Thursday, January 2, 2014

Tafsir Surah An-Naml Ayat 39

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (39) 

Maksudnya,"Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: `Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya (dan) dapat dipercaya"(Surah an-Naml (27) ayat 39)

Tafsirannya :

Mendengar permintaan Sulaiman itu menjawab Ifrit yang cerdik, yang termasuk golongan jin: "Aku akan datang kepadamu membawa singgasana itu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu itu dan aku benar-benar sanggup melaksanakannya dan dapat dipercayai kesanggupanku itu". 

Yang dimaksud dengan "sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu" ialah sebelum Sulaiman meninggalkan tempat itu. Baginda biasanya meninggalkan tempat itu sebelum tengah hari.

Jin Ifrit adalah jin yang paling cerdik, paling jahat dan paling kuat. Dalam al-Quran menceritakan Jin Ifrit mampu memindahkan singgasana kerajaan Ratu Balqis sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduknya. berbanding jin-jin yang lain. 

Terjadi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasullullah SAW di sepanjang masa Israk:
Nabi SAW dikejar oleh Jin Ifrit yang membawa api (awal-awal perjalanan sudah ada halangan dan rintangan). tetapi dapat dihalang apabila malaikat Jibril mengajarkan doa kepada Rasulullah SAW.

No comments: