lelaki tersebut makan,  sahabat ikut makan. Saat lelaki tersebut mengerjakan pekerjaan rumah, sahabat menunggui. Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. “Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat khusyuk” fikirnya. Tapi ketika malam tiba, lelaki tersebut bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia membaca al-Quran dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tidak banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh berkumandang.

Sungguh, sahabat hairan, sebab ia tidak jua menemukan sesuatu yang istimewa dari lelaki ini. Tiga malam  sahabat bersama  calon penghuni syurga, tetapi semua tetap seperti biasa sahaja.

Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya bermalam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah SAW. Kemudian dia bertanya,“Wahai sahabatku, sesungguhnya amalan istimewa apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni syurga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohimu”.

Lelaki itu menjawab,” Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslim biasa dengan amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang boleh kuberitahukan padamu. Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah SAW. menyatakan demikian.”

Mendengar penjelasan itu, wajah  sahabat menjadi berseri-seri. “Terima kasih sahabatku atas hikmah yang kau berikan. Aku akan memberitahu para sahabat mengenai hal ini”. Sahabat pun meminta izin untuk pulang dengan membawa pelajaran yang sangat berharga.

Sahabat yang dimuliakan,
Sifat berbaik sangka, memberi kemaafan dan tidak ada sifat dendam, memuliakan tetamu, tidak mendedahkan aib sesama muslim dan menjauhi mengumpat dan fitnah adalah akhlak seorang mukmin dan ciri-ciri ahli syurga. Hidup zaman ICT ini cukup mencabar jika kita tidak membuat fitnah kadangkala kita menjadi subahat dan mendapat saham dosa besar yang sama jika mempercayainya dan menceritakan pula kepada orang lain.  

Berita terbaru bagaiman seorang pemimpin parti politik telah  di pecat dan akan bertindak agresif dan akan mendedahkan banyak kelemahan dan keaiban pemimpin parti yang di anggotainya dahulu. Sikap ini amat merbahaya dan akan menghapuskan pahala amalannya sebelum ini dan boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT .

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang dengan mengatakan ada parasit).

Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau membenci dalam hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Hadis Riwayat Muslim)

Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.

Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah. "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan.

Hadis Rasulullah SAW. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah."

Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita terpengaruh dengan seseorang yang menumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah.



Monday, January 16, 2012

Kenapa Umat Islam Wajib Menggundi Dalam Pilihan raya.?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang secara tabienya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah ar-Rum, ayat 30)

Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.

Demikian juga terdapat hadis-hadis sahih yang lain memerintah supaya taat kepada ketua negara dan wajib memilih ketua negara.

Menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Golongan Ahlul Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihan raya. Pada pendapat mereka pemilihan khalifah merupakan ikatan kontrak di antara khalifah dan umat. Justeru itu, istilah yang dipakai dalam kontrak ini dinamakan “Bai‘ah”.

Berdasarkan hal ini, kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada umat, umat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara umat dengan ketua negara adalah ikatan sosial. Justeru itu, Dr Yusof Al Qardhawi menyatakan bahawa sistem pilihan raya pada pandangan Islam adalah suatu kesaksian terhadap keletakan seseorang calon yang bakal dan akan dipilih.

Atas dasar sedemikian maka, adalah menjadi kewajipan kepada seseorang warga muslim untuk mengundi agar calon yang amanah (al amin) dan punyai sifat kuat (al qawi) mencapai kemenangan. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 282 yang bermaksud “Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila dipanggil menjadi saksi”.

Pemilihan ketua negara Islam mengikut proses pilihan raya tidak selamanya berlaku. Ini disebabkan terdapat khalifah menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebilangan besar kalangan fuqaha’ menerimanya sebagai sah.

Imam Al Mawardi ada menjelaskan tentang hal ini dengan katanya, “Adapun menyerah kuasa Imamah kepada orang tertentu yang dipilihnya, mengikut ijmak adalah sah kerana ada dua alasan; pertama Abu Bakr menyerahkan kuasa kepada Umar dan umat Islam menerima penyerahan itu sebagai sah.

Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam. Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.

Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.
Oleh itu maka pemilihan untuk mengundi dan memberi sokongan kepada kepimpinan Islam  dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat.

Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya berbentuk asabiyah yang mendorong hanya kepada kesenangan dunia, lebih-lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam dan menolak hukum hudud.

Sahabat yang dimuliakan,
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan  kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syarak.

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syarak itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

Sahabat yang dihormati,
Pemerintahan adalah urusan yang paling besar umat Islam. Suatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng.

Kata Ibnu Taimiyah:
"Wajib diketahui bahawa urusan kekuasan manusia adalah kewajipan agama yang paling besar, malahan tidak dapat tertegak agama melainkan dengannya. Maka sesungguhnya anak Adam itu tidak akan sempurna maslahatnya kecuali dengan bermasyarakat kerana sebahagian memerlukan sebahagian yang lain. Ketika bermasyarakat itu, tidak boleh tidak mestilah mempunyai ketua. Sehingga Nabi SAW  telah bersabda: "Apabila kamu keluar tiga orang bermusafir, kamu lantiklah salah seorang sebagai ketua." (Hadis Riwayat Abu Daud dari Hadis Abu Sa’id dan Abu Hurairah).

Manakala Imam al-Ghazali berkata: "Agama itu sendi. Penguasa itu pengawal. Sesuatu yang tidak bersendi akan hancur dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan sia-sia."

Amat dikesalkan sekali kerana masih ramai umat Islam di negara kita yang masih keliru dengan persoalan menegakkan negara Islam. Sebahagiannya masih berfikir ia hanyalah soal-soal dunia yang tidak ada kena mengena dengan kehidupan beragama mereka. Sebahagiannya enggan turun mengundi kerana katanya `tidak sunnah'. Sebahagian yang lain, pergi mengundi tetapi masih tidak dapat melakukan pilihan yang tepat siapakah yang layak dipilih untuk dijadikan pemimpin menguruskan permasalahan umat Islam.

Para ulamak dan umat Islam yang insaf akan perkara ini perlu bekerja lebih kuat lagi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruhnya.

Jumhur ulamak Islam mengharamkan langkah kekerasan (spt. revolusi dsbnya) sekalipun terhadap pemerintah yang zalim dan fasiq. Kerana ia akan berakibat jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika berjaya tindakan itu, akan memakan korban, jika gagal, memang sudah semestinya lebih banyak korban lagi.

Terbabit dalam pilihanraya ala barat oleh parti Islam bukan bermakna mereka beriman dengan demokrasi secara total. Ia hanya digunakan sebagai wasilah untuk menegakkan negara Islam. Dan, ia bukannya satu-satu wasilah ke arah itu, namun dalam keadaan umat Islam dihimpit dari seluruh pihak oleh sistem sekular, maka terbabit dalam pilihanraya adalah antara jalan yang terbaik. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam Malaysia khususnya untuk memberikan dokongan kepada parti Islam. Paling lekehpun, `lebih baik daripada mendokong parti sekular..’ (Hukumnya telahpun dibahas oleh para ulama kini termasuk al-Qardhawi)

Pada zaman ini, sebuah parti Islam tidaklah bergerak hanya semata-mata sebagai sebuah parti politik sahaja. Bahkan ia mestilah bergerak sebagai sebuah harakah Islamiyah. Jika hanya semata-mata sebuah parti politik sahaja (lebih-lebih lagi jika pembangkang), maka tumpuannya hanyalah lima tahun sekali pilihanraya. Aspek-aspek lain diabaikan, seperti pendidikan, tarbiyah, ekonomi, dakwah, kebajikan umat dan lain-lain lagi.

Tidak selamanya parti Islam dibenarkan untuk menyertai pilihanraya oleh rejim yang berkuasa. Adakalanya ia disekat. Dan, apakah ketika itu sudah terhenti segala usaha dan harapan untuk menegakkan negara Islam? Sudah tentu tidak, kerana kerja pendaulatan syariah Islam adalah satu usaha yang mesti berjalan secara berterusan, sesuai dengan semangat amar makruf nahi munkar. Terlalu banyak lagi usaha-usaha dan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan (walaupun ia bukan yang terbaik). Jika pilihanraya dihalang, maka itu bermakna salah satu dari wasilah telah hilang, bukan segala-galanya telah hilang. Harakah Islamiah tetap berfungi memikul tanggungjawab dakwah dan tarbiah.

Contoh lain, jika setiap kali pilihanraya yang dijalankan secara tidak adil dan terdapat unsur-unsur penipuan, para ulama ketika itu bolehlah berijtihad untuk menentukan apakah perlu terbabit dalam pilihanraya? Masalah ini bukan melibatkan soal halal dan haram, tetapi masalah yang baik dan yang terbaik. Apabila ulama mengeluarkan kenyataan tertentu, umat Islam wajar mematuhinya.

Sahabat yang dikasihi,
Di dalam masyarakat Islam terdapat beberapa kumpulan serpihan yang mengatakan menggundi dan memasuki pilihan raya adalah haram dan mereka yang melakukan adalah meredai Yahudi dan demokrasi ala barat, lantas mereka mengambil hujah-hujah daripada hadis-hadis dan sirah Nabi SAW untuk menyokong kefahaman mereka. Hakikat sebenarnya golongan ini sudah terkeliru di antara stratigi dan prinsip. Yang prinsip dianggap strategi dan yang strategi di anggap prinsip. Golongan ini boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam dan memberi saham yang besar kepada golongan sekular untuk meneruskan kekuasaan dalam pemerentahan kerana undi mereka tidak diberikan kepada pemimpin Islam. Mereka lebih reda melihat pemimpin yang jahil tentang Islam mentadbir negara. Mereka memerhatikan sahaja daripada jauh dan menganggap tindakkan mereka adalah benarkan oleh syarak.

Ulama-ulama muktabar dunia masa kini seperti Prof Yusof al-Qardawi memberi fatwa kewajipan umat Islam mengundi dan memilih pejuang Islam dan parti Islam supaya memenangi majoriti di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri supaya hukum-hukum Allah SWT dapat di daulatkan dan keadilan untuk semua rakyat dapat di berikan.

Jauhi Empat Belas Amalan Yang Di Sukai Syaitan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†َ لَكُمْ ŰčَŰŻُوٌّ فَۧŰȘَّŰźِŰ°ُوهُ ŰčَŰŻُوًّۧ Ű„ِنَّمَۧ يَŰŻْŰčُو Ű­ِŰČْŰšَهُ لِيَكُونُÙˆŰ§ مِنْ ŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚ Ű§Ù„ŰłَّŰčِÙŠŰ±ِ


Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka." (Surah Faatir ayat 6)


Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.


Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;

1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "(Hadis Riwayat Muslim)


Berusahalah sedaya-upaya makan dengan tangan kanan walaupun ada diantara kita seorang yang kidal. Sekiranya jika kalian makan dengan menggunakan sudu dan garpu, suaplah ke mulut dengan tangan kanan agar tidak menyerupai syaitan yang makan dengan tangan kiri.

2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri :

Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur,  " Jangan begitu! "

Orang itu bertanya, " Mengapa? "

Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "

Orang itu menjawab, " Tidak. "

Rasulullah SAW meneruskan: "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)


Oleh itu, elakkan minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan seperti keadaan yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang kotor.

3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi :

Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Hadis Riwayat Bukhari)


Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Hadis Riwayat Muslim)


4. Syaitan kencing di telinga :

Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud : " Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya. "


Rasulullah SAW berkata demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang tidur sehingga pagi.

5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "


Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian telah mendapat tempat bermalam. "

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ; "Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "

Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, ketika menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan.

6. Syaitan makan sisa-sisa makanan :

Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) : "Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. "


Anas melanjutkan ; " Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "


Baginda berpesan ; " Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. " (Hadis Riwayat Muslim)


Tidak usahlah kalian menjadi pemurah kepada syaitan dengan membiarkan sisa-sisa makanan. Entah berapa ramai yang tamak ketika makan sehingga menyebabkan makanan berlebihan dibiarkan untuk santapan musuhnya sendiri.

7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan:

Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?.


Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.

Firman Allah SWT ;


Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰšَŰ°ِّ۱ِينَ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ Ű„ِŰźْوَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيَۧ۷ِينِ وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لِ۱َŰšِّهِ كَفُÙˆŰ±ًۧ


Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang  yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan." (Surah Al-Isra' ayat 27)


8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :

Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash  mengadu kepada Rasulullah SAW ;

" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. "
Maka Rasulullah menjawab ; " Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. " (Hadis Riwayat Muslim)


9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :

Kadang-kadang kita bersikap terburu-buru di dalam melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kita menghadapi kerugian, kualiti kerja yang merosot dan sebagainya. Sikap gopoh dan terburu-buru ini adalah antara hasutan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. " (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan :

Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: " Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? "

" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? "


Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"

" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "

" Ya. "

" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "

" Ya. "

" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "

" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. "


11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :

Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istiqhfar' .

Sulaiman Bin Surd berkata: "Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi SAW bersabda: " Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Hadis Riwayat Bukhari)


12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :

Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.

Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: " Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka. "
(Hadis Riwayat Bukhari)

13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan :

Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak.

Rasulullah SAW bersabda: " Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. "
( Hadis Riwayat Muslim)


Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.

14. Syaitan boleh membesar seperti rumah :


Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , " Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. "

Nabi SAW bersabda : " Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "

Sahabat yang dimuliakan,
Demikian sebahagian himpunan hadis-hadis yang berkaitan dengan syaitan. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian agar selamat dan terpelihara daripada musuh nombor satu manusia iaitu syaitan dan iblis laknatullah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT daripada muslihat, godaan dan tipu daya mereka.

Orang Mukmin Akan Mencegah Kemugkaran Samaada Dengan Kuasa, Lidah Dan Hati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah SAW :

َنْ َۧŰšِى ŰłَŰčِÙŠŰŻِ Ű§Ù„ْŰźُŰŻْ۱ِي قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčْŰȘُ

۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيهِ وَŰłَلَّمَ يَقُولُ

مَنْ ۱َŰŁَى مِنْكُمْ مُنْكَ۱ًۧ فَلْيُŰșَيِّŰ±Ù‡ُ ŰšِيَŰŻِهِ

فَِۧنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ فَŰšِلِŰłَŰ§Ù†ِهِ فَِۧنْ لَمْ يَŰłْŰȘَŰ·ِŰčْ

فَŰšِقَلْŰšِهِ وَŰ°َلِكَ َۧ۶ْŰčَفُ Ű§Ù„Ű§ِيمَŰ§Ù†ِ
 
Maksudnya : "Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap muslim adalah berkewajipan mencegah kemugkaran. Tanggungjawab mencegah kemungkaran adalah kerana kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada terhadap Allah, manusia dan alam sekitar. Oleh itu mencegah kemugkaran yang berlaku di dalam masyarakat adalah melalui tiga cara iaitu :

1. Mengubah dengan tangan

2. Mengubah dengan lidah

3. Mengubah dengan hati

Huraiannya :
 
1. Mengubah dengan tangan

Maksud Mengubah dengan tangan (kuasa) yang ada pada seseorang mengikut kemampuannya dan bidang kuasa masing-masing

Setiap orang hendahlah mencegah kemungkaran yang berlaku dikalangan ahli atau orang dibawah tanggungjawabnya. 

Contohnya :
Bapa cegah kemungkaran keluarganya.
Guru cegah kemungkaran murid-muridnya.
Ketua negara cegah kemungkaran rakyatnya.

...لُلُّلُمْ ۱َۧŰčٍ وَلُلُّلُمْ مَŰłْŰŠُوْلٌ Űčَنْ ۱َŰčِّيَّŰȘِهِ ....

...setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang yang dibawah pimpinannya.... (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."

Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian. 

Sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar. 

Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan. Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang. 

Pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan. 
 
Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka. 

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)." 

Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama. Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan.  

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian di sini ialah berlemah lembut dalam mencegah perkara mungkar dan menyuruh pelakunya melakukan kebaikan, Rasulullah SAW telah mewasiatkan kita supaya berlembut, baginda menjelaskan bahawa Allah SWT suka akan kelembutan dalam semua perkara, sifat lemah lembut itu akan menghiasi apa sahaja yang disertainya, jika sifat ini tidak ada pada sesuatu perkara, maka akan hilanglah serinya.
  
2. Mengubah dengan lidah

Mencegah dengan lidah bermaksud memberi nasihat dan bimbingan yang baik. Setiap orang hendahlah mencegah kemungkaran yang berlaku dikalangan ahli atau orang dibawah tanggungjawabnya.

Seruan Nabi SAW adalah :
Kita disuruh menyeru manusia kepada melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

Jika kita meninggalkan kedua-duanya , maka Allah SWT akan menjadikan orang-orang yang jahat sebagai pemimpin kita. Ketika itu juga doa-doa dikalangan kita juga tidak lagi mustajab.
  
3. Mengubah dengan hati.

Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dan menjauhkannya. Mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.

Kesannya : Kemungkaran hanya tidak belaku pada dirinya sahaja dan kemungkaran tidak akan hilang atau berkurangan. Pencegahan ini adalah jalan terakhir dan perlu di dahulukan pencegahan dengan tangan dan dengan lidah.

 Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berusaha mencegah segala bentuk kemugkaran yang berlaku di hadapan kita samaada kemugkaran itu kecil atau besar dan gunakanlah cara terbaik dan hikmah. Pencegahan pertama untuk mencegah dengan tangan adalah tanggungjawab ketua negara. Oleh itu berusahalah dengan cara terbaik dan dibenarkan syarak supaya pemimpin kita adalah pemimpin yang beriman dan bertakwa supaya segala bentuk maksiat di dalam negara dapat dicegahnya dengan kuasa ditangan. Salah satu cara adalah memenangi pilihan raya. Kedua sebagai seorang pendakwah kita perlulah berusaha mencegah segala maksiat dengan lidah atau nasihat yang baik, samaada dengan tulisan atau ceramah yang disampaikan. Sebarkanlah ilmu yang bermanfaat supaya umat Islam dapat di sedarkan dengan ajaran Islam dan gembirakanlah dengan balasan syurga untuk mereka yang bertakwa di takutkan dengan seksaan neraka bagi mereka yang fasik dan kafir. Dan terakhir cegahlah kemungkaran itu dengan hati jika tidak mampu hendak cegah dengan kuasa dan lidah , ini adalah selemah-lemah iman dan tidak ada lagi iman selepas ini.