Thursday, March 5, 2015

Kemuskilan Agama : Sedekah Dengan Hati (Niat), Lisan dan Perbuatan.

Soalan Ke Enam Puluh Sembilan  : Biasanya orang bersedekah dengan wang ringgit atau harta. Bolehkan ustaz jelaskan apakah jenis-jenis sedekah yang boleh di lakukan oleh seseorang selain daripada memberikan wang ringgit kerana orang miskin yang tak ada harta boleh juga mendapat pahala sedekah.?

Jawapan : 

Kita digalakkan memberi sedekah dengan harta atau wang ringgit untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal yang dhaif, golongan oku, pembinaan masjid atau surau, bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, pembinaan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan madrasah dan untuk pembiayaan majlis-majlis ilmu dan pengajian al-Qur'an.

Walau bagaimana pun bagi golongan yang tidak berkemampuan dan tidak berharta, mereka masih boleh bersedekah melalui hati (niat), lisan dan perbuatan.

Rasulullah SAW. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu sedekah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Pertama sedekah dengan hati :

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi SAW bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas menjelaskan keazaman seseorang yang ingin bersedekah sekiranya ditakdirkan memiliki harta seperti orang kaya tersebut.maka pahalanya adalah sama walau pun dia tak mampu lagi melaksanakan niat-niatnya yang baik itu. 

Kedua sedekah dengan lisan :

Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah sedekah."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak menguris hati orang lain.

Ketiga sedekah dengan perbuatan :

1. Senyuman, adalah sedekah.

(ŰȘَŰšَŰłُّمُكَ فِي وَŰŹْهِ ŰŁَŰźِيكَ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°Ù‰

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah shadaqah” (HR. Tirmidzi)

2. Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

3. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.Rasulullah SAW bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak mengganggu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Hadis Riwayat Muslim)

Membuang duri atau benda yang menyakitkan (seperti kaca, paku) dijalanan adalah satu sedekah.

Daripada Ibnu Abbas, Nabi bersabda “…..dan membuang bahaya di atas jalan adalah sedekah“

4. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,ia mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, ”Setiap persendian manusia ada sedekahnya setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya, kamu mendamaikan di antara dua orang adalah sedekah,kamu membantu seseorang untuk menaikkannya di atas kendaraannya atau mengangkatkan barangnya di atasnya adalah sedekah, kalimat yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang kamu tempuh menuju solat adalah sedekah, dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah.”(HR.al-Bukhari ,no.2989 dan Muslim, no 1009)

5. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.

6. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada manusia atau binatang.

7. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu  membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang tersebut.

8. Mengajarkan ilmu.

9. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah..

Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik,  dengan kata-kata yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.

Monday, March 2, 2015

Kisah Surat Daripada Arwah Ibu Kepada Anaknya.

Surat yang diwasiatkan oleh seorang ibu untuk diberikan kepada anaknya yang telah lama tidak datang menjenguknya di hospital. Menurut anaknya, dia ada tugasan di luar negara sedangkan dia tahu ketika itu ibu dia sedang sakit tenat. Sebelumnya pun dia jarang datang melawat ibu ini, tetapi meninggalkan bayaran yang banyak kepada pihak hospital untuk menjaga ibunya yang sedang sakit dan cacat itu…

Ibu ini yang sangat rindu akan anaknya telah meminta seorang jururawat di situ untuk menuliskan surat ini dan menyampaikan kepada anaknya ketika dia telah meninggal dunia.

Isi kandungan surat tersebut berbunyi :

"Anakku yang tercinta, ibu sangat sedih kerana surat ini menjadi perantara komunikasi antara kita, tetapi inilah satu-satunya cara yang ada pada ibu, yang memungkinkan bagi ibu untuk memberitahu kamu tentang perkara-perkara yang harus kamu dengar dari ibu sebelum ibu meninggalkan dunia yang fana ini.

Anakku, semenjak kamu menipu dan membawa ibu masuk ke rumah sakit ini, walaupun ibu tidak mahu… ibu jarang melihatmu melainkan sekali sekala sahaja, oleh itu biarlah ibu berbicara melalui surat ini dan kamu akan meneliti setiap patah perkataannya tanpa boleh memotong satu ayatpun darinya.

Anakku tercinta… ketika surat ini sampai kepadamu bererti ibu telah meninggalkan kehidupan ini.

Wahai anakku, sesungguhnya ibu dapat merasakan akan pergi dalam waktu dekat, doktor telah memberitahu bahawa keadaan kesihatan ibu semakin lemah… ibu memerlukan tambahan darah dalam jumlah yang banyak… tetapi kamu tiada disisi ibu…

ibu cuba menolakkannya kerana tiada darah ganti kerana kamu masih lagi belum datang menjenguk ibu, dan ibu dapat merasakan kehadiran malaikat maut yang selalu datang untuk menjalankan tugasnya namun ibu tidak tahu bila, namun ibu pasti ianya hampir…

Wahai anakku, jangan kamu anggap bahawa dengan kata-kata ini, ibu berusaha untuk menarik simpatimu agar datang menziarahi ibu disini. Tidak, bukan itu tujuan dan maksud ibu, karena ibu telah wasiatkan kepada pembawa surat ini agar tidak menyerahkannya kepadamu kecuali setelah ibu meninggalkan kehidupan ini menghadap Allah yang Esa. Karena ibu tahu bahawasanya selama ibu masih hidup kamu tidak akan membacanya, kamu sibuk dengan kesibukan duniamu, dan ibu berharap kamu akan membacanya setelah kematian ibu.

Kerana ibu tahu, ketika ibu sudah mati, ibu tidak akan menyusahkan kamu lagi, kerana ketika ibu ada didunia inipun seperti tiada apa-apa erti bagi kamu anakku. Tapi ketahuilah anakku, ibu sangat teringin untuk melihat wajah anak ibu buat kali terakhirnya sebelum mata ibu tertutup rapat. Sebenarnya ibu amat rindukan kamu.

Anakku yang ibu sayang… ibu amat berduka disaat-saat akhir hidup ibu, ibu bersendirian tanpa ditemani oleh kamu. Setelah ayah tiada, kita hanya hidup berdua… sehinggalah kamu dewasa dan berjaya. Kejayaan dan rakan-rakan niaga kamu telah mengambil alih tempat ibu. Ibu sudah tidak penting bagi kamu, ya… kamu sudah besar… kamu sudah berjaya… kamu sudah kaya…

kamu malu punya ibu seperti dan secacat ini. duit yang kamu hantar hanya seperti bayaran kepada ibu membesarkan kamu. ibu lebih rela tidak makan asalkan dapat bersama kamu anakku. ibu lebih mengenyangkan jiwa ibu ini.

Ibu ingin seperti ibu-ibu yang lain, dikala ibu telah tidak mampu untuk berdiri lagi, kamu ada untuk mengambilkan wudhu’ untuk ibu… ibu mahu kamu menyarungkan telekung buat ibu… tapi sayang… itu bukan lagi menjadi tugasmu setelah kamu mengenal erti hidup dalam kemewahan bersama rakan-rakanmu.

Dan yang paling penting anakku sayang, ibu mahu mendengar suaramu berbisik ke telinga ibu akan khalimah suci sebelum roh dan jasab ibu berpisah. Ibu juga ingin kamu bersama mentalkinkan ibu serta mendo’kan rahmat dan pengampunan Allah untuk ibu…

Sesungguhnya kematian ditempat ini tidak ada harganya.. karena si sakit tidak lebih dari pengisi tempat tidur yang akan kosong untuk diisi pada hari berikutnya oleh pesakitan lain, menanti gilirannya diatas papan penantian!

Anakku, sesungguhnya ibu ingin mema’afkanmu.. ibu nantikan wajahmu setiap hari untuk datang menggengam erat tangan ibu sambil menciumnya… “Ma’afkan saya Ibu” suara yang sangat ibu nantikan…

Tapi malang, hingga surat ini kamu baca, kamu lebih mengutamakan keseronokan hidupmu dari bersama ibu yang telah tua dan sakit ini..

tahukah kamu anakku sayang, walaupun begitu, ibu telah maafkan kamu dan boleh melupakan segalanya kerana itulah kasih sayang seorang ibu yang tiada penamatnya… namun, ibu tidak pasti walaupun ibu telah memaafkankamu, bahawa kamu akan selamat dari azab Allah sebagai anak yang mendurhai kedua ibu ayahnya… Allah itu tidak pernah lupa dan tidak tidur…

Satu pesan ibu… bertaubatlah anakku… kembalilah kepada Allah SWT.

Ibumu yang terluka

Sunday, March 1, 2015

Makanan ‘E-Codes’, Halal Di Malaysia

Apakah semua tanda E code haram?

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini...

Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920

Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini. Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.

Logo Halal JAKIM :

Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:

Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.

E110: dari sumber chemical

E120: dari summer serangga

E140: dari sumber tumbuhan

E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet

E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.

E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E234: Nisin; dari sumber microbe.

E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:

Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier

E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.

Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.

Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.

Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.

Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).

Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.

Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.

Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.

Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.

Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).

Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.

Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.

Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..

School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my