Saturday, October 15, 2011

Hayati 13 Ciri-ciri Mulia Untuk Memasuki Syurga Allah SWT.

 Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat beberapa ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa Allah SWT menyediakan syurga seluas langit dan bumi untak hamba-hamba-Nya yang memenuhi beberapa ciri-ciri mulia yang dinyatakan sendiri oleh Allah SWT. Kita perlulah berdoa kepada Allah SWT semoga  dipilih oleh-Nya untuk memasuki syurga .

Pertama. Untuk orang yang bertakwa.

Firman Allah  SWT yang bermaksud: ‘Dan bersegeralah kamu semua menuju keampunan daripada Tuhanmu dan juga menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang bertakwa’. (Surah Ali ‘Imran, ayat 133).

Kedua : Untuk orang yang mendapat keampunan Allah SWT dan yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya." (Surah al-Hadid ayat 21)

Ketiga : Untuk orang-orang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga sebagai tempat mereka kembali’. (Surah al Sajdah, ayat 19).

Keempat : Untuk orang takut kepada Allah dan tidak mengikut hawa nafsu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "dan adapun orang yang takutkan kedudukan Tuhannya dan menahan kemahuan dirinya daripada mengikut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurga adalah tempat kembali baginya" (Surah al-Naazi'at ayat 40)

Kelima : Untuk orang yang bertaubat dan beramal soleh.

Di dalam surah Ghafir, Allah SWT menceritakan tentang doa yang dipohon oleh malaikat kepada orang-orang yang beriman maksudnya : "Wahai Tuhan kami, Engkau meliputi semua perkara dengan rahmatMu dan ilmuMu. Maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat dan mengikut jalanMu dan jauhilah mereka daripada azab neraka. Wahai Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga-syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan kepada orang-orang yang soleh dari kalangan bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan zuriat mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana" (Surah Ghafir ayat 7-8)

Keenam : Untuk orang mukmin yang mengikuti cara kehidupan sahabat-sahabat Rasulullah SAW iaitu Muhajirin dan Ansar.  

Firman Allah SWT  yang bermaksud: "Dan orang-orang yang terdahulu daripada kalangan Muhajirin dan Ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah telah reda kepada mereka dan mereka juga telah reda kepada Allah. Dan Allah telah sediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang besar" (Surah al-Taubah ayat 100)

Ketujuh : Orang yang menyeru kepada kebaikan dan mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Mereka (orang-orang kafir) mengajak ke neraka, sedang Allah menyeru (manusia) ke syurga dan keampunan dengan izinNya". (Surah al-Baqarah ayat 221)

Kelapan : Orang yang berjaya dipilih oleh Allah SWT untuk dijauhkan daripada neraka (menjauhkan diri daripada dosa-dosa besar dan kecil).

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya". (Surah Ali Imran ayat 185)

Kesembilan : Orang yang infak dan bersedekah hartanya di jalan Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.      

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar".(Surah at-Taubah ayat 111)

Kesepuluh : Orang yang berbahagia (diampunkan dosa-dosanya dan mendapat rahmat Allah SWT)  di sisi Allah SWT.          

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adapun orang yang berbahagia (di akhirat) maka tempatnya di dalam syurga". (Surah Hud ayat 108)

Kesebelas : Orang yang berhikmah (berilmu) dan beramal soleh.       

Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku bahan percakapan yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan". (Surah asy-Syu'ara ayat 83-85)

Kedua belas : Orang yang sabar ketika berhadapan dengan orang yang zalim.       

Di dalam surah al Tahrim, ayat 11 tendapat doa isteri Firaun yang solehah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan isteri Firaun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman. Ketika ia berkata: 'Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam syurga. Dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim'.". (Surah at-Tahrim ayat 11)

Ketiga belas :  Orang yang memiliki jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah)

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu".(Surah al-Fajr ayat 30)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk memenuhi 13 ciri-ciri ahli syurga yang terdapat di dalam al-Quran. Iaitu orang yang beriman, beramal soleh, bertaubat, berbahagia, bersedekah, berjihad, menyeru kepada kebaikan, berilmu, bersabar , tidak mengikuti hawa nafsu dan jiwa yang tenang (mutmainnah).

Untuk memenuhi ciri-ciri tersebut perlulah kepada proses tarbiah imaniah yang akan mendidik hati dan jiwa kita untuk sentiasa beriman dan berhubung denga Allah SWT. Kita perlu istiqamah dengan Islam dan yakin dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya Dia tidak akan memungkiri janji-janji-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih memasuki syurga Allah SWT dia adalah orang-orang yang amat beruntung.

Friday, October 14, 2011

Ibadah Korban Fadilat dan Kebaikannya.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah korban yang dilaksanakan ketika Idul Adha dan Hari Tasrik itu adalah berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s.  yang bermimpi diperintah Allah SAW untuk menyembelih puteranya Ismail yang ketika perintah itu akan dlaksanakan, bahkan pisau tajam sudah berada di atas leher Ismail, sembelihan itu gagal dilaksanakan kemudian oleh Allah SWT gantikan dengan kibas.

Firman Allah SWT maksudnya : "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim (yakni sudah dewasa), Ibrahim berkata: “Hai anakku : Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku (disuruh) menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ismail  menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu itu; insya Allah bapak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (terdengarlah suara panggilan) dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu (sudah melaksanakan perintah) Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (seekor kibas).Kami abadikan (kisah ini) untuk Ibrahim ( pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian , "Selamat sejahtera bagi Ibrahim" (Surah ash-Shaffat ayat 102-109)

Melaksanakan ibadah korban amat digalakkan oleh Islam kerana fadilatnya cukup besar.

Aisyah meriwayatkan, bahwa Nabi SAW bersabda : Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam pada hari nahr yang lebih dicintai Allah, selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan). Dan haiwan yang disembelih itu kelak di hari kiamat akan datang (menemui orang yang korban) lengkap dengan tanduk, kuku dan sepatu kakinya. Dan sesungguhnya darah akan diterima Allah  sebelum darah itu jatuh ke tanah. Kerana itu lakukanlah korban itu dengan seikhlas mungkin. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Dari hadis ini jelaslah bahawa haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan menjadi kendaraan ke syurga. Itulah kebaikan korban di akhirat. Sementara di dunia dapat memberikan dagingnya kepada orang-orang miskin dengan ini akan mendapat pahala sedekah. Kerana sasaran utama daging korban adalah untuk fakir miskin bukannya untuk orang kaya, bahkan yang berkorban pun boleh memakannya.

Sahabat yang dihormati,
Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib, manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan untuk melaksanakannya.

Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad SAW. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Termizi bermaksud: "Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu."

Walaupun ibadah korban ini sunat tetapi ianya adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).

Ibadah korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka yang melakukan korban daripada melakukan dosa

Selain itu, persoalan yang turut mengelirukan ialah sama ada perlu atau tidak orang yang berkorban menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan tersebut. Rasulullah SAW. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: "Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu."

Hadis di atas tidak menunjukkan bahawa ia adalah satu kemestian untuk menyaksikan ibadah korban dan akan terbatalnya ibadah tersebut sekiranya tidak berbuat demikian.

"Dengan kata lain, ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil bagi pihak yang ingin melaksanakan korban dan akikah sekalipun mereka tidak ada bersama-sama ditempat ibadah tersebut dilaksanakan, " jelas al-Hakim.

Terdapat banyak kelebihan dalam mengerjakan ibadah korban seperti mana yang terkandung dalam surah al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud:"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. "

Dengan melaksanakan ibadah korban juga dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap kedekut dan bakhil. Sebaliknya dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama muslim dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Hajj ayat 36)

Seperti yang diketahui, ibadah korban selain memenuhi tuntutan agama ia juga sebagai pemangkin untuk mengembangkan syiar Islam. Ini termaktub dalam matlamat utama ibadah ini dilakukan iaitu untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam.

Tetapi, apa yang dapat dilihat pada hari ini, di sesetengah tempat, ibadah korban telah bertukar menjadi adat kerana syariatnya tidak dipenuhi. Daging-daging tidak diagihkan dengan betul dan dimasak seolah-olah kenduri biasa.

Sebenarnya, begitu ramai pihak yang ingin melakukan ibadah tersebut semata-mata untuk membantu orang yang kurang berkemampuan. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui secara khusus tentang kaedah pengagihan yang diamalkan sekarang.

Bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sistematik khususnya melibatkan pengagihan, sewajarnya ia diberikan kepada penganjur yang boleh mengendalikannya dengan adil dan telus.

Untuk memenuhi keperluan umat Islam diluar negara yang miskin dan tertindas tidaklah menjadi satu kesalahan malahan digalakkan untuk kita melaksanakan ibadah korban di luar daripada negara kita seperti  dengan mengadakan program korban  seperti di Sudan, Laos, Kemboja, Palestin dan Iraq amat bertepatan dengan matlamat ibadah tersebut . Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan hubungan persaudaraan di kalangan umat Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Kenapakan kita terlalu berat untuk melakukan ibadah korban walaupun kita berkemampuan untuk mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian seekor lembu, atau sesekor kambing? Kenapa kita terlalu berkira-kira untuk menambahkan saham (pahala) kita di hari akhirat sedangkan kita sanggup membeli barang-barang perhiasan atau pun perabut yang mahal semata-mata untuk dipandang cantik bila tetamu datang ke rumah kita? Jika dikira kita hanya perlu menyimpan hanya rm 1 setiap hari untuk mendapatkan satu bahagian daripada seekor lembu iaitu berharga  antara rm 350 - 400. untuk menjalankan ibadah korban.

Seorang mukmin yang berkemapuan tidak akan melepaskan peluang untuk berkorban setiap tahun kerana cukup besar fadilat dan pahalanya di sisi Allah SWT. Oleh itu bersegeralah untuk melakukan korban dengan menghubungi pihak masjid atau surau atau agensi swasta yang menguruskannya korban ke luar negara kerana masa masih ada masa lagi untuk berbuat demikian. Jika kita tangguh-tangguhkan adakah kita pasti tahun hadapan kita berpeluang untuk berkorban? Kerana kita tidak mengetahui bila saat kematian akan menjemput diri kita.

Thursday, October 13, 2011

Kenapa Berlaku Murtad Di Kalangan Umat Islam Dan Bagaimana Cara-cara Untuk Mengatasinya?

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masaalah murtad dikalangan umat Islam telah menjadi suatu masaalah yang besar. Gejala terkutuk ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia kerana majoriti rakyatnya adalah beragama Islam dan di dalam perlembangaan telah termaktub bahawa  orang-orang bukan Islam tidak boleh memurtadkan umat Islam. Tetapi yang menjadi tanda soal kenapa orang-orang bukan Islam bebas memurtadkan orang-orang Islam dan tidak ada tindakkan tegas daripada pemerintah?

Murtad  adalah bermaksud berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad.

Murtad adalah satu perbuatan yang paling keji dan hina . Paling dikutuk oleh Allah SWT kerana sesiapa yang murtad akan  mendapat balasan neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "..Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah ayat 217)

Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad ada tiga iaitu melalui :

Pertama : Perkataan.

Kedua : Perbuatan

Ketiga : Niat.

Huraiannya :

Pertama : Perkataan

Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.."
(Surah at-Taubah ayat 65-66)

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (Islam) secara jelas seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.

2. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT .

3. Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT.

4. Mencela Nabi Muhammad SAW atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka. Dan menolak hadis-hadis sahih sebagai sumber hukum.

5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.

6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.

7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

Kedua : Perbuatan

Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada murtad (riddah) ialah :

1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah SAW ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.

2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.

3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang dan yakin bahawa undang-undang ciptaan manusia lebih utama dan mulia daripada undang-undang ciptaan Allah SWT.

Ketiga : Niat

Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.

1. Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.

2. Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.

Berkata Syed Sabiq : "Seseorang Islam tidak dikira hukum murtad (riddah) kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya".

Berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 106 maksudnya : "Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kufur."

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Kenapa murtad boleh berlaku kepada penganut Islam?

Terdapat tujuh faktor boleh menyebabkan seseorang dengan mudah menjadi murtad iaitu :

1. Tidak mendapat didikan agama yang sempurna.

2. Iman terlalu lemah hinggakan dalam hati tidak ada perasaan takut kepada Allah SWT.

3. Kemiskinan dan tidak ada pendapatan yang tetap untuk menyara kehidupan.

4. Faktor  sudah jatuh cinta kepada pasangannya yang beragama lain.

5.Mengikut rakan-rakan sebaya yang tertarik dengan tawaran kewangan

6. Terpengaruh dengan kehebatan seseorang ketua yang mungkin menggunakan ilmu sihir.

7. Saudara baru yang murtad (kembali kepada agama asal) disebabkan tidak mendapat bimbingan yang sempurna setelah masuk Islam.

Huraiannya :

1. Tidak mendapat didikan agama yang sempurna.

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah ibu bapanya lah yang akan mencorakkan anak-anaknya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)

Apabila ibu bapa melalaikan kewajipan memberi ilmu agama dan kefahaman Islam yang syumul maka anak-anak membesar tanpa ilmu, otak mereka kosong sehinggakan perkara asas seperti akidah,  ibadah dan fekah mereka tidak memiliki pengetahuan tersebut. Bila tidak berilmu maka amalan fardu akan ditanggalkan. Anak-anak tidak dapat membezakan yang haram dan halal dan yang sesat dan yang benar. Bila datang dakyah kepada ajaran sesat atau agama Kristian mereka tidak tahu hendak menolaknya hinggakan terpengaruh dan sanggup menjadi murtad.

2. Iman terlalu lemah hinggakan dalam hati tidak ada perasaan takut kepada Allah SWT.

Apabila ilmu agama sudah tidak ada dalam diri seseorang bagaimana iman dan keyakinan yang kuat kepada Allah SWT dan perkara yang ghaib dapat diyakini dalam hati? Apabila iman kosong atau terlalu lemah imannya maka amat mudah dimasuki unsur-unsur negatif dan akan mudah tertawan dengan ganjaran kewangan yang lumayan maka sedikit demi sedikit hati akan tertarik dan terus memgikuti agama yang sesat tersebut. Iman yang kuat akan menolak segala bentuk syirik atau akidah yang sesat yang akan menguasai seseorang muslim itu.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."  (Hadis Riwayat Muslim)

Ini adalah wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya, dimana dalam wasiat ini baginda memperingatkan, bahawa akan muncul suatu zaman yang di dalamnya terjadi berbagai fitnah antara manusia. Fitnah di sini boleh tafsirkan sebagai  kekufuran dan dosa-dosa besar berlaku dikalangan umat Islam.Ia juga boleh ditafsirkan sebagai mempersenda-sendakan ajaran Islam, perintah-perintah Allah dan rukun-rukun Islam. Boleh juga dimaksudkan sebagai kafir kepada Allah, Rasul-Nya dan apa yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW.

3. Kemiskinan dan tidak ada pendapatan yang tetap untuk menyara kehidupan.

Hadis Rasulullah SAW dari Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran.” (Hadis di atas ada disebut di dalam kitab Hilyah al-Awliya’ oleh Abu Nu’aim - Jil:3, m/s: 53)

Apabila seseorang terdesak tidak cukup pendapatan untuk menyara kehidupan anak-anaknya yang ramai disebabkan kematian suami atau ditinggalkan suami, maka mereka ini akan menyambut baik sekiranya ada pihak-pihak tertentu (pendakyah Kristian) yang mempunyai dana yang banyak memberikan kepada mereka sumbangan berupa wang ringgit, makanan, pakaian atau peralatan sekolah untuk anak-anakanya. Sedikit demi sedikit jarum dakyah mereka akan disuntik kepada mereka-mereka yang mendapat bantuan ini akhirnya iman yang ada akan dijual dengan habuan harta dunia.

Kita patut bertanya dimana Baitul mal kita yang mengumpul jutaan ringgit wang zakat umat Islam? Adakah pihak bertanggung jawab prihatin terhadap orang fakir miskin yang memerlukan bantuan wang zakat ini? Kenapa wang zakat yang jumlahnya ratusan juta telah dilaburkan kesana sini sedangkan  wang tersebut sepatutnya diagihkan kepada fakir miskin terutama ibu-ibu tunggal yang menanggung anak-anak yang ramai. Apabila kes baru-baru ini berlaku di Petaling Jaya sebuah gereja mengagih-agihkan bantuan kepada beberapa orang Islam dibulan Ramadan barulah pihak berwajib membuka mata, sedangkan sebelum ini mereka terlepas pandang akan tanggungjawab ini.

Di harapkan pada masa akan datang perkara yang memalukan umat Islam tidak berulang lagi. Jika dibuat kajian banyak kes-kes kemiskinan ini menjadi salah satu faktor mereka sanggaup murtad dan menukar agama.

4. Faktor  sudah jatuh cinta kepada pasangannya yang beragama lain.

Salah satu faktor kes murtad adalah kerana ingin berkahwin dengan pasangan yang beragama lain kerana sudah jatuh cinta dan terminum 'air syaitan' diberikan oleh pasangannya yang bukan Islam. Contoh kes Aisyah Bukhari dari Johor yang mengikut kekasihnya yang beragama Kristian ke luar negara. Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai ramai rekod daripada individu yang bercadang menukar nama dan menukar status agama yang tercatit di mykad daripada Islam kepada agama baru yang mereka yakini. Jumlahnya melebihi 100,000 orang.

5.Mengikut rakan-rakan sebaya yang tertarik dengan tawaran kewangan.

Ada kes murtad berlaku dikalangan belia Islam kerana terpedaya dengan tawaran gaji yang lumayan  iaitu menjadi pendakwah mereka. Gaji, rumah, kereta diberikan secara percuma asalkan mereka sanggup menukar agama dan menerima tawaran tersebut menjadi barisan pendakwah yang dilatih. Mereka akan dihantar ke Singapura atau ke luar negara untuk mendapat didikan seluk beluk agama mereka. Perkara ini di dedahkan oleh beberapa orang padri yang telah bertaubat dan kembali balik kepada ajaran Islam.

6. Terpengaruh dengan kehebatan seseorang ketua yang mungkin menggunakan ilmu sihir.

Kes murtad bukan sahaja belaku dengan menukar daripada agama Islam kepada Kristian , Hindu atau Buddha tetapi murtad juga berlaku apabila seseorang itu patuh kepada ajaran sesat yang menyeleweng dengan akidah Islam seperti Ajaran Ayah Pin, Ahmad Qadiani, Nabi Palsu Melayu (Abdul Kahar)  dan lain-lain lagi. Kerana taksub dengan 'guru' mereka, mereka sanggup meninggalkan ajaran Islam dan percaya kepada guru yang sesat membawa ajaran baru yang bertentangan dengan akidah Islam dan syariat Islam. Kebanyakkan guru-guru sesat tersebut menggunakan ilmu sihir untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia mempunyai kelebihan yang luar biasa.

7. Saudara baru yang murtad (kembali kepada agama asal) disebabkan tidak mendapat bimbingan yang sempurna setelah masuk Islam.

Terdapat kes murtad daripada  saudara baru yang telah masuk Islam  telah kembali kepada agama asal mereka kerana dibiarkan tanpa bimbingan dan didikan yang sempurna.  Tidak sepatutnya perkara ini berlaku kerana apabila seseorang telah masuk Islam maka tanggungjawab Jabatan Agama Islam negeri-negeri, PERKIM, Pertubuhan Cina Muslim, Outreach Abim, Jemaah Islah Malaysia (Hidayah Centre), Pertubuhan Ikram Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO Islam) yang lain dan umat Islam seluruhnya membantu dan membimbing saudara-sauadara baru supaya mereka istiqamah dengan akidah Islam dan berterusan mendapat ilmu, bimbingan dan tarbiah.

Sahabat yang dikasihi,
Kes murtad ini telah menjadi kes yang serius , dan meningkat dari tahun ketahun .

Pada tahun 2008,dalam satu ceramah Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah yang turut disiarkan pada siri ceramah agama RTM.Mufti Perak Dato' Harussani mendakwa bahawa  hampir 250,000 orang yang murtad di negara kita ini.  Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.

Jika apa yang dijelaskan oleh Dato' Harussani ini benar suatu perkara yang amat mendukacitakan kerana begitu ramai akidah umat Islam telah dipesongkan oleh orang kafir dan mengajak menganuti agama mereka. Perlulah setiap orang dikalangan umat Islam rasa sedih dan simpati dan bertidak terus untuk memulihkan keadaan yang amat merbahaya ini. Sedangkan dalam perlembagaan menyatakan bahawa agama lain tidak boleh memurtadkan akidah umat Islam dan menganut agama mereka.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa cara untuk menghalang daripada  berlakumya gejala riddah (murtad) di kalangan umat Islam.

1. Menyebarkan risalah dakwah, tarbiah dengan memberi kesedaran terus menerus kepada umat Islam tidak kira status mereka akan kesyumulan dan kemurniaan agama Islam . Para pendakwah perlu memperbanyakkan usaha dakwah tanpa jemu sehingga masyarakat Islam mempunyai keimanan dan kefahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam dan cuba mempraktikkannya . Para pendakyah Kristian memberi tumpuan untuk membantu fakir-msikin dikalangan umat Islam oleh itu pastikan tidak ada dikalangan fakir miskin yang tidak mendapat bantuan dan pembelaan. Jabatan agama Islam negeri-negeri  dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO Islam)   dan PERKASA perlu mengadakan banyak ceramah, kuliah agama, kursus motivasi kepada belia dan remaja Islam supaya segala aktiviti negatif seperti merempit dan menyalah gunakan dadah dapat diatasi dan dapat mengelakkan daripada remaja kita terpengaruh dengan agama lain.

2. Semua pertubuhan bukan kerajaan seperti ABIM, JIM, HALUAN, ISMA, PERKASA, PERKIM, PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA, PERSATUAN ULAMA MALAYSIA, GAPENA, PERTUBUHAN PELAJAR-PELAJAR ISLAM MALAYSIA, GPMS dan Jabatan Agama Negeri-negeri bergabung tenaga dan bekerjasama untuk menjadikan satu "Gagasan Pergerakan Anti Murtad". Menjadi "mata dan telinga" kepada Jabatan Agama Negeri-negeri dan Majlis Agama Negeri-negeri supaya segala segala bentuk aduan daripada orang ramai mengenai kemurtadan akan diambil tindakkan segera tanpa ada halangan dan gangguan daripada pihak-pihak tertentu. Menjaga akidah umat Islam lebih penting daripada menjaga hati agama lain kerana setiap umat Islam WAJIB melaksanakan tugas ini dan mereka akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat jika kita biarkan gejala murtad berlaku bermaharajalela di negara kita.

3. Mempergunakan secara maksima wang zakat untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada golongan fakir-miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan oku dan warga emas. Wang zakat umat Islam tidak harus diperniagakan dan disimpan di bank-bank sahaja dengan harapan untuk pelaburan sedangkan tujuan wang zakat adalah untuk 8 asnaf bukan untuk pelaburan. Semua pertubuhan bukan kerajaan perlu menubuhkan "tabung anti -murtad" dipertubuhan masing-masing bertujuan menyalurkan bantuan kepada saudara baru dan golongan miskin tegar supaya tidak ada alasan umat Islam menjadi murtad kerana kemiskinan.

4. Memantau semua gereja-gereja dan kuil-kuil agama lain dinegara kita supaya tidak ada umat Islam yang terlibat diberi bantuan oleh mereka dengan alasan kemiskinan atau bantuan kebajikan kerana kita yakini bahawa setiap bantuan ada agenda tersembunyi yang perlu kita awasi.

5. Mengaktakan hukuman murtad lebih berat lagi supaya umat Islam akan berfikir 1000 kali sebelum murtad dan menukar agama kerana hukuman sedia ada terlalu ringan dan tidak ada sedikit pun perasaan takut dihati mereka yang ingin murtad.

6. Menubuhkan "skud nahi mugkar" disetiap masjid dan surau untuk membantu Jabatan Agama untuk mencegah maksiat dan kemugkaran dikalangan umat Islam termasuk gejala murtad supaya gerakan kristianisasi akan dapat disekat berlaku kepada umat Islam.

7. Memperkasakan pendidikan Islam di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi awam dan swasta. Banyak menekankan aspek akidah dan akhlak supaya para pelajar, remaja dan belia kita mempunyai kekuatan akidah dan akhlak dan tidak akan mudah dipesongkan akidah mereka apabila berada di dalam masyarakat.

8. Memperbanyakkan rumah-rumah perlindungan kepada golongan terbiar seperti penagih dadah dan pengidap penyakit HIV atau remaja yang terlanjur (mengandung anak luar nikah) kerana banyak kes golongan ini di ambil kesempatan oleh pendakyah Kristian untuk memberi rawatan, mengambil anak-anak luar nikah tersebut setelah dilahirkan, menempatkan mereka dirumah perlindungan, memberi makan-minum akhirnya mereka dapat dimurtadkan.

9. Mendesak kerajaan supaya menyekat atau mengurangkan segala bentuk hiburan yang melalaikan umat Islam terutama yang datang dari luar negara kerana kesan daripada pengaruh luar akan menambahkan gejala sosial dan melemahkan akidah umat Islam. Kerajaan juga perlu didesak supaya mengarahkan pihak media letronik (Television) dan media masa (akhbar arus perdana) memperbanyakkan bentuk-bentuk dakwah dan pendidikan agama Islam supaya akidah umat Islam sentiasa kukuh dan meningkatkan ilmu Islam. Pihak kerajaan juga diminta memastikan cerita-cerita dalam drama dan filem berbentuk tahyul yang boleh memesongkan akidah umat Islam seperti cerita hantu dapat di sekat. Ini adalah tanggungjawab kita semua.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita pertahankan akidah kita, akidah ahli keluarga kita dan akidah umat Islam seluruhnya supaya tidak dirosakkan oleh agama lain. Sama-sama kita mengwujudkan suasana yang baik dan suasana yang mendekatkan hati kita kepada Allah SWT. Pantaulah semua anak-anak kita, jiran tetangga , sahabat handai dan masyarakat Islam seluruhnya supaya apa sahaja perbuatan, percakapan dan tindakan tidak membawa kepada riddah (murtad) kerana sesiapa yang menjadi murtad dosa-dosanya tidak akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan dimasukkan kedalam neraka Jahanam selama-lamanya. Nauzubillahiminzalik.

Tuesday, October 11, 2011

Orang Beriman dan Bertakwa Yakin Sepenuhnya dan Tidak Ragu-ragu Hukum Jenayah Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kita wajib menyakini bahawa undang-undang atau hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah SWT adalah sesuai sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Kepercayaan dan keyakinan kita ini adalah akidah dan iman kita kepada Allah SWT, Rasulullah  SAW ,Kitab suci al-Quran nul karim dan rukun Iman yang lain.

Perlu diyakini bahawa peranan undang-undang jenayah Islam adalah untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Terdapat 4 sebab kenapa undang-undang jenayah Islam ini perlu dilaksanakan.

1. Untuk mematuhi segala perintah Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan mematuhi sunnah dan hadis Nabi SAW dalam bab hukum jenayah.

2. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. 

3. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. 

4. Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Apakah matlamat dan kebaikan hukum jenayah Islam terdiri daripada hukum hudud, qisas dan ta'zir ?

Terdapat 3 kebaikan hukuman tersebut :
1. Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku. 

2. Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah. 

3. Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk memahami lebih terperinci hukum-hukum jenayah Islam, dijelaskan secara ringkas dibawah ini :

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga :

Pertama :  HukumHudud

Kedua :  Hukum Qisas

Ketiga : Hukum Ta’zir


Pertama Hukum Hudud :

A. Pengertian Hudud :

Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegĂ h.

Dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(Surah al-Baqarah ayat 229)

B. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :

1. Zina iaitu persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan. 

Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati. 

2. Qazaf (menuduh zina)  iaitu melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil. 

Hukuman : sebat 80 kali 

3. Minum arak iaitu meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal. 

Hukuman : sebat 40 kali 

4. Mencuri iaitu mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. 

Hukuman : potong tangan 

5. Merompak iaitu mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. 

Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara 

6. Riddah (murtad) iaitu keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan. 

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang. 

7. Pemberontakan.

Kedua Hukum Qisas.
Pengertian qisas;

Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong.

Dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

Jenis jenayah qisas iaitu kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. 

Hukuman terhadap kesalahan qisas;

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta.
Diat adalah denda untuk jenayah membunuh.(jumlah diat boleh dinilai dengan harga unta masa kini)

Pembunuhan sengaja -  100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri daripada ;     

1. 30  ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)

2. 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)

3. 40 ekor Hulqah .

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. 

Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta seperti di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.

Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri daripada :

1.  20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)

2. 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)

3. 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)

4. 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)

5. 20 ekor BintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
1. Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki

2. Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.

Pembunuhan Separuh Sengaja ialah seperti  seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya).

Pembunuhan Tidak Sengaja ialah seperti seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.

Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah dan hakim tidak ada kuasa dalam pengampunan.
Diat jenayah mencederakan anggota :

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan  telinga.

3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)

4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.

6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)

7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).

8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian seperti jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

Hukum Ta'zir.
Pengertian ta’zir.

Dari segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang. 

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. 

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;

1. Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
 1. Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

2. Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

3. Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

4. Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat. 

5. Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

6. Hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah. 

7. Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa. 

8. Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti .       

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat   dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabh diri kita bahawa terlalu banyak dosa dan kesalahan yang kita lakukan kepada Allah SWT. dan perlulah kita banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Salah satu dosa besar yang kita lakukan tanpa kita sedari kita terpengaruh dengan pendapat sebahagian daripada umat Islam yang mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak yakin terhadap hukum hudud dan qisas yang ditanzilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran nul karim. Jika kita terlanjur penyokong pendapat mereka yang menolak dan mengatakan hukum hudud tidak sesuai maka kembalilah bertaubat kepada Allah SWT dan jangan ditangguh-tangguhkan lagi kerana kematian itu akan datang bila-bila masa dan kita khuatir jika kita menafikan hukum-hukum Allah SWT boleh jatuh kepada syirik yang mana dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah SWT.

Tujuan nota ini ditulis adalah bertujuan memberi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kalian semua supaya kalian tahu serba sedikit apa yang dimaksudkan hudud, qisas, diat dan ta'zir. Semoga Allah SWT meletakkan diri kita dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Monday, October 10, 2011

Tafsir Surah Ar Ra'd ayat 11

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :

لَهُ مُŰčَقِّŰšَۧŰȘٌ مِنْ Űšَيْنِ يَŰŻَيْهِ وَمِنْ Űźَلْفِهِ يَŰ­ْفَŰžُونَهُ مِنْ ŰŁَمْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَۧ يُŰșَيِّ۱ُ مَۧ Űšِقَوْمٍ Ű­َŰȘَّى يُŰșَيِّ۱ُÙˆŰ§ مَۧ ŰšِŰŁَنْفُŰłِهِمْ وَŰ„ِŰ°َۧ ŰŁَ۱َۧۯَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِقَوْمٍ ŰłُÙˆŰĄًۧ فَلَۧ مَ۱َŰŻَّ لَهُ وَمَۧ لَهُمْ مِنْ ŰŻُونِهِ مِنْ وَŰ§Ù„ٍ (11)
Maksudnya : "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

 Tafsirannya :

Allah SWT. menugaskan kepada beberapa malaikat untuk selalu mengikuti manusia secara bergiliran, di muka dan di belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Ada malaikat yang menjaganya di malam hari, dan ada yang di siang hari, menjaga dari berbagai bahaya dan kemudaratan, dan ada pula malaikat yang mencatat semua amal perbuatan manusia, yang baik atau yang buruk. Dua malaikat di sebelah kanan dan di sebelah kiri yang mencatat amal perbuatan manusia. Yang sebelah kanan mencatat segala kebaikannya, dan yang sebelah kiri mencatat amal keburukannya, dan dua malaikat lain lagi yang satu di depan dan yang satu lagi di belakangnya. Maka setiap orang ada malaikatnya empat pada siang hari dan empat pada malam hari yang datangnya secara bergiliran, sebagaimana diterangkan dalam hadis yang sahih:

يŰȘŰčŰ§Ù‚ŰšÙˆÙ† فيكم Ù…Ù„Ű§ŰŠÙƒŰ© ŰšŰ§Ù„Ù„ÙŠÙ„ ÙˆÙ…Ù„Ű§ŰŠÙƒŰ© ŰšŰ§Ù„Ù†Ù‡Ű§Ű± ÙˆÙŠŰŹŰȘمŰčون في Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ ÙˆŰ”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Űč۔۱ ÙÙŠŰ”ŰčŰŻ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ۚۧŰȘÙˆŰ§ فيكم ÙÙŠŰłŰŁÙ„Ù‡Ù… وهو ŰŁŰčلم ŰšÙƒÙ…. كيف ŰȘŰ±ÙƒŰȘم ŰčŰšŰ§ŰŻÙŠ؟ فيقولون ŰŁŰȘÙŠÙ†Ű§Ù‡Ù… وهم ÙŠŰ”Ù„ÙˆÙ† وŰȘŰ±ÙƒÙ†Ű§Ù‡Ù… وهم ÙŠŰ”Ù„ÙˆÙ†
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ)
Maksudnya : "Ada beberapa malaikat yang menjaga kamu secara bergiliran di malam hari dan di siang hari. Mereka bertemu (untuk mengadakan serah terima) pada waktu solat subuh dan solat asar, lalu naiklah malaikat-malaikat yang menjaga di malam hari kepada Allah Taala. Dia bertanya sedangkan Ia sudah mengetahui apa yang akan ditanyakannya itu: 'Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kamu meninggalkan mereka (di dunia)?' Malaikat menjawab: 'Kami datang kepada mereka padahal mereka sedang solat dan kami meninggalkan mereka dan mereka pun sedang solat pula'."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Apabila manusia mengetahui bahawa di sampingnya ada malaikat-malaikat yang mencatat semua amal perbuatannya, maka patutlah dia selalu menjaga diri dari perbuatan maksiat kerana khawatir akan dilihat oleh malaikat-malaikat itu seperti kekhawatirannya perbuatan itu dilihat oleh orang yang disegani. 

Malaikat-malaikat itu menjaga manusia atas perintah Allah SWT, dengan izin Allah SWT dan pemeliharaan-Nya yang sempurna. Sebagaimana dalam alam kebendaan ada hubungan erat antara sebab dan musabab sesuai dengan hikmahnya, seperti adanya pelupuk mata melindunginya dari kemasukan benda yang merusaknya, maka demikian pula dalam alam kerohanian Allah SWT telah menugaskan beberapa malaikat untuk menjaga manusia dari berbagai kemudaratan. 

Perbuatan Tuhan selalu tidak luput dari hikmah dan kemaslahatan. Demikian pula Allah SWT. telah menugaskan malaikat-malaikat untuk mencatat amal perbuatan manusia. Kita tidak tahu bagaimana cara mencatatnya, kita mengetahui bahawa sesungguhnya Allah SWT sendiri cukup untuk mengetahuinya. Mengapa Dia masih menugaskan malaikat untuk mencatatnya. Mungkin di dalamnya terkandung hikmah ialah supaya manusia lebih tunduk dan akan menerima pahala atau azab yang akan diterimanya nanti di akhirat, kerana telah pula disaksikan dan dicatat oleh para malaikat itu, menjaga manusia atas perintah dan izin Allah SWT, tetapi bilamana ada kepastian Allah SWT yang tidak dapat ditolaknya, mereka membiarkan kepastian Allah SWT itu menimpa pula kepada manusia yang dijaganya.

Saidina Ali bin Abu Talib k.wj. menerangkan pula bahawa tidak ada seorang hamba pun melainkan ada malaikat yang menjaganya daripada kejatuhan tembok, atau jatuh ke dalam sungai, atau dimakan binatang buas, tenggelam atau terbakar akan tetapi bilamana datang kepastian dari Allah SWT. mereka membiarkan manusia itu ditimpa oleh kepastian itu". 

Abu Bakar berkata: "Jika manusia melihat seseorang yang zalim dan tidak bertindak terhadapnya, maka mungkin sekali Allah akan menurunkan azab yang mengenai mereka semuanya." Keterangan beliau ini diperkuat dengan firman Allah:

وَۧŰȘَّقُÙˆŰ§ فِŰȘْنَŰ©ً لَۧ ŰȘُŰ”ِÙŠŰšَنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰžَلَمُÙˆŰ§ مِنْكُمْ Űźَۧ۔َّŰ©ً

Maksudnyanya: "Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa kepada orang-orang yang zalim saja di antara kamu."
(Surah Al-Anfal ayat 25)

Ibnu Khaldun dalam Mukadimahnya telah mencantumkan sebuah bab dengan judul "Kezaliman dapat menghancurkan kemakmuran". Beliau mengemukakan beberapa contoh dalam sejarah sebelum Islam dan sesudahnya bahawa kezaliman itu menghancurkan singgasana umat Islam, telah merendahkan derajatnya, telah menjadi penindasan dari semua bangsa yang ada di sekelilingnya. Demikian pula umat Islam yang pernah dikuasai beberapa abad lamanya di bawah penjajahan orang barat yang semuanya terjadi atas kebenaran Allah SWT seperti firman-Nya :

ŰŁَنَّ Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶َ يَ۱ِŰ«ُهَۧ ŰčِŰšَۧۯِيَ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ُونَ

Maksudnya: "Bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang soleh".
(Surah Al-Anbiya' ayat 105)

"Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
 
Dalam tafsir Fi Zilalil Quran Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah berkata :
"Allah SWT tidak mengubah sesuatu kemuliaan atau sesuatu kehinaan melainkan apabila manusia itu sendiri mengubahkan perasaan mereka, amalan-amalan mereka dan realiti hidup mereka dan ketika itulah Allah SWT akan mengubahkan keadaan mereka mengikut perubahan yang berlaku kepada keadaan jiwa dan amalan-amalan mereka. Walaupun Allah SWT mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka sebelum ia berlaku, tetapi segala apa yang berlaku ke atas mereka adalah mengikut keadaan dan realiti yang terbit dari mereka, iaitu ia berlaku selepas masa perubahan itu dibandingkan kepada manusia.

Itulah suatu hakikat yang meletakkan tanggungjawab yang berat ke atas manusia. Kehendak dan undang-undang Allah SWT telah menetapkan bahawa masy'ah (ketentuan) Allah SWT terhadap manusia adalah bergantung kepada tindakan mereka sendiri, dan undang-undang Allah SWT akan berlaku kepada mereka mengikut bagaimana cara mereka melayani undang-undang ini dan tindak tanduk mereka. Nas ini cukup terang dan jelas mengenai hakikat ini dan tidak dapat ditakwilkan lagi. Di samping tanggungjawab yang berat itu, nas ini juga merupakan bukti penghormatan Allah SWT kepada manusia, dimana masyi'ah (ketentuan) Nya telah menetapkan bahawa amalan dan tindakan mereka merupakan alat penguatkuasaan masyiah (ketentuan) Allah SWT terhadapnya."

Apabila Allah SWT menghendaki keburukan kepada suatu kaum dengan penyakit, kemiskinan atau bermacam-macam cubaan yang lain sebagai akibat dari perbuatan buruk yang mereka kerjakan sendiri, maka tak ada seorang pun yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Allah Taala sendiri. Semua berhala-berhala yang disembah selain Allah, sedikit pun tak ada menarik kemanfaatan dan menolak kemudaratan bagi dirinya sendiri apalagi untuk orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,

Dalam tafsir Jalalain menjelaskan  :
"(Baginya) manusia (ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran) para malaikat yang bertugas mengawasinya (di muka) di hadapannya (dan di belakangnya) dari belakangnya (mereka menjaganya atas perintah Allah) berdasarkan perintah Allah, dari gangguan jin dan makhluk-makhluk yang lainnya. (Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum) maksudnya Dia tidak mencabut dari mereka nikmat-Nya (sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri) dari keadaan yang baik dengan melakukan perbuatan derhaka. (Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum) yakni menimpakan azab (maka tak ada yang dapat menolaknya) dari seksaan-seksaan tersebut dan pula dari hal-hal lainnya yang telah dipastikan-Nya (dan sekali-kali tak ada bagi mereka) bagi orang-orang yang telah dikehendaki keburukan oleh Allah (selain Dia) selain Allah sendiri (seorang penolong pun) yang dapat mencegah datangnya azab Allah terhadap mereka. Huruf min di sini adalah zaidah."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita hayati tafsiran ayat di atas untuk kita merubah apa yang ada pada diri kita sendiri. Kita perlu merubah dalaman kita terlebih dahulu sebelum kita merubah luaran kita iaitu fikiran , hati, jiwa dan emosi . Kita ubah fikiran kita dengan meningkatkan ilmu Islam dan ilmu yang bermanfaat, kita ubah hati kita dengan meningkatkan iman, akidah , takwa dan meningkatkan hubungan hati kita kepada Allah SWT dengan menjalani proses tarbiah imaniah. Kita baiki jiwa dan emosi kita dengan kita bermujahadah melawan hawa nafsu . Bila fikiran, hati, jiwa dan emosi kita telah ada perubahan maka perubahan berbentuk perbuatan dan amalan  akan menampakkan perubahannya. Rajin bekerja dan berusaha, rajin berdakwah dan berjihad dan rajin beribadah dan beramal soleh semuanya lahir daripada dalaman kita yang telah berubah. Semua ikhtiar, perubahan dan usha-usaha yang kita lakukan  adalah bersesuaian dengan fitrah dan kehendak Allah SWT.