Saturday, July 30, 2011

Kebaikan Ibadah Puasa dan Adab-adabnya Mengikut Sunah .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah puasa dibulan Ramadan adalah salah satu daripada Rukun Islam yang wajib dilaksanakan.

Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa :
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan bersandarkan dalil seperti berikut:

Dalili daripada al-Quran:
Firman Allah SWT maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah ayat 183)

Dalil daripada Hadis Nabi :
Sabda Nabi SAW  maksudnya : Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad SAW  bersabda maksudnya ; "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)

Lafaz Niat :
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
(Di niatkan dalam hati bahawa esok hari kita akan berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini
 - waktunya pada malam hari )

Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya (sebulan):
Maksudnya: "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."
(D i niatkan dalam hati bahawa kita akan berpuasa sebulan penuh  pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala - dibuat pada malam pertama Ramadan)

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam . ( tidak diwajibkan kepada orang kafir)
2. Baligh. ( tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa)

3. Berakal . ( tidak diwajibkan puasa bagi orang gila).
4. Berkemampuan. (tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.)

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam. (Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.)

2. Berakal. (Orang Gila tidak sah puasanya)

3. Suci daripada nifas dan haid.

4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam. (Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadan.)

6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa ada tiga :
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Hikmah Puasa
Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya).
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan hari raya dan ketika berjumpa dengan Tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat mazmumah (keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan :
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran :
Firman Allah SWT  maksudnya : "Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia"
(Surah al-Baqarah ayat 185)

2. Bulan penuh berkat :
Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Apabila bulan Ramadan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan."(Hadis Riwayat Muslim)

3. Bulan Penghapusan dosa :
Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Sesiapa berpuasa Ramadan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar :
Firman Allah SAW. maksudnya : "Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"  (Surah al-Qadr ayat 1-5)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam ruang ini, marilah kita memerhatikan beberapa adab-adab berpuasa , semoga kita menjalani ibadah puasa dengan betul sebagaimana generasi awal dahulu berpuasa. Semuga kita melihat dan memahami ibadah puasa ini sebagai satu institusi pendidikan dan latihan.

1.Makan sahur.
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya makan sahur itu berkah"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat subuh lalu beliau bertanya, "Berapa saat jarak antara kedua (waktu sahur dan waktu subuh)?" Nabi SAW bersabda maksudnya, "Selama orang membaca 50 ayat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun bahawa para sahabat Muhammad SAW adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

2.Menyegerakan berbuka :
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Selalulah manusia dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud, "Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW apabila selesai berbuka baginda berdoa. "Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada insya Allah."
(Hadis Riwayat ad-Daaruqthni dan Abu Daud)

3.Berdoa ketika berpuasa dan waktu berbuka :
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada waktu berbuka, tersedia doa yang makbul."

Dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, Imam (ketua) yang adil dan orang yang teraniaya."

4.Menjauhi perkara yang bertentangan dengan puasa :
Puasa adalah ibadah yang utama untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, untuk mendidik jiwa dan melatihnya berbuat kebaikan.

Sesungguhnya puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja, tetapi juga menahan diri dari apa jua yang dilarang oleh Allah SWT., disamping mengikhlaskan niat kerana Allah SWT semata-mata.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah puasa itu dari makan dan minum, tetapi puasa itu adalah dari perbuatan yang sia-sia dan dari perbuatan keji."

Sabda baginda SAW  lagi yang bermaksud, "Berapa ramai yang berpuasa tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar dan dahaga sahaja; dan berapa banyak orang yang bangun bersolat, tetapi yang diterimanya tiada lebih dari letih dan penat sahaja."

5.Menggosok gigi (bersugi)
Disunatkan menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW  biasa bersugi ketika berpuasa.(Jika boleh jangan menggunakan ubat gigi, gunakan berus kosong saja atau gunakan kayu sugi)

6.Lebih bersifat dermawan. (Banyak bersedekah dan menolong orang lain) dan membaca al-Quran.

Kedua perkara ini adalah disunatkan pada setiap ketika, dan lebih utama dalam bulan Ramadan, dimana ganjaran pahalanya digandakan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadan. Jibril menemui Nabi SAW  setiap malam pada bulan Ramadan untuk mentadaruskan al-Quran kepada baginda dan benar-benar Rasulullah lebih dermawan dan cepat melakukan kebajikan (lebih cepat daripada angin yang dikirim)
(Hadis Riwayat Bukhari)

7.Menghidupkan malam dengan solat tarawih secara berjemaah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Jama'ah)

8.Giat beribadat pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.
Syaidatina Aisyah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bila telah masuk puluhan terakhir dari bulan Ramadan, diramaikan waktu malam, dibangunkan keluarganya dan diikat eratkan kain sarungnya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Baginda amat giat (beribadat) pada puluhan terakhir, melebihi kegiatannya pada saat-saat lainnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.h bahawa saya berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui Lailatul qadar, apa yang harus saya baca pada malam itu?' Baginda bersabda, "Bacalah, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.Menjauhi perkara keji dan pertengkaran.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW . bersabda yang bermaksud :
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu berpuasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia berpuasa maka hendaklah ia katakan : 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.'Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya sungguh bau busuk mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia bergembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana puasanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita tingkatkan kefahaman kita mengenai kebaikan ibadah puasa dan adab-adabnya supaya kita berpuasa dengan berilmu dan penuh keinsafan. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi kita berpuasa zahir (semua anggota kita berpuasa) dan berpuasa batin ( hati, jiwa, emosi kita berpuasa) barulah puasa kita mempunyai markah yang tinggi disisi Allah SWT.

♥ Alhamdulillah.....Ramadhan Datang Lagi ♥

Assalammualaikum kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

♥ Ű§Ù„Ű­Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù€Ù…ŰŻÙ„Ù„Ù‡ ♥ Ramadhan Datang Lagi  bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.begitu hebatnya bulan Ramadhan ini. menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Syukur alhamdulillah kerana kita akan merasai bulan Ramadhan yang penuh berkah pada tahun ini (Insya'ALLAH). tapi percayahkah sahabat dan sahabiah sekalian ada sekelompok golongan yang beragama Islam,yang tidak hairan dengan kedatangan Ramadhan??? malah bagi mereka Ramadhan satu konkongan (tidak bebas) untuk melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam bulan yang mulia ini...nauzubillah.dan ada pula sekelompok golongan bila tibanya Ramadhan sudah sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya. Sungguh singkat pandangan dan pemikiran mereka tentang Ramadhan.maaf andai ada yang terasa.sebagai umat Islam kita perlu menghayati erti sebenar Bulan Ramadhan ini. Betapa ruginya jika kita mengabaikan bulan yang penuh kebaikan dimana setiap hamba-hamba ALLAH yang beriman berlumba-lumba mengejar pahala pada Bulan yang teristimewa.

Sahabat dan sahabiah,
Hakikat sebenar manusia zaman ini yang mengaku Islam tidak mengamali serta mengamati sepenuhnya. Islam pada hari ini hanya pada nama sahaja. Teringat akan satu peristiwa pada tahun lepas, sewaktu menyambut Ramadhan, dimana saya melihat sendiri banyak golongan yang tidak berpuasa,malah tanpa segan silu golongan ini makan dikhalayak ramai,yang hairannya mereka berbangga apabila tidak berpuasa. Mereka ini Islam, dilahirkan dalam keluarga Islam, sayangnya Islam mereka hanya pada gelaran saja, bila di tanya mengapa tidak puasa??? Jawap mereka "tak larat la..lapar". kanak-kanak yang berusia 7 tahun pun larat berpuasa inikan pula mereka yang dah berusia separuh abad masih 'tak larat'!. Ini yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini hakikat yang terjadi adalah realiti bukan lagi fantasi. Persoalannya yang perlu kita fikirkan mengapa perkara sebegini boleh terjadi??? padahal mereka ini bukan kanak-kanak yang masih boleh menerima nasihat. Malah mereka ini boleh dipanggil 'Ayah' untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun...astaghfirulallahal'adzim.

Sungguh saya sedih melihat golongan ini,kerana Islamnya hanya pada nama yang tertera di surat beranak dan kad pengenalan (IC) sahaja.sayangnya kerana mereka tidak mendalami apa yang diwajibkan keatas umat Islam. Sesungguhnya setiap yang diperintahkan oleh ALLAH SWT itu adalah yang terbaik buat kita (hamba-hamba-Nya). Percaya dan Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah membebankan hamba-hambanya. ALLAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, cubalah kita sebagai hambanya berfikir dengan akal yang diberi oleh-NYA, akan nikmat-nikmat yang telah kita perolehi...SubhanALLAH..terlalu banyak tidak terhitung dan terbalas nikmat yang ALLAH SWT beri kepada kita. Masih lagikah kita mahu mengingkari apa yang telah diperintahkan oleh -NYA kepada kita??? 'tepuk dada tanya selera ' itu untuk orang yang tidak berpuasa,tetapi 'tepuklah dada tanya Iman', ini bagi orang-orang yang bertaKwa kepada pencipta-NYA.

kepada golongan-golongan yang tidak berpuasa tiada niat untuk saya ghibah (mengata) kepada sesiapa, cuma sekadar perkongsian bersama dengan apa yang saya lihat, semoga apa yang ingin saya sampaikan ini,menjadi peringatan buat kita yang setiasa alpa (pesanan buat diri saya juga) dalam kehidupan duniawi yang sementara. Sungguh hati ini kecewa melihat umat Islam pada hari ini, lebih-lebih lagi yang sebangsa dengan saya, yang mengaku Islam dan mengucap dua kalimah syahadah sanggup mempermain-mainkan dan memperlekehkan hukum agama. Harapan saya sebagai saudara seIslam agar golongan seperti ini berubah dan mendapat petunjuk serta hidayah dari ALLAH SWT...Aamiin Ya Robbal Alamiin...Mudah-mudahan...Insya'ALLAH.

 firman ALLAH SWT,
(يَـٰٓŰŁَيُّهَۧ ٱلَّŰ°ِينَ ŰĄَŰ§Ù…َنُÙˆŰ§ْ كُŰȘِŰšَ ŰčَلَيۡÚȘُمُ Ù±Ù„Ű”ِّيَŰ§Ù…ُ كَمَۧ كُŰȘِŰšَ Űčَلَى ٱلَّŰ°ِينَ مِن قَŰšۡلِÚȘُمۡ لَŰčَلَّكُمۡ ŰȘَŰȘَّقُونَ (ÙĄÙšÙŁ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
(Al Baqarah :183)

Sahabat dan sahabiah sekalian, kita sering dengar, terbaca akan kebaikan serta keistimewaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan. Saya ingin berkongsi sedikit kelebihan didalam bulan yang mulia ini.semoga ianya membawa manfaat buat kita semua...Insya ALLAH.

Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya..ALLAH, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan...SubhanALLAH.

Sabda Rasulullah SAW:
“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan ALLAH.”

Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak ALLAH. Lantaran itu marilah kita mensyukurinya...Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah.
 
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya :

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan Al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia seluruh alam.

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

Nabi SAW bersabda dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan."

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Lailatul Qadr merupakan hadiah ALLAH yang khusus hanya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu :

Ű„ِنَّۧٓ ŰŁَنŰČَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَŰ©ِ ٱلۡقَŰŻۡ۱ِ (ÙĄ) وَمَۧٓ ŰŁَŰŻۡ۱َÙźٰكَ مَۧ لَيۡلَŰ©ُ ٱلۡقَŰŻۡ۱ِ (Ùą) لَيۡلَŰ©ُ ٱلۡقَŰŻۡ۱ِ Űźَيۡ۱ٌ۬ مِّنۡ ŰŁَلۡفِ ŰŽَہۡ۱ٍ۬ (ÙŁ) ŰȘَنَŰČَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓÙźِٕكَŰ©ُ وَÙ±Ù„Ű±ُّÙˆŰ­ُ فِيہَۧ ŰšِŰ„ِŰ°ۡنِ ۱َŰšِّہِم مِّن كُلِّ ŰŁَمۡ۱ٍ۬ (Ù€)
Űłَلَـٰمٌ هِىَ Ű­َŰȘَّىٰ مَŰ·ۡلَŰčِ ٱلۡفَŰŹۡ۱ِ ( Ù„

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)"
(Surah Al Qadr : 1-5)

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH sekalian,
Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat ALLAH SWT kerana kini kita makin menghampiri bulan-Nya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’  (bagi orang-orang yang beriman) menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti-nantikan saban tahun. Benar, kita belum tentu lagi dapat bersama dengannya kali ini, kerana ajal dan maut, tiada siapa yang mengetahui, kecuali ALLAH SWT. namun, Ramadhan tetap akan menjengah jua (insya'ALLAH), maka rugilah bagi sesiapa yang belum bersedia menerima kehadiran bulan yang penuh rahmat&nikmat dari Ilahi ini...SubhanALLAH.

Mudah-mudahan, dengan kesungguhan kita berusaha, dipermudahkan jua oleh ALLAH SWT untuk kita memperolehi nikmat Ramadhan. Sesungguhnya,Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan serta taufiq dari ALLAH SWT jua. Semoga RAMADHAN kali ini adalah RAMADHAN yang TERBAIK sehingga KINI, bagi sahabat dan sahabiah juga diri saya ini ..... Insya ALLAH....Hargailah Bulan Ramadhan setiap kali ia tiba, kerana kita tidak mungkin akan merasainya ditahun-tahun yang akan datang....ALLAH HU AKBAR.


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SUCI RAMADHAN AL-MUBARAK  MARHABAN YA RAMADHAN ♥  semoga amal ibadah kita diterima di bulan yang mulia ini nanti. marilah kita bersama-sama memperkukuhkan Iman dan Takwa kepada-NYA serta mempereratkan ukhwah Islamiah... AAMIN YA ROBBAL ALAMIIN. 

Salam Ramadhan 1432H daripada saya Nor Azita Binti Hj Idris, andai ada tersilap kata,terguris hati selama saya menulis nota-nota kepada sahabat dan sahabiah sekalian,maaf saya pohon kerana saya insan yang masih belum sempurna...wassalam

azita_idris79@yahoo.com
islamyangterindah.blogspot
     (Ramadhan 1432H)

Friday, July 29, 2011

Selamat Datang Ramadan!

Assalamualaiakum,
Ramadhan!
Kedatanganmu dinantikan bagaikan kekasih yang merindu...

Kau telah pergi selama sebelas bulan, hatiku amat merinduimu.
Kini kau hampir menampakkan wajahmu yang berseri-seri bagaikan bulan purnama.

Aku harap Tuhanku izinkan aku bertemu denganmu pada tahun ini.

Kedatanganmu membawa 1000 rahmat, 1000 pengampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Kaulah bulan kesabaran, bulan tarbiyah, bulan tazkiah, bulan rahmat, bulan pengampunan, bulan mujahadah  bulan muraqabah, bulan ibadah, bulan sedekah dan bulan pembebasan dari api neraka !

Beruntunglah sesiapa yang menghayatimu dengan beramal ibadah, beramal soleh, qiyamulail ,bersedekah dengan mengharapkan reda Allah.

Ramadhan!
Bila kau datang maka di buka semua pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu-pintu neraka.

Ahli-ahli kubur bergembira kerana direhatkan dari seksaan kerana menghormati kehadiranmu.

Iblis dan syaitan telah dibelenggu diikat dan dirantai ditengah lautan samudra tanda menghormati kehadiranmu.

Ramadhan!
Kedatanganmu disambut dengan gembira  oleh golongan muttaqin dan mereka menangisi kerana pemergianmu.Di tangisi kerana seistimewaanmu tak serupa dengan kebaikan sebelas bulan yang lain.

Nabi SAW bersabda bahawa celakalah sesiapa yang namanya masih ada tercatat dipintu neraka sedangkan kehadiranmu tak membawa kebaikan kepadanya.

Berbahagialah sesiapa yang namanya dicatat dipintu syurga kerana mendapat pengampunan daripada Allah  setelah kau pergi meninggalkannya.

Ramadhan!
Kau datang membawa ibadah puasa yang penuh dengan keistimewaannya :

* Pintu Syurga Rayyan khusus untuk orang berpuasa.
* Menjadi benteng daripada api neraka,
* Menjadi tirai penghadang daripada hawa nafsu.
* Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada kasturi disisi Allah
* Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan menyambut hari raya dan ketika bertemu dengan Allah di hari akhirat.
* Keseluruhan aktiviti  orang berpuasa dikira sebagai ibadah, samaada tidurnya , diamnya dan bangunnya mendapat ganjaran disisi Allah.
* Doa orang-orang berpuasa sangat mustajab disisi Allah.
* Semua amalan sunat pahalanya sama dengan amalan wajib dibulan yang lain dan semua amalan wajib digandakan kepada 70 kali pahala wajib dibulan yang lain.

* Menjamu orang berpuasa mendapat pahala sama dengan orang yang berpuasa tidak dikurangkan walaupun sedikit.

* Malaikat akan mendoakan dan memohon keampunan disisi Allah sesiapa yang menjamu orang berpuasa dan berbuka bersama jemaah

Ramadhan!
Madrasah tarbiah yang kau miliki boleh membawa kepada takwa kepada Allah .
Takwa adalah pakaian orang-orang mukmin dan sesiapa yang paling tinggi takwnya  dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah.

Kehadiranmu benar-benar akan mendidik hati dan jiwa orang mukmin.
Keberkatanmu melatih manusia untuk memiliki sifat mahmudah iaitu sifat sabar, tawaduk, pemurah, baik sangka, takwa, tawakkal, lemah lembut, rendah diri, bersyukur dan sopan santun 
Kemuliaanmu menjadikan insan mampu menjauhi daripada segala sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, suka mengumpat, sombong, bongkak, takbur, iri hati, ujub , batu api dan hasad dengki.

Alangkah indahnya tarbiah dari madrasahmu memberi kesan dan  kekuatan untuk muttaqin bertahajjud, berikhtikaf dan berqiyamulail sepanjang kehadiranmu , mengadap wajah kehadrat Rabbul Jalil, di rumah Allah, terutama di sepuluh malam terakhir.
Ramadan!
Kedatanganmu membawa hadiah besar iatu malam lailatul qadar. Malam yang penuh berkat dan lebih baik daripada 1000 bulan.
Beruntunglah, beruntunglah! Sesiapa yang bertemu malam itu.
Malam yang dibuka pintu rahmat, keberkatan, rezeki, ketenangan dan kedamaian.

Ramadhan!
Segala natijah tarbiah rohiyah dan jasmaniah yang kau bawa akan menjadikan pakaian orang mukmin di pergunakan untuk menghadapi cabaran hidup  di sebelas  bulan yang akan datang.

Ahlan wasahlan ya Ramadan!
Rinduku sentiasa menanti kedatanganmu semoga kau menjadi tetamu agungku.
Aku berdoa agar kau adalah Ramadan terbaik buatku dan sahabat-sahabatku dapat di hayati dan memuliakan setiap saat kehadiranmu disisi kami.

Jauhi Tiga Jenis Zalim Yang Akan Menyelamatkan Kita di Hari Akhirat

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Zalim ada tiga jenis :
Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ;
Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan ;
Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman : 'Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar' (Surah Luqman ayat 13) ;

Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya ;

Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "

( Hadis Riwayat al-Taualisiy dan Abu Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan – Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )

Huraiannya :

Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan .

Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar" (Surah Luqman ayat 13) ;

Dosa-dosa syirik kepada Allah SWT : Menyembah berhala, mengatakan Allah SWT ada anak, menolak hukum-hukum Allah SWT  di dalam al-Quran dan hadis sahih, menolak hadis-hadis sahih , mempercayai bomoh boleh mengetahui perkara-perkara ghaib, tilik nasib melalui ahli nujum dan mengiktiraf undang-undang ciptaan manusia lebih baik daripada undang-undang Allah SWT dan tidak percaya kedatangan hari kiamat.

Berapa ayat al-Quran yang menyentuh perbuatan zalim yang tidak akan mendapat pengampunan Allah SWT adalah seperti berikut :

1. "Lalu orang-orang yang zalim menggantikan perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu seksa dari langit, kerana mereka berbuat fasik" (Surah al-Baqarah ayat 59)

2. "Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (Pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal) "
(Surah al-Baqarah ayat 165)

3. "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat dusta kepada Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi (malaikat) akan berkata: 'Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka'. Ingatlah kutukan Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim." (Surah Hud ayat 18)

4. "Amat buruklah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim" (Surah al-A'raaf ayat 177)

Mereka yang melakukan kezaliman iaitu syirik kepada Allah SWT jika tidak bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah semula dosa mereka tidak akan diampunkan oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun."
(Surah al-Ma'idah ayat 72)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa meninggal sedang ia berdoa (memohon) kepada selain Allah sebagai tandingan (sekutu), nescaya ia masuk neraka."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan .

Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya.

Seseorang yang melakukan maksiat yang mendatangkan dosa-dosa besar kepada Allah SWT kemudian dia bertaubat maka Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya.

Dosa-dosa besar seperti : Berzina, meminum arak, tinggalkan solat, tidak berpuasa dibulan Ramadan, tidak mahu membayar zakat, bermain judi dan tidak mahu berjihad dijalan Allah atau lari daripada peperangan (jihad fisabilillah)

Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk bertaubat. Allah SWT mengulang perintah tersebut 87 kali di dalam al-Quran. Allah SWT juga memerintahkan Rasulullah SAW untuk bertaubat.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (Surah an-Nur ayat 31).

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya”
(Surah at-Tahrim ayat 8 ).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah dalam sehari 100 kali” (Hadis Riwayat Muslim).

Siapa yang tidak bertaubat kepada Allah bererti zalim terhadap dirinya sendiri. Allah SWT berfirman maksudnya : “Barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah al-Hujurat ayat 11).

Taubat adalah ibadah yang paling utama. Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (Surah al-Baqarah ayat 222).

Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "

Dosa-dosa sesama manusia : Membunuh jiwa yang tidak berdosa, memfitnah, mengumpat, mencuri, merompak, menyamun, merampas hak orang lain, memukul orang dan mencederakannya, menyembur gas pemedih mata atau air kimia kepada rakyat yang berhimpun secara aman, menipu di dalam pilihanraya, mendedahkan aib seseorang, mengambil rasuah sehingga berlaku berat sebelah dan sanggup menzalimi orang lain, menderhakai ibu bapa dan tidak amanah dalam tugas yang diberikan kepadanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
(Surah Hud ayat 113)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan (qanthrah) antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan seksa yang pedih di akhirat kelak.

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih“. (Surah asy-Syura ayat 42)

Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT melarang perbuatan zalim, sebagaimana  firman-Nya yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim.
Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.”
(Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.”.
(Surah Ibrahim ayat 42-45)

Berikut beberapa hadis Rasulullah SAW tentang larangan berbuat zalim :

Dari Abu Dzar Al-Ghifari ra dari Nabi SAW bersabda meriwayatkan firman Allah ‘azza wa jalla, berfirman, “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.

Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah itu kepada-Ku, niscaya kuberikan hidayah itu kepadamu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian lapar, kecuali orang-orang yang aku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku berikan makanan itu kepadamu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian adalah orang-orang tidak berpakaian, kecuali orang-orang yang telah Kuberi pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku berikan pakaian itu kepadamu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian senantiasa berbuat dosa di malam dan siang hari sedangkan Aku akan mengampuni semua dosa, maka mintalah ampun kepada-Ku, niscaya Aku ampuni kalian semua.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan kemanfaatan bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian bermanfaat bagi-Ku.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian dapat membahayakan-Ku.

Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun jin, semuanya bertakwa dengan ketakwaan orang yang paling takwa di antara kalian, hal itu tidak menambah sedikit pun dalam Kerajaan-Ku.

Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun bangsa jin, berdiri di atas satu dataran lalu meminta apa pun kepada-Ku, lalu aku penuhi semua permintaan mereka, hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki, hanya seperti berkurangnya air samudra ketika dimasuki sebatang jarum jahit (kemudian diangkat).

Wahai hamba-hambaKu, semua itu perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian, kemudian Aku membalasnya kepada kalian. Maka barang siapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji Allah, dan barang siapa mendapatkan selain itu, hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendirinya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu menolong saudaramu yang menganiaya dan yang teraniaya“, sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, (benar) aku akan menolong apabila ia dianiaya, maka bagaimana cara menolongnya apabila ia menganiaya?” . Beliau menjawab: “Engkau cegah dia dari (perbuatan) penganiayaan, maka yang demikian itulah bererti menolongnya”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu marilah kita sama-sama menjauhkan diri kita daripada ketiga-tiga perbuatan zalim yang dilarang oleh Allah SWT. samaada zalim kepada Allah SWT (syirik), zalim kepada Allah SWT (melakukan dosa-dosa besar) dan zalim sesama manusia (menganiaya dan mengambil hak manusia). Jika kita mampu menjauhi diri kita daripada tiga kezaliman di atas maka kita akan menjadi hamba Allah yang dikasihi-Nya.

Thursday, July 28, 2011

Khutbah Rasulullah SAW Pada Akhir Bulan Syaaban

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Puasa dalam agama Islam atau Shaum (dalam Bahasa Arab Ű”ÙˆÙ…) secara bahasa ertinya menahan atau mencegah. Menurut syariat  Islam, puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari, dengan syarat tertentu, untuk meningkatkan ketakwaan seorang muslim.

Perintah puasa difirmankan oleh Allah pada Al-Quran surat Al-Baqarah ayat 183. maksudnya :“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. “ (Surah al-Baqarah ayat 183)

Berpuasa merupakan salah satu dari lima Rukun Islam. Terdapat puasa wajib dan puasa sunat, namun tata caranya tetap sama.

Untuk pendidikan/latihan rohani

1. Mendidik jiwa agar dapat menguasai diri
2. Mendidik nafsu agar tidak senantiasa dimanjakan dan dituruti
3. Mendidik jiwa untuk dapat memegang amanah dengan sebik-baiknya
4. Mendidik kesabaran dan ketabahan

Untuk perbaikan pergaulan :
Orang yang berpuasa akan merasakan segala kesusahan fakir miskin yang banyak menderita kelaparan dan kekurangan. Dengan demikian akan timbul rasa suka menolong kepada orang-orang yang menderita.

Untuk kesihatan :
Sebagai rasa syukur atas segala nikmat Allah

Sahabat yang dimuliakan,
Alhamdulillah jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadan lagi pada tahun ini insya Allah ianya dijangka jatuh pada hari Isnin  01 Ogos 2011. Dengan kedatangan Ramadan umat Islam seluruh dunia akan mengerjakan ibadah puasa wajib selama sebulan. 
Sempena Ramadan yang akan menjelang ini, saya ingin meminta maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat di blog ini yang pernah menyentuh perasaan kalian. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kalian semua semoga Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik untuk kalian hayati di dalamnya dan diakhir Ramadan nanti kalian semua menjadi orang-orang yang bertakwa dan diampunkan segala dosa.

Kemunculan Ramadan menjadikan hati orang mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang penuh berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan takwa kepada Allah SWT.

Disetiap penghujung bulan Syaaban, Rasulullah SAW berdiri berkhutbah mengingatkan para sahabat r.a tentang kelebihan Ramadan.

KHUTBAH RASULULLAH SAW DI PENGHUJUNG BULAN SYAABAN :

Wahai sekalian manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar dan mulia,

* bulan yang teramat berkat,

* bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya dari pada seribu bulan.

* Inilah bulan Allah memfardukan keatasmu berpuasa disiang hari dan

* menjadikan solat tarawih sebagai sunnah di malam hari

* sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah melalui amalan sunnah di bulan Ramadan maka di balasi kepada dengan ganjaran seolah-olah melaksanakan amalan fardu di bulan lain pada tahun itu,

* dan barangsiapa melakukan satu amalan fardu maka akan di balasi 70 kali  amalan fardu di bulan lain pada tahun itu.

* Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan

* kesabaran yang sejati tiada lain balasannya kecuali syurga,

* inilah bulan simpati terhadap sesama manusia

* di bulan inilah rezeki orang- orang beriman di tambah,

* Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka ;

1. kepadanya dibalas dengan keampunan dari dosanya dan
2. di bebaskan dari api neraka, dan juga
3. memperolehi ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa.

Setelah selesai Rasulullah berkhutbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Salman Al-Farisi : "Ya Rasulullah tidak kesemua dari kami dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka?"

Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : "Allah akan mengaruniakan pahala kepada orang yang memberi walaupun ;

1. hanya sebiji tamar@sebiji kurma dan

2. seteguk air dan

3. sehirup susu untuk orang berbuka puasa.

* inilah bulan yang pada Awalnya Allah menurunkan rahmat,

* di Pertengahannya Allah menurunkan pengampunan dan

* di Akhirnya Allah membebaskan hambaNya dari api neraka.

(Hadis Riwayat Salman al-Farisi )

Rasulullah SAW bersabda kepada Sayidina Ali k.wj. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan menjauhi (perbuatan) haram dan perbualan kosong, maka Allah Maha Pengasih akan meredainya dan mewajibkannya masuk kedalam syurga."

Sahabat yang dikasihi,
Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik dan berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmat (belas kasih Allah), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api neraka).

Berpuasa di bulan Ramadan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap muslim untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35)

Dari Abu Ummah r.a. beliau berkata : Saya berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku  untuk melakukan suatu perbuatan". Baginda bersabda : 'Kerjakanlah puasa kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada suatu amalan pun yang dapat menyamainya'." (Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)

Dari Abu Sa'id r.a., beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari dimana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim." (Hadis Riwayat Al-Bukhari, At-Tarmidzi dan An-Nasai)

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT :

"Ya Allah terimalah ibadah puasa kami, solat wajib dan sunat kami, solat tarawih kami , qiyamullail kami, sedekah kami,  iktikaf kami serta tadarrus kami dibulanMu yang mulia ini."

"Ya Allah pertemukanlah kami 'malam lailatul qadar' malam yang penuh berkat dan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan"

"Ya Allah, terimalah semua ibadah-ibadah kami, taqarrub atau usaha kami mendekatkan hati dan diri kami kepadaMu dan jadikanlah kami semua orang orang yang muttaqin dan di beri pengampunanMu."

"Ya Allah berikanlah kepada kami rahmat-Mu, keampunan-Mu dan pembebasan daripada seksaan api neraka dan terimalah doa dan amalan kami. Tidak ada siapa yang dapat mengkabulkan doa kami melainkan Engkau, wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"







Tujuh Ciri-ciri Orang Mukmin Yang Melayakkan Diri Untuk Memasuki Syurga

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang mukmin yang berjihad dijalan Allah SWT dan yang telah mewakafkan harta mereka di jalan-Nya akan mendapat balasan yang baik disisi Allah SWT iaitu balasan syurga. Allah SWT telah berjanji kepada mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mementang kemungkaran dimuka bumi ini dengan kemenangan dan kebahagiaan samaada di dunia maupun di hari akhirat.

Di dalam surah At-Taubah Allah SWT menerangkan tentang ciri-ciri orang  mukmin di dalam firman-Nya yang bermaksud : “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat (at-taibun), yang beribadat (al-abidun), yang memuji (Allah) (al-hamidun), yang mengembara (melawat) (al-saihun), yang rukuk (al-raqiun), yang sujud (as-sajidun), yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar ( al-amiru bil makruf wanahu anil mungkar), dan memelihara hukum-hukum Allah (wal hafizuna lihududillah) dan bergembiralah orang-orang mukmin itu” (Surah at-Taubah ayat 112)

Huraiannya :

Pertama : At-Taibun (orang yang bertaubat).

Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri orang mukmin dan para daie ialah taubat. Orang mukmin dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat dan  apa sahaja bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka sendiri.

Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolong dalam amal maksiat mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT  sebagai menyahut seruan Allah SWT yang terkandung di dalam firmanNya yang bermaksud : “Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertakwa”
(Surah Ali Imran ayat 133)

Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang mukmin.

Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui”
(Surah Ali Imran ayat 135)

Keperluan kita mengawal dirinya daripada melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong seseorang untuk melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”

Untuk mewujudkan sifat taibun setiap orang mukmin  dan para daie hendaklah sentiasa bermuhasabah di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan
Allah dalam firmanNya: “Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketakwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya”. (Surah asy-Syams  ayat 7-10)

Sehubungan dengan itu para ulama berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia dengan Allah SWT maka taubat memerlukan tiga syarat iaitu :

1. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.

2. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.

3. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.

Dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu :

1. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.

2. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.

3. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.

4. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah di zalimi atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)

Kedua : Al-Abidun (orang yang beribadah)

Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan orang mukmin adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk, begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”
( Surah Az-Zariyat  ayat 56)

Apabila Allah SWT telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti ini memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai dengan pengakuan: Firman-Nya yang bermaksud : “Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam'.” (Surah an-An’am ayat 162)

Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.

Ini juga bererti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah kepada Allah SWT dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga, berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredai-Nya.

Ketiga : Al-Hamidun (orang yang memuji Allah)

Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka terhadap nikmat Allah SWT kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan pujian terhadap Allah sedangkan anggota tubuh badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredaan-Nya.

Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari orang mukmin dan para daie untuk mengucapkan kesyukuran terhadap Allah SWT?. Bukankah mereka orang-orang yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman.

Firman Allah SWT maksudnya : “Tetapi Kami jadikan al-Quran itu laksana cahaya yang denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.
(Surah Al-Syura ayat 52)

Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan menjadi bukti terhadap nikmat Allah SWT yang amat banyak.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu daripadanya pada hari kiamat dengan sebenar-benarnya”.
(Surah Nuh ayat 15-18)

Memang segala nikmat ini dan lain-lain lagi yang memenuhi alam semesta menjadi bukti atas kemurahan dan pemberian Allah SWT serta kasih-sayangnya terhadap hamba-hambaNya. Pernyataan terima kasih dan syukur terhadap nikmat itu hanya dapat disempurnakan apabila seseorang itu mempergunakan segala nikmat itu dalam amal-amal yang diredai oleh Allah SWT yang memberi nikmat tersebut.

Inilah perintah Allah SWT di dalam banyak ayat-ayat al-Quran, antaranya: “Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu” (Surah al-Baqarah ayat 152)

Allah SWT akan meredai seseorang hamba-Nya yang memakan sesuatu makanan kemudian ia bersyukur di atas nikmat makanan itu atau hamba-Nya yang meminum sesuatu minuman kemudian ia bersyukur atas nikmat minuman itu.

Orang mukmin dan para daie seharusnya memuji dan mensyukuri Allah SWT di dalam masa senang dan susah, di dalam kesempitan dan kemewahan, sehingga mereka termasuk di dalam golongan manusia yang sabar dan bersyukur.

Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :
"Amat menakjubkan sikap mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seseorang mukmin itu memperolehi kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka
dia pun memuji Allah  dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya, seseorang mukmin akan tetap diberi pahala di atas setiap amalan yang yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya."
(Hadis Riwayat Ahmad dan  Abu Daud.)

Keempat : Al-Saihun (orang yang mengembara / melawat)

Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan para mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya.

Allah berfirman maksudnya : “Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka'.” (Surah Ali-Imran ayat 190-191)

Betapa perlunya orang-orang mukmin dan para daie kepada pengembaraan meneroka dan menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.

Alangkah perlunya para mukmin mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat.

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”
(Surah an-Nahl ayat 36)

Apabila seorang mukmin dan daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah SWT, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga keimanannya akan semakin mendalam.

Sebagian  ahli tafsir menerangkan bahawa orang-orang yang mengembara / melawat (as-saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) kepada  Allah. Makna lawatan, tegas beliau, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) boleh sampai kepada Allah. Lawatan kepada Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilaksanakan  (contoh makan, minum, mendatangi isteri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Kelima : Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)

Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu memelihara solatnya sammada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan.

Firman Allah SWT maksudnya : “orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat)"(Surah an-Nur ayat 37)

Orang mukmin dan para daie terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan para sahabat Nabi SAW dan orang-orang soleh untuk mengembangkan dakwah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam melaksnakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardu yang diwajibkan.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Az Zariyat ayat 17-18)

Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim dari Aisyah r.ha. dia berkata , "Aku mencari Nabi SAW di suatu malam dan aku menemui baginda sedang rukuk dan sujud sambil mengucapkan :

ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َكَ وَŰšِŰ­َمْŰŻِكَ،Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ َۧنْŰȘَ
Subhanaka Wabihhamdika , Laa Ila Ha Illa Anta
(Maha Suci Engkau dan segala Puji bagi-Mu . tiada tuhan yang patut di sembah melainkan Engkau)
(Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.94 , dan Sahih Muslim (1/352) Abu A'wanah dan an-Nasa'ie)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tetaplah kamu memperbanyak sujud. Ini kerana tidaklah engkau sujud sekali kepada Allah melainkan Allah akan mengangkatmu satu darjat dan akan menghapuskan satu kesalahan."
(Hadis Riwayat Muslim, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Keenam : Al-Amiru bil Makruf Wanahu Anil Mungkar ( orang yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar).

Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin. Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim benarnya selama ia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah mereka akan dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan, pembimbing dan juga sebagai pemimpin?.

Amar makruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud : “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali-Imran  ayat 104)

Disamping itu di dalam hadis-hadis nabawi pula terdapat banyak keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi keterangan al-Quran tentang kewajipan berdakwah amar makruf nahi mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan jika ia tidak mampu (juga) maka hendaklah (membenci dan menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi”
(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW begitu menekankan keperluan melaksanakan tugas ini yang dianggap sebagai kunci kedamaian dan kebahagiaan masyarakat. Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :

“Demi Allah yang diriku berada dalam kekuasaanNya hendaklah kamu meyuruh yang makruf, melarang kemungkaran (jika tiada) Allah akan menimpakan ke atas kamu seksa-Nya kemudian kamu berdoa kepadaNya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan”

Hakikatnya banyak sekali dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunah yang menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar dalam kehidupan. Sebenarnya tujuan Allah dan Rasul-Nya menyuruh kepada perkara yang sedemikian tidak lain supaya membina kesejahteraan umat manusia, supaya manusia hidup dalam rukun damai dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Justeru itu orang mukmin dan para daie harus menyedari bahawa di antara syarat penting menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar, ialah perlunya mereka menjadi qudwah hasanah contoh tentang dakwah yang menjadi seruannya kepada orang ramai. Menjadi qudwah kepada perkara yang disuruh orang melakukannya dan di dalam perkara yang dilarang orang lain meneruskannya. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya maka sia-sialah amalnya dan hilanglah ganjaran untuknya.

Ketujuh : Wal hafizuna li hududillah ( orang yang memelihara hukum-hukum Allah)

Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-perintah Allah SWT tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.

Kehidupan orang mukmin dan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah.

Landasan pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab individu orang yang mukmin baik laki-laki mahupun perempuan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
(Surah an-Nur ayat 51)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata” (Surah al-Ahzab ayat 36)

Landasan kedua orang mukmin dan para daie hendaklah segera bekerja bagi mencapai matlamat menegakkan dan memelihara hukum-hukum Allah secara keseluruhannya. Iaitu dengan menegakkan Daulah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Allah di dalam pemerintahan. Ini adalah kewajipan dan tanggungjawab ‘amal jamai’ yang tidak akan gugur wajibnya dari pundak orang-orang Islam sehinggalah ia terlaksana dan matlamatnya tercapai dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (hai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah an-Nisa ayat 65)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memahami dan menghayati tujuh ciri-ciri orang mukmin yang melayakkan diri untuk memasuki syurga Allah SWT seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quranul karim. Kita tidak mungkin mampu menghayati Islam yang syumul apabila kita hidup berseorangan tanpa memiliki sahabat-sahabat yang soleh dan jemaah Islam yang mampu menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Hidup kita perlu tolong menolong, bantu membantu dan nasihat-menasihati semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

Wednesday, July 27, 2011

Persahabatan Semata-mata Kerana Allah SWT

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersahabat yang sebenar adalah persahabatan yang bukan setakat di dunia sahaja, tetapi persahabatan yang sebenar adalah persahabatan sehingga bertemu di syurga. Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”(Surah an-Nisa ayat 28 )

Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat.

Dan hanya persahabatan atas dasar iman dan takwalah yang abadi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran: “Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf ayat 67)

Ibnu Katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menjalani hidup ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak ke arah kebaikan dan keredaan Allah kah dia? Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai sekarang kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada reda Allah SWT.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Sahabat-sahabat yang pernah bertemu di dunia ini kerana Allah SWT dan berbincang bersama-sama untuk menjalankan kerja-kerja dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak manusia lain untuk kembali kepada ajaran Islam nanti akan bertemu disyurga. Mereka akan mencari sahabat-sahabat mereka yang lain kenapa ada diantara mereka tidak berada disyurga? Sekiranya ada dikalangan mereka yang telah memasuki neraka maka mereka akan cuba memohon kepada Allah SWT untuk memberi syafaat kepada sahabat-sahabat mereka yang diseksa dineraka.

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Bagaimana Allah SWT memberi kemuliaan kepada orang-orang yang bertakwa, ketika didunia mereka bersahabat dan bersaudara kerana Allah SWT, mereka bertemu disyurga duduk berhadap-hadapan. Firman-Nya yang bermaksud : " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara
(dalam suasana kasih mesra)  serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." (Surah al-Hijr ayat 47)

Di dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah SAW baginda bersabda maksudnya: "Allah Azzawajalla berfirman: 'Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit, Allah SWT berfirman maksudnya : "Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sahabat yang dikasihi,
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam alam maya (facebook dan blog) . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredaan Allah SWT. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT.