Thursday, January 2, 2014

Soal Jawab Agama Siri 127 (Najis Tahi Cecak, Adab Membaca A-Quran, Wanita Haid Membaca Al-Quran, Khunsa, Hadis Palsu Dan Samak Kulit Binatang)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal jawab Agama Siri 127 adalah membicangkan persoalan najis tahi cecak, adab membaca al-Quran, wanita haid boleh membaca al-Quran, kedudukan khunsa dalam Islam dan hadis palsu.(Siapa kenal dirinya maka kenal tuhannya) dan mensucikan kulit binatang.

911. Soalan :Adakah tahi cicak najis, ada ustaz membeitau saya tahi cicak yang kering tidak najis tetapi yang basah adalah najis,betul ke pendapat ni.

Bagaimana pula najis burung merpati yang kebisaannya banyak terdapat didalam masjid contoh masjid umawi dan masjid al-Azhar

Jawapan :

Tahi cicak dan tahi burung merpati termasuk umum al-balwa (perkara-perkara yang sulit dielakkan), maka ia dimaafkan syarak walaupun ia najis, tapi kerana ia sesuatu yang sulit dielakkan (umum al-balwa) maka ia termasuk najis-najis yang dimaafkan. Semua empat madzhab sepakat dalam hal ini. (Ref: Fiqh Islami wa Adillatuh karya Dr Prof Ustaz Wahbah az-Zuhaly, Syria, Jld 1) WA

Jikalau kita terpijak maka ia tidak membatalkan wuduk. Terpijak najis tidaklah termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan wuduk (al-Wajiz fi fiqhis sunnah wal kitabil aziz, Sheikh Abdul Azhim Badawi alKhalafi)

912. Soalan : Ustaz saya ada 3 soalan hendak ditanya iaitu :

Pertama : Bagaimanakah adab-adab membaca al-Quran, 

Kedua : Apakah wanita yang sedang haid boleh membaca Al Quran?

Ketiga : Apakah tanpa wuduk juga boleh membaca al-Quran? 

Terima kasih atas jawapannya. 

Jawapan.

Pertama : Diantara adab-adab membaca Al-Quran:

1. Membaca ta’awwudz (a’udzu billahi minasysyaithanirrajim).

Allah SWT berfirman:

(فَŰ„ِŰ°َۧ قَ۱َŰŁْŰȘَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ فَۧ۳ْŰȘَŰčِŰ°ْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ مِنَ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ِ Ű§Ù„Ű±َّŰŹِيمِ) (Ű§Ù„Ù†Ű­Ù„:98)

Maksudnya : “Apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl (16) ayat 98)

2. Membaca Al-Quran dengan tartil (sesuai dengan kaedah-kaedah tajwid).

Allah SWT berfirman:

(وَ۱َŰȘِّلِ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ ŰȘَ۱ْŰȘِÙŠÙ„Ű§ً) (Ű§Ù„Ù…ŰČمل:4)

Maksudnya : “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil.” (Surah al-Muzzammil ( 73) ayat 4)

3. Hendaklah dalam keadaan suci.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Ű„Ù†ÙŠ ÙƒŰ±Ù‡ŰȘ ŰŁÙ† ŰŁŰ°ÙƒŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Űčلى Ű·Ù‡Ű±

Maksudnya : “Sungguh aku membenci jika aku berzikir kepada Allah dalam keadaan tidak suci.” (Hadis Riwayat. Abu Dawud, dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albany)

4. Membersihkan mulut sebelum membaca Al-Quran dengan siwak atau berus gigi atau yang lain.

Berkata Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata:

Ű„Ù† ŰŁÙÙˆŰ§Ù‡ÙƒÙ… Ű·Ű±Ù‚ Ù„Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† . ÙŰ·ÙŠŰšÙˆÙ‡Ű§ ŰšŰ§Ù„ŰłÙˆŰ§Ùƒ

“Sesungguhnya mulut-mulut kalian adalah jalan-jalan Al-Quran, maka wangikanlah mulut-mulut kalian dengan siwak.” (Atsar ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albany di Shahih Ibnu Majah 1/110-111).

5. Memilih tempat yang bersih.

6. Hendaknya merenungi apa yang terkandung di dalam al-Quran.

Allah SWT berfirman:

(ŰŁَفَÙ„Ű§ يَŰȘَŰŻَŰšَّ۱ُونَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ وَلَوْ كَŰ§Ù†َ مِنْ ŰčِنْŰŻِ Űșَيْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ لَوَŰŹَŰŻُÙˆŰ§ فِيهِ ْۧ۟ŰȘِÙ„Ű§ÙŰ§ً كَŰ«ِÙŠŰ±Ű§ً) (Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ:82)

Maksudnya : “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (Surah an-Nisa' (4) ayat 82)

7. Memohon rahmat Allah jika melewati ayat-ayat rahmat dan meminta perlindungan dari Allah daripada keburukan ketika melewati ayat-ayat azab.

Di dalam hadis Hudzaifah disebutkan bahawa suatu saat beliau solat malam bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian beliau menceritakan bagaimana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membaca Al-Quran ketika solat:

ۄ۰ۧ Ù…Ű± ŰšŰąÙŠŰ© ÙÙŠÙ‡Ű§ ŰȘŰłŰšÙŠŰ­ ۳ۭۚ ÙˆŰ„Ű°Ű§ Ù…Ű± ŰšŰłŰ€Ű§Ù„ ŰłŰŁÙ„ ÙˆŰ„Ű°Ű§ Ù…Ű± ŰšŰȘŰčÙˆŰ° ŰȘŰčÙˆŰ°

Maksudnya : “Jika melewati ayat yang di dalamnya ada tasbih (penyucian kepada Allah) maka baginda bertasbih, dan jika melewati ayat tentang permintaan maka baginda meminta, dan jika melewati ayat tentang memohon perlindungan maka baginda memohon perlindungan.” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Tidak membaca Al-Quran dalam keadaan mengantuk.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

ۄ۰ۧ Ù‚Ű§Ù… ŰŁŰ­ŰŻÙƒÙ… من Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ ÙŰ§ŰłŰȘŰčŰŹÙ… Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† Űčلى Ù„ŰłŰ§Ù†Ù‡ فلم ÙŠŰŻŰ± Ù…Ű§ يقول ÙÙ„ÙŠŰ¶Ű·ŰŹŰč

Maksudnya : “Kalau salah seorang dari kalian solat malam kemudian lisannya tidak boleh membaca Al-Quran dengan baik (kerana mengantuk) dan tidak tahu apa yang dikatakan maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis Riwayat Muslim)

(Lihat pembahasan lebih luas di At-Tibyan fii Aadaab Hamalatil Quran, An-Nawawy, dan Al-Itqan fii ‘Ulumil Quran, As-Suyuthi (1/276-299), Al-Burhan fii ‘Ulumil Quran, Az-Zarkasyi (1/449-480).

Kedua : Para ulama berbeza pendapat tentang apakah wanita yang haid boleh membaca al-Quran atau tidak? Sebahagian ulama menyatakan diperbolehkan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Quran kerana tidak adanya dalil yang sahih yang melarang.

Bahkan dalil menunjukkan bahawa wanita yang haid boleh membaca al-Quran, diantaranya sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha yang akan melakukan umrah akan tetapi datang haid:

Ű«Ù… Ű­ŰŹÙŠ ÙˆŰ§Ű”Ù†Űčي Ù…Ű§ ÙŠŰ”Ù†Űč Ű§Ù„Ű­Ű§ŰŹ ŰșÙŠŰ± ŰŁÙ† Ù„Ű§ ŰȘŰ·ÙˆÙÙŠ ŰšŰ§Ù„ŰšÙŠŰȘ ÙˆÙ„Ű§ ŰȘŰ”Ù„ÙŠ

Maksudnya : “Kemudian berhajilah, dan lakukan apa yang dilakukan oleh orang yang berhaji kecuali tawaf dan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Jabir bin Abdillah)

Berkata Syeikh Al-Albany:

فيه ŰŻÙ„ÙŠÙ„ Űčلى ŰŹÙˆŰ§ŰČ Ù‚Ű±Ű§ŰĄŰ© Ű§Ù„Ű­Ű§ŰŠŰ¶ Ù„Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† Ù„ŰŁÙ†Ù‡Ű§ ŰšÙ„Ű§ Ű±ÙŠŰš من ŰŁÙŰ¶Ù„ ŰŁŰčÙ…Ű§Ù„ Ű§Ù„Ű­ŰŹ ÙˆÙ‚ŰŻ ۣۭۚۧ Ù„Ù‡Ű§ ŰŁŰčÙ…Ű§Ù„ Ű§Ù„Ű­Ű§ŰŹ ÙƒÙ„Ù‡Ű§ ŰłÙˆÙ‰ Ű§Ù„Ű·ÙˆŰ§Ù ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ولو ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰ­Ű±Ù… ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„ŰȘÙ„Ű§ÙˆŰ© ŰŁÙŠŰ¶Ű§ Ù„ŰšÙŠÙ† Ù„Ù‡Ű§ ÙƒÙ…Ű§ ŰšÙŠÙ† Ù„Ù‡Ű§ Ű­ÙƒÙ… Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ŰšÙ„ Ű§Ù„ŰȘÙ„Ű§ÙˆŰ© ŰŁÙˆÙ„Ù‰ ŰšŰ§Ù„ŰšÙŠŰ§Ù† Ù„ŰŁÙ†Ù‡ Ù„Ű§ Ù†Ű” Űčلى ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ…Ù‡Ű§ ŰčÙ„ÙŠÙ‡Ű§ ÙˆÙ„Ű§ Ű„ŰŹÙ…Ű§Űč ŰšŰźÙ„Ű§Ù Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙŰ„Ű°Ű§ Ù†Ù‡Ű§Ù‡Ű§ ŰčÙ†Ù‡Ű§ ÙˆŰłÙƒŰȘ Űčن Ű§Ù„ŰȘÙ„Ű§ÙˆŰ© ŰŻÙ„ Ű°Ù„Ùƒ Űčلى ŰŹÙˆŰ§ŰČÙ‡Ű§ Ù„Ù‡Ű§ Ù„ŰŁÙ†Ù‡ ŰȘŰŁŰźÙŠŰ± Ű§Ù„ŰšÙŠŰ§Ù† Űčن وقŰȘ Ű§Ù„Ű­Ű§ŰŹŰ© Ù„Ű§ ÙŠŰŹÙˆŰČ ÙƒÙ…Ű§ هو Ù…Ù‚Ű±Ű± في Űčلم Ű§Ù„ŰŁŰ”ÙˆÙ„ ÙˆÙ‡Ű°Ű§ ŰšÙŠÙ† Ù„Ű§ ÙŠŰźÙÙ‰ ÙˆŰ§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله

“Hadis ini menunjukkan bolehnya wanita yang haid membaca al-Quran, kerana membaca al-Quran termasuk amalan yang paling utama dalam ibadah haji, dan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah membolehkan bagi Aisyah semua amalan kecuali tawaf dan solat, dan seandainya haram baginya membaca al-Quran tentunya akan baginda terangkan sebagaimana baginda menerangkan hukum solat (ketika haid), bahkan hukum membaca al-Quran (ketika haid) lebih berhak untuk diterangkan kerana tidak adanya nash dan ijmak yang mengharamkan, berbeza dengan hukum solat (ketika haid). Kalau baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melarang Aisyah dari solat (ketika haid) dan tidak berbicara tentang hukum membaca al-Quran (ketika haid) ini menunjukkan bahwa membaca al-Quran ketika haid diperbolehkan, kerana mengakhirkan keterangan ketika diperlukan tidak diperbolehkan, sebagaimana hal ini ditetapkan dalam ilmu ushul fiqh, dan ini jelas tidak samar lagi, walhamdu lillah.” (Hajjatun Nabi hal:69). 

Wanita haid boleh membaca al-Quran tetapidilarang menyentuh mushhaf atau bagian dari mushhaf, dan ini adalah pendapat empat mazhab, Hanafiyyah (Al-Mabsuth 3/152), Malikiyyah (Mukhtashar Al-Khalil hal: 17-18), Syafi’iyyah (Al-Majmu’ 2/67), Hanabilah (Al-Mughny 1/137).

Mereka berdalil dengan firman Allah SWT.

لَۧ يَمَŰłُّهُ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„ْمُŰ·َهَّ۱ُونَ (Ű§Ù„ÙˆŰ§Ù‚ŰčŰ©: 79)

Maksudnya : “Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci.” 

Sebagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud dengan mushaf yang kita dilarang menyentuhnya adalah termasuk kulitnya / sampulnya kerana dia masih bersama mushaf. Adapun memegang mushhaf dengan sesuatu yang tidak melekat dengan mushhaf (seperti sarung tangan dan yang sejenisnya) maka diperbolehkan.

Berkata Syeikh Bin Baz:

ÙŠŰŹÙˆŰČ Ù„Ù„Ű­Ű§ŰŠŰ¶ ÙˆŰ§Ù„Ù†ÙŰłŰ§ŰĄ Ù‚Ű±Ű§ŰĄŰ© Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† في ۣ۔ۭ قولي Ű§Ù„ŰčÙ„Ù…Ű§ŰĄ ؛ لŰčŰŻÙ… Ű«ŰšÙˆŰȘ Ù…Ű§ ÙŠŰŻÙ„ Űčلى Ű§Ù„Ù†Ù‡ÙŠ Űčن Ű°Ù„Ùƒ ŰšŰŻÙˆÙ† Ù…Űł Ű§Ù„Ù…Ű”Ű­Ù، ÙˆÙ„Ù‡Ù…Ű§ ŰŁÙ† ÙŠÙ…ŰłÙƒŰ§Ù‡ ŰšŰ­Ű§ŰŠÙ„ ÙƒŰ«ÙˆŰš Ű·Ű§Ù‡Ű± ÙˆÙ†Ű­ÙˆÙ‡، ÙˆÙ‡ÙƒŰ°Ű§ Ű§Ù„ÙˆŰ±Ù‚Ű© Ű§Ù„ŰȘي كŰȘŰš ÙÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† ŰčÙ†ŰŻ Ű§Ù„Ű­Ű§ŰŹŰ© Ű„Ù„Ù‰ Ű°Ù„Ùƒ

“Boleh bagi wanita haid dan nifas untuk membaca al-Quran menurut pendapat yang lebih sahih dari 2 pendapat ulama, kerana tidak ada dalil yang melarang, namun tidak boleh menyentuh mushhaf, dan boleh memegangnya dengan penghalang seperti kain yang bersih atau selainnya, dan boleh juga memegang kertas yang ada tulisan al-Quran (dengan menggunakan penghalang) ketika diperlukan” (Fatawa Syeikh Bin Baz 24/344).

Ketiga: Yang lebih utama adalah membaca al-Quran dalam keadaan suci, dan boleh membacanya dalam keadaan tidak suci kerana hadas kecil.

Dan ini adalah kesepakatan para ulama.

Berkata Imam An-Nawawi:

ŰŁŰŹÙ…Űč Ű§Ù„Ù…ŰłÙ„Ù…ÙˆÙ† Űčلى ŰŹÙˆŰ§ŰČ Ù‚Ű±Ű§ŰĄŰ© Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† Ù„Ù„Ù…Ű­ŰŻŰ« Ű§Ù„Ű­ŰŻŰ« Ű§Ù„Ű§Ű”Űș۱ ÙˆŰ§Ù„ŰŁÙŰ¶Ù„ ŰŁÙ† يŰȘÙˆŰ¶ŰŁ Ù„Ù‡Ű§

“Kaum muslimin telah bersepakat atas bolehnya membaca Al-Quran untuk orang yang tidak suci kerana hadas kecil, dan yang lebih utama hendaknya dia berwuduk.” (Al-Majmu’, An-Nawawy 2/163).

Diantara dalil yang menunjukan bolehnya membaca al-Quran tanpa berwuduk adalah hadis Ibnu Abbas ketika beliau bermalam di rumah ibu saudaranya Maimunah radhiyallahu ‘anha (isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam), beliau berkata:

ÙÙ†Ű§Ù… Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… Ű­ŰȘى ۄ۰ۧ Ű§Ù†ŰȘŰ”Ù Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ ŰŁÙˆ Ù‚ŰšÙ„Ù‡ ŰšÙ‚Ù„ÙŠÙ„ ŰŁÙˆ ŰšŰčŰŻÙ‡ ŰšÙ‚Ù„ÙŠÙ„ ۧ۳ŰȘÙŠÙ‚Űž Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… ÙŰŹÙ„Űł ÙŠÙ…ŰłŰ­ Ű§Ù„Ù†ÙˆÙ… Űčن ÙˆŰŹÙ‡Ù‡ ŰšÙŠŰŻÙ‡ Ű«Ù… Ù‚Ű±ŰŁ Ű§Ù„Űčێ۱ Ű§Ù„ŰźÙˆŰ§ŰȘم من ŰłÙˆŰ±Ű© ŰąÙ„ ŰčÙ…Ű±Ű§Ù†

“Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidur sampai ketika tiba tengah malam, atau sebelumnya atau sesudahnya, baginda bangun kemudian duduk dan mengusap muka dengan tangan baginda supaya tidak mengantuk, kemudian membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam hadis ini Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membaca Al-Quran setelah bangun tidur, sebelum baginda berwuduk.

Imam Al-Bukhari telah meletakkan hadis ini di beberapa bab di dalam kitab beliau (Shahih Al-Bukhary) diantaranya di bawah bab:

ۚۧۚ Ù‚Ű±Ű§ŰĄŰ© Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† ŰšŰčŰŻ Ű§Ù„Ű­ŰŻŰ« وŰșÙŠŰ±Ù‡

“Bab Membaca Al-Quran setelah hadas dan selainnya”

Namun sekali lagi, tidak boleh bagi orang yang berhadas kecil menyentuh mushaf secara langsung.

Wallahu a’lam.

913. Soalan : Saya ada 3 soalan mengenai khunsa.

1. Adakah wuduk seorang lelaki terbatal bila bersentuhan kulit dengan pondan dan khunsa?
2. Adakah apa-apa perbezaan antara pondan dan khunsa?
3. Jika pondan sembahyang berjamaah, dalam saf manakah dia patut berada?

Jawapan:

1. Khunsa (Pondan)

Khunsa dari bahasa Arab bermaksud ‘lembut’. Dari sini timbulnya istilah kaum lembut, mak nyah atau pondan. Menurut kamus dewan, pondan ialah lelaki yg memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki). 

Menurut syarak: khunsa ialah seseorang yang diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya. 

Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta’, ada dua jenis khunsa: khunsa ghayr musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya) dan khunsa musykil (yang sukar ditentukan).

2. Jika khunsa yang ghayri musykil (yang sudah dikenal pasti jantinanya), maka status wuduk dan ibadahnya menyerupai kaum yg ditentukan (samada lelaki atau wanita). Contoh : Jika khunsa itu sudah disahkan perempuan, maka jika anda bermadzhab Syafi’iy, maka batallah wuduk jika bersentuhan dengannya.

3. Kedudukan mereka dalam solat: jumhur ulama menetapkan khunsa berada di barisan ke tiga selepas dewasa, kanak-kanak lelaki dan khunsa selepas itu baru wanita (alMughny, 2/42) Berdasarkan hadis umum dari Abu Daud, Sunan, 1/181 Wallahu a'lam.

914. Soalan : Apakah hadis yang bermaksud, " Siapa kenal dirinya maka kenal tuhannya." Adakah hadis ini hadis sahih ? Hadis selalu dibaca oleh orang-orang tarikat dan juga ramai penceramah menggunakan hadis ini. Bolehkah kita berpegang dengan hadis ini?

Jawapan:

Hadis ini dihukum sebagai palsu oleh para ulama hadis. Tidak boleh berpegang dengannya. Sesiapa yang membacanya tanpa diterangkan kepalsuannya, maka termasuk dalam golongan yang mengada-adakan pembohongan terhadap Nabi SAW.

Terdapat ramai yang berceramah serta berhujjah dengan menyebut bahawa perkataan tersebut adalah hadis Rasulullah SAW sedangkan keputusan para ulama terhadap perkataan ini membuktikan ia hadis yang palsu, antaranya:

-Kata Ibn Taimiyyah hadis ini palsu.

-Kata al-Nawawi: Ianya tidak thabit.

-Kata Abu al-Muzaffar bin al-Sam`ani: “Ianya bukan daripada Rasulullah SAW.

-Kata al-Sayuti menyebut: “Hadis ini tidak sahih”..

-Kata Al-`Allamah al-Fairuz Abadi, penulis al-Qamus: Ianya bukan daripada hadis-hadis Nabi SAW sekalipun kebanyakan orang menganggapnya hadis Nabi SAW. Tidak sahih sama sekali. Hanya diriwayatkan daripada Israiliyyat.”

(lihat: `Ali al-Qari, al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’ Ű§Ù„Ù…Ű”Ù†ÙˆŰč في مŰčŰ±ÙŰ© Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű§Ù„Ù…ÙˆŰ¶ÙˆŰč, m.s.189, Riyadh: Maktab al-Rusyd/ Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa` 2/262/ Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/166 / dan lain-lain.)

915. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan perkara-perkara berikut :

1. Cara mensucikan kulit binatang , 


2. Bekas air yang dijilat anjing dan 


3. Mensucikan darah haid yang terkena kain.?


Jawapan : 


1. Menyucikan kulit bangkai (Bangkai adalah haiwan yang mati begitu saja tanpa melalui penyembelihan yang syar’i). dengan disamak.

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

ŰŁَيُّمَۧ Ű„ِهٍَۧۚ ŰŻُŰšِŰșَ فَقَŰŻْ Ű·َهُ۱َ

“Kulit bangkai apa saja yang telah disamak, maka ia telah suci.” (Hadis Riwayat An-Nasa’i no. 4241, At-Tirmizi no. 1728, Ibnu Majah no. 3609, Ad-Darimi dan Ahmad. Shaikh Al-Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir wa Ziyadatuhu no. 4476 mengatakan bahawa hadis ini sahih.

Namun hadis di atas tidak berlaku umum. Perlu dibezakan antara:

[1] kulit bangkai yang jika haiwannya disembelih, ia menjadi halal, maka kulit bangkai tersebut boleh suci dengan disamak.

[2] kulit bangkai yang jika haiwannya disembelih tidak membuat haiwan tersebut halal (ertinya: haiwan tersebut haram dimakan), maka kulitnya tetap tidak boleh suci dengan disamak.

(Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat ulama. Ada sebahagian ulama yang menganggap bahawa haiwan yang haram sekali pun jika kulitnya disamak tetap menjadikan kulitnya suci. Mereka berdalil dengan keumuman hadis tentang kulit yang disamak. Namun pendapat yang dipilih oleh Shaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin itulah yang lebih tepat, sebagaimana alasan yang beliau sebutkan di atas.)

Inilah pendapat yang lebih kuat daripada pendapat ulama yang ada.

Contoh pertama: Kulit kambing yang mati dalam keadaan bangkai, misalnya kambing itu mati dilanggar dan tidak sempat disembelih, maka boleh menjadi suci dengan disamak.

Contoh kedua: Serigala adalah haiwan yang haram dimakan kerana termasuk haiwan buas. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ Ű°ِى نٍَۧۚ مِنَ Ű§Ù„ŰłِّŰšَۧŰčِ فَŰŁَكْلُهُ Ű­َ۱َŰ§Ù…ٌ

“Setiap haiwan buas yang bertaring haram untuk dimakan.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1933, dari Abu Hurairah).

Sekirannya serigala mati, lalu kulitnya diambil, walaupun kulit tadi disamak, kulit tersebut tetap tidak suci (najis). Alasannya, jika serigala tersebut disembelih, ia tidak boleh membuat haiwan tersebut jadi halal, maka jika kulit haiwan tersebut disamak, maka tidak membuat jadi suci. Kulit serigala ini masih tetap najis berbeza dengan kulit kambing tadi. Demikian penjelasan dari Al Faqih Shaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin rahimahullah dengan perubahan teks.

[Lihat Fathu Dzil Jalaali wal Ikrom Syarh Bulughil Marom, Shaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin, 1/159, Madarul Wathon Lin Nasyr, cetakan pertama, tahun 1425 H]

2. Menyucikan bekas yang dijilat anjing

Dari Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ű·ُهُÙˆŰ±ُ Ű„ِنَۧۥِ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ Ű„ِŰ°َۧ وَلَŰșَ فِيهِ Ű§Ù„ْكَلْŰšُ ŰŁَنْ يَŰșْŰłِلَهُ ŰłَŰšْŰčَ مَ۱َّۧŰȘٍ ŰŁُÙˆÙ„Ű§َهُنَّ ŰšِŰ§Ù„ŰȘُّ۱َِۧۚ

Maksudnya ,“Cara menyucikan bekas di antara kalian apabila dijilat anjing adalah dicuci sebanyak tujuh kali dan awalnya dengan tanah.” (Hadis Riwayat Muslim no. 279)

Sebagaiman diterangkan oleh An-Nawawi rahimahullah, mengenai cara membersihkan jilatan anjing ada beberapa riwayat. Ada riwayat yang menyebut

 “ŰłَŰšْŰč مَ۱َّۧŰȘ ŰŁُولَŰ§Ù‡ُنَّ ŰšِŰ§Ù„ŰȘُّ۱َِۧۚ”,

 iaitu tujuh kali dan awalnya dengan tanah. 

Shaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin rahimahullah menjelaskan bahawa yang dimaksud “pertamanya dengan tanah”  Mencampuri tanah dan air, lalu dilumuri pada bekas yang dijilat anjing. (Lihat Fathu Dzil Jalaali wal Ikrom Syarh Bulughil Marom, 1/95.)

3. Menyucikan pakaian yang terkena darah haid

Dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian dia berkata,

Ű„ِŰ­ْŰŻَŰ§Ù†َۧ يُŰ”ِÙŠŰšُ Ű«َوْŰšَهَۧ مِنْ ŰŻَمِ Ű§Ù„ْŰ­َيْ۶َŰ©ِ كَيْفَ ŰȘَŰ”ْنَŰčُ Űšِهِ

“Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang mesti kami perbuat?”

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab,

ŰȘَŰ­ُŰȘُّهُ Ű«ُمَّ ŰȘَقْ۱ُŰ”ُهُ ŰšِŰ§Ù„ْمَۧۥِ Ű«ُمَّ ŰȘَنْ۶َŰ­ُهُ Ű«ُمَّ ŰȘُŰ”َلِّى فِيهِ

Maksudnya , “Buangkan darah haid dari pakaian tersebut kemudian kikislah kotoran yang masih tersisa dengan air, lalu cucilah. Kemudian solatlah dengannya.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 227 dan Muslim no. 291)

Kalau masih ada bekas darah haid yang tertinggal setelah dibersihkan tadi, maka hal ini tidaklah mengapa.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata bahawa Khaulah binti Yasar berkata pada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ لَيْŰłَ لِى Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű«َوْŰšٌ وَِۭۧŰŻٌ وَŰŁَنَۧ ŰŁَŰ­ِÙŠŰ¶ُ فِيهِ. قَŰ§Ù„َ « فَŰ„ِŰ°َۧ Ű·َهُ۱ْŰȘِ فَۧŰșْŰłِلِى مَوْ۶ِŰčَ Ű§Ù„ŰŻَّمِ Ű«ُمَّ Ű”َلِّى فِيهِ ». قَŰ§Ù„َŰȘْ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنْ لَمْ يَŰźْ۱ُŰŹْ ŰŁَŰ«َ۱ُهُ قَŰ§Ù„َ « يَكْفِيكِ Ű§Ù„ْمَۧۥُ وَÙ„Ű§َ يَ۶ُ۱ُّكِ ŰŁَŰ«َ۱ُهُ »

“Wahai Rasulullah, aku hanya memiliki satu pakaian. Bagaimana ketika haid saya memakai  pakaian itu juga?”

Lantas Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya, “Jika engkau telah suci, cucilah bahagian pakaianmu yang terkena darah lalu solatlah dengannya.”

Lalu Khaulah berujar lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika kesannya (kesan darah) tidak hilang?”

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab, “Air sudah cukup untuk (sudah menghilangkan najis tersebut), sehingga kesannya (kesan darah haidah) tidaklah membahayakanmu.”(Hadis Riwayat Ahmad. Shaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadis ini hasan.)

Jika wanita ingin membersihkan darah haid tersebut dengan menggunakan kayu sikat atau alat lainnya atau dengan menggunakan air dan sabun atau pembersih lainnya untuk menghilangkan darah haid tadi, maka ini lebih baik. (Lihat Sahih Fiqh Sunnah, Shaikh Abu Malik, 1/84, Al Maktabah At Taufiqiyah).  

Dalilnya adalah hadis Ummu Qais binti Mihshon, beliau mengatakan,

ŰłَŰŁَلْŰȘُ Ű§Ù„Ù†َّŰšِىَّ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- Űčَنْ ŰŻَمِ Ű§Ù„ْŰ­َيْ۶ِ يَكُونُ فِى Ű§Ù„Ű«َّوْŰšِ قَŰ§Ù„َ « Ű­ُكِّيهِ Űšِ۶ِلْŰčٍ وَۧŰșْŰłِلِيهِ Űšِمَۧۥٍ وَŰłِŰŻْ۱ٍ ».

“Aku bertanya pada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai darah haid yang mengenai pakaian. Baginda menjawab, “Gosoklah dengan tulang dan cucilah dengan air dan sidr (sejenis tanaman)”.” (Abu Daud no. 363, An-Nasai no. 292, 395, dan Ahmad (6/355). Shaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih.)




Zakat Pendapatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Panduan Mengira Zakat Pendapatan :

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini.

Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama. Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi.

Contoh:

1. Gaji tahunan
2. Tunggakan gaji
3. Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
4. Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

1. Khidmat guaman
2. Khidmat nasihat
3. Juru perunding
4. Rawatan perubatan
5. Kejuruteraan
6. Seniman
7. Lain-lain

Dalil Wajib Zakat:: Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah al-Baqarah ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah SAW : “Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam.

2. Merdeka.

3. Sempurna Milik.

4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha’ menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai ‘mal mustafad’ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.

6. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1

2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

CONTOH: Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

KAEDAH 2 Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan

KAEDAH 3 Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun) RM Gaji 24,000 Elaun 5,800 Bonus 4,000 Lain-lain 5,000 JUMLAH PENDAPATAN 38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun) RM Diri 8,000 Isteri 3,000 Anak-anak (1,000 x 4 orang) 4,000 Pemberian IbuBapa 2,400 Caruman KWSP 2,400 Caruman Tabung Haji 600 Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. 1,200

JUMLAH TOLAKAN 21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B) RM RM38,800 – RM 21,600 Nilai melebihi paras nisab, (contoh: nisab Kelantan bagi tahun 2009 = RM 8,422.14)= RM8777.86

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM RM8777.86 x 2.5%  = RM219.45

NOTA:

1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).

2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.

3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi, takaful yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Sumber : Pusat Zakat Selangor dan lain-lain.

Wallahu ‘alam.

Ucapan Salam Fadilat Dan Kebaikannya

Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Salam adalah satu ucapan dari seseorang Islam kepada saudaranya yang lain dengan maksud mendoakan kesejahteraanya dan keselamatannya. Kata salam dalam Bahasa Arab mempunyai erti keselamatan, kesejahteraan atau ‎kedamaian. Beberapa bentuk lafaz salam yang selalu ducapkan oleh seseorang muslim antaranya adalah; ‎

1. Assalamu ' alikum,

2. Assalamu ' alikum warahmatullaah

3. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi ‎wabarakaatuh

Ketiga-tiga bentuk salam itu mempunyai makna yang berbeza dan sudah tentu mempunyai markah pahala yaang berbeza juga. Ini dihuraikan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang diceritakan oleh;

‎Imran Bin Hushain r.a menceritakan tentang seseorang yang mendatangi ‎Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum!" Rasulullah SAW ‎menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar: "Sepuluh!" Kemudian ‎datang orang lain yang mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!" ‎Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar: "Dua puluh!" Dan ‎datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam: "Assalaamu'alaikum warahmatullahi ‎wabarakaatuh!" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Tiga puluh!" (Hadis Riwayat Abu Daud dan ‎Tirmidzi).‎

Ini bererti mengucap salam dengan lafaz salam yang lebih sempurna akan mendapat lebih pahala. ‎Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wataala dalam al-Qur’an:‎

Maksudnya: "Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah ‎penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). ‎Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (Surah An-Nisaa' ayat 86).‎

Ucapan yang paling indah di Syurga adalah salam.‎

MENYEBAR-LUASKAN SALAM

Salam, "Assalamu'alaikum" di mana salah satu maknanya adalah merupakan ‎doa yang sangat baik diberikan kepada sesama muslim. Salam juga menjadi salah satu ‎simbol dan syi'ar Islam. Lebih-lebih lagi salam tidak hanya berbentuk perkataan, tetapi juga ‎untuk mewujudkan salam kedamaian kepada seluruh makhluk Allah SWT. Salam kepada ‎orang lapar dan uzur akan mengurangkan kelaparan dan kesakitannya dan sebagainya.‎

Dalil-Dalil dari:

‎1. Al Quran‎ :

Allah SWT berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah ‎yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. ‎Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat" (Surah An-Nuur [24] ayat 27).‎

Allah SWT berfirman:"... Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-‎rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada dirimu sendiri. Salam yang ‎ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkah lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ‎ayat-ayat (Nya) bagimu, agar kamu memahaminya" (Surah An-Nuur [24] ayat 61).‎

‎2. Hadis‎ :

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Demi Dia yang diriku berada di tangan-Nya! Kalian tidak akan ‎masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman hingga kalian saling ‎berkasih-sayang. Mahukah kalian saya tunjukkan suatu perkara yang apabila kalian ‎kerjakan, maka akan tumbuh rasa kasih-sayang di antara kalian? Sebarkan salam di ‎antara kalian!" (Hadis Riwayat Muslim).‎

Rasulullah SAW bersabda:"Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah makanan, ‎sambunglah tali silaturahmi dan solatlah ketika manusia lain tengah (nyenyak) tidur; nescaya ‎kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera" (At Tirmidzi).‎

‎3. Sunnah Para Nabi dan Rasul‎ :

Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Allah telah ‎menjadikan Adam, maka Allah memerintahkan: "Pergilah kepada para Malaikat dan ‎ucapkan salam kepada mereka yang tengah duduk. Dengarkanlah jawaban salam mereka, ‎kerana itu akan menjadi ucapan salam bagi kamu dan anak cucumu kelak!" Maka ‎pergilah Nabi Adam dan mengucapkan: "Assalaamu ‘alaikum!" Para Malaikat ‎menjawab: "Assalaamu ‘alaika warahmatullaah!" Mereka menambah warahmatullaah" ‎‎(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).‎

Al Quran menceritakan kisah Ibrahim a.s.:"(Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya ‎lalu mengucapkan:"Salaaman", Ibrahim menjawab:"Salaamun" ..." (Surah Adz-Dzaariyaat [51] ayat ‎‎25).‎

‎4. Perilaku Para Sahabat‎ :

Thufail Bin Ubay Bin Ka'ab pernah datang ke rumah Abdullah Bin Umar; lalu keduanya ‎pergi ke pasar. Ketika keduanya sampai di pasar, tidaklah Abdullah Bin Umar menemui ‎tukang jahit, penjual ubat, orang miskin dan siapa saja melainkan mesti memberi ‎salam kepada mereka.‎

Suatu hari, Thufail Bin Ubay Bin Ka'ab datang lagi ke rumah Abdullah Bin Umar, dan ‎diajak lagi ke pasar. Maka Thufail bertanya: "Perlu apa kita ke pasar? Kamu sendiri ‎bukanlah seorang pedagang dan tidak ada kepentingan menanyakan harga barang atau ‎menawar barang. Lebih baik bila kita duduk bersembang di sini". Abdullah Bin Umar ‎menjawab: "Hai Abu Bathn! Sebenarnya kita pergi ke pasar hanya untuk ‎memasyarakatkan salam. Kita beri salam kepada siapa saja yang kita temui di sana!" ‎‎(Hadis Riwayat Imam Malik dalam kitab Al Muwatha' dengan sanad sahih).‎

‎5. Ucapan Ahli Syurga‎ :

Dalil dari firman Allah SWT. dalam banyak ayat, antaranya:‎

Ertinya : “‎
Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan SALAM. Bagi mereka rezkinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang".“Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa.”. (Surah Maryam ayat  62-63).‎

Ertinya: “Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan ‎tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;” “Mereka hanya mendengar ucapan: SALAM! ‎SALAM! (dari satu kepada yang lain)”. (Surah Al-Waqiah ayat 25-26)‎

Ertinya: “Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala ‎kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: SALAM ‎‎“Selamat sejahtera”! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada ‎Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!”. (Surah Yunus ayat10)‎

Ertinya: “Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa ‎menemuiNya (di syurga) ialah ucapan "SALAM" (selamat sejahtera) dan Dia telah ‎menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia”. (Surah Al-Ahzab ayat 44)‎


HUKUM MENGUCAP SALAM DAN MENJAWAB SALAM

‎1. Mengucapkan Salam‎ :

Hukum mengucapkan salam adalah sunnah yang dikuatkan (sunnah mu'akadah). ‎Rasulullah SAW bersabda:"Jika seseorang di antara kalian berjumpa dengan saudaranya, ‎maka hendaklah memberi salam kepadanya. Jika antara dia dan saudaranya terhalang ‎pepohonan, dinding atau bebatuan; kemudian mereka berjumpa kembali, maka ucapkan ‎salam kepadanya" (Hadis Riwayat Abu Daud).‎

‎2. Menjawab Salam‎ :

Sedangkan hukum menjawab salam adalah wajib. Sebagaimana firman Allah ‎SWT maksudnya :"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah yang lebih ‎baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala ‎sesuatu" (Surah An-Nisaa' [4] ayat 86).‎

‎3. Ucapan Salam‎ :

Ucapan salam yang lengkap adalah "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi ‎wabarakaatuh" yang ertinya "semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah ‎dilimpahkan kepada kalian". Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ‎ketika beliau tengah bersama isterinya, ‘Aisyah RA, beliau bersabda:"Ini Jibril ‎mengucapkan salam kepada kamu". Maka ‘Aisyah RA menjawab:"Wa ‘alaihissalaam ‎warahmatullaahi wabarakaatuh" (HR. Bukhary dan Muslim).‎

Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap ‎diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:‎
a. Assalaamu ‘alaikum
b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)‎

Semakin lengkap ucapan salam seseorang, maka semakin banyak pula keutamaan yang ‎diraihnya. Imran Bin Hushain r.a. menceritakan tentang seseorang yang mendatangi ‎Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum!" Rasulullah SAW ‎menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar: "Sepuluh!" Kemudian ‎datang orang lain yang mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!" ‎Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar:"Dua puluh!" Dan ‎datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam: "Assalaamu'alaikum warahmatullahi ‎wabarakaatuh!" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Tiga puluh!" (Hadis Riwayat Abu Daud dan ‎Tirmidzi).‎

Demikianlah, semakin lengkap ucapan salam seseorang, akan semakin banyak pula ‎keutamaan pahala yang dia peroleh. ‎

4. Ucapan Balasan Salam‎ :

Sedangkan jawaban salam, sekurang-kurangnya setaraf atau setara dengan ucapan salam; dan kalau ‎boleh, malah dilebihkan. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :" Apabila kamu dihormati dengan suatu ‎penghormatan, maka balaslah yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa. ‎Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu" (Surah An-Nisaa' [4] ayat 86).‎

Sehingga jawaban salam yang disyari'atkan adalah:‎

a. Bila ucapan salam "Assalaamu ‘alaikum" maka jawapan paling kurang adalah ‎‎"Wa'alaikumussalaam", jawapan lebih adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaah", ‎dan jawapan lengkapnya adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh".‎

b. Bila ucapan salam "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah" maka jawapan paling kurang ‎adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaah", dan jawapan lengkapnya adalah ‎‎"Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh".‎

c. Bila ucapan salam "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh" maka ‎jawaban paling kurang adalah "Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh"‎

ADAB MENGUCAP DAN MENJAWAB SALAM

Ada beberapa adab yang harus diperhatikan dalam menyebarkan salam, iaitu:‎

1. Urutan Salam‎ :

Sabda Rasulullah SAW:‎

a. Orang yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan
b. Orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk
c. Rombongan yang sedikit memberi salam kepada rombongan yang lebih banyak ‎
d. Yang kecil (muda) memberi salam kepada yang besar (tua) (Hadis Riwayat Bukhari).‎

Itulah urutan salam yang menjadi adab bagi seorang Muslim untuk menyebarkan salam. ‎Sikap dasar seorang Muslim adalah cuba memaklumi orang lain dan tidak meminta untuk ‎dimaklumi. Urutan salam inipun tidak harus menjadikan kita minta untuk dimaklumi. ‎Misal orang tua sama sekali tidak mahu memberi salam kepada yang lebih muda, dan ‎menuntut supaya anak-anak muda itu yang harus terlebih dahulu mengucapkan salam ‎kepadanya. Sikap tuntutan seperti ini tentu saja berlebih-lebihan. Mestinya seorang ‎Muslim tidak terjebak dengan sikap keanak-anakan seperti ini.‎

‎2. Mendahului Salam‎

Terlepas dari urutan dalam memberi salam, Rasulullah SAW mengajarkan untuk ‎mendahului dalam memberi salam. Diharapkan kita tidak pasif dalam mengucapkan ‎salam, iaitu sekadar menanti datangnya ucapan salam dari orang lain. Diharapkan pula ‎kita tidak menjadi orang yang suka menuntut orang lain untuk mengucapkan salam ‎dahulu. Rasulullah SAW mengajarkan, justeru yang memulai salam itulah orang yang ‎lebih mulia.‎

Sabdanya:"Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang mendahului salam (Hadis Riwayat Abu ‎Daud dan Tirmidzi).‎

Seseorang pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:"Ya Rasulullah, jika dua orang ‎bertemu muka, manakah di antara keduanya yang harus terlebih dahulu memberi salam?" ‎Rasulullah SAW menjawab:"Yang lebih dekat kepada Allah (yang berhak terlebih dahulu ‎memberi salam)" (Hadis Riwayat Tirmidzi).‎

‎3. Menjawab Setara atau Lebih‎ :

Apabila ada seseorang yang memberi salam kepada kita, maka idealnya kita memberikan ‎jawapan yang sama (setara). Misalkan seseorang mengucapkan salam kepada kita: ‎‎"Assalaamu ‘alaikum warahmatuulaah!" Paling kurang kita harus menjawab: ‎‎"Wa'alaikumussalaam warahmatullaah!"‎

Lebih utama lagi, apabila kita memberikan jawapan yang lebih daripada ucapan salam ‎tersebut. Misalnya seseorang mengucapkan salam kepada kita:"Assalaamu ‘alaikum ‎warahmatuulaah!" Maka akan lebih baik apabila kita menjawab:"Wa'alaikumussalaam ‎warahmatullaahi wabaraakatuh!"‎

Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala:"Apabila kamu dihormati dengan suatu ‎penghormatan, maka balaslah yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa. ‎Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu" (Surah An-Nisaa' [4] ayat 86).‎

Jawapan salam masih kurang setara apabila kita memberi jawapan:"Wa'alaikum salaam ‎‎...!" Harusnya, jawaban itu adalah:"Wa ‘alaikumus salaam ...!" Perbezaan antara ‎keduanya adalah: salaam dan as salaam. Kata salaam bererti keselamatan, sedangkan kata ‎as salaam memiliki makna seluruh keselamatan. Tentu saja tidak setara antara ‎keselamatan dan seluruh keselamatan. Jawapan "Wa'alaikum salaam ..." mempunyai ‎makna keselamatan atas kalian; sedangkan jawaban "wa ‘alaikumus salaam ..." ‎mempunyai makna seluruh keselamatan atas kalian. Tentu saja jawaban "Wa'alaikum ‎salaam (keselamatan atas kalian)..." tidak setara apabila pemberi salam ‎megucapkan:"Assalaamu ‘alaikum (Seluruh keselamatan atas kalian) ...!"‎

‎4. Menjabat Tangan‎ :

Selain mengucapkan salam, akhlaq yang indah (karimah) bagi seorang Muslim ketika ‎bertemu dengan saudaranya adalah menjabat tangannya dengan erat. Seseorang bertanya ‎kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, jika seseorang dari kami bertemu dengan ‎saudaranya atau temannya apakah harus menunduk-nunduk?" Jawab Rasulullah SAW: ‎‎"Tidak!" Tanyanya: "Apakah harus merangkul kemudian menciumnya?" Jawab ‎Rasulullah SAW: "Tidak!" Tanyanya sekali lagi:"Apakah meraih tangannya kemudian ‎menjabatnya?" Jawab Rasulullah SAW: "Ya!" (Hadis Riwayat Muslim).‎

Selain memiliki nilai keeratan dalam persahabatan (ukhuwwah), jabatan tangan juga akan ‎menghapus dosa di antara kedua Muslim yang melakukannya. Rasulullah SAW ‎bersabda:"Tidaklah dua orang Muslim yang bertemu kemudian berjabat tangan kecuali ‎Allah akan mengampuni dosa keduanya sampai mereka melepaskan jabatan tangannya" ‎‎(Hadis Riwayat Abu Daud).‎

Yang tetap perlu diperhatikan hendaklah lelaki tidak berjabat tangan dengan wanita yang ‎bukan mahramnya; demikian pula sebaliknya. Meskipun dalam masalah ini, Dr. Yusuf Al ‎Qardhawi tidak mengharamkannya secara mutlaq.‎

‎5. Berwajah Manis‎

Yang dimaksud berwajah manis adalah penampilan yang menyenangkan serta senyum ‎yang mengembang. Gaya seperti inilah yang diinginkan Rasulullah SAW ketika seorang ‎Muslim bertemu dengan saudaranya. Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kalian ‎meremehkan sedikitpun tentang kebaikan, meskipun hanya wajah yang manis saat ‎bertemu dengan saudaramu" (Hadis Riwayat Bukhari).‎

‎6. Tidak Memalingkan Wajah‎ :

Memalingkan wajah, apapun alasannya, sukar untuk ditafsirkan kecuali sikap ‎meremehkan atau memusuhi. Apabila seorang Muslim berjumpa dengan saudaranya, ‎selain salam dan jabat tangan. hendaklah ditambah dengan menatap wajah saudaranya; ‎iaitu tidak memalingkan wajah. Nilai ucapan salam dan jabatan tangan menjadi hampa ‎dan hilang ketika seseorang melakukannya sambil memalingkan wajah.‎

Allah SWT telah mengingatkan masalah ini dengan firman-Nya:"Dan janganlah kamu ‎memalingkan muka kamu dari manusia dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ‎dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi ‎membanggakan diri" (Surah Luqman [31] ayat 18).‎

Namun memalingkan wajah itu hanya terhad kepada lelaki kepada lelaki dan wanita ‎kepada wanita sahaja. Jika sebaliknya, harus juga memandang tetapi hanya untuk sekali ‎pandang sahaja. Pandangan kali kedua untuk yang bukan mahram adalah haram.‎

7. Suara Yang Sederhana‎ :

Setiap pembicaraan yang kita lakukan hendaklah secukupnya saja. Maksudnya, tidak ‎dengan suara yang berlebihan, tetapi juga tidak terlalu lemah. Minimal orang yang kita ‎ajak berbicara mampu menangkap suara kita, itu sudah cukup. Demikian pula dalam ‎mengucapkan salam; secukupnya saja. Jangan sekali-kali meninggikan suara seolah-olah ‎mahu diajak bergadung, atau dengan garang.‎

Al Miqdad r.a. biasa menyediakan susu bahagian Rasulullah SAW. Maka Rasulullah ‎SAW datang pada waktu malam, lalu beliau memberi salam dengan perlahan sehingga ‎tidak membangunkan orang yang tidur, dan cukup didengar oleh mereka yang terjaga. ‎Dan beliau mengucapkan salam sebagaimana biasa beliau mengucapkan salam (Hadis Riwayat ‎Muslim).‎

‎8. Tidak mengucapkan ‘Alaikassalaam (‎‏ (Űčليك Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… ‏

Ucapan salam yang dilarang oleh Rasulullah SAW adalah ‘alaikassalaam, kerana kata ‎‎‘alaikassalaam adalah salam untuk orang yang telah meninggal. Abu Juray al Hujaimi ‎datang kepada Rasulullah SAW sambil mengucapkan:"'Alaikassalaam, ya Rasulullah!" ‎Maka Rasulullah SAW berkata:"Jangan berkata 'alaikassalaam kerana ‘alaikassalaam itu ‎merupakan salam bagi orang mati" (Hadis Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi).‎

‎9. Salam kepada Lain Jenis‎ :

Laki-laki diperkenankan memberi salam kepada wanita; dan sebaliknya wanita juga ‎diperbolehkan mengucapkan salam kepada laki-laki. Demikianlah yang dilakukan ‎Rasulullah SAW ketika berjalan melalui sekumpulan wanita. Beliau memberi salam ‎kepada mereka (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).‎

Asma' Binti Jazid menceritakan bahawa ketika Rasulullah SAW berjalan di masjid ‎mendadak melihat rombongan wanita tengah duduk, maka beliau melambaikan tangan ‎dengan mengucapkan salam" (Hadis Riwayat At Tirmidzi).‎

Sedangkan salam wanita kepada laki-laki digambarkan oleh Ummu Hani' Binti Abu ‎Thalib RA ketika datang kepada Rasulullah SAW ketika ‘Fathul Makkah’ (penaklukan ‎kota Makkah). Ketikat itu, Rasulullah SAW tengah mandi dan di depannya ada ‎Syaidatina Fatimah. Maka Ummu Hani memberikan salam kepada Rasulullah SAW ‎‎(Hadis Riwayat Muslim).‎

Tentu saja, memberikan salam kepada lawan jenis yang bukan mahram dilakukan dengan ‎memperhatikan adab-adab pergaulan lawan jenis. Jangan sampai salam dengan lawan ‎jenis justeru dijadikan sebagai permulaan mendekati perbuatan zina. Misalnya salam ‎anak-anak muda kepada lawan jenis dengan ragam salam yang tidak tepat. Ada salam ‎sayang, salam mesra, salam rindu dan mungkin ada salam-salam lain yang lebih ‎berbahaya. Padahal salam seperti itu ditujukan kepada lawan jenis yang bukan muhrim ‎bukan pula isteri/suaminya. Salam seperti inilah yang tidak diharuskan syari’at.‎

‎10. Salam kepada Orang Bukan Muslim‎ :

Diharamkan seorang Muslim mendahului mengucapkan salam kepada orang Bukan ‎Islam. Rasulullah SAW bersabda:"Jangan kalian mendahului mengucapkan salam kepada ‎orang Yahudi atau Nashrani" (Hadis Riwayat Muslim).‎

Tetapi apabila orang yang hadir di sesuatu majlis telah bercampur antara orang Muslim ‎dengan bukan Muslim, maka diperkenankan kita untuk memulai mengucapkan salam. ‎Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW ketika menghadiri suatu majlis yang ‎bercampurr antara orang Muslim, musrikin penyembah berhala dan Yahudi. Baginda ‎mengucapkan salam kepada mereka" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).‎

Apabila orang bukan Muslim memulai mengucapkan salam, maka jawapan yang ‎diperkenankan oleh syari'at adalah: "Wa ‘alaikum!" (Semoga anda juga). Itu saja, tidak ‎perlu dipanjang lagi. ‎

Rasulullah SAW menasihatkan:"Jika orang-orang Ahli Kitab (bukan Muslim) memberi ‎salam kepada kamu, maka jawablah:"Wa ‘alaikum" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).‎

‎11. Salam kepada Anak-anak :

Salam tidak hanya hak bagi pemuda dan orang tua. Anak-anak pun berhak untuk ‎mendapatkan salam dan membalasnya. Bahkan, kebiasaan menyebarkan salam kepada ‎anak-anak, diharapkan dapat mewarnai akhlak seseorang ketika menginjak remaja dan ‎dewasa. ‎

Anas Bin Malik RA memberi salam kepada anak-anak ketika dia berjalan di depan ‎mereka. Kemudian Anas berkata:"Dahulu Rasulullah SAW juga berbuat seperti ini (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). ‎

Maka berilah salam kepada anak-anak sekaligus mengajar mereka dengan akhlak-akhlak ‎Islami sejak dini.‎

12. Salam jika Masuk Rumah‎ :

Allah SWT memerintahkan kepada Kaum Muslimin untuk meminta ijin dan ‎mengucapkan salam apabila hendak memasuki rumah samada rumah orang lain ataupun ‎rumah sendiri. Firman-Nya:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki ‎rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada ‎penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat" (Surah An-Nuur ‎‎[24] ayat 27).‎

Demikian pula jika kita memasuki rumah kita sendiri, baik dalam keadaan ada orangnya ‎atau dalam keadaan kosong. Disyari'atkan supaya kita mengucapkan salam. Allah SWT ‎berfirman:"... Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) ‎hendaklah kamu memberi salam kepada dirimu sendiri. Salam yang ditetapkan dari sisi ‎Allah, yang diberi berkah lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat (Nya) ‎bagimu, agar kamu memahaminya" (Surah An-Nuur [24] ayat 61).‎

Rasulullah SAW pun juga mengajarkan kepada Anas Bin Malik: "Wahai anak, jika kamu ‎masuk ke dalam rumah keluargamu, hendaknya memberi salam, supaya menjadi berkah ‎untuk kamu dan keluargamu" (Hadis Riwayat at Tirmidzi).‎

13. Kirim Salam‎ Kepada Yang Jauh :

Sudah menjadi tradisi di kalangan kita untuk saling berkirim salam kepada saudara kita ‎melalui orang lain. Tetapi ada perilaku yang masih canggung bagi kita untuk berkirim ‎salam, iaitu isi salamnya justeru seringkali tidak tersampaikan. Maka cara berkirim salam ‎adalah sebagai berikut, iaitu melibatkan 3 pihak dan caranya masing-masing:‎
‎ ‎
Pertama, untuk pihak pengirim salam mestinya mengirim salam sekaligus menyebut ‎lafaz salamnya, sebagai mana seseorang yang berkata, "Saya mahu kirim surat kepada si ‎Fulan", maka tentunya dia akan mengambilkan surat tersebut dan diberikan kepada ‎pengirimnya. Maka seorang pengirim salam ketika mengatakan, "Saya kirim salam buat ‎si Fulan" dia harusnya menambahkan, (‎ÙˆŰ±Ű­Ù…Ű© Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘه ‏‎ ‎‏ Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčليك وŰčليه‏‎ ) "Assalaamu ‎‎‘alaika wa alaihi warahmtullaahi wabarakaatuh".‎
‎ ‎
Kedua, untuk pihak pembawa salam mestinya menyampaikan salam sekaligus isi ‎salamnya. Sebagaimana Pak Pos yang berkata,"Ada surat untuk Encik" kemudian dia ‎akan menyerahkan surat tersebut kepada orang yang dituju. 

Demikian pula seorang ‎pembawa salam ketika berkata kepada orang yang dituju, "Si Fulan kirim salam kepada ‎awak" maka salamnya harus disampaikan,

 ( ‎Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčليكم ÙˆŰ±Ű­Ù…Ű© Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘه‎ ) 

"Assalaamu ‎‎‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh".‎
‎ ‎
Ketiga, pihak penerima salam hendaknya membalas salam dari saudaranya sekaligus ‎isinya. Maka seharusnya ketika dia berkata menerima salam dari sahabat atau saudaranya ‎maka dia harusnya berkata,

 (‎ÙˆŰ±Ű­Ù…Ű© Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘه‎ ‎وŰčليكم وŰčليه Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù…‎ )

"Wa alaikum wa alaihis ‎salaam‏ ‏‎ warahmatullhi wabarakaatuh". ‎

Demikianlah seharusnya tertib cara mengirim salam kepada saudaranya melalui orang ‎lain.‎

‎14. Salam Di Kubur‎ :

Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ‎ahli kubur terlebih dahulu. ‎

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa ‎Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang ‎maksudnya: ‎

‎“Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai ‎penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi ‎rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. ‎Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim). ‎

Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi ‎perkuburan ‎dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang ‎diziarahi itu. ‎

Lafaz salam kepada ahli kubur secara umumnya adalah sebagaimana berikut: ( ‎Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… ‏Űčليكم ÙŠŰ§ ŰŁÙ‡Ù„َ Ű§Ù„Ù‚ŰšÙˆŰ±‎ ) “Assalaamu ‘alaikum yaa ahlal qubuur”. Atau lafaz salam yang ‎khusus misalnya ( ‎Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčليكم ÙŠŰ§ ŰŁŰšÙŠ ‏‎ ) “Assalaamu ‘alaikum ya abi (wahai ayahku) atau ‎yaa ummi (wahai ibuku)”.‎

Lafaz yang lebih khusus untuk ahli kubur adalah sebagaimana berikut:‎

‎( ‎‏ Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčليكم ŰŻَۧ۱َ قَوْمٍ مُŰ€ْمِنِيْنَ, ŰŁَنْŰȘُمُ Űłَِّۧۚقُوْنَ وَنَŰ­ْنُ Ù„Ű§َŰ­ِقُوْنَ, يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ لَنَۧ وَلَكُمْ‎ )‎
‎"Assalamualaikum dara qaumin mukminin, antumussabiqun wa nahnu‎‏ ‏lahiquun ‎yaghfirullahu lanaa wa lakum."‎

‎(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah‎
mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)‎

Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya ‎dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. ‎Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan ‎tahu siapa yang menziarahinya. ‎

Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi ‎salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".‎
‎ ‎
Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat ‎kedua-dua ‎belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi ‎dengan rahmat, ‎keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.

15. Menjawab Salam Ketika Solat :

Salam wajib dijawab sebagaimana dalil-dalil yang telah dibawa sebelum ini. Oleh itu jika ada orang yang memberi salam ketika kita sedang solat maka hendaklah dijawab dengan isyarat atau mengangkat tangan sedikit sebagai menandakan kita menjawab salam seseorang yang memberi salam.‎

MAKNA SALAM

‎1. Doa :

Makna salam adalah doa seorang Muslim kepada saudara seagamanya. Kata "Assalaamu ‎‎‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh" mempunyai makna "Semoga seluruh ‎keselamatan, rahmat dan berkat dianugerahkan Allah kepada kalian". Nilai doa dalam ‎kandungan salam ini menjadi salah satu dasar mengapa salam tidak dapat diberikan ‎kepada orang-orang bukan Islam. Kerana doa seorang Muslim kepada bukan Muslim ‎akan tertolak, meskipun ditujukan kepada orang-orang yang dekat dalam kehidupannya. ‎Demikian juga doa Rasulullah SAW tertolak ketika ditujukan kepada bapa saudaranya ‎yang masih kafir, iaitu Abu Thalib. Dan Allah mengingatkan nabi dengan ‎firmanNya:"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang ‎kamu kasihi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-‎Nya. Dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Surah Al-‎Qashash [28] ayat 56).‎

Doa seorang Muslim kepada Bukan Muslim adalah doa supaya mereka mendapat ‎petunjuk masuk dalam pangkuan Islam. Demikianlah doa Rasulullah SAW kepada orang ‎Bukan Muslim: "Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, kerana sesungguhnya ‎mereka itu orang yang tidak mengerti" (Sirah Nabawiyah, Abul Hasan ali An Nadwi). ‎Atau doa Rasululah SAW kepada Umar Bin Khaththab ketika masih kafir: "Ya Allah, ‎berilah kemuliaan kepada Islam dengan Islamnya salah satu orang terkasih kepadaMu, ‎yakni Abu Jahal atau Umar Bin Khaththab".‎

Demikian pula sebaliknya. Seorang Bukan Muslim tidak mungkin mendoakan seorang ‎Muslim, kerana tuhannya tidak sama. Bagaimana mungkin seorang tuan menggaji ‎seseorang yang bukan pegawainya. Sehingga, bila seorang Bukan Muslim memberi ‎salam kepada kita, cukup kita balas dengan ucapan:"Wa'alaikum (Semoga kamu juga)", ‎tidak lebih dari itu.‎

Berkat doa dari salam itulah yang menjadikan sahabat mengecilkan nada suara jawapan ‎salam ketika Rasulullah SAW mengucapkan salam kepada penghuni rumahnya. Sampai ‎salam ketiga, barulah mereka menjawab dengan suara keras. Ketika Rasulullah SAW ‎bertanya mengapa hal itu dilakukan oleh mereka, maka dijawab: "Kami ingin ‎mendapatkan do'a dari Rasulullah SAW".‎

‎2. Dasar Iman dan Ukhuwwah‎ :

Salam merupakan dasar terbentuknya kasih-sayang (ukhuwwah), sedangkan kasih-sayang ‎merupakan salah satu indikasi kedalaman iman. Sehingga dapat disimpulkan bahawa ‎salam merupakan dasar bagi tegaknya iman dan ukhuwwah. ‎

Rasulullah SAW bersabda: "Demi Dia yang diriku berada di tangan-Nya! Kalian tidak ‎akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman hingga kalian ‎saling berkasih-sayang. Mahukah kalian saya tunjukkan suatu perkara yang apabila ‎kalian kerjakan, maka akan tumbuh rasa kasih sayang di antara kalian? Sebarkan salam di ‎antara kalian!" (Hadis Riwayat Muslim).‎

‎3. Syi'ar Universal‎ :

Sangat keliru anggapan sebahagian orang yang mengatakan bahawa salam adalah budaya ‎Arab, sehingga diusulkan supaya diganti dengan sapaan biasa atau setempat. Sebelum ‎kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mengenal salam seperti yang kita fahami ‎sekarang. Bila mereka menyapa, mereka akan mengatakan:"Sabaahun Nuur (Selamat ‎pagi)" atau "Masaa'un Nuur (Selamat malam)" dan kemudian akan dijawab "Sabahul ‎Khair" atau "Masaa'ul Khair".‎

Setelah kedatangan Islam, sapaan ala Arab itu tidak hilang begitu saja. Sapaan itu tetap ‎menjadi sapaan khas dalam Bahasa Arab. Sedangkan sapaan yang sesuai dengan syari'at ‎Islam adalah: "Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi wabarakaatuh" yang menjadi tradisi ‎bagi Kaum Muslimin. Sehingga bagi orang Arab yang Bukan Muslim tidak memakai ‎salam sebagai sapaan mereka.‎

Maka sangat keliru mereka yang beranggapan bahawa salam adalah sapaan budaya Arab. ‎Meskipun salam memakai Bahasa Arab. Hakikatnya adalah salam merupakan sapaan ‎khas Islam yang sesuai dengan syari'at dan berpahala apabila mengerjakannya. Sekaligus ‎salam merupakan sapaan yang bersifat universal bagi seluruh Kaum Muslimin sedunia. ‎

Salam seolah-olah kode etik pergaulan antara sesama Muslim. Siapapun dia, di manapun ‎berada, dan bila-bila jua; maka salam adalah sapaan yang menyatukan Kaum Muslimin di ‎seluruh dunia. Itulah syi'ar di antara syi'ar-syi'ar agama Allah yang harus kita agungkan.‎

Maksud firman Allah: "...Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka ‎sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati" (Surah Al Hajj [22] ayat 32).‎

Demikianlah salam dalam kehidupan seorang Muslim. Tidak ada manfaatnya salam, ‎apabila kita tidak mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.‎

Rujukan:‎
Hasan Ayyub, Assulukul Ijtima'i
Imam An-Nawawi, Riyadhus shalihn
Sayyid Sabiq, Fiqhus sunnah

Tafsir Surah At-Taubah Ayat 29

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

قَۧŰȘِلُÙˆŰ§ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ لَۧ يُŰ€ْمِنُونَ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَلَۧ ŰšِŰ§Ù„ْيَوْمِ Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱ِ وَلَۧ يُŰ­َ۱ِّمُونَ مَۧ Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَ۱َŰłُولُهُ وَلَۧ يَŰŻِينُونَ ŰŻِينَ Ű§Ù„ْŰ­َقِّ مِنَ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁُوŰȘُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْكِŰȘََۧۚ Ű­َŰȘَّى يُŰčْŰ·ُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْŰŹِŰČْيَŰ©َ Űčَنْ يَŰŻٍ وَهُمْ Ű”َۧŰșِ۱ُونَ (29) 

Maksudnya : "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk."(Surah at-Taubah (9) ayat 29)

Tafsirannya :

Pada ayat ini Allah memerintahkan kaum Muslimin supaya memerangi Ahli Kitab kerana pada mereka terdapat empat unsur yang menyebabkan mereka memusuhi Islam. Empat unsur itu ialah: 

1. Mereka tidak beriman kepada Allah SWT kerana mereka telah menghancurkan asas ketauhidan. Mereka menjadikan pendeta-pendeta selaku orang suci yang berhak menentukan sesuatu, baik mengenai peraturan yang berkenaan dengan ibadat maupun yang berhubungan dengan halal dan haram. Demikian juga orang-orang Nasrani memandang bahwa Isa itu anak Allah, sedangkan orang-orang Yahudi memandang pula Uzair anak Allah. Hal itu dengan tegas menunjukkan bahawa semua mereka mempersekutukan Allah SWT dalam membuat peraturan agama. 

2. Mereka tidak beriman kepada hari kemudian, kerana mereka menganggap bahawa kehidupan di akhirat sekadar kehidupan rohaniah belaka di mana manusia menjadi malaikat. Kesesatan anggapan mereka seperti ini kerana tidak ada ketegasan, baik dalam Taurat maupun dalam Injil tentang adanya hari kebangkitan dan pembalasan sesudah mati di mana manusia bangkit kembali sebagai kejadiannya semula, iaitu terdiri dari jasad dan roh yang masing-masing akan merasakan kenikmatan karunia Allah sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran. 

3. Mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Orang-orang Yahudi tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT pada syariat yang dibawa oleh Musa a.s.dan yang sebagiannya dinasakhkan oleh Isa, yakni dinyatakan tidak berlaku lagi hukumnya. Mereka memandang halal memakan harta manusia dengan jalan yang tidak halal (batal), seperti riba dan sebagainya dan mereka mengikuti cara-cara orang musyrik dalam keganasan berperang dan dalam memperlakukan orang-orang tawanan. Sedangkan orang-orang Nasrani memandang halal apa yang diharamkan oleh Allah pada syariat Musa yang belum dinasakhkan oleh Injil. 

4. Mereka tidak berpegang kepada agama yang benar iaitu agama yang Allah SWT wahyukan kepada Musa a.s. dan Isa a.s. Apa yang mereka anggap agama sebenarnya adalah merupakan suatu cara yang dibuat oleh pendeta-pendeta mereka berdasarkan fikiran dan kepentingan. Yang membawa pendeta kepada perbuatan tersebut kerana pendeta Yahudi tidak sanggup menghafal kitab Taurat yang dibawa oleh Musa, demikian juga pendeta-pendeta Nasrani tidak dapat menghafal apa-apa yang disampaikan oleh Isa. Injil yang mereka terima jumlahnya puluhan, kemudian setelah melalui beberapa abad dari kenaikan Isa mereka memilih empat Injil daripadanya yang masing-masing terdapat pertentangan. Demikianlah keadaan mereka diisyaratkan oleh firman Allah: 

فَŰšِمَۧ نَقْ۶ِهِمْ مِÙŠŰ«َŰ§Ù‚َهُمْ لَŰčَنَّŰ§Ù‡ُمْ وَŰŹَŰčَلْنَۧ قُلُÙˆŰšَهُمْ قَۧ۳ِيَŰ©ً يُŰ­َ۱ِّفُونَ Ű§Ù„ْكَلِمَ Űčَنْ مَوَۧ۶ِŰčِهِ وَنَŰłُÙˆŰ§ Ű­َŰžًّۧ مِمَّۧ Ű°ُكِّ۱ُÙˆŰ§ Űšِهِ وَلَۧ ŰȘَŰČَŰ§Ù„ُ ŰȘَŰ·َّلِŰčُ Űčَلَى ŰźَۧۊِنَŰ©ٍ مِنْهُمْ Ű„ِلَّۧ قَلِيلًۧ مِنْهُمْ فَۧŰčْفُ Űčَنْهُمْ وَۧ۔ْفَŰ­ْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰłِنِينَ 

Maksudnya : "(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka berubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka, kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-Ma'idah ayat 13) 

Oleh itu Allah SWT. memerintahkan orang-orang mukmin supaya memerangi Ahli Kitab ketika mereka melakukan perbuatan-perbuatan permusuhan yang mengancam keamanan orang-orang mukmin, baik mengenai kehidupan beragama mahupun kehidupan sosial. Jika mereka menerima Islam sebagai pengganti agamanya, maka mereka telah kembali kepada agama yang benar; dan jika mereka tunduk, takluk dan bertekuk lutut sehingga tidak sanggup lagi mengganggu dan mengancam kehidupan orang-orang mukmin, maka hendaklah mereka membayar jizyah sebagai tanda bahawa mereka berada dalam kedudukan yang rendah di mana kewajiban orang-orang mukmin seluruhnya menjamin kepada mereka, membela mereka, memberikan kebebasan kepada mereka terutama dalam menjalankan ibadat menurut agama mereka dan memperlakukan mereka dengan keadilan dan persamaan dalam kehidupan sosial sebagaimana diperlakukan terhadap kaum Muslimin sendiri.  Dengan membayar jizyah mereka disebut ahli zimmah atau kafir zimmi. 

Di dalam Tafsir Jalalain  Surah At Taubah 29 berbunyi :

(Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak pula kepada hari kemudian) jika tidak demikian nescaya dari dahulu mereka sudah beriman kepada Nabi SAW. (dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya) seperti khamar (dan tidak beragama dengan agama yang benar) yakni agama yang telah ditetapkan oleh Allah yang mengganti agama-agama lainnya, iaitu agama Islam (iaitu orang-orang) lafal alladziina pada ayat ini berkedudukan menjelaskan lafal alladziina pada awal ayat (yang diberikan Alkitab kepada mereka) kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani (sampai mereka membayar jizyah) kharaj yang dibebankan kepada mereka untuk membayarnya setiap tahun (dengan patuh) lafal yadin berkedudukan menjadi hal / kata keterangan, artinya, secara taat dan patuh, atau mereka menyerahkannya secara langsung tanpa memakai perantara atau wakil (sedangkan mereka dalam keadaan tunduk) yaitu patuh dan taat terhadap peraturan / hukum Islam.)