Friday, July 8, 2011

Pemimpin Islam Harus Menghormati Hak Bersuara Rakyat Jelata

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Islam seorang yang telah dipilih menjadi pemimpin perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Pemimpin perlu mendengar rintihan, kesusahan dan permohonan daripada suara dan kehendak rakyat. Pemimpin tidak boleh bersikap berat sebelah atau tidak adil di dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat. Pemimpin tidak boleh mengutamakan kroni atau ahli keluarganya sahaja di dalam mengagihkan projek atau kekayaan negara kerana sesiapa dikalangan rakyat yang berkemampuan dan berkelayakkan perlu diberikan hak-haknya.

Beberapa ciri-ciri penting  kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin (rakyat)  terikat kesetiaan kepada Allah.  

2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan negara bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok/parti  tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.

3. Berpegang pada syariat dan akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan rakyat dan dengan negara lain.

4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada rakyatnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Quran memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam. Pemimpin Islam juga mesti menyelesaikan pelbagai perbezaan pendapat atau pengaduan orang ramai. Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan atau menegur pemimpin perlulah di ambil perhatian. Pemimpin tidak boleh bersilap kasar dan keras (tidak kena tempat) dengan memaksa rakyat dengan kekerasan (memaksa rakyat dengan keputusannya). Pemimpin Islam tidak boleh hanya melaungkan selogan-selogan kosong untuk mengutamakan rakyat tetapi apabila berlaku perbezaan pendapat dengan rakyat mengambil sikap tidak mahu bertolak ansur.

Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah SAW sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam hadis yang lain daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah SAW  bahawa Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”.
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

Rakyat tidak harus dihukum dan ditangkap oleh penguat-kuasa undang-undang hanya kerana mereka menyatakan cadangan dan pandangan yang bernas untuk memulihkan keadilan atau membetulkan penyelewengan pemimpin, kerana apabila hati rakyat telah terluka maka akibatnya pemimpin tidak akan dihormati dan rakyat akan memilik pemimpin lain yang lebih berwibawa, adil dan bertolak ansur.

Sahabat yang dimuliakan,
Tujuan memilih pemimpin adalah supaya ada yang mengatur setiap urusan, dan ada yang bertangungjawab dan membela sesuatu keperluan sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW  dalam sabdanya yang bermaksud : "Pemimpin itu adalah perisai memerangi musuh rakyatnya dan melindungi mereka. Jika pemimpin itu mengajak rakyatnya kepada ketakwaan kepada Allah dan bersikap adil maka pemimpin itu bermanfaat bagi rakyat, tetapi jika dia memerintahkan selain itu maka pemimpin itu merupakan musibah bagi rakyatnya"
( Hadis Riawyat Muslim ).

Tidak semua orang berhak memimpin sebab kepemimpinan itu meupakan amanah dan tanggungjawab. Auf bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah  bersabda : “ Aku khabarkan kepadamu tentang pemimpin “. Auf berkata : Apa itu ya Rsulullah? Nabi menjawab : “ Kedudukan itu nanti merupakan sesuatu yang dapat membuat engkau hina. Kedua, kedudukan itu nanti akan memberikan penyesalan. Ketiga, kedudukan itu akan menjadi penyebab seksaan di hari akhirat, kecuali jika orang yang mendapat kedudukan itu dapat bersikap adil, tetapi bagaimana mungkin seseorang itu dapat berlaku adil dengan kaum kerabatnya ( Hadis Riwayat Bazar, dan Thabrani )

Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin Islam yang bertanggungjawab bukan hanya kepada para pengikutnya atau partinya sahaja, malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di akhirat nanti!

Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model pemimpin dan kepimpinan Islam, empat elemen yang perlu ada iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah diperkukuhkan dan dimantapkan.

Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya.

Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kejayaan generasi mendatang. Pemimpin yang diredai Allah SWT ada pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh supaya syariat Allah SWT berjalan dalam pemerentahannya ataupun dia berusaha kearah perlaksanaannya secara beransur-ansur. Pemimpin yang dibenci Allah SWT adalah pemimpin yang memusuhi para alim ulama, tidak ada usaha bersungguh-sungguh menegakkan kalimah Allah dan menzalimi rakyat yang tidak berdosa dan menafikan hak-hak kebajikan dan keperluan asasi yang perlu dimiliki oleh mereka.



Thursday, July 7, 2011

Selepas Kematian Manusia Akan Melalui 12 Fasa Sebelum Memasuki Syurga

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematiannya akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian yang datang secara tiba-tiba.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)  

Orang mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh di dunia ini sebelum dia dipanggil pulang oleh Allah SWT. Dia akan beramal soleh, perbanyakkan ibadah, membuat kerja-kerja kebajikan, sedekah jariah, menyebarkan ilmu yang bermanfaat, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran, berjihad dan berjuang dengan gigih dijalan Allah sebagai sahamnya di dunia semoga diterima oleh Alah SWT dihari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap muslim akan melalui 12 fasa  (tempat/persingahan) yang penuh azab bagi yang melakukan banyak dosa dan maksiat, sebaliknya keamanan dan kebahagiaan bagi yang banyak beramal soleh. Ketika ini tidak ada siapa yang dapat membantu melainkan amalan yang dilakukannya semasa di dunia.

Pertama : Alam Barzakh

Para ulama bersepakat tentang kebenaran azab dan nikmat yang ada di alam kubur (barzakh) . Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekedar bayangan atau perasaan .
Pertanyaan (fitnah) kubur itu berlaku terhadap roh dan jasad manusia baik orang mukmin maupun kafir. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari seksa kubur.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)

Rasulullah SAW menyebutkan sebagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan azab kubur, diantaranya mereka adalah :

1.  Suka mengadu domba, fitnah dan mengumpat.

2. Suka berbuat ghulul (pengkhianatan dalam baitul mal, zakat, atau ghanimah.)

3. Suka berbohong.

4. Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan dan
    yang dilarang dalam al-Quran

5. Melakukan zina

6. Memakan riba

7. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan
   tidak masuk syurga kerana hutangnya)

8. Tidak bersuci setelah buang air kecil (solatnya tidak sah)

9. Meninggalkan solat 5 waktu

Kedua : Peniupan Sangkakala

Sangkakala adalah terompet yang ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu apabila diperintahkan Allah SWT. Tiupan yang pertama akan mengejutkan manusia dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah SWT, seperti  dijelaskan pada al-Quran :

Firman Allah SWT : “Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT”( Surah az- Zumar  ayat 68 ).

Tiupan ini akan mengguncang seluruh alam dengan guncangan yang keras dan hebat sehingga merusak seluruh susunan alam yang sempurna ini. Ia akan membuat gunung menjadi rata, bintang bertaburan, matahari akan digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda-benda di alam semesta. Setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti awal penciptaannya.

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “ Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras” (Surah al- Hajj ayat 1-2).

Sedangkan pada tiupan sangkakala yang kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia ; Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka.(Surah Yaa Siin ayat  51).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  “Kemudian ditiuplah sangkakala, dimana tidak seorang pun tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah SWT menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia.Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali, dan manusia pun bermunculan (bangkit) dan berdiri”.(Hadis Riwayat  Muslim).

Ketiga : Hari Berbangkit

Firman Allah SWT maksudnya : “Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu”. (Surah al- Mujadalah ayat  6).

Keempat : Padang Mahsyar  

Firman Allah SWT maksudnya : “(Yaitu) pada hari (ketika ) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar)  menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.(Surah Ibrahim ayat 48).

Hasr adalah pengumpulan seluruh mahluk pada hari kiamat untuk dihisap dan diambil keputusannaya. Lamanya di Padang Mahsyar adalah satu hari yang berbanding 50.000 tahun di dunia.

Allah berfirman maksudnya :“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50.000 tahun.(Surah al- Maarij ayat 4).  

Kerana amat lamanya hari itu, manusia merasa hidup mereka di dunia ini hanya seperti satu jam saja.

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali hanya sesaat saja di siang hari. (Surah Yunus ayat 45) .

“Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahawa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja” (Surah ar-Ruum ayat 55).

Adapun orang yang beriman merasakan lama pada hari itu seperti waktu antara zuhur dan asar saja. Subhanallah.

Keadaan orang kafir saat itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : ”Orang kafir ingin seandainya ia dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dengan isteri serta saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya ketika di dunia, dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya” .(Surah al-Ma’ arij ayat 11-14) .

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy:

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 'aku Takutkan Alla'; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kelima :  Syafaat (pertolongan)

Syafaat ini khusus hanya untuk umat Muslim, dengan syarat tidak berbuat syirik besar yang menyebabkan kepada kekafiran. Adapun bagi orang musyrik, kafir dan munafik, maka tidak ada syafaat bagi mereka. Syafaat ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umat Muslim (dengan izin dari Allah SWT).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :
“…maka para malaikat telah memberi syafaat, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun memberi syafaat… maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Hisab

Pada tahap (fasa) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, amal soleh  atau kekafiran.

Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka. Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (Surah al- Jatsiah ayat 28).

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, kita umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah solatnya, sedang yang pertama kali di adili diantara manusia adalah urusan darah.

Allah SWT mengatakan kepada orang kafir : “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya” .(Surah Yunus ayat 61). Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia : “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereke kerjakan dahulu”.(Surah al- Hijr ayat 92-93).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Ketujuh : Pembagian catatan amal

Pada detik-detik terakhir hari perhitungan , setiap hamba akan diberi kitab (amal) nya yang mencakup lembaran-lembaran yang lengkap tentang amalan yang telah ia kerjakan di dunia.

Al Kitab di sini merupakan lembaran-lembaran yang berisi catatan amal yang ditulis oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT.

Manusia yang baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan amal dari sebelah kanan. Sedangkan manusia yang buruk amalnya akan menerima catatan amal dari belakang dan sebelah kiri, seperti pada firman Allah SWT yang bermaksud :

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak : “celakalah aku”, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”,(Surah al- Insyiqaq ayat 8-12) .

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata :"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.Telah hilang kekuasaanku dariku" (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya", kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala" .(Surah al- Haqqah ayat 25 -31).

Kelapan : Mizan (Timbangan amal)

Mizan adalah apa yang Allah letakkan pada hari kiamat untuk menimbang amalan hamba-hamba- Nya. Allah berfirman yang bermaksud  : “Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan”. (Surah al- Anbiya ayat 47)  

Dari Abu Hurairah radhiya allĂ€h ‘anh, ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SallallĂ€hu ‘Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya : ‘Siapa yang pernah zalim terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta dihalalkan (mohon maaf) dari perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya pada saat itu tidak ada dinar dan tidak pula dirham, sebelum pahala kebaikannya diambil untuk saudaranya. Jika ia tidak mempunyai kebaikan, maka diambillah kejahatan-kejahatan saudaranya itu, dan dibebankanlah (dosanya) kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk orang kafir mereka akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa melalui Mizan. Hanya orang muslim saja akan melalui Mizan (timbangan amal). Selepas Mizan mereka akan  melalui tahap selanjutnya iaitu ke Telaga.

Kesembilan : Telaga (al-Haudh)

Umat Muhammad SAW akan mendatangi air pada telaga Rasulullah SAW.  Barang siapa minum dari telaga tersebut maka ia tidak akan haus selamanya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya aku telah mendahului kalian menuju al-haudh…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Sahl bin Sa’d).

Perlu kita ketahui bahawa setiap para nabi  memiliki telaga. Namun telaga Rasulullah SAW adalah yang paling besar, paling mulia, paling indah, dan paling banyak pengikutnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW  yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga, mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (Hadis Riwayat  Tirmidzi)

Setelah Telaga, umat muslim akan ke tahap selanjutnya yaitu tahap Ujian Keimanan Seseorang. Perlu dicatat bahwa orang kafir dan orang yang berbuat syirik sudah masuk neraka (setelah tahap Mizan, seperti dijelaskan di atas).

Kesepuluh : Ujian Keimanan Seseorang

Selama di dunia, orang munafik terlihat seperti orang beriman kerana  mereka menampakkan keislamannya. Pada fasa  inilah kepalsuan iman mereka akan diketahui, diantaranya cahaya mereka redup. Mereka tidak mampu bersujud sebagaimana sujudnya orang mukmin. Apabila dibawa mengadap, orang-orang munafik ini merayu-rayu agar orang-orang mukmin menunggu dan menuntun jalannya.Kerana masa itu benar-benar gelap dan tidak ada petunjuk kecuali cahaya yang ada pada tubuh mereka.

Allah SWT berfirman maksudnya : ”Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang beriman:”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”.Dikatakan (kepada mereka):”Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”.Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu.Di sebelah dalamnya ada rahmat da di sebelah luarnya dari situ ada siksa.(Surah al- Hadid ayat 13).

Setelah ini umat muslim yang lulus  sampai tahap Ujian Keimanan seseorang itu, akan melalui Sirat.

Ke sebelas : Sirat

Sirat adalah jambatan yang dibentangkan di atas Neraka Jahannam, untuk diseberangi orang-orang mukmin menuju ke syurga (jannah)

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sirat, maka baginda bersabda maksudnya : "Tempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud’an.(Hadis Riwayat Muslim)

“Telah sampai kepadaku bahwasanya sirat itu lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang”. (Hadis Riwayat  Muslim)

“Ada yang melalui sirat laksana sekelip mata dan ada yang seperti kilat, ada yang seperti tiupan angina, ada yang terbang seperti burung dan ada yang menyerupai orang yang mengendarai kuda, ada yang selamat seratus peratus, ada yang lecet-lecet dan ada juga yang ditenggelamkan di Neraka Jahannam”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang paling pertama menyebarangi sirat adalah Nabi Muhammad SAW dan para pemimpin umat baginda. Baginda  bersabda maksudnya  : “Aku dan umatku yang paling pertama yang diperbolehkan melalui  sirat dan ketika itu tidak ada seorangpun yang bicara, kecuali Rasul dan Rasul berdoa ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah"
(Hadis Riwayat Bukhari) 

Bagi umat muslim yang berhasil melalui sirat tersebut, akan ke tahap selanjutnya jambatan.

Kedua  belas : Jembatan

Jambatan disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya  melewati sirat  yang berada di atas Neraka Jahannam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antata satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Setelah melalui  jembatan ini barulah orang mukmin masuk syurga Allah SWT .

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Kebenaran telah terbentang luas dihadapan kita, jalan mana yang ingin kita ikuti? Jalan lurus atau jalan bengkuk? Jika jalan yang lurus maka kita akan terselamat melalui 12 fasa tersebut di atas, tetapi jika jalan yang bengkuk maka kita akan mengalami azab sengsara yang tidak berkesudahan dan penyesalan ketika kita sudah tidak berguna lagi.

Oleh itu pergunakanlah masa sebaik-baiknya ketika di dunia ini, buatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya dan tinggalkanlah kemungkaran, maksiat dan dosa.

Semoga Alah SWT memberi kekuatan dan selalu membimbing kita untuk tetap istiqamah di jalan-Nya sehingga dapat mencapai syurga-Nya dan dijauhkan dari seksa neraka-Nya.

Wednesday, July 6, 2011

Hukum Mencuri Dalam Islam

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masyarakat kita sekarang ini berhadapan dengan suasana yang cukup parah. Jenayah berlaku berleluasa, tanpa dapat disekat dan dihapuskan. Setiap hari akhbar arus perdana menceritakan kes rompakan, peras ugut, ragut, pecah rumah dan mencuri. Walaupun pihak berkuasa mengenakan hukuman yang lebih berat, meningkatkan rondaan dan pengawasan yang lebih banyak tetapi jenayah seperti ini masih tidak dapat berkurangan malahan bertambah dari hari kehari. Puncanya adalah kerana hukuman bagi pesalah yang melakukan jenayah ini dihukum tidak mengikut hukum-hukum Allah SWT, akibatnya jenayah ini tidak dapat dibendung ataupun dikurangkan.Penjenayah hanya dihukum penjara dan di dalam penjara boleh makan, minum dan berihat dan tidak merasai  kerugian pada dirinya.

Dalam zaman Nabi SAW dan para sahabat hanya terdapat beberapa kes saja yang melibatkan jenayah mencuri yang berlaku dan pesalah telah dijatuhkan hukuman had iaitu dipotong tangan.

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan mencuri. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Dalam Islam salah satu daripada jenayah yang dikenakan hukum hudud adalah mencuri .
Mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan jalan diam-diam diambil dari tempat penyimpanannya. Mencuri adalah satu perbuatan mungkar dan berdosa besar. Sesiapa sahaja yang mencuri dan cukup bukti-buktinya dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak akan dikenakan hukum hadd iaitu dipotong tangannya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Lelaki  yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Maidah ayat 38)

Apabila ia mencuri untuk yang pertama kalinya, maka dipotong tangannya yang kanan pada bagian pergelangan telapak tangan. Bila mencuri untuk yang kedua kalinya, dipotong kaki kirinya dari tuas tumit. Mencuri untuk yang ketiga kalinya dipotong tangannya yang kiri dan yang keempat dipotong kakinya yang kanan. Kalau dia masih juga mencuri, dipenjarakan sampai ia taubat.

Syarat hukum mencuri :

1. Pencuri tersebut sudah baligh, berakal dan melakukan pencurian itu dengan kehendaknya.

2. Barang yang dicuri itu sedikitnya sampai 1/4 dinar. (harga semasa 1 dinar = 4.25 gm emas = RM 688.00 oleh itu 1/4 dinar bersamaan RM 172.00)

3. Barang itu bukan kepunyaan si pencuri dan tidak ada jalan yang menyatakan bahawa ia berhak atas barang-barang itu.

Sekiranya orang yang mencuri harta bapanya, atau salah seorang suami isteri saling mencuri, orang miskin mencuri dari Baitul Maal tidak dipotong tangannya.

Apabila telah nyata ia mencuri dengan ada saksi atau mengaku sendiri, selain tangannya wajib dipotong, ia pun wajib mengembalikan harta yang dicurinya.

Dalil-dalil lainnya :

Pertama : Dari Ibnu Umar r.a berkata, “Baginda (Rasulullah SAW) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) seharga 3 dirham” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)

Kedua : Dari Aisyah r.a, Nabi SAW bersabda, “Tangan harus dipotong kerana  mencuri ¼ dinar atau lebih” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6789)

Ketiga : Hadis Riwayat Muslim dalam Al Hudud no.1684/2, “Tangan pencuri tidak dipotong melainkan karena mencuri ¼ dinar atau lebih.”

Keempat : Nabi SAW bersabda, “Potonglah kerana  mencuri ¼ dinar, dan jangan potong kerana  mencuri kurang dari itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6791)

Kelima : Dari Rafi’ bin Khudaij mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak ada hukum potong kerana mengambil buah-buahan, begitu pula tandan kurma.” (Hadis Riwayat  Ahlus Sunan, Abu Dawud dalam Al Hudud no.4388, dan At Tirmidzi dalam Al Hudud 1449).

Keenam : Dari Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari datoknya, ia mengatakan, “Aku mendengar dari Muzainah bertanya pada Rasulullah. Katanya, “Wahai Rasulullah, aku datang kepadamu untuk bertanya tentang unta yang tersesat.

Baginda menjawab: "Unta itu membawa sepatunya dan membawa tempat minumnya, ia memakan dedaunan dan meminum air. Biarkanlah ia (jangan diambil) sampai orang yang mencarinya mendapatkannya."

Ia bertanya: "Bagaimana dengan kambing-kambing yang tersesat?"

Baginda menjawab: "Untukmu, untuk saudaramu, atau untuk serigala. Kumpulkan kambing-kambing itu sehingga orang yang mencarinya datang."

Ia bertanya: "Lalu bagaimana dengan hewan yang diambil dari tempat gembalaannya?"

Baginda menjawab: "Ia harus membayarnya dua kali lipat dan dihukum cambuk. Sedangkan apa yang diambil dari tempat derum unta, maka ia harus dipotong. Apabila yang diambil mencapai harga perisai (1/4 dinar).

Ia bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana hukum buah-buahan dan apa yang diambil dari tangkainya?"

Baginda menjawab: "Barangsiapa yang mengambil darinya dengan mulutnya dan tidak mengantonginya, maka tidak ada hukuman atasnya. Dan barangsiapa yang membawanya, maka ia harus membayarnya dua kali dan dihukum cambuk. Apa yang diambil dari penjemurannya (tempat pengeringan biji kurma dan gandum), maka ia dipotong apabila yang diambil mencapai harga perisai. Bila tidak mencapai harga perisai, maka ia membayar denda dua kali lipat dan beberapa kali cambukan.”

(Hadis Riwayat Ahlus Sunan, tetapi ini hadis riwayat an-Nasa’i, Abu dawud dalam Al Hudud no.4390; dan an-Nasa’i dalam Qath’ as-Sariq no. 4959.)

Sahabat yang dimuliakan,
Hukum hudud yang dijalankan adalah bersumber dari al-Quran dan Al-Hadis yang dalam pelaksanaannya merupakan sebahagian dari ibadah kita kepada Allah SWT.

Hukumnya juga lengkap, seperti yang dijelaskan diatas, dari bagaimana keadaan barang yang dicuri, berapa nilainya, kepemilikannya, hingga keadaan si pencuri. Hukum hudud hanya akan dijalankan apabila tidak menimbulkan syak atau keraguan. Jika bukti-bukti meragukan hukum tersebut  tidak akan dilaksanakan kepada orang yang dituduh. Begitu adilnya hukum Islam, segala perlaksanaannya akan dilaksanakan dengan seadil-adilnya tidak mengira siapa saja samaada pemimpin, orang kaya, orang miskin atau rakyat jelata.

Perlu diingatkan bahawa Allah SWT menurunkan hukum hudud adalah bukan untuk menzalimi manusia tetapi ianya adalah sebagai peringatan yang tegas. Tarbiah, kesedaran dan dakwah harus berjalan terlebih dahulu sehingga hati dan jiwa manusia merasai  takut kepada seksaan Allah SWT di hari akhirat maka dengan perasaan takut ini melahirkan iman dan takwa dan akan menghalang daripada melakukan kemungkaran dan jenayah yang membawa kepada dosa.

Salah satu tujuan dijatuhkan hukuman kepada pesalah jenayah hudud adalah supaya pelaku kejahatan  tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Dan pastinya, seseorang yang sudah terkena hukuman potong tangan pastinya sudah sedar dan menyesal di atas perbuatannya yang lalu, jika tidak sedar juga maka memang layaklah dia dihukum dengan hukuman yang lebih berat lagi.

Kenapa 1/4 dinar? Kerana Rasulullah SAW pernah memberikan sedekah kepada seorang miskin untuk makannya dan keluarganya. Maksudnya ukuran 1/4 dinar adalah ukuran yang cukup untuk memberi makan satu keluarga.

Jadi sudah jelas bahwa Islam itu tidak kejam. Maka jangan percaya jika ada berita tentang pelaksanaan hukum potong tangan terhadap anak kecil yang mencuri sepotong roti, kerana dapat dipastikan bahawa anak tersebut belum baligh dan sepotong roti tidaklah sampai dengan 1/4 dinar. Dizaman khalifah Umar bin al-Khattab pernah ditangguhkan hukuman potong tangan kerana zaman kemarau dan seseorang mencuri kerana kelaparan dan tidak dibayar gaji oleh tuannya.

Dan perhatikan bahwa Rasulullah tidak menetapkan hukum jenayah kecuali setelah baginda Hijrah ke Madinah dan mengadakan perjanjian dalam Piagam Madinah yang merupakan  persediaan untuk menegakkan Daulah Islamiyah.Hukum-hukum Islam hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila tertegaknya Daulah Islamiyah, proses kearah itu perlu diusahakan oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya dan rukun-rukun iman yang lain.

Hukum Islam akan bersesuaian dengan perkembangan zaman. Zaman perlu disesuaikan dengan hukum-hukum Islam bukannya hukum-hukum Islam disesuaikan dengan zaman atau mengikuti perkembangan zaman. Rasa keadilan itu  tidak bergantung pada zamannya, tetapi sebenarnya hawa nafsu manusia yang enggan menuruti hukum-hukum Islam. Maka hukum yang adil seharusnya terlepas dari hawa nafsu manusia, dan perlaksanaannya sesuai  pada setiap zaman.

Hukum Islam berlaku bagi semua muslim, samaada laki-laki, wanita, tua ataupun muda, orang hartawan atau bangsawan, pemimpin atau pun rakyat jelata.

Seorang wanita di zaman Rasulullah SAW sesudah fathu (pembukaan) Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah langsung berubah. Baginda lalu bersabda : "Apakah kamu akan minta pertolongan  untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?" Usamah lalu menjawab, "Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah." Pada petang harinya Nabi SAW berkhutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya : "Amma ba'du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tanpa hukuman), tetapi jika yang mencuri seorang awam (lemah) maka dia dijatuhkan dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya. Apabila Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya." Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dikasihi,
Dari sini terlihat jelas adanya persamaan di dalam perlaksanaan hukum (tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada hukuman) tanpa memandang pangkat, jawatan dan kedudukan.

Jika hukum potong tangan dapat dijalankan dalam negara umat Islam maka sesiapa sahaja yang berniat ingin mencuri akan berfikir 10 kali sebelum melakukan perbuatan tersebut. Dia akan menpertaruhkan tangannya jika dia masih nekat ingin melakukan jenayah tersebut. Masyarakat akan lebih merasa aman . Kejadian pecah rumah, rompakan bersenjata, ragut ditengah jalan dan kecurian barang-barang berharga tidak akan berlaku. Jika masih berlaku juga mungkin dalam kadar yang cukup kecil.

Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga Dia memberi taufik dan hidaya-Nya  kepada kita semua dan diberi-Nya kefahaman tentang Islam dan dapat melaksanakan semua suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

Wallahu 'Alam bissawab.

Rujukan : Fiqh Islam karangan H.Sulaiman Rasjid (Bab hudud -hukum mencuri)

Tuesday, July 5, 2011

Sentuhan Ibu Kian Luntur dan Kehadiran Bapa Sudah Tidak di Rasai


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Arus globalisasi dengan pengaruh ideologi kebendaan yang dipelopori Barat telah menyaksikan penghakisan kepada peranan ibu bapa dan pengaruh institusi kekeluargaan dalam pembangunan masyarakat.

Natijahnya gejala keruntuhan akhlak semakin berleluasa dan ini memberi kesan negatif kepada pembinaan generasi yang bakal memimpin dan memimpin dan membangun negara. Statistik berikut jelas menunjukkan bahawa institusi keluarga sudah tidak lagi berperanan dalam membangunkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi dalam pembentukan ahli masyarakat.
  • Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan sebanyak 257,000 (2,500 kes sebulan atau 84 kes sehari) kes kelahiran tanpa bapa dalam tempoh 2000-2008
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mencatatkan 857 kes buang bayi sepanjang 2001-2010 dan 7,450 kes melibatkan jenayah renaja berusia antara 7 hingga 18 tahun sepanjang tahun 2010
Wanita Pertubuhan IKRAM, sebagai satu pertubuhan yang prihatin terhadap pembinaan masyarakat meyakini bahawa jalan keluar daripada permasalahan adalah dengan kita memperkukuhkan institusi keluarga secara holistik berasaskan ajaran agama, budaya dan nilai murni. Dengan ini kami kami menyeru supaya perhatian serius diberikan oleh semua pihak bagi menggerakkan usaha secara bersepadu dalam mengukuhkan institusi keluarga. Wanita IKRAM menggesa supaya:

1. Pihak ibu bapa mempertingkatkan komitmen untuk memberi keutamaan kepada pembangunan keluarga bagi mengembalikan keharmonian rumahtangga dan mewuudkan suasana yang kondusif untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak generasi akan datang agar menjadi ahli masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, nilai moral dan etika yang tinggi serta akhlak yang mulia dan dapat menjalani kehidupan berdasarkan tuntutan syarak.

2. Suami sebagai peneraju utama sesebuah keluarga perlu berperanan sebagai pembimbing, memberi didikan agama kepada ahli keluarga agar mereka terselamat daripada api neraka. Suami kuga tidak boleh lari daripada tanggungjawab menyediakan nafkah terhadap isteri dan keluarga bersesuaian dengan kelebihan yang dianugerahi Allah kepada mereka seperti firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin (dan pengawal yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta nereka."

3. Tanpa menafikan hak wanita memilih untuk berkerjaya di luar rumah, seorang isteri dan ibu itu perlu menyedari bahawa tanggungawab utama sebagai pengurus rumahtangga kepada keluarga dan mendidik anak-anak tidak boleh diabaikan demi mencapai kemajuan kerjaya. Isteri perlu mentaati suami selagi mana ianya tidak melanggar hukum Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bagi melahirkan keluarga bahagia dan mendidik anak-anak menjadi manusia berguna.

4. Persefahaman serta persepakatan bagi mewujudkan sistem sokongan yang baik di antara suami dan isteri amat perlu diusahakan bagi isteri yang memilih untuk berkerjaya agar tanggungjawab utama isteri dan ibu tidak terabai. Pemilihan kerjaya yang sesuai, menetapkan matlamat yang betul akan tujuan keluar bekerja dan memelihara maruah diri dan kemuliaan suami adalah eleman penting yang perlu dijaga.

5. Pembelaan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik serta anak-anak mereka perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak berwajib agar anak-anak mereka juga turut diberi peluang untuk membesar menjadi ahli masyarakat yang berguna pada masa hadapan. Usaha-usaha perlu dibuat bagi mengeluarkan mereka daripada kemelut kehidupan dan kemiskinan. Ahli masyarakat sekeliling juga perlu berperanan mengambil tahu hal dan kebajikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka yang berada dalam masyarakat setempat mereka.

6. Pihak majikan perlu peka terhadap tanggungjawab pekerja kepada keluarga mereka dengan mewujudkan sistem kerja anjal bagi membolehkan mereka memberi keutamaan kepada kebajikan keluarga dan bukan memberi penekanan kepada produktiviti organisasi semata-mata. pekrja yang mempunyai keluarga yang stabil dan terurus akan dapat menghasilkan produktiviti kerja yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai keluarga yang sentiasa bermasalah.

7. Setiap pembentukan polisi dan dasar Kerajaan antara lain seperti dasar pendidikan, pembangunan wanita, tenaga kerja dan penetapan gaji minimum, pengambilan pekerja asing, kesihatan dan keselamatan, rancangan pembangunan fizikal negara perlu meletakkan pengukuhan dan kesejahteraan institusi keluarga sebagai salah satu objektif utama yang perlu dicapai. Indikator yang bersesuaian perlu dibangunkan bagi mengukur pencapaian dan kesan pembangunan dasar-dasar ini kepada institusi kelauarga.

8. Unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan moral, kehancuran institusi keluarga perlu dikawal dengan tegas. Penyebaran dan paparan bahan-bahan pornografi, penganjuran program-program hiburan melampau yang boleh merosakkan akal pemikiran dan moral sama ada melalui media cetak atau pun elektronik perlu dibendung.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
019-3226800

Amalkan Zikir Setiap Pagi dan Petang Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berzikir kepada Allah SWT setiap pagi dan petang sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah makanan rohani sebagaimana fizikal luaran manusia memerlukan makanan untuk memberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan.

Apabila amalan zikir dihidupkan dan dijadikan kebiasaan maka perjalanan kehidupan harian akan dirasai ketenangan, kebahagian dan keceriaan. Segala masaalah kehidupan akan mudah diatasi kerana mendapat bantuan dan rahmat Allah SWT.

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis qudsi Allah SWT. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat." (Hadis diriwayatkan oleh Saidina Hassan r.a)
Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ; "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca; ' Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim' (maksudnya : Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya."
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

Di dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menjelang petang membaca , 'A'uzubikalimatilla hittaamaati min syarrimaahalaq' (maksudnya : Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan baginya racun yang ada pada malam itu." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (di atas kenderaan), lalu baginda bersabda: "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku."
(Hadis Hasan Sahih Riwayat  Tarmizi)

Berdasarkan hadis di atas dapatlah difahami bahawa Allah SWT mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.

Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Berzikir dan berdoa tanpa putus-putus mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.

Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya, tidak melalui sembarang perantaraan atau wasitah dari manusia atau lainnya.

Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah SWT. Nabi SAW menerangkan kepada Ibnu Abbas r.a  bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Loh Mahfuz sejak azali.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita amalakan zikir setiap pagi dan petang dengan istiqamah, kerana lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah akan melahirkan ketenagan hati , kedamaian perasaan dan fikiran menjadi tajam dan mudah melahirkan idea yang baik.

Hikmah dan kebaikan zikir kepada Allah SWT akan mendapat doa dan naungan para malaikat dan syaitan akan menjauhkan dirinya kerana zikir akan membuatkan dirinya kepanasan.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah  SAW bersabda : Allah SWT berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."



Monday, July 4, 2011

Syaaban Ingatkan Kita Hampirnya Ramadan al-Mubarak

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
  ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sekarang ini sedang berada dibulan Syaaban dan tidak sampai sebulan akan sampailah bulan Ramadan al-Mubarak, bulan yang penuh berkah dan bulan digandakan pahala oleh Allah SWT.

Dibulan Syaaban ini Rasulullah SAW menggalakkan umatnya perbanyakkan amalan-amalan sunat sebagai persiapan menyambut kehadiran Ramadan al-Mubarak. Digalakkan puasa sunat, sedekah, iktikaf di masjid, solat malam dam membaca al-Quran.

Rasulullah berdoa yang bermaksud : "Ya Allah berkati kami (apa yang kami buat) dalam Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami Ramadan."

Di bulan Syaaban ini terdapat Malam Nisfu Syaaban (15 hari bulan). Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban) Al-Albani mensahihkah hadis ini dalam Silsilah al- Ahadis al-Sahihah jilid 3, m.s 135, cetakan al-maktabah Ma'arif Riyadh Arab Saudi)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafiie dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: 'Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

 Sahabat yang dimuliakan,
Ramadan adalah bulan terbaik dalam setahun. Didalamnya kita berpuasa, solat sunat terawih, iktikaf di masjid, membaca al-Quran, sedekah, menjamu untuk berbuka puasa dan mengentai Lailatul Qadar. Setiap saat dalam Ramadan mengandungi jutaan keampunan dan rahmat.

Sesiapa yang terlepas dari memanfaatkan bulan Ramadan dianggap celaka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Celakalah orang yang mendengar namaku disebut tidak berselawat, celakalah mereka yang mendapati kedua ibu bapanya telah tua tetapi tidak berbakti kepada mereka, dan celaka bagi sesiapa yang bertemu dengan Ramadan tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya."

Tidak mungkin setibanya Ramadan kita mampu terus membuat banyak ibadat. Baki beberapa hari lagi ini perlulah kita melatih diri untuk perbanyakkan amalan-amalan sunat, ringan-ringankan tangan bersedekah, membiasakan diri untuk terus solat lima waktu berjemaah, menghadirkan diri setiap majlis-majlis ilmu di masjid atau disurau. Cuba perbanyakkan aktiviti dan program yang meningkatkan ilmu dan iman kita kepad Allah SWT.

Puasa menjinakkan nafsu atau kehendak dalaman diri kita. Nafsu yang liar menjadi tunggangan syaitan. Jadilah diri itu tempat longgokan kejahatan dan kebutaan. Ia liat dari mentaati Allah, ego terhadap manusia, suka berehat-rehat daripada membuat kebajikan, buta akhirat dan tamakkan dunia.

Semasa Allah hendak mencipta Adam a.s., dicipta-Nya komposisi manusia iaitu akal dan nafsu. Akal dipanggil menghadap, akal tampil dengan hormat. Dipanggil pula nafsu. Sombong, degil dan tidak menghadap. Dihumban nafsu kedalam Neraka selama 100 tahun. Dipanggil menghadap lagi. Engkar juga. Dihumbankan lagi ke Neraka selam 100 tahun. Dipanggil menghadap, masih engkar. Selepas siksaan 100 tahun ketiga baru ia sudi menghadap Allah.

Betapa degil dan liarnya nafsu. Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi, puasa dapat menyelesaikan penyakit lebih makan dan minum, solat malam dapat mengubati penyakit lebih tidur dan iktikaf di masjid dapat mengubati penyakit lebih bergaul yang tidak berfaedah.

Oleh itu buatlah persiapan sebaik mungkin di bulan Syaaban ini sebagi usaha terakhir sebelum kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan di khususkan untuk umat Rasulullah SAW iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.

Sahabat yang dikasihi,
Di bulan Syaaban ini juga perlu kita perbanyakkan amalan dan zikir. Banyak hadis-hadis Nabi SAW yang diajarkan oleh baginda kepada kita supaya di amalkan. 

Selain membaca doa sebelum tidur dan membaca 3 kali 3 kul dan ditiup ditapak tangan dan disapukan diseluruh anggota badan (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas)  sebelum tidur, baginda ada berpesan kepada Aisyah r.h amalan sebelum tidur.

Rasulullah SAW  berpesan pada Aisyah r.h yang bermaksud, "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu sebelum khatam al-Quran, sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat, sebelum para muslimin meredai kamu dan sebelum kau laksanakan haji dan umrah."

Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya, "Jika engkau tidur bacalah al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Quran. Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredai kamu. Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulillah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Sunday, July 3, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Muraqabah Terhadap Allah SWT

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjadi mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Muraqabah terhadap Allah SWT  adalah sifat jiwa seorang mukmin.Dia sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah SWT  mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain.

Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap-Nya.Ingatlah ketika di sini nanti lidah akan dikunci, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta alam yang ada disekitarnya, hari dan masa semuanya  akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Di tambah pula akan di tayangkan 'video clip' semua perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.

Orang yang muraqabah , bertakwa dan muhsin akan  tenang walau pun mendapat nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia merasa bimbang sekiranya kehilangan reda dan pertolongan dari Allah SWT

Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah  dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9). Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila di dalam solat sesaorang itu merasai Allah SWT mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya akan tetap muraqabah.

Nabi SAW  di waktu malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan memohon ampun kehadrat Allah SWT. Contoh peribadi mulia ini semestinya menjadi pedoman dan amalan setiap para da'i untuk merapatkan hubungan dengan Allah SWT, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.

Sayydina Omar al- Khattab berkata "Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat" 

Setiap mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan masa hadapan. Firman Allah SWT  yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18). 

Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah SWT adalah terletak kepada ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa soal Kitab Allah SWT dan sunnah NabiNya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT" (hadis riwayat Imam at- Turmudzi)

Imam Mubarakfuri berkata "Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah s.w.t dan selalu ikut hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah s.w.t bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah SWT mengampunkan doas-dosanya"

Panjang angan-angan atau berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi SAW. Panjang angan-angan adalah sifat malas berusha, mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.Setiap barang yang berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan, begitu juga SYURGA ALLAH SWT, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah dan muhasabah.

Di dalam syurga yang penuh nikmat dan rahmat hanya layak di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang cinta kepada-Nya, hati yang sejahtera, hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT maksudnya " Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak di kabulkan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW  menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.

Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin," kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.

"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu

"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.

"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"

Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut :
"Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata :
"Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.

Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT. Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.

Pengajaran yang boleh di ambil :

1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.

2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

3.Kita di suruh oleh Islam untuk amar makruf  nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.

4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Wanita Muslimah! Sayangi Gambar Anda

Assalamualaikum....
 
(Untuk sahabiah-sahabiah muslimah.....sila baca, ia penting utk antunna) 
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan..
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
wallahu'alam..


(Di petik daripada tulisan Ummu Hurairah)