Saturday, October 8, 2011

Orang-orang Yang beriman Tidak Akan Mempertikaikan Hukum-hukum Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap hari kita akan mendapat berita daripada akhbar arus perdana, pendapat demi pendapat yang diutarakan mengenai hukum hudud. Samaada daripada pemimpin masyarakat, artis-artis hinggakan ulama-ulama semuanya memberikan pandangan ada yang menyokong dan ada yang menentang.

Mereka yang pertikaikan hukum hudud tidak layak dilaksanakan kerana tak sesuai dengan masyarakat majmuk dan mereka membayangkan bahawa hukum hudud ini zalim kerana nantinya ramai umat Islam akan dipotong tangan dan sebagainya. Kekeliruan ini berpunca kerana tidak ada usaha-usaha yang positif dilakukan oleh pihak pemerentah dan wartawan akbar arus perdana untuk meyakinkan masyarakat Islam bahawa hukum hudud ini adalah hukum-hukum Allah SWT. Beriman kepada hukum hudud bermakna kita beriman kepada kitab suci al-Quran nul karim dan hadis-hadis sahih daripada Rasulullah SAW kerana jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW menjelaskan hukum hudud dan hukum-hukum yang lain dalam Islam. 

Kenapa umat Islam boleh percaya kewajipan untuk menunaikan solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadan, zakat dan haji tetapi tidak percaya dan yakin terhadap hukum-hukum Allah SWT?

Satu perkara yang menghairankan  orang Islam sendiri mempetikaikan hukum hudud yang diturunkan oleh Allah SWT samaada dia seorang pemimpin, wartawan , artis dan ulama. Kita akan katakan jahil kepada pemimpin, wartawan dan artis jika mereka mempertikaikannya kerana kejahilan tentang al-Quran dan hukum-hakam dalam Islam. Tetapi bagaimana jika yang mempertikaikan itu seorang ulama berstatus Profesior? Jika ini berlaku maka ianya akan mendatangkan banyak kekeliruan dan boleh menyebabkan  akidah umat Islam akan terjejas.

Dalam Islam apabila sesuatu perkara hendak diputuskan (hukuman hendak dijalankan) perlu dirujuk kepada hukum yang jelas dinyatakan oleh Allah SWT terlebih dahulu (qisas, hudud dan diyat), kemudian jika tidak ada atau tidak cukup syarat barulah hukum takzir dijalankan, bukannya semua hukum diputuskan mengunakan hukum takzir dan membelakangkan hukum asal (qisas, hudud dan diyat)

Sebagai seorang muslim kita wajib percaya dan yakin bahawa hukum-hukum Allah SWT samaada qisas, hudud dan diyat adalah hukum Islam yang tidak boleh diragu-ragukan lagi. Dan hukum takzir akan diputuskan khalifah atau hakim berdasarkan keadaan semasa. Jelas di dalam al-Quran terdapat 3 katagori manusia yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah SWT samaada kafir, zalim atau fasik.

Pertama : Berhukum dengan Hukum Allah ta’ala Merupakan Fardu ‘Ain Bagi Setiap Muslim.
Ada beberapa hal yang boleh diturunkan dari kaedah ini :
Pertama, wajib berhukum dengan syari’at Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :

وَŰŁَنِ ْۭۧكُمْ Űšَيْنَهُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَّŰšِŰčْ ŰŁَهْوَۧۥَهُمْ وَْۭۧŰ°َ۱ْهُمْ ŰŁَنْ يَفْŰȘِنُوكَ Űčَنْ ŰšَŰčْ۶ِ مَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَيْكَ فَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَۧŰčْلَمْ ŰŁَنَّمَۧ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنْ يُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ ŰšِŰšَŰčْ۶ِ Ű°ُنُÙˆŰšِهِمْ وَŰ„ِنَّ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ لَفَۧ۳ِقُونَ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 49].

Kedua, wajibnya berhukum kepada syari’at Allah ta’ala dengan ridlaa dan tasliim terhadap syari’at-Nya itu. Allah ta’ala berfirman :

فَÙ„Ű§ وَ۱َŰšِّكَ Ù„Ű§ يُŰ€ْمِنُونَ Ű­َŰȘَّى يُŰ­َكِّمُوكَ فِيمَۧ ŰŽَŰŹَ۱َ Űšَيْنَهُمْ Ű«ُمَّ Ù„Ű§ يَŰŹِŰŻُÙˆŰ§ فِي ŰŁَنْفُŰłِهِمْ Ű­َ۱َŰŹًۧ مِمَّۧ قَ۶َيْŰȘَ وَيُŰłَلِّمُÙˆŰ§ ŰȘَŰłْلِيمًۧ

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [QS. An-Nisaa’ : 65].

Ketiga, terdapat ancaman bagi siapa saja yang tidak berhukum dengan syari’at Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [QS. Al-Maaidah : 44].

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمُونَ

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [QS. Al-Maaidah : 45].

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْفَۧ۳ِقُونَ

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Maaidah : 47].

Inilah tiga keadaan yang difirmankan Allah ta’ala tentang orang yang tidak berhukum dengan syari’at yang diturunkan-Nya (kafir, zalim, dan fasik).

Keempat, terdapat peringatan bagi siapa saja yang menyelisihi perintah Allah dan Rasul-Nya Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam. Allah ta’ala berfirman :

فَلْيَŰ­ْŰ°َ۱ِ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يُŰźَŰ§Ù„ِفُونَ Űčَنْ ŰŁَمْ۱ِهِ ŰŁَنْ ŰȘُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ فِŰȘْنَŰ©ٌ ŰŁَوْ يُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ ŰčَŰ°ٌَۧۚ ŰŁَلِيمٌ

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih” [QS. An-Nuur : 63].

Kelima, hukum Allah ta’ala adalah yang paling baik dan bijaksana/adil. Allah ta’ala berfirman :
ŰŁَفَŰ­ُكْمَ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ يَŰšْŰșُونَ وَمَنْ ŰŁَŰ­ْŰłَنُ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű­ُكْمًۧ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [QS. Al-Maaidah : 50].

Keenam, hukum Allah merupakan roh dan cahaya. Allah ta’ala berfirman :

وَكَŰ°َلِكَ ŰŁَوْŰ­َيْنَۧ Ű„ِلَيْكَ ۱ُÙˆŰ­ًۧ مِنْ ŰŁَمْ۱ِنَۧ مَۧ كُنْŰȘَ ŰȘَŰŻْ۱ِي مَۧ Ű§Ù„ْكِŰȘَُۧۚ وَÙ„Ű§ Ű§Ù„Ű„ÙŠÙ…َŰ§Ù†ُ وَلَكِنْ ŰŹَŰčَلْنَŰ§Ù‡ُ نُÙˆŰ±ًۧ نَهْŰŻِي Űšِهِ مَنْ نَŰŽَۧۥُ مِنْ ŰčِŰšَۧۯِنَۧ وَŰ„ِنَّكَ لَŰȘَهْŰŻِي Ű„ِلَى Ű”ِ۱َۧ۷ٍ مُŰłْŰȘَقِيمٍ

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” [QS. Asy-Syuuraa : 52].

Sahabat yang dimuliakan,
Berhati-hatilah dengan ulama su' (jahat/buruk) kerana fatwa mereka boleh mengelirukan umat Islam dan menjauhkan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka berhujah berdasarkan nafsu dan fikiran semata-mata tanpa melihat dalil dan hujah yang jelas daripada ulama-ulama muktabar. Oleh itu kita jangan mudah dikelirukan oleh mereka kerana ada agenda tersembunyi setiap fatwa yang mereka utarakan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” 
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Namanya saja ulama su’ (jahat/buruk), tentu pekerjaan-nya merusak, mengacau, dan menyesatkan. Mereka dibayar mahal dengan wang ringgit dan diberikan pangkat. Disebut ulama kerana baju dan lisannya seperti ulama, disebut su’ kerana perbuatan, ajakan, dan hatinya jahat. Kerana itu, ulama su’ termasuk jenis manusia yang berbulu domba namun berhati serigala. Ulama su’ sekarang ini adalah generasi penerus dari ulama su’ zaman dahulu.

Ulama su’ mengajarkan tipu daya untuk mencari celah-celah hukum Allah SWT, sehingga mereka boleh memakan harta secara batil seperti kisah penduduk yang menghalalkan mencari ikan pada hari Sabtu dengan tipu daya yang cukup terkenal itu, atau menghalalkan bangkai dengan cara mencairkannya menjadi minyak lalu dijual dan dimakan harganya. Ulama su' tetap bersekongkol dengan mereka yang membuat fitnah menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa membawa 4 orang saksi yang adil atau ulama su' boleh memberi fatwa bahawa bekerja sebagai pelacur adalah dibenarkan kerana darurat mencari nafkah. (seolah-olah di dunia ini tak ada pekerjaan halal). Mereka suka menggunakan kaedah ruksah dan darurat untuk menhalalkan fatwa mereka. Nauzubillhiminzalik.

Ulama su’ adalah peringkat ulama yang paling rendah, paling buruk dan paling merugi. Ia adalah seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak mengajarkannya kepada manusia. Di samping itu, ia mengajak kepada kejahatan dan kesesatan. Ia menyuruh  keburukan dalam bentuk kebaikan. Ia menggambarkan kebatilan dengan gambar sebuah kebenaran. Ada kalanya, kerana menjilat para penguasa dan orang-orang zalim lainnya untuk mendapatkan kedudukan, pangkat, pengaruh, penghargaan atau apa saja dari perhiasan dunia yang ada di tangan mereka. Atau ada juga yang melakukan itu kerana sengaja menentang Allah dan Rasul-Nya demi menciptakan kerusakan di muka bumi ini. Mereka tidak lain adalah para khalifah syatan dan para wakil Dajjal.

Di antara ulama su’ ada juga kelompok yang mengajak kepada kebaikan, namun tidak pernah memberikan keteladanan. Kerana itu, Ibnul Qayyim berkata: “Ulama su’ duduk di depan pintu syurga dan mengajak manusia untuk masuk ke dalamnya dengan ucapan dan seruan-seruan mereka. Dan mengajak manusia untuk masuk ke dalam neraka dengan perbuatan dan tindakannya. Ucapan mereka berkata kepada manusia: “Kemarilah! Kemarilah!” Sedang-kan perbuatan mereka berkata: “Janganlah engkau dengarkan seruan mereka. Seandainya seruan mereka itu benar, tentu mereka adalah orang yang pertama kali memenuhi seruan itu.” (Al-Fawaid, Ibnul Qayyim, hal. 61).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita kembali kepada hukum-hukum Allah SWT dan yakinlah semua hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah adalah benar dan sesuai dilaksanakan dimuka bumi ini tanpa ragu-ragu samaada masyarakat majmuk atau masyarakat bukan majmuk. 

Kerana tidak ada negara di dunia ini masyaraktnya hanyalah satu bangsa sahaja pasti terdapat berbilang bangsa dan agama. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa Islam adalah agama yang sesuai disepanjang zaman hingga kehari kiamat dan wajib setiap orang yang beriman dan bertakwa melaksanakan hukum-hukum Allah SWT. Cara perlaksanaannya perlu berperingkat-peringkat kita bersetuju bukannya terus menentang hukum-hukum Allah SWT tanpa memberi ruang untuk Islam direalisasikan dalam kehidupan bernegara. 

Perlu diberikan kredit ada beberapa negeri dinegara kita telah meluluskan hukum hudud dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tersebut. Kita patut menyokongnya bukan menentangnya kerana kita akan jawab dihadapan Allah SWT nanti kenapa kita menentangnya sedangkan melaksanakan hukum hudud adalah satu suruhan Allah SWT.





Tanggong jawab Setiap Muslim Perlu Kepada Kerja-kerja Dakwah dan Tarbiah

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(Hadis Riwayat Bukahri)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa apabila seseorang yang bukan Islam telah memeluk agama Islam dengan ikhlas maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah SWT. Malahan pahala atau kebaikan yang pernah dilakukan dahulu akan dikira sebagai amal kebaikan dan diberikan-Nya pahala. Kemudian selepas dia masuk Islam maka pahalanya akan dilipat gandakan daripada sepuluh hingga ke tujuh ratus. Begitulah sifat Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada para hamba-Nya yang telah kembali beriman dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Dirinya telah bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Bagaimana pula balasan pahala di sisi Allah SWT terhadap  muslim yang mengajak orang bukan Islam untuk memasuki Islam? 

Di sisi Allah SWT pahala yang akan diterima cukup besar . Oleh kerana di atas usaha-usahanya hingga menyebabkan seseorang masuk Islam (dengan izin Allah) maka segala kebaikan orang yang baru masuk Islam itu hinggakan keturunannya yang akan datang hingga ke hari kiamat akan diperolehi oleh orang yang berusaha tadi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui kalian (dakwah kalian) maka itu lebih baik bagimu daripada kalian memiliki unta merah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Persoalan unta merah di dalam hadis ini yang menggambarkan sesuatu perkara yang sangat-sangat mahal dan sukar dimiliki seseorang. Begitulah gambaran pahala besar yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kerana usaha dan dakwah mengIslamkan orang yang bukan Islam. Ganjaran besar ini amat mudah bagi Allah SWT untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Sahabat yang dimuliakan,
Menyampaikan seruan kepada perkara yang makruf dan menjauhi perkara mungkar itulah yang dinamakan dakwah kepada Allah. Dengan adanya umat Islam yang berdakwah, agama akan terus hidup dan berkembang di atas muka bumi Allah ini. Berdakwah perlu jalan serentak iaitu kepada orang Islam yang lemah imannya dan kepada orang bukan Islam.

Perlu ditegaskan, kewajipan berdakwah terpikul pada bahu setiap muslim dari pelbagai lapisan dan kedudukan berdasarkan kemampuan masing-masing dalam menegakkan kebenaran serta menghapuskan kebatilan.

Dalam konteks dakwah, Allah SWT menggariskan etika berdakwah yang baik iaitu bersikap lemah lembut dalam tindak tanduk kerana orang bukan Islam tidak tertarik dan juga tidak dapat melihat keindahan Islam jika yang digambarkan adalah kekasaran.

Bersifat lemah lembut bukan bererti tidak tegas atau menyerah kalah menurut kehendak orang bukan Islam. Bukankah Rasulullah SAW pada era permulaan dakwah Islam pernah diberikan tawaran harta benda, pangkat kedudukan dan wanita oleh musyrikin Makkah supaya meninggalkan dakwahnya?.

Namun, Rasulullah SAW tetap istiqamah dan tegas dengan dakwahnya menyeru kepada keadilan dan keindahan Islam. Oleh itu, setiap muslim perlu insaf, menyedari peranan dan tanggung jawab masing-masing memikul amanah dakwah Islam.

Kenapa kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini satu kewajipan dan perlu dijalankan?

Pertama : Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” (Hadis Riwayat Bukhari).

Kebenaran Islam ini wajib disampaikan oleh setiap muslim kepada sesama muslim atau kepada orang bukan muslim.

Kedua : Allah SWT memerentahkan orang beriman supaya mengadakan jemaah yang akan memikul dan melaksanakan tugas-tugas dakwah. Seperti firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung."(Surah Ali Imran ayat 104) 

Tafsirannya : 

"Untuk mencapai maksud ayat diatas perlu adanya segolongan umat Islam yang bergerak dalam bidang dakwah yang selalu memberi peringatan, bilamana nampak gejala-gejala perpecahan dan penyelewengan. Kerana itu pada ayat ini diperintahkan agar supaya di antara umat Islam ada segolongan umat yang terlatih di bidang dakwah yang dengan tegas menyerukan kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf (baik) dan mencegah dari yang mungkar (keji).

Menganjurkan berbuat kebaikan saja tidaklah cukup tetapi harus di cegah dengan menghilangkan sifat-sifat yang buruk. Siapa saja yang ingin mencapai kemenangan. maka ia terlebih dahulu harus mengetahui persyaratan dan taktik perjuangan untuk mencapainya, iaitu:

'Kemenangan tidak akan tercapai melainkan dengan kekuatan, dan kekuatan tidak akan terwujud melainkan dengan jemaah Islam. Jemaah yang kokoh dan kuat tidak akan tercapai kecuali dengan sifat-sifat keutamaan. Tidak terpelihara keutamaan itu melainkan dengan terpeliharanya agama dan akhirnya tidak mungkin agama terpelihara melainkan dengan adanya dakwah. Maka kewajiban pertama umat Islam itu ialah menggiatkan dakwah agar agama dapat berkembang baik dan sempurna sehingga ramai pemeluk-pemeluknya.
Dengan dorongan agama akan tercapailah bermacam-macam kebaikan sehingga terwujud jemaah yang kokoh dan kuat. Dari jemaah yang kokoh tersebut akan timbullah kemampuan yang besar untuk mencapai kemenangan dalam setiap perjuangan. Mereka yang memenuhi syarat-syarat perjuangan itulah orang-orang yang berjaya dan beruntung."

Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita bekerja di jalan Allah SWT melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Memperbaiki diri kita dan keluarga seterusnya mengajak jiran-tetangga, sahabat handai, saudara-mara dan masyarakat kita semuanya kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Pahala dan ganjaran yang akan kita terima dihari akhirat nanti apabila  melaksanakan tugas yang mulia ini cukup besar iaitu balasan syurga seluas langit dan bumi dan disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang bertakwa.

Friday, October 7, 2011

Jauhi Perbuatan Dosa Yang Menyebabkan Kemurkaan Allah SWT.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Perbuatan dosa mengakibatkan celaka terhadap orang yang bukan pelakunya. Kalau dia mencelanya maka boleh terkena ujian (cubaan). Kalau mengumpatnya dia berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)


Berdasarkan hadis diatas jelaslah bahawa apabila seseorang itu melakukan perbuatan dosa maka kesannya akan terkena juga orang yang tidak melakukannya  dalam tiga keadaan iaitu :
 
1. Bila mencela perbuatan dosa tersebut akan terkena ujiannya.

2. Kalau mengumpatnya boleh mendatangkan  dosa.

3. Kalau bersetuju  akan mendapat dosa yang sama seperti pelakunya.
 
Betapa buruknya akibat perbuatan dosa, maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang hingga mengakibatkan orang lain yang tidak berdosa mendapat saham dosa yang sama seperti perbuatannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Antara sifat semulajadi manusia adalah mudah leka, terpedaya dan tunduk kepada keinginan hawa nafsu hingga menyebabkan mudah terjebak melakukan perkara yang melanggar hukum Allah SWT. Sebagai umat Islam kita dididik supaya sentiasa memelihara diri agar tetap menjadi orang yang beriman dengan mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Oleh itu kita hendaklah menanamkan dalam diri sifat sentiasa takut untuk berbuat dosa kerana akibat dari melanggar perintah Allah SWT seperti mempertikaikan hukum hudud, tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, berjudi, berzina, melakukan rasuah, penipuan dan sebagainya. Kita bukan sahaja mendapat dosa bahkan dibenci oleh Allah SWT.

Akibat daripada perbuatan berkenaan hati menjadi gelap, ditutup pintu rezeki, doa tidak dimakbulkan dan lebih buruk lagi mendapat azab seksa di akhirat.

Sesungguhnya azab dan kemurkaan Allah terhadap orang yang melakukan dosa banyak diceritakan dalam al-Quran dan hadis. Akan tetapi masih ada juga di antara kita yang melakukan perbuatan mungkar dan maksiat dengan sengaja. Bahkan lebih buruk lagi melakukannya secara terang-terangan. Dan langsung tidak ada perasaan takut dengan hukuman dan seksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa meninggalkan maksiat terhadap Allah karena takut kepada Allah maka ia akan memperoleh keredaan Allah". (Hadis Riwayat Abu Ya’la)

Persoalannya, apakah yang menyebabkan sebilangan orang masih berani terus melakukan dosa sedangkan mereka tahu bahawa setiap perbuatan dosa pasti ada balasannya?.

Ini mungkin kerana mereka belum menerima balasan akibat dari perbuatan dosa yang dilakukan. Maka mereka terus lalai dan tidak takut untuk terus berbuat perbuatan yang berdosa.

Jika kita membaca kisah-kisah dalam al-Quran bagaimana Allah SWT membinasakan setiap umat yang ingkar akan dakwah yang disampaikan oleh para rasul dengan hukuman tunai selepas sahaja mereka mencabar kekuasaan Allah SWT untuk mendatangkan bala keatas mereka.

Ingatlah jika seseorang itu telah berbuat dosa dan tidak menerima balasannya di dunia ini, jangan fikir dia akan terlepas daripada menerima hukuman Allah SWT.

Firmah Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad, sesiapa yang berada di dalam kesesatan biarlah Allah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.
(Surah Maryam ayat 75)

Kita ambil contoh orang yang rasuah, makan riba ataupun penipuan dalam berniaga, walaupun mereka mendapat keuntungan wang ringgit, hartanya bertambah, hidup mewah, perbuatannya tidak diketahui dan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa dan sebagainya, namun balasan akibat perbuatan dosanya tetap ada.

Mungkin dia selamat di dunia tetapi dia tidak akan terlepas dari menerima pembalasan azab seksa neraka di akhirat kelak. Kita juga jangan lupa bahawa hasil pendapatan daripada sumber yang haram juga boleh mengakibatkan dirinya, anak, isteri dan ahli keluarganya menderita kerana setiap suap dari sumber yang haram, maka api nerakalah balasannya.

Agama Islam adalah agama persaudaraan yang menyuruh kita saling bantu-membantu dan saling menasihati ke arah kebaikan supaya kita dapat menjalinkan kehidupan di dunia ini dengan aman, bahagia dan bersatu-padu.

Islam juga mengajar kita menegakkan amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh ke arah berbuat kebaikan dan mencegah mungkar.

Maka ke arah memelihara diri dari terus melakukan dosa, kita juga dituntut untuk memelihara keluarga, jiran, rakan dan masyarakat amnya dari melakukan sebarang perbuatan yang berdosa sama ada dengan memberi nasihat, teguran dan sebagainya.

Ketahuilah jika perbuatan mungkar dan maksiat berleluasa di sebuah tempat, tidak mustahil Allah SWT akan menurunkan bala dan azab kepada mereka. Kita ambillah iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada umat terdahulu yang hancur akibat perbuatan dosa dan maksiat.

Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut yang telah mendustakan kerasulan Nabi Lut a.s dan mengamalkan perbuatan terkutuk dengan mengadakan hubungan sejenis sesama lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita meninggalkan segala perbuatan maksiat dan kemugkaran yang boleh mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Semoga kita terhindar daripada seksaan Allah SWT di Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Mizan dan Siratul Mustakim dan neraka Jahanam. Kerana setiap persinggahan mempunyai bentuk penyeksaan yang berbeza kepada pelaku-pelaku maksiat yang mati tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Perhatikanlah maksud hadis di bawah :
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu derhaka". (Hadis Riwayat Aththusi)

Hayati Kata-kata Hikmat Ulama Sufi Hassan al-Basri.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang ahli sufi yang terkenal Al-Imam Hassan al-Basri memberi kata-kata hikmatnya : “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

Kata-kata hikmat beliau boleh dibahagikan  kepada tiga perkara iaitu :

Pertama : Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu.

Kedua : Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama.

Ketiga : Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.

Huraiannya :

Pertama : Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu.

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Adab-adab yang dinyatakan oleh Islam adalah ilmu yang hak. Sesiapa yang tidak mempunyai adab bererti dia tidak memiliki ilmu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam.

Setiap amalan dalam Islam terdapat beberapa peraturan dan adab-adab yang perlu dipatuhi untuk menyempurnakan amalan tersebut. Tanpa dipatuhi adab-adab yang telah digariskan Islam menjadikan amalan tersebut cacat dan tidak sempurna. Oleh itu untuk menjadikan ibadah dan amalan harian kita sempurna maka perlulah mematuhi beberapa adab-adab yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga apa yang terdapat di dalam sunah dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila kita memperkatakan adab, sebenarnya maksudnya cukup luas ianya meragkumi adab ketika berniat, adab kepada Allah SWT, abad kepada al-Quran, adab terhadap Rasulullah SAW dan adab terhadap diri sendiri.

Adab berbentuk  akhlak Islam pula adalah seperti adab pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, adab berpakaian, adab menuntut ilmu, adab membaca al-Quran, adab makan-minum, adab tidur, adab untuk memasuki rumah , adab ketandas, adab ketika bersama isteri , adab anak-anak berbicara dengan ibu bapa , adab bersin dan lain-lain lagi. Bayangkan jika seseorang itu tidak beradab dan membuat sesuatu mengikut nafsu dan kehendak hatinya sahaja maka dia akan lari daripada garis panduan akhlak Islam yang telah dinyatakan dalam ajaran Islam sendiri.

Benarlah apa yang dikatakan oleh al-Imam Hasan al-Basri bahawa sekiranya seseorang tidak ada adab bermakna dia tidak berilmu.

Kedua : Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama.

Sabar adalah sifat mahmudah yang akan menghiasi diri seorang mukmin. Sesiapa yang tidak memiliki sifat sabar sebenarnya dia telah lari daripada ajaran Islam kerana Islam menekankan betapa perlunya sifat sabar ini kerana tanda-tanda seseorang itu beriman adalah apabila dirinya dihiasi dengan sifat sabar.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : "Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya." (Hadis Riwayatkan Muslim)

Berdasarkah hadis di atas ada dua sifat orang beriman yang dinyatakan oleh Nabi SAW  iaitu sifat sabar dan syukur. Tidak mungkin seseorang itu dikatakan dia benar-benar beriman jika dia tidak memiliki sifat sabar dan syukur.

Ketiga : Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa." (Hadis Riwayat Tarmidzi)

Berdasarkah hadis di atas adalah merupakan ungkapan dan gambaran sikap warak. Sikap warak adalah sikap berhati-hati dalam menghindari larangan Allah SWT.

Untuk seseorang itu hampir dengan Allah SWT (muttaqin) maka dia perlulah bersifat warak. Seseorang yang memiliki sifat warak adalah dia buat semua yang wajib dan meninggalkan semua yang haram, dia tinggalkan semua yang makruh, syubahat dan yang harus sekiranya yang harus itu melalaikannya daripada mengingati Allah SWT. Di samping itu dia akan memperbanyakkan amalan sunat kerana perkara sunat ini boleh mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Sikap ini amat jelas terdapat pada diri Rasulullah SAW dan juga para sahabat baginda. Sikap warak pada masa itu telah menjadi suatu amalan yang di hayati oleh generasi awal.

Maka warak di sisi Allah SWT  termasuk jenis takut yang membuat seseorang meninggalkan banyak hal yang dibolehkan, jika hal itu menjadi samar atasnya bersama yang halal agar tidak merugikan agamanya.

Di antara tanda yang menjadi pegangan orang-orang yang warak adalah kehati-hatian mereka yang luar biasa dari sesuatu yang haram dan tidak adanya keberanian mereka untuk maju kepada sesuatu yang boleh  membawa kepada yang haram. Dan dalam hal itu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya yang halal dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya banyak hal-hal syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari hal-hal yang syubhat maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya."(Hadis Riwayat Bukhari, kitab al-Iman, no. 52, dan Muslim, kitab al-Musaqah, no. 1599 dan 107.)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan kata-kata hikmat tersebut di atas dalam kehidupan kita sehari-hari. Hiasilah diri kita dengan adab-adab dan akhlak Islam, bersifat sabar dan warak di dalam setiap amalan dan perbuatan kita. Kesimpulannya orang yang menjaga adabnya bererti dia orang berilmu, orang yang sabar adalah orang yang patuh pada ajaran agama dan orang yang warak ada orang yang hampir dengan Allah SWT.

Thursday, October 6, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Bersyukur Kepada Allah SWT Dengan Lidah, Anggota Badan dan Hati

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah SWT. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada-Nya. Allah SWT akan membalasnya dengan rahmat dan nikmat-Nya yang banyak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu :

Pertama : Syukur dengan lidah.

Kedua : Syukur dengan anggota .

Ketiga : Syukur dengan hati.

Huraiannya :

Pertama : Syukur dengan lidah.

Orang mukmin sentiasa lidahnya mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan "alhamdulillah". Mengucapkan syukur dengan memuji dan memuja Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa diseluruh alam semesta tanda kita berterima kasih kepada-Nya yang telah memberikan rezeki dan nikmatnya yang banyak dan kita tidak akan mampu membalasnya.

Tanda bersyukur dengan lidah maka lidah itu akan mengucapkan kalimah "alhamdulillah" berulang-ulang, setiap masa dan ketika apabila kita memperolehi rezeki, kejayaan, jodoh, mendapat anak, pekerjaan, projek , lulus pepereksaan dan lain-lain lagi. Selaian daripada ucapan kalimah "alhamdulillah" tanda syukur kepada Allah SWT maka lidah perlu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran, berkata benar, mengajak kepada makruf dan menyuruh tinggalkan kemugkaran. Di kawal lidah itu supaya tidak memaki-hamun, menentang hukum-hukum Allah SWT, mengumpat dan menabur fitnah.

Betapa besarnya fadilat dan pahala apabila kita banyakkan menyebut "alhamdulillah" seperti hadis Nabi SAW.

Dari Abu Malik Al-Harits bin Ashim Al-Asy’ari r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW  bersabda, “Kebersihan itu adalah sebagian dari iman. "Alhamdulillah" itu memberatkan timbangan. "Subhanallah" dan "Alhamdulillah" keduanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah burhan (bukti/petunjuk). Kesabaran adalah cahaya. Al-Quran adalah hujjah (bukti) untuk membelamu atau menentangmu. Setiap manusia bekerja, maka ada yang menjual dirinya dengan bekerja berat untuk keselamatannya atau kehancurannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menggambarkan bahwa “alhamdulillah” memberatkan timbangan. Bahkan Rasulullah SAW. mengulanginya lagi dengan mengatakan bahwa fadhilah, “subhanallah” dan “alhamdulillah” adalah akan memenuhi ruang antara langit dan bumi.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Kedua : Syukur dengan anggota .

Tanda seseorang itu bersyukur dengan anggota adalah melahirkan rasa terima kasih kepada Allah SWT dengan menggunakan anggota (kesemua sekali) ke arah kebaikan.

Bersyukur dengan tubuh badan, yakni menbelanjakan rezeki yang Allah berikan untuk keperluan diri, keluarga dan agama. Sentiasa  mencegah daripadaa menggunakan nikmat Allah SWT untuk berbuat perkara yang mungkar dan ditegah oleh Allah SWT.

Laksanakanlah sepenuhnya konsep syukur dalam aktiviti harian kita agar sentiasa cemerlang serta dapat membawa kebaikan kepada manusia lain. Ingatlah,  bersyukur yang sebenarnya dengan anggota adalah nampak penghayatan dalam kehidupan.

Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah SWT. kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah.

Tanda kita bersyukur diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Tanda kita bersyukur diatas nikamat ilmu pengetahuan yang kita peroleh adalah kita pergunakan ia untuk menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT. kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tanda kita syukur nikmat mata, maka mata akan digunakan untuk membaca al-Quran, menuntut ilmu yang bermanfaat dan tidak melihat perkara yang haram.

Tanda kita bersyukur dengan nikmat tangan dan kaki, maka kedua-duanya digunakan untuk berjihad dijalan Allah SWT dan menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.

Tanda bersyukur dengan nikmat harta, maka hartanya akan dibersihkan dengan dibayar zakat dan tidak bakhil untuk bersedekah dan  infak di jalan Allah SWT.

Ibnu Abbas r.a berkata : "Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah SWT., baik secara sembunyi ataupun terang-terangan serta secara lisan maupun di dalam hati. Setelah itu sedaya upaya menjauhi maksiat serta kemungkaran."

Tegasnya kewajipan kita hanyalah bersyukur serta mengaggungkan Allah SWT sehingga kita tidak membuat sebarang maksiat. Disamping beroleh nikmat, kadangkala kita juga ditimpa musibah. Dalam hal ini kita mestilah menghadapinya dengan bersabar.

Ketiga : Syukur dengan hati.

Syukur dengan hati  adalah tahap syukur yang paling susah untuk dicapai kecuali dengan cara belajar dan mendalami ilmu (pengetahuan agama dan iman). Iaitu hati sentiasa ingat kepada Allah SWT dan merasakan bahawa segala taat yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah SWT untuk melakukan taat itu. Bersyukur dengan hati, yakni bahawa segala nikmat itu
datangnya daripada Allah  SWT.

Hati perlu dididik dengan didikan iman dan banyakkan berzikir kepada Allah SWT supaya hati itu hidup, bersih dan sejahtera. Apabila hati itu telah diproses dengan tarbiah imaniah maka akan lahirlah hati yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan. Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya  betapa banyak dan besarnya nikmat dan rahmat Allah SWT kepadanya.

Dari Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah SAW. bersabda : “Barang siapa yang bertasbih seratus kali pada setiap selesai solat, dan bertahlil seratus kali, maka akan diampuni dosa-dosanya meskipun dosa-dosanya tersebut seumpama buih di lautan. (Hadis Riwayat Nasa’i)

Hati yang sentiasa bersyukur tidak akan buruk sangka dengan ketentuan Allah SWT. Sentiasa reda dengan qadak dan qadar dan tidak akan mudah putus asa dan rasa kecewa . Hati yang sentiasa bersyukur juga tidak akan wujud perasaan hasad dengki, iri hati dan benci kepada kelebihan orang lain. Semuanya bergantung kerana kemantapan hubungan hati dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah SWT samaada syukur dengan lidah, syukur dengan anggota badan dan syukur dengan hati, nescaya kita akan menjadi hamba-Nya yang diredai dan dikasihi di dunia dan akhirat.

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim, ayat 7).

Hayati 17 Perkara Untuk Khusyuk Dalam Solat

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu amalan yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim adalah dengan mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agama. Solat yang khusyuk yang dilaksanakan sebanyak lima kali sehari akan menghapuskan segala dosa.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya,
Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”

Para sahabat r.anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.”

Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah Allah Ta'alah akan mengampunkan dosa.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat yang dikehendaki olah Allah SWT  adalah solat yang khusyuk dan tawaduk kepada-Nya. Terdapat 17 perkara amalan- amalan untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan ibadah kepada Allah SWT, perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Musliam)

Kedua : Menjaga makan minum agar terjamin halalnya (pastikan tidak di makan makanan yang haram dan syubhat kerana ianya boleh mengelapkan hati).

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga : Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sedekah akan memadamkan kesalahan (dosa), sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi)

Keempat : Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sekiranya kamu rasa hendak buang air, maka buanglah air dahulu sebelum mendirikan solat".

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Kelima : Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )

Keenam : Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.

Perintah Allah SWT dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat seperti dalam surah al-A’raaf ayat 31 bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah perhiasan kamu (pakaian) yang indah di setiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Ketujuh : Tempat sujud dipastikan tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati.

Kelapan : Mengingatkan mati dan kemungkinan itulah solat kita yang terakhir dalam hidup.

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada baginda mengucapkan salam lalu bertanya: 'Wahai Rasulullah. manakah antara kaum mukminin yang paling utama?'

Baginda menjawab: 'Yang paling baik akhlaknya antara mereka.'

Dia bertanya lagi: ;Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?'

“Baginda menjawab: 'Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik'."

(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Kesembilan : Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

Rasulullah SAW juga melarang seseorang menoleh ke kanan atau ke kiri ketika sembahyang, baginda bersabda maksudnya :  “Jika kalian sembahyang, janganlah menoleh ke kanan atau ke kiri kerana Allah akan senantiasa menghadapkan wajah-Nya kepada hamba yang sedang sembahyang selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri.”  (Hadis riwayat  Termidzi dan Hakim).

Kesepuluh : Memenuhkan dada dalam perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat segala gerak geri kita.


Firman Allah SWT yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).

Kesebelas : Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tartil)" (Surah al-Muzzammil ayat 4)

Kedua belas : Sebelum mengangkat takbir, membaca doa perlindungan daripada Allah SWT.

Memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Ta’awudz (Audzubillahiminasyaitanirajim). maksudnya :  ” Aku berlindung kepadaMu ya Allah dari bisikan syaitan yang terkutuk (yang mengganggu hati dan fikiran dari belakang, depan, kiri, dan kanan)., membaca surah an-Nas, selawat kepada Nabi SAW dan beristighfar.

Ketiga belas : Memandang ketempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota badan.

Pada saat mengerjakan sembahyang, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha:  “Rasulullah SAW tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud (di dalam solat).”  (Hadis Riwayat  Imam Baihaqi)

Keempat belas : Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Kelima belas : Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud. (thuma'ninah)

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba sujud sekali kepada Allah kecuali Dia akan menulis baginya satu kebaikan dan menghapus satu keburukan daripadanya dan meninggalkan satu darjat. Oleh itu, perbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanat yang sahih).

Keenam belas : Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan solat.

Ketujuh belas : Jangan menjeling ke kiri dan ke kanan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita perbaiki solat kita supaya ianya menjadi khusyuk dan berkualiti dan dapat di persembahkan kepada Allah SWT sebagai persembahan yang pertama ketika berhadapan dengan Allah SWT. di hari akhirat nanti. Bila lulus solat kita maka segala amalan-amalan yang lain akan mudah melalui proses timbangan amal. Semoga kita ditempatkan oleh Allah SWT kedalam syurga yang disediakan-Nya untuk hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

Wednesday, October 5, 2011

Solat Kita Termasuk Golongan Yang Mana ?

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah solat fardu lima waktu adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja akan mendapat dosa besar dan  mendapat kemurkaan Allah SWT.

Dihari akhirat nanti solat akan menjadi amal ibadah yang pertama disemak dan nilai oleh Allah SWT, sekiranya solatnya diterima maka semua amalan-amalan yang lain akan diterima untuk ditimbang, tetapi apabila solatnya ditolak maka amalan-amalannya yang lain tidak akan diterima.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu.  Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis riwayat Tirmizi).  

Terdapat sembilan golongan manusia yang terlibat dengan ibadah solat. Di manakah kedudukan kita? Golongan tersebut adalah seperti berikut :    

Golongan 1 : Tidak mahu mengerjakan solat.(masih menyakini solat itu wajib ditunaikan)

Golongan ini telah melakukan dosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

Iman Syafie menjatuhkan fasik kepada orang yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja tetapi masih menganggap kewajipan fardu solat. Tetapi sekiranya dia menganggap bahawa solat tidak wajib keatas dirinya dia jatuh kufur, nauzubillahiminzalik.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja dan tidak ada ilmu.

Solat yang ditunaikan tidak sempurna kerana bacaan pun masih tidak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tidak ada ilmu bab solat dan tidak mahu menuntut ilmu. Golongan ini berdosa besar dan fasik kerana melakukan solat dalam keadaan jahil dan tidak mahu menuntut ilmu dan solatnya tidak sah kerana tidak mengikut rukun dan syarat sah solat.

Golongan  3. Orang yang mengerjakan solat bahkan tahu  ilmu mengenai solat, tetapi tidak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.  

Golongan ini mengerjakan solat bermusim. Jadi ada masa dia akan solat (jika lapang) tetapi jika sebuk dengan urusan pejabat , ada masyuarat, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tidak solat. Orang seperti ini akan  jatuh fasik. Golongan ini akan memasuki neraka Wail jika mati tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT kerana lalai dalam mengerjakan solat.

Golongan  4. Orang yang sembahyang, ada ilmu solat, fasih bacaannya (tetapi tidak memahami maksud setiap bacaan), tetapi solatnya tidak khusyuk .

Ketika solat  fikirannya tertumpu kepada urusan dunia yang tidak berkesudahan dan alam sekelilingnya, solatnya tidak memberi kesan langsung terhadap hubungan hati dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" (Surah al-Maun ayat 4-5)

Dalam ayat-ayat ini Allah mengungkapkan satu ancaman iaitu celakalah orang-orang yang mengerjakan solat dengan tubuh dan lidahnya tidak sampai ke hatinya. Dia lalai tidak menyadari apa yang diucapkan lidahnya dan yang dikerjakannya oleh sendi anggotanya. Ia rukuk dan sujud dalam keadaan lengah, ia mengucapkan takbir tetapi tidak menyadari apa yang diucapkannya. Semua itu adalah hanya gerak biasa dan kata-kata hafalan semata-mata yang tidak mempengaruhi apa-apa, tidak ubahnya seperti robot. Ulama menafsirkan bahawa lalai semasa solat (tidak khusyuk) juga akan dimasukkan kedalam neraka Wail melainkan dia bertaubat kepada Allah SWT dan cuba sedaya upaya untuk mendapat khusyuk semasa menunaikan solat.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solatnya seperti fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, setakat faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ' awamul muslimin'.  

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah SWT secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solat. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.  

Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).

Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah SWT, mana yang lalai itu moga-moga Allah SWT ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solatnya itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah SWT belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah SWT didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan ke tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit lebih khusyuk dan menghayati dalam solatnya.

Golongan ini bukan saja faham, dan tidak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah SWT dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Solat dengan penuh khusyuk.

Golongan ini bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solatnya telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah cara ia hendak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya.  

Dalam solatlah cara ia hendak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang hendak jadi disekelilingnya langsung tidak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya.  

Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Sahabat yang dimuliakan,
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai solat kita di tahap golongan yang mana satu?. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada fasik kerana masih ingkar dan tidak menunaikan solat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Marilah sama-sama kita memperbaiki nilai dan kualiti solat kita. Tunaikanlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Cuba kita melihat cara seorang ulama sufi bernama Hatim ketika beliau mengerjakan solat :

Hatim berkata, "Aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, syurga disebelah belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk. Aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan sepenuh ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Tuesday, October 4, 2011

Kenikmatan Syurga Untuk Orang-orang Yang Bertakwa.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
 Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat istirehat yang sebenarnya. Satu tempat istimewa yang disediakan oleh Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan telah mengabdikan diri mereka sepenuhnya ketika didunia. Banyak terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. yang menceritakan tentang nikmat dan keseronokan tempat tinggal di syurga Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "(Untuk mereka) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertakwa"
(Surah an-Nahl ayat 31)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, "Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?".Jawab baginda : "Dari air."Kami bertanya : "Beritakan tentang bangunan syurga?"Jawab baginda : "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zakfaran, kerikilnya mutiara dan yakud, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Disebutkan dalam sebuah hadis sahih dari Anas bin Malik bahawa Ummu Haritsah datang menghadap Rasulullah SAW sedangkan Haritsah termasuk mujahid yang gugur dalam Perang Badar kerana terkena anak panah.

Lalu Ummu Haritsah berkata:" Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah berbuat untuk Haritsah dari hati saya. Jika sekarang ia di syurga, saya tidak akan menangis untuknya. Namun, jika ternyata tidak, engkau akan melihat apa yang akan saya lakukan.

Rasulullah menjawab : "Apakah syurga hanya satu? Syurga itu banyak sekali, sedangkan syurga tertinggi adalah syurga Firdaus."

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ahli syurga itu memiliki peringkat, berdasarkan kedudukan mereka ketika berada di syurga.

Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu saling melihat antara bilik dari atasnya, seperti mana saling memandangnya bintang yang beredar dan yang tetap di ufuk timur atau barat kerana di antara mereka saling memiliki kelebihan.

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah di sana ada kedudukan yang khusus bagi para nabi, yang orang lain tidak akan boleh sampai ke sana? 

Rasulullah menjawab : "Tidak demikian, demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaan-Nya. Nabi akan berada satu keadaan bersama orang yang beriman kepada Allah dan yang membenarkan rasul itu. 

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

Tingkatan Syurga yang paling tinggi ialah Firdaus. Nabi SAW. memerintahkan ummatnya untuk berdoa memohon Firdaus melalui sabdanya, “Jika kalian meminta pada Allah mintalah kepada-Nya Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling utama, dan merupakan tingkatan tertinggi dari syurga, diatasnya terdapat ‘Arsy Ar Rahman dan dari Firdaus itulah memancar sungai-sungai syurga”.

Dalam kitab Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah, serta Sahih Ibnu Hibban, disebutkan hadis dari Abu Said, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga yang berada pada tingkat tertinggi dapat melihat orang yang berada pada tingkat di bawahnya, seperti mana melihatnya bintang yang tertinggi di langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk golongan yang menikmatinya". (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Arqam r.a. berkata : Seorang ahli kitab datang kepada Nabi SAW dan bertanya : "Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?"Jawab Nabi SAW : "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jimak (bersetubuh)"Ia berkata :'"Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran?'"Jawab Nabi SAW : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi."

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW. bertanya kepada baginda tentang hari akhirat dan kenikmatan di syurga.

1. Makanan yang menjadi hidangan pertama kali penghuni syurga :

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW. bahawa baginda ditanya,"Makanan apakah yang menjadi hidangan pertama kali penghuni syurga?" 
Baginda menjawab, "Hati ikan." 
Ditanya kembali. "Kemudian apa lagi setelah itu?" 
Baginda menjawab,"Bagi mereka disembelihkan sapi syurga yang biasa makan di tepian syurga." 
Kemudian baginda ditanya lagi, "Apakah minuman mereka?" 
Maka, baginda menjawab, "Dari mata air syurga yang bernama Salsabila."
(Hadis Riwayat Muslim).

2. Ketika manusia bertemu Allah SWT. di hari akhirat :

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW. bahawa baginda ditanya, "Apakah yang diperbuat oleh Tuhan kita ketika kita menemui-Nya? Baginda menjawab," Kalian dihidupkan di sisi-Nya, lembaran-lembaran jalan hidup kalian ditampakkan dihadapan-Nya, tidak ada hal sekecil apa pun yang tersembunyi di balik hati kalian. Demi Allah, Tuhan kalian tidak pernah salah sedikitpun dalam menghisab amal kalian. Seorang Muslim mukanya berseri-seri laksana kain yang putih bersih, adapun seorang kafir dihancur-leburkan seperti arang yang berwarna hitam pekat."(Hadis Riwayat Ahmad).

3. Mata air yang mengalir di syurga :

Rasulullah SAW. ditanya, seperti apakah mata air yang mengalir di syurga? Maka, baginda menjawab," Mata air dari madu yang murni, sungai-sungai dari khamar (arak) yang tidak menyebabkan mabuk dan penyesalan, sungai-sunagai dari susu yang tidak berubah rasanya, air jernih yang belum berubah dan buah-buahan. Demi Allah, kalian tidak pernah melihat kenikmatan ini di dunia dan tidak ada sedikitpun yang serupa dengannya."
(Hadis Riwayat Ahmad).

4. Isteri-isteri di syurga :

"Adakah kita akan mempunyai isteri di syurga?" Maka, baginda menjawab, " Orang-orang yang soleh akan dinikahkan dengan wanita-wanita yang solehah. Kalian akan merasakan kenikmatan sebagaimana isteri-isteri kalian juga akan merasakan kenikmatan waktu di dunia. Perbedzaannya, hubungan intim di syurga tidak menyebabkan kehamilan."
(Hadis Riwayat Ahmad)

5. Hubungan badan dengan isteri-isteri di syurga :

"Apakah kita berhubungan badan dengan isteri-isteri kita di syurga? Maka, baginda menjawab, "Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seorang lelaki mampu berhubungan badan dengan seratus bidadari pada satu pagi." (Imam Hafidz Abu Abdullah al-Maqdisi mengatakan bahawa perawi hadis ini adalah sahih).

"Apakah ada hubungan badan di syurga?" Maka, baginda menjawab, "Ya, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya. Apabila ia telah berdiri dari isteri-isteri-Nya (telah selesai dari hubungan badan), mereka kembali perawan seperti semula." (Perawi hadis ini adalah sahih dengan syarat Ibnu Hibban)

6. Makna kata "al-Kautsar."

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW. bahawa baginda ditanya tentang makna kata "al-Kautsar". Maka , baginda menjawab, "Al-Kautsar adalah sebuah sungai yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku di syurga. Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, terdapat burung yang lehernya seperti leher unta." Para sahabat bertanya, "Alangkah nikmatnya wahai Rasulullah! Maka, baginda bersabda,"Yang memakannya lebih merasakan nikmatnya berbanding yang sekadar mendengar saja."

7. Wanita yang pernah berkahwin lebih dari satu suami di dunia :

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda ditanya , "Seorang wanita yang telah menikah dengan lebih dari dua atau tiga laki-laki, bersama siapakah ia tinggal di antara mereka di syurga?" Maka, baginda menjawab, "Ia akan memilih yang paling mulia akhlaknya."

8. Penghuni Syurga saling menikah :

"Apakah penghuni Syurga saling menikah?" Maka, baginda menjawab, "Nafsu syahwat mereka tidak pernah putus dan kemaluan mereka tidak pernah lemas serta dorongan seksual mereka sangat kuat sekali."

9. Hubungan dengan isteri :

"Apakah penghuni syurga juga berhubungan badan dengan isteri-isteri mereka?" Maka, baginda menjawab, " Sangat kuat dorongan seksualnya, tetapi mereka tidak mengeluarkan mani dan juga isterinya."

10. Penghuni syurga tidak tidur.

"Apakah penghuni syurga itu tidur?" Maka, baginda menjawab, "Tidur itu bererti mati, penghuni syurga tidak pernah tidur,"

11. Di Syurga ada kuda dari permata :

"Apakah di syurga ada kuda?" Maka, baginda menjawab, "Apabila masuk syurga, kalian disiapkan seekor kuda tunggangan dari permata, yang mempunyai dua sayap, membawa terbang kemanapun kalian kehendaki di syurga."

12. Wanita dunia lebih mulia dari bidadari :

"Apakah wanita dunia lebih utama dari bidadari yang bermata jelita?" Maka, baginda menjawab, "Wanita dunia adalah lebih mulia dari bidadari seperti keutamaan sesuatu yang nampak dari hal yang tersembunyi."

Lalu ia bertanya kepada Nabi SAW, "Hai Rasulullah, apakah yang menjadikannya demikian?" Baginda menjawab, "Kerana solat, puasa, dan ibadah mereka kepada Allah. Maka Allah menghiaskan cahaya di muka mereka dan membalutkan kain sutra pada tubuh mereka. Mereka berkulit putih, berpakaian hijau, perhiasannya kuning, pedupan mereka dari permata dan sisir mereka dari emas. Mereka seraya berkata, "Kita tinggal di syurga selama-lamanya tidak pernah akan mati, menyelam dalam lautan kenikmatan tidak pernah mendapatkan musibah, dan kami menetap tidak pernah pindah selamanya, kami rela dan tidak pernah benci selamanya. Maka beruntunglah orang yang memiliki kami dan menjadi milik kami."

13. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sahabat yang dimuliakan,
Betapa indahnya syurga yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang-orang mukmin. Orang mukmin menganggap hidup di dunia adalah tempat persingahan sementara waktu sahaja. Di dunia hanyalah tempat memperbanyakkan amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan dan tempat ujian daripada Allah SWT. Harta dunia, pangkat, kedudukan, jawatan dan sanjungan manusia hanyalah bersifat sementara ianya tidak akan kekal, semuanya akan ditinggalkan apabila sampai ajal manusia, rohnya dijemput kembali kehadrat Ilahi. Tetapi yang kekal adalah hati yang beriman, bertakwa, sejahtera dan bersih daripada daki-daki syirik dan amal-amal soleh yang ikhlas dilaksanakan semata-mata kerana Allah SWT.
Berbahagialah sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya seluas langit dan bumi dan dirahmati-Nya buat selama-lamanya.

Monday, October 3, 2011

Doa Sahabat Kepada Sahabatnya Yang Berjauhan Mustajab di Sisi Allah SWT

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
 Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai. Justeru itu strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lisan sebagaimana diajarkan oleh baginda Nabi SAW ADALAH melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata:"Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat." (Hadis Riwayat Muslim).

Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa basahkan lidah dengan berzikir seperti mana amalan Nabi SAW.


Walaupun tujuan sebenarnya zikir ialah untuk menghadirkan Allah SWT pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat. Supaya hatinya terhindar daripada prasangka buruk dan was-was diatas persahabatan yang terjalin.

Sahabat yang dimuliakan,
Pertautan hati atau roh sangat penting dalam memelihara perpaduan dan kasih sayang di antara sahabat. Atas sebab inginkan keselamatan diri dan keselamatan sahabatnya yang lain maka orang mukmin seringkali saling mendoakan sahabatnya. Seringkali mengharapkan sahabatnya  itu diampuni oleh Allah SWT dan ditinggikan darjat. Malah orang mukmin yang soleh tidak pernah hanya berdoa untuk dirinya sendiri sahaja tetapi disamping dia berdoa untuk dirinya dia tidak akan lupa mendoakan sahabat-sahabatnya. Mereka berpegang kepada maksud hadis Qudsi, "Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa."

Salah satu doa yang mustajab di sisi Allah SWT adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata-mata.
 
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Orang mukmin sentiasa berbaik sangka sesama sahabatnya, persahabatan yang terjalin kerana ikatan kasih sayang kerana Allah SWT. Semasa dia berdoa untuk dirinya sendiri dia akan masukkan bersama doa itu untuk kebaikan sahabat-sahabatnya. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada sahabatnya yang berjauhan.

Kalau kita mempunyai sesuatu hajat maka panjatkan doa kita itu kepada Allah SWT dan panjatkan juga doa kita untuk sahabat yang lain.Saling menghadiahkan doa ini akan bertambah menambat hati antara sesama sahabat. Sayidina Umar Al Khattab sangat-sangat bersyukur, berterima kasih dan menghargai rakyatnya yang menghadiahkan doa untuk dirinya dan beliau pula membalas dengan berdoa pula kepada rakyat beliau.
 
Orang mukimin sangat kuat berusaha membaiki diri, menghilangkan segala sifat mazmumah dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Apabila kalian sama-sama membaiki diri dan dilakukan berterusan tentulah sama-sama mahukan kebaikan dan kedudukan di sisi Allah SWT. Membaiki diri untuk mencari darjat yang lebih baik di sisi Allah SWT itu akan secara otomatik memperelokkan hubungan dan ikatan sesama manusia.

Ini yang disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya "Barangsiapa membaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya (hati/roh) maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan)." (Hadis Riwayat Al Hakim)

Sahabat yang dihormati,
Allah SWT akan pertemukan di antara ibu bapa , suami isteri dan anak-anak dan ahli keluarga yang beriman dan layak memasuki syurga ke dalam syurga-Nya. Mereka akan berbahagia sesama ahli keluarga yang besar. Selain daripada itu Allah SWT akan pertemukan pula sahabat-sahabat yang baik dan jujur semasa di dunia ke dalam syurga-Nya.

Memang ada keterangan daripada hadis menunjukkan bahawa syurga ada pasar. Akan tetapi pasar syurga itu bukanlah tempat berjual beli. Pasar syurga adalah tempat pertemuan dan perkenalan ahli syurga. Di sana mereka saling bercerita mengenai kehidupan semasa di dunia sehingga memperoleh kenikmatan syurga yang abadi.

Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Said bin Musayyab yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya ia (Ibnu Musayyab) bertemu dengan Abu Hurairah pada suatu hari.

Maka Abu Hurairah berkata kepadanya: "Aku mohon kepada Allah untuk dikumpulkan-Nya antara aku dan engkau di pasar syurga". Maka berkatalah Said: "Apakah di syurga ada pasar?" Jawabnya: "Ya, ada".

Dalam riwayat yang lain pula menyebut (yang bermaksud): "Sesungguhnya dalam syurga itu ada pasar yang tidak ada padanya jual beli. Akan tetapi apabila sampai ahli syurga di dalamnya, duduklah mereka bersandar di atas mutiara lembut dan tanah dari kasturi. Ketika itu mereka saling berkenalan dalam syurga seperti mereka di dunia. Mereka saling menyebut mengenai ibadat mereka terhadap Tuhan dan bagaimana keadaan mereka menghidupkan malam dengan sembahyang dan berpuasa pada siang hari. Bagaimana kefakiran di dunia serta kekayaannya dan bagaimana keadaannya mati".

Begitulah keadaan pasar di syurga berbeza dengan pasar di dunia. Ahli syurga bertemu di pasar itu pada Jumaat dan keadaan penghuni syurga semakin hari semakin cantik. Hadis riwayat Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : "Sesungguhnya di syurga ada pasar yang dikunjungi penghuninya setiap Jumaat, lalu bertiuplah angin dari arah utara yang menerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka semakin tampan (cantik) itu, lalu keluarga mereka berkata: "Demi Allah kamu semakin cantik". Mereka menjawab:"Demi Allah kamu juga semakin bertambah cantik setelah kami tinggal pergi".

Di harapkan semua sahabat-sahabat yang baik dan mulia hatinya , sanggup membantu sahabat lain yang memerlukan pertolongan, yang soleh dan solehah di internet ini akan menjadi sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT di syurga nanti .Kerana setiap kebaikan yang kita lakukan tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT.

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :
"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Persahabatan yang ikhlas akan diuji oleh Allah SWT dan sesiapa yang lulus ujian ini akan menjadi sahabat semata-mata kerana Allah SWT. Sahabat yang terpilih ini di antara mereka doa mereka cukup mustajab disisi Allah SWT.  Mereka bukan sahaja menjadi sahabat ketika di dunia sahaja tetapi yang lebih utama mereka akan bersahabat dihari akhirat dan bertemu disyurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

Hakikatnya syurga adalah tempat nikmat yang kekal. Penghuninya memperoleh kemuncak nikmat yang tidak dapat dibayangkan. Untuk memperoleh syurga Allah bukanlah suatu yang mudah sebagaimana yang disangka sebahagian orang dengan hanya semata-mata mengakui beriman seperti yang diwarisi oleh datuk nenek moyang kita.

Bukan semata-mata mengerjakan amal ibadat seperti gerak geri sembahyang, menahan dari makan dan minum pada Ramadan, boleh mendapat balasan baik disyurga , tetapi apabila hati tidak dijaga penuh dengan hasad dengki, perasaan dendam, riak, takbur, mulutnya tidak putus-putus berdusta, mengumpat dan membuat fitnah, dan sikapnya memperhambakan diri kepada apa saja yang boleh memenuhi kemahuan nafsunya, maka sikap seperti ini tidak akan melayakkan diri untuk masuk syurga Allah SWT. Dari itu perlulah kita buangkan sifat-sifat mazmumah ini.

Sesiapa yang demikian keadaannya, jauh sekali memperoleh balasan baik . Sebaliknya untuk orang yang takut melanggar perintah Tuhan dengan iman yang sebenar-benarnya serta amal ibadat yang dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan bersih dari maksiat zahir dan batin dia layak untuk memasuki syurga Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya".

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita buangkan perasaan buruk sangka sesama kita, dan perasaan dendam, benci membenci dan sentiasa mencari kesalahan sahabat-sahabatnya yang lain. Jika ada kesilapan yag kecil cepat-cepatlah memaafkan sesama kita. Ingatlah! Iblis dan syaitan sentiasa mencari peluang menghancurkan persahabatan yang terjalin di antara kita. Kerana persahabatan yang ikhlas, kasih sayang kerana Allah SWT akan memberi kemuliaan dan akan mendapat perlindungan Arasy dihari akhirat nanti. Persahabatan yang baik juga akan mendapat syafaat daripada sahabatnya di hari akhirat nanti. Oleh itu carilah sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak kita dijalan Allah, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kepada kemungkaran dan mengajak kepada ketakwaan kepada Allah SWT.