Tuesday, October 13, 2015

9 Waktu Dianjurkan Membaca Surat Al Ikhlas.

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya “Apakah membaca sepertiga Al Quran setiap malam adalah sesuatu yang sulit?”. Kebingungan nampak pada wajah sahabat Rasulullah SAW dan bertanya siapa yang mampu mengerjakannya dan Rasulullah menjawab “Al Ikhlas adalah sepertiga Al Quran”. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 5015.)

Pertama: waktu pagi dan petang hari.

Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash bersama dengan maw’idzatain (surat Al Falaq dan surat An Naas) masing-masing sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperoleh adalah: akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapanya ia berkata,

Űźَ۱َŰŹْنَۧ فِى لَيْلَŰ©ِ مَŰ·َ۱ٍ وَŰžُلْمَŰ©ٍ ŰŽَŰŻِÙŠŰŻَŰ©ٍ نَŰ·ْلُŰšُ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- لِيُŰ”َلِّىَ لَنَۧ فَŰŁَŰŻْ۱َكْنَŰ§Ù‡ُ فَقَŰ§Ù„َ « ŰŁَŰ”َلَّيْŰȘُمْ ». فَلَمْ ŰŁَقُلْ ŰŽَيْŰŠًۧ فَقَŰ§Ù„َ « قُلْ ». فَلَمْ ŰŁَقُلْ ŰŽَيْŰŠًۧ Ű«ُمَّ قَŰ§Ù„َ « قُلْ ». فَلَمْ ŰŁَقُلْ ŰŽَيْŰŠًۧ Ű«ُمَّ قَŰ§Ù„َ « قُلْ ». فَقُلْŰȘُ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مَۧ ŰŁَقُولُ قَŰ§Ù„َ « (قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ) وَŰ§Ù„ْمُŰčَوِّŰ°َŰȘَيْنِ Ű­ِينَ ŰȘُمْŰłِى وَŰ­ِينَ ŰȘُŰ”ْŰšِŰ­ُ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ مَ۱َّۧŰȘٍ ŰȘَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ ŰŽَىْŰĄٍ »

Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemukannya. Baginda bersabda, “Apakah kalian telah solat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian baginda bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Kedua: sebelum tidur.

Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq, An Naas dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surat ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.

Dari ‘Aisyah, beliau radhiallahu ‘anha berkata,

ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِىَّ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَوَى Ű„ِلَى فِ۱َۧێِهِ كُلَّ لَيْلَŰ©ٍ ŰŹَمَŰčَ كَفَّيْهِ Ű«ُمَّ نَفَŰ«َ فِيهِمَۧ فَقَ۱َŰŁَ فِيهِمَۧ ( قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ ) وَ ( قُلْ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِ۱َŰšِّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ) Ű«ُمَّ يَمْŰłَŰ­ُ Űšِهِمَۧ مَۧ ۧ۳ْŰȘَŰ·َۧŰčَ مِنْ ŰŹَŰłَŰŻِهِ يَŰšْŰŻَŰŁُ Űšِهِمَۧ Űčَلَى ۱َŰŁْŰłِهِ وَوَŰŹْهِهِ وَمَۧ ŰŁَقْŰšَلَ مِنْ ŰŹَŰłَŰŻِهِ يَفْŰčَلُ Ű°َلِكَ Ű«َÙ„Ű§َŰ«َ مَ۱َّۧŰȘٍ

“Nabi Shallallahu ’Alaihi Wasallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

Ketiga: Ketika ingin meruqyah (membaca doa dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit).

Bukhari membawakan bab dalam sahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadis serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan dalam point kedua.

Űčَنْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ – Ű±Ű¶Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ű§ – قَŰ§Ù„َŰȘْ كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَوَى Ű„ِلَى فِ۱َۧێِهِ نَفَŰ«َ فِى كَفَّيْهِ Űšِقُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ وَŰšِŰ§Ù„ْمُŰčَوِّŰ°َŰȘَيْنِ ŰŹَمِيŰčًۧ ، Ű«ُمَّ يَمْŰłَŰ­ُ Űšِهِمَۧ وَŰŹْهَهُ ، وَمَۧ ŰšَلَŰșَŰȘْ يَŰŻَŰ§Ù‡ُ مِنْ ŰŹَŰłَŰŻِهِ . قَŰ§Ù„َŰȘْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©ُ فَلَمَّۧ ۧێْŰȘَكَى كَŰ§Ù†َ يَŰŁْمُ۱ُنِى ŰŁَنْ ŰŁَفْŰčَلَ Ű°َلِكَ Űšِهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak tidur, baginda akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika baginda sakit, baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika baginda hendak tidur, -pen).”  (HR. Bukhari no. 5748)

Jadi tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq, An Naas dengan cara: Terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan lalu keduanya ditiup lalu dibacakanlah tiga surat tersebut. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Cara seperti ini diulang sebanyak tiga kali.

Keempat: Wirid selesai solat (sesudah salam).

Selesai solat dianjurkan membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq dan An Naas masing-masing sekali. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata,

ŰŁَمَ۱َنِي ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَنْ ŰŁَقْ۱َŰŁَ Ű§Ù„ْمُŰčَوِّŰ°َۧŰȘِ ŰŻُŰšُ۱َ كُلِّ Ű”َلَۧ۩ٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

Kelima: Dibaca ketika mengerjakan solat sunat fajar (qabliyah subuh).

Ketika itu, surat Al Ikhlash dibaca bersama surat Al Kafirun. Surat Al Kafirun dibaca pada raka’at pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlash dibaca pada raka’at kedua.

Dari’ Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

نِŰčْمَŰȘِ Ű§Ù„Űłُّوْ۱َŰȘَŰ§Ù†ِ يَقْ۱َŰŁُ Űšِهِمَۧ فِي ۱َكْŰčَŰȘَيْنِ قَŰšْلَ Ű§Ù„ÙَŰŹْ۱ِ : { قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ } وَ { قُلْ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„ÙƒَŰ§Ùِ۱ُوْنَ

“Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua raka’at qabliyah subuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadis ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadis Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.

Keenam: Dibaca ketika mengerjakan solat sunat ba’diyah maghrib.

Ketika itu, surat Al Ikhlash dibaca bersama surat Al Kafirun. Surat Al Kafirun dibaca pada raka’at pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlash dibaca pada raka’at kedua.

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

مَۧ ŰŁُŰ­ْŰ”ِى مَۧ ŰłَمِŰčْŰȘُ مِنْ ۱َŰłُولِ Ű§Ù„Ù„َّهِ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- يَقْ۱َŰŁُ فِى Ű§Ù„Ű±َّكْŰčَŰȘَيْنِ ŰšَŰčْŰŻَ Ű§Ù„ْمَŰșْ۱ِŰšِ وَفِى Ű§Ù„Ű±َّكْŰčَŰȘَيْنِ قَŰšْلَ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ِ Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ِ Űšِ (قُلْ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ) وَ (قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ

“Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam membaca surat pada solat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada solat dua raka’at qabliyah subuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih)

Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan solat witir tiga raka’at.

Ketika itu, surat Al A’laa dibaca pada raka’at pertama, surat Al Kafirun pada raka’at kedua dan surat Al Ikhlash pada raka’at ketiga.

Űčَنْ ŰŁُŰšَىِّ Űšْنِ كَŰčْŰšٍ قَŰ§Ù„َ كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- يُوŰȘِ۱ُ Űšِ (ŰłَŰšِّŰ­ِ ۧ۳ْمَ ۱َŰšِّكَ Ű§Ù„ŰŁَŰčْلَى) وَ (قُلْ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ) وَ (قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ)

Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam biasanya melaksanakan solat witir dengan membaca Sabbihisma robbikal a’la (surat Al A’laa), Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash)” (HR. Abu Daud no. 1423 dan An Nasai no. 1730)

Kedelapan: dibaca ketika mengerjakan solat Maghrib (solat wajib) pada malam Jumaat.

Surat Al Kafirun dibaca pada raka’at pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlash dibaca pada raka’at kedua.

Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan,

كَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… يَقْ۱َŰŁُ فِي Ű”َÙ„Ű§َŰ©ِ Ű§Ù„Ù…َŰșْ۱ِŰšِ لَيْلَŰ©َ Ű§Ù„ŰŹُمُŰčَŰ©ِ : ( قَلْ يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„ÙƒَŰ§Ùِ۱ُوْنَ ) وَ ( قُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jumaat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadis ini sahih)

Kesembilan: Ketika solat dua rak’at di belakang maqam Ibrahim setelah tawaf.

Dalam hadis Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu yang amat panjang disebutkan,

ÙŰŹŰčل Ű§Ù„Ù…Ù‚Ű§Ù… ŰšÙŠÙ†Ù‡ ÙˆŰšÙŠÙ† Ű§Ù„ŰšÙŠŰȘ [ ÙŰ”Ù„Ù‰ Ű±ÙƒŰčŰȘين : هق Ű­Ù… ] ÙÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ‚Ű±ŰŁ في Ű§Ù„Ű±ÙƒŰčŰȘين : ( قل هو Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰ­ŰŻ ) و ( قل ÙŠŰ§ ŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„ÙƒŰ§ÙŰ±ÙˆÙ† ) ( وفي Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ© : ( قل ÙŠŰ§ ŰŁÙŠÙ‡Ű§ Ű§Ù„ÙƒŰ§ÙŰ±ÙˆÙ† ) و ( قل هو Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰ­ŰŻ )

“Lantas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam menjadikan maqam Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu baginda laksanakan solat dua raka’at. Dalam dua raka’at tersebut, baginda membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, baginda membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, hal. 56)

Semoga surah al-Ikhlas ini dapat kita amalkan setiap hari di dalam kehidupan kita.