Saturday, October 13, 2012

15 Sifat-sifat Mulia Hamba Allah (Ibadur Rahman) Yang Akan Memasuki Syurga


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Surah al-Furqan ayat 63-77, Allah SWT menyatakan 15 sifat-sifat Ibadur Rahman (hamba Allah)  yang mendapat kemuliaan dan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Ayat 63  Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih (Ibadur Rahman) itu adalah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan "salam". (QS. 25:63)

Ayat 64 Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.,(QS. 25:64)

Ayat 65 Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".(QS. 25:65)

Ayat 66 Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.(QS. 25:66)

Ayat 67 Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.(QS. 25:67)

Ayat 68 Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),(QS. 25:68)

Ayat 69 (Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,(QS. 25:69)

Asbabun Nuzul ayat 68 - 69.

Ibnu Masud r.a berkata, "Kedua-dua ayat ini diturunkan berkenaan denganku yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW tentang dosa yang paling besar. Baginda menjawab,"Menyekutukan Allah, padahal Dialah yang menciptakanmu." Aku bertanya hal yang sama lagi. Rasulullah SAW menjawab, "Membunuh anakmu kerana kamu takut miskin". Aku bertanya lagi. Baginda pun menjawab, "Berzina dengan tetanggamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat 70 kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 25:70)

Ayat 71 Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.(QS. 25:71)

Ayat 72 Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.(QS. 25:72)

Ayat 73 Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.(QS. 25:73)

Ayat 74 Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. 25:74)

Ayat 75  Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(QS. 25:75)

Ayat 76 mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.(QS. 25:76)

Ayat 77 Katakanlah (kepada orang-orang musyrik):` Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya?, Kerana itu kelak (azab) pasti (menimpamu) (QS. 25:77)

Berdasarkan ayat-ayat di atas  terdapat 15 sifat-sifat Ibadur Rahman (hamba Allah) yang dikasihi oleh Allah SWT.

Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Berjalan dimuka bumi dengan rendah hati.

Kedua : Bila disapa oleh orang yang jahil akan dibalas dengan ucapan salam (sejahtera) kepada mereka.

Ketiga : Pada waktu malam sentiasa melaksanakan solat tahajud.

Keempat : Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi seksaan Neraka Jahanam.

Kelima : Sentiasa membelanjakan hartanya dengan berhati-hati tidak membazir dan tidak kikir.

Keenam : Tidak mempersekutukan  Allah SWT dengan makhluk-Nya  iaitu menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Ketujuh : Tidak membunuh manusia melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak.

Kelapan : Tidak melakukan perbuatan berzina.

Kesembilan : Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Kesepuluh : Sentiasa mengerjakan amal soleh.

Kesebelas : Tidak menjadi saksi palsu

Kedua belas : Bila bertemu orang yang suka membuat perbuatan tidak berfaedah, tidak dilayainya untuk menjaga kehormatan diri.

Ketiga belas : Sentiasa menerima peringatan dan arahan Allah SWT dengan hati yang terbuka tanpa ragu-ragu.

Keempat belas : Sentiasa berdoa supaya dikurniakan isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati.

Kelima belas : Sentiasa berdoa supaya menjadi pemimpin untuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Huraian untuk sifat-sifat di atas adalah seperti berikut :

Pertama : Berjalan dimuka bumi dengan rendah hati.

Seorang mukmin peribadinya seimbang dengan menundukkan pandangan bila berjalan dan tidak merasa  sombong dan bangga diri. Sebagaimana Luqman memberi nasihat kepada anaknya seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

Kedua : Bila disapa oleh orang yang jahil akan dibalas dengan ucapan salam (sejahtera) kepada mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami di zalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

Ketiga : Pada waktu malam sentiasa melaksanakan solat tahajud .

Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan sifat orang bertakwa sentiasa melaksanakan solat tahajud , firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”  ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Keempat : Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi seksaan Neraka Jahanam.

Sifat orang mukmin ini digambarkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 16 yang bermaksud : "(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka".

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila seseorang selesai membaca tasyahud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis riwayat Muslim)

Kelima : Sentiasa membelanjakan hartanya dengan berhati-hati tidak membazir dan tidak kikir.

Firman Allah SWT : “Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israk ayat 26 – 27)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Tidak mempersekutukan  Allah SWT dengan makhluk-Nya  iaitu menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisa' ayat 48).

Ketujuh : Tidak membunuh manusia melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisa’ ayat 93)

Dari Ibnu Mas’ud radiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda : "Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Tidak melakukan perbuatan berzina.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al- Israa’ ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Kesembilan : Sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kesepuluh: Sentiasa mengerjakan amal soleh.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)

Kesebelas : Tidak menjadi saksi palsu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Dipastikan dua kaki dari orang yang bersaksi palsu itu pada hari kiamat nanti akan melangkah ke neraka"
( Hadis Riwayat Ibn Majah dan Hakim)"

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah ku tunjukan tentang dosa yang paling besar? Iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada orang tua, ingatlah ucapan-ucapan dusta dan ingatlah saksi yang dusta dan Nabi mengulang-ngulangi hingga kami (para sahabat berkata ( dalam hati): ohh, bilakah baginda hendak diam" (Hadis Riwayat Bukhari )

Kedua belas : Bila bertemu orang yang membuat perbuatan tidak berfaedah tidak dilayainya untuk menjaga kehormatan diri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya."  (Hadis Riwayat Tarmizi)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Ketiga belas : Sentiasa menerima peringatan dan arahan Allah SWT dengan hati yang terbuka tanpa ragu-ragu.

Allah SWT berfirman: “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para sidiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”
(Surah an-Nisa' ayat 69)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman" (Hadis riwayat Muslim)

Keempat belas : Sentiasa berdoa supaya dikurniakan isteri  dan anak-anak yang menyenangkan hati.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya serta setia kepada suami yang soleh.

Firman Allah SWT maksudnya : “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Orang mukmin sentiasa berdoa semoga mendapat anak yang soleh sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai Tuhanku , anugerahkanlah kepadaku (seorang anak)  yang termasuk orang yang soleh." (Surah Ash-Shaffat ayat 100)

Kelima belas : Sentiasa berdoa supaya menjadi pemimpin untuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Di dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud: "iaitu orang yang berdoa:' Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfaqkan (ke jalan Allah) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur '." (Surah Ali Imran, ayat 16-17)

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah balasan Allah SWT kepada Ibadur Raman yang memiliki 15 sifat-sifat di atas?

Menerusi ayat 75 Surah al-Furqan, Allah SWT menjanjikan balasan syurga dan memberikan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia semasa hidup di dunia.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud :  "Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.”
(Surah al-Insan ayat 10-12)

Oleh itu marilah sama-sama kita mendidik diri kita supaya melayakkan diri kita menjadi Ibadur Rahman (hamba Allah) yang dimuliakan dan mampu memenuhi 15 sifat-sifat seperti yang tersebut diatas. Sentiasalah kita berdoa dan istiqamah di atas jalan Islam hingga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan akhirat.



Jauhkan Diri Daripada Bermegah-megah Dengan Harta Kekayaan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-banga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama, walaupun dengan cara yang halal, dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga; maka pada hari kiamat dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Huraian hadis :

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekerja dan berusaha untuk mencari kekayaan dunia tidak di larang selagi tujuan kekayaan yang diperolehi bukan dengan tujuan bermegah-megah dan berbangga untuk mendapat nama dan pujian. Sifat bermegah-megah ini adalah sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT.

Dalam al-Quran Allah SWT melarang sifat suka bermegah-megah sebagimana firman-Nya yang bermaksud : "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). " (Surah al-Qasas ayat 76)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur" (Hadis Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain, dari Amr bin ‘Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan mereka. (Hadis Riwayat Bukhari)

Nafsu manusia tidak akan cukup dengan harta yang berlimpah ruah yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana tidak ada sifat bersyukur dan qanaah.

Dari Abdullah bin Zubair r.huma berkata: "Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: Kalaulah anak Adam ini diberi satu lembah daripada emas, nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan sekiranya diberi lembah kedua nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang ketiga. Dan sentiasa tidak akan merasa cukup perut anak Adam ini kecuali dipenuhi dengan tanah (iaitu setelah mati). Namun satu rahmat Allah terhadap hambaNya, dari mencintai harta dunia kepada mencintai Allah (Dengannya didunia ini Allah memberi ketenangan dan memelihara dari sifat tamak dan rakus dari mengumpul harta). (Hadis Riwayat Bukhari)

Sekiranya kalian mencari harta dunia dengan cara yang halal (tidak ambil riba, rasuah dan tidak menipu manusia ) bertujuan supaya kalian tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga dan supaya kalian mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga dan saudara seagama maka pada hari kiamat kalian akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama dan akan diberikan balasan syurga. Ini adalah jaminan daripada Allah SWT.

Bekerja mencari nafkah yang halal adalah dikira sebagai ibadah dan sedang berjihad dijalan Allah SWT, sebagimana hadis dari Nabi SAW .

Daripada Sa'ad bin Abi Waqas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya : "Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu nafkah sama sekali untuk mencari keredaan Allah melainkan engkau diberi pahala atasnya sehinggakan apa yang engkau masukkan dalam mulut isteri mu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Islam tidak menghalang umatnya mengumpulkan sebanyak mana harta kekayaan dunia ini selagimana harta yang diperolehi dengan cara yang halal dan niat di hati semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukan untuk tujuan duniawi iaitu berbangga diri dan menunjuk-nunjuk akan kelebihan diri. Segala kekayaan dan kemewahan yang diperolehi walaupun hasil usaha diri sendiri tetapi semuanya adalah dengan izin Allah SWT dan bantuan orang lain juga.

Setiap harta yang diperolehi adalah amanah Allah SWT, di dalamnya terdapat beberapa hak-hak orang lain yang perlu ditunaikan. Harta tersebut perlu dibersihkan dengan membayar zakat jika sampai nisab dan masanya. Harta tersebut perlu diinfakkan pula dijalan Allah SWT (untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiah dan pembinaan masjid, sekolah agama, maahad tahfiz dan sebagainya) dan di sedekahkan kepada fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal yang dhaif yang memerlukan bantuan.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kita jaga hati kita supaya sentiasa bersih daripada riak, sombong, takabur dan melakukan apa sahaja pekerjaan bukan untuk kemegahan tetapi di buat semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Jika kita tidak berhati-hati di khuatiri syaitan akan merosakkan amal kita dengan mengharapkan pujian manusia dan bermegah-megahan. Amal dan pekerjaan yang dilakukan kerana manusia atau untuk nama tidak akan di terima oleh Allah SWT kerana amal tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan. Amal yang ikhlas adalah amal yang tidak mengharapkan pujian manusia jika boleh dilakukan tanpa dilihat oleh manusia kerana Dia sahaja bersifat Maha Melihat dan Maha Mengetahui.




Thursday, October 11, 2012

Mata Hati Yang Hidup Akan Dapat Bezakan Di Antara Yang Hak Dan Yang Batil

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi Neraka Jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah al-A’raaf ayat 179).

Dalam ayat di atas Allah SWT meletakkan nilaian manusia sama taraf dengan haiwan bahkan lebih rendah lagi kerana manusia  membutakan matanya, memekakkan telinganya dan menutup pintu hatinya kerana tidak mahu menerima kebenaran yang datangnya daripada Allah SWT.

Mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa manusia akan menjadi kufur dan tidak akan beriman apabila dia ada hati tetapi hatinya buta walaupun matanya tetap celek tidak buta dan telinganya tetap mendengar bukan pekak.

Sahabat yang dimuliakan,
Saidina Ali k.w. pernah berkata yang bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).”

Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.

Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat. Ketika inilah tidak berguna lagi penyesalan kerana semuanya telah terlambat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).”

Apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali dengan ‘terjaga’ (tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’.

Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa, pangkat, kedudukan, kuasa, pengaruh dan kemegahan. Manusia sanggup melakukan perkara haram iaitu mengambil rasuah, riba, menipu dan menentang hukum-hukum Allah SWT. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan dan pahala yang disediakan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan pada hari itu, diperlihatkan Neraka Jahanam ; dan pada hari itu ingatlah kalian akan tetapi tidak berguna lagi mengingati itu baginya. Dan dia berkata , "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini. Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyeksa seperti seksaan-Nya dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya" (Surah al-Fajr ayat 23-26)

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam kehidupan ini terdapat empat pandangan manusia. Manusia akan memandang hanya menerusi empat pandangan sahaja. Empat pandangan tersebut adalah :

Pertama  : Pandangan mata (zahir)

Kedua      : Pandangan akal.

Ketiga      : Pandangan nafsu.

Keempat : Pandangan mata hati.

Huraiannya :

Pertama : Pandangan mata (zahir)

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 46 maksudnya : “Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada (mata hati).”

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, ketika cuaca panas jalan raya bertar dari jauh kita lihat seperti ada air hakikat sebenarnya bukan air tetapi ianya hanya bayangan fartamogana. Menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. Begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air – kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus). Bulan dilihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan yang tidak rata seolah-olah muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.

Kedua : Pandangan Akal

Saidina Ali k.wj. pernah berkata : "Kalau sekiranya agama itu menggunakan logik akal, nescaya orang akan menyapu khauf dibahagian bawah (tapak kasut), bukan dibahagian atasnya."

Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh tersalah. Akal manusia terlalu terbatas tidak dapat menjangkau alam ghaib. Akal manusia apabila jauh daripada wahyu tidak akan mampu memikirkan apakah hala tuju hidup manusia yang sebenarnya. Darimana dia datang, apa tujuan dia dihidupkan dan kemana dia akan pergi setelah kematian?

Manusia yang sesat dan tidak merujuk kepada kitabullah dan sunnah Nabi-Nya akan mencari-cari darimana asal usul manusia, dan apa yang ditemui kononnya manusia berasal daripada beruk  seperti  teori Darwin. Jika benar apa yang dikatakan oleh Darwin sekarang ini tidak ada beruk-beruk dihutan kerana semuanya sudah bertukar menjadi manusia. Jelas akal manusia tidak akan mampu mencari hakikat kebenaran dimuka bumi ini jika tidak dipimpin oleh Rasu-rasul pilihan Allah SWT.

Apabila kita tanya pada akal dimana perginya roh setelah seseorang itu meninggal dunia?, nescaya akal akan terdiam kerana tidak akan mampu memberi jawapan kerana roh ini tidak nampak dan ianya bukan berbentuk fizikal.

Begitulah pandangan akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Penemuan orang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan pula oleh kajian orang akan datang. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Justeru, pandangan akal boleh tersalah.

Ketiga : Pandangan Nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas, nafsu pula selalu terbabas. Tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melakukan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya. Nafsu suka kepada kejahatan.

Nabi Musa a.s. pernah bertanya kepada Allah SWT. yang bermaksud : "Ya Rabbi, bagaimanakah saya akan mengetahui samaada seseorang itu Kamu cintai dan reda ataupun kamu benci dan murka?".

Jawab Allah SWT  yang bermaksud : "Bila sahaja Aku cinta dan reda kepada seseorang maka Aku permudahkan baginya untuk berzikir kepada-Ku dan Aku pelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang haram, sebaliknya bila Aku benci dan murka kepada seseorang maka akan Ku lalaikan ia daripada memperingati-Ku dan Aku biarkan ia dikuasai oleh hawa nafsunya supaya terjerumus melakukan perkara-perkara yang haram sehinggalah ia layak menerima seksaan dan balasan-Ku".

Keempat : Pandangan Mata Hati

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : “Allah tidak menilai rupa lahir kamu tetapi Allah menilai amalan dan hati kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kalau mata hati kita buta, kaki kita masih boleh berjalan tetapi hakikatnya kita lumpuh!! Orang yang celik mata hatinya, sedar tentang dari mana dia datang, untuk apa dia dijadikan dan ke mana dia akan pergi. Dia mendapat matlamat yang tepat dan jelas dalam hidupnya. Dalam fikiran, jiwa dan emosinya ada perjuangan untuk memperbaiki diri. Jika kita sedar, dalam hidup ini akan sentiasa berlaku perubahan.

Sahabat yang dihormati,
Adakah kita mempunyai hati yang hidup?

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut ‘Allah’, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal ayat 2)

Tanda hati yang hidup, ialah ia masih boleh bergetar dan teralun dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran, ia akan bergetar untuk segala jenis kebaikan. Hati yang hidup akan terkesan apabila menerima teguran dan berasa tenang apabila menerima nasihat. Hati yang hidup akan peka terhadap kebesaran Ilahi dan takut akan kemurkaanNya. Hati yang hidup juga akan mendorang diri berasa lebih ringan untuk melakukan ibadah.

Pandangan mata hati yang hidup mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi. Ia tidak seperti pandangan mata kasar yang sifatnya selalu menipu, pandangan akal yang sifatnya boleh tersalah dan pandangan nafsu yang sifatnya selalu melulu.

Mereka yang celik mata hati bukan setakat tahu tetapi sedar hakikat dirinya sebagai hamba Allah.Hamba Allah tidak akan bersifat seperti 'tuan', bersikap angkuh, tamak, pemarah, bangga diri dan sifat-sifat mazmumah yang lain.  Oleh itu tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza. Tahu letaknya di akal, dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati, dengan memiliki penghayatan dan hikmah.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga mata hati kita supaya bersih dan dijauhi daripada titik-titik hitam noda dan dosa. Apabila dosa dilakukan oleh anak Adam maka satu titik hitam akan melekat dihatinya, jika terlalu banyak dosa dilakukan maka hati tadi akan dipenuhi oleh selaput hitam yang mana selaput hitam inilah yang akan menjadi penghalang daripada hidayah Allah SWT sampai ke hati.

Oleh itu apabila  ada sahaja titik hitam di hati maka untuk membersihkannya banyakkan beristighfar dan berzikir kepada Allah SWT maka akan hilanglah titik hitam tersebut dan digantikan nur (cahaya) yang akan menerangi hati tersebut, inilah dipanggil mata hati yang bercahaya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : "Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah / ternodailah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor / hitam".

Wednesday, October 10, 2012

Cara-cara Bermusafir Menurut Pandangan Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (89 kilometer), maka ia di  haruskan untuk melakukan solat qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah (89km).

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan rumah sama ada melalui kawasan kampung, sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 89 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. 

Sebelum seseorang itu layak melakukan solat jamak dan qasar perlu dipastikan bahawa musafir yang dilakukan adalah dalam perkara baik yang dibenarkan oleh syarak bukannya musafir dengan tujuan melakukan maksiat atau dosa. Contoh yang dibenarkan oleh syarak adalah bermusafir atas urusan kerja di pejabat, ziarah saudara mara,  menuntut ilmu, urusan dakwah dan tarbiah dan urusan perniagaan.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum memulakan musafir, terdapat beberapa adab-adab yang perlu dipatuhi supaya musafir dan perjalanan kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Pertama : Tujuan musafir adalah dengan niat yang baik dan bukan tujuan melakukan maksiat dan mulakan dengan membaca Basmalah.

Apabila kita keluar dari rumah, sunat kita membaca basmalah. "Dengan nama Allah aku beriman dan bertawakal dan tiada yang berkuasa melainkan Allah". 

Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir dan doa naik kenderaan.



Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁَكْŰšَ۱ ، Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁَكْŰšَ۱ ، Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁَكْŰšَ۱ ŰłُŰšْŰ­Ű§Ù†َ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰłَŰźَّ۱َ لَنَۧ هَŰ°َۧ وَمَۧ كُنَّۧ لَهُ مُقْ۱ِنِينَ وَŰ„ِنَّۧ Ű„ِلَى ۱َŰšِّنَۧ لَمُنقَلِŰšُونَ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنَّۧ نَŰłْŰŁَلُكَ فِي Űłَفَ۱ِنَۧ هَŰ°َۧ Ű§Ù„ْŰšِ۱َّ وَŰ§Ù„ŰȘَّقْوَى وَمِنْ Ű§Ù„ْŰčَمَلِ مَۧ ŰȘَ۱ْ۶َى ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ هَوِّنْ Űčَلَيْنَۧ Űłَفَ۱َنَۧ هَŰ°َۧ وَۧ۷ْوِ Űčَنَّۧ ŰšُŰčْŰŻَهُ ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„Ű”َِّۭۧŰšُ فِي Ű§Ù„Űłَّفَ۱ وَŰ§Ù„ْŰźَلِيفَŰ©ُ فِي Ű§Ù„ŰŁَهْلِ ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ وَŰčْŰ«َۧۥِ Ű§Ù„Űłَّفَ۱ِ وَكَ۹َۚŰ©ِ Ű§Ù„ْمَنْŰžَ۱ِ وَŰłُÙˆŰĄِ Ű§Ù„ْمُنْقَلَŰšِ فِي Ű§Ù„ْمَŰ§Ù„ِ وَŰ§Ù„ŰŁَهْلِ

Maksudnya : "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketakwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami." 

Doa Naik Kenderaan : 
Surah Az-Zukruf (43) ayat 13-14


Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"


Kedua : Menunaikan solat sunat 2 rakaat di rumah sebelum bermusafir. 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya : ”Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat dua rakaat”.

Ketiga : Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : : “Rasulullah SAW  berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Di antara sunnah Rasulullah SAW ialah baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Sesseorang sepatutnya tidak bermusafir pada hari Jumaat, menyebabkan dia gagal menunaikan solat Jumaat.

Keempat : Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.
 
Rasulullah SAW  bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis Riwayat Abu Daud) 


Kelima : Dianjurkan bermusafir bersama-sama.
 
Rasulullah SAW  bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Hadis Riwayat Bukhari) 

Keenam : Berdoa dalam musafir.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam musafir (perjalanan)  dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ketujuh : Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi SAW bersabda : "Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi SAW  berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

Nabi SAW  apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

Kemudian, baginda berdoa yang bermaksud : “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kelapan : Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.

Sabda Nabi SAW  bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesembilan : Membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk diri sendiri.

Di antara perkara sunat dalam bermusafir ialah seseorang perlu membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali bermusafir, Nabi SAW  membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda juga membawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini dianamakan Al-Midra, dengannya baginda meleraikan rambut. 

Kesepuluh : Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga.

Dengan memohon penjagaan daripada Allah SWT. Inilah sunnah yang dibaca oleh Nabi SAW  kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai Allah S.W.T. yang takkan hilang jagaan daripadaNya”.

Kesebelas : Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. 

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar mendoakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir apabila dia datang meminta izin daripada Rasulullah SAW.  Lalu Nabi SAW. bersabda, “Saudaraku, janganlah kau lupa untuk mendoakan kami." Rasulullah SAW. sendiri meminta sahabatnya mendoakan untuknnya. 

Kedua belas : Berdoa ketika memasuki pekan atau kampung .

Nabi S.A.W. mengajarkan kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau kampung kita disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda memasuki sesuatu negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah permudahkan perjalanannya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini, Allah akan lindunginya setiap kali dia melalui sesuatu kawasan. 

Ketiga belas : Balik daripada musafir membawa hadiah.

Nabi S.A.W. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya kecil tetapi amat bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak saudara dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia. Terutama apabila pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang dengan membawa hadiah. Tetapi siapa antara kita yang merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W. 

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan bermusafir menurut adab-adab yang diajarkan oleh Nabi SAW yang mana masyarakat kita ramai yang meninggalkannya. Akibat daripada meninggalkan sunah ini kita kehilangan ganjaran yang besar di sediakan oleh Allah SWT dan juga sering ditimpa musibah (kemalangan jalan raya) kerana perjalanan yang tidak disertakan doa dan bertawakal kepada Allah SWT tidak mendapat rahmat dan perlindungan daripada-Nya. Oleh itu amalkanlah doa dan  adab-adab ini insya Allah kita akan selamat pergi dan pulang dan mendapat keredaan Allah SWT.

Tuesday, October 9, 2012

Sedekah Yang Ikhlas Akan Di Gandakan Sehingga Sepuluh Kali Ganda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu amalan yang terbaik bagi setiap orang mukmin adalah bersedekah. Bersedekah dapat membersihkan hati daripada sifat kikir dan bakhil. Sedangkan bakhil adalah satu sifat yang dicela oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)




Dalam sirah sahabat Rasulullah SAW terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Ka'ab bin Akhbar mengenai Saidina Ali bin Abi Talib k.wj dengan buah delima.

Ketika Siti Fatimah az-Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus isteri kepada Saidina Ali bin Abi Talib sakit, ia ditanya oleh Saidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”

“Wahai suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.

Saidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Saidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.

Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Saidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Saidina Ali.

“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Saidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,

“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah SWT yang bermaksud : “Terhadap si pengemis, engkau janganlah mengherdiknya. ” (Surah Al-Dhuha ayat 10).

Juga sabda Nabi SAW yang bermaksud, ” Janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.

Oleh sebab isterinya juga menginginkan buah delima tersebut akhirnya buah tersebut dibahagi dua. Kini ada di tangannya hanya setengah dari buah delima untuk isterinya. Lalu beliau melanjutkan perjalanan kembali ke rumah. Tiba-tiba ada seorang lagi pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Saidina Ali. Rasa sayang yang tinggi terhadap sesama manusia, maka diberikanlah separuh lagi buah delima tersebut kepada pengemis itu.

Sampai di rumah Saidina Ali k.wj menceritakan peristiwa itu kepada isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,

“Wahai suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kenyataan isterinya itu Saidina Ali merasa sangat gembira.

Selanjutnya, di kamar Rasulullah SAW didatangi oleh Malaikat Jibril a.s yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Saidina Ali, dan bersama  Jibril as terdapat  10 buah-buahan dari syurga sebagai pengganti buah yang telah diberikan oleh Saidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi SAW memanggil salah seorang sahabatnya iaitu Salman al-Farisi (ada yang mengatakan bahawa lelaki itu ialah Abu Said al-Khudri r.a) agar menghantar buah-buahan ini kepada Saidina Ali dan putrinya Fatimah az-Zahra.

Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Saidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.

Setelah pintu dibuka, Saidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Saidina Ali, lalu Saidina Ali bertanya,

“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.

“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.

Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada sembilan buah delima. Saidina Ali terus berkata,

“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya sepuluh”.

Lalu Saidina Ali r.a membacakan firman Allah SWT yang bermaksud : “Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amal balasannya”.      (Surah al-An’am ayat 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata, “Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana keyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

Sahabat yang dikasihi,
Begitulah besarnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT, setiap kebaikan dan sedekah yang kita lakukan semata-mata kerana Allah SWT akan diganjari sepuluh kali ganda dan boleh digandakan lagi sehingga tujuh ratus kali ganda.

Oleh itu kalian teruskanlah bersedekah dan jangan difikirkan akan kekurangan wang  kalian kerana sedekah yang dilakukan tidak akan berkurang kerana Allah SWT akan membuka pintu-pintu rezeki dijalan yang tidak di sangka-sangka di dunia ini. Di akhirat pula akan menanti pahala yang besar membantu mukmin yang sentiasa infakkan hartanya di jalan Allah SWT atau bersedekah kepada manusia yang memerlukan pertolongan.

Teruskan Bersedekah Melalui Hati (Niat), Lisan Dan Perbuatan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sedekah adalah satu amalan soleh yang sangat dituntut oleh Islam. Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Sehinggakan Nabi SAW. ada menyatakan di dalam hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah SWT sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. 

Didalam riwayat yang yang lain Nabi SAW  ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid.

Kita digalakkan memberi sedekah dengan harta atau wang ringgit untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal yang dhaif, golongan oku, untuk pembinaan masjid atau surau, bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, pembinaan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan madrasah dan untuk pembiayaan majlis-majlis ilmu dan pengajian al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW : 

ِۧŰ°َۧ مَۧŰȘَ ْۧÙ„Ű§ِنْŰłَÙ€Ű§Ù† ِۧنـْقـَŰ·َŰčَ Űčَنْهُ Űčَمَلُهُ ِۧÙ„Ű§َّ مِنْ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َŰ©ٍ : Ű”َŰŻَقَÙ€Ű©ٍ ŰŹَۧ۱ِيَŰ©ٍ ، َۧوْŰčِلْمٍ يـُنـْŰȘـَفَŰčُ ŰšÙ€ِهِ ، ŰŁÙˆْوَلـَŰŻٍ Ű”َŰ§Ù„Ű­ٍ يـَŰŻْŰčُـوْلَهُ

Maksudnya : "Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)  
 
Walau bagaimana pun bagi golongan yang tidak berkemampuan dan tidak berharta, mereka masih boleh bersedekah melalui hati (niat), lisan dan perbuatan.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu :

Pertama : Sedekah dengan hati.

Kedua : Sedekah dengan lisan.

Ketiga : Sedekah dengan perbuatan.

Huraiannya :

Pertama :  Sedekah dengan hati.

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."  (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: Allah berfirman, Jika hamba ku berbicara iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan. maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka Aku mencatatnya dengan 10 kali ganda. "
(Hadis Riwayat Muslim)

Sedekah dengan hati ini perlulah bersungguh-sungguh bukan setakat lintasan hati. Dengan niat bermakna benar-benar berazam dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga dipermudahkan-Nya dan di murahkan rezeki.

Kedua : Sedekah dengan lisan.

Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah sedekah."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak menguris hati orang lain.

Ketiga : Sedekah dengan perbuatan :

1. Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.

2. Mengerjakan solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.

3. Mengerjakan puasa  sunat adalah sedekah untuk diri sendiri.

4. Keluar rumah untuk solat fardu berjemaah dan solat duha adalah mendapat pahala haji dan umrah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiap yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."  (Hadis Riwayat Abu Daud).

5. Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah solat Duha dua rekaat setiap hari.

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah SWT . Justeru itu solat Duha  adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr r.a.  daripada Nabi SAW   bersabda:

يُŰ”ْŰšِŰ­ُ Űčَلَى كُلِّ ŰłُÙ„Ű§َمَى مِنْ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ فَكُلُّ ŰȘَŰłْŰšِÙŠŰ­َŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَكُلُّ ŰȘَŰ­ْمِÙŠŰŻَŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ

وَكُلُّ ŰȘَهْلِيلَŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَكُلُّ ŰȘَكْŰšِÙŠŰ±َŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَŰŁَمْ۱ٌ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَنَهْيٌ Űčَنْ Ű§Ù„ْمُنْكَ۱ِ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ

وَيُŰŹْŰČِŰŠُ مِنْ Ű°َلِكَ ۱َكْŰčَŰȘَŰ§Ù†ِ يَ۱ْكَŰčُهُمَۧ مِنْ Ű§Ù„Ű¶ُّŰ­َى.

Maksudnya: "Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Duha. " (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.)


6. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.

7. Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.

8. Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.

9. Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.

10. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.

11. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada manusia atau binatang.

12. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu  membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang tersebut.

13. Mengajarkan ilmu.

14. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah..

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik,  dengan kata-kata yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.


Monday, October 8, 2012

Malaikat Rahmat Tidak Masuk Rumah Yang Ada Gambar, Patung , Anjing Dan Orang Berjunub.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kebanyakkan di rumah-rumah orang Islam masih terdapat di dinding-dinding rumah mereka tergantung gambar-gambar manusia samaada tuan rumah sendiri atau ahli keluarganya. Atau pun gambar-gambar binatang  menghiasi dinding rumah mereka sebagai perhiasan. Tidak kurang juga kita dapati ada sebahagian mereka yang menjadikan patung-patung binatang sebagai koleksi perhiasan yang diletakkan dialmari perhiasan sebagai hobi tuan rumah.

Adakah amalan seperti ini dilarang atau dibenarkan? Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada :

Pertama : Gambar

Kedua : Patung

Ketiga :  Anjing

Keempat : Orang yang junub.

Huraiannya : 

Pertama : Gambar.

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah-rumah mereka, seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. 

Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk bunga, pohon pokok, kapal, rumah, ayat Al-Quran, kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Orang yang paling mendapat seksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir)." (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Dalam hadis Nabi SAW yang lain bermaksud : Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. 

Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? 

Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" 

Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." 

Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" 

Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." 

(Hadis Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, 'Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Kedua : Patung :

Dalam hadis yang lain menyatakan. Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250).

Patung manusia atau patung haiwan diharamkan dijadikan barang perhiasan diletakkan di dalam atau atas almari. Malaikat rahmat tidak akan masuk rumah di dalamnya terdapat patung makhluk bernyawa. Tetapi patung mainan kanak-kanak diharuskan (patung mainan tersebut setelah digunakan kanak-kanak hendaklah disimpan dikotak permaian bukannya dipamerkan) berdasarkan hadis riwayat Aisyah.

Dari Aisyah Radiyallahu ‘anha (r.anha) ia berkata: “Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam masuk, mereka menutupinya dari baginda lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, “Hadis ini dijadikan dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya.

Ketiga : Anjing

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah SAW untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Menurut Dr. Yusuf Al­Qaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelas­kannya begin; Memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan, terma­suk perkara yang dilarang oleh Nabi SAW. Alasannya, dengan membenar­kan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pads bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut.

Sebahagian ulama berpendapat, hik­mah dilarang memelihara anjing di rumah adalah; kalau anjing itu menya­lak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang.

Pun begitu, Al-Qaradawi menjelas­kan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dike­cualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilaku­kan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak.

Keempat : Orang yang junub.

Dari Aisyah r.ha bahawasanya apabila Rasulullah SAW  hendak tidur dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk seperti wuduk untuk solat. Dan apabila baginda hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka baginda mencuci kedua tangannya kemudian baginda makan dan minum. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai’e, Ibnu Majah dan Ahmad)
Adalah menjadi adab yang lazim bagi seseorang Islam yg beriman itu, jika boleh hendaklah dia tidur dengan berwuduk, kerana orang yang sentiasa berwuduk itu mendapat pahala. Adalah menjadi kebiasaan juga di kalangan orang Islam , setelah berijimak dengan isterinya, suami dan isteri terus tidur atau tertidur kerana keletihan.

As-Sunnah megajarkan kita bahawa selepas berjimak, jika tidak mahu di segerakan mandi junub , seboleh-bolehnya membasuh kemaluan dan hendaklah  berwuduk, kemudian barulah tidur.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan hadis tersebut supaya kita tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT hingga menyebabkan malaikat rahmat tidak datang kerumah kita sebagiaman hadis di atas.  

Apakah kesan jika malaikat rahmat tidak datang? Kesannya rumah tersebut tidak ada keberkatan dan syaitan laknatullah bermaharajalela menggoda penghuni rumah tersebut. Jiwa tuan rumah dan ahli keluarganya tidak wujud ketenangan kerana tidak ada malaikat rahmat yang sentiasa  mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan dan ahli keluarganya . Malaikat rahmat juga mendorong hati dan jiwa orag mukimin untuk bertakwa dan untuk beramal soleh.