Saturday, August 31, 2013

Tafsir Surah As-Sajdah Ayat 16

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم  


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,  


Firman Allah SWT :

ŰȘَŰȘَŰŹَŰ§Ùَى ŰŹُنُÙˆŰšُهُمْ Űčَنِ Ű§Ù„ْمَ۶َۧۏِŰčِ يَŰŻْŰčُونَ ۱َŰšَّهُمْ Űźَوْفًۧ وَŰ·َمَŰčًۧ وَمِمَّۧ ۱َŰČَقْنَŰ§Ù‡ُمْ يُنْفِقُونَ (16)
 

 Maksudnya : "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka."(Surah As-Sajdah (32) ayat 16)

Asbabun Nuzul Surah As-Sajdah ayat 16.

Anas r.a meriwayatkan, bahawa ayat ini diturunkan sebagai pujian kepada para sahabat yang menunggu solat 'Atamah'  (solat Isyak yang dilakukan  di akhir malam).(Hadis Riwayat Tirmizi)

Pada ayat ini Allah menerangkan tanda-tanda lain lagi bagi orang-orang yang beriman, iaitu mereka mengurangi tidur, mereka sering bangun di pertengahan malam melakukan solat malam, berdoa kepada Allah SWT mengharapkan agar dihindarkan dari seksaan-Nya dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang telah mereka peroleh dari Allah.

Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang menerangkan keutamaan dan manfaat solat malam itu, terutama untuk beribadat kepada Allah SWT untuk menambah kekuatan iman di dalam dada.


Solat Tahajud dapat mengangkat manusia ke tempat yang terpuji, sebagaimana
Allah SWT berfirman:

ومن Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ فŰȘÙ‡ŰŹŰŻ ŰšÙ‡ Ù†Ű§ÙÙ„Ű© لك ŰčŰłÙ‰ ŰŁÙ† ÙŠŰšŰčŰ«Ùƒ Ű±ŰšÙƒ Ù…Ù‚Ű§Ù…Ű§ Ù…Ű­Ù…ÙˆŰŻŰ§

Maksudnya : "Dan pada sebagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (Surah al- Israk ayat 79)


Pada ayat yang lain Allah SWT menerangkan bahawa solat dan membaca al-Quran di malam hari itu dapat menguatkan jiwa sehingga jiwa itu akan dapat menerima sesuatu yang lebih berat dan besar dari-Nya. Allah SWT berfirman:

ÙŠŰ§ŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„Ù…ŰČمل قم Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ Ű„Ù„Ű§ Ù‚Ù„ÙŠÙ„Ű§ Ù†Ű”ÙÙ‡ ŰŁÙˆ Ű§Ù†Ù‚Ű” منه Ù‚Ù„ÙŠÙ„Ű§ ŰŁÙˆ ŰČŰŻ Űčليه ÙˆŰ±ŰȘل Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰĄŰ§Ù† ŰȘ۱ŰȘÙŠÙ„Ű§ Ű„Ù†Ű§ ŰłÙ†Ù„Ù‚ÙŠ Űčليك Ù‚ÙˆÙ„Ű§ Ű«Ù‚ÙŠÙ„Ű§ Ű„Ù† Ù†Ű§ŰŽŰŠŰ© Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ هي ŰŁŰŽŰŻ ÙˆŰ·ŰŠŰ§ ÙˆŰŁÙ‚ÙˆÙ… Ù‚ÙŠÙ„Ű§

Maksudnya : "Wahai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk solat di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dan seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat, sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (Surah al-Muzammil ayat 1-6)


Diriwayatkan oleh lbnu Jarir Al Hakim dan Ibnu Mardawaihi bahwa Mu'az bin Jabal bertanya kepada Rasulullah SAW:

ÙŠŰ§ Ù†ŰšÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰźŰšŰ±Ù†ÙŠ ŰčÙ…Ű§ ÙŠŰŻŰźÙ„Ù†ÙŠ Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© ÙˆÙŠŰšŰ§ŰčŰŻÙ†ÙŠ Űčن Ű§Ù„Ù†Ű§Ű±. Ù‚Ű§Ù„: Ù„Ù‚ŰŻ ŰłŰŁÙ„ŰȘ Űčن ŰčŰžÙŠÙ… ÙˆŰ„Ù†Ù‡ ÙŠŰłÙŠŰ± Űčلى من ÙŠŰłŰ±Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ Űčليه. ŰȘŰčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆÙ„Ű§ ŰȘŰŽŰ±Ùƒ ŰšÙ‡ ŰŽÙŠŰŠŰ§ وŰȘقيم Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© وŰȘŰ€ŰȘي Ű§Ù„ŰČÙƒŰ§Ű© وŰȘŰ”ÙˆÙ… Ű±Ù…Ű¶Ű§Ù† وŰȘŰ­ŰŹ Ű§Ù„ŰšÙŠŰȘ. Ű«Ù… Ù‚Ű§Ù„: ŰŁÙ„Ű§ ŰŁŰŻÙ„Ùƒ Űčلى ŰŁŰšÙˆŰ§Űš Ű§Ù„ŰźÙŠŰ±, Ű§Ù„Ű”ÙˆÙ… ŰŹÙ†Ű©, ÙˆŰ§Ù„Ű”ŰŻÙ‚Ű© ŰȘŰ·ÙŰŠ Ű§Ù„ŰźŰ·ÙŠŰŠŰ©, ÙˆŰ”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ في ŰŹÙˆÙ Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„; Ű«Ù… Ù‚Ű§Ù„: ŰȘŰȘŰŹŰ§ÙÙ‰ .. Ű„Ù„Ù‰ ŰąŰźŰ±Ù‡Ű§.

Maksudnya : "Ya Nabi Allah, beritahukanlah kepadaku perbuatan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka. Rasulullah bersabda (maksudnya) : "Sesungguhnya engkau benar-benar telah menanyakan sesuatu yang besar, sesungguhnya perbuatan itu mudah dilakukan oleh orang yang dimudahkan Allah baginya: "Engkau menyembah Allah, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan, berhaji ke Baitullah", kemudian Rasulullah meneruskan sabdanya: "Maukah engkau aku tunjukkan kepadamu pintu kebaikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah menghapuskan kesalahan, dan solat pada pertengahan malam, kemudian beliau membaca: "Tatajafa... sampai akhir". (Hadis Riwayat  Ibnu Jarir, Hakim dan Ibnu Mardawaih)


Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu `Abbas berkata: maksud "Lambung mereka jauh dari tempat tidur mereka" ialah beribadat kepada Allah adakalanya bangun dengan mengingat Allah, adakalanya solat, berdiri, duduk atau tidur, mereka selalu mengingat Allah.



Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita melaksanakan amalan orang-orang soleh dahulu hingga sekarang, memperuntukkan masa untuk solat malam,bertahajud, berdoa, bermunajat, beristighafar mohon ampun kepada Allah SWT dengan linangan air mata kesedihan. Meminta agar Allah SWT mengampunkan dosa-dosa dirinya, isteri-isteri dan anak-anaknya, ahli keluarga dan sanak saudaranya,jiran tetangganya, sahabat-sahabatnya , para mujahidin dan orang-orang mukmin dan tempatkan mereka semua di SYURGA seluas langit dan bumi. Berdoa bersungguh-sungguh semoga Islam berkuasa di seluruh dunia untuk memakmurkan bumi Allah SWT dengan keadilan Islam dan memberi rahmat untuk sekelian alam.

Friday, August 30, 2013

Soal Jawab Agama Siri 76 (Kebaikan undang-undang jenayah Islam, Jenis-jenis Hukum Jenayah Islam Dan Lain-lain)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم  


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Soal Jawab Agama Siri 76 adalah menjelaskan persoalan kebaikan undang-undang jenayah Islam, jenis-jenis hukum jenayah Islam, Maqasid Syariah, Islam sesuai dalam masyarakat majmuk dan bidadari syurga.


666. Soalan : Peranan undang-undang jenayah Islam adalah untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Bolehkan ustaz jelaskan  kenapa undang-undang jenayah Islam ini perlu dilaksanakan di dalam masyarakat dan negara? Dan apakah kebaikan hukuman jenayah Islam apabila ianya dilaksanakan?

Jawapan :


Pertama undang-undang jenayah Islam wajib dilaksanakan kerana Allah SWT  memerintahkan agar melaksanakannya di dalam kehidupan manusia.
 

Firman Allah SWT maksudnya : "Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini." (Surah al-Maidah(5) ayat 50)

Jika di kaji dengan teliti terdapat 4 perkara kenapa perlu dilaksanakan undang-undang jenayah Islam. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Untuk mematuhi segala perintah Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan mematuhi sunnah dan hadis Nabi SAW dalam bab hukum jenayah.

2. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

3. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.

4. Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Terdapat 3 jenis hukum jenayah Islam iaitu terdiri daripada Hukum Hudud, Qisas dan Takzir . Kebaikan-kebaikan hukuman tersebut adalah seperti berikut  :
1. Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.

2. Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.

3. Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

667. Soalan : Hukum jenayah Islam terdiri daripada Hukum Hudud, Qisas dan Takzir. Bolehkan ustaz huraikan ketiga-tiga jenis hukum tersebut secara ringkas?

Jawapan :


Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga :

Pertama :  Hukum Hudud

Kedua :  Hukum Qisas

Ketiga : Hukum Takzir

Huraiannya :

Pertama Hukum Hudud :

Dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(Surah al-Baqarah ayat 229)

Terdapat 7 jenis kesalahan jenayah hudud iaitu :

1. Melakukan zina

2. Menuduh zina

3. Meminum arak

4. Mencuri.

5. Merompak.

6. Riddah (Murtad)

7. Penderhakaan.

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya (tujuh perkara):

1. Zina iaitu persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali dan dibuang negeri  selama setahun.

Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2. Qazaf (menuduh zina)  iaitu melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil.

Hukuman : Sebat 80 kali

3. Minum arak iaitu meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.

Hukuman : Sebat 40 kali

4. Mencuri iaitu mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.

Hukuman : Potong tangan

5. Merompak iaitu mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6. Riddah (murtad) iaitu keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain seperti  penjara @  wang.

7. Penderhakaan kepada kerajaan Islam yang sah.

Kedua Hukum Qisas.

Dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

Jenis jenayah Qisas iaitu kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman Qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

Hukuman terhadap kesalahan Qisas;

Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta.

Diat adalah denda untuk jenayah membunuh.(jumlah diat boleh dinilai dengan harga unta masa kini)

Ketiga : Hukum Takzir

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori Takzir;

1. Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Hukuman bagi kesalahan Takzir.

 1. Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

2. Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

3. Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

4. Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

5. Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

6. Hukuman Takzir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

7. Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.

8. Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat   dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

668. Soalan :  Bolehkan di jelaskan apakah yang dimaksudkan Maqasid Syariah? Dan perkara-perkara yang termasuk di dalam Maqasid Syariah?

Jawapan :


Maqasid syariah adalah tujuan-tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya.  Sesungguhnya Allah SWT apabila mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan untuk  memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan.

Maqasid syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu :

1. Menjaga dan memelihara agama.

2. Menjaga dan memelihara jiwa.

3. Menjaga dan memelihara akal.

4. Menjaga dan memelihara keturunan dan

5. Menjaga dan memelihara harta.

669. Soalan : Apakah hukumnya jika seseorang berkata hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk dan jika kita laksanakan menyebabkan Islam dipandang rendah oleh orang bukan Islam?

Jawapan :


Orang yang mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk adalah orang yang menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta undang-undang dan perkataan ini boleh merosakkan akidah. Sedangkan perlaksanaan undang-undang Islam di Madinah ketika itu adalah terdiri daripada berbagai bangsa dan agama dan masyakat mereka ketika itu adalah masyarakat majmuk. Jika kita amalkan undang-undang Islam agama lain tidak akan di aniaya atau di zalimi. Hukum hudud adalah untuk umat Islam sahaja dan agama lain boleh memilih samaada mengambil undang-undang Islam atau pun undang-undang agama mereka sendiri.

670. Soalan : Di dalam al-Quran Allah SWT ada menjelaskan bahawa kecantikan bidadari -bidadari syurga yang di sediakan oleh Allah SWT untuk lelaki yang bertakwa. Minta ustaz tolong huraikan sedikit berdasarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW?

Jawapan :


Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu Salamah radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.”

Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”

Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Surah Al-Waqi'ah ayat 23)

Baginda menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Surah Ar-Rahmaan ayat 70)

Baginda menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”

Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat ayat 49)

Baginda menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah ayat 37)

Baginda menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadis).

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Thursday, August 29, 2013

Soal Jawab Agama Siri 75 (Hukum Faraid, Pertemuan Ahli Keluarga di Syurga, Bantuan Allah dan Lain-lain Lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم  


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,  

Soal Jawab Agama Siri 75 adalah menjelaskan persoalan pembahagian harta pusaka cara faraid, di syurga akan bertemu ahli keluarga, Allah akan membantu umat Islam yang membantu agamanya, kebaikan saling bantu membantu dan poligami dalam Islam.

661. Soalan : Seorang wanita meninggal dunia dengan meninggalkan wang sebanyak RM 130,000.00. Si mati juga meninggalkan suami, bapa dan 2 orang anak perempuan. Beliau tidak mempunyai anak lelaki tetapi mempunyai 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Ibu kepada simati sudah lama meninggal dunia dua tahun lalu. Bolehkah ustaz jelaskan bagaimana pembahagian harta pusaka melalui sistem faraid? Adakah adik lelaki dan perempuan si mati boleh mendapat bahagian daripada harta pusaka tersebut?

Jawapan : 

Seorang wanita meninggal dunia : Harta yang ditinggalkan berjumlah RM 130,000.00

Suami akan mendapat bahagian : 3/13 bahgian darpada RM 130,000.00 = RM 30,000.00

Bapa akan mendapat bahagian : 2/13 bahagian daripada RM 130,000.00 = RM 20,000.00

2 anak perempuan setiap  seorang akan mendapat bahagian : 

4/13 bahagian daripada RM 130,000.00 = RM 40,000.00 .

Adik lelaki dan perempuan simati tidak akan mendapat bahagian kerana bapa simati masih hidup..

662. Soalan : Syurga adalah tempat yang disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin yang bertakwa.. Sekiranya dengan rahmat Allah SWT kita dapat masuk syurga, adakah kita akan dapat bertemu dengan ibu bapa , datok, anak-anak , cucu-cicit dan zuriat keturunan kita yang sama-sama bertakwa dan di izinkan untuk memasuki syurga?

Jawapan :

Sesungguhnya rahmat Allah SWT sungguh luas yang akan diberikan-Nya kepada sesiapa dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa iaitu balasan syurga. Di dalam syurga nanti kita akan berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara jauh dan dekat yang dahulunya ketika di dunia sama-sama saling bantu membantu dan berkasih sayang.

Firman Allah SWT. maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."(Surah ath-Thur ayat 21)
Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan dua hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan ibu bapa serta anak cucu mereka sebagai salah satu bentuk nikmat dan hiburan kepada mereka.

Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa mereka (Tafsir Ibn Kathir)). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).


Walaubagaimanapun nikmat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.



663. Soalan : Apabila kita lihat di luar negara ramai umat Islam ditindas, dibunuh, dibakar, ditangkap , dipenjarakan dan di seksa, tanpa peri kemanusiaan oleh golongan kafir, munafik dan fasik. Sedang berlaku pertembungan di antara yang hak dan yang batil. Adakah usaha-usaha murni ini yang dilakukan oleh para mujahidin, pendakwah dan pemimpin Islam akan mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT?


Jawapan :

Allah SWT. berfirman yang maksudnya : "Sesiapa yang menolong agama Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan kehidupan mereka." (Surah Muhammad ayat 7)


Ayat ini membawa kita untuk melihat bagaimana untuk menyelesaikan masaalah. Allah SWT telah berjanji bahawa Dia akan menolong sesiapa sahaja yang menolong agama-Nya. Ini bererti bahawa segala masaalah yang kita hadapi hari ini akan diselesaikan oleh Allah SWT dengan syarat mereka itu sentiasa bekerja untuk menegakkan agama Allah SWT dengan ikhlas dan yakin. Keyakinan ini mesti ada terutama kepada para pendakwah.

Menolong agama Allah mempunyai pengertian yang luas. Apa jua usaha mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah keburukan adalah termasuk di dalam makna menolong agama Allah. Dalam melaksanakan kerja ini, kita seharusnya bersedia untuk mengorbankan apa sahaja asalkan ketinggian agama Allah SWT tertegak di atas muka bumi ini.

Penyelesaian dari Allah SWT mungkin datang dalam bentuk sama ada diberikan kesenangan hidup, kasih sayang manusia, keluarga yang bahagia, idea-idea yang baik dan mungkin juga ketenangan jiwa dan berjaya memenangi pilihanraya. Yang pasti Allah SWT tidak akan mungkir janji. Semakin banyak kita menghadapi masaalah maka seharusnya semakin kuat kita melakukan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat, bukan semakin berkurang. Sikap ini perlu dimiliki oleh kita. Sauadara-sauadara kita yang sedang berjuang di Palestin, Syria dan Mesir insyaa Allah akan berjaya dan akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

664. Soalan : Apakah kebaikan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang suka membantu fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal?
 
Jawapan :
 
Di dalam kehidupan masyarakat Islam. Umat Islam digalakkan hidup  bantu membantu dan tolong menolong sesama muslim. Ini termasuk membantu golongan fakir miskin, anak yatim, janda dan ibu tunggal. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat penyayang dan adil sehingga dapat mengatasi masalah golongan terbiar dan yang tidak berada.

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW. bersabda maksudnya : ''Orang yang berusaha membantu wanita janda dan orang miskin, mendapat pahala sama seperti pahala orang berjuang di jalan Allah, atau seperti pahala orang yang selalu qiamullail (bangun sembahyang malam) dan berpuasa di siang hari. ( Hadis riwayat Bukhari).
 
Kebaikan itu bukan sahaja akan diberikan oleh Allah SWT di dunia ini tetapi Dia akan memberikannya di hari akhirat.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).
 
665. Soalan : Ustaz saya berhajat untuk berpoligami dan isteri saya mengizinkan dengan syarat calun isteri kedua itu mestilah menutup aurat dan wanita yang  cinta kepada perjuangan Islam. Isteri pertama saya redha dan tidak akan bermusuhan dengan isteri kedua dan sanggup menjalini ikatan kasih sayang dan bertolak ansur. Bolehkah ustaz jelaskan apakah perkara-perkara yang wajib dilakukan oleh suami ketika dia berpoligami.?

Jawapan :

Alhamdulillah, syabas dan tahniah dan banyak-banyak bersyukurlah saudara kerana saudara dikurniakan isteri pertama yang solehah bukan sahaja membenarkan tetapi merestui dan meredhai hasrat murni saudara untuk berpoligami. Jika semua wanita di dunia ini mempunyai hati yang mulia seperi isteri saudara rasanya aman dunia ini dan tidak berlaku perceraian di sebabkan keinginan suami untuk berpoligami.

Sekiranya saudara berhasrat membina masjid kedua perkara-perkara yang saudara perlu jaga adalah seperti berikut :

Pertama : Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah SWT ;

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah an-Nisak ayat 3)

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

1. Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.

Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

2. Adil di antara para isteri.

Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.
 
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
 
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal. 
 
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran. 
 
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. 
 
Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud ;
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah ar-Ruum ayat 21)
 
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

3. Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.

Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. 
 
Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

5. Berkuasa menanggung nafkah.

Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
 
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.

ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.

v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.

Wallahu a'lam.
















Tuesday, August 27, 2013

Tafsir Surah Yasin Ayat 12

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
 

Firman Allah SWT :

 Ű„ِنَّۧ نَŰ­ْنُ نُŰ­ْيِي Ű§Ù„ْمَوْŰȘَى وَنَكْŰȘُŰšُ مَۧ قَŰŻَّمُÙˆŰ§ وَ۹َ۫ۧ۱َهُمْ وَكُلَّ ŰŽَيْŰĄٍ ŰŁَŰ­ْŰ”َيْنَŰ§Ù‡ُ فِي Ű„ِمَŰ§Ù…ٍ مُŰšِينٍ (12)
 

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Loh Mahfuz)."(Surah Yasin (36)  ayat 12)

Asbabun Nuzul Surah Yasin Ayat 12 :

Ibnu Abbas r.a. menerangkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan Bani Salamah r.a. yang bertempat tinggal di pinggiran Madinah yang hendak berpindah kediaman ke dekat masjid. Lalu , Rasulullah menasihati Bani Salamah r.a. , "Sebaiknya kalian jangan berpindah, kerana setiap langkah menuju masjid, akan di catat Allah sebagai kebajikan." (Hadis Hasan Riwayat Tirmidzi)

Tafsirannya :

Kemudian disebutkan pula bahawa orang harus merasa takut (takwa) kepada Tuhannya, iaitu kerana Allah SWT akan menghidupkan kembali sekalian orang yang telah mati dan membangkitkan mereka dari kuburnya masing-masing pada hari akhirat. Ketika itu manusia memperoleh buku amalan dari seluruh perbuatan, baik besar maupun kecil, yang pernah dikerjakan di atas dunia dahulu. Tiada satu pun perbuatan yang ketinggalan akan tetapi semuanya tertulis dalam buku itu dengan penuh ketelitian. Al-Quran menyatakan:

ÙˆÙˆŰ¶Űč Ű§Ù„ÙƒŰȘۧۚ فŰȘŰ±Ù‰ Ű§Ù„Ù…ŰŹŰ±Ù…ÙŠÙ† Ù…ŰŽÙÙ‚ÙŠÙ† Ù…Ù…Ű§ فيه ويقولون ÙŠŰ§ÙˆÙŠÙ„ŰȘÙ†Ű§ Ù…Ű§Ù„ Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„ÙƒŰȘۧۚ Ù„Ű§ يŰșۧۯ۱ Ű”ŰșÙŠŰ±Ű© ÙˆÙ„Ű§ ÙƒŰšÙŠŰ±Ű© Ű„Ù„Ű§ ŰŁŰ­Ű”Ű§Ù‡Ű§ ÙˆÙˆŰŹŰŻÙˆŰ§ Ù…Ű§ ŰčÙ…Ù„ÙˆŰ§ ۭۧ۶۱ۧ ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰžÙ„Ù… Ű±ŰšÙƒ ۣۭۯۧ

Maksudnya : "Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah, ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya. dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya, dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Surah al-Kahfi (18) ayat 49)

Tidak hanya amalan mereka yang tertulis dalam buku itu, akan tetapi menurut ayat ini juga segala amal suri teladan yang mereka tinggalkan, kepada orang ramai masih memanfaatkannya setelah ia meninggal dunia, seperti ilmu pengetahuan yang diajarkannya, harta benda yang diwaqafkannya, rumah sakit yang didirikannya untuk kesihatan masyarakat. Demikian pula bekas-bekas amal jahatnya yang ditinggalkan seperti fitnah yang pernah ditebarkannya sehingga orang-orang saling berselisih atau pecah belah akibat fitnah atan kesan dari fitnah itu semuanya akan menerima pembalasan. Ringkasnya setiap amal atau perbuatan yang menimbulkan bekas atau kesan, baik kesan yang bermanfaat atau yang menimbulkan mudarat, akan tertulis semua dalam buku amalan itu. Ayat ini sejalan dengan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW  :

من ŰłÙ† ŰłÙ†Ű© Ű­ŰłÙ†Ű© فله ŰŁŰŹŰ±Ù‡Ű§ ÙˆŰŁŰŹŰ± من Űčمل ŰšÙ‡Ű§ ومن ŰšŰčŰŻÙ‡ من ŰșÙŠŰ± ŰŁÙ† ÙŠÙ†Ù‚Ű” من ŰŁŰŹÙˆŰ±Ù‡Ù… ŰŽÙŠŰŠŰ§. ومن ŰłÙ† ŰłÙ†Ű© ŰłÙŠŰŠŰ© ÙƒŰ§Ù† Űčليه وŰČŰ±Ù‡Ű§ ووŰČ۱ من Űčمل ŰšÙ‡Ű§ ومن ŰšŰčŰŻÙ‡ Ù„Ű§ ÙŠÙ†Ù‚Ű” من ŰŁÙˆŰČŰ§Ű±Ù‡Ù… ŰŽÙŠŰŠŰ§. Ű«Ù… ŰȘÙ„Ű§ ونكŰȘŰš Ù…Ű§ Ù‚ŰŻÙ…ÙˆŰ§ ÙˆŰŁŰ«Ű§Ű±Ù‡Ù….

Maksudnya : "Barangsiapa yang membuat amalan (kebiasaan) yang baik ia akan memperoleh pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sesudah ia meninggal tanpa dikurangi sedikitpun jua. Dan barangsiapa yang membuat suatu amalan (kebiasaan) yang jahat, ia memikul dosanya dan dosa orang yang mengerjakannya setelah (ia) meninggal dunia tanpa dikurangi sedikitpun jua. Kemudian Rasulullah membaca ayat Wanaktubu maqaddamu wa asaruhum (dan) Kami menuliskan apa-apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan". (Hadis Riwayat Bukhari dari Musa Al Asy'ari) 


Sehubungan dengan makna "Dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan", Imam Tirmizi meriwayatkan sebuah kisah seperti yang ditulis oleh Ibnu Kasir dalam tafsirnya sebagai berikut:

Dari riwayat ini dikisahkan, bahawa ada orang-orang dari Bani Salaman tinggal di pinggiran kota Madinah. Mereka merasa betapa jauhnya tempat kediaman mereka dari masjid (Masjid Nabi). Agar mereka dapat datang berjemaah lebih awal untuk mengejar keutamaan solat berjemaah, mereka berniat untuk memindahkan rumah mereka ke daerah sekitar masjid, maka turunlah ayat ini. Setelah Rasulullah memanggil mereka itu, baginda pun bersabda: "Niatmu yang balk itu akan ditulis". Akhirnya mereka tidak jadi pindah. 


Ibnu Jarir meriwayatkan pula bahawa sebagian dari orang-orang Ansar berjauhan rumah mereka dari masjid Rasulullah. Mereka berhasrat memindahkannya. Maka turunlah ayat ini. Akhirnya membatalkan maksud mereka . Barangkali yang mendorong orang-orang Bani Salamah atau segolongan sahabat Ansar hendak memindahkan rumah mereka itu, adalah kerana Nabi menyatakan "solat jemaah itu 27 kali ganda pahalanya dibanding dengan solat yang dikerjakan sendirian".

Rasulullah SAW bersabda:

ŰŁŰčŰžÙ… Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ۣۏ۱ۧ في Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ŰŁŰšŰčŰŻÙ‡Ù… Ù…ŰŽÙ‰ ÙˆŰ§Ù„Ű°ÙŠ ينŰȘ۞۱ Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Ű­ŰȘى ÙŠŰ”Ù„ÙŠÙ‡Ű§ مŰč Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ù… ŰčŰžÙŠÙ… ۣۏ۱ۧ من Ű§Ù„Ű°ÙŠ ÙŠŰ”Ù„ÙŠ Ű«Ù… ÙŠÙ†Ű§Ù….

Maksudnya : "Manusia yang paling banyak menerima pahala solat ialah orang yang paling jauh (rumahnya dan masjid) dan mereka berjalan kaki, dan orang yang menanti kedatangannya (waktu) solat sehingga mengerjakannya bersama iman (dengan berjemaah), lebih besar pahalanya dari pada orang yang mengerjakan solat (sendiri) kemudian ia tidur."

Kemudian lebih ditegaskan lagi, tidak hanya amal Bani Adam yang tertulis dalam buku itu dengan rapi, teliti dan menyeluruh, akan tetapi apa yang terjadi di permukaan bumi ini, pasti tercatat dengan teliti.

Menurut penjelasan ahli tafsir yang dimaksud dengan "Imamiim mubin" (kitab induk yang nyata) ialah Loh Mahfuz . Ayat ini diperkuat lagi dengan keterangan ayat-ayat lain yang berbunyi:

Ù‚Ű§Ù„ ŰčÙ„Ù…Ù‡Ű§ ŰčÙ†ŰŻ Ű±ŰšÙŠ في كŰȘۧۚ Ù„Ű§ ÙŠŰ¶Ù„ Ű±ŰšÙŠ ÙˆÙ„Ű§ ÙŠÙ†ŰłÙ‰

Maksudnya : "Musa menjawab: "Pengetahuan tentang itu ada di sisi Tuhanku, di dalam sebuah Kitab (Loh Mahfuz), Tuhan kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa". (Surah Taha (20) ayat 52)

Dan ayat:

وكل Ű”ŰșÙŠŰ± ÙˆÙƒŰšÙŠŰ± Ù…ŰłŰȘ۷۱

Maksudnya : "Dan (segala) urusan yang kecil maupun yang besar adalah tertulis".
(Surah Qamar (54) ayat 53)

Demikian penjelasan ayat-ayat di atas yang memastikan datangnya hari kiamat, di mana manusia akan menerima balasan dari semua amal usahanya, baik jahat maupun baik. Dari ayat ini dapatlah difahami bahawa kabar gembira berupa magfirah dan syurga bagi orang yang takwa kepada Tuhan dan mengikuti petunjuk al-Quran di tetapkan Allah SWT nanti setelah hari berbangkit.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah sejauhmana kita telah beramal dengan ajaran Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam di dalam kehidupan kita setiap hari. Adakah kita menghitung dosa-dosa yang kita telah lakukan dan cuba membersihkannya dengan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.? Atau jiwa kita tidak merasa sensitif langsung bila satu dosa kita lakukan .Jika keadaan ini berlaku ini adalah petanda iman kita di tahap yang paling lemah atau mungkin tidak ada iman langsung, nauzubillahiminzalik. Perbaharuilah iman kita setiap hari sebagamana kita jaga makan dan minum setiap hari supaya kita berada di dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Soal Jawab Agama Siri 74 (Kematian Anak Kecil, Qada Puasa Ibu Yang Telah Meninggal Dunia, Upah Haji Dan Lain-lain.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
 
Soal Jawab Agama Siri 74 adalah menjelaskan persoalan kematian anak yang belum baligh, qada puasa untuk ibu yang telah meninggal dunia, upah haji, darah istihadah dan cara berwuduk ketika luka berbalut.

656 Soalan : Dua hari sebelum raya baru-baru ini anak bongsu saya telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit jantung bengkak. Anak lelaki berumur 4 tahun. Saya redha tapi hati saya sangat sedih dan sangat rindukan anak saya. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menangis, meratap tetapi hati saya tidak dapat melupakan detik-detik akhir dia bersama saya hingga ke hembusan nafas terakhir. Saya takut untuk menghadapi waktu pagi sessudah subuh kerana waktu itulah arwah meninggalkan saya selama-lamanya.

Saya memohon kepada Allah agar dapat berjumpa anak saya dalam mimpi. Saya nak lihat wajahnya yang damai, yang tidak dalam kesakitan dan penderitaan. Dengan harapan hati saya tenang dan gembira dengan keadaan dia di sana disisi Allah. Tapi masih tidak dikabulkan.
 

Apa yang berlaku kepadanya sebagai ahli syurga, apa yang dibuatnya, siapa yang menemaninya dan sebagainya.?

Jawapan : 

Bersabarlah puan ada hikmah yang besar setiap kejadian ciptaan Allah SWT. 

Hadis riwayat Abu Hassan radhiyallahu’anhu, ia berkata: "Saya mengatakan kepada Abu Hurairah, bahawa dua orang anakku telah meninggal dunia. Adakah berita (hadits) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang dapat engkau sampaikan kepadaku yang dapat menyenangkan hati kami berkenaan dengan anak kami yang meninggal itu. Abu Hurairah menjawab: Ada! Anak-anak kecil (yang meninggal) menjadi kanak-kanak syurga, ditemuinya kedua ibu bapaknya, lalu dipegangnya pakaian ibu bapaknya - sebagaimana saya memegang tepi pakaian ini – dan tidak berhenti (memegang pakaian) sampai Allah memasukkannya dan kedua ibu bapaknya kedalam syurga." (Hadis Sahih Riwayat Muslim : 2635-1524)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian :


1. Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
 

2. Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah :156)
 

3. Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
 

4. Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

5. Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

657. Soalan : Saya nak bertanya bolehkah kita hendak qadakan puasa untuk arwah ibu yang pernah tinggalkan puasa masa hayatnya dulu ketika sakit?. Bagaimana cara dan niatnya. Saya harap ustaz dapat bantu menjawab kemusykilan saya ini.

Jawapan :


Sebagai anak kita boleh tolong mengqadakan puasa Ramadan yg ditinggalkan oleh arwah ibu kita. Niatnya sahaja aku qada puasa Ramadan untuk ibuku kerana Allah Taala.

Jika waris tidak mampu untuk menggantikan puasa arwah ibu (di sebabkan ibu uzur dan sakit) maka hendaklah digantikan membayar fidyah secupak makanan asasi untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 184 :


ŰŁَيَّŰ§Ù…ًۧ مَŰčْŰŻُÙˆŰŻَۧŰȘٍ فَمَنْ كَŰ§Ù†َ مِنْكُمْ مَ۱ِÙŠŰ¶ًۧ ŰŁَوْ Űčَلَى Űłَفَ۱ٍ فَŰčِŰŻَّŰ©ٌ مِنْ ŰŁَيَّŰ§Ù…ٍ ŰŁُŰźَ۱َ وَŰčَلَى Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يُŰ·ِيقُونَهُ فِŰŻْيَŰ©ٌ Ű·َŰčَŰ§Ù…ُ مِŰłْكِينٍ فَمَنْ ŰȘَŰ·َوَّŰčَ Űźَيْ۱ًۧ فَهُوَ Űźَيْ۱ٌ لَهُ وَŰŁَنْ ŰȘَŰ”ُومُÙˆŰ§ Űźَيْ۱ٌ لَكُمْ Ű„ِنْ كُنْŰȘُمْ ŰȘَŰčْلَمُونَ (184)

 

Maksudnya : "(iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): Memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 184)

Pada ayat 184 dan permulaan ayat 185, Allah SWT menerangkan bahawa puasa yang diwajibkm itu ada beberapa hari yaitu pada bulan Ramadan menurut banyaknya hari bulan Ramadan itu (29 atau 30 hari).


Sekalipun Allah SWT. telah mewajibkan puasa pada bulan Ramadan kepada semua orang-orang yang beriman, akan tetapi Allah Yang Maha Bijaksana memberikan keringanan kepada orang-orang yang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa pada waktu itu dan menggantinya pada hari-hari lain di luar bulan Ramadan. Jika sakit yang tidak boleh sembuh maka diwajibkan membayar fidyah untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.

658. Soalan : Bapa saya  belum sempat mengerjakan haji beliau telah meninggal dunia, bolehkan saya upah haji untuk arwah bapa dan adalah dalil yang membenarkannya?

Jawapan :

Islam membenarkan untuk waris-waris si mati membayar upah haji bagi melaksanakan hasrat arwah ayah  melalui jalan melantik seorang wakil yang layak (dengan syarat-syaratnya) berdasarkan kepada dalil dari hadis seperti di bawah ini:-

Telah berkata seorang perempuan kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, bahawasanya bapa saya telah sampai kewajibannya mengerjakan haji di waktu dia telah tua, dan dia tidak kuasa (mampu) menunggang untanya?" Jawab Rasulullah SAW: "Kalau begitu engkau kerjakanlah haji ganti untuknya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Daripada riwayat yang lain, dari Ibnu Abbas r.a. katanya seorang perempuan dari suku bangsa Juhainah datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Ya Rasulullah, ibuku telah bernazar untuk berhaji, namun belum dia sempat mengerjakan haji dia telah meninggal dunia. Adakah boleh saya gantikan Haji untuknya?" Jawab Rasulullah SAW: "Ya, Hajikanlah dia, jika ada ibumu berhutang, tidakkah engkau akan membayarkan untuknya? Bayarlah, kerana hak Allah (bagi sesorang Muslim yang telah bernazar mengerjakan Haji)  itu lebih berhak untuk dibayar". (Hadis Riwayat Bukhari.)

Huraiannya :

Hadis di atas dengan jelas memberitahu seseorang yang telah memenuhi syarat untuk mengerjakan haji tetapi atas sebab tua atau uzur (tidak sihat dan sukar untuk sembuh), atau meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan Haji, maka anak-anaknya (lelaki atau perempuan) boleh berbuat manasik haji itu bagi pihak dirinya.



659. Soalan : Bolehkah ustaz menjelaskan apakah darah istihadah? Dan adakah apabila keluar darah istihadah seorang wanita boleh solat dan berpuasa?


Jawapan :


Darah istihadah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. Darah istihadah merangkumi;


1. Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.

2. Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.

3. Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.

4. Darah yang melebihi tempoh maksima nifas.

5. Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie.

6. Darah yang keluar melebihi umur putus haid

Darah istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-‘Azil . Sifat darah istihadhah -menurut mazhab Syafi’ie- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).



Apabila keluar darah istihadah (bukan darah haid atau nifas) wanita diwajibkan solat dan berpuasa. Ketika solat perlu pakai tuala wanita dan ulama menjelaskan bahawa hanya satu wuduk untuk satu solat sahaja.


Cara kita dapat bezakan darah istihadah dengan darah haid adalah dengan tiga cara :

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW. kepada Wanita yang istihadah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi SAW; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi SAW. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (ŰčŰ±Ù‚), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadah.

2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.

Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadah, maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wuduk dan kerjakanlah solat”. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).

Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.

3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.

Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi SAW untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Hadis Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).



660. Soalan : Orang yang mengalami luka pada badannya atau patah tulang anggotanya dan terpaksa dibalut, diplaster atau disimen di mana ia tidak dapat ditanggalkan (termasuk semasa ingin mengambil wuduk), bagaimana caranya ia hendak mengambil wuduk ? 

Jawapan :

Bagi kes tersebut, diberi kelonggaran untuk menyapu air di atas kain balutan atau plaster atau simen yang dipakainya. Orang yang menghadapi masalah sedemikian, ia hendaklah melakukan tindakan berikut semasa mengambil wuduk;

Pertama : Hendaklah ia membasuh dan meratakan air sebagaimana biasa ke kawasan-kawasan yang sihat (tidak sakit) dari anggota wuduknya.

Kedua : Bagi kawasan yang berbalut pula, wajib ia menyapu air ke atasnya. Menurut Imam Abu Hanifah; memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan. Namun jumhur ulamak (iaitu Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berkata; “Wajib disapu air meliputi seluruh balutan”.


Berapa lamakah tempoh diizinkan menyapu balutan?

Keizinan dari Syarak untuk menyapu balutan tidak ada tempoh masa tertentu. Ia bergantung kepada tempoh kesembuhan luka atau patah. Selagi luka atau patah belum sembuh dan balutan masih perlu dipakai, maka selagi itu keharusan menyapu di atas balutan berterusan. Apabila sakit telah sembuh dan balutan dapat dibuka, hilanglah keharusan tersebut dan wajib mengambil wuduk atau mandi wajib sebagaimana asalnya.


Monday, August 26, 2013

Syiah : Terdapat 17 Doktrin Yang Sesat Dan Menyesatkan.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,


Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, barangsiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi’ah ini, maka dia termasuk Kafir.
DOKTRIN SESAT AJARAN SYIAH

Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syi’ah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jammah) sebagai bahagian dari pengamalan doktrin taqiyah(menyembunyikan Syi’ahnya). 


Ketujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syi’ah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangung-jawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quran ul karim. 

Berikut adalah antara doktrin-doktrin yang sesat lagi menyesatkan :

1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki(Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).


Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf (7) ayat 128,“Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”. 


Kepercayaan Syi’ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2. Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).


Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.


3. Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).


4. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).


5. Keinginan para imam Syi’ah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).


6. Para imam Syi’ah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).


7. Para imam Syi’ah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).


8. Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40). Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syi’ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi’ah Allah bersifat bada’ (Ushulul Kaafi, hal. 232).


9. Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syi’ah bersifat Ma’sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).


10. Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).


11. Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)


12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa’: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).


13. Menurut Syi’ah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).


14. Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).


15. Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kahwin mut’ah 4 kali darajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).


16. Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).


17. Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).


Sahabat yang dikasihi,
Kesemua 17 doktrin Syi’ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah SAW. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? 


Adakah orang masih percaya bahwa Syi’ah itu bagian dari umat Islam? 

Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, barangsiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi’ah ini, maka dia termasuk Kafir.

Semua kitab tersebut diatas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi’ah yang posisinya seperti halnya kitab-kitab hadits Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasa’i, Tirmidzi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. 


Oleh itu dakwaan Syi’ah bahawa perbezaan dengan ahli sunah wal jammah adalah masaalah kecil adalah dakwaan dusta belaka. Jelas aqidah Syiah telah terkeluar daripada aqidah Islam yang sebenarnya yang terdapat dalam al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. 

 Penilaian ulama Islam tentang Syi’ah

Untuk memperoleh bahan kajian secara mendalam, berikut ini kami sajikan kutipan pernilaian para ulama Islam tentang. Syi’ah.
1. Imam Ahmad bin Hambal

Ibnu ‘Abdil QawwĂź berkata: “Imam Ahmad telah mengafirkan orang-orang yang menjauhkan diri dari shahabat, orang yang mencela ummul Mukminin ‘Aisyah, dan menuduhnya berbuat serong, padahal Allah telah mensucikannya dari tuduhan tersebut seraya beliau kemudian membaca ayat: “Allah menasehati kalian agar kalian tidak mengulang lagi perbuatan itu selama-selamanya, jika kalian benar-benar beriman.”[1]
2. Al-BukhĂąrĂź (wafat tahun 256 H)

Ia berkata: “Bagi saya sama saja, apakah shalat di belakang imam beraliran Jahm atau Rafidhah, atau shalat di belakang imam Yahudi atau Nasrani. Dan seorang Muslim) tidak boleh memberi salam kepada mereka, mengunjungi mereka ketika sakit, kawin dengan mereka, menjadikan mereka sebagai saksi dan memakan sembelihan mereka.”[2]
3. Ibnu KatsĂźr[3]

Ibnu Katsir telah mengetengahkan hadis-hadis yang sah di dalam As-Sunnah dan berisikan sanggahan terhadap anggapan adanya ayat al-Qur’an dan wasiat kepada ‘Ali yang diklaim oleh golongan Syi’ah. Kemudian beliau memberi komentar sebagai berikut:

“Sekiranya masalah (wasiat) sebagaimana yang mereka perkirakan itu ada, niscayalah tidak seorang shahabat Nabi pun yang akan mengingkari. Sebab, mereka ini merupakan manusia yang paling taat kepada Allah dan Rasul-Nya, baik selama beliau masih hidup maupun sesudah beliau wafat. Karena itu, sama sekali tidak benar kalau mereka berani mengambil ketetapan mendahulukan orang yang tidak didahulukan oleh Rasulullah dan mengakhirkan orang yang didahulukan oleh Rasulullah dengan ketetapannya. Barangsiapa menganggap para shahabat yang diridhai oleh Allah dengan anggapan semacam itu, berarti menganggap semua shahabat berlaku durhaka, dan bersepakat menentang Rasulullah serta melawan putusan dan ketetapan beliau. Siapa saja yang berani berpendapat semacam ini, berarti dia telah melepaskan tali simpul Islam, kafir terhadap ijma’ seluruh umat Islam. Dan menumpahkan darah orang semacam ini lebih halal daripada membuang khamr.[4]

Dengan sah terbukti dari pendirian golongan Syi’ah sendiri, sebagaimana tersebut di atas, bahwa mereka mempunyai anggapan, sesungguhnya Rasulullah ShallallĂąhu ‘alayhi wasallam telah memberikan suatu dekrit untuk ‘Ali, tetapi para shahabat menolak dekrit tersebut, dan karena itu mereka murtad. Inilah pendapat yang dilontarkan oleh Syi’ah dewasa ini dan para leluhur mereka dahulu.
4. Muhammad bin ‘AlĂź asy-SyaukĂąni [5]

Beliau berkata: “Sungguh inti dakwah Syi’ah adalah menyimpangkan agama dan melawan syariat kaum Muslimin. Tetapi yang sangat diherankan dari sikap para ulama mereka, sebagai pemimpin agama, adalah mengapa mereka membiarkan orang-orang itu melakukan kemungkaran yang tujuan dan maksudnya sangat busuk. Orang-orang yang rendah tersebut ketika bermaksud menentang syariat Islam yang suci dan menyalahi, mereka melakukan cercaan terhadap kehormatan para penegak syariat ini, yaitu orang-orang yang menjadi jalan sampainya syariat tersebut kepada kita, menjerumuskan orang-orang awam dengan caranya yang terkutuk itu dan cara setan, sehingga mereka mengutarakan celaan dan laknat kepada KhulafĂąur RĂąsyidĂźn. [6]

—————————-
[1] Q.s. an-NĂ»r [24]: ayat 17, ayat ini menjadi dasar pendapat Imam Ahmad, dalam buku karya Imam AbĂź Muhammad Rizkullah bin ‘Abdul QawwĂź at-TamimĂź (wafat tahun 480 H.): al Warqah 21.


[2] Imam BukhĂąrĂź, Khalku Af’alil ‘Ibad, hlm. 125.

[3] Beliau adalah tokoh ahli hadis serta mufti yang cemerlang—sebagaimana dikatakan oleh adz-DzahĂąbĂź. Nama lengkapnya Abul FisĂą’ Ismail bin ‘Umar bin KatsĂźr. Asy-SyaukĂąni berkata: “Beliau punya banyak karangan berfaedah, antara lain: TafsĂźr Ibnu KatsĂźr, yang dapat digolongkan tafsir yang terbaik, bahkan mungkin yang paling baik.” Wafat pada tahun 774 H. (Ibnu Hajar, ad-DurĂąru al-KĂąminah, 1:373-374; Asy-SyaukĂąni, al-Badr at-Thali’, 1: 153).

[4] Bacalah halaman 751 dan 1125 dari ar-Risalah.

[5] Imam Muhammad bin ‘AlĂź bin Muhammad bin ‘Abdillah asy-SyaukĂąni, seorang ulama Yaman, pengarang kitab Fathul QadĂźr, Nailul Authar dan lain-lain kitab-kitab yang bermanfaat. Wafat pada tahun 1250 H., bacalah al-Badr at-ThalĂź’, 2: 214 – 225.

[6] Bacalah kitab Thalabul ‘Ilmi, Asy-Syaukani

Sunday, August 25, 2013

Kebahagiaan Berada di Padang Mahsyar Bergantung Kehidupan Kita Ketika Di Dunia.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Apabila berlakunya kiamat dan manusia semuanya di keluarkan daripada kuburan dan akan dihimpunkan di suatu tempat (seperti padang) yang terbentang luas, tempat ini di namakan Padang Mahsyar.

Keadaan Manusia Ketika Berhimpun Di Padang Mahsyar :

Pertama : Manusia Di himpunkan Dalam Keadaan Tiga Golongan.

Daripada Abu Hurairah, katanya, RasulullahSAW  bersabda bermaksud:

"Manusia yang dihimpunkan ke Padang Mahsyar pada hari kiamat adalah tiga golongan.

"Pertama golongan yang berjalan kaki; 


Kedua, golongan berkenderaan dan 

Ketiga, golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya."

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?" 


Baginda menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka." 
(Hadis riwayat at-Tarmizi).
 
Kedua : Manusia Tidak Berkasut, Tidak Berpakaian dan Tidak Berkhatan :

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Kamu benar-benar datang sendiri-sendiri kepada Kami sebagaimana Kami ciptakan kamu pada mulanya, dan apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, kamu tinggalkan dibelakangmu (di dunia)..." (Surah al-An'am, ayat 94).

Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya: "Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu di ciptakan semula."

Mengenai keadaan yang disebut itu, Rasulullah menerangkan dalam hadis berikut:

Daripada Ibn Abbas, katanya, Rasulullah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kamu dihimpunkan di Padang Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." (Kemudian Baginda membaca firman Allah bererti: Seperti Kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan) Ketahuilah! Sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada hari kiamat ialah Ibrahim al-Khalil." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

 
Dalam riwayat yang lain daripada Aisyah, bahawa Nabi bersabda: "Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?" Nabi menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
 

Pada satu riwayat yang lain oleh al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Aisyah, katanya: Aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi menjawab: "Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja."

Maksud dua hadis itu ialah Rasulullah menerangkan bahawa manusia akan ke Padang Mahsyar dengan keadaan sebagaimana Tuhan menjadikan mereka keluar dari perut ibu dulu - tidak berpakaian, tidak berkasut dan tidak berkhatan.

Mendengarkan keterangan itu, Saidatina Aisyah bertanya: "Bagaimana hal aurat masing-masing ya Rasulullah! Adakah orang lelaki dan perempuan memandang satu sama lain?"

Rasulullah menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan huru-hara kiamat menghalang manusia dari memandang satu sama lain, usahkan hendak memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja.”


Ketiga : Manusia Akan Menjadi Buta Matanya :

Golongan yang menentang dakwah Nabi SAW, berpaling daripada petunjuk al-Quran dan menentang Islam nanti di akhirat mereka akan menjadi buta. Mereka khairan kenapa mereka buta di akhirat sedangkan ketika di dunia dahulu merekatidak buta (celik)
 
Allah berfirman yang bermaksud:   “Dan sesiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan sempit dan kami akan menghimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: “Demikianlah sudah datang kepadamu ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamupun dilupakan”. (Surah Taha, ayat 124 hingga 126).


Allah menerangkan pula bahawa orang-orang yang berpaling dari ajaran al-Quran itu tidak mengindahkannya dan menentang petunjuk-petunjuk yang terdapat di dalamnya maka dia akan selalu dalam kesepian dan kesulitan dalam menempuh hidupnya. Dia akan selalu bimbang dan gelisah walaupun dia memiliki kekayaan, pangkat dan kedudukan kerana selalu diganggu oleh fikiran dan khayalan yang bukan-bukan mengenai kekayaan dan kedudukannya itu. Dia akan dibayangi akan kehilangan kesenangan yang telah dicapainya. Sehingga ia melakukan tindakan-tindakan yang menimbulkan kebencian dan kerugian di dalam masyarakatnya. 

Kemudian di akhirat nanti ia akan dikumpulkan Allah bersama makhluk-makhluk lainnya dalam keadaan buta matanya dan buta mata hatinya . Sebagaimana dia di dunia selalu menolak petunjuk-petunjuk Allah yang terang benderang dan memicingkan matanya agar petunjuk itu jangan terlihat olehnya sehingga ia berlarut-larut dalam kesesatan, demikian pula di akhirat ia tidak dapat melihat suatu alasan pun untuk membela dirinya dari ketetapan Allah Yang Maha Adil. 

Sebagian Ahli Tafsir mengatakan bahwa orang yang berpaling dari ajaran Allah itu memang menjadi buta pancaindera tidak melihat suatu apapun sebagai tambahan seksaan atasnya. 
 
Seorang yang buta di kala terjadi huru-hara dan malapetaka akan lebih kalang-kabut fikirannya kerana tidak tahu apa yang akan dibuatnya dan tidak tentu arah yang akan ditujunya untuk menyelamatkan dirinya kerana tidak melihat dari mana datangnya bahaya yang mengancamnya. Tetapi sesudah itu matanya akan menjadi terang kembali kerana akan melihat sendiri buku catatan amalnya dan bagaimana hebat dan dahsyatnya seksaan neraka sebagaimana tersebut dalam ayat:

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling dari padanya. (Surah al-Kahfi ayat 53)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT supaya kita akan terselamat ketika dihimpunkan nanti di Padang Mahsyar. Ketika ini jika tidak cukup bekalan amal soleh, amal ibadah dan amal kebaikan yang dilakukan semasa di dunia dahulu maka penyesalan yang akan dirasai dan tidak berguna lagi ketika itu. Jadikanlah semua masa, harta dan jihad kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.







Soal Jawab Agama Siri 73 (Hati Yang Mati, Doa Waktu Pagi dan Petang, Syaitan Musuh Utama, Hukum Faraid dan Aurat Wanita).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 73 adalah menjelaskan persoalan hati yang mati, doa waktu pagi dan petang, syaitan musuh utama, hukum faraid dan aurat wanita.

651. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan apakah faktor-faktor hati menjadi mati dan cara-cara menghidupkan balik hati yang telah mati?

Jawapan :

Hati seseorang itu akan menjadi mati apabila terlalu kasih kepada dunia, takut mati, suka melakukan maksiat dan bakhil untuk bersedekah.

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan  dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT. di dalam al-Quran :


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)
 
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". 


Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi SAW. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan".


Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" 


Nabi Muhammad SAW. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 


(Hadis Riwayat Abu Daud)


Cara-cara untuk menghidupkan hati yang mati adalah :

1. Membaca al-Quran, dan meneliti terjemahannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, “Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.”
(Surah al-Isra’ ayat 82)

2. Berzikir. kepada Allah SWT.


Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Ya Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”

Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Musa r.a. Rasulullah SAW besabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang yang berzikir dengan yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
3. Beristighfar kepada Allah SWT.
 
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)
4. Sentiasa menuntut ilmu dan menghadirkan diri di majlis ilmu.
 
Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Quran surat Al-Mujadalah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. 
Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.
5. Banyak bersedekah.
Sifat suka bersedekah kepada fakir miskin akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri seseorang. Terkikis sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri.  

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”  (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
652. Soalan :  Apakah doa yang perlu diamalkan setiap hari di waktu pagi dan petang untuk menolak bala dan musibah?

Jawapan :
 Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’

Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497)

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW ada mengajarkan satu doa untuk kita amalkan supaya doa tersebut menjauhkan kita daripada kesusahan bala. maksudnya :"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qada dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)" (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu')
Amalkanlah doa-doa tersebut di atas setiap hari waktu pagi dan petang  sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW dan yakinlah bahawa kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT daripada musibah, bala, su'ul khatimah dan gangguan sihir.
653. Soalan : Syaitan adalah musuh utama orang mukmin. Bolehkan ustaz huraikan apakah amalan-amalan yang di sukai oleh syaitan supaya kita dapat menjauhinya?
Jawapan.
Jika dikaji berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW terdapat 14 perkara yang disukai oleh syiatan. Oleh itu perlulah kita jauhkan diri daripada perkaraperkara yang di sukai oleh syaitan.

1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :
 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "(Hadis Riwayat Muslim)

2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri : 

Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur,  " Jangan begitu! "
Orang itu bertanya, " Mengapa? "

Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "

Orang itu menjawab, " Tidak. "

Rasulullah SAW meneruskan: "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)


3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi : 

Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Hadis Riwayat Bukhari)

 
Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Hadis Riwayat Muslim)

 
4. Syaitan kencing di telinga :

Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud : " Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya" 


5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam : 

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "
 
Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian telah mendapat tempat bermalam. "

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ; "Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "


6. Syaitan makan sisa-sisa makanan : 

Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) : "Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. "

Anas melanjutkan ; " Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "

Baginda berpesan ; " Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. " (Hadis Riwayat Muslim)


7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan: 

Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?. Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya. Firman Allah SWT ;
Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰšَŰ°ِّ۱ِينَ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ Ű„ِŰźْوَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيَۧ۷ِينِ
 
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang  yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan." (Surah Al-Isra' ayat 27)
 
8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :
 

Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash  mengadu kepada Rasulullah SAW ;
" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. "
Maka Rasulullah menjawab ; " Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. " (Hadis Riwayat Muslim)


9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan : 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. " (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan : 

Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: " Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? "
" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? "

Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"

" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "

" Ya. "

" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "

" Ya. "

" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "

" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. "

 
11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :
 

Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istiqhfar' .
Sulaiman Bin Surd berkata: "Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi SAW bersabda: " Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Hadis Riwayat Bukhari)

 
12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :
 

Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.
Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: " Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka". (Hadis Riwayat Bukhari)


13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan : 

Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak.
Rasulullah SAW bersabda: " Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. "
( Hadis Riwayat Muslim)

 
Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.


14. Syaitan boleh membesar seperti rumah : 

Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , " Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. "

Nabi SAW bersabda : " Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "
654. Soalan :  Sepupu saya perempuan telah meninggal dunia beliau ada meninggalkan sebiji loket belian nilainya adalah ribuan ringgit. Jika dijual, perlukah dibahagi mengikut hukum faraid.? Yang ada suami dan 2 orang anak lelaki. Menurut suami, sebenarnya ada lagi barang kemas arwah isterinya tetapi diambil oleh adik beradik dan  ibunya sendiri . Mustahil untuk mengambilnya semula. Perlukah dia beritahu kepada ipar-ipar secara lisan untuk menghalalkan ataupun cukup sekadar niatnya sahaja.?

Jawapan.

Pertama : Semua bentuk harta peninggalan si mati sama ada berupa wang, harta boleh alih (kereta, motor dan sebagainya) atau tidak boleh alih (tanah, rumah dan sebagainya) dan barang-barang berharga dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya mesti diagihkan kepada ahli-ahli warisnya yang berhak mengikut hukum faraid yang ditetapkan Allah dan Rasul. 
Harus dibahagikan secara persepakatan dengan syarat mendapat persetujuan semua ahli waris yang berhak tanpa terkecuali seorang pun. Dikecualikan jika ada ahli waris yang belum baligh, maka haknya mesti diberikan penuh mengikut yang diperuntukkan dalam hukum faraid, kerana persetujuannya tidak dipakai.

Kedua : Membolot harta si mati sedangkan ada ahli-ahli waris lain yang turut berhak atas atas harta itu, perbuatan tersebut merupakan dosa besar kerana memakan harta orang lain secara batil. 
Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil" (Surah al-Baqarah, ayat 188). 
Memakan harta orang secara batil bermaksud melalui jalan yang haram termasuklah mencuri, merampas hak orang lain dan sebagainya (Lihat; Tafsir al-Jalalain; Surah al-Baqarah, ayat 188). Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Tidak halal bagi seseorang mengambil sesuatu dari harta saudaranya yang lain kecuali dengan keredhaan darinya" (Hadis Riwayat Ahmad dari Amrin bin Yasribi r.a.. Juga diriwayatkan dari Khifah ar-Raqasyi r.a.. Lihat; Ziyadah al-Jami' as-Saghier, no. 3891. Menurut Syeikh al-Albani, hadis ini soheh).

Ketiga : Sekalipun orang yang dirampas haknya menghalalkan haknya yang dirampas, itu tidak mencukupi untuk menggugurkan dosa dari orang yang merampas. Ini kerana syarat taubat bagi orang yang melakukan dosa yang berkait dengan hak manusia lain ada empat;
1. Ia meninggalakan perbuatan dosa itu
2.  Ia menyesali ketelanjuran melakukannya.
3.  Ia bertekad/berazam tidak akan mengulanginya lagi
4.  Ia memulangkan hak orang lain yang dirampasnya atau memohon halal dari mereka.

Dengan penghalalan dari orang yang dirampas haknya, ia hanya menggugurkan tuntutan harta dari orang yang merampas iaitu menyelesaikan syarat ke 4 di atas. Adapun tiga syarat sebelumnya tidak terlaksana dengan semata-mata penghalalan tersebut. Ia mesti datang hari kesedaran hati orang yang terlibat dengan dosa tersebut.

Oleh demikian, hendaklah ada orang yang memperingatkan ibu dan sudara-saudara si mati tentang perbuatan mereka yang salah di sisi agama itu (merampas harta orang lain). Tindakan suami si mati menghalalkan haknya yang dirampas, ia mendapat pahala dengan tindakan itu. Namun ia tidak menggugurkan dosa dari ibu mertua dan adik-beradik iparnya jika mereka tidak bertaubat. Lagi pula harta itu membabitkan juga anak-anak si mati, tidak cukup dengan penghalalan dari suami sahaja. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang belum baligh di mana persetujuan mereka tidak dipakai, bermakna; hak mereka mesti diberi secara penuh tanpa digugurkan sebarang hak pun. Wallahu a'lam.
655. Soalan : Ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut sahaja. Saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat. Saya ingin mendapatkan kepastian kerana hukum agama ini bukan boleh beri pendapat suka-suka sahaja tanpa dalil.

Jawapan;

Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulama tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lihat; Tafsir al-Jalalain).

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu 'anhu yang menceritakan; Asmak binti Abu Bakar suatu hari telah masuk bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda; "Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur), tidak harus dilihat badannya melainkan ini dan ini sahaja" sambil baginda menunjuk ke muka dan dua tangannya" (Hadis Riwayat Abu Daud dari Aisyah).

Maksud dari arahan menutup aurat ialah tidak mendedahkannya untuk tontonan orang lain yang tidak diizinkan Allah melihatnya, iaitulah lelaki-lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang wanita mengambil gambar dirinya ketika ia tidak menutup aurat, kemudian ia menunjukkan gambar itu kepada lelaki yang bukan mahramnya, apakah itu tidak dinamakan mendedahkan auratnya kepada orang yang tidak diizin Allah.? Jawapannya tidak lain adalah "Ya". Jadi tidak syak lagi bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang. 
Kewajipan wanita Islam menutup aurat bukan atas alasan timbul syahwat orang atau tidak (jika ia mendedah aurat), tetapi kerana menyahut arahan Allah dalam al-Quran dan hadis tadi. Menjaga dari timbulnya syahwat hanyalah hikmah dari arahan menutup aurat, bukan illah (sebab) kepada menutup aurat kerana illahnya ialah arahan Allah. Contoh lain; sekalipun tiada kebimbangan berlaku zina, haram seorang wanita berduaan dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana berduaan itu dilarang oleh Nabi SAW. Tidak harus seorang wanita berkata; "Tidak mengapa saya berduaan dengannya kerana saya yakin dapat menjaga diri dari zina".

Selain arahan supaya menutup aurat, terdapat juga arahan supaya menjaga pandangan mata. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30). 
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31).  
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan pandangan itu) dengan kemanisan beribadah" (Hadis Riwayat Ahmad dari Abi Umamah). 
Persoalan; apabila seorang lelaki melihat gambar wanita yang tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambutnya), apakah ia dianggap menjaga pandangannya? Jawapannya sudah tentu "Tidak". Oleh demikian, anggapan bahawa gambar dikecualikan dari ayat yang menyuruh menutup aurat dan ayat yang menyuruh menjaga pandangan, anggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ia bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ayat, malah membuka jalan kepada perbuatan dosa yang lebih besar lagi iaitu melihat gambar lucah dan menonton video lucah dengan alasan ia bukan sebenar tetapi hanya foto atau rakaman. Dalam kaedah (prinsip) Fiqh ada dinyatakan "Ma Adda Ila al-Haram Fahuwa Haramun" (Sesuatu yang mendorong kepada yang haram, ia turut diharamkan)". Wallahu a'lam.