Saturday, October 3, 2009

Bersegeralah Untuk Berbuat Amal Soleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap hari apabila kita lihat di dada akhbar, terdapat berbagai-bagai berita jenayah dan keruntuhan moral yang amat parah sekali. Kes bapa memperkosa anak sendiri sudah menjadi biasa dan tidak menjadi berita mengemparkan lagi. 

Kes tiga wanita Islam sanggup memperdagangkan tubuh kepada berbelas-belas warga asing dirumah kongsi ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal amat memalukan sekali. Kes mayat-mayat bayi yang dijumpai mati dibunuh oleh ibunya sendiri sering berlaku disana sini termasuk bayi-bayi yang masih hidup tetapi dibuangkan merata tempat tanpa rasa belas kasihan oleh seorang ibu!

Apa sudah jadi kepada umat Islam hari ini, kemanakah perginya iman mereka? dimanakah hilangnya akhlak meraka? Dimana letaknya nilai-nilai kemanusiaan?Adakah manusia sudah bertukar kepada sifat kehaiwanan atau lebih rendah lagi? Kenapakah keadaan ini boleh berlaku dan terus berlaku, seolah-olah tidak ada penamatnya.

Makin hari nilai-nilai murni makin hilang, jenayah berlaku setiap hari, maksiat dan gejala sosial dilakukan merata-rata tempat dan tidak berselindung-selindung lagi. Umat Islam sudah tidak ada lagi rasa takut atas kemurkaan Allah, tidak pernah terlintas langsung bala dan musibah akan turun diatas tangan-tangan jahat yang membuat kerosakan dimuka bumi!

Salah satu fakor besar yang membawa keruntuhan moral yang parah adalah disebabkan sistem hidup Islam yang sempurna tidak dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat kita. Sistem pendidikan Islam tidak mampu membentuk untuk menghasilkan insan kamil atau insan berakhlak mulia. Sikap pemerentah 'double standard' disatu masa membina masjid untuk melahirkan manusia beriman, pada masa yang lain membenarkan pusat-pusat hiburan , kelab malam, kedai-kedai judi dan lain-lain hidup bercambah sehigga tak ada kawalan.

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Ini adalah wasiat Rasulullah SAW  kepada umatnya, dimana dalam wasiat ini baginda memperingatkan, bahawa akan muncul suatu zaman yang di dalamnya terjadi berbagai fitnah antara manusia.

Fitnah di sini boleh tafsirkan sebagai kemaksiatan, kekufuran dan dosa-dosa besar berlaku dikalangan umat Islam.Ia juga boleh ditafsirkan sebagai mempersenda-sendakan ajaran Islam, perintah-perintah Allah dan rukun-rukun Islam. Boleh juga dimaksudkan sebagai kafir kepada Allah, Rasul-Nya dan apa yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW memperingatkan umatnya agar tidak malas dalam beribadat dan beramal soleh, sebaliknya harus memperbanyakkan kedua-duanya. Setiap hari ketika anak Adam menemui pagi, maka saat itu ada kesempatan baginya yang harus ia manfaatkan dengan memperbanyakkan ketaatan, ibadat dan amal soleh. Dengan begitu, ia akan sentiasa taat kepada Tuhannya dan menjauhi segala larangan-Nya, sehingga akan bertambah kebaikannya, semakin berat timbangan amal kebajikannya dan terhapus dosa-dosanya.

Janganlah ditangguh-tangguhkan untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Kerana kita tidak mengetahui bahawa kemungkinan ia akan menjadi korban fitnah, yang menyebabkan dirinya berubah dari mukmin menjadi kafir, dari seorang hamba yang taat menjadi ahli maksiat dan durhaka kepada Allah SWT. Berkemungkinan ia sedang beramal dengan ahli syurga dan jaraknya hanya tinggal sehasta, tiba-tiba datang gangguan, cubaan dan fitnah maka ia pun beramal dengan amal ahli neraka dan akhirnya masuk kesana.nauzubillah!

Rasulullah SAW cukup bimbang kepada umatnya yang suka menunda-nunda atau melingah-lengahkan amal-amal soleh kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok. Ingatlah! Masa berjalan terus, ia tidak menunggu sesiapa, dunia sentiasa berubah dan fitnah-fitnah yang dibawa oleh syaitan dan Iblis dan didurong oleh hawa nafsu itu akan muncul terus dan mengoda manusia.

Sahabat yang dikasihi,
Bayangkan bagaimana keadaan ini boleh berlaku iaitu seseorang paginya beriman dan petangnya kafir dan ada pula yang petangnya beriman dan paginya kafir. Kalau tidak diambil perhatian serius apa akan terjadi sekiranya ketika ia menjadi kafir waktu petang atau pagi tiba-tiba ajalnya datang mengejut? Jadilah ia seorang yang mati dalam kekufuran kepada Allah SWT. Nauzubillahiminzalik.

Beberapa contoh yang pernah berlaku dalam masyarakat kita :
1. Wanita Islam sanggup menukar agamanya kerana bercinta dengan lelaki kafir dan berkahwin untuk sehidup dan semati (berlaku di Banting Selangor dan Pontian Johor).

2. Seorang lelaki Islam sanggup bunuh diri hanya disebabkan perselisihan dengan isterinya (berlaku di Kuala Selangor, Selangor).

3. Seorang lelaki Islam sanggup tukar kepada agama Kristian kerana kemiskinan dan dia dipulaukan oleh orang kampung (berlaku di Kuantan, Pahang).

Banyak lagi contoh-contoh lain yang berlaku yang tidak diceritakan di akhbar. Menurut mufti Perak orang Islam yang murtad di Malaysia melebihi 100,000 orang kerana berbagai-bagai sebab dan alasan. Inilah yang dikatakan sanggup menjual agamanya dengan barang perhiasan dunia. Dengan harta dan wang ringgit ia sanggp menjual aqidahnya.

Sahabat yang diredai Allah,
Sesungguhnya seorang mukmin sejati adalah orang yang paling takut hatinya dan takut kepada kemaksiatan dengan segenap jalannya. Banyaknya maksiat itulah yang akan menyebabkan ujud selaput hitam pekat pada hati menyebabkan cahaya dan hidayah Allah tidak dapat memasuki hati manusia.

Seorang mukmin sejati adalah orang yang sabar terhadap bujukan-bujukan dunia dan waspada terhadap apa-apa yang dipandang indah oleh syaitan, jin dan manusia. Semuanya barang perhiasan dunia dan kenikmatannya hanya sementara bila tiba masanya manusia akan mati dan menemui Allah s.w.t. Apabila mati anak Adam semua yang dimiliki akan ditinggalkan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

Friday, October 2, 2009

Waktu-waktu Mustajab Doa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menurut Ibn Atha', doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah SWT. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu. Terdapat 22 waktu dimakbulkan doa ialah :

1. Berdoa sewaktu hujan turun. 

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).

2. Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3. Selesai membaca al-Fatihah dalan solat.

4. Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah. 

Nabi SAW  bersabda yang bermaksud : "Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Allah SWT. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Ku berikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Kuampunkan?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Waktu di antara azan dan iqamah. 

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

7. Ketika sujud dalam solat. 

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa."
(Hadis Riwayat Muslim).

8. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tahiyat akhir.

9. Selesai solat fardu.

 Ditanya kepada Rasulullah SAW, "Do'a manakah yang didengar (Allah)?" Sabda baginda, "Do'a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

10. Sepanjang waktu berpuasa. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

11. Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan.

12. Ketika khatam 30 juz al-Quran.

13. Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa. 

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya".
(Hadis Riwayat Bukhari).

14. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Tiga bentuk doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

15. Pada hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik doa adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

16. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdoa kepada Allah lalu Allah terimanya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17. Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Ku lindungi."

18. Waktu menerima ujian.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Surah al-Naml ayat 62)

19. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT atau jarang-jarang sekali ditolak; doa sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20. Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melapurkan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu."
(Hadis Riwayat Muslim)

21. Selepas saat kematiaan seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi SAW. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendoakan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendoakan untuk Abu Salamah r.a".

22. Ketika ayam berkokok. 

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbanyakkan doa untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk kebaikan dunia dan akhirat. Carilah waktu-waktu mustajab doa semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Ikhlaskanlah hati kita apabila berdoa dan sebaik-baiknya solat taubat 2 rekaat dan terus berdoa.

(Dipetik dari buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

Sepuluh Dasar Muhasabah Harian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mari kita mulakan dengan doa ini : "Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu sahajalah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami kejalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat."

Persaksikan bahawa tidak ada pengatur kecuali Allah SWT dan bersyahadahlah bahawa Nabi Muhammad SAW itu sebagai hamba dan utusan Allah. Fokuskan hati kalian kepada memuja dan mentaati Allah serta mengikut contoh kehidupan Rasulullah SAW.

Peliharalah diri kalian dari terikut rentak dan ragam manusia yang dimurkai Allah SWT. Sedarilah tekanan kehidupan hari ini terlalu banyak. Semua gejala tamadun baru yang direka menurut keinginan nafsu hanya bertujuan menyesatkan dan meruntuhkan nilai norma yang tinggi. Sekaligus menghancurkan sendi-sendi budi dan akhlak yang mulia yang mengembangkan sifat kejahilan di kalangan umat.

Sahabat yang dimuliakan,
Janganlah merasai jemu apabila risalah yang ditulis ini berulang-ulang untuk membicarakan perkara yang sama. 

Ingatlah sahabat! Sememangnya tabiat tarbiah itu dinyatakan berulang-ulang. Untuk menghidupkan balik hati yang keras dan mati, untuk menaikkan semula iman yang telah turun dan untuk memulihkan balik akhlak yang telah rosak, bukanlah satu perkara yang mudah. Nabi SAW sendiri mendidik dan mentarbiah sahabat-sahabat baginda di Mekkah mengambil masa 13 tahun. Proses ini berterusan di Madinah dan memakan masa 10 tahun pula.

Didalam al-Quran sendiri Allah SWT sentiasa mengulang-ulangkan asas iman, tauhid dan perkara-perkara ghaib dan kehidupan dihari akhirat. Selagi hayat dikandung badan dan masih bernafas di bumi Allah proses tarbiah imaniah dan takwa perlu berterusan dan berjalan tanpa berhenti.

Sahabat yang dihormati,
Al-Ustaz Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari dorongan nafsu serta bisikan syaitan telah menyarankan 10 dasar muhasabah harian. Yakinilah dasar ini akan dapat memelihara jiwa kalian untuk terdorong memusatkan pemujaan dan ketaatan kepada Allah. Juga memperteguhkan iman diatas jalan yang diredhai.

Pertama : Qiyamulail merupakan pendidikan rohani yang tidak patut diabaikan. Ia boleh melahirkan kekuatan iman yang tidak dapat dihasilkan oleh ibadat-ibadat yang lain.

Kedua : Sedapatnya solat Subuh berjemaah kerana akan beroleh jaminan perlindungan dari Allah, seperti maksud hadis : "Siapa yang solat Subuh berjemaah maka ia berada dalam jemaah Allah. Allah tidak sekali-kali meminta sesuatu dari kamu kerana jaminan-Nya."
(Hadis Riwayat Muslim) .

Ketahuilah malaikat menjaga kita dan mereka datang berhimpun serta bergilir masa kerja pada waktu Subuh dan Asar.

Ketiga : Al-Quran itu sebagai penawar dan kita sangat berhajat rawatan hati dari ayat-ayatnya. Dengannya, hati akan tenang, tenteram dan dapat merasai suasana hening. Berwirid dengan al-Quran sewajarnya diamalkan sehingga berlinangan air mata.

Keempat : Setiap kali menghadap hidangan makanan telitilah sumber ia diperolehi. Pastikan rezeki yang diperolehi itu adalah halal dan suci serta sedaya upaya menjauhkan diri dari berbuat yang haram. Disamping itu, kita patut menyedari tujuan utama makan adalah untuk menambah kekuatan beribadah kepada Allah SWT, dan bukannya melakukan kerosakan.

Kelima : Bersihkan diri dari sifat malas. Islam tidak menyukai hamba Allah yang tidak berusaha atau menganggur. Sepatutnya setiap muslim perlu bersungguh dalam melaksanakan apa jua tugas dan pekerjaan. Di samping itu, tidak lupa untuk membersihkan rezeki dengan mengeluarkan zakat, insaf dan sedekah. Usaha yang gigih serta rezeki yang bersih akan membawa kebahagiaan hakiki.

Keenam : Dalam setiap waktumu berada dikhalayak, sentiasalah menjaga dan mengawal pandangan mata serta perasaan. Jauhkan diri daripada tergoda atau digoda. Malahan, tidak juga terdorong kepada perkara-perkara syubahah atau yang tidak jelas halal atau haramnya.

Ketujuh : Perhatikan setiap tingkahlakumu supaya dikuasai akhlak Islam. Sebaliknya, jadilah muslim contoh yang akan membawa kebaikan kepada manusia lain. Sesungguhnya, engkau akan beroleh pahala seperti orang yang mendapat hidayah kerana kebaikanmu.

Kelapan : Tanyakan dirimu adakah setiap saat dan sepanjang hayatmu dipergunakan untuk menuntut serta menambah ilmu khasnya ilmu Islam itu sendiri.

Perhatikan maksud hadis berikut : "Pelajarilah ilmu! Dalam mempelajarinya kerana Allah akan menambah takwa; menuntutnya ibadah, muzakarah menjadi tasbih, membahas menjadi jihad dan mengajarkannya menjadi sedekah. Mewariskannya kepada ahli keluarga menjadi ibadah qurban. Ilmu itu menunjukkan perbezaan halal dan haram. Juga menjadi lampu isyarat dijalanan ahli syurga. Ilmu menjadi teman keseorangan, menjadi sahabat kepada perantau, dan menjadi penghibur dalam suka dan duka. Juga menjadi senjata berhadapan dengan musuh, dan perhiasan dalam persahabatan. Dengan ilmu juga Allah mengangkat darjat Muslim untuk memimpin setiap insan."
(Hadis Riwayat Ibnu Adil Barri)

Kesembilan : Sejauh mana telah engkau bulatkan hati untuk sentiasa melaksanakan tuntutan syarak serta sentiasa berada dalam tanggungjawab mengutamakan kehidupan Islam atas kepentingan-kepentingan lain.

Kesepuluh : Usah dilupakan hak jasad. Kesihatan dan kekuatan fizikal wajib dipelihara. Ingatlah! Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah. Hindari diri dari kerja yang meletihkan dan merosakkan ketangkasan badan. Oleh itu bersederhanalah dalam bekerja dan makan-minum.

Sahabatku,
Jadikanlah sepuluh perkara diatas sebagai KPI untuk muhasabah diri yang mesti berjalan setiap masa dan saat selagi denyutan nadi kalian berfungsi bukan hanya berjalan dalam waktu tertentu sahaja.

Ingatlah! Kalian semua harapan Islam untuk membawa risalah yang mulia ini dan untuk memakmurkan alam dan membawa kebahagiaan dalam kehidupan insan. Berhati-hatilah dalam menghadapi cabaran baru yang mendatang!

Thursday, October 1, 2009

Berwuduk Dan Berdoa Sebelum Tidur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Jika engkau hendak ketempat tidur, hendaklah engkau berwuduk sepertimana wudhuk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring kekanan dan membaca : 'Ya Allah, ya Tuhanku aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan perkaraku kepada-Mu, lindungkan belakangku kepada-Mu kerana suka dan takutku kepada-Mu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepada-Mu, aku percaya dengan kitab-Mu yang engkau turunkan kepada Nabi-Mu yang engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan". (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Tidur yang berkualiti adalah tidur yang sempurna dan puas dan tidak ada gangguan daripada Iblis dan syaitan. Mimpi yang baik datangnya daripada Allah dan mimpi yang buruk adalah datang daripada gangguan Iblis dan syaitan dengan izin Allah. Apabila kita tidur mengikut adab-adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW  insya Allah apabila bermimpi kita akan memperolehi mimpi yang baik dan boleh di tafsirkan dan merupakan petunjuk daripada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud, " Wahai Iblis, siapakah orang yang paling baik sekali padamu?"

Berkata Iblis, " Ya Nabi Allah, orang yang menjadi saudara maraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yang meniarap ketika tidur, orang-orang yang berat matanya hendak dibuka ketika waktu subuh untuk mengerjakan solat. Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan ku buaikan dia sehingga terbit matahari, demikian juga pada waktu solat yang lain. Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan solat dengan pujukanku."

Menghiasi Diri Dengan Akhlak Yang Mulia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanpa di sedari, masa terlalu pantas berlalu. Setiap masa berlalu ini bermakna umur kamu telah meningkat dan kamu sedang menuju ke distinasi abadi. Hidup bermula dari alam kanak-kanak, memasuki alam remaja dan sekarang masuk pula ke alam dewasa, sebahagian kita sudah sampai ke alam usia emas.

Di zaman manapun kalian berada sekarang, yang penting amal ibadah dan amal soleh perlu berterusan, kerana setiap masa dan usia yang di habiskan akan ditanya oleh Allah SWT dihari akhirat nanti. Sekarang ini kalian berhadapan dengan zaman pancaroba, dugaan dan cabaran. 

Cabaran yang sering menganggu iman dan hati, perasaan dan fikiran serta kewibawaan tugas kalian. Ketika inilah kalian ingin merasai semua keadaan beserta kenikmatan hidup yang sedang dicari.

Ingatlah hidup didunia ini adalah persinggahan sementara, tempat rehat yang tidak kekal dan segala kesenangan yang dinikmati yang amat sedikit berbandingkan kenikmatan dihari akhirat iaitu di syurga Allah SWT.

Sedarlah kalian bahawa hakikat kehidupan seperti yang dimaksudkan dalam Surah al-'Ash "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."

Sahabat yang dimuliakan,
Kawallah diri kalian dengan iman serta perindahkanlah akhlak kalian dengan akhlak Islam. Tanpa kawalan iman nescaya lunturlah segala kekuatan dan hancurlah segala kebaikan. 

Hati-hati dalam berfikir dan bertindak. Batasilah setiap keinginan dengan rasa takut kepada Allah SWT. Ketahuilah tiada siapa yang tidak dicatat amal dosanya. Waspadalah selalu terhadap cabaran yang dilalui, hadapi dengan tenang serta tepislah segala kehendak nafsu. 

Berilah perhatian yang lebih kepada kesihatan hati. Usahlah biarkan hati kalian dihinggapi penyakit sehinggakan hati mati sedangkan jasad masih bernyawa.

Hidupkanlah hatimu dengan zikrullah, bersihkan hati dengan bertaubat dan istighfar dan lembutkan hati dengan banyak membaca al-Quran. Pastikan tidak ada makanan haram masuk dalam perut kalian kerana sesungguhnya hati akan menjadi gelap apabila ada makanan yang haram dan doa-doa kalian kepada Allah SWT tidak akan dimakbulkan-Nya.

Janganlah membazirkan masa dan hartamu kejalan yang tidak berfaedah kerana sesiapa yang suka membazir adalah kawan syaitan. Jadikanlah syaitan itu musuhmu dan janganlah mengikut langkah-langkahnya. Salah satu daripada hasutan syaitan adalah suka menangguhkan kerja-kerja kebaikan. Jika hatimu tergerak untuk bersedekah hari ini, jangan ditangguh pada hari esok. Jika kamu telah berjanji dalam apa urusan sekalipun pastikan kamu menunaikan janji kerana salah satu sifat nifaq adalah apabila berjanji dia mungkiri tanpa alasan yang syarak benarkan.

Sahabat yang dikasihi,
Jadilah kamu pencinta ilmu, timbalah ilmu hingga keakhir hayat dan manfaatkanlah ia untuk membantu orang lain. Hiasilah diri dengan akhlak Islam dan jagalah batas-batas pergaulanmu dan sentiasa beradap sopan dalam berjalan dan bertutur kata. Layanilah rakan-rakan secara adil dan janganlah sombong dan meninggikan diri kerana Allah SWT  tidak menyukai mereka-mereka yang sombong dan takjub dengan kelebihan diri sendiri.

Disamping menjaga kekuatan iman serta kesihatan hatimu, usah dilupakan pakaian yang melindungi dirimu. Pakaian yang dimaksudkan adalah pakaian takwa. Takwalah yang akan mengawal serta menghindari dirimu daripada berbagai gejala yang merosakkan iman serta hati.

Bersihkan hati daripada sebarang kedengkian, berdendam, dan iri hati terhadap keberhasilan orang lain. Peliharalah lidah daripada mencela, mengumpat dan menyakiti hati orang lain. Kawallah mata daripada melihat yang dilarang oleh syari'at.

Akhirkata marilah kita ambil iktibar dari kata-kata nasihat Al-Ustaz Shaari Che In untuk menjadi pedoman kita semua :
"Manusia dikirim oleh Allah s.w.t kemuka bumi adalah sebagai buruh kontrek, maka setiap kontrek itu bila dikirimkan tentu ada kerjanya yang hendak dia laksanakan. Apabila habis kontrek itu maka dia perlu kembali ketempat asalnya, apabila habis kontreknya dia tidak dapat menyambung kontreknya kecuali kembali ketempat asalnya, samaada dia suka atau tidak, samaada dia bersedia atau tidak, dia mesti kembali.

Bagi manusia yang berakal waras dan faham tentang kedatangannya kemuka bumi ini ianya akan berusaha siang dan malam untuk mengumpulkan bekalan akhirat, kerana dia tahu apabila kontreknya sudah habis, kerja yang dia buat sama ada sudah dibuatnya atau pun tidak dibuatnya ia tetap akan kembali ketempatnya.

Wahai saudara-saudaraku hidup kita di dunia ini tidaklah lama, mungkin sekejap lagi kita akan mati. Tetapi sebelum kita mati biarlah kita kerjakan kerja-kerja yang dituntut oleh Allah s.w.t., biarlah kerja yang kita buat itu berkualiti semoga Allah s.w.t akan memberikan peratus markah yang tinggi. Yang pentingnya kerja yang kita buat itu hendaklah benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. mudah-mudahan Allah akan mengampuni segala dosa kita dan memberikan kita Syurga yang menjadi idaman kita."

Firman Allah SWT  yang bermaksud : "Katakanlah; Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, ia pasti menemui kamu, kemudia kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah al-Jumu.ah ayat 8)

Wednesday, September 30, 2009

Jauhilah Syirik Kepada Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil (tersembunyi). Allah SWT. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab, "Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar petuah Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."
(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Sahabat yang dihormati,
Pertama : Syirik besar (akbar) adalah menyekutukan Allah dengan yang lain. 

Misalnya dalam agama Kristian ada tuhan anak, tuhan emak dan tuhan bapak. Semua agama penyembah berhala, yang menjadikan patung-patung berhala sebagai perantaraan dengan Allah SWT. dan menganggap dewa-dewa mempunyai kuasa seperti Tuhan. Mempercayai dan meyakini bahawa jin-jin dan syaitan mempunyai kuasa yang boleh mudaratkan manusia dan meminta pertolongan kepadanya. Termasuk syirik besar (akbar) juga meyakini undang-undang ciptaan manusia lebih baik dan lebih adil daripada undang-undang ciptaan Allah SWT.

Kedua : Syirik kecil (yang tersembunyi) 

Syirik kecil adalah syirik yang berlaku disebabkan perasaan riyak iaitu membuat sesuatu ibadah untuk mendapat pujian manusia bukan di laksanakan kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW. keluar menemui sahabat-sahabatnya ketika mereka sedang berbincang tentang Masih Dajjal, maka baginda bersabda, "Maukah kalian saya memberi tahu yang lebih saya takutkan dari Al-Masih Dajjal?" Mereka menjawab, "Ya". Maka baginda menjawab, "Iaitu syirik yang tersembunyi." Mereka bertanya, "Apakah syirik tersembunyi itu?". Baginda menjawab,"Seseorang berdiri untuk solat dan memperbagus solatnya ketika dilihat oleh orang lain." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Yang paling saya takutkan terhadap umatku adalah syirik kecil (ashghar)". 

Para sahabat bertanya, "Apakah syirik kecil itu hai Rasulullah?" 

Maka, baginda menjawab, "Riyak.  Allah SWT berfirman kepada mereka pada hari kiamat ketika semua manusia telah diberikan semua balasannya, 'Pergilah kepada orang-orang yang kalian beramal di dunia kerananya, dan lihatlah apakah kalian akan mandapatkan balasan dari mereka?" (Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu kita hendaklah jauhilah semua jenis syirik, samaada syirik besar atau pun syirik kecil. Hanya hati-hati yang beriman, bertakwa dan ikhlas sahaja akan dapat menghindari dirinya daripada syirik kepada Allah SWT.

Tuesday, September 29, 2009

Sifat-sifat Orang Munafiq

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,Didalam masyarakat Islam terdapat dua jenis musuh yang sentiasa memerangi Islam, iaitu orang-orang kafir dan orang-orang munafiq. Mereka akan menimbulkan fitnah, membuat kerosakkan dan memecah belahkan umat Islam supaya berlaku pergaduhan dan perkelahian. Musuh-musuh ini akan bergembira dan bertepuk tangan apabila melihat berlaku perbalahan dan perpecahan kerana dengan ini mereka akan melakukan penguasaan dan melaksanakan agenda mereka iaitu 'pecah dan perentah'.

Kita tidak bimbang musuh golongan pertama iaitu orang-orang kafir, kerana kita boleh kenal fizikal dan peribadi mereka. Cara hidup mereka nampak jelas, teknik dan tektik mereka juga boleh kita baca dan analisa dan kita boleh berhati-hati diatas tindakan-tindakan mereka.

Tetapi musuh golongan kedua terdiri dari orang-orang munafiq cukup merbahaya dan kadang kala kita boleh terpedaya dengan dakyah dan hasutan mereka ini. Mereka hidup bersama-sama kita, dari segi fizikal, nama, rupa paras, pakaian, jenis makanan yang mereka makan sama dengan orang-orang Islam makan, tetapi yang membezakannya adalah dari segi akidah , keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT.

Golongan munafik ini, yang dilaknat oleh Allah SWT kerana pada zahirnya mereka nampak seperti orang beriman tetapi hakikat sebenarmya mereka menentang Allah dan Rasul.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Empat perkara barangsiapa berada didalamnya maka jadilah dia munafiq yang tulin, dan barangsiapa ada padanya sesuatu sifat darinya maka akan ada padanya sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya. Antaranya :
1.Apabila diamanahkan kepadanya dia akan khianat.
2.Apabila berbicara atau bercakap dia akan berdusta.
3.Apabila berjanji dia akan mungkir janji.
4.Apabila mendakwa dia akan menipu".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a)

Sifat munafiq yang paling besar yang boleh kita lihat dalam realiti kita hari ini apabila orang yang diberi amanah tidak menjalankan tugas dan undang-undang Allah tidak dilaksanakan dalam kehidupan.Golongan yang berkuasa ini lebih reda undang-undang ciptaan manusia samaada datangnya dari barat atau timur, ianya disanjung dan didaulatkan sedangkan peraturan dan undang-undang Allah yang lengkap dan sempurna tidak ingin didaulat dan dilaksanakan. Malahan mereka mengatakan undang-undang Allah zalim dan tidak sesuai dengan zaman ICT dan dalam masyarakat majmuk.

Golongan ini amat benci dengan hukum hudud, sering mempersenda-sendakan hukum Islam, tidak suka menutup aurat dan sering membuat keputusan berdasarkan akal dan logik semata-mata dan tidak mahu merujuk pada al-Quran dan Sunnah dan meminta pandangan daripada para alim ulama.

Ada yang mempersenda-sendakan hukum rejam dengan batu sampai mati bagi penzina yang sudah berkahwin, katanya JKR akan kehabisan batu untuk buat jalan, atau hukum potong tangan bagi pencuri, katanya ramai umat Islam tidak ada tangan dan akan ditertawakan oleh orang bukan Islam. Kata-kata seperti ini adalah kata-kata orang munafiq sebab yang berkata ini dia mengaku sebagai orang Islam. Telah jelas fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa sesiapa dikalangan umat Islam yang menolak hukum Allah dan mengatakan tidak sesuai sebenarnya ia telah jatuh murtad dan terkeluar daripada Islam.

Peribadi golongan munafiq ini nampak jelas. Mereka akan berpura-pura apabila bertemu dengan orang Islam, tetapi dibelakang mereka merancang menghancurkan Islam, menangkap, memenjarakan dan membunuh pendakwah Islam dengan menggunakan akta yang zalim. Contoh yang jelas dizaman Rasulullah s.a.w, seorang munafiq bernama Abdullah bin Ubai.

Bila bersembahyang dibelakang Rasulullah SAW, tetapi bila balik kerumah dia bersekongkol dengan Yahudi Madinah bagaimana merancang untuk menghancurkan Islam. Golongan munafiq ini sanggup membina masjid untuk menarik perhatian umat Islam.

Begitu juga berlaku diTurki, seorang munafiq bersatu dengan tentera kafir meruntuhkan kerajaan Islam Uthmaniah, apabila berkuasa beliau mengharamkan pakaian menutup aurat dan mengantikan undang-undang Allah kepada undang-undang barat. Berlaku diTunisia seorang pemimpinnya melarang umat Islam berpuasa kerana katanya puasa boleh menurunkan produktiviti negara dan beliau sendiri makan dipagi hari bulan Ramadan keluar dalam siaran TV dan disaksikan oleh seluruh rakyat Tunisia.

Berlaku diMesir bagaimana pejuang-pejuang Islam Ikhwan ditangkap, diseksa dan dibunuh hanya kerana mereka memperjuangkan Islam sedangkan pemimpin-pemimpinnya boleh berpelukan dengan pemimpin Yahudi laknatullah untuk menghancurkan Islam. Hinggakan Yahudi laknatullah ini boleh membunuh sesuka hati umat Islam Palestin.

Kalau kita hendak rujuk hadis dari Nabi SAW seperti diatas ada empat sifat-sifat munafiq tulin malah pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai lebih dari empat sifat tersebut.

Sahabat yang dikasihi,
Jauhilah diri kamu dari sifat-sifat munafiq walaupun salah satu dari sifat-sifat tersebut. Ingatlah! Seksaan yang akan diterima oleh golongan munafiq ini di hari akhirat nanti adalah kedudukan yang paling bawah diNeraka Jahanam dan mereka kekal didalamnya sekiranya sebelum mati mereka tidak bertaubat dan mengucap semula dua kalimah syahadah.

Rasulullah SAW  bertanya pada Iblis yang bermaksud, "Wahai Iblis, siapakah yang menjadikan mukamu berseri-seri kegembiraan?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, itulah dia orang-orang yang melakukan dosa dan noda, dan bersumpah dengan sumpah palsu dan menjadi saksi dusta serta juga orang-orang yang menyalahi akan janji."

Hikmat dan Fadhilat Ayat-ayat Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kitab suci Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT. kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW adalah sebagai peduman hidup manusia, ianya wajib dipelajari, difahami dan dihayati dalam kehidupan. Diberi pahala oleh Allah SWT apabila membacanya setiap hari walaupun tidak difahami maknanya.

Selain daripada Al-Quran dijadikan sebagai sumber hukum, Nabi SAW  ada pergunakan ayat-ayat al-Quran sebagai pendinding dari gangguan syaitan dan sebagai doa kepada Allah SWT. untuk menghindari dari segala bencana dan bala.

Sebagai hamba Allah dan umat Muhammad SAW kita diminta sentiasa berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah SWT  supaya terselamat dari hasutan Iblis dan terpelihara daripada musibah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiap-tiap suatu pekerjaan yang tidak dimulai dengan 'Bismillaahi'rrahmaanirrahiim', maka ia tidak berkat."

Sabda baginda lagi, "Tiada seorang hamba mengucapkan, 'Bismillaahi'rrahmaanirrahiim' melainkan hancur syaitan sebagaimana hancurnya timah (yang ditaruh) di atas api".

Salah satu hadis dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Ya Abu Hurairah, apabila engkau merecak (menaiki) kenderaan, maka engkau membaca 'Bismillaah dan surah Fatihah ditulis bagimu kebaikan yang dihitung sebanyak langkah (yang engkau langkahkan) dan bila engkau menanaiki bahtera, engkau baca 'Bismillaah dan surah al-Fatihah' ditulis bagimu kebaikan-kebaikan sehingga engkau keluar daripadanya."

Saidina Ali k.w pernah meriwayatkan satu hadis dari Nabi SAW  yang bermaksud :
"Apabila engkau mendapat sesuatu musibah (kecelakaan) bacalah 'Bismillaahi'rrahmaanirrahiim, wa laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyil 'aziim'. Nescaya Allah menjauhkan daripadanya 70 pintu dari segala macam bala, kesusahan dan dukacita."
(Hadis Riwayat Ibnu Sinny dan Addailamy)

Sahabat yang di hormati,
Surah al-Fatihah yang dipanggil juga sebagai Ummul Quran atau Ummul Kitab adalah satu surah yang boleh digunakan sebagai rawatan dalam menyembuhkan berbagai penyakit.

Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :"Surah al-Fatihah itu dapat menyembuhkan dari penyakit terkena racun."

Sabda baginda lagi yang bermaksud, "Surah al-Fatihah itu dapat menyembuhkan dari segala penyakit." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Dari Anas bin Malik r.a. Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
Apabia engkau berbaring atas lambungmu di tempat tidur dan engkau bacakan surah al-Fatihah dan Qul huwallaahu ahad, maka sentosalah engkau pada tidurmu itu daripada yang menyakiti."

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud :
"Barangsiapa mendatangi (pulang) kerumahnya, maka dibacanya akan surah al-Namd (surah al-Fatihah) dan surah al-Ikhlas, maka menafikan Allah daripadanya fakir dan mendapat ia kebajikan yang banyak di tempat itu."

Untuk kebaikan ayat Kursi Nabi SAW berpesan pada Saidina Ali k.w. sabda baginda yang bermaksud, "Tidaklah dibaca ayat (ayatul Kursi) ini dalam satu rumah, melainkan pindah syaitan selama 30 hari dan tidak masuk tukang sihir lelaki dan wanita selama 40 hari. Ya Ali, ajarkanlah dia kepada anakmu dan keluargamu dan jiranmu. Tidak diturunkan akan ayat yang lebih agung dan mulia daripadanya."

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Barangsiapa membaca akan ayatul Kursi pada ketika mengiringi tiap-tiap solat fardu, diampuni Allah akan dosanya dan dihapuskan Allah daripadanya tiap-tiap kejahatan."

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa membaca ayatul Kursi ketika hendak tidur sekali, nescaya ia terpelihara daripada tiap-tiap kejahatan syaitan,jin, manusia dan binatang."

Pernah Nabi SAW berpesan pada Saidina Ali k.w katanya yang bermaksud :
"Apabila berkehendak engkau akan sesuatu hajat, maka bacalah ayatul Kursi, kemudian langkahkanlah dengan kaki kanan, mudah-mudahan apa yang dihajatkan diperkenankan Allah."

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Barangsiapa membaca ayatul Kursi pada tiap-tiap pagi (sesudah subuh) sekali, insya Allah terpelihara ia akan kejahatan hari itu, dan jika dibacanya sekali ayatul Kursi pada petang hari (sesudah magrib) nescaya terpelihara ia pada kejahatan malam itu hingga pagi."

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Barangsiapa membaca ayatul Kursi pada ketika hendak keluar rumahnya, nescaya malaikat akan mengawali dan memeliharanya"

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai panduan dan amalan yang baik, gunakanlah ayat-ayat Allah ini sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW  kepada kita. Oleh kerana kita berhadapan dengan musuh number satu didunia ini dan ianya ghaib tidak boleh dilihat dengan mata kasar, maka ayat-ayat Allah ini boleh membantu kita dari gangguan dan godaannya.

Perkara yang paling penting kita menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan amalan setiap hari disamping itu barulah menggunakan ayat-ayat Allah ini sebagai syifa dan doa memohon perlindungan daripada Allah SAW.

Monday, September 28, 2009

Ibadah dan Tugasnya Yang Perlu Di Laksanakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup kita didunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT, dari amalan yang sekecil-kecilnya misalnya membuang sampah di tengah jalan, hinggalah yang sebesar-besarnya iaitu berusaha menegakkan Daulah Islamiah. Semuanya tidak akan terlepas dari perhitungan Allah SWT. di hari akhirat nanti. Kejujuran adalah sifat peribadi yang paling utama yang akan dipersoalkan nanti. Dimaksudkan kejujuran disini adalah jujur pada diri sendiri, jujur pada manusia dan jujur pada Allah SWT. Orang yang bertakwa kepada Allah SWT. sentiasa menghiasi dirinya dengan sifat jujur.

Jujur pada diri sendiri adalah bermaksud seseorang bersikap amanah dan ikhlas dalam melaksanakan segala amal soleh dan amal kebaikan, tidak berbohong dan berdusta dan sentiasa merasai bahawa Allah SWT. memerhatikan segala amalan-amalannya secara terang-terang atau yang tersembunyi.

Jujur pada manusia adalah bermaksud melaksanakan tugas dan amanah untuk membaiki akhlak dan kehidupan manusia mengikut acuan Allah SWT. iaitu melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar.

Jujur pada Allah SWT adalah bermaksud memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan tidak menyekutukannya dengan yang lain. Melaksanakan semua yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan semua yang dilarangan-Nya.

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW  baginda ditanya , "Dengan amal apakah meraih (mendapatkan) syurga itu?"
Baginda menjawab, "Dengan kejujuran, kerana kejujuran seorang hamba adalah kebaikan. Jika ia berbuat kebaikan, maka ia akan beriman, jika ia beriman, maka ia akan masuk syurga."

Nabi SAW juga pernah ditanya, amalan apa yang membuat pelakunya masuk neraka?
Baginda menjawab, "Dusta, jika seorang hamba berdusta, maka ia akan menjadi durhaka. Jika ia durhaka, maka ia akan menghantarkannya menjadi kafir. Jika ia kafir, maka dia akan masuk neraka."

Sahabat yang dikasihi,
Utamakanlah amalan yang paling diutamakan Nabi SAW  dan seterusnya melaksanakan amalan-amalan yang lain. 

Rasulullah SAW ditanya tentang amal yang paling utama, maka baginda menjawab yang bermaksud, " Solat."

Baginda ditanya, "Kemudian apa lagi?"

Baginda menjawab, "Solat." Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali, setelah itu baginda bersabda maksudnya : "Jihad fisabilillah."

Seorang bertanya, "Saya mempunyai kedua orang tua." Baginda bersabda,"Aku perintahkan kamu untuk berbakti kepada keduanya."

Kemudian ia mengatakan, "Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran kenabian, aku akan tinggalkan keduanya untuk berjihad di jalan Allah." 

Kemudian baginda bersabda, "Anda lebih mengetahui."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Oleh itu utamakanlah solat fardu lima waktu dari amalan yang lain. Pastikan dilaksanakan di awal waktu dan paling utama dilaksanakan secara berjemaah di masjid. Setelah solat adalah jihad fisabilillah dan menjaga kedua ibu bapa yang telah tua. Sekiranya kedua orang tua masih ada orang lain boleh menguruskannya maka tugas jihad fisabilillah adalah menjadi keutamaan kedua selepas solat. Dalam realiti kita sekarang, termasuk dalam tugas jihad fisabilillah adalah melaksanakan kerja-kerja dakwah dan tarbiah untuk mengajak manusia kepada amal makruf dan nahi mungkar.

Sahabat yang dimuliakan,
Takutlah kamu kepada Allah SWT  ialah dalam setiap suasana hidupmu, pada setiap masa, dan jadikanlah keredaan Allah SWT sebagai matlamat kehidupan. Awasilah setiap aktiviti dan kegiatan harian dalam lingkungan syariat Allah. Dari itu kenyataan diatas memberi kefahaman bahawa tugas sebagai hamba Allah adalah besar. 

Benarlah apa yang dinyatakan didalam al-Qur'an yang bermaksud :"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaku." (Surah Az-Zariat ayat 56)

Sebagai latihan persediaan yang rapi dan berterusan untuk melaksanakan ibadah yang besar, maka Islam meletakkan solat, puasa, zakat dan haji. Ibadat khusus ini bertujuan untuk melatih dan mendidik jiwa manusia, bagi memenuhi satu rancangan lanjutan yang tidak dapat tidak, pasti ditunaikan. Hanya jiwa-jiwa yang dididik dengan didikan Islam yang sebenar sahaja dapat memahami bahawa masih ada ibadat yang lebih besar untuk dilaksanakan.

Berdasarkan ini perlu kamu lihat bagaimana cara Rasulullah SAW  melaksanakan ajaran Islam iaitu langkah pertama yang diambil oleh Rasulullah SAW  ialah mengisytiharkan 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad SAW  ialah hamba dan pesuruh Allah.'. 

Pengisytiharan pengabdian ini disebarkan secara terang-terangan walaupun baginda ditentang habis-habisan oleh kuncu-kuncu musuh Islam dizaman itu. Pengisytiharan pengabdian ini merupakan akar tunjang penghayatan Islam.

Oleh itu adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk memperlihatkan tata-cara hidup Islam yang menyeluruh dalam kehidupan seharian. Apabila ianya dapat dilaksanakan barulah hidupnya dikira sebagai beribadat kepada Allah SWT  sepertimana firman Allah SWT dalam ayat diatas.

Sunday, September 27, 2009

Segerakan Bertaubat Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Malah setiap anak Adam adalah berdosa dan tidak pernah lekang dari dosa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang bertaubat." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dari hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Setiap orang mukmin tetap akan mendatangi dosa dari masa ke semasa."

Oleh yang demikian kita perlu selalu dan segera bertaubat. Taubat bererti kita kembali merujuk kepada Allah SWT. Meninggalkan dosa, menyesali yang sudah terlanjur dan berazam untuk tidak mengulangi lagi serta memperbaiki amalan dengan memperbanyakkan kebaikan. Ia adalah proses pembersihan dari kekotoran. Orang yang bertaubat bersih dari segala dosa.

Sabda Rasulullah SAW  bermaksud : "Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Sahabat yang dihormati,
Taubat perlu dilakukan terus menerus dan pada setiap ketika. Hatta sekalipun kita merasa tidak melakukan apa-apa dosa. Kerana Nabi SAW itu maksum, yang diampuni dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, tetapi baginda meminta ampun serta bertaubat kepada Allah SAW paling tidak tujuh puluh kali sehari.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari semalam."

Memperbanyakkan istighfar serta taubat juga menjadi sebab bagi terhurainya segala masaalah serta terbuka luas segala pintu rezeki.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."

Sahabat yang dikaasihi,
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat sentiasa bersedia mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang sudi bertaubat. Allah SWT sentiasa ternanti-nanti taubat dari orang yang bersalah agar dapat segera diampunkan-Nya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat."

Walau bagaimanapun taubat yang diterima Allah SWT hanyalah taubat yang ditangguhkan. Tiada taubat lagi bila maut telah hampir tiba.

Firman Allah SWT  yang bermaksud :
"Dan bukanlah taubat itu bagi mereka yang melakukan kejahatan-kejahatan, lalu apabila salah seorang daripada mereka didatangi oleh maut, iapun berkata : Sesungguhnya aku bertaubat sekarang." (Surah An-Nur ayat 18)

Dari itu, marilah segera kita bertaubat. Sesungguhnya Allah SWT cinta pada mereka yang bertaubat dan yang mensucikan diri. Dia juga suka pada yang bersih, dan tidak akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang bersih dari segala dosa.

Memberi Salam Boleh Melahirkan Kasih Sayang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik disisi Allah".(Surah An-Nur ayat 61).

Islam mengalakkan umatnya supaya memberi salam dan menyebarkan salam antara satu dengan lain apabila bertemu, kerana salah satu hak dan kewajipan seorang Muslim adalah apabila bertemu ia memberi salam dan menjawab salam.

Apabila Rasulullah SAW bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata : "Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita amalkan memberi salam kepada saudara seagama walaupun kita tidak mengenalnya kerana dengan ucapan salam boleh mendatangkan ukhwah dan kasih sayang. Jangan malu-malu atau teragak-agak kerana memberi ucapan salam adalah ciri-ciri orang mukmin.