Saturday, November 26, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Menjauhkan Diri Daripada Sifat Ujub


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri)," (Hadis Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis diatas bahawa salah satu hal yang membinasakan adalah sifat ujub. Kerana ujub adalah umpama api dalam sekam yang akan membakar dan menghapuskan amal soleh seorang manusia.

Ujub terjadi apabila seseorang itu merasa kagum akan kelebihan dan kebolehan yang diberikan llahi kepada dirinya, di mana kebiasaaanya kelebihan dan kebolehan itu menjadikan dia kelihatan istimewa jika dibandingkan dengan orang lain. Dirinya merasa hebat dengan apa yang diberikan Allah lantas terpesona dengan kelebihan dan kebolehannya itu sendiri.

Samaada kelebihan tersebut dibidang agama atau duniawi. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kelulusan akademik, kedudukan dalam masyarakat,  keturunan, kekayaan dan lain-lain.

Penyakit ujub ini merupakan penyakit yang merbahaya kepada manusia dan bertindak menghapuskan kebaikkan (silent killer) yang telah dilaksanakan oleh seseorang hamba.

Seseorang yang ada sifat ujub akan berpegang dengan pendapatnya sahaja dan tidak mahu menerima pendapat orang lain.Percantuman daripada sifat riyak dan sifat ujub ini akan terpancar didalam sifat sombong dan takabur.

Di dalam al-Quran terdapat 3 kisah makhluk yang mendapat laknat dan kemurkaan Allah SWT kerana sifat ujub mereka kepada Allah SWT iaitu iblis laknatullah, Firaun dan Qarun.

1. Iblis laknatullah .

Iblis adalah makhuk pertama dimuka bumi yang mempunyai sifat ujub, sombong dan takbur

Firman Allah SWT maksudnya : "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: 'Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah'."(Surah al-A'raf ayat 12)

"Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." (Surah Saad ayat 76)

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? "(Surah al-Israak ayat 61)

2. Firaun di zaman Nabi Musa a.s.

Allah SWT berfirman menceritakan tentang Firaun yang berkata denagn ujub, sombong dan takbur ketika menakut-nakutkan kaumnya agar mereka mentaatinya.

"Firaun berkata: Akulah tuhan kamu (Rabbukum) yang tertinggi."
(Surah al-Naazi’aat ayat  24)

Di ketika yang lain, Firaun juga mendakwa uluhiah bagi dirinya ketika dia berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui adanya bagi kamu sebarang tuhan (ilah) selain daripadaku. (Surahal-Qasas ayat 38)

Demikianlah dakwaan Firaun yang merasakan bahawa dirinya sebagai tuhan yang patut disembah. Ini adalah kemuncak ujub, sombong dan takbur yang paling tinggi yang dimiliki oleh seseorang manusia, iblis yang dilaknat Allah SWT itu pun tidak berani mengaku sebagai tuhan. Manusia seperti Firaun lebih berani daripada iblis laknatullah.

 3. Qarun di zaman Nabi Musa a.s.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dia (Qarun) berkata: 'Sesungguhnya aku hanya diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." (Surah al-Qashash ayat 78)

Qarun bersifat ujub kerana dia merasakan bahawa harta yang banyak yang dia miliki adalah hasil daripada kepandaiannya mengumpulkan harta dan perniagaan yang dia usahakan, sedangkan asalnya dia adalah seorang yang miskin dan tidak memiliki apa-apa kepandaian. Berkat daripada pertolongan dan doa Nabi Musa a.s yang menyebabkan Allah SWT mengurniakan harta yang banyak kepadanya. Ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat adakah Qarun hendak bersyukur dan taat kepada-Nya. Ujub yang dimiliki Qarun adalah rasa bangga dengan nikmat yang ada tanpa mengaitkan dengan pemberian daripada  Allah SWT.

Dua kisah dizaman sahabat yang terdapat sifat ujub adalah kisah Saidina Umar al-Khatab r.a dan Jabalah bin al- Aiham dan kisah Perang Hunain.

Jabalah bin al-Aiham berbangga dengan dirinya (ujub) daripada keturunan bangsawan arab dan enggan menerima hukum qisas daripada Saidina Umar al-Khattab kerana mencederakan seorang arab Badui.

Perang Hunain pula perasaan ujub dikalangan tentera Islam kerana bilangan ramai dan terputus pergantungannya dengan Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Bagaimanakah cara-cara boleh mengatasi sifat ujub yang ada pada diri kita ?

Terdapat 10 perkara jika diamalkan boleh menjauhkan diri kita daripada sifat ujub :

Pertama, selalu mengingati bahawa hakikat penciptaan manusia yang hina.

Orang-orang yang membanggakan diri (ujub) seharusnya berusaha memahami bahawa manusia diciptakan oleh Allah SWT daripada tanah  kemudian daripada setitis mani yang hina Kemudian setelah meninggal dunia mereka akan dikembalikan lagi ke tanah menjadi mayat yang akan hancur dimakan ulat dan cacing,  mayat yang busuk yang akan dijauhi oleh manusia-manusia yang masih hidup. Jika mampu merenungkan kenyataan itu dengan sebaik-baiknya, insya Allah akan mampu menolak kehadiran 'ujub' dalam hati kita.

Kedua, bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

Sesungguhnya nikmat dan karunia yang telah diberikan oleh Allah SWT terlalu banyak, baik terhadap manusia maupun terhadap makhluk-makhluk-Nya yang lain. Sebagaimana firman-Nya : " .. Dan jika kalian hitung nikmat-nikmat Allah, nescaya tidak akan mampu menghitungnya .." (QS : Ibrahim :34).

Dengan senantiasa merenungkan kenyataan tersebut kita akan selalu merasa lemah dan mengharapkan rahmat dan belas kasihan daripada Allah SWT. Sifat pergantungan dan pengharapan kepada Allah SWT akan dapat menyucikan sekaligus menjauhkan rohani kita daripada penyakit ujub ini.

Ketiga, mengingati kematian.

Jika kita menginsafkan diri kita bahawa setiap manusia akan mati dan setiap amalannya akan dihitung dihadapan Allah SWT maka kita akan menjauhkan diri daripada perasaan yang boleh menyebabkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Sifat ujub adalah sifat yang akan menghapuskan amal soleh dan amal ibadah kita kepada Allah SWT.

Keempat, senantiasa mengingat hakikat kehidupan dunia adalah sementara sahaja berbanding kehidupan di akhirat.

Orang yang ujub seharusnya menyadari bahawasanya kehidupan dunia ini diciptakan oleh Allah sebagai ladang untuk bercucuk tanam dan di akhiratlah tempat untuk dia memetik hasilnya. Di dunai bukannya tempat untuk kita bermegah-megah dan berbangga dengan apa yang ada kerana semuanya tidak akan kekal. Hidup di dunia sangat pendek sebaliknya, akhirat itu adalah tempat yang kekal abadi. Jika kita merenung atau bertafakur keadaan ini akan menyebabkan akan hilang sifat ujub dan bersemangat untuk melakukan ketaatan dan pegabdian sepenuhnya kepada Allah SWT.untuk mencapai kebahagiaan yang sebenarnya di sana nanti.

Kelima, mengkaji ayat-ayat Allah SWT dalam al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah SAW. mengenai azab dan seksaan-Nya terhadap mereka yang ujub, riak dan sombong. Semoga timbul rasa takut dalam diri dan menjauhkan diri daripadanya.

Di dalam kedua sumber ajaran Islam tersebut terkandung penjelasan, keterangan, sekaligus tuntunan yang jelas bagaimana sepatutnya kita beramal soleh dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah seperti ujub, riak, sombong, takbur, iri hati dan hasad dengki dan sentiasa menghiasi diri kita dengan akhlak Islam dan sifat-sifat mahmudah.

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa sifat ujub, sombong dan takabbur adalah sifat Iblis lantaran ia memprotes perintah Allah. Jelas dalam firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud ;

“Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (merasakan dirinya lawa dan rasa ujub). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat," (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW yang bermaksud :”Sesungguhnya seluruh orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat bagaikan semut yang diinjak-injak manusia.”

Keenam, menghadiri majlis ilmu dan program katibah.

Dengan senantiasa menghadiri majlis-majlis ilmu dan program katibah khususnya yang membicarakan penyakit-penyakit hati dan cara mengatasinya, akan dapat membantu kita dalam membersihkan hati dan menjaganya dari mendapat penyakit ujub.

Ketujuh, menziarahi mereka yang sedang menghadapi sakaratul maut serta ziaarah kubur.

Menziarahi orang-orang yang tengah menderita sakit, terutama yang sedang menghadapi  sakaratul maut, kemudian menyaksikan serta bertafakur bagaimana mereka akhirnya meninggal dunia, kemudian di mandikan, dikafankan, dan ditanam, akan memberikan rawatan yang cukup baik terhadap sifat ujub ini. Begitu juga apabila kita selalu melakukan ziarah kubur akan mentarbiah hati kita supaya meninggalkan sifat ujub ini dalam diri kita kerana sifat ujub adalah merupakan penyakit-penyakit rohani.

Kedelapan, mencontoh kehidupan para ulama salaf.

Kita harus senantiasa mencontoh kehidupan para sahabat Nabi SAW, para ulama salaf, ulama tasauf terutama cara-cara yang mereka lakukan untuk mengatasi sikap ujub yang muncul pada diri mereka. Dengan mengetahui contoh-contoh dari mereka akan membawa kita kepada keinginan untuk mengikuti dan beramal dengan sifat yang mulia ini.

Kesembilan, berlatih menolaknya denagn membantu orang lain yang dalam kesusahan dan banyakkan berzikir dan beristighfar.

Kita harus senantiasa berlatih menolak atau membunuh sikap perilaku ujub yang kerap bersemayam dalam diri kita, kemudian meletakkannya pada tempat yang benar.Misalnya, dengan memaksakan diri untuk senantiasa berusaha menolong sahabat yang sedang dilanda kesusahan atau orang-orang yang sedang mengalami penderitaan, seperti yang banyak digambarkan dalam kehidupan para ulama salaf.

Sentiasa berzikir dan beristighfar kerana hati yang sentiasa mengingati Allah SWT dan bertaubat akan takut kepada sifat ujub, riak dan takbur. Dengan beristighfar juga akan mensucikan titik-titik hitam yang melekat pada hati yang melakukan dosa atau maksiat.

Kesepuluh, senantiasa bermuhasabah, sebelum mengerjakan sesuatu.

Perlulah bermuhasabah terlebih dahulu atau berfikir dengan tenang dan menimbangkan baik buruknya sesuatu perkara barulah kita melakukannya, tujuannya adalah untuk mengelakkan terjadinya perasaan ujub dan terhindar daripada sifat mazmumah ini.

Bahaya Sifat Ujub

Sifat ujub membawa akibat buruk dan menyeret kepada kehancuran, baik bagi pelakunya maupun bagi amal perbuatannya. Terdapat enam perkara bahaya sifat ujud. Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Membatalkan pahala.

Seseorang yang merasa ujub dengan amal kebajikannya, maka pahalanya akan gugur dan amalannya akan sia-sia. Kerana Allah tidak akan menerima amalan kebajikan sedikitpun kecuali dengan ikhlas kerana-Nya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri)," (Hadis Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Kedua : Menyebabkan murka Allah .

Nabi SAW bersabda maksudnya :  "Seseorang yang menyesali dosanya, maka ia menanti rahmat Allah. Sedang seseorang yang merasa ujub, maka ia menanti murka Allah." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Perasaan ujub menyebabkan murka Allh, kerana ujub telah mengingkari karunia Allah yang seharusnya kita syukuri.

Ketiga : Terjerumus ke dalam sikap terperdaya kehebatan diri sendiri dan takabur.

Orang yang kagum pada diri sendiri akan lupa melakukan muhasabah diri. Bersamaan dengan perjalanan waktu, hal itu akan menjadi penyakit hatinya. Pada akhirnya ia terbiasa meremehkan orang lain atau merasa dirinya lebih tinggi daripada orang lain dan tidak mau menghormati orang lain. Itulah yang disebut takabur. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat perasaan sombong meskipun hanya sebesar biji sawi." (Hadis Riwayat Nasa'i)

Keempat : Menyebabkan sentiada mengikut hawa nafsu dan melupaka dosa-dosa.

Seseorang yang mempunyai perasaan ujub akan selalu menilai dirinya baik dan tidak pernah menilai dirinya buruk dan serba kekurangan, sehingga ia selalu mengikut keinginan hawa nafsunya dan tidak merasa kalau dirinya telah berbuat dosa. Nabi SAW bersabda maksudnya, "Andaikan kalian tidak pernah berbuat dosa sedikitpun, pasti aku khawatir kalau kalian berbuat dosa yang lebih besar, yaitu perasaan ujub." (Hadis Riwayat Al Bazzar).

Kelima : Menyebabkan orang lain membenci pelakunya.

Pada umumnya, orang tidak suka terhadap orang yang membanggakan diri, mengagumi diri sendiri dan sombong. Oleh kerana itu, orang yang ujub tidak akan banyak sahabatnya, bahkan ia akan dibenci meskipun luas ilmunya dan hebat kedudukannya. Syeikh Mustofa As Sibai berkata, "Separuh kepandaian yang disertai tawaduk lebih disenangi oleh orang ramai dan lebih bermanfaat bagi mereka daripada kepandaian yang sempurna yang disertai takbur."

Keenam : Menyebabkan su'ul khatimah dan kerugian di akhirat.

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebut-nyebut kembali pemberiannya, seorang yang durhaka, dan meminum minuman keras." (Hadis Riwayat Nasa'i)

Orang yang mempunyai sifat ujub biasanya suka menyebut-nyebut kembali sesuatu yang sudah diberikan.

Saidina Umar r.a pernah berkata,"Siapapun yang mengakui dirinya berilmu, maka ia seorang yang bodoh dan siapapun yang mengaku dirinya akan masuk syurga, maka ia akan masuk neraka."

Qatadah berkata, "Barangsiapa yang diberi kelebihan harta, atau kecantikan, atau ilmu, atau pakaian, kemudian ia tidak bersikap tawaduk, maka semua itu akan berakibat buruk baginya pada hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi,
Andaikata kalian  membenarkan walau sedikit perasaan ujub menyinggah hati, ia akan mula merebak sebagaimana merebaknya api dari membakar secebis kain dan akhirnya menghanguskan sebuah rumah. Hatimu akan terbakar, menjadi hitam dan mengundang pelbagai sifat-sifat hitam yang lain, seperti sombong, bongkak, iri hati, dengki, khianat-mengkhianati dan sebagainya.

Hakikatnya, manusia tidak layak sedikit pun untuk merasa ujub kerana apa sahaja kebaikan yang ada itu datang dariNya, dan kembalilah kepada Allah jua segala pujian dan rasa kekaguman itu. Senantiasalah berhati-hati agar hati tidak dihinggapi penyakit ujub, agar hati dapat dipelihara sebaik mungkin dari sebarang anasir-anasir yang bakal menggelapkannya.
















Friday, November 25, 2011

Memahami Konsep Maal Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai sahaja  1 Muharam ini bermakna umur kita telah meningkat dan semakin hampir menemui Allah SWT. Sebelum kita memperkatakan hijrah Nabi SAW maka kita perlulah berhijrah dalam ertikata sebenarnya iaitu ada perubahan di dalam mengejar cita-cita dan hasrat kita melihat perlaksanaan Islam dalam diri , keluarga dan masyarakat kita.

Persoalannya berapa ramai daripada kita yang benar-benar menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa tersebut? Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepada peristiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. bersama para sahabatnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
 
Hijrah pada zaman Nabi SAW bukanlah semudah yang disangka. Ia berlaku akibat ancaman daripada kaum Musyrikin yang menentang dakwah Islamiah Nabi dan juga mengancam nyawa orang yang mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Jangan takut dan jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.” Itulah kata-kata semangat yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda, Abu Bakar as-Siddiq ketika berhadapan dengan pelbagai halangan dan ancaman dalam perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah. Sesungguhnya penghijrahan itu menuntut kesabaran dan keberanian yang tinggi.

Peristiwa hijrah juga memberi gambaran kepada umat Islam bahawa bumi Allah tidak sempit untuk mereka hidup dengan baik dan mengecapi apa yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka yang beriman. Ini jelas tertera dalam surah az-Zumar, ayat 10 yang bermaksud:

“(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
 
Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan membawa kegagalan kepada umat Islam sendiri.

Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah SAW  ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia.

Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad  s.a.w.  sendiri untuk melalukan keberkesanan dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk penyebaran dakwah Islam.

Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja. Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai lebih-lebih lagi melibatkan soal  perpaduan ummah.
 
Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Nabi SAW  berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah.

Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Surah Al-Anfaal:30)

Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi SAW dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. yang cukup hebat.

Sahabat yang dimuliakan,
Hijrah  bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud:"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
 
Peristiwa hijrah memberitahu kepada kita bahawa nasib dan hala tuju kehidupan setiap individu hanya boleh diubah oleh diri sendiri. Hijrah dalam Islam amat dituntut terutamanya hijrah minda dan hati. Tanpa hijrah, masyarakat tidak akan ke mana-mana malah mungkin menjadi lebih teruk dan seterusnya hilang dari muka bumi.

Islam juga tidak suka kepada umatnya yang hanya berdiam diri dan menunggu sesuatu mengubah nasib mereka. Kerana itu, Allah SWT memberi ujian kepada hamba-Nya demi melihat bagaimana cara mereka menangani ujian itu sebagaimana yang telah dilakukan ke atas Nabi Muhammad SAW dan pengikut baginda suatu ketika dahulu. Allah SWT  berfirman melalui surah Ar-Ra’ad, ayat 11 yang bermaksud:

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”
Bagaimanapun, dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW. dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Peristiwa hijrah itu menyingkap satu perjuangan yang pantang menyerah atau mengaku kalah di samping ia menjadi garisan pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Rasulullah s.a.w. iaitu, di Makkah selama 13 tahun dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.

Ia bermakna Rasulullah s.a.w. berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa depan.

Hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah.

Mereka juga menyedari tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah SAW  bagaimana baginda mengutamakan pembinaan masjid pertama di Madinah dikenali sebagai Masjid Quba. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.

Seterusnya, kebijaksanaan baginda mempersaudarakan kaum Muhajirin (sahabat Nabi SAW  yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah.

Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.

Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong-royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni dengan umat agama lain.

Hijrah baginda bukan untuk kerehatan, tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia menghayati roh hijrah ini untuk diguna pakai dalam konteks semasa iaitu membina semula kegemilangan tamadun Islam.

Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan slogan indah atau ucapan  manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji Islam ke persada dunia.

Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah SAW menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu yang saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan itu akhirnya dapat disatukan.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya kerana Islam adalah ad-Deen yang bersifat rahmat kepada sekalian alam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbia, ayat 107)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita muhasabah diri kita samaada kita telah berubah daripada kejahilan kepada berilmu, dan sentiasa meningkatkan amal dan kerja-kerja jihad di jalan Allah SWT. Setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah akan ada perubahan di atas usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup.

Tiga Golongan Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ali bin Husain r.a (cucu Saidina Ali k.w) berkata : "Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil : 'Dimanakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya : 'Hendak ke mana kamu?' Jawab mereka : 'Ke syurga.' Di tanya lagi : ' Sebelum di hisab?' Jawab mereka : 'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya: 'Siapakah kamu?' Jawab mereka :'Kami ahlul fadhli.' Lalu ditanya : 'Apakah kelebihanmu di dunia? ' Jawab mereka :'Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.' Maka berkata makaikat :'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal'."

Kemudian ada seruan : "Di manakah ahli sabar. Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat : 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :' Ke syurga,' Di tanya : 'Adakah sebelum hisab?' Jawab mereka  :'Ya sebelum hisab.' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu?' Jawab mereka : 'Kami ahli sabar.' Lalu ditanya :'Bagaimana kesabaranmu?' Jawab mereka : 'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.' Maka berkata malaikat ;'Silakan masuk syurga , maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.'

Kemudian ada seruan : "Di manakah tetangga Allah SWT.?' Lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju ke syurga. Maka ditanya malaikat: 'Kamu hendak kemana?' Jawab mereka :'Ke syurga.' Di tanya : 'Apakah sebelum hisab ?' Jawab mereka : 'Ya' Lalu ditanya : 'Siapakah kamu? Jawab mereka : ' Kami tetangga Allah SWT di bumi.' Lalu ditanya :'Bagaimana keadaan tetanggamu?' Jawab mereka :'Kami cinta -mencinati kerana Allah SWT dan korban -berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT . Maka berkata malaikat : 'Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal'."

(Petikan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri : Telaga Biru Sdn Bhd -Cetakan Pertama 2007)

Berdasarkan riwayat di atas daripada Ali bin Husain r.a, terdapat tiga golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Golongan Ahli Fadhli.

Kedua : Golongan Ahli Sabar.

Ketiga : Golongan Tetangga Allah SWT.

Huraiannya :

Pertama : Golongan Ahli Fadhli.

'Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.'

Ciri-ciri mereka adalah seperti berikut :

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih (Ibadur rahman) itu adalah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan "salam". (Surah al-Furqan (25) ayat 63)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "..Dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya. (Surah al-Furqan (25) ayat 72)

Orang mukmin yang termasuk dalam golongan Ahli Fadhil adalah mereka yang sabar di atas gangguan daripada orang-orang kafir, zalim, munafik dan fasik yang sentiasa menganggu mereka apabila mereka ingin menghayati dan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah SWT ketika di dunia ini.

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami di zalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

Mereka yang dimurkai Allah SWT ini sentiasa menghalang, menyekat dan menimbulkan fitnah dan memperbodohkan kepada Ahli Fadhil ini tetapi mereka bersabar dan teruskan dakwah dan tarbiah tanpa memperdulikan mereka, dan mereka sentias memaafkan golongan yang jahil ini supaya Allah SWT memberi hidayah dan taufik kepada mereka dan kembali kepada Allah SWT. Sebahagian mereka (Ahli Fadhli) ditangkap , di seksa dan dipenjarakan kerana kebenaran yang mereka bawa tetapi mereka tetap bersabar menghadapi dugaan ini. Kemulian untuk mereka dapat memasuki syurga tanpa hisab.

Kedua : Golongan Ahli Sabar.

'Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.'

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (Surah az-Zumar: 10)

Berdasarkan ayat di atas mereka yang bersabar akan diberikan pahala tanpa hisab, hinggakan di izinkan masuk ke syurga tanpa hisab. Sabar yang paling tinggi adalah sabar melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT tanpa soal dan sabar meninggalkan dosa,  maksiat dan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT.

Golongan Ahli Sabar adalah mereka yang sabar menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain selain daripada Allah SWT ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji pada syarak kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.''  (Surah al-Baqarah ayat 153)


Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 155)


Berdasarkan ayat-ayat di atas Allah SWT  menyeru kepada orang-orang beriman supaya menjadikan sabar dan solat itu sebagai penolongnya. Para ahli tafsir menyatakan bahawa suruhan ini adalah wajib kerana berbentuk suruhan kepada orang-orang mukmin. Jika orang mukmin meninggalkan sifat sabar dan meninggalkan solat maka ianya berdosa. 

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Tirmizi).

Ketiga : Golongan Tetangga Allah SWT.

'Kami cinta -mencinati kerana Allah SWT dan korban -berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT.'

Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda: "Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:
"Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Betapa mulianya Golongan Tetangga Allah SWT ini mereka di dunia saling cintai mencintai kerana Allah SWT, sangup berkorban untuk sahabatnya yang memerlukan bantuan dan saling menghubungkan silaturahim semata-mata kerana Allah SWT. Mereka bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT. Mereka bertemu semata-mata untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar, untuk dakwah dan tarbiah. Mereka sanggup berkorban harta, masa dan tenaga semata-mata untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini dan mengajak manusia supaya meninggalkan sistem hidup jahilah yang sesat dan menyesatkan manusia yang lain.

Dalam hadis yang lain bahawa mereka yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat nanti :

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:.... Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah..."(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Beruntunglah golongan Tetangga Allah SWT ini yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama muhasabah diri kita adakah kita termasuk salah satu daripada tiga golongan yang dinyatakan di atas? Jika ada ciri-ciri tersebut maka bersyukurlah dan perlulah istiqamah hingga kita bertemu Allah SWT. Tetapi jika sekiranya masih belum terdapat ciri-ciri tersebut pada diri kita maka mulai sekarang berusahalah dengan jujur dan ikhlas supaya kita termasuk dikalangan mereka yang berjaya mendapat balasan yang mulia iaitu dapat memasuki syurga tanpa hisab kerana amal soleh yang dilakukan semasa di dunia ini.

Thursday, November 24, 2011

Melahirkan Keluarga Bahagia Perlu Mengamalkan Tujuh Sunah Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Membina keluarga bahagia, sakinah mawaddah warahmah adalah hajat setiap muslim mukmin yang hidup di dunia ini. Tidak ada sesiapa yang suka rumah tangganya hidup porak peranda dan  huru-hara di dalamnya. Tetapi berapa ramaikah yang berjaya mencapai impin yang mulia ini? Di hari pertama akad-nikah dilafaskan dan diharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat tetapi berlaku badai dipertengahan jalan, berpisah dan bercerai !

Kenapa boleh berlaku masaalah ini? Kenapa tidak ada tolak ansur, timbang rasa, saling faham memahami, dan kesabaran di kedua-dua belah pihak? Mungkin ini berpunca asas pemilihan bukan kerana Allah SWT, atau bukan kerana asas iman dan takwa tetapi pemilihan lebih cenderung kepada faktor kecantikan atau tampan, kelulusan, pangkat kedudukan, harta, keturunan atau nafsu berahi semata-mata. Manusia akan hilang pertimbangan apabila hati dah jatuh cinta, biarpun pasangannya kurang beragama , sentiasa melakukan maksiat dan tidak menutup aurat tetapi semunya tidak diambil kira sebagai ukuran utama di dalam pemilihan teman hidup.

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk melahirkan keluarga bahagia sakinah mawaddah warahmah terdapat tujuh (7) amalan sunah yang di amalkan oleh Rasulullha SAW, sahabat-sahabat baginda dan orang-orang mukmin yang ingin mencari keredaan Allah SWT dalam hidup berkeluarga. Sekiranya suami dan isteri dan anak-anak di didik dan mengamalkan tujuh perkara tersebut, rumah tangga yang dibina akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan akan melahirkan ketenangan dan rahmat di dalam rumah tangga tersebut.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Bertakwa kepada Allah SWT.

2. Zikrul maut

3. Tilawah al-Quran

4. Solat dan doa

5. Zikir dan beristighfar

6. Sedekah

7. Kasih sayang .

Huraiannya :

1. Bertakwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya :"Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-A'raf ayat 96)

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa takwa itu takut kepada Allah SWT, mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT dan menjauhkan segala larangan-Nya. Insan yang bertakwa akan bermuraqabah kepada Allah SWT iaitu merasai bahawa Dia sentiasa Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Jika di tanamkan konsep tauhid dan di amalkan oleh semua ahli keluarga samaada suami, isteri, ibu bapa , anak-anak dan bermuraqabah kepada Allah SWT setiap masa dan  merasai bahawa Allah sentiasa Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui maka aman keluarga tersebut, hati akan tenang, jiwa akan tenteram dan kasih sayang di antara ahli keluarga akan terbina. Setiap sesuatu akan dibuat dan tinggalkan semata-mata kerana Allah SWT.

Di dalam ayat di atas adalah jaminan Allah SWT bahawa sesiapa yang beriman dan bertakwa kepada-Nya maka Dia akan 'melimpahkan barakah dari langit dan bumi' tidak ada kenikmatan dan kebahagiaan sebenarnya melainkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'barakah' ?

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي Ű«ŰšÙˆŰȘ Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± Ű§Ù„Ű„Ù„Ù‡ÙŠ في Ű§Ù„ŰŽÙŠŰĄ؛ ÙŰ„Ù†Ù‡Ű§ ۄ۰ۧ Ű­Ù„ŰȘ في قليل ÙƒŰ«Ű±ŰȘه، ÙˆŰ„Ű°Ű§ Ű­Ù„ŰȘ في ÙƒŰ«ÙŠŰ± نفŰč، ومن ŰŁŰčŰžÙ… Ű«Ù…Ű§Ű± Ű§Ù„ŰšŰ±ÙƒŰ© في Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ± ÙƒÙ„Ù‡Ű§ Ű„ŰłŰȘŰčÙ…Ű§Ù„Ù‡Ű§ في ۷ۧŰčŰ© Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„.

Ertinya : "Iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla."

2. Zikrul maut.

Maksud zikrul maut adalah mengingati kematian.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Kita sering mendengar berita tentang kematian , tetapi sejauh mana kita mengambil iktibar di atas peristiwa yang berlaku keatas keluarga kita , sahabat handai , jiran tetangga dan masyarakat setempat. Sejauhmana kita menceritakan pada isteri dan anak-anak akan azab kubur yang dahsyat bagi sesiapa yang melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.? Lahirkan rasa takut dan insaf kepada jiwa ahli keluarga kita mengenai kemurkaan Allah SWT dan  azab kubur dan buangkan perasaan takut kepada hantu, syaitan dan tanah perkuburan.

Renunglanlah buat keinsafan kita bahawa kematian berlaku di mana-mana sahaja , dan berlaku dalam berbagai bentuk . Untuk melahirkan keluarga bahagia perlulah menceritakan kepada isteri dan anak-anak akan kematian ini, pergilah ziarah kubur dan iringilah jenazah saudara mara atau sahabat-handai yang meninggal dunia ke kuburan untuk melahirkan rasa insaf dan sedar bahawa setiap manusia akan mati samaada lambat atau cepat. Perlulah sentiasa membuat persiapan dengan beramal soleh.

3. Tilawah al-Quran.

Di dalam keluarga perlulah bacaan al-Quran dibacakan berulang-ulang setiap hari kerana rumah yang dibacakan al-Quran akan dinaungi oleh malaikat rahmat. Syaitan akan menjauhi daripada rumah tersebut kerana kepanasan. Keluarga tersebut juga akan diberikan sakinah (ketenangan) apabila suami, isteri dan anak-anak sering membaca al-Quran di dalam rumah mereka.

Firman Allah S.W.T lagi maksudnya :
"Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah ayat  2)

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Solat dan doa

Solat fardu lima waktu jangan ditinggalkan kerana yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim adalah solat fardu.

Sabda Baginda SAW maksudnya : "Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran dengan meninggalkan solat". (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Selain daripada solat fardu, perlulah diperbanyakkan solat-sulat sunat lain seperti solat duha, solat tahajud dan solat sunat rawatib kerana solat-solat sunat ini akan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah solat duha kerana solat duha adalah solat pembuka pintu rezeki dan merupakan sedekah.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat duha."
(Hadis Riwayat Muslim)
Jika solat-solat sunat banyak dilakukan di dalam rumah , rumah tersebut akan diturunkan keberkatan dan sakinah, dengan itu akan mendamaikan hati penghuni rumah tersebut. Sebaliknya jika di dalam rumah sentiasa berkumandang lagu-lagu rock dan black metal, ditanyakkan banyak filem-filem melalaikan, ada mengantung gambar-gambar manusia atau terdapat patung-patung sebagai perhiasan maka rumah tersebut suka di datangi jin dan syaitan dan malaikat rahmat akan menjauhkan diri.

Banyakkan juga doa-doa kepada Allah SWT, mohon keselamatan . kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat kepada Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api Neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

Doa pelembut hati untuk suami, isteri dan anak-anak :

Baca Surah Taha ayat 1-5.
Maksudnya :

"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani

1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah :

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air dan diminum oleh anak-anak untuk melembutkan hati mereka.

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, baca ayat tersebut ke dalam air dan air diberikan untuk diminum.

Boleh juga dibaca surah Taha ayai 1-5 tiup diumbun-umbun anak-anak semasa tidur dan diikuti dengan doa pelembut hati atau jika suami keras hati isteri boleh lakukan ke ats suami semasa tidur.

5. Zikir dan beristighfar.

Berzikir dan beristighfar adalah makanan roh. Jika kalian cukup mengambil perhatian apabila sakit dan terus berjumpa doktor walaupun ditengah malam tetapi kenapa kalian tidak ambil perhatian mengenai roh kalian yang sedang sakit dan perlukan makanan? Kenapa hati kalian tidak tenang, jiwa kalian tidak tenteram, emosi kalian sering suka marah dan tidak sabar ini adalah berpunca kerana roh kalian sedang sakit dan sedang kelaparan. Kalian perlu beri ubat dan makanan supaya ianya segar kembali dan mencerikan hidup kalian.

Tidak ada jalan lain untuk memberi makanan kepada roh iaitu perlulah banyakkan berzikir, beristighfar, membaca al-Quran dan mendirikan solat.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kalau saya mengucapkan: Subhanallah walhamdu lillah wa la ilaha illallah wallahu akbar -yg maksudnya: Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar-, maka itu adalah lebih saya sukai daripada apa saja yang matahari terbit atasnya -yakni lebih disukai dari dunia dan seisinya ini." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maskdunya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah SWT. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW. sendiri sehari 100 kali mengucapkan Istighfar

Rasulallah SAW yang sudah dijamin terampun dosa-dosanya yang kemudian dan akan datang tetapi baginda masih melakukan hal itu, apalagi kita, mestinya lebih banyak lagi beristighfar, kerana jelas tidak dijamin dan bukan maksum maka mungkin lebih banyak kita melakukan dosa setiap hari.

6. Sedekah.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?

Nabi SAW menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "Ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk memberikan sedekah jariah dan memberi bantuan secara suka rela tanpa mengharapkan balasan duniawi, melainkan mengharapkan keredaan Allah SWT. semata-mata.

Dalam hadis Nabi SAW  ada menjelaskan bahawa sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang banyak memberi. Jika kita banyak memberi akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara alat dan matlamat.

Janganlah menganggap bahawa wang yang disumbangkan untuk sedekah itu akan berkurangan sedangkan ianya akan bertambah dan akan diberikan rezeki oleh Allah SWT daripada jalan yang tidak disangka-sangka.

Keluarga yang banyak menghulurkan sedekah kepada orang miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal yang ramai tanggungan, sekolah agama dan pembinaan masjid maka Allah SWT akan menurunkan keberkatan dan ketenangan dalam keluarga tersebut, oleh itu kita perlu menggalakkan isteri dan anak-anak kita bersedekah setiap hari walaupun hanya seringgit supaya mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan,tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran ayat 92)

Asbabun Nuzul ayat di atas (3:92) :
Anas bin Malik r.a berkata, "Ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abu Talhah r.a seorang sahabat Ansar yang terkaya di Madinah, yang menyumbang harta berupa tanah Bairukha untuk kepentingan agama Islam " (Hadis Riwayat Ahmad)

7. Kasih sayang.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis Riwayat Abu ‘Asakir)
Perasaan kasih sayang perlu ada di dalam rumah tangga. Suami menyayangi isteri dan anak-anaknya, begitu juga isteri mengasihi suami. Masing-masing memberi dan menerima kasih sayang. Jika kasih sayang sudah hilang maka kebahagiaan tidak akan dapat diwujudkan.

Apabila niat yang ikhlas dan matlamat  yang betul dan bersih untuk mencari keredaan Allah SWT dalam membina rumah tangga bahagia maka  Allah SWT akan mengurniakan sakinah, mawaddah warrahmah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah ar-Rum ayat 21)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga (3) perkara pokok kurniaan Allah SWT kepada keluarga yang bahagia iaitu :

1. Sakinah yang dimaksudkan sebagai  Ketenangan,
2. Mawaddah bermakna sebagai  Cinta sejati
3. Warrahmah bermakna  Kasih Sayang

Sakinah bermakna kecenderungan atau kecondongan hati agar kedua suami isteri dapat beribadah kepada Allah SWT. Perasaan ketenangan dan kententeraman ini dikurniakan Allah SWT kepada suami isteri apabila mereka hidup bersama. Ketenangan adalah hasil dari iman dan takwa yang dibina bersama secara istiqamah dan tentunya mahligai rumah tangga akan damai tenteram serta semua masalah dihadapi dengan saling menghormati dan menghargai.

Mawaddah, adalah cinta sejati bermaksud menerima pasangan hidup apa adanya dan mencintai kerana mengharapkan semata-mata redha Allah SWT.  Insya Allah cinta yang terpateri dengan keimanan dan takwa tersebut akan  mampu mengatasi  ancaman, gangguan, dugaan dan berbagai masaalah kehidupan. Menerima apa adanya pasangan adalah kunci kebahagiaan bahtera rumah-tangga.

Warrahmah, salah satu sifat Tuhan Yang Maha Kasih Sayang yang di anugerahkan kepada hamba-Nya, agar dalam menempuh kehidupan rumah tangga selalu memancarkan kasih sayang dan kelembutan. Kasih sayang ke dua insan yang dipadukan dalam perkahwinan akan lebih bertaut ketika mendapat zuriat keturunan dalam kehidupan rumah tangga.

Amanah yang diberikan Tuhan Yang Maha Pengasih adalah keturunan yang harus dididik  dengan penuh kasih sayang diberi didikan iman dan takwa menuju kepada keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati tujuh asas penting sunah Rasulullah SAW dalam membina keluarga bahagia hingga melahirkan sakinah, mawaddah warrahmah. Tanpa ada asas-asas ini impian kalian untuk melahirkan baitul muslim dan anak-anak yang soleh dan solehah tidak akan tercapai. Walaupun agak sukar untuk memulihkan rumah tangga sedia ada kerana sudah kebiasaan dengan kehidupan yang tidak tenteram, sering berlaku perselisihan faham di antara suami dan isteri , masih belum terlambat lagi untuk menyelamatkan rumah tangga ke jalan yang diredai oelh Allah SWT. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga diberi-Nya kekuatan untuk kita beramal dengan amal Islam dan kembali kepangkal  jalan.






Wednesday, November 23, 2011

Sentiasa Berlapang Dada Adalah Salah Satu Sifat Mahmudah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup tidak sunyi daripada berdepan dengan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Seseorang itu mungkin berdepan masalah rumah tangga, suami dan isteri tidak bersefahaman, masaalah anak-anak yang tidak mendengar nasihat, masaalah perniagaannya yang sentiasa kerugiaan, masaalah hutang-piutang tiada kesudahan,  masalaah dengan ketua pejabat ditempat kerja atau pun masaalah politik perebutan untuk mendapat sesuatu jawatan!

Semua masaalah yang dinyatakan di atas sebenarnya bukanlah masaalah yang besar yang boleh menyebabkan seseorang berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Bukanlah masaalah yang berat yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Orang mukmin menganggap masalaah duniawi ini hanya kecil sahaja dan sentiasa berlapang dada berbanding masaalah akidah dan akhlak yang melanda umat Islam.

Jika masaalah itu boleh merosakkan akidah atau masaalah memurtadkan umat Islam dan  keruntuhan akhlak  maka ini adalah masaalah yang paling besar dan perlu diatasi segera.

Umat Islam tidak boleh berdiam diri dan menyerahkan kepada orang lain untuk diselesaikannya. Bertindak segera tanda cinta kita kepada saudara seagama.

Apa juga keadaan, kalian perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan. Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, kalian perlu berserah diri kepada Allah SWT  iaitu bertawakal kepada-Nya.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada sesama manusia.

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dilanda masalah. Mereka tidak cepat berputus asas, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah SWT selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Dalam surah al-An'am Allah SWT berfirman :

 

Maksudnya : "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya hidayah (petunjuk), nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-An'am ayat 125)

Mereka yang mendapat petunjuk adalah mereka yang sentiasa berlapang dada  untuk menerima Islam, bersabar dan berlapang dada dengan kesusahan dan kemiskinan dan berlapang dada dengan penyakit yang alami  tanpa kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman :

قُلْ يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيَ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِهِمْ Ù„Ű§ ŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِن ۱َّŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

"Katakanlah :'Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(Surah az-Zumar ayat 53)

Sifat ini dirakamkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak membantah” (Surah Al-Kahfi, ayat 54)

Hadis dari Jabir bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim).

Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana mereka berkata: 'Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? 'Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran, ayat 154)

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu sifat berlapang dada yang akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT adalah berlapang dada semasa menuntut hutang kepada orang yang berhutang, hinggakan Allah SWT membalas dengan balasan syurga.

Daripada Abu Hurairah r. a Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

"Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata pada hambanya, 'Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita.'

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah SWT. bertanya, 'Adakah kamu pernah berbuat baik?'

Dia dengan jujur menjawab, 'Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya, 'Ambilah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita."

Kemudian Allah berfirman yang bermaksud, "Cukup, Aku telah mengampunimu."

Pengajaran yang boleh diambil :

1. Kita digalakkan berlapang dada dan memberi maaf kepada orang lain, dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.

2. Perbuatan memberi pinjam kewangan kepada mereka yang memerlukannya adalah peribadi mulia yang sangat dituntut oleh Islam dan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT., terutama mereka yang berlapang dada semasa menuntut balik hutang tersebut, semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

3. Menerangkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah SWT. walaupun suatu amalan yang kecil namun mendatangkan pahala yang besar.

4. Apabila seorang hamba itu mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, lemah lembut dan berkasih sayang terhadap hamba Allah yang lain, tidak berhati kasar dan memudahkan urusan, nescaya Allah juga akan akan berlemah lembut dan sayang kepadanya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sentiasa berlapang dada kerana sikap berlapang dada adalah salah satu sifat mahmudah (sifat terpuji) . Oleh itu berlapang dadalah dengan Allah SWT nescaya Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya, berlapanng dadalah sesama manusia nescaya kita akan dikasihi oleh manusia, dan berlapang dadalah apabila menghadapi masaalah kehidupan , nescaya masalah itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT.








Tuesday, November 22, 2011

Tujuh Amal Soleh Yang Menyusul Seorang Mukmin Semasa di Alam Barzakh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang ia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, sungai (saliran) yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semuanya ini akan menyusul ketika dia meninggal dunia kelak.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tujuh (7) perkara amalan yang dilakukan oleh seorang mukmin akan mendapat pahala yang berterusan mengalir kepadanya walaupun dia telah meninggal dunai . Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.

2. Anak soleh yang ia tinggalkan.

3. Mashaf al-Quran yang dia wariskan.

4. Masjid yang dia bangunkan.

5. Rumah tempat singah musafir yang dia dirikan

6. Sungai (saliran) yang dia alirkan.

7. Sedekah yang dia keluarkan  di kala sihat dan masih hidup.

Huraiannya :

1. Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, mengamalkan ilmu yang disampaikan, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan ulama, memuliakan kekasih-kekasih Allah SWT dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

Apabila kita sampaikan sesuatu ilmu kepada orang lain dan ilmu tersebut diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. Begitu juga sebaliknya ilmu yang memudaratkan orang lain atau ilmu bermaksiat kepada Allah SWT, pengamal dan penyampainya akan mendapat dosa disisi Allah dan dosa yang berterusan sehingga hari kiamat jika di amalkan dan diikuti oleh seseorang. Oleh itu jauhilah diri kita daripada perbuatan dan amalan yang boleh menyesatkan diri kita sendiri dan menyesatkan orang lain.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : “Tiadalah suatu sedekah yang lebih besar yang disedekahkan manusia seperti penyebaran ilmu.” (Hadis Riwayat Tabarani)

Dalam hadis Nabi SAW maksudnya : “Dari ‘Imran bin Hashin r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Akan ditimbang di hari kiamat  nanti tinta  para ulama akan ditimbang dengan darah syuhada, maka bobot tinta ulama lebih unggul mengalahkan  darah syuhada”(Hadis Riwayat Al-Marhabi- Ad-Durrul Mantsur 6h332)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat".

Setiap kalimah, pengajaran, ilmu, tazkirah, risalah, nasihat yang kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi SAW dan kata-kata sahabat Nabi SAW,  ulama yang muktabar dan wali Allah adalah merupakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan dapat menambahkan pahala dan amal soleh ketika kita hidup di dunia ini.

2. Anak soleh yang ia tinggalkan.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (Hadis Riwayat Muslim).

Anak yang soleh adalah seorang anak yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapanya samaada semasa mereka masih hidup atau pun ketika mereka sudah meninggal dunia.  Jika ibu bapanya masih hidup dia akan menghormati, menyayangi dan mematuhi perintah kedua ibu bapanya tanpa derhaka dan menyakiti hati mereka. Tidak terkeluar perkataan 'ah' atau memarahi ibu bapanya. Jika mereka sudah meninggal dunia sentiasa dia mendoakan kesejahteraan dan mohon keampunan daripada Allah SWT  supaya mereka terselamat daripada azab kubur dan di ampunkan dosa-dosa mereka.

'Anak soleh yang ditinggalkan' ini menunjukkan bahawa doa itu bukanlah satu-satunya kebajikan yang boleh disampaikan oleh sianak kepada orang tuanya, malah kelahiran anak yang soleh dalam sebuah masyarakat itu sendiri merupakan satu sumber kabajikan yang besar kepada orang ramai yang akan sampai pahalanya kepada orang tuanya kerana dialah yang menjadi pemimpin Islam yang amanah, penyumbang hidayah dengan berdakwah kepada masyarakat, pembela agama, penyuruh kebaikan dan pencegah kajahatan dan kerana setiap anak yang soleh itu tidak akan lupa mendoakan orang tuanya yang meninggal kelak.

Dalam hadis yang lain terdapat kenyataan bahawa setiap amalan kebajikan yang dilakukan sianak dengan niat disampaikan pahalanya kepada orang tuanya akan disampaikan Allah SWT. Sekiranya kita mengharapkan doa anak-anak kita satu waktu nanti , sekarang apakah tugas kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita ?.

Sekarang adakah kita sudah menjadi anak yang soleh seperti yang dikehendaki?. Berapa banyak sedekah kita?,berapakah banyak kah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain? dan selalukah kita doakan untuk kedua orang tua kita?

Firman Allah SWT maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."(Surah al-Tur ayat 21)

Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan dua hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak dan cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan ibu bapa serta anak dan cucu mereka sebagai salah satu bentuk nikmat dan hiburan kepada mereka.

Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak dan cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).

Walaubagaimanapun nikmat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak dan cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.

3. Mashaf al-Quran yang di wariskan.

Makshaf  al-Quran yang ditinggalkan untuk kegunaan anak-anaknya dan cucu-cicitnya setelah dia meninggal dunia. Termasuk juga naskah al-Quran yang telah diwakafkan di masjid-masjid atau sekolah-sekolah agama. Termasuk juga meninggalkan  kitab-kitab tafsir al-Quran, kitab-kitab hadis Nabi SAW, buku-buku agama yang merangkumi bidang akidah, fiqah, tasauf dan cabang-cabang ilmu Islam. Selagi kitab-kitab dan buku-buku agama tersebut dibaca dan di ambil manfaat oleh anak-anak dan cucu-cicitnya, para pelajar dan orang ramai maka dia akan mendapat pahala yang berterusan di alam barzakh.

Firman Allah SWT maksudnya : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”(Surah al-’Alaq (96) ayat  1-5)

Al-Quran Surah al-’Alaq ayat 1-5 diatas menyatakan bahwa perintah Allah untuk membaca itu diulang,  dua kali: “Bacalah, Bacalah” maksudnya membaca dan membaca, maka dapat kita dapati bahawa membaca dan membaca  itu ialah belajar yang sungguh-sungguh dan lebih mendalam lagi ialah berusaha keras untuk memajukan ilmu pengetahuan agama.

Untuk membaca dan belajar perlu kepada al-Quran, kitab-kitab dan buku-buku agama maka manfaatnya sungguh banyak untuk kegunaan umat Islam.

Diriwayatkan hadis daripada Othman bin Affan r.a. berkata: "Telah bersabda Rasulallah SAW : ‘Sebaik-baik atau yang paling afdhal (atau yang paling utama) (adalah) bagi barangsiapa yang belajar dan mengajarkan al-Quran."(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Termidzi)

4. Masjid yang dia bangunkan.

Di antara sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengenai keutamaan dan kelebihan membina masjid ialah:

مَنْ Űšَنَى لله مَŰłْŰŹِŰŻًۧ Űšَنَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ لُه فى Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© Ù…Ű«Ù„َهُ
(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…)

Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam syurga (binaan) seumpamanya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Masjid yang dibina itu tidaklah mengira sama ada besar atau kecil semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

من ŰšÙ†Ù‰ لله Ù…ŰłŰŹŰŻŰ§ Ű”ŰșِÙŠŰ±ًۧ كَŰ§Ù†َ ŰŁÙ… ÙƒŰšÙŠŰ±ًۧ Űšَنَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ لَهُ ŰšÙŠŰȘًۧ فِى Ű§Ù„ŰŹَنّŰ©ِ

(Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°Ù‰)

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membina masjid sama ada kecil atau besar nescaya Allah ‘Azza wa Jalla akan membangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Selagi umat Islam menggunakan masjid tersebut pahalanya akan mengalir terus kepada mukmin tersebut yang telah memberi sumbangan samaada dia masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

5. Rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan.

Wakaf adalah suatu perkara yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah. Seseorang muslim digalakkan untuk melaksanakan wakaf buat manfaat orang lain, dengan memenuhi keperluan mereka yang memerlukan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Wakaf juga merupakan salah satu amal soleh yang utama yang akan berguna kepada para pewakaf setelah mereka meninggal dunia.

Membina rumah tempat singgah musafir sebagai wakaf untuk kegunaan umat Islam adalah satu jalan yang boleh mendatangkan pahala yang berterusan. Dalam realiti kita sekarang ini hampir tidak ada lagi rumah musafir yang diberi penginapan percuma kepada umat Islam yang bermusafir kerana dimana-mana sahaja kita akan berjumpa hotel, rumah tumpangan atau resort yang dikenakan bayaran menyewa bilik.

Oleh itu jika ada dikalangan umat Islam yang berkemampuan untuk mewakafkan rumah penginapan musafir secara percuma (hanya dikenakan dengan bayaran yang minima untuk bayaran api, air, pengurusan dan penyelenggaran) maka usaha-usaha murni ini akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT.

Takrifan asal wakaf ialah sesuatu itu ‘dibekukan’ manakala hasilnya diinfakkan di jalan Allah. Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a. telah berkata:

“Umar bin al-Khattab r.a. telah diberikan bahagian dalam bentuk sebidang tanah di Khaibar. Beliau pergi berjumpa Rasulullah SAW. dan bertanya kepada baginda tentang apa yang sepatutnya dilakukan dengan tanah tersebut. Kata Umar: ‘Wahai Rasulullah! Aku telah diberikaan sebidang tanah di Khaibar sedangkan aku belum pernah menerima harta yang lebih berharga daripada itu. Apakah yang engkau perintah aku lakukan?’ Baginda bersabda: ‘Sekiranya kamu mahu, kamu boleh bekukannya dan memberi dalam bentuk sedekah.’ Lalu Umar r.a. telah menjadikannya sebagai sedekah dan menetapkan bahawa ia tidak boleh dijual atau diwarisi. Beliau juga memberikan sedekah kepada fakir miskin, kaum kerabat dan hamba kerana Allah. Begitu juga kepada para musafir dan tetamu. Katanya lagi: ‘Tidak dikira berdosa seseorang yang diamanahkan menjaganya kemudian memakan hasilnya secara berpatutan atau memberi makan kepada orang lain tanpa menyimpan apa-apa untuk masa akan datang.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Sungai (saliran) yang dia alirkan.

Membina saluran air yang di ambil daripada sungai yang mengalir untuk kegunaan orang ramai samaada untuk minum atau pertanian adalah satu usaha yang mulia di sisi Allah SWT. Selagai manusia dan binatang boleh mendapat manfaat daripada air sungai ini maka usaha-usaha yang murni iniakan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Termasuk juga sumbangan kita untuk  membina telaga-telaga baru  untuk kegunaan manusia di kampung-kampung yang tidak ada lagi bekalan air paip atau sekolah-sekolah agama atau tahfiz  yang tidak cukup bekalan air untuk kegunaan para pelajarnya.

Termasuk juga member sumbangan atau membiayai sepenuhnya untuk memasang paip-paip air dan tangki air untuk kegunaan masjid baru atau sekolah agama baru .

7. Sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup.

Pada hakikatnya sedekah bertujuan memastikan wujudnya keadaan hidup bantu-membantu dalam masyarakat. Selain mendekatkan diri kepada Allah, sedekah juga membuka peluang yang luas kepada orang mukmin untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dengan mewakafkan harta mereka di jalan Allah. Sesungguhnya Islam menggalakkan memberi sedekah dan sedekah jariah berupa harta wakaf bagi membesarkan pengertian ihsan dan at-takaful (saling membantu sesama orang Islam) bagi merealisasikan tujuan syariat yang menyarankan agar melakukan kebaikan dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan takwa.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dapat mengenyangkannya daripada lapar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam sebuah pintu daripada pintu-pintu syurga, dan tiadalah yang dapat memasukinya melainkan orang sepertinya.” (Hadis Riwayat Tabarani)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan tujuh (7) perkara amal soleh yang dinyatakan oleh hadis diatas yang akan menjadi bekalan dan pahalanya menyusul  kepada kita walaupun kita telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh.

Orang mukmin yang cerdik akan berusaha menyiapkan pelaburan jangka panjang untuk kebaikannya kerana ketika itu semua amalannya akan terputus melainkan tujuh perkara yang di usahakan semasa hidup di dunia. Harta yang tersimpan dirumah dan di bank belum tentu menjadi milik kita sebelum ianya digunakan dijalan Allah SWT  dan sedekah jariah yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.






Monday, November 21, 2011

Jauhi Sifat Ujub Kerana Boleh Mendatangkan Kemurkaan Allah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan sifat ujub dan ciri-cirinya , maka terdapat 10 definasi ujub iaitu :

1. Ujub adalah satu sifat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan sifat takbur dan riyak.

2. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kepandaian, keturunan, kekayaan dan lain-lain.

3. Ujub terjadi apabila seseorang itu merasa kagum akan kelebihan dan kebolehan yang diberikan llahi kepada dirinya, di mana kebiasaaanya kelebihan dan kebolehan itu menjadikan dia kelihatan istimewa jika dibandingkan dengan orang lain. Dirinya merasa hebat dengan apa yang diberikan Allah lantas terpesona dengan kelebihan dan kebolehannya itu sendiri.

4. Ujub itu sememangnya ditegah Islam dan perasaan ujub itu boleh menyebabkan seseorang yang pada asalnya peramah dan merendah diri namun akhirnya menjadi sombong dan bongkak. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu memandang rendah pada orang lain dan meremeh-remehkan kelebihan dan kebolehan insan lain.

5. Ujub ini menunjukkan pergolakan didalam hati diantara ikhlas dan kebanggaan dirinya, lalu rasa takjub dengan keupayaannya melebihi segala-galanya didalam amal kebajikannya.

6. Ujub adalah satu sifat yang  tercetus dengan kelebihan diri sendiri dan merasakan dirinya melebihi dari orang lain. Sifat ego, berbangga diri, sombong terhasil dari sifat ujub.

7. Ujub ini dikelasifikasikan sebagai penyakit rohani yang melanda jiwa atau hati manusia. Penyakit ini merupakan penyakit yang merbahaya kepada manusia dan bertindak menghapuskan kebaikkan (silent killer) yang telah dilaksanakan oleh seseorang hamba.

8. Ujub biasanya terdapat kepada mereka-mereka yang pandai, baik pandai didalam bidang agama ataupun didalam hal-hal duniawi. Maka timbulkan perasaan, "Aku tak baca pun dah tahu", atau "hebat juga aku ini". Ibadat yang dilakukan oleh orang yang ujub akan berkisarkan tentang kemampuna dirinya melakukan kebajikan atau ibadat, kalau bukan kerana 'dirinya', tidak mungkin ibadat atau amal kebajikan itu dapat dilakukan. Orang sekarang panggil 'syok sendiri'. Percantuman daripada sifat riyak dan sifat ujub ini akan terpancar didalam sifat takabur.

9. Ujub ini akan menyebabkan seseorang tidak mahu berusaha. Ujub akan menyebabkan seorang insan tidak mahu berusaha lebih kerana beranggapan sudah memilikinya.

10. Orang yang memiliki sifat ujub dengan pendapat akan sentiasa berpada dengan ilmu yang dimilikinya dan tidak berusaha menambahkan kearah yang lebih banyak ilmu. Orang yang ujub dengan pendapatnya  akan beranggapaan bahawa pendapatnya adalah benar manakala pendapat-pendapat lain adalah salah. Sifat ujub membawa kepada sifat takabur.

Dalil al-Quran mengenai sifat ujub :

1. Kisah Qarun. (Kufur dan lupa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala)

Firman Allah SWT maksudnya : “Dia (Qarun) berkata: 'Sesungguhnya aku hanya diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." (Surah al-Qashash ayat 78)

Qarun bersifat ujub kerana dia merasakan bahawa harta yang banyak yang dia miliki adalah hasil daripada kepandaiannya mengumpulkan harta dan perniagaan yang dia usahakan, sedangkan asalnya dia adalah seorang yang miskin dan tidak memiliki apa-apa kepandaian. Berkat daripada pertolongan dan doa Nabi Musa a.s yang menyebabkan Allah SWT mengurniakan harta yang banyak kepadanya. Ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat adakah Qarun hendak bersyukur dan taat kepada-Nya. Ujub yang dimiliki Qarun adalah rasa bangga dengan nikmat yang ada tanpa mengaitkan dengan pemberian daripada  Allah SWT.

Begitu banyak nikmat yang diterima seorang hamba, tetapi ia lupa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah memberinya nikmat itu. Sehingga hal itu menggiringnya kepada penyakit ujub, ia membanggakan dirinya yang sebenarnya tidak patut untuk dibanggakan.

2. Kisah Perang Hunain. (Berbangga dengan bilangan yang ramai)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." (Surah at-Taubah ayat 25.)

Tentera Islam merasa ujub dan bangga diri apabila mempunyai bilangan anggota  yang ramai di dalam Perang Hunain dan merasakan pasti beroleh kemenangan kerana dengan bilangan yang sedikit dalam Perang Badar dan peperangan yang lain boleh berjaya inikan pula dengan bilangan yang ramai, hati dan jiwa tidak lagi bergantung kepada Allah SWT . Akibatnya bumi yang luas menjadi sempit dan keadaan kocar kacir hingga adalah terpaksa berundur kebelakang.

3. Membalas penghormatan orang lain untuk mengelakkan perasaan ujub.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman maksudnya : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).” (Surah an-Nisa’ ayat 86)

Islam melarang kita berbangga diri apabila orang memberi penghormatan kepada kita, sepatutnya kita membalas penghormatan dengan penghormatan yang lebih baik atau serupa supaya terhindar daripada sifat ujub dalam diri kita.

4. Orang mukmin yang percaya perkara ghaib tidak akan menyombongkan diri dan tidak ada sifat ujub.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah ayat 15-16)

5. Allah SWT amat membenci kepada hamba-hamba-Nya yang sombong, angkuh dan suka membanggakan diri.

Firaman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri," (Surah Luqman ayat 18)

Letakkanlah segala penghargaan terhadap kelebihan dan kebolehan itu pada Allah dan ketahuilah bahawa segala kekurangan dan kelemahan itu datangnya dari diri sendiri. Labuhkanlah rasa kagum itu pada Allah, dan terpesonalah pada kekuasaan Allah, bukan pada diri.

Dalil-dalil hadis mengenai sifat ujub :

1. Memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya.

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan mengang-gapnya bagai angin lalu.

Nabi SAW telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadis maksudnya : “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan mudah dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Berlebih-lebihan dalam memuliakan dan menghormati.

Barangkali inilah hikmahnya Rasulullah SAW melarang sahabat-sahabat baginda untuk berdiri menyambut baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah SAW  bersabda “Barangsiapa yang suka agar orang-orang berdiri menyambutnya, maka bersiaplah dia untuk menempati tempatnya di neraka.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, beliau katakan: hadis ini hasan)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Janganlah kamu berdiri menyambut seseorang seperti yang dilakukan orang ajam (bukan Arab) sesama mereka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Abu Umamah

3. Lengah terhadap akibat yang timbul dari penyakit ujub.

Sekiranya seorang insan menyadari bahawa ia hanya membuat dosa dari penyakit ujub yang menjangkiti dirinya dan menyadari bahawa ujub itu adalah satu dosa sedikitpun ia tidak akan bersikap dengan sifat ujub.

Apalagi jika ia merenungi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Sesungguhnya seluruh orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat bagaikan semut yang diinjak-injak manusia.”

Ada seseorang yang bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah seseorang itu ingin agar baju yang dikenakannya bagus, sandal yang dipakainya juga bagus?”

Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, dan menyukai keindahan, hakikat sombong itu ialah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)

4. Azab dan pembalasan cepat ataupun lambat. Seseorang yang terkena penyakit ujub pasti akan merasakan pembalasan atas sikapnya itu. Dalam sebuah hadis disebut :
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (merasakan dirinya lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat," (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukuman ini dirasakannya di dunia akibat sifat ujub. Seandainya ia lulus dari hukuman tersebut di dunia, yang jelas amalnya pasti terhapus.


Dengan begitu kita harus berhati-hati dari sifat ujub ini, dan hendaknya kita memberikan nasihat kepada orang-orang yang terkena penyakit ujub ini, yaitu orang-orang yang menganggap hebat amal mereka dan mengecilkan amal orang lain.


5. Dalilnya adalah hadis yang menceritakan tentang seorang yang bersumpah atas nama Allah bahwa si Fulan tidak akan diampuni, ternyata Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengampuni si Fulan dan menghapus amalnya sendiri.

Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan bahawa seorang lelaki berkata: “Allah tidak akan mengampuni si Fulan! Maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala pun berfirman:

“Siapakah yang lancang bersumpah atas namaKu bahwa Aku tidak mengampuni Fulan?! Sungguh Aku telah mengampuninya dan menghapus amalanmu!”
(Hadis Riwayat Muslim)


6. Bergaul dengan orang yang terkena penyakit ujub akan terikut sama.

Tidak syak lagi bahwa setiap orang akan mencontohi tingkah laku sahabatnya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri bersabda yang bermaksud : “Seseorang yang duduk (bersahabat) dengan orang soleh dan orang yang buruk adalah bagaikan bersahabat dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Teman akan membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang.

Kisah sahabat Rasulullah SAW (Saidina Umar al-Khattab r.a dengan Jabalah bin Al-Aiham)

1. Berbangga-bangga dengan nasab dan keturunan adalah memiliki sifat ujub.

Seorang insan terkadang memandang mulia diri-nya karena darah biru yang mengalir di tubuhnya. Ia menganggap dirinya lebih utama dari si Fulan dan Fulan. Ia tidak mau mendatangi si Fulan sekalipun berkepentingan. Dan tidak mau mendengarkan ucapan si Fulan. Tidak syak lagi, ini merupakan penyebab utama datangnya penyakit ujub.

Dalam sebuah kisah pada zaman khalifah Umar radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahawa ketika Jabalah bin Al-Aiham memeluk Islam, ia mengunjungi Baitullah Al-Haram. Sewaktu tengah melakukan thawaf, tanpa sengaja seorang Arab badui menginjak kainnya. Tatkala mengetahui seorang Arab badui telah menginjak kainnya, Jabalah langsung melayangkan tangannya memukul si Arab Badui tadi hingga terluka hidungnya. Si Arab Badui itu pun mengadu kepada Umar radhiyallahu ‘anhu kerana tindakan Jabalah tadi memukul dirinya.

Umar radhiyallahu ‘anhu pun memanggil Jabalah lalu berkata kepadanya: “Engkau harus diqisas wahai Jabalah!”

Jabalah membalas: “Apakah engkau menjatuhkan hukum qisas atasku? Aku ini seorang bangsawan sedangkan ia (Arab Badui) orang yang rendah darjatnya!”

Umar radhiyallahu ‘anhu menjawab: “Islam telah menyamaratakan antara kalian berdua di hadapan hukum!”

Tidakkah engkau ketahui bahwa:

Islam telah meninggikan derajat Salman seorang pemuda Parsi
Dan menghinakan kedudukan Abu Lahab kerana syirik yang dilakukannya.

Ketika Jabalah tidak mendapatkan alasan untuk melepaskan diri dari hukuman, ia pun berkata: “Berikan aku waktu untuk berfikir!”

Ternyata Jabalah melarikan diri pada malam hari. Diriwayatkan bahwa Jabalah ini akhirnya murtad dari agama Islam, lalu ia menyesali perbuatannya itu. Wal ‘iyadzubilla

Pandangan ulama mengenai sifat ujub :

1. Ibn Utsaimin berkata : "Walaupun pembalasan akan dilakukan keatas mereka yang riyak di hari akhirat, Allah SWT akan mendedahkan orang yang riyak dan ujub mengenai niat jahatnya. Nabi SAW bersabda maksudnya :  "... Barangsiapa yang riyak, Allah akan mendedahkannya" (Hadis Riwayat Bukhaari, 6134; dan Muslim; 2986).

2. Bisyr Al-Hafi mendefenisikan ujub sebagai berikut: “Yaitu menganggap hanya amalanmu sahaja yang banyak dan memandang remeh amalan orang lain.”

3. Salah seorang ulama salaf pernah berkata: “Seorang yang ujub akan tertimpa dua kehinaan, akan terbongkar kesalahan-kesalahannya dan akan jatuh martabatnya di mata manusia.”

4.  Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata: “Iblis jika ia dapat melumpuhkan bani Adam dengan salah satu dari tiga perkara ini: ujub terhadap diri sendiri, menganggap amalnya sudah banyak dan lupa terhadap dosa-dosanya. Dia berkata: “Saya tidak akan mencari cara lain.” Semua perkara di atas adalah sumber kebinasaan. Berapa banyak pelita yang padam kerana tiupan angin? Berapa banyak ibadah yang rosak karena penyakit ujub?"

5. Imam Syafi’i pernah berseru di hadapan khalayak ramai katanya : “Barangsiapa yang mengangkat-angkat diri sendiri secara berlebihan, nescaya Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan menjatuhkan martabatnya.”

6. Sufyan at-Tsauri mendefinisikan bahawa ujub itu adalah perasaaan kagum pada diri sendiri sehinggakan diri merasa bahawa dirinya lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding orang lain.

7. Berkata Sheikh Ibnu Taimiyah :"Seseorang yang melakukan riyak pada hakikatnya ia tak melakukan firman Allah : (Hanya kepadaMu aku menyembah), dan orang yang bersikap ujub (bangga kepada diri sendiri) pada hakikatnya ia tak melakukan firman Allah : (Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan) dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu kami menyembah), maka ia telah keluar dari sikap riya, dan barang siapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan), maka ia telah keluar dari sikap ujub". (Majmu' Fatawa 10/277).

8. Berkata Said bin Jabir (ahli salaf) berkata : "Sesungguhnya seorang hamba melakukan amal kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan amal buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk syurga, hal itu adalah kerana amalan baiknya itu menjadikan ia berbangga pada dirinya sendiri (ujub) sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu".

Sahabat yang dimuliakan,
Ketahuilah apa sahaja keistimewaan diri itu bukanlah hak dan kepunyaan diri yang hakiki, namun hanyalah pinjaman sementara dari Ilahi. Jangan mudah terpesona dengan nikmat yang ada pada manusia. Semuanya itu bakal hilang sekelip mata andai diri tidak tahu bersyukur dan menyebabkan diri semakin jauh tersasar dari landasan yang seharusnya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah "Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur," (Surah al-Mulk ayat  23)

Janganlah kalian membenarkan walau secebis sedikitpun perasaan ujub menyinggah hati, kerana ujub itu boleh membinasakan diri. Dengan membenarkan perasaan ujub menguasai hati, ia seseolah membiarkan diri hanyut dengan kenikmatan dunia walaupun diri tahu dengan jelas dan sedar bahawa diri ini hanyut dibawa arus nikmat bahaya. Jangan biarkan diri hanyut dibawa arus kebanggaan dan ujub terhadap kelebihan diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri)," (Hadis Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Sahabat yang dikasihi,
Andaikata kalian  membenarkan walau sedikit perasaan ujub menyinggah hati, ia akan mula merebak sebagaimana merebaknya api dari membakar secebis kain dan akhirnya menghanguskan sebuah rumah. Hatimu akan terbakar, menjadi hitam dan mengundang pelbagai sifat-sifat hitam yang lain, seperti sombong, bongkak, iri hati, dengki, khianat-mengkhianati dan sebagainya.

Hakikatnya, manusia tidak layak sedikit pun untuk merasa ujub kerana apa sahaja kebaikan yang ada itu datang dariNya, dan kembalilah kepada Allah jua segala pujian dan rasa kekaguman itu. Senantiasalah berhati-hati agar hati tidak dihinggapi penyakit ujub, agar hati dapat dipelihara sebaik mungkin dari sebarang anasir-anasir yang bakal menggelapkannya.