Saturday, July 21, 2012

Tujuh Amalan Sunah Perlu Di Amalkan Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanda kita beriman dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan kita melaksanakan amalan-amalan sunah yang dilakukan oleh baginda dan meninggalkan segala larangannya. Segala perbuatan, percakapan dan diamnya Nabi SAW adalah merupakan wahyu daripada Allah SWT . Sesungguhnya apa yang di lakukan dan di ucapkan oleh baginda bukanlah menurut hawa nafsu.

Terdapat tujuh amalan sunah yang sentiasa dilakukan oleh baginda setiap masa, samaada dibulan Ramadan atau diluar bulan Ramadan. Tetapi baginda biasanya akan mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan melebihi daripada bulan-bulan yang lain.

Tujuh amalan sunah Nabi SAW adalah seperti berikut :
 
Pertama : Solat Terawih dan Solat Tahajjud.

Kedua : Membaca al-Quran.

Ketiga : Solat Fardu berjemaah di masjid.

Keempat : Solat Duha.

Kelima : Bersedekah  setiap hari. 

Keenam : Sentiasa Berwuduk.

Ketujuh : Bertaubat dan Beristighfar.


Huraiannya :

Pertama : Solat Terawih dan Solat Tahajjud.
 
Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah SAW menganjurkannya pada malam Ramadan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَŰ§Ù…َ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ Ű„ِيمَŰ§Ù†ًۧ وَْۭۧŰȘِŰłًَۧۚۧ، Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ)) [مŰȘفق Űčليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim, no: 759)

Takrif Solat Terawih:

Menurut bahasa (lughah) : Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadan. Bermula waktunya selepas solat isyak dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isyak dan solat witir.

Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).

Solat terawih termasuk solat malam atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
 
Solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang mukmin dan tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah SWT terutama dibulan Ramadan.
 
“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat. Solat tahajjud boleh dikerjakan semasa bangun untuk bersahur.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. 
(Surah al-Israa’ ayat 79)
 
Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” 
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Kedua : Membaca al-Quran

Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT  terutamanya di bulan Ramadan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi. Membaca al-Quran perlulah disertai dengan membaca terjemahannya (untuk mereka yang tidak faham bahasa arab) supaya faham apakah maksud dan perintah Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW :

مَْۧ ŰȘَقَ۱َّŰšَ Ű§Ù„ْŰčِŰšَْۧŰŻِ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰšÙ€ِمِŰ«ْلِ مَۧ Űźَ۱َŰŹَ مِنْهُ يَŰčْنِيْ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ

Maksudnya : “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)

Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah SAW. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.

Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah SAW  dalam satu hadis baginda;

مَۧ ۧۏْŰȘَمَŰčَ قَوْمٌ فِيْ ŰšَيْŰȘٍ مِنْ ŰšُيُوْŰȘِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ يَŰȘْلُوْنَ كِŰȘَْۧŰšِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ وَ يَŰȘَŰŻَْۧ۱َŰłُوْنَهُ فِيْمَْۧ Űšَيْنَهُمْ Ű„ِÙ„Ű§َّ نَŰČَلَŰȘْ Űčَلَيْهِمُ Ű§Ù„ŰłَّكِيْنَŰ©ُ وَ ŰșَŰŽِيَŰȘْهُمُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَŰ©ُ وَ Ű­َفَّŰȘْهُمُ Ű§Ù„ْمَÙ„Ű§َŰŠِكَŰ©ُ وَ Ű°َكَ۱َهُمُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ فِيْمَنْ ŰčِنْŰŻَهُ

Maksudnya : “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelajarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah di masjid. Bila musafir sekalipun baginda akan tetapi mengerjakan solat berjemaah di dalam perjalanan. 
 
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Musliam)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Nabi SAW mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

Pahala solat berjemaah dimasjid dibulan Ramadan ini akan di lipat gandakan oleh Allah SWT. melebihi solat berjemaah dibulan selain Ramadan.

Keempat : Solat Duha.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur". (Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Kelima : Bersedekah  setiap hari. 

Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW ; ‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’.

Jawab Rasulullah SAW ;

Ű§Ù„Ű”َّŰŻَقَŰ©ُ في Ű±Ù…Ű¶َŰ§Ù†َ

“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;

كَْۧنَ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ŰŁَŰŹْوَŰŻَ Ű§Ù„Ù†َّْۧŰłِ، وَŰŁَŰŹْوَŰŻُ مَْۧ يَكُوْنُ فِي ۱َمَ۶َْۧنَ، Ű­ِيْنَ يَلْقَْۧهُ ŰŹِŰšْ۱ِيْلُ، وَكَْۧنَ ŰŹِŰšْ۱ِيْلُ Űčليه Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… يَلْقَŰ§Ù‡ُ فِي كُلِّ لَيْلَŰ©ٍ مِنْ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ فَيُŰŻَۧ۱ِŰłُهُ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ، فَلَ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ŰŁَŰŹْوَŰŻُ ŰšِŰ§Ù„ْŰźَيْ۱ِ مِنَ Ű§Ù„Ű±ِّيْŰ­ِ Ű§Ù„ْمُ۱ْŰłَلَŰ©ِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW  merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.

Berkata Imam al-Mawardi; “Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya-pent.) pada bulan Ramadan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir darinya”. (al-Majmu’, Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)

Keenam : Sentiasa Berwuduk.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW  bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Muslim )



Di dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa." (Hadis Riwayat Muslim).

Ketujuh : Bertaubat dan Beristighfar.
 
Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.
 
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sahabat yang muliakan,
Marilah kita beramal dengan amalan sunah dan berusaha untuk sentiasa istiqamah melaksanakannya. Di bulan Ramadan inilah kita perlu melatih diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mematuhi amalan sunah yang dilakukan oleh baginda semoga amalan ini akan dapat kita teruskan selepas perginya bulan Ramadan. Niat ikhlas dan berazam untuk memperbaiki amalan kita akan diredai oleh Allah SWT .


Di Bulan Ramadan Iblis Dan Syaitan Di Rantai Atau Di Belenggu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: '"Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai atau dibelengu para syaitan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari dan Muslim di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian.

Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu dibulan Ramadan?

Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “Pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jahat, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  dikalangan manusia”.

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis sahih di atas, iblis dan syaitan  yang menjadi bala tentera iblis telah di rantai dibulan Ramadan tetapi kenapa pada bulan ini masih ada orang Islam yang tidak berpuasa dan melakukan maksiat? Kenapa amalan-amalan dosa masih dilakukan oleh manusia seperti tidak berpuasa, main judi, masih membuka aurat, masih melakukan penipuan, cepat marah, ambil rasuah dan membuat berita-berita fitnah?

Walaupun iblis dan kuncu-kuncunya telah diikat (secara fizikal) tetapi kesan daripada amalan syaitan yang menguasai hawa nafsu manusia masih bebas tidak diikat, maka hasil daripada kebiasaan (buruk) yang melekat di hati manusia inilah yang mendorong untuk manusia meneruskan melakukan dosa dan maksiat sebagaimana pendapat Imam Qurtubi seperti di atas.

Hasil daripada hasutan, bisikan, pujikan, dorongan iblis dan syaitan selama 11 bulan, kepada hati manusia hingga mendorongnya melakukan dosa dan maksiat (menjadi kebiasaan dan bersarang dihati) maka hati manusia telah menjadi hitam , keras, berkarat dan berpenyakit. Walaupun pendorongnya tidak ada tetapi kesan itu masih ada dan berlakulah amalan maksiat ynag berterusan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: 'Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka'. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)

Oleh itu jauhilah segala bentuk dosa-dosa samaada kecil atau besar supaya hati kita sentiasa bersih dan sejahtera daripada segala syirik. nifak dan sifat mazmumah.

Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan berpuasa semata-mata kerana Allah SWT dengan azam untuk menjadi mukmin yang bertakwa. Inilah masanya untuk kita bersihkan hati kita daripada segala selaput dosa yang bersarang di hati dan meningkatkan iman dan takwa dan menjaga perhubungan hati kita dengan Allah SWT setiap masa dan ketika.

Friday, July 20, 2012

Fasa Pertama Ramadan : Permulaannya Rahmat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Masuk sahaja waktu magrib 1 Ramadan , maka bermulalah bulan Ramadan al-Mubarak yang penuh rahmat dan berkat. Segala-galanya tidak sama dengan 11 bulan yang lalu kerana dibulan ini segala amalan sunat kita akan diganjari sebagai pahala fardu dan segala amalan yg difardukan akan digandakan berlipat kali ganda. Berbanyak-banyak bersyukurlah kepada Allah SWT kerana Allah SWT telah pilih kita hidup di dalam bulan Ramadan sedangkan ramai saudara-saudara kita telah pergi dijemput oleh Allah SWT tanpa dapat bertemu Ramadan untuk tahun ini.

Firman Allah SWT dalam surah al-fath ayat 29 bermaksud :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang (rahmah) sesama mereka".

Sabda Rasulullah SAW. dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah SWT menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW  dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Allah SWT memiliki 100 rahmat. Dari rahmat-rahmat itu dia menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan binatang melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih sayang , berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas menyayangi anak-anaknya. Allah SWT mengakhirkan 99 rahmat-Nya yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti." (Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. Bulan Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka". (Hadis diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
 
Kita sedang berada di awal bulan Ramadan (1-10 Ramadan) Iaitu 'permulaannya rahmat'. Ketika inilah Allah SWT  memberikan rahmat-Nya yang tidak putus-putus kepada kita sebagai hamba-hamba-Nya. Kasih sayang Allah meliputi seluruh langit dan bumi.

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini atas rahmat Allah. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapat rahmat Allah SWT kita perlu membuat amal soleh, amal kebaikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan terpilih diantara hamba-Nya yang dirahmati dan dikasihi. Oleh itu  dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT, Dia memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Nabi SAW. menjelaskan bahawa amal ibadah yang kita kerjakan bukanlah pasti bagi Allah SWT. masukkan kita didalam syurga-Nya, kerana betapa ramai orang yang beribadah tetapi apabila ada sahaja sedetik saja rasa ujub atau riak dalam dirinya maka seluruh amalannya tak akan diterima oleh Allah SWT.

Janganlah kita merasa puas dengan sedikitnya amal soleh dan ama libadah yang telah kita laksanakan. Kita perlu berdoa dan memohon supaya Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita seharian.

Bayangkan betapa besarnya kerajaan Allah SWT. rahmat dan kasih sayang-Nya hanya 1 rahmat saja sudah mencakupi keperluaan semua makhluk-Nya terdiri daripada jin, manusia, binatang-binatang,tumbuh-tumbuhan dan makhluk-Nya yang lain. 99 rahmat lagi Allah akan kurniakan dihari akhirat nanti. Oleh itu jadilah kita hamba Allah yang bersyukur dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segalalarangan-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Kadang-kala kita lebih yakin pada diri kita sendiri atau kita lebih suka bergantung kepada sesama makhluk lebih daripada bergantung dan bertawakal kepada Allah SWT. Manusia sanggup bersusah payah berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah SWT sedangkan Dia  senantiasa mendengar rintihan hamba-hamba-Nya dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Oleh itu dengan tibanya Ramadan kali ini maka inilah masanya kita cuba meningkatkan amal ibadah kita dan perbanyakkan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bersedekah dan amal-amal yang lain. Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah SWT kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah SWT bersama dengannya semua urusannya. Gunakan sepenuhnya dibulan Ramadan ini untuk kita sentiasa berdoa dan bermunajat semoga di fasa pertama ini kita memperolehi rahmat AllahSWT.

Kelebihan Dan Fadilat Amal Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadan). (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Nasa'i)

Dengan kedatangan Ramadan syaitan dibelenggu supaya tidak dapat menggoda orang yang berpuasa.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada menggoda mangsanya)".
(Hadis Riwayat Muslim)
 
Terdapat beberapa amal-amal soleh yang di tuntut kalian laksanakan ketika bulan Ramadan.
Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„ : ÙƒŰ§Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙŠŰ±ŰșŰš في Ù‚ÙŠŰ§Ù… Ű±Ù…Ű¶Ű§Ù† من ŰșÙŠŰ± ŰŁÙ† ÙŠŰŁÙ…Ű±Ù‡Ù… ŰšŰčŰČÙŠÙ…Ű© Ű«Ù… يقول : من Ù‚Ű§Ù… Ű±Ù…Ű¶Ű§Ù† Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†Ű§ ÙˆŰ§Ű­ŰȘ۳ۧۚۧ ŰșÙŰ± له Ù…Ű§ ŰȘÙ‚ŰŻÙ… من Ű°Ù†ŰšÙ‡. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ ÙˆÙ…ŰłÙ„Ù… ÙˆŰŁŰšÙˆ ŰŻŰ§ÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆŰ§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰŠÙŠ.

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan reda dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Kedua : Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.

Ű­ŰŻÙŠŰ« Űčۚۯ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† ŰšÙ† Űčوف: من Ű”Ű§Ù…Ù‡ ÙˆÙ‚Ű§Ù…Ù‡ Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†Ű§ ÙˆŰ§Ű­ŰȘ۳ۧۚۧ ۟۱ۏ من Ű°Ù†ÙˆŰšÙ‡ كيوم ÙˆÙ„ŰŻŰȘه ŰŁÙ…Ù‡. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰŠÙŠ في Ű§Ù„ÙƒŰšŰ±Ù‰ (11،295) ÙˆŰ§Ù„Ű”ŰșŰ±Ù‰ (2199)، ÙˆŰŁŰ­Ù…ŰŻ (1618، 1645) ÙˆŰ§ŰšÙ† ŰźŰČÙŠÙ…Ű© (2015) ÙˆŰ§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡ (1331) ÙˆŰ§Ù„ŰšÙŠÙ‡Ù‚ÙŠ في Ű§Ù„ŰŽŰčŰš (3462).

Maksudnya : "Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (Hadis Riwayat al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Ketiga : Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada.

Űčن ŰčÙ…Ű±Ùˆ ŰšÙ† Ù…Ű±Ű© Ű§Ù„ŰŹÙ‡Ù†ÙŠ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„ : ۏۧۥ Ű±ŰŹÙ„ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙÙ‚Ű§Ù„: ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡، ŰŁŰ±ŰŁÙŠŰȘ Ű„Ù† ŰŽÙ‡ŰŻŰȘ ŰŁÙ† Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŁÙ†Ùƒ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ”Ù„ÙŠŰȘ Ű§Ù„Ű”Ù„ÙˆŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰźÙ…Űł ÙˆŰŁŰŻÙŠŰȘ Ű§Ù„ŰČÙƒŰ§Ű© ÙˆŰ”Ù…ŰȘ Ű±Ù…Ű¶Ű§Ù† وقمŰȘه، فممن ŰŁÙ†Ű§ ؟ Ù‚Ű§Ù„ : من Ű§Ù„Ű”ŰŻÙŠÙ‚ÙŠÙ† ÙˆŰ§Ù„ŰŽÙ‡ŰŻŰ§ŰĄ. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰČۧ۱ ÙˆŰ§ŰšÙ† ŰźŰČÙŠÙ…Ű© ÙˆŰ§ŰšÙ† Ű­ŰšŰ§Ù† في Ű”Ű­ÙŠŰ­ÙŠÙ‡Ù…Ű§ ÙˆŰ§Ù„Ù„ÙŰž Ù„Ű§ŰšÙ† Ű­ŰšŰ§Ù†.

Maksudnya : "Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani r.a.  katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: 'Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadan dan berqiam Ramadan, maka dari golongan siapakah saya ini? ' Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”. (Hadis Riwayat al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Keempat : Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

Ű­ŰŻÙŠŰ« ŰŁŰšÙŠ ۰۱ : من Ù‚Ű§Ù… مŰč Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ù… Ű­ŰȘى ÙŠÙ†Ű”Ű±Ù كŰȘŰš له Ù‚ÙŠŰ§Ù… Ù„ÙŠÙ„Ű©. Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆÙ‚Ű§Ù„ : Ù‡Ű°Ű§ Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű­ŰłÙ† Ű”Ű­ÙŠŰ­ -791.

Hadis Abu Zar r.a., sabda Nabi SAW maksudnya : “Barangsiapa berqiam (Ramadan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Kelima : Memperbanyakkan bersedekah dan bertadarus al-Quran :

Dari Ibnu Abbas, berkata: "Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi S.A.W). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.' (Hadis Bukhari dan Muslim)

Keenam : Banyakkan membaca kaliamah syahadah dan beristighfar, berdoa memohon syurga dan berlindung dari neraka.

Nabi SAW bersabda maskudnya : "Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu itu ialah: 

Pertama - Mengucap (kalimah) :


ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ Ù„Ű§ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡

Kedua - (banyakkanlah) Beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
ŰŁŰłŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡

Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:

نَŰłْŰŁَلُكَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ، وَنَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ.

"Dan selain itu, (sabda baginda lagi): "Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga."
(Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih, gembira dan reda. Tingkatkanlah amal ibadah, amal soleh dan melakukan ibadah puasa dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan boleh membatalkan pahala puasa kita. Kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh semoga kita mendapat keredaan Allah SWT dan diterima ibadah puasa kita.

Thursday, July 19, 2012

Bertaubatlah Kepada Allah SWT Dan Bermaaf-maafan Sesama Manusia Sebelum Kedatangan Ramadan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hanya tinggal beberapa jam sahaja akan tiba Ramadan yang mulia. Bulan penuh berkah, rahmah, ampunan, dan pembebasan dari neraka. 

 Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, kemudian baginda bersabda : 
“Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda : “Wahai Rasulullah, saat tuan naik ke atas mimbar, tuan mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?” 

“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. 

“Dan sesiapa yang di dapati bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin”

 “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”. 
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188) 

Sahabat yang dimuliakan,
Siapa yang mendapati Ramadan dan tidak mendapatkan keberkahannya, di antaranya ampunan maka sungguh ia orang yang rugi. Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Sangat merugi, sangat merugi, sangat merugi; orang yang mendapati Ramadan dan dosanya tidak di ampuni." (Hadis Riwayat al-Hakim dan lainnya. Al-hakim dalam Mustadraknya berpendapat bahawa isnad hadis ini sahih.)

Maka sangat tepat jika kita pesan memesan sebelum datang Ramadan agar kita dapat melakukan taubat nasuha dan menyesali akan dosa-dosa yang telah kita kerjakan. Kemudian teruskan bermaafan kepada sesiapa sahaja disekeliling kita anak-anak kepada kedua ibu bapanya, isteri kepada suaminya, sesama jiran tetangga, sahabat handai dan rakan-rakan sekerja. Amalan bermaafan-maafan adalah satu amalan terpuji kerana Nabi SAW sentiasa berpesan supaya diselesaikan urusan sesama manusia. Dosa sesama manusia akan terhapus jika diselesaikan sesama manusia.

Sesungguhnya dosalah adalah penyebab dada terasa sesak dan bumi teras sempit. Dosa pula yang menyebabkan perasaan gundah gulana dan hati tidak tentram, hidup dihimpit kesedihan dan kemalasan. Dosa pula yang menyebabkan hilangnya barakah dalam hidup; baik yang menimpa harta, waktu, dan umur. Dosa juga menjadi penyebab berbagai bencana alam, gempa bumi, banjir, dan kesulitan-kesulitan yang lain.

Kemaksiatan menjadi sebab hilangnya nikmat, datangnya azab, wajah menjadi hitam, hati menjadi keras, melemahkan tubuh badan, dan mengurangi rezeki . Apalagi nanti di akhriat, dosa dan maksiat menyebabkan seseorang mendapat seksa di akhirat.

Dan sesungguhnya siapa yang bertaubat kepada Allah, sungguh Allah akan memberikan taubat kepadanya dan mengampuni dosa-dosanya. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,

قُلْ يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيَ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنْفُŰłِهِمْ لَۧ ŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِنْ ۱َŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Maksudnya : "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.  Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar ayat 53)

Tuntutan dari taubat adalah dengan meninggalkan dosa dan maksiat. Terutama ketika bulan  Ramadan, maka meninggalkan maksiat harus semakin kuat. Bertaubat pada bulan ini akan menjadi semakin ringan. Teruskan bertaubat dengan bersungguh-sungguh, yakinlah dosa-dosa kita akan di ampunkan-Nya :

وَمَنْ يَŰčْمَلْ ŰłُÙˆŰĄًۧ ŰŁَوْ يَŰžْلِمْ نَفْŰłَهُ Ű«ُمَّ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŹِŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰșَفُÙˆŰ±ًۧ ۱َŰ­ِيمًۧ

Maksudnya : "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah an-Nisa' ayat 110)

Dalam hadis Qudsi, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman,

يَۧ ْۧۚنَ ۹ۯَمَ، Ű„ِنَّكَ مَۧ ŰŻَŰčَوْŰȘَنِي وَ۱َŰŹَوْŰȘَنِي Űșَفَ۱ْŰȘُ لَكَ Űčَلَى مَŰ§ÙƒَŰ§Ù†َ مِنْكَ وَÙ„Ű§َ ŰŁُŰšَŰ§Ù„ِي

Maksudnya : "Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku nescaya Aku ampuni engkau seberapa pun dosamu dan Aku tidak peduli.
(Hadis Riwayat  al-Tirmidzi)

Maka jadikan Ramadan kali ini sebagai penghapus dosa-dosa kita. Sehingga kita keluar dari Ramadan menjadi manusia suci dari berbagai dosa dan kesalahan. 

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam,

مَنْ Ű”َŰ§Ù…َ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ Ű„ِيمَŰ§Ù†ًۧ وَْۭۧŰȘِŰłًَۧۚۧ Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ

Maksudnya : "Siapa yang berpuasa Ramadan di dasari iman dan berharap pahala (kepada Allah) diampuni dosanya yang telah lalu." (Muttafaq 'Alaih dari hadis riwayat Abu Hurairah)

Sahabat yang dimuliakan, 
Bertaubatlah kepada Allah dan menyesalah dengan sesungguhnya atas dosa dan maksiat yang telah kita lakukan.

Sebentar lagi Ramadan akan datang, sucikan diri kita dari berbagai dosa dan kemaksiatan. Manfaatkan bulan berkah dan rahmat untuk mendapatkan limpahan karunia dan ampunan dari-Nya. 

Semoga dengan perginya Ramadan nanti diharapkan kita dalam keadaan suci dari dosa-dosa dan mendapat keampuna Allah dan dibebaskan daripada seksaan api neraka. 

Wallahualam.

Wednesday, July 18, 2012

Ramadan Tetamuku Yang Di Nanti-nantikan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ramadan!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....

Kedatanganmu ku nanti dengan hati penuh debaran,

Beberapa hari lagi  kau akan datang memenuhi alam semester

Kau datang membawa rahmat dan keberkatan, datang membawa ibadah puasa yang difardukan Ilahi.

Kedatanganmu membawa seribu rahmat, seribu pengampunan dan pembebasan dari seksaan api neraka.

Dinanti-natikan oleh muttaqin, solihin, muqarabin dan muhlisin.

Kau akan muncul lagi setelah 11 bulan  menghilangkan diri.

Ramadan!

Dengan kehadiranmu semua pintu syurga di buka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat.

Penghuni alam barzakh yang muslim direhatkan seketika dari azab kubur.

Setiap hari dengan rahmat Ilahi segolongan bakal ahli neraka diampunkan dosa-dosa mereka dan akan di masukan ke syurga.

Semua makhluk yang ada dibumi dan para malaikat menanti-nanti kedatanganmu,

Mereka mendoakan kepada sesiapa sahaja  yang melayanmu sebagai tetamu ,

Mereka akan mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dan terampunlah segala  dosa-dosa mereka.

Ramadan!

Aku bersyukur jika Allah izinkanku bertemu denganmu dan menerima dikau sebagai tetamuku pada tahun ini.

Insya Allah tidak akan ku persia-siakan kehadiranmu nanti ya Ramadan...

Kaulah bulan dakwah, bulan tarbiah, bulan tazkiah dan bulan tazkirah.

Dengan kehadiranmu hawa nafsu manusia mampu diasuh dan di didik supaya tunduk dibawah telunjuk iman.

Melatih muslim untuk buangkan mazmumah dan dihiasi diri dengan mahmudah

Di bulan inilah mukmin di ajar supaya bersifat amanah, jujur, tidak berbohong, tidak sombong, tidak maki hamun, bersabar, bersyukur dan memperbanyakkan amal soleh, amal ibadah dan tolong menolong sesama insan.

Dengan berpuasa roh manusia mampu di bersihkan dan di suburkan dengan hubungan hati dengan Allah SWT. dan merasai bahawa  dunia ini hanya sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.

Ramadan,

Kau bulan teristimewa untuk umat Nabi Muhammad SAW.

Setiap amal sunat pahalanya digandakan  seperti amal fardu,

Dan setiap amal fardu digandakan hingga 70 kali atau lebih.

Pahala  puasa tidak mampu dicatat oleh para malaikat , pahalanya hanya terserah kepada Allah Rabbul Jalil.

Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari bau kasturi disisi Allah di hari akhirat,

Para Malaikat beristighfar untuk mereka yang berpuasa hingga berbuka.

Allah memperindah syurga-Nya setiap hari untuk mereka yang berpuasa

Semasa kehadiranmu ya Ramadan...


iblis dan syaitan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selainmu.

Mereka yang berpuasa akan mendapat ampunan di akhir malam setiap hari.


Dua kegembiraan untuk mereka yang berpuasa... gembira semasa berbuka dan gembira bertemu Allah di syurga .

Ramadan,
Bersama-sama kehadiranmu, kau ada membawa satu hadiah yang cukup istimewa, iatu lebih baik beribadah seribu bulan iaitu ' lailatul qadar'. 

Aku menanti-nanti akan hadiahmu itu, di rahsiakan oleh Allah dimalam yang berkah itu, tidak mengapa akan ku cari dengan bersungguh-sungguh di sepanjang malam terutama di 10 malam terakhir.

Ku harapkan munajat dan doa-doaku diterima oleh Allah Azzawajalla.

Ramadan,

Alangkah ruginya diakhir kehadiranmu ada insan yang tidak mendapat keampuna Allah , tidak menjadi orang bertakwa dan tidak dibebaskan dari seksaan api  neraka.

Sebaliknya, alangkan bertuahnya jika ada mukmin yang mendapat rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah dan di bebaskan dari azab api neraka di saat akhir pemergianmu di sisi kami.

Berbahagilah sesiapa yang terpilih untuk memasuki pintu "RAKYAN" , pintu di syurga khusus untuk mereka yang banyak berpuasa.

Perbanyakkan Amal-amal Soleh Jangan Suka Menangguh-nangguhkannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam setiap urusan di dunia ini, yang paling penting adalah dipenghujungnya. Berjaya atau gagal sesuatu urusan atau amal itu adalah dilihat dipenghujungnya. Contohnya sesuatu pertandingan untuk diberikan hadiah adalah acara terakhir siapa berjaya memenanginya maka hadiah tersebut layak untuknya, seorang bekerja untuk mendapat gaji perlu bekerja sehingga akhir bulan maka barulah layak mendapatkan gajinya, begitu juga amala ibadah kita seperti puasa diakhir puasa kita nanti adakah kita layak mendapatkan takwa daripada Allah SWT?.

Allah SWT menurunkan malam lailatul qadar juga di 10 malam yang terakhir. Syarat untuk kita layak memasuki syurga Allah SWT juga ditentukan di akhir hayat kita samaada mendapat husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Iblis laknatullah akan cuba membisikkan, menggoda dan memesongkan amalan anak Adam supaya rosak dan tidak diterima oleh Allah SWT. Pertama iblis akan cuba menggoda supaya manusia syirik kepada Allah SWT. Jika tidak berjaya dia akan menyuruh melakukan dosa-dosa besar, perkara haram .

Jika gagal juga dia akan menyuruh manusia memandang ringan dosa-dosa kecil dan berterusan dengan dosa-dosa kecil. Jika gagal dia suruh buat yang syubahat dan makruh, jika gagal lagi dia akan suruh berlebih-lebihan perkara yang harus dan akhir sekali dia akan menyuruh manusia menangguh-nangguhkan amalan ibadah, amal soleh dan amal kebaikan.

Ingatlah! Menanguh-nangguhkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan adalah hasil daripada godaan iblis dan syaitan.

Apabila manusia terperangkap dengan tipu daya iblis dan syaitan maka manusia sendiri akan rugi kerana kurang mempersiapkan dirinya dan beramal soleh ketika hidup di dunia .

Apabila manusia semuanya dikumpulkan di Padang Mahsyar, dan menerima azab kepanasan mata hari sejengkal di atas kepala manusia menyesal, 'kenapakan aku dahulu tidak beramal sehingga aku termasuk di dalam 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy?' .

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. 1.Pemimpin yand adil; 2. pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; 3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 4. dua  lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; 5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; 6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan 7. seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim)

Alangkah bahagianya kita apabila kita terpilih salah satu daripada 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy. Bila terselamat diPadang Mahsyar (terselamat daripada teriknya matahari) ini bermakna kita sedang bersiap sedia untuk memasuki syurga Allah SWT. Dia telah meredai amalan kita semasa di dunia.

Begitu juga apabila di timbang amalan manusia di Mizan, dan timbangan amalan kebaikannya sedikt berbanding dengan amalan kejahatannya ataupun amalannya 50:50 (kebaikan dan kejahatan sama banyak) maka dia akan menyesal kenapa di dunia dahulu tidak suka bersedekah,tidak suka berakhlak mulia dan tidak banyak berzikir kepada Allah SWT.Ketika ini sedekah sebiji kurma rasanya cukup besar kerana boleh menambahkan berat timbangan kebaikan atau pun satu kalimah dari zikir tahlil, tahmid atau takbir cukup bernilai.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka." (Di riwayatkan oleh Aishah r.anha)

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya (kelak diakhirat) dari pada akhlak yang mulia.”

Dari Abu Hurairah: Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Ada dua buah kalimat yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh ar-Rahman, yaitu ‘Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil ‘azhim’.” (Hadis Riwayat Bukhari [7573] dan Muslim [2694])

Manusia akan menyesal kerana disaat nyawa telah sampai dikerongongnya, dia tahu bahawa dia akan bertemu Allah SWT dan dia telah dilihatkan tempatnya di hari akhirat maka ketika ini datanglah rasa penyesalan yang amat sangat .

Inilah saat yang sangat mengejutkan dan mengerikan ibarat melihat panahan petir sewaktu hari sedang panas terik. Saat itu simati akan teringat terhadap ancaman Allah SWT yang berupa Neraka Jahannam, yang mungkin pernah didengar atau dibaca sebelum saat nazaknya. Firman Allah SWT maksudnya : "Dan pada hari itu, diperlihatkan Neraka Jahanam ; dan pada hari itu ingatlah kalian akan tetapi tidak berguna lagi mengingati itu baginya. Dan dia berkata , "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini. Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyeksa seperti seksaan-Nya dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya" (Surah al-Fajr ayat 23-26)

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan belanjakanlah (bersedekah) sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?" (Surah al-Munafiqun ayat 10)

Sahabat yang di muliakan,
Nafsu kita sebenarnya suka berehat-rehat, buang masa dengan berbual kosong, menonton filem-filem di TV, menangguh-nangguhkan amal soleh, kurang melaksanakan amalan sunat dan banyak makan, banyak tidur dan suka membazir. Perkara yang lebih teruk lagi jika kita suka mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan suka menyakiti hati orang lain.

Oleh itu marilah kita bermuhasabah dan semak diri kita masing-masing kemanakah arah tujuan kehidupan kita yang ingin kita capai , adakah kita berhajat meraih reda dan rahmat Allah SWT dengan mendapat balasan syurga atau membiarkan diri kita hanyut dibawa arus hawa nafsu dan bisikan syaitan hingga merugikan hidup kita di dunia dan hari akhirat.

Tuesday, July 17, 2012

Berdoalah Kepada Allah SWT Semoga Kita Di Bebaskan Daripada Seksaan Api Neraka.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat banyak bentuk penyeksaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada manusia yang melakukan dosa-dosa besar ketika hidup di dunia dan mereka tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT ketika malaikat Izrail datang untuk mengambil nyawa manusia.

Ketika nyawa sudah sampai ke kerongkong maka pintu taubat sudah tertutup ketika itu manusia sudah mengetahui kedudukan mereka samaada akan di masukkan kedalam syurga atau neraka. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Apakah jenis-jenis penyeksaan akan diterima kerana dosa-dosa tertentu yang dilakukan ketika di dunia?

Pertama : Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.

Kedua : Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai seksaan bagi yang tidak mahu keluarkan zakat.

Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya.

Ketiga : Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.

Keempat : Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tidak mahu menegur kesalahan penguasa.(ulama jahat)

Kelima : Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.

Keenam : Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.

Ketujuh : Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.

Kelapan : Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.

Kesembilan : Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.

Ke sepuluh : Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.

Sahabat yang dimuliakan, 
Betapa dahsyatnya kepanasan api neraka diberitakan bahawa api neraka adalah api yang teramat panas disediakan oleh Allah SWT untuk menyeksa manusia yang derhaka kepadaNya.

Nabi SAW. pernah bertanya kepada Jibrail : "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawab Jibrail : "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya."

"Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya."

"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api."

Betapa seksanya ahli neraka kerana mereka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan. Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.

Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.

Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.

Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.

Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki. Seringan-ringan seksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.

Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak. Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.

Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung. Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.

Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat. Bahan bakar api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.

Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan. Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.

Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas. Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama berdoa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT dari azab neraka Jahanam kerana sesiapa yang dimasukkan kedalam neraka Jahanam adalah serugi-rugi makhluk dan sehina-hina manusia. Jangalah kita cuba menggadaikan masa depan kita di akhirat dengan berseronok dan bersuka ria dan tidak ambil kisah akan dosa-dosa besar yang kita lakukan dengan segaja. Contoh yang paling dekat kenapa kita suka buka aurat dan suka berhias-hias diri ketika keluar rumah? Bukankah membuka aurat itu dosa besar? Wanita suka memakai pakaian yang ketat dan tudung yang singkat , lelaki pula suka pakai seluar pendik bila ke pasar raya atau dipadang bola. 

Ada yang suka meringan-ringankan solat hingga terlepas waktu solat dan ada yang tidak berpuasa walaupun tidak mempunyai penyakit yang di haruskan tidak berpuasa.

Ada pula dikalangan kita yang sanggup menderhakai ibu bapanya , sedangkan menderhakai ibu bapa adalah berdosa besar.




Monday, July 16, 2012

Beberapa Amalan Untuk Membina Ukhwah Dan Kasih Sayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Ayub al-Ansari ra. katanya, Rasulullah SAW. bersabda,"Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah SAW. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara". 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah SAW. bersabda, "Tidak seorang muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi SAW. menjawab: "Cegahlah dia". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah SWT berfirman maksudnya :  "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang". 
(Surah al-Hujuraat ayat 10)

Berdasarkan hadis-hadis di atas terdapat beberapa larangan daripada Nabi SAW mengenai sikap dan perbuatan kita kepada saudara muslim yang lain.

Larangan tersebut adalah seperti berikut :

1. Jangan saling benci membenci.

2. Jangan saling dengki mendengki.

3. Jangan saling sindir menyindir.

4. Jangan kamu berkelahi lebih daripada 3 hari (tidak bertegur sapa)

5. Jangan memalingkan muka kamu jika bertemu sesama saudara muslim

6. Jangan kamu berbicara dengan perkataan yang buruk.

7. Jangan kamu mendengarkan khabar orang lain (mengumpat keburukan orang lain))

8. Janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. 

Suruhan Nabi SAW pula adalah :

1. Mendoakan saudara yang berjauhan akan mendapat doa para malaikat

2. Cintailah saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirinya sendiri.

3. Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya.


Allah SWT menyuruh mendamaikan dua orang saudara muslim yang bermusuhan dan Dia menyuruh bertakwa supaya mendapat kasih sayang.


Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW melarang apa sahaja amalan dan perbuatan yang boleh mendatangkan permusuhan dan perselisihan sesama saudara muslim. Buangkan segala sifat-sifat mazmumah seperti benci membenci, hasad dengki, sindiran, tidak bertegur sapa, bercakap lucah atau maki hamun , mengumpat dan suka menjual atau membeli hak orang lain (melanggar perjanjian). 

Jika amalan buruk ini diteruskan maka pasti akan berlaku permusuhan, pergaduhan, pertengkaran akan membawa kepada perpecahan akan terurailah ukhwah Islamiah dan hubungan silaturahim. Sedangkan Nabi SAW bersabda yang bermaksud tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim.

Oleh itu marilah sama-sama kita berkasih sayang dan tolong menolong umpama satu bangunan yang kukuh semata-mata kerana Allah SWT dan saling doa mendoakan di antara satu sama lain demi  kebaikan dan kesejahteraan nescaya kita akan dikasihi oleh Allah SWT.