Saturday, April 30, 2011

Sumpah Laknat Mendapat Laknat Allah Kerana Mengaibkan Seorang Muslim

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam masih digemparkan dengan 'sumpah laknat' dan  vedio seks, oleh invididu yang tertentu yang membuat dakwaan-dakwaah tanpa membawa bukti yang sahih berdasarkan kehendak syarak.

Umat Islam keliru adakah boleh mengikhtiraf  sumpah laknat yang dibuat oleh seseorang dengan hanya mendengar dakwaannya dan sumpahnya atau menyediakan vedio seks sebagai bahan bukti?

Perlu diingat, Islam adalah peraturan yang sempurna dan lengkap untuk kehidupan manusia samaada di dunia dan hari akhirat. Jika kita beriman kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW kita wajib mengikut kedua sumber tersebut dan tidak boleh mengikut hawa nafsu dan akal manusia untuk meletakkan sesuatu hukum.

Di dalam hukum Islam apabila kita membuat tuduhan  seseorang itu berzina mestilah membawa 4 orang saksi Islam yang adil bukan sumpah laknat dan vedio seks. Berdasarkan firman Allah SWT  maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatang 4 orang saksi, maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya. Dan mereka itulah orang-orang yg fasik, kecuali orang yg bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah an-Nuur ayat 4-5)

Ulama sepakat mengatakan bahawa hukuman qazab yang di jatuhkan kepada penuduh yang menuduh wanita baik berzina, juga hukuman ini untuk orang yang menuduh lelaki baik  berzina. Hukum qazab adalah 80 kali deraan dengan menggunakan rotan kepada penuduh yang gagal membawa4 orang saksi  yang adil.

Seseorang hanya dihukum bersalah dan dikenakan hukum hadd dalam kes zina hanya dengan dua cara sahaja iaitu 1. Membawa 4 orang saksi Islam yang adil dan 2. Pengakuan secara sukarela orang yang melakukan zina. Selain daripada itu tidak akan diterima sebagai bukti untuk menghukum seseorang itu, samaada vedio seks, DNA, gambar atau dakwaan

Pernah berlaku dizaman sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Umar bin al-Khatab berjumpa Sayyidina Ali k.w mengatakan bahawa dia pernah melihat seorang lelaki dan wanita berzina, apakah harus dia lakukan maka Sayyidina Ali berkata bawalah 4 orang saksi yang adil atau dihukum dengan hukum qazab jika tidak dibawa cukup saksi (jika dakwaan itu ingin diteruskan). Bayangkanlah agama Islam cukup menjaga kemaslahatan umat Islam dan tidak akan menghukum seseorang apabila tidak memenuhi syaratnya walaupun yang melihatnya seorang yang tidak diragui kebenarannya (Sayyidina Umar).

Dalam kes mubahalah (sumpah laknat) hanya berlaku pertikaian di antara suami isteri yang mana suaminya menuduh isterinya melakukan zina sedangkan si suami tidak membawa 4 orang saksi maka ketika ini mereka berdua boleh bersumpah laknat, bala Allah SWT akan turun kepada  salah seorang daripada mereka yang berdusta.

Dalam kes tuduhan zina kepada seseorang tidak perlu mubahalah kerana telah ada nas yang khusus perlu merujuk kepada surah an-Nuur ayat 4-5) iaitu perlu membawa 4 orang saksi yang adil. Jika gagal mahkamah syariah perlu membuat dakwaan dan menghukum mereka yang membuat dakwaan tanpa membawa saksi dengan hukum qazab.

Firaman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah ayat 224-225)

Asbabun Nuzul ayat 224 : Ibnu Juraij r.a berkata, "Abu Bakar r.a bersumpah untuk tidak memberi nafkah kepada Misthah bin Utsaltsah, seorang miskin yang juga tanggungan Abu Bakar r.a. Hal ini kerana Misthah ikut memfitnah Aisyah r.ha, isteri Rasulullah SAW dan juga puteri Abu Bakar r.a. Allah SWT menegur Abu Bakar r.a melalui ayat ini.

Berdasarkan ayat di atas sumpah yang dibuat oleh Abu Bakar r.a kerana tak mahu membantu seorang yang miskin yang berdosa (membuat tuduhan) dilarang apatah lagi jika seseorang bersumpah untuk mengaibkan seseorang,  memutuskan silaturahim, cabar mencabar dan untuk mendatangkan fitnah dan kekecohan dalam masyarakat lebih-lebih lagi sangat dilarang.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah akibat yang akan ditetima oleh  seseorang yang melafazkan sumpah laknat? .

Terdapat 6 akibat yang akan diterima :

Pertama : Mengaku berada bersama-sama semasa perbuatan zina dilakukan adalah berdosa besar kerana bersubahat.

Dia telah bersubahat dan merancang bersama-sama dengan perbuatan zina. Orang yang mengaku menyaksikan perbuatan zina (bersama-sama membuat perancangan) dia berdosa besar . Orang beriman akan cuba menghalang atau pun mencegah perbuatan itu dilakukan bukannya menyaksikan di hadapan matanya.

Kedua : Dia memasang cctv untuk merakamkan perbuatan zina adalah berdosa besar kerana mengintip keaiban seseorang.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
" Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan, dan janganlah mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian mengintip, dan janganlah saling membenci, dan janganlah saling membelakangi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara" (Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 6724 (Kitab Faraid, Bab Pengajaran tentang Faraid).

Ketiga : Menceritakan kepada orang ramai perbuatan maksiat ( mujaharah) adalah berdosa besar. Allah SWT tidak akan ampun dosa seseorang yang mujaharah.

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: ‘Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit’ .” (Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim)

Keempat : Dia minta laknat Allah menimpa dirinya  adalah sifat orang fasik.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan , dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". (Hadis Riwayat Muslim)

Orang mukmin akan berdoa kepada Allah SWT supaya Dia mengampunkan segala dosa-dosanya bukannya untuk ditipa musibah dan bala. Jika seseorang ingin mencari kebenaran diatas maksiat orang lain sedangkan dia bersama-sama berada semasa maksiat itu dilakukan sebenarnya  dia minta Allah SWT timpakan laknat kepadanya. Kerana kemurkaan dan laknat Allah SWT akan ditimpakan kepada sesiapa saja yang mengaibkan orang lain dan bermujaharah.

Jika sumpah-sumpah seperti ini dibenarkan dalam Islam nescaya ramai orang-orang mukmin akan menjadi mangsa sumpah-sumpah palsu daripada orang-orang munafik dan fasik.

Kelima : Dia telah membuka ruang fitnah seluas-luasnya, perselisihan dan perbalahan sesama umat Islam dan memutuskan silaturahim dan mengadu domba.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj: "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Keenam : Menjadi muflis di hari akhirat jika tidak bertaubat meminta maaf kepada orang yang diaibkan .

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.

Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia. Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kuatkan iman kita supaya tidak tergugat dengan mempercayai berita fitnah dan berita mengaibkan saudara kita yang lain. Anggaplah berita itu fitnah supaya kita tidak terkena sahamnya. Jika kita mempercayainya sedangkan kita tahu orang yang menuduh tak bawa 4 orang saksi maka dosa kerana mempercayainya sama dengan orang yang membuat dakwaan itu iaitu dosa hukum qazab. Jika hukum itu tak diterima di dunia nanti orang-orang yang mendakwa dan mempercayainya akan dihukum oleh Allah SWT di hari akhirat. Nauzubillahiminzalik.

Banyakkan beristighfar dan minta doa kepada Allah SWT supaya kita dijauhi daripada fitnah akhir zaman. Wassalam.

Friday, April 29, 2011

Fadilat dan Kebaikan Menuntut Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat bagi . Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.

Sebenarnya banyak hadis-hadis Nabi SAW yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.”
(Hadis Riwayat Abu ad-Darda’ r.a)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya hadis no: 2699).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Hadis Riwayat al-Bazzar)

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu iaitu :

1.Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu

2.Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain

3.Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu

4.Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah al-Ankabut ayat 69)

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang soleh, dibimbing kepada pemahaman yang syumul dan mampu pula menghayatinya  dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.

Sayyidina Ali k.w pernah berkata :

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi, manakala harta pula warisan Qarun dan Fir’aun.

2. Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya.

3. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.

4. Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.

5. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa dihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai si kedekut.

6. Pemilik ilmu akan memberi syafaat, pemilik harta akan dihisab.

7. Biarpun masa berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman, tetapi harta itu semakin lama semakin usang,

8. Ilmu pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati.

9. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.”

Apabila kita berniat di dalam hati untuk menuntut ilmu Allah sebenarnya tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Riwayat Muslim dalam Sahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699).

Peruntukkan masa kita datang ke majlis ilmu yang di adakan dimasjid-masjid atau surau-surau , janganlah kita hanya memikirkan urusan duniawi semata-mata. Janganlah hanya menyebukkan diri untuk menghadiri program hiburan, ke salon-salon kecantikan, pusat membeli belah, bersiar-siar mebuang masa dan melayan hobi-hobi yang kurang manfaatnya seperti memancing dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti tersebuat tidak membawa kita kepada amal soleh dan menambahkan ilmu yang bermanfaat kepada kita. Masa hidup kita semakin singkat sedangkan bekalan pahala kita terlalu sedikit dikhuatiri kita tidak sempat nak menuntut ilmu sadar-sadar sudah berada dialam barzakh!

Walaupun kita belum mampu sepenuhnya untuk melaksanakan ilmu yang kita miliki tetapi apabila kita bercita-cita dan berusaha untuk meningkatkan amal maka Allah SWT akan mencatat niat dan keazaman kita  sebagai amal kebaikan dan diberi-Nya pahala yang berlipat kaliganda.

Sahabat yang dikasihi,
Ilmu yang yang kita miliki akan menyebabkan hati kita semakin tenang dan merendahkan diri. Adab seorang yang berilmu dia tidak suka berbangga-bangga dihadapan  para ulama dan berdebat dengan orang jahil supaya dia dipuji sebagai orang yang berilmu.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”(Hadis Riwayat Ibn Hibban - Para perawi yang dipercayai lagi sahih demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77)

Rasulullah SAW juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda baginda maksudnya : “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
(Surah al-Kahf ayat 13)

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketakwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah al-Anfal ayat 29)

Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk memperuntukkan masa kita dan bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu yang bermanfaat. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Thursday, April 28, 2011

Kenikmatan Syurga Untuk Orang-orang Yang Bertakwa dan Beramal Soleh

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di Syurga ada tujuh buah negeri yang besar-besar, dan mempunyai kota-kota yang besar pula. Gedung-gedungnya yang besar, indah dan megah serta bertingkat. Di tiap kota ada menara yang menjulang ke angkasa, ada taman sari yang kelihatan pemandangannya menyegarkan dan menyenangkan hati, dengan tanaman-tanaman, pohon-pohon yang teratur rapi terhias indah dan pohon bunga yang beraneka ragam warna dan sedap di pandang mata. Pohon-pohon sangat rendang daunnya dan sangat lebat buahnya. Dan tidak ada musimnya, dan tidak akan layu buah-buahan itu, dan tidak akan rosak meskipun tidak dipetik.

Buah-buahannya, bermacam-macam pula. Seperti buah-buahan di dunia juga baik bentuk dan rupanya. Seperti anggur, apel, delima, pisang, tin , zaiton,  korma dan sebagainya. Akan tetapi meskipun demikian, namun rasa dan manisnya tentunya lebih lezat dan lebih nikmat dari buah-buahan di dunia, demikian Nabi SAW telah menikmati sekalian buah-buahan itu. Dan lain sekali bezanya dengan buah-buahan di dunia, ada musimnya setahun sekali dan ada yang busuk kalau disimpan lama-lama. Tidak demikian halnya buah di syurga. Apabila dipetik saja maka pada masa itu akan tumbuh pula pengantinya.

Perhatikan Firman Allah SWT di dalam  surah Al-Baqarah ayat 25 maksudnya :
"Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga dibawahnya sungai-sungai . Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, 'Ini adalah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.' Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperolehi) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya."

وَŰšَŰŽِّ۱ِ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰčَمِلُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­َۧŰȘِ ŰŁَنَّ لَهُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِي مِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَنْهَۧ۱ُ

"Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga dibawahnya sungai-sungai."

Di sana ada sungai-sungai yang besar mengalir terbentang di tengah kota, yang menambah keindahan kota-kota di syurga. Airnya ada yang berwarna merah bening, ada yang berwarna putih, ada yang berwarna seperti madu, dan macam-macam lagi. Tepi-tepi sungai itu di buat begitu rupa, dari batu permata, ada dari batu akik yang kuning, ada dari batu merah delima, ada dari batu mutiara yang putih bening, dan ada dari batu zabarbad yang berwarna hijau.

Tiap-tiap warna tepinya dipdankan dengan warna airnya. Batu-batu krikilnya dari mutiara, intan berlian gemerlapan cahayanya berkilau-kilauan. Siapa memandang pasti terpesona. Airnya jangan dikata lagi lezat dan nikmat, sangat Istimewa. Bukan air sembarang air, ia mengalir dari mata air asli, bermata air dan bersumber di bawah pokok Sidratul-Muntaha.

Air-air sungai itu bermacam-macam warnanya, merah, putih, kuning, hijau dan sebagainya. Air sungai-sungai ini pernah Nabi SAW merasainya satu persatu, manis lezat dan nikmat, segar rasanya.

Demikian keadaan air dan sungainya di syurga. Sungai-sungainya besar-besar dan panjang-panjang membentang berliku-liku. Menembus dari kota ke kota yang lain. Menghiasi negeri dan kota-kota, terbentang di atasnya jambatan-jambatan yang menghubungkan jalan dari kota ke kota. Jembatan-jembatan itu diberi lampu-lampu yang beraneka warna dan bentuknya, juga tepi-tepi sungai diberi lampu sepanjangnya.

Di tepi kiri kanan sungai terbentang jalan raya yang licin dan sangat bersih serta di tanami pohon-pohon. Di tepi sepanjang jalan berdiri gedung-gedung yang indah yang menambah semarak keadaan kota. Digedung-gedung mana penghuninya terdiri dari dari pemuda-pemuda yang gagah dan tampan serta bidadari dan inang pengasuhnya, maka dari gedung atau mahlighai-mahlighai itulah terdengar suara nyanyian merdu merayu kalbu membangkitkan ingatan, pujaan kepada Tuhan khaliq Pencipta Alam.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Di jalan-jalan banyak orang yang berjalan, sedang menikmati keindahan alam. Itulah alam syurga, alam yang kekal abadi, bukan untuk sebulan dua bulan, bukan untuk setahun dua tahun, akan tetapi untuk selama-lamanya berjuta-juta tahun yang akan datang, dan tidak pula ada batas waktunya, infiniti.....

Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰčَمِلُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­َۧŰȘِ كَŰ§Ù†َŰȘْ لَهُمْ ŰŹَنَّۧŰȘُ Ű§Ù„ْفِ۱ْŰŻَوْŰłِ نُŰČُلًۧ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal," (Surah al-Kahfi ayat 107)

ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ لَۧ يَŰšْŰșُونَ Űčَنْهَۧ Ű­ِوَلًۧ

"Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya."
(Surah al-Kahfi ayat 108)

Penduduk di syurga tidak ada lain pekerjaannya, selain bercengkrama. Makan minum bersiar-siar dan  jalan-jalan menikmati keindahan alam, dengan penuh rasa puas dan bahagia.

Di gedung-gedung yang indah itu, di tiap-tiap bilik, berisi bidadari serta inang pengasuhnya yang membantu melayani padanya ketika ingin makan minum atau ketika datang tetamu.

Bidadari yang bermata jeli itulah yang jadi isteri lelaki penduduk syurga.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Mereka duduk bersandar di sofa di hadap oleh inang pengasuhnya bagaikan seorang puteri raja bersama suaminya dengan wajah yang berseri-seri dan senyumnya yang manis, dan bau mulut bidadari harum dan air ludahnya manis dan akan merasa puaslah suami mereka itu bila mencium padanya.

Kulitnya putih kuning, raut mukanya cantik menawan hati suaminya, senyumnya yang manis dengan dua baris gigi yang putih bagai mutiara, dengan bibirnya yang merah merekah buah delima. Maka ia dinamakan "Huurun-iien" ertinya bermata bulat dan menarik tidak besar dan tidak kecil. Tuhan sendiri di dalam Al-Quran menamakan mereka dengan julukan "Huurun-iien" ertinya "Simata bulat" dan dinamakan pula dengan julukan "Khoirootun-hisaan" yang ertinya "yang cantik wajahnya dan sangat indah raut tubuhnya".

Dan mereka sebelum hari kiamat, tidak pernah di sentuh tubuhnya oleh siapapun juga, kecuali nanti oleh suaminya sendiri.

Cobalah perhatikan apa kata Tuhan di dalam Al-Qur'an dalam surat Ar-Rahmaan ayat 54-56 :

مُŰȘَّكِŰŠِينَ Űčَلَىٰ فُ۱ُŰŽٍ ŰšَŰ·َۧۊِنُهَۧ مِنْ Ű„ِŰłْŰȘَŰšْ۱َقٍ ۚ وَŰŹَنَى Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰȘَيْنِ ŰŻَŰ§Ù†ٍ

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat."

فَŰšِŰŁَيِّ ŰąÙ„َۧۥِ ۱َŰšِّكُمَۧ ŰȘُكَŰ°ِّŰšَŰ§Ù†ِ

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

فِيهِنَّ قَۧ۔ِ۱َۧŰȘُ Ű§Ù„Ű·َّ۱ْفِ لَمْ يَŰ·ْمِŰ«ْهُنَّ Ű„ِنْŰłٌ قَŰšْلَهُمْ وَلَۧ ŰŹَŰ§Ù†ٌّ

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin."

Pendeknya penduduk Syurga hidup serba puas, gedung-gedung tersergam indah, isteri-isteri yang cantik, makanan dan minuman yang lezat, perabot rumah tangga serba mewah dan modern. Yang belum pernah dimikiki semasa di dunia dan memang belum pernah dilihat oleh mata. Pakaian dari sutera yang lembut dan cantik. Bermacam-macam model dan bentuk yang khas bagi penduduk syurga.
Di samping isterinya yang cantik jelita dan tidak akan bosan untuk selama-lamanya, kerana mereka akan tetap muda terus dan tidak akan menjadi tua. Dan tidak haid dan tidak akan sakit, tubuhnya akan tetap awet muda, kuat dan sehat. Dan tidak akan mengganggu kesehatan mereka walaupun mereka berasmara terus-menerus sampai pagi. Mereka disitu dilayani oleh pelayan-pelayan  yang muda-muda dan tetap mudanya.

Isteri-isteri di dunia yang solehah, akan dinikahkan semuala oleh Allah SWT dengan suami-suami mereka yang menjadi ahli syurga dan mereka (wanita solehah) akan menjadi ketua bidadari (permaisuri syurga) dan kecantikannya  melebihi kecantikan bidadari.

Selain itu mereka akan dapat menikmati lagu-lagu yang merdu yang mengisi ruangan mereka berganti-ganti terus lagu-lagu itu yang di nyanyikan oleh biduanita syurga iaitu bidadari. Di sana pun disediakan gedung kesenian tempat menghibur mereka diwaktu malam. Mereka dapat menikmati tarian-tarian dan lagu-lagu yang merdu yang akan dibawakan oleh biduan dan penari syurga.

Sambil mereka menikmati lagu yang merdu dan menyaksikan tarian yang di bawakan oleh bidadari syurga dengan tarian yang lemah gemulai an menarik hati dari bidadari syurga, sehingga asyik yang melihatnya tengah menikmati lagu-lagu dan tarian-tarian itu. Maka dihidangkan pula makanan dan buah-buahan yang lezat, serta minuman yang enak dan nikmat cita rasanya. Sampai semalam suntuk mereka dihibur di situ, sampai merasa puas dan kesehatan badan tetap tidak berubah.

Sahabat yang dikasihi,
Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat reda dari Allah SWT. dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT..

Oleh itu marilah sama-sama kita melayakkan diri kita untuk memasuki syurga Allah SWT dengan mematuhi suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya . Dan jadikan takwa sebagai pakaian kita, syukur, reda dan ikhlas sebagai amalan yang sebati dalam kehidupan, dan berpada-pada di dunia ini jangan terlalu cinta akan kenikmatan di dunia ini kerana orang yang sedang mabuk dunia akan terlupa untuk siapkan bekalan untuk hari akhirat.

Sedih Memikirkan Keperluan Keluarga Adalah Tabir (Penghalang) Dari Neraka

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT  yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah s.w.t. dimuka bumi ini.

Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan aqidah seorang Muslim, Allah SWT adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah SWT. untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah SWT. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Sahabat yang dimuliakan, 
Setiap orang mukmin akan diuji oleh Allah SWT dengan berbagai dugaan dan ujian. Ada diuji dengan penyakit, pergolakkan rumah tangga, kemiskinan dan kerugian di dalam perniagaan yang dijalankan. Apabila kita bersabar di atas kesusahan yang dialami dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya, insya Allah akan diberi jalan keluar dan pertolongan daripada Allah SWT.


Sebuah kisah daripada pertemuan dua sahabat Rasulullah SAW pada waktu pagi iaitu Sayyidina Ali k.w. dan Salman al-Farsi r.a. Selepas memberi salam, Ali k.w. bertanya khabar kepada Salman. Selepas menjawab salam Salman menceritakan keadaannya pada pagi itu.

"Ya Amirul Mukminin, pagi ini aku disedihkan oleh empat perkara." selepas mendapati Ali inginkan jawapan, Salman pun menjelaskan :

"Pertama, sedih memikirkan keluarga yang menuntut roti kepadaku.

Kedua, sedih memikirkan suruhan Allah terhadapku.

Ketiga, sedih memikirkan pujukan syaitan terhadap rohku.

Keempat, sedih memikirkan tuntutan malaikat terhadap rohku."

Mendengar penjelasan itu Ali k.w. mententeramkan hati Salman dengan katanya :

"Wahai Salman, gembiralah kerana keempat-empat itu menambahkan darjatmu."

Kemudian, Ali menceritakan peristiwa dia bertemu Rasulullah SAW yang bertanya khabar kepadanya. Jawab Ali, "Ya Rasulullah, aku berada dalam empat kesedihan :

Pertama, sedih memikirkan anak-anakku di rumah yang tiada sebarang makanan kecuali air.

Kedua, sedih memikirkan taat kepada Allah.

Ketiga, sedih memikirkan akibatku.

Keempat, sedih memikirkan malaikat pencabut roh."

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Wahai Ali, bergembiralah kerana sesungguhnya,

1. Sedih memikirkan keluarga adalah tabir (penghalang) dari api Neraka. 

2. Sedih memikirkan taat kepada Allah itulah kesejahteraan dari seksa. 

3. Sedih memikirkan akibat itu adalah perjuangan yang lebih utama daripada ibadah selama 60 tahun.

4. Sementara sedih memikirkan malaikat itu adalah pelebur semua dosa". 

Sahabat yang dikasihi,
Beruntunglah orang-orang yang beriman kerana kesedihannya memikirkan keadaan keluarganya dan berusaha untuk membaikinya samaada untuk memberi nafkah, memberi pendidikan yang sempurna dan tempat berlindung dan keselamatan adalah sebagai tabir (penghalang) daripada seksaan api neraka. Begitu juga apabila kita merasai sedih kerana  kelemahan kita  untuk mentaati Allah SWT adalah akan dijauhkan daripada seksaannya  dihari akhirat nanti.

 Sedih dan menyesal memikirkan akibat (kesan) daripada nafsu kita yang sentiasa dikuasai oleh syaitan dan sentiasa melakukan dosa kepada Allah SWT adalah lebih baik beribadah selama 60 tahun. Dan yang akhir sekali apabila kita sedih memikirkan malaikat pencabut roh akan datang bila-bila masa apabila sampai saatnya untuk mencabut roh kita, sedangkan kita belum cukup bersedia dengan amal soleh dan amal ibadah maka kesedihan ini sebagai pelebur semua dosa-dosa yang kita lakukan.


Oleh itu marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dan bersabar diatas segala ujian yang datang kerana kesabaran itu akan mendatangkan pahala yang besar dan penghapus segala dosa-dosa kita kepada Allah SWT.

Wednesday, April 27, 2011

Jauhilah Lima Dosa Besar Yang Akan Mendapat Laknat Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia yang hidup semata-mata untuk dunia sanggup melakukan apa saja perbuatan dan pekerjaan yang haram semata-mata untuk mendapat habuan dunia (wang, pangkat, projek dan pengaruh). Manusia sanggup membuat tuduhan palsu seseorang yang baik melakukan liwat dan berzina, semata-mata untuk memuaskan nafsunya dan memuaskan nafsu pihak yang merancang konsperasi yang menjijikan.

Walaupun sanggup bersumpah palsu, berbohong, membuat tuduhan palsu tanpa membawa bukti, menjatuhkan aib orang lain dan secara terang-terangan mengistiharkan dia melakukan maksiat. Kelima-lima perbuatan maksiat ini sebenarnya membawa seseorang menempah tempat duduknya di dalam neraka jika tidak bertaubat dan memohon maaf secara terbuka. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa seorang manusia yang melakukan kesalahan sesama manusia.

Huraian lima dosa besar tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Bersumpah palsu

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam ayat 10-11)

Ayat ini menjelaskan dua jenis dosa yang disebabkan oleh lisan iaitu sumpah palsu dan fitnah. Imam Ibnu Katsir yang mentafsirkan kata fitnah pada ayat di atas dengan perbuatan melaga-lagakan orang atau adu domba. (Termasuk juga orang yang bersumpah palsu menuduh seseorang yang baik meliwat atau berzina)

Sumpah palsu dan adu domba membawa akibat negatif amat besar sehingga perlu secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.

Sumpah palsu menyebabkan kebenaran tertutup. Dalam hal yang berkaitan dengan pengadilan, sumpah palsu mengakibatkan terjejas keadilan bagi seseorang, demikian pula kemerdekaannya. Terutama apabila sumpah palsu itu di nyatakan dihadapan  hakim semata-mata untuk mengaibkan dan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang dituduh.

Akibat adu domba pula adalah terputusnya silaturahim antara dua orang dan muncul rasa sakit hati antara keduaduanya. Lebih buruk lagi jika sakit hati itu turun-temurun dan berterusan sehingga kepada anak cucu mereka.


Rasulullah SAW menyifatkan sumpah palsu sebagai dosa besar, diseiraskan dengan dosa-dosa besar lain yang secara zahir amat mudarat kesannya.


Dalam hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, suatu ketika Rasulullah ditanya tentang dosa besar.
Baginda menjawab maksudnya : "Yang termasuk dosa besar ialah menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, menamatkan nyawa orang lain bukan dalam hal yang dibenarkan agama dan sumpah palsu."
(Hadis riwayat Bukhari)


Amat tepat pepatah lama yang menyebutkan lidah atau lisan bak pedang. Jika lisan telah mengibaskan ketajaman mata pedangnya di hati, rasa sakit dan lukanya akan berbekas untuk waktu yang lama.


Oleh itu, Rasulullah berpesan kepada umatnya agar berhemat dalam bercakap. Dalam salah satu hadisnya, baginda memberikan huraian tepat bagi umatnya yang mengaku beriman, agar terhindar daripada dosa lisan.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaknya berkata yang baik atau, (jika tidak dapat) lebih baik diam."
(Hadis riwayat Bukhari).


Dalam hadis lain baginda berpesan maksudnya : "Orang yang disebut muslim adalah orang yang dapat menjaga tangannya dan lisannya (dari menyakiti muslim lain)."
(Hadis riwayat Bukhari).

Kedua : Berbohong (untuk membuat fitnah)

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

Sekiranya seseorang berbohong kepada kawannya dia tidak pergi ke majlis tersebut tetapi dia katakan dia pergi, dosa ini adalah dosa  diantara dia dengan kawannya saja. Jika dia minta maaf pada kawannya dan beristighfar kepada Allah SWT akan terampun dosa tersebut. Berbeza jika seseorang berbohong di hadapan hakim mengatakan dia di liwat sedangkan dia tidak diliwat maka pembohongan ini dipanggil fitnah (membuat  cerita palsu). Orang yang membuat fitnah tidak akan masuk syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga : Membuat tuduhan palsu tanpa bukti
Di dalam Islam sekiranya seseorang ingin membuat tuduhan seseorang wanita baik berzina perlulah membawa 4 orang saksi lelaki  yang adil. Termasuk juga membuat tuduhan meliwat atau berzina kepada lelaki Islam yang baik perlu juga membawa 4 orang saksi yang adil. Jika dia gagal membawa 4 orang saksi Islam yang adil maka dia akan dihukum dengan hukum qazab dan persaksiaannya tidak diterima sampai bila-bila . Kerana dia adalah orang yang fasik.

Dalam Islam barang-barang seperti CCTV, vedio, DNA dan gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti menggantikan 4 orang saksi yang adil kerana barang-barang tersebut terdedah kepada manipulasi dan pengubahsuaian secara profesional.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yg menuduh wanita-wanita yang baik-baik,yang lengah lagi beriman (berbuat zina),mereka kena laknat didunia dan akhirat,dan bagi mereka azab yang besar.Pada hari (ketika) lidah,tangan,dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".
(Surah an-Nuur ayat 23-24).

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yg baik-baik (berbuat zina) dan mereka tdk mendatang 4 orang saksi,maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera,dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya.Dan mereka itulah orang-orang yg fasik,kecuali orang yg bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya),maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha penyayang". (Surah an-Nuur ayat 4-5) 

Ulama sepakat mengatakan bahawa hukuman qazab yang di jatuhkan kepada penuduh yang menuduh wanita baik berzina, juga hukuman ini untuk orang yang menuduh lelaki baik meliwat atau berzina. Hukum qazab adalah 80 kali deraan dengan menggunakan rotan kepada penuduh yang gagal membawa4 orang saksi  yang adil.

Keempat : Menjatuhkan aib orang lain

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat."(Hadis Riwayat Muslim).


Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat  (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Nabi SAW memberi amaran bahawa sesiapa yang mendedahkan aib saudaranya (memang aib itu ada pada dirinya) maka Allah SWT akan mendedahkan aibnya di dunia lagi dan dihari akhirat Allah SWT akan dedahkan aibnya dihalayak ramai. 

Bagaimana pula jika seseorang itu tidak buat sesuatau aib sedangkan dia di tuduh membuat sesuatu perkara yang mengaibkan maka ini dipanggil fitnah dan perbuatan tersebuat akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat. Berdasarkan hadis Rasulullah orang yang suka memutuskan silaturahim (fitnah yang dibuatnya akan memutuskan silaturahim) umurnya pendik, rezeki dan kehidupannya tidak akan diberkati oleh Allah SWT.

Kelima : Secara terang-terangan dia melakukan maksiat

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: ‘Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit’ .” (Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan maksiat dimalam hari perlulah menutupnya jangan di ceritakan kepada orang lain di siang harinya kerana Allah SWT telah menutup keaibannya. Sekiranya dia menceritakannya ini bermakna dia seronok dengan perkara maksiat tersebut dan mendedahkan dirinya sendiri kepada perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Perbuatan seperti ini dikira juga sebagai mujaharah (terang-terangan dalam membuat dosa).

Bayangkan bagaimana besar dosa sesorang yang tidak melakukan maksiat esoknya dia buat lapuran polis mengatakan dia diliwat dan mengadu kepada pihak mahkamah seseorang itu telah meliwatnya , tanpa membawa bukti yang sahih dan dia istiharkan untuk diketahui oleh manusia seluruh dunia, maka manusia seperti ini jika berdasarkan hadis sahih di atas tidak akan diampunkan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti dia akan dihumbankan ke dalam neraka Jahanam nauzubillahiminzalik. Dia telah membuat kerosakan dimuka bumi dan melibatkan ramai manusia lain mendapat dosa fitnah yang sama kerana pendedahan yang palsu. Sekiranya dia benar-benar buat perkara maksiat tersebut dia diharamkan untuk menceritakan pada orang lain apatah lagi dia hanya membuat cerita palsu.


Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam serah Nabi SAW ada dikalangan sahabat yang dihukum dengan hukum qazab kerana mempercai berita fitnah yang disebarkan oleh orang munafik menuduh Aisyah r.ha isteri Rasulullah SAW berzina. Setelah turun ayat al-Quran surah an-Nuur membersihkan Aisyah r.ha daripada tuduhan fitnah tersebut maka sesiapa yang membuat tuduhan telah dijalankan hukum qazab ke atas mereka. Bayangkan jika Nabi SAW ada bersama kita dan hukum-hukum Islam berjalan di negara ini maka mungkin puluhan ribu umat Islam dinegara kita akan dihukum dengan hukum qazab.

Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita yang lemah dan dhaif ini, dan banyakkan bertaubat kepada Allah SWT kerana terlalu banyak dosa-dosa besar yang kita telah lakukan tanpa kita sedari. Kita akan berdosa kepada Allah SWT jika kita amat mudah mempercayai berita fitnah dan mempercayai dakwaan orang fasik untuk mengaibkan saudara kita yang tidak berdosa. Dalam Islam kita diajar supaya tidak boleh percaya sesuatu berita maksiat itu tanpa membawa saksi yang adil. Kita akan terselamat daripada mendapat dosa jika tidak mempercayainya biarpun semua manusia mempercayainya.








Tuesday, April 26, 2011

Perasaan Cinta Mencintai Perlu di Asaskan Dengan Iman dan Takwa Kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap lelaki dan wanita yang sihat akal fikiran telah dikurniakan oleh Allah SWT perasaan cinta dan kasih sayang dalam jiwanya. Cinta dan kasih sayang ini adalah satu fitrah yang ada pada setiap insan

Allah memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Sifat ini paling banyak disebut kerana mengatasi sifat lain. Allah sendiri menciptakan alam semesta agar makhluk-Nya boleh merasakan cinta dan kasih sayang-Nya.

Cinta dan kasih sayang sesama makhluk hanyalah sebahagian kecil bila dibandingkan cinta dan kasih sayang Allah yang akan diberikan-Nya pada saatnya nanti. Dalam hadis yang dibuat oleh Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qusyayri, menyebutkan bahawa Allah SWT memiliki seratus rahmat (kasih sayang), dan satu di antaranya Allah SWT berikan kepada jin, manusia, dan seluruh makhluk hidup yang ada di bumi. Sedangkan 99 rahmat (kasih sayang) Allah yang lain, Allah simpan untuk ditunjukan di hari kiamat kelak.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah kerana diberi potensi berupa pemberian ruh langsung oleh Allah SWT . Hal ini Allah terangkan dalam surat Saad ayat 72 maksudnya : "Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan ruh (ciptaan) Ku kepadanya ; maka tunduklah kamu dengan bersujud kepada-Nya."
 
Dalam ayat tersebut, Allah SWT meniupkan ruh ciptaan-Nya kepada manusia. Sehingga, manusia memiliki fitrah untuk menyayangi dan mencintai kepada apa pun juga, seperti sifat Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Cinta dan kasih sayang ini juga bagian dari fitrah makhluk Allah. Allah SWT sendiri menciptakan makhluk-Nya berpasang-pasangan agar boleh melahirkan dan menyambung zuriat keturunannya.

Manusia sendiri difitrahkan memiliki rasa cinta dan kasih sayang, khususnya di antara lelaki dan wanita. Hal ini merupakan sunatullah dan tidak boleh dinafikan . Namun, agama mengatur cara untuk melahirkannya dengan cara-cara dan adab yang mulia dan bukan berdasarkan nafsu dan fikiran semata-mata. Bagaimana pun, Allah menciptakan alam semesta ini sesuai dengan ukuran-ukurannya. Ada batasan yang tidak boleh dilanggar. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surat Al Qamar ayat 49 yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran".

Cinta dan kasih sayang yang ada pada lelaki dan wanita yang bercadang mencari pasangan hidup perlulah dikendalikan dengan baik dan benar sesuai dengan peraturan syarak . Bila tidak, ianya boleh membawa kepada kerosakan . Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kokoh.

Cinta dan kasih sayang ini perlulah diasaskan dengan iman dan takwa kepada Allah SWT. Dilaksanakan semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Seseorang yang mengendalikan cinta dan kasih sayang ini jika berlawanan dengan syariat Islam maka cinta dan kasih sayang itu adalah kerana nafsu semata-mata dan ianya adalah palsu dan tidak akan kekal lama. 

Jika cinta dan kasih sayang ini di bena di atas asas iman dan takwa, maka semasa pengendaliannya tidak akan berlawanan dengan syariat Islam. Bercinta sebelum berkahwin dibenarkan syarak tetapi mestilah melalui syarat yang ketat. Sebaik-baiknya bercinta selepas akad nikah adalah lebih baik supaya mereka terjamin daripada melakukan maksiat sebelum berkahwin.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat ramai dikalangan lelaki dan wanita muslim yang sedang dilamun cinta  tidak memahami batas-batas yang dibenarkan oleh syarak. Mereka bercinta semata-mata mengikut emosi dan perasaan darah muda. Mereka bersembang dan berchating berjam-jam lamanya melalui telefon dan facebook. Bagi yang lemah imannya dan tidak berakhlak Islam sanggup berdating berdua-duaan , menonton dan makan bersama tanpa ada mahram.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Perbuatan dan sikap yang bermudah-mudah untuk menjaga syaksiah Islam akhirnya boleh membawa padah dengan melakukan perhubungan terlarang iaitu berzina dan melahirkan anak-anak luar nikah.

Walaubagaimanapun Islam menggalakkan melihat dan mengenali peribadi setiap pasangan supaya tidak menyesal apabila telah diijab-kabulkan. Perjumpaan yang dibenarkan syarak adalah perjumpaan yang disertai oleh mahram supaya untuk mengelakkan hawa nafsu dan syaitan mengambil kesempatan untuk menggoda pasangan tersebut.
 
Lelaki dan wanita tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani mahram kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat. Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya mahramnya.

Sahabat yang dikasihi,
Dalam Islam sebaik-baik perhubungan semasa sedang 'cinta mencintai' sebelum berkahwin adalah pengisian tarbiah Islam, ilmu yang bermanfaat dan nasihat menasihati yang berguna. Bertaaruf dengan mengenali keluarga dengan lebih dekat lagi kedua-dua belah pihak. Ketika inilah masing-masing perlu melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain bab munakahat supaya mereka mengetahui hak-hak sebagai suami dan isteri yang ditetapkan dalam Islam.

Cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan)…” (Surah Rum, ayat 21)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan berkahwin (menikah). 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)

Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan perkahwinan itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi kita SAW  sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.

Di dalam keadaan tertentu sekiranya perkahwinan diusia muda diperlukan untuk menyelamatkan diri daripada perbuatan perzinaan, maka bukanlah masanya untuk kita rasa malu untuk berkahwin di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syarak  sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu.
 
Perkahwinan awal dapat mengelakkan perbuatan zina yang ditegah oleh Islam. Peliharalah keturunaan kita supaya dilahirkan mengikut peraturan syarak iaitu melalui perkahwinan yang sah. Tinggalkanlah amalan dan cara hidup jahilaiah yang mengalakkan pergaulan bebas hingga boleh merosakkan institisi kekeluargaan Islam.

Oleh itu marilah sama-sama kita jaga akhlak kita supaya sentiasa berakhlak dengan akhlak Islam. Kita jaga hati kita supaya tidak wujud fitnah hati iaitu hati yang cenderung untuk buat maksiat dan kemungkaran. Sentiasalah memohon ampun kepada Allah SWT dengan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat."






Dunia adalah Penjara Bagi Orang Beriman dan Syurga Bagi Orang Kafir

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari  Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

Hidup di dunia ini adalah medan ujian untuk orang-orang yang beriman. Hidup di dunia adalah sementara waktu sahaja kerana setiap masa terikat dengan peraturan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT . Keadaan yang dikawal dengan undang-undang dan hukum-hakam dan tidak boleh lari daripada peraturan yang ditetapkan adalah dianggap sebagai penjara. Jika kita lihat suasana hidup dipenjara tidaklah sama semasa hidup bebas diluar penjara, kerana dipenjara setiap masa dikawal dengan undang-undang , ada warden yang sentiasa mengawasi setiap banduan, waktu untuk makan, bermain, tidur semuanya ada masa-masa yang telah ditetapkan dan setiap banduan diwajibkan untuk mematuhinya.

Di dunia ini adalah syurga untuk orang kafir kerana mereka bebas membuat apa saja yang dapat memuaskan hawa nafsunya. Bagi mereka tidak ada yang haram semuanya boleh belaka seperti berzina, minum arak, menipu, main judi dan bersekedudukan tidak halangan dan peraturan yang menyekatnya. Di hari akhirat nanti tidak berpeluang memasuki syurga sebaliknya akan dimasukkan ke dala neraka Jahanam.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dunia tempat bekerja bukan tempat rehat. Oleh itu kalian mesti gigih melaksanakan amal soleh, memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan ilmu fardu ain dan menyampaikannya, berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT.

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran. Seorang mukmin tahu dengan yakin, dunia bukan negeri yang mulia. Tempat sekadar persingahan yang sementara.

Abu Said meriwayatkan, Rasullullah SAW bersabda "Nabi Musa a.s. berkata :  "Wahai Rabb, sungguh engkau telah menutup dunia untuk hamba-Mu yang beriman!"

Lalu Allah SWT membukakan salah satuu pintu syurga  seraya berfirman maksudnya :  " Inilah yang Ku- persiapkan untuknya"

Nabi Musa a.s.  berkata : "Demi kemuliaan dan keagungan dan ketinggian kedudukan-Mu, andaikan ada orang yang dipotong kedua tangan dan kakinya lalu diseret wajahnya semenjak Engkau menciptakannya sampai hari kiamat, kemudian ini (syurga) ialah tempat kembalinya, tentu seakan ia sama sekali tak ingat lagi akan seksaan."

Nabi Musa a.s. berkata :  "Wahai Rabb, sungguh engkau memberi kenikmatan  kepada orang kafir..." Lalu Dia membukakan untuknya salah satu pintu neraka, seraya berfirman maksudnya : "Inilah yang Ku-persiapkan untuknya."

Nabi Musa a.s.  berkata : "Wahai Rabb, Demi Kemuliaan-Mu, andai Engkau berikan kepadanya dunia beserta isinya, dan ia seperti itu terus sejak Engkau menciptakannya sampai hari kiamat, kemudian ini (neraka) ialah tempat kembalinya, maka  seakan ia tak pernah merasakan kebaikan sama sekali'."

(Hadis Riwayat Ad-Dailami dengan sanad shahih Abu Said)

Sahabat  yang dihormati,
Ada kisah menakjubkan dari Ibnu Hajar Al-Asqalani. Saat menjadi Ketua Hakim di Mesir, ia berjalan dengan segala kemewahan dan kemegahan . Tiba-tiba datang seorang Yahudi dalam keadaan miskin.

Lalu Yahudi tadi berkata," Bagaimana anda menafsirkan sabda Rasul kalian,"Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang  kafir."

"Boleh anda lihat sendiri saya dalam keadaan miskin, padahal saya kafir. Sementara kamu dalam kenikmatan dan kemegahan, padahal kamu orang beriman?"

Ibnu Hajar berkata," Kamu dengan kesengsaraan dan kemiskinanmu ini sudah terhitung di syurga manakala azab yang pedih menantimu di akhirat-jika kamu mati dalam keadaan kafir. Sementara aku dengan kemegahan ini-jika Allah memasukkanku ke syurga, semua kenikamatan duniawi ini terhitung penjara jika dibandingkan dengan kenikmatan yang menantiku di syurga." (Sahih Al-Hadis al-Qudsiya)

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan mereka berkata, 'Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga dimana saja yang kami kehendaki.' Maka (syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal." (Surah az-Zumar ayat 74)

Walaupun dunai ini seperti penjara bagi orang mukmin, ini bukanlah bermakna orang mukmin hanya berpeluk tubuh dan membiarkan saja nikmat dan rezeki yang ada di dunia ini dan serahkan semuanya kepada orang kafir, bukan begitu, perlu difahami bahawa orang mukminlah yang paling layak mewarisi segala hazanah yang ada untuk di manfaatkan untuk menegakkan syiar dan syariat Allah SWT dimuka bumi. Orang mukminlah yang paling layak menjadi pemimpin yang akan memakmurkan bumi ciptaan Allah SWT supaya semuanya ditakbirkan mengikut kehendak yang Maha Pencipta.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sungguh telah Kami tulis di dalam zabur setelah (tertulis) di dalam Az-Zikr (Loh Mahfuz) bahawa bumi ini akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh" (Surah al-Anbiya ayat 105)

Sahabat yang dikasihi,
Akhirkata anggaplah kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian kepada kita, sesungguhnya Allah SWT akan menilai siapakah manusia yang paling baik amalannya. Di akhirat nanti kedudukan manusia ditentukan beradasarkan apa yang dia lakukan ketika di dunia dan akhir kesudahan kehidupan mereka. Kehidupan didunia hanyalah sementara sahaja.

Oleh itu marilah sama-sama kita menginsafi diri, beristighfar setiap masa dan berdoa memohon keampunan di atas kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. Persiapkanlah empat bekalan iaitu satu bekalan yang akan kita bawa bersama-sama ke alam Barzakh dan tiga bekalan lagi akan kita tinggalkan di dunia yang mana sahamnya masih kita perolehi iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Monday, April 25, 2011

Seorang Muslim Akan Menutup Aib Saudaranya Yang Lain

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah sentiasa menjaga kehormatan dan aib saudaranya. Segala kekurangan yang ada hendaklah ditutup dan jangan di ceritakkan kepada orang lain. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar dan akan menutup aibnya dihari akhirat kepada mereka yang mengelakkan diri daripada mengumpat dan menceritakan keaiban saudaranya kepada orang lain semata-mata untuk menjaga maruah diri saudara seagama.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat  (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya  : "Muslim ( orang Islam ) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan ), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat.
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sahabat yang dimuliakan,
Allah 'Azza wa Jalla cinta untuk menutupi aib makhluk-Nya, dan memerintahkannya (menutupi aib orang lain ), oleh kerana itu Allah mengharamkan tindakan mata-mata (mencari-cari) dan melarangnya, dan Rasulullah SAW telah memberitahukan bahawa siapa saja yang menutupi aib seseorang, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat, dan melarang mencari-cari aib kaum muslimin dan tindakan memata-matai (mencari-cari) mereka tentang pekerjaan yang mereka sembunyikan.

Sekarang ini sudah menjadi satu trend bahawa seorang begitu mudah untuk menabur fitnah dan mendedahkan aib seseorang yang menjadi musuhnya samaada artis sesama artis, ahli politik sesama ahli politik, usahawan sesama usahawan dan pemimpin pertubuhan sesama pemimpin pertubuhan yang lain. Hari-hari dada akhbar arus perdana mendedahkan pertelingkahan , perbalahan, tuduh menuduh di antara kumpulan-kumpulan tertentu yang bermusuhan saling mencari kelemahan dan kesalahan lalu mendedahkannya tanpa menyiasat sahih atau tidaknya suatu berita itu. Trend yang biasa dibuat adalah membuat lapuran polis, membayangkan seolah-olah apa yang mereka lakukan adalah mempunyai bukti dan kebenaran.

Hakikat sebenarnya perbuatan mereka adalah amat bertentangan dengan ciri-ciri akhlak Islam kerana banyak kes di dapati isu-isu yang dibawa hanyalah propaganda kosong yang hanya menambahkan kebencian, permusuhan dan perpecahan dikalangan umat Islam.

Di dalam Islam terdapat kaedah untuk menyelesaikan sesuatau perbezaan pendapat iaitu dengan berbincang dan bermuzakarah secara baik dan sopan mengikut lunas-lunas ajaran Islam.

Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa' ayat 59).

Jika umat Islam tidak kira mereka daripada kumpulan mana , kembali kepada ajaran Islam sebenarnya dan menjadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai penduan dan ikutan maka umat Islam akan bersatu dan  ukhuwah Islamiah dapat dibina dan ikatan silaturahim dapat disambung semula.

Tidak ada untungnya seseorang mempertahankan pendapatnya yang mungkin betul atau salah, sedangkan melahirkan perpecahan, perbalahan dan memutuskan silaturahim adalah haram dan berdosa besar.

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

"Dari Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW  bersabda seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka".
(Hadis Riwayat Nasaie)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kita iaitu sifat suka membuat fitnah, mengumpat, mendedahkan aib , menghina dan menjatuhkan maruah seseorang. Sayangkanlah segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang kita telah lakukan sejak akil baligh hingga sekarang supaya ianya tidak terhapus begitu saja  disebabkan kita melayan suasana masyarakat yang suka buat fitnah dan mendedahkan aib seseorang dan kita berada bersama-sama kumpulan tersebut.

Ingatlah ketika kita berada dimahkamah keadilan Allah di hari akhirat nanti, ketika itu tidak ada wang ringgit yang akan digunakan untuk menebus dosa-dosa kita, yang akan kita jadikan cagaran adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita kerjakan ketika di dunia. Jika amalan kebaikan dan pahala kita terlalu sedikit bagaimana kita nak tebus dosa-dosa kita yang banyak dan bertambah setiap hari?

Oleh itu marilah kita banyakkan beristighfar kepada Allah SWT dan memohon maaf kepada sesiapa saja yang kita telah dedahkan aibnya , mengumpat dan menaburkan fitnah. Hanya inilah saja dapat menyelamatkan diri kita daripada menjadi muflis dihari akhirat nanti.

Dosa Yang di Lakukan Secara Terang-terangan Tidak di Ampunkan Oleh Allah SWT

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan (mujahara) adalah membawa kepada kemurkaan Allah SWT. Mereka yang melakukan perbuatan maksiat tersebut seolah-olah mencabar kekuasan Allah SWT. Buktinya semua umat para nabi terdahulu yang mencabar kebenaran yang dibawa oleh utusan Allah SWT dan bermegah dengan maksiat yang mereka lakukan telah dibinasakan oleh Allah SWT.

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: ‘Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit’ .” (Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan maksiat dimalam hari perlulah menutupnya jangan di ceritakan kepada orang lain di siang harinya kerana Allah SWT telah menutup keaibannya. Sekiranya dia menceritakannya ini bermakna dia seronok dengan perkara maksiat tersebut dan mendedahkan dirinya sendiri kepada perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Perbuatan seperti ini dikira juga sebagai mujaharah (terang-terangan dalam membuat dosa).

Oleh itu marilah kita sama-sama menjauhkan diri daripada melakukan dosa kecil atau besar samaada secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi, kerana Allah SWT Maha Melihat segala perbuatan yang kita lakukan.

Sunday, April 24, 2011

Sunat Sujud Tilawah

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sujud Tilawah ialah sujud bacaan.Disunatkan sujud bagi yang membaca ayat-ayat Sajdah.

Firman Allah SWT maksudnya : "...dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah pertunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahmaan, mereka segera sujud serta menangis. (Surah Maryam ayat 58)
 
Daripada Abu Hurairah,telah berkata Nabi SAW maksudnya :  "Apabila manusia membaca ayat sajdah, kemudian ia sujud, menghindarkan syaitan dan menangis ia serta berkata: 'Hai celaka! Anak Adam (manusia) disuruh sujud, lantas ia sujud, maka baginya syurga dan aku disuruh sujud juga , tetapi aku enggan (tidak mahu), maka bagi aku neraka."
(Hadis Riwayat Muslim)

Bacaan Sujud Tilawah :




Maksudnya : "Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta."

Syarat-syarat sujud Tilawah(di luar sembahyang)

1. Suci daripada Hadas dan najis
2.Menghadap Kiblat
3.Menutup aurat

Apabila orang yang membaca ayat-ayat Sajdah sujud, maka mereka yang mendengar atau makmum hendaklah sujud, tetapi apabila yang membaca tidak sujud yang mendengar tidak pula disunatkan sujud.

Dari Ibnu Umar(r.a) katanya:"Pernah Rasulullah SAW membaca: ayat Sajdah" dalam masa kami berada disisinya lalu baginda sujud dan kami pula sujud bersama-samanya serta kami berasak-asak sehingga setengah kami tidak dapat tempat untuk meletakkan dahinya semasa sujud".

Cara Perlaksanaannya

Sujud Tilawah ini ialah sekali sujud, jika dilakukan dalam sembahyang semasa seseorang menjadi Imam atau sembahyang seorang diri, wajib ia niatkan sujud didalam hati, lalu sujud. Kalau ia makmum, hendaklah ia menurut apa yang dilakukan oleh Imamnya.

Rukun Sujud Tilawah(di luar sembahyang)

Empat perkara:
1.Niat
2.Takbiratul Ihram
3.Sujud sekali sahaja
4.Salam

Ayat-ayat Sajdah dalam al-Quran ada lima belas sebagaimana diterangkan dalam Hadis Rasulullah SAW seperti berikut:

Dari Amru Ibnu 'As r.a. "Bahawa Rasulullah SAW  menerangkan kepada lima belas ayat Sajdah"

Ayat-ayat tersebut yang terdapat dalam al-Quran adalah seperti berikut :

1. Surah Al A'raf ayat 206

2.Surah Ar-Ra'du ayat 15

3.SurahAn-Nahl ayat 50

4.Surah Al-Isra' ayat 109

5.Surah Maryam ayat 58

6.Surah Al-Haj ayat 18

7.Surah Al-Haj ayat 77

8.Surah Al-Furqan ayat 60

9.Surah An-naml ayat 26

10.Surah As-Sajadah ayat 15

11.Surah Sod ayat 24

12.Surah Ha Mim ayat 38

13.Surah An-Najm ayat 62

14.Surah Anshiqaf ayat 21

15.Surah Alaq ayat 19

"Ku bermohon padaMu Ya Allah, Engkau muliakanlah aku, ibubapa aku, suami aku, teman-temanku, jiran-jiranku, guru-guruku, ustaz-ustazahku dan seluruh umat manusia sejagat dengan limpahan kurnia Rahmat dan hidayatMu kepada kami,

Engkau ampunkanlah dari segala dosa-dosa kami, Engkau tingkatkan  darjat kami disisiMu Ya Allah,Keimanan kami, ketakwaan kami dan pengabdian kami padaMu Tuhan semesta alam yang maha Agung, Pengasih, penyayang dan Maha Mengampuni hamba-hambaNya yang  bertaubat dengan taubatan Nasuhah...Amin Ya Rabbal Alamin.

(Di petik daripada tulisan Nur Haibati)

Orang Mukmin Akan Berusaha Menjauhkan Diri Daripada Fitnah Hati

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Fitnah adalah satu perbuatan yang amat dikutuk oleh Allah SWT kerana dengan membuat fitnah akan menyebabkan jatuhnya maruah seseorang mukmin itu dan dia akan dipandang serung dan akan mendapat malu sedangkan dia tidak melakukan perkara yang difitnahkan itu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Membuat fitnah adalah salah satu dosa besar yang amat dibenci oleh Allah SWT. Sekiranya seseorang mempunyai aib sekalipun Islam melarang aib tersebut di dedahkan dan disebarkan, apatah lagi seseorang itu tidak ada aib sedangkan dia dituduh dengan sesuatu aib dan aib yang palsu itu disebarkan merata tempat maka berganda-ganda dosa akan diperolehi oleh tukang fitnah tersebut memang layaklah dia dihumbankan ke dalam  neraka Jahanam.

Satu lagi fitnah yang sering dilupakan oleh umat Islam adalah fitnah hati.

Dari Hudzaifah r.a, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Fitnah-fitnah akan mendatangi hati bagaikan anyaman tikar yang tersusun seutas demi seutas. Maka hati mana saja yang menyerapnya akan ditorehkan padanya satu titik hitam. Dan hati mana saja yang mengingkarinya akan ditorehkan padanya satu titik putih hingga menjadilah keadaan dua jenis hati tadi, hati yang sangat putih bagaikan batu putih yang sangat licin, tidak akan ada satu fitnahpun yang akan memudaratkannya selama langit dan bumi masih ada. Sedangkan hati yang lain adalah hati yang hitam dan kotor, baikan gelas yang terbalik. Hati yang tidak mengetahui perkara yang makruf dan tidak pula mengingkari perkara yang mungkar, kecuali yang sesuai dengan hawa nafsunya”
(Hadis Riwayat Muslim no 144)

Imam Ibnu Qayim rahimahullah berkata :

“Allah menyerupakan datangnya fitnah ke hati sedikit demi sedikit saperti anyaman tikar yang disusun seutas demi seutas. Dan Allah membagi hati di saat datangnya fitnah-fitnah tadi menjadi dua jenis hati, yakni hati yang datang padanya fitnah, maka dengan serta merta menyerapnya sebagaimana batu apung yang menyerap air sehingga hati tadi menghitam dan terbalik. Inilah makna sabda baginda “bagaikan gelas yang terbalik/tertelungkup”.

Jika keadaan hati tersebut sudah menghitam dan terbalik maka akan muncul dengan sebab dua penyakit tadi, dua penyakit berikutnya yang sangat berbahaya yang saling menyeret orang tertimpanya untuk dilemparkan ke dalam kebinasaan. Dua penyakit tersebut adalah :

1. Seorang akan menjadi keliru antara perkara yang makruf (baik) dengan perkara yang mungkar, sehingga hati tersebut tidak boleh mengenali perkara makruf dan tidak pula boleh mengingkari perkara yang mungkar. Bahkan terkadang penyakit tadi semakin mengacaukan keadaan hati tersebut sehingga dia meyakini perkara yang makruf itu sebagai perkara yang mungkar . Sunnah diyakini sebagai perkara yang bid’ah dan bid’ah diyakini sebagai suatu sunnah. Serta menganggap kebenaran sebagai suatu kebatilan, dan kebatilan diyakini sebagai kebenaran.

2. Adapun penyakit yang kedua adalah menjadikan hawa nafsunya sebagai hakim (penentu) dalam menghadapi apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan senantiasa tunduk dan mengikuti hawa nafsunya.

Jenis hati yang kedua adalah hati yang putih (cemerlang) yang memancarkan cahaya iman dan berhiaskan cahaya tersebut. Jika fitnah mendatangi hati jenis kedua ini, serta-merta hati tersebut akan mengingkari dan menolaknya, sehingga hati tersebut semaikn kuat dan bercahaya.

Sesungguhnya fitnah-fitnah yang mendatangi hati merupakan sebab yang menjadikan sakitnya hati. Fitnah-fitnah tersebut adalah fitnah syahwat (hawa nafsu) dan fitnah syubhat (keracunan). Atau dengan istilah lain fitnah penyelewengan dan kesesatan ; fitnah maksiat dan bid’ah dan fitnah kezaliman dan kebodohan.

Fitnah hati jenis pertama (yaitu fitnah syahwat) menyebabkan rosaknya niat adan keinginan seseorang dalam beramal. Sedangkan fitnah hati  jenis kedua (fitnah syubhat) menyebabkan rosaknya ilmu (pemahaman) dan I’tiqad (keyakinan) .

Sahabat yang dimuliakan,
Islam amat menjaga soal fitnah di hati ini supaya hati yang terhindar daripada fitnah akan melahirkan kemanisan dalam beribadah, keseronokan dalam keimanan dan ketenangan dalam menjalani hubungan hati dengan Allah SWT.

Di antara penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam fitnah:

* Kesediaan hati menerimanya.
* Mendahulukan pendapat peribadi di atas hukum syarak.
* Menerima jawatan yang tidak mampu dilaksanakan.
* Sibuk berbicara tanpa bekerja.

Di antara kesan fitnah:

* Membuat manusia lupa terhadap kebenaran yang sebenarnya.
* Menipiskan agama.
* Menghilangkan akal.
* Tidak mendengar nasihat.

Di antara penyelamat dari segala fitnah:

* Tidak menuntut hak dalam urusan dunia.
* Faham terhadap agama.
* Melepaskan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya.
* Tidak memegang jawatan dalam fitnah.
* Berdoa agar dijauhi dari kejahatannya.
* Hati mengingkari fitnah tersebut.
* Beramal soleh.

Hidup di dalam dunia siber hari ini perhubungandi antara lelaki dan wanita amat mudah sekali berbanding tahun keadaan 2o tahun yang lalu. Gejala sosial yang berlaku masa kini hingga melahirkan ramai anak-anak luar nikah adalah berpunca daripada  sumbangan perhubungan yang amat mudah di antara lelaki dan wanita tanpa batas dengan yang bukan mahram hingga membawa kepada pertemuan, berdua-duaan hingga membawa kepada zina.

Terdapat banyak kes berlaku perceraian dikalangan pasangan Islam  adalah berpunca daripada fitnah hati pertama (fitnah syahwat) iaitu apabila  isteri bersembang dan perhubungan yang intim dengan rakan siber yang berlainan jenis  hingga membawa bibit-bibit 'percintaan' sehingga melakukan kecurangan dan akhirnya berlakunya penceraian.

Iblis berkata kepada Nabi SAW : "Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya (termasuk juga chating berdua-duaan) , maka akulah temannya. Aku akan goda lelaki itu dengan wanita tersebut dan goda wanita itu dengan lelaki tersebut," kata Iblis.

Jika perhubungan untuk mendapat ilmu yang bermanfaat dan menyelesaikan persoalan agama tidaklah dilarang dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT dan tidak mendatangkan fitnah. Orang mukmin lelaki dan wanita dibenarkan bantu membantu untuk menegakkan agama Allah SWT  dan mencari keredaan-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Orang mukmin sentiasa berusaha dan berhati-hati menjaga hatinya supaya sentiasa bersih, sihat dan tidak berpenyakit. Kerana hati yang sejahtera akan mendorong untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dan akan menjadikan kita mukmin yang taat dan patuh kepada Allah SWT.

Sebaik-baik hati adalah hati orang mukmin iaitu hati yang bersih, tegas dan lemah lembut . Sesungguhnya dengan ketiga-tiga sifat ini jadilah ia seorang mukmin yang dikasihi oleh Allah S.W.T.

Saiyidina Ali k.w. berkata : "Adapun Allah S.W.T.  di muka bumi ini mempunyai bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik-baik hati ialah yang bersih, tegas dan lemah lembut. Kemudian beliau menjelaskan pula; maksudnya, bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lemah lembut dalam pergaulan dangan kaum muslimin."

Daripada Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ditanya, siapakah yang paling mulia diantara manusia?. Nabi S.A.W. menjawab yang bermaksud : "Setiap orang yang hatinya 'makhmum' dan lidahnya jujur."

Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang di maksudkan dengan hati 'makhmum'? Baginda menjawab, "Makhmum' ialah orang muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau irihati padanya."

Sahabat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada semua fitnah samaada fitnah yang datang daripada lidah atau pun fitnah yang datang ke dalam hati kita. Untuk menjaga fitnah hati lebih utama kerana fitnah yang dibuat oleh lidah  adalah berpunca  kerana hati seseorang itu telah rosak dan mengikut hawa nafsu dan mendengar bisikan syaitan.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)