Saturday, September 18, 2010

Kewajipan Ibu Bapa Mendidik dan Melahirkan Anak-anak Yang Soleh dan Solehah

Sahabat yang dimuliakan,
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya"
(Hadith Riwayat Muslim)

Untuk merealisasikan maksud hadis di atas, maka berlumba-lumbalah para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian Tahfiz, pondok atau sekolah agama. Pada satu segi, tindakan ini boleh dikira sebagai satu sikap positif ibu bapa yang merasakan amalan mereka masih kurang cukup untuk membela nasib mereka di alam barzakh kelak. Oleh itu, langkah termudah ialah dengan menghasilkan anak-anak yang soleh yang mampu dan bakal mendo'akan mereka.

Manakala pada satu sudut lain pula, ianya merupakan satu manifestasi rasa terima kasih ibu bapa terhadap ibu-bapanya dahulu yang sudah berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh. Lalu anugerah soleh itu dipanjangkan kepada anak-anaknya sendiri agar kesolehan ini berterusan kepada generasi berikutnya.

Namun begitu, kita sebenarnya hampir terlupa akan satu aspek lain yang wajib dimiliki oleh ibu-bapa sendiri iaitu berdasarkan kehendak agama, bukan anak-anak sahaja yang perlu menjadi soleh, bahkan ibu bapa sendiri perlulah menjadi soleh dan solehah.

Allah Firman Allah s.w.t. maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."
(Surah al-Tur ayat 21)

Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan 2 hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam Syurga bersama dengan ibu bapa serta anak cucu mereka sebagai salah satu bentuk ni’mat dan hiburan kepada mereka.

Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana do'a anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)).

Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).

Walaubagaimanapun ni’mat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai ibu bapa yang merasakan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, maka ibu-bapa mestilah mempunyai kaedah dan cara-cara praktikal untuk memastikan kaedah ini dipatuhi dan dilaksanakan kepada anak-anak mereka.

Tanggungjawab ibu-bapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini terdapat lima perkara yang perlu ibu-bapa lakukan untuk menjadikan anak-anak mereka. Adalah menjadi kewajipan ibu-bapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi contoh ikutan kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibu-bapa ,Keluarga dan Umat Islam.

Ibu-bapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Seseorang Muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:
Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Qur'an itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para Nabinya dan orang-orang yang suci”.
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibu bapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibu bapa, ahli keluarga dan umat Islam. Ceritakanlah kepada mereka mengenai penderitaan saudara-saudara kita di Palestin dan ditempat lain supaya melahirkan rasa simpati dalam jiwa mereka kepada saudara-saudara seagama.

2. Rukun Islam Dan Iman.
Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. 

Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-
Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah Taala”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang Muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibu-bapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibu-bapa ke atas anaknya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

Ibu-bapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke Neraka”.
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka Ă­a laksana rumah yang runtuh”.
(Hadis Riwayat Ahmad)

4. Menunaikan Perintah Allah.
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibu-bapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s.w.t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibu-bapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar ”

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”.
(Hadis Riwayat Hakim)

Sabdanya lagi
Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.
(Hadis Riwayat An-Nasaei)

5. Meninggalkan Larangan Allah.
Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibu-bapanya ke arah api Neraka.

Firman Allah s.w.t. dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api Neraka”.
Sahabat yang dihormati,
Di dalam al-Qur'an terdapat satu surah yang bernama Surah Luqman. Surah ini memaparkan satu kisah mengenai Luqman yang dikurniakan hikmah kebijaksanaan dan rahsia mengenal Allah s.w.t., membanteras syrik, mendorong supaya berakhlak mulia dan menjauhi daripada akhlak tercela yang merupakan tujuan utama mengapa al- Qur'an diturunkan.

Dalam Surah Luqman didapati lapan ayat berturut-turut secara khusus memperkatakan kisah Luqman, dimana tajuk ayat tersebut merupakan isi pengajaran Luqman kepada anaknya. Dari ayat-ayat tersebut dapat diklasifikasi kepada tiga asas utama iaitu Asas Aqidah, Asas Ibadah dan Asas Akhlak.
 
Pertama :  Asas Aqidah,
Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan Muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.

Dewasa ini didapati beberapa bentuk penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran, percakapan lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap asas aqidah Islam  secara mendalam, sedangkan kefahaman tentang aqidah itu merupakan satu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."
(Surah Luqman ayat 13)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana jiwa yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.

Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah ditanya, yang manakah dosa yang paling besar? Baginda menjawab : "Bahawa engkau jadikan bagi Allah penyerupaan, saingan atau persamaan sedangkan Dia menjadikan engkau."

Kedua : Asas Ibadah,
Konsep ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada soal-soal ta'abbudi yang dikenali seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ibadah mempunyai erti yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian sepenuhnya dan berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah. Hubungan ini sebenarnya yang menjadi asas utama pendidikan Islam pada keseluruhannya.

Ibadah dalam Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam dan makhluk Allah yang lain. Setiap perkara yang kita lakukan dan tinggalkan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaan-Nya akan dikira sebagai beribadah kepada Allah s.w.t.

Solat adalah saluran utama hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Ia merupakan pancaran yang menghidupkan dan menyuburkan keimanan dalam hati, kerana dengan bersolat seorang akan mengingati Allah melalui segala bacaan yang dibaca sepanjang solat. Dalam solat seseorang akan mengingati hari akhirat, ingat kepada Rasul, Malaikat, seterusnya kepada kitab yang diturunkan kepada Rasul iaitu al-Qur'an. Solat juga dapat mencegah seseorang daripada mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa solat adalah manisfetasi daripada keimanan kepada perkara-perkara ghaib.

Daripada aspek kejiwaan, solat mendidik seseorang agar mencapai ketenangan jiwa, memberi kekuatan dalaman kepada seseorang untuk menempuh penderitaan hidup di dunia ini. Daripada aspek kesihatan, solat mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan, melatih badan supaya cergas dan aktif. Daripada aspek akhlak, solat dapat menyedarkan seseorang terhadap kesalahannya, dapat menghapuskan dosa, dapat mencegah seseorang daripada kemungkaran dan mendidik seseorang supaya berdisplin dengan waktu. Dan yang terakhir daripada aspek kemasyarakatan, solat melahirkan individu yang memiliki kemerdekaan jiwa, kemerdekaan dalam memberi teguran dan pandangan, memupuk persaudaraan dan melahirkan persamaan tanpa mengira pangkat kedudukan, harta kekayaan, mulia dan hina, tua dan muda. Semuanya sama dihadapan Allah.

Ketiga : Asas Akhlak.
Misi Islam sebenarnya ialah pengarahan manusia supaya mencapai nilai-nilai kemanusiaan yang luhur, yang sesuai dengan kemuliaan manusia. Islam sangat mementingkan budi pekerti untuk mewujudkan unsur-unsur kekuatan dan peribadi yang baik, yang akan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan di dunia serta keredhaan Allah di sebalik kehidupan sekarang ini. Dalam pendidikan Luqman asas ini ditekankan kepada beberapa perkara pokok iaitu :

1.Berbakti kepada kedua ibu bapa :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan Kami wajibkan berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) "(Surah Luqman ayat 14)

2.Bersifat sabar :
Firaman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang sangat-sangat di ambil berat untuk melakukannya." (Surah Luqman ayat 17)

3.Tidak takbur dan sombong :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang sombong, takbur lagi membanggakan diri." (Surah Luqman ayat 18)

Takbur ialah sikap jiwa yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, samaada orang itu manusia atau jin. Sikap takbur inilah menyebabkan Iblis telah dilaknat oleh Allah s.w.t. dan akan dihumbankan kedalan api Neraka.

4.Kesederhanaan dalam semua perkara :
Kesederhanaan ini berlaku kepada keseluruhan sistem termasuk urusan ibadah. Seseorang Islam tidak digalakkan beribadah sehingga menyeksa diri sendiri kerana setiap diri itu ada hak yang mesti diberikan, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesungguh bagi tubuh badan ada haknya yang mesti kamu berikan kepadanya."

Begitu juga dalam urusan membelanjakan harta, Islam tidak menggalakkan umatnya supaya berbelanja secara berlebih-lebihan atau sebaliknya (kikir).

Dalam konteks pendidikan Luqman didapati dua aspek ditekankan iaitu:
Pertama : Sederhana sewaktu berjalan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan." (Surah Luqman ayat 19).

Kedua : Sederhana waktu bercakap., firman Allah s.w.t yang bermaksud :  "Lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara itu suara keldai." (Surah Luqman ayat 19).

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila dilihat daripada aspek pengajaran, didapati bahawa Luqman al-Hakim mempunyai pendekatan tertentu tentang pendidikan anaknya.

Oleh itu sebagai individu Muslim Mukmin mempunyai tanggung jawab mendidik anak-anak  dan juga generasi umat Islam hari ini maka ambillah contoh dan cara-cara yang dilaksanakan oleh Luqman yang diceritakan kisah beliau dalam al-Qur'an. Insya Allah dengan usha-usaha yang gigih dan berterusan yang kita jalankan akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah supaya mereka nanti  akan mendo'akan kita apabila kita telah kembali bertemu dengan Allah s.w.t dialam barzakh.


Thursday, September 16, 2010

Wanita Solehah : Hak Yang Perlu di Rebut

Sahabat yang dimuliakan, 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku lebih merbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah kedudukan wanita, tidak kira samaada ia sebagai remaja, gadis perawan, sebagai isteri atau sebagai ibu. Apabila ia seorang yang solehah, maka mereka merupakan sebaik-baik kedudukan di antara seisi dunia. Tetapi jika sebaliknya, mereka merupakan suatu fitnah yang merbahaya kepada dunia. Walaupun mereka tidak berniat untuk membuat fitnah, tetapi wanita itu sendiri dengan kehadirannya boleh membawa fitnah jika tidak dipandu dan dikawal oleh syariat.

Masakan tidak, memandangnya saja boleh menimbulkan fitnah jika tubuhnya tidak dibaluti pakaian yang menutup aurat. Melangkah saja ia boleh mendatangkan fitnah jika ia melangkah tanpa mengikut peraturan syariat.

Allah s.w.t. tidak mengenakan sedemikian kawalan yang ketat keatas mereka jika mereka tidak sedemikian bahaya.Bukankah Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan tentang wanita dalam sabdanya yang bermaksud :
"Wanita adalah alat perangkap (yang digunakan oleh) syaitan."
(Hadis Riwayat Asy-Shihaab)

Maka amatlah wajar bagi wanita memahami kedudukan mereka, supaya mereka boleh berusaha mendapatkan kedudukan mereka sebagai perhiasan dunia yang terbaik, yang solehah, yang dapat memberi ketenteraman kepada gelora yang melanda masyarakat manusia dan dapat menjauhi diri mereka sebagai perangkap syaitan. Berlakunya gejala sosial dewasa ini dengan lahirnya anak-anak luar nikah adalah kerana wanita telah menyalahgunakan kedudukan dan kemuliaan yang telah Allah kurniakan kepada mereka.

Pergaulan bebas diluar batas yang Islam benarkan menyebabkan kerosakkan dan kehancuran nilai-nilai murni kaum wanita sendiri. Maka amatlah wajar juga wanita ini berusaha memadamkan segala fitnah yang mungkin timbul, yang mengiringi mereka ke mana saja mereka pergi.

Untuk menjadi wanita solehah yang berperanan sebagai gadis perawan, isteri, ibu dan mujahidah serta terhindar daripada segala fitnah yang timbul, ia mestilah mencontohi keperibadiaan wanita-wanita Islam terdahulu, yang telah terbukti kesolehahan dan sumbangan besar mereka kepada pejuangan Islam.Kenang-kenangkan kemuliaan peribadi, pengorbanan dan perjuangan Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah Az-Zahra, Rabiyatul Adawiyah, Zainab al-Ghazali dan tokoh-tokoh wanita silam. 
Sesungguhnya mereka telah meninggalkan teladan dan mutiara yang tak ternilai buat kita.

Berdasarkan hadis dari Nabi s.a.w menyatakan bahawa keutamaan dan pahala kepada wanita yang bersembahyang di dalam bilik dan di dalam rumah melebihi daripada Masjid Nabawi. Sepertimana kita ketahui bahawa  sembahyang di Masjid Nabawi pahalanya amat besar sehingga tidak terkira jumlahnya daripada bersembahyang di masjid-masjid lain di dunia ini. Melainkan bila ada majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid yang mana wanita digalakkan hadir untuk mendengar dan mempelajarinya.

Selain daripada itu banyak lagi keterangan tentang kelebihan dan gandaan pahala terhadap kaum wanita yang melakukan tugas mereka yang tugas itu berkait rapat dengan tugas sebagai isteri dan ibu.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Apabila seorang wanita telah berkahwin, ia tidak diwajibkan untuk bekerja dan menyara keluarga kerana tugas untuk memberi nafkah adalah tugas dan tanggungjawab suami, tetapi sekiranya ia memiliki kelulusan dan kemahiran dan bekerja tidaklah dilarang dengan syarat ia menjaga akhlak dan kesopanan dirinya. Begitu juga jika ia redha untuk membantu suami dalam perbelanjaan keluarga tidaklah dilarang. Tetapi perlu diingatkan bahawa tugas asasi wanita adalah mentaati suami dan mendidik anak-anak tugas ini adalah tugas yang lebih utama daripada tugas yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, mengunting misainya, mengerat kukunya, maka ia di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan ia diringankan siksaan ketika sakaratulmaut (dekat hendak mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman Syurga dan namanya tercatit sebagai orang yang lepas daripada siksaan Neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Saydatina Aisyah berkata, jika para wanita tahu akan betapa besarnya pahala memenuhi (melayan) hak suami, nescaya mereka sanggup mencuci debu-debu ditapak kaki suami mereka dengan muka mereka sendiri.

Sabdanya lagi yang bermaksud : "Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimana sifat isterimu yang bakal di tempatkan di Syurga?. Jawab para sahabat ,'Bahkan kami suka.' Sabda Nabi s.a.w , 'Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerah diri untuk di hukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)..."

Sahabat,
Wanita sayugianya menyedari bahawa tugas, tanggungjawab dan peranan mereka adalah berat, sukar untuk dilaksanakan dan sulit untuk di selesaikan tanpa panduan dan pemahaman yang benar-benar ikhlas dan mendalam. Sedarlah, bahawa jalannya sukar untuk menjadi suatu perhiasan yang terbaik atau untuk memiliki pangkat solehah itu, tapi usaha ke arah itu adalah wajib dibuat.

Juga sedarlah, bahawa diri wanita itu adalah senjata syaitan yang paling ampuh untuk melahirkan kerosakan kepada lelaki khasnya dan masyarakat amnya, dan senjata ini telah terbukti berkesan jika diikuti rentetan sejarah kehidupan manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s. Dari itu, berwaspadalah dan teruskan usaha mengejar anugerah Syurga yang dijanjikan Allah kepada wanita-wanita yang solehah.

 Sahabat yang dihormati,
Terdapat di dalam kitab 'Uqud Al-Lujan' bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya : Empat wanita yang menjadi penghuni Syurga :

Pertama : Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan ia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

Kedua : Wanita yang banyak keturunan (melahirkan banyak anak ) lagi penyabar serta ia menerima sahaja pemberian Allah itu dan ia sabar dengan kehidupan yang serba kurang (qana'ah) dan apa sahaja yang diberikan suaminya.

Ketiga : Wanita yang bersifat pemalu. Apabila suaminya pergi (keluar menjalankan tugas) ia menjaga dirinya dan tetap beramanah dengan harta suaminya. Jika suaminya pulang ia menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh menguriskan hati suaminya.

Keempat : Wanita yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan ia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya (yang yatim) dan ia tidak bersedia untuk berkahwin kerana takut anak-anaknya terbiar."

Demikianlah gambaran daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan darjat kaum wanita dan betapa mudahnya mereka mendapat darjat yang tinggi itu di sisi Allah serta betapa mudahnya jalan yang dibuka oleh Allah untuk memasuki Syurga.

Wednesday, September 15, 2010

Jauhi Perpecahan Sesama Umat Islam


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

Keterangan ayat 103: surah Ali 'Imran...

Firman Allah: "Berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepadamu, ketika kamu telah bermusuh2an, lalu dipersatukanNya hatimu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya, dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu, mudah2an kamu menerima petunjuk.."

Bangsa Arab sebelum datang agama islam adalah dalam keadaan bermusuh2an, berpecah-belah dan berperang2an antara satu sama lain. Setelah datang Nabi Muhammad SAW membawa agama islam, menyiarkan kitab suci al-quran, berubahlah budi pekerti mereka sehingga menjadi ummat hidup dalam perdamaian dan berkasih2an sesama mereka. Sebabnya ialah kerana mereka semuanya berpegang teguh kepada kitab Allah (al-quran). Mereka turut apa2 perintah didalamnya dan meninggalkan segala larangannya.Begitulah hal mereka semasa hidup Nabi Muhammad dan Khalifah2nya yang cerdik pandai. Dengan jalan begitu berbahagialah mereka didunia dan diakhirat dan tersiar agama islam ke timur dan ke barat.

Kemudian terjadilah perselisihan antara Ali dan Mu'awiyah, sampai bernyala api peperangan antara kaum muslimin.Tetapi untunglah kerana mereka telah terdidik dengan perdamaian, maka api peperangan itu dengan lekas padam dan terhasillah perdmaian yang dicita2kan. Oleh sebab itu tiadalah terganggu kemajuan islam akibat perselisihan itu.

Seterusnya di Baghdad, terjadi perselisihan yang sangat hebat antara orang2 yang bermazhab Shafi'i dan Hambali, antara syi'ah dan ahli sunnah. Diantara sebab2 perselisihan itu ialah tentang membaca Bismillah dalam sembahyang dengan suara keras atau tiada? Sehingga terjadi peperangan antara mereka dan berlaku pertumpahan darah disebabkan persilisihan faham itu. Akhirnya rosaklah kaum muslimin, jatuhlah kerajaan islam dan hilanglah nama mereka yang harum diseluruh dunia.

Dengan keterangan ayat ini haruslah kita semue mengambil ikhtibar dan pengajaran. berpegang teguh pada perintah yang terdapat didalam al-quran dengan mengerjakannya dan mengamalkannya seperti sembahyang, puasa, berzakat d.s.b serta meninggalkan segala yang dilarang seperti mengumpat, iri hati, takbur, berjudi, minum arak d.s.b. Adapun masalah yang bertikai faham antara ulama'2 tentang hukumnya, maka hendaklah tiap2 orang alim mengikut mana yang kuat menurut pendapatnya dan orang awam menanyakan kepada orang alim yang dipercayainya. Tetapi janganlah yang demikian itu memutuskan silaturahim atau menjadikan permusuhan sesama kita, malahan hendaklah persaudaraan kita tetap sebagaiman biasa. 
 
(Dipetik dari kitab tafsir al-quran prof. Dr H.Mahmud Yunus..)

Sahabat,
Marilah kita renungkan setiap makna disebalik tafsiran ayat ini..agar kita tidak berpecah-belah antara sesama sendiri..juga agar kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat..semoga Allah melindungi kite semua dari pertelingkahan antara sesama saudara..insyaAllah..aminnn..
 
(Di petik daripada tulisan Ana Ida)

Maruah Diri Bukan Untuk di Hinjak-hinjak

"Sesiapa yang berurusan dengan orang lain ia tidak berlaku zalim dan bercakap tidak berdusta,berjanji tidak dimungkiri,dialah orang yang sempurna maruahnya dan terbukti keadilan dan tetap hubungan persaudaraan''Hadis Rasulullah

Hidup bermaruah merupakan yang dikehendaki oleh agama.Setiap manusia wajib menjaga dan memelihara maruahnya dan juga menghormati maruah orang lain.Memjaga maruah bererti menjaga kehormatan diri daripada anasir cemar yang memburukkan nama baik seseorang.Tidak ada kebaikan pada diri jika tidak mempunyai maruah,bijaksana dan mulia diri.Kita dikira bermaruah mulia jika mempunyai cita-cita dan perjuangan hidup pimpinlah diri di tempat yang wajar dan mulia dan jangan sesekali maruah diri di biarkan di hinjak-hinjak di tumit kaki kerna dik hawa nafsu yang menggila.Ingatlah bahawa kaya seseorang itu bukan terletak pada timbunan harta dan pangkat yang ada dan bukanlah keaiban,kehinaan seseorang itu pada kemiskinannya tetapi sebenar-benarnya kehinaan dan keaiban,seseorang itu ialah ketiadaan maruah dan sopan santun.

Semua orang mahu dipandang mulia tanpa mengira usia,taraf hidup atau aras pendidikkan mereka semuanya mempunyai maruah dan harga diri,kita tidak boleh memandang hina atau rendah kepada orang lain walaupun dari segi pendapat sekalipun mungkin kita boleh perbetulkan jika ada kesilapan dengan cara berhemah dan berlembut ibarat menarik benang sedari tepung...Kita seharusnya menjaga perasaan dan kehormatan orang lain.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Wahai orang2 yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati ?maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.Dan bertakwalah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah menerima taubat lagi maha mengasihi''
(Al Hujrat ;12)

*SESIAPA YANG MELINDUNGI MARUAH SAUDARANYA YANG MUSLIM,ALLAH AKAN MELINDUNGI MARUAHNYA DIDUNIA DAN AKHIRAT*

KEPERLUAN MENJAGA MARUAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1-Menjaga kehormatan diri sendiri dan orang lain

2-Mengujudkan suasana persaudaraan yang harmoni

3-Meningkatkankan perasaan kasih sayang

4-Membangunkan masyarakat majmuk yang mempunyai etika

5-Menghilangkan buruk sangka,pergeseran dan perpecahan dalam masyarakat

6-Melahirkan masyarakat yang di segani dan dihormati.

CARA MENJAGA MARUAH
~~~~~~~~~~~~~~~~
1-Taat kepada Allah swt dan rasulnya

2-Menjaga adab

3-Tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama

4-Tidak buruk sangka kepada orang lain

5-Tidak suka bercerita atau mendengar cerita tentang keburukkan orang lain

6-Tidak suka mendedahkan keburukkan orang lain

7-Berlaku adil

8-Tidak bergaul dengan orang rendah pribadinya

Oleh itu jagalah maruah diri dan janganlah memperdayakan orang untuk memenuhkan kehendak hati kita sahaja sedangkan kita tidak pernah menghiraukan sakit dan pedih akibat hinjakkan diri kita terhadap maruah orang lain.

*Hendaklah menjaga kehormatan diri
*Hendaklah menolong orang yang ingin pertolongan
*Hendaklah memuliakan orang dan menjaga hati mereka
*Hendaklah memberikan atau membelanjakan harta untuk kebaikkan umum

Kebijaksanaan itu ialah;
*Memaafkan orang menzalimi,sedangkan kita mampu membalasnya
*Bersabar ketika mushibah datang bertandang
*Tekun dan dedikasi didalam perlaksanaan tugas dalam kejaya hidup.

Mulia diri pula ialah menjaga diri dari gerak laku yang sumbang di khalayak ramai serta menolong saudara seagama dan saudara yang berjuang atas tiket Al-Quran As -Sunnah bagi mempertegakkan agama islam.

Sahabatku tersayang lilahitaala,
Adakala kita terlupa dengan sebaris ayat sahaja meranapkan seluruh ikatan ukhwah antara kita akibat kata bicara yang begitu tajam mengalahkan tajamnya hujung pedang menyusuk,merobek maruah orang lain.serta menjatuhkan air muka seseorang.Kita begitu taksub dengan pandangan kita sendiri seoalah-olah orang lain tiada yang betul dan mungkin pendapat mereka sekadar layak menjadi bahan cemikkan diri kita .Ingatlah walau siapa mereka atau asal keturunan mereka atau rendah pendidikkan mereka atau kurang ilmu mereka kita wajib menghormati mereka..kerna mereka adalah manusia seperti kita tidak mahu dilenyek maruah dan harga diri mereka hanya kerna kekurangan yang mereka sendiri adakalanya tidak ingini...Semoga kita  memandang" besarnya gajah pasti ada lemahnya dan kecilnya semut jangan menidakkan bisanya"

Sahabat tercinta lilahitaala,
Semoga untaian bicara maruah diri ini membuat kita berfikir untuk menumpahkan bicara secara berhemah dan jika ada yang terkhilaf cepat-cepatlah hulurkan maaf semoga ukhwah antara kita betaut rapat..begitu juga diri ini yg mungkin tergelincir kata bicara...tegurlah ..insyaAllah untuk menjadi manusia bermaruah perlu berani memperbetulkan apa yang tertempang pada diri..

"BANDINGAN ORANG MUKMIN DENGAN MUKMIN ITU LAKSANA SATU BINAAN YANG BERSANDAR ANTARA SATU SAMA LAIN''

(Di petik daripada tulisa Nur Husrah)


Bersabarlah Dengan Ujian Allah.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Hidup kita di dunia yang sementara ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Anggaplah pengalaman lama sebagai iktibar dan kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dalam keadaan beriman. Kita diberikan Allah kesihatan tubuh badan dan memiliki rezeki yang tidak putus-putus. Masih mampu berfikir dan masih mampu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah s.w.t.  Maka tanda kita bersyukur dan meredhai Allah s.w.t maka kita perlulah baik sangka dengan Allah dan menganggap qadha' dan qadar yang telah berlaku itu yang paling baik Allah tetapkan untuk kita. Dengan keyakinan ini akan hilang perasaan kecewa, putus asa, forbia, truma, takut, bimbang, risau, gelisah dan ragu-ragu.

Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah s.w.t. untuk masa depannya. Kekasih kita yang Maha Berkuasa akan beri dan pilih sesuatu yang baik dan Dia akan menambahkan lagi rezeki dan akan sentiasa menjaga kita dari bala dan bencana dan sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal-amal soleh.

Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya kita diuji dengan penyakit maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk kita sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan penyakit itu pada diri kita. Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah s.w.t.

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qadha’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.

Selagi ketentuan (qadha’) bagi sakit itu belum menepati qadha’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. 

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab"
(Surah az-Zumar: 10).
 
Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.”
(Hadis riwayat Al Bukhari)

Selain ubat, do'a juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdo'a bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah.

Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”
 
Sahabat,
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kemalangan jalan raya, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. 
(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qadha’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
 
Sahabat yang dihormati,
Akhirkata marilah sama-sama bersyukur, bersabar dan bertawakkal kepada Allah. Hati dan jiwa orang Mukmin akan sentiasa tenang dan damai apabila Allah s.w.t menjadi rujukannya. Segala permohonan, permintaan dan rintihan hanya ditujukan kepada Allah. Apa yang berlaku pada dirinya atau pada keluarganya semuanya baik belaka kerana dia yakin Allah tidak akan meningalkan dirinya keseorangan. Hatinya sentiasa mengingati Allah dan lidahnya sentiasa berzikir memuji keagongan-Nya. Dia mengharap redha Allah samaada di dunia dan hari akhirat.

Apa itu Kafarah?

i
Quantcast
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang
hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan
kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira
sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun
sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya
sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah,
maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh
manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh
dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan
ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah
dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan
mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit
dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan
seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar
akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.
Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai
martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai
martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke
atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi
ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan
mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya
yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang
bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,
ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu
dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:
Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai
tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,
daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah
s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,
dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di
sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu
mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qadha’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.

Selagi ketentuan (qadha’) bagi sakit itu belum menepati qadha’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. 

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab"
(Surah az-Zumar: 10).

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. 
(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qadha’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.


Monday, September 13, 2010

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis laknatullah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Musuh utama manusia yang tidak kelihatan adalah Iblis dan syaitan laknatullah. Iblis telah berjanji dihadapan Allah s.w.t. dia akan menggoda Anak Adam dan menyesatkan mereka hingga keakhir hayat. Allah s.w.t benarkan permintaan Iblis tetapi Allah s.w.t menjelaskan dia akan gagal menggoda dan menghasut anak Adam yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Terdapat lima amalan yang menjadi senjata untuk menghancurkan Iblis laknatullah dan amalan ini adalah amalan orang-orang Mukmin, yang telah sebati dalam hati dan jiwanya

Pertama :  Lidahnya sentiasa basah berzikir kepada Allah s.w.t. samaada ketika berseorangan , bersama keluarga atau dengan orang lain.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, " Sebaik-baik zikir ialah Laa Ilaaha Illallah."

Baginda bersabda yang bermaksud : "Selalulah kamu mengucapkan : Laa Illaaha Illallah dan beristighfar kepada Allah dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu, kerana Iblis berkata : Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan Laa Ilaaha Illallah dan istighfar." (Hadis Riwayat Abu Ya'laa r.a) 

Disebut dalam sebuah hadis yang lain Nabi s.a.w. berkata yang bermaksud : "Barangsiapa yang dapat akhir kalam ketika hendak matinya menyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah nescaya dia akan dimasukkan kedalam Syurga".

Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH,ALLAHU AKBAR,WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT,kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga."(Hadis riwayat Tabrani)"

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud.."barangsiapa yang membaca Laa ilahaillahu" maka ia akan dapat menolak bala sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya.." 

Kedua : Tangannya ringan menghulur sedekah dan derma tanpa diketahui oleh sesiapa, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Untuk bersedekah ia merasakan tidak perlu untuk menjadi kaya dahulu baru hendak menghulurkan bantuan, tetapi memadailah menghulurkan apa sahaja yang termampu, dengan hati yang ikhlas.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya? Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w., hadis mutafaqun'alaih, shahih Bukhari Muslim: Dari Nabi s.a.w., beliau bersabda maksudnya : "Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: "Aku takut kepada Allah", seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga :  Hatinya sentiasa beristighfar sebanyak-banyaknya, memohon keampunan kehadrat Allah Azzawajalla kerana ia merasakan dosa-dosanya banyak yang telah dilakukannya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari semalam."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)“

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”.
(Surah al-Dzaariyaat ayat15-18) 

Keempat : Jiwanya merasa gelisah sekiranya sehari ia tidak dapat menatap lambaran kitab suci al- Qur'an kerana didalamnya mengandungi seribu hikmah dan pengajaran untuk menjadi peduman hidup didunia ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur’an maka dia akan mendapat satu kebajikan, dan satu kebajikan itu nilainya 10 kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Tirmizi)

Daripada Anas bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga kamu dengan solat dan dengan membaca al-Qur'an"(Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Kelima : Dimalam hari pula ketika ramai manusia sedang lena dibawa mimpi-mimpi yang indah ia bangun ditengah malam untuk qiyamulail dan bertahajud, bermunajat dan berdo'a kepada Allah s.w.t. hingga menitiskan air mata penyesalan.

Firman Allah s.w.t maksudnya :“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. 
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu jadikanlah lima amalan tersebut sebagai malakah (kebiasaan) dan terus istiqamah sebagai amal soleh yang dilaksanakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sesungguhnya amalan-amalan tersebut adalah amalan orang-orang soleh yang sentiasa yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.   

Jadilah Golongan Yang di Berjaya di Sisi Allah

Sahabat yang dikasihi Allah,
Nilai dan matlamat hidup merupakan sesuatu yang penting untuk dikaji dan dilihat secara mendalam. Nilai hiduplah menjadikan seseorang itu menghargai kehidupannya. Tanpa nilai dan matlamat hidup, manusia sebenarnya bukan manusia. Dia ibarat haiwan yang saban hari memikirkan mengisi perut dan nafsu.

Celik sahaja mata, mula fikir nak cari wang, makanan dan keseronokan sehinggalah melelapkan mata pada waktu malamnya. Keesokannya jika masih diberikan Allah nyawa, dia akan begitu lagi. Mungkin tidak pernah dia menyoal dirinya akan matlamat dia dihidupkan, dan hidupnya berlalu begitu sahaja dengan nilai yang kosong sehinggalah keakhir hayatnya.

Sahabat yang dihormati,
Mujahid Fathi Yakan di dalam bukunya bertajuk, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

Kategori Pertama ;Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Golongan ini ingin hidup dan puas di dunia yang sementara ini. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Qur'an, firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan tentu akan mereka katakan : 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan."(Surah al-An'am ayat 29).

Didalam ayat yang lain Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :"Dan mereka berkata : 'Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa.' Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduda-duga sahaja."(Surah al- Jatsiyah ayat 24).

Kategori Kedua :Golongan yang hilang peduman , terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah s.w.t. dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah s.w.t. dan hari Qiyamat tetapi aqidah mereka lemah. Aqidah yang tidak dapat memandu aktiviti harian.

Mereka berfahaman kebendaan (materialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja berbentuk kerohanian. Golongan seperti ini tidak memahami tuntutan Islam sebenar dan akhirnya menjadi tertipu dengan amalan mereka. Dalam Islam baik sahaja tidak mencukupi, tetapi mesti mengikut landasan syariat dan niat mestilah kerana Allah sahaja. Barulah ia jadi ibadat yang ada nilai pelaburan akhirat.

Ramai yang pergi haji tiap-tiap tahun tetapi beli rumah menerusi sistem kewangan riba, ramai yang menderma kebajikan tetapi bercampur matlamat antara riak dan ibadat, ramai yang kuat sembahyang tetapi isterinya masih membuka aurat dan memakai solek di khalayak ramai.

Kategori Ketiga :Golongan ini adalah golongan yang berjaya disisi Allah s.w.t.. Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat. Orang seperti ini jasadnya sahaja di dunia tetapi hatinya di akhirat. Segala kerjanya di atas dunia di salurkan kepada kepentingan akhirat. Orang begini dekat dengan Allah dan sentiasa menjaga agar amalannya atau pelaburan akhiratnya tidak rosak. Allah membandingkan mereka seperti dalan firman-Nya yang bermaksud :"Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidaklah kamu memahaminya."(Surah al-An'am ayat 32)

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah s.w.t. dan mencari keredhaan-Nya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan ke jalan Allah s.w.t. Untuk kita menjadi seperti ini (dan memang kita dituntut menjadi seperti ini), kita mesti memahami beberapa kewajipan atau syarat-syarat yang ditetapkan.

Di dalam golongan ketiga ini terdapat satu kaum yang zuhud dan amat mulia disisi Allah kerana Nabi s.a.w. menyatakan makam mereka sama taraf dengan kedudukan para Nabi tetapi mereka bukan dikalangan Nabi.

Rasulullah s.a.w. berkata dalam wasiatnya kepada Abu Hurairah, "Wahai Abu Hurairah! Hendaklah engkau mengikut jalan suatu kaum. Jika manusia lain merasa takut, mereka tidak takut. Jika manusia mencari keselamatan dari api Neraka, mereka tidak takut."

Abu Hurairah bertanya, "Siapakah mereka itu? Terangkan dan jelaskan mereka itu padaku hingga aku dapat mengenalinya."

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Suatu kaum dari umatku di akhir zaman. Mereka berkumpul pada Hari Qiyamat di tempat berkumpulnya para Nabi. Jika manusia memandang mereka, manusia mengira bahawa mereka adalah para Nabi dari keadaan yang mereka lihat hinggalah aku beritahukan kepada mereka nanti. Aku katakan, "Umatku, umatku." Maka para makhluk mengetahui bahawa mereka bukanlah para Nabi. Mereka berlalu seperti kilat dan angin. Pandangan mata yang hadir kagum dengan cahaya mereka."

Abu Hurairah berkata, "Wahai Rasulullah, kemukakan padaku apakah amalan mereka. Mudah-mudahan aku dapat mengikuti mereka."

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Wahai Abu Hurairah, kaum itu menempuh jalan sukar hingga sampai pada tingkatan para Nabi. Mereka memilih lapar setelah Allah memberikan (peluang) kepada mereka untuk (sentiasa) kenyang, memilih pakaian kasar setelah Allah memberi mereka pilihan berbagai pakaian, dan memilih haus setelah Allah memberi mereka rasa puas.

"Mereka meninggalkan itu semua kerana mengharap apa yang ada di sisi Allah (redha dan nikmat Syurga). Mereka tinggalkan yang halal kerana takut banyak dihisab. Mereka mempergauli manusia dengan badan-badan (lahir) mereka, tetapi itu tidak menyibukkan (hati) diri mereka (daripada mengingati Tuhan mereka). Para Nabi dan malaikat takjub dengan ketaatan mereka kepada Tuhan. Kebahagiaan bagi mereka! Kebahagiaan bagi mereka! Aku ingin agar Allah mengumpulkan aku bersama mereka."

Kemudian Rasulullah s.a.w. menangis kerana rindu kepada mereka. Lalu baginda berkata, "Jika Allah hendak mengazab penghuni bumi lalu memandang mereka, maka Dia berpaling dan tidak jadi menurunkan azab. Barangsiapa berpaling dari jalan mereka, maka ia akan terbeban kerana kerasnya azab."

Sahabat yang dimuliakan,
Jadilah kalian golongan katagori ketiga, kerana golongan ini adalah orang-orang Mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Mereka sentiasa beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, dan tetap istiqamah di dalam menjalankan kewajipan menegakkan Kalimah Allah dimuka bumi, menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaraan. Golongan ini berkasih sayang semata-mata kerana Allah, bertemu dan berpisah semata-mata mencari keredhaan-Nya. Golongan ini sahaja akan mendapat kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Hari Akhirat.