Saturday, July 11, 2009

Wasiat Pertama Nabi SAW Kepada Ali r.a

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada suatu hari Rasulullah SAW  memanggil Ali bin Abi Talib. Setelah Ali k.w. menghadap Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud : "Wahai Ali ! Sesungguhnya kedudukanmu terhadapku adalah sama seperti kedudukan Nabi Harun dan Nabi Musa. Hanya sahaja sesudah aku tidak ada lagi seorang nabi."

"Pada hari ini aku akan berwasiat kepada engkau dan apabila engkau dapat menjaganya, engkau akan dapat hidup terpuji lagi mulia. Dan engkau akan mati sebagai syahid serta Allah Azzawa Jalla akan membangkitkan dirimu kelak di hari kiamat sebagai orang yang faqih dan 'alim!"

"Wahai Ali ! Barangsiapa memakan makanan halal, maka bersihlah agamanya dan lembut hatinya serta doanya tidak akan terhalang (maksudnya pasti dikabulkan Allah SWT).

"Wahai Ali ! Barangsiapa memakan makanan subhat (makanan yang tidak jelas halal dan haramnya), maka gelaplah agamanya serta matilah hatinya. Dan barangsiapa yang memakan makanan haram, maka matilah hatinya, rendah agamanya, lemah keyakinannya, terhalang doanya, serta sedikit sekali ibadahnya."

"Wahai Ali ! Apabila Allah murka kepada seseorang, maka Allah memberinya rezeki yang haram. Dan apabila murkanya telah memuncak, Allah akan menyerahkannya kepada syaitan agar ia membantunya sehingga orang itu di sebukkan dengan urusan dunianya dan melupakan agamanya. Dalam usahanya yang lancar itu, syaitan membisikkan kata-kata bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Dengan harapan supaya lalai dari menjaga yang halal."

"Wahai Ali ! Orang yang mencari rezeki haram, apabila ia berjalan kaki , syaitan selalu mememaninya. Dan kalau ia naik kenderaan, syaitan ikut memboncengnya. Orang yang mengumpulkan harta haram, syaitan selalu ikut makan bersamanya."

"Wahai Ali ! Allah Azzawa Jalla tidak akan menerima solat yang tanpa wuduk, dan tidak menerima sedekah dari harta yang haram."

"Wahai Ali ! Seorang mukmin selalu meningkat agamanya selama ia tidak memakan yang haram. Dan barangsiapa yang menjauhi (meninggalkan) ulama. matilah hatinya dan butalah hatinya dari berbuat taat kepada Allah SWT."

"Wahai Ali ! Barangsiapa yang membaca Al-Quran, dan tidak menghalalkan yang halal serta tidak mengharamkan yang haram, maka ia termasuk orang-orang yang membuang kitab Allah (Al-Quran) di belakang punggungnya (meninggalkan Al-Quran)."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan wasiat Nabi SAW kepada menatu baginda  Saidina Ali k.w. kerana wasiat tersebut menjelaskan betapa pentingnya makanan halal kerana makanan halal yang dimakan akan mengakibatkan doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT dan hatinya tidak buta dan mudah melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Friday, July 10, 2009

Bersahabat Kerana Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah SAW  sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Madinah.

Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat." (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas Rasulullah SAW menyatakan bahawa apabila kita ingin mencari sahabat maka hendaklah cari sahabat yang mempunyai asas agama, iaitu sahabat yang mempunyai asas budi pekerti dan akhlak yang baik, tidak fasik, tidak terlalu mementingkan hal-hak keduniaan sahaja. Jika dia seorang ahli agama maka kita juga akan menjadi ahli agama. Jika sebaliknya kita memilih sahabat yang suka kepada maksiat kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat.

Firman Allah SWT  yang bermaksud : "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran,"
(Surah Al-Kahfi ayat 28)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pengajaran yang boleh kita ambil :

1.Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengharap keredhan-Nya.

2.Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata-mata kerana mengejar kesenangan dunia.

3.Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan mengikut perbuatannya.

Ulama Salaf ada memberi pesanan : "Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semuga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam Syurga. Dikatakan juga , apabila Allah s.w.t. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Saidina Ali k.w. berkata dalam sebuah syairnya yang bermaksud : "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, dia sanggup membahayakan dirinya demi keselamatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan dirimu."

Banyak hadis-hadis Nabi SAW  yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik.
Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sabda baginda lagi yang bermaksud : "Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak ciri-ciri lain yang di gariskan oleh ulama muktabar yang boleh kita jadikan peduman untuk kita memilih dan mencari sahabat-sahabat yang baik :

1.Boleh diharapkan untuk menjaga harta kita

2.Bila kita sakit dia ziarah

3.Bila kita sibuk dia beri bantuan

4.Bila kita lupa dia ingatkan kita

5.Bila kita bercakap dia beri perhatian

6.Dia menjaga lidahnya dari berkata yang menyakitkan hati

7.Dia mendoakan kita bila berdoa

8.Dia menepati janjinya bila berjanji

9.Bila tersilap dia sentiasa beri maaf

10.Bila kita susah dia membantu

Kita bersahabat dengan sahabat yang baik adalah semata-mata kerana Allah SWT kerana sahabat kita bukan setakat di dunia sahaja tetapi dia akan menjadi sahabat kita di hari akhirat. Di dalam Al-Quran Allah SWT  ada menceritakan kisah ahli-ahli syurga bertemu dan berbincang sesama mereka, mereka adalah sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa taat pada Allah semasa di dunia.

Dari itu wahai saudara-saudaraku, pilihlah sahabat-sahabat kalian yang memiliki ciri-ciri mulia yang di nyatakan tadi.

Thursday, July 9, 2009

Sifat Tawaduk Dapat Membuangkan Sifat Sombong dan Takbur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Tidak ada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sifat tawaduk adalah satu sifat yang mulia, seseorang muslim yang mempunyai sifat ini akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah SWT. Berlawanan dari sifat tawaduk adalah sifat sombong dan takbur.

Seorang muslim yang berakhlak mulia tidak sanggup bersifat takbur serta membesarkan diri supaya di pandang tinggi oleh orang lain.Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat masa kini masih meletakkan nilai pangkat, kecantikan, harta kekayaan, keturunan sebagai asas untuk meletakkan seseorang itu dipandang mulia atau sebaliknya.

Firman Allah SWT bermaksud :"Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa." (Surah al-Qasas ayat 83)

Peringatan Allah ini mengingatkan kita bahawa seolah-olah tiada kehidupan yang baik bagi orang yang sombong dan takbur di akhirat kelak melainkan hamba-Nya yang bertakwa sahaja.Orang sombong tidak di sukai Allah.

Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW  kita dapati baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati serta tidak sombong, walaupun apabila berdepan dengan musuh. Bahkan sifat pemaaf baginda s.a.w sepatutnya menjadi perangsang untuk membina ukuwah Islamiyah dan silaturahim sesama saudara muslim.

Persengkitaan dan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini adalah berpunca dari sikap umat Islam tidak mahu kembali kepada ajaran Islam sebenarnya dan meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.Di dalam jiwa masih menebal sifat takbur dan sombong, meremehkan orang lain untuk meninggikan diri.

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. 

Maka seorang lelaki bertanya : 'Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok.'

Nabi SAW  menjawab yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia."

(Hadis Riwayat Muslim)

Orang yang sombong suka menghina orang lain ketika di dunia ini, di akhirat nanti mereka pula akan di hina oleh Allah , Allah tidak akan memandang dan berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehidupan yang sebenar-benar hina.

Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh di rampas oleh sesiapa pun seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Bukan mudah mencabut akar umbi kesombongan yang sudah bertapak dalam diri. Kerana itulah orang yang bersifat tawaduk cuba untuk menghambakan diri serendahnya kepada Ilahi untuk menjauhi sifat takbur dan riak.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengikut sunnah Rasulullah SAW  jalinilah dan perkukuhkanlah hubungan persaudaraan Islam sesama kita, buanglah sifat kebencian dan permusuhan kerana permusuhan itu adalah amalan syaitan yang di benci oleh Allah SWT.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."

Hati Merasa Bahagia Bila Nafsu Di Tundukkan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SAW  yang bermaksud : "Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan dan jalan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."(Surah As-Syams ayat 7-10)

Di dalam kita menjalani kehidupan harian, perlulah kita merenung sejenak adakah segala amalan perbuatan, pergaulan dan rutin hidup kita sentiasa bersandarkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Berdasarkan ayat di atas menjelaskan manusia di ciptakan Allah dengan dua persediaan iaitu
*menuju ke jalan kejahatan (fujur)
*menuju ke jalan kebajikan (takwa)

Pilihannya ada pada diri kita. Dua perkara ini tidak boleh duduk sekali dalam hati kita, samaada kita pilih jalan kejahatan (fujur) atau jalan kebajikan (takwa). Jalan fujur membawa ke neraka sedangkan jalan takwa membawa ke syurga.

Dengan rahmat Allah manusia dilengkapkan petunjuk dan bimbingan yang dibawakan oleh para nabi dan rasul dalam usaha mencetuskan keimanan serta meraih hidayah. Dengan yang demikian jalan hidup manusia tersuluh dan terhindar dari kekaburan yang dibawa oleh syaitan dan hawa nafsu. Keadaan ini juga akan menyelamatkan manusia dari berbagai kesesatan yang merugikan.

Kita amat memerlukan petunjuk Allah SWT, sedarilah bahawa orang yang menjadikan hidupnya hanya untuk memenuhi keinginan nafsu akan menjadi hamba nafsu bukannya hamba Allah.

Sentiasalah bersungguh-sungguh dalam usaha menjuruskan fitrah hati supaya kekal dalam ketaatan kepada Allah SWT seiring menangkis desakan nafsu.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut ayat 69)

Terdapat satu syair Arab akibat buruknya yang di datangkan oleh dorongan nafsu :

Apabila nafsu di taati pada setiap ketaatan,
Engkau digelar orang tak berakal dan tak dihormati!
Bila kau turuti nafsu pada setiap ajakannya,
Ia membawamu kepada keburukan yang haram!
Hawa nafsu itu musuh bagimu,
mengingkarinya adalah teman.

Allah SWT. memberi jaminan bahawa sesiapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang mencegah dirinya daripada menuruti hawa nafsu adalah syurga sebagai kurniaan-Nya di akhirat nanti.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka syurgalah tempat kediamannya."
(Surah An-Nazi'at ayat 40-41)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan stamina iman kita dan tidak terputus menjalani proses tarbiyyah, sentiasa berdoa dan munajat kepada Allah dengan kerendahan hati, membaca Al-Quran dan merenung pengertiaan ayat-ayatnya, sentiasa menjaga solat fardu berjemaah, mengerjakan solat sunat rawatib dan tahajud dan sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh dan berakhlak mulia.

Siapakah Orang Muflis di Hari Akhirat?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh (sembahyang, puasa dan zakat) yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.

Oleh itu ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah Orang Muflis ,semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu .“ Anggota manusia yang paling bahaya adalah lidah. Walaupun dia lembut dan tidak bertulang tetapi apabila silap menggunakannya ianya boleh menghumban pemiliknya masuk kedalam neraka.

Sahabat yang dimuliakan,
Hidup di zaman siber ini, cabarannya amat hebat. Bertugas sebagai pengarang media, wartawan, penulis blog, penulis bebas, pengulas dan pengacara radio dan tv dan ahli -ahli politik, kesemua mereka ini amat perlu berhati-hati di dalam memberi apa-apa pandangan dan ulasan mengenai peribadi sesaorang yang ingin di nyatakan. Sekiranya apa yang di katakan tidak betul dan berbentuk fitnah dan mengumpat, mereka akan di pertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT, tangan yang menulis dan lidah yang berkata-kata ini akan menjadi saham untuk memotong amalan-amalan kebajikan pelaku-pelakunya untuk di berikan kepada mangsa-mangsa yang teraniaya di atas perbuatannya.Bayangkanlah sekiranya berita palsu tersebut telah tersebar di dalam internet dan di baca atau di dengar oleh berjuta-juta manusia di dunia ini, macamana kita hendak tarik balik berita tersebut? Oleh itu berhati-hatilah sebelum membuat sesuatu tindakan supaya amalan kebajikan kita tidak menjadi sia-sia dan tidak dapat membantu kita di akhirat nanti kerana telah habis di bayar hutang untuk dosa-dosa kita.

Dari itu kita perlulah membuat persiapan di dunia ini dengan mengerjakan amalan-amalan soleh dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. dan tinggalkan segala perbuatan dosa dan menyakiti orang lain.Hanya melalui proses tarbiyyah imaniah yang berterusan sahaja akan dapat memandu kita di jalan yang lurus dan di redhai Allah SWT.

Wednesday, July 8, 2009

Di ampunkan Dosa Kerana Seekor Anjing


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan, ia berasa dahaga. Lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu minum air di dalamnya. Setelah dia keluar di dapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata : 'Anjing ini merasakan apa yang baru sahaja saya rasakan.'

Kemudian ia kembali turun ke dasar telaga semula untuk mengambil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan mengigit kasutnya itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu Allah SWT. berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah jika kami mengasihi binatang, kami juga mendapat pahala?"

Baginda SAW  bersabda yang bermaksud :
"Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti mendapat pahala."

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran-pengajaran yang dapat di ambil daripada kisah di atas adalah :

1.Kita di anjurkan untuk sentiasa berbuat baik walaupun kepada haiwan.

2.Syurga adalah tempat yang penuh nikmat yang di kurniakan oleh Allah SWT  kepada hamba-hamba-Nya yang beramal soleh di dunia ini. Walaupun sesuatu amalan itu nampak kecil tetapi ianya besar dan bernilai di sisi Allah SWT. seperti contoh memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan sehingga Allah SWT. mengampunkan dosa hamba Allah yang memberi bantuan tersebut dan di masukkan-Nya kedalam syurga.

Jadilah Hamba Kepada Yang Maha Pemurah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu ketika Madinah di timpa kemarau berpanjangan. Bekalan makanan terutamanya gandum makin berkurangan. Harga barang-barang keperluan turut melambung naik. Bagi yang hartawan sibuk membeli dan menyimpan bekalan makanan yang dikhuatiri akan habis di pasaran. Sedangkan rakyat yang miskin berbelanja hanya seadanya sahaja. Tidak tentu bagaimana nasib mereka jika mungkin di pasar kehabisan makanan. Begitu sekali keadaan yang berlaku, kaum yang berada seolah-olah sangat takut jika terpaksa berhadapan dengan kebuluran.

Di sebuah ladang, seorang tuan ladang yang kaya sedang kebingungan. Setiap tahun hasil ladangnya di bahagi tiga . Sepertiga untuk keperluan keluarga sendiri, sepertiga untuk di sedekahkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan sepertiga lagi untuk benih tanaman musim berikutnya.

Di sebabkan kemarau, hasil ladangnya turut terjejas dan berkurangan. Sukatan yang biasa di gunakan mengalami masaalah untuk mencukupkan pembahagian . Jika diagihkan sepertiga untuk fakir miskin dan sepertiga untuk keperluan keluarga, yang selebihnya tidak mencukupi untuk sukatan benih tanaman berikutnya. Jika dikurangkan simpanan untuk makanan sepanjang tahun , dikhuatiri keluarganya menghadapi kekurangan makanan. Jika di ambil sedikit bahagian untuk fakir miskin, bererti dia mencuri sedekah yang sudah di janjikan. Masaalah ini sangat memeningkan kepala. Tuan ladang lantas pergi meminta nasihat dari ulama sufi.

Ulama sufi itu mencadangkan kepada tuan ladang : “Di hujung kampung ada seorang janda dengan tujuh orang anak yang masih kecil. Pergilah ke rumah mereka dan berikanlah sedekah makanan.”

Tuan ladang mengikut sahaja cadangan ulama sufi tersebut. Dia segera menuju ke rumah janda miskin yang di maksudkan dengan membawa gandum untuk di sedekahkan.

Janda : “Ada apa urusan tuan datang ke pondok saya malam begini?”

Tuan ladang : “Saya membawa gandum untuk keperluan makan anak-anakmu.”

Janda : “Anak-anak saya sudah tidur.”

Tuan ladang : “Kamu ambil dan simpan sahaja untuk keperluan hari esok.”

Janda :” Apakah tuan dapat menjamin anak-anak saya masih hidup lagi esok.?”

Tuan ladang : “Insya Allah, mudah-mudahan masih hidup lagi esok.”

Janda : “Jika demikian, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan bagaimana keadaan hari esok. Tuhan Yang Maha Pemurah yang menentukan hidup anak-anak saya. Maka Dia jugalah yang akan memberikan rezeki untuk mereka, bukannya tuan. Dalam keadaan kemarau dan semua orang menghadapi kesulitan mendapat bekalan makanan saya tidak dapat menerima pemberian ini. Masih ada orang miskin lain yang lebih memerlukannya untuk makan malam ini. Sudah tentunya tidak patut saya menghalang keutamaan orang lain.

Setiap patah kata-kata janda beranak tujuh itu memberi kesan mendalam kepada tuan ladang. Spontan jelas dalam jiwa dan fikirannya, janda tersebut berkeyakinan penuh kepada ketentuan rezeki dari Allah. Tidak sedikit pun merasa khuatir walau dalam keadaan genting. Malahan masih mampu mengutamakan keperluan orang lain. 

Tuan ladang merasa tidak patut sama sekali bagi dirinya yang jauh lebih berkemampuan dari janda miskin itu di kalahkan oleh keyakinan yang lemah. Sepatutnya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan, dia tunduk dan patuh sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah. Juga dengan senang hati mengagih-agihkan rezeki yang telah Allah amanahkan.

Pertemuan dengan janda tersebut juga mendorong tuan ladang bersegera membahagikan sepertiga bahagian hasil tuaian tanamannya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim ,seperti selalunya. Juga sepertiga untuk benih tanaman berikutnya. Manakala untuk keperluan makanan keluarganya, memadai dengan jumlah yang selebihnya. Kini dia telah benar-benar meyakini agihan rezeki yang adil dari Yang Maha Pemurah. Tiada lagi kekhuatiran di hatinya setelah dia meletakkan kedudukan dirinya sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah.

Sahabat yang dimuliakan,
Bagaimana sikap kita menghadapi kegawatan ekonomi pada masa ini? Dan menghadapi kegawatan gaya hidup yang mencabar, dan bagaimana bentuk keyakinan di hati kita? 

Islam sememangnya menganjurkan umatnya sentiasa gigih berusaha mencari rezeki juga membaiki cara hidup. Namun sepenuh pengharapan positif mestilah di serahkan kepada Allah, yang menetapkan kadar rezeki setiap hamba-Nya. 

Usah sekali-kali kekhuatiran terhadap kepentingan diri sendiri menghalang kita memenuhi hak dan amanah yang telah Allah tetapkan. Sentiasalah ingat kita ini juga adalah hamba kepada Yang Maha Pemurah. Keadaan ini kekal dan tidak berubah sehingga tiba hari perhitungan.

Rasulullah SAW  mengajar kita berdoa untuk memohon kepada Allah SWT. agar mendapat peluang perniaggan dan rezeki yang lumayan, maksudnya :

"Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan bala yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu)." (Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Tabrani)

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran-pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah di atas adalah :

1.Sikap tidak mementingkan diri sendiri dan mementingkan keperluan orang lain adalah satu peribadi yang mulia dan di tuntut oleh Islam.

2.Apabila menghadapi sesuatu masaalah kita di galakkan merujuk permasaalahan kita kepada orang yang lebih arif dan berilmu supaya masaalah tersebut dapat di atasi dengan baik.

3.Sedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim adalah amalan mulia dan akan di beri ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT.

4.Keyakinan kita yang mutlak bahawa rezeki itu datang dari Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah adalah dari keimanan kita kepada Tauhid Rububiyah dan sebagai hamba Allah kita di minta berikhtiar tetapi segala keputusan dan ketetapan datang dari Allah SWT.

Tuesday, July 7, 2009

Perkukuhkanlah Silaturahim Kerana Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturahim."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalankan hubungan tali silaturahim."
(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Imam Ibnul Atsir berkata : "Silaturahim adalah suatu ungkapan berkaitan dangan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah berlawanan dengannya."

Rasulullah SAW  di awal-awal dakwah baginda bermula dengan mengajak kaum keluarganya untuk beriman kepada Allah SWT. Bermula dengan isteri dan anak-anaknya, bapa saudara, sepupu dan seterusnya kepada kaum keluarganya dari Bani Hashim dan sahabat-sahabat dekat baginda.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu sebagai individu muslim kita di tuntut untuk perkukuhkan hubungan kasih sayang, meraikan dan menjalini hubungan mesra kepada ahli keluarga dan kaum keluarga dengan hubungan silaturahim semata-mata kerana Allah SWT. Hubungan yang di tuntut bukan sahaja hubungan keduniaan semata-mata tetapi yang lebih penting bagaimana kita ingin menyelamatkan diri kita ,ahli keluarga kita yang lain daripada azab Allah SWT., supaya mereka beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa di lakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya ada ahli keluarga kita yang kafir atau fasik, jalinan kekeluargaan dapat di lakukan dengan nasihat yang baik serta memberi tunjuk ajar selain berusaha mengajak mereka kejalan yang benar dengan hikmah.

Menjalinkan silaturahim memiliki begitu banyak menfaat antaranya sebagai usaha melaksanakan perintah Allah dan RasulNya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, merapatkan hubungan dan peluang dakwah yang lebih baik.

Berdasarkan hadis di atas Allah SWT akan memperluaskan rezeki dan di panjangkan umur kepada sesiapa sahaja yang sentiasa menjalin ikatan tali silaturahim. Cara bagaimana kita mendapat rezeki yang lumayan dan umur yang panjang adalah hak mutlak Allah SWT. Dia akan beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Hubungan baik juga membolehkan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan akhirnya di beri jaminan syurga oleh Allah SWT.

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, katanya : "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW. "Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat masukkan aku kedalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturahim."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.)

Realiti masyarakat kita masa kini amat membimbangkan, hubungan kekeluargaan sudah mula banyak berlaku keretakan. Ibu bapa sudah tidak di hormati, anak-anak sanggup derhaka dan meninggalkan mereka hanya kerana menolak pilihan teman hidup mereka, dan sanggup mengadai maruah semata-mata kerana mengikut perasaan dan hawa nafsu. Ada di kalangan anak-anak pula sanggup menghantar ibu bapa mereka kepusat-pusat jagaan orang-orang tua dan membiarkan mereka kesaorangan. Pergaduhan dan permusuhan juga berlaku di kalangan adik beradik kerana berebut harta pusaka dan ada di kalangaan mereka sanggup bergaduh hingga membawa kepada kecederaan, dakwa mendakwa di mahkamah dan pulau memulau. Kadangkala hal-hal yang kecil dan remeh-temeh boleh menyebabkan permusuhan di kalangan ahli keluarga dan saudara mara hingga tidak mahu bertegur sapa.
Sedangkan kalau mereka tahu betapa besarnya dosa memutuskan silaturahim sesama mereka, mereka tidak akan sanggup melakukannya.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, mengikut kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kita menjalinkan hubungan ukuwah Islamiyyah dan silaturahim supaya Allah SWT. mencucuri rahmat-Nya kepada kita semua.

Teruskanlah kerja-kerja dakwah dan tarbiah tanpa penat dan jemu, perbetulkanlah diri kita, ahli keluarga , jiran, rakan-rakan, seterusnya anggota masyarakat kita semuga mereka kembali pada ajaran Islam sebenarnya.

Monday, July 6, 2009

Kematian Adalah Suatu Kepastian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah SWT  bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Sedarkah kita semua, bahawa masa berlalu terlalu pantas dan umur kita semakin meningkat, kita masih lalai sehingga kita lupa bahawa sedetik masa berjalan kematian sedang menggamit kita dan kita semakin hampir dengannya. Seperti mana kita ketahui bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti berlaku. Satu hakikat atau kenyataan yang di lalui oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Manusia adalah khalifah Allah di dunia ini. Oleh itu mereka akan di pertanggungjawabkan dengan amanah Allah SWT. untuk menegakkan Syariat Islam dan memakmurkan alam ciptaan Ilahi dengan mentaati segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya.

Kita sering mendengar berita tentang kematian , tetapi sejauh mana kita mengambil iktibar di atas peristiwa yang berlaku keatas keluarga kita , sahabat handai , jiran tetangga dan masyarakat setempat.
Renunglanlah buat keinsafan kita bahawa kematian berlaku di mana-mana sahaja , dan berlaku dalam berbagai bentuk . Ada kematian di sebabkan kemalangan jalan raya , sakit tua ,sakit jantung , lemas di laut dan berbagai-bagai lagi jenis kematian yang dapat di saksikan. Hanya Allah s.w.t. sahaja mengetahui nasib sesaorang di akhir hayatnya.

Oleh itu sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah (penutupan akhir hayat yang baik). Bukan dalam keadaan su'ul khatimah (penutup akhir hayat yang tidak baik), na'uzubillahiminzalik!

Sahabat yang dimuliakan,
Semua manusia tidak tahu bilakah dia akan di panggil pulang untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Dengan erti kata lain, sesiapa pun tidak tahu bilakah nyawanya akan di cabut oleh malaikat maut , di tempat manakah badannya akan terkejur sejuk kedinginan dan tidak bergerak lagi,ketika itu roh akan naik kelangit dan kita pun tidak mengetahui samaada roh kita akan di terima untuk berhimpun bersama arwah para Anbiya , Syuhada' dan ulama' atau adakah roh kita akan di tolak lalu di campakkan ke jurang api neraka.

Justru itu marilah sama-sama insafi diri kita bahawa saat kematian sesuatu hakikat yang pasti akan terjadi ,ianya tidak boleh di tangguhkan atau di percepatkan, walaupun satu saat apabila ajal sudah tiba , janji Allah s.w.t pasti akan di tunaikan.

Berlaku suatu peristiwa di zaman Nabi Sulaiman a.s ,apabila baginda mengadakan jamuan untuk rakyat jelata ,terdapat seorang tetamu yang tidak di kenali memerhatikan seorang rakyat Nabi Sulaiman a.s dengan pandangan yang menakutkan, lantas lelaki tersebut bertanya kepada baginda siapakah orang tersebut, lalu baginda menyatakan orang tersebut adalah malaikat maut. Lalu lelaki tersebut meminta Nabi Sulaiman a.s membawanya jauh ke negeri India dengan bantuan angin. Baginda bersetuju memenuhi permintaan lelaki tersebut dan dia pun di hantar ke India. Sampai sahaja di India malaikat maut sudah menunggu dia di sana dan lelaki tersebut pun di cabut nyawanya dan mati di situ juga. Selepas menjalankan tugas tersebut malaikat maut datang semula ke tempat jamuan tadi dan berjumpa dengan Nabi Sulaiman a.s. Apabila baginda tanya kepada malaikat maut kenapakah dia memandang cara menakutkan pada lelaki tersebut , malaikat maut berkata dia merasa hairan , sepatutnya dia mencabut nyawa lelaki tersebut di negeri India dalam masa beberapa saat lagi tetapi orang yang akan di cabut nyawa itu masih berada di Palestin. Semua peristiwa yang berlaku ini adalah telah di tentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi, manusia hanya boleh merancang tetapi keputusan terakhir adalah dari Allah s.w.t semata-mata.

Nabi SAW  ada bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya hati manusia itu akan berkarat seperti mana karatnya besi."
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW , "Bagaimana hendak mengubatinya ,Ya Rasulullah ?"
Maka Rasulullah SAW  menjawab, "Tilawah al-Quraan dan mengingati mati."

Mengingati mati adalah pencuci hati yang sangat berkesan. Dari sanalah kita akan memasuki pintu keinsafan dan kesedaran. Marilah sama-sama kita mengambil peluang yang di sediakan ini sebagai seorang individu muslim mukmin yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Kita akan berfikir dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang mahu di lakukan bukan hanya untuk masa yang terdekat , tetapi kita akan berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya yang menjangkau wawasan akhirat yang lebih jauh dari itu. Kita berfikir bagaimana nasib yang akan di lalui di alam kubur nanti, di Padang Mahsyar , ketika di hisab dan ketika di hadapan kepada Mahkamah Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama membuat persediaan yang sempurna serta perancangan yang teratur untuk kita dapat selamat daripada api neraka dan mendapat keberuntungan yang sangat besar dengan memasuki syurga yang penuh dengan segala kenikmatan dan kelazatan yang tidak terhingga.

Sepuluh Wasiat Hassan Al-Banna

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna memberi pesanan 10 Wasiat untuk di baca , di renung dan terus di amalkan katanya :

1.Bangunlah sembahyang serta merta apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku , atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah , dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul, kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang di kehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan , dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Walaupun pesanan As Syahid Imam Hassan Al- Banna dalam sepuluh perkara nampak ringkas, tetapi kalau di kaji setiap pesanan beliau mempunyai makna yang cukup mendalam. Beliau mengajak untuk membaiki akhlak dan keperibadian, meningkatkan ilmu pengetahuan, melahirkan ukuwah dan kasih sayang dan bersungguh-sungguh di dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah dan tetap istiqamah.

Apabila umat Islam berpecah dan bercakaran sesama sendiri dan tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar, maka akan hilanglah kuasa dan kepimpinannya. Kekuatan umat Islam perlu di kembalikan seperti sediakala seperti pimpinan Rasulullah s.a.w dan Khalifah ar- Rasyidin.

As Syahid Imam Hassan Al- Banna sendiri telah menubuhkan Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dengan tujuan dan matlamat yang satu iaitu mengembalikan balik cara hidup Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda, seterusnya untuk memulihkan kembali Kerajaan Khilafah Islamiyah yang telah di runtuhkan oleh ‘tentera-tentera Salib morden’walaupun terpaksa melalui tribulasi dan ujian-ujian yang berpanjangan.

Sunday, July 5, 2009

Kisah Wanita Tukang Sikat Puteri Fir'aun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. dia berkata Rasulullah SAW  bersabda :
Ketika malam di Israkkan, aku mencium bau yang sangat wangi , lalu aku bertanya :
"Wahai Jibril, bau apakah ini?"

Jibril menjawab : "Ini adalah bau wangi tukang sikat anak perempuan Firaun (Masitah) dan anak lelaki tukang sikat itu."

Aku bertanya : "Bagaimana boleh berlaku demikian?"

Jibril menjawab : "Ketika dia menyikat rambut puteri Firaun tiba-tiba penyikatnya terjatuh. Wanita itu telah mengambilnya kembali dengan membaca Bismillah (dengan nama Allah)"

Anak putri Firaun berkata : "Hai dengan nama bapaku"

Wanita tukang sikat menjawab : "Tidak, Allah ialah Tuhanku dan Tuhanmu demikian juga Tuhan ayahmu."

Puteri Firaun bertanya : "Kalau begitu kamu beriman kepada Tuhan selain ayahku?"

Wanita tukang sikat itu menjawab : "Ya"

Puteri Firaun berkata : "Akan aku beritahu hal ini pada ayahku."

Wanita tukang sikat menjawab : "Silakan"

Kemudian puteri Firaun memberitahu kejadian ini kepada ayahnya dan akhirnya wanita tukang sikat di panggil Firaun, dan di soal siasat. "Betulkah kamu mempunyai Tuhan selain aku?"

Wanita tukang sikat menjawab : "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah."

Firaun lalu memerintahkan untuk di sediakan periuk besar daripada tembaga untuk di panaskan. Satu persatu anak wanita tukang sikat itu mula di lemparkan ke dalam periuk yang mendidih."

Beberapa saat kemudian, wanita tukang sikat mengajukan permohonan kepada Firaun, dengan berkata : "Ada satu permintaan daripadaku."

Firaun menjawab : "Apa permintaanmu"

Wanita tukang sikat menjawab : "Aku ingin tulang tubuhku dan tulang-tulang anak lelakiku kelak di bungkus di dalam satu kain untuk kemudian di kuburkan."

Firaun menjawab : "Akan aku penuhi permintaanmu"

Apabila semua anak lelaki wanita tukang sikat itu telah di lemparkan ke dalam periuk mendidih, tibalah giliran anak yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sikat kelihatan ragu-ragu, tetapi tiba-tiba bayi yang masih menyusu itu berkata : "Wahai ibuku, campakkanlah diri ibu ke dalam periuk yang mendidih itu, kerana sesungguhnya seksa dunia ini jauh lebih ringan di banding seksa akhirat."

(Hadis Riwayat Ahmad )

Kisah yang di nukilkan di atas menyedarkan kepada kita bahawa bagaimana seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT  sanggup mengorbankan dirinya dan ahli keluarganya semata-mata untuk mempertahankan akidahnya daripada syirik kepada Allah SWT. Hidup di dunia hanya sementara di akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Setiap manusia akan mati dan tidak ada seorang manusia pun yang boleh hidup selama-lamanya di dunia yang fana ini. Yang penting di saat akhir kematian kita , dan kita bermohon kepada Allah SWT agar di akhir kehidupan kita dengan mengucap Kalimah Syahadah.

Untuk kita kekal bersama-sama Kalimah Tayyibah ini, amalan hidup kita , perjuangan kita , matlamat dekat dan jauh kita dan kecintaan kita mestilah berpaksikan kepada kalimah ini iaitu "Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu sebenar-benarnya Pesuruh Allah"

Apabila usaha-usaha kita untuk menegakkan kalimah ini untuk diri kita , ahli keluarga dan seterusnya masyarakat kita , insya Allah , Allah SWT. akan meredai hidup kita dan di letakkan bersama-sama para syuhada seperti wanita tukang sikat puteri Firaun.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita jadikan kisah di atas sebagai pengajaran dan panduan kita :

1.Tetapkan bersabar dan teguh ketika menghadapi fitnah dalam urusan akidah yang menjadi prinsip kehidupan.

2.Orang yang bersabar dengan berpegang teguh pada ajaran Islam dan tidak takut di cela akan memperolehi pahala dan ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah SWT  yang bermaksud : " Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang di berikan pahala tanpa batas." (Surah al- Zumar ayat 10)

3.Seorang muslim di bolehkan mengajukan permintaan yang mengandungi kebaikan sekali pun kepada orang yang zalim. Wanita tukang sikat puteri Firaun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya di kuburkan di dalam satu liang lahat.

4.Sesungguhnya Allah SWT  sentiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya daripada musibah atau bencana yang menimpa.

5.Karamah termasuk dalam kategori peristiwa aneh dan luar biasa yang di anugerahkan kepada orang yang taat kepada Allah SWT.