skip to main |
skip to sidebar
Dalam perjalanan Israk Nabi Muhammad SAW dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya ialah
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
- kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula berulang kali.
- orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
- orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.
- lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
- orang yang makan riba.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
- orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
- orang yang membuat fitnah
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
- orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit, tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
- orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan
Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk ditengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti
orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
- gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang 2 rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu ketika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT.
Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3:
ۧÙَّŰ°ِÙÙَ ÙُŰ€ْÙ
ِÙُÙÙَ ŰšِۧÙْŰșَÙْŰšِ ÙَÙُÙِÙÙ
ُÙÙَ ۧÙŰ”َّÙۧ۩َ ÙَÙ
ِÙ
َّۧ ۱َŰČَÙْÙَۧÙُÙ
ْ ÙُÙÙِÙُÙÙَ
“Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu.
Natijah daripada keimanan kepada yang ghaib ini sangat penting, iaitu menjadikan muslim itu sentiasa berwaspada dalam kehidupannya. Ini kerana, setiap perbuatannya di atas dunia ada implikasinya di akhirat, iaitu sama ada akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT ataupun dicampakkan ke dalam neraka, wal’iyazubillah!
Rukun iman ada enam perkara:
1. Beriman kepada Allah SWT
Beriman kepada Allah SWT bermaksud, seseorang itu wajib mengenali Allah yang disembahnya dan meyakini bahawa Allah itu wujud, Allah yang menciptakan alam ini dan sebagainya lagi. Muslim juga wajib mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia dan seluruh alam ini walaupun ia kelihatan tidak rasional pada akal fikiran manusia.
Atas alasan inilah, seorang muslim wajib mempelajari ilmu usul, tauhid atau akidah bagi menetapkan keyakinannya kepada Allah SWT. Ilmu inilah yang lebih dikenali dengan nama Sifat 20, yakni mengetahui dengan tafsil 20 sifat yang wajib bagi Allah SWT. Mempercayai dan beriman terhadap Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan Asmaul Husna (nama-nama Allah SWT yang mulia). Alangkah aibnya jika mengaku beriman kepada Allah SWT tetapi tidak mengenali Allah SWT.
2. Beriman kepada para malaikat
Malaikat dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang taat kepada perintah-perintah-Nya. Ada sepuluh nama malaikat dan tugasnya yang harus kita ketahui iaitu, Jibril yang menyampaikan wahyu; Mikail iaitu penurun rezeki; Israfil, iaitu peniup sangkakala atau terompet pada hari kiamat; Malaikat Maut iaitu pencabut nyawa makhluk; Raqib dan Atid, iaitu malaikat kiraman katibin yang mencatat amalan baik dan jahat manusia; Munkar dan Nankir, iaitu dua malaikat yang ditugaskan Allah SWT bagi menanyakan soalan di alam barzakh dan dua malaikat terakhir, iaitu Malik dan Ridzwan yang ditugaskan menjaga Neraka dan Syurga.
3. Beriman kepada kitab-kitab
Kitab-kitab ini bermaksud, apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya yang menjadi panduan atau syariat dalam kehidupan. Ada empat buah kitab yang harus kita ketahui, iaitu Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s; Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s; Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan terakhir al-Quran yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Di samping kitab-kitab, turut diturunkan kepada beberapa nabi ialah suhuf-suhuf yang berupa keterangan ringkas mengenai hukum-hakam atau sesuatu syariat. Misalnya suhuf yang diberikan kepada Nabi Ibrahim.
4. Beriman kepada para rasul.
Para rasul diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai penunjuk jalan keselamatan. Mereka membimbing manusia daripada penyembahan yang salah, misalnya menyembah berhala atau sesama makhluk kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan seterusnya menjadi model kehidupan bagi seluruh umatnya. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para rasul ini daripada kalangan manusia agar mereka mampu ditauladani serba-serbi dalam sebarang aspek kehidupan.
Terdapat 25 orang nabi lagi rasul yang wajib diimani oleh seorang muslim, iaitu:
Nabi Adam a.s., Nabi Idris a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Salih a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.), Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.), Nabi Ya’akub a.s., Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya’akub a.s.)
Nabi Ayub a.s., Nabi Syu’aib a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.), Nabi Zulkifli a.s., Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.), Nabi Ilyas a.s., Nabi Ilyasa’ a.s.
Nabi Yunus a.s., Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s), Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad SAW.
5. Beriman kepada hari akhirat
Hari Akhirat adalah suatu hari di mana semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar. Tujuannya, semua manusia akan dihadapkan ke mahkamah Allah SWT dan diadili segala amal perbuatannya di atas dunia ini. Di dalam mahkamah Allah SWT itulah, manusia akan diberikan kitab atau buku yang semasa di dunia dahulu ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin (Raqib dan ‘Atid) dan seluruh anggota tubuhnya sendiri menjadi saksi amal perbuatannya di dunia dahulu.
Amal perbuatan manusia juga akan ditimbang atas timbangan al-Mizan. Kemudian, kita semua akan melalui satu jambatan yang dikenali titian sirat al-mustaqim (titian yang lurus) sebelum dapat masuk ke syurga Allah SWT. Mana-mana manusia yang amal jahatnya melebihi amal kebaikan atau tidak beriman kepada Allah SWT, maka mereka tidak akan berjaya melintasi neraka dan akan terjatuh ke dalam neraka bagi menerima azab di atas kelalaian mereka di dunia. Manusia yang selamat melintasi titian itu akan masuk ke dalam syurga Allah SWT yang penuh kenikmatan sebagai ganjaran di atas keimanan dan ketakwaan mereka di atas dunia dahulu. Semua manusia akan melalui proses ini tanpa kecuali, hatta mereka seorang nabi atau rasul.
6. Beriman kepada qada’ dan qadar
Qada’ dan qadar bermaksud, seluruh kehidupan manusia dan perjalanan alam di atas muka bumi ini hakikatnya sudah ditentukan dan termaklum dalam ilmu Allah SWT. Apa yang akan terjadi sesaat daripada ini adalah di dalam ilmu Allah SWT. Ia bermaksud, kita hanya perlu berusaha dan hasilnya Allah SWT yang memberikannya, kerana ia adalah dalam pengetahuan Allah SWT dan Allah SWT sendirilah yang berhak menentukan akhir sesuatu perkara. Sungguh pun Allah SWT sudah tahu apa yang akan terjadi, namun sebagai manusia kita wajib berusaha ke arah kebaikan, diiringi dengan doa bersungguh-sungguh dan di akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT, agar kesudahannya kelak beroleh kebaikan.
Do'a itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah.Mereka yang berdo'a perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah tidak akan mempersia-siakan mereka.
Rasulullah SAW. yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas do'a orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Inilah yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dan ditegaskan lagi oleh Baginda Muhammad SAW: “Tidak tertolak qada’ itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmidzi daripada Salman al-Farisi r.a)
Di samping itu, ulamak membahagikan qada’ itu sendiri kepada dua, iaitu qada’ mubram dan qada’ muallaq. Qada’ mubram adalah seuatu yang tetap akan berlaku dan tidak boleh ditolak, misalnya orang muda akan menjadi tua, setiap yang hidup pasti akan mati. Manakala, qada’ muallaq ialah sesuatu yang dapat ditolak dengan doa atau dengan berbuat kebajikan, misalnya bersedekah yang menolak musibah, sebagaimana yang dicatatkan di atas.
Kata Imam al-Ghazali: “Jika ada orang bertanya, apa manfaat doa itu padahal qada’ (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan. Ketahuilah bahawa qada’ juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya, perisai menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi.”
Justeru, bagaimana kaedah untuk dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga? Adakah dengan menyerah bulat-bulat kepada ketentuan llahi?
Jika Allah menetapkan seseorang itu sebagai ahli syurga dan dijauhkan daripada azab api neraka, maka ia nikmat yang amat besar. Namun jika Allah menetapkan seseorang itu dimasukkan ke nenaka dan diazab, maka adakah dia perlu reda sahaja?
Kaedahnya telah dibentangkan dengan jelas dalam al-Quran iaitu keimanan kepada Allah dan melakukan amalan soleh.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal dengan amalan soleh sama ada Ielaki mahupun wanita, sedangkan dia beriman, maka mereka akan masuk ke syurga dan mereka tidak dizalimi walaupun sedikit.” (Surah al-Nisa’4: 124)
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”
Pengarang kitab Bahr al-Madzi membawakan masalah qada’ mubram dan qada’ muallaq mengenai makna kedua-dua jenis qada’ itu dan hubungannya dengan doa: “(Kata ulama) qada’ mubram itu ialah suatu yang ditentukan Allah di dalam ilmunya, tidak boleh diubah dan tidak boleh ditukarnya dan qada’ muallaq itu seperti suatu perkara yang berta’liq sekiranya engkau berdoa nescaya diperkenankan apa-apa doamu dan sekiranya engkau berbuat bakti dan silaturrahim nescaya dipanjangkan umurmu dan sekiranya tiada diperbuatkan bakti dan tiada berdoa, tiadalah diperkenankan dan ditambah umur dan bertentang dengan barang yang di dalam ilmu-Nya.
Maka qada’ muallaq itulah yang ditolak oleh doa.” (Lihat Bahr Al-Madzi 13-14/196).
Hadis-hadis sahih mengenai peristiwa ini boleh didapati dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim
Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda : "Jibril membawakan kepadaku seekor 'Buraq', iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada baghal, Ia dapat melompat sejauh mata memandang. Haiwan itu lalu kutunggangi sampai ke Baitul Maqdis.
Sampai di sana haiwan itu ku tambatkan di tambatan yang biasa digunakan para Nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat.
Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bekas (balang) yang satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, Jibril ditanya, "Kamu siapa?" Sahut Jibril, "Aku Jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : "Muhammad!" Tanya : "Sudah diutus!" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"
Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tanpa disangka, aku berjumpa dengan Adam a.s. Beliau mengucapkan 'selamat datang' kepadaku serta mendoakanku semoga beroleh kebaikan.
Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu.
Lalu dia ditanya, "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : Muhammad!"
Tanya : "Apakah dia sudah diutus?" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"
Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan dua orang; anak dan paman, iaitu 'Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria 'alaihimas salam. Keduanya mengucapkan 'selamat datang' kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.
Kemudian aku dibawa lagi naik ke langit ketiga. Jibril minta di bukakan pula pintu. "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"
Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tanpa disangka, aku bertemu dengan Yusuf a.s yang kecantikanannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.
Sesudah itu kami dibawa naik ke langit keempat. Jibril a.s minta supaya dibukakan pula.
Dia ditanya Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!"
Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Idris a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kabaikan.
Firman Allah: "Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi." (Maryam : 57).
Kemudian kami naik ke langit kelima. Jibril a.s minta dibukakan pintu. Dia ditanya "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Lalu pintu dibukakan bagi kami.
Tanpa disangka, aku bertemu dengan Harun a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.
Kemudian kami naik ke langit keenam. Lalu Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" lalu pintu dibukakan bagi kami.
Tanpa disangka, aku bertemu dengan Musa a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.
Kemudian kami naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan pula pintu. Dia ditanya "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"
Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!"
Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Ibrahim a.s sedang bersandar ke Baitul Ma'mur, dimana 70,000 malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.
Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi (bekas air). Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibku solat 50 kali sehari semalam.
Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s, Musa bertanya "Apa yang telah diwajibkanTuhanmu kepada umatmu?" Jawabku, "Solat 50 kali." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terbadap Bani Israil."
Kata Nabi SAW., "Aku kembali kepada Tuhanku lalu aku memohon, "Ya Tuhan! peliharalah umatku keringanan!' Maka Allah menguranginya lima." Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku, "Allah menguranginya lima." Kata Musa , "Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan."
Kata Nabi SAW selanjutnya, "Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: "Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari semalam satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya, ditulis baginya (pahala) sepuluh kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan satu kejahatan."
Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s lalu kuceritakan kepadanya apa yang difirmankan Tuhanku itu. Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan." Jawab Rasulullah SAW., "Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya. (Muttafaqun Alaih)
Dan di dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini, Baginda SAW menyaksikan berbagai-bagai perkara:
1. Telah dipersembahkan kepada Baginda SAW susu dan khamar, namun Baginda SAW memilih susu, maka disebutkan kepada Baginda SAW: Engkau telah menunjukkan kepada fitrah atau telah menepati fitrah, tapi sekiranya engkau mengambil khamar nescaya sesatlah seluruh umatmu.
2. Baginda telah menemui empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin. Dua sungai zahir adalah sungai Nil dan Furat, ini bermakna agama dan risalah yang dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur Nil dan Furat, penduduknya merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi yang lain, bukanlah bererti yang airnya mengalir dari syurga.
3. Baginda SAW melihat malaikat Malik penjaga neraka, yang tidak pernah senyum malah di mukanya tiada sedikit pun tanda mesra atau lembut, Baginda SAW melihat syurga dan neraka.
4. Baginda menyaksikan pemakan-pemakan harta anak yatim secara zalim, mulut-mulut mereka bak mulut-mulut unta, dilontarkan ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan api neraka bak harimau meluru keluar dari dasar neraka keluar melalui dubur mereka.
5. Baginda menyaksikan pemakan-pemakan riba dengan perut yang besar, kerananya mereka tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, dan keluarga Firaun lalu di hadapan mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.
6. Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping daging buruk dan busuk, namun mereka memilih dan memakan yang busuk, ditinggalkannya yang segar. Baginda s.a.w menyaksikan sekumpulan wanita yang masuk ke dalam majlis lelaki yang bukan anak-anak mereka, mereka digantung dari (menggunakan) payudara-payudara mereka.
7. Baginda SAW melihat sekumpulan unta penduduk Makkah yang sedang dalam perjalanan. Pada masa itu Baginda SAW telah menunjukkan mereka unta yang mereka hilang itu, dan Baginda SAW telah meminum air dari bekas-bekas mereka yang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur. Selepas habis diminum, Baginda s.a.w menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa Isra’ Mi’raj yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.
Ibnu al-Qayim berkata: Setelah Rasulullah SAW berada di pagi subuh bersama-sama kaumnya dan menceritakan kepada mereka tanda-tanda yang agung (al-Ayat al-Kubra) yang diperlihatkan Allah SWT dan Rasul-Nya, maka semakin ingkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad SAW, semakin bengis lagi mereka menyiksa kaum Muslimin.
Namun demikian, mahu juga mereka bertanya Rasulullah SAW supaya menggambarkan rupa bentuk Baitul Maqdis, maka Allah membuka penglihatan Rasulullah SAW sehingga tergambar Baitul Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu Rasulullah SAW pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya hingga mereka tidak mampu untuk menolak atau mendustainya, dan Baginda SAW menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan kepulangan Baginda SAW, juga Baginda SAW menceritakan unta-unta yang akan tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya, dan benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah SAW namun mereka semakin angkuh dan ingkar, memang sesungguhnya orang yang zalim itu semakin kufurlah mereka.
Adapun Abu Bakar r.a digelar dengan gelaran as-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan beliau dengan peristiwa Israk dan Mikraj, sedangkan ramai manusia mendustainya.
{untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami}. [Surah al-Isra’ ayat 1]
Ini adalah sunnah dan qanun Rasulullah kepada para anbiya’ Nya, sebagaimana penegasan Allah kepada Ibrahim a.s.
{ÙَÙَŰ°َÙِÙَ Ùُ۱ِÙ Ű„ِŰšْ۱َۧÙِÙÙ
َ Ù
َÙَÙُÙŰȘَ ۧÙŰłَّÙ
َۧÙَۧŰȘِ ÙَۧÙْŰŁَ۱ْ۶ِ ÙَÙِÙَÙُÙÙَ Ù
ِÙَ ۧÙْÙ
ُÙÙِÙِÙÙَ}
“…dan demikian Kami memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin” (Surah al-An’aam ayat 75).
Dan penegasan Allah SWT kepada Musa a.s.
{ ÙِÙُ۱ِÙَÙَ Ù
ِÙْ ŰąَÙَۧŰȘِÙَۧ ۧÙْÙُŰšْ۱َÙ}
“….(Berlakunya yang demikian itu) kerana kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami yang besar.” (Surah Thaha ayat 23)
Penyusunan program Israk dan Mikraj ini bertujuan untuk memberi keyakinan:
“…dan supaya jadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin”. (Surah al-An’am ayat 75)
Setelah ilmu dan makrifat para nabi ini berdasarkan penyaksian tanda-tanda agung (al-Ayat al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi ‘Ain al-Yakin (yakin hakiki) yang tidak dapat dinilai kadarnya, kerana berita pengkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian dua mata kepala, hasilnya mereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal mereka garap dan tempuhi, seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukan segala pancaroba dan ancaman terhadap mereka.
Adapun hikmah dan rahsia-rahsia di sebalik perjalanan agung ini, secara perincian merupakan topik pembicaraan hikmah-hikmah syariat, namun di sana beberapa fakta ringkas terpancar dari jejak perjalanan mulia ini, yang kesemuanya membekalkan siraman subur kepada sirah Rasulullah SAW.
Islam mengharuskan umatnya berjual beli. Dalam hal ini setiap peniaga sewajarnya mematuhi etika berjual beli yang ditetapkan dalam Islam. Antaranya berlaku jujur dan amanah terhadap jualan tersebut.
Isu menggunakan pelaris sebagai azimat dan tangkal dalam berjual beli adalah berdosa. Ini kerana ia bercanggah dengan akidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya jampi, tangkal, azimat dan ubat guna-guna adalah syirik.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Oleh itu, jauhkanlah diri daripada perbuatan yang sedemikian.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 membincangkan Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam.
Muzakarah telah memutuskan bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai iaitu amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Dalam Kitab Mastika Hadis Jilid Pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2007 ada menyebut seperti berikut:
“Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.” (halaman 191).
Penggunaan tangkal, azimat dan sebagainya daripada ayat al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah SWT atau sifat-sifat-Nya adalah tidak diharuskan menurut Abdullah Bin Mas’ud, Al-Aswad dan Abdullah bin Hakim. Dr. Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat ini.
Justeru, para peniaga sewajarnya menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh untuk maju dan berjaya dalam kehidupan.
Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan dan dengan perancangan strategik selagi tidak menyalahi hukum syarak dalam berniaga. Seterusnya berdoalah kepada Allah SWT agar segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati-Nya.
Cara Mengesan Pelaris dan Menghindarinya
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
Seorang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT perlulah ada dua sifat ini terhadap Allah Azzawajalla iaitu perasaan khauf ( takut) dan rajak (mengharap).
Khauf (takut) di saat kematian tidak mendapat husnul khatimah dan takut kepada seksaan hari akhirat iaitu ketika diPadang Mahsyar, Mizan, Siratul Mustakim dan seksaan api neraka yang amat dahsyat dan menyeksakan.
Rajak (mengharap rahmat) dan kasih sayang Allah SWT semoga terpilih disaat kematian mendapat husnul khatimah dan termasuk di dalam golongan orang-orang muttaqin dan solihin dihari akhirat nanti dan diizinkan memasuki syurga Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 :
ÙَŰْŰ°َ۱ُ ۧÙْŰąَŰźِ۱َŰ©َ ÙَÙَ۱ْŰŹُÙ Ű±َŰْÙ
َŰ©َ ۱َŰšِّÙِ
" Takutkan akhirat (azab di sana) dan mengharapkan rahmat Tuhannya "
Dari Anas r.a berkata, Suatu hari Rasulullah SAW menemui seorang lelaki yang sedang nazak, Rasulullah SAW berkata kepadanya : "Bagaimanakah keadaan kamu ?"
Lelaki itu menjawab : " Aku takut (khauf) dan aku berharap (rajak) "
Maka Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Tidak berhimpun di hati seorang hamba seperti keadaan ini, melainkan Allah azza wajalla akan memberikan apa yang diharapkannya, dan memeliharanya dari apa yang ditakutkan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk menjadi hamba Allah SWT yang diredai-Nya maka perlu ada pada diri seorang mukmin itu dua sifat iaitu :
Pertama : Khauf (takut).
Kedua : Rajak (mengharap)
Huraiannya :
Pertama : Khauf (Takut)
Khauf membawa erti takut kepada Allah SWT atau pun perasaan bimbang. Ianya merupakan suatu sifat atau perasaan yang datang dalam diri seseorang mukmin.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang berhati-hati kerana takut (khasyah) Rabb mereka. Dan orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan (sesuatupun) dengan Rabb mereka, Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya." (Surah al-Mukminun ayat 57-61)
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad dan Sunan at-Tirmidzi dari Aisyah r.ha yang berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini. (Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut) (Al-Mukminun: 60), apakah mereka adalah orang-orang yang berzina, minum khamr dan mencuri?"
Baginda menjawab, "Tidak wahai (Aisyah) anak Abu Bakar As Siddiq, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, bersedekah dan mereka khawatir (amalan mereka) tidak diterima."
Rasa khauf atau takut kepada Allah SWT ini wajib ditanam di dalam diri sebab Allah Maha Hebat seksaan~Nya kepada orang-orang yang menderhakai~Nya. Orang yang derhaka ialah orang yang melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah.
Dengan adanya rasa takut kepada Allah, seorang mukmin akan berusaha untuk mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah SWT. Lantas, perbuatan amal kebajikan yang dilakukan atas dasar khauf, bukanlah sebenarnya mengharapkan pahala dari Allh SWT, sebaliknya adalah untuk mengharapkan keampunan Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
Rasa khauf atau takut yang dituntut ialah yang menghalang seseorang dari melakukan dosa. Imam Ibnu Abil `Izzi al Hana berkata, "Seorang hamba wajib untuk takut dan berharap (kepada Allah), dan sesungguhnya takut yang terpuji dan yang sebenarnya adalah yang menghalangi pemiliknya dari apa-apa yang diharamkan oleh Allah. Apabila (takut) itu melewati batas, dikhawatirkan dia terjatuh pada sikap putus asa."
Sikap takut yang tidak diimbangi dengan rasa harap, akan menyebabkan seseorang berputus asa dari rahmat Allah.
Kedua : Rajak (Mengharap)
Firman Allah Taala, “…Janganlah kamu berputus asa dari mengharap rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari mengharap rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87)
Allah SWT. berfirman:
ÙُÙْ ÙَۧŰčِŰšَۧۯِÙ Ű§ÙَّŰ°ِÙÙَ ŰŁَŰłْ۱َÙُÙۧ ŰčَÙَÙ ŰŁَÙÙُŰłِÙِÙ
ْ ÙَۧŰȘَÙْÙَŰ·ُÙۧ Ù
ِÙ Ű±َّŰْÙ
َŰ©ِ ۧÙÙÙِ Ű„ِÙَّ ۧÙÙÙ
َ ÙَŰșْÙِ۱ُ ۧÙŰ°ُّÙُÙŰšَ ŰŹَÙ
ِÙŰčًۧ Ű„ِÙَّÙُ ÙُÙَ ۧÙْŰșَÙُÙ۱ُ ۧÙ۱َّŰِÙÙ
ُ {53}
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas (melakukan dosa) terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az Zumar ayat 53)
Rajak ialah rasa pengharapan. Mengharapkan kepada Allah. Harapan seorang makhluk kepada Allah SWT sebagai Pencipta. Mengharapkan kurniaan Allah di dunia mahu pun di akhirat. Rasa rajak mesti mengiringi rasa khauf. Rasa pengharapan mesti mengiringi rasa takut. Agar Perasaan takut tidak menjerumuskan seseorang ke lembah putus asa. Begitu juga rasa harap mesti diringi dengan rasa khauf, agar seseorang mukmin tidak terlalu yakin dengan amal perbuatan. Tidak terlalu yakin akhirnya menjerumuskan diri ke arah bongkak, ujub, takbur dan riyak.
Demikianlah bahawa khauf (takut) terhadap seksa Allah SWT di akhirat, di saat berdiri di hadapan mahkamah Rabbul `Alamin dan takut apabila amalan-amalan kebaikannya tidak diterima oleh Allah SWT itu juga harus diiringi dengan rajak (berharap) terhadap rahmat dan ampunan-Nya serta diterimanya amalan-amalannya di sisi Allah SWT. Sebagaimana banyak sekali nash-nash yang menggabungkan antara khauf dan rajak di dalam kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.
Abu Ali ar-Rudzabari berkata, Khauf (takut) dan rajak (berharap) seumpama dua sayap burung, apabila keduanya sempurna, maka sempurnalah burung itu dan sempurnalah terbangnya. Dan apabila satu dari kedua (sayap) nya kurang, maka terjadilah kekurangan padanya (burung itu). Dan apabila kedua (sayap)nya tiada. jadilah burung itu di ambang kematian.
Walaubagaimanapun, ketika di saat ambang kematian, hendaklah seseorang tersebut meletakkan rasa rajak seratus peratus akan keampunan Allah. Berbaik sangka dengan Allah, agar dihujung kalimah kita nanti, Allah mengampuni diri kita dan memasukkan kita di dalam golongan kekasih Allah SWT.
MANDI HADAS (MANDI JUNUB)
Allah Azza wa-Jalla telah mewajibkan setiap mukmin mandi setelah ia berjunub (berhadas besar). Allah berfirman:
“Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersuci (mandi junub)”. (Surah al-Maidah (5) ayat 6)
DEFINISI :
Pengertian mandi atau al-ghuslu (ۧÙŰșŰłÙ) menurut pengertian Bahasa Arab ialah: Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”. (Lihat: Fathul Bari, 1/359. Ibnu Hajar)
“Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”. (Lihat: Lisanul Arab. 2/988)
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, dimaksudkan mandi junub (mandi hadas besar) ialah:
“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh (Lihat: Fathul Bari. 1/359) (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.
Adapun sebab-sebab wajibnya mandi junub (mandi hadas besar) ialah setelah terjadi perkara-perkara berikut:
PERTAMA :
Wajib Mandi Junub Kerana Keluar Air Mani
Para ulama telah sepakat bahawa apabila keluar air mani dengan bersyahwat, bersetubuh atau bermimpi maka wajib baginya mandi junub. Begitu juga bagi kaum perempuan (jika keluar air mani) maka wajib baginya mandi junub sebagaimana keterangannya dari hadis-hadis berikut:
“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam pernah ditanya oleh seorang lelaki yang mendapati basah (kerana keluar mani) padahal tidak ingat bahawa ia bermimpi lalu baginda menjawab: "Hendaklah ia mandi."
Dan baginda pernah ditanya tentang lelaki yang bermimpi dirasakan seolah-olah keluar air mani tetapi tidak ada kesan basah. Baginda menjawab: "Tidak wajib mandi"
Kemudian Ummu Sulaim bertanya: Kalau perempuan bermimpi demikian wajibkah wanita itu mandi? Nabi menjawab: Ya, kerana sebenarnya kaum wanita itu adalah saudara-saudara kaum lelaki!”. (Hadis Riwayat Imam yang lima, kecuali Nasaii.)
“Dari Ummi Salamah bahawa Ummu Sulaim berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu kerana sesuatu yang haq! Apakah wanita wajib mandi junub kalau ia bermimpi? Baginda menjawab: Ya, apabila ia melihat air! Kemudian Ummu Salamah bertanya lagi: Apakah perempuan juga bermimpi? Celaka engkau, kalau tidak begitu dengan apa anaknya boleh serupa dengannya!”. (Muttafaq ‘alaihi)
“Dari Khaulah binti Hakim bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi seperti mimpinya lelaki lalu Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam bersabda: Ia tidak wajib mandi sehingga mengeluarkan air mani seperti halnya lelaki tidak wajib mandi sehingga ia mengeluarkan air mani”. Hadis Riwayat Ahmad)
“Dan Nasaii meriwayatkan dengan ringkas yang lafaznya: Bahawasanya dia (Khaulah) bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi mengeluarkan air mani dalam tidurnya lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjawab: Kalau ia melihat air mani maka hendaklah ia mandi”. (Hadis Riwayat Nasaii)
Dari hadis-hadis sahih di atas, menunjukkan bahawa wanita juga terkadang bermimpi kerana wanita adalah saudara kandung lelaki. Maka sebagaimana kaum lelaki juga bermimpi maka kaum wanita demikian pula. (Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan)
Dan jika ia (seseorang wanita) tidak menemui tanda/bekas/basah/sisa-sisa air setelah bangun tidur maka ia tidak diwajibkan untuk mandi junub. Adapun jika ia mendapati bekas/tanda air maka ia wajib mandi kerana Ummu Sulaim berkata: Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita wajib mandi jika ia bermimpi (keluar air)? Rasulullah sallallahu ‘alaihi was-sallam menjawab: Ya, kalau ia melihat (mendapati basah) bekas air! Jika wanita mendapati ada bekas air maka ia diwajibkan mandi junub. (Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan)
Jika seseorang perempuan sering mengeluarkan cecair tanpa disebabkan oleh suatu rangsangan (nafsu syahwat/nikmat) maka sama sekali tidak diwajibkan mandi. Mandi hanya diwajibkan apabila melakukan persetubuhan, bermimpi, keluar air diiringi syahwat (seperti mimpi berjimak dengan seorang lelaki lalu ketika bangun terdapat bekas air maka diwajibkan baginya mandi junub). (Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan)
PENJELASAN TENTANG WADI DAN MA
Wadi: Wadi adalah cecair pekat yang biasanya keluar setelah seseorang selesai dari buang air kecil (kencing). Wadi ini dihukum najis dan harus disucikan seperti halnya kencing, akan tetapi tidak diwajibkan mandi. (Lihat: Fiqh Wanita. Hlm. 19. Syeikh Kamil Muhammad ‘Uwaidah)
Mazi: Mazi adalah cecair yang bening dan pekat yang keluar dari zakar atau faraj ketika bercumbu atau ketika nafsu syahwat. Hal ini sama-sama dialami oleh lelaki dan juga wanita, akan tetapi pada wanita jumlahnya lebih banyak. Menurut kesepakatan para ulama, mazi ini dihukum najis. Apabila mazi ini mengenai badan maka wajib dibersihkan dan apabila mengenai pakaian maka cukup sekadar menyiramkan air pada bahagian yang terkena mazi. Mengenai hal ini terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya. Aisyah radiallahu ‘anha mengatakan:
“Wadi itu keluar setelah proses kencing selesai. Untuk itu hendaklah seseorang muslim (dan muslimah)mencuci kemaluannya (setelah keluarnya wadi) dan berwuduk serta tidak diwajibkan mandi junub”. (Hadis Riwayat Ibnu al-Munzir)
“Tentang mani, wadi dan mazi. Adapun mengenai mani maka diwajibkan mandi kerananya. Sedangkan mengenai mazi dan wadi maka cukup dengan membersihkan secara sempurna”. (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Athram)
“Mengenai wadi dan mazi, Rasulullah bersabda: Basuhlah kemaluanmu atau tempat kemaluanmu dan berwuduklah seperti pada saat hendak melaksanakan solat”. (Hadis Riwayat Baihaqi)
Oleh yang demikian maka keluar wadi atau mazi dihukum najis dan membatalkan wuduk. Wajib dibasuh zakar atau faraj dan pakaian yang terkena wadi atau mazi tetapi tidak diwajibkan mandi junub (mandi hadas besar) jika terkeluar wadi dan mazi sebagaimana penjelasan dari hadis-hadis yang lalu dan sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam:
“Dari Ali berkata: Aku adalah seorang lelaki yang sering keluar mazi lalu aku bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam kemudian ia bersabda: Dalam mazi itu berwuduk dan dalam mani itu wajib mandi. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi dan disahihkan oleh Tirmizi)
“Dan dari Ahmad. Lalu baginda bersabda: Kalau engkau mengeluarkan mani maka mandilah kerana telah berjunub dan apabila engkau tidak mengeluarkan mani maka janganlah mandi”. (Hadis Riwayat Ahmad)
Ibnu Ruslan berkata: Kaum Muslimin telah ijmak atas wajibnya mandi junub (mandi hadas) bagi lelaki dan perempuan disebabkan keluar air mani atau mengeluarkan air mani. (Lihat: Nailul Autar.1/191. asy-Syaukani)
KEDUA
Wajib Mandi Kerana Persetubuhan
Menurut Imam An-Nawawi bahawa: Telah disepakati atas wajibnya mandi junub (bagi suami dan isteri) apabila hasyafah (kepala zakar lelaki) telah masuk ke dalam faraj walaupun tidak mengeluarkan air mani. Inilah pendapat dari ijmak. Keterangan ini dapat difahami dari hadis-hadis sahih yang berikut:
“Dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa-sallam baginda bersabda: Apabila salah seorang antara kamu duduk antara empat anggota perempuan kemudian ia bersungguh-sungguh maka ia wajib mandi (junub)”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
“Apabila salah seorang kamu duduk antara empat anggota perempuan (bersetubuh) kemudian ia bersungguh-sungguh maka wajib baginya mandi (junub) meskipun tidak mengeluarkan air mani”. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Abdullah bin Amr bin Ash:
“Apabila dua kemaluan (zakar dan faraj) itu telah masuk maka telah diwajibkan mandi (mandi junub)”. (H/R Ibnu Syaibah)
Para ulama telah sepakat sebagaimana yang telah disyariatkan bahawa seandainya seorang lelaki meletakkan kemaluannya di atas kemaluan perempuan, padahal ia tidak memasukkannya maka tidak seorang pun antara keduanya diwajibkan mandi. (Lihat: Nailul Autar. 1/190, Asy-Syaukani)
“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila salah seorang antara kamu duduk di antara empat anggota perempuan kemudian benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) bertemu benda yang dikhatan (kemaluan perempuan), maka telah diwajibkan mandi (junub)”. (H/R Ahmad dan Muslim)
“Apabila benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) telah masuk ke dalam benda yang di khatan (kemaluan perempuan) maka telah diwajibkan mandi”. (H/R Tirmizi dan disahihkan olehnya)
“Dari Ubai bin Ka’ab ia berkata: Sesungguhnya anak-anak muda itu pernah berkata: Air (mandi junub) itu kerana air (kerana keluar air mani), adalah keringanan (tidak wajib mandi) dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam diberikan pada permulaan Islam, kemudian ia memerintahkan kami agar mandi (junub) sesudah itu”. (H/R Ahmad dan Abu Daud)
“Pada lafaz Tirmizi: Mandi hanya kerana keluar air mani, itu hanyalah suatu keringanan pada permulaan Islam kemudian dilarangnya (dilarang dari mengamalkan amalan yang lama dan diperintahkan agar mandi junub)”. (H/R Tirmizi dan disahihkannya)
“Dari Aisyah bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tentang seseorang yang menyetubuhi isterinya kemudian ia malas (untuk meneruskannya sebelum keluar mani) sedangkan Aisyah duduk di situ. Lalu Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya aku pernah melakukan seperti demikian dengan (Aisyah) ini lalu kami mandi (walaupun tidak keluar air mani)”. (H/R Muslim)
“Dari Rafi’ bin Khadej ia berkata: Aku pernah dipanggil oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam padahal aku sedang di atas perut isteriku. Lalu aku bangun dan aku belum mengeluarkan air mani kemudian aku mandi lalu keluar kemudian aku mengkhabarkan kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Kamu tidak wajib mandi kerana mandi itu lantaran keluarnya air mani. Rafi’ berkata: Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sesudah itu memerintahkan agar kami mandi”. (H/R Ahmad)
Seorang suami yang menyetubuhi beberapa orang isterinya pada satu malam maka hanya diwajibkan sekali mandi sahaja. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Dari Anas radiallahu anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggiliri (menyetubuhi) isteri-isterinya dengan sekali mandi”. (H/R al-Jamaah kecuali Bukhari)
“Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘aliaihi wa-sallam pernah mengelilingi isteri-isterinya pada satu malam dengan sekali mandi”. (H/R Ahmad dan Nasaii)
“Dari Abi Rafi’ maula Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggiliri isteri-isterinya dalam satu malam lalu ia mandi untuk setiap seorang dari mereka lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau engkau mandi sekali sahaja? Lalu ia menjawab: Begini adalah lebih suci dan lebih bersih”. (H/R Ahmad dan Abu Daud)
Syariah berkata: Hadis ini menunjukkan, tidak wajib mandi bagi suami yang bermaksud mengulangi jimaknya (ingin mengulangi persetubuhannya). (Lihat: Nailul Autar. 1/199). Begitu juga isteri yang ingin diulangi (disetubuhi lagi) oleh suaminya maka isteri tidak diwajibkan mandi terlebih dahulu.
KETIGA:
Setelah Bersih Dari Haid Atau Nifas
Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub) sebagaimana keterangan dari hadis-hadis sahih yang berikut:
Dari Aisyah bahawa Fatimah binit Abi Jahsy sedang istihadhah lalu aku bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab: Itu hanya sebahagian dari peluh, bukan haid. Maka apabila engkau sedang haid, tinggalkanlah solat dan kalau telah selesai maka mandilah dan bersolatlah”. (H/R Bukhari)
------
CARA ATAU SIFAT MANDI JUNUB RASULULLAH
------
Adapun hadis-hadis tentang wajibnya mandi junub (mandi hadas) antaranya ialah:
“Dari Maimunah radiallahu ‘anha ia berkata: Aku pernah menuangkan air untuk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untk mandi junub. Maka baginda memulakan dengan mencuci kedua tangannya dua kali atau tiga kali, kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu ia mencuci farajnya (kemaluannya) dan bahagian yang kena kotoran, setelah itu ia mengusapkan tangannya yang kiri ke tanah dua kali atau tiga kali lalu ia mencucinya. Kemudian baginda berkumur-kumur sambil menghisap (menyedut) air ke hidung lalu menghembuskannya kemudian ia mencuci mukanya dan kedua tangannya lalu ia mencuci kepalanya tiga kali, setelah itu barulah baginda menuangkan air ke seluruhan tubuhnya. Setelah selesai baginda pindah dari tempatnya lalu baginda mencuci kedua kakinya”. (H/R Bukhari, Kitabul Ghusul. Muslim, 1/175. Abu Daud. No 245. Turmizi, Nasaii, Ibnu Majah dan Ahmad)
1 - Syariah berkata (ucapan): “Kemudian ia membasuh kedua kakinya”, ini menunjukkan bahawa wuduk yang dilakukan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam semasa memulakan mandi junub tanpa membasuh kedua kakinya.
2 - Jumhur ulama berpendapat: Sunnah mengakhirkan membasuh kedua kaki ketika berwuduk dalam mandi junub iaitu membasuh setelah selesai mandi junub.
3 - Imam Malik berpendapat: Apabila tempat mandi junub itu tidak bersih maka mengakhirkan membasuh kedua kaki itu adalah sunnah. Tetapi apabila tempat itu bersih maka mencuci dua kaki itu hendaklah didahulukan.
4 - Imam an-Nawawi berkata: Yang lebih benar dan lebih masyhur serta terpilih dari pendapat tersebut ialah menyempurnakan wuduknya.
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila mandi junub baginda memulakan mencuci kedua tangannya kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu ia mencuci kemaluannya. Kemudian baginda berwuduk sebagaimana waduknya untuk bersolat. Lalu baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air, lantas ia sela-sela pangkal-pangkal rambutnya dengan jari-jarinya itu, setelah ia merasakan telah basah rambutnya, ia tuangkan air ke atas kepalanya tiga kali cedukan dengan kedua tangannya kemudian ia alirkan air keseluruh tubuhnya”. (H/R Bukhari. 1/68. Muslim. 1/174. Abu Daud. 242. Ibn Majah 574)
“Dari Jabir radiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengambil air tiga kali cedukan dan baginda tuangkan ke atas kepalanya, kemudian baginda menuangkan air ke seluruh tubuhnya”. (H/R Bukhari, 1/69. Kitab al-Ghusul)
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha ia berkata: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila mandi junub, baginda meminta air dengan satu bejana besar lalu ia ambil air itu dengan tangannya, kemudian memulai pada bahagian kepala sebelah kanan, kemudian yang kiri, kemudian ia mengambil air dengan kedua telapak tangannya lalu ia tuangkan di atas kepalanya”. (H/R Bukhari dan Muslim)
“Diriwayat yang lain: Kemudian baginda menyela-nyela rambutnya dengan kedua tangannya sehingga apabila ia merasa telah basah seluruh kulit kepalanya, ia tuangkan air di atasnya tiga kali”. (H/R Bukhari dan Muslim)
“Dan dari Jubair bin Muth’am ia berkata: Kami pernah berbincang-bincang tentang mandi junub di hadapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam lalu baginda bersabda: Adapun aku, cukup mengambil air sepenuh dua tapak tanganku lalu aku tuangkan di atas kepalaku, kemudian aku menyiram bakinya atas seluruh tubuhku”. (H/R Ahmad)
“Dari Jubair radiallahu ‘anhu berkata: Adapun aku, menuangkan air ke atas kepalaku tiga kali (beliau memberi isyarat dengan kedua tangannya). (H/R Bukhari, 1/69). Kemudian aku menyiram ke atas seluruh tubuhku”. (H/R Ahmad.)
Dari semua hadis-hadis tentang mandi junub yang telah lalu, dapat difahami dan diringkaskan bahawa sifat mandi junub Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:
- Didahulukan dengan mencuci kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Ia dilakukan tiga kali.
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
- Setelah mencuci kemaluannya, Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua atau tiga kali.
- Berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Ada kalanya mentakhirkan dari mencuci kakinya.
- Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga rata.
- Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.
- Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan
- Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wuduknya semula.
“Dari Aisyah radiallahu anha: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berwuduk setelah selesai mandi junub”. (H/R Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud. 1/171. TIrmizi, 1/72)
Ada pendapat yang mengatakan ketika kita sujud dalam perilaku solat, barang-barang yang mengikut pergerakan kita (contohnya : kopiah, serban, telekung) didalam solat, jika ia menghalang dahi dari mencecah tempat sujud, maka batal sujud tersebut. Pengecualian ini diberikan kepada pihak perempuan yang dahinya kemungkinan besar akan sujud diatas telekung masing-masing.
Pandangan ini wujud didalam setengah-setengah pandangan Mazhab Syafie. Menurut Markas fatwa pemimpinan Dr Abdullah Al-Faqih yang bermaksud :-
"Imam Al-Syafie mewajibkan singkap (terbuka) atas apa yang dinamakan dahi mengambil tempat sujud, maka sujud diatas pelapik serban, atau dihujung lengan baju (sleeve) atau diekor serban, dimana ia bergerak sama semasa berdiri (qiam) dan duduk atau selain kedua-duanya, akan menyebabkan solat tidak sah, akan tetapi jika kita dapat pisahkan (asingkan) sesuatu dari sujud maka sahlah solat tersebut, dan perhatian yang lebih harus diberikan kepada keterbukaan dahi."
Terdapat khilaf didalam permasalahan ini.
Ada terdapat beberapa hadis yang menunjukkan para sahabat semasa sedang bersolat dicuaca yang sangat panas, menyampaikan kain pakaiannya untuk melapis sujudnya agar boleh menahan kepanasan permukaan bumi. Salah satu syarat didalam sujud ialah, dahi mestilah menekan dipermukaan bumi secara padat (firm) dan bukannya sikit-sikit, maka para sahabat pun melapikkan permukaan yang panas dengan kainnya dengan bersujud dengan sempurna.
Dari Anas ib Malik ra berkata :
" Kami pernah bersolat dengan nabi SAW ketika didalam cuaca yang sangat panas, dan jika salah seorang dari kami tidak dapat meletakkan dahinya mampat ke bumi, dia akan meluaskan kain pakaiannya dan sujud diatasnya " (Hadis Riwayat al-Bukhaari dan Muslim)
Dari hadis ini juga kita dapat lihat bahawa pakaian yang dipakai juga bergerak mengikut pergerakan solat kita. Namun demikan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam tidak melarang mereka dari menggunakan pakaian tersebut melapik dahi ketika solat. Terdapat juga hadis-hadis lain yang membenar perbuatan ini.
Hadis 01 : Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam :
ŰŁÙ
۱ŰȘ ŰŁÙ ŰŁŰłŰŹŰŻ ŰčÙÙ ŰłŰšŰč Ù Ùۧ ŰŁÙÙŰȘ ۧÙŰŽŰč۱ Ù Ùۧ ۧÙŰ«Ùۧۚ ۧÙŰŹŰšÙŰ© Ù Ű§ÙŰŁÙÙ Ù Ű§ÙÙŰŻÙÙ Ù Ű§Ù۱ÙŰšŰȘÙÙ Ù Ű§ÙÙŰŻÙ
ÙÙ
Ertinya : Aku telah diperintahkan agar sujud dengan 7 anggota iaitu (1) Dahi (2) Hidung (3) Kedua-dua tangan (4) Kedua-dua lutut dan (5) Kedua-dua kaki serta aku juga dilarang menyelak / menepis rambut dari muka dan pakaian ( Hadis Sahih Riwayat Muslim ).
Hadis 02 : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam :
ŰŁÙ
۱Ùۧ ŰŁÙ Ù۳ۏۯ ŰčÙÙ ŰłŰšŰčŰ© ŰŁŰčŰžÙ
Ù Ùۧ ÙÙÙ Ű«Ùۚۧ Ù Ùۧ ŰŽŰč۱ۧ
Ertinya : Kita semua telah diperintahkan sujud di atas 7 anggota, dan jangan kita menepis baju dan jangan pula kita menyelak rambut . ( Hadis Sahih Riwayat Bukhari , Lihat juga di dalam Fathul Bari { 2 } : 200 , Nailul Autor { 2 } : 286 )
Keterangan hadis diatas
Kedua dua hadis diatas berkaitan dengan larangan melipat lengan baju atau mengikat rambut dalam sembahyang supaya tidak terkena lantai. Oleh yang demikian boleh membiarkan saja pakaian dan rambut terkena lantai.
Dan hadis diatas juga tidak berkaitan dengan pendapat yang mewajibkan sujud tanpa berlapik dengan pakaian, (mazhab syafie). mereka menggunakan dalil lain yg menunjukkan hukum tersebut, seperti hadis Khabbab bin Arat:
"Kami mengadu pada Rasulullah SAW bahang cuaca yang panas pada dahi-dahi dan lengan-lengan kami. tetapi baginda tidak menjawab aduan kami". (Hadis Riwayat Baihaqi. (tetapi dalam hadith riwayat muslim: tiada perkataan dahi dan tangan).
Hadis yang menyokong tidak mengapa sujud diatas pakaian
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Kami pernah salat bersama Rasulullah SAW. di hari yang sangat panas. Jika salah seorang kami tidak tahan meletakkan dahinya pada tanah, maka ia menggelar pakaiannya dan sujud di atasnya . Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 983 , (Hadis ini riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebab hadis ini lah, dilihat pandangan yang lebih kuat ialah: "harus berlapik dengan pakaian seperti lengan baju, atau lain-lain ketika sujud", sebagaimana pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Baghawi menisbahkan kepada pendapat kebanyakan ulama.
Bagi yang mengamalkan Mazhab hanbali dibolehkan sujud dengan berlapik, maka tak ada masalah lah. sebab kalau terlindung dengan rambut sekalipun, sah sujudnya dan solatnya. dan mazhab Hanbali ini pula berdalilkan kepada hadis yg kuat, iaitu: para sahabat bersujud di atas pakaian mereka ketika waktu panas.
Pandangan Mazhab Shafi’e
Mengikut pandangan mazhab syafie pula, yang mewajibkan kulit dahi mengenai lantai, yang diwajibkan mengenai lantai ialah sebahagian dahi sahaja. Bukan keseluruhan. jadi kalau ada sebahagian dahi terlindung dengan rambut, masih sah sujudnya.
Lainlah kalau rambutnya tebal dan panjang sangat sampai menutup keseluruhan dahi. maka mengikut mazhab syafie, wajib diselak sedikit rambutnya agar dpt sujud atas dahi. sebab larangan selak rambut adalah makruh, dan suruhan sujud kena dahi adalah wajib. Maka didahulukan yang wajib atas yg makruh.
Tapak Tangan terlapik telekung ?
Larangan yang ada dalam mazhab Syafie adalah tentang menutup dahi sepenuhnya ketika sujud. Oleh itu, sepatutnya tidak timbul isu tentang menyelak telekung supaya telapak tangan tidak terlapik. Larangan ini tidak ada asal dan asasnya.
Kesimpulan – Kesempurnaan Sujud
Apa yang paling penting disini ialah kesempurnaan sujud, pastikan dahi sujud mampat ke mukabumi. Bagi kaum lelaki, untuk mengelakkan khilaf ini, jika semasa sujud didapati kopiah menghalang sujud, cubalah alihkan sedikit agar membenarkan dahi mencecah tempat sujud tersebut.
Namun demikian, tidaklah perkara ini sampai membatalkan solat sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis diatas. Jumhur ulama' termasuk Maliki, Hanbali, Hanafi kumpulan Salaf, Al-Sya'abi, Al-Auzaahi, mengatakan sujud diatas pakaian solatnya sah, dan Imam Syawkani mengatakan didalam bukunya Nailul Authar bahawa hadis yang melarang sujud yang sedemikian yang disandarkan oleh mazhab Syafie adalah dhaif.
SOLAT (DUDUK TAHIYYAT)
Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud?
Duduk Tahiyyat/Tasyahhud bermakna duduk di hujung rakaat kedua dan hujung rakaat akhir (yakni rakaat ketiga atau keempat) bagi solat yang melebihi dua rakaat. Tujuan duduk ialah untuk membaca tasyahhud atau tahiyyat dan juga selawat. Jadi duduk tahiyyat di dalam solat ada dua, iaitu;
1. Duduk tahiyyat awal; iaitu duduk di hujung rakaat kedua solat.
2. Duduk tahiyyat akhir; iaitu duduk di hujung rakaat akhir solat.
Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Awal?
Para ulamak berbeza pandangan;
1. Pandangan Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’ie; duduk Tahiyyat/Tasyahhud dan juga membaca Tahiyyat/Tasyahhud semasa duduk itu hukumnya sunat sahaja (tidak wajib). Jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, namun hukumnya makruh dan disunatkan sujud sahwi.
Dalil mereka ialah dalam hadis Musi’ as-Solah di awal tadi (yakni hadis berkenaan seorang lelaki yang salah dalam menunaikan solat, lalu diajar oleh Nabi), Nabi SAW. tidak menyebutkan tentang tahiyyat/tasyahhud awal tatkala menerangkan kaifiyat solat. Selian itu, ada hadis menceritakan bahawa Nabi pernah tertinggal tasyahhud awal, namun baginda tidak mengulanginya, akan tetapi menggantinya dengan sujud sahwi sahaja.
2. Pandangan Imam Ahmad; ia adalah wajib.[1] Dalil mereka arahan Nabi SAW .; “Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, bacalah; “at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati…” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan at-Thabrani dengan sanad yang soheh). Selain itu, ia tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.. (al-Mughni, 1/373)
Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Akhir?
Hukum duduk tahiyyat akhir adalah wajib dan merupakan rukun solat. Jika ditinggalkan batallah solat.
Apakah cara duduk yang disunatkan ketika duduk Tahiyyat/Tasyahhud?
Disunatkan ketika tahiyyat awal duduk secara iftriraysh dan ketika tahiyyat akhir disunatkan duduk secara tawarruk. Duduk iftiraysh ialah dengan menghamparkan kaki kiri sebagai hamparan bagi punggung dan memacakkan kaki kanan.
Adapun duduk tawarruk pula ialah dengan mengeluar/menghulurkan kaki kiri ke bawah kaki kanan dan pangkal paha (yakni punggung) diletakkan di atas lantai, adapun kaki kanan dipacakkan.
Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut berdalilkan hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi SAW.; “Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).
Itu adalah pandangan sebahagian ulamak termasuk mazhab Syafi’ie. Sebahagian ulamak yang lain (antaranya Imam Abu Hanifah) berpandangan; cara duduk semasa Tahiyyat Akhir adalah sama seperti cara duduk semasa Tahiyyat Awal iaitu Iftiraysh. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi SAW; “…Nabi membaca tahiyyat setiap selesai dua rakaat. Baginda (duduk tahiyyat dengan) menghampar kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan…” (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Dalam hadis ini ‘Aisyah r.a. hanya menyebutkan satu jenis duduk sahaja bagi Tahiyyat/Tasyahhud iaitu duduk Itiraysh.
Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat?
1. Bacaan Tahiyyat
2. Bacaan Selawat
Bacaan tahiyyat ialah;
ۧÙŰȘَّŰِÙَّۧŰȘُ ۧÙÙ
ُۚۧ۱َÙۧŰȘُ ۧÙŰ”َّÙَÙۧŰȘُ ۧÙŰ·َّÙِّۚۧŰȘُ ÙِÙَّÙِ، ۧÙŰłَّÙۧÙ
ُ ŰčَÙَÙْÙَ ŰŁÙُّÙَۧ ۧÙÙَّŰšÙُّ Ùَ۱َŰْÙ
َŰ©ُ ۧÙÙَّÙِ ÙَŰšَ۱َÙَۧŰȘُÙُ، ۧÙŰłَّÙۧÙ
ُ ŰčَÙَÙْÙۧ ÙŰčÙÙ Űčِۚۧۯِ ۧÙÙّÙ Ű§ÙŰ”َّۧÙِŰÙÙَ، ŰŁŰŽْÙَŰŻُ ŰŁÙْ Ùۧ Ű„ÙÙَ Ű„ِÙَّۧ ۧÙÙَّÙُ، ÙَŰŁŰŽْÙَŰŻُ ŰŁÙَّ Ù
ُŰَÙ
َّۯًۧ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ
“Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Bacaan Selawat pula ialah;
ۧÙÙَّÙÙ
Ű”Ùِّ ŰčَÙَÙ Ù
ُŰÙ
َّŰŻٍ ÙŰčَÙَÙ ŰąÙِ Ù
ُŰÙ
َّŰŻٍ ÙÙ
ۧ Ű”ÙَّÙْŰȘَ ŰčَÙَÙ Ű„ِŰšْ۱َۧÙِÙْÙ
َ ÙŰčَÙَÙ ŰąÙ Ű„ِŰšْ۱َۧÙِÙْÙ
َ Ùۚۧ۱Ùْ ŰčَÙَÙ Ù
ُŰÙ
َّŰŻ ÙŰčَÙَÙ ŰąÙِ Ù
ُŰÙ
َّŰŻٍ ÙÙ
ۧ ۚۧ۱ÙŰȘَ ŰčَÙَÙ Ű„ِŰšْ۱َۧÙِÙْÙ
ÙŰčَÙَÙ ŰąÙ Ű„ِŰšْ۱َۧÙِÙْÙ
ÙÙ Ű§ÙŰčۧÙÙ
ÙÙَ Ű„ÙَّÙَ ŰÙ
ÙŰŻٌ Ù
ŰŹÙŰŻٌ
“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana kamu mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha mulia”. (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud)
Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu?
Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat) ketika menyebutkan (Ű„Ùۧ ۧÙÙÙ) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.
Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;
1. Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah SAW apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin ‘Umar r.a. yang melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; “Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah SAW.. Lelaki itu bertanya; “Bagaimana yang dilakukan baginda?”. Abdullah menjelaskan kepadanya; “Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya, mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah SAW.”. (HR Imam an-Nasai).
3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah SAW. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)
4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; “…Semasa Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya (bermula dari siku) di atas paha kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya” (HR Imam an-Nasai dan Abu Daud). Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.
Perlukah jari telunjuk kanan tadi digerak-gerakkan ketika mengangkat dan mengisyaratkannya tadi?
Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;
a) Pandangan pertama; tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi SAW tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Nabi SAW memberi isyarat dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya”.[2]
b) Pandangan kedua; perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai tadi yang menceritakan; “…Aku melihat beliau (yakni Nabi SAW.) menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil berdoa dengannya”.[3]
Menurut Imam al-Baihaqi; kedua-dua hadis tersebut adalah soheh. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 240).
Nota Kaki;
[1] Rahmatul-Ummah, hlm. 34.
[2] Menurut Imam an-Nawawi; hadis ini sanadnya adalah soheh (Fiqh as-Sunnah, 1/119). Namun disanggah oleh al-Albani yang menegaskan; hadis ini tidak sabit dari Nabi dari segi sanadnya. (Lihat; Sifatu Solati an-Nabi, hlm. 158).
[3] Menurut Imam al-Baihaqi; ada kemungkinan bahawa yang dimaksudkan dengan at-tahrik dalam hadis ini ialah al-Isyarah biha (yakni menunjuk/mengisyaratkan dengan jari tersebut, bukan menggerak-gerakkannya berulang-ulang kali. Andaian ini dikemukakan untuk menyesuaikan hadis ini dengan hadis Ibnu az-Zubair yang dikemukakan oleh pandangan pertama tadi. (Fiqh as-Sunnah, 1/119).